Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun

Isu MB: Khalid sinis sindir pimpinan PKR?

Posted: 02 Jul 2014 11:50 PM PDT

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara sinis menyindir pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dilihat tidak mengambil apa-apa ketetapan berhubung desakan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mohd. Akin supaya beliau meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Sambil menyatakan pimpinan PKR harus bertanggungjawab dalam isu tersebut, beliau menuntut semua pihak dalam parti itu supaya menunjukkan kematangan masing-masing sebagai ahli serta pemimpin kepada sebuah parti politik di negara ini.

"Saya rasa, pimpinan PKR mestilah bertanggungjawab dan pada masa sama, kita perlulah tunjuk kematangan kita. PKR sebagai sebuah parti dalam pakatan (bersama-sama DAP dan Pas).

"Kita perlu tunjukkan kematangan serta lebih bijaksana dalam apa yang dilakukan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Semalam, Shamsul Iskandar yang juga Ahli Parlimen Bukit Katil mendesak Abdul Khalid supaya tidak lagi meneruskan peranannya sebagai Menteri Besar apabila kalah dalam pemilihan jawatan Ketua PKR Cabang Kuala Selangor yang berlangsung pada 21 Jun lalu.

Menurut Shamsul Iskandar, pengunduran itu perlu sebagai tanggungjawab moral kerana menganggap kekalahan tersebut merupakan isyarat penolakan akar umbi terhadap pimpinan Menteri Besar Selangor itu.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut menerima reaksi balas daripada Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, Faekah Husin yang disiarkan menerusi sebuah portal berita propembangkang, www.malaysiakini.com.

Menurut Faekah, kenyataan Shamsul Iskandar itu telah melangkaui arahan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim agar pemimpin parti berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan mengenai jawatan Menteri Besar Selangor.

Jelas Faekah, Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abdul Samad juga membuat kenyataan balas dengan berkata parti itu tidak pernah menyerahkan kepada pemimpin lain dalam pakatan sama ada PKR atau DAP membuat keputusan bagi pihak mereka.

Kenyataan Shamsul Iskandar menurut Faekah secara dasarnya telah mencarik kesepakatan dalam pakatan PKR, DAP dan Pas selain merosakkan imej PKR di mata rakyat.

Bagaimanapun, kritikan terhadap pihak yang mahu Abdul Khalid berundur daripada jawatan Menteri Besar tersebut dibalas dengan tindakan disiplin oleh PKR apabila Faekah dikenakan surat tunjuk sebab oleh Lembaga Disiplin parti itu hari ini.

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA

Gadis Selangor Jadi Pilihan Tengku Mahkota Johor

Posted: 03 Jul 2014 08:58 PM PDT

JOHOR BAHRU, 4 JULAI: Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan melangsungkan perkahwinan pada Oktober ini dengan seorang wanita bernama Cik Khaleeda Bustamam.
Difahamkan satu mesyuarat jawatankuasa santapan dan jamuan sempena Istiadat Perkahwinan Diraja telah berlangsung di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan, Johor Bahru pagi semalam.Mesyuarat itu telah dipengerusikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.
Surat pekeliling mesyuarat itu kini mula tersebar di laman sosial yang jelas memaklumkan perkahwinan Tuanku Ismail akan berlangsung pada Oktober ini.
Khaleed berusia 20-an dan berasal dari Gombak, Selangor pernah kelihatan di stadium menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) bersama Tunku Ismail.
Tunku Ismail adalah putera sulung kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dan Tuanku Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.
Diputerakan pada 30 Jun 1984 di Johor Bharu, Tunku Ismail merupakan putera sulung daripada enam adik-beradik.
Tunku Ismail dimasyhurkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 28 Januari 2010 dan dilantik sebagai Raja Muda Johor ketika ulang tahun keputeraan nenda baginda, Almarhum Sultan Iskandar pada 8 April 2006.
Tunku Ismail memulakan persekolahan di Sekolah Sri Utama Johor Bharu dan Sekolah Kebangsaan Kebangsaan St. Joseph, Johor Baharu sebelum meneruskan pengajian di Australian International School, Singapura dan Hale School, Perth, Australia, mulai tahun 1999 hingga 2002.
Untuk tujuan pendidikan dan disiplin yang tinggi setaraf dengan bakal raja, Tunku Ismail dihantar menjalani latihan ketenteraan dan pelajaran sebagai pegawai kadet di akademi tentera terulung, Indian Military Academy (IMA), Dehradun, India, mulai Julai 2003.
Tunku Ismail dikurniakan pangkat Leftenan selepas tamat latihan pada 11 Disember 2004 dan diserapkan ke dalam Angkatan Tentera India yang bertugas sebagai pegawai dalam Rejimen 61 Cavalry, Jaipur, India.

Lelaki Raba Punggung Wanita Timbul Kemarahan Orang Awam

Posted: 03 Jul 2014 07:35 PM PDT

Diterbitkan: Khamis, 3 Julai 2014 8:40 PM

KAJANG: Seorang penganggur diserang oleh penduduk yang marah selepas dia didakwa meraba punggung seorang wanita di Sungai Jelok, di sini.

Lelaki berusia 48 tahun itu dikatakan menyentuh seorang suri rumah selepas dia keluar dari keretanya dan berjalan ke pasar kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.

