Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP perguna DAP India seperti "underworld" Cina bayar samseng India

Posted: 14 Jul 2014 11:30 PM PDT

Selepas 13 Mei 1969, pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan anaknya, tidak lagi menggunakan masyarakat Cina sebagai barisan hadapan untuk menyerang Melayu-Bumiputera. Sebaliknya DAP bertindak bijak dengan mengupah pemimpin-pemimpin India seperti P.Patto, Karpal Singh dan sebagainya untuk melakukan serangan bagi pihak mereka.

Justeru apabila RSN Rayer menyerang Melayu dan UMNO dengan perkataan-perkataan getik, ia langsung tidak menghairankan kerana DAP sememangnya mahu menggantikan Parti Komunis Malaya yang gagal menjajah negara ini selepas kekalahan Tentera Jepun pada pertengahan tahun 40-an lalu. 


DAP menggunakan kaedah tersebut dengan melaga-lagakan masyarakat India dan Melayu, pada masa yang sama, menjadikan Cina sebagai tok dalang yang mengeluarkan perbelanjaan dan dana bagi pergaduhan antara India dan Melayu.

Bagaimanapun, layanan DAP kepada masyarakat India tidak pernah baik dan luar biasa. Sebaik-baik sahaja berjaya merampas Pulau Pinang, apa yang dilakukan oleh DAP ialah mengusir masyarakat India yang sudah ratusan tahun tinggal di Kampung Buah Pala. 


DAP kemudian mengarahkan PBT yang sebahagian besar anggota penguatkuasanya adalah Melayu untuk merobohkan rumah-rumah kediaman serta kuil masyarakat India. Tujuannya ialah agar India terus marahkan Melayu dan bukannya Cina DAP.

Masyarakat India sememangnya PARIAH di mata DAP. Masyarakat India akan dikunjungi, dipujuk dan diperdayakan dengan sedikit janji-janji sambil memuji-muji mereka sampai kembang jubur. 

Dengan gula-gula retorik itu, masyarakat India kemudiannya melihat DAP sebagai penyelamat mereka walaupun sebenarnya, DAP apabila berkuasa, masyarakat pertama yang ada dalam senarai mereka untuk dihapuskan atau dihalau adalah INDIA.


Di Teluk Intan juga nampaknya perkara yang sama berlaku. Dari zaman Manogaran sebagai Ahli Parlimen Teluk Intan mewakili DAP sehinggalah Seah Leong Peng, tiada sebarang pembaharuan, pembangunan mahupun perubahan sosial yang dibuat melibatkan masyarakat India Teluk Intan. 
Masyarakat India langsung tidak wujud di mata DAP Teluk Intan, sehinggalah pada PRU-13 dan sekarang ini PRK Teluk Intan, barulah kepimpinan DAP sibuk mencari masyarakat India sehingga ke PDM Ulu Bernam yang terletak jauh...

Sumber Whats App

Jeffrey pengkhianat pernah merancang dengan Sultan Suluk

Posted: 14 Jul 2014 07:30 PM PDT


Dato Jeffrey Kitingan yang mana motifnya adalah untuk membawa Sabah keluar dari Malaysia diketahui sangat hingga pernah ditahan bawah ISA gerakan itu cepat sekali mengambil peluang dari peristiwa Mabul.

Cepat dia membakar rakyat Sabah akan kegagalan kerajaan pusat menajga keamanan pantai Sabah supaya rakyat benci dan termakan dakyah jahatnya.

Jeffrey yang sering menyuarakan 20 point agreement sering lipa bahwa dalam itu sudah termakstub bahawa Sabah tidak boleh tinggalkan Malaysia (secession). Hipokrit betul


Tambah lagi, Jeffrey pernah melakukan talibarut dan diketahui pernah berjumpa dengan salah seorang Sultan Sulu Filipina. Dia telah memberi harapan kepada orang Sulu seolah-olah Sabah akan bebas dari Malaysia dan sedia bergabung dengan Sulu

Padahal ini hanya helah Jeffrey untuk dapatkan sokongan Bumiputra Islam untuk keluarkan Sabah dari malaysia. Dulu dia cuba tetapi tiada sokongan Bumiputra Islam dan hanya dapat sokongan dari segelintir kaum Kadazan Dusun Murut.


Sultan Sulu akan digunakan sebagai boneka untuk menarik sokongan Bumiputera Islam bagi menjayakan agenda dia mengeluarkan sabah dari Malaysia.

Pemikiran Jeffrey amat bahaya dan dia pernah ditahan ISa kerana usaha mahu membawa keluar Sabah dari Malaysia melalui cara ketenteranaan.

Itulah dulu ketika dia tidak mendapat sokongan dari Bumiputra Islam. Kini dia gunakan Sultan Sulu untuk mendapat sokongan Bajau, Sulu dan kelompok Bumiputera islam lain seperti Idahan, Ilanun, kacukan Sulu dll.

Membawa keluar Sabah dari Malaysia adalah tindakan khianat terhadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Kenapa Peguam Negara berdiam?

Isu lama melibatkan rasis DAP Penang, Ng Wei Aik boleh senang dia ungkit balik?

