Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


INSIDEN KEMALANGAN JALAN RAYA MELIBATKAN KEMATIAN DAN KECEDERAAN ANGGOTA TENTERA DARAT- TAKZIAH

Posted: 04 Jul 2014 11:45 AM PDT

SUMBER DARI Air Times

Dalam kejadian pada 3 Jul 14 jam 6.45 petang sebuah kenderaan perisai jenis Condor Sibmas dalam konvoi dari pasukan 3 KAD, Sungai Petani, Kedah ke Lapangsasar Asahan, Melaka untuk menjalani latihan Kem Kemahiran Senjata telah terlibat dalam kemalangan di KM 232.6, Lebuhraya PLUS menghala ke selatan. Kemalangan tersebut tidak mengakibatkan kenderaan awam dan dipercayai terbabas ketika menuruni bukit serta hilang kawalan.
Kemalangan ini mengakibatkan kematian dan kecederaan kepada anggota-anggota seperti berikut:
a.Sjn Bayong ak Burma - Ketua Kenderaan
Meninggal di tempat kejadian. Mendiang akan dikebumikan di kampung halaman beliau di Taman Desa Indah, Sri Aman, Sarawak. Jenazah dijangka akan diterbangkan dari Lapangan Terbang Bayan Lepas dengan pesawat MAS jam 7.00 pagi esok. Mendiang telah berkahwin dengan Nancy ak Garang dan dikurniakan tiga cahayamata.

b.Kpl Che Mohamad Fatonah bin Che Ismail
Meninggal di Hospital Kuala Kangsar. Jenazah telah dikebumikan di kampung halaman Allahyarham di Kg Tok Sabah, Kuala Besut, Terengganu sebelum solat Jumaat, hari ini. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Fatihah bt Ismail dan seorang anak.
c.Kpl Mohd Sarifuddin bin Abdullah
Cedera dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Kangsar. Berada dalam keadaan stabil.

d.LKpl Freedy ak Bernacbas - Pemandu
Cedera dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Kangsar. Berada dalam keadaan stabil.
Punca kejadian kemalangan akan disiasat melalui Board of Inquiry (BOI) oleh Tentera Darat (TD) dengan lebih lanjut. TD juga mengharapkan agar tiada khabar angin dan spekulasi berkaitan punca kemalangan tersebut dan berjanji akan menangani perkara tersebut dengan sebaiknya.
Panglima Tentera Darat mewakili seluruh warga Tentera Darat mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang dan Allahyarham atas kejadian yang berlaku.





MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Gambar Pengkebumian Allahyarham Datuk Sharifah Aini

Posted: 04 Jul 2014 10:26 PM PDT



Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 12:30 PM

BERIKUT merupakan gambar pengebumian biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada Sabtu.
Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau 'paru-paru berparut'.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.
Sharifah Aini dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pusat perubatan itu pada Selasa lalu selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.
Datuk Siti Nurhaliza yang hadir menziarahi jenazah Datuk Sharifah Aini di Taman Tun Dr Ismail pada Sabtu.


DAP sediakan peguam bantu pengemis, penderma jika ditahan DBKL

Posted: 04 Jul 2014 04:52 PM PDT

Nurul Izzah dan Teresa Kok menyertai dapur jalanan Pertiwi mengedarkan makanan kepada gelandangan si Chow Kit, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Julai, 2014.
Nurul Izzah dan Teresa Kok menyertai dapur jalanan Pertiwi mengedarkan makanan kepada gelandangan si Chow Kit, Kuala Lumpur semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 5 Julai, 2014. 
DAP bersiap sedia menyediakan sepasukan peguam bagi membantu pengemis dan pemberi derma sekiranya mereka ditahan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kata ahli Parlimen Segambut Lim Lip Eng.
Lim yang ditemui ketika mengedarkan makanan bagi warga miskin kota di lokasi "Soup Kitchen" di ibu negara malam tadi bagaimanapun berkata, DAP masih lagi belum menetapkan jumlah anggota pasukan guaman tersebut.
"Kami ada sepasukan peguam yang disediakan DAP bagi penderma dan pengemis yang didenda, namun jumlah ahli pasukan peguam itu masih lagi belum ditentukan," kata Lim kepada pemberita.
Program Soup Kitchen malam tadi turut dihadiri ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok, dan ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming.
Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sebelum ini dikritik hebat kerana melarang kegiatan meminta sedekah dan memberi sedekah di ibu kota berkenaan.
Beliau turut memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur dan diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.
Ahli Parlimen Putrajaya itu turut dilaporkan berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan golongan tidak berumah atau gelandangan serta pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk, terutamanya daripada aspek kebersihan.
"Mengenai gelandangan, kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita berikan mereka kerja mereka tidak mahu, kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan sahaja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisiplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar daripada pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Beliau berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.
"Kalau mereka hendak berikan makanan, jangan berikan makanan di dalam bandar paling kurang 2km dari pusat membeli belah Lot 10," katanya.
Manakala ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menjemput Tengku Adnan untuk menghadiri program yang dijalankan pertubuhan bukan kerajaan itu untuk merasai sendiri kesusahan hidup golongan gelandangan di ibu kota.
"Saya merasai sendiri pengalaman Soup Kitchen yang sejak sekian lama memberi makanan percuma kepada warga miskin kota.
"Kebimbangan saya adalah bagaimana pembuat dasar tidak memahami NGO yang melaksanakan perkara ini," katanya, dan menambah, persoalan utama adalah rancangan jangka panjang kementerian untuk mengatasi masalah itu.
Sementara itu, ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok  mempersoalkan tindakan Tengku Adnan, dan menegaskan Putrajaya seharusnya mencari penyelesaian terhadap golongan berkenaan yang tidak berkemampuan memiliki rumah.
"Ini pengalaman buat kami. Ada ramai golongan gelandangan yang tidak mampu memiliki rumah.
"Ini adalah situasi kerajaan perlu lihat dengan serius perkara ini kenapa mereka tidak mampu memiliki rumah," katanya kepada pemberita.
Soup Kitchen atau dapur jalanan adalah sebuah pertubuhan sukarela yang memberi sumbangan makanan kepada golongan gelandangan di ibu kota.
Mereka bergerak dari satu lokasi ke satu lokasi dan mengedarkan makanan percuma kepada kumpulan berkenaan. – 5 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-sediakan-peguam-bantu-pengemis-penderma-jika-ditahan-dbkl#sthash.EyWPvfGX.dpuf

Sharifah Aini Meninggal Dunia ... Al-Fatihah

Posted: 04 Jul 2014 02:05 PM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 5 Julai 2014 3:20 AM

PETALING JAYA: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar meninggal dunia pada pukul 1.26 pagi Sabtu di Pusat Perubatan Pakar Damansara dekat sini.
Sharifah Aini, 61, meninggal dunia akibat fibrosis paru-paru atau paru-paru berparut.

Berita kematian penyanyi lagu Seri Dewi Malam itu disahkan oleh rakan baik Allahyarham iaitu Aishah Ali.

Sharifah Aini pada Selasa lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas mengalami kesukaran bernafas namun keadaan penyanyi itu dilaporkan stabil.

Biduanita itu dikesan menghidap fibrosis paru-paru dua tahun lalu.

