Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BILA PARTI AMBIL SEDEKAH LARANG MENTERI GEMPUR PEMINTA SEDEKAH.

Posted: 02 Jul 2014 10:19 PM PDT


Apa nak jadi tetiba jer puak-puak PAS meroyan bila Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan menguatkuasakan tindakan undang-undang mendenda para pemberi dan peminta sedekah. 

Cadangan tersebut mendapat kritikan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusoff yang tidak bersetuju dengan usaha yang cuba dilakukan oleh menteri tersebut.

Nurul Islam
Pandai pula puak-puak PAS ini berhujah Islam sebenarnya menganjurkan penganutnya agar bersedekah kepada golongan yang susah kerana aktiviti ini adalah satu perkara yang mulia disamping dapat mengurangkan beban si peminta sedekah itu.

Lebih terlajak pandai lagi apabila Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS ini turut medakwa bahawa peratusan pengemis yang semakin meningkat di ibu kota adalah disebabkan kegagalan menteri tersebut menangani dan membantu golongan miskin yang tersepit akibat tuntutan kos hidup yang tinggi di celah-celah kehidupan kota.

Nurul Islam turut menasihati agar pihak yang terlibat dalam permasalahan ini dapat memikirkan jalan penyelesaian yang lebih baik dari menghukum pemberi dan peminta sedekah seperti menubuhkan pusat gelandangan dan pihak majlis agama dan DBKL dapat menjejak golongan gelandangan untuk diberi bantuan.

Tetapi hakikatnya apa yang dimaksudkan oleh Tengku Adnan adalah usaha kerajaan untuk mengekang aktiviti meminta-meminta sedekah di kalangan warga asing yang mencemar imej ibu negara. 

Sebenarnya, apa yang disaran oleh Menteri berkenaan perlu dilaksanakan segera oleh DBKL. 

Islam sendiri melarang penganutnya meminta sedekah dijalanan hingga boleh menjatuhkan air muka umat Islam yang lain bahawa betapa lekeh dan miskinnya kita.

Kita perlu lebih marah jika ramai peminta sedekah warga asing ntah dari ceruk mana datang menagih di bazar-bazar Ramadhan. 

Mungkin PAS terasa hati sebab perbuatan meminta sedekah dengan menadah tin-tin milo atau plastik menjadi budaya sinonim dengan mereka sekian lama.


Bukankah lebih baik PAS menyantuni golongan-golongan gelandang ini sendiri dari asyik menyalahkan kononnya Menteri, DBKL, Pusat Zakat, Baitulmal bahkan UMNO gagal membendung masalah kemiskinan bandar. 

Perbuatan menyalahkan pihak lain tak akan menyelesaikan masalah. Tapi sebenarnya ia menyerlahkan lagi sikap lemah seseorang yang mentalnya bermasalah.

Kerajaan BN sendiri dah buat pusat membantu orang gelandangan di Kuala Lumpur ini. Cuma PAS saja yang tak tahu atau tak nak ambil tahu. 

Yang pasti tak ada satu berita pun dalam Harakah yang menyebut mengenai usaha-usaha kerajaan membantu gelandangan warga tempatan. Apa yang banyak adalah berita fitnah dan ubat kuat yang penuh ghairah.

Anjung Singgah di kelola oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Mungkin Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan berpendapat membantu warga gelandangan tak penting kerana tidak mendatangkan undi berbanding terus menyalahkan kerajaan kerana ia boleh mempengaruhi undi untuk menolak UMNO/BN.

Jenuhlah kita nanti kalau puak PAS dan gerombolan pembela pengemis ini diberi kuasa kelak. 

Akan penuh di setiap pelusuk bandar dan kota bertebaran melata segenap golongan pengemis dan sindiket meminta-minta wang dari orang ramai untuk kelangsungan hidup tanpa perlu bekerja. Semuanya nak free.

Semuanya akan dibantu kerajaan dengan duit-duit Petronas dan rezab-rezab negara. 

Mungkinkah itu yang dinamakan negeri berkebajikan idaman PAS?


Warga asing bukan Islam ini telah menyamar kononnya jadi peminta sedekah muslim. Bukankah ini memalukan umat Islam. Hasil tarbiyah sapa ni?
foto dari :http://www.mazidulakmal.com/

PESANAN ANWAR DAN CERITA PETRONAS

Posted: 02 Jul 2014 02:58 PM PDT

Pesanan DS Anwar Ibrahim Kepada Orang Melayu
Saya bukanlah ahli ekonomi ataupun ahli bisnesman yang bekerja untuk membuat keuntungan seberapa banyak. Jika saya CEO Petronas, nescaya saya akan beri penekanan kepada aspek kenegaraan di mana terbinanya Petronas dahulu bukanlah atas misi keuntungan semata-mata, tetapi dengan suatu matlamat yang sangat murni. Orang yang buta sejarah tidak akan faham apa makna murni dalam konteks nation building!

Saya tidak akan menulis tentang jumlah keuntungan, angkubah keuntungan, jumlah aset, jumlah kos dan apa jua angka-angka yang ada, kerana keuntungan bagi saya bukan terletak sebanyak mana jumlah keuntungan diperolehi Petronas. Keuntungan bagi saya ialah sebanyak mana Petronas berjaya menghasilkan orang-orang Melayu dan Muslim yang berpendidikan-wibawa, yang mana mereka ini tidak akan lupa diri sehingga sanggup memperlecehkan bangsanya sendiri.

Saya yakin jika manusia seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi CEO Petronas, tidak akan ada masjid yang lusuh dalam Malaysia ini. Saya juga yakin golongan yang berpendapatan rendah dengan majoritinya Bumiputera pasti akan mendapat pembiayaan pendidikan percuma di peringkat Diploma, Ijazah sehinggalah ke peringkat PhD. Bukannya memilih-milih yang terbaik sahaja dalam keputusan akademik SPM untuk dihantar ke luar negara, tetapi memilih sesiapa sahaja rakyat Malaysia yang berpotensi yang memerlukan biasiswa kerana mereka adalah aset negara pada masa hadapan. Seperti kata Perdana Menteri kita, "every single person" sangat penting kepada negara!

Kehidupan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary yang sukar semasa kecil sehingga mengorbankan pendidikannya sendiri kepada adik-adiknya telah memahat jiwanya untuk menjadi Muslim yang prihatin, Melayu yang tidak lupa daratan dan bangsa Malaysia yang bertanggungjawab kepada negara.

Malah, saya sangat yakin, jika Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary menjadi CEO Petronas, tidak akan ada syarikat Bumiputera yang diketepikan untuk diganti dengan syarikat lain yang kononnya lebih kompeten dan memenuhi merit. Bagi saya, perniagaan bukan setakat untung rugi sahaja, sebaliknya apakah bisnes nasional itu akan membentuk negarabangsa yang Islamik, patriotik dan nasionalistik. Apakah Petronas boleh mengaum di dunia antarabangsa jika pengasasnya tidak mempunyai kesedaran kenegaraan yang tinggi?

Apakah makna keuntungan di mata orang bisnes dan di mata para marhaen? Keuntungan di mata orang bisnes barangkali akan membolehkan mereka menerima imbuhan dan bonus tahunan 5 bulan atau paling kurang 6 bulan setiap tahun. Kepada golongan Marhaen, makna keuntungan yang digembar-gemburkan oleh Petronas itu sebenarnya empty kerana mereka masih membeli minyak kereta yang mahal di pasaran walaupun setiap tahun Petronas mengagungkan keuntungan yang berlipat-ganda.
Petronas Juga Boleh Dibeli Oleh Exxon, China Petroleum dan Israel Petroleum Company (IPC)?
Janganlah beri alasan itu kerja kerajaan untuk menurunkan harga minyak, bagi kita jika seseorang itu hebat mencipta keuntungan, mengapakah keuntungan itu tidak disalurkan kepada subsidi bahan bakar supaya kerajaan boleh memberikan subsidi contohnya kepada RM1.50 per liter bukannya RM0.70 per liter? Mengapa tidak berjaya meyakinkan kerajaan bahawa Petronas mampu membantu kerajaan dengan menampung subsidi yang lebih tinggi?

Bagi kita rakyat biasa, bonus sebanyak 6 bulan gaji atau 12 bulan gaji adalah bonus gila yang tidak masuk akal! Perdana Menteri sendiri sejak tahun 1957 tidak pernah menerima bonus melebihi dua bulan gaji! Jika Petronas itu dikatakan hak semua rakyat Malaysia, pulangkan bonus yang tak masuk akal itu, ikutlah cara kerajaan memberi bonus berpada-pada sebulan atau dua bulan gaji sahaja. Bayangkan, jika gaji seseorang di Petronas mencecah RM25,000 atau RM50,000 sebulan, kalaulah bonusnya 12 bulan gaji setiap tahun, anda kira sendirilah? Kesannya adakah rakyat akan melempiaskan kemarahan dan kebencian mereka kepada Petronas atau kepada Kerajaan? 

