Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


TOK BILAL DAN SEKAMPONG MASUK KERISTIAN ???

Posted: 07 Jul 2014 08:48 PM PDT

 Laporan Jemaah Doktor Rosmadi Nawi 07-07-14
SEJAK 1996 MASJID TIDAK DIAZANKAN LAGI

100% Penduduk Kampung itu telah di murtadkan
KITA ASYIK GADUH PASAL PENGEMIS..SAUDARA KITA LUPAKAN
Kita asyik berpolitik mencari salah musuh politik kita. Tapi nasib umat Islam di pendalaman Sabah kita lupakan. Jika mahu bersedekah, di sinilah tempatnya. Kita gagal pertahankan agama saudara kita kerana kita tidak pedulikan iman, makan minum mereka. Mari kita ikuti kisah Dr Rosmadi yg kini di bulan Ramadhan sedang berdakwah di negeri Sabah.
Doktor Rosmadi Nawi salah seorang Doktor Mata yg byk menghabiskan masa berkorban di jalan Allah dan jemaah Doktor Rosmadi sekarang sdg bergerak selama 40 hari di Sandakan.

Ceritanya, "Menjejaki masjid yg sudah 18 tahun dibiarkan usang di Kg Langkabong, Tongod, Sandakan. Kampung tersebut terletak kira2 setengah jam perjalanan dari masjid daerah Tongod. Bila kami sampai ke kawasan berdekatan lokasi masjid tersebut kami terpaksa meredah semak samun dgn dipandu arah (guide) oleh peniaga Pakistan dan tak terlintas di dlm hutan tersebut ada tinggalan masjid. Setelah meredah semak sejauh kira2 70m dari jalan ternampak samar2 bangunan usang di sebalik semak samun.
"Kami rasa terkedu melihat keadaan masjid tersebut dan naik ke dlm dgn terpaksa meredah serpihan bumbung yg runtuh dan kotoran yg bertimbun di dalam masjid tersebut. Kami bergotong royong membersihkan kotoran di dlm masjid itu. Jemaah kami, Badrul Munir melaungkan azan dgn sayu kemudian kami solah sunnat 2 rakaat di rumah Allah yg telah hampir 20 tahun kesepian. Selepas kami bersihkan masjid tersebut sekadar yg termampu, kami beredar dgn perasaan sedih."

Usaha gigih missionary Kristian yg bertubi2 di Kampung Langkabong sehingga seorang demi seorang telah murtad termasuklah Bilal masjid sendiri. Masjid itu kali terakhir digunakan pada tahun 1996. Mengapa ia berlaku?
Ianya berlaku apabila umat Islam sbg pendokong agama yg haq tidak menjalankan tugas mereka yg sebenarnya sebagai Dae'i Allah sebaliknya agama bathil telah bergerak dan memainkan peranan mereka. Kita alpa mencari salah musuh politik hingga agama lain mengambil kesempatan ke atas kita.

Semoga kita semua jadikan diri kita, seluruh keluarga kita dan seluruh ummat Dae'i...... InsyaAllah...
Coretan Dr. Rosmadi Nawi (Disunting oleh Norman Liverpool )..Jazakallah Maulana Ali.

TULANG BABI DALAM KOLAM IKAN ???

Posted: 07 Jul 2014 11:37 AM PDT

IPOH: Sebuah kolam penternakan ikan patin yang terletak di lokasi Jalan Ipoh - Batu Gajah telah pecah dan menjadi tumpuan warga Ipoh.


Menurut sumber (tidak rasmi), mereka dikejutkan dengan penemuan yang tidak disangka-sangkakan. Terdapat tulang babi dan kepala babi di dalam kolam berkenaan. Segalanya jelas kelihatan bilamana kolam tersebut menjadi kering.
KAMI yakin anda pernah mendengar perihal penternak ikan keli yang memberi makan organ dalaman babi kepada ikan ternakan mereka.

Ia sekaligus menimbulkan kekecohan dan pelbagai pendapat kerana perbuatan itu ternyata bercanggah dengan syariat Islam.

Untuk makluman, memakan haiwan ternakan yang diberi makanan sebahagian besarnya organ dalaman babi atau haiwan lain secara berterusan adalah haram bagi umat Islam dan fatwa mengenai pengharaman itu sudah diwartakan.

Terbaru, seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khirul Adnan Hamid telah berkongsi 'berita panas' mengenai sebuah kolam penternakan ikan patin yang dikatakan mengandungi tulang babi.








Kami sendiri tidak berani untuk mengesahkan kebenarannya, namun kami yakin akan ada pihak berwajib yang akan tampil sedikit masa lagi untuk memberi penjelasan memandangkan perkara ini sudah viral di media sosial.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BAR COUNCIL HIDUNG TERLEBIH MANCUNG, PIPI TERLEBIH SORONG, TIDAK TAHU MALU

Posted: 07 Jul 2014 05:08 PM PDT

BAR COUNCIL MEMANDAI-MANDAI

Minggu lalu, heboh dengan isu cadangan menggantikan Akta Hasutan. 

Rupa-rupanya Bar Council yang mengaku kononnya mereka ditugaskan menyiapkan draf rang undang-undang.  Bar Council sebenarnya tidak pernah pun ditugaskan atau diberi amanah untuk membuat draf undang-undang menggantikan Akta Hasutan ! Mereka sebenarnya syok sendiri, sambil membuatkan rakyat ditipu dan tertipu.

Apa yang berlaku berpunca daripada Bar Council, dia jump the gun, Bar Council hanyalah membuat cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan dan memberikan cadangan itu kepada Nancy Shukri, Menteri di JPM. Itu hanyalah sebagai personel cadangan Bar Council sahaja bukanlah akan diterima ker, akan menjadi rujukan ker, atau ditolak ker, statusnya hanyalah cadangan Bar Council sahaja.

Bar Council pula ego berfikiran cadangan mereka itulah yang akan diterima, telah mempamerkan proposal itu dalam website mereka. Ianya seolah-olah Bar Council sebagai agen. Perbuatan Bar Council itu telah mengelirukan orang ramai termasuklah Raja-Raja.

Sebenarnya, Kerajaan membuka ruang kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memberi pendapat dan cadangan sebelum ianya dibawa lebih jauh lagi ke pringkat dasar dan cadangan. 

Jadi, cadangan-cadangan untuk menggantikan Akta Hasutan belum pergi jauh lagi, baru di peringkat cadangan oleh sesiapa sahaja orang awam termasuklah Bar Council. Jadi, Bar Council janganlah memandai-mandai declare kononnya merekalah satu-satunya badan yang ditugaskan, sorrylah Bar Council, kamu ingat dalam Malaysia kamu saja kah peguam-peguam yang ada, cermin diri dulu, di luar Bar Council lagi ramai peguam-peguam yang berintegriti, profesional dan matang.