Allahyarham meninggalkan seorang anak lelaki iaitu Aliff Omar Ali.

Dalam pada itu, jenazah Allahyarham dijangka dibawa ke Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur selepas solat Subuh sebelum dikebumikan.

Al Fatihah ... Takziah buat keluarga

Isu gelandangan/Dapur Jalanan di KL ....Datuk Abdul Rahman Dahlan pun tak setuju dengan menteri sekoq ni ...

Posted: 04 Jul 2014 08:02 AM PDT


Kementerian Wilayah Persekutuan diminta mengkaji semula cadangan pelaksanaan tidak membenarkan pemberian bantuan kepada gelandangan di Bukit Bintang.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata aktiviti gelandangan adalah sesuatu yang normal berlaku di bandar besar.

"Kita perlu pertimbangkan mengenai nasib gelandangan ini berbanding kebersihan, bagi saya, selagi mereka tidak melakukan jenayah besar, kita lebih harus prihatin terhadap mereka," kata beliau kepada pemberita selepas majlis perjumpaan dan berbuka puasa dengan kakitangan kementeriannya hari ini.

Akhbar melaporkan Kementerian Wilayah Persekutuan menetapkan bahawa aktiviti pemberian bantuan kepada gelandangan tidak boleh dilakukan dalam lingkungan dua kilometer dari kompleks membeli-belah Lot 10 di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur dalam usaha membersihkan ibu negara daripada pengemis dan gelandangan, yang dijangka bermula dua minggu lagi.



Beliau juga berpendapat pelaksanaan tersebut perlu ditunda bersama mekanisme lain memandangkan umat Islam kini berada di dalam bulan Ramadan dan cadangan tersebut mendapat kecaman yang hebat daripada orang ramai.

"Kementerian saya dan Wilayah Persekutuan banyak membuat program untuk golongan gelandangan, dan saya faham niat Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk membantu golongan itu," katanya.

Dapur Jalanan boleh jadi tarikan pelancong

Posted: 04 Jul 2014 07:02 AM PDT


PAS menyarankan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membantu aktiviti kumpulan dapur umum memberi makanan percuma kepada kumpulan gelandangan dan miskin di ibu negara.

Dalam kenyataannya, Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata jika kena gayanya melalui bantuan DBKL membersihkan kawasan aktiviti 'Dapur Jalanan', kemungkinan ia boleh menjadi tarikan pelancong.

"Jika kebersihan menjadi satu masalah kepada Tengku Adnan, beliau sepatutnya mengarahkan DBKL untuk membantu membersihkan kawasan-kawasan yang digunakan oleh Soup Kitchen selepas habisnya aktiviti kebajikan mereka, sepertimana servis yang diberikan kepada kawasan-kawasan pasar dan pasar malam sekitar ibu kota.



"Silap-silap dengan kerjasama DBKL, aktiviti-aktiviti Soup Kitchen juga boleh berubah menjadi satu kawasan tarikan pelancong yang menguntungkan warga KL," katanya yang tidak bersetuju kenyataan Tengku Adnan menyalahkan usaha kumpulan itu.

Tuan Ibrahim mengulas ketetapan kerajaan mahu membersihkan kegiatan pengemis dan gelandangan di dengan mengeluarkan saman bersiri kepada pemberi sedekah dan melarang sukarelawan memberi makanan percuma kepada kumpulan itu dalam kawasan jarak dua kilometer dari Lot 10, Bukit Bintang.

Sambil menyarankan supaya kerajaan lebih peka dengan kesusahan rakyat, Tuan Ibrahim turut mencadangkan Tengku Adnan turun melihat keperitan warga kota dan bukan menghalang aktiviti kebajikan yang dianjurkan.

Bukan halang kebajikan

"Lebih elok jika Tengku Adnan mencadangkan agar dalam lingkungan 2km daripada pusat membeli-belah Lot 10 digazetkan sebagai kawasan bebas penjenayah, kongsi gelap, tandas kotor dan jalan berlubang.

"Itu sebenarnya lebih membantu menaikkan imej bandaraya Kuala Lumpur daripada menghalang aktiviti kebajikan yang dilakukan oleh Soup Kitchen," katanya yang akan mengerahkan Unit Amal membantu aktiviti kumpulan dapur umum dan orang susah yang lain.

Dalam perkembangan yang sama, bekas mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut memohon kerajaan membersihkan pusat hiburan dan aktiviti meruntuhkan moral dan akhlak.

Tindakan itu, kata Dr Asri, dibuat sebagai membuktikan Malaysia sebagai negara yang berpegang kepada Islam dan membangunkan ibu negaranya selaras dengan kehendak Islam.

"Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung.

"Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya," katanya dalam satu kenyataan dalam laman sosial Facebooknya.

Hadi Nafi Terbabit Komplot Singkir Khalid

Posted: 04 Jul 2014 03:21 AM PDT

Diterbitkan: Jumaat, 4 Julai 2014 11:20 AM

Kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor dikatakan akan diambil alih oleh Dr Wan Azizah (kanan) selepas sambutan Aidilfitri hujung bulan ini.
PETALING JAYA: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukan Menteri Besar Selangor.
Tegas Abdul Hadi, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawatnya baru-baru ini.
Penafian itu disampaikan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan ringkas pada Jumaat.

Menurut Samsuri, sama ada Anwar atau Abdul Hadi sendiri masing-masing tidak membangkitkan isu di Selangor termasuk kedudukan Menteri Besar.

"Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi semasa lawatan di IJN tempohari, malah perkataan 'Selangor' atau 'Menteri Besar' pun tidak disebut langsung," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya Abdul Khalid akan disingkirkan dari kedudukannya selepas Aidilfitri atau pada Ogos ini.

Laporan yang dimuatkan dalam ruangan komen oleh seorang kolumnis portal itu menyebut Anwar mengadakan perbincangan mengenai rancangan untuk menyingkirkan Abdul Khalid ketika di IJN baru-baru ini.

Tanpa memetik sumber maklumat tersebut, dikatakan Abdul Hadi akur dengan rancangan Anwar untuk menyingkirkan Abdul Khalid.

Dilaporkan bahawa kedudukan Abdul Khalid akan digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan menteri besar atau exco kanan.

Jais buat hal lagi, kali ini silap ‘tangkap basah’

Posted: 04 Jul 2014 02:25 AM PDT

Hanisha Abdul Rahman bercakap kepada media di Petaling Jaya, hari ini berhubung tangkapan khalwat kepadanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Shafie, 4 Julai, 2014.Hanisha Abdul Rahman bercakap kepada media di Petaling Jaya, hari ini berhubung tangkapan khalwat kepadanya oleh Jabatan Agama Islam Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Shafie, 4 Julai, 2014 
Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi  dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.
Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.
Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor
"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya  pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.
Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan.
"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.
Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid  kerana kekeliruan status agamanya. – 4 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jais-dikecam-lagi-kali-ini-silap-tangkap-basah?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.ZpGozEgy.dpuf

