Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KHALID TUTOH ANWAR

Posted: 06 Jul 2014 08:49 PM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengkritik pentadbiran kerajaan negeri secara terbuka.

Menurut Khalid, tidak wajar Anwar mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana ia dari parti sendiri.

"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.

"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di Shah Alam pada Sabtu, lapor Utusan Malaysia.

Pada Jumaat lalu, The Malaysian Insider melaporkan Anwar turut bersetuju bahawa terdapat banyak kebimbangan di Selangor mengenai isu-isu seperti air dan projek Kinrara-Damansara Expressway (Kidex).

"Saya mengambil kira semuanya. Saya amat menyedari dan mendengar semua pihak serta berbincang dengan rakan-rakan kami dalam DAP dan PAS.

"Tetapi ia perlu dilakukan secara baik dengan persetujuan semua pihak," kata beliau sambil menambah bahawa apa sahaja keputusan berkenaan, beliau bersetuju ia perlu dilakukan dengan cepat.

Bagaimanapun, Anwar tidak menyatakan sebarang tempoh, lapor portal itu.

Khalid menjawab, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk mencari jaln penyelesaian.

Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.

"Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.

Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.

"Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.

"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.

FELDA GLOBAL (FGVH) BERI PENEROKA DIVIDEN RM72.9 JUTA

Posted: 06 Jul 2014 05:00 PM PDT

Peneroka Felda Terima Bayaran Dividen FGV RM72.9 Juta Mulai Jumaat

KUALA TERENGGANU, 6 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pembayaran dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) kepada peneroka Felda berjumlah RM72.9 juta.


Sehubungan itu, semua 112,635 warga peneroka seluruh negara akan menerima imbuhan sebanyak RM647.78 seorang.

Pembayaran dividen akhir FGV ini membabitkan jumlah 10 sen sesaham yang mana ia akan dibayar menerusi Tabung Amanah pada Jumaat ini (11 Julai).

Perdana Menteri yang menghadiri majlis berbuka puasa bersama warga peneroka di Pejabat Felda Wilayah Terengganu ketika berucap turut mengumumkan pemberian duit raya kepada peneroka Felda dengan jumlah keselurahan sebanyak RM30.5 juta.

Najib berkata pemberian ini sebagai menghargai sumbangan peneroka kepada pembangunan Felda dan membantu perbelanjaan persiapan Hari Raya mereka.

"Kita juga menyerahkan duit raya sebanyak RM300 bagi setiap keluarga peneroka bagi meringankan lagi beban kewangan peneroka dan keluarga mereka dalam membuat persiapan untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi," katanya.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dan isteri Toh Puan Harlina Zakaria, Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari serta Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Di majlis itu juga, Najib turut menyerahkan zakat perniagaan bagi pihak Kumpulan Felda berjumlah RM22.02 juta.

Katanya, jumlah bayaran zakat tersebut bersempena keuntungan FGV yang dicatatkan pada tahun kewangan 2013 iaitu sebanyak RM8.6 juta, Koperasi Permodalan Felda (KPF) RM12.8 Juta, Felda D'Saji RM321,200 dan koperasi kakitangan Felda Malaysia Berhad (FELKOP) RM297,985.97.

Zakat perniagaan ini dibayar kepada 14 Pusat Zakat Negeri iaitu bagi negeri-negeri dimana kumpulan Felda menjalankan operasi perniagaannya.

Sementara itu bersempena majlis tersebut yang dihadiri kira-kira 6,000 orang, kumpulan Felda turut memberikan sumbangan amal dan saguhati kepada masjid Felda yang melibatkan jumlah sebanyak RM927,500 yang akan diagihkan kepada Pengerusi Masjid, Imam, Bilal dan Siak.

Selepas majlis ini, Najib dijadual bersolat Isyak dan tarawih di Masjid Al-Abrar Bukit Tok Beng, Seberang Takir di sini sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Sementara itu, rata-rata peneroka Felda melahirkan rasa terharu dengan pengumuman dan sumbangan itu oleh Perdana Menteri.

Wakil peneroka Samsudin Othman, 62, bersyukur dengan pengumuman Najib yang sudi memberi sumbangan hari raya sebagai persiapan menyambut lebaran.

"Walaupun jumlah itu tak besar namun ia sedikit-sebanyak menolong dan mampu meringankan beban kami," kata Samsudin yang berasal dari Johor.

Seorang lagi peneroka Ismail Mohamad, 66, dari Felda Neram Satu Kemaman berkata beliau berharap golongan Felda akan terus dilimpahi faedah pada masa akan datang dan usah percaya kata-kata negatif dilemparkan kepada Felda.

"Para peneroka usahlah mendengar kata-kata tidak sahih kerana ia akan mendatangkan rasa kurang senang kepada kita sendiri.

"Kerajaan kita sudah cukup baik, apa lagi kita masih tidak puas hati?," katanya.

