Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


#MH17: AKIBAT BANGANG TAK BERTEMPAT - SALAH SELAK, LAIN PULAK YANG DAPAT...

Posted: 18 Jul 2014 08:34 PM PDT


Nak ceritalah kalau bab-bab membelek, meraba, selongkar dan dedah keburukan orang lain dengan berita-berita tak sahih memang jadi kepakaran puak-puak pembangkang.

Mereka sanggup bersengkang mata kelebek dan cari sampai jumpa semata-mata untuk menuduh yang Kerajaan Malaysia tidak peka, tidak prihatin dan tidak peduli dengan nyawa serta keselamatan rakyat, tetapi hanya memikirkan material dan keuntungan semata-mata. 



Walaupun kadang-kala tuduhan mereka hanya fitnah, tetapi mereka akan sedaya upaya mengaitkan dengan logik-logik akal kepala lutuit mereka. Anehnya ia sentiasa disambut dengan penuh bangga oleh para pencacai yang akalnya singkat.

Kononnya, Malaysia tak dengar cakap dan degil. Namun pada masa yang sama, mereka juga langsung tidak tahu mengapa Amerika mengeluarkan larangan menggunakan laluan tersebut kepada pesawat-pesawatnya sedangkan pada masa yang sama, berpuluh-puluh syarikat penerbangan awam dunia menggunakan laluan tersebut setiap hari. 


Bahkan semasa MH17 ditembak jatuh, hampir sejam sebelum kejadian, pesawat penerbangan Singapura telah pun menggunakannya. 

20 minit sebelum kejadian, pesawat yang membawa Perdana Menteri India: Narendra Modi juga menggunakan laluan tersebut. 


30 minit selepas kejadian, pesawat yang membawa Presiden Russia; Vladimir Putin turut menggunakan laluan itu. 


Begitu juga dengan 15 buah syarikat penerbangan dan pesawat-pesawat seperti Cathay Pasific, KLM, Air India  dan sebagainya juga menggunakan laluan yang sama untuk ke Amsterdam dan Eropah. 

Perlencongan laluan hanya berlaku selepas MH17 ditembak jatuh.

Mengapa Amerika Syarikat (US) mengeluarkan arahan larangan menggunakan laluan kepada pesawat-pesawatnya? 

Salah satunya sebab kepentingan US menjadi target para pemberontak pro Russia yang menentang kerajaan Ukraine yang pro Barat dan US.




Puak-puak Pakar Aviation Semalaya (PAS) nampaknya gagal sama sekali untuk mengetahui bahawa MH17 terbang pada ketinggian 33,000 kaki atau 10,000 meter iaitu 1,000 kaki lebih tinggi berbanding paras yang dianggap merbahaya kepada pesawat.

Bahkan turut didedahkan bahawa juruterbang MH17 telah meminta untuk terbang pada paras 35,000 kaki tetapi diarahkan kekal pada ketinggian 33,000 kaki. 



Inilah yang terjadi bila adanya penjilat Yahudi Israel yang kerjanya berangan nak jadi Perdana Menteri ke 7, maka semakin ramai yang diajar menjadi bodoh melalui hasutan dan tarbiyahnya.

OBAMA SANGAT YAKIN PEMISAH PRO-RUSIA PUNYA ANGKARA

Posted: 18 Jul 2014 02:42 PM PDT

ISRAEL 
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dengan nada suara yang sangat tegas berkata, beliau sangat-sangat yakin pesawat MH17 ditembak jatuh dari kawasan yang dikawal oleh puak pemisah Pro-Rusia.

"Kami amat yakin dalam mengatakan bahawa peluru berpandu dari darat ke udara ditembak dan ia menyebabkan pesawat itu terhempas.

"Kami yakin dalam mengatakan bahawa tembakan itu datang dari wilkayah yang dikawal oleh pemisah disokong Rusia," katanya.

Obama dalam ucapan yang disiarkan secara langsung, beberapa minit selepas ucapan DS Najib, berkata walau bagaimanapun pihak yang terlibat menembak pesawat MH17 masih tidak dapat dikenalpasti.

Obama juga mengesahkan  seorang warga AS turut menaiki pesawat malang tersebut.

#MH17: BILA PENCACAI BONGOK SUKA MEMBUTUHKAN ORANG!

