Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KHALID SAMAD BIADAP

Posted: 15 Jul 2014 06:09 PM PDT






#PRAY4GAZA: BILA RAMAI YANG CAKAP PANDAI...BUT DO IT NOTHING!

Posted: 15 Jul 2014 09:16 AM PDT


Inilah yang terjadi bila ada golongan manusia yang terlebih bijak bercakap mengenai sesuatu isu yang diri mereka sendiri jika diberi amanah tak mungkin berjaya mengatasinya.

Bagi mereka selagi boleh bercakap, mereka akan terus bercakap dan meluahkan perasaan. 

Kononnya merekalah pakar itu dan ini. Semua salah kerajaan jika lambat ambil tindakan.

Mereka asyik berfantasi jika mereka...diulangi jika mereka diberi kuasa semuanya akan berjaya diatasi waima dengan satu saat saja. Hebat tak kelentong mereka?

Sempena kejaguhan mereka berbicara di media sosial, apa kata kami hidangkan parodi satira seperti di atas sekadar untuk hiburan.

Walaupun begitu kita kena renungkan apa yang Tun M cakap pasal isu Palestin seperti di bawah ni. 


Sebar-sebarkan dan renung-renungkan...

AKIBAT RAJA BUGIS MURKA, ESOK MP SHAH ALAM DIJANGKA UMUM LETAK JAWATAN, SHAH ALAM BAKAL PRK KECIL

Posted: 15 Jul 2014 07:52 AM PDT

KEBIADAPAN KHALID SAMAD
Pada 17 Jun baru ini, Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam,Khalid Samad telah mendesak PAS meminta kerajaan negeri Selangor meminda peruntukan enakmen bagi mengurangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
Ramai yang terkejut beliau membuat kenyataan seumpama itu kerana MAIS adalah dibawah naungan Sultan Selangor.Baginda mempunyai kuasa dalam semua urusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.
Malah Pengerusi Perhubungan PAS Selangor,Iskandar Samad segera membuat kenyataan bahawa apa yang dicakap Khalid itu bukan pendirian rasmi PAS Selangor.
Setelah hampir sebulan berlalu,Sultan Selangor akhirnya bersuara.Baginda nyata amat murka dengan kenyataan Khalid itu.
Dalam titah ketika merasmikan Masjid Pekan Sepang petang Selasa baginda secara terbuka sebut nama Khalid.Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.
"Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.
"Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-ndang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.
"Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.
"Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang. Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.
"Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.
"MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama.
"Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.
Sebelum itu Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat
KOMEN:
1. JIKA KHALID SAMAD FAHAM, MAKSUD MURKA ITU KAMU KELUARLAH DARI BUMI SELANGOR KERANA KAMU BUKAN ANAK JATI SELANGOR.
2. PILIHANRAYA KECIL HENDAKLAH DIADAKAN APABILA KHALID SAMAD MELETAK JAWATAN KERANA PUKULAN TKO MAUT TUANKU SULTAN ITU DALAM TAFSIRAN PERADABAN RAJA-RAJA MELAYU IALAH KAMU KELUAR DARI BUMI SELANGOR. KECUALI KHALID SAMAD MEMANG TIADA TELOR, TIADA MARUAH DAN TIADA MUKA.
3. TAMPARAN HEBAT INI TELAH TERTEMPIAS KEPADA PARTI PAS.
4. MAKLUMAT TERKINI DI SHAH ALAM, ESOK DIJANGKA KHALID SAMAD AKAN UMUMKAN PERLETAKAN JAWATAN SEBAGAI MP SHAH ALAM KERANA KEMURKAAN BAGINDA SULTAN.

MB BAHARU SELANGOR LAGI 2 MINGGU, PEREBUTAN SEMAKIN RANCAK

Posted: 15 Jul 2014 01:32 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang didakwa membawa mesej PAS ketika berkunjung menemui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di kediaman beliau pada malam 12 Julai.
Mesej tersebut adalah PAS Selangor menyokong Khalid kekal sebagai MB Selangor.
"Difahamkan, kira-kira pukul 11 malam hari yang sama, Hadi bersama-sama dengan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali pergi ke kediaman Khalid di Bukit Damansara, mungkin untuk menyampaikan pandangan tertentu kepada Menteri Besar.
"Walau bagaimanapun, Mustafa ketika dihubungi mendakwa ia semata-mata "kunjungan hormat selepas solat terawih."
"Sumber PAS Selangor berkata sebilangan besar daripada mereka yang mengadakan pertemuan dengan Hadi dan pemimpin-pemimpin PAS Selangor berpendapat bahawa khidmat Khalid hendaklah diteruskan sehingga pilihan raya umum akan datang," lapor Mstar.
Menurut sumber portal itu, keputusan sokongan terhadap kepimpinan Khalid itu diputuskan dalam mesyuarat PAS pusat bersama pemimpin PAS Selangor, diadakan Sabtu lalu, dipengerusikan oleh Presiden PAS Abdul Hadi Awang.
"Sumber yang mempunyai kedudukan yang baik dalam PAS Selangor berkata pandangan supaya 'Khalid diteruskan' mendominasi berbanding mereka yang mahu Khalid berundur.
"Mereka yang hadir mesyuarat itu termasuklah empat ahli majlis eksekutif PAS negeri, Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen serta ketua-ketua bahagian.
"Tidak banyak yang diperkatakan Hadi tetapi beliau memaklumkan dalam mesyuarat itu bahawa beliau akan mengambil kira semua pandangan," lapor Mstar.
Pihak yang menyokong Khalid termasuklah Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco negeri Iskandar Samad, yang telah dinamakan sebagai pengganti Khalid.
Mereka yang lain yang mempertahankan Khalid adalah Exco PAS negeri, Dr Halimah Ali, Sallehen Mukhyi dan Dr Ahmad Yunus Hairi.
Iskandar, yang juga Exco Kerajaan Negeri, berkata adalah tidak masuk akal untuk menggantikan Khalid yang dilihat sebagai 'pemimpin yang bersih' dan 'tidak mengamalkan rasuah'.
Mereka yang lain yang menyokong Khalid berkata PAS tidak seharusnya diheret ke dalam apa yang mereka lihat sebagai "drama PKR" untuk menjatuhkan Khalid.
Mereka memberi amaran kepada kepimpinan tertinggi parti supaya tidak terlibat dalam politik dalaman PKR.
Mstar hari ini turut melaporkan sumber lain yang mendakwa peralihan kuasa kerajaan Negeri Selangor akan dilakukan selepas Hari Raya Aidil Fitri.
Menurut sumber itu, dalam peralihan kuasa itu, Khalid didakwa melepaskan jawatan MB Selangor dan jawatan itu diambil alih oleh Azmin Ali.
"Selepas semuanya, pelantikan ini akan dibuat selepas Hari Raya," kata sumber itu, Selasa.
Sumber itu menambah, Azmin kini mendapat sokongan dari PAS, yang sebelum ini dianggap enggan menggantikan Khalid dengan Adun Bukit Antarabangsa itu.
Sumber itu menambah, DAP dan PAS telah memberi sokongan mereka terhadap pelantikan Azmin sebagai Menteri Besar yang baharu pada mesyuarat tertutup Pakatan Rakyat yang diadakan pada Selasa.
"Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan dibuat oleh Anwar dalam masa terdekat nanti," kata sumber itu, sambil menambah satu mesyuarat presiden akan membincangkan mengenai perkara itu sebelum Hari Raya.
Sumber itu juga mendakwa bahawa pihak istana tidak mempunyai isu untuk menggantikan Khalid, 'selagi ia dilakukan mengikut perundangan negeri'.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Sultan Selangor murka, anggap Khalid Samad jahil dan biadap?