PAS sedia ke Palestin?

Posted: 14 Jul 2014 05:08 PM PDT


Malah R&R untuk pejuang-pejuang PAS pun tersedia sebelah ebuah pejabat PAS


Langkah ke 4 dan 5 silat Jawa Khalid

Posted: 14 Jul 2014 05:30 AM PDT



Dengan menunjukkan dia konon mendpaat sokongan UMNO dan PAS 9menafikan ada usul tak percaya terhadap Khalid di The Mole SINI), Tan Sri Khalid membuka langkah ke 4 dan 5 silat jawanya. Pakar strategi hancuk Rafizi Ramli sedang hadapai tekanan di atas kegagalan Kajang Move.

Semalam Pakatan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (PASMEB) telah membuat laporan polis di balai polis Banting, Kuala Langat pula.

Laporan yang diketuai oleh Saiful Izam bin Misuan turut menimbulkan isu penyalahgunaan nama DYMM Sultan Selangor dalam isu tukar MB Selangor.





Ringkasan laporan

Pada 07 jul 14 jam lebih kurang 2130hrs pengadu sebagai pengerusi pasmeb kuala langat (pakatan anak selangor menyokong mb).  Semasa berada di rumah telah terbaca melalui akaun milik habib mazlan, safuddin shafi muhammad, najwa halimi (p.a) yb azmin ali. Yang pengadu kenal pasti sebelum ini giat berkempen untuk azmin dalam pemilihan pkr 2014 dan kemudian berkempen untuk azmin ali bakal mb telah menulis fitnah yang menyatakan mb tan sri khalid ibrahim (tski) akan letak jawatan dan lebih biadap lagi fitnah tersebut turut mengaitkan nama dymm spb sultan selangor sekali. Ini satu tindakan derhaka, biadap dan sengaja mencipta ketidak stabilan dalam selangor. Pihak polis harus mengambil tindakan segera. Persoalan ini juga muncul adalah mereka ini ada kaitan dengan yb suhaimi shafie (adun sri muda) , yb aimirudin shari (adun batu caves), yb abdullah sani hamid (ap kuala langat) yb rafizi ramli. Individu ini yang bersungguh memberikan komen terbuka mendesak mb meletak jawatan yang jelas sengaja dan sedar untuk menganggu kestabilan selangor. Pengadu mewakili pasmeb sentimen majoriti anak selangor menggesa tindakan diambil dengan segera.



Selepas laporan polis dibuat, saiful izam bin misuan telah membuat sidang media yang mana dia mendesak polis untuk menyiarat dan ambil tindakan.

Turut ditimbulkan dan didesak pemimpin PKR yang lantang mendesak tski meletak jawatan adalah terdiri daripada mereka yang bukan rakyat Selangor dan PKR telah melibatkan rakyat selangor dalam pergolakkan parti mereka.



Langah ke  5 Khalid adalah untuk mengadakan Iftar dan Wacana Ekonomi petang ini yang mungkin lebih kepada Wacana Selamatkan Diri:
.

Y.B. Dato'/Tuan/Puan

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

2.         Sukacita, saya bagi pihak Pejabat ingin menjemput Y.B. Dato'/Tuan/Puan ke Program Wacana Ekonomi dan Iftar pada Rabu, 16 Julai 2014, di Kediaman Rasmi Dato' Menteri Besar Selangor, Seksyen 7, Shah Alam. Butiran aturcara adalah seperti di lampiran.

3.         Kehadiran Y.B. Dato'/Tuan/Puan saya dahului dengan ucapan terima
kasih.

p/s: Mohon rujuk lampiran emel untuk aturcara majlis dan borang kehadiran.

Sekian,

Norshidah
Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor
Office of Selangor Economic Advisor
Tingkat 15, Plaza Perangsang, Persiaran Perbandaran
40000 Shah Alam
Tel: +603 5512 2660
Fax:+603 5511 6966
email:norshidah.osea@gmail.com


Selalu orang buat tazkirah ugama sebelum buka puasa, ini wacana ekonomi?

Hehehe .... jelaskan kenapa FDI Selangor haya dapat RM1 billion yang tak capai target yang dijanjikansebanyak RM10 billion? Terengganu bawah Md Sai boleh dapat RM16 billion..

Apahal pun silat jawa Khalid sudah menakutkan Sam Ketot. Laporan The Mole SINI menafikan diirnya menuntut Khalid diturunkan.

TLDM perlu dapat izin untuk tembak penceroboh?

Posted: 14 Jul 2014 12:24 AM PDT



DALAM NEGERI

TLDM mohon dibenar tembak penceroboh

LUMUT 14 Julai - Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) akan memohon kepada kerajaan bagi membenarkan angkatan itu melepaskan tembakan terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan perairan Sabah.

Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, sebelum ini pihak bertanggungjawab termasuk TLDM yang menjaga perairan negeri itu tidak dibenar melepaskan tembakan terhadap 'penceroboh' menyebabkan kumpulan tersebut sentiasa berjaya meloloskan diri daripada ditahan.