Perbuatan Bar Council itu, seolah-olah hendak pressure kerajaan supaya menerima cadangan mereka sahaja. Perbuatan ini menunjukkan Bar Council tidak bertanggjungwab dan telah mengelirukan org awam dan tidak tahu memberi buah pikiran cara yang betul kepada kerajaan.

Bar Council nama saja pengamal undang-undang tetapi hakikatnya tidak intelegent dan tidak tahu cara bekerja atau berurusan dengan badan pentadbbiran negara. Dia seolah-olah berurusan dengan kedai kopi. 

Pendekatan Bar Council itu seolah-olah memberi gambaran in the new future seolah-olah kerajaan tidak boleh menerima idea-idea daripada badan seperti ini kerana ketidakmatangan mereka sendiri.

Komen seorang lawyer, "ama saja Bar Council dan ada kelayakan undang-undang, tetapi you are not indicate you ada pelajaran sebagai lawyer, you tidak tahu handle situasi ini, you buta-tuli sokong pembankang, yang kerajaaan buat perkara baik you tak terima, kerana memang Bar Council bulat-bulat ternyata menyokong pembangkang"

Mari kita baca semula komen Tun Abdul Hamid Mohamad, mantan Ketua Hakim Negara yang menusuk jiwa Bar Council itu :-

"Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanahair."

"Terus terang saya katakan bahawa Majlis Peguam menyebelahi dan menyokong Pakatan Rakyat, terutama sekali DAP dan Keadilan. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta untuk menyokong kenyataan ini".

"Walau bagaimana pun saya akan cerita satu peristiwa yang berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara".

"Selepas PRU12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunannya. Untuk menjaga hubungan baik di antara Badan Kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang".

"Antara lain, Dato Ambiga, Presiden Majlis Peguam berkata:-


"Akhirnya pengundi-pengundi telah matang".
 (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan Keadilan?) Encik Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang itu, menulis sebuah puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihanraya atas tiket DAP dan Keadilan.

"Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan mereka sebagai "Our heroes". Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat!"


"Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar juga. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu: Orang Melayu terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)"

Pemimpin DAP Diserang Wabak Gila Babi JE?

Posted: 07 Jul 2014 02:27 AM PDT

Gila tak kempen ni?


Kalau zaman dulu Tun Mahathir boikot barangan Inggeris dengan kempen "Buy British Last", kini DAP berkempen supaya boikot barangan tempatan?


Anehnya puak-puak ini menggunakan 'dalil' alam sekitar untuk menghalalkan perjuangan.


Jika alam sekitar menjadi keutamaan, kenapa isu wabak J.E di Pulau Pinang langsung disenyapkan oleh pemimpin DAP? Adakah kerana yang menjadi mangsa itu anak Melayu?


Diharapkan gambar kempen boikot Petronas oleh DAP perlu kita sebarkan supaya rakyat tahu betapa rasisnya mereka.

'KALAU AKU KAYA'...SKIM YSLM NI SAH & HALAL KE?

Posted: 06 Jul 2014 11:30 PM PDT


PETALING JAYA: Mengapa seorang ahli perniagaan yang 'berjaya' dari sebuah pasaran yang besar dan luas seperti China datang ke pasaran yang kecil seperti Malaysia?

Kedutaan China di sini berkata syarikat milik ahli perniagaan itu telah diharamkan di China dan pengasas berusia 26 tahun itu pernah ditahan oleh pihak polis di sana sebanyak lima kali.

Lelaki itu kini telah memindahkan operasinya ke sini, dan wajahnya terpampang di papan iklan gergasi mempromosikan skim cepat kaya yang dibawanya.


Iklan syarikat terbabit di internet memberitahu orang ramai bahawa mereka boleh mendapatkan jumlah wang banyak dan memandu kereta mewah tanpa perlu bekerja.

Ia juga menunjukkan bahawa ramai jutawan telah dilahirkan di seluruh dunia.

Dengan hanya melabur sebanyak RM300, pelabur dijamin dengan pendapatan antara RM2,700 dan RM6,800 sebulan.

Sumber polis percaya mungkin ada unsur-unsur jenayah dalam skim itu, yang jatuh di bawah bidang kuasa Bank Negara.

Satu pemeriksaan ke atas beberapa laman web di China menunjukkan bahawa pengguna laman sosial di negara itu telah mencatatkan petikan rencana mengenai 10 kes sistem pemasaran pelbagai peringkat (MLM) dari laman web Biro Keselamatan Awam dan Pentadbiran Negeri bagi Industri dan Perdagangan China, memetik bahawa pengendali laman web Yun Shu Mao telah mengerah pembayaran yuran daripada peserta baharu (downliners) yang dikatakan akan menerima ganjaran yang besar sebagai balasan.

Artikel ini melaporkan bahawa pihak berkuasa di China berkata skim itu telah berkembang di 28 wilayah yang melibatkan 190,000 orang dan pada Ogos tahun lalu, polis di lapan wilayah telah menahan 33 orang yang terlibat dalam skim ini.


Undang-undang di China melarang mana-mana individu atau syarikat daripada menjalankan pemasaran melalui sistem MLM atau piramid.

Pengguna lain juga mendakwa bahawa pengasas Yun Shu Mao menukar namanya kepada Zhang Jian apabila melarikan diri ke Malaysia.

Satu portal berita dalam talian telah memetik Gabungan Sukarelawan 1Malaysia (GS1M) Datuk Ng Bong Ching sebagai berkata terdapat laporan polis yang dibuat terhadap skim ini.

Katanya, beliau telah membuat pemeriksaan laporan itu dengan kedutaan China.

Portal berita dalam talian juga melaporkan bahawa pada bulan Januari tahun ini, penipuan melalui skim cepat kaya yang dikendalikan oleh lelaki warganegara China itu juga telah memperlihatkan kira-kira 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Mangsa tertarik dengan skim ini kerana ia menjanjikan kereta-kereta mewah dan wang tunai dalam tempoh yang singkat.

Menurut iklan yang diletakkan oleh syarikat itu, ahli perlu membayar RM300 untuk mendaftar.

Untuk setiap ahli yang direkrut, dia akan membayar RM50 untuk setiap seorang sehingga tahap keenam.

Apabila melepasi tahap keenam, seseorang ahli perlu menambah yuran keahlian dengan jumlah maksimum RM30,000 untuk terus menikmati faedah.

Ahli-ahli juga dijanjikan pulangan saham melalui e-saham dan barangan mewah, termasuk kereta BMW melalui cabutan bertuah apabila mereka mencapai tahap tertentu dalam pengambilan.

Sementara itu, klip video 15 minit di YouTube menunjukkan ahli perniagaan itu memberitahu penemuramah bahawa Malaysia dipilih kerana penduduknya yang terdiri pelbagai bangsa dan bahasa.

Katanya, dia akan menjalankan model perniagaannya melalui skim MLM, sambil menambah bahawa 10 peratus lelaki terkaya di China mendapat kekayaan secara dalam talian.

