Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


PAS tolak presiden sendiri?

Posted: 05 Jul 2014 11:36 AM PDT


Peluang menggulingkan Abdul Hadi pasti menggerunkan majoriti ahli parti

Dua tahun lalu, apabila tersebar berita kewujudan pakatan menjatuhkan Tan Sri Azizan Razak sebagai Menteri Besar Kedah, ia dinafikan kumpulan pemimpin yang sememangnya terbabit dalam rancangan jahat itu. Mereka buat-buat tidak tahu, malah menuduh pihak lain pula yang buat angkara. Berita pakatan itu bertambah kencang ketika Azizan uzur terlantar di hospital, sehinggakan beliau terpaksa menggagahkan diri untuk cepat keluar daripada rawatan bagi meneruskan tugas di pejabat.

Demonstrasi dan protes dijalankan penyokong puak komplot untuk memburuk-burukkan Azizan. Keadaan menjadi begitu buruk sehingga PAS Pusat terpaksa masuk campur, menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk memantau pentadbiran kerajaan Kedah – tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum itu dan cukup memalukan Azizan. Akhirnya, PAS berpecah belah, pentadbiran negeri menjadi lemah dan Kedah jatuh ke tangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

'Gerakan Langgar Hadi'

Senario hampir sama kini berlaku kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Dalam keadaan beliau masih tidak sihat, baru pulang daripada rawatan kesihatan di Turki, timbul cerita 'Gerakan Langgar Hadi'. Yang buka cerita ini bukan UMNO atau BN, tetapi Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim.

Seperti dijangka, seorang demi seorang pemimpin tinggi PAS menafikan. Mengakui dakwaan ini serius dan jika benar Syarhan buat fitnah, tidak pula beliau dihadapkan ke jawatankuasa disiplin atau dipanggil untuk mengemukakan bukti. Pemimpin-pemimpin PAS ini menjawab tidak tahu-menahu, tiada maklumat atau anggap ia sekadar cakap politik.


Ada yang tuduh Syarhan sebagai cuba melaga-lagakan pemimpin dan memecahbelahkan parti. Ramai pemerhati politik berpendapat sama ada mereka ini naïf atau jelas berbohong. Dalam kenyataannya pada 21 Jun lalu, Syarhan mendakwa sekumpulan pemimpin PAS termasuk Ahli Parlimen bersekongkol dengan wartawan dan editor portal propembangkang (dipercayai Malaysian Insider) untuk 'menyerang' Abdul Hadi ekoran tindakan dan keputusan Presiden PAS yang dianggap menjejaskan matlamat pakatan pembangkang. Abdul Hadi dikatakan tegas mahu menegakkan syariat Islam dan dianggap penghalang kepada usaha kumpulan itu untuk mengembangkan kuasa dalam parti.

Menurut Syarhan, usaha langgar Hadi bermula sekitar tahun 2008 ketika beliau turut menganjur 'Kerajaan Perpaduan' di Selangor selepas PRU-12. Beberapa tokoh yang menyetujui hasrat Abdul Hadi seperti Nasharuddin Mat Isa dan Datuk Hassan Ali telah dijatuhkan dari jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden.

Seorang lagi pemimpin PAS yang membuat dakwaan sama ialah ahli Majlis Syura Ulama PAS, Zaharudin Muhammad, yang mendedahkan wujudnya usaha dalaman untuk jatuhkan Abdul Hadi pada Ogos 2013. "Semua bukti dalam bentuk saksi ada dalam tangan... Saya bukan nak pertahan bapa mentua, tapi parti," kata Zaharudin, yang juga menantu Abdul Hadi.

Ahli pakatan

Bukan lagi rahsia siapa ahli pakatan yang dimaksudkan: mereka ialah pemimpin PAS yang pro-Anwar Ibrahim, yang dipanggil parasit oleh Hassan Ali. Mereka mahu jatuhkan Tan Sri Khalid Ibrahim dan menaikkan Anwar sebagai Menteri Besar Selangor melalui 'Langkah Kajang'. Anwar telah arah Lee Chin Cheh kosongkan kerusi DUN Kajang untuk membolehkannya bertanding. Tapi Abdul Hadi dan PAS Pusat tidak setuju kerana lebih yakin dengan kepemimpinan Abdul Khalid.

Sokongan ini tidak disukai PAS Selangor yang pernah mencadangkan Pesuruhjaya Negeri, Iskandar Abdul Samad (ADUN Chempaka) sebagai pengganti atas dasar PAS menang 15 kerusi DUN berbanding 14 PKR dan 15 DAP.



Pengarah Pilihan Raya PAS Selangor, Jaafar Sulaiman mengesahkan keputusan Badan Perhubungan PAS Selangor yang mahukan Abdul Khalid ditukar kerana dilihat terlalu 'bebas' dan tidak tunduk kepada pemimpin pakatan pembangkang dalam mentadbir negeri. Menurut Khalid Samad: " Abdul Khalid bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Kita tak boleh anggap hanya dia seorang yang mampu jadi MB."

Pendedahan Syarhan ini membuktikan bahawa air tenang jangan disangka tiada buaya. Parti yang kononnya mengamalkan idealisme Islam jangan difikir tiada watak yang gila kuasa dan mampu menjatuhkan ketua. Kebetulan Abdul Hadi semakin tua, berada dalam keadaan uzur dan kepemimpinannya dilihat semakin lemah.