Wanita berusia 35 tahun itu menjerit meminta pertolongan dan bapanya, yang memandu kereta itu keluar dan mengejar lelaki terbabit.

Kejadian itu menarik perhatian orang awam yang berdekatan yang turut bertindak menangkap lelaki itu.

Ketua Polis Daerah ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata polis diberitahu bahawa lelaki itu mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh ke dalam longkang ketika cuba melarikan diri.

Tetapi beliau berkata polis akan menyiasat jika lelaki itu dipukul oleh orang yang menangkapnya.

"Kami percaya bahawa berlaku pergelutan di antara dia dan orang yang menagkapnya, menyebabkan kecederaan di kepalanya.

"Beliau telah dimasukkan ke wad di Hospital Kajang untuk rawatan," katanya.

Beliau berkata suspek adalah seorang 'kaki botol' dan telah ditangkap beberapa kali dalam kes perjudian haram.

Kes itu disiasat kerana mencabul kehormatan.

Tutup Rumah Urut, Rumah Ayam...Bukan 'Soup Kitchen'

Posted: 03 Jul 2014 02:39 PM PDT

MICHELLE TAM

PETALING JAYA: Pengguna laman sosial rata-ratanya kurang senang dengan langkah menghentikan program amal Soup Kitchen di kawasan Bukit Bintang.

Kejam dan tidak berperikemanusiaan, demikian mereka memberi pandangan terhadap cadangan untuk menyekat pemberian makanan percuma kepada golongan gelandangan.

Reaksi sebegini muncul selepas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata program amal Soup Kitchen tidak lagi dibenarkan beroperasi dalam lingkungan 2 km daripada pusat bandar.

Pengguna di Facebook mencela pengumuman itu, dengan beratus-ratus orang memberi pujian kepada Fendi Ahmad, yang menggesa pihak berkuasa untuk memberi tumpuan kepada usaha membasmi, bukannya membendung aktiviti amal.

"Anda patut menutup semua pub/rumah urut/rumah ayam (sarang pelacuran). Bukan Soup Kitchen la ..." tulis Fendi.

Seorang lagi pengguna pula menyuarakan persoalannya dengan berani dengan menulis: "Siapakah anda untuk menghalang saya daripada memberi makan kepada saudara saya?"

Kenyataan Tengku Adnan bahawa Soup Kitchen menggalakkan aktiviti gelandangan dan pengangguran juga telah ditolak oleh Lavinia Lo.

"Mereka di situ untuk memberi makanan kepada orang-orang yang malang. Hanya beberapa orang sahaja yang akan mengambil kesempatan terhadap kebaikan mereka.

Mengenai dakwaan bahawa Soup Kitchen menyebabkan sampah-sarap, Alvin Kanniah menggesa supaya pembuat keputusan dasar membuat keputusan berdasarkan penemuan fakta: "Bagaimana begitu mudah mengaitkan 'masalah berkaitan sampah di bandar' dengan mereka yang tiada tempat tinggal dan menganggur! Saya pasti anda mempunyai data untuk menyokong perkara ini?"

Felixia sah peluk Islam

Posted: 03 Jul 2014 07:15 AM PDT

  • Felixia Yap
 1 / 1 
MODEL pakaian muslimah terkenal, Felixia Yeap selamat memeluk Islam tepat jam 6.30 petang, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan sendiri Felixia menerusi kemaskini status Facebooknya.

Namun, Felixia masih belum mengumumkan nama baru yang dipilihnya.

"Jam 6.30 petang tadi, saya telah selamat mengucap syahadah di sebuah masjid di TTDI.

Alhamdullilah selamat bergelar seorang muslimah walaupun diberi dugaan tambahan hari ini," katanya.

Felixia turut menyatakan kesyukuran atas kehadIran sahabat-sahabatnya pada hari 'kelahirannya'.

Pasukan Piala Dunia Algeria derma RM27 juta ke Gaza

Posted: 03 Jul 2014 06:07 AM PDT

Jordan: Walaupun gagal ke pusingan suku akhir Piala Dunia, pasukan Algeria antara pasukan yang menjadi tumpuan media sehingga ini.
Difahamkan, pasukan Algeria akan menderma wang yang dimenangi semasa pusingan ke-16 Piala Dunia itu berjumlah RM27 juta. 
Pasukan yang sangat menyerlah ketika perlawanan akhir mereka menentang Jerman Selasa lalu kelihatan lebih menyerlah walaupun di luar padang.

Wartawan dari Jordan, Waleed Abu Nada berkata, penyerang Algeria, Islam Slimani mendedahkan bahawa mereka akan mendermakan kesemua wang Piala Dunia yang dimenangi kepada rakyat di Gaza, Palestin.
Foto
FOTO AFP

Menurut Slimani, pemain Algeria memilih berbuat demikian kerana merasakan wang tersebut lebih diperlukan rakyat Gaza berbanding mereka.

