Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAKZIAH: BILA USTAZ-USTAZ PAS MATI, KAFIR HARBI JADI GANTI

Posted: 13 Jul 2014 08:30 PM PDT


Inilah terjadi apabila Islam dilacurkan demi sokongan politik.

Tidak adakah ustaz-ustaz PAS yang berkaliber yang boleh memberi tazkirah kepada penganut dan pengikut mereka?

Tidak adakah ruang di luar surau atau masjid yang boleh dijadikan tempat untuk si kafir ini memberi tazkirah atau ucapannya?


Mengapa di dalam ruang solat...bukankah itu menimbulkan pelbagai persepsi negatif pada umat Islam yang lain?

Islam tak larang bukan Islam melawat atau memasuki ruang masjid jika sekadar untuk melawat. Itupun terbatas di bukan ruangan solat!

Islam juga tak larang jika bukan Islam diajak berbuka puasa bersama-sama atau menikmati juadah bersama.

Tapi jika dah sampai ke tahap masuk ke ruang solat dan memberi tazkirah atau sebarang ucapan yang menyentuh hal-hal politik bukankah ia mengundang fitnah dari penduduk dan jemaah lain?


Inilah yang berlaku dalam semasa majlis berbuka puasa anjuran PAS Ledang, Johor bilamana YB Tangkak; Ee Chin Li dari parti paling rasis di Malaysia; DAP dipanggil untuk memberikan ucapan dan tazkirah sebelum berbuka puasa.

Mungkin dengan sebaris dua ayat-ayat Quran atau hadis dibaca oleh si kapir harbi ini, maka bergetarlah segala jiwa raga lebai-lebai yang gersang ini menangis tersedu -sedan melihat YB DAP ini lebih Islam dari UMNO.

Tu belum lagi bila ada foto si kapir ni menjamah kurma dan menyuap nasi dengan tangan...huh mungkin dijadikan modal menunjukkan DAP lebih Islam dari UMNO. DAP lebih faham Islam dari MCA dan Gerakan. Gegak gempita bertakbir ahli-ahli PAS nanti.

Nampak sangat ahli kariah masjid tak sensitif dengan persekitaran. Inilah terjadi jika kejumudan politik mengatasi kewarasan. (surau mana ni eekk?)  

Ngape suka benar ADUN-ADUN harbi DAP masuk masjid yer apabila tiba bulan Ramadhan sejak akhir-akhir ni eek?

Nak tunjuk lebih Islam dari UMNO ker?





Bila politikus harbi rajin berdakwah di masjid, pak syeikh pula rajin berdakwah di gereja...


Nyatalah Islam pada pemimpin PAS dan PKR hanya sekadar kosmetik mengaburi mata rakyat untuk mencuri undi.


MESSIYAHUDI KALAH, ISRAEL BAKAL KALAH, ANWAR TETAP SOKONG ISRAEL

Posted: 13 Jul 2014 05:00 PM PDT







VOTE ANWAR IS VOTE ISRAEL,
ISRAEL KILL MUSLIM, ANWAR AGREE, NO OBJECTION BECOZ UNTIL NOW.... UNTIL NOW...ANWAR STILL SUPPORT ALL EFFORTS TO PROTECT THE SECURITY OF THE STATE OF ISRAEL.
ISRAEL = ANWAR...
HOW ABOUT YOU???







MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Syefura Othman @ Rara : Dari mana, nak ke mana (Bahagian I)

Posted: 13 Jul 2014 11:23 PM PDT


WAWANCARA
rara1
Populasi wanita muda di Parti Tindakan Demokratik nampaknya kian meningkat. Pasca pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang akhirnya maju ke depan dan dengan berani mengisi borang keahlian sebuah parti yang telah sekian lama difitnah sebagai parti 'komunis' dan 'cauvinis cina'.
Terbaru, DAP menerima permohonan keahlian daripada seorang ikon anak muda yang boleh tahan popular sejak ditemui hadir dalam perhimpunan Bersih 3.0. Young Syefura Othman, atau lebih mesra dipanggil Rara, mengisi borang keahlian DAP setelah menghadiri sesi dialog bersama pimpinan muda parti di ibu kota.
Anak gadis berusia 25 tahun ini merupakan anak perempuan tunggal daripada tujuh orang adik-beradik. Dia mendapat inspirasi politiknya daripada sang ibu yang merupakan seorang aktivis PAS.
"Kami turun perhimpunan Bersih satu keluarga," ujarnya berkisah tentang pengalaman pertama kali menyertai perhimpunan aman membantah penipuan pilihanraya itu.
rara3Rara bernasib baik kerana datang awal dan pulang awal, lalu tidak terkena asap gas pemedih mata atau ditembak air gatal. Beliau malah menjadi bualan anak-anak muda Malaysia setelah fotonya tersebar luas dan disebut-sebut sebagai salah satu ikon perhimpunan tersebut.
Kemasukan Rara ke dalam DAP disambut dengan reaksi bercampur-campur daripada berbagai pihak. Antara yang paling pantas memberi reaksi negatif pastinya pihak musuh yang dengan cepat melabel beliau, selain memuatnaik grafik kononnya Rara seorang pakar urut batin. Siap dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.
"Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya," kata beliau memberi penjelasan.
"Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)" tambahnya, sambil berkata kemasukannya ke dalam DAP adalah dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.
Minat beliau terhadap DAP bertambah rancak pasca fenomena Dyanamania yang melanda seluruh negara, di samping dasar parti yang menolak politik perkauman dan terbuka kepada semua tanpa mengira latar belakang apa pun.
"Semua kawan-kawan terkejut bila saya masuk DAP, semua orang asyik tanya, kenapa DAP?" tambahnya sambil memberitahu bahawa keluarganya menerima keputusan beliau dan faham benar dengan kiprah politik Rara serta memberikan beliau sokongan terus-menerus.
Hentaman dan serangan terhadapnya dianggap hal biasa. Poster dan grafik di laman-laman sosial memfitnah kononnya Rara mendaftar sebagai ahli seumur hidup DAP dan kononnya berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu. Padahal Deklarasi Shah Alam yang dibuat pada 8 Januari 2012 jelas mempertuntukkan bahawa DAP "Memelihara kedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera serta hak-hak kaum-kaum lain, seperti yang termaktub dalam Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan."
"Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja," ujarnya yang sebelum ini sudah pun pernah difitnah dengan pelbagai tuduhan pasca perhimpunan Bersih 3.0. "Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja," ujarnya menguntum senyuman.
rara2Tidak kalah hebat ialah tuduhan bertalu-talu daripada pihak musuh kononnya DAP mempergunakan gadis-gadis cantik jelita untuk menarik kemasukan orang Melayu. Rara melihat tuduhan itu sebagai sesuatu yang positif kerana baginya pihak musuh sudah ketandusan ide untuk mencari kesalahan. Tetapi, hakikatnya, memang benar sudah ramai yang berminat untuk menyertai DAP.
Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Setelah sekian lama DAP dimomok-momok sebagai parti cauvinis Cina, kehadiran 'awek-awek cun' secara tiba-tiba meleburkan persepsi negatif tersebut, dan secara tidak langsung menarik minat orang ramai untuk mendekati parti yang dijaja-jaja musuhnya dengan pelbagai cerita karut.
Kekurangan wanita muda dalam aktivisme politik Malaysia bagi Rara adalah akibat daripada kerunsingan dan ketakutan untuk terlibat, selain disibukkan dengan urusan harian serta kurangnya sistem sokongan bagi mereka. Tambah-tambah pula yang bekerja dengan kerajaan.
"Mereka memang tidak berani menonjol, takut kalau apa-apa berlaku terhadap mereka," jelasnya lagi, sambil berkata bahawa ketakutan kaum wanita yang meminggir daripada aktivisme mendorong beliau untuk lebih ke hadapan.
"Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan."
"Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita," tambah beliau.
Ikuti bahagian kedua, kerunsingan anak muda, dan apa yang mereka boleh lakukan demi menyongsong perubahan. – Roketkini.com
RALAT: Memandangkan slanga 'awek cun' yang dipakai sebelum ini telah menimbulkan rasa kurang senang beberapa pihak, Roketkini telah membuat perubahan ke atas bahagian berkenaan. Kami meminta maaf atas kesilapan menggunakan ungkapan yang tidak begitu menyenangkan.

Serangan Mabul: Zakia Masih Hidup, Lokasi Tidak Diketahui

Posted: 13 Jul 2014 10:30 PM PDT


Diterbitkan: Isnin, 14 Julai 2014 12:40 PM
Zakiah Aliep

SEMPORNA: Konstabel Zakia Aliep yang diculik penjenayah bersenjata di Pulau Mabul, di sini menelefon isternya pada malam Ahad memaklumkan beliau masih hidup.

"Dia menelefon isterinya (Sharifah Erna Berson) semalam (Ahad) memaklumkan dia ok dan kini berada bersama beberapa orang," kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada The Star.

Apabila ditanya, di mana Zakia ditahan, Khalid berkata, pihaknya tidak pasti dan masih menunggu maklumat terbaharu.

Beliau juga berkata, secara kasarnya, polis sudah mengenal pasti identiti beberapa pihak yang dipercayai terbabit dalam serangan di Pulau Mabul pada malam Sabtu lalu itu.

Zakia, 26, diculik selepas rakanya, Koperal Abd Rajah Jamuan, 32 mati ditembak dalam serangan itu. Anggota polis marin yang terkorban itu dikebumikan pada Isnin dengan penuh istiadat penghormatan polis.

Dalam kejadian pada 11.10 malam pada Sabtu lalu, kedua-dua anggota pasukan keselamatan itu diserang lapan lelaki rakyat Filipina yang bertopeng dan bersenjata.

Selepas menembak mati Abd Rajah, kumpulan penjenayah yang menceroboh sebuah pusat peranginan di pulau itu menculik Zakia dan melarikan diri ke selatan negara berkenaan.

Khalid Ibrahim nafi akan sertai PAS

Posted: 13 Jul 2014 02:53 PM PDT


Gambar perjumpaan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang dimuat naik di Facebook semalam yang menimbulkan spekulasi penghijrahan beliau kepada PAS. – Gambar Facebook Abdul Khalid Ibrahim, 13 Julai, 2014.
Tan Sri Khalid Ibrahim menafikan khabar angin beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai parti itu selepas penyebaran gambar pertemuan tersebut di laman Facebook miliknya.
Menteri besar Selangor itu berkata, beliau turut bergambar bersama beberapa pemimpin daripada pelbagai parti termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, yang merupakan pengerusi Barisan Nasional (BN).
"Saya bergambar dengan perdana menteri, selepas itu dengan (Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan malam tadi bergambar dengan presiden PAS. Kalau berasaskan gambar saya, banyak parti sudah saya masuk," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Insentif Kontinjen Selangor untuk Sukma 2014 di Shah Alam hari ini.
Khalid yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu turut menafikan kehadiran beliau bersama Najib dalam program di ibu negeri Selangor itu baru-baru ini sebagai petanda untuk mempertahankan jawatan beliau selaku menteri besar.
"Tidak (pertahankan jawatan menteri besar). Perdana menteri ingin melawat Selangor, hadir di ibu negeri Shah Alam, ada baiknya menteri besar bersama-sama beliau.
"Tujuan kita menghormati beliau. Saya pun dapat pahala berjemaah bersama-sama," katanya.
Gambar Khalid bersama Hadi dan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dimuat naik Khalid di laman Facebook miliknya malam tadi.
Penyebaran gambar tersebut menimbulkan spekulasi beliau akan menyertai PAS.
Kedudukan Khalid sebagai menteri besar kini menerima tekanan daripada musuh dalaman parti yang diwakilinya, PKR, apabila terdapat gesaan terbuka agar Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu melepaskan jawatan sebagai menteri besar.
Beberapa pemimpin PKR seperti Ketua Pemuda, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Batu Caves, Amirudin Shari secara terbuka meminta Khalid meletakkan jawatan ekoran tewas pertandingan mempertahankan Ketua Cabang Kuala Selangor dalam pemilihan PKR yang masih berlangsung. – 13 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/khalid-ibrahim-nafi-akan-sertai-pas#sthash.z1Qfy1od.dpuf

Selepas Dyana Sofya kini DAP mempertaruhkan Syefura Othman @ Rara sebagai penarik minat golongan muda

Posted: 13 Jul 2014 07:33 AM PDT


Selepas satu Malaysia dilanda demam 'Dyana' apabila DAP mempertaruhkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon pilihan raya kecil Teluk Intan, kemasukan seorang lagi jelitawan menjadi taruhan untuk meningkatkan lagi minat anak muda terhadap parti itu.

Dalam temuramah eksklusif siri pertamanya dengan organ Bahasa Melayunya, Roketkini, aktivis Syefura Othman, 25, ditonjolkan sebagai penarik minat golongan muda terutamanya Melayu.

Kemasukan Syefura (kanan), gadis Melayu bertudung yang lebih dikenali sebagai "Rara", bulan lalu sudah pun menjadi perbualan hangat, termasuk di kalangan penulis blog anti-DAP.

Poster dan grafik di laman-laman sosial misalnya didakwa memfitnah Rara, ahli seumur hidup DAP, berhasrat menghapuskan hak-hak orang Melayu.

Tidak cukup dengan itu, menurut Roketkini, terdapat pihak memuat naik grafik memaparkan gadis bujang yang menetap di Negeri Sembilan itu sebagai pakar urut batin berserta dengan alamat dan nombor telefonnya sekali.


Bagaimanapun, ia tidak dihiraukan oleh tuan punya badan.

"Tapi disebabkan saya macam dah terbiasa, saya biarkan sahaja. Bila saya kena sekali lagi waktu masuk DAP, saya sudah boleh bersedia. Saya ketawakan saja," katanya dipetik dari Roketkini.

Dari SAMM ke DAP

Walaupun belum diketahui sejauh mana keupayaan anak muda ini, namun ahli Solidariti Anak Muda Malaysia itu menjawab yakin, mengapa memilih DAP dan bukan parti Pakatan Rakyat lain sebagai wadah perjuangannya.

"Saya menyertai DAP kerana ia menyediakan ruang untuk wanita muda Melayu terutamanya," jelasnya.

"Kita kekurangan pimpinan wanita muda. Kita mungkin ada Nurul Izzah (Anwar) dalam PKR, kalau PAS saya tidak pasti siapa. Kalau kenal pun Kak Aiman (Athirah)" tambahnya.

Rara berkata kemasukannya ke dalam DAP dengan cita-cita untuk mengajak lebih ramai wanita untuk turut ke depan dalam perjuangan mengembalikan demokrasi dan keadilan.

Namun biarlah masa menentukan sama ada kemasukan Syefura sama ada beliau bakal menjadi pemangkin kepada perubahan persepsi terhadap DAP yang sering dimomokkan sebagai parti cauvanis Cina dan memusuhi orang Melayu.

"Kita perlukan seseorang untuk ke depan dan menjadi contoh, pemimpin dan pembuka jalan."

"Sekali kita maju setapak, orang yang di belakang akan ikut kita," kata beliau.

Bagaimanapun, sejauh mana Syefura akan diketengahkan DAP, sama ada beliau akan dibariskan di barusan depan sebagai calon pilihan raya seperti Dyana (atas), hanya masa yang akan menentukan. - Malaysiakini

Adam ditegur kerana bersolat di lokasi penggambaran

Posted: 13 Jul 2014 04:05 AM PDT

Pelbagai cabaran menanti seorang saudara baru yang memilih Islam sebagai pilihan hidupnya, tidak terkecuali bagi seorang artis terkenal Adam Corrie.

Pelakon dan koreografer tarian itu mendedahkan, beliau pernah ditegur dan dipandang serong kerana menunaikan solat berjemaah dengan isterinya di lokasi penggambaran, lapor Harakahdaily.

Menurutnya, teguran secara terbuka dan dalam nada keras itu dibuat oleh rakan Islam sendiri yang merasakan tindakannya mengganggu jadual penggambaran.

"Apa salahnya saya dan isteri berjemaah kerana bukanya lama, sebentar saja.

"Ayat yang dikatakan itu sampai sekarang masih saya simpan sebagai kenangan," beliau dipetik sebagai berkata.



Beliau berkata demikian ketika bercakap pada forum "Kahwin Campur" anjuran sebuah yayasan di Bayan Baru malam tadi.

Akhbar web PAS itu juga melaporkan, kecewa dengan teguran itu, Adam mengingatkan orang Islam agar menjadi contoh yang baik kepada saudara baru yang baru memeluk Islam.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan isteri yang sentiasa menyokong dan memahami beliau sebagai saudara baru.

Menurut Adam, isteri beliau Fazima Mohd Fuad sentiasa berada disampingnya dan mengingatkannya tentang tanggungjawab agama. -
Malaysiakini

SELAMAT BERBUKA !!!

ABIM: Terus boikot produk rejim Zionist sampai menang

Posted: 13 Jul 2014 01:27 AM PDT

Oleh: AFIX REDZUAN
SHAH ALAM, 13 JULAI: Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menggesa rakyat Malaysia supaya terus memboikot produk keluaran Israel dan tidak melakukannya secara bermusim.
Presidennya Amidi Abdul Manan berkata, perkara ini sewajarnya tidak dilakukan secara bermusim kerana perseteruan di antara rakyat Palestin dan Israel sentiasa berpanjangan.
10489822_10152602464047125_1098727104258516973_n"Israel tidak pernah menganggap orang Palestin ini teman senegara sebenarnya. Mereka sentiasa bermusuhan sepanjang masa.
"Penentangan terhadap seharusnya berterusan sehingga satu kedudukan yang dianggap selesa dapat diperolehi saudara mara kita, rakyat Palestin.
"Perancangan untuk boikot Israel ini juga perlu secara berterusan, bukannya semasa Gaza diserang semata-mata," katanya kepada Selangor Kini.
Kod Bar bagi produk barangan daripada Israel ialah 729 contohnya ialah : 729 3453459070
made israel
Sejurus serangan Israel terhadap penduduk Gaza dilancarkan pada awal Ramadan lalu, isu memboikot dan menempelak tindakan rejim Zionis itu kembali hangat diperkatakan terutama di negara ini sebagai solidariti umat Islam diatas kekejaman pembunuhan rakyat tidak berdosa.
10405374_728364550535771_4359148386859511362_nLebih mencuri tumpuan terutama di laman sosial adalah kempen memboikot produk makanan segera McDonald yang didakwa menyalurkan dana keuntungan bagi membantu program Israel memusnahkan penduduk Palestin.
Kempen yang dilakukan antaranya adalah menggesa pemilik kenderaan menanggalkan pelekat 'McDonald pandu laju' yang popular digunakan rakyat Malaysia sebagai satu jihad kecil melawan agenda musuh Islam.
McDonald's Malaysia dalam satu kenyataan semalam dilaporkan menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.
Selain itu terdapat juga kempen menukar gambar profail laman sosial masing-masing kepada unsur menyokong Gaza sebagai solidariti terhadap nasib umat Islam yang diserang Israel setiap kali ketibaan Ramadan.
Pengerusi Aqsa Syarif, Dr Hafidzi Mohd Noor berkata McD Corp Amerika adalah penyumbang kepada Jewish National Fund, untuk membina imej yang positif tentang Israel di mata dunia.
"Sudah tentu bila jenayah mereka didedahkan mereka akan menafikan bermatian matian.
"Tetapi hakikatnya membantu Israel adalah tanggungjawab agama penganut zionis. Membunuh rakyat Palestin adalah kemuliaan bagi mereka," kata Dr Hafidzi dipetik dari laman Facebook Aqsa Syarif.
Dr Hafidzi berkata, mereka akan berbohong dengan berkata dengan lunak kepada dunia dan umat Islam mereka tidak menyumbang kepada Israel.
"Ini hanyalah skrip yang disediakan oleh McD corp US untuk dibaca oleh restoran McD seberang laut," tulisnya.
EZY

'Insiden Semporna ibarat kasut dibaling pada Najib' - Guan Eng

Posted: 12 Jul 2014 11:54 PM PDT

Kejadian tembak-menembak berdarah malam tadi menunjukkan betapa kumpulan militan tidak mengambil kisah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Lim Guan Eng.

"Pada hari sama PM tiba di Sabah, pengganas pun melancarkan serangan. Apa mesejnya?

"Mereka langsung tidak kisah, menghina dan tidak hormat padanya.

"Ini seperti baling kasut pada Najib," kata ketua menteri Pulau Pinang itu.


Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri majlis memperingati kematian lima tahun Teoh Beng Hock di tanah perkuburan di Semenyih, Selangor hari ini.

Lim berkata, jika kerajaan tidak dapat menjamin keselamatan dan polis juga tidak dapat mempertahankan diri sendiri, bagaimana rakyat umum akan dilindungi.

Kejadian tembak-menembak maut dilaporkan di Semporna semalam, tatkala Najib di Kota Kinabalu melawat negeri itu.

Menurut sumber di Sabah pagi ini, seorang anggota polis marin dilaporkan terbunuh dan seorang lagi dipercayai diculik.

Lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan mendarat di Pulau Mabul, di perairan Semporna kira-kira jam 11.30 malam semalam.- Malaysiakini

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


TENTERA INDONESIA KE PALESTIN

Posted: 13 Jul 2014 05:32 AM PDT

VIVAnews - Meski memasuki bulan suci Ramadan, konflik antara Palestina dan Israel kembali bergejolak. Sampai saat ini, wilayah Jalur Gaza masih mencekam, setelah pasukan militer Israel melakukan serangan udara.

Namun, serangan pun kembali dibalas kubu Palestina, di mana bantuan pasukan Hamas meluncurkan roket-roket ke wilayah Israel.

Menanggapi hal tersebut, Menteri Pertahanan, Purnomo Yusgiantoro mengatakan bahwa Indonesia yang juga merupakan anggota PBB tidak tinggal diam, karena telah mengirimkan 1.900 pasukan perdamaian.

"Prinsip dasar kita, kita ingin selesaikan secara damai antara Palestina dan Israel," jelas Purnomo, saat ditemui wartawan di Kodam Jaya, Cawang, Jakarta Timur, Rabu 9 Juli 2014.

Purnomo juga mengatakan bahwa pengiriman pasukan Indonesia yang mengusung misi perdamaian merupakan yang terbesar.

"Kita juga akan berangkatkan 1.000 pasukan lagi, tetapi tidak hanya di daerah konflik antara Palestina-Israel tapi juga di Konggo Afrika Tengah," ungkapnya.
Update
Markas Besar Tentara Nasional Indonesia menghubungi redaksi VIVAnews pada Rabu 9 Juli 2014 siang, menyatakan pasukan perdamaian yang dimaksud adalah pasukan TNI yang tergabung dalam Kontingen Pasukan Perdamaian Perserikatan Bangsa-bangsa. Mereka sekarang sedang bertugas di Lebanon.


BULETIN RAKYAT

0

Posted by Unknown | Posted on 10:11 PTG | Posted in

sumber :-

BULETIN RAKYAT


NAMPAKNYA MB SELANGOR KENA DIGANTI.... TS KHALID TAK PANDAI JADI MENTERI BESAR

Posted: 13 Jul 2014 08:11 PM PDT

Abdul Khalid terus terima asakan

 Amirudin Shari 
SHAH ALAM – Kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan beliau.

Senario PR ketika ini ialah sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk Adun dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Adun Batu Caves (PKR), Amirudin Shari berkata, penilaian corak pemerintahan Abdul Khalid sedang ditimbang tara berdasarkan beberapa kepincangan dan kelemahan yang dihadapi kerajaan negeri dalam tempoh mutakhir ini.

"Buat masa ini komponen PR sedang berbincang keperluan pengunduran Abdul Khalid bermula dari akar umbi sebelum koleksi pandangan berkenaan dibawa ke peringkat tertinggi untuk diputuskan sama ada kekal atau diturunkan.

"Isu pertukaran ini perlu dibuat berhati-hati kerana ia melibatkan banyak perkara membabitkan hal pembangunan, urusan pentadbiran negeri termasuk strategi berkesan berdepan PRU14 nanti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.


Amirudin memberi bayangan seolah-olah pengunduran Abdul Khalid itu perlu dilakukan  tetapi keputusan besar itu wajar ditimbang tara secara teliti kerana setiap perubahan drastik memerlukan penyesuaian terbaik.

Katanya, pertukaran itu perlu tapi banyak penyesuaian baharu harus difikirkan.

"Kita takut salah pandang jika tergesa-gesa dan ia mendatangkan risiko PR pada Pilihan raya Umum ke -14 akan datang.
"Adun dan ahli parlimen sedang bincang termasuk juga akar umbi sama ada penentuan kekal atau tidak. Ia dalam proses dan tak perlu tergesa-gesa kerana banyak perkara wajar dipertimbangkan masak-masak, gesaan saya cuma keputusan ini perlu dibuat," katanya.

Kelmarin, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan perbincangan tertutup berhubung kedudukan menteri besar itu dibuat secara tertutup dan persefahaman telah dicapai bagaimanapun langkah itu tidak dilakukan secara tergesa-gesa.

Ditanya mengenai calon gantian yang bakal mengambil alih tampuk pemerintahan Selangor sekiranya pengunduran ini terlaksana, beliau hanya memaklumkan antara nama yang dicanang ialah Mohamed Azmin Ali dan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail manakala Pas juga ada calon mereka.

Sementara itu, Adun Hulu Klang (Pas), Saari Sungib turut memberi respons sama malah beliau menegaskan kemelut pertukaran menteri besar ini bukan perkara baharu malah ia dicetuskan sejak pengenalan Langkah Kajang.

"Pelbagai pandangan telah didengar, oleh itu tunggu saja keputusan daripada pusat untuk muktamadkan pertukaran kerusi menteri besar ini.

"Lagipun benda itu dah jadi isu sejak Langkah Kajang tetapi tiada keputusan muktamad. Sekarang bincang peringkat akar umbi dan akan dibawa ke peringkat pusat untuk diputuskan," katanya.

Dalam pada itu, Adun Sekinchan (DAP), Ng Suee Lim berkata, sebagai Adun terpaksa akur dengan keputusan kepimpinan parti yang dibincangkan bersama Majlis Pimpinan PR.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:38 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Israel bakal berdepan kekalahan lebih dahsyat

Posted: 13 Jul 2014 09:29 PM PDT

Oleh MOHD ARIF JUHANI
KEGEMBIRAAN umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadan terus bertukar derita apabila tentera Zionis-Israel bertindak membedil wilayah Gaza dengan serangan udara yang menatijahkan korban jiwa, kecederaan parah dan kemusnahan tempat tinggal penduduk Palestin.
Ketika ramai peminat seluruh dunia menangis apabila pasukan bola sepak Brazil yang juga tuan rumah Piala Dunia 2014 dibelasah 7-1 oleh Jerman, situasi yang lebih parah terpaksa dihadapi oleh penduduk Gaza berdepan dengan kekejaman negara haram yang dilindungi Amerika Syarikat dan beberapa negara Arab.

Pelantikan presiden haram Mesir, Jeneral Abdel Fatah Al-Sisi juga dilihat seolah-olah menjadi 'kunci' kepada keberanian Zionis- Israel untuk kembali melakukan serangan terhadap penduduk Gaza selepas kepentingannya tergugat semasa Presiden Dr Mohamed Morsi memerintah negara itu.
Ketika artikel ini ditulis, laporan menyebut bahawa sebanyak 780 serangan udara dilancarkan dan memusnahkan 112 kediaman, 64 syahid, 450 cedera parah dan kebanyakan mangsa terdiri daripada kalangan wanita dan kanak-kanak.
Hakikat yang sukar untuk ditolak pula adalah dipercayai korban nyawa dan kemusnahan infrastruktur di Gaza akan terus meningkat berdasarkan kepada pendirian Perdana Menteri Zionis- Israel, Benjamin Netanyahu bahawa lebih 40,000 tentera dalam mode bersedia untuk melancarkan serangan melalui darat pula.
Menurut kenyataan Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor, Operation Protective Edge yang dilancarkan oleh tentera Zionis-Israel (IDF) dengan tujuan untuk menghapuskan gerakan Islam, Hamas merupakan lanjutan kepada Operations Brother's Keeper yang bertujuan kononnya untuk mengesan tiga remaja Israel yang diculik di Hebron.
Read More / Baca Lagi >>

Gaza menangis, di mana umat Islam?

Posted: 13 Jul 2014 09:28 PM PDT

Oleh KHALIS IBRAHIM
ASIA Barat adalah wilayah yang paling kuat dilanda kecamukan sejak penjajahan imperialis Barat. Setelah tumbangnya kerajaan Turki Uthmaniyah, negara-negara jajahan empayar Islam yang terakhir itu dibahagi oleh rejim Barat melalui Perjanjian Sykes-Picot.
Disamping bertujuan memecahkan tanah jajahan empayar Uthmaniyah kepada kuasa-kuasa besar Barat ketika itu, ramai pengamat politik berpendapat perjanjian tersebut juga meletakkan objektif penubuhan sebuah negara baru bagi menempatkan pelarian Yahudi. Rentetan dari itu, wujudnya Israel sebagai negara baru hasil rampasan tanah milik rakyat Palestin.
Sehingga hari ini, Israel menjadi agenda terpenting dasar luar "polis dunia" Washington khususnya mengenai keselamatan negara haram tersebut. Keberadaan PBB sejak ditubuhkan pasca perang dunia juga bagi memastikan keutuhan strategik negara tersebut. Menariknya mengenai Israel ialah mengenai kedudukannya di rantau Asia Barat. Dikelilingi negara-negara majoriti umat Islam termasuklah Lubnan, Jordan, Syria dan Mesir.
Ini bermaksud, jika negara-negara Arab yang mengepung Israel dari sudut geografi itu bersepakat untuk menekan Israel dari sudut tekanan politik mahupun ketenteraan, Zionis bakal menghadapi kesusahan.
Bantuan kemanusiaan ke Gaza lebih banyak datangnya dari sukarelawan Eropah dan jauh di timur Asia termasuk Malaysia.
Negara-negara Arab yang berjiran dengan Palestin sudah terbuai dengan konflik politik negara mereka yang tidak berkesudahan.
Hakikatnya, negara Arab mampu berhadapan dengan Israel jika mereka mahu. Malah, mereka juga mampu berganding bahu bagi melawan musuh yang satu sungguhpun wujud kepentingan bagi beberapa negara.
Read More / Baca Lagi >>

Gaza: Israel musnahkan 21 masjid, 36 buah sekolah

Posted: 13 Jul 2014 09:02 PM PDT



GAZA: Pesawat perang Israel bukan sahaja mensasarkan kediaman orang awam di semenanjung Gaza, malah juga bangunan-bangunan strategik untuk dimusnahkan.

Setakat pagi ini, 21 masjid, 36 sekolah, enam hospital serta 233 buah rumah telah dimusnahkan dalam serangan yang masuk hari kelapan hari ini.

Pagi ini pesawat Israel mengebom masjid Al-Nour di bandar Gaza tengah Deir el-Balah, yang turut merosakkan rumah-rumah kediaman sekitarnya.

Jet Israel juga turut memusnahkan sebuah bangunan kerajaan serta ladang di selatan semenanjung Gaza termasuk Rafah dan Khan Yunis.

Pada Sabtu lalu, Israel turut mengebom masjid Farouq ketika hampir waktu subuh dikala umat Islam Palestin sedang bersahur.
Read More / Baca Lagi >>

Rumah Pengurus Aqsa Syarif dibom zionis Israel

Posted: 13 Jul 2014 09:01 PM PDT


KUALA LUMPUR: Rumah keluarga Ahmad Thabit, Pengurus Pejabat Aqsa Syarif di Gaza telah dibom semalam.

Aqsa Syarif di dalam facebooknya memaklumkan keseluruhan bangunan telah rosak dan tidak dapat digunakan.

Bagaimanapun tiada kehilangan ahli keluarga dilaporkan. 2 daripada mereka telah cedera.

"My big family home had been destroyed... 2 injuries.. total lost everything.. alhamdulillah akhi don't worry there are things cannot be calculated mentally... Allah give the strength"

Ahmad Thabit memainkan peranan yang sangat penting di Gaza dalam memberikan maklumat terkini dan memantau projek-projek di sana.

Dalam sidang media yang diadakan baru-baru ini, Ahmad Thabit telah memaklumkan perkembangan semasa Palestin kepada wartawan-wartawan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Pelajar Malaysia di Gaza akui nyawa dalam bahaya

Posted: 13 Jul 2014 08:59 PM PDT

Muhammad Nadir menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak di Gaza sebelum ini. 
Muhammad Nadir menghulurkan bantuan kepada kanak-kanak di Gaza sebelum ini.
GAZA - PALESTIN. Sambutan Ramadan di bumi Gaza kali ini, amat jauh berbeza. Saban waktu, bumi Gaza bermandikan darah, ramai nyawa terkorban, kanak-kanak dan wanita menjadi mangsa kekejaman rejim Zionis.

Pelajar Malaysia yang berada di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman memberitahu, Ramadan di sini asalnya lebih meriah daripada Aidilfitri tapi kerana perang, suasana itu jadi hambar.

Katanya, akibat serangan udara Zionis yang bertubi-tubi, masjid-masjid di Gaza membatalkan solat sunat tarawih malah ziarah berbuka terpaksa ditangguhkan dan operasi perniagaan turut di tutup.

"Penduduk Gaza terpaksa mengambil risiko untuk keluar meskipun menyedari berdepan bahaya. Jadi mereka hanya akan masak juadah berbuka sendiri, walaupun kadangkala penduduk datang hantar makanan ke rumah," katanya.

Berkongsi pengalaman yang ketika ini berdepan serangan Israel di Semenanjung Gaza, penuntut tahun dua Ijazah kedua Syariah Universiti Gaza itu berkata, sejak hari pertama, tingkat lima hospital yang juga tempat dia menginap sentiasa bergegar oleh bedilan roket Israel.

Katanya, hampir setiap masa dron di atas kepala dan sesekali pesawat pejuang F16 melintas di udara mencari mangsa.

"Apabila bunyi F16 terlalu dekat, otak akan berfikir, apakah aku sasarannya kali ini," ujar Muhammad Nadir.Read More / Baca Lagi >>

West Bank Palestinians helpless over Gaza

Posted: 13 Jul 2014 08:52 PM PDT

Israel terus mengganas

Posted: 13 Jul 2014 08:52 PM PDT

Israel cari alasan untuk serang Gaza

Posted: 13 Jul 2014 08:51 PM PDT

Ustaz Nassuruddin Daud | Kuliah Jumaat 11 Julai 2014

Posted: 13 Jul 2014 08:46 PM PDT

Ustaz Ahmad Fadhli Shaari | Kuliah Jumaat 04 Julai 2014

Posted: 13 Jul 2014 08:45 PM PDT

TGNA | Kuliah Jumaat 04 Julai 2014

Posted: 13 Jul 2014 08:43 PM PDT

Gaza: Lihat semangat anak muda Palestin

Posted: 13 Jul 2014 08:39 PM PDT

Ada pengaruh kongsi gelap dalam politik - Zaman Khan

Posted: 13 Jul 2014 08:37 PM PDT

Abdul Khalid terus terima asakan

Posted: 13 Jul 2014 07:44 PM PDT

 Amirudin Shari 
SHAH ALAM – Kepimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terus menerima asakan pengunduran bertubi-tubi daripada sekutunya yang secara terang-terangan tidak berpuas hati dengan cara pemerintahan beliau.

Senario PR ketika ini ialah sedang mengumpul suara dari akar umbi setiap cabang parti termasuk Adun dan Ahli Parlimen untuk dibawa ke peringkat pimpinan pusat seterusnya memuktamadkan status menteri besar itu.

Adun Batu Caves (PKR), Amirudin Shari berkata, penilaian corak pemerintahan Abdul Khalid sedang ditimbang tara berdasarkan beberapa kepincangan dan kelemahan yang dihadapi kerajaan negeri dalam tempoh mutakhir ini.

"Buat masa ini komponen PR sedang berbincang keperluan pengunduran Abdul Khalid bermula dari akar umbi sebelum koleksi pandangan berkenaan dibawa ke peringkat tertinggi untuk diputuskan sama ada kekal atau diturunkan.

"Isu pertukaran ini perlu dibuat berhati-hati kerana ia melibatkan banyak perkara membabitkan hal pembangunan, urusan pentadbiran negeri termasuk strategi berkesan berdepan PRU14 nanti," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Pencipta 'magic spray' di Piala Dunia bakal jadi jutawan

Posted: 13 Jul 2014 07:40 PM PDT


Dibesarkan dalam kemiskinan dan kemudian menghadapi kebankrapan, Heine Allemagne kini kelihatan bersedia untuk menjadi jutawan, terima kasih kepada sihirnya menghilang semburan sepakan percuma.
Buih yang boleh di gunakan untuk '10 ela dan akan terhapus selepas 60 saat - dijangka digunakan di seluruh dunia dan telah pun sedang dipertimbangkan oleh pihak majikan Liga Perdana Inggeris.
Heine sangat teruja kerana ciptaannya berjaya digunakan dalam perlawanan pembukaan di Sao Paulo baru-baru ini.
 
 
Beliau berkata semburan yang digunakan di perlawanan ini adalah "saat ajaib" dan beliau telah menghabiskan masa  "14 tahun dalam hidupnya khusus untuk idea ini. 
 
Itulah tuah Hanie sekelip mata ciptaannya berjaya dan bakal menjadikan dirinya jutawan kerana ciptaannya ini akan digunakan di seluruh dunia.

Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia

Posted: 13 Jul 2014 07:35 PM PDT

Penduduk Kg Parit Jerman, gembira Jerman rangkul Piala Dunia

PONTIAN: Jaringan kemenangan pemain Jerman, Mario Goetze pada minit ke-113 ke atas Argentina, disambut sorakan kegembiraan penduduk Kampung Parit Jerman semasa majlis tontonan perlawanan Piala Dunia 2014 itu di sini pagi Isnin. -

Jeritan 'gol' memecah keheningan subuh tatkala masyarakat Islam tengah sibuk bersahur, diikuti tepukan gemuruh daripada lebih 50 penduduk yang hadir untuk menyaksikan perlawanan akhir itu.

"Kami rasa amat gembira dengan kemenangan ini dan berpuas hati pasukan Jerman yang sama nama dengan kampung kami telah mempamerkan mutu permainan yang baik," kata Ketua Kampung Kawasan (1), Mukim Ayer Masin, Mohd Asri Ali.

Kemaraan Jerman ke peringkat akhir pertandingan bola sepak berprestij itu telah melonjakkan nama Kampung Parit Jerman di laman sosial sehingga menjadi tumpuan media tempatan.

Ditemui pada majlis itu yang diserikan dengan aktiviti bersahur makanan terkenal masyarakat Jawa nasi ambeng, serta durian, manggis dan kuih-muih tempatan, Mohd Asri berkata sebelum ini beliau tidak menyangka kampung itu turut mendapat tempias daripada Piala Dunia.

"Kita boleh lihat ramai yang singgah di jalan masuk ke kampung ini untuk bergambar di papan tanda nama kampung. Ramai orang sudah mengenali kampung ini," kata Mohd Asri.
Read More / Baca Lagi >>

Roket Brigade Al-Qassam hancurkan tank Merkava "Israel"

Posted: 13 Jul 2014 07:32 PM PDT



Brigade al-Qassam, sayap tentera gerakan Hamas, mendedahkan pihaknya telah melengkapi sebahagian dari roket-roket yang ditembakkan ke Tel Aviv dengan teknologi baru.
"Si tem pertahanan kami membuatkan Iron Dome mereka tidak boleh mengesannya sehingga roket-roket mampu melepasi anti peluru berpandu Israel itu."

Sebelumnya, Sabtu malam, (12/7/2014) Brigade al-Qassam kembali melakukan serangan peluru berpandu ke bandar Tel Aviv dan kawasan pinggir selatan bandar dengan menggunakan roket jenis J80.

"Pukul 21.00, kami telah melepaskan 3 roket tahap pertama untuk jenis J80 dan dua buah roket ditembakkan para pukul 21.05 ke arah Beit Yam. Sistem pertahanan peluru berpandu dan radar mereka tidak mampu mengesan kedua-duanya kerana telah dilengkapi dengan teknologi yang kami sematkan sehingga tepat pada sasaran. "

Brigade al-Qassam menambah, empat buah roket jenis J80 yang tidak dilengkapi dengan teknologi ini telah dilancarkan pada pukul 21.08 ke wilayah tengah Tel Aviv. Sistem Iron Dome berusaha untuk menghalangnya, namun salah sebuah peluru berpandu Iron Dome meletup di atas Ashkelon yang menyebabkan kecederaan.
 
Read More / Baca Lagi >>

172 rakyat Palestin terbunuh hari ketujuh serangan Israel

Posted: 13 Jul 2014 07:24 PM PDT

172 rakyat Palestin terbunuh hari ketujuh serangan IsraelGAZA: Serangan Israel ke atas Gaza yang meragut nyawa seorang lelaki dan seorang wanita pada awal Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan kematian kepada 172 pada hari ketujuh serangan.

Kedua-duanya meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam serangan udara Israel pada hari Ahad, selain lapan lagi terbunuh dalam serangan berkenaan.

Lewat Ahad, serangan Israel membunuh seorang lelaki 65 tahun di Deir el-Balah, seorang lagi berusia 20 tahun di Rafah berdekatan dengan sempadan Mesir dan dua lagi di Khan Yunis.

Dalam pada itu, sebuah rumah menjadi sasaran serangan di bandar utara Jabaliya membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia 14 tahun, kata jurucakap perkhidmatan kecemasan Ashraf al-Qudra.

Tidak lama selepas itu, satu lagi serangan membunuh seorang wanita di kem pelarian Maghazi di tengah Gaza.

Seorang lelaki turut terbunuh dalam satu serbuan di Beit Hanun di utara Gaza, di mana tentera Israel memberi amaran akan meningkatkan serangan dan mengarahkan penduduk untuk melarikan diri.
Read More / Baca Lagi >>

Terlalu ramai orang Palestin dibunuh - Ki-moon

Posted: 13 Jul 2014 07:23 PM PDT

Terlalu ramai orang Palestin dibunuh - Ki-moonPBB: "Sudah terlalu ramai orang awam Palestin dibunuh," kata Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Ban Ki-moon.

Ki-moon turut mendesak Israel membatalkan serangan darat selain menyatakan kesan buruk jika ia dilaksanakan.

Mengulangi gesaan untuk gencatan senjata, Ki-moon merasakan tanggungjawabnya kepada rakyat Palestin terutama di Semenanjung Gaza yang sudah lama dinafikan hak terhadap kebebasan, katanya melalui kenyataan yang dikeluarkan jurucakapnya, Stephane Dujarric.

"Situasi terkini di Gaza, dengan sekurang-kurangnya 172 rakyat Palestin terbunuh dan tiada langsung kecederaan di pihak Israel dilihat semakin teruk," kata Ki-moon yang melihat Israel tidak menghormati langsung saranan Majlis Keselamatan PBB untuk gencatan senjata.

Ki-moon turut mengulangi gesaannya supaya Hamas menghentikan serangan roket ke atas Israel.

Bagaimanapun, beliau melahirkan perasaan bimbangnya terhadap jumlah orang awam Palestin yang dibunuh sekali gus jika serangan darat dilakukan Israel, jumlah kematian penduduk di Semenanjung Gaza pasti meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

The Wakaf Buku: Inisiatif warga peduli

Posted: 13 Jul 2014 07:17 PM PDT


wakafbuku


Ketika masih wujud banyak lompong dalam tata urus pendidikan masyarakat, begitu dengan hal-hal berkait yang membesarkan lagi jurang kemudahan antara masyarakat bandar dan luar bandar, muncul kelompok dari tengah Kuala Lumpur menawarkan alternatif – sebuah gagasan yang diperbaharui dengan mengambil kira penuh keperluan dan bukan semata-mata sasaran.
Gagasan yang melahirkan satu lagi projek orang muda peduli, The Wakaf Buku, itu bertitik tolak daripada penekanan terhadap ilmu pengetahuan, pengalaman, dan keseronokan membaca pengasas The Wakaf Buku, Saufi Nizar, atau nama panggilan Muthalib Uthman, 32, dan pengasas bersama, Zulfikri Zamir, 30. Kedua-dua mereka begitu optimis idea wakaf ini akan mendapat dukungan awam.
The Wakaf Buku menjalankan sebahagian daripada tanggunjawab sosial mereka dengan mengurus dan menyediakan perkhidmatan perpustakaan kepada golongan yang kurang bernasib baik dengan memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar, termasuk rumah-rumah anak yatim yang tiada kemudahan perpustakaan. Program wakaf buku pertama telah pun berjaya diluncurkan pada 30 Jun 2014 lalu, bersamaan 1 Ramadan, di Rumah Anak Yatim Firdaus Al Warisi, Teluk Intan, Perak.
Konsep wakaf yang diperbaharui
Dalam pemahaman arus perdana masyarakat Malaysia secara am, perkataan wakaf ini difahami dalam konteks khusus seperti mewakafkan tanah untuk masjid, sekolah, tanah perkuburan, mahu pun mewakaf al-Quran. Namun, usaha bakti wakaf ini tidak berlegar di situ semata-mata kerana pengertian wakaf dalam Islam bersifat lebih sejagat, yakni apa jua perkara yang memberi manfaat umum termasuk kemudahan atau pembangunan ekonomi komuniti menerusi pelbagai aktiviti yang dijalankan.
Disebabkan pemahaman konsep wakaf yang tidak jelas, tidak hairan jika ada pihak pada mulanya bersikap skeptik apabila The Wakaf Buku menguar-uarkan hasrat murni mereka.
Dalam satu temu bual baru-baru ini, Zulfikri berkata program wakaf buku ini secara tidak langsung menjenamakan semula konsep wakaf.
"Seolah-olah apa yang kita buat ini untuk rebranding. Sebab itu kita gunakan perkataan wakaf, tetapi idea utamanya ialah untuk menyampaikan buku-buku ke tempat yang 'buku tidak sampai'.
"Di sini kita kena berhadapan dengan realiti bahawa masih ada tempat-tempat di pedalaman dan rumah-rumah anak yatim di Malaysia yang belum ada akses kepada perpustakaan," jelas beliau.
Beri yang terbaik, bukan pusat 'kitar semula'
Ramai yang beranggapan mereka boleh mewakafkan apa sahaja buku yang tidak lagi diperlukan sebagaimana yang biasa dilakukan seperti menderma baju. Namun tidak sesemberono itu bagi program wakaf buku. Menurut Muthalib, setiap sumbangan kepada mereka yang memerlukan perlulah yang terbaik.
Read More / Baca Lagi >>

‘Perang telah bermula’ –DAP Sabah

Posted: 13 Jul 2014 07:16 PM PDT


jimmy wong


KOTA KINABALU, 14 JUL: "Perang telah bermula," kata Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong Sze Phin, yang jelas berang dengan insiden tembak-menembak di Samporna Sabtu lalu, yang mengorbankan seorang anggota polis marin.
Menurut Malaysiakini, sekumpulan lapan lelaki bersenjata dan berpakaian tentera, dipercayai dari Filipina dilaporkan tiba di pusat peranginan terkenal Pulau Mabul pada jam 11.10 malam.
Berlaku kejadian tembak-menembak melibatkan anggota polis marin di Banglo Air Resort di situ, sehingga mengorbankan Korporal Rajah Jamuan, manakala Konstable Zakia Aleip dipercayai diculik.
"Kita telah kehilangan nyawa seorang anggota muda yang patriotik, yang telah berkhidmat untuk negara dan negeri yang kita cintai ini dengan penuh bangga dan berani. Kita mesti memastikan pengorbanan beliau tidak sia-sia," kata Jimmy Wong dalam satu kenyataan semalam.
Katanya lagi, walau pun beliau memahami kebanyakan rakyat Sabah kini bersedih dan merasa putus asa, sudah tiba masanya untuk bangkit mempertahankan kedaulatan negara.
"Sudah tiba masanya untuk bersatu sebagai rakyat (Malaysia), bangun dan berkata 'cukuplah'. Kini adalah masa untuk menyerang balas. Untuk apa yang mereka (pengganas) lakukan semalam (Sabtu lalu), ini adalah satu peperangan," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Foreign ministers discuss Gaza at Vienna meeting

Posted: 13 Jul 2014 07:10 PM PDT

Bayar Zakat Kepada Abang Ipar - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Jul 2014 07:07 PM PDT

Macamana Nak Dapat LAILATUL QADAR? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 13 Jul 2014 07:07 PM PDT

Ustaz Muhammad Nazmi Karim: Benda yang banyak, melalaikan manusia

Posted: 13 Jul 2014 07:06 PM PDT