"Tahun lepas, kami mengambil masa hanya sembilan bulan untuk mendapatkan seramai 30 juta ahli. Tahun ini, kami telah memecahkan rekod, dengan angka mencecah 100 juta. Tidak kira apa jenis perniagaan yang anda ceburi, anda memerlukan orang ramai. Tanpa orang ramai, bagaimana anda akan mahu membuat pengendalian dan memperoleh pendapatan?," katanya dalam temu bual itu yang dikeluarkan pada 19 Mac tahun ini.

Duta Besar China ke Malaysia; Huang Hui Kang sebelum ini berkata bahawa kedutaan China sentiasa mengikuti perkembangan kontroversi yang timbul daripada apa yang dikenali sebagai skim cepat kaya ini.

Beliau mengingatkan pelabur-pelabur di Malaysia supaya bijak dan memahami dahulu sebarang rancangan sebelum menyertai sesebuah skim pelaburan.

Kwong Wah Yit Poh melaporkan bahawa Jabatan Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Selangor telah mula menyiasat Yun Shu Mao di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 lima bulan lalu.

http://penembak-tepat.blogspot.com/2014/07/jangan-terpedaya-papan-tanda-gergasi.html
http://peraktoday.com.my/?p=194301

Komen aku lah...

Betul ke skim cepat kaya ni?

Kenapa mudah sangat kita terpengaruh nak kaya?

Apakah ada jaminan skim ini halal dari segi undang-undang negara dan juga hukum syariah?

Ada skim ASB, ASN, ASM, FGV dan saham-saham lain ada yang kata haram...tapi skim cepat kaya yang tak tahu hujung pangkal dari negara luar dipercayai pula?

Dah la tu habis segala gambar Menteri dan VIP dijaja untuk melariskan skim ini.

Ntah-ntah inilah cara nak bersihkan duit-duit haram (money laundering)

Wahai Bank Negara, Suruhanjaya Securiti, KPDNKK, Polis dan JAKIM tolong siasat !

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pusat judi, pelacuran dan makna 'kebersihan' bagi Kuala Lumpur?

Posted: 07 Jul 2014 08:45 AM PDT


Kuala Lumpur akan bersih apabila dikuatkuasakan larangan terhadap orang perseorangan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memberi makanan percuma kepada warga gelandangan Kuala Lumpur. Itulah yang saya faham daripada kenyataan awal Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansur apabila mahu 'menangkap' orang yang memberi makanan dan warga gelandangan yang menerima makanan percuma. Kenyataan-kenyataan yang berikutnya agak lembut selepas banyak pihak melihat tindakan ini agak tidak wajar.

Siapa warga gelandangan? Warga gelandangan tidak semestinya pengemis atau pesakit mental tetapi juga warga kota yang tidak mampu memiliki premis untuk berlindung. Banyak dalam kalangan warga gelandangan ini mempunyai pekerjaan tetapi tidak mampu untuk menyewa waima sebuah bilik kecil di Kuala Lumpur. Mereka inilah yang tidur di bawah jambatan dan di kaki lima bangunan sementara menunggu siang. Sebungkus nasi besar ertinya bagi mereka dan hanya yang berjiwa marhaen sahaja yang tahu nilai sebungkus nasi kepada warga gelandangan.

Saya mengakui ada sesetengah warga gelandangan yang membuang sisa makanan di merata-rata tempat, tidur di tempat awam hingga mengganggu lalu lalang. Tetapi ini tidak cukup untuk saya bersetuju bahawa hanya mereka sahaja yang mengotorkan Kuala Lumpur. Saya percaya ada lain yang lebih mengotorkan, bukan sahaja kepada imej Kuala Lumpur tetapi memberikan kesan jiwa yang buruk kepada masyarakat.


Tetapi kalau ada pihak boleh meyakinkan saya bahawa melarang memberi makanan percuma kepada warga gelandangan boleh membersihkan Kuala Lumpur, walaupun tidak sampai hati, tetapi saya akan menyokong. Bagaimanapun kita kena faham juga apakah makna 'kebersihan' kepada Kuala Lumpur dalam konteks yang lebih luas. Bagi saya Kuala Lumpur yang bersih ialah Kuala Lumpur yang bebas pusat pelacuran, pusat judi dan pusat-pusat hiburan yang bertentangan dengan Kuala Lumpur sebagai bandar raya berimej Islam.

Minggu lalu akhbar Mingguan Malaysia membuat pendedahan eksklusif bahawa di Kuala Lumpur sahaja dianggarkan terdapat lebih 2,000 pusat judi yang transaksinya tidak kurang RM40 juta sehari. Ini belum lagi berselerak pusat pelacuran yang seolah-olah diberi permit untuk menjalankan operasi tanpa merasa takut dan bimbang. Lebih teruk lagi ada kes di mana serbuan dan rampasan mesin judi dibuat pukul 2 pagi, tetapi pukul 4 pagi boleh beroperasi semula.

Sebenarnya semua ini lebih mengotorkan imej Kuala Lumpur malah menjadi satu tempat pencambahan penyakit sosial yang memberikan kesan yang sangat buruk kepada masyarakat. Kuala Lumpur ada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang sepatutnya membersihkan segala kekotoran ini. Saya begitu terkejut apabila di Kuala Lumpur ada lebih 2,000 pusat judi kerana sebagaimana banyak orang tahu DBKL sangat tegas. Ini diperlihatkan dengan operasi mengangkut gerai-gerai haram dengan lori DBKL.

Merampas gerai haram untuk membersihkan Kuala Lumpur. Itu bagus. Tetapi janganlah gerai haram sahaja - yang menjadi punca rezeki pemilik untuk membesarkan dan sekolahkan anak-anak. Pusat-pusat judi kena ambil tindakan juga. Kalau gerai haram mencacatkan pandangan, pusat judi dan pusat pelacuran mencacatkan jiwa warga Kuala Lumpur. Ini lebih teruk.

Penyanggak-penyanggak dari Pakatan Haram mengambil kesempatan dari isu gelandangan. Sebelum ini mereka langsung tidak pedulikan nasib para gelandangan di sekitar Kuala Lumpur! Mengapa sekarang?

Mengenakan peraturan itu dan ini kepada warga gelandangan termasuk melarang diberi makan percuma hanya pendekatan mudah supaya Kuala Lumpur kelihatan bersih. Tetapi kebersihan itu hanya luaran. Tidak bersihlah kalau luar nampak bersih tetapi di dalamnya penuh dengan kekotoran sosial.

Hasrat membersihkan Kuala Lumpur memang baik dan perlu disokong. Tetapi biarlah agenda pembersihan diperluaskan kepada semua pihak yang mengotorkan Kuala Lumpur. Melarang memberi makanan percuma kepada warga gelandangan tidak cukup untuk membersihkan Kuala Lumpur kalau kekotoran yang terlindung dari pandangan mata tidak dibersihkan.