Sikap yang tidak mementingkan diri sendiri daripada pasukan Algeria sekaligus menjadi contoh kepada pasukan-pasukan dari Afrika yang mana pasukan Ghana dan Cameroon sering berkelahi kerana wang. - Agensi 

Kerajaan tak layak tentukan tempat kami bersedekah, kata Dapur Jalanan

Posted: 03 Jul 2014 03:04 AM PDT

"
Sukarelawan Dapur Jalanan KL menyediakan makan untuk warga kota tak berumah di Jalan Panggung pada 30 Mac. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari.Sukarelawan Dapur Jalanan KL menyediakan makan untuk warga kota tak berumah di Jalan Panggung pada 30 Mac. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. - 

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur, sebuah organisasi yang memberikan makanan percuma kepada golongan tak berumah di sekitar ibu kota setiap hujung minggu, akan tetap meneruskan aktiviti mereka walaupun Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor memberi amaran untuk mengenakan tindakan saman kepada organisasi seperti mereka.
Dapur Jalanan berkata, Kementerian Wilayah Persekutuan tidak berhak untuk menetapkan jarak tertentu untuk aktiviti amal berkenaan kerana setiap aktiviti yang dijalankan mereka ‎bukan hasil daripada dana kerajaan.
"Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah," kata kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini
‎Baik kementerian atau Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kami tidak menggunakan dana dari kementerian mahu pun DBKL maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami bersedekah."
Kumpulan itu turut memaklumkan aktiviti Dapur Jalanan pada Ramadan akan diadakan pada 10 malam, setiap Sabtu.
"Pada hari Sabtu ini Tengku Adnan boleh melihat sendiri dan menilai tahap kebersihan aktiviti kami serta yang lebih penting, menilai sama ada aktiviti berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah benar benar menjejaskan imej banda raya Kuala Lumpur."
Hari ini Tengku Adnan memberi amaran kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang berpusat di Kuala Lumpur diberi tempoh hingga Isnin depan untuk berpindah keluar dari pusat bandar sekiranya tidak mahu dikenakan tindakan saman DBKL.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu negara.
Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.
"Mengenai gelandangan ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka mendapatkan makanan.
"Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.
Katanya, NGO berkenaan juga perlu mencari lokasi lain luar dari pusat bandar sekiranya mahu memberikan makanan percuma.
Tengku Adnan berkata, DBKL juga menetapkan jarak 2km dari pusat bandar bagi NGO untuk memberikan makanan percuma.
"Kalau mereka nak bagi makan jangan bagi makan dalam bandar paling kurang 2km dari pusat membeli belah Lot 10," katanya. – 3 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerajaan-tak-layak-tentukan-tempat-kami-bersedekah-kata-dapur-jalanan?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.uFYvu7Of.dpuf

 HARI KELIMA
hari ini 
petang ini  
sayu dan redup
aku merasa  gelisah
gelisah  apabila aku
terpaksa menulis kasar
ketika dalam  berpuasa
kepada seorang menteri yang ingin
menghalang anak anak muda dari membuat kebajikan

aku sedar
nilai negara ini telah punah 
nilai kita telah ranah

perdana menteri negara ini terlibat dalam 
ketua menteri kanak kanak sekolah
menteri kebudayaan amah

kemudian 
aku  menjadi sedih apabila
melihat gambar gambar
warga miskin kota
dan
dapur jalanan
dalam malaysiakini

lalu aku bertanya
apakah kita  telah hilang 
semua nilai kemanusiaan
apakah
nilai baik kita telah diambil
oleh kerakusaan akidah membeli dan memilik

kita telah menjadi konsumer yang rakus
kita ingin menjadi pemilik
ingin memiliki semua benda 
dalam dunia ini

apakah ada yang
telah berjanji dengan syaitan
berikan  aku segala benda dalam dunia ini
kau ambillah kemanusian aku

PEMBACA
 para pembaca
pasti telah mengikuti setiapa senin
laporan dapur jalanan
aku sendiri pun hairan
melihatkan bagaimana anak anak muda

anak semua bangsa
berduyun datang membantu
ada dari kampus 
ada dari entah dari mana
mereka ini membuat kerja amal

nah apakah ini satu jenayah?

SELAMAT 

BERBUKA

sumber : Tukar Tiub

Aktiviti kongsi makanan diteruskan – Dapur Jalanan KL

Posted: 03 Jul 2014 02:06 AM PDT

Kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur tetap akan berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah.
Pada bulan Ramadan ini aktiviti berkongsi makanan kami dijalankan jam 10 malam setiap hari Sabtu. Kami menjemput semua untuk menyertai aktiviti kami.
Seperti kenyataan kami semalam, kami turut menjemput Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar Tengku Adnan Tengku Mansor untuk turun sendiri melihat keadaan sebenar golongan miskin kota dan warga tak berumah.
Sebagai warga yang bertanggungjawab kami senantiasa memastikan tahap kebersihan yang tinggi sewaktu dan selepas aktiviti kami.
Pada hari Sabtu ini Tengku Adnan boleh melihat sendiri dan menilai tahap kebersihan aktiviti kami serta yang lebih penting menilai sama ada aktiviti berkongsi makanan dengan golongan miskin kota dan warga tak berumah benar-benar menjejaskan imej bandaraya Kuala Lumpur.
Dapur Jalanan Kuala Lumpur juga berpendirian bahawa Menteri Wilayah dan Kesejahteraan Bandar dan DBKL tidak berhak menetapkan jarak atau kawasan manakah yang dibenarkan bagi mana-mana organisasi untuk memberikan makanan percuma kerana aktiviti kami tidak menggunakan dana daripada kementerian mahupun DBKL.
Maka kami berhak untuk menentukan tempat untuk kami menjalankan aktiviti kami. – 3 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/aktiviti-kongsi-makanan-diteruskan-dapur-jalanan-kl?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.R4DcUnM7.dpuf