Di bawah kepemimpinannya, PAS kalah banyak kerusi pada pilihan raya umum yang lalu seterusnya menjadi parti paling kecil dan kurang berpengaruh pasca-PRU-13 berbanding DAP dan PKR. Rungutan dalaman PAS ialah mengenai tahaluf siyasinya dengan DAP sehingga menggadaikan prinsip perjuangan, menukar Negara Islam kepada Negara Berkebajikan, menukar slogan 'Bersama Kepimpinan Ulama' kepada PAS for All'.

Peluang menggulingkan Abdul Hadi, jika benar-benar berlaku, pasti menggerunkan majoriti ahli parti. Mereka pasti terkial-kial memikirkan bagaimana seorang ulama dan pemimpin yang pernah diangkat sebagai 'bakal Perdana Menteri Malaysia' boleh ditolak dan dijatuhkan.

Andainya Abdul Hadi gugur, maka penggantinya tentulah timbalannya, Mohamad Sabu. Itu pasti benar-benar menggerunkan.

Suara Politik
Belantan

Adakah Malaysia sudah jadi sarang gerakan pengganas antarabangsa....? Lagi 4 disyaki pengganas LTTE ditahan...!!!

Posted: 04 Jul 2014 11:30 PM PDT

Salah seorang yang disyaki ahli kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam yang diberkas oleh anggota Cawangan Khas, Bukit Aman, kelmarin.

Setelah enam tahun bersembunyi di dalam negara, empat lelaki termasuk seorang pakar membuat bahan letupan yang disyaki ahli kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) ditangkap Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman dalam tiga serbuan di Lembah Klang, semalam.

Kesemua warganegara asing berusia 30-an itu ditangkap dalam serbuan di sekitar ibu negara dan Selangor, kira-kira pukul 11 pagi dan 8 malam.

Tangkapan itu adalah yang kedua pada tahun ini selepas penahanan tiga warganegara asing dipercayai dari kumpulan sama di Petaling Jaya dan Klang, Selangor, pada 14 Mei lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keempat-empat suspek terbaharu itu dipercayai adalah anggota kanan LTTE yang terlibat dalam melancarkan serangan di Sri Lanka.

Katanya, suspek juga dikatakan merancang untuk mengaktifkan semula kumpulan pengganas itu dengan cuba menjadikan Malaysia sebagai pangkalan operasi mereka.

"Suspek pertama yang merupakan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) adalah seorang pakar membuat bahan letupan.

"Suspek kedua, dipercayai individu yang terlibat dalam cubaan membunuh bekas Presiden Sri Lanka, Chandirka Kumaratunga pada 18 Disember 1999, yang dalam kejadian itu, melibatkan penyerang berani mati wa-nita.

"Selain itu, suspek ketiga didapati bersubahat dengan seorang suspek warganegara Sri Lanka yang ditangkap oleh pasukan tersebut pada 14 Mei lalu kerana dipercayai merancang untuk menyerang pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India.

"Siasatan mendapati suspek turut disyaki terlibat dalam pemalsuan dokumen perjalanan, pas pelajar warga asing dan aktiviti penyeludupan manusia. Suspek keempat pula terlibat dalam pengumpulan dan penyaluran maklumat kepada LTTE bagi merancang serangan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Khalid memberitahu, berikutan penahanan itu, polis turut merampas sejumlah pasport palsu pelbagai negara bersama cop rasmi palsu Jabatan Imigresen serta kedutaan-kedutaan asing.

Jelasnya, polis memandang serius aktiviti anasir pengganas asing yang cuba menjadikan negara ini sebagai transit, tempat perlindungan dan pangkalan operasi.

"Kita tidak menolak kemungkinan perkara-perkara ini terjadi akibat ada segelintir pihak yang mengeksploitasi kad UNCHR untuk mengelak ditangkap pihak berkuasa.

"Ini terbukti apabila sejak 2009, seramai tujuh daripada 14 anasir LTTE yang ditangkap adalah pemegang kad UNHCR," katanya yang memberitahu kesemua ditahan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Sementara itu, sumber menjelaskan, suspek pertama merupakan seorang individu berbahaya kerana berkemampuan untuk mencipta pelbagai bahan letupan untuk digunakan dalam serangan berani mati.

Kata sumber, sebahagian besar yang ditangkap semalam telah lama menetap di negara ini dan disyaki masuk ke Malaysia sejak 2009 lagi.

"Mereka menyeludup masuk ke negara ini dan menyamar menjadi sebahagian masyarakat asing di sini dengan melakukan aktiviti-aktiviti seharian termasuk menjalankan perniagaan serta berkahwin bagi menutup kegiatan sebenar mereka.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


NASI PANGGUNG MALAM KELMARIN - TT

Posted: 05 Jul 2014 10:36 PM PDT



NASI 

PANGGUNG

MALAM

 KELMARIN

ustaz cool
beri taklimat


memang hebat
memang gempaq
memang cool

punya banyak minah cun datang
sampaikan
tak cukup sim card
nak ambil number
balak kacak dan bergaya pun ada sama
muka muka gagalis
kelihatan di mana mana


lebih dari 100 anak muda
anak semua bangsa
bersetia kawan
dengan warga msikin kota

ada yang datang bawa makanan
ada yang datang pertama kali
ada yang datang bawa kawan
ada yang datang dengan harapan
cinta cinta dapur jalanan

anak muda telah bangun
menyatakan bantahan
terhadap undang undang baru
yang kan menjenayahkan 
orang miskin

peguam telah bercakap
pemimpin ngo menyatakan pendirian
ahli politik bercakap
menyatkan pendirian
tukar tiub bercakap
minta ramai ramai datang
minggu depan
minggu akhir jatuh hukum

dari jalan panggung
kumpulan anak muda
tim dapur jalanan
telah berarak
ke pasar seni
ke dataran bankok bank
untuk mengedar makanan
jawabnya
tak cukup