Petronas kena ingat, semua warga kampung, guru-guru, peladang, pemandu teksi, jaga, tentera, polis malah kereta-kereta kerajaan mengisi minyak kenderaan di stesen-stesen Petronas. Mereka turut memberi keuntungan kepada Petronas! Adakah anda pernah membuat pengamatan, mengapakah rakyat kurang mengisi minyak di stesen BP, Esso dan Shell? Jawapannya mudah, kerana rakyat mempunyai nilai Kenegaraan, Nation Building, Patriotik, Nasionalistik dengan memilih stesen Petronas kerana bagi mereka Petronas adalah Malaysia dan Malaysia itu terasnya Melayu. Malang sekali jika Petronas tidak memahami gambaran ini!

Begitu juga isu Royalti kepada negeri Sabah dan Sarawak, juga Kelantan dan Terenggganu. Saya tidak pernah dengar idea-idea daripada Petronas untuk membantu kerajaan untuk menyelesaikan isu tersebut? Pernahkah anda mendengarnya? DS Najib tidak pernah berkata tidak kepada tuntutan Royalti minyak oleh negeri-negeri tersebut, dan saya tidak hairan jika DS Najib memecah sejarah sebagai Perdana Menteri yang menyelesaikan isu ini. Soalnya, di mana peranan Petronas dalam konteks nation building untuk menyelesaikan isu iniJika kerajaan lewat menyelesaikan isu ini, sekali lagi rakyat akan menyalahkan Petronas atau menyalahkan kerajaan?

Di Sabah dan di Sarawak, kenderaan persendirian, bas dan teksi masih menggunakan minyak petrol yang sudah tentu mahal. Walhal di Semenanjung Malaysia, teksi dan kenderaan persendirian sudah lama mengggunakan NGV yang lebih murah, jimat dan menguntungkan mereka. Janganlah beri jawapan masalah logistik dan sebagainya, kerana zaman sekarang semua perkara boleh dilakukan, melainkan otak jumud tiada idea. Isunya di mata rakyat Sabah dan Sarawak ialah Petronas menganak-tirikan hak mereka untuk menikmati kemerdekaan negara. Jika saya CEO Petronas, saya akan mengarahkan supaya stesen-stesen minyak di Sabah/Sarawak juga menyediakan NGV untuk kenderaan mereka. Janganlah hendak menipu rakyat di Sabah/Sarawak, saya pun tahu kapal-kapal ada membawa minyak Petronas ke Sabah/Sarawak. Apakah kapal-kapal itu tidak ada teknologi untuk membawa NGV?

Semasa saya bertemu Tun Dr. Mahathir di Bangunan Berkembar Petronas (ketika itu Tun Dr. Mahathir sebagai Penasihat Petronas) pada tahun 2012, saya berdiri di tingkat 88 itu dengan satu perasaan yang hebat kepada Petronas. Sebagai seorang Melayu, Muslim dan rakyat Malaysia, saya sangat berbangga kejayaan Petronas adalah kerana perjuangan dan airmata darah orang-orang yang terdahulu. Sebaliknya, hari ini ada orang sudah lupa, bahawa kerana atas nama Melayulah anda dilantik menjadi CEO Petronas, bukannya semata-mata kerana diri kamu. Adakah anda yakin anda akan dilantik menjadi CEO syarikat lain dengan hanya berbekalkan sijil-sijil anda?

Oleh itu, jika pun hendak menjadi liberalis dan liberalistik, janganlah bersombong dengan kejayaan yang sebenarnya telah dibina asasnya oleh orang-orang yang terdahulu! Jika esok CEO Petronas seorang yang cacat penglihatannya pun, Petronas tidak akan bankrap kerana asas-asasnya sudah dibina sejak sekian lama. Jadi, tiada guna untuk bermegah-megah.

Tan Sri Halim Saad, dahulunya taikun lebuhraya dan pelbagai bisnes, beliau pernah jatuh dalam tempoh yang agak lama dan kini membangunkan sendiri syarikat minyaknya, beliau semakin berjaya dan saya yakin beliau akan kembali ke persada CEO terbaik Bumiputera tidak lama lagi. Kalau sesiapa mengakui dirinya terhebat tanpa bantuan kerajaan, silalah buktikan, binalah syarikat sendiri dan bangunkan sehingga berjaya sebagaimana dibuktikan oleh Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary, Tan Sri Halim Saad, Tan Sri Azman Hashim dan sebagainya.

Akhir kata, marilah kita menghayati pesanan bersejarah DS Anwar Ibrahim di bawah, khususnya kepada mereka yang mudah lupa.

Sama ada kerajaan akan menggantikan CEO Petronas kepada mereka yang lebih sesuai, itu terserah kepada kerajaan. Kita rakyat biasa hanya memberi pandangan sahaja.


Pesanan Berharga DS Anwar Ibrahim Kepada Orang Melayu


BONUS RAYA: BERSYUKUR KERANA KITA MASIH DIPIMPIN MELAYU-ISLAM.

Posted: 02 Jul 2014 04:21 AM PDT


Syukur ada juga duit untuk perbelanjaan Aidil Fitri ini...Itulah ucapan kebanyakkan para Penjawat Awam dan Pesara Awam Persekutuan yang bakal menerima imbuhan sempena Aidil Fitri nanti.

Mungkin ada segelintir penjawat awam akan memperleceh dan mencebik Lima Ratus jer. Mana cukup?

Cukup atau tidak itulah kemampuan kerajaan Persekutuan mampu beri kepada lebih 1,000,000 orang penjawat awam dan 684,000 orang pesara awam Persekutuan untuk Aidil Fitri tahun ini.

Mungkin ada segelintir mahu membandingkan dengan imbuhan sebulan gaji yang diterima oleh Penjawat Awam Negeri di Selangor.

Hakikatnya di antara penjawat awam Persekutuan dan Negeri adalah berbeza.

Penjawat Awam Persekutuan dilantik oleh Kerajaan Persekutuan/Pusat dan begitu sebaliknya. Skim, gred dan perjawatan mereka adalah berbeza.  

Penjawat dan Pesara Awam Persekutuan berjumlah 1.9 juta orang. Manakala penjawat awam di Selangor melebihi 21,700 orang tidak termasuk hampir 10,000 orang pesara. 

Namun diberitakan hanya 17,000 kakitangan awam negeri Selangor yang berjawatan tetap dan sambilan sahaja yang menerima imbuhan sebulan gaji ini melibatkan peruntukkan sebanyak RM32.7 juta.

Baki hampir 10,000 lagi penjawat awam Persekutuan di Selangor hanya dapat RM500 seperti mana yang diumumkan. 

Memberi imbuhan atau gaji kepada lebih 1.9 juta orang dengan 17,000 orang tidak sama dari segi kos kewangannya.

Kerajaan Persekutuan belanja RM890 juta, Negeri Selangor pula belanja RM32.7 juta.

Gaji penjawat awam Persekutuan dibayar bersumberkan pendapatan dan bajet negara. Manakala gaji penjawat awam negeri dibayar guna duit bajet dan pendapatan tahunan kerajaan negeri. Tak sama. 

Yang penting walau berapa pun kita dapat yang penting kita harus bersyukur.

Bersyukur dalam erti kata masih ada lagi kerajaan-kerajaan yang majoritinya dipimpin oleh Melayu-Islam yang menjaga kebajikan kita. 

Nikmat ini tidak mungkin kita perolehi andainya negara ini diperintah oleh puak-puak chauvinist yang sentiasa mahu mengikis apa jua nama dan kepentingan Melayu-Islam.

Nikmat ini tidak mungkin dapat dirasai andainya negara kita huru-hara akibat rebutan dan ketamakan politik.

Mungkin masa ini puak-puak kiasu rasis ini berdiam diri lagi kerana tidak memerintah negara kita. Namun bunga-bunga kebencian kepada penjawat awam pernah ditunjukkan oleh mereka sebelum PRU 13 dulu.

Belum lagi ada kuasa pemerintahan dah ada niat nak buang penjawat-penjawat awam yang kononnya membebankan kewangan negara.  

Penjawat awam dihina saban hari kononnya kurang efisien, membazir dan rasuah. Tapi siapa yang kuat beri rasuah?