Posted: 18 Jul 2014 07:37 AM PDT


Seorang pengguna akaun Facebook yang menamakan dirinya sebagai AHLI FIKIR telah melakukan ugutan untuk membunuh Perdana Menteri, Najib Abdul Razak. Individu ini juga merupakan orang barisan hadapan SAM yang dipimpin oleh Chegu Bard.

Berdasarkan siasatan, individu ini telah pun mempunyai tiga waran tangkap ke atasnya dan kesemua waran tangkap tersebut telah dikeluarkan oleh IPD Bukit Mertajam.


Dia memiliki LIMA kenderaan bermotor yang bernombor pendaftaran seperti berikut:

- PEX 3006
- PFW 620
- PEG 5675
- PFC 2056
- JFM 3642

Nombor telefonnya adalah 017-5704272

Bagaimanapun, berbeza dengan seorang pengamal media sosial yang dikenali sebagai PADI JANTAN, AFZANIZAM atau Ahli Fikir yang mudah dapat dilihat dalam mana-mana PRK mahupun demonstrasi di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang bagi mencetuskan provokasi, tidak dikenakan sebarang tindakan mahupun laporan polis.

Sebelum ini, beberapa laporan telah dibuat terhadap dirinya sehingga tiga waran tangkap dikeluarkan. Namun dia tetap bebas dan tidak dicari untuk diberkas serta dihadapkan ke muka pengadilan.

Ugutan bunuh yang dikeluarkannya walaupun dikatakan adalah palsu ekoran mendakwa akaun Facebooknya telah digodam namun berdasarkan kepada ayat-ayat dari akaun yang tidak digodam, terhasil daripada orang yang sama, iaitu dia sendiri.


Hari ini, dia mengeluarkan kenyataan yang serupa dengan menuduh Najib Abdul Razak sebagai orang yang bertanggungjawab sehingga pesawat MAS yang terbang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ditembak jatuh di Ukraine.

Adakah dia masih lepas? Adakah tiada sebarang tindakan terhadap sikap anarkinya? Adakah dia sebenarnya telah diberikan lesen besar untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan provokasi?


Bukti dah ada...SKMM dan Polis tak kan nak tengok saja. 

Hak asasi rakyat Malaysia menuntut keadilan hukuman perlu dilayan juga. Kami warganegara Malaysia juga bayar cukai pada negara ini.

Mari Kita Rakyat Malaysia Bersatu Menghadapi Tragedi #MH17 #Pray4MH17

Posted: 18 Jul 2014 04:00 AM PDT



*#Pray4MH17.

Video Terakhir Pesawat #MH17 Jadi Viral Di Internet. #Pray4MH17

Posted: 18 Jul 2014 02:13 AM PDT


Video yang menjadi viral di Internet.




Al Fatihah untuk mangsa dan takziah juga untuk keluarga mangsa.

*Pray4MH17.

#MH17 : Ada Pihak Ambil Kesempatan? #Pray4MH17

Posted: 18 Jul 2014 01:01 AM PDT

Masih ada rakyat Malaysia yang berperangai macam ni...


Hakikatnya....


Adakah salah Kerajaan jika pesawat MAS melalui laluan yang tidak disekat oleh badan antarabangsa?



*Sebar-sebarkan kenyataan dari IATA untuk menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh warga siber.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Khalid Samad biadap : Pas mesti berani bertindak tegas?

Posted: 18 Jul 2014 10:36 AM PDT


Pas perlu menunjukkan keberaniannya dengan mengambil tindakan tegas terhadap Ahli Parlimen parti itu, Khalid Samad yang mencadangkan kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sehingga Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berasa kesal dan kecewa.

Bekas Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (gambar) berkata, sudah tiba masanya Pas bertindak kerana banyak perbuatan Khalid dilihat jelas melanggar dasar dan perjuangan parti itu selain bukan pertama kali terlibat secara langsung mempertikaikan institusi serta sistem perundangan berkaitan Islam di Selangor.

Malah dakwa beliau, Ahli Parlimen Shah Alam tersebut juga secara konsisten mempertikaikan kepimpinan Pas antaranya mempersoalkan Datuk Dr. Hasan Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor semasa bekas Naib Presiden Pas itu memegang jawatan berkenaan.

''Beliau juga mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu walaupun Pas Selangor menyatakan ia bukan pendirian mereka.