Arah 'soup kitchen' pindah, Ku Nan manusia tak perikemanusiaan

Bulan Ramadhan mengajar kita untuk bersyukur, serta mengingatkan kita terhadap permasalahan yang dihadapi oleh mereka yang tidak bernasib baik. Amalan bersedekah serta memberikan makanan kepada orang yang berpuasa amat digalakkan. "Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun ," (Hadith Riwayat Tirmidzi).
Berikutan kenyataan saya sebelum ini, alangkah terkejutnya saya apabila melihat berita utama laman Malay Mail Online yang mengatakan 'soup kitchen' yang menyediakan makanan bagi orang gelandangan yang berada dalam ibu negara perlu berpindah sebelum hari Isnin, ataupun berdepan dengan hukuman denda. Beliau juga dipetik sebagai berkata, sebarang NGO dilarang menjalankan aktiviti memberikan makanan kepada orang gelandangan di lingkungan 2km dari Gedung Lot 10.
Tugas pertama yang saya pinta Menteri Wilayah lakukan adalah membaca laporan Jayannath Appudurai dari Centre For Policy Initiatives untuk memahami dimensi kemiskinan yang lebih memperlihatkan keprihatinan realiti semasa. Laporan tersebut menegaskan pada tahun 2009  bahawa; jika kadar kemiskinan negara berdasarkan Poverty Line Income (PLI), diukur kembali menggunakan kaedah "median income" seperti yang dilakukan di UK dan Australia, kos sara hidup sehari akan berubah dari RM5.80 sehari (mengikut PLI sekarang,RM 800 seisi rumah) kepada RM 14.20 sehari. Ini bermakna statistik kemiskinan seisi rumah akan meningkat kepada 33.4% berdasarkan PLI baru RM2000.
Tugas kedua pula adalah supaya Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan Mansor kalaupun tidak mampu untuk cuba hidup seperti orang gelandangan sebanyak 3 hari dalam usaha untuk memahami akan kesusahan golongan terpinggir; sekurang-kurangnya hadir sekali bersama dalam sesi sumbangan salah sebuah NGO Soup Kitchen sebelum memberi kata putus. Saya menjemput Yang Berhormat Menteri agar bersama saya dan salah sebuah NGO Soup Kitchen yang akan beroperasi malam esok. Kita harus memiliki empati, lebih lagi sebagai seorang pemimpin.
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:" Sedekah yang paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadhan. " Menurut laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia sendiri, pengajaran hadith ini ialah "setiap umat Islam seharusnya berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan di bulan Ramadhan tanpa memikirkan sebarang kerugian seperti membanyakkan bersedekah kerana balasan di atas setiap satu kebajikan itu adalah amat besar di sisi Allah di hari akhirat kelak. Bersedekah bukan hanya memberikan wang, tetapi termasuk di dalamnya mengajak berbuka puasa kepada fakir miskin dan orang-orang yang berpuasa."
Adakah tindakan Yang berhormat Menteri ini bersesuaian dengan semangat Ramadhan yang telah diajar oleh Rasulullah? Sekali lagi saya ingin menggesa Yang Berhormat Datuk Seri Tengku Adnan agar memperbetul kesilapan yang melampau ini.
Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62074

Khalid Ibrahim Bidas Serangan Shamsul Iskandar

Posted: 03 Jul 2014 12:31 AM PDT

alt

KUALA LUMPUR 3 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas kenyataan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat termasuk Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin yang mendesak agar beliau melepaskan jawatan yang disandangnya.

Beliau berkata, tindakan Shamsul tidak membantu Pakatan Rakyat (PR) dalam memperkukuhkan keyakinan rakyat untuk kekal mentadbir Kerajaan Negeri Selangor di masa akan datang.

"Saya rasa kepimpinan kita mestilah bertanggungjawab dan menunjukkan kematangan kerana Parti Keadilan adalah sebahagian daripada PR.

"Kita ingin menunjukkan sebagai satu kumpulan parti yang boleh bersaing dengan BN dalam apa juga bentuk dan mempunyai keupayaan jika dipilih oleh rakyat untuk memerintah negara," katanya.

Khalid juga bertegas akan meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar Selangor dan enggan memberikan sebarang maklumbalas terperinci berhubung isu tersebut.

"Soalan spekulasi seperti ini bukan menguntungkan sesiapa pun, jadi saya rasa saya tidak ada komen," katanya di dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Khalid turut menegur Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin agar lebih matang dalam mengeluarkan sebarang kenyataan agar tidak memberi kesan sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR).

Beliau juga yakin bahawa kesemua ADUN PR dan Exco Kerajaan Negeri masih memberikan sokongan terhadapnya dalam meneruskan khidmat bagi jawatan tersebut.

"Saya yakin dengan sokongan ADUN-ADUN PR dan juga barisan Exco yang masih menyokong. Ini adalah mandat dari rakyat. Ini bermakna rakyat memberikan amanah kepada wakil-wakil Dewan Negeri menjalankan tugas a dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog

Neelofa di IKIM 5.15 Petang Ini bersama Usrah Nurani Ust Zul Ramli

Posted: 03 Jul 2014 06:05 PM PDT

Tahniah kepada Neelofa atas penghijrahan memakai tudung. Semoga Allah akan memberkati kehidupan beliau dengan sebab yang baik ini.