Giliran Ziana Zain Pula Berhijab

Posted: 04 Jul 2014 01:23 AM PDT

giliran ziana zain pula dikatakan berhijab

KUALA LUMPUR, 4 JULAI 2014: Selepas aktres Neelofa disahkan telah berhijrah untuk berhijab, kini penyanyi popular iaitu Ziana Zain turut dikatakan mengambil langkah yang sama apabila gambar di laman Istagram miliknya menunjukan yang dia telah memakai tudung penuh.
Terdapat 4 keping gambar kecil yang dirangkumkan dalam satu potrait foto yang turut kelihatan anak kembarnya yang begitu gembira dengan penampilan ibu mereka itu.
Memakai tudung berlainan warna seperti hijau, hitam dan kelabu, Ziana Zain kelihatan sungguh anggun dan manis sekali dengan penampilan terbarunya itu.
Mungkin berkat Ramadan Al Mubarak dan bulan yang mulia ini, telah membuka hati penyanyi berusia 46 tahun itu untuk berhijrah dan memakai tudung.
Dari pihak Murai, kami amat gembira dengan penampilan terbaru Ziana Zain, dan diharapkan kehidupannya lebih baik dan bermakna.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Kebebasan impian Marina dan puak liberal hinnga orang Islam jual babi dan tak puasa

Posted: 04 Jul 2014 09:00 PM PDT


Artikel berikut diterima dari Whats App aakn satu bahan dari FB yang mencerminkan merupakan impian segolongan orang bukan Islam supaya Iman dan Syariat orang Islam itu rosak. ..


-----------------------

I am not surprise soonest Indonesia will leading and Malaysia will the last if there is no changes in era of politic in Malaysia.

Christina S. Suntai‎

SARAWAK AUTONOMY MOVEMENTNO SURPRISE THAT THE ECONOMY OF INDONESIA WILL SURPASS MALAYSIA SOON!!!!

INDONESIAN WILL BE CONTROLLING MALAYSIAN POLITICS SOON? BELIEVE IT OR NOT???

A big divide between this two countries with Muslim Majority. One is liberal and the other an extreme fanatic.

Indonesia vs Malaysia

Differences between Indonesia & Malaysia from a retired German lecturer P. Feisenberg who had worked in Penang during Tunku's days and in Jakarta in Suharto's time. An interesting account of his observations & gloomy prediction of the future of a young nation ...

A big divide between the two countries yet they live next to each other and both are Muslim countries. Is this because there is a Mahathir (and an UMNO) in one whereas there is none in the other ?I always tell my friend that Indonesia is not the best country in the world to work and live but since working in Indonesia for about 5 years, I don't have the feeling that I am living in a Muslim country despite 93% of Indonesians are Muslim.


99.9% of my colleagues are Muslim and we go for lunch and dinner together and sometimes to a Chinese restaurant that served pork and there is no fuss about it. (For your information – the people who sell pork are Muslim – bosses are Chinese and employ Indonesian Muslim to cut and sell pork in the wet markets)

All 5-star hotels served pork bacon and ham for breakfast and are prepared by Muslim.Alcohol is sold everywhere in the street… and Indonesia No 1 selling beer is "Bintang" and is brewed locally and is consumed by all Muslim openly. No issue….

During fasting month the Muslims are free to decide if they want to fast or eat as normal… no issue at all and no one catch them..

The president and vice president are elected by the people and so are the governors of the city (in Malaysia we call them Mentri Besar).

No one is appointed by the President or in Malaysia by the PM. National holidays – Hari Raya Idul Fitri is 2 days and Chinese New Year is 1 day but Christian enjoy 3 days – Christmas, Ascension of Christ and Good Friday.

The Hindu in Bali has 1 day for Hari Raya Nyepi celebrated only in Bali . Wesak day is also a public holiday. A Muslim can convert to a Christian tomorrow and then to a Buddhist the next day…and back to a Muslim….no issue at all.

In supermarket pork is sold side by side with chicken and beef….no issue at all…..I can go on and on…….in short Indonesia is a very liberal Muslim country.. definitely not Malaysia .

FYI our Malaysian senior government officer "suka Indonesia "…you know why!!!

---------------------------

Why I left for our 'poorer' neighbour -Indonesia

This writer is absolutely correct and gave a very fair view of Indonesia. I have been in and out of Indonesia for the past 10 years. Sometimes, my stay is up to one month per visit. I have worked with senior Indonesia managers as well as low level staff. I have also interacted with lots of direct sellers from all sorts of background. I have dealt with the Indonesian civil servants.

They don't talk about race. The mass media do not propagate racial or religious divides. They don't spin story of Christian fighting the Muslim or Muslim fighting the Christian. Husband and wife can have different religious belief. 

There is not such fuss as Halal restaurant. Tony Roma in Indonesia serves the best pork rib. In all the Tony Roma restaurants Muslim and non Muslim sit and eat together on one table. I ate pork rib, my Muslim colleagues ate beef and lamb.

There is no such thing as a Halal and non Halal section.

Comparing the environment and the working culture in Indonesia between pre 1998 (Suharto's era) and the year 2008, you can see the vast improvement in Indonesia civil services.

During Suharto era, my visit to Tax office (Kantor Pajak) cannot be done without carrying cash for coffee money. The tax officer will always start with " Pak dari Malaysia mahu chak kopi dulu". And this small favor money must be given and openly counted on hisdesk before any discussion.

My last visit in 2008 to the government office (Departmen Pentadbiran, you cannot use Jabatan Kerajaan. They hated the Raja), you cannot even mention anything about "Kopi". See the vast difference. SYB sent his own brother-in-law to jail. Suharto's youngest son, Tommy Suharto was jailed. Do you see this in Malaysia ?

Malaysia is rotting. And the writer is absolutely correct. If the situation is not changed, Malaysia will be the biggest exporter of maids to Indonesia, 10 years down the road. Padam muka orang orang kampong.

Muslims in Indonesia have no problem with patronizing outlets that sell alcohol or non-halal food, even if they choose not to have any. In Malaysia, the Muslims make a big fuss over small things which they claim are not halal.

You may argue that there are fanatics here in Indonesia, but the number is small relative to the population. Just look around Malaysia. Everywhere you look, you get fanatic YBs.

---------------------------

Ingat balik ucapan Razali Redrock akan agenda DAP untuk hancurkan Melayu dan Islam  di Malaysia ....



Ia bukan main-main

Marina and shallow liberals lash at ulamak but fail to blame Christian extremist

Posted: 04 Jul 2014 04:20 PM PDT


Extract from Zulkifli Nordin blog:

.... the usage of the word 'Allah' is not - as the Court of Appeal correctly held - it is not an integral part of the christianity faith.

This means that the Court of Appeal's decision, as upheld by the Federal Court, is not only legally correct. It is also religiously correct.

I therefore called upon all the christian extremist and evangelist to learn to respect the decision of the Federal Court and the Court of Appeal, learn to respect the Federal Constitution, learn to respect the law of the country, learn to respect the sensitivities of other religion including Islam, and learn to respect your own religion.

Otherwise, you are just being atrocious, insolent and disrespectful!

Do you remember that when Justice Lau Bee Lan allowed the Herald's application to use the word Allah, you demanded the Malay-Muslim to respect the decision.

When the Attorney General decided not to prefer any charges against the Bible Society for committing an offence under Section 9 of the Selangor Ant-Propagation Law 1988, again you demanded the Malay-Muslim to respect the decision.