''Banyak perbuatan dan perlakuannya yang jelas melanggar dasar dan perjuangan Pas. Saya hairan mengapa kepimpinan Pas kelihatan takut mengambil tindakan terhadap ahli seperti Khalid,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Berikutan itu, kata Zulkifli, Pas didesak supaya memecat keahlian Khalid bagi memberi isyarat kepada ahli-ahli lain supaya tidak membelakangkan dasar dan mempertikaikan kepimpinan parti berkenaan.

Jika gagal berbuat demikian, kata beliau, Pas akan dilihat sebagai sebuah parti cacamarba dan pemecatan Khalid juga adalah sebagai bukti ketaatan parti itu kepada institusi diraja serta menghormati titah Sultan Selangor.

''Pada masa sama, kepimpinan Pas Pusat perlu menyatakan pendirian dengan jelas menolak kenyataan Khalid yang mahu menggunakan majoriti dua pertiga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor untuk menghapuskan kuasa dan bidang kuasa MAIS,'' katanya.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


#MH17: Media Statement by MAS

Posted: 18 Jul 2014 10:33 PM PDT



MH17's flight plan was approved by Eurocontrol, who are solely responsible for determining civil aircraft flight paths over European airspace. Eurocontrol is the air navigation service provider for Europe and is governed under ICAO rules.

The route over Ukrainian airspace where the incident occurred is commonly used for Europe to Asia flights. A flight from a different carrier was on the same route at the time of the MH17 incident, as were a number of other flights from other carriers in the days and weeks before. Eurocontrol maintains records of all flights across European airspace, including those across Ukraine.

In April, the International Civil Aviation Organization identified an area over the Crimean peninsula as risky. At no point did MH17 fly into, or request to fly into, this area. At all times, MH17 was in airspace approved by the ICAO.

2. Altitude

MH17 filed a flight plan requesting to fly at 35,000ft throughout Ukrainian airspace. This is close to the 'optimum' altitude.

However, an aircraft's altitude in flight is determined by air traffic control on the ground. Upon entering Ukrainian airspace, MH17 was instructed by Ukrainian air traffic control to fly at 33,000ft.

3. Nationalities

Following this afternoon's press conference, Malaysia Airlines can confirm that a further 16 passengers' nationalities have been verified. The latest breakdown of nationalities of those on board the flight is as follows:

• 189 Netherlands

• 44 Malaysia

• 27 Australia

• 12 Indonensia

• 9 UK

• 4 Belgium

• 4 Germany

• 3 Philippines

• 1 Canada

• 1 New Zealand

Four passengers' nationalities remain to be verified.

4. New flight route

Following this incident, Malaysia Airlines now avoids Ukrainian airspace entirely, flying further south over Turkey.

Suara Politik
Belantan

#MH17: Agensi keselamatan Ukraine dedah perbualan telefon tembak jatuh MH17?

Posted: 18 Jul 2014 08:50 PM PDT


Agensi keselamatan Ukraine, SBU, hari ini, mendedahkan dua rakaman perbualan telefon yang didakwa menjadi bukti bahawa pesawat MH17 ditembak jatuh oleh anggota puak pemisah Rusia.

Menurut laporan The Kyiv Post yang dipetik Astro Awani, yang menyiarkan perbualan telefon yang didedahkan oleh SBU itu, perbualan telefon pertama, dibuat 20 minit selepas MH17 terhempas, di antara komander Donetsk People's Republic, Igor Bezler dan Kolonel Angkatan Tentera Rusia, Vasili Geranin.

Berikut perbualan telefon tersebut:

Igor Bezler: Kami baru menembak jatuh sebuah pesawat. Kumpulan Minera. Ia jatuh di luar Yenakievo (Donetsk Oblast).

Vasili Geranin: Juruterbang. Di mana juruterbang-juruterbang?

Igor Bezler: Telah pergi untuk mencari dan mengambil gambar pesawat. Ia berasap.

Vasili Geranin: Berapa minit lalu?

Igor Bezler: Lebih kurang 30 minit lalu

Perbualan telefon kedua pula antara anggota pemberontak bernama Major dan Greek.

Semasa perbualan telefon itu, Major berkata pesawat itu ditembak jatuh oleh satu kumpulan dari pusat pemeriksaan Chernukhino.

Major juga memberitahu Greek bahawa pesawat itu berkecai di udara dan ia adalah 100% pesawat komersial.

Major turut berkata serpihan pesawat tersebut jatuh ke dalam laman (sebuah rumah).