APA DIA

menu: (mushroom soup - tim dapur)  (roti, apple,airkotak - che ah & kawan2) (bubur pulut hitam, nasi lemak - kak ogie sekeluarga)  (roti canai- tim syed syahir) (roti kentang - fuzzy ampang) (apple-intan awek cun) (pyanhabib tokey air) (fauzi tim bundle, faliq joso towkey baju) (roti john pak malek baretta) (sup ayam brader shahril) (donut qish awek cun) (air mineral, ubat gigi - amirun kawan2) (biskut & air kotak- akak nisa wilayah)

TERIMA 

KASEH

kepada semua
datang lagi
minggu depan

sumber: Tukar Tiub

Polis Rusia Diarah Cari Pasangan Lakukan Seks Ditempat Awam

Posted: 05 Jul 2014 09:03 PM PDT


Diterbitkan: Ahad, 6 Julai 2014 11:38 AM

POLIS Rusia telah diarahkan untuk mengesan pasangan yang melakukan seks di tempat awam kerana aksi mereka yang dirakam telah menjadi perkongsian di laman sosial ketika ini.

Rakaman itu dibuat oleh  Aleksey Douhov, 26, ketika menemui pasangan itu sedang melakukan seks di tepi kolam di kawasan bersejarah bandar Samara.
Kawasan ditepi jalan dan kedai-kedai itu merupakan tempat yang popular bagi penduduk tempatan untuk melepak.

Rakaman itu juga menjadi video tertinggi yang ditonton di Rusia ketika ini.

Douhov berkata, pasangan tersebut melakukan seks seperti tiada orang yang melihat selama 15 minit sebelum bangun dan berjalan sambil ketaw

Tengku Adnan Mansor kurang memahami penderitaan gelandangan apabila sudah terlalu selesa dengan kemewahan hidupnya sendiri

Posted: 05 Jul 2014 02:29 PM PDT


Tengku Adnan Mansor kurang memahami penderitaan gelandangan apabila sudah terlalu selesa dengan kemewahan hidupnya sendiri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,  5 Julai, 2014.
Tengku Adnan Mansor kurang memahami penderitaan gelandangan apabila sudah terlalu selesa dengan kemewahan hidupnya sendiri. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Julai, 2014.
Pagar rumahnya dihiasi dengan beberapa poster mega Barisan Nasional atau pemimpin negara. Rumahnya paling kurang setinggi tiga tingkat, dengan harga dalam lingkungan RM10 juta.
Ku Nan dan ahli keluarganya memiliki segala-galanya. Makanan terbaik. Penginapan terbaik. Pakaian terbaik. Kereta terbaik. Pesawat udara terbaik. Destinasi percutian terbaik. Pembantu orang tempatan. Pemandu. Pengawal peribadi. Tukang kebun.
Ini merupakan dunia kehidupannya yang bagus dan selesa
Pagar rumahnya dihiasi dengan beberapa poster mega Barisan Nasional atau pemimpin negara. Rumahnya paling kurang setinggi tiga tingkat, dengan harga dalam lingkungan RM10 juta.
Ku Nan dan ahli keluarganya memiliki segala-galanya. Makanan terbaik. Penginapan terbaik. Pakaian terbaik. Kereta terbaik. Pesawat udara terbaik. Destinasi percutian terbaik. Pembantu orang tempatan. Pemandu. Pengawal peribadi. Tukang kebun.
Ini merupakan dunia kehidupannya yang bagus dan selesa.
Pengetahuannya tentang penderitaan seharian rakyat Malaysia amat sedikit; sama ada mengenai seorang kerani di Jabatan Kira-Kira yang mempunyai beberapa mulut untuk disuap ataupun golongan terpinggir di sepanjang jalan di Kuala Lumpur yang hidup demi sesuap nasi.
Apabila berbicara tentang empati (jarang dia bercakap tentang empati), Ku Nan hanya fikir tentang ahli partinya sahaja. Bukan rakyat biasa yang lain.
Kerana dunianya mewah dan selesa.
Maka rakyat usahlah terperanjat apabila Menteri Wilayah Persekutuan itu mengarahkan dapur jalanan di bandar menutup operasinya dan bercakap tentang isu gelandangan dan golongan miskin seperti mereka kepingan sampah.
Disebabkan itu, Ku Nan terpaksa dibela oleh menteri Umno yang lain. Ini benar-benar membingungkan apabila beliau kini terpaksa meminta pertolongan badan bukan kerajaan (NGO) memikirkan jalan penyelesaian isu gelandangan di Kuala Lumpur.
Kita cuma mampu bayangkan seorang menteri yang baik seharusnya sedar kesilapannya selepas kenyataan awal mendapat kritikan ramai pihak.
Sekarang, dia menarik balik kenyataannya dengan satu-satunya cara yang dia tahu; dengan berpura-pura mengatakan beliau disalah tafsir.
Tetapi kenyataannya tidak disalah ertikan. Kita tahu siapa dia sebenarnya.
Seperti menteri lain, pemimpin politik Umno yang berpengaruh, beliau hidup dalam dunia yang berbeza dengan rakyat Malaysia yang lain, iaitu dalam dunia yang mempunyai akses kepada segala-galanya.
Perkara paling penting yang hilang dalam dunia ini ialah EMPATI – sifat yang patut ada pada setiap wakil rakyat dan menteri.
Malangnya sifat itu tidak ada dalam ruang hati segelintir pemimpin yang tinggal dalam rumah agam mewah. – 5 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/apabila-kehidupan-baik-membuatkan-seorang-menteri-miskin-empati#sthash.2Ri0meNC.dpuf