Posted: 15 Jul 2014 07:46 AM PDT


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan kemurkaan baginda terhadap Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang sebelum ini mendesak supaya Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri itu.

Menyifatkan wakil rakyat PAS itu bersikap biadap, baginda bertitah supaya Khalid yang bukan berasal dari Selangor supaya memahami sejarah negeri dan mendalami undang-undang yang terpakai di Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

"Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu beta dalam menjalankan kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.


"Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang," demikian titah bagida.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Pekan Sepang pada Selasa.

Kemurkaan baginda itu dizahirkan berikutan kenyataan Khalid pada 17 Jun lalu yang menggesa Kerajaan Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais.


Ikutilah teks penuh titah ucapan Sultan Selangor di majlis perasmian Masjid Pekan Sepang :

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.

Allah Subhanahu Wata'ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan agama Islam

Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama 23 tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan di dunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat.

Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.

Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang.

Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan. Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.

Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.

Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita.

Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.

Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar akidah umat Islam.

Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.

Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi.

Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang "moderate" mengikut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti Mais yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor ini.

Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais. Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.

Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan Mais di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam.

Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa Mais sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.

Mais sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Segala tindakan yang dilakukan oleh Mais dan Jais adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa mengganggu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka.

Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara.

Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di negara ini sentiasa terpelihara.

Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Wata'ala.

Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid.

Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.

Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata'ala.

Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Sepang.

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. – 15 Julai, 2014.

Suara Politik
Belantan

Razlan's

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Razlan's


Kembalikan Semangat Melayu!

Posted: 15 Jul 2014 06:00 PM PDT

Sudah hampir 8 bulan saya tidak menulis ... 

Saya terharu terhadap sokongan yang diberi kepada saya dalam kes Demo Hadapan Hq DAP.

Disini saya ingin mengimbas kembali rentetan peristiwa yang membawa kepada Demo yang kami lakukan di hadapan Hq DAP.

1. Berkisar kepada spekulasi harga barang awal tahun 2014 yang dinaaikkan oleh peniaga-peniaga dan dimainkkan oleh pihak pembangkang, ianya telah membawa kepada tindakan turun padang UMNO Pemuda Umno Malaysia bagi memantau harga, Pemuda Wilayah juga turut serta dalam kegiatan memantau ini dan diantara hasilnya adalah .. MUSIM TENGKUJUH menyebabkan harga dinaikan dan ini perkara biasa apabila ada kekurangan bekalan.

2. Jesteru itu, dalam satu lawatan Presiden UMNO ke Pulau Pinang, Perdana Menteri telah menggunakan isu ini sebagai contoh bilamana peniaga ramai yang mengambil kesempatan apabila pembangkang mencari populariti dengan memperguna isu ini. Para peniaga di pasar-pasar ada 2 harga yang berbeza, harga untuk penguatkuasa dan harga untuk pelanggan, ini dilakukan kepada barangan terkawal dan semua jenis barangan di pasar.

3. Apabila melihat kepada trend di media siber bilamana rakyat sudah faham isu kenaikan harga adalah permainan peniaga yang tidak bertanggunjawab, dan pembangkang sudah menghidu kekalahan mereka dalam isu ini apabila rakyat sudah sedar bahawa kenaikkan ini adalah mainan politik pembangkang, mereka mencari jalan mengalihkan isu, jesteru itu, Replika wajah YAB Perdana Menteri telah dijadikan bahan ejekan oleh Kerajaan Pulau Pinang.

4. Didalam negera kita, terutama berbangsa Melayu, kita saling hormat menghormati pemimpin, Para pemimpin yang bergelar YB ataupun memegang jawatan besar parti, akan terus hormat menghormati diantara satu sama lain kerana tidak mahu budaya buruk dijadikan ikutan kepada rakyat. Namun, suasana ini sudah berubah, Pemimpin Kerajaan Pulau Pinang lebih suka bertindak kurang ajar dan tidak bertamadun hanya kerana mahukan populariti tanpa peduli kesannya kepada rakyat.

5. Rentetan daripada kejadian replika itu, YB Datuk Seri Reezal bersama Pemuda Pulau Pinang telah menganjurkan bantahan kepada Kerajaan Pulau Pinang dan meminta agar budaya JAHAT serperti ini tidak di buat lagi, dan meminta ADUN berkenaan meminta maaf, namun ianya seperti biasa, tidak di ambil peduli oleh mereka.