Pesan kami di bulan Ramadhan ini banyak-banyaklah muhasabah diri dan insaf bahawa rezeki dan nikmat yang diperolehi mungkin akan hilang jika kita kufur secara sengaja atau tidak sengaja memperleceh setiap rezeki yang diperolehi.

Jangan dilupa wang gaji tersebut digunakan untuk membantu ekonomi ummah. Belilah produk di kedai Melayu maka yang untungnya adalah saudara seagama kita juga. 

Berjimat cermat dan berhemah ketika berbelanja. Jangan lupa hak kita untuk berzakat dan membayar fitrah bila dapat imbuhan ini.

Bersyukurlah pada Tuhan. 





Malaysian Insider Fitnah Datuk Zaini Penolong Ketua Pengarang Utusan @UMonline

Posted: 02 Jul 2014 02:42 AM PDT

Apa motif Malaysian Insider cuba memburukkan Datuk Zaini Hassan, Penolong Ketua Pengarang Utusan?

Berita dari Malaysian Insider....

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini menyalahkan model perniagaan kaum Cina selepas pengarangnya gagal mempertahankan kedai telekomunikasi yang dijalankan sejak 10 tahun lalu.

Penolong Ketua Pengarangnya Datuk Zaini Hassan turut menyalahkan Celcom selaku syarikat berkaitan kerajaan (GLC) kerana gagal mempertahankan perniagaan orang Melayu.

"Cara mento-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan sistem kerajaan. Malangnya peniaga Melayu pula jatuh muflis apatah lagi dikelilingi peniaga bukan Melayu.

"Masyarakat Cina sanggup bantu peniaga bangsa mereka maju dan pejam sebelah mata jika perkhidmatan kurang memuaskan atau harga dijual di kedai itu lebih mahal berbanding kedai Melayu," katanya menerusi artikel bertajuk "Lagi Nasib Si Peniaga Melayu".

Zaini berkata, isterinya mengusahakan kedai telekomunikasi Celcom di Alamanda, Putrajaya bermula pada 2004 dan pernah dikunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan beberapa menteri kabinet.

Katanya, sewa kedai di Alamanda pada mulanya RM2,500 namun selepas 10 tahun dibuka sewanya mencecah RM30,000 sebulan.

Beliau berkata, daripada 2,000 kedai Celcom di seluruh Lembah Klang, hanya segelintir dimiliki orang Melayu.

"Bayangkanlah apabila Celcom anjurkan majlis berbuka puasa untuk peniaga Melayunya, jumlah kerusi lebih banyak daripada orang yang hadir.

"Jika Celcom buat majlis sambutan Tahun Baru Cina, dewan ballroom hotel terkemuka pun boleh penuh sesak hampir hendak runtuh dibuatnya.

Baca seterusnya di sini : http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/gagal-pertahan-kedai-telekomunikasi-utusan-salahkan-model-perniagaan-cina

Sebenarnya Datuk Zaini melaporkan kejadian yang menimpa isteri kepada bekas wartawan, bukannya mengenai isteri beliau.
CABARAN dan tekanan yang dihadapi oleh peniaga Melayu di Kuala Lumpur bukan calang-calang. Ia adalah realiti.

Saya tidak mengharapkan usahawan Melayu akan terus bertongkat sepanjang masa. Namun, kita harus sedar kita bukan seperti peniaga Cina, yang dibantu oleh masyarakat dan mentor-menti mereka sendiri.

Cara mentor-menti peniaga Cina itu lebih berkesan daripada yang dilakukan oleh sistem kerajaan. Oleh kakitangan kerajaan yang memakan gaji.

Ikuti keluhan seorang peniaga Melayu, bekas wartawan dan kemudian berjinak-jinak dengan bisnes, yang bukan besar pun. Dia cuba bertahan berniaga di pusat beli-belah Alamanda, Putrajaya - tapi akhirnya gagal lalu mati.
Baca seterusnya di sini : http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140702/re_06/Hidup-mati-peniaga-Melayu-Legoland-dan-SilTerra

Apa yang cuba disampaikan di sini adalah portal berita pro pembangkang sentiasa 'spin' berita-berita dari Utusan dan cuba mewujudkan persepsi negatif kepada akhbar Melayu tersebut. Artikel Datuk Zaini adalah untuk mengingatkan GLC supaya mengikut model yang digunakan oleh peniaga Cina untuk memajukan perniagaan kaum mereka bukannya menyalahkan peniaga Cina atas kegagalan orang Melayu.

Kepada pembaca, berhati-hatilah membaca berita dari portal berita pro pembangkang kerana setiap artikel mereka, wujud agenda tersendiri.

*Read between the lines....


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Adakah bekalan kuasa MH370 diganggu?

Posted: 02 Jul 2014 10:35 PM PDT

Gambar bertarikh 12 April lalu yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan Australia menunjukkan kapal HMAS Perth berada di Lautan Hindi dalam usaha mencari pesawat Malaysia Airlines MH370.

Biro Keselamatan Pengangkutan Austalia melakukan siasatan terhadap kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mungkin menemui bukti baharu yang menunjukkan berlakunya gangguan peralatan elektrik di kokpit pesawat pada awal penerbangan, sekali gus meningkatkan kemungkinan sistem pesawat itu sengaja diubah bagi mengelak dikesan radar.

Biro tersebut dalam laporannya pada Khamis lalu menyebut, unit data satelit pesawat Boeing 777 itu membuat permintaan 'log-on' secara tidak dijangka kepada satelit kira-kira 90 minit setelah berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.

Jelas laporan tersebut, permintaan log-on itu, yang juga dikenali sebagai 'handshake', kemungkinan berpunca akibat berlakunya gangguan kuasa elektrik di dalam pesawat.

"Permintaan log-on semasa penerbangan bukan perkara biasa. Analisis yang dilakukan mendapati situasi dan masa permintaan log-on sepadan dengan waktu gangguan kuasa berlaku," jelas laporan itu.

Bukti terbaharu itu sekali lagi meningkatkan kemungkinan wujudnya unsur jenayah dalam misteri kehilangan MH370 dan menunjukkan laluan pesawat terbabit sengaja diubah.

Dalam pada itu, pakar keselamatan penerbangan daripada Universiti Loughborough, David Gleave, berkata, gangguan kuasa elektrik itu menunjukkan ada individu di dalam kokpit cuba mengurangkan penggunaan sistem pesawat.

Malah katanya, tindakan tersebut juga konsisten dengan cubaan untuk menutup sistem komunikasi dan sistem lain sebagai cubaan mengelak daripada dikesan radar.

"Mungkin ada pihak melakukan sesuatu di dalam kokpit sehingga menyebabkan berlakunya gangguan elektrik dengan tujuan mahu memadamkan kedua-dua enjin dalam tempoh tertentu.

"Dengan berlakunya gangguan di dalam kokpit, kuasa elektrik boleh dipadamkan buat sementara dan memasangnya semula apabila memerlukan sistem lain untuk menerbangkan pesawat," katanya ketika dihubungi akhbar The Telegraph.

Teori baharu berkenaan dikukuhkan lagi apabila syarikat rasmi yang ditugaskan menganalisis data penerbangan MH370, Inmarsat mengesahkan dakwaan berlakunya gangguan bekalan kuasa sebanyak dua kali tetapi gagal mengenal pasti punca sebenar.

"Inmarsat masih tidak dapat menjelaskan situasi sebenar yang berlaku di dalam kokpit dan punca sebenar bekalan kuasa pesawat MH370 terganggu," kata Timbalan Presiden Inmarsat, Chris McLaughlin.

Laporan Biro Keselamatan Pengangkutan Austalia mendedahkan bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang dan krew itu, cuba log on ke satelit Inmarsat pada 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.

Haluan pesawat terbabit kemudiannya berubah ke arah utara pulau Sumatera walaupun destinasi asalnya ke Beijing dan menuju ke selatan Lautan Hindi.

Selepas hampir enam jam, pesawat itu kemudiannya membuat satu lagi permintaan log-on yang ketujuh dan handshake terakhir, yang dipercayai dihantar untuk menunjukkan pesawat berkenaan kehabisan minyak dan kuasa elektrik sebelum hilang di selatan Lautan Hindi.-UMO

Suara Politik
Belantan

Awas Jerat Hotel kembali : Bufet Ramadan!

Posted: 02 Jul 2014 03:36 AM PDT


Seperti biasa setiap kali datang bulan Ramadan, Pengusaha hotel yang belum memiliki sijil halal dinasihatkan supaya tidak menyalahgunakan terma bufet Ramadan atau berdepan risiko diambil tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 1972.

Ini adalah kerana bufet Ramadan merupakan perbahasaan halal dan mereka yang menyalahgunakan terma ini boleh dikenakan tindakan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.