BUT WHEN THE FEDERAL COURT DISALLOWED THE HERALD'S APPLICATION TO APPEAL, THUS UPHOLDING THE COURT OF APPEAL'S DECISION TO PROHIBIT THE HERALD FROM USING THE WORD ALLAH, YOU SUDDENLY BECAME HYSTERICAL AND CONDEMNED THE DECISION; AND REFUSED TO ACCEPT AND RESPECT THE DECISION OF THE APEX COURT OF THE COUNTRY!

DON'T YOU THINK THAT IS HYPOCRISY OF THE HIGHEST DEGREE!

And may I remind you before you continue with your provocative attitude, please do read the book "13th May: Before & After" written by our beloved Father of Malaysia Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, and the Mageran Report dated 06 Oktober 1969 for you to realize that what you are doing may cause serious racial and religious conflict in this peaceful country.

 The record shows that prior to the bloody riot, the racial chauvinist has been instigating the chinese community to go against the Malays by playing up the issue on Malay rights and privileges as enshrined in the Federal Constitution, in particular Article 153.

.Read more here

This is exactly what these so-called men of cloth is doing. Aren't they supposed to believe in love thy neighbour?


They have ulterior motive:



Or it is typical of shallow thinking liberals???

Kerajaan belum terima cadangan RUU, Evangelis NUCC minta Zionis Mkini spin

Posted: 04 Jul 2014 08:06 AM PDT


Dato Nancy Syukri membuat kenyataan menyatakan kerajaan tidak akan terburu-buru membuat keputusan di atas cadangan bodoh NUCC atau MPKN.

Ekoran itu, Barisan Perpaduan Negara menerima baik kenyataan itu dalam kenyataan pada akhbar berikut:

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PERKASA/PENGURUSI JK PENYEDIAAN MEMOREMDUM PERPADUAN NASIONAL(BPN):  

Pihak BPN dan Perkasa menyambut baik jaminan bahawa kerajaan tidak akan terburu buru mengubal undang2 baru yang boleh mengugat keharmonian dan keselamatan Negara (rujuk pd draf RUU yg di sedia oleh MKPN).

Pengalaman memansuh ISA patut menjadi tauladan. 

Perkasa mencadangkan PM sendiri mengadakan perbincangan dgn pimpinan negara yg berpengalaman spt Tun Mahathir, Bekas-Bekas Ketua Hakim Negara spt Tun Hamid, Tun Ahmad Fairuz & Tun Zaki Azmi dan Bekas Ketua Polis Negara spt T Sri Rahim Nor dan bekas2 Ketua Cwangan Khas yg berwibawa) dan Bekas2 Panglima Angkatan Tentera Msia & Ketua Perisikan (ATM).

Pandangan mereka adalah amat berguna dan sesiapa yg menafikannya adalah org buta & pekak.

Keamanan atau National Security tiada tolak ansur & bukan isu mainan politik,demokrasi atau hak asasi manusia. Hendak merobek mudah. Sekelip mata saja.. 

BPN dlm proses menyediakan Memoremdum Perpaduan Nasional yg di usahakan oleh 55 Ngo2 Melayu/Islam Bumiputra serta penglibatan individu2 berwibawa spt tokoh2 akedemik,perundangan, profesional dan politik yg di pengurusikan oleh Tun Hamid Mohamad dan Tim. Pengurusi Bersama Tan Sri Ghazali Mohd Seth (bekas Panglima PAT) dan TSri Rahim Nor (bekas KPN).

Draf awalnya akan siap awal Ogos.Konvensyen Perpaduan Nasional akan di adakan pada pertengahan Sept 2014 utk mendapat kelulusan konvensyen dan padangan muntakhir. Ianya bertajuk'Memorendum Perpaduan Nasional Tun Hamid Mohamaad. 

BPN tidak akan terburu buru dan cuba  pintas mencapai matalamat tersembunyi. Kerajaaan wajar menunggu semua pihak memberi pendapat dan cadangan. Biar lambat asal selamat..

(Kenyataan saya ini adalah reaksi kepada  kenyataan Nancy Syukri, Menteri JPM dlm media hari ini 4hb Jun. Mohon disiar).

Tok Him.
Presiden Perkasa/Pengurusi JK Penyedian Memo PN

Sebaik saja  Nancy membuat kenyataan, M'kini terus spin dan putarbelit kenyataan Nancy sebagai kerajaan menerima arahan Perkasa dan BPN.

Wei Zionis!

Dahlah ahli MPKN terdiri oleh Evangelis dan Atheis serta Muslim liberal dan bongok macam Pudin dan Wardina serta Marina yang bebal.

Takkanlah kerajaan tak tanya pelbagai pihak. Jangan macam mangkuk-mangkuk yang memandai dalam hal ISA macam Omar Ong dll.

Demi kebebasan akademik, si Pudin tongong pasti sedia bela terroris

Posted: 04 Jul 2014 05:00 AM PDT


Lima individu termasuk pensyarah sedang diburu kerana terlibat dalam kegiatan militan. Taj mahukah Saifudin Abdullah bersuara itu adalah hak kebabasan akademik untuk menjadi militan?

Sementara tu, Marina Mahathir pula menulis di The Edge yang menghasut memperjuangkan hak syiah yang sesat atas hak asasi manusia. 


Bodoh benarkah Marina untuk tidak tahu syiah mempunyai kecenderungan ke arah revolusi dan terorisma?

Kalau teroris syiah ini tembak dan cederakan dirinya, mahu lagikah Marina cakap pasal hak asasi manusia untuk amalkan ajaran songsang???!!!

Dari sibuk kan isu begini kenapa dua orang Islam ini berdiam saja bila ....



Bisu ke atau tongong?

Dalam hal teroris USIL yang hanya beberapa kerat tapi begitu ganas bertindak di Iraq, maklumat mengatakan ada orang Malaysia yang terlibat.

Dalam The Star 20/6, ada laporan bahawa pengebom berani mati  rakyat Malaysia - Ahmad Tarmimi Maliki, 26thn berjaya membunuh 25 org askar elit SWAT di Iraq pada 26 Mei 14.

Dalam laporan tersebut, Zaid Ibrahim telah memetik laporan rasmi dari portal Institute Islamic Of Iraq And Sham(ISIS)- 'Rakyat Malaysia Pertama  Mati Shahid Jihad Di Iraq', Ahmad Tarmimi yg mempunyai jaringan dgn pertubuhan militan tersebut telah memandu sebuah SUV yg sarat dgn bahan letupan lalu merempuh Ibupejabat Askar Elit SWAT sebelum meletupkan dirinya sendiri dan mengorbankan 25 askar elit SWAT.

Difahamkan, Ahmad Tarmimi Maliki, 26 thn yg berpewatakan pendiam dan berahsia itu telah mendapat latihan militan di Kuala Kangsar dan latihan fizikal di Port Dickson.

Beliau yg berasal dari Pahang telah berhijrah ke Selangor pada 2012 dan bekerja di kilang roti telah pergi ke Iraq pada 2013 melalui Turki dan Syria seterusnya sampai ke Iraq utk bersama perjuangan ISIS.(ISIS diasaskan oleh Ab Bkr Baghdadi)

Ekoran penangkapan 11 anggota militan di Malaysia baru-baru ini, kumpulan ini turut menyebut Ahmad Tarmimi Maliki telah mendapatkan latihan fizikal di pantai Port Dickson pada 2013 sebelum pergi ke Iraq.

Ini suatu yang menakutkan.