6. Isu ini sengaja di mainkan semula apabila bermulanya Sidang DUN Pulau Pinang bilamana NS RAYER telah mengeluarkan kata-kata tidak bertamadun penghinaan kepada UMNO. "UMNO Cilaka, Cilaka UMNO, Cilaka UMNO" dan ianya menjadi transkrip dalam DUN apabila ianya tidak di tarik balik.

7. Sebagai ahli UMNO, saya merasakan ADUN DAP sememangnya dengan sengaja menaikkan kemarahan orang UMNO, sengaja menggunakan dewan yang mulia untuk ungkap perkataan ini kerana ia lebih berkesan dan penghinaan itu umpama menusuk pisau ke dalam perut setiap ahli UMNO yang bermaruah.

8. Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan mengambil ketetapan untuk menghantar memorendum kepada DAP dan mahu Rayer bertanggunjawab terhadap perkataan yang di keluarkan mengakibatkan kemarahan orang UMNO.

9. Inilah harga yang perlu dibayar oleh Rayer dan DAP apabila memainkan isu perkauman dan isu kebencian terhadap manusia, saya akan terus mempertahankan maruah parti selagi ada tenaga empat kerat saya, budaya Memaki hamum dan mengejek pemimpin bersama pemimpin tidak seharusnya berlaku, tidak seharusnya mereka menyemai budaya ini dalam Malaysia, orang melayu dalam lembut ada hadnya.

10. Kemelut ini membawa kepada kebencian kaum di antara kaum, pemimpin DAP sudah berani mencabar 13 Mei boleh berulang, mereka tidak khuatir ianya berulang, kerana mereka menjangkakan semangat melayu yang ada di kalangan orang melayu sudah lesap dan hilang dalam tanah Melayu.

11. Dalam dunia hari ini, tidak mustahil peperangan saudara akan berlaku, tidak mustahil Malaysia akan bergolak lagi sekiranya semangat kebencian diantara kaum yang di mainkan oleh pembangkang menjadi api yang marak. 

12. Ayuh kita mencari titik semangat penyatuan orang Melayu yang semakin hilang, marilah kita bersama-sama menanam semangat untuk bersama mengkutuk segala penghinaan kaum dalam negara kita, penghinaan kaum ini adalah penghinaan kepada Melayu, kepada kaum Peribumi Malaysia.

13. Semangat ini mesti kita tanam kembali kepada anak-anak Melayu, semangat menjaga maruah bangsa mesti ditanam agar bangsa kita tidak di pijak-pijak, CILAKA UMNO adalah satu perkataan yang amat keras, CILAKA UMNO adalah satu perkataan yang menghina bangsa Melayu, CILAKA UMNO adalah perkataan yang mencelakakan setiap AHLI UMNO.

Sedar dan bersatulah untuk membela bangsa Melayu.

Mohd Razlan Bin Muhammad Rafii
Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan.






The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Lagi Islam sedang hadapai ancaman, pecah belah pasal tarikat pulak

Posted: 15 Jul 2014 08:00 PM PDT


Masih lagi dengan surau dua imam. Video ini terbaru:


Solat dua imam serentak di masjid

Kejadian sejak 3 Julai lalu, menyebabkan jemaah terbahagi kepada dua kumpulan dan ia berlaku ketika solat fardu dan tarawih.

Kebiasaannya kes seumpama ini dikaitkan dengan fahaman politik tetapi lain pula yang berlaku di kampung ini, kerana kedua-dua pihak mendakwa ia berpunca daripada berbezaan fahaman agama Islam.

Perselisihan ini membawa kepada percanggahan pendapat seterusnya perebutan saf hadapan di dalam masjid ketika menunaikan solat.

Tinjauan mendapati, perpecahan itu bukan sahaja melibatkan jemaah lelaki, malah golongan wanita yang turut terbahagi kepada dua kumpulan dan dibezakan dengan pengadang.

Bagi kumpulan pertama ia diketuai oleh seorang imam dan hampir 30 jemaah menunaikan solat di saf hadapan manakala kumpulan kedua, imam lain menunaikan solat bersama hampir 50 hingga 100 jemaah lain di belakang saf pertama.

Baca sepenuh di SInar Harian SINI

Kata-kata MUN-TAHIK sebelum dan selepas masuk gereja

Posted: 15 Jul 2014 06:00 PM PDT



Video kata-kata ugut Khalid Gereja yang buat Sultan Selangor murka

Posted: 15 Jul 2014 07:50 AM PDT


Bila hak dan kepentingan gereja, Khalid Samadlah paling lantang untuk perjuangkan. Tapi bila hak dan kepentingan Islam, bukan saja Khalid tak bersuara, tapi dia menentang sebarang usaha mempertahnakan hak dan kepentingan Islam.

Begitu penting kuasa dan pengaruh serta undi pihak Kristian, Khalid sedia derhaka dan putarbelit kata-kata yang sebenarnya mengugut Sultan.


Akibatnya Sultan Selangor telah menyatakan kemurkaan terhadap Khalid yang pertikai kausa MAIS untuk menasihati baginda. Baca laporan berikut:



Mohd Farhan Darwis, The Malaysian Insider

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dengan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad kerana mempersoalkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (Mais) dan mencadangkan kuasa eksekutif pihak berkuasa agama itu ditarik balik.

Baginda dalam titah ucapan semasa merasmikan Masjid Pekan Sepang, di Selangor hari ini berkata, meskipun bukan anak jati Selangor, Khalid yang diberi peluang menjadi wakil rakyat di negeri itu seharusnya mengambil peluang mendalami sejarah negeri Selangor dan undang-undang yang terpakai terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

"Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mempersoalkan kuasa eksekutif Mais dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menghapuskan kuasa eksekutif Mais," kata baginda dalam ucapannya.

"Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu."

Baginda berkata, kenyataan Khalid itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan Mais yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu baginda dalam menjalankan kuasa sebagai Ketua Agama Islam di negeri Selangor.