-- BERNAMA


ASPAN DEDAH ANWAR DI SEBALIK DRAMA PAKSA KHALID LETAK JAWATAN

Posted: 06 Jul 2014 02:45 AM PDT

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim didakwa perancang sistematik yang mahu menggulingkan Tan Sri Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, kata ahli DAP, Aspan Alias.
"Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah 'baling batu sembunyi tangan'.
"Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan 'testimonial' besar dalam pilihanraya umum yang lepas.
"Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar dipecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum," kata Aspan dalam tulisan terbaharu dalam blog aspanaliasnet .
Artikel lengkap seperti berikut :
PKR, parti 'Cina Buta' sahaja
Jika orang ramai yang bernasib baik kehidupan, mereka akan merayakan Aidilfitri dengan riang gembira setelah berpuasa sebulan lamanya di bulan Ramadan. Bagi Khalid Ibrahim, MB Selangor beliau rasanya tidak akan beraya seperti rakyat yang lain kerana beliau dikatakan akan bersara secara paksa oleh ramai pemimpin partinya.
Secara sistematik Anwar Ibrahim memainkan peranan untuk memaksa Khalid meletakkan jawatan dengan menggunakan kaedah 'baling batu sembunyi tangan'. Sememangnya Anwar tidak begitu gemar dengan cara Khalid mengendalikan kerajaan Selangor walaupun Khalid merupakan 'testimonial' besar dalam pilihanraya umum yang lepas. Tetapi begitulah politik dalam PKR kerana mereka bukannya tertubuh dengan perjuangan yang telus, hanya tertubuh kerana Anwar di pecat dari UMNO itu pada tahun 1998 yang lalu kerana sebab yang semua maklum.
Dalam politik tiada kawan yang berkekalan dan tiada musuh yang kekal. Dalam politik berkuasa yang kekal hanyalah perasaan cemburu dan perasaan amarah terhadap orang yang kita anggap merentasi dan menjadi penghalang kepada kemahuan mana-mana individu. Politik itu 'is all about personal greed, anger and foolishness'. Tidak ada untuk melaksanakan apa yang dijanjikan atau kemahuan ramai.
Yang menyebabkan kekusutan dalam PKR Selangor ini hanya kerana perebutan kuasa yang sedang berlaku tanpa ada batasannya. Khalid yang dikatakan seorang MB yang baik malahan yang terbaik dalam negara ini suatu ketika yang tidak lama dahulu kini menjadi seorang MB yang mendapat tekanan, bukannya dari rakyat tetapi rakan seperjuangan sendiri sahaja. Kekuatan dan ketelusan Khalid mentadbir Selangor itu membuatkan Khalid menghadapi masalah kerana ia akan menjadikan beberapa orang yang berkepentingan dalam PKR itu susah untuk mengambil alih jawatan Khalid itu.
Maka keluarlah semua cerita dan propaganda yang tidak baik terhadap beliau, dari isu bekalan air bersih sehingga isu Lebuhraya Kiddex dan banyak yang lain. Apa yang tidak disukai oleh setengah pihak itu dijadikan isu 'criminal' terhadap Khalid. Mereka belum lagi tahu samada mengalih dan menganjak Khalid itu perkara yang mudah dilakukan.
Sesungguhnya isu ini sudah bermula sebaik pilihanraya umum lalu kerana PR tidak berjaya mengambil alih Putrajaya. Maka wujud satu tindakan politik untuk menjadikan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor bagi membolehkan ketua umum parti itu satu tempat eksekutif dan tempat itu hanyalah dengan menjadi MB Selangor.
Timbul tindakan 'Kajang Move' dengan memaksa pilihanraya kecil Kajang yang sepatutnya di tandingi oleh Anwar. Tetapi oleh kerana masalah mahkamah yang dihadapi Anwar maka Wan Azizah telah dijadikan 'ayam tambatan' bagi 'kajang move' yang ramai dikatakan adalah perancangan Rafizi Ramli seorang yang telah lemas dengan publisiti yang hebat untuknya.
Tentunya 'Kajang Move' itu telah terbantut sedikit sebanyak kerana orang yang hendak ditonjolkan itu tidak dapat melunaskan keperluan undang-undang untuk dijadikan calon bagi kawasan dewan undangan negeri itu.
Kini tinggal Azmin Ali dan mungkin Wan Azizah akan menjadi Menteri Besar untuk Selangor jika alasan untuk mengenepikan Khalid Ibrahim itu berjaya ditemui.
Apa pun masalah yang dihadapi oleh Selangor ini tidak diselesaikan oleh Anwar dan Wan Azizah. PKR mempunyai dua orang yang mengetuainya yang terdiri dari pasangan suami isteri, TS Khalid yang rapat politiknya dengan Wan Azizah dan Azmin yang begitu hampir dengan Anwar tidak dapat menyelesaikan masalah PKR Selangor. Sepatutnya keadaan ini boleh diselesaikan dalam bilik tidur Anwar sahaja kerana kedua-dua Azmin dan Khalid ini mempunyai mentor yang berada dalam bilik tidur yang sama.
Tetapi ia tidak juga selesai kerana permainan politik 'baling batu sembunyi tangan' yang dimainkan oleh Anwar itu. Yang berbalah ialah pimpinan yang dibawah mereka (Anwar suami isteri) sehinggakan banyak perkara buruk dilambakkan dihadapan mata orang ramai.
Jika benar pandangan setengah pihak yang TS Khalid Ibrahim akan diketepikan selepas hari lebaran ini, tentunya Khalid dan ramai penyokong-penyokongnya tidak dapat menikmati kelazatan kemenangan bulan puasa ini di hari awal Syawal nanti.
Dalam keadaan ini jika masih ada dan kuat tindakan setengah pihak dalam PKR masih mahu mengenepikan TS Khalid ini, ia adalah permulaan kepada kejatuhan parti itu dalam politik tanahair dan ia tentunya akan memberi akibat kepada rakan-rakan kongsi dalam Pakatan Rakyat itu.
Kita mesti akui yang Pakatan Rakyat bukannya mendapat sokongan dari kekuatan mereka sendiri, sebaliknya sokongan itu adalah disebabkan kelemahan UMNO dan rakan-rakannya dalam Barisan Nasional sahaja.
Mana-mana parti yang mendapat sokongan oleh kerana kelemahan parti lawan sahaja tidak akan kekal sokongan itu. Pakatan Rakyat tidak boleh berpaut dari sokongan mereka yang hendak melepaskan geram terhadap BN sahaja.
PKR tidak boleh membiarkan parti itu diperlakukan sebagai 'cina buta' sahaja. Sokongan akan kembali kepada pihak yang telah mereka menceraikan talak tiga itu. Setelah berkahwin dengan Pakatan mereka kembali kepada pasangan yang asal setelah berkahwin dengan orang lain secara 'Cina buta' tadi.
Dalam isu Selangor ini tidak hairan jika rakyat Selangor mampu mencari pemimpin yang mampu diyakini oleh rakyat negeri terkaya dalam negara ini. Maka proses 'cina buta' tadi akan lengkap terlaksana di Selangor.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Macam kisah Tabung memali, duit zakat ADUN PAS kebas