Seorang kawan saya pernah mengamuk apabila gerai burgernya 'diangkut' naik lori. Tetapi saya mewaraskan dengan berkata bahawa dia berniaga secara haram. Ini tidak adil kepada orang lain yang membayar lesen untuk berniaga. Kawan saya akhirnya insaf dan menerima hakikat bahawa tindakan DBKL adalah betul. Tetapi apabila berselerak pusat judi seperti yang didedahkan Mingguan Malaysia Ahad lalu, saya sudah tidak ada hujah untuk mempertahankan DBKL kalau kawan saya menyoal balas tindakan saya menyalahkan dia dahulu. Saya pasti tidak ada hujah untuk menangkis tohmahan bahawa DBKL hanya menangkap bilis dan melepaskan jerung.


Mengambil semangat Tengku Adnan yang bertujuan baik untuk membersihkan Kuala Lumpur, apa kata kalau tindakan tegas dalam isu warga gelandangan diperluaskan kepada pusat judi dan pusat pelacuran. Ini Kuala Lumpur bukan Bangkok yang ada Pat Pong. Tetapi biasalah warga gelandangan ini tidak ada kuasa politik dan kuasa wang, mereka tidak berdaya untuk membantah malah sentiasa menurut perintah. Tetapi pusat judi dan pusat pelacuran ada kuasa wang. Kuasa ini boleh membuatkan undang-undang tidak dapat dilaksana, sistem akan menjadi tergendala, masyarakat menjadi mangsa.-UMO

Suara Politik
Belantan

Nampaknya "Langkah Kajang" gugat teruk perpaduan PKR?

Posted: 07 Jul 2014 01:25 AM PDT

Zuraida kata Rafizi masih penting buat PKR

Tindak tanduk Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang dikatakan dalang mencipta 'Langkah Kajang' dikritik hebat dari dalam dan luar partinya sendiri.

Ini sehinggakan ada yang mendesak dia meletak jawatan sahaja kerana tindakannya itu merosakkan sehingga membawa kepincangan kepada perpaduan ahli dalam parti itu.

Paling ketara impak dari `Langkah Kajang' ini membawa kepada kritikan terbuka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam terhadap Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dipercayai cuba dinaikkan oleh Rafizi di peringkat awal dalam strateginya untuk menggantikan Abdul Khalid.

Selepas masuk tujuh bulan strategi itu digerakkan dengan dikatakan RM1.6 juta wang pembayar cukai dibelanjakan menerusi pilihan raya kecil Kajang, Abdul Khalid nampaknya masih kekal. Malahan teguh pula di kedudukannya.

Ramai melihat 'Langkah Kajang' bukan sahaja gagal tetapi membawa perpecahan dalam PKR semata-mata demi memenuhi nafsu politik Rafizi.

Beliau memang sedar Abdul Khalid memiliki rekod cemerlang mentadbir negeri, justeru sukar untuk merealisasikan idea yang sudah nampak tembelangnya di peringkat awal lagi.

Anwar yang dicanangkan untuk merencanakan 'Langkah Kajang' berdepan dengan hukuman penjara sementara Presiden PKR sendiri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail tidak menunjukkan sebarang minat untuk tampil lebih jauh - cuma terhenti setakat ADUN Kajang sahaja.

Dalam komennya kepada sebuah portal propembangkang baru-baru ini, Rafizi nampaknya tidak mahu mengalah apabila diberitahu `Langkah Kajang'nya' sudah gagal.

"Walaupun orang kata Langkah Kajang gagal kerana (Abdul) Khalid masih di sana, ia memenuhi tujuannya, iaitu untuk membentuk pilihan lain (menggantikan beliau).

"Sekarang, saya fikir orang semakin ramai mempertikaikan (Abdul) Khalid berbanding sebelum ini dan melihat Langkah Kajang satu keperluan. Jadi saya fikir (Abdul) Khalid perlu memahami sentimen orang ramai ini."

Namun, ketegasan Abdul Khalid begitu jelas semalam apabila menempelak Anwar.

Tetapi apa yang terang lagi bersuluh, anggota akar umbi PKR semakin kecewa dengan perkembangan yang berlaku hasil `Langkah Kajang' yang tercetus.

Sepatutnya, kata mereka, parti fokus kepada usaha menawan Putrajaya. Dan bukannya sibuk berebut jawatan.

Rafizi oh! Rafizi.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:14 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Cara DAP serang Muhyiddin bukti Kit Siang tidak boleh lagi sangkal pencetus Mei 13 1969

Posted: 07 Jul 2014 09:39 PM PDT


Pada Mei 8hb baru-baru ini, telah diadakan satu wacana ilmiah di MPP Zon 6 Seksyen 17 Shah Alam berjodol Mei 13: Rekonstruksi Sejarah dan Pembinaan Malaysia pasca rasisme. Panelist terdiri dari Lim Kit Siang, Subky Latif, Mujahid Yusof Rawa dan dihadiri oleh Tony Pua.

Ini adalah suatu usaha untuk mengubah persepsi rasis terhadap DAP dikalangan orang Melayu dan membalikkkan tuduhan rasis kepada UMNO khususnya.


Dalam majlis yang dihadiri oleh Melayu 88% , Lim Kit Siang terus dengan penafian sejarah mengatakan dia tidak tahu apa berlaku kerana tiada siasatan bebas dibuat dan tiada reconcilation commisioner dtubuh.


Beliau menafikan adalah pencetus 13 Mei kerana semasa kejadian beliau berada di Kota Kinabalu kononnya.


Dalam lakunan yang amat hebat untuk dicalunkan Oscar Academy award, beliau menitikberatkan perlunya hargai keamanan dalam masyarakay majmuk dan jaga sensitiviti dalam hujah agar tidak tidak menyakitkan hati orang lain.

Beliau turut berkata kononnya Perkara 152 dan 153 Perlembagaan mengenai hak keistimewaan orang Melayu, kedudukan raja melayu, kewarnegaraan dll tidak boleh dipertikai dan boleh jadi hasutan.

Sekali lagi memberi alasan, dia kata DAP tidak menyertai National Consultative Council pada ketika itu kerana beliau dpenjarakan. Dia dakwa Tun Dr Mahathir mesti tahu bahawa PM dan Menteri KDN  tahu apa yang sebenar berlaku. 



Kit SIang menyuarakan seolah-olah khuatir dengan keadaan sekarang dan menyatakan BN sudah hilang arah dalam pembentukan negara dan PR perlu ambil peranan ini.

Pihak PAS pula hanya melelongkan agenda kepelbagaian ugama atau pluralisma ugama yang sesat dan menghentam UMNO mengenai kejadian Mei 13, padahal mereka amat peka dengan keadaan dan bersama dengan UMNO ketika itu.



Namun begitu reaksi Kit Siang terhadap kenyataan peringatan Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menunjukkan apa yang diperkatakan.



Beliau membakar sentimen rasis kepada peringatan Muhyiddin yang serupa dengan peringatannya ketika dalam wacana tersebut. Ini tidak lain dan tidak bukan hanya untuk memberi signal pada rakan mereka untuk menyerang dengan ganas.