"Tindakan Khalid mempersoalkan kuasa Mais seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa beta sebagai ketua agama Islam yang mendapat nasihat daripada pihak Mais berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.

"Ini bukan kali pertama Khalid mempersoalkan tentang isu berkaitan kuasa eksekutif Mais dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk," kata baginda.

Baginda turut memberi amaran kepada Khalid supaya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan pada masa hadapan.

"Oleh itu, beta menyeru kepada Khalid agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa beta dan peranan Mais di dalam menasihati beta mengenai agama Islam," kata baginda.

Khalid sebelum ini menggesa kerajaan negeri Selangor mengurangkan kuasa Mais  atas alasan demi melindungi imej Sultan Selangor daripada terus dikritik rakyat ekoran isu rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban oleh pihak berkuasa agama Selangor.

Khalid berkata, cadangannya memansuhkan kuasa eksekutif Mais tidak bermakna menolak kedudukan sultan sebagai ketua agama Selangor kerana kuasa eksekutif adalah kuasa pelaksanaan.

"Jika berlakunya kesilapan (Mais) rakyat akan marah dan ditujukan kepada golongan eksekutif bukannya kepada sultan.

"Jadi dengan cara itu, institusi sultan akan bersih daripada kesilapan atau tindakan yang boleh menyebabkan kemarahan rakyat.

"Institusi kesultanan sepatutnya bebas daripada apa-apa supaya ia tidak dikritik," katanya.

-----------------------

TITAH UCAPAN DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SELANGOR DI MAJLIS PERASMIAN MASJID PEKAN SEPANG PADA HARI SELASA, 15 JULAI 2014 BERSAMAAN 17 RAMADHAN 1435 H

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah Subhanahu Wata'ala, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi kita Muhamad Sallallahu Alaihi Wasallam.

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana dengan limpah kurniaNya, Beta dapat hadir ke majlis perasmian masjid dan berjumpa serta berbuka puasa dan menunaikan solat tarawikh dengan rakyat Beta di daerah ini.

Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata'ala kerana negara Malaysia dan negeri Selangor yang kita kasihi ini adalah dalam keadaan aman dan tidak ada kekacauan dan rusuhan, yang mana umat Islam dapat menjalankan ibadah puasa pada bulan Ramadhan yang mulia ini dengan aman dan tenteram.

Allah Subhanahu Wata'ala telah menyuruh umat Islam menjalankan kewajipan berpuasa di bulan Ramadhan yang mulia ini dan beramal serta menjalankan kerja-kerja yang mulia serta menghindari perkara-perkara yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wata'ala dan agama Islam

Beta juga bersyukur pada hari ini kita dapat bersama-sama menyambut Nuzul Quran yang mana ini adalah satu peristiwa agung yang perlu diingati iaitu turunnya Al-Quran dari Loh Mahfuz ke Baitul Izah di Langit Dunia dan juga turunnya ayat pertama daripada surah Al-Alaq yang diturunkan dari Baitul Izah kepada Nabi Muhammad Sallahu Alaihi Wasallam, melalui Malaikat Jibril Alaihis Salam dan ianya mengambil masa selama dua puluh tiga (23) tahun untuk menyempurnakan Al-Quran yang menjadi panduan kepada umat Islam untuk menjalankan kehidupan didunia ini dan beribadah kepada Allah Subhanahu Wata'ala.

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Beta mengingatkan supaya orang Melayu umat Islam janganlah berbalah antara satu sama lain sebaliknya orang Melayu umat Islam, haruslah bersatu padu dan bermuafakat. Orang Melayu umat Islam jangan fitnah-menfitnah, mencaci dan menuduh antara satu sama lain serta membuat cerita-cerita yang tidak benar hingga menimbulkan perasaan syak wasangka dan seterusnya akan mencetuskan permusuhan antara sesama orang Melayu umat Islam dan akan mengakibatkan kerugian kepada generasi kita di masa depan.

Perpecahan orang Melayu akan merugikan orang Melayu sendiri, baik hari ini ataupun untuk generasi akan datang. Orang Melayu mestilah bersatu padu dan mengukuhkan bangsa Melayu serta agama Islam agar tidak diperlekehkan. Beta percaya seandainya orang Melayu tidak mahu bersatu padu, nescaya di satu hari nanti tragedi akan menimpa orang Melayu yang mana orang Melayu akan menjadi satu bangsa yang kian pupus dan tenggelam ditelan zaman serta akhirnya akan hanya tinggal nama semata-mata.  Adakah kita mahu tragedi sebegini berlaku kepada orang Melayu yang beragama Islam di tanah air kita sendiri? Fikirkanlah siapa yang akan untung dan siapa yang akan rugi.

Selain itu, Beta juga amat dukacita dengan golongan ekstremis agama, liberalisasi agama dan juga pluralisme agama yang sedang berleluasa di negara kita. Ekstremis agama, liberalisasi agama dan pluralisme agama bukan sahaja akan merosakkan aqidah umat Islam, malah akan menghancurkan umat Islam di suatu masa nanti.  Ekstremis agama yang Beta maksudkan adalah golongan ekstremis yang sering mencetuskan keganasan tanpa batasan, manakala liberalisasi agama adalah golongan yang mengamalkan budaya seperti LGBT yang secara terang-terangan melanggar aqidah umat Islam.  Pluralisme agama pula adalah mereka yang berpendapat semua agama termasuk agama Islam adalah sama dan tidak ada satu agama pun boleh diberikan kelebihan berbanding agama-agama lain.  Walau bagaimanapun kita perlu akur bahawa agama Islam mempunyai kedudukan yang lebih tinggi kerana ia adalah Agama Persekutuan sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh itu, semua golongan ini perlu dibendung agar aqidah umat Islam terpelihara dan dilindungi.  Beta mahu rakyat Negeri Selangor mengamalkan agama Islam yang "moderate" mengikut fahaman Ahli Sunah Wal Jamaah.