Posted: 06 Jul 2014 09:00 PM PDT



Belum memerintah PAS sudah tunjuk samseng

Posted: 06 Jul 2014 07:00 PM PDT


Semasa bulan puasa, PAS Langkawi ada program lalu mahu hebahkan menggunakan banner.Rupanya banner yang dapat dibentangkan diletakkan di tempat yang mana sebuah hotel sudah letakkan banner yang mengiklankan juadah berbuka puasa.

Khabarnya hotel itu Aseania Resort yang dipunyai oleh keluarga ahli PKR Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan adik-adiknya yang masih dalam UMNO telah membuat laporan polis.

Tak ada kelas betul PAS. Pakai saja kopiah tapi perangai macam samseng

Muka Mahfuz tak laku, Kena jaja pemimpin yang sudah mati

Posted: 06 Jul 2014 05:00 PM PDT


PAS Kedah sedang kumpul dana untuk bina bangunan pentadbiran dalam Kompleks PAS Kedah yang dibangunkan semasa zaman arwah Dato Azizan.

Nampaknya muka Suruhanjaya PAS Kedah yang ada tidak laku hingga risalah untuk kumpul dana perlu jaja mereka yang sudah mati seperti arwah Ustaz Azizan dan Ustadz Dato Fadhil.

Mungkin lihat muka Mahfuz seorang penyokong PAS lihat Mr Bean maka tidak percaya dia serius nak bina bangunan.

Kikiki ....

Tak semua India dan CIna perangai segampang yang sokong Pakatan Rakyat

Posted: 06 Jul 2014 08:36 AM PDT


Cina Penang ngaku pukimak harus didakwa

Posted: 06 Jul 2014 06:30 AM PDT


Kisah CIna maki Melayu, hina Islam dan perlecehkan pelbagai institusi kerajaan sudah berleluasa berlaku tapi kali ini, seorang cina hingga sedia ngaku dirinya pukimak.

Demikianlah budaya yang dibbawa oleh DAP hingga pelajar pun rosak.

Kini sifat budi bahasa dna sopan santun pun sudah hilang. Dalam satu kisah di Pulau Pinang, seorang konstabel telah menahan sebbuah kereta Chevrolet bernombor daftar PLE 2292 yang dipandu oleh seorang lelaki cina bernama Lim Pei Jye, KP: 730105-07-5397,  beralamat di  Jln Hassan Abas, Teluk Bahang, Balik Pulau.

Ketika ditahan atas kesalahan tidak berhenti ketika lampu isyarat warna merah di hadapan Hotel Holiday Inn. dan I Love U cafe, dia telah diminta IC dan lesen memandu (L) Cina tersebut.

Lelaki tersebut menyatakan beliau telah lewat hantar anak ke sekolah dan mengatakan "Ambil duit kopi sudah lah"

Polis tersebut tidak hiraukan lalu terus keluarkan buku saman. Semasa sedang menulis buku saman (lelaki Cina tersebut berkata, "Oh you orang tidak mahu kasi saya peluang you tunggulah tengok nanti saya buat apa. Ok lah u tulis cepat sikit  I ada hal penting".


Setelah pengadu selesai tulis saman, Lelaki cina itu diminta tandatangan tapi disedari kemudian dia telah tandatangan dengan perkataan ' pukimak'.

Sikap menghalang dan tidak menghomarti penjawat awam yang mmenjalankan tugas dengan betyl harus dihadapkan dengan undang-undang.

Satu kesalahan menawarkan rasuah, tidak bekerjasama dengan penjawat awam.