Apabila Greek bertanya sekiranya adakah dia berjumpa sebarang dokumen, Major berkata hanya dokumen seorang pelajar Indonesia dari Universiti Thompson dijumpai.

Suara Politik
Belantan

Putin tuduh Ukraine bertanggungjawab tembak jatuh pesawat MH17?

Posted: 18 Jul 2014 02:43 PM PDT


MOSCOW: Presiden Russia, Vladimir Putin berkata Ukraine bertanggungjawab ke atas nahas pesawat penumpang Malaysia yang membawa 298 penumpang apabila dilaporkan terhempas di timur negara bekas Soviet itu.

"Tanpa ragu-ragu lagi negara yang terbabit dalam tragedi yang menyayat hati ini bertanggungjawab atas apa yang berlaku," kata Putin dipetik agensi berita, Ria Novosti.




"Tragedi ini tidak akan berlaku jika negara itu aman dan jika pihak tentera tidak mencetus keadaan huru-hara di sebelah timur Ukraine," katanya.

Pemimpin tertinggi Russia itu mengarahkan pegawai tentera agar memberi bantuan dan keperluan bagi menangani kejadian jenayah seperti itu.

Sementara itu, Ukraine tuduh Russia tembak pesawat?

Seorang pemimpin pemberontak kata tentera kerajaan Ukraine menembak pesawat Malaysia Airlines (MAS) tetapi Pegawai Ukraine telah menafikan bahawa tentera mereka tidak terbabit.


Interfax Ukraine memetik sumber dari seorang pegawai Ukraine mengatakan kapal terbang hilang dari radar apabila ia terbang pada 10,000 meter, satu altitud kelajuan sederhana biasa untuk pesawat.

Ukraine telah menuduh Rusia mengambil satu peranan aktif di konflik empat bulan ini dan menuduhnya pada hari Khamis menembak jatuh jet pejuang Ukrain Sukhoi Su 25 dan Moscow telah menafikan tuduhan-tuduhan tersebut.

Komander tentera pemberontak, seorang rakyat Rusia bernama Igor Strelkov, telah menulis di halaman media sosial dia tidak lama sebelum laporan pesawat terhempas bahawa tenteranya telah menembak turun sebuah Antonov An 26 di kawasan sama. Ia adalah pesawat pengangkutan turboprop yang digunapakai pasukan Ukraine.

Suara Politik
Belantan

Benarkah pesawat Presiden Russia sebenarnya jadi sasaran pengganas?

Posted: 18 Jul 2014 10:05 AM PDT




Terkini, lidah rasmi Russia, RT News telah melaporkan bahawa pesawat IL-96 milik mereka telah melalui laluan yang sama dilalui oleh MH17 pada jam 16:21 waktu Moskow, manakala MH17 telah melalui laluan udara yang sama pada jam 15:44 waktu Moskow, iaitu sekitar setengah jam lebih awal berbanding IL-96.

Menurut sumber Russian Today, serangan ke atas pesawat MH17 itu sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin yang mana Putin ketika itu dalam perjalanan pulang dari Brazil ke Russia selepas menghadiri satu konvensyen berkenaan BRISC.







Menurut satu sumber yang tidak mahu disebutkan namanya, pesawat yang membawa Putin dan juga Boeing Malaysia telah bersilang pada satu titik yang sama.

"I can say that Putin's plane and the Malaysian Boeing intersected at the same point and the same echelon. That was close to Warsaw on 330-m echelon at the height of 10,100 meters. - The preside.

Persoalan yang timbul adalah jika serangan sebenarnya mahu disasarkan kepada pesawat IL-96 yang terbang dari Brazil ke Russia. IL-96 adalah sebuah pesawat khas yang membawa Presiden Russia, Vladimir Putin, siapa yang sebenarnya melakukan serangan?

Pihak pemisah Ukraine adalah pro-Russia dan tak mungkin mereka hendak menembak pesawat yang dinaiki oleh Presiden Putin? Kerajaan Ukraine berperang dengan pihak pemisah yang pro-Russia dan dari sini kita boleh lihat dalang sebenar yang lakukan serangan? Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Presiden Ukraine nafi tenteranya tembak mana-mana pesawat?

Posted: 18 Jul 2014 03:52 AM PDT


KIEV (Ukraine) 18 Julai - Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan pihak tentera negaranya tidak menembak sebarang sasaran di udara selepas pesawat Malaysia Airlines dilaporkan terhempas di sempadan negaranya dengan Rusia semalam.