Sebenarnya umat Islam juga digalakkan supaya hanya berbuka puasa atau menganjurkan majlis berbuka puasa di hotel yang disahkan halal oleh Jakim atau Jabatan Agama Islam Negeri. Sehingga kini masih belum lagi diketahui sebanyak mana hotel dan dapur hotel di sekitar Wilayah Persekutuan yang telah diberikan pensijilan halal oleh Jakim kerana belum ada statistik yang tepat.

Untuk senarai terkini, sila lawati laman Portal Halal Malaysia. Klik di sini.

Kepada yang suka berbuka diluar tu diharap dapat menyemak dahulu samada restoran hotel yang anda pergi itu ada mendapat sijil HALAL dari pihak JAKIM. Jakim juga diminta meningkatkan pemantauan bagi memastikan istilah itu ( bufet Ramadan ) tidak digunakan sewenang-wenangnya oleh pihak hotel.

Sebagai umat Islam, kita harus memastikan makanan yang dimakan itu halal lagi bersih kerana ia akan menjadi darah daging dan seterusnya penentu kepada kehidupan seseorang itu. Alangkah ruginya, setelah menahan lapar dan dahaga sepanjang hari dan apabila tiba waktu berbuka mengambil makanan yang tidak diketahui status halal.

Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ISU PONDOK DI KEDAH - UMNO TAK PERNAH IKLAS

Posted: 02 Jul 2014 08:27 PM PDT

DEWAN ULAMA PAS NEGERI KEDAH
KENYATAAN MEDIA
2 Julai 2014
1. Pengerusi Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM), Dato' Dr Mashitah Ibrahim diingatkan agar menghentikan tuduhan ekstrem beliau terhadap institusi pondok yang dibangunkan atas keprihatinan tuan guru dan rakyat untuk menyuburkan ilmu Islam.
2. Kenyataannya mengaitkan pondok sebagai tempat menyebarkan fahaman esktremis merupakan satu tuduhan melulu dan menunjukkan prejudis melampau beliau. Malah, tuduhan dangkal itu seolah-olah menafikan jasa tuan-tuan guru dalam menyampaikan Islam serta keupayaan pasukan keselamatan negara dalam memantau dan menangani aktiviti ekstremis di negara ini.
3. Adalah mustahil sekolah pondok yang sedia dimaklumi sering terhimpit oleh kekurangan dana dan wujud atas sumbangan rakyat boleh membiayai pergerakan bersenjata.
4. Mungkin kerana tidak senang dengan institusi pondok yang semakin berkembang hari ini dan mereka enggan bernaung di bawah YPPM, maka Dr Mashitah membuat gesaan untuk diadakan undang-undang khusus penubuhan sekolah pondok.
5. Sepatutnya sebagai Pengerusi YPPM beliau menggalakkan kewujudan lebih banyak pondok dan bukannya berprasangka bahawa setiap kewujudan itu bermotif negatif. Tetapi kenyataannya dilihat lebih kepada mahu menyekat penubuhan sekolah-sekolah pondok.

6. Soal penyebaran fahaman ekstremis adalah satu isu lain yang mesti ditangani pihak polis dan kita yakin mereka berkeupayaan memantau hal tersebut.
7. Jangan hanya kerana terdapat individu tertentu terlibat kegiatan negatif dan kebetulan dari sekolah pondok, maka Dr Mashitah secara gopoh dan melampau turut mengaitkan seluruh pondok dengan aktiviti berkenaan.
8. Jika demikian, bagaimana penyamun, perompak, penagih dadah dan individu-individu perosak negara termasuk penjenayah kolar putih yang merupakan lulusan sekolah atau universiti kerajaan? Adakah sekolah dan universiti itu yang disalahkan?
9. Begitu juga Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Mukhriz Mahathir yang kebelakangan ini kerap memasuki pondok-pondok. Apakah beliau sedang menaja kegiatan tertentu untuk kepentingan peribadi?
10. Bahkan, amat dikesali kerana kenyataan jahat Dr Mashitah itu menunjukkan beliau senada dengan stigma prejudis musuh-musuh Islam yang mensasarkan institusi Islam dan umat Islam dengan kegiatan keganasan.
11. Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin telah menyebut tiada istilah militan atau pengganas ke atas orang Islam yang mempertahankan saudara Islamnya.
12. Oleh itu, kefahaman Mashitah terhadap jihad perlu diperbetulkan terlebih dahulu dan menilai sekolah pondok secara fakta, bukannya prejudis melampau sebagaimana kenyataan dikeluarkannya.

USTAZ AHMAD YAHAYA
Setiausaha

SAYA SEORANG PENEROKA

Posted: 02 Jul 2014 11:22 AM PDT



The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Baik hati Dato Zaini... kalau cara Husam, Hasbullah Awang dan MI dah disaman

Posted: 02 Jul 2014 08:36 PM PDT


Dato Zaini, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia menulis mengenai kesusahan peniaga Melayu dalam satu artikel semalam. Boleh baca SINI.


Macam satu kesalahan nampaknya bagi pihak media pro pembangkang untuk membela dan menyuarakan masaalah Melayu dalam suratkhabar Melayu lalu Malaysian Insider lihat perlunya seorang penulis Melayu menangkis sesuatu yang memang betul berlaku.

Oleh kerana apa yang dtulis Zaini ada kebenaran dan membawa simpati, maka satu saja cara yang dilihat oleh penulis haramjadah Melayu anak haram Malaysian Insider bernama Hasbullah Awang Chik adalah dengan merosakkan kredibiliti akhbar dan penulis.

Tidak menolak MI mahu menutup dan memastikan sebarang isu berkenaan Melayu dibisukan dan hilang terus dari perbincangan awam.


Dalam lain kata, Hasbullah bukan nak berhujah dalam satu discourse yang bersopan tapi hanya mahu serang kredibiliti Utusan dan juga lakukan satu 'character assasination' terhadap Zaini. 

Takpalah ... otak dunia ketiga Malaysia memang begitu tapi janganlah sampai mereka-reka cerita seperti berikut:


Ini satu pembohongan dan putarbelit yang sudah condong kepada fitnah. Apa yang ditulis Dato Zaini adalah hanya berikut:


Dato Zaini masih lagi wartawan dan belum bekas lagi. Isterinya adalah pegawai kerajaan yang mana melanggar tatatertib jika dia berniaga. Dan dia memang tidak berniaga...


Hasbbullah mengunakan tajuk mengatakan Utusan persalahkan model pernigaaan cina dan Zaini yang dikatakan gagal berniaga dipertanggungjawab mempersalahkan model perniagaan cina.

Anak luar nikah yang lahir dari baka yang haram saja sering lakukan pembohngan dan pengkhianatan demikian rupa. Padahal apa yang Zaini tulis adalah jelas memperakui keberkesanan model perniagaan cina dan tidak langsung menyalahkan model perniagaan cina. 


Malah pandangan Zaini lebih positif dan progresif dalam tidak mengharapkan tongkat berterusan..

Menurut MyMassa SINI

Apa yang cuba disampaikan di sini adalah portal berita pro pembangkang sentiasa 'spin' berita-berita dari Utusan dan cuba mewujudkan persepsi negatif kepada akhbar Melayu tersebut. Artikel Datuk Zaini adalah untuk mengingatkan GLC supaya mengikut model yang digunakan oleh peniaga Cina untuk memajukan perniagaan kaum mereka bukannya menyalahkan peniaga Cina atas kegagalan orang Melayu.

Kepada pembaca, berhati-hatilah membaca berita dari portal berita pro pembangkang kerana setiap artikel mereka, wujud agenda tersendiri.

*Read between the lines....



Oleh yang demikian, Unspinners tak faham kenapa Zaini perlu berlaku baik dan menuntut maaf seperti amalan wartawan biasa lagi serta atas kesetiakwanan kewartawanan.

Dengan niat begitu jahat dan amalan fitnah yang berleluasa dilakukan ooleh portal berita berkecenderungan pembangkang ini, Zaini dan Utusan patut SAMAN SAJA!!!

Kalau Dato Husam Musa lakukan ke atas penulis blog pro-BN, dia tak ada tuntut maaf atau minta tulisan diturunkan tapu terus saja saman. Kisahnya dia mahu seorang blogger itu bantu dia jadi saksi dalam satu kes saman tapi dia juga saman blogger tersebut.

Tak ke bodoh Husam. Mintak tolong dari orang tapi dia nak kerjakan orang. Betul perangai macam anjing. Tak kiralah kao sedang berdiam dan menyorok sekarang. Husam memang anjing!

Oleh itu, Zaini dan Utsuan jangan segan dan silu untuk saman anjing-anjing ini!!!