Penghinaan ahli parti STAR mencerminkan prejudis Jeffrey Kitingan terhadap Islam

Posted: 06 Jul 2014 02:30 AM PDT


Jika dibaca kenyataan maaf yang dibuat oleh David Oruk, seorang Dusun berbangsa Kristian yang menjadi ahli parti pimpinan Dr Jeffrey Kitinagn, terhadap orang Islam, ianya seolah-olah dia menyesali apa yang dikatakan.

Sebenarnya ucapan maafnya berlainan dan masih cuba membuat alasan:

PERMOHONAN MAAF!

Kepada semua umat islam yg terbaca KOMEN TIDAK LENGKAP saya yg diposkan semula oleh pihak Tidak Bertanggungjawab, bagi tujuan seolah-olah saya menghina agama Islam dan Nabi Muhammad. Saya sedar yg anda sekelian tersinggung bila membaca Pos2 yg mereka sebarkan itu, dan itulah sebanarnya yg mereka mahu berlaku.

Dengan penuh rasa bertanggungjawab di atas apa yg berlaku, saya DAVID OROK dengan ini secara rasminya ingin MEMOHON MAAF kepada kalian semua tentang segala kemusykilan yg berlaku. Saya tiada niat untuk menyakiti hati kalian apa lagi menghina agama Islam dan Nabinya.

Saya sampaikan permohonan maaf ini dengan penuh ikhlas dari lubuk hati saya. Semoga kebanaran sebanar akan perkara ini diketahui oleh anda sekelian, dan akhirnya marilah kita sama2 membentuk perpaduan sesama kita semula di dalam masyarakat yg pelbagai kaum dan anutan agama ini.

Sekian, salam sejahtera dan mohon maaf dari saya secara peribadi.

Yang Ikhlas,

DAVID OROK. 05/07/2014.

------------------------------------

Mana pula komennya yang tidak lengkap?

Mari dibaca komennya yang jelas menghina Islam dan membuat komen tanpa cuba memberi pandangan dan rasa sensitif terhadap rasa hati orang Islam:




Bila ada laporan polis terhadapnya, reaksinya masih biadap:



Jika benar dia ikhlas, kenapa pula David Orok yang berkad No. K/P: 651002125261 / H0642399 lahir pada 02-10-1965 hilang tidak boleh dihbungi.

Alamat dan komunikasi berikut:

PO BOX 464 KG ROUN
JLN LABUAYA TOPOKON
KILOMETER 1 TUARAN 89208 SABAH
Telefon Bimbit: 0128398988,0168391007
Handphone whatsapp: 0168391007

Kenapa lari dan sembunyi jika ikhlas minta maaf? Kenapa masih lagi cuba cari alasan?

Sebenarnya pemikiran ini adalah mencerminkan prejudis pemimpin parti STAR Dr Jeffrey Kitingan yang telah mula disebarkan.



Sedikit demi sedikit, Cina sedar Guan Eng tak layak ditokongkan

Posted: 05 Jul 2014 11:30 PM PDT


Pada Khamis lepas, sekumpulan penduduk tempatan Balik Pulau mogok membantah rancangan merobohkan bangunan pasar lama Bali Pulau.

Ii bukan kali pertama kaum cina membantah rancangan kerajaan negeri yang terlalu drastik hngga menyusahkan rakyat. Suatu masa rakyat termasuk kaum cina membantah tindakan Lim Guan ENg menaikkan sewenang-wenang rumah kos rendah hingga diluar kemampuan.


Adakah DAP peduli hal perumaha rakyat hingga berlaku gelendengan?

Sebelum ini Unspinners telah dedahkan satu persatu kepincangan kerajaan Pulau Pinang di SINi, SINI dan SINI.


Dalam perkembangan terkini, Reezal Merican telah menyuarakan sikap tidak ambil peduli hal penyakit JE.

Penempatan ladang ternakan babi di Kampung Selamat, Tasek Gelugor perlu dikaji semula jika terbukti ia menjadi punca penularan virus Japanese Encephalitis (JE). Ia perlu dilakukan jauh dari kawasan penduduk mengikut jarak yang munasabah.

Lim Guan ENg macam tak ambil kisah. Baca di Sejarah Melayu SINI


Yang dia peduli nak buat duit saja

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dapur jalanan bukan sekadar beri makan kepada gelandangan, kata pengasas

Posted: 06 Jul 2014 02:26 PM PDT

Dapur jalanan bukan sekadar beri makanan, kata pengasasnya Munirah Abdul Hamid ketika ditemubual di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Julai, 2014.


Dapur jalanan bukan sekadar beri makanan, kata pengasasnya Munirah Abdul Hamid ketika ditemubual di Bangsar, Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 6 Julai, 2014