"Kami tidak menafikan kemungkinan pesawat itu ditembak jatuh dan kami ingin menekankan yang Pasukan Tentera Ukraine tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana sasaran udara.

"Kami yakin pihak yang bersalah dalam tragedi itu akan dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka," katanya seperti dilaporkan agensi media antarabangsa hari ini.


Seorang pesawai Ukraine sebelum ini menyatakan pesawat dengan 295 penumpang dan krew itu dipercayai ditembak oleh peluru berpandu di sebuah bandar di timur negara itu.

Malaysia Airlines turut mengesahkan mengenai kehilangan pesawat MH17 dari Amsterdam tersebut selepas ia berlepas pada pukul 12.15 tengahari (GMT).

Penasihat kepada menteri dalam negeri, Anton Gerashenko dalam facebooknya berkata, pesawat itu dipercayai ditembak dari pelancar Buk ketika ia sedang terbang pada ketinggian 10,000 meter. - UMO

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Keadaan Di Lokasi Nahas MH17 Mengerikan - Wartawan

Posted: 18 Jul 2014 10:46 PM PDT

Diterbitkan: Sabtu, 19 Julai 2014 8:05 AM

Keadaan pesawat MAS MH17 yang musnah teruk selepas dipercayai ditembak jatuh di sempadan Rusia-Ukraine pada Khamis.

PETALING JAYA: Beberapa wartawan menyifatkan keadaan di lokasi nahas membabitkan pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 yang dipercayai ditembak jatuh oleh puak pemisah pro-Rusia di sempadan Ukraine-Rusia pada Khamis terlalu mengerikan.

"Ini merupakan satu bencana yang nyata. Mustahil untuk difahami," tulis Noah Sneider, seorang wartawan bebas yang berada di lokasi nahas dalam Twitternya.

Menerusi Twitternya @NoahSneider, beliau menyifatkan suasana awal pagi di lokasi nahas amat menyayat hati dengan banyak mayat bergelimpangan dan serpihan pesawat yang berkecai.
Malah, penduduk setempat menyifatkan insiden itu sebagai amat menakutkan kerana 'segalanya berkecai di udara'.
Mereka pada mulanya menjangkakan kawasan penempatan mereka dibom.

"Saya tidak pernah melihat insiden seperti ini," kata seorang pemberontak di wilayah itu kepada Noah.

"Anda boleh lihat tangan, telinga dan tulang berselerakan di kawasan nahas," tulisnya.

Sementara itu, seorang lagi wartawan bebas, Harriet Salem berkata lebih menyedihkan apabila anggota bomba menandakan lokasi mayat penumpang yang ditemui di sekitar kawasan ladang jagung dengan kayu atau reben putih.

"Anggota bomba bekerja sehingga ke malam di tapak nahas #MH17 sementara pemberontak bersenjata mengawal kawasan tersebut.

"Penduduk berkata mereka berada dalam ketakutan," tulisnya menerusi akaun Twitter @HarrietSalem.
Sabrina Tevernese menerusi laporannya dalam New York Times berkata, terdapat beberapa mayat yang masih sempurna tetapi dengan kesan luka di muka dan badan yang berada disebalik serpihan pesawat walaupun ia terjatuh dari jarak 30,000 kaki.

Beberapa penduduk setempat mendakwa terlihat mayat mangsa terjatuh dari udara sebelum pesawat itu terhempas di ladang jagung berhampiran penempatan mereka.- mStar

Kumpulan bersenjata halang pemerhati ke lokasi nahas MH17

Posted: 18 Jul 2014 06:51 PM PDT


Kumpulan lelaki bersenjata menghalang pemerhati daripada Pertubuhan bagi Keselamatan dan Kerjasama di Eropah (OSCE) daripada meninjau lokasi di mana pesawat MH17 terhempas di kawasan yang dikuasai pemberontak di timur Ukraine, kata badan pemantau hak dan keselamatan itu.

Menyifatkan pelakuan mereka sebagai "kurang sopan dan tidak profesional", seorang jurucakap OSCE berkata beberapa lelaki bersenjata di kawasan itu kelihatan seolah-olah mabuk manakala yang lain tidak membenarkan pasukannya seramai kira-kira 25 pemerhati melihat bangkai pesawat Boeing 777 itu.



"Kami menjangkakan diberi akses penuh, itu cara kita bekerja," Michael Bociurkiw dalam satu sidang akhbar.