Berapa ramai mereka yang melibatan diri di Iraq? 

Dari mana orang Malaysia ini datang? Adakah mereka akan kembali ke Malasyia atau dah kembali? Dimana mereka berada? Adakah mereka ini dapat dikesan? Adakah imigresen memantau mereka yang asyik ke Iraq atau negara berdekatan seperti Kuwait dan Turki? Adakah risiko mereka boleh tiba-tiba berubah bertindak macam USIL di Malaysia?

Harap PM, Menteri Pertahanan dan Menteri KDN tidak ambil mudah isu USIL dan layan sangat mangkuk-mangkuk tak berotak seperti puak liberal ini.

Keselamatan negara tidak boleh dikompromi!!!




Sangat bahaya sekali bila  menantu Presiden Pas Hj Hadi Awang menyatakan sokongan terbuka kepada kumpulan militan berkenaan.

Dalam laman Facebook beliau, Ahli Majlis Syura Pas Zaharudin Muhammad menyatakan kegembiraan apabila kumpulan militan berkenaan berjaya merampas beberapa kawasan di Iraq.

Adakah Lim Guan Eng yang mengecam teroris USIL berani mengecam menantu Hadi Awang ini?


BN di Sabah belum hilang, Banyak wang Lajim Anwar kasi hilang

Posted: 04 Jul 2014 01:30 AM PDT



KATAK Sabah bernama Lajim Ukim. Pendidikannya tidaklah setinggi mana. Setakat tingkatan 3 sekolah bantuan kerajaan sahaja, tetapi kerana bijaknya dia berpolitik, dia menjadi kaya raya dan pada penghujung hayatnya bersama-sama Barisan Nasional ialah kemuncak kemarahannya kepada Ketua Menteri Sabah, Musa Aman apabila Ketua Menteri itu membatalkan jualan tanah laut yang dibuat oleh Lajim Ukin kepada seorang taukeh Cina di Sepanggar.

Lajim Ukin menyertai PKR dan Anwar Ibrahim setelah tertipu dengan janji-janji manis Anwar Ibrahim untuk melantiknya sebagai Ketua Menteri Sabah selepas begitu yakin Pakatan Rakyat akan merampas Sabah dari Barisan Nasional.

Dan semenjak itu, nasib malang Lajim Ukin tidak kunjung padam dan sentiasa bertali arus.

Lajim Ukin sekarang ini dikatakan sedang menghadapi masalah kewangan yang sangat kritikal dan sudah banyak harta benda dan kewangannya dikikis oleh Anwar Ibrahim. Harta kekayaan dan wang ringgit yang dicuri oleh Lajim Ukin daripada rakyat Sabah dan menipu kerajaan, kini telah dirampas oleh Anwar Ibrahim secara halus.



Justeru, dalam masa terdekat iaitu sebelum atau sesudah Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, Lajim Ukin akan mengumumkan untuk melepaskan semua jawatannya dalam PKR dan Pusat. Dan sekalipun Mahkamah Persekuan telah memutuskan dia kekal sebagai ADUN Kelias, namun Lajim sudah brtekad untuk mengisytiharkan dirinya sebagai ADUN Bebas yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan PKR lagi.

Sepanjang berada dalam PKR, Lajim Ukin terpaksa menggunakan wang ringgitnya untuk PKR tanpa sebarang bantuan dari PKR Pusat. Pada peringkat awalnya, Lajim menyangkakan, dia dapat menambah kekayaannya dengan duit daripada Anwar Ibrahim, malangnya Anwar Ibrahim jauh lebih licik darinya. Sebelum dia menipu dan mengenakan Anwar, Anwar terlebih dahulu yang mendajalkannya.

Modal Anwar Ibrahim cukup mudah dan murah iaitu MENJANJIKAN BULAN BINTANG buat Lajim Ukin. Terpesona dengan janji-janji Anwar Ibrahim itu, Lajim Ukin akhirnya kehilangan kekayaan yang diperolehi dengan jalan menipu.

DAP roboh Pasar Ramadhan di lubuk PAS, ADUN PAS tak boleh buat apa

Posted: 03 Jul 2014 11:48 PM PDT


Pagi tadi, MPKJ Kajang telah merobohkan 50 gerai pasar Ramadhan di tapak pasar ramadhan berdekatan Masjid Seksyen 5 West Country.


Peristiwa ini amat menarik kerana Bangi sepatutnya lubuk PAS tetapi yang datang membantu dan membela adalah UMNO. Manakala YB PAS tidak boleh buat apa-apa kerana katanya sendiri dalam whats app kepada salah satu peserta demo adalah pejabat PAS Selangor sudah arahkan supaya tidak tolong.

Kalau tak percaya baca berikut pasal SInar harian pasti tidak akan keluarkan:



Penganjur tapak Ramadhan ini adalah AJK Masjid dan surau serta Persatuan Penduduk Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Unsoinners percaya ramailah penyokong kalau tiidak ahli PAS dalam AJK tu kerana ceramah politik memang suatu yang lazim dalam usrah di surau dan masjid Bangi.


Pada mulanya Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bangi Major Bersara Abdul Rahim b. Mohd Amin cuba membantu 15 peniaga bersama Osman ali, Pengerusi surau, Haji Abdul Bassir Karimun, Pengerusi Masjid Baru / Jawatankausa dan Abdul Azim bin Abu Bakar, Setiauasa Penaja Pembinaan Masjid untuk berunding dengan pihak MPKJ.

Namun pihak MPKJ yang diketuai ENcik Shariman bersama leih kurang 60 orang anggota MPKJ tidak berganjak dan terus meroboh gerai-gerai.


Lalu peniaga telah berpiket dengan pelbagai kain rentang yang antara lain berbunyi:

1)"ADUN BANGI TIDO .....ZZZZZZ"
2)"MANA YB SYAFIE???TIDOR KE....INI PUN XBOLEH TOLONG"
3)"MENYESAL UNDI YB SYAFIE PANDAI CAKAP....KERJA HAMPEH"
4)"YB SYAFIE ADUN BANGI TAK BUAT KERJA"
5)"KAMI CARI DANA BINA MASJID"

Dalam sdang media, penganjur berkata ada campur tangan Adun menghalang pembinaan bazar ramadhan. Padahal tujuan bazar Ramadhan adalah untuk mengutip dana pembinaan masjid tetap.


Nampaknya DAP Evangelis yang mana PBT berada bawah exco DAP lebih berkuasa hingga ADUN PAS tersenyap tak boleh lawan tindakan mereka menghalang pembinaan masjid dan surau. Sudahlah di Penang sekarang dah tak boleh azan dan baca quran. Setakat ini,  kawasan tersebut hanya da satu masjid di downtown Kajang.

ADUN PAS tersebut langsung enggan berjumpa dengan peniaga dan AJK penganjur.

ELoklah undi PAS masuk syurga, dunia saja macam neraka. EH kalau di dunia susah boleh ke iman itu kekal hingga mati untuk masuk syurga?

Takbeer!!!

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


VIRUS J.E: BABI PUNYA PASAL KAMPUNG SELAMAT DAH TAK SELAMAT

Posted: 04 Jul 2014 07:47 PM PDT


Perihal empat kematian yang disebabkan oleh virus Japanese Encephalitis atau JE yang dikatakan membiak di kandang babi di Kampung Selamat, Pulau Pinang telah pun diketahui umum.