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES

PEMINTA SEDEKAH DAN PEMBERI SEDEKAH DI KOTARAYA KUALA LUMPUR DILIHAT KOTOR, BAGAIMANA PULA DENGAN KEGIATAN MAKSIAT?

Posted: 03 Jul 2014 08:07 PM PDT

Di bawah adalah kenyataan Dr Maza yang dipetik dari FB beliau berhubung kenyataan Menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Mansor yang akan membersihkan Kota Raya Kuala Lumpur dari kegiatan peminta sedekah. 

Tegas beliau mereka yang memberi dan meminta kedua-duanya akan dihukum.Pihak berkuasa sedang merangka tindakan di mana pemberi sedekah akan 'disaman' manakala peminta sedekah akan 'diangkut'.

Sebaliknya bagaimana pula dengan kegiatan yang lebih kotor maksiat seperti pub, judi haram, pusat pelacuran yang seperti cendawan tumbuh di sekitar bandaraya Kuala Lumpur?

"Kepada pihak yang ingin membersihkan Bandaraya Kuala Lumpur dari peminta dan pemberi sedekah atas alasan ingin membersihkan Kuala Lumpur dari pencemaran serta untuk menjaga nama baik ibukota NEGARA ISLAM ini, Mohon saya mencadangkan atas hasrat baik pihak tuan agar pihak tuan membersihkan Kuala Lumpur dari pusat-pusat hiburan dan segala aktiviti yang merosak dan meruntuhkan moral dan akhlak manusia. 

Jadikanlah ia kota yang selamat dan berkat. Makmurkan ia dengan kesantunan dan kemakmuran yang mendamaikan jiwa setiap pengunjung. Jadikanlah ia kota yang setiap orang yang masuk ke dalamnya merasa aman untuk dirinya, keluarganya dan temannya. Buktikanlah dakwaan bahawa ini negara yang berpegang kepada Islam dan ibu kotanya juga tentu melambang kemakmuran, kedamaian, keluhuran budi dan kesantunan moral selaras dengan kehendak Islam yang membangunkan manusia dan kemanusiaan. Sekian, terima kasih. rakyat marhaen, Dr MAZA".

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan

Orang Melayu patut baca : "Saya tidak mahu jadi pengkhianat"!

Posted: 03 Jul 2014 11:07 AM PDT

Jika ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti betul, adalah keputusan saya untuk menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau dalam bahasa Inggerisnya, National Unity Consultative Council (NUCC).

Saya menolak tawaran itu kerana khuatir akan menjadi alat bagi memanjangkan tuntutan-tuntutan pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang menguatkan kedudukan mereka dengan menghakis hak-hak orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak serta kedudukan agama Islam, sambil mengekalkan hak-hak mereka.

Saya takut sekiranya saya akan menjadi pengkhianat kepada bangsa Melayu dan agama Islam. Saya berbuat demikian sebelum saya mengetahui komposisi dan nama ahli-ahli MKPN. Apabila saya melihat komposisi dan nama ahli-ahli MKPN, saya lebih yakin bahawa keputusan saya itu adalah betul.

Besar kemungkinan MKPN akan menjadi saluran untuk pihak yang mendukung program parti pembangkang terutama DAP dan PKR (manakala Pas, seperti biasa akan menurut sahaja) dan ahli-ahli Melayu/Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan, malah ada yang tidak akan mempertahankannya kerana fahaman mereka yang liberal itu.

Ahli-ahli yang terdiri daripada anak negeri Sabah dan Sarawak terutama beragama Kristian, yang kurang senang dengan isu kalimah Allah, juga akan bersekongkol tanpa menyedari hak-hak mereka juga akan terhakis.

Siapakah Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-undang dan Dasar MKPN? Pengerusinya ialah Ahli Parlimen Pas Parit Buntar, Datuk Dr. Mujahid Yusof Rawa dan Timbalan Pengerusinya ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Lee Chee Wee.

Kerajaan melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), secara sengaja atau tidak, sedar atau tidak, telah menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf rang-rang undang-undang berikut kepada pembangkang: Racial and Religious Hate Crime Billl; National Harmony and Reconciliation Bill; dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill.

Mengapa saya kaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang? Semua orang tahu pendirian Majlis Peguam mengenai politik tanah air. Tidak perlu saya menghabiskan ruang untuk menurunkan fakta-fakta menyokong kenyataan ini. Bagaimanapun saya akan ceritakan satu peristiwa yang berlaku semasa menjadi Ketua Hakim Negara.

Selepas Pilihan Raya Umum Ke-12, Majlis Peguam mengadakan Majlis Makan Malam Tahunan. Untuk menjaga hubungan baik di antara badan kehakiman dan Majlis Peguam, saya hadir. Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti pembangkang. Antara lain, Datuk S. Ambiga berkata; "Akhirnya para pengundi telah matang". (Soalan saya: Adakah pengundi hanya matang apabila mereka mengundi pembangkang, khususnya DAP dan PKR?)