Si anak dan pembodek pun turut membakar semangat.



Padahal...


Jika sebelum ini RSN Rayer membakar perkauman dengan kenyataan UMNO celaka, tanggungjawab untuk sambut lagi untuk membakar perkauman diiambil oleh Prof Ramasamy.


1. P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai, Pulau Pinang selaku Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang telah mencabar Tan Sri Muhyiddin Yassin serta semua orang Melayu untuk "membawa dan ulangi semula 13 Mei". P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai seakan sengaja membangkitkan isu ini dibulan Ramadhan sewaktu orang Melayu berpuasa.

2. P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai mengeluarkan kenyataan ini kerana tidak tahan dengan amaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan: "Insiden pergaduhan mungkin boleh berulang sekiranya perpaduan antara kaum tidak dijaga. Rakyat Malaysia secara umumnya tidak mahu melihat berulangnya maut pertempuran antara etnik" -kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3. Akan tetapi P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai tidak mempedulikan nasihat dan amaran itu lalu terus mengeluarkan kenyataan secara terbuka:


4. "MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu (Muhyiddin) bersama semua orang Melayu di Malaysia mahu kembalikan insiden 13 mei, bawalah ia sekarang kepada DAP, kesemua kaum cina juga tidak takut. Jangan cakap sahaja tetapi tidak berani berperang. Setiap masa cakap pasal 13 Mei,13 Mei,13 Mei. Marilah cetuskan 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei maka ini merupakan kali pertama kerajaan memulakan 13 Mei. Anda fikir apa? Anda fikir DAP takut ah?" -kata P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai merangkap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang memberitahu sidang media hari ini.

5. Akan tetapi Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini tidak pernah menyatakan secara jelas dan spesifik bahawa ianya adalah tarikh 13 Mei. Ini ada petikan kata kata Tan Sri Muhyiddin Yassin:

6. "Oleh kerana itu, terdapat semua jenis andaian ketika hubungan etnik menjadi tegang dan tidak sihat. Ini boleh menyebabkan kejadian itu dan saya tidak mahu menyebut tarikh tertentu, " -kata Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini.

7. Tan Sri Muhyiddin Yassin bagaimanapun tidak menyebut secara spesifik tarikh 13 Mei sebelum ini dan ianya hanya perumpamaan yang dikeluarkan, tetapi P. Ramasamy DAP hasil pilihan Melayu Perai telah bertindak terus menyahut serta mencabar seluruh orang Melayu untuk ulangi 13 Mei 1969.



Semua orang Melayu yang baca ni harus CLICK SHARE supaya sebaran dibuat dan dapat berjaga jaga dalam masa terdekat. CLICK SHARE supaya sanak saudara kita di Pulau Pinang tahu akan hal ini dan mereka juga turut boleh bersedia. Sememangnya masa semakin hampir, setiap hari kita diprovok dan ditekan. Telah lama kita bersabar.


Sumber Bukti Cerita 1:
http://www.rakyatnews.my/index.php/20140707199452/politik/p-ramasamy-tidak-takut-13-mei-berulang

Sumber Bukti Cerita 2:
http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/after-muhyiddins-may-13-caution-penang-dcm-says-bring-it


Lain-lain:

13 MEI : KIT SIANG FOBIA TAKUT @ MEMANG BANGANG TAK FAHAM NASIHAT MUHYIDDIN
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2014/07/13-mei-kit-siang-fobia-takut-memang.html?m=1

DAP DAH MULA PROVOKASI HASUTAN , TAK TAKUT 13 MEI JIKA BERULANG !!
http://sejarahmelayu.blogspot.com/2014/07/dap-dah-mula-provokasi-hasutan-tak.html?m=1

http://buletinsengal.blogspot.com/2014/07/timbalan-ketua-menteri-ii-pulau-pinang.html?m=1

http://theflyingkick.blogspot.com/2014/07/pramasamy-cabar-muhyiddin-supaya.html?m=1

Dari Sematan Ke Lawas: DAP Sarawak Isytihar PERANG DAP Penang Jika 13 Mei Berulang?!
http://www.sematankelawas.com/2014/07/dap-sarawak-isytihar-perang-dap-penang.html?m=1

Rupa cina DAP ngaku diri pukimak, anak beranak

Posted: 07 Jul 2014 05:30 PM PDT



Memang cina DAP sebab perkataan pukimak tu pun dikatakan blog DSKL sebagai diasaskan oleh DAP. Baca SINI

Padan situ kalah... Mudah sekali Pemuda UMNO Kluang di otek-otek PR

Posted: 07 Jul 2014 03:00 AM PDT



Selepas insiden wakil rakyat daripada Pakatan Rakyat dihalang mengedar kurma di Bazar
Ramadan Bandar Kluang baru-baru ini, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kluang menjemput
kedua-dua wakil rakyat ini untuk hadir ke bazar.

DAP membawa kurma dan Pemuda UMNO dengan bubur lambuk.

Ketua Pemuda UMNO Kluang, Dato Khairul Anuar Beliau mengakui bazar Ramadhan adalah tempat awam seperti mana pasar awam dan pasar tani, tiada sesiapa yang sepatutnya dihalang untuk datang ke bazar.


Peristiwa menghalang dituduh PAS terhadap Pemuda UMNO:

Assalamu'alaikum dan salam perjuangan,

1. Tiba-tiba Kluang menjadi 'panas' apabila Ahli Parlimen Kluang dan Adun Mengkibol telah dihalang oleh petugas Bazar Ramadhan di bandar Kluang untuk meneruskan pengedaran kurma kepada pengunjung bazar tersebut.

2. Tahun lalu, program mengedar kurma untuk berbuka puasa telah pun dijalankan oleh kami daripada Pusat Komuniti Pakatan Rakyat Kluang (KCC) dan telah pun membuat edaran di tempat yang sama dan beberapa bazar yang lain seperti di Taman Intan dan Taman Makmur dan penerimaan masyarakat sangat baik dan mendapat sambutan yang luar biasa (rujuk gambar lampiran).

3. Bazar Ramadhan di bandar Kluang pada tahun lalu dikendalikan sepenuhnya oleh Majls Perbandaran Kluang (MPK) dan berbeza dengan tahun-tahun terdahulu di mana ianya dikendalikan oleh UMNO Bahagian Kluang.

4. Tahun ini, bazar Ramadhan di bandar Kluang telah diserahkan kepada satu pertubuhan yang berkaitan dengan UMNO yang mana ia diperakui oleh Timbalan Ketua Umno Bahagian Kluang, Md Nor Halim Mohd Amin. Sebelum daripada ini, isu mengenai bazar Ramadhan telah disiarkan di dalam Sinar Harian tentang kos sewaan gerai yang meningkat mendadak.
http://www.sinarharian.com.my/pertikai-agihan-tapak-1.293506


5. Kerana apa bazar ini diserahkan kepada UMNO dan bukan lagi dikendalikan oleh MPK seperti tahun lalu tidak dapat dipastikan setakat ini sebabnya namun yang pastinya, keadaan adalah amat berbeza pada tahun lalu apabila tidak ada apa-apa halangan untuk kedua-dua wakil rakyat ini untuk turun bertemu masyarakat Kluang yang mengungjungi bazar Ramadhan.