Bihun, laksa dan mee yang dihasilkan oleh Kilang Bihun Beras Indah (KBBI) juga di Kampung Selamat. Dan produk-produk tersebut turut pernah menggemparkan kerana selain daripada penipuan logo serta status HALAL JAKIM, kesemua produk dari kilang tersebut dihasilkan menggunakan sumber air kandang babi. 

Pada masa yang sama, kilang ini turut menggunakan jenama yang sama yang dikeluarkan oleh KBB yang tidak ada kaitan dengan KBBI.

Untuk mengaburi mata pengguna, mereka dengan cerdik otaknya telah berfikiran kolot dengan meletakkan alamat yang berlainan dari alamat kilang sebenarnya di Kampung Selamat pada bungkusan bihun. Pastilah pengguna tidak akan membeli bihun tersebut jika diketahui adalah bihun keluaran KBBI serta terletak di Tingkat 6, Kampung Selamat yang semestinya perkampungan ternakan babi. 

Selain dari alamat premis yang telah ditukar, kilang tersebut juga bertindak menutup mata pengguna dengan meletakkan nama dan alamat pengedar atau pendaftar yang tidak dikenali para pengguna sebagai salah satu anak syarikat KBBI. 

Antara nama pengedar tersebut adalah GAN CHOON HIN & BROTHERS TRADING SDN.BHD, PERNIAGAAN YC ENG, Setia Jaya Murni Enterprise, TWENTY-TWENTY FOOD INDUSTRY SDN BHD dan SERBA WANGI SDN BHD.Seharusnya pada bungkusan bihun perlu diletakkan alamat Kilang Bihun Beras Indah seperti yang telah tercatit di dalam undang-undang. Takutkah mereka dengan mencetak nama premis lain sebagai ganti.

Justeru, berhati-hatilah dengan apa-apa sahaja produk yang berkaitan dengan KAMPUNG SELAMAT kerana sememangnya ia tidak SELAMAT!!!


Satu lagi projek kerajan DAP nak halau Melayu dan nak menang Parlimen Tasek Gelugor - kasi halau Melayu dengan babi.



ISU GELANDANGAN: KU NAN TAMPAR MULUT CAPOI NURUL IZZAH, LEBAM MATA!

Posted: 04 Jul 2014 02:40 PM PDT



Dua tiga hari lepas Nurul Izzah a/p Anwar Kutty Ibrahim dan juak-juak pencacai PR sibuk menghentam Tengku Nan berhubung isu gelandang dan pengemis kota.

Bersorak sorailah puak-puak jahil fakta ini meroyan bagaikan segerombolan syaitan, Iblis dan jin yang terlepas bebas di bulan Ramadhan.

Bulan Ramadhan yang seharusnya mendidik umat Islam mengawal nafsu dan kejahatan mulut bagaikan tidak memberi erti kepada puak-puak begini.

Berikut adalah jawapan bertulis Ku Nan terhadap dakwaan fitnah yang dilemparkan ke atasnya. 

KENYATAAN MEDIA

YB MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN
"KERAJAAN SERIUS TANGANI MASALAH PENGEMIS DAN GELANDANGAN DI KUALA LUMPUR"

Merujuk kepada masalah gelandangan dan pengemis yang masih berterusan di ibukota Kuala Lumpur, Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) memandang serius mengenai perkara ini dan ingin menjelaskan beberapa perkara iaitu:

Masalah gelandangan telah menyumbang terhadap masalah kebersihan di Kuala Lumpur khususnya lokasi-lokasi tumpuan pengunjung/pelancong. Mereka tidur di tempat-tempat yang tidak sesuai di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dalam persekitaran yang tidak bersih dan terdedah kepada penyakit berjangkit.

Manakala golongan pengemis pula kebanyakannya meminta sedekah di hadapan kompleks perniagaan, tepi-tepi jalan dan sebagainya. Kedua-dua faktor ini bukan sahaja menyumbang kepada masalah kebersihan, malah turut menyumbang pelbagai masalah lain seperti sosial; keselamatan; menjejaskan imej Kuala Lumpur dengan pandangan kurang elok jika dilihat oleh pelancong. 

Menurut siasatan oleh pihak berkuasa, didapati terdapat sindiket yang beroperasi membawa golongan ini untuk mengemis di ibukota terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai. Mengemis juga seolah-olah telah dijadikan sebagai satu kerjaya yang mendatangkan hasil yang lumayan. Malah, terdapat diantara pengemis yang pernah ditahan oleh pihak berkuasa menginap di hotel-hotel berdekatan dengan tempat mereka mengemis;

Bagi tahun 2013, operasi bersepadu yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengangkut sejumlah 965 orang gelandangan dan didapati 125 orang daripada mereka adalah pendatang asing . Pada tahun 2014 (sehingga Mei) sejumlah 117 orang gelandangan telah berjaya diangkut menerusi operasi bersepadu yang dijalankan dan didapati 21 orang daripada mereka adalah pendatang asing.

Masalah gelandangan ini menjadi semakin rumit apabila mereka mempunyai kumpulan masing-masing yang menguasai kawasan tertentu. Masalah timbul apabila mereka berebut kawasan dan berlaku pergaduhan diantara mereka;

Antara faktor yang menyumbang kepada masalah gelandangan ialah tiada pekerjaan, miskin, masalah mental/kemurungan,/penyakit melarat, warga asing tiada pekerjaan, ketidakupayaan mengurus diri, ditinggalkan keluarga serta penagihan dadah/arak/bekas banduan dan warga emas.

Kawasan "Hot Spot" masalah gelandangan di Kuala Lumpur ialah Mydin Kotaraya; Masjid Negara; Central Market; Menara Maybank; Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Masjid India, Jalan Tiong Nam (Chow Kit), Jalan Silang, Masjid Jamek, Bank Negara, Bulatan Sultan Mohamad dan Dataran Merdeka.

Antara pendekatan strategik yang akan dilaksanakan bagi menangani masalah gelandangan ialah Pelaksanaan Zon Sifar Gelandangan iaitu 2.0 KM Radius bermula daripada Simpang Empat Lot 10. Pemilihan kawasan ini adalah berasaskan kepada aspek tumpuan pelancong, kawasan perniagaan dan berada di pusat Bandar Kuala Lumpur.

Tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan di kawasan ini dengan mengenakan denda dan bayar serta merta (terhadap mereka yang memberi makanan dan derma) serta melaksanakan proses "pungutan" terhadap gelandangan dan pengemis yang berada di kawasan berkenaan.

Pihak DBKL juga akan melaksanaan Perundangan Di bawah PBT di mana penggubalan undang-undang kecil akan dilaksanakan yang memberi kuasa kepada pihak DBKL untuk mengangkut golongan gelandangan dan pengemis yang berada di 2.0 km radius dan menyerahkan kepada pihak yang berwajib untuk tindakan selanjutnya seperti PDRM, Imigeresen; Jabatan Kebajikan Masyarakat; AADK dan pihak-pihak lain yang berkenaan.

Di samping itu, Kementerian Wilayah Persekutuan akan bekerjasama rapat dengan Agensi Kerajaan yang lain serta NGO-NGO yang berkaitan secara bersepadu bagi mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) untuk memastikan masalah ini dapat ditangani secara berkesan.