"Malangnya tugas itu telah menjadi sukar. Apabila tiba di tapak nahas... kami berdepan dengan anggota bersenjata yang berkelakuan kurang sopan dan tidak profesional. Ada di antara mereka yang kelihatan sedikit mabuk. "

Beliau menafikan pemberontak pro-Rusia melepaskan
tembakan ke arah kumpulan pemerhati OSCE, tetapi berkata seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan ke udara, seperti mahu menakut-nakutkan sesetengah orang awam.

Terdahulu, pengerusi majlis tetap OSCE itu, Thomas Greminger, memberitahu Reuters bahawa kumpulan pemerhati itu tidak mendapat akses ke tapak nahas dan para penyiasat hanya menunggu di di sana kira-kira 75 minit sebelum kembali ke Donetsk.

Amerika Syarikat berkata ia "memandang berat" cara pemerhati OSCE itu dilayan.

"Mereka yang mengatakan akan mengambil bahagian atau mengalu-alukan penyiasatan ini, perlu memberi akses penuh dan jelasnya, kita dapati keadaannya tidak begitu apabila individu-individu terbabit berada di sana untuk 75 minit," kata jurucakap Jabatan Negara AS Jen Psaki dalam taklimat di Washington.

Amerika Syarikat mahu melihat satu "penyiasatan antarabangsa yang berwibawa," sambil menambah kerajaan AS telah menawarkan untuk menghantar kakitangan dan sumber-sumber daripada Lembaga Keselamatan dan Pengangkutan Negara dan Biro Penyiasatan Persekutuan.

Deejay Sinar FM, Najman Dipecat

Posted: 18 Jul 2014 02:08 PM PDT




Najman

PETALING JAYA: Berita memeranjatkan apabila penyampai radio Sinar FM iaitu Najman Mohamed telah dipecat daripada stesen radio itu berkuatkuasa 11 Julai lalu.

Najman, 44, yang bekerja secara kontrak saluran radio itu berkata, dia terkejut dengan tindakan pihak pengurusan Astro Radio yang membuat keputusan tersebut tanpa memberi sebarang alasan kukuh sebab-sebab pemecatannya.

"Benar, saya sudah diberhentikan pada 11 Julai lalu dan saya tidak tahu punca sebenar mereka bertindak begitu.

"Mereka hanya memberi alasan kononnya saya tidak memberi khidmat cemerlang dalam stesen itu sedangkan sudah 10 tahun saya bersama Sinar FM," katanya yang dihubungimStar Online di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Najman berkata rakan-rakan seangkatannya juga terkejut dengan perkara tersebut dan dia kini sedang mencari punca kenapa pihak pengurusan stesen radio itu bertindak sedemikian.

"Setakat ini , ada beberapa rakan yang memberikan cadangan untuk saya cari sebab saya diberhentikan. Kalau boleh saya akan usahakan sebelum sambutan Aidilfitri ini.

"Tidak kisahlah apa hasilnya nanti, sekurang-kurangnya saya berusaha untuk mendapatkan semula pekerjaan saya.

"Saya pun tidak pasti adakah perlu untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. Seharusnya pihak pengurusan berbincang dahulu dengan saya sekiranya reputasi kerja saya tidak mencapai piawaian yang ditentukan," ujarnya.

Sementara itu, Najman menyifatkan kejadian yang berlaku kepadanya lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan ini mungkin mempunyai hikmah di sebaliknya walaupun berasa risau kerana isterinya kini sedang hamil dua bulan.

"Saya reda dengan apa yang sudah berlaku. Mungkin Tuhan beri rezeki anak, Dia tarik rezeki lain. Mujurlah saya dan isteri ada pendapatan lain dengan menjalani perniagaan secara kecil-kecilan," tuturnya.

Najman memulakan karier separuh masa sebagai penyampai radio di stesen Best 104 FM pada tahun 1989 dan diserap sebagai penyampai tetap pada 1991.

Setelah berkhidmat lebih kurang lapan tahun, Najman telah ke saluran radio Era FM dan kemudian dipindahkan ke  Sinar FM pada tahun 2004.

Najman mengendalikan  segmen Senandung Malam (8 malam hingga 12 tengah malam) bersama deejay Jamal Jamaluddin.