P/S PM yang nice guy pun ada tahap kesabaran hingga akhirnya saman Malaysiakini.

SAIfUDDIN UMNO? Kata sekali, Wardina anak taat pada ibubapa dan ibu mithali?

Posted: 02 Jul 2014 05:27 PM PDT


MPKN dakwa bekas ketua hakim prejudis - Mkini
Jawatankuasa undang-undang dan polisi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) membantah keras dakwaan bekas hakim negara bahawa mereka dikuasai pembangkang dan menyisihkan hak Istimewa Melayu dan Islam.

Pengerusi jawatankuasa itu Dr Mujahid Yusuf Rawa berkata sikap Tun Abdul Hamid Mohammed yang mempertikaikan rang undang-undang (RUU) yang bakal menggantikan Akta Hasutan tanpa sebarang cadangan konstruktif amat mengecewakan.

"Kami menasihati Tun Abdul Hamid Mohammed (kiri) mengambil masa membaca draf ini terlebih dahulu dan menyarankan agar kritikan dan cadangannya dibuat secara konstruktif dan substantif untuk menambah baik draf RUU ini.

"...kami agak kecewa kerana komentarnya tidak substantif kepada kandungan RUU sebaliknya komentarnya lebih terdorong kepada sikap emotif dan prejudis kepada kewujudan MKPN itu sendiri, kata beliau dalam kenyataan bersama Lim Chee Wee dan Datuk Saifuddin Abdullah hari ini.

Semalam, Abdul Hamid berkata beliau menolak tawaran menjadi pengerusi MKPN kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

[Soalan balik kepada Mujahid: Kalau sikap MPKN konstruktif, kenapa tak ambi pandangan ramai atau bbuat referedum ke? 

Kalau cadangan datang dari Bar Council dan kita hanya diminta beri cadangan tambah baik, itu pandangan yang mahu perbodohkan orang. Bolehkah kami draf dan pihak Bar Council yang beri cadangan konstruktif?
Selama-lama dari dulu kini dan sekarang, bila pula Bar Cuncil konstruktif dan independent bila Ambiga minta calun pembangkang naik pentas Bar Coouncil dan panggil mereka our heroes?]
Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.

"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.

'Saya dari PAS, dia dari Umno'

Mujahid membalas bahawa MKPN bekerja untuk negara bukannya parti politik masing-masing dan ahlinya terdiri dari pelbagai latar belakang.

"Saya dari parti PAS, Datuk Saifuddin Abdullah dari Umno, manakala yang lain adalah daripada masyarakat sivil dan aktivis dalam bidang masing-masing termasuk dari Majlis Peguam.

"Kami bekerja dalam satu pasukan dengan matlamat kerja yang jelas dan kami tidak berminat untuk bertanya orientasi sokongan politik seseorang dan berdebat kerananya dalam mesyuarat-mesyuarat kami," kata beliau.

Mujahid berkata RUU yang diperkenalkan itu langsung tidak menyisihkan hak Melayu, hak raja-raja dan hak Islam.

Menurut beliau dengan RUU ini kesemua asas negara ini akan lebih terjamin apabila kebencian agama dan kaum dijadikan sebagai satu jenayah.

Beliau yang juga MP Parit Buntar turut berkata MKPN melakukan konsultasi awam sebaik mungkin secara telus dan ia tetap akan dinilai oleh pihak peguam negara sebelum dibawa ke Dewan Rakyat.

"Apakah kita mahu terus dijajah oleh Akta Hasutan 1948? Apakah kita mahu terus melihat kebencian agama dan kaum menentukan masa depan negara?

[Bolehkah kebencian kaum dan ugama dibendung tanpa undang-undang? Adakah Akta Hasutan yang menyebabkan kebencian ugama dan kaum atau pihak pembangkang yang kuat menggunakan politic of hate berdasarkan kaum dan ugama untuk menyebarkan pengaruh?]
"Kami juga akur bahawa akhirnya Pejabat Peguam Negara akan menasihati kabinet (berhubung) draf ini sebelum ia dibawa ke Parlimen untuk proses bacaan dan perbahasan," kata beliau.

--------------------------

Bekas Ketua Hakim Negara bukan bodoh untuk tahu MPKN di dominasi oleh pembangkang dan NGO serta pemikir golongan kiri.

Tambah lagi, mereka yang konon dari UMNO dan pro kerajaan, semua puak liberal dan lembab!!!


Sifat taukeh MCA yang berlagak macam DAP dibidas

Posted: 02 Jul 2014 08:07 AM PDT


PETALING JAYA: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Malaysia, Zainuddin Maidin berkata MCA terus mengambil kesempatan untuk memperlihatkan sikap anti-kaum Melayu dan Umno apabila mendapat kesempatan terbuka.

Tegas beliau, MCA tidak mengubah sikapnya yang ingin mencari populariti di kalangan masyarakat bukan Melayu dengan menumpang landasan DAP.

"Jika MCA tidak kreatif dan inovatif dalam mencari formula dan strategi baru dan masih mahu memakai topi DAP, maka lebih baik bagi Umno membuat keputusan "pergi mampuslah sama MCA" dan mengambil DAP sebagai rakan.

"Lebih baik berkawan dengan musuh yang kita kenal daripada musuh dalam selimut," katanya.

Beliau yang juga bekas menteri kabinet merujuk kepada kritikan MCA terhadap sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi dalam isu insiden kepala lembu terhadap seorang wakil DAP, RSN Rayer.


"Walaupun telah dikembalikan ke dalam kabinet atas belas kasihan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, tetapi mereka masih tidak insaf dan sebaliknya terus bermain dengan strategi lapok dan retrogresif.

"Bagi menunjukkan kejantanannya kepada masyarakat Cina, sebaik sahaja dilantik ke dalam kabinet, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menegaskan akan terus mengkritik kerajaan dan kemudiannya terus mengecam Zahid kerana mengatakan perbuatan meletakkan kepala lembu di hadapan rumah Rayer setimpal dengan mulut celuparnya yang mengatakan Umno celaka," jelasnya.

Tambahnya lagi, ini diikuti oleh Ketua Biro Keharmonian Agama MCA Datuk Ti Lian Ker yang menyifatkan Zahid dengan kenyataannya itu seperti bersikap 'arrogant dan apathetic' dan mahu menggalakkan Malaysia menjadi negara tanpa undang-undang.

"MCA tidak ada idea baru untuk kembali menguasai pemikiran orang Cina. Kebijaksanaannya hanya memakai topi DAP dan menumpang tiket DAP.

"Perbuatan ini menggunting Umno dalam lipatan, munafik, hipokrit dan lidah bercabang atau talam dua muka," ujarnya di dalam entri terbarunya di zamkata.blogspot.com

Katanya lagi, MCA seharusnya sedar bahawa parti itu sememangnya tidak akan dapat menyaingi DAP dalam memainkan sentimen perkauman kerana MCA terikat dengan dasar komponen dan juga beberapa persetujuan bersama sejak sebelum merdeka untuk bersama dengan Umno.

"Malah dengan bermain atas landasan DAP, MCA telah meruntuhkan imejnya di kalangan masyarakat Cina.

"Bukankah lebih baik bagi MCA berkecuali dan berdiam diri dari menunjukkan sikap tidak sekatanya dalam perkara yang diketahui menimbulkan kemarahan orang Umno. Biarlah DAP yang memainkan peranan ini kerana itulah identiti mereka," jelasnya.

Lepas ini, elok Husam cuba tuntut royalti Minyak Gamat Langkawi

Posted: 02 Jul 2014 03:46 AM PDT



MAHKAMAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA: PROSIDING KES PERMOHONAN TUNTUTAN ROYALTI MINYAK DIANTARA KERAJAAN KELANTAN LAWAN PETRONAS.

 Setelah kalah dalam tuntutan royalti minyak Kelantan, Husam masih lagi membawa agenda pembohong royalti minyak. Untuk kekalkan pembohongan, dia kata dia akan rayu ke mahkkmaah persekutuan. 

Nampaknya mahkamah persekutuan menolak terus usaha nak rayu. Maknanya nak merayu pun tak boleh. Tak ada asas langung untuk rayu.

Oleh itu, eloklah Husam Musa cuba juling-julingkan mata ke Pulau Langkawi untuk cuba tuntut royati minyak gamat pulak.
 
Prosiding prosiding kes permohonan tuntutan royalti minyak diantara kerajaan kelantan lawan petronas telah berlangsung padi tadi Bilik Bicara 2, Mahkamah Persekutuan, Aras 2, POJ, Presint 3, Putrajaya. 