ISIL serang ibu negara?

Posted: 05 Jul 2014 02:59 AM PDT


POLIS nafi serangan ISIL di ibu negara

Polis menafikan satu laporan polis yang mendakwa sebuah bangunan terkenal di ibu negara akan diserang oleh militan Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Difahamkan, laporan polis berkenaan sengaja dibuat individu yang tidak bertanggungjawab atas sebab hasad dengki.

Sumber memberitahu, individu itu telah menghubungi bilik kawalan polis untuk mendakwa seorang pengganas ISIL dalam perjalanan dari Singapura menuju ke ibu negara untuk melakukan serangan itu.

"Laporan polis itu adalah benar namun setelah disiasat lebih lanjut, dakwaan individu berkenaan tidak benar sama sekali.

"Polis turut membuat siasatan lanjut dan mendapati, laporan itu dibuat atas tujuan peribadi atas tujuan merosakkan bisnes dan reputasi seseorang," katanya.

Laporan polis yang dibuat seorang anggota polis yang menerima panggilan suspek itu turut menyebut seramai 20 anggota ISIL telah berada di Malaysia untuk tujuan itu.


Difahamkan, polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengancam keselamatan awam.-5/7/2014 - AgendaDaily

Tidak ada di dunia ini orang yang memberi sedekah dikenakan denda.

Posted: 05 Jul 2014 01:45 AM PDT


Kerajaan tidak perlu melaksanakan peraturan mendenda pemberi sedekah dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan memandangkan peruntukan undang-undang sedia ada sudah mencukupi untuk menangani masalah itu, demikian menurut beberapa peguam.

Seorang peguam kanan di sebuah firma guaman, Datuk Dr Radzuan Ibrahim berkata, kerajaan hanya perlu fokus pada undang-undang sedia ada kerana ia sudah mencukupi untuk mengatasi masalah peminta sedekah dan gelandangan di ibu kota.

Bagi pengemis kanak-kanak serta orang tua yang bergerak melalui kegiatan sindiket, tindakan boleh diambil atas pertuduhan menipu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun dan sebatan serta denda, katanya kepada Bernama.




"Mereka boleh ditangkap dengan mudah dan ada antaranya dengan berani membawa surat daripada jabatan agama, sekolah tahfiz dan kementerian. Jika ditangkap dan disiasat tentang siapa penganjurnya (aktiviti mengemis) didapati dokumen adalah palsu," katanya.

Beliau berkata apa yang perlu dilakukan ialah penguatkuasaan secara serius kerana mereka mengemis secara terang-terangan di pusat beli belah, restoran dan stesen minyak.

Radzuan berkata demikian apabila diminta mengulas berhubung cadangan kerajaan mewujudkan peraturan bagi mendenda pemberi sedekah di ibu negara bagi mengatasi masalah itu.

Beliau berkata memandangkan perlakuan peminta sedekah dan gelandangan di negara ini berlaku secara terang-terangan, ia sepatutnya memudahkan pihak penguat kuasa mengambil tindakan mengikut peruntukan sedia ada.



"Bagi saya tidak perlu mewujudkan undang-undang khusus membabitkan pengemis ini sebab masalah orang miskin dan gelandangan sememangnya berada di bawah bidang kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

"Untuk selamatkan mereka..itu adalah tanggungjawab kementerian terbabit yang perlu menyediakan tempat tinggal, pekerjaan dan pusat pemulihan bagi melatih mereka dengan kemahiran untuk memperbaiki diri," katanya.

Beliau berkata bagi pengemis yang membabitkan warga asing, kebanyakan mereka berada di negara ini tanpa visa dan mereka boleh didakwa di bawah Akta Imigresen.

"Jika pihak Imigresen tangkap mereka, setiap hari lakukan pemeriksaan, takkan ada lagi mereka ini...semua akan lari. Tidak susah untuk laksanakan," katanya.

Berhubung cadangan mengenakan denda RM150 kepada pemberi sedekah yang dijangka dilaksanakan tidak lama lagi, Radzuan berkata tindakan itu dianggap sebagai keterlaluan dan 'pemikiran yang tidak dinilai semula'.

"Islam sendiri menggalakkan umatnya bersedekah. Apabila adanya undang-undang tersebut ia seolah-olah menyekat masyarakat berbuat kebaikan," katanya.

Beliau berpendapat bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan perlu memberi kesedaran dan membuat hebahan secara berterusan kepada orang ramai berhubung cara menyalurkan derma atau segala bentuk bantuan kepada pihak yang berhak.