Empat hari seminggu, Munirah Abdul Hamid, seorang nenek berusia 64 tahun akan turun ke jalanan untuk memberi makan dan menjaga kira-kira 800 gelandangan serta kutu rayau.
Beliau mendapat idea ini daripada seorang rakannya yang sakit tenat tujuh tahun lalu.
"Rakan saya ini mengidap kanser semasa dia suruh saya mulakan soup kitchen atau dapur jalanan. Pada April  2009, dia suruh saya lakukannya secepat mungkin tetapi beliau meninggal dunia seminggu kemudian,"  kata pengasas Soup Kitchen, Pertiwi (Pertubuhan Tindakan Wanita Islam Malaysia) kepada The  Malaysian Insider.
"Kami mengambil masa bertahun-tahun untuk merancang dan melaksanakannya. Ia perlukan sedikit  masa untuk lakukannya dan memastikan ia kekal," katanya.
Munirah berkata, cabaran yang dihadapi mereka adalah memastikan ia kekal dan mempunyai peruntukan untuk menjayakannya.
"Jadi apa yang saya lakukan ialah selagi saya bekerja, saya akan peruntukkan beberapa ribu ringgit sebulan untuk memberi makan kepada mereka yang tidak bernasib baik ini. Mungkin sedikit yang akan dapat makanan, tetapi saya akan teruskan," katanya.
Malah, sokongan kepada soup kitchen juga semakin kuat sejak ia dilancarkan.
Munirah juga terkejut dengan sokongan yang diterima, antaranya daripada syarikat swasta, pertubuhan bukan kerajaan dan dermawan.
"Ia sangat menakjubkan. Orang ramai dengar tentang kami dan mahu membantu.
"Kami mula beri khidmat perubatan dua tahun lalu dan seorang pendandan rambut sukarela untuk memotong rambut percuma kepada gelandangan yang tidak berkemampuan," katanya.
Soup kitchen kini sudah beroperasi selama empat tahun dan mempunyai kira-kira 800 gelandangan serta golongan tidak bernasib baik.
Mereka memberi makan dan khidmat perubatan empat kali seminggu, pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad.
Antara lokasi mereka ialah bermula di Chow Kit pada jam 9 malam sebelum beralih ke Kota  Raya dan kemudian ke sekitar Masjid India.
Bagaimanapun, usaha murni mereka terancam apabila Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi kata dua, sama ada keluar dari ibu kota atau hadapi penalti.
"Kami tetap akan teruskan. Biar mereka ambil tindakan, ia lebih daripada sekadar beri mereka makan," kata Munirah.
Sukarelawan dapur jalanan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di pusat bandar untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 6 Julai, 2014.Sukarelawan dapur jalanan bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain di pusat bandar untuk mengagihkan makanan kepada gelandangan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abdul Halim, 6 Julai, 2014.Munirah berkata, ia bukan satu kesalahan untuk menolong mereka yang tidak bernasib baik dan tidak mampu untuk sesuap nasi.
"Kami berkongsi dengan mereka yang bergelut untuk hidup, yang tidak mampu makan setiap hari. Adakah itu salah?" katanya.
Selain soup kitchen, katanya, banyak kumpulan lain yang mengadakan aktiviti sama, antaranya Kechara Soup Kitchen, pihak kuil, gereja dan masjid juga membantu memberi makanan.
"Pada mulanya, gelandangan agak was-was dengan kami dan ia ambil sedikit masa untuk menanamkan kepercayaan dan hubungan baik dengan mereka. Sekarang, mereka sentiasa mendampingi kami," kata Munirah.
Katanya, makanan dimasak oleh dua vendor meliputi nasi, sayur-sayuran, telur dan ayam atau ikan.
"Kami juga beri air sejuk dan panas serta buah-buahan secara percuma," katanya.
Kira-kira 30 sukarelawan membantu soup kitchen mengedarkan makanan.
Munirah juga menyifatkan kenyataan Tengku Adnan yang menganggap golongan gelandangan ini  sebagai pengemis adalah salah.
"Tengku Adnan salah faham tentang perkara ini.
"Mereka bukan pengemis. Mereka memiliki kerja tetapi tidak cukup wang untuk mempunyai tempat tinggal dan makanan.
"Sesetengah ibu yang datang membawa lima anak kecil dan mereka mungkin menetap di bilik kecil di Chow Kit serta mungkin suami mereka dalam penjara," kata Munirah.
Sebaik pengumuman Tengku Adnan, pengasas soup kitchen itu berkata jumlah mereka yang datang juga kurang daripada biasa, mungkin bimbang akan diambil tindakan.
"Semalam (Jumaat) hanya 400 orang. Mereka bimbang ditangkap oleh pihak berkuasa dan  diambil tindakan.
"Ada juga daripada mereka hubungi saya memberitahu akan pergi ke tempat lain di mana tiada  tindakan akan diambil. Saya tidak tahu ke mana mereka pergi," katanya.
Tengku Adnan berkata, tindakan tegas itu diambil sebagai langkah serius kerajaan untuk membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan  imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.
"Mengenai gelandangan ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," kata Tengku Adnan.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisiplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Bagaimanapun, ancaman tersebut tidak akan menggugat Munirah yang bertegas akan tetap  meneruskan aktiviti mereka.
"Saya tahu akan berdepan tindakan tegas nanti tetapi saya bersedia," kata Munirah.
Bagi individu seperti Munirah, pemberian bukan sekadar dengan menulis wang atas cek, tetapi ia mestilah mampu menyentuh hati seseorang, katanya memetik kata-kata pengacara barat terkenal Oprah Winfrey. – 6 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dapur-jalanan-bukan-sekadar-beri-makan-kepada-gelandangan-kata-pengasas#sthash.vByrHW5w.dpuf

MB Selangor: Gelandangan perlu bantuan, bukan diusir

Posted: 06 Jul 2014 07:24 AM PDT

gelandangan
KUALA LUMPUR 6 JULAI: Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bersetuju dengan cadangan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghalang badan bukan kerajaan (NGO) daripada memberi makanan percuma kepada gelandangan di ibu kota.