Cecil Rajendra, peguam-penyair dari Pulau Pinang pula menulis puisi memuji peguam-peguam yang memenangi pilihan raya atas tiket DAP dan PKR. Sebelum membaca puisinya, beliau memanggil mereka naik ke pentas dan mengisytiharkan sebagai, 'our heroes'.

Itulah majlis rasmi Majlis Peguam yang menjemput Ketua Hakim Negara sebagai dif kehormat! Saya berfikir sama ada hendak meninggalkan majlis itu atau tidak, tetapi kerana tidak mahu membuat heboh, saya sabar. (Mungkin itu salah satu kelemahan orang Melayu, terlalu sensitif terhadap perasaan orang lain sehingga orang lain tidak perlu sensitif terhadap perasaan mereka.)

Saya difahamkan Chee Wee dan Andrew Khoo (Pengerusi Jawatankuasa Hak Asasi Manusia Majlis Peguam dan seorang aktivis Comango) terlibat menyediakan draf ketiga-tiga rang undang-undang itu. Naskhah awal yang saya terima melalui e-mail tertera kata-kata 'Prepared by Bar Council'. Saya juga membandingkan kedua-dua set rang-rang undang-undang itu. Banyak peruntukan serupa, seksyen demi seksyen.

Apa salahnya jika pembangkang dilantik menjadi Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa itu? Ia bererti, paling kurang setelah BN berhempas-pulas untuk memenangi PRU-13, ia mengetepikan para pengundinya untuk mengambil hati pembangkang.

Jika demikian untuk apa penyokong-penyokong BN terutama sekali UMNO bekerja keras memberi kemenangan kepada UMNO dan BN? Pembangkang pula tidak perlu bekerja keras untuk menang, sebab jika kalah sekalipun tetap dapat menyerapkan rancangannya untuk dilaksanakan juga.

Apa salahnya jika Majlis Peguam yang menggubal draf awal? Saya katakan, apabila diberi peluang Majlis Peguam semestinya akan menggubal seperti yang dikehendakinya, sesuai dengan kehendak parti-parti yang disokongnya iaitu DAP dan PKR.

Hal seperti ini pernah berlaku semasa saya menjadi Ketua Hakim Negara. Majlis Peguam telah menggubal Rang Udang-Undang Pelantikan Hakim-Hakim. Draf itu dibawa kepada Perdana Menteri (pada masa itu) oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (pada masa itu), Datuk Zaid Ibrahim. Oleh kerana ia melibatkan Badan Kehakiman, saya diberi satu salinan.

Ringkasnya, mengikut draf itu suruhanjaya akan menentukan siapa yang akan dilantik menjadi hakim dan siapa yang akan naik pangkat sehingga menjadi Ketua Hakim Negara. Dalam draf Majlis Peguam itu, majoriti ahli suruhanjaya itu adalah peguam. Ertinya peguam-peguamlah yang akan menentukannya. Saya membantahnya. Antara lain, saya berkata: "Jika Rang Undang-undang ini diluluskan, hakim-hakim akan melutut kepada peguam-peguam."

Akhirnya, rang undang-undang itu dipinda dan peruntukan mengenai ahli-ahli yang terdiri daripada peguam-peguam dikeluarkan. Tidakkah kita belajar daripada kesilapan itu? Atau, dalam hal ini, adakah ia disengajakan, cuai atau kerana tidak dapat berfikir?

Saya difahamkan bahawa Chee Wee, bersama-sama Christopher Leong (Presiden Majlis Peguam) dan Andrew Khoo telah pun turun padang untuk mempromosikan agenda mereka. Seperti yang ditegaskan oleh MKPN, rang-rang undang-undang itu berada di peringkat rundingan. Walaupun ia masih di peringkat rundingan, soalan saya mengapa pembangkang termasuk Majlis Peguam dan Comango diminta, dibenarkan, dibiarkan untuk menetapkan dasar dan menggubalnya, sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri?

Mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan dasar. Selepas itu kementerian/jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu). Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan. Mengapa amalan itu tidak diikuti?

Dalam hal ini, amat menghairankan mengapa jawatankuasa itu bukan sahaja diberi tugas untuk mendraf rang-rang undang-undang, bahkan menetapkan dasar mengenainya. Peguam Negara pun tidak diberi tugas seperti itu.

Perlu ditegaskan bahawa saya tidak menentang pihak pembangkang dirunding mengenai rang-rang udang-undang itu. Tetapi, janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka. Mereka tentu sekali akan menetapkan dasar dan menggubal mengikut kehendak mereka. Ini kita dapat lihat daripada kandungan draf rang-rang undang-undang tersebut.

Kerajaan BN, terutama sekali UMNO dan juga Pas akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam. Pemimpin-pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu.

Oleh Tun Abdul Hamid Mohamad
JIKA ada satu keputusan yang saya buat dalam beberapa bulan lepas yang semakin terbukti betul, adalah keputusan saya untuk menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) atau dalam bahasa Inggerisnya, National Unity Consultative Council (NUCC).

Oleh : Tun Abdul Hamid Mohamad
PENULIS ialah bekas Ketua Hakim Negara.

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners

SAMM Chegua Bard kini berjinak dengan DAP?

Posted: 03 Jul 2014 09:47 PM PDT

Lagi Melayu diperguna DAP untuk haouskan hak Melayu dan kedudukan Islam.