Perbicaraan telah diadakan dihadapan 5 panel hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Dato' ABDUL HAMID EMBONG, Dato' SURIYADI bin HALIM OMAR, Dato' AHMAD bin Hj MAAROP, Dato' HASAN bin LAH, Dato' ZAINUN binti ALI.

Prosiding kes ini adalah bertujuan untuk mendengar permohonan pihak kerajaan kelantan untuk menyemak semua keputusan mahkamah rayuan yang menolak permintaan kerajaan kelantan untuk mendapatkan royalti dari pihak petronas.

Setelah mendengar hujah kedua belah pihak mahkamah Persekutuan sebulat suara telah menolak permohonan kerajaan kelantan untuk memohon royalti minyak dari petronas dan pihak kerajaan kelantan perlu membayar kos mahkamah kepada petronas sebanyak RM 150k.

Kah kah kah ... dahlah kalah, kena bayar mahkamah pulak. Eloklah kerajaan Kelantan jual korma-korma yang tumbuh di bandar Kota Baru pada bulan ramadhan ini, 
 
Dapatlah cover sikit kos mahkamah yang perlu dtanggung akibat wayang kulit si juling bingai Husam Musa.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Felixia Yeap - Saya yang telah Islam di hati 2

Posted: 02 Jul 2014 11:09 PM PDT


Assamualaikum. 

Sejak beberapa bulan ini, dari saat saya bertekad sebulat hati mengenakan hijab walaupun sebagai seorang yang belum Islam hatinya, hingga ke saat ini (3 Julai, sekarang pukul 6 pagi baru lepas Sahur), di mana saya telah Islam di hati, cuma tinggal perasmian sebagai seorang Islam di atas kertas dan di depan 4 orang saksi...saya telah mengharungi pelbagai dugaan.

Bantahan.

Makian.

Sindiran.

Fitnah.

Penyisihan.

Tekanan.

Tetapi syukur Alhamdullilah...saya juga dapat sokongan yang begitu hebat, yang menyentuh hati dan sokongan positif inilah yang serba sedikit menyumbang kepada saya untuk terus beristiqamah.

Dan saya harus berterima kasih juga dengan kedegilan saya.
Terkenal juga dengan kepala batu saya, saya tidak mudah mengalah.

Ya...saya mengaku, banyak kali saya rasa tumpas, tewas dan menangis atas semua yang negatif dan kasar terhadap saya.

Namun, saya tetap tidak tanggalkan hijab saya.

Saya tetap teruskan perjalanan.

Saya bertuah kerana dikurniakan seorang ibu yang bukan sahaja tabah untuk membesarkan saya dan adik dalam keluarga, tetapi rahmat yang terbesar adalah apabila beliau, seorang yang bukan Islam, langsung tidak mengetahui tentang agama Islam (kecuali yang Islam tak boleh makan khinzir) dan seringkali disindir saudara mara yang lain kerana anak perempuannya bertudung sehingga ke muka depan suratkhabar dan sebagainya...tidak membantah, malah merestui keputusan saya ini apabila saya memberitahu beliau yang saya sedang mempelajari tentang agama Islam dan bercadang untuk memeluknya.

Ibu kata saya sudah banyak berubah lebih baik.

Ibu kata saya dah matang, dah dewasa akhirnya.

Dalam dialek Kantonis, bila saya bermanja dan menanya kenapa beliau merestui keputusan saya, beliau menjawab, "Sang seng jor lor, dai gor nui la...kwai jor hou dor."

Ibu saya senyum, dan saya menahan air mata.

Rata-rata, ramai mualaf yang dibuang keluarga dan disisihkan keluarga kerana keputusan yang sama, dan ada segolongan pula yang terpaksa menyembunyikan identiti mereka sebagai seorang Islam daripada keluarga dan orang ramai kerana takut dibuang keluarga dan disisihkan.

Saya mengaku, jika ayah saya tidak meninggalkan kami sekeluarga, mungkin perkara yang sama akan berlaku pada diri saya. Tetapi Allah Maha Mengetahui.

Mungkin ini juga salah satu hikmah dari penceraian ibu dan ayah.
(Ibu saya jauhhhh lebih bahagia sekarang juga, ALHAMDULLILAH!)

Ia memaksa saya untuk berdikari pada usia muda, menjaga adik sehingga saya habis SPM dan terus meninggalkan Ipoh untuk mencuba nasib seorang diri di Kuala Lumpur dengan hanya RM300 sebulan sementara saya belajar di sebuah IPTS. Apabila sudah dihentikan saluran duit satu hari, saya keluar bekerja kerana saya tidak ingin melihat ibu saya terus bersusah payah menggunakan duit simpanan beliau yang tidak seberapa untuk menyara kami adik-beradik. Tambahan pula, adik saya perlu (dan saya pastikan) menyambung pelajaran dan perlu wang untuk membiayai yurannya.

Saya mula memikul tanggungjawab menyara keluarga.

Pada masa itu, saya tidak ada agama (saya dibesarkan di keluarga yang tidak percaya kepada mana-mana agama atau Tuhan), tidak ada apa-apa bimbingan agama...cuma berbekalkan nasihat dari ibu saya; iaitu jangan menyusahkan orang lain, jangan membiarkan mana-mana lelaki mengambil kesempatan, jangan berbuat jahat, jangan tertipu dengan orang di bandar dan jaga diri baik-baik.

Namun sebagai seorang naif yang tidak tahu apa-apa tentang dunia, tipu helah dan godaan manusia (Ya, keputusan SPM yang baik tidak menjamin anda akan selamat dengan tipu helah dunia)...saya juga mula terikut-ikut dengan orang di sekeliling saya. TETAPI, saya cuba sedaya upaya yang boleh untuk melindungi diri saya dan pada masa yang sama mencari nafkah untuk dihantar balik ke rumah untuk ibu dan adik. Saya kekalkan pendirian untuk tidak sentuh arak, rokok, atau dadah.

Pernah banyak kali dipaksa, tetapi kedegilan saya untuk menurut paksaan dan suruhan orang lain menyelamatkan saya dari terjerumus sekali dengan yang lain.

Dengan mata saya sendiri saya sepanjang hampir 10 tahun saya terlibat dalam bidang modeling, saya pernah lihat pelbagai jenis manusia dan cara kehidupan yang dikatakan "mewah" dan bahagia.

Mewah juga disamakan dengan kebahagiaan.

Orang di sekeliling saya pada masa itu kebanyakkannya mengukur kebahagiaan dengan kekayaan teman lelaki, apa parti yang paling "happening" yang mereka dapat pergi, rasa "happy" janji dapat minum dan mabuk, berapa yang boleh dikikis dari lelaki kaya yang memikat, dan kebanyakkan mendahagakan kemewahan dan dicari tanpa mempedulikan harga diri.

Tetapi bagi saya, itu bukan kemewahan yang saya cari. Sebab apa gunanya punyai kemewahan tetapi hidup rasa kosong, tidak bermakna dan bergelumangan dengan dosa? Itu bukan kebahagiaan yang saya carikan.

Saya pernah cuba mencari Tuhan.
Cuba mendekati diri dengan Tuhan.

Saya pernah pergi ke gereja Katolik setiap Ahad petang selama 2 tahun.
Saya pernah cuba memahami agama Kristian.
Saya pernah cuba mencari makna dalam penyembahan berhala Dewa Kuan Yin dan sebagainya.
Saya juga pernah cuba mengamalkan amalan seorang penganut Buddha.

Tetapi hati saya tidak pernah merasa dekat dengan Tuhan.

Hati saya tidak pernah rasa tersentuh.

***Harap jangan salah faham, di sini saya cuma ingin menekankan bahawa saya rasa lebih dekat dengan agama Islam, dengan Allah SWT. Saya hanya menjelaskan apa yang saya rasa dari hati.

Sejak saya mula mengenali ajaran-ajaran agama Islam, saya lebih redha, lebih tenang dan lebih senang bersyukur dengan hidup yang serba sederhana.

Duit dan kemewahan tidak lagi menarik perhatian saya sepertimana dahulu.

Saya tidak lagi rasa "impressed" atau teruja dengan kereta sport, bag mahal, kehidupan glamor, atau cita-cita tinggal di rumah besar dan mewah.

Ya, tidak dapat dinafikan, jika ada semua ini, bukan benda yang buruk, malah bonus kehidupan...tetapi wang dan kemewahan tidak dapat membeli rasa bertaubat, rasa ingin menjadi seorang yang lebih baik, ketenangan, keredhaan dan kebahagiaan.

Sepanjang hampir 7 bulan saya berhijab dan mengenali agama Islam, saya banyak menangis. Bukan dalam kesedihan, tetapi dalam rasa penyesalan kehidupan yang dulu dan rasa ingin bertaubat.