Sementara itu Pengurus Saluran Sinar FM, Rizal Sahimy yang dihubungi mStar Online> tidak dapat memberi jawapan berhubung perkara itu.- mStar

‘Imam penjara’ Muhammad jadi rebutan

Posted: 18 Jul 2014 06:10 AM PDT


  • Video klip Muhammad mengalunkan ayat al-Quran di dalam selnya menjadi viral di laman sosial.Video klip Muhammad mengalunkan ayat al-Quran di dalam selnya menjadi viral di laman sosial.
 1 / 1 
KOTA BHARU – Remaja yang mengalunkan hafalan surah al-Quran di sebalik tirai besi sejak awal Ramadhan lalu kini menjadi perhatian ramai pihak termasuk untuk menjadikannya sebagai anak angkat.

Remaja lelaki tersebut yang dikenali sebagai Muhammad Jamaluddin, 16, ditahan akhir Jun dan dihantar ke Penjara Machang selepas Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuhkan hukuman penjara enam bulan kerana kesalahan tinggal di negara ini melebihi tempoh sah.

Sejak viral rakaman berdurasi 2 minit 29 saat itu mula tersebar di laman-laman sosial terutamanya Youtube dan Facebook, pelbagai respons positif diterima dari masyarakat seluruh negara.

Malah, menurut sumber, kerajaan negeri juga tidak akan melepaskan peluang bagi memastikan remaja yang diibaratkan mutiara berharga itu tidak pulang ke negara asalnya dan membina kehidupan di sini.

Melalui viral yang dikongsi di laman sosial Facebook dan Youtube, seorang individu  sanggup bersusah payah mengesan Muhammad dan mahu menjadikan beliau sebagai anak angkat.

Antara lain beliau telah mendapatkan maklumat Muhamamd melalui polis Kota Bharu dan jabatan imigresen dan mencari prosedur mengeluarkan remaja itu dipenjara dengan membayar denda.

Difahamkan, Muhammad juga turut dikunjungi oleh Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Mohamad Khalid Shariff dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Aloyah Mamat bagi mengetahui sendiri perkembangan Imam muda dari penjara itu.

Menurut sumber, rakaman tersebut dilakukan ketika dalam proses pemilihan imam untuk penjara di mana beliau ditahan, malah kini Muhammad dijadikan Imam untuk solat fardu dan terawih di penjara berkenaan.

Banyak pihak yang tidak menyangka Muhammad sebenarnya menjadi perhatian golongan atasan yang kini masing-masing cuba untuk membantu remaja itu menyelesaikan beberapa proses dengan mahkamah dan Jabatan Imigresen.

Tujuan utama adalah untuk memastikan permata berharga seperti Muhammad tidak disia-siakan sekali gus boleh dijadikan ikutan kepada golongan muda di Malaysia.

 Dalam masa yang sama, Ibu Muhammad didakwa berasal dari Thailand manakala bapanya pula berasal daripada Kemboja dan bukanlah berketurunan Rohingya sebagaimana yang dilaporkan di Youtube dan sebagainya.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman telah mengesahkan Muhammad ditangkap penduduk kampung di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa pada 18 Jun lalu kerana didakwa mencuri.

"Bagaimana pun beliau dilepaskan kerana tiada bukti kukuh dan ditahan kembali pada keesokan hari kerana tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi turut menyatakan hasrat untuk menjadikan anak muda tersebut sebagai anak angkatnya.

Ahmad Zahid berkata, proses kini dilakukan untuk mendapatkan dokumen asal bagi membolehkan prosedur pengambilan anak angkat.

 "Ada dakwaan mengatakan dokumennya telah dicuri. Jika benar, pastinya ada maklumat asal ibunya warganegara Thailand dan bapanya dari Kemboja," katanya.

Ahmad Zahid berkata, sekiranya dokumentasi remaja itu berjaya, beliau bercadang menjadikan MuhamMad pembantu imam di maahad tahfiz miliknya di Melaka.