Seorang gadis Melayu yang muda dan adalah rupa bernama Shefura Othman atau Rara Othman masuk jadi ahli seumur hidup DAP.

Sekali lagi DAP guna paras rupa untuk menarik undi. Taktik sama diguna mebaligh evangelis untuk menggoda Melayu Isla hingga murtad atau pun dalam dunia espionage, wanita cantik diguna jadi spy untuk mendapatkan maklumat.

Tanpa disedari akhirnya mangsa baru sedar kemudian bahawa mereka diperguna. Dalam hal ini Rara akan satu hari kemudian baru sedar dirinya diperguna. Baca Selangor Chronicle SINI

Namun begitu satu angle lagi yang ramai tidak sedar. Rara ini adalah penggiat SAMM yang dibimbing Chegua Bard.

Hai ... adakah Chegu Bard yang sudah dipecat keahlian oleh PKR dan budak dia sudah gaduh dengan Unit Amal PAS ketika demonstrasi anti GST cuba mendekati DAP pula???

Memang gampang Melayu haluan kiri dan anti establishment dalam cara mereka mengejar kuasa tanpa ada haluan dan tujuan yang murni melainkan hanya untuk jatuhkkan UMNO/

Demokrasi pada pandangan Anwar Ibrahim

Posted: 03 Jul 2014 08:04 PM PDT

Masaalah menimbun hingga Anwar rela pulang ke Sg Buloh

Posted: 03 Jul 2014 06:30 AM PDT

Pergelutan dalaman PKR nampaknya bakal memudahkan pengembaraan Anwar Ibrahim ke Sg Buloh hingga Anwar rela pulang ke Sg Buloh sebab banyak sangat masaalah.

Memetik dari Selangor Chronicle berikut:

PKR tidak nampak semakin aman. Pelbagai percaturan dibuat pada penghujung usia PKR, menyaksikan parti yang diwujudkan semata-mata untuk Anwar Ibrahim itu sedang kucar-kacir angkara perbuatan ahli-ahli dan para pemimpin parti itu sendiri.

Paling ketara ialah pertembungan dan perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR antara Khalid Ibrahim dan Azmin Ali sedang menyaksikan Azmin Ali dan konco-konconya menggunakan semua kuasa dan kelebihan yang ada pada mereka untuk MEMADAMKAN Khalid Ibrahim daripada jawatan tersebut selain merampas jawatan Menteri Besar Selangor yang sangat diidam-idamkan oleh Azmin Ali.

Kekecohan dalam pemilihan PKR yang dituduh oleh Anwar Ibrahim, telah disabotaj oleh UMNO dan samseng-samseng upahan UMNO, menyaksikan yang digantung dan dipecat oleh lembaga disiplin parti itu adalah anggota-anggota dan ahli-ahli parti itu sendiri.

Mesyuarat Biro Politik bertarikh 1 Julai yang dipengerusikan oleh Wan Azizah, Presiden PKR dan dianggotai oleh ahli-ahli Biro Politik yang lain menyaksikan beberapa orang ahli telah dipecat dan digantung keahlian semata-mata untuk menutup kebobrokan yang berlaku dalam parti tersebut.

Baca seterusnya di SINI

JPP yang menguruskan pemilehan parti telah disaman. 

Khabar memberitahu usaha bersungguh-sungguh untuk menjatuhkan Khalid untuk digantikan sebebal dan koya Dr wan Azizah bagi jawatan Menteri Besar tidak menjanjikan kejayaan lagi. Ini telah mengambilkira Khalid telah kalah di kawasannya sendiri.

  • Satu, untuk dilakukan ianya mesti mendapat sokongan parti yang mantap. Nampaknya PKR dah serupa Parti kian reput.
  • Kedua, perlantikan Wan Azizah perlu perkenan Sultan. Khalid kkamcing dengan Sultan
  • Ketiga, Anwar sudah mula lemah dan kurang upaya untuk mencari satu lagi medan peperangan baru. Lama-lama penjenayah seks bersiri macam anwar pun akan akhirnya letih
  • Keempat, Khalid dijangka akan cuba menghalang atas dasar prinsip tertentu. Apa dia? 
Jeng jeng keng .... suspen tak boleh cakap dulu. Yang nampak buat masa ini, PAS tidak bersama Anwar dalam menggantikan Khalid dengan Wan Azizah.
Jika Anwar tidak boleh serahkan segera masaalah dalam parti dan penggantian Khalid, lain-lain masaalah baru akan timbul hingga membuat dia lemah dan letih. Yang kami dengar ia mungkin melibatkan mahkamah dan kali ini reputasi Anwar akan jatuh macam nangka busuk.

Adakah ianya keputusan rayuan di Mahkamah Persekutuan? 

Hehehe ... belum boleh cakap lagi. Pastinya Anwar akan rela masuk penjara dari berdepan dengan masaalah yang tidak boleh diselesaikan disebabkan parti PKR menunggu hendak pecah berderai.

MP PKR pukul pemaju halang rancangannya bina HOSPITAL BUANG ANAK

Posted: 03 Jul 2014 12:35 AM PDT

Dr. Michael Teoh, Ahli Parlimen Miri yang sebelum ini didedahkan menjadikan kliniknya di Miri sebagai 'KLINIK BUANG ANAK', ...Bersama-sama Fong Pau Teck (ADUN Pujut) dan seorang kaki ampunya bernamanya Bill Kayong, ... telah menyerang pemaju dari syarikat Sam Ling ...kerana mendakwa pembangunan tersebut, selain cuba memukul dan membelasah wakil syarikat berkenaan.