"Mereka (penceroboh) tidak lagi takut dengan pihak berkuasa kerana tahu kami tidak akan melepaskan tembakan, hanya amaran mengarahkan supaya berhenti sahaja.

"Perkara ini tidak boleh berterusan, takkan mahu tunggu mereka berhenti, sedangkan mereka tidak akan berbuat demikian. Jadi, kami akan memohon kepada kerajaan supaya 'peraturan' itu ditukar dan pihak berkuasa termasuk TLDM dibenar melepaskan tembakan sekiranya penceroboh enggan mengikut arahan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada antara Laksamana Madya Datuk Abdul Hadi A. Rashid dengan Laksamana Madya Datuk mohamad Roslan Mohamad Ramli. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan



Adakah perlu phak TLDM memintak izin untuk menembak penceroboh?

Dalam hal ini, mana-mana negara pun, kalau isytihar perang baru perlu minta keiznan tertinggi. Namun persoalannya pula adalah hal operational seperti penceroboh perlukan izin dari pihak teratas?

Bukankah ketua kompeni atau sekurang-kurangnya ketua platoon untuk askar sudah boleh beri izin? 

Dalam pertembungan tentera, perlu ada rules of engagement dan protokol yang perlu diikuti. Kapal seperti TLDM tidak boleh menembak melainkan jika ada kapal lain cuba melanggar atau menembak.

Bagaimanapun dalam hal pencerobohan dimana mereka telah diserang, dibunuh dan diculik, phak mangsa berhak menggunakan kekasaran jika perlu. Hak pertahankan diri bukan setakat diri sendiri tetapi menjaga pertahanan dan keselamatan pihak lain.

Dalam hal untuk perangai Sulu yang beberapa kali melakukan serangan dan penceroohan, ini sesuatu yang makan proses lama dan perlu melalui lebih kurang 10 prosedur untuk isytihar perang terhadap pihak Sulu.



Maka untuk keselamatan pihak yang sesuai adalah Polis dan APMM jika berfungsi dan bukan setakat jaga penyeludup yang mana diesel pun bocor.

Ada piihak melihat ini bbukan isu yang perlu dibicangkan lagi kerana curfew oleh diumum dan sesiapa yang melanggar boleh ditembak. Ini sesuatu yang phak ESSCOM perlu lakukan iaitu border curfew.



Pandangan bekas IGP Tan Sri Musa Hasan SINI.

Timbul pula suatu isu teknikal. Jika sampai masanya adakah ahli politik seperti Menteri Pertahanan atau Perdana Menteri sedia untuk membuat keputusan yang sepatutnya?

Buan senang untuk orang awam dan mereka yang bukan dilatih dalam ketenteraan dan kepolisian membuat keputusan yang melibatkan nyawa pihak lain.

Lim Guan Eng jangan cakap banyak, kamu pun nanti gugup. Komen kurang ajar di Malaysiakini SINI saja pandai tapi buat belum tahu berani buat keputusan terumata bila mereka lebih utamakan kepentingan negara asing dan hak asasi manusia dari negara sendiri selagi mereka tak berkuasa.

Cina DAP mana berani masuk polis dan askar????

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Blogger ugut bunuh MB Kedah ditahan?

Posted: 14 Jul 2014 09:29 PM PDT


SHAH ALAM - Blogger yang membuat ugutan bunuh terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Ketua Setiausaha Sulit kepada Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah ditahan polis di sekitar Lembah Klang 5.45 petang tadi. Baca di sini.

Blogger berusia 37 tahun itu sebelum ini dikesan membuat ugutan bunuh itu melalui laman Facebook menggunakan akaun 'Padi Jantn'.

Sebelum ini, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kedah, Asisten Komisioner Mohd Nashir Ya berkata, susulan insiden itu lebih 20 laporan polis dibuat pelbagai pihak menggesa supaya tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Anwar ngelabah...!!! Hadi temui Khalid secara mengejut?

Posted: 14 Jul 2014 08:43 PM PDT

Pertemuan antara Abdul Hadi Awang (dua dari kiri), Mustafa Ali (kanan) dan Abdul Khalid Ibrahim (dua dari kanan) di kediaman Menteri Besar Selangor itu, baru-baru ini menimbulkan pelbagai spekulasi.- FB Badrul Hisham Shahrin

Langkah politik Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang kini ditekan hebat partinya sendiri semakin menarik apabila beliau dikhabarkan dikunjungi secara 'mengejut' Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pertemuan itu didedahkan Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shahrin, menerusi laman Facebooknya dan bagi menguatkan pendedahan tersebut, beliau turut memuat naik gambar pertemuan berkenaan.

Lebih menarik apabila Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegu Bard membangkitkan soal apakah pertemuan yang berlangsung di rumah Abdul Khalid mempunyai kaitan dengan khabar angin kononnya Menteri Besar Selangor itu bercadang mahu menyertai Pas.

"Diberitakan secara tiba-tiba semalam diadakan pertemuan tengah malam antara Tan Sri Abdul Khalid, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali di kediaman peribadi Tan Sri Abdul Khalid. Kenapa tiba-tiba dan tengah malam?