6. Saya melahirkan rasa kesal dengan insiden yang berlalu di bazar Ramadhan ini kerana ia memperlihatkan ketidakmatangan pihak penganjur yang tidak memberikan ruang kepada wakil rakyat yang dipilih oleh rakyat untuk mengedarkan kurma kepada pengunjung bazar. Jika wakil rakyat dilayan dengan sebegitu rupa, bagaimana pula mereka melayan rakyat biasa?

7. Apapun, kami akan teruskan aktiviti mengedarkan kurma ini dan tidak bimbang dengan apa jua ancaman yang dikenakan kepada kami dan para petugas daripada KCC.

Sekian, wassalam.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil.
Yang Di Pertua PAS Kawasan Kluang.
3 Julai 2014


Ketua Pemuda UMNO Kluang menjawab:

ISU BAZAR RAMADHAN KLUANG

Bazar Ramadhan Kluang (BRK) adalah d bawah kelolaan Majlis Perbandaran Kluang (MPK). Pemuda UMNO Kluang BUKAN urusetia dan TIDAK terlibat dalam soal keselamatan BRK.

Kami dengan TEGAS mahu memaklumkan bahawa segala tindakan atau perlakuan petugas BRK TIDAK menggambarkan akhlak Pemuda UMNO Kluang, sebaliknya ia adalah d atas kapasiti induvidu.


Secara dasarnya, Pemuda UMNO Kluang KOMITED memperjuangkan isu berkaitan agama, bangsa dan negara (bukan hanya dalam isu bazar) serta menghargai sebarang usaha untuk keharmonian rakyat khususnya d bulan Ramadhan yang mulia ini.

Kami menyeru semua pihak untuk mempamerkan AKHLAK ISLAMIYAH dalam urusan kita sesama manusia tanpa mengira perbezaan agama, bangsa mahupun ideologi politik.

'Salam Ramadhan'

Ketua,
Pergerakan Pemuda UMNO,
Bahagian Kluang,
Johor Darul Ta'zim.

Hmmm .... senang sekali di otek-otek pembangkang. Masing-masing buatlah program sendiri.

Nak salahkan UMNO juga ke?

Posted: 07 Jul 2014 01:00 AM PDT


Cukai pintu: Hipokrasi PAS

Posted: 06 Jul 2014 11:00 PM PDT


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dapur jalanan turun seperti biasa, pegawai DBKL tidak kelihatan

Posted: 07 Jul 2014 08:48 PM PDT


Walaupun diancam akan dikenakan tindakan saman Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dapur jalanan tetap berdegil dan terus memberi makanan kepada gelandangan di pusat bandar raya.
Pegawai penguatkuasa DBKL tidak kelihatan di mana-mana lokasi pengagihan makanan pada malam tadi.
Ahli pengasas Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia (Pertiwi) dapur jalanan, Munirah Abdul Hamid berkata pegawai DBKL tidak hadir ketika mereka mengadakan rondaan mengedar makanan di Jalan Tuanku Abdul Rahman atau Kotaraya.
"Biar mereka datang. Kita tidak berhenti," kata Munirah ketika ditemui malam tadi.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dikritik teruk selepas beliau melarang aktiviti memberi makanan kepada gelandangan dalam lingkungan radius 2km dari pusat beli-belah Lot 10 di kawasan Bukit Bintang.
Minggu lalu, beliau memberi amaran DBKL akan menyaman mereka yang terus memberi makanan kepada gelandangan.
Beliau mendakwa dapur jalanan bertanggungjawab menggalakkan kemalasan di kalangan gelandangan selain kegiatan membuang sampah di jalanan, menarik haiwan pembawa penyaking seperti kencing tikus (Leptospirosis).
Munirah berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kementerian berkenaan untuk berbincang mengenai isu gelandangan dan pengemis di ibu kota.
Bagaimanapun, katanya, pada awalnya beliau tidak dijemput menyertai mesyuarat itu, dan terpaksa meminta seorang pegawai dalam kementerian untuk membolehkan beliau hadir.
"Kita akan selesaikan perkara ini dengan cara orang dewasa dan dalam keadaan paling bersopan santun. Ada penyelesaian kepada masalah gelandangan dan kita pernah beri idea sebelum ini, sesuatu yang kita akan beritahu mereka sekali lagi dalam mesyuarat hari ini," katanya.
Bagaimanapun, Ops Qaseh yang masih dijalankan oleh Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat untuk mengumpul golongan tidak berumah dan pengemis di seluruh negara menakutkan ramai gelandangan.
Adrian Lim, yang menjadi sukarelawan di dapur jalanan Pertiwi sekali dalam seminggu berkata, jumlah gelandangan yang datang merosot sejak amaran menteri Wilayah Persekutuan itu.
Beliau berkata, jumlah gelandangan biasanya kurang ketika Ramadan, tetapi susulan khabar angor dapur jalanan Pertiwi menghentikan operasi, dan bimbang DBKL mengadakan serbuan seperti Ops Qaseh, ramai yang takut untuk datang ke lokasi agihan makanan.
"Biasanya kita ada kira-kira 700 orang untuk diberi makanan, tetapi hari ini jumlahnya berkurangan separuh daripada biasa," katanya.
Lim berkata, gelandangan bukan golongan yang jahil dan mereka pasti sudah tahu kerajaan berhasrat untuk mengumpulkan mereka.
"Saya pasti ada antara mereka sudah bersembunyi," katanya.
Katanya, dua minggu lalu, pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat ada singgah untuk memantau dan mengambil gambar operasi Pertiwi dan ada antaranya bercakap dengan gelandangan.
"Mereka perhatikan kita dari jauh, tetapi bila diajak menyertai kami, mereka menolak. Anda boleh dengar gelandangan itu merungut dan bertanya kepada kami mengenai langkah pelik pegawai berkenaan, yang pasti mereka tidak percaya pihak berkuasa," kata Lim.
Semalam, Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim berkata pelancong turut mengambil kesempatan mengambil makanan percuma yang diedarkan dapur jalanan.
Lim berkata, Rohani mungkin menerima maklumat yang salah.
Katanya, mereka yang memerlukan makanan hangat kebanyakannya warga tempatan, kebanyakan lelaki berusia 50 tahun ke atas. – 8 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dapur-jalanan-langgar-perintah-pegawai-dbkl-tidak-kelihatan#sthash.JmRunaCq.dpuf

Sekumpulan Lelaki Bertopeng Cuba Culik Pemilik Sangkar Ikan Di Semporna

Posted: 07 Jul 2014 05:57 AM PDT


Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 4:49 PM

Kampung Bangau-Bangau, tempat sekumpulan penculik mendarat untuk menculik pasangan berbangsa Cina dari Kelantan yang mengusahakan sangkar ternakan ikan.