Dalam pada itu, Beta merasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu. Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat. Ada di kalangan mereka ini telah dengan berani mempersoalkan kuasa institusi agama Islam seperti MAIS yang selama ini berperanan memastikan kesucian agama Islam dan urus tadbir hal ehwal agama Islam di Negeri Selangor ini.

Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS. Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang.  Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai agama Islam.

Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.  MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan.  Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama mereka.

Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.

Di bulan yang mulia ini juga Beta berkenan supaya semua umat Islam di Negeri Selangor ini mensyukuri nikmat yang telah diberikan oleh Allah Subhanuhu Wata'ala.

Beta mengingatkan sekali lagi janganlah dijadikan masjid sebagai gelanggang untuk berpolitik dan juga tempat mengadakan demonstrasi yang negatif, baik di dalam atau di kawasan perkarangan masjid. Masjid dan surau adalah tempat Umat Islam dan Orang Melayu beribadat dan bertemu bagi mengeratkan silaturrahim antara sesama orang Melayu umat Islam.

Beta mengakhiri ucapan Beta ini dengan mengucapkan Selamat Berpuasa  kepada seluruh umat Islam, semoga amal ibadah kita diterima dan diberkati Allah Subhanahu Wata'ala. Jadikanlah masjid sebagai tempat yang aman, selesa dan kondusif untuk setiap umat Islam melakukan ibadah dan mendapat keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta merasmikan Masjid ini dengan nama Masjid Pekan Sepang.

Sekian,

Wabillahitaufik Walhidayah, Wassalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Akaun FB Palsu 'Gadis Peugeot', Orang Ramai Luah Rasa Marah

Posted: 15 Jul 2014 10:19 PM PDT



Akaun Facebook Kiki Kamaruddin yang dipercayai palsu.

PETALING JAYA: Akaun Facebook, dipercayai palsu diwujudkan pihak tertentu ekoran rasa tidak puas hati pengguna laman sosial yang menonton video seorang perempuan melemparkan kata-kata kesat terhadap seorang lelaki tua yang secara tidak sengaja melanggar kereta mewahnya.
Akaun FB yang menggunakan nama Kiki Kamaruddin dibuka pada Rabu, kira-kira pukul 8 pagi, sehari selepas video 'Peugeot CDM25' tersebar di internet dan menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati akaun FB sebenar Kiki dikatakan telah ditutup.

Menerusi akaun FB palsu yang dibuka dengan gambar logo Peugeot dan gambar kecil Kiki, ia tetap dihujani pelbagai komen negatif, seolah-olah menjadi tempat untuk melepaskan geram serta kemarahan mereka terhadap perempuan di dalam video tersebut.
Rata-rata pengguna tidak bersetuju dengan tindakan agresif dan cara dia menyelesaikan kemalangan kecil yang membabitkan keretanya dan sebuah lagi kereta yang dipandu seorang lelaki berumur.
Mereka berpendapat apa yang dilakukan Kiki sebagai biadap dan tidak menghormati orang tua.
Seorang pengguna, Afrina Zulqarnaen memberikan komen dan nasihat panjangnya kepada Kiki menerusi FB palsu ini, barangkali dengan harapan mesejnya dapat dibaca empunya badan.
"Fikirlah kak yang mana baik,yang mana buruk. Setiap orang mesti ada buat kesalahan, tapi tindakan akak tu macam orang yang tak ada akhlak. Mana pergi sifat malu akak sebagai perempuan?

"Pak cik tu orang tua, hormat la sikit walau tengah marah. Akak pun dah besar, cakap guna akal fikiran, jangan cakap ikut perasaan. Tindakan akak tu keterlaluan sangat. Fikirlah kak...jangan bangga sangat apa yang kita ada sebab Allah SWT akan tarik balik apa yang kita ade," tulisnya.

Selain menerima kritikan akibat tindakan kasarnya, penampilan bertudung Kiki turut disentuh.

"Sebagai wanita bertudung memang sepatutnya kita menjaga akhlak. Sebab orang akan menilai kita dari luaran.

"Tudung tu melambangkan agama. Sekarang ni krisis agama menjadi-jadi kalau perangai macam tu, apa agama lain anggap agama kita. Mesti hilang hormat dengan agama kita kan dan perkataan mcm ni akan keluar "NAMA JE PAKAI TUDUNG TAPI PERANGAI MENGALAKAN HARIMAU".....suka tak ayat tu?," Juitah Juie memberi komen.
Sementara itu, ada juga pengguna yang menggesa supaya produk keluaran Kiki diboikot.
Difahamkan, dia menceburi perniagaan pakej perkahwinan dan dikenali ramai.

Di sebalik kemarahan ramai, terdapat juga pengguna yang lebih tenang dengan menyuruh Kiki berjumpa dengan lelaki tua tersebut dan meminta maaf.

Setakat pukul 12 tengahari, sebanyak lima 'posting' telah ditulis di dalam FB yang tidak diketahui siapa pemilik sebenarnya dan telah mendapat hampir 2,000 'like'.
Antara 'posting' yang ditulis ialah:

"What is this?? Akak yang buat salah, marahkan tudung. Suruh tak payah pakai tudung pulak?

"Korang yang maki akak, akak pulak dapat dosa! and i find this offensive!.