"Macam-macam cerita muncul. Adakah ini berkaitan dengan tekanan mutakhir ini dan Tan Sri Abdul Khalid akan masuk Pas? Politik ini seribu kemungkinan," kata Badrul Hisham sebagaimana dipetik dari laman Facebooknya hari ini.

PKR sebelum ini memperkenalkan 'Langkah Kajang' bertujuan untuk menggulingkan Abdul Khalid tetapi seni politik Menteri Besar Selangor itu ternyata sukar diduga kerana beliau masih utuh bertahan walaupun berdepan dengan tekanan dari pelbagai sudut.

Pada Jumaat lalu, tersebar khabar angin kononnya Abdul Khalid mungkin menyertai UMNO berikutan kemesraan yang dipamerkan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat Selangor sehari sebelum itu.

Suara Politik
Belantan

Awas...!!! Puas nafsu dengan gambar?

Posted: 14 Jul 2014 02:20 AM PDT

Pelaku yang memuatnaik gambar wanita dan memuaskan nafsu dikenali sebagai 'paraphilia' iaitu kepuasan seks yang diperoleh melalui objek.

Golongan wanita disaran agar tidak memuatnaik gambar peribadi ke laman sosial kerana dikhuatiri akan menjadi mangsa psikologi seks kaum lelaki.

Si pelaku menggunakan modus operandi dengan mengambil gambar wanita yang tidak dikenali di laman sosial seperti Facebook, blog dan sebagainya.

Pemilik akaun facebook GfSiapaNi antara yang dikenalpasti aktif memuatnaik gambar-gambar remaja dan wanita.

Ia mempunyai hampir 20,000 pengikut di mana sebahagian besar komen berbaur lucah pada setiap gambar wanita yang dipaparkan.

Mengulas gejala yang berlaku Pakar Psikologi Klinikal, Azlina Roszy Mohd Ghaffar berkata, tindakan itu dikenali sebagai 'paraphilia' iaitu kepuasan seks yang diperoleh melalui objek.

"Ia turut dipanggil 'sexual fetishism' iaitu sejenis ketagihan seks di mana individu mendapat kepuasan dengan melihat gambar," katanya kepada The Rakyat Post.

Sementara itu, bekas mufti Perlis dan pendakwah Islam, bimbang kecanggihan teknologi menyumbang kepada penyakit psikologi di kalangan lelaki.

"Ini merupakan satu penyakit yang dah lama wujud tetapi kini disuburkan kembali dengan kemajuan teknologi sekarang" ujarnya.

Menurut beliau, perkara sebegitu dapat dibendung sekiranya wanita menjaga penerampilan mereka dalam apa juga keadaan termasuk ketika memuatnaik gambar di laman sosial.

"Golongan wanita disuruh untuk menjaga pakaian dan penampilan terutama pada zaman sekarang, gambar kita boleh diambil tanpa disangka.

"Sepertimana yang dinyatakan dalam Al Quran, wanita disuruh untuk menutup aurat, yang demikian itu supaya mereka dikenali sebagai wanita yang baik," katanya.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Kg Parit Jerman, Johor menjadi terkenal gara2 Jerman juara Piala Dunia 2

Posted: 14 Jul 2014 11:23 PM PDT




Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 12:56 PM

JOHOR BAHARU: Kerajaan Negeri Johor akan meninjau potensi yang ada di Kampung Parit Jerman di Pontian untuk dipromosikan sebagai tarikan pelancongan baharu di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata usaha itu bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke Pontian dan negeri ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama-sama media dan agensi pelancongan anjuran Jabatan Pelancongan Johor, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Johor dan Tourism Malaysia di sini malam Isnin.
Kampung Parit Jerman kini menjadi bualan ramai termasuk di laman sosial ekoran kemenangan pasukan Jerman mengalahkan Brazil 7-1 pada saingan separuh akhir Piala Dunia 2014 baru-baru ini dan muncul juara Piala Dunia pada pagi Isnin.
Asal-usul nama Parit Jerman dikatakan bermula apabila terdapat penempatan satu kelompok bangsa Jerman yang mengusahakan ladang pertanian dan mengeluarkan hasil pertanian melalui sungai di kawasan itu.
Dikatakan terdapat kesan batu bata dan tangga batu yang dianggap penduduk setempat terutama generasi tua sebagai bukti adanya aktiviti perdagangan dan peninggalan askar Jerman pada Perang Dunia Kedua.
Sementara itu, berucap pada majlis berkenaan, Tee meminta semua pihak menjalin kerjasama berterusan bagi merealisasikan Johor sebagai destinasi pelancongan yang unggul.
Beliau berkata Johor kini semakin dikenali ramai apabila kedatangan pelancong ke negeri ini direkodkan seramai 5.7 juta tahun lepas berbanding 3.9 juta pada tahun sebelumnya.
Katanya, daripada 5.7 juta itu, seramai 2.6 juta merupakan pelancong antarabangsa.
"Jumlah peningkatan pelancong ini meletakkan Johor berada pada kedudukan ketiga bagi jumlah keseluruhan kemasukan pelancong di negara ini. Jumlah kedatangan pelancong antarabangsa seramai 2.6 juta orang itu pula meletakkan Johor berada pada kedudukan kedua selepas Kuala Lumpur," katanya.