SEMPORNA: Polis sedang giat memburu tujuh lelaki mengunakan topeng di Semporna selepas satu laporan mengesahkan mereka dikesan berada di sebuah sangkar ternakan ikan kira-kira 200 meter dari Kampung Bangau-Bangau.
Seorang pekerja dari sangkar ternakan ikan Ah Chai itu memaklumkan kepada polis bahawa sekumpulan lelaki itu mencari pemiliknya, pasangan berbangsa Cina dari Kelantan pada tengah malam Isnin.
Namun, pasangan itu tidak tinggal di dalam sangkar ternakan ikan itu kerana mereka telah berpindah ke Semporna berikutan kes penculikan yang semakin menjadi-jadi di kawasan tersebut.

Menurut sumber, lelaki bertopeng itu membawa senjata rifle semi-automatik selain pistol tiba di sangkar ternakan ikan itu menggunakan bot laju berwarna biru untuk mencari pasangan tersebut.
Kelima-lima mereka memasuki kawasan ternakan ikan itu manakala dua lagi menunggu di dalam bot laju.
Lelaki tersebut mengacukan pistol ke arah seorang pekerja apabila bertanya mengenai pasangan tersebut, kata sumber.

Pekerja tersebut memberitahu polis bahawa salah seorang lelaki bersenjata itu mahir bertutur dalam Bahasa Melayu tetapi mengubah percakapannya ke dialek Suluk selepas mereka mendapati dia juga dari kaum Suluk.

Lelaki bersenjata itu pergi ke masuk ke dalam rumah pekerja terbabit dan melarikan sebuah televisyen bersama 'dua beg' selepas mendapati pasangan tersebut tidak berada di sana, kata sumber.

Ketua Polis Semporna, Superintendan Mazlan Lazim berkata, polis sedang menyiasat kes itu dan mempergiatkan usaha memburu sekumpulan lelaki tersebut.

"Kami bekerjasama dengan polis marin, tentera dan beberapa lagi agensi lain dibawah  Kawasan Khas Pantai Timur Sabah  (Esscom) dalam operasi memburu mereka," katanya.

Mazlan berkata, mereka sedang menumpukan pencarian di sekitar Kampung Bangau-Bangau, Pulau Mataking dan kawasan berdekatan.
"Beberapa keterangan turut direkodkan dari saksi bagi membantu siasatan," katanya - mStar

Pemuda PAS sahur dengan gelandangan

Posted: 07 Jul 2014 04:15 AM PDT

Pemuda PAS Malaysia (PPM) meluangkan masa mengedarkan dan bersahur bersama gelandangan dan musafir di sekitar stesen bas Pudu Sentral demi menyelami realiti dan keperitan kehidupan kumpulan itu di ibu kota.

Ketua Pemudanya Suhaizan Kaiat bersama timbalannya Khalid Abdul Hadi dan beberapa exconya mengagihkan 100 bungkus nasi dan minuman kepada kumpulan tersebut di sekitar stesen bas itu kira-kira jam 4.30 pagi ini.

Suhaizan berkata inisiatif mereka itu mendapat sambutan meriah apabila kumpulan itu berpusu-pusu menerima juadah yang dihulurkan malah bersila bersama pimpinan Pemuda bagi menikmati juadah itu.

"Tidak sampai sejam, nasi bungkus habis diedarkan dan kami merasa puas berkhidmat dan berbakti kepada warga kota.
"Sedikit pengalaman ini cukup buat kami merasai denyut nadi masyarakat bahawa ada segelintir mereka yang benar-benar tersepit dalam arus kemodenan dan kos hidup yang terlalu tinggi sehingga hanya mampu menjadikan perhentian bas, bawah jambatan, bangunan, lorong gelap sebagai kediaman mereka.

"Sebahagiannya pula hidup di tengah malam dengan melakukan pelbagai pekerjaan tetap atau sampingan bagi menampung keperluan keluarga," kata Suhaizan dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, kata Suhaizan, ramai gelandangan yang miskin berada di tengah kota dan mereka bakal dihalau atau didenda jika cadangan kerajaan menjadi kenyataan.- Malaysiakini
                       SELAMAT BERBUKA

Pengakuan Militan Warga Malaysia

Posted: 07 Jul 2014 01:51 AM PDT





Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 8:00 AM

EKSKLUSIF
PETALING JAYA: Kumpulan di sebalik serangan militan dan pengebom berani mati di Syria menarik minat lebih ramai pejuang asing termasuk rakyat Malaysia yang menggelarkan diri mereka sebagai 'pejuang jihad bebas'.

"Kami bergerak sendirian. Kami hidup sendirian. Kami memperoleh senjata sendiri. Kami tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan," kata Ahmad Salman Abdul Rahim, 38, yang sebelum ini terlibat dalam perniagaan pembuatan filem dan pernah melanjutkan pelajaran di London dari 1997-2008 sebelum menjadi seorang pejuang jihad.


Walaupun terdapat laporan yang mengaitkan militan warga Malaysia mempunyai kaitan dengan kumpulan tertentu seperti al-Qaeda dan kumpulan Militan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil), dia menegaskan bahawa mereka berjuang secara bebas.

Ahmad Salman.
Ahmad Salman menganggap dirinya sebagai seorang 'pejuang jihad bebas, dan mendakwa dia tidak mempunyai hubungan dengan mana-mana jaringan pengganas di Malaysia atau di luar negara.

"Saya tidak begitu kenal dengan Isil atau kumpulan mujahiddeen lain. Saya tidak ingin terlibat dalam perjuangan mereka. Saya tahu kaedah perjuangan mereka adakalanya agak melampau dan saya tidak bersetuju dengan mereka," katanya ketika ditemubual melalui Facebook.

Ahmad Salman, bersama dengan Mohammad Fadhlan Shahidi, 21, dan bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin, 45, adalah sebahagian daripada pejuang jihad dari Malaysia yang berjuang di luar negara.

Sebelum ini Lotfi memberitahu bahawa dia bukanlah sebahagian daripada rangkaian Isil namun berkata berada di Syria semata-mata untuk berjuang "di jalan Allah" dan bukan untuk kepentingan mana-mana pihak.

Kedua-dua mereka merupakan pengguna aktif Facebook dan sentiasa mengemaskini aktiviti-aktiviti mereka di laman sosial itu.

Posting mereka mendapat perhatain ramai rakyat Malaysia yang berkongsi idea yang sama.

Ditanya bagaimana rakyat Malaysia di sana menghadapi bulan Ramadan, Ahmad Salman berkata mereka tidak merasa penat walaupun terpaksa berperang.

"Syukurlah, kita tidak berasa letih atau dahaga walaupun berpuasa 16 jam sehari di bawah suhu sehingga 40°C," katanya.

Ahmad Salman, yang dilahirkan di Parit Buntar adalah salah salah seorang daripada anggaran seramai 100 pejuang jihad Malaysia di Syria.