Putrajaya berdepan kritikan berhubung cadangan penggabungan CIMB, RHB & MBSB

Posted: 15 Jul 2014 06:22 PM PDT

Putrajaya kini berdepan kritikan terhadap cadangan penggabungan CIMB Bank, RHB Bank, dan Malaysian Building Society Bhd (MBSB) apabila kesatuan perbankan nasional, pemimpin Umno dan kerajaan Abu Dhabi membantah pembentukan bank terbesar negara itu.
The Malaysian Insider difahamkan, Abu Dhabi menghantar wakilnya ke Putrajaya untuk menyuarakan bantahan mereka berhubung penggabungan itu, dan berkata kuasa pasaran seharusnya ditentukan pada harga terbaik untuk saham RHB yang mereka miliki sebanyak 21.4%.
Sumber memberitahu, mesej dihantar Abu Dhabi kepada Putrajaya adalah mereka akan mempertimbangkan pelaburan berbilion ringgit untuk projek Rapid Petronas di Pengerang, Johor sekiranya penggabungan bank itu diteruskan tanpa mengambil kira kepentingan negara Timur Tengah itu.
Mereka berkata, Aabar Investment PJS, yang mempunyai saham dalam RHB tidak bersetuju dengan sebarang tawaran di bawah RM12 sesaham kerana ia merupakan kos keseluruhan ditanggung Aabar ketika memperolehi pegangan saham daripada Bank Komersial Abu Dhabi pada 2011.
Negara teluk itu turut tidak gembira dengan tempoh eksklusif 90 hari diberikan kepada CIMB Bank untuk berunding tentang penggabungan yang mana bakal membentuk bank mega dengan aset sejumlah RM613.7 billion, mengatasi bank utama di Malaysia, Maybank Bhd yang memiliki RM578 bilion.
Presiden Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) Tan Eng Hong juga menyuarakan rasa tidak puas hati dengan Bank Negara dan berkata pihaknya tidak dipanggil berunding untuk tujuan itu.
NUBE juga khuatir akan berlaku kehilangan pekerjaan terhadap pekerja kerana situasi itu sering berlaku dalam setiap penggabungan.
Secara politiknya, pemimpin Umno merungut kerana terpaksa berdepan pembangkang yang sering membantah nepotisme, menjelaskan, pemimpin tertinggi dalam CIMB merupakan adik kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, iaitu Datuk Seri Nazir Razak.
Nazir turut menjadi individu penting dalam penggabungan CIMB sebelum ini dengan Southern Bank Bhd.
Bank berkenaan baru-baru ini mengumumkan Nazir akan dilantik sebagai pengerusi apabila penggantinya ditemui menjelang September.
Sesetengah pemimpin Umno bagaimanapun pelik kenapa Nazir dilantik untuk menguruskan aset negara, Khazanah Nasional Bhd, atau dibenar meneruskan penggabungan itu, dan berkata, tindakan itu tidak akan memberikan kesan buruk kepada imej Putrajaya sekiranya meminta Maybank bergabung dengan RHB dan MBSB.
Tidak jelas jika Najib sanggup menerima kritikan terhadap bantahan ini, dengan beliau bergantung daripada kebenaran Umno, Abu Dhabi yang merupakan pelabur utama dan juga kesatuan.
Pemindahan pegangan saham yang dilaksanakan Najib tiga tahun lalu antara Malaysia Airlines (MAS) dan AirAsia masih tidak menentu selepas 9 bulan berikutan bantahan daripada kesatuan sekerja MAS.
Lebih ironi lagi, perjanjian MAS-AirAsia itu dibrokerkan oleh sayap dagangan CIMB.
Cadangan penggabungan terbaru CIMB dengan RHB adalah pembaharuan daripada pelan asal pada 2011 yang dibatalkan. Maybank juga ingin membeli RHB namun rancangan itu tidak berlaku.
Penggabungan yang dilihat sebagai pembentukan bank Islam mega oleh pemerhati itu akan membentuk pasaran modal berjumlah RM88.4 bilion berdasarkan kadar pegangan dan keuntungan bersih RM7 bilion, melebihi Maybank yang berjumlah RM6.55 bilion.
Penganalisis berkata, kadar nilai saham RHB dan MBSB masing-masing pada RM11.80 dan 2.55, di bawah sedikit permintaan Aabar pada kadar RM12 untuk setiap pegangan mereka dalam RHB.
Antara pemilik saham utama bank itu adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (EPF), pengurusan terbesar pencen negara, yang memiliki 14.5% saham dalam CIMB, 41.3% dalam RHB, menurut data yang dikumpul Bloomberg. Kumpulan itu turut memiliki sejumlah 65% saham dalam MBSB. – 16 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/putrajaya-berdepan-kritikan-berhubung-cadangan-penggabungan-bank#sthash.LlhtDIBq.dpuf

Marah hendak dicerai, potong kemaluan suami

Posted: 15 Jul 2014 09:54 AM PDT

KUALA LUMPUR - Gara-gara marah kerana mahu diceraikan, seorang wanita warga Myanmar nekad memotong kemaluan suaminya di rumah lelaki itu di Taman Wilayah, Selayang, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, wanita berusia 40 tahun yang telah tinggal berasingan pergi ke rumah suaminya yang juga warga Myanmar untuk berbincang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R. Munusamy berkata, setelah suaminya membenarkan wanita itu masuk dan beliau terus tidur di ruang tamu, wanita itu secara tiba-tiba bertindak memotong kemaluan suaminya dengan pisau.

"Mangsa berusia 40 tahun itu yang telah tertidur berasa sakit di bahagian kemaluannya dan dia terkejut apabila kemaluannya berlumuran darah.

Mangsa melihat isterinya memegang pisau dan dia terus melarikan diri dari rumah itu. Mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut dan kini dilaporkan stabil," katanya di sini hari ini.

Munusamy berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata dan usaha untuk mengesan suspek masih dipergiatkan. - Bernama

Sultan Selangor murka Khalid Samad persoal kuasa MAIS

Posted: 15 Jul 2014 05:32 AM PDT

Ingat balik...pada 17 Jun baru ini, Ahli Parlimen PAS kawasan Shah Alam,Khalid Samad telah mendesak PAS meminta kerajaan negeri Selangor meminda peruntukan enakmen bagi mengurangkan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).Ini ekoran kontroversi MAIS tidak mahu memulangkan Bible dalam bahasa Malaysia yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Persatuan Bible Malaysia dekat Petaling Jaya Januari lalu.

Ramai juga yang terkejut beliau membuat kenyataan seumpama itu kerana MAIS adalah dibawah naungan Sultan Selangor.Baginda mempunyai kuasa dalam semua urusan hal ehwal agama Islam di negeri itu.