Kg Parit Jerman, Johor menjadi terkenal gara2 Jerman juara Piala Dunia

Posted: 14 Jul 2014 11:13 PM PDT




Diterbitkan: Selasa, 15 Julai 2014 12:56 PM

JOHOR BAHARU: Kerajaan Negeri Johor akan meninjau potensi yang ada di Kampung Parit Jerman di Pontian untuk dipromosikan sebagai tarikan pelancongan baharu di negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata usaha itu bagi meningkatkan kedatangan pelancong ke Pontian dan negeri ini.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis berbuka puasa bersama-sama media dan agensi pelancongan anjuran Jabatan Pelancongan Johor, Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia Johor dan Tourism Malaysia di sini malam Isnin.
Kampung Parit Jerman kini menjadi bualan ramai termasuk di laman sosial ekoran kemenangan pasukan Jerman mengalahkan Brazil 7-1 pada saingan separuh akhir Piala Dunia 2014 baru-baru ini dan muncul juara Piala Dunia pada pagi Isnin.
Asal-usul nama Parit Jerman dikatakan bermula apabila terdapat penempatan satu kelompok bangsa Jerman yang mengusahakan ladang pertanian dan mengeluarkan hasil pertanian melalui sungai di kawasan itu.
Dikatakan terdapat kesan batu bata dan tangga batu yang dianggap penduduk setempat terutama generasi tua sebagai bukti adanya aktiviti perdagangan dan peninggalan askar Jerman pada Perang Dunia Kedua.
Sementara itu, berucap pada majlis berkenaan, Tee meminta semua pihak menjalin kerjasama berterusan bagi merealisasikan Johor sebagai destinasi pelancongan yang unggul.
Beliau berkata Johor kini semakin dikenali ramai apabila kedatangan pelancong ke negeri ini direkodkan seramai 5.7 juta tahun lepas berbanding 3.9 juta pada tahun sebelumnya.
Katanya, daripada 5.7 juta itu, seramai 2.6 juta merupakan pelancong antarabangsa.
"Jumlah peningkatan pelancong ini meletakkan Johor berada pada kedudukan ketiga bagi jumlah keseluruhan kemasukan pelancong di negara ini. Jumlah kedatangan pelancong antarabangsa seramai 2.6 juta orang itu pula meletakkan Johor berada pada kedudukan kedua selepas Kuala Lumpur," katanya.

Azwan Ali: Saya minta maaf!

Posted: 14 Jul 2014 10:31 PM PDT

  • Azwan AliAzwan Ali
 1 / 2 
PENGACARA sensasi, Azwan Ali menyifatkan tindakannya memuat naik status yang menghina juadah bazar Ramadan di laman sosial Twitter miliknya, adalah sesuatu yang wajar.

"Status itu bukanlah ditujukan pada semua bazar sebaliknya saya tulis perkataan most yang bermaksud kebanyakan.

"Tetapi, saya dimaki hamun malah diugut oleh semua peniaga bazar.

"Mereka kata mahu 'mencincang saya hidup-hidup' sekiranya saya menjejakkan kaki ke mana-mana bazar sekalipun," katanya kepada Zass ketika ditemui selepas Sidang Media Program Raya Astro.


Menurutnya, setiap ugutan dan kecaman yang diterimanya itu tidak menjadi penghalang buat dirinya untuk mengunjungi ke mana-mana bazar Ramadan selepas ini. Sementelah dia baru saja menjayakan program Bazar Seindah Ramadan di Melaka anjuran TV9, Sabtu lalu.

Bagaimanapun, adik kepada Azmin Ali ini menerima pengajaran daripada peristiwa terbabit, malah mengakui mulutnya agak lancang dalam menyuarakan pendapat.
"Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan peniaga bazar, tetapi apa yang saya katakan ada benarnya.

"Lihat, apa yang terjadi selepas dua tiga hari saya muat naik status? Ada pula kes keracunan di bazar Ramadan sehingga menyebabkan seorang kanak-kanak koma.

"Malah, apa yang saya lihat, rupa-rupanya masyarakat kita ini tidak boleh ditegur secara terus dan terbuka," katanya.

Jelasnya lagi, semua tindak tanduknya di laman sosial hanyalah kerana mahu mempertahankan setiap kenyataan yang dikeluarkannya.

"Oleh itu, sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang ini, saya ingin mohon maaf kepada semua.

"Tetapi, kalau ada yang tak mahu maafkan saya atau berdendam dengan saya, tak mengapalah," katanya.

Terdahulu, Azwan  memuat naik status di Twitter miliknya yang berbunyi 'Slm. Tak main la beli juadah kat bazar Ramadan? Most rasa sampah! Maaf! Just face the facts! So!.

Gara-gara perbuatannya itu, ia menyebabkan tercetusnya kontroversi dan mendapat kecaman masyarakat.