Sementara itu, Pensyarah Kanan di Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Universiti Malaya Dr Siti Zubaidah Ismail berkata selain peruntukan dalam Kanun Keseksaan bagi kes jenayah, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudahpun mempunyai Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Katanya, di bawah akta berkenaan, DBKL diberi kuasa untuk mengatasi masalah kacau ganggu di kalangan pengemis terhadap orang awam.

"Saya berasa undang-undang sedia ada telah cukup jika dilaksanakan dengan sempurna. Pengemis kadang-kala memberi gangguan kepada orang awam namun jika pihak kerajaan ingin membendung masalah ini, mereka perlu melihat dari pelbagai aspek termasuk mengkaji bagaimana dan punca lambakan pengemis," katanya.

Bagi cadangan mengenakan denda kepada pemberi sedekah, Siti Zubaidah berkata "ia pendekatan di luar kebiasaan."

Presiden Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat, turut tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan peraturan itu kerana ia adalah satu bentuk tekanan bagi golongan miskin yang benar-benar memerlukan bantuan.

"Mungkin ada di antara pengemis yang terlibat dengan sindiket namun ia boleh diatasi dengan peruntukan yang telah ada dalam Akta Imigresen, Kanun Keseksaan dan beberapa akta di bawah JKM. Kerajaan bukan sahaja perlu menangani tetapi juga perlu mengkaji kemelut (pengemis) yang tidak berkesudahan ini," katanya.

Beliau turut berharap agar cadangan pelaksanaan denda terhadap pemberi sedekah tidak dilaksanakan kerana ia akan menjadi bahan ejekan.

Nurul Izzah Teresa Kok bersama Soup Kitchen edarkan makanan, pakaian pada gelandangan

Posted: 04 Jul 2014 11:55 PM PDT


Pic: Faisol MustafaPic: Faisol MustafaKUALA LUMPUR: Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, itu jelas ditunjukkan oleh persatuan badan bukan kerajaan (NGO) dari Pertubuhan Wanita Islam (PERTIWI) semalam.
Pertiwi membantu mereka dari golongan gelandangan di sekitar Kuala Lumpur yang kurang bernasib baik.
Antara bantuan yang dihulurkan berupa makanan dari Pertiwi Soup Kitchen, bantuan pakaian terpakai serta perkhidmatan pemeriksaan kesihatan dari Pertiwi Health Services.
Hampir 80 peratus golongan gelandangan dan warga miskin di Ibu kota di sini dari kalangan rakyat Malaysia.
Sementara 20 peratus yang lain mereka yang dari luar negara seperti warga Indonesia, Bangladesh dan Filipina.Pic: Faisol MustafaPic: Faisol Mustafa
Ini dibuktikan apabila mereka diminta untuk menunjukkan kad pengenalan diri yang sah ketika ingin membuat pemeriksaan kesihatan.
Sementara itu, bagi menunjukkan sokongan padu kepada Pertiwi atas usaha mulia dari pihak mereka, Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Pantai , YB Nurul Izzah Ibrahim turut serta turun padang bagi membantu mereka yang memerlukan.
Nurul Izzah menghulurkan bantuan makanan kepada mereka yang serba kekurangan berhampiran Tune Hotel di Ibu Kota malam tadi.
Bercakap mengenai kata-kata yang dilemparkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Tengku Adnan Tengku Mansor yang menyifatkan pemberi dan penerima sedekah bakal dikenakan hukuman denda sebanyak RM150.00, ini pendapat Nurul Izzah.
Beberapa ahli parlimen DAP serta PKR turun padang/Pic: Faisol MustafaBeberapa ahli parlimen DAP serta PKR turun padang/Pic: Faisol Mustafa''Saya rasa Tengku Adnan tidak menghayati erti pemberian sedekah yang sebenarnya, masih ramai warga kita sendiri yang masih merempat dan memerlukan bantuan daripada kita'', tambah beliau.
Hadir sama, YB Teresa Kok yang juga Ahli Parlimen DAP.
Teresa yang hadir dengan berpakaian sederhana malam tadi berkata, program dan bantuan seperti ini harus diteruskan bagi membantu mereka yang mengalami kesempitan hidup akibat dari peningkatan kos sara hidup yang kian meningkat.
Beliau turut melontarkan kata-kata agar Tengku Adnan dapat memikirkan semula akan apa yang diperkatakannya itu.
Pertiwi akan membantu warga kota yang miskin pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad pada jam 9.30 malam sehingga 11.30 malam.
Seterusnya mereka akan bergerak ke destinasi yang berikutnya iaitu Kota Raya.
Manakala Selasa dan Khamis adalah bantuan daripada individu dan perseorangan.
Mereka yang memerlukan bantuan boleh datang di sekitar Tune Hotel  dan Kota Raya pada hari dan masa yang telah dinyatakan.
Pertiwi juga mendapat dana daripada orang ramai melalui pengiklanan yang dijalankan di laman sesawang dan portal rasmi mereka.
Pertiwi dirasmikan oleh Bekas Menteri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Raja Nong Chik Zainal Abidin pada tahun 2011. - MD

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Pojok Wak Misnun : Kisah Orang Meroyan

Posted: 05 Jul 2014 07:00 PM PDT

Kisah 1

Seorang CEO GLC paling kaya di Malaysia mula MEROYAN bila kontraknya sudah tiba di penghujungnya. Bila kontrak nak tamat, mula meroyan kononnya ada campur tangan politik semasa dia menguruskan GLC tersebut. Yang peliknya, kenapa bila nak habis kontrak baru nak MEROYAN? Jika jawatan tersebut tak sesuai dari awal, patut letak jawatan awal-awal lagi. Bila dah meroyan, agenda bangsa pun nak digadaikan.