Malah Pengerusi Perhubungan PAS Selangor ,Iskandar Samad segera membuat kenyataan bahawa apa yang dicakap Khalid itu bukan pendirian rasmi PAS Selangor.

Setelah hampir sebulan berlalu,Sultan Selangor akhirnya bersuara.Baginda nyata amat murka dengan kenyataan Khalid itu.

Dalam titah ketika merasmikan Masjid Pekan Sepang petang Selasa baginda secara terbuka sebut nama Khalid.Hadir sama di majlis itu ialah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

"Beta merujuk kepada petikan laporan akhbar-akhbar utama tanahair pada 18 Jun 2014, yang mana Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad telah mempersoalkan kuasa eksekutif MAIS dan mencadangkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menghapuskan kuasa eksekutif MAIS.Beta amat kesal dan kecewa dengan kenyataan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Khalid Samad yang bukannya anak jati Selangor namun telah berpeluang menjadi Ahli Parlimen di Selangor sepatutnya mengambil segala langkah untuk melengkapkan diri untuk memahami sejarah Negeri Selangor dan mendalami undang-undang yang terpakai di Negeri Selangor terutama Undang-ndang Tubuh Kerajaan Selangor dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri Selangor.

"Kenyataan Khalid Samad itu ternyata menunjukkan beliau jahil tentang peranan MAIS yang diwujudkan oleh Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor sebagai penasihat dan membantu Beta dalam menjalankan kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam di Negeri Selangor.

"Tindakan Khalid Samad mempersoalkan kuasa MAIS seolah-olah menunjukkan sikap biadap dan penentangan kepada kuasa Beta sebagai Ketua Agama Islam yang mendapat nasihat dari pihak MAIS berkenaan agama Islam seperti yang sedia termaktub di bawah undang-undang. Ini bukan kali pertama Khalid Samad telah mempersoalkan tentang isu berkaitan tentang kuasa eksekutif MAIS dan juga Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor yang dianggapnya sudah lapuk.

"Oleh itu Beta menyeru kepada Khalid Samad agar di masa akan datang beliau berwaspada di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan dan jangan menunjukkan sikap biadap dan jahil beliau apabila membicarakan isu berkaitan dengan kuasa Beta dan peranan MAIS di dalam menasihati Beta mengenai Beta ingin mengambil kesempatan di sini untuk menegaskan bahawa MAIS sentiasa menjamin hak dan kebebasan penganut agama lain di dalam mengamalkan agama mereka.

"MAIS sentiasa menghormati orang bukan Islam di dalam amalan agama mereka seperti yang telah diperuntukkan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Segala tindakan yang dilakukan oleh MAIS dan JAIS adalah bagi memelihara kesucian agama Islam tanpa menggangu penganut agama lain di dalam menganut agama.

"Beta sekali lagi menegaskan kepada semua pihak bahawa jangan jadikan agama Islam sebagai modal politik. Kesucian agama Islam perlu sentiasa dipelihara. Sebagai orang politik seharusnya mereka lebih bertanggungjawab di dalam mengeluarkan sebarang kenyataan bagi memastikan kesucian agama Islam dan perpaduan umat Islam di Negara ini sentiasa terpelihara.

Sebelum itu Sultan Selangor melahirkan rasa dukacita kerana ada di kalangan ahli politik dan golongan cerdik pandai yang beragama Islam sendiri, tidak melindungi kesucian agama Islam daripada dipermainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Sebaliknya mereka lebih mengutamakan agenda politik dan peribadi mereka dengan mengelirukan masyarakat.-15/7/2014

Makin banyak berpuasa makin jauh dari neraka

Posted: 15 Jul 2014 04:05 AM PDT




TUAN IBRAHIM TUAN MAN | .

Sesungguhnya azab di akhirat nanti berganda ganda dahsyatnya dari azab kubur, sedangkan azab kubur pula lebih dahsyat dari azab dunia.

Allah menceritakan perihal orang orang kafir yang bangkit dari kubur dalam keadaan tercengang dan kebingungan dan terkejut apabila melihat azab akhirat yang sangat dahsyat sehingga mereka lupa bahawa mereka teruk diazab di dalam kubur sebagaimana firman Allah dalam Surah Yasin ayat 52:

قالوا يا ويلنا من بعثنا من مرقدنا هذا ما وعد الرحمان وصدق المرسلون

Ertinya: Orang-orang kafir berkata: Celakanya kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari kubur tempat tidur kami? Lalu dikatakan pada mereka: Inilah dia yang telah dijanjikan oleh Allah yang Maha Pemurah dan benarlah berita yang disampaikan oleh rasul-rasul.

Sesungguhnya kepedihan seksa neraka tidak terjangkau imaginasi manusia. Bagaimana tidak, neraka ialah tempat Allah menuangkan seluruh kemarahan dan laknat ilahiah yang belum pernah dinampakkan sebelumnya.



Seksa neraka ini bukan hanya menimpa jasad semata-mata, namun ia juga termasuk seksaan psikologi yang sangat pedih, sehingga sesaat berada di neraka melupakan seseorang seluruh kenikmatan dunia yang dia rasakan seumur hidup.

Nabi bersabda bahawa kepanasan api neraka itu 70 kali ganda lebih panas daripada api dunia. Sedangkan api duniapun boleh menghanguskan sebuah rumah papan dalam 15 minit, boleh menelan kereta, melembutkan besi dan boleh meruntuhkan bangunan WTC di Amerika Syarikat hanya dalam beberapa minit sahaja.

Betapa panasnya api neraka itu sehingga bahang panasnya dirasai dalam jarak 500 tahun perjalanan. Berapa kilometerkah 500 tahun itu? Hanya Allah yang tahu. Jauhnya antara langit dengan langit sejauh 500 tahun perjalanan.

Kalau 500 tahun perjalanannya pun kita sudah rasa bahang panasnya api neraka, maka cuba bayangkan jika kita dicampakkan ke dalamnya.... na'uuzubillah min zalik.