Anak angkat dari tahfiz

Sementara itu, Azwan baru saja mengambil seorang anak angkat dari Sekolah Tahfiz Darul Aminah, Seremban.

Anak angkatnya yang bernama Muhammad Aqil Mikael Rahman atau Aqil berusia enam tahun itu adalah kanak-kanak yatim piatu.

Katanya lagi, dia mengenali Aqil sejak berumur setahun dan berhasrat  menjadikannya anak angkat setelah terpikat dengan kepintaran kanak-kanak itu bermain alat muzik, tabla.

Jelasnya, Aqil akan terus menetap di asrama sekolahnya, tetapi semua perbelanjaannya akan ditanggung oleh Azwan.

Azmin bakal MB Selangor menggantikan Khalid?

Posted: 14 Jul 2014 09:43 PM PDT

PAS, DAP setuju Azmin, tunggu 'green light' Anwar
PAS, DAP setuju Azmin, tunggu 'green light' Anwar - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Teka-teki status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Antarabangsa, Azmin Ali untuk 'naik' menjadi Menteri Besar Selangor yang baharu hampir terjawab selepas PAS dan DAP memberi persetujuan terhadap perlantikannya dalam satu pertemuan tertutup Pakatan Rakyat (PR) yang dibuat pada Isnin.

Bagaimanapun, keputusan akhir dijangka diputuskan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

Menurut sumber, nama Presiden PKR dan ADUN Kajang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail juga hampir pasti digugurkan dari senarai calon Menteri Besar selepas PAS tidak memberi sokongan terhadap Menteri Besar wanita.

"PAS tidak setuju MB wanita, PAS mahu Azmin...DAP pula setuju Azmin, tetapi hormat dan tunggu keputusan Anwar...bagaimanapun Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan mengadakan perbincangan akhir sebelum raya.

"Perlantikan akan dibuat selepas hari raya seperti yang dimaklum sebelum ini," katanya.

Pada Isnin, ada portal menyiarkan situasi semasa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahannya kini.

PR ketika ini juga dikatakan sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk ADUN dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Anwar pula dilaporkan berkataPR tidak akan bertindak tergesa-gesa untuk mengantikan Abdul Khalid
selain menyifatkan perbincangan untuk menyingkirkan Menteri Besar itu dilakukan secara dalaman dan sedang berunding untuk mencari penyelesaian ke atas perkara itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum initurut menafikan mempelawa Abdul Khaliduntuk menyertai UMNO dan sebarang spekulasi mengenainya tidak berasas sama sekali.

Adik beradik Naina Merican @ Ahli Parlimen Kepala Batas dahului bidaan pengurusan subsidi minyak

Posted: 14 Jul 2014 07:55 PM PDT

Adik beradik kepada ahli Parlimen Umno dan ahli perniagaan yang rapat dengan Putrajaya berada di belakang Fuelsubs House Sdn Bhd (FHSB), pendahulu bidaan projek pengurusan subsidi minyak dan ia menimbulkan rasa tidak selesa penyokong parti.
Nama Fuelsubs muncul bulan lalu apabila pembuat kad pintar Datasonic Group Bhd berkata akan membayar RM10 juta bagi pemilikan 30% pegangan saham dalam syarikat itu sekiranya memperolehi surat penganugerahan dari Putrajaya untuk melaksanakan projek itu, yang dipersembahkan kepada Majlis Ekonomi.
Pemilik prinsipal Fuelsubs adalah ahli perniagaan Habibul Rahman Kadir Shah dan Datuk Razali Merican Naina Merican, yang merupakan adik beradik kepada Ahli Parlimen Kepala Batas Datuk Seri. Reezal Merican Naina Merican.
Habibul Rahman, yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri, merupakan ahli lembaga Pengarah kepada beberapa syarikat termasuk Group Lotus PLC, dimiliki Proton Bhd, Felda Global Venture Bhd Twin River Technologies Holdings Inc, dan turut dinamakan sebagai ahli lembaga pengarah syarikat berpangkalan di London, Petronas Energy Trading Limited, pada Mac lalu.
Pemilik lain Fuelsubs termasuk HKS Primatrix Sdn Bhd, yang juga dimiliki Habibul Rahman, dan abangnya Zaid Kadershah, eksekutif kanan telekomunikasi.
Kehadiran mereka dalam projek itu dikatakan menimbulkan rasa tidak selesa sebahagian ahli Umno dan penulis blog pro kerajaan, yang menuntut ketelusan projek dalam menangani ketirisan program subsidi.
Unit kaji selidik Maybank melaporkan Malaysia mengalami ketirisan subsidi bernilai RM7 bilion setiap tahun kesan penyeludupan subsidi petrol dan diesel ke negara luar.
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menganggarkan 40% rakyat Malaysia berpendapatan tinggi menikmati 80% subsidi bahan api negara.
Sejumlah RM24.8 bilion dibelanjakan untuk subsidi bahan api pada 2014, namun daripada jumlah itu, hanya RM3.5 bilion disalurkan kepada kumpulan berpendapatan rendah selepas mengambil kira ketirisan akibat penyeleudupan, yang menyebabkan Putrajaya mencadangkan penubuhan pengurusan subsidi bahan api.
Bulan lalu, Datasonic dan Pos Malaysia Bhd, yang dimiliki usahawan Tan Sri Mokhtar Albukhary dilaporkan bekerjasama untuk membida projek berkenaan yang mana Putrajaya dilaporkan berkata akan memutuskannya pada suku keempat 2014.
Berdasarkan laporan, cadangan program rasionalisasi subsidi bahan api akan menggunakan sama ada Mykad, kad bahan api dan Kad Pintar dan dianggarkan bernilai RM200 juta dan RM1 bilion untuk dilakskanakan.
Pembida lain termasuklah, MyEG Services Berhad, IRIS Corporation Bhd, ICASH Global Rewards Sdn Bhd, MOL AccessPortal Sdn Bhd dan sebuah syarikat berkaitan bekas menteri Kabinet.
Pos Malaysia bagaimanapun menafikan bekerjasama dengan mana-mana firma untuk projek terbabit, walaupun terlibat dengan pemberian pengedaran subsidi minyak secara "one-off" RM625 (kereta) dan RM150 (motosikal) pada 2008.
Pos Malaysia mempunyai jaringan seluruh negara yang mampu membekalkan logistik untuk projek dicadangkan, kata penganalisis.
Datasonic merasionalkan cadangan pegangan dalam Fuelsubs sebagai selari dengan strategi pengembangan pasaran dan peluang terbaik untuk perkembangan masa depan.
Pada April lalu, Datasonic mengumumkan memenangi kontrak membekalkan empat juta Mykad baru yang dilengkapi ciri 100% polikarbonat dan ciri keselamatan baru untuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi tempoh enam bulan bermula Januari 2015 bagi RM72 juta.
Syarikat itu juga bakal membekalkan 10 juta Mykad dengan ciri sama kepada JPN untuk dua tahun bermula 1 Julai hingga 30 Jun 2016 untuk RM220.2 juta. – 15 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ahli-perniagaan-berkaitan-umno-dahului-bidaan-pengurusan-subsidi-minyak#sthash.FtJeq2wr.dpuf