Seringkali saya merintih dalam bisikkan yang saya ulang tanpa henti, "Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa saya!"

Pada kali pertama saya melihat video pengislaman dan pengucapan seorang wanita, saya tidak dapat henti menangis.

Pada saya, dia amat bertuah kerana Allah SWT memilih dia untuk diselamatkan.

Masa itu...saya masih tidak tahu apa itu hidayah dan taufiq.

Dan pada hari ini, iaitu hari bersejarah dalam hidup saya...saya akan menjadi seorang Islam secara rasmi.

3 Julai 2014, bersamaan dengan 5 Ramadhan 1435.

Saya yang telah Islam di hati (tanpa disedari), kini akan mengucapkan 2 kalimah syahadah saya di depan keluarga terdekat saya, dan juga para kenalan yang telah seringkali menyokong dan memberi galakkan pada saya supaya terus istiqamah.
Tidak ada sebarang media yang akan hadir.

Hari ini bukan hanya saja Hari Lahir saya...tetapi juga Hari Kelahiran Semula saya. Hari saya kembali akhirnya selepas 28 tahun mencari jalan pulang.

P.S: Saya masih berbangsa Cina, dan akan berkeras mengekalkan nama Cina yang diberi ibu saya. Nama Cina saya dalam bermaksud "Ketenangan, Keanggunan" atau di dalam bahasa Inggeris, "Silent Grace".

Saya cuma akan menambah nama kurniaan dari mimpi saya di hadapan nama asal.


Terima kasih semua atas sokongan anda. =) ~felixiayeap 


Sumber -  KELAB GREENBOC

Pensyarah UM rekrut pengebom berani mati pertama Malaysia

Posted: 02 Jul 2014 09:15 PM PDT

Pensyarah kanan Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad dikenal pasti melatih pengebom berani mati Malaysia yang meletupkan 25 askar elit Iraq pada Mei. – 3 Julai, 2014.Pensyarah kanan Universiti Malaya Dr Mahmud Ahmad dikenal pasti melatih pengebom berani mati Malaysia yang meletupkan 25 askar elit Iraq pada Mei
SOALAN: Mengapa pensyarah kanan Universiti Malaya (UM), Dr Mahmud Ahmad menjadi individu paling dikehendaki di Malaysia hari ini?
JAWAPAN: Beliau dikenal pasti sebagai individu pertama melatih pengebom berani mati Malaysia, Ahmad Tarmimi Maliki yang meletupkan 25 askar elit Iraq di ibu pejabat SWAT di al-Anbar pada 26 Mei.
Beliau juga sedang merancang satu siri penculikan pelajar Malaysia yang meninggalkan sel militannya. Semua pelajar itu kini dianggap sebagai "tebusan" dan perlu "disenyapkan" kerana mengetahui semua operasi Mahmud dan sel militannya.
Sumber perisikan Malaysia memberitahu The Malaysian Insider Mahmud, 36, terlibat dalam aktiviti militan sejak 1990-an semasa belajar di Universiti Islam Antarabangsa di Islamabad, Pakistan.
Pada ketika itu, beliau menerima latihan ketenteraan di kem Al-Qaeda di Afghanistan.
Nama Mahmud muncul dalam berita untuk kali pertama semalam apabila polis Bukit Aman mengeluarkan senarai nama lima pengganas Malaysia paling dikehendak
Mahmud, yang sudah berkahwin juga dikenali dengan nama lainnya, Abu Handzalah. Alamat terakhirnya yang diketahui adalah di Batu Caves, Selangor.
Mahmud, pensyarah kanan di Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam UM dikatakan sedang bersembunyi di selatan Filipina sejak 22 April.
Dua anggota selnya yang termasuk dalam senarai dikehendaki polis adalah Mohd Najib Husen dari Kota Damansara, Petaling Jaya, dan Muhammad Joraimee Awang Raimee.
Mereka bertiga terlibat dalam merekrut dan menghantar rakyat Malaysia menyertai pejuang Kumpulan Negara Islam dan Jajahannya (Isil) di Syria, manakala dua yang lain adalah anggota Darul Islam Sabah dan menyertai Abu Sayyaf.
Mohd Najib memiliki kedai fotostat dan alat tulis di UM. Mahmud dan Mohd Najib merupakan anggota kanan sel militan.
Nama lain yang dikeluarkankan polis semalam ialah Mohd Amin Baco, 31, dan Jeknal Adil, 30. Kedua-duanya dari Tawau, Sabah.
Mereka adalah ahli Darul Islam Sabah dan kedua-duanya dikatakan menyertai kumpulan Abu Sayyaf yang berpangkalan di selatan Filipina.
Sumber perisikan memberitahu The Malaysian Insider, Mahmud yang merupakan pensyarah di sebuah universiti swasta sebelum menyertai UM, menggunakan kedudukannya sebagai ahli akademik untuk menarik pelajar dalam aktiviti militan.
"Beliau bukan saja merekrut rakyat Malaysia untuk bersama-sama berjuang bersama Isil tetapi juga merancang menculik bekas pelajar yang meninggalkan sel kerana mereka tahu banyak perkara mengenai aktiviti militan," kata sumber berkenaan.
Siasatan juga mendedahkan Mahmud bertanggungjawab merancang mesyuarat antara pemimpin sel dari Asia Timur dan mereka di Selatan di sebuah "rumah perlindungan" di Shah Alam, Selangor yang diserbu polis bulan lalu.
Mesyuarat antara pemimpin itu adalah untuk membincangkan penubuhan sebuah Khalifah Islam dipanggil Daulah Islamiyah Asia Tenggara.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini menasihatkan umat Islam di Malaysia agar tidak mudah terpengaruh atau taksub dengan pertempuran kumpulan militan di luar negara.
Beliau berkata, kerajaan tidak boleh menghalang rakyat Malaysia daripada melawat negara yang terjejas dengan konflik jika mereka diberikan visa tetapi memberi amaran berjuang menegakkan kesucian Islam tidak bermaksud mengangkat senjata api dan menjadi pengebom berani mati.
Zahid berkata demikian selepas adanya laporan mengenai rakyat Malaysia yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Isil, kumpulan serpihan al-Qaeda, yang berjuang di Iraq dan Syria.
Seorang daripadanya dikenal pasti sebagai bekas ahli Dewan Ulama PAS, Lotfi Ariffin, yang dipecat parti itu bulan lalu selepas mengetahui beliau mendaftar dengan kumpulan militan.
Seorang lagi dipercayai adalah pengebom berani mati yang membunuh 25 anggota polis Iraq  pada Mei manakala polis di sini menahan tiga lelaki tempatan, dipercayai anggota kumpulan itu, awal bulan ini. – 3 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pensyarah-um-rekrut-pengebom-berani-mati-pertama-malaysia#sthash.gats76UN.dpuf

NGO Gesa Lima Pengkritik Khalid Tutup Mulut

Posted: 02 Jul 2014 08:02 PM PDT





Mazli Saring (kiri) bersama Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
SEPANG: Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa lima pemimpin PKR yang dipilih rakyat supaya 'menutup mulut' mereka dan berhenti meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Pakatan Anak-anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb) juga melabel lima pemimpin itu sebagai 'budak nakal' atau orang suruhan pesaingan Khalid iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali.
Kumpulan pakatan itu yang sealiran dengan kem Khalid berkata lima pemimpin PKR itu adalah Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, Adun Sri Muda Suhaimi Shafie, Ahli Parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Adun Batu Caves Amirudin Shari. 
Presiden Pasmeb Mazli Saring berkata kelima-lima mereka ini tidak seharusnya terus mengecam Khalid dan mencetuskan huru-hara dalam politik di negeri ini.

"Nampak seolah-olah dalam tempoh setiap dua hari, salah seorang daripada mereka akan membuat satu kenyataan media untuk menjatuhkan Khalid.

"Mereka bukannya berasal dari Selangor," katanya kepada pemberita ketika ditemui di KLIA2 di sini Rabu.

Mazli yang juga bekas Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR Selangor, berkata walaupun menjadi wakil yang dipilih di negeri ini, tetapi Rafizi berasal dari Terengganu, Abdullah Sani dan Suhaimi dari Perak manakala Amirudin dari Johor.

Malah, katanya, Shamsul, dari Melaka, yang bukan merupakan wakil yang dipilih di negeri ini juga tetap mahu campur tangan dalam isu-isu di sini.

"Rakyat Selangor mengundi untuk pemimpin mereka, jadi mereka perlu memberi khidmat kepada rakyat dan bukannya tidak habis-habis mencanangkan supaya Khalid meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar," kata Mazli.