Katanya, bantuan kepada golongan berkenaan tidak seharusnya disekat, sebaliknya kerajaan perlu mengaturkan cara terbaik supaya pemberian itu dapat disalurkan secara tertib dan betul.
"Ada baiknya bulan Ramadan ini kita mencari jalan untuk menolong orang yang memerlukan. Kita tidak boleh menghalau orang miskin yang memerlukan pertolongan kerana itu adalah tanggungjawab kita semua, tanggungjawab negeri dan negara.
"Kita mesti mencari jalan supaya menyusun pemberian ini secara teratur," katanya, lapor SelangorKini.
Beliau berkata demikian selepas mengedarkan bubur lambuk kepada orang ramai di Tesco Extra, di Cheras hari ini.
Abdul Khalid berkata, beliau menyokong penuh usaha pemberian makanan kepada orang yang memerlukan bagi tujuan mengurangkan bebanan serta kesusahan yang dialami dalam kehidupan seharian mereka.
Pada masa sama, beliau berkata, cadangan Kerajaan Pusat untuk membina rumah perlindungan "one stop centre" bagi menangani masalah kemiskinan dan gelandangan boleh dilaksanakan namun mengakui ia bukan mudah untuk dilakukan.
"Bukan senang nak buat (one stop centre). Nak edar bubur lambuk pun bukan kerja senang, kena ambil masa. Ia boleh dilakukan tetapi caranya mesti betul," katanya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.
Tengku Adnan sebelum ini didakwa memberi arahan supaya menghalang NGO yang memberi makanan percuma kepada golongan miskin beroperasi dalam lingkungan dua kilometer daripada pusat membeli-belah Lot 10, Bukit Bintang.
Beliau berkata, kawasan berkenaan dikira sebagai tempat tumpuan pelancong yang dibimbangi akan menjadi kotor dengan kehadiran orang miskin dan gelandangan.
Beliau juga mengumumkan bahawa kerajaan akan mengenakan denda ke atas golongan pemberi sedekah dan menangkap pengemis bagi membasmi kegiatan seperti itu.
Kenyataannya itu menerima pelbagai kritikan daripada aktivis NGO dan juga pemimpin politik sehingga beliau terpaksa mengeluarkan satu lagi kenyataan dalam nada lebih lunak.
Katanya, kementeriannya akan berbincang dengan 12 NGO yang telah dikenalpasti aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan bagi bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62076

Ku Nan baru tersedar ...

Posted: 06 Jul 2014 05:56 AM PDT




BERNAMA | .


KUALA LUMPUR:Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewujudkan rumah perlindungan untuk gelandangan di ibu negara, sebagai tambahan kepada Anjung Singgah yang disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rumah perlindungan yang akan dibangunkan dengan selesa itu dijangka siap menjelang hujung tahun ini.

"Barangkali kita akan membeli empat buah rumah kedai empat tingkat di Lorong Haji Taib untuk diubah suai (menjadi rumah perlindungan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan wang tunai dan keperluan asas kepada 500 penerima termasuk fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan warga emas di sini semalam.

Sementara itu, mengulas pertemuan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang mengendalikan 'Soup Kitchen' Selasa ini, Tengku Adnan berkata ia akan menjernihkan salah faham berkaitan kenyataan beliau sebelum ini selain membincangkan lokasi lebih sesuai untuk mereka meneruskan aktiviti amal.

"Saya mengalu-alukan mereka membantu kita memberi makanan kepada gelandangan malah saya sampai sekarang pun ada memberi sumbangan dalam bentuk beras kepada Soup Kitchen di Jalan Imbi.

"Jadi kita akan bincang dengan mereka bersama DBKL bagaimana untuk selesaikan masalah ini secara baik kerana kita nak juga memastikan bahawa gelandangan ini terbela," katanya.

Khamis lepas, Tengku Adnan berkata Soup Kitchen tidak lagi dibenar beroperasi dalam lingkungan 2 kilometer dari pusat beli-belah terkemuka Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, yang meliputi sebahagian besar pusat bandar, berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata langkah itu adalah usaha kerajaan bagi membersihkan ibu kota daripada golongan peminta sedekah serta gelandangan dan aktiviti Soup Kitchen yang memberi makanan kepada mereka, mencemarkan imej bandar raya, terutama dari segi kebersihan. - Bernama

Dapur Jalanan tak tunduk, sedia pasukan peguam hadapi saman DBKL

Posted: 06 Jul 2014 02:41 AM PDT


Oleh: NAZLI IBRAHIM
KUALA LUMPUR, 6 JUL: Organisasi amal, Dapur Jalanan tetap meneruskan aktiviti memberi makanan kepada golongan miskin tegar bandar walapun berhadapan risiko disaman penguatkuasa seperti yang mahu dikuatkuasakan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, baru-baru ini.
Ahli Dapur Jalanan merangkap jurucakap bagi salah satu kumpulan yang menjalankan aktiviti itu, Wong Kar Fai, berkata hal itu berikutan golongan miskin tegar bandar memerlukan pembelaan sewajarnya.
20140706_004126"Seharusnya, ini tanggungjawab kerajaan tetapi mereka tak buat dan bila orang lain nak buat mereka halang pula," katanya ketika ditemui Selangor Kini selpas mengagihkan makanan sekitar Jalan Panggung, Pasar Seni, Medan Pasar dan Lebuh Ampang, di sini, malam tadi.
Katanya, sebelum ini kerajaan dijangka meminda Akta Papa 1977 dalam persidangan parlimen sesi Jun-Julai, baru-baru ini bagi membolehkan tindakan penguatkuasaan lebih keras diambil terhadap golongan miskin tegar bandar yang tidak berumah.
Bagaimanapun, pindaan itu tidak berlaku, sebaliknya kerajaan terus membuat persediaan seperti mengadakan pelbagai operasi menangkap golongan tidak berumah sebelum pindaan akta itu dilaksanakan.
"Kami tak tahu apa pindaan yang akan dibuat dan bila, tetapi yang pastinya kerajaan dah buat persediaan awal dengan mengadakan pelbagai operasi seperti Operasi Kasih, Operasi Cantas dan Operasi Bersepadu membabitkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Imigresen Malaysia serta polis.
20140706_010436"Kami cadangkan, Tengku Adnan turun tanya apa masalah golongan ini, apa mereka mahukan bagi mencari penyelesaian total, bukannya menyembunyikan kewujudan mereka daripada mata masyarakat dengan mengurung mereka.
"Antara keperluan utama yang harus disediakan kerajaan seperti peluang pekerjaan yang lebih baik, tempat tinggal dan tempat menyimpan beg," katanya.
Beliau berkata, kebanyakan golongan miskin tegar bandar terbabit mempunyai pekerjaan tetapi diberikan upah yang rendah sekitar RM10 hingga RM20 sehari, sekali gus menyebabkan mereka tidak mampu menyewa rumah sebagai kediaman masing-masing.
-NFN-

Mamak Penang buka restoran di Ibu pejabat Twitter San Francisco.

Posted: 05 Jul 2014 11:39 PM PDT







Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 2:00 PM

PETALING JAYA: Seorang penjual jalanan, kelahiran Malaysia yang pernah hidup dalam serba kemiskinan kini bersedia untuk membuka restoran dengan keluasan 15,000 kaki persegi di ibu pejabat Twitter di Bay Area, San Francisco.

Generasi kelima peniaga jalanan berketurunan 'mamak', Azalina Eusope pernah menolak kereta sorong di Pulau Pinang, menjual pencuci mulut, sehinggalah beliau bertemu dengan suaminya dari Amerika dan berpindah ke San Francisco, tempat di mana beliau kini berjaya dalam perniagaannya.

"Membesar sebagai seorang 'gadis mamak' bukan fantasi bagi sesiapa. 'Mamak' biasanya berada di bahagian bawah sistem kasta di Malaysia suatu masa dahulu," katanya dalam temu bual bersama majalah dalam talian yang dikendalikan oleh Whole Foods, Dark Rye.

"Oleh kerana sistem kasta, golongan 'mamak' hanya dibenarkan untuk melakukan perkara-perkara tertentu sebagai profesion," katanya.

Azalina berkata dia mahu membebaskan diri dari acuan yang diperkatakan, jadi beliau mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan di sekolahnya untuk mengejar impiannya menjadi seorang doktor.

Walau bagaimanapun, hati Azalina kecewa apabila permohonannya untuk memasuki kolej telah ditolak.

Selepas mendapat berita buruk itu, beliau mendapatkan nasihat daripada seorang guru yang menyarankan supaya beliau belajar memasak dengan lebih baik.

"Cukup aneh, apabila dia mencadangkan 'Mengapa tidak awak pergi ke sekolah masakan," Azalina mengimbas pengalamannya.

Apabila Azalina berkahwin dengan suaminya dan mengikutnya kembali ke Amerika Syarikat, beliau bergelut untuk mengatasi satu kejutan budaya yang amat besar sebaik sahaja tiba di sana.

"Saya membesar di sebuah kampung, kami berjalan apabila mahu ke mana-mana, kami tidak mempunyai televisyen, dan tidak tahu bagaimana rupa bentuk peti sejuk.

"Kali pertama saya menyentuh komputer ketika saya baru melahirkan anak lelaki saya iaitu pada tahun 2002," kata Azalina dalam temu bual dengan Mashable.

Azalina berkata untuk mengatasi kerinduan dan kejutan budaya itu, dia akan memasak makanan yang beliau makan sewaktu membesar.

Hobi beliau akhirnya bertukar menjadi satu perniagaan pada tahun 2010 apabila beliau membuka sebuah kedai di pasar tani di San Francisco.

"Saya meminjam USD500 dan mula menjual makanan di pasar tani. Saya akan mengejutkan anak-anak saya pada pukul 3 pagi dan kami memasukkan semua makanan ke dalam kereta untuk kami pergi menjualnya," kata Azalina.

Tetapi dalam tempoh enam minggu pertama, tiada siapa yang datang makan makanan yang dijualnya.

Perniagaan beliau kemudian mula mendapat perhatian apabila penulis terkemuka makanan, Andrew Knowlton menyenaraikan kedainya sebagai salah sebuah daripada 10 kedai makan jalanan terbaik di San Francisco dalam majalah 'Bon Appetit' pada tahun 2010.

Azalina kemudiannya bertukar ke bidang katering, majlis dan acara, dan bertemu dengan seorang pembeli yang menawarkannya untuk menjual sendiri aneka sosnya di Whole Foods Market, sebuah rangkaian pasar raya di Amerika.

"Saya mahu memberitahu orang ramai tentang mamak dan siapa kami dan saya ingin memberitahu cerita melalui makanan saya," kata Azalina.

"Ini adalah jenis makanan yang mengingatkan saya tentang budaya, keluarga dan kenangan saya.

"Anda tidak dapat menolaknya. Ia ada dalam keluarga dan dalam jiwa anda. Lambat laun ia akan datang dan mencari anda walau di mana dan siapa anda sekali pun," katanya.

Di sebalik kejayaan beliau, Azalina berkata kerjanya tidak mudah yang menuntut beliau bekerja selama 18 hingga 20 jam sehari, dengan hanya tidur dua hingga tiga jam.

Beliau berkata dua orang anaknya yang memberikannya kekuatan untuk beliau terus menjalankan urusan perniagaan.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:01 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Usaha jatuhkan saya sangat keji - Khalid?

Posted: 06 Jul 2014 09:37 AM PDT


Dakwaan bahawa beliau enggan meletakkan jawatan Menteri Besar seperti diarahkan oleh Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR) dianggap oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai satu perbuatan keji dan tidak bertanggungjawab.

Menurut Abdul Khalid, tiada sebarang perbincangan dibuat dalam parti berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar termasuk mahu beliau melepaskan jawatan.

Beliau turut menafikan ada menerima mana-mana arahan supaya berundur daripada jawatan tersebut.

"Kita tidak ada bincang perkara itu. Ini tidak benar. Ini adalah tindakan paling keji oleh orang yang mahu membuat kesimpulan penamat yang mempunyai tujuan sangat tidak bertanggungjawab," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.

Semalam sebuah akhbar berbahasa Inggeris melaporkan, Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei mendakwa Abdul Khalid enggan melepaskan jawatan Menteri Besar walaupun tindakan tersebut merupakan sebahagian daripada agenda Langkah Kajang.

Shuhaimi mendakwa peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar telah diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi PKR pada 15 Januari lalu untuk memastikan kemenangan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Mac lalu.

Abdul Khalid dalam pada itu turut mempertikai usaha Langkah Kajang berkenaan akan dapat menawan seluruh Selangor dan negara.

"Kalau tujuan Langkah Kajang dibuat untuk menawan Selangor dan negara, itu perlu diperbincangkan lagi. Boleh jadi kita dalam pakatan pembangkang pun tidak terfikir perkara sedemikian boleh berlaku," jelasnya.

Abdul Khalid walau bagaimanapun menegaskan, meskipun terdapat usaha mahu beliau berundur, itu tidak mematahkan semangat malah menjadikan dirinya lebih kuat bekerja bagi membuktikan kemampuannya kepada rakyat.

"Ini adalah lumrah politik kerana kerusi Menteri Besar hanya ada satu tetapi boleh jadi ramai yang berminat," jelasnya sinis.

Sementara itu, MB tempelak Anwar kritik Selangor!

Tindakan Anwar Ibrahim mengkritik pentadbiran kerajaan negeri ditempelak oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut Abdul Khalid, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan pentadbiran kerajaan negeri kerana dalam parti sendiri, kewibawaan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seolah-olah turut dipersoalkan oleh ahli serta pemimpinnya.

"Isu sama ada Anwar akan menjadi Presiden PKR seumur hidup turut dibincangkan.

"Kita semua ada perbincangan. Saudara (media) mesti tahu, kerajaan tidak boleh membuat perubahan sewenang-wenangnya.

"Berbeza dengan individu, hari ini dia boleh bersetuju dengan sesuatu perkara dan esok tidak bersetuju, tetapi kerajaan tidak boleh buat demikian," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Migrasi Meter Air Individu di sini hari ini.


Semalam sebuah portal berita melaporkan, Anwar dikatakan bimbang dengan pentadbiran kerajaan negeri yang diketuai Abdul Khalid.

Antara isu yang dibimbangi Anwar adalah tiada rundingan dalam kalangan pemimpin kerajaan negeri berhubung pembinaan Lebuh Raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan konsesi air.

Abdul Khalid berkata, dalam isu Kidex dan konsesi air, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan pihak terbabit untuk menyelesaikannya.

Jelasnya, undang-undang yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri perlu dipatuhi supaya rakyat yakin dengan kepimpinan tertinggi.

"Anda perlu faham, saya datang dari latar belakang sangat profesional dan saya pernah jaga (tadbir) Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan kita cakap untuk 10 hingga 30 tahun akan datang," ujarnya.

Beliau menambah, pendirian yang dipegangnya untuk melakukan sesuatu perkara adalah sentiasa mengutamakan kepentingan negeri.

"Apa-apa pun perkara yang akan memberi keuntungan kepada rakyat Selangor, saya akan bekerjasama dengan semua pihak.

"Ada perkara saya setuju, ada juga yang saya tidak setuju tetapi semuanya berasaskan kepentingan rakyat," jelas beliau lagi.

Suara Politik
Belantan