Pasukan Keselamatan Diberi Kuasa Tembak Penceroboh - Ahmad Zahid

Posted: 14 Jul 2014 01:46 PM PDT

KANGAR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pasukan keselamatan diberi kuasa untuk menembak mana-mana pihak yang didapati menceroboh perairan negara.

"Kerajaan tiada sebarang masalah jika itu (menembak) boleh halang penceroboh daripada memasuki Malaysia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar yang meminta kerajaan membenarkan pasukan keselamatan menembak mana-mana pihak atau kumpulan yang menceroboh perairan Sabah.

Kenyataan Abdul Aziz itu menyusuli kejadian serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata berat di Pulau Mabul, Semporna pada Sabtu lepas yang mengorbankan seorang anggota polis marin manakala seorang lagi dilarikan.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata penceroboh menghubungi pihak berkuasa pagi tadi untuk memaklumkan anggota polis yang diculik itu dalam keadaan selamat, namun soal wang tebusan tidak disebut.

Mengenai pandangan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar sistem kawalan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur (Esscom) diteliti semula, Ahmad Zahid berkata beberapa perubahan akan diperkenalkan apabila operasi Esscom diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia.

"Kita juga harus lebih proaktif, tidak boleh tunggu mereka menyerang baru nak ambil tindakan. Perubahan baru ini termasuk kaedah pengendalian dan pengawasan yang lebih tegas," katanya.

Ahmad Zahid berkata semua pasukan keselamatan di perairan timur Sabah juga sudah diarahkan agar lebih berwaspada.

"Kerajaan juga berharap nelayan, pemilik bot dan penduduk di perkampungan air bekerjasama dengan pihak berkuasa. Penceroboh tidak ada hasrat menghormati atau patuh undang-undang kita dan sebab itu kita tidak boleh bertolak ansur soal keselamatan negara dengan kumpulan ini," katanya.

Beliau turut menzahirkan rasa dukacita dan takziah kepada keluarga dua anggota polis terbabit.

Dalam kejadian 11.10 malam itu, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terkorban dan rakan setugasnya Konstabel Zakia Aliep, 26, diculik. 

Datuk 48 cucu khalwat dengan isteri orang

Posted: 14 Jul 2014 07:09 AM PDT

KUALA TERENGGANU - Seorang datuk kepada 48 cucu dan empat cicit didenda RM2,400 selepas didapati bersalah atas pertuduhan khalwat di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu, semalam.

Alias Salleh, 78, yang masih beristeri dan mempunyai 18 anak itu turut berdepan hukuman penjara tiga bulan jika gagal membayar denda.

Bagaimanapun, dia yang juga seorang bekas guru dan berkahwin sebanyak 25 kali itu memilih menjelaskan denda berkenaan.

Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh didapati bersalah berkhalwat mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) Terengganu 2001.

Berdasarkan pertuduhan, Alias didapati berkhalwat dengan seorang tukang cuci berstatus isteri orang, Zalina Ismail, 31, di sebuah rumah di Taman Perumahan Wakaf Tengah, di sini, kira-kira jam 5 pagi pada 10 Mei lalu.