Kisah 2

Seorang pensyarah veteren yang di usia persaraan mula MEROYAN dan tuduh ada campur tangan politik sampai dia disuruh letak jawatan. Bijaknya pensyarah tua ini mengeksploitasikan umur persaraan dengan tak disambung jawatannya sebagai dekan. Ye la, universiti pun ada perancangan strategik jangka panjang dengan lantik pensyarah yang lebih muda sebagai dekan. Hebatnya royanan pensyarah veteren ni sampai bekas timbalan menteri pun sanggup letak jawatan kerana isu tersebut.


*Wak Misun : Langsung tak profesional. Sedarlah diri awak tu dah di hujung usia perkhidmatan.



The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Bila kuat, Cina respek hingga sembah Melayu sebagai tokong

Posted: 05 Jul 2014 08:27 PM PDT


Baru-baru ini penulis telah berkesempatan untuk makan cendol di sebuah kawasan perumahan di Klang, Selangor. Gerai cendol itu betul-betul terletak dibawah sebuah pokok besar dan ditepi pokok tersebut terdapat satu tokong kecil berwarna merah.

Pada mulanya penulis tidak mengambil peduli akan tokong tersebut namun apabila penulis terpandang berhala yang disimpan di dalam tokong kecil itu, penulis terkedu sebentar. Jelas kelihatan sebuah patung yang lengkap bertanjak dan berkeris "bersemayam" di dalamnya. Kerana "gatal mulut" penulis bertanya kepada seorang lelaki berbangsa Cina yang juga pelanggan di gerai cendol itu.

"Boss, itu dalam tokong sapa? Kenapa pegang keris?" Tanya saya.

"Ooo.. Itu Na Tuk Gong. Dia jaga sini tempat". Jawab lelaki Cina itu.

Selesai menghirup cendol penulis bergegas kerumah dan memulakan ekspidisi mencari cerita sebenar tentang Na Tuk Gong dengan bantuan Google. Sangkaan penulis tadi benar belaka, "Na Tuk Gong" yang disebut oleh lelaki Cina tadi sememangnya berbangsa Melayu dan kononya beragama Islam. Datuk Gong juga dikenali dengan nama seperti "Keramat Datuk" dan Datuk Kong.

Proses "penyembahan" Datuk Gong adalah berbeza dengan Dewa-dewa Cina yang lain. Untuk "menyembah" Datuk Gong seseorang itu perlulah menyediakan kapur sirih, sirih, buah pinang, tembakau jawa, nasi kunyit, kari ayam atau lembu. Kesemua "persembahan" itu perlulah halal, jika tidak Datuk Gong tidak akan mengabulkan permintaan seseorang itu. Dokumentari penuh berkenaan Datuk Gong boleh ditonton di laman Youtube.


Menurut kepercayaan orang Cina Malaysia, Datuk Gong tinggal di busut, tepi pokok kayu, gua dan juga tepian sungai. Datuk Gong juga bukan lah semuanya sama, tetapi setiap patung Datuk Gong adalah individu yang berbeza. Dikatakan bahawa Datuk Gong ini merupakan penjaga atau penunggu sesuatu tempat.

Ada juga Datuk Gong yang kononya adalah semangat Raja-raja Melayu zaman dahulu contohnya Almarhum Sultan Abdul Samad Sultan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Ada juga pembesar-pembesar Melayu zaman dahulu dengan nama seperti Datuk Haji Samsudin dan sebagainya.

Tujuan penulis mendedahkan perkara ini bukanlah untuk mengalakkan penyembahan Datuk Gong atau mana-mana Dewa Cina yang jelas bertentangan dengan akidah Islam. Yang layak disembah hanyalah Allah Subhanahu Wataala.

Namun begitu, kepercayaan seperti ini menunjukkan bahawa kekuatan orang Melayu pada zaman dahulu sehingga ada dikalangan orang Cina tanpa segan silu mengangkat mereka sebagai Dewa walhal mereka hanyalah manusia biasa sahaja.

Baca sepenuh di MyKMU SINI

Melayu tewaskan Rafael Nadal di Wimbledon

Posted: 05 Jul 2014 05:24 PM PDT



MELBOURNE : Keraguan ibu terhadap keupayaannya untuk mengalahkan pemain tenis nombor satu dunia, Rafael Nadal telah mendorong Nick Kyrgios mencipta kemenangan mengejut ke atas pemain terkemuka dunia itu di Wimbledon malam Selasa.

Remaja itu memberitahu Australian Associated Press (AAP), beliau terkejut apabila membaca temubual bersama ibunya Norlaila yang dilahirkan di Kuala Lumpur memperkecilkan peluangnya dalam pertemuannya dengan Nadal di pusingan keempat.

Nick (tengah) bersama (dari kiri) bapanya, George, Norlaila (ibu), Christos (abang) dan adiknya, Halimah.


"Malam tadi, saya membaca komen yang beliau fikir Rafa terlalu bagus untuk saya. Ia membuatkan saya marah.