Dalam video di atas, Teoh berbaju putih dengan tali leher gelap dan berkaca mata. [lihat di Flying Kick]

Syarikat Samling terlibat dengan pembangunan tebus guna tanah berhadapan dengan restoran muara (lalapan tepi sungai). Lokasi yang menjadi isu adalah jalan di hadapan klinik Dr. Teoh yang akan dibangunkan sebagai jalan utama untuk menyokong pembangunan tebus guna tanah di kawasan Waterfront Miri.

Kes ini berlaku pada 2 Julai 2014 jam 10:30 pagi di Jalan Sri Dagang, Waterfront Commercial Centre, Miri.

Sebelum ini, Michael Teoh dan konco-konconya telah membuat laporan polis berhubung pembangunan berkenaan.

Pengambilan 104 lot tempat meletak kenderaan daripada 134 lot yang ada sebenarnya bakal menjadi laluan utama yang akan menghubungkan kawasan Waterfront dan pusat komersial baru, Marina Bay yang akan dimajukan oleh pihak Syarikat Pantai Bayu, anak syarikat Samling Group of Companies.

Menurut DOKTOR BUANG ANAK, Dr. Teoh, pengambilan 104 lot parking itu akan menjejaskan seramai 300 orang peniaga kecil di kawasan Waterfront Miri. Dan menariknya, dalam protes yang diadakan anjuran Michael Teoh pada 23 Jun 2014 sepertimana yang tergambar dalam posting di Facebook itu, TIDAK ADA SEORANG PUN daripada tukang protes ;tersebut ;merupakan peniaga yang dikatakan terjejas mata pencarian mereka oleh Michael Teoh, sebaliknya KESEMUA MEREKA adalah ;macai-macai PKR yang menjadi pengikut Michael Teoh di Miri.

Kalau dah ada DNA penyokong Anwar Ibrahim, maka perangai utamanya adalah BERBOHONG. Begitulah juga dengan& Michael Teoh.

MANA ADA 300 orang penjaja seperti yang digebangkan oleh penyokong kuat Anwar Ibrahim itu!

Sebenarnya yang dibisingkan dan dibimbangi sangat-sangat oleh Michael Teoh ialah, bahagian hadapan dan lapang yang dijadikan kawasan meletak kereta bertentangan dengan kliniknya itu nanti, tidak lagi boleh dijadikan DATARAN REFORMASI dan medan berceramah kerana sudah menjadi laluan& utama kenderaan.

Flying Kick

Mungkin dia dah rancang nak buat HOSPITAL BUANG ANAK terbesar di Malaysia.

Bagi wakil rakyat PKR ini cuba menahan pemaju membangunkan kawasan tersebut, sepatutnya dia lakukan dulu di Pulau Pinang yang mana pembangunan yang dibawa oleh rakan PR mereka, DAP sudah melampau-lampau hingga menghalau peniaga Melayu dan India.

Turut juga rancangan DAP di Pulau Pinang berniat jahat mahu menghalau rakyat Pulau Pinang  berbangsa Melayu dan India keluar dari pulau supaya DPA boleh terus bermaharajalela di Pulau Pinang.

Kenapa PKR berdiam saja sedangkan rancangan DAP adalah juuga untuk meminggirkan kuasa PKR dan PAS di Pulau Pinang?

Sibuk saja PKR dalam hal Miri. Ada janji tak kota ...

JANJI MANIS DR. MICHAEL TEO YU KENG - AHLI PARLIMEN P.219 MIRI.

Masalah setinggan di Miri masih belum diselesaikan oleh YB Dr. Michael Teo Yu Keng walaupun beliau kini telah diberi mandat sbg wakil rakyat bagi kws Parlimen P.219 Miri. Semasa berkempen dlm PRU 14 yg lalu, Dr. Michael Teo pernah berjanji utk menyediakan sejumlah 4,000 buah rumah kpd penduduk setinggan ini jika beliau dipilih sbg wakil rakyat.

Setelah mendapat mandat drp rakyat, terbukti Dr. Teo telah gagal mengotakan janji manisnya itu. Sebaliknya Dr. Michael Teo lebih berminat utk mengeksploitasi isu-isu di kws Parlimen P.220 BARAM iaitu isu berhubung Kad Pengenalan serta isu-isu remeh yg lain.

Peranan 2 orang lagi wakil rakyat daripada pembamgkang, seorang drp DAP iaitu YB Allan Ling Sie Kiong serta YB Fong Pau Teck(kini berstatus partyless setelah ditendang keluar oleh DAP) juga gagal dlm menyelesaikan masalah setinggan ini.

YB Allan Ling kini lebih byk menumpukan usaha meracuni pemikiran masyarakat luar bandar bersama barisan DAP Negeri Swak dlm program "IMPIAN SARAWAK" dan mengabaikan permasalahan dlm kws DUN PIASAU sendiri yg diwakilinya yg juga turut mempunyai jumlah setinggan yg tertinggi. Jumlah keseluruhan penempatan setinggan di Miri dianggarkan 2,000 buah.