Sebelum kejadian, Alias dan wanita terbabit yang berasal dari Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, ditahan berdua-duaan di dalam rumah berkenaan oleh sepasukan polis, yang kemudian mendapati mereka tiada sebarang hubungan suami isteri atau mahram.

Pendakwaan dibuat Timbalan Ketua Pendakwa Syarie, Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu, Nik Mohd Shahril Irwan Mat Yusof, manakala Alias tidak diwakili peguam syarie.  

Terdahulu, Kamalruazmi dalam penghakimannya menasihatkan warga emas itu bertaubat atas kesalahannya, apatah lagi pada usia emas seperti itu kesalahan sedemikian tidak sepatutnya dilakukan.

"Dengan peringkat umur kamu ini, bukan waktu yang munasabah dan sesuai untuk kamu buat kesalahan seperti ini. Kamu nak balik menghadap ALLAH dah...hukuman yang mahkamah jatuhkan kepada kamu tidak boleh menebus kesalahan yang kamu lakukan ini. Insaf dan bertaubatlah," katanya. - SHarian

Jangan Tiru Yahudi Dan Kristian Tabur Bunga Di Kuburan

Posted: 14 Jul 2014 04:20 AM PDT




KANGAR: Umat Islam yang menziarahi tanah perkuburan sempena Aidilfitri diingatkan supaya tidak menabur bunga di kuburan kerana ia amalan Yahudi dan Kristian.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jabatan Agama Islam Kedah, Sheikh Ahmad Faisol Omar berkata perbuatan itu menyalahi ajaran Islam.
Beliau mengingatkan demikian dalam tazkirahnya pada Program Percambahan Ilmu anjuran bersama Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) bahagian Perlis, Pejabat Setiausaha Kerajaan Perlis dan Hotel Putra Palace di sini, Isnin.
Beliau seterusnya mengingatkan umat Islam agar banyak mengisi masa bulan Ramadan dengan membaca al-Quran untuk memperolehi ketenangan dan benteng menahan nafsu dan godaan iblis.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan kaum wanita Islam supaya menjaga adab berpakaian terutama pada Ramadan yang penuh dengan cabaran dan godaan.
"Mereka sepatutnya berpakaian sopan, bukan pakai yang menghairahkan," katanya.
Ahmad Faisol berkata ramai kaum wanita yang diberi nikmat kecantikan menyalahgunakan nikmat tersebut dengan mempamerkan kecantikan mereka kepada umum sehingga memberi kesan buruk terhadap diri sendiri.
Program agama itu yang dihadiri lebih 300 kakitangan awam turut membuat kutipan berjumlah RM964 untuk disumbangkan kepada Tabung Penderitaan Rakyat Gaza.
Turut hadir pada majlis itu pengerusi Cuepacs Perlis, Md Jamel Khir Ismail. - mStar

Isma ingatkan anak Melayu waspada dengan DAP

Posted: 14 Jul 2014 12:21 AM PDT

 | July 14, 2014
Orang Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar DAP tidak terus merosakkan bangsa kita
Abdullah_Zaik_Abdul_Rahman_300x200PETALING JAYA: Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman mengingati kepada anak-anak Melayu supaya berhati-hati dan jangan mudah dipergunakan oleh DAP dengan agenda komunisnya.
Menurutnya lagi, bangsa Melayu hanya selamat dengan Islam. Beliau mengulas mengenai seoarang ahli DAP, Young Syefura Othman yang mengatakan DAP merupakan parti yang lebih ideal dan sesuai untuk anak muda khususnya mereka yang berbangsa Melayu.
"Hanya satu cara sahaja untuk DAP tidak menampakkan agenda komunisnya yang kelihatan ekstrem iaitu dengan cara memperalatkan anak-anak muda Melayu yang telah diliberalkan.
"Mereka juga telah dilalaikan dan dilihat lupa akan bangsa dan komitmen terhadap agamanya sendiri," katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Mengulas mengenai kenyataan daripada Syefura yang mengatakan parti DAP ini nampak lebih 'cool' dan realistik, beliau berpendapat Syefura tidak mewakili bangsa Melayu dan Islam keseluruhannya.
"Bangsa Melayu sendiri seharusnya peka dan sedar agar merekan(DAP) tidak terus merosakkan bangsa kita.
"Mereka harus kembali mengingati sejarah dan melihat kembali kepada Islam dengan memperkukuhkan sifat cintakan bangsa dan negara," jelasnya.
Tegasnya, keruntuhan bangsa dan anak-anak muda Melayu masa ini dilihat hasil daripada kelalaian daripada orang Melayu dan pemimpin-pemimpinnya Melayu sendiri yang tidak begitu peka dengan faktor sejarah.
"Kelalaian ini menyebabkan lahirnya generasi yang telah terputus daripada sejarah dan tidak mengenali asal-usul mereka sendiri.
"Saya berharap bangsa Melayu harus sedar dan tidak mudah untuk terus diperalatkan tanpa mereka sedari," ujarnya.- FMT