Beliau menggesa kepimpinan PKR mengambil tindakan tatatertib terhadap kelima-lima mereka memandangkan penasihat parti Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi amaran kepada ahli untuk tidak menyerang pemimpin mereka.

Mazli, yang baru pulang dari Sabah juga berkata Khalid mendapat sokongan besar daripada ahli-ahli dari empat Cabang parti di negeri ini semasa pemilihan PKR baru-baru ini di sana.

"Khalid mendapat sejumlah 2,069 undi berbanding Azmin 326 undi untuk jawatan timbalan presiden pada pemilihan yang diadakan di Cabang Pensiangan, Keningau, Tenom dan Papar," katanya.

Khalid bersaing dengan Azmin dan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail untuk jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti.

Tony Fernandes jual Caterham F1 Team

Posted: 02 Jul 2014 08:28 AM PDT

After weeks of speculation, AirAsia boss Tan Sri Tony Fernandes (pic) and his partners have sold the Caterham F1 team to a group of Swiss and Middle Eastern investors - 
The announcement also sees F1 veteran Colin Kolles back in the pitwall.
Former Dutch F1 driver, Christijan Albers, assisted by Manfredi Ravetto, will take over the day-to-day running of the team, replacing Cyril Abiteboul.
Caterham's new owners intend to "remain in the background", even though the news had been made official ahead of the British Grand Prix, German daily Bild said.
"Kolles is the man in the background, pulling the strings," Bild reported.
"He wants to give Caterham a polish and achieve at least 10th place in the world championship, getting money from Bernie Ecclestone's TV pot."
Kolles' F1 history includes stints with the team now known as Force India, previously known as Jordan, Midland, MF1 and Spyker, reported NBC Sports.
Albers and Kolles have been reportedly linked to F1 and in sports car racing in recent years.
Albers drove for Spyker in 2007, when Kolles was the team principal.
In Caterham's official announcement, there was no mention of the team's line-up.
Kamui Kobayashi and Marcus Ericsson remain drivers while Alexander Rossi, Rio Haryanto and Will Stevens are scheduled to test.
In May, AFP reported that Fernandes the owner of airline AirAsia and London football club Queens Park Rangers, which next season will be back in the lucrative English Premier League, said he would not sell Caterham but was keen to attract additional investment. – July 2, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/sports/article/tony-fernandes-sells-caterham-f1-veteran-to-oversee-ops?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.ELbSXP8w.dpuf

Agenda adu damba terhadap Islam

Posted: 02 Jul 2014 07:58 AM PDT

Tuesday, July 02, 2014

Satu muka digunakan oleh Ketua Pengarang akhbar The Star Datuk Wong Chun Wai (dalam ruanggannya "Comment"), hari ini untuk menggambarkan kegiatan militat dan jihad yang melibatkan rakyat Malaysia terutama di Negara-negara bergolak dan konon kaitannya dengan PAS.


Satu persatu nama-nama radikal itu diperkenalkan selain penglibatan mereka dalam PAS.


Ternyata agenda yang jelas Wong adalah untuk mengaitkan PAS dengan kegiatan keganasan yang hari ini digeruni Barat dan dunia.

Dari nama Ustaz Lotfi Ariffin, Zainon Ismail (yang dalam PRU lalu berkempen menentang PAS), Noorashid Sakid, Ahmad Tajuddin Abu Bakar, Solihan Abd Ghafar, Alias Ngah, Abu Bakar Che Dol, Asfawani Abdullah, Ahmad Pozi Deraman sehinggalah Nik Adli Nik Abd Aziz semuanya disebut .



Bagi saya artikel Wong gagal membuktikan bahawa individu-individu yang beliau namakan itu berpengaruh dalam PAS, atau menerima arahan dari PAS atau dihantar oleh PAS. Sebagai penggiat media yang veteran sepatutnya beliau juga melaporkan bahawa PAS tidak pernah mengiktiraf atau menyokong tindakan mana-mana individu yang beliau dedahkan itu.

Malah dalam kes Ustaz Lotfi, Wong sendiri mengakui yang PAS telah memecat keahliannya. Adilkah kita mengaitkan seseorang begitu sahaja. Contohnya kalau seorang peragut atau pembunuh atau perogol itu kebetulan ahli Umno, bolehkah kita kaitkan bahawa mereka melakukan jenayah itu atas dorongan Umno?



Menteri yang rasuah, berapa ramai bekas MB Umno yang terlibat, orang-orang politik dari Umno dan BN tidak pula kita kaitkannya dengan Umno atau BN secara langsung, kenapa apbila dua tiga kerat individu ini yang dinamakan Wong yang terlibat dalam kegiatan atas pilihan mereka sendiri, tiba-tiba PAS yang mahu dicampak ke kandang orang salah?

Tetapi yang paling tidak adil apabila Wong menulis:



If there is one thing that is consistent in the PAS agenda, it is its ambition to push for the implementation of hudud laws and to turn Malaysia into an Islamic state.
But more than that, there are also members who are cheering for the militants in Syria…..

Sengaja Wong membangkitkan isu hudud dan Negara Islam bagi saya semata-mata mahu mengaitkannnya dengan militant dan kegiatan ekstrim. Berapa jahatnya tulisan ini dan dari situ kita boleh membaca kebencian yang meluap-luap dalam hati beliau sebenarnya terhadap Islam dan perjuangannya.
Wong ternyata silap apabilabeliau mengatakan bahawa perjuangan militant di Syria disambut dan disokong oleh orang-orang PAS, sebenarnya perjuangan menentang kezaliman disokong oleh semua umat Islam. Bukan hanya PAS, Umno, atau apa parti pun selagi dia Islam dan faham, pasti dia akan menyokong perjuangan yang menentang kezaliman, tetapi itu tidak bermakna ia seorang militant atau ekstrimis.



Kesimpulannya bibit-bibit kemarahan masyarakat bukan Islam terhadap agenda Islam sudah semakin kelihatan dalam Negara. Apalagi dikalangan mereka yang berpengaruh dan mempunyai kedudukan yang boleh mempengaruhi minda rakyat.
Mengapa mesti ada sikap mengadu-domba sedangkan sepatutnya kita berbaik sangka dan berkasih-kasihan.



Tulisan seperti ini mengundang kemarahan dan kebencian jika ia berterusan saya tidak nampak ia membantu dalam pembentukkan Negara dan perpaduan nasional. - roslan sms

'Hukum pengemis bercanggah dengan Islam'

Posted: 02 Jul 2014 06:40 AM PDT



Pengumuman kerajaan untuk menghukum golongan peminta dan pemberi sedekah menerima kecaman keras dari para aktivis yang menyifatkannya sebagai tanda kegagalan kerajaan untuk menangani isu kemiskinan.



Antaranya, Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang menyifatkan pengumuman oleh Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor itu bercanggah dengan seruan Islam untuk bersedekah.


Ketua pergerakan itu, Nurul Islam Mohamed Yusoff berkata kenyataan menteri tersebut ketika umat Islam baru menyambut kedatangan Ramadan itu juga menunjukkan Tengku Adnan gagal memahami isu tersebut.

"...(Kenyataan menteri) memperlihatkan kegagalan menteri mengenalpasti punca sebenar gejala itu, apatah lagi untuk (mencadangkan penyelesaian) bagi menyelesaikan masalah tersebut," kenyataanya dipetik.

Tambahnya, kerajaan sepatutnya sedar hukuman seperti itu sahaja tidak cukup untuk membersihkan Kuala Lumpur dari pengemis.

"Fenomena mengemis di ibu kota itu sebenarnya manifestasi dari kegagalan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk membasmi kemiskinan bandar dan menangani sindiket peminta sedekah," katanya lagi.

Tahan seperti penjenayah

Sementara itu, kolektif Dapur Jalanan Kuala Lumpur pula dalam kenyataannya menyebut, "pengumuman tidak masuk akal" dan "tidak berperikemanusiaan" tersebut menunjukkan kerajaan akan terus menyalah guna Akta Orang-Orang Papa 1977 (AOP) melalui operasi tangkapan pengemis.

"Ini adalah tidak tepat sama sekali kerana AOP... disalahguna oleh pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dalam pelbagai operasi seperti Operasi Gelandangan dan Operasi Qaseh yang menangkap dan menahan warga miskin kota seperti penjenayah sewenang-wenangnya."

Sedangkan, akta tersebut sudah pun menyatakan dengan jelas tujuan untuk "menyelamat" dan "memulihkan" warga miskin kota, kenyataan itu dipetik.

Dapur Jalanan, yang menyediakan makanan percuma kepada warga gelandangan di Jalan Panggung, Kuala Lumpur pada setiