Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Contohi kecemerlangan Jerman!

Posted: 11 Jul 2014 10:29 PM PDT

Pemain-pemain pasukan Jerman meraikan kemenangan mereka selepas menewaskan pasukan tuan rumah Brazil dalam aksi separuh akhir Piala Dunia 2014 di Stadium Mineirao, Belo Horizonte, Brazil, kelmarin.

Brazil, Argentina, Belanda dan Jerman adalah empat pasukan terakhir yang layak ke separuh akhir, Piala Dunia 2014. Dua negara dari Amerika Latin, manakala dua lagi dari Eropah. Dua negara yang kurang maju iaitu Brazil dan Argentina berbanding dua negara lain dari benua Eropah iaitu Belanda dan Jerman.

Kontroversi penganjuran Piala Dunia 2014 di Brazil bukan setakat aksi gigitan Luiz Suarez tetapi juga rakyat negara itu dari golongan miskin tidak bersetuju dengan penganjuran Piala Dunia ini. Bagi mereka, ia satu pembaziran.

Antara keempat-empat pasukan ini, hanya Jerman pasukan paling konsisten dalam kejohanan sukan yang diangkat sebagai paling hebat di dunia ini. Empat kali berturut-turut Jerman berjaya memasuki separuh akhir Piala Dunia. Jerman mempunyai pemain-pemain yang hebat-hebat belaka meskipun tidak begitu popular seperti Neymar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Satu perkara yang tidak boleh dinafikan sama sekali, setiap pemain Jerman memiliki jiwa kental dan bekerjasama sebagai satu pasukan. Inilah sebenarnya kehebatan orang Jerman.

Selama ini kita terlalu taksub dengan Liga Inggeris (English Premier League) tetapi mana perginya pasukan England di pentas Piala Dunia? Mereka setakat hebat di liga tempatan mereka dengan memiliki pemain-pemain import bertaraf dunia. Namun, apabila mengumpulkan pemain-pemain terbaik warganegara England di kejohanan sehebat Piala Dunia, kesudahannya, pasukan kebangsaan England tidak ke mana.

Berbeza dengan pasukan Jerman yang mana liganya tidaklah sebegitu popular sebagaimana Liga Inggeris. Yang menariknya, kelab-kelab Jerman terutamanya seperti Bayern Munich sering kali menguasai pentas Kejohanan Eropah.

Satu perkara yang cukup menarik tentang orang Jerman, mereka sentiasa berdedikasi dalam apa jua lapangan. Ini terbukti apabila ekonomi Jerman berada dalam kalangan kelompok ekonomi terbesar di dunia selepas Amerika Syarikat, China dan Jepun. Bahkan, tatkala krisis hutang Eropah, Jerman sentiasa menjadi antara kuasa penentu ke atas keputusan-keputusan ekonomi Kesatuan Eropah.

Sistem tadbir urus korporat Jerman juga berbeza berbanding negara-negara yang pernah dijajah British. Syarikat-syarikat korporat Jerman mempunyai keupayaan dan kemampuan di peringkat antarabangsa. Banyak produk Jerman seperti Adidas, BMW, Audi dan Mercedes-Benz menjadi jenama dunia. Salah satu sifat unggul orang Jerman, mereka sentiasa bantu-membantu antara satu sama lain dan mempunyai budaya kerja berkualiti tinggi.

Misalnya, universiti-universiti Jerman tidak terlalu pedulikan dengan ranking tetapi apa yang mereka pedulikan adalah manfaat yang boleh dikembalikan kepada masyarakat setempat. Adakah "permainan" ranking ini menguntungkan kita umat Islam Malaysia?

Kita perlu banyak mengambil iktibar cara kerja orang Jerman. Sebelum ini kita memandang ke arah negara-negara timur seperti Jepun.

Sememangnya cara kerja orang Jepun juga hebat. Sebab itulah kita boleh lihat cara kerja mereka yang berdedikasi berlandaskan Islam meskipun bukan beragama Islam. Sebaliknya di sini kita sukar melihat cara kerja berasaskan tuntutan ajaran Islam meskipun majoriti rakyat Malaysia beragama Islam.

Itu Jepun, manakala Jerman pula sebuah negara yang cukup mementingkan kemajuan masyarakat mereka. Selepas berakhirnya Perang Dingin, Jerman semakin kuat dengan kombinasi Jerman Barat dan Jerman Timur. Perpaduan rakyatnya juga cukup kukuh.

Kalau di negara kita, ada saja pihak yang sengaja mencetuskan isu perkauman yang boleh mengugat perpaduan.

Sewajarnya ketika negara kita menuju ke arah negara maju, perpaduan umat Islam Malaysia semakin kukuh dan maju dalam serba serbi.

Maka tidak ada salahnya, kita mencontohi cara kerja, disiplin dan kerjasama kukuh orang Jepun dan Jerman. Kedua-dua bangsa ini cukup mementingkan kecemerlangan dalam kehidupan mereka meskipun berlainan agama berbanding kita di Malaysia.

Dan jangan lupa mentor ilmu bagi teknologi dan kejuruteraan Jepun adalah Jerman. Itulah hakikatnya! -UMO

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Blogger UMNO @ Padi Jantn nak tembak Mukhriz - Pemuda UMNO buat laporan polis

Posted: 11 Jul 2014 10:52 PM PDT


KUBANG PASU 12 Julai - Pergerakan Pemuda UMNO Jerlun membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Padi Jantn yang mengancam untuk membunuh Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir Tun Mahathir dan Setiausaha Sulit Sultan Kedah, Datuk Syed Unan Mashri Syed Abdullah.

Dikepalai Ketua Pemudanya, Ahmad Azhar Abdullah, kira-kira 50 anggota pergerakan itu berkumpul di Ibu Pejabat Polis Kubang Pasu sebelum membuat laporan polis pada pukul 11.50 pagi ini.

Padi Jantn dalam laman Facebooknya beberapa hari lalu menyatakan kesediaannya untuk menembak Mukhriz dan Syed Unan kerana tidak berpuas hati berhubung isu tertentu. - UTUSAN ONLINE


Polis Serbu Rumah Padi Jantn
Dalam serbuan yang dilakukan oleh pihak polis pada malam tadi blogger umno yang dikenali dengan nama Padi Jantn itu telah melarikan diri. 

Ahli Dakwa Rafizi Punca Kemelut PKR

Posted: 11 Jul 2014 09:40 PM PDT

alt


KUALA LUMPUR 12 Julai - Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli sewajarnya dipecat daripada parti itu kerana melaksanakan 'Langkah Kajang' yang menjadi punca perbalahan dan kemelut dalaman PKR.

Ahli PKR cabang Subang, Mohd. Shahril Panjang Rani berkata, Langkah Kajang telah mencetuskan perbalahan dan pergaduhan antara pengikut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.

"Kita meminta Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail untuk memecat Rafizi dari jawatan Pengarah Strategi dan ambil tindakan disiplin terhadap beliau.

"Strategi Rafizi hanya merosakkan imej dan perpaduan dalam parti, Rafizi wajar dihukum kerana telah merosakkan parti dengan strategi putar belit beliau," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Shahril, Langkah Kajang yang dicipta oleh Rafizi bersama Abdul Rahim Ghouse merupakan bencana politik kepada PKR dan pengkhianatan terhadap parti.

"Kita mahu Datin Seri Wan Azizah, selaku Presiden PKR dengar dan bertindak atas suara akar umbi parti PKR, jangan pula mahu pecat ahli-ahli yang bersuara untuk selamatkan parti.

"Kita semua sayangkan parti, jangan pecat kita jika bercakap benar, jika mahu pecat ahli-ahli yang bersuara demi untuk kebaikan parti, maka di mana keadilan yang diuar-uarkan," katanya.

McDonald’s Malaysia nafi salur keuntungan kepada pihak Zionis di Israel.

Posted: 11 Jul 2014 07:46 PM PDT

McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.
"Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.
Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif McDonald's Corporation di Amerika Syarikat dan meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.
"Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini," menurutnya.
"Di Malaysia kami berbangga kerana menjadi sebahagian daripada komuniti setempat yang menawarkan peluang perniagaan kepada francaisi tempatan dan pekerjaan kepada lebih 12,000 rakyat Malaysia, di samping menyokong program bermakna bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik," kata McDonald's.
Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Jabatan Komunikasi Korporat Mcdonald's Malaysia di talian 03–78433388, menurutnya.
Isu ini ditimbul berikutan tindakan Israel melancar serangan ke atas Gaza dalam "Operasi Perlindungan Sempadan" sejak Selasa lepas.
Sehingga kini, media melaporkan sekurang-kurangnya 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera akibat serangan bertubi-tubi roket tentera rejim terhadap Gaza. – Bernama, 11 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mcdonalds-malaysia-nafi-salur-keuntungan-sokong-kempen-penindasan#sthash.LvKRdEpQ.dpuf

Pengasas dapur jalanan menang Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali

Posted: 11 Jul 2014 03:06 PM PDT

Mastura Mohd Rashid (kanan) bersama Penolong Pengurus Projek Nasi Lemak, Nurul Najihah. – Gambar The Malaysian Insider, 11 Julai, 2014. -
OLEH QUEK YIING HUEY
Published: 11 July 2014
Siswazah berusia 24 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Mastura Mohd Rashid menerima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali daripada Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur atas usaha beliau memberi makan dan membantu mereka yang kurang bernasib baik.
Pada 2012, beliau menubuhkan Projek Nasi Lemak, dapur jalanan ​​yang mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di Brickfields, Ampang dan kawasan Chow Kit pada hari Jumaat.
"Saya tidak pernah tahu tentang anugerah ini sehinggalah pencalonan saya pada bulan April tahun ini," Mastura memberitahu The Malaysian Insider.
Beliau menambah di samping gembira, beliau juga tidak pernah menjangkakan akan memenangi anugerah itu.
"Saya rasa ia kerana Projek Nasi Lemak yang tidak terikat dengan mana-mana pihak  dan inisiatif yang dilakukan oleh golongan belia," tambah Mastura.
Projek Nasi Lemak ditubuhkan pada 2012 oleh Mastura, dengan sukarelawan yang kebanyakannya terdiri daripada pelajar UIAM. Beliau menerima pembiayaan bagi projek itu selepas memenangi geran bernilai RM10,000 daripada Kedutaan Amerika Syarikat. – 11 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pengasas-dapur-jalanan-menang-anugerah-kemanusiaan-muhammad-ali#sthash.ZbaLZYTe.dpuf

Raisyyah Rania Yeap : Biarlah Palestin Menang!

Posted: 11 Jul 2014 05:08 AM PDT

Hati ku tak diam meronta-ronta
melihat gambar dan berita
saudara-saudariku diseksa
dibedil dibunuh tanpa rasa
kasihan atau kemanusiaan
inilah dia...dunia akhir zaman

Ingin saja ku ke situ
membantu memberi apa yang perlu
diriku ini yang tidak punya
anak, suami dan keluarga
"Boleh saja!", teriak hati ku
bujang yang hanya ada seorang ibu 

Ingin saja ku kata pada ibu ku yang tua
bekalanku untukmu cukup sampai bila-bila
biarlah anak perempuan mu ini pergi
sesungguhnya semua orang akan mati
jika benar Allah tarik nyawaku di situ 
maka syahid dan manislah pemergianku 

Tidur ku di tilam empuk ini tak lena
hinanya ku selesa dan kenyang berbuka
bila di situ, mereka lari dari dibedil
namun apakah daya saya ini yang kerdil
hanya doa yang dapat ku beri
maafkan ku ini yang tidak seberani
saudara saudariku di situ yang berjuang
Ya Allah, biarlah Palestin menang! 

- Sebuah karya oleh Raisyyah Rania Yeap - 

Tarawih: Wajarkah wanita hadir?

Posted: 11 Jul 2014 04:06 AM PDT

DR FATHUL BARI MAT JAHYA

RAMADAN adalah bulan ibadah untuk semua termasuk buat kaum Hawa. Mereka juga tidak ketinggalan bersama dengan suami dan ahli keluarga yang lain menghidupkan malam sepanjang Ramadan.

Kita boleh lihat rata-rata  masjid seluruh negara dipenuhi hampir sebahagian golongan wanita sepanjang bulan yang diberkati ini. Namun, wanita perlu tahu apakah yang wajar mereka pelihara dalam keghairahan menghidupkan malam Ramadan terutama solat Tarawih secara berjemaah di masjid atau surau, agar usaha mereka melipatgandakan ibadah tidaklah bertukar atau bercampur-baur dengan hal yang ditegah agama

Suatu ketika, seorang sahabat bernama Ummu Humaid  RA ingin mengikuti solat bersama Nabi Muhammad SAW di Masjid Nabawi. Maka Baginda SAW memberikan satu jawapan yang cukup indah dan berkesan kepada beliau: "Sungguh aku tahu bahawa engkau gemar solat bersamaku, sedangkan solatmu di dalam bilikmu lebih baik daripada solatmu di rumah, dan solatmu di rumah lebih baik daripada solatmu di masjid kampungmu, dan solatmu di masjid kampungmu lebih baik daripada solatmu di masjidku ini." (Riwayat Ibnu Khuzaimah).

Hadis ini seakan memiliki kaitan erat dengan hadis daripada Ibnu Mas'ud RA, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, apabila dia keluar syaitan akan menghiasinya. Dan sedekat-dekat seseorang wanita itu kepada Tuhannya adalah di saat dia berada di bahagian yang paling tersembunyi di dalam rumahnya." (Riwayat Al-Tirmdzi & Ibn Khuzaimah)


Berdasarkan dua hadis tersebut jelaslah keadaan yang paling selamat yang Islam anjurkan untuk golongan wanita ialah untuk sentiasa berada pada keadaan yang tersembunyi, termasuk ketika waktu solat.

Jika wanita menghadiri solat berjemaah di masjid, maka tempat terbaik bagi mereka sudah tentulah di kawasan yang dikhaskan untuk wanita. Antara adab lain yang wajar dipraktikkan wanita yang berkeinginan untuk hadir ke masjid terutama di bulan Ramadan bagi mendirikan solat tarawih ialah seperti berikut:


Niat Ikhlas

Sewajarnya bagi setiap wanita yang berhajat untuk mendirikan solat Tarawih di masjid memastikan agar niatnya adalah ikhlas kerana ALLAH SWT. Tidak sepatutnya keinginannya untuk ke  masjid didasarkan atas urusan lain seperti ingin bertemu dengan rakan, jiran, atau sekadar mengikut orang lain  yang berpusu-pusu ke masjid.

Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa yang datang ke masjid untuk tujuan tertentu, maka itulah yang menjadi bahagiannya." (Riwayat Abu Daud)


Meminta izin

Sebelum pergi ke masjid, wajib bagi seseorang wanita itu memohon izin daripada ayah (bagi yang masih belum berkahwin) atau suaminya.

Daripada Ibnu Umar RA, Rasulullah SAW berkata: "Janganlah kalian melarang wanita daripada menghadiri masjid setelah mereka meminta izin daripada kalian." (Riwayat Muslim)

Begitu juga di dalam riwayat Muslim yang lain dinyatakan: "Apabila isteri kalian meminta izin untuk ke masjid, maka berilah mereka izin."

Setelah mendapat keizinan maka bolehlah seseorang wanita itu ke masjid.Tetapi jika tidak diizinkan maka wajiblah dia kekal untuk solat di rumah.

Ini kerana mentaati suami dan juga bapa itu hukumnya adalah wajib dan ia wajib didahulukan melebihi mana-mana perkara sunat.

Suami dan bapa atau penjaga pula perlulah mengizinkan jika telah dapat dipastikan pemergian isteri atau anaknya itu selamat daripada pelbagai bentuk fitnah.


Berhijab, menutup aurat

Dalam keterujaan memakmurkan masjid, jangan lupa hal yang lebih utama daripada itu iaitu perihal penjagaan aurat yang rata-rata masih ramai dalam kalangan golongan Hawa yang masih mengambil remeh akan hal ini.

Ramai yang pergi ke masjid dalam keadaan di bahagian atasnya bertelekung litup tetapi di bawahnya sendat, singkat, dan jarang pula jadinya. Hal seperti ini disebut sebagai tabarruj jahiliyyah yang mana ia dilarang keras oleh ALLAH.

ALLAH berfirman: "Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah bertabaruj (berhias dan bertingkah laku) seperti orang jahiliah yang dahulu." (Surah Al-Ahzab: 33)

Antara syarat menutup aurat ialah: Menutup seluruh badan, tidak membentuk tubuh, tidak singkat dan ketat, tidak jarang, tidak juga pakaian kemasyhuran, tidak juga pakaian yang menyerupai pakaian orang kafir dan tidak juga berpakaian yang menyerupai pakaian golongan lelaki.


Tiada semburan wangian

Minyak wangi atau perfum kini seolah-olah tidak mampu lagi dipisahkan daripada kehidupan seorang wanita. Namun sedarkah wanita sekalian Nabi SAW melarang keras wanita daripada mengenakan minyak wangi terutama apabila mereka menghadiri masjid sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam  Muslim dalam sahihnya.

Lebih keras lagi, Rasulullah SAW bersabda dalam hal ini: "Mana-mana wanita yang mengenakan wangi-wangian lalu keluar ke masjid, maka solatnya tidak akan diterima sehinggalah dia mandi (bagi menghilangkan bau wangian tersebut)." (Riwayat Baihaqi)


Merendahkan suara

Perintah merendahkan suara secara umumnya bukanlah untuk golongan wanita sahaja, terutama apabila kita berada di masjid. Ini berdasarkan peringatan ALLAH yang bermaksud: "Dan bersederhanalah kamu dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu.

Sesungguhnya seburuk-buruk suara itu adalah suara keldai." (Surah Luqman: 19)

Adapun bagi golongan wanita, adab bagi menjaga suara ini jauh lebih ditekankan Islam demi menjaga kehormatan wanita juga hati lelaki yang mendengarnya.

ALLAH berfirman: "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian bukanlah seperti wanita lain jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu melunakkan suara kamu ketika berbicara, sehingga ia boleh menimbulkan keinginan kepada orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan berbicaralah dengan kata-kata yang baik." (Surah Al-Ahzab: 33)

Jika wanita suci seperti isteri Nabi Muhammad SAW masih diperintahkan agar menjaga lunak suara mereka, maka wajarlah wanita lain untuk mengambil iktibar daripada perintah ALLAH ini.


Menundukkan pandangan

Selain menjaga aurat dan lenggok suara, wanita juga diingatkan agar menundukkan pandangan mereka daripada melihat  lelaki bukan mahram. Hal ini sangat biasa terjadi di kawasan umum termasuk di masjid.

Menjaga pandangan mata adalah antara kunci bagi menjaga kehormatan secara keseluruhannya. Jiwa yang mendatangi rumah ALLAH secara ikhlas untuk beribadah wajib memelihara matanya terlebih dahulu, barulah ia akan memberikan nilai yang terbaik kepada setiap ketaatan yang dilakukannya di masjid.

ALLAH berfirman: "Katakanlah kepada wanita-wanita beriman, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan memelihara kemaluan mereka…" (Surah Al-Nur: 31)

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah mengumpamakan pandangan mata seperti cerminan hati. Apabila seorang hamba berjaya menjaga matanya pastilah ia akan berjaya menjaga syahwatnya.

Demikianlah secara ringkas hal yang wajar dijaga dan dititik-beratkan wanita yang ingin memakmurkan masjid ALLAH di bulan penuh berkat ini. Selain  peringatan di atas, wanita juga wajib menjaga pergaulannya dengan lelaki, memelihara lidahnya serta adab asas Muslim apabila berada di masjid.
Semoga dengan penelitian dalam menjaga hal di atas dapat menjamin kualiti ibadah yang dikerjakan di masjid bahkan menambah lagi nilainya. Sebaliknya jika hal ini diremehkan ia bakal merendahkan nilai ibadah yang kita kerjakan dan ia adalah seburuk-buruk dan serugi-rugi pekerjaan.

SELAMAT BERBUKA !!!

MB Khalid bakal tinggalkan PKR sertai Umno?

Posted: 11 Jul 2014 01:24 AM PDT

 | July 11, 2014
Spekulasi bahawa Khalid Ibrahim akan meninggalkan PKR tidak seharusnya timbul kerana beliau hadir atas kapasitinya sebagai Menteri Besar Selangor
najib_tweet_khalid_300PETALING JAYA: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menafikan dakwaan yang mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ini berikutan kehadiran Khalid semalam di majlis berbuka puasa bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak anjuran Umno Selangor.
"Pada saya itu perkara biasa dan tidak perlu timbul dakwaan seperti ini. Kita tidak boleh berfikir yang dia akan keluar parti hanya kerana beliau menghadiri majlis anjuran Umno.
"Mungkin Khalid telah mendapat jemputan daripada Najib untuk bersama-sama menghadiri majlis itu," katanya ketika dihubungi oleh FMT.
Tambah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat ini, tiada masalah untuk mana-mana ahli PR untuk menghadiri majlis rasmi seperti ini.
"Jika terdapat dakwaan yang mengatakan Khalid bakal keluar daripada parti, kita kena tanya Khalid sendiri," jelasnya.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Kasim Abdul Aziz,  terpulang kepada Khalid untuk beliau menghadiri mana-mana majlis anjuran Umno.
"Itu perkara biasa dan tidak perlu timbul isu mengenai kehadirannya di majlis itu," katanya.
Mengenai dakwaan yang mengatakan Khalid akan keluar dari parti, beliau enggan mengulas.

Najib dan Bung Mokhtar lebih kurang sama

Posted: 11 Jul 2014 12:51 AM PDT

Oleh Shahbudin Husin


Kekalahan Brazil 1-7 kepada Jerman mengundang kejutan dan reaksi yang pelbagai daripada seluruh dunia. Di Negara kita, Najib Razak mengaitkan kekalahan Brazil itu kerana tiada kepimpinan dalam pasukan tersebut dan cuba membuat analogi dengan sebuah negara yang juga boleh kecundang jika tidak mempunyai kepimpinan yang meyakinkan.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin pula memberi reaksi kemenangan Jerman itu dengan memberikan pujian kepada Hitler, pemimpin Jerman yang dianggap bengis, kejam dan diktator serta telah membunuh beribu-ribu Yahudi semasa Perang Dunia Kedua.

Jika reaksi Najib mendapat sindiran daripada pengguna laman sosial dengan menyifatkan kenyataan itu sebenarnya lebih merupakan percikan ke muka sendiri lantaran beliaulah yang ditaksir pemimpin paling lemah dan tiada kepimpinan kerana gagal mengurus banyak isu, komen Bung Mokhtar pula mendapat kecaman yang merata di seantero dunia.


Tidak saja pengguna laman sosial dalam negara yang mempersenda Bung Mokhtar kerana komennya yang tidak cerdik dan di luar konteks itu, malah Duta Jerman, Holger Michael juga menyatakan kata-kata Ahli Parlimen Kinabatangan yang berbunyi, "Well done, bravo, long live Hitler" itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima biar bagaimana sekali pun ghairahnya seseorang mahu memberi sokongan kepada pasukan bolasepak Jerman.

Dalam masa yang sama, komen Bung Mokhtar itu juga mendapat liputan yang meluas daripada media-media antarabangsa yang rata-ratanya memperlekeh kenyataan seumpama itu.

Berikutan kecaman yang mula merata terhadap kenyataan Bung Mokhtar itu, Najib Razak juga turut menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan salah. 


Najib juga berkata, Bung Mokhtar akan menarik balik kenyataannya itu.


Susulan itu, Bung Mokhtar pun kemudiannya menarik balik dan meminta maaf atas kenyataannya melalui Twitter yang dianggapnya tidak disengajakan telah menyakiti perasaan rakyat Jerman kerana terlalu teruja dengan kejayaan besar pasukan bolasepak negara itu menewaskan Brazil.


Jika diimbas, kedua-dua reaksi Najib dan Bung Mokhtar mengenai bolasepak dan kejayaan Jerman menewaskan Brazil adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan menimbulkan kecaman, meskipun dalam konteks yang berbeza. Bung dilihat tidak matang dan tidak memahami sejarah dunia apabila memberi reaksinya, manakala Najib pula seolah-olah tidak mencermin diri sebelum mengaitkan kekalahan Brazil dengan masalah tiada kepimpinan.


Kiranya beliau benar-benar sedar begitu banyak timbunan isu yang tidak selesai, gagal dijawab dan bagaimana sebahagiannya kerana beliau lebih suka berdiam diri dan menangguhkan penyelesaiannya, Najib tentunya tidak mungkin bercakap soal tiada kepimpinan mengenai Brazil itu.


Ini kerana sesiapa pun akan merasakan kenyataan itu lebih tepat ditujukan kepada dirinya sendiri berbanding mana-mana pemimpin di negara ini. Tetapi dengan bercakap mengenainya, adakah Najib tidak sedar akan kelemahannya atau beliau sebenarnya memerlukan cermin besar di rumahnya selepas ini?


Lebih menghairankan, kenapakah Najib begitu pantas menyedari kata-kata Bung Mokhtar sesuatu yang salah dan tidak boleh diterima sedangkan beliau sepatutnya melihat ke dalam dirinya terlebih dahulu. Reaksi Najib mengenai Brazil yang disifatkannya sebagai tiada kepimpinan sebenarnya tidak ubah apabila beliau memberi contoh kangkung sebagai merujuk penurunan harga barang di pasaran sebelum ini.

Oleh sebab itu, tidak menghairankan baik reaksinya mengenai Brazil mahupun kangkung, kedua-duanya menjadi bahan sindiran dan sendaan pengguna laman sosial. Bung Mokhtar juga menerima nasib yang sama, bukan saja mengenai kemenangan Jerman ini tetapi juga melalui banyak komen yang diberikannya sebelum ini.


Jika kita merasa sedih dengan adanya seorang Ahli Parlimen seperti Bung Mokhtar, kita juga sebenarnya sedih kerana terus mempunyai Perdana Menteri seperti Najib. Kedua-dua mereka, lebih kurang sama saja - Detikdaily

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


RINGKAS TENTANG HAMAS,AL-FATAH DAN HIZBULLAH

Posted: 11 Jul 2014 11:00 AM PDT

HAMAS
Briged Al-Qassam merupakan barisan ketenteraan HAMAS yang terdiri daripada pemuda-pemuda yang berumur antara 18 hingga 30 tahun, barisan yang mempertahankan Palestin daripada penjajahan tentera zionis. Briged Al-Qassam diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin, Dr Ibrahim al-Maqadema dan Sheikh Salah Shehada pada tahun 1984. 

Antara syarat-syarat yang melayakkan pemuda-pemuda ini untuk menganggotai Briged Al-Qassam adalah seperti berikut:

1. Menjaga solat 5 waktu secara berjemaah.
2. Gigih berpegang dengan ajaran Islam.
3. Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw.
4. Mengimani perjuangan pembebasan al-Aqsa dan Palestin.
5. Berdisiplin dan mentaati kepimpinan.
6. Mencintai dan bersedia syahid.

Pemuda-pemuda Al-Qassam akan melakukan sujud syukur setiap kali selepas tamat pertempuran melawan tentera zionis. Mereka ialah pejuang-pejuang yang merindui syahid di jalanNya, mempunyai peribadi yang mulia dan menjadikan Al-Quran sebagai teman sepanjang masa. 

Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya'bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.

Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.



AL-FATAH
Fatah ialah Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin ditubuhkan oleh Yasser Arafat dan Khalil al-Wazir pada 1960 di Algeria.

Fatah (bahasa Arab: فتح"penaklukan") atau Harakat at-Tahrir al-Wathani al-Filasthini atau Gerakan Nasional Pembebasan Palestina, adalah sebuah partai politik di Palestina yang didirikan pada tahun 1958. Partai ini memiliki tujuan untuk mendirikan negara Palestina di daerah yang sedang menjadi tempatkonflik Israel dan Palestina. Fatah sebenarnya secara teknis bukan merupakan partai politik, namun adalah faksi terbesar dalam PLO, sebuah konfederasi multipartai.
Fatah didirikan pada tahun 1958 atau 1959 oleh sekelompok warga Palestina yang menempuh pendidikan di KairoMesir; salah satunya Yasser Arafat. Setelah Perang Enam Hari pada tahun 1967, Fatah muncul sebagai kekuatan yang dominan dalam dunia politik di Palestina. Pada akhir 1960-an, Fatah bergabung dengan PLO dan pada tahun 1969 menjadi pemimpin dalam PLO. Sejak saat itu, Arafat menjadi pemimpin PLO dan Fatah hingga meninggal dunia pada tahun 2004. Posisinya sebagai ketua Fatah digantikan Faruq al-Qaddumi. Kelompok ini terlibat konflik dengan kelompok Hamas setelah kemenangan kelompok Hamas pada Pemilu parlemen tahun 2006 lalu di Palestina.



HIZBULLAH
Hasan Nasrallah adalah tokoh kharismatik. Artinya, ia seorang yang punya karakter khusus dapat mempengaruhi orang di sekitarnya, dapat memimpin massa, dan menggelorakan semangat. Dia termasuk politikus nomor wahid, sangat cerdas dan pandai berbicara… Menurut saya (DR. Ragheb As Sirjani), boleh-boleh saja ia dikagumi sebagai politikus dan ahli strategi. Saya tidak takut jika ada orang yang mengagumi cara berpidatonya, atau caranya mempermainkan neraca politik… ini semua tidak mengapa bagiku untuk dirasakan oleh kaum muslimin. Bahkan kalau pun mereka (kaum muslimin) menirunya dalam sebagian hal tersebut, itu juga tidak mengapa.
TAPI, yang tidak bisa diterima ialah bila kita mengaguminya sebagai pemimpin Islam yang mengobarkan jihad sesuai perintah Allah. Sebab untuk menjadi pemimpin model ini syaratnya harus memiliki akidah yang lurus dan ibadah yang benar. Ia harus mengikuti Sunnah Nabi dan tunduk pada ayat-ayat Allah, dan semua syarat ini tidak dimiliki oleh Hasan Nasrallah!
Di antara Akidah Hasan Nasrallah
Hasan Nasrallah adalah penganut Syi'ah Itsna 'Asyariah. Artinya, ia mempercayai semua keyakinan madzhab tersebut. Dia percaya bahwa para sahabat semuanya bersekongkol untuk merebut khilafah dari tangan 'Ali bin Abi Thalib, dan menyerahkannya kepada Abu Bakar, Umar, kemudian Utsman –semoga Allah meridhai mereka semua-. Dia juga meyakini bahwa Nabi telah memberi wasiat kepada imam-imam mereka yang dua belas dan menyebut nama-nama mereka secara jelas. Dia meyakini bahwa para imam tadi ma'shum, dan imam yang kedua belas telah masuk gua Sirdab –di Samurra, Irak- dan masih hidup (sejak 12 abad lalu) hingga saat ini, dan akan keluar suatu hari nanti. Dia juga mengimani taqiyyah[5] sebagai sembilan persepuluh (90%) agama Syi'ah. Dia juga meyakini bahwa Ahlussunnah adalah golongan yang memusuhi Ahlul Bait, padahal Ahlussunnah lah yang lebih menghargai Ahlul Bait dari pada Syi'ah, namun caranya sesuai sunnah Rasul. Dia juga meyakini bahwa imam-imam yang besar berhak mengambil seperlima dari penghasilan pribadi setiap penganut Syi'ah. Dia juga meyakini bahwa nikah mut'ah adalah halal; artinya, boleh saja baginya bila seorang pemuda mendatangi pacarnya, atau gadis lain lalu menikahinya selama sehari atau satu jam, demi melampiaskan syahwatnya kepada si wanita lalu mencerainya. Dia juga meyakini teori wilayatul faqih, dan berangkat dari sini, haram baginya untuk menyelisihi pemimpin revolusi Iran: Ali Khamenei dalam perintah apa pun, demikian seterusnya…
Semua yang saya sebutkan tadi adalah bagian dari keyakinan (akidah) Hasan Nasrallah yang telah mengakar. Kalau ada yang protes dan mengatakan: "Lho, kita kan tidak pernah mendengar dia mencaci-maki sahabat, atau menuduh isteri-isteri Nabi dengan tuduhan keji?", maka saya katakan kepada orang-orang lugu tersebut: "Bukan suatu keharusan bagi kita untuk mendengar semua itu darinya agar kita yakin bahwa dia memang mengatakan seperti itu, sebab semua hal tadi merupakan KONSEKUENSI dari ajaran Syi'ah Itsna 'Asyariyah". Anda sendiri mungkin tidak pernah mendengar tetangga anda yang muslim mengatakan: laa ilaaha illallaah muhammadun rasulullah, akan tetapi anda tahu bahwa tetangga anda meyakini ucapan tersebut, karena dia seorang muslim. Demikian pula seorang Syi'ah Itsna 'Asyariyah, ia mau tidak mau harus mengimani semua yang saya sebutkan tadi, sebab kalau tidak, dia akan berada di luar Syi'ah. Kalau Hasan Nasrallah harus menghargai dan menghormati para sahabat, maka ia tidak mungkin bisa membenarkan pokok-pokok ajaran Syi'ah Itsna 'Asyariyah, demikian pula dengan jabatan Khalifah yang dipegang oleh Ali, Hasan, Husein, dan imam-imam lainnya.
Jadi, seorang tokoh yang menganut berbagai kesesatan dan bid'ah tadi, sama sekali tidak layak untuk kita kagumi, maupun kita jadikan sebagai pemimpin Islam teladan. Kita hanya boleh mengambil sedikit hal darinya, sebagaimana kita ambil dari orang lain; bukan karena dia itu Islami, tapi karena dia adalah manusia yang memiliki potensi dan keahlian.
Cuplikan dari tulisan Ustadz Sufyan Basweidan:
http://basweidan.wordpress.com/2009/10/23/kisah-hizbullah-3/

Bagaimana Berdirinya Hizbullah?
Hizbullah berdiri di negara Lebanon. Negara ini memiliki karakter spesial yang berbeda dengan seluruh negara di dunia. Ia merupakan negara multi golongan yang aneh bentuknya, sebab dataran Lebanon dihuni oleh sekitar 18 sekte agama yang semuanya diakui. Barangkali faktor geografis Lebanon yang bergunung-gunung itulah yang menjadikannya sarang bagi berbagai aliran yang saling bertentangan. Dari sanalah terdapat kaum Nasrani dengan berbagai sektenya, demikian pula Syiah, Druz, dan lain sebagainya.
Orang-orang Lebanon mengakui bahwa tiga golongan terbesar di Lebanon adalah: Golongan muslimin Ahlussunnah, Golongan Syiah Itsna Asyariah, dan Golongan Nasrani Maronit. Jauh setelah mereka barulah diikuti oleh Sekte Druz yang masih dianggap sebagai muslimin meskipun mereka tidak demikian.
http://aslibumiayu.wordpress.com/2012/11/20/siapakah-kelompok-hizbullah-itu-banyak-yang-tertipu/

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


MPKN memandai luar terma rujukan... Bubar dan pecat Kurup!!!

Posted: 11 Jul 2014 07:28 PM PDT

Berdasarkan prinsip, Kak Napsiah patut letak jawatan ... hard-up sangat elaun ke?

Undang-undang Pengganti Akta Hasutan 1948 Ditentukan Kabinet- Najib

KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Majlis Konsultasi Perpaduan Nasional (MKPN) bukan badan muktamad dalam menentukan kesesuaian Rang Undang-undang Harmoni Nasional sebagai pengganti Akta Hasutan 1948, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebaliknya kata beliau perkara itu akan ditentukan oleh kabinet.


Justeru tegasnya, MPKN bukan satu forum atau platform muktamad untuk membincangkan perkara itu (penghasilan draf undang-undang baharu).

"Sepatutnya perbincangan dan pendapat dibincangkan secara tertutup dan MKPN bukan badan muktamad, sebaliknya kabinet," katanya kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno (MT) di bangunan PWTC di sini.


Najib berkata demikian apabila diminta mengulas kenyataan bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad bahawa anggota Majlis Peguam turut terlibat dalam penyediaan tiga draf undang-undang bagi menggantikan Akta Hasutan 1948 itu.

Najib yang juga Presiden Umno berkata mesyuarat Majlis Tertinggi Umno telah memutuskan untuk turut menyatakan pendirian serta menyumbangkan pendapat terhadap usaha penghasilan draf undang-undang itu.

Oleh itu, beliau berkata Umno akan mewujudkan satu jawatankuasa kecil di bawah Biro Perlembagaan dan Undang-undang untuk mengkaji dan seterusnya membuat cadangan berhubung draf undang-undang tersebut untuk pertimbangan pihak kerajaan.

-- BERNAMA



Dahlah Dato Seri ... pecat saja si Kurup dan bubar MPKN ni ...

Khalid buka dengan mesra sama UMNO, Ada apa-apa ke?

Posted: 11 Jul 2014 08:30 AM PDT


Khalid dapat sokongan PAS dalam DUN Selangor. Tiba-tiba berbuka dengan PM semalam ....

Parpukari bertanya:

Ini program BN dimana PM turun dan seperti korang tengok Khalid Ibrahim turut serta bersama PM di Masjid Bukit Jelutong.

Apakah isyarat ini? Dengar cerita pergolakan dalaman PKR semakin memuncak. Gesaan utk Khalid meletakkan jawatan semakin kuat.

Apakah Khalid Ibrahim mempunyai perancangan beliau tersendiri? Seperti yang telah aku katakan sebelum ini aku memang menyokong penuh agar Khalid Ibrahim terus kekal sebagai MB Selangor.


Pasti pembangkang dah mula sumah seranah:


Jumaat, 11 Julai 2014

HARAM JADAH PUNYA KHALID IBRAHIM

Petang tadi YAB Perdana Menteri meluangkan masa untuk sama sama berbuka puasa di Bukit Jelutong Shah Alam yang juga disertai oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.


Walaupun berbeza pandangan politik,  tapi jelas dalam kemesraan yang kita lihat, Khalid Ibrahim lebih mesra dilayan oleh pemimpin Barisan Nasional sementara dalam pakatan sendiri pelbagai tohmahan dilemparkan kepada beliau tambahan pula kini kerusi Menteri Besar sedang panas direbut oleh pemimpin pakatan sendiri.


Desas desus yang mengatakan bahawa Khalid akan disingkirkan nampaknya bakal menjadi kenyataan apabila ada penganalisa politik tanah air mula mengatakan bahawa satu undi tidak percaya akan diusulkan kepada Khalid ekoran ketidak relaan beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar.

Khalid pula baru baru ini seolah olah mencabar PKR dengan mengatakan bahawa beliau sanggup berperang demi untuk mempertahankan jawatan yang beliau sandang kini sebagai CEO negeri Selangor.

Dengan kelihatan gambar keakraban Khalid bersama Perdana Menteri serta pengerusi badan perhubungan UMNO Selangor sudah pasti ayat yang keluar dari pemimpin kanan atau tertinggi PKR akan mengatakan "HARAM JADAH PUNYA KHALID".


Ayat ini biasa kita dengar daripada Anwar apabila beliau tidak berkenan dengan seseorang atau sesuatu perkara.

Walaupun Khalid menjadi pemimpin kerajaan negeri dan beliau dari parti pembangkang di Malaysia itu tidak bermakna Khalid di pinggirkan dan Sangkakala dengar tadi sudah ada kenyataan dari Perdana Menteri sendiri bahawa beliau boleh bekerjasama dengan Khalid.

Apa maksud kerjasama yang dinyatakan tu? Adakah ianya akan menjadi satu titik tolak persefahaman diantara Khalid dengan kepimpinan negeri Selangor?

Kita nantikan dan tunggu apa yang bakal berlaku.

Teresa Kok salahguna kelonggaran masuk jaja perkauman DAP ke Sarawak

Posted: 11 Jul 2014 05:00 AM PDT


Teresa Kok diberi kelonggaran untuk menghadhiri majlis mengingati Wong Ho Leng yang DAP tidak ambil peduli ketika sakit berhadapan dengan kanser.

Sepatutnya dia tidak boleh masuk kerana pejabat ketua Menteri tidak benarkan Teresa Kok masuk ketika kali terakhir dia mahu pergi ke Sarawak.


Sebaik diberi kelonggaran, rupanya dia telah pergi membuat lawatan ke pejabat DAP Sarikei. Pada asalnya lawatan hanya untuk perjumpaan dengan penganut ugama Kristian anjuran Sidang Injil Borneo cawangan Sarikei di gereja St Anthony.

Malahan dia telah membuat sidang akhbar pada pukul 5 petang bersama MP Sibu Oscar Ling,  MP Sarikei Wong Ling Biu dan pembantu khas beliau Rinda Alexander. Itu memang kebiasaan DAP dan itu saja dia tahu.

Yang menjadi tidak enakkan adalah Teresa menggunakan peluang itu untuk membawa politik perkauman dan cauvanis cina ke Sarawak dengan mengatakan peringatan penghindaran Tan Sri Muhyiddin Yassin mengenai 13 Mei dimainakn sebagai memberi amaran.

Dengan bahasa yang kasar dan membakar, dia menuduh pemimpin sebegini tidak bermoral dan mereeka-reka kata bahawa selama 40 tahun tiada mana-mana pun menteri kabinet mengeluar kenyataan sedemikian. YB teresa kok turut membuat lawatan di gereja St Anthony sarikei.

Baca Dari Semantan Ke Lawas SINI


Seolah-olah nampak macam DAP ini baik sangat, dia kata tiada tegangan etnik di Malaysia.

Kalau begitu, Sarikei ada DAP Melayu ke? Malah DAP yang pegang semua jawatan ADUN dan AP di kawasan majoriti Cina dan Iban, tiada pun kemungkinan akan ada calun Iban sebagai mewakili kaum Iban.


Kononnya DAP mahu IBan jadi CM tapi CIna DAP yang pegang majoriti kerusi ka???

Perkara lima Rukunegara 2.0 DAP ialah Kesopanan dan kesuSIALAN

Posted: 11 Jul 2014 02:30 AM PDT


Rukunegara 2.0 adalah tuntutan merepek Dr Kua Kia Soong, rasis penipu yang memalsukan kisah Mei 13 1969 untuk agenda rasis dan cauvanis.


Rukenagara dan DEB adalah mekanisma untuk menyelesaikan permasaalahan perkauman ketika itu dengan mengurangkan jurang perbezaan antara kaum.

Seperti biasa DAP yang suka melakukan provokasi sentiasa menyalak dan menyondol seperti Dog and Pig untuk menentang sebarang usaha yang dilakukan kerajaan.

Sepanjang masa dari tahun 1969 hingga kini DAP tidak berhenti melakukan provokasi dan sentimen perkauman CIna sentiasa diperguna untuk membakar sentimen benci kerajaan.

KIni bekas MP DAP ini dan penggerak SUARAM mahu kata Rukunegara tidak inclusive. Padahal ketika itu DAP enggan menyertain National Unity COuncil. Gerakan sedia.

Satu lagi pihak yang tidak bersama adalah Parti Buroh yang merupakan platform gerakan teroris komunis.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


#PrayForGaza Marilah Kita Berdoa Keselamatan Gaza

Posted: 11 Jul 2014 03:20 AM PDT

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:33 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Siswazah UIAM pengasas dapur jalanan terima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali

Posted: 11 Jul 2014 09:29 PM PDT

MASTURA_RASHID_SHAH ALAM 12 JULAI: Pengasas dapur jalanan yang menubuhkan Projek Nasi Lemak, Mastura Mohd Rashid menerima Anugerah Kemanusiaan Muhammad Ali dari Kedutaan Amerika Syarikat atas usaha memberi makan dan membantu golongan kurang bernasib baik.
Siswazah berusia 24 tahun dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), menubuhkan Projek Nasi Lemak, dapur jalanan ​​yang mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan di Brickfields, Ampang dan kawasan Chow Kit pada hari Jumaat.
Beliau menerima pembiayaan bagi projek itu selepas memenangi geran bernilai RM10,000 daripada Kedutaan Amerika Syarikat
"Saya tidak pernah tahu tentang anugerah ini sehinggalah pencalonan saya pada bulan April tahun ini," kata Mastura dipetik The Malaysian Insider.
Read More / Baca Lagi >>

Palestin sudah bersiap sedia

Posted: 11 Jul 2014 09:27 PM PDT

GAZA- Palestin kini bersiap sedia menghadapi ancaman 40,000 tentera Zionis yang akan dilancarkan pada bila-bila masa melalui Operasi Perlindungan Sempadan.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan perkara itu dan meminta semua penduduk bersedia, lapor Press TV.
Askar Israel menunggu 'lampu hijau' untuk melakukan serangan darat. "Segala usaha saya untuk menamatkan keganasan gagal. Namun kami tidak akan putus asa mempertahankan tanah ini sungguh pun Israel terus mendesak supaya meninggalkan tanah ini.
"Kami tidak mempunyai senjata, tetapi kami akan tetap teguh mempertahankan negara ini. Jika Israel mempunyai peluru berpandu dan senjata, ini tidak bermakna kita akan menyerah diri," katanya.
Menurutnya, Palestin bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika dipersetujui Israel tetapi hingga kini negara itu masih berdiam dan enggan berbincang sungguh pun mendapat nasihat dan teguran negara lain.
Semalam beliau meminta rakyat Palestin yang tinggal berhampiran sempadan dengan Israel supaya meninggalkan kediaman mereka dan bergerak menuju ke Genting Gaza.

Umat Islam harus simpati nasib Palestin

Posted: 11 Jul 2014 09:25 PM PDT

Kekuatan doa seluruh umat Islam adalah peluru yang paling digeruni musuh 

palestine_004_300PETALING JAYA: Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Prihatin Rakyat Pemuda PAS Malaysia, Muhammad Hafiz Haji Musa berasa sedih dan bersimpati dengan nasib yang dialami oleh umat Islam di Gaza.
"Peristiwa penyembelihan rakyat Palestin sudah berlarutan semenjak beberapa puluh tahun lalu dan keganasan Israel telah mengorbankan puluhan ribu umat Islam.
"Kejadian pembedilan terkini tentera Israel telah mengorbankan 27 orang sementara 130 yang lain cedera menambah lagi konflik berdarah di bumi umat Islam itu," katanya.
Menurut beliau, kebiadapan rejim Israel tanpa batas kemanusiaan serta tidak mengenal erti kasihan dan belas simpati. Kanak-kanak dan wanita adalah sasaran utama yang sering menjadi korban serangan mengejut di mana-mana dan pada bila-bila masa.
"Bagi umat Islam, keprihatinan terhadap umat Islam Gaza menandakan solidariti dan kebersamaan umat Islam sejagat.
"Umat Islam wajar menangisi kematian, penderitaan dan kemusnahan yang dialami umat Islam dan bumi Gaza. Pemimpin-pemimpin negara Islam punya tanggungjawab untuk bersuara bagi membela golongan tertindas di bumi syuhada' itu.
Read More / Baca Lagi >>

Israel tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa -PM Israel

Posted: 11 Jul 2014 09:24 PM PDT

Israel tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa -PM Israel
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berkata dia tidak akan tunduk kepada tekanan antarabangsa untuk menghentikan serangan ke atas Hamas di Gaza.

"Tiada tekanan antarabangsa akan menghalang kita daripada menyerang pengganas yang menyerang kami," katanya semasa satu sidang media di Kementerian Pertahanan di Tel Aviv pada Jumaat.

Netanyahu juga tidak menolak kemungkinan pencerobohan tanah di Gaza, selepas dilaporkan bahawa Israel telah mengumpulkan beribu-ribu tentera di sepanjang sempadan untuk operasi tanah.

"Kami sedang mengkaji setiap kemungkinan. Saya akan menamatkannya apabila matlamat kita tercapai. Matlamat utama ialah untuk memulihkan kedamaian dan ketenangan," Netanyahu memberitahu AP.

Pada Jumaat, Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama menelefon Netanyahu untuk menyatakan kebimbangannya dan untuk menawarkan bantuan dalam menyelesaikan krisis tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

Korban kezaliman rejim Zionist meningkat 118

Posted: 11 Jul 2014 09:21 PM PDT

10439506_797637600259910_6239992017877671552_nGAZA 12 JULAI: Angka korban rakyat Palestin akibat serangan rejim Zionist meningkat kepada 118 orang apabila tujuh lagi terkorban dalam serangan awal pagi Sabtu.
Sekurang-kurangnya 5 rakyat Palestin terbunuh dalam dua lagi serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza awal pagi tadi.
Jurucakap Kementerian Kesihatan di Gaza, Ashraf al-Qudra berkata dua maut di dalam serangan di Beit Lahiya, utara Gaza dan tiga lagi maut dalam serangan kedua di barat Gaza City.
Serangan terbaru Israel itu menyebabkan angka kematian meningkat kepada 118 orang sejak rejim itu melancarkan serangan pada awal pagi Selasa.
Dalam perkembangan lain, Unit media Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya melakukan serangan balas menggodam Stesen TV Israel dan web-web penting dan peribadi tokoh Israel.
10524572_734809799893862_7459892842059692904_nMenjadi sasaran penggodaman itu juga adalah ahli dewan rakyat Israel dengan risalah amaran dan kata-kata semangat untuk tidak menyerah kalah sambil memaparkan wajah kanak-kanak Muhammad Abu Khudair yang diculik dan dibunuh dan dibakar Israel sebelum ini.
Buat pertama kalinya juga pejuang Palestin Briged Izzuddin Al-Qassam berjaya mensasarkan roket serangan balas menuju Lapangan Terbang Ben Gurion di salah sebuah lapangan terbang yang terbesar di Israel menggunankan roket M75.

Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel

Posted: 11 Jul 2014 08:28 PM PDT

Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.

Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.
Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:


1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.

1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.

1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.

1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.
Read More / Baca Lagi >>

Gambar-gambar solidariti buat Gaza

Posted: 11 Jul 2014 08:25 PM PDT








 

 
 
selepas menunaikan solat Jumaat. Himpunan aman di kebanyakan masjid di seluruh negara bagi membantah dan mengutuk serangan Israel ke atas Gaza Palestin.

Rahsia Briged Al-Qassam

Posted: 11 Jul 2014 08:23 PM PDT

Kriteria Anggota Hamas & Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam Harakatul Muqawwamatil Islamiyyah ( Hamas ) dideklarasikan secara rasmi sekitar bulan Disember 1987 iaitu saat kemuncak permulaan Intifadhah Palestin yang pertama. Namun begitu, idea penubuhannya dikatakan telah muncul sejak pasca perang 1973 lagi kerana Hamas adalah lanjutan dari Ikhwanul Muslimin Mesir yang telah menyumbangkan ribuan para mujahid mereka bagi menghadapi kemaraan penjajah Yahudi yang masuk merampas tanah Palestin pada tahun 1948. Maka Ikhwan menubuhkan cawangan barunya di Palestin dan lahirlah Hamas dari situ.
 
Qaid Hamas yang pertama sejak 1987 adalah As-Syahid Sheikh Ahmad Yasin yang akhirnya gugur sebagai syahid tanggal 22 Mac 2004 setelah beberapa kali beliau mendekam dipenjara dan beberapa kali cubaan bunuh dilakukan ke atasnya. Jawatan Qa'id Hamas berikutnya digantikan oleh As-Syahid Dr.Abdul Aziz Ar-Rantisi. Namun, beliau hanya sempat berkhidmat sebagai qa'id kurang dari sebulan sahaja kerana dibedil oleh helicopter Apache Israel tanggal 18 April 2004. Akhirnya, Hamas kini mengambil pendekatan tidak menzahirkan lagi siapa qa'id mereka yang sebenar sekarang dan hanya menonjolkan beberapa pimpinan tertentu sahaja seperti Biro Politik Hamas, Sheikh Khalid Mish'al, Abu Marzouq , Sami Abu Zuhri dan lain-lain.
 
Dalam perjuangan seharian, Hamas menghadapi dua ancaman besar iaitu serangan bersenjata Israel dan perlawanan serta pengkhianatan dari parti kebangsaan dan secular Palestin iaitu FATAH pimpinan Mahmud Abbas. FATAH adalah lanjutan dari Palestin Liberation Organization (PLO) pimpinan Yaser Arafat. Pergerakan Fatah dilndungi sepenuhnya oleh Israel dan Amerika sendiri. Bahkan kerajaan-kerajaan Arab dan pemimpin-pemimpin Negara umat Islam lainnya, sering menghentam Hamas seolah-olah gerakan inilah punca ketidakdamaian yang berlaku. Bantuan-bantuan yang disampaikan oleh Negara-negara umat Islam sering disalurkan kepada Fatah dan tidak akan sampai ketangan Hamas.
 
Bagi menghadapi situasi ancaman dua musuh ini, Hamas mengambil sikap menghadapi Israel melalui serangan bersenjata dan menghadapi Fatah dengan cara melibatkan diri sebagai parti politik untuk menguasai kerajaan Palestin yang dipegang oleh Fatah. Membunuh anggota Fatah yang memusuhi Hamas adalah sesuatu yang tidak bijak yang hanya akan menambah musuh baru sahaja. Inilah kehebatan pandangan para pimpinan Hamas menghadapi suasana politik di Negara mereka saat ini.
 
Kriteria Keahlian Brigade As-Syahid Izzuddin Al-Qassam
 
Read More / Baca Lagi >>

Kematian hari kelima serangan di Gaza kini 112 orang

Posted: 11 Jul 2014 08:14 PM PDT

Kematian hari kelima serangan di Gaza kini 112 orangGAZA: Tujuh rakyat Palestine terbunuh dalam beberapa serangan awal pagi Sabtu oleh Israel, menjadikan jumlah kematian hari kelima serangan berjumlah 112.

Menurut jurucakap kementerian kesihatan Gaza Ashraf al-Qudra, empat maut di Jebaliya, di utara semenanjung Gaza manakala dua lagi di bahagian selatan Deir el Balah.

Tidak lama selepas itu, seorang remaja berusia 17 tahun meninggal dunia dalam serangan di Bandar Gaza.

Jumlah mangsa serangan meningkat menjadi 112 sejak Israel melancarkan serangan' Operation Protective Edge' sejak awal Selasa dalam usaha menghentikan serangan roket rentas sempadan oleh kumpulan-kumpulan militan.

Menurut kenyataan oleh tentera Israel pada lewat Jumaat, militant telah melancarkan 520 serangan mortar dan roket ke Israel sejak Selasa, manakala 140 serangan lain digagalkan oleh sistem pertahanan perluru berpandu 'Iron Dome'.

Ia merupakan keganasan paling teruk sejak 2012, dengan penambahan jumlah roket yang dilancarkan ke atas Jerusalem dan Tel Aviv sehingga ke Haifa.

Setakat ini, tiada rakyat Israel yang terbunuh.
Read More / Baca Lagi >>

PM Israel Janji Lebih Banyak Serangan Udara Ke Atas Gaza

Posted: 11 Jul 2014 08:12 PM PDT

TANPA menghiraukan tekanan supaya menghentikan serangan udara rejim Israel terhadap Gaza sejak beberapa hari lepas, Perdana Menteri Israel, Binyamin Netanyahu menegaskan kerajaan tidak akan tunduk kepada desakan pihak luar.
Sehingga kini media melaporkan sekurang-kurang 81 rakyat Palestin terkorban manakala ratusan lagi cedera hasil serangan roket bertubi-tubi tentera rejim Israel terhadap Gaza.

Bagaimanapun jumlah itu dipercayai sedang meningkat.

Malah Netanyahu turut mengerahkan 40,000 tenteranya bersiap sedia melancarkan serangan darat ke Gaza dalam operasi digelar 'Operasi Perlindungan Sempadan'.

Mesin Perang Gila Israel bunuh penduduk Palestin di Gaza

Posted: 11 Jul 2014 08:09 PM PDT

Oleh Ismail Hashim
Masyarakat di seluruh dunia Islam sekarang mengalami kegoncangan psikologi dan emosi yang amat dahsyat akibat serangan ganas Israel dan menyaksikan tontonan kekejaman regim haram Zionis yang membunuh dan mencederakan penduduk awam Palestin.
Luapan emosi ini mencetuskan kemarahan dunia Islam terutamanya di bulan Ramadan yang begitu biadap menyerang Gaza tanpa mempedulikan kemuliaan bulan ini. Malah ini adalah bulan keamanan yang tidak dihormati Israel langsung.

Tidak seorang elit kepimpinan Israel mahupun Amerika Syarikat dan sekutu yang lain mempunyai hati nurani dan tidak merasa bahawa serangan ini sebenarnya tidak dilandasi oleh rasionaliti iaitu tujuannya sekadar melayani nafsu dan hasrat kebuasan yang lebih keji dari binatang.
Serangan ini hanya berdasarkan kepada suatu kegilaan atau delirium yang dikembangkan oleh para pemimpin keganasan dan kekerasan yang menjiwai sebuah mesin tidak rasional. Mesin-mesin perang atau "war machines" secara besar-besaran dengan teknologi persenjataan tercanggih yang digunakan regim haram Yahudi sekarang adalah digerakkan oleh "mesin-mesin kegilaan" para jeneral dan pemimpin pengganas yang mengembangkan dirinya dalam "fantasi-fantasi gila" mengenai wira dan keperwiraan, kekuasaan, keunggulan dan gejolak mesin hasrat.
Fantasi-fantasi gila para pemimpin pengganas ini telah melacurkan akal sihat dan membawa mereka kepada keadah fikiran singkat mengenai kemenangan, kekuasaan, kemusnahan dan kehancuran massa sambil mencampakkan cara berfikiran rasional mengenai kesan selepas perang ke atas penduduk Gaza, rakyat Palestin dalam mencapai keamanan di Timur Tengah.
Fantasi-fantasi dan mitos gila ini mengenai keperwiraan dan keunggulan bangsa Israel dan kemuliaan bangsa yang terpilih membawa perang sekarang ini ke perangkap kegilaan fantasi itu sendiri dan mencemari realiti yang sangat diperlukan seperti tindakan tegas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Islam (OIC) yang sangat lemah yang tidak ditemukan pendirian sebenar mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Surat terbuka untuk Najib Razak

Posted: 11 Jul 2014 08:08 PM PDT

Oleh Nomy Nozwir
Kehadapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak,
Saya, Muhammad Nomy Nozwir, hari ini menulis surat ini berdasarkan kenyataan anda berkenaan tentang kekalahan teruk Brazil kerana ketiadaan kepimpinan yang berkesan dalam pasukan bolasepak Samba itu.
Apabila anda bercakap begitu, mungkin anda sedang bermuhasabah diri.

Dalam masa saya tidak yakin dengan Pakatan Rakyat (PR) memerintah kerana terlalu banyak pergolakan konflik dalaman parti serta isu pemilihan dalam parti komponen PR yang tak selesai-selesai, saya juga tidak yakin dengan kepimpinan anda yang membawa negara ini ke arah terumbang-ambing. Sejak 2009 apabila anda menerajui pentadbiran, terlalu banyak isu yang berlaku yang saya rasa anda tidak menanganinya dengan baik.
Ya, mungkin akan ada yang kata, "kalau kau pandai kau jadi la perdana menteri", saya akui saya tidaklah berapa pandai dan cerdik dan berkelayakan menjadi perdana menteri.
Tetapi, saya tidak berminat menjadi Perdana Menteri. Tetapi, tugas perdana menteri ini sangat berkait rapat dengan rakyat marhaen seperti saya ini.
Dari isu api perkauman yang semakin marak, isu rasuah yang masih macam-macam hal, isu pembangunan yang asyik retak runtuh tenggelam pecah dan sebagainya, saya rasa anda di luar kawalan dan tidak mampu untuk mengawal keadaan di negara ini.
Setiap kali anda selaku perdana menteri dan menteri kewangan membentangkan bajet, ramai menteri, ahli akademik, penganalisis ekonomi berkata bajet yang anda bentangkan sebagai yang terbaik yang pernah dibentangkan.
Tetapi jika ia terbaik, kenapa negara ini dalam keadaan berantakan sebegini?
Read More / Baca Lagi >>

Lucu, Menteri Kewangan luluskan permohonan Perdana Menteri

Posted: 11 Jul 2014 08:06 PM PDT


lct


KUALA LUMPUR, 12 JUL: Semenjak tahun 1999, Malaysia mengalami pentadbiran yang pincang apabila Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Kewangan adalah orang yang sama, kata Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong.
Beliau berkata, 'tradisi' yang dimulakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir itu menyebabkan amalan semak dan imbang tidak dapat dipraktikkan secara sistematik dalam kabinet .
"Peranan Perdana Menteri ialah membelanjakan peruntukan (Belanjawan), manakala Menteri Kewangan memantau dan mengawasi perbelanjaan.
"Dalam keadaan seperti sekarang, bolehkah Menteri Kewangan (Datuk Seri Najib Razak) mengawal perbelanjaan Perdana Menteri?" soal Chin Tong, mengundang tawa kira-kira 100 hadirin di forum 'Rombakan Kabinet: Apakah Menteri Baru Lebih Efektif' di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Khamis lalu.
Semenjak pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Menteri Kewangan pada 1998, jawatan itu hanya sekali disandang oleh seseorang yang bukan memegang jawatan Perdana Menteri, iaitu Tun Daim Zainuddin dari tempoh 1999 hingga 2001.
Namun 'tradisi' itu kemudiannya diteruskan Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Najib Razak.
Read More / Baca Lagi >>

Guru hari ini lebih tertekan

Posted: 11 Jul 2014 08:05 PM PDT

Suatu waktu dahulu kes guru mencederakan pelajar adalah sesuatu yang asing dan jarang di dengar namun kini ia sering belaku dan perkara ini tidak lagi boleh dipandang ringan.
Kohilan_Pilay_300CHERAS: Naib Presiden Gerakan, Dato Kohilan Pilay berkata tindakan tegas perlu diambil ke atas seorang guru di sebuah sekolah di Port Dickson yang didapati telah membelasah anak muridnya sehingga menyebabkan kecederaan di kepala.
"Tindakan tegas harus diambil agar kes-kes sebegini tidak akan berulang kembali. Pada zaman saya dahulu, tidak pernah belaku kes sebegini yang melibatkan guru memukul anak murid hingga berdarah-darah, stapler telinga, memukul dengan kasut dan tendang pelajar.
"Pada pendapat saya, semua ini berlaku kerana guru hari ini begitu tertekan dengan keadaan sekeliling juga dengan kos hidup yang tinggi pada zaman sekarang.
"Kaunseling perlu diberikan bukan hanya untuk murid malah kepada para guru supaya mereka bebas dari tekanan emosi.
"Diharapkan agar selepas ini tiada lagi kedengaran kes-kes penderaan fizikal terhadap pelajar," katanya.
Beliau yang juga bekas Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi berharap agar orang ramai tidak mengaitkan kes sebegini dengan politik. Ini adalah masalah antara guru dan pelajar.

Guru baling kasut ditukar sekolah

Posted: 11 Jul 2014 08:02 PM PDT

Muthu menunjukkan kepala Sharmini yang berbalut akibat luka selepas didakwa dibaling dengan kasut oleh gurunya. 
PORT DICKSON - Seorang guru yang bertindak melampau membaling kasut ke arah seorang murid di sebuah sekolah kebangsaan di sini, sehingga mencederakan dahi kanak-kanak tersebut  diarah tukar sekolah serta-merta.
Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS), Datuk Kalsom Khalid berkata, arahan dikeluarkan berkuat kuasa mulai semalam.
Selain itu, katanya, guru berusia lingkungan 50-an itu akan dipanggil bagi membantu siasatan terhadap kes yang berlaku terhadap M Sharmini, 8.
"Pihak kaunselor dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga akan memberi kaunseling kepada guru berkenaan dan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa. Selain itu, surat tunjuk sebab akan dikeluarkan untuk tindakan seterusnya," katanya, semalam.


Read More / Baca Lagi >>

Wei Feng: BAM politicking ruins players' spirit

Posted: 11 Jul 2014 06:32 PM PDT

Ramai 'yes man' di sekeliling menteri

Posted: 11 Jul 2014 06:30 PM PDT

Dr M: PM tak kuat jika tak mampu tolak TPPA

Posted: 11 Jul 2014 06:27 PM PDT


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penggantinya Datuk Seri Najib Razak perlu menunjukkan ketokohan pemimpin yang kuat, seperti menolak Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik.

Beliau berkata demikian secara menyindir, susulan kenyataan Najib bahawa sesebuah negara memerlukan kepemimpinan yang kuat.

"Saya rasa Najib sendiri yang kata kita memerlukan pemimpin yang kuat. Apa kelayakan seorang pemimpin yang kuat?

"Ia adalah kemampuan dan kesanggupan untuk menentang tekanan asing dan mempertahankan kepentingan negara.

"Jika anda tidak berbuat demikian, anda tidak boleh dianggap sebagai pemimpin yang kuat," katanya dalam satu sidang media di Shah Alam.

Read More / Baca Lagi >>

Penduduk Kpg Selamat minta ternakan babi dipindah

Posted: 11 Jul 2014 06:26 PM PDT

Lebih 200 penduduk Kampung Selamat di Tasek Gelugor mengadakan perhimpunan secara aman semalam bagi membantah ternakan babi di kawasan itu dan meminta kerajaan negeri memindahkannya ke kawasan lain.
  
Pengerusi Kariah Masjid Kampung Selamat Ismail Hassan, 49, berkata penduduk kampung itu sudah hilang sabar setelah sekian lama berdepan dengan masalah ladang babi terutama pencemaran bau busuk dan air dari sisa kumbahan ladang itu.
  
Kumpulan berkenaan yang berarak sejauh 100 meter dari Masjid Kampung Selamat ke pekarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Selamat turut menyerahkan memorandum mengenai bantahan itu kepada Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan negeri Dr Afif Bahardin yang turut berada di situ.
  
"Saya mewakili penduduk Kampung Selamat mahu menyuarakan rasa tidak puas hati penduduk pelbagai kaum yang kurang selesa dengan keadaan ini kerana tidak tahan dengan persekitaran ini.
  
"Diharapkan selepas penyerahan memorandum ini, pihak berkenaan terutama kerajaan negeri dapat mengambil tindakan sewajarnya agar kehidupan kami lebih berkualiti," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman itu di Tasek Gelugor hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

McDonald's Malaysia nafi sokong kempen penindasan

Posted: 11 Jul 2014 06:21 PM PDT

McDonald's  
KUALA LUMPUR - McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalurkan hasil jualan, keuntungan atau yuran francais daripada restorannya untuk menyokong sebarang bentuk kempen bersifat politik, keganasan atau penindasan yang berlaku di dunia ini.
"Tiada kebenaran dalam sebarang dakwaan yang menyatakan sebaliknya," menurut kenyataan restoran rantaian makanan segera daripada Amerika Syarikat itu dalam laman webnya www.mcdonalds.com.my.
Kenyataan McDonald's Malaysia itu dibuat berikutan pengamal laman sosial di negara ini mendakwa pengurusan tertinggi syarikat tersebut di Amerika Syarikat didalangi seorang Yahudi bernama Jack Greenberg dan syarikat itu terlibat dalam penyaluran bantuan kewangan kepada pihak Zionis di Israel.
Menurut kenyataan McDonald Malaysia yang mempunyai lebih dari 200 restoran francais di negara ini, Greenberg tidak lagi menjadi Ketua Pegawai Eksekutif  McDonald's Corporation di Amerika Syarikat dan telah meninggalkan organisasi ini lebih 10 tahun lalu.
"Salah satu daripada nilai utama kami ialah kami menjalankan perniagaan secara beretika, dan kami berpegang teguh kepada prinsip ini," menurutnya.
Read More / Baca Lagi >>

Bantu Palestin dengan doa dan derma - Ahmad Fadhli

Posted: 11 Jul 2014 06:17 PM PDT


KOTA BHARU: Lebih 1,000 rakyat Kelantan hadir pada himpunan membantah kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin di Medan Ilmu hari ini.

Sempena itu juga, satu pelancaran tabung kemanusian dilancarkan bagi membantu rakyat negara itu yang sedang berdepan serangan Israel.

Majlis berkenaan dilancarkan selepas kuliah Jumaat sesi kedua yang disampaikan Anggota Parlimen Pasir Mas, Ustaz Nik Abduh Nik Abdul Aziz pagi ini.

Program berkenaan dilancarkan berikutan kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin sejak beberapa hari lalu sehingga mengorbankan hampir 100 umat Islam setakat ini.

Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan, Ustaz Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketenangan dan ketenteraman bulan Ramadan bumi Gaza kini telah dihancurkan oleh tentera yahudi laknatullah.

"Kita tenteram dan aman di sini, dapat menikmati ibadat Ramadan dengan baik, namun pada masa yang sama saudara kita di Gaza dalam kesempitan dan kesengsaraan akibat angkaran Israel dan sekutunya,"ujarnya lagi.

Sambungnya lagi, bom yang dilontar yahudi menjadi juadah berbuka mereka.Read More / Baca Lagi >>

Gaza:Mana negara Islam, antarabangsa?

Posted: 11 Jul 2014 06:16 PM PDT

SEJAK  bumi Palestin dibedil bertali arus setiap minit dalam tempoh 24 jam, ramai bertanya di manakah bantuan dan usaha negara-negara Islam untuk menghentikan kekejaman ini.
Kanak-kanak ini menjadi korban bedilan roket selepas tembakan itu tersasar ke kediamannya di bandar Gaza, awal pagi semalam. - Foto AFP Serangan itu bukan kecil. Kabinet Israel sudah pun membuat rancangan untuk membedil lebih 750 kawasan di wilayah Gaza dengan lebih 800 roket sudah dilancarkan sejak Isnin lalu.

Sehingga semalam, media Barat melaporkan angka korban dicatatkan lebih 100 orang dengan ratusan parah namun angka itu bukanlah digit yang boleh dipercayai selagi tiada pengesahan dari pihak berkuasa Palestin. 

Persoalannya, mengapa Israel melancarkan serangan ketika ini?

Pemerhati politik berpendapat, tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu mengisytiharkan serangan mega ini pasti mempunyai alasan kukuh. Adakah disebabkan negara Islam di Timur Tengah, Eropah dan Asia ketika ini sedang lena atau mereka tidak mampu membantu kerana bimbang ancaman diplomatik?

Negara Timur Tengah

Ketika serangan mula memuncak sejak Selasa lalu, bumi Palestin dikepung Zionis dengan ketat. Serangan roket bagaikan hujan jatuh membedil kediaman dan pejabat kerajaan.

Mesir antara negara disebut untuk menjadi orang tengah menyelesaikan konflik ini. Tetapi apa yang boleh Mesir lakukan kerana negaranya sendiri mengalami pergolakan politik sejak penggulingan Presiden Mohammed Mursi.

Mereka berhadapan perang saudara antara tentera, polis dan gerakan Ikhwanul Muslimin.

Presiden Abdel Fattah Al-Sisi hanya mampu memberi janji kosong untuk sedia membantu tetapi beliau sendiri mengarahkan 19 terowong di sempadan Senai dimusnahkan kelmarin bagi mengelakkan penduduk Palestin menjadi pelarian di negaranya.

Read More / Baca Lagi >>

OIC desak Majlis Keselamatan PBB dakwa Israel

Posted: 11 Jul 2014 06:10 PM PDT

PBB 
JEDDAH - ARAB SAUDI. Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menghentikan segera serangan udara Israel terhadap Gaza yang kini meragut lebih 80 penduduk sejak empat hari lalu.
Setiausaha Agung OIC Iyad Madani berkata, satu jawatankuasa dibentuk untuk meminta Majlis Keselamatan dan masyarakat antarabangsa bersama-sama berkempen menghentikan keganasan ini.

"Jawatankuasa mengarahkan Duta OIC bermesyuarat dengan Majlis Hak Asasi Manusia PBB di Geneva dan membentuk suruhanjaya antarabangsa bagi menyiasat jenayah dan pelanggaran undang-undang antarabangsa dilakukan Israel," katanya dipetik Arab News

Menurutnya, ahli OIC dan menteri-menteri luar mesti menggembleng usaha secepat mungkin untuk menghentikan keganasan ini sebelum meragut lebih banyak nyawa.

"OIC akan menunjukkan bukti undang-undang untuk mengukuhkan dakwaan bahawa Israel adalah kerajaan Aparteid. Kami menghadapi realiti pahit melihat ramai rakyat Palestin menjadi mangsa kekejaman," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Israel takut kena boikot

Posted: 11 Jul 2014 06:06 PM PDT

 Benjamin Netanyahu 
TEL AVIV - Dalam keghairahan membedil ratusan roket ke Gaza, Israel dilaporkan ketakutan susulan peningkatan kempen boikot produk-produk keluaran mereka.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menganggap kempen boikot itu adalah masalah terbesar jika ia benar-benar dilaksanakan.

Susulan ancaman beberapa negara termasuk Britain, beliau adakan mesyuarat Kabinet tergempar untuk cari penyelesaian.

"Jika negara di seluruh dunia setuju memboikot produk Israel maka ekonomi negara itu berada dalam bahaya," petik laporan Jpost.

Februari lalu, ancaman boikot itu disuarakan Menteri Luar Negara Amerika Syarikat (AS), John Kerry ketika menjadi perantaraan rundingan damai Israel dan Palestin.Read More / Baca Lagi >>

Angka korban di Gaza melebihi 100 orang

Posted: 11 Jul 2014 06:05 PM PDT

Sebuah kawasan di tengah Gaza musnah selepas terkena roket. - Foto AFP 
BAITULMAQDIS - PALESTIN. Angka korban serangan udara  Israel ke atas Gaza sudah melebihi 100 orang pada hari ke empat semalam.
Angka tersebut diyakini terus meningkat jika tiada sebarang gencatan senjata dipersetujui selepas Amerika Syarikat (AS) menawarkan diri untuk menjadi orang tengah.

Semalam serangan menyasarkan sekitar lapangan terbang dan beberapa kawasan kediaman dan pejabat kerajaan.

Jurucakap Pihak berkuasa Lapangan Terbang Israel berkata, Lapangan Terbang Ben Gurion terpaksa ditutup sembilan minit kerana ruang angkasa dihujani serangan roket bertali arus.

"Hamas memberi amaran bahawa semua syarikat penerbangan asing diarah menghentikan penerbangan kerana sekitar lapangan terbang tidak selamat susulan serangan berterusan Zionis," katanya dipetik AP

Sementara itu, sebuah roket dilepaskan dari Gaza meletupkan sebuah stesen minyak di selatan Israel menyebabkan letupan kuat dan mencederakan tiga orang,

Read More / Baca Lagi >>