Sehingga kini, pihak DBKL telah mengenalpasti 12 NGO yang aktif memberi makanan kepada golongan gelandangan ini mengikut hari dan waktu serta lokasi popular pengagihan makanan seperti Pasar Seni; Dataran Kota Raya; Stesen Bas Klang, Masjid India; Masjid Negara; Bangkok Bank, Jalan Tun HS Lee; Kota Raya; Pudu Sentral; dan Swiss Garden Hotel, Jalan Pudu.

Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) bersama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan mengenalpasti pusat pengagihan makanan yang sesuai supaya NGO terbabit dapat meneruskan aktiviti sukarelawan serta menderma makanan kepada golongan ini. Usaha ini juga mampu mengurangkan masalah kekotoran yang akan timbul akibat pembuangan sampah oleh golongan berkenaan. Pemilihan lokasi ini juga akan mengambil kira daripada aspek kesampaian yang mudah kepada golongan gelandangan ini.

KWP bersama dengan DBKL akan mengenalpasti lokasi yang sesuai bagi penempatan golongan ini iaitu dengan menyediakan bangunan seperti konsep "Anjung Singgah" yang akan menyediakan beberapa kemudahan untuk golongan gelandangan seperti:

Menyediakan makanan yang berkhasiat secara percuma dan pihak NGO juga dialu-alukan untuk menyumbang makanan di pusat pengumpulan golongan tersebut;

Menyediakan tempat rehat dan tidur bagi memberikan keselesaan dan keselamatan kepada golongan ini;

Menyediakan pusat rawatan kesihatan bagi memastikan tiada masalah penyakit berjangkit akan tersebar oleh golongan ini;

Menyediakan pusat pendaftaran bersepadu yang akan merekod perihal golongan ini dengan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat termasuk maklumat diri, waris dan sebagainya;

Menyediakan kemudahan riadah, mendobi pakaian dan sebagainya untuk kesihatan dan kekemasan diri; dan

Menyediakan perkhidmatan kaunseling dan membantu mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian.

Justeru, saya ingin menafikan sekeras-kerasnya bahawa kerajaan bertindak zalim dan tidak berperikemanusiaan, sebaliknya tindakan tersebut adalah bagi membantu golongan gelandangan dan pengemis ini dengan kehidupan yang lebih baik dan sempurna melalui perkhidmatan yang disediakan di 'Anjung Singgah'.

Usaha-usaha yang dilaksanakan ini juga adalah bagi memastikan keselesaan dan kesejahteraan warga kota sentiasa terpelihara serta aktiviti-aktiviti sindiket mengemis dapat dibanteras.

Saya menghargai segala usaha murni yang dilaksanakan oleh NGO-NGO yang terlibat dan Ketua Setiauasaha Kementerian Wilayah Persekutuan akan mengadakan perbincangan bersama dengan NGO-NGO ini pada hari Selasa (8 Julai 2014) bagi menetapkan lokasi yang bersesuaian supaya pengagihan makanan dan bantuan-bantuan lain dapat dilaksanakan dengan lebih sempurna.


Sekian, terima kasih.

TENGKU ADNAN

Nak bagi keselesaan pada orang lain pun salah, semuanya nak dipolitikkan.

Teruskan usaha Ku Nan. Allah s.w.t tahu apa yang kita buat.

Artikel berkaitan;

SANTAI: LYNAS VS J.E, MANA YANG BANYAK MATI?

Posted: 04 Jul 2014 08:17 AM PDT


Murah sungguh nyawa Melayu di Pulau Pinang.

Mudah sungguh nak halau Melayu dari kampungnya.

Cemarkan sungai, bendang dan kampung dengan najis-najis babi.

Bela babi banyak-banyak

Kasi busuk satu kampung...biar J.E bunuh satu per satu

Tak lama lagi itu Melayu angkat kaki semua lari.

Kita pula terus kata tak pa...toleransi

Puak-puak yang tu pulak kata ini semua salah kerajaan UMNO dulu beri lesen bela babi.

Mereka yang berkuasa pejam mata...masyuk punya pasal. Sedap makan duit jual babi kot?

Babi dah beranak-pinak tokey makin kaya...makin bongkak tuntut hak-hak orang lain.

Hak sendiri tak boleh usik... hak orang lain perlu dan boleh ambik.

Mungkin dah mewah hasil duit jual babi...ingat semua dia boleh beli.

Melayu mau sabar dan tengok lagi?

Mungkin ini hadiah Ramadan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.

Mungkin juga ia hadiah sempena Ulangtahun Georgetown sebagai bandar warisan dunia.

Bandar Georgetown cantik, kampung Melayu pulak kena J.E.

Terima kasih DAP dan Lim Guan Eng...

KALIMAH ALLAH: TUNTUTAN MAKIN MELAMPAU BILA TUKAR PADERI!

Posted: 04 Jul 2014 03:40 AM PDT


Mahkamah Rayuan telah menetapkan 1 Oktober kelak untuk mendengar rayuan Gereja Sidang Injil Borneo (SIB) berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan gereja itu mendapatkan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar perintah Kementerian Dalam Negeri berhubung rampasan buku Kristian mengandungi kalimah Allah. 

Walaupun kes ini berlainan dari kes The Herald tetapi ia boleh memberi kesan yang lebih besar kepada ancaman keselamatan dan perpaduan rakyat.

Kes sebelum ini hanya terhad kepada larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Namun pihak gereja menegaskan yang mereka akan tetap menggunakan kalimah Allah dalam apa jua cara selain The Herald.

Mereka beranggapan keputusan Mahkamah Persekutuan itu tidak mengikat al-Kitab dan lain-lain penerbitan.

Tetapi kali ini mereka (SIB) memohon perisytiharan (baca sebagai mengugut) bahawa mereka mempunyai hak di sisi Perlembagaan untuk menggunakan kalimah Allah dalam semua penerbitan dan amalan mereka bukan sahaja di dalam gereja tetapi untuk tujuan berdakwah ke atas umat Islam!

Dengan muslihat tersirat mereka mahu menggunakan kalimah Allah secara meluas untuk berdakwah dan tidak lagi terhad kepada Sabah dan Sarawak. Semenanjung pun boleh digunapakai. Nauzubillah!.


Pada 5 Mei lepas, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sudahpun menolak permohonan gereja itu.  

Mahkamah Tinggi terikat dengan keputusan Mahkamah Rayuan 14 Oktober 2013 bahawa kalimah 'Allah' bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Dalam penghakiman beliau, yang dibaca Penolong Kanan Pendaftar N Arun di dalam kamar Zaleha berkata, mahkamah itu tiada pilihan selain merujuk kepada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Kementerian Dalam Negeri vs Gereja Roman Katolik berhubung larangan penggunaan kalimah "ALLAH" dalam penerbitan mingguannya, 'Herald'.

"Oleh yang demikian, walaupun keputusan itu adalah khusus bagi Herald, semua hakim yang arif berpendapat bahawa kalimah "ALLAH" bukan sebahagian daripada aspek penting dalam kepercayaan dan amalan Kristian dan oleh itu, larangan menteri berkenaan tidak bercanggah dengan perlembagaan.