Ahmad Salman percaya dia 'menjawab panggilan dari Allah' untuk mempertahankan Islam terhadap kekejaman yang dilakukan oleh musuh-musuhnya.


Ahmad Salman sedang bersiap sedia untuk berjuang di Syria.
Menurutnya, mereka tidak berniat untuk mengganas atau membunuh orang yang tidak bersalah tetapi berada di sana semata-mata untuk mempertahankan saudara sesama Islam yang sedang ditindas oleh angkatan tentera Presiden Syria, Bashar Assad.

"Niat saya adalah untuk mempertahankan saudara Muslim yang sedang diseksa, dirogol dan disembelih. Saya bukan di sini untuk mengganas dan membunuh tetapi untuk melindungi agama saya terhadap kecaman secara berleluasa dari musuh," katanya.

Katanya jalan yang dipilih itu membawanya lebih dekat kepada Tuhan.

"Kehidupan saya di sini (di Syria) adalah luar biasa. Saya berasa lebih dekat dengan Allah. Apabila kembali ke Malaysia, saya mudah terpengaruh untuk melakukan dosa, mengabaikan solat dan tidak membaca Al-Quran," katanya.

Ahmad Salman berkata dia sebelum ini pernah mengembara ke Myanmar untuk membantu umamt Islam Rohingya.

Dia juga pernah cuba memasuki Palestin namun mendapati sukar untuk melepasi sempadan Lubnan.

"Saya mengembara ke 11 buah negara Islam yang lain sebelum sampai ke Syria.

"Akhirnya saya ditakdirkan untuk berada di Syria. Kebanyakan kumpulan mujahiddeen juga berpangkalan di sini," katanya.

‘Musuh’ Khalid Ibrahim guna media desak berundur

Posted: 07 Jul 2014 01:16 AM PDT

Musuh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kini guna media mendesak beliau melepaskan jawatan. Gambar fail The Malaysian Insider.


Musuh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat mula menggunakan nama 'media' bagi mendesak beliau melepaskan jawatan berkenaan.
Khalid juga terus menerima tekanan dari dalam PKR sendiri supaya melepaskan kedudukannya sebagai menteri besar.
Musuh beliau sejak malam tadi mula mengedarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) palsu atas nama media yang menyatakan beliau akan menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menyerahkan surat peletakan jawatan.
SMS itu tertulis:"Latest dari sumber media: Tan Sri Khalid Ibrahim dijangka mengadap ke bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada jam 9 pagi esok 7 Julai 2014 bagi menyerahkan surat perletakan jawatan sebagai menteri besar Selangor. Sidang media khas menyusul selepas itu."
Mesej palsu berkenaan mula tersebar secara meluas sejak tengah malam Ahad termasuk oleh ahli PKR di Selangor yang mendakwa kononnya menerima maklumat daripada wakil media mengenai hasrat Khalid itu.
Susulan penyebaran mesej tersebut, petugas media mula menanti di istana sejak awal pagi menunggu Khalid.
Media melaporkan, Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar Selangor bagaimanapun menafikan maklumat berkenaan.
Khalid sejak beberapa bulan lalu menerima tekanan untuk melepaskan jawatan sebagai menteri besar dari dalam PKR sendiri.
Malah, 'Langkah Kajang' yang dipelopori Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli untuk menggugurkan Khalid turut dilihat gagal.
Beberapa pemimpin PKR seperti Ketua Pemudanya Shamsul Iskandar Mohd Akin turut mendesak Khalid melepaskan jawatan secara terbuka ekoran kekalahan di kerusi Ketua Cabang Kuala Selangor yang disandangnya sebelum ini. – 7 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/musuh-khalid-ibrahim-guna-media-desak-berundur#sthash.WA2KjK5X.dpuf

Yusof Haslam Lepaskan 3 Das Tembakan, Penjenayah Larikan Barang Hantaran

Posted: 06 Jul 2014 11:27 PM PDT

Diterbitkan: Isnin, 7 Julai 2014 1:58 PM







Yusof Haslam dan isterinya Patimah

PETALING JAYA: Produser filem Datuk Yusof Haslam melepaskan tiga das tembakan selepas banglo mewahnya di Taman Melawati, Kuala Lumpur dekat sini dipecah masuk dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi Isnin.

Sumber polis berkata, semasa kejadian Yusof, 60, sedang menonton televisyen dan tiba-tiba terdengar jeritan orang gaji di tingkat bawah yang menyebabkan beliau bergegas ke biliknya untuk mengambil postol.

Ujar sumber itu, Yusof melepaskan satu das tembakan pertama sebagai amaran ke arah tangga rumah dan melepaskan lagi dua das tembakan ke kawasan hutan kerana mengesyaki penjenayah melarikan diri ke arah berkenaan.

Pengadu turut mendapati pintu rumahnya terdapat kesan umpilan manakal bilik di tingkat empat rumahnya itu berselerak akibat digeledah.

Pihak polis juga sedang meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan penjenayah berkenaan dan dipercayai tiga orang terlibat dalam kegiatan itu.

Tambah sumber itu, semasa kejadian terdapat seorang pengawal keselamatan sedang bertugas namun dia tidak menyedari kejadiaan tersebut.

Sementara itu, isteri kepada Yusof iaitu Datin Patimah Ismail ketika dihubungi mStar Online berkata, pihaknya dengan bantuan polis sedang meneliti rakaman CCTV rumah mereka bagi mengenal pasti ketiga-tiga perompak tersebut.


Banglo mewah Yusof Haslam terletak di lereng bukit.

Bagaimanapun kata Patimah, penjenayah berkenaan sukar dikesan identiti mereka kerana ketika kejadian masing-masing memakai topeng bagi menutup wajah.

"CCTV di rumah berjaya merakamkan kelibat penjenayah sebelum lensa kamera itu dialihkan bagi mengelak di kesan namun keadaan mereka yang bertopeng menyukarkan kami untuk mengesan wajah mereka," katanya.

Patimah turut memberitahu, dua pembantu rumahnya turut dicederakan oleh penjenayah berkenaan ketika kejadian namun bersyukur keadaan mereka selamat.

Bagaimanapun katanya, barangan hantaran perkahwinan anak lelakinya, Syafiq Yusof lesap dan berjaya dibawa lari oleh penjenayah itu.

"Kesemua penjenayah berkenaan mengacukan pisau kepada pembantu rumah saya namun bersyukur mereka tidak diapa-apakan cuma mereka berjaya mencuri barangan milik Syafiq seperti cincin perkahwinan dan jam tangan berjenama," katanya.

Tambah Patimah lagi, tindakan pantas suaminya yang melepaskan beberapa das tembakan amaran kepada penjenayah tersebut berjaya menakutkan mereka namun kesemua perompak itu berjaya melarikan diri.

"Apabila terdengar sahaja jeritan daripada pembantu rumah, suami (Yusof) segera mengambil pistol dan melepaskan tembakan amaran dan mereka melarikan diri," katanya.