"Saya hanya percaya diri sendiri dan saya yakin boleh mencipta peluang dan saya lakukannya dalam keadaan tertekan," kata Kyrgios selepas kemenangan 7-6 (7-5) 5-7 7-6 (7-5) 6-3 pada Selasa.

Ditanya apa yang akan dikatakan kepada ibunya selepas kemenangan itu, Kyrgios berkata: "Saya akan kirimkan muka senyuman".

Halimah duduk di sebelah bapanya dalam keadaan resah sepanjang pertarungan tiga jam itu.

Beliau berkata, beliau dan bapanya yakin dengan peluang Nick dan menyaksikannya menyinar di kejohanan terbesar, merupakan pengalaman yang penuh emosi.

"Saya menangis, secara jujur, saya tidak pernah begitu teruja dan terharu pada masa yang sama. Dia mempamer permainan terbaik yang pernah saya saksikan," kata Halimah kepada AAP.

Beliau berkata, beliau tidak akan terkejut melihat abangnya mencipta kejayaan.

"Dia sukakan penonton dan saya fikir itu satu cara membantunya menang," katanya.

AAP melaporkan dalam menentang pemain terbaik sepanjang masa itu, Nick Kyrgios membuat persembahan yang sukar dilupakan.

Bekas juara John McEnroe dan Pat Cash percaya Kyrgios boleh mencontohi Boris Becker yang menang kejuaraan Wimbledon ketika berusia remaja.

Nadal pula menyifatkan kekalahannya sebagai sukar diterima kerana beliau kehilangan servis hanya sekali.

"Di atas permukaan gelanggang seperti ini, bila dia serve dan pukul setiap bola dengan kuat, anda akan bermasalah. Saya tidak fikir saya bermain seteruk itu. Saya mengucapkan tahniah kepadanya," kata pemain pilihan kedua itu.

Dipetik dari Belia Bangkit

Sokong Altel, telco Melayu yang akan balik bantu Melayu

Posted: 05 Jul 2014 08:30 AM PDT


Telco line Altel milik Melayu, internet dan line diceruk kampung juga tiada masalah. Kalau korang terer baca sampai habis. Kalau terer lah. LIKE PAGE >> Boikot Barangan Cina Dap ORI

**cerita diambil dari fan BBCD yang inbox**

(1)PENGENALAN
Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.

Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai 'Wira Dermawan'. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia.

Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.

Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.

(2) PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD

So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar link www.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:

Effective Marketing
Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
03-21455281

Broadband Solution Sdn. Bhd.
Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
013-3376668

Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:

Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli".
Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut)
Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!"
Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada"
Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang)
Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan"
Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!"
Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang"
Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)

Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:

Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor"
Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?"
Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?"
Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil"
Aku: (10 minit tunggu)
Aku: (20 minit tunggu)
Aku: (30 minit tunggu)
Aku: (40 minit tunggu)
*kesabaran yang tinggi perlu ada*
Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor"
Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli)
Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan)
Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor"
Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888"
Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap)
Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?"
Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7"
Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)

(3)TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL
Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.

Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 - 1GB. Ada juga pilihan RM48 - 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.

Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?

Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.

Dengan ini aku bagi korang kesimpulan tentang Altel

1.Altel milik melayu
2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung
3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain
4.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
5.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48
6.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.
7.Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy

Dah baca panjang-panjang ni jom CLICK SHARE supaya kawan korang yang lain terkena baca sampai habis macam korang, dan mana tau dia berminat tukar Altel? Korang mungkin rasa tak nak tukar lagi, tapi kalau korang CLICK SHARE mungkin kawan korang tukar. Dapat bantu Syed Mokhtar Bukhary pecahkan monopoli telco yang dipegang cina dan india.

Senarai alamat sim card Altel dijual:
http://altel.my/en/where-to-buy

Bukti Altel pemegang terbesar 40Mhz:
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130924/ko_01/Altel-sedia-masuk-gelanggang

Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan:
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066

DAP/Anti Lynas corroborate with criminals and foreigners to sabotage RAPID Pengerang

Posted: 05 Jul 2014 05:37 AM PDT


Artikel ABITW menarik dalam mendedahkan agenda DAP dan kumpulan anti Lynas bersekongkol dengan negara asing untuk kepetingan ekonomi orang asing dan penjenayah di Penegerang untuk sabotaj projek RAPID PENGERANG.

Beberapa petikan berikut:


Pengerang lives in it's own secluded world at the southern tip of Johor. The stretch of Johor river from Pengerang to Pontian was smugglers' haven plying goods and human.


For a place with hardly much economic activities than palm oil and coconut, Sg Rengit has a large modern looking Seafood Restaurant.

Sg Rengit is known today for it's lobsters and seafood restaurants for weekend Singaporean at Desaru.

It only indicative of a typical border town with striving smuggling as the real economic activities. Fish and seafood are usually camouflage for smuggling of illegal materials like drugs, arms, etc. In South Johor, it is to avoid tax at the Johor-Singapore immigration checkpoints.

"Singaporean" himpunan


The smuggling link to Singapore is the very reason DAP via the anti-Lynas Himpunan Hijau with  Singaporean volunteers took a keen interest against Rapid Pengerang project.

Only three days ago, the anti Lynas group did a demonstration there. [See more on the exploits of anti Lynas overseas to sabotaje investments in this FB here]

If Himpunan Hijau is serious about environment, why do they not complain of the environmental devastation to Pengerang by ships parking in Singapore waters that have been polluting the sea by dumping sludge and killing fishes and Dugong .