Beliau sebelum ini menyatakan hasratnya untuk mengambil Muhammad sebagai anak angkat susulan video mengalunkan bacaan al-Quran ketika berada dalam lokap polis menjadi viral di laman sosial. - SH

Antara rakaman awal di lokasi nahas MH17

Posted: 18 Jul 2014 02:32 AM PDT

MH17 : 'Kita baru tembak jatuh pesawat' - Pemisah pro-Russia yang mengaku tersalah tembak

Posted: 18 Jul 2014 01:25 AM PDT

Oleh Fardy Bunga
Kuala Lumpur : Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) mendakwa berjaya memintas dua perbualan telefon di mana pemisah pro-Russia yang mengaku tersalah tembak jatuh Penerbangan MH17 selepas insiden berlaku, semalam.
Rakaman perbualan dipintas SBU itu didedahkan kepada media Ukraine Kiev Post didakwa hasil perbualan antara pegawai perisikan tentera Rusia dan militan Cossack yang disokong kerajaan Rusia.
Panggilan telefon berkenaan dikatakan dibuat beberapa minit selepas kemalangan Penerbangan Malaysia Boeing 777-200 berhampiran kampung Chornukhine, kira-kira 80 kilometer dari barat laut Donetsk dekat sempadan Rusia, lokasi MH17 terhempas.


Berikut adalah transkrip daripada audio perbualan yang belum dapat disahkan kesahihannya yang dikeluarkan oleh Ahkbar Kiev Post.
Foto
IGOR Bezler

Igor Bezler (IB): Kita baru sahaja menembak jatuh sebuah pesawat. Ia jatuh di Yenakeivo (Wilayah Donetsk).

Vasili Geranin (VG): Juruterbang. Mana juruterbang?

IB: Sedang mencari lokasi dan gambar pesawat. Ia berasap.

VG: Berapa minit sudah berlalu?

IB: Kira-kira 30 minit lalu.

Komen SBU - Selepas meneliti kawasan kejadian, pengganas menyedari mereka baru sahaja menembak jatuh pesawat awam. Perbualan seterusnya berlangsung 40 minit selepas itu.

Mejar (M): Ini adalah kerja orang Chernukhin yang menembak jatuh pesawat. Dari tempat pemeriksaan Chernukhin. Orang Cossack yang berpangkalan di Chernukhino.

Greek (G): Ya, Mejar.

M: Pesawat jatuh dari udara di kawasan lombong Petropavlovskaya. "200" pertama (kod laluan rahsia yang merujuk kepada orang mati). Kita menemui kumpulan '200'- kod untuk orang awam.

G: Baik, apa yang anda ada di sana?

M: Secara ringkas, ia 100 peratus pesawat penumpang (awam).

G: Berapa banyak orang ada di sana?

M: "S**l, serpihan jatuh betul-betul di atas kawasan perumahan.

G: Pesawat jenis apa?

SBU - Fasa ketiga perbualan membabitkan seorang Mejar dan Greek yang seolah-olah membawa komander Cossack Nikolay Kozitsin, menunjukkan bahawa kapal terbang Malaysia Airlines membawa pengintip.

M: Saya kurang pasti mengenai itu, Saya belum dapat melihat semuanya. Saya hanya meninjau kawasan kejadian di mana mayat pertama jatuh. Mereka masih terikat pada kerusi dan tali pinggang keselamatan.

G: Adakah sebarang senjata ditemui?

M: Tiada, sangat pasti, semuanya. Barangan awam, ubat-ubatan, tuala dan tisu tandas.

G: Ada sebarang dokumen ditemui?

M: Ya, seorang pelajar Indonesia, dari Universiti Thompson.

Militan: Mengenai pesawat yang ditembak jatuh di kawasan Snizhne-Torez. Ia pesawat awam. Jatuh berhampiran Grabove. Banyak mayat wanita dan kanak-kanak. Orang Cossacks berada disana untuk melihat perkara ini.
Pihak TV memberitahu ia adalah pesawat penumpang AN-26, tetapi mereka kata ianya tertulis Malaysia Airlines di pesawat itu. Mengapa ia berada di wilayah Ukraine?

Nikolay Kozitsin: Maksudnya, mereka membawa pengintip. Mereka tidak sepatutnya terbang di sini. Peperangan sedang berlaku.

Foto Terbaru Nahas MH17

Posted: 18 Jul 2014 12:22 AM PDT


Diterbitkan: Jumaat, 18 Julai 2014 3:14 PM



BERIKUT merupakan gambar tragedi Nahas MH17 yang dipercayai ditembak jatuh di Donetsk, Ukraine sehingga mengorbankan 295 penumpang dan anak kapal pada Khamis.

Seorang perempuan rakyat Ukraine tidur dihadapan Kedutaan Belanda sambil memegang poster tertulis 'Putin pembunuh' bagi merujuk kepada peristiwa penerbangan MH17 yang ditembak jatuh di kawasan konflik di timur negara itu.
 sumber - mStar