Maka antara sebab Allah wajibkan kita berpuasa, adalah supaya kita dijauhkan daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Nabi pernah bersabda:
من صام يوما في سبيل الله بعد الله وجهه عن النار سبعين خريفا (متفق عليه)

Ertinya: Sesiapa yang berpuasa (sunat atau wajib) di jalan Allah kerana Allah, nescaya Allah jauhkan dirinya daripada neraka sejauh 70 tahun perjalanan.

Semoga puasa Ramadhan yang kita lakukan yang pahala wajib di dalamnya digandakan kepada 70 kali ganda dan puasa sunat yang kita lakukan Isnin Khamis, dan puasa-puasa sunat yang lain itu menatijahkan kita semakin jauh dari neraka dan akhirnya dimasukkan ke syurga tempat tinggal dan berseronok yang kekal abadi.

Sekian, wallahu a'lam, semoga bermanfaat untuk semua.
Senyum


SELAMAT BERBUKA !!!

'Sejak Esscom, kenapa Sabah lebih tak selamat?'

Posted: 15 Jul 2014 03:21 AM PDT

Parti Reformasi Negeri (Star) Sabah membangkitkan soal keselamatan negeri itu yang menurutnya lebih tidak selamat sejak penubuhan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom).

"Apa yang terjadi kepada keselamatan Sabah?

"Nampaknya Sabah menjadi lebih tidak selamat sejak penubuhan Esscom dan penyusunan semula terbarunya," kata ketuanya Datuk Jeffrey Kitingan.

Menurut Jeffrey, insiden terbaru di Pulau Mabul pada Sabtu menjadikannya kebolosan sistem pertahanan kelima dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Ia juga, tambahnya, berlaku hanya seminggu selepas kehadiran anggota militan dikesan di Tawau.

"Adakah kerajaan persekutuan menangani masalah keselamatan Sabah dengan betul? Adakah Esscom memberikan jawapan yang tepat kepada segala permasalahan keselamatan kami?

"Atau adakah terdapat isu-isu sosial yang lebih serius dan asas yang perlu dikenal pasti dan ditangani?" soal Jeffrey yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bingkor.



Mesej penceroboh pada PM

Dalam serang hendap sekumpulan lelaki bersenjata di sebuah resort di Pulau Mabul pada Sabtu malam lepas, seorang anggota polis marin Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dan rakan setugasnya Konstabel Zakia Aleip, 26, dilarikan.

Jeffrey juga mengaitkan pelbagai insiden di negeri itu dengan masalah pemberian kad pengenalan yang menjadi isu berpanjangan di Sabah.

Beliau juga membangkitkan kenapa serangan di Mabul itu kebetulan berlaku ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Sabah.

"Apakah mesej yang cuba disampaikan penceroboh kepada kerajaan persekutuan dan Sabah? Adakah (kata mereka) kamu tidak dapat mengendalikan perkara sedemikian?

"Adakah kamu tidak setanding dengan kami? Adakah kerana kami berada di mana-mana atau adakah kami adalah 'raksaksa' yang kamu ciptakan?" soal Jeffrey tegas.

Exco PAS Selangor Tampil Bela Khalid Ibrahim

Posted: 15 Jul 2014 12:49 AM PDT





Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 2:00 PM

PETALING JAYA: Saat sukar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sedang diserang dengan pelbagai tekanan daripada partinya sendiri terubat apabila seorang exco PAS Selangor tampil membela Menteri Besar berkenaan.
Lantang mengkritik tindakan terancang untuk menggulingkan Abdul Khalid, Exco Sukan, Belia dan Adat Resam Melayu, Dr Ahmad Yunus Hairi menyifatkan pemimpin Pakatan Rakyat Selangor kini dihimpit virus dengki dan iri hati.
Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Ahmad Yunus turut menegur sikap segelintir pemimpin Pakatan Rakyat yang mula membelakangkan agenda pembangunan negeri demi cita-cita politik individu.
"Adakah kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor kini sedang dihinggapi virus dengki dan iri hati? Adakah tradisi membela rakyat kini menjadi agenda terkebawah?
"Janganlah kerana hasutan musuh dan matlamat peribadi insan bertopengkan haiwan menyebabkan kekalutan yang berterusan sehingga menyimpangkan perjuangan hakiki Pakatan Rakyat Selangor selama ini," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.
Sejak beberapa bulan lalu, pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP yang menjadi sekutu PAS dalam Pakatan Rakyat Selangor secara konsisten memberi tekanan kepada Abdul Khalid supaya mengosongkan kerusi Menteri Besar.
Tekanan terhadap Abdul Khalid menjadi semakin serius apabila pimpinan PKR Selangor mengambil kesempatan menggunakan isu kegagalan Abdul Khalid mempertahankan jawatan Ketua Cabang Kuala Selangor sebagai alasan untuk beliau melepaskan kedudukannya.
Malah komplot menjatuhkan Abdul Khalid memasuki fasa terbaharu apabila dikatakan wujud usaha di kalangan Ahli Kelab Penyokong Kerajaan Selangor (BBC) untuk menggulingkan Abdul Khalid menerusi undi tidak percaya.
Bagaimanapun usaha berkenaan didakwa tidak disenangi kepimpinan PAS Selangor.
Mengulas lanjut, Ahmad Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang berkata, sikap tamakkan kuasa di kalangan pemimpin tertentu untuk menjadi Menteri Besar menyebabkan rakyat muak dan bosan.
"Tidakkah disedari oleh kepimpinan Pakatan Rakyat Selangor keributan permasalahan dalaman secara terbuka boleh mengundang persepsi meluat dan menyampah di kalangan rakyat.
"Apakah tiada cara yang paling baik dan halus untuk melakukan transisi perubahan sekiranya perlu secara berhemah dan teratur.
"Kepimpinan Pakatan Rakyat perlu juga mengingati bahawa rakyat Selangor kini telah terdidik untuk menghukum sebarang kesalahan kepimpinan yang cuba memenuhi kehendak diri sendiri berbanding keutamaan kepada rakyat," katanya yang juga YDP PAS Kawasan Kuala Langat.