We remembered Pengerang beach looking like this before.


Back then, we could walk from home to pekan along the beach as we collected sea shells and corals on the beaches. But not anymore.

From Sg Rengit to Pengerang, the seaview is lined with hundreds of ships parking in the deep sheltered waters near Pulau Tekong, Singapore and Johor. Singapore provide ship maintenance and supplies.

If Pengerang were to provide same services for cheaper price, Singapore would be denied such economic opportunity.


So Singaporeans got DAP to instigate their smugglers counterpart to cook up issue to demonstrate and sabotage Rapid Pengerang plan. Not knowing better, idiot PAS and PKR join the bandwagon without knowing the Chinese were thinking of their financial benefit to sabotage the plan.

Rapid Pengerang

Rapid Pengerang is a great idea to take advantage of the deepwater off Pengerang coast.


Given to the Pengerang villagers, the strategic value could never be harness.

Only illegal smuggling activities, which deny Government income, provide unfair advantage against genuine retail business people, and risk of illegal activities advancing to more dangerous criminal activities like smuggling subsidised diesel and fuel, would continue.

Development would stop smuggling activities.

The projected employment to be generated by Rapid is 40,000. Local Pengerang population must seize on the employment and business opportunities. State government have already embarked in training youth for skills.

Sepenuhnya di SINI

Bendung desakan Sabah, Sarawak keluar Malaysia

Posted: 05 Jul 2014 01:30 AM PDT


KUCHING: Kerajaan pusat dan negeri perlu mengambil langkah segera sama ada mendidik, berdialog atau menggunakan undang-undang dalam membendung desakan segelintir pihak yang cuba membawa keluar Sabah dan Sarawak daripada Persekutuan Malaysia.

Penganalisis politik daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Profesor Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang menjadi sasaran 'serangan' beberapa individu berhubung isu keluar Malaysia di media sosial baru-baru ini berkata, tindakan itu wajar diambil demi menjaga keutuhan bangsa dan Persekutuan Malaysia.


Bagaimanapun, Agus tidak mudah melenting dengan 'serangan,' sebaliknya membiarkan dinding Facebooknya dipenuhi dengan hujah-hujah berkaitan.

"Mendesak pemisahan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia adalah pandangan tidak patriotik yang cukup bahaya untuk kesatuan bangsa dan negara. Hal ini tidak boleh dibiarkan dan perlu dibendung segera," katanya seperti dipaparkan di Facebooknya pada Khamis lepas sebagai mempertahankan kenyataannya sebelum ini.



Sebelum ini, Agus dikritik oleh beberapa individu selepas mengeluarkan kenyataan mereka yang mendesak Sabah dan Sarawak keluar Malaysia adalah golongan tidak patriotik terhadap Malaysia.

Agus yang agak terkenal dalam mengutarakan pendapatnya mengenai isu-isu semasa terutama politik di media sosial berkata lagi, dari negeri mana pun, semua rakyat perlu memiliki semangat kenegaraan yang kuat.

"This is our only land dan kita perlu bersama mempertahankan keutuhan dan kedaulatannya," tegasnya.



Menurutnya, beliau sedih dengan komen-komen berkaitan kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia kerana ia menggambarkan ada rakyat yang tidak sayangkan negara.

"Mengapakah setelah hampir 51 tahun bersama, semangat kenegaraan kita masih tumpul? Mengapa masih ada (segelintir) rakyat Sabah dan Sarawak berasakan mereka adalah sebuah negara yang berasingan?"

Adakah kerana mereka membaca sejarah yang salah atau sejarah itu telah dipesongkan sehingga kita mencipta sejarah yang salah?," ujarnya.Beliau turut meminta segelintir individu agar tidak berlandaskan emosi dalam membincangkan kedudukan Sabah dan Sarawak sehingga menimbulkan rasa benci pada negara.


"Kita perlu ingat, kecewa pada kerajaan adalah berbeza dengan kecewa pada negara. Kita boleh kecewa dengan kerajaan, tetapi kita tidak boleh kecewa dengan negara kerana inilah satu-satunya tanah air yang telah kita huni dan tinggal di dalamnya sejak lahir," katanya.

Agus turut menjelaskan kenyataannya sebelum ini bukan untuk menyamakan taraf sejarah antara Kelantan dengan Sabah dan Sarawak.

"Tetapi untuk menunjukkan sebagai sebuah negeri dalam Persekutuan Malaysia seperti mana juga Sabah dan Sarawak, jikapun ada perasaan tidak puas hati kepada kerajaan pusat, tetapi Kelantan tidak menuntut hak untuk berpisah," jelasnya.

Setakat berita ini ditulis, status Facebook terbaharu Agus menerima 235 komen. Majoriti komen menyentuh mengenai hak-hak Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Kenyataan Agus sebelum ini mengulas mengenai kewajaran Sabah dan Sarawak diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri setiap satu, susulan gesaan Ketua Parti Reformasi Negeri (STAR) Sabah Datuk Jeffrey Kitingan.

Menerusi forum bertajuk Perjanjian Malaysia 1963 di Kuala Lumpur pada Ahad lepas, Jeffrey berkata gesaan itu adalah untuk membendung perasaan tidak puas hati rakyat Sabah dan Sarawak.Lantaran itu, wujud perbahasan yang panjang lebar di Facebook Agus.Read more:

jun 24 2014