"Selagi keputusan itu terpakai, doktrin 'stare decisis' (duluan), mahkamah ini terikat dengan keputusan mahkamah lebih tinggi," hujah Hakim Datuk Zaleha Yusof.

Pada 23 Jun lalu juga Mahkamah Persekutuan Putrajaya turut membuat keputusan muktamad melarang penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan The Herald.

Dengan kata lain, keputusan ini juga terpakai dalam lain-lain penerbitan kerana impak dari penyalahgunaanya juga adalah sama.

Jika penghakiman pada 23 Jun lalu digunapakai, maka seharusnya pada pendengaran kes Gereja Sidang Injil Borneo di Mahkamah Rayuan 1 Oktober kelak, para hakim perlu menyandarkan keputusan-keputusan sebelumnya.

Dan kali ini keputusan seharusnya lebih menyeluruh yang merangkumi semua penerbitan dan amalan agama mereka, bukan sahaja di gereja supaya tidak akan timbul lagi tafsiran yang pelbagai.

Diharap semua NGO Islam sila pantau dan ambil berat kes ini ..... jangan di ambil ringan kerana jika dibuatnya Gereja Sidang Injil Borneo menang, tidak ada maknanya kemenangan kes Herald baru ni !

Hahaha, apa yang umat Islam tak tahu?

Apabila Paderi Murphy Pakiam diambang persaraan dulu, beliau inginkan agar jawatannya disambung lagi oleh gereja Roman Catholic, namun ditolak sidang paderi.

Beliau perlu menonjolkan dirinya masih hebat termasuk kepada Ketua Paderi Vatican; Pope John Paul dan berharap jika jawatannya tidak disambung maka individu dari kaum se-spesis warna kulitnya dilantik menjadi Archbishop Roman Catholic ke 4 menggantikannya.

Menjadi Ketua Paderi Roman besar pengaruhnya. Disamping mendapat imbuhan yang besar, mereka juga turut mendapat bayaran tertentu bagi setiap pengeluaran surat pengampunan dosa.

Semakin besar dosa yang diampunkan, maka semakin besar laba yang diterima. Itu sebabnya ramai yang cuba berebut jawatan Paderi Besar ini selepas persaraan Pakiam.

Walaupun penganut aliran ini ramai, namun pengaruh gereja katholik di Malaysia dilihat semakin lemah hasil saingan beberapa mazhab dan gereja kristian lain antaranya Protestant, Anglican, Methodist, Evangelical dan sebagainya.

Isu hak penggunaan kalimah Allah merupakan cetusan isu yang sengaja ditimbulkan oleh paderi-paderi Roman Katholik untuk meredakan konflik dalaman gereja akibat perebutan jawatan Paderi Besar.

Khabarnya Pope Vatican John Paul juga bersependapat bahawa konflik antara paderi perlu dielakkan dan kalimah Allah boleh digunakan untuk tujuan mengembangkan dakwah di negara-negara Islam.

Kalimah Allah dan umat Islam dijadikan kambing hitam untuk menyatukan pelbagai aliran kristian di Malaysia yang bercanggah pendapat mengenai tafsiran bible dan ajaran kristian.

Pakiam ternyata telah menggunakan pengaruhnya mendesak pihak gereja Roman Katholik untuk menyokong Pakatan Rakyat untuk menekan kerajaan agar membenarkan kristian mengunapakai kalimah Allah.

Namun Pakiam ternyata amat kecewa apabila keputusan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan yang terus tegas melarang penyalahgunaan kalimah Allah oleh pihak gereja katholik.

Setelah Pakiam bersara maka terlantiklah seorang Paderi baru asal Seremban; Father Julian Leow Beng Kim sebagai paderi gereja Roman Katholik ke 4 yang dilihat sealiran dengan SIB.


Ternyata Pakiam dan kaum sejenis dengannya terasa hati dengan perlantikan Paderi besar yang baru ini yang bukan dari spesis kaumnya seperti mana sejak tahun 1955 lagi.

Tetapi siapa pun yang baru dilantik, hati mereka tetap sama; iaitu melihat isu kalimah Allah dan Islam adalah isu yang boleh memberikan keuntungan pada mereka, sekaligus boleh mencabar sistem perundangan dan Perlembagaan.

Maka konflik baru yang dicetuskan oleh SIB ini dilihat sebagai usaha 'mengasah taring' Ketua Paderi baru ini, sekaligus bagi memberi tekanan kepada kerajaan yang akan menghadapi PRN Sarawak nanti.

Apakah kita mahu menyuburkan kegiatan ekstremis agama yang akan bertindak balas dan ganas jika hak-hak umat Islam selama ini dicabar sesuka hati?

Adakah umat Islam akan berdiam diri jika ada pihak yang mengaku jadi rakyat tetapi tak mahu hormat undang-undang dan hak-hak asasi majoriti?

Artikel berkaitan:

PAS Menzalimi Masjid Yang Kumpul Dana Pembinaan Rumah Allah?

Posted: 04 Jul 2014 12:19 AM PDT

Dari blog Unspinners.

DAP roboh Pasar Ramadhan di lubuk PAS, ADUN PAS tak boleh buat apa
Pagi tadi, MPKJ Kajang telah merobohkan 50 gerai pasar Ramadhan di tapak pasar ramadhan berdekatan Masjid Seksyen 5 West Country.
Peristiwa ini amat menarik kerana Bangi sepatutnya lubuk PAS tetapi yang datang membantu dan membela adalah UMNO. Manakala YB PAS tidak boleh buat apa-apa kerana katanya sendiri dalam whats app kepada salah satu peserta demo adalah pejabat PAS Selangor sudah arahkan supaya tidak tolong.
Kalau tak percaya baca berikut pasal SInar harian pasti tidak akan keluarkan: 

Penganjur tapak Ramadhan ini adalah AJK Masjid dan surau serta Persatuan Penduduk Seksyen 5 Bandar Baru Bangi. Unspinners percaya ramailah penyokong kalau tiidak ahli PAS dalam AJK tu kerana ceramah politik memang suatu yang lazim dalam usrah di surau dan masjid Bangi.
Baca seterusnya di sini : http://theunspinners.blogspot.com/2014/07/dap-roboh-pasar-ramadhan-di-lubuk-pas.html


Nampaknya cadangan DAP supaya Pasar Ramadhan akan ditutup semakin menjadi kenyataan.

Post Pic

KUALA LUMPUR: Sikap perkauman DAP semakin terserlah hari ini apabila Ketua Publisiti parti itu, Tony Pua mencadangkan pasar Ramadan juga ditutup kerana didakwanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika benar alasan kerajaan negeri bahawa keputusan untuk menutup pasar malam pelancong Jonker Walk di Kota Melaka kerana mahu mengurangkan kesesakan lalu lintas yang melampau, maka tindakan yang sama perlu diambil ke atas Pasar Ramadan.

"Saya rasakan kalau-kalau satu pasar malam mahupun pasar tani ataupun pasar Ramadan akan menyebabkan kesesakan lalu lintas, maka semua pasar-pasar, semua pasar tani di Melaka atau mana-mana negeri perlu dibatalkan secara langsung.

Baca seterusnya di sini : http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WkbpJmbQ==

*Memang padanlah penganjur Pasar Ramadhan tak bagi DAP berkempen kat situ sebab kalau dah dapat kuasa, habis tempat orang Melayu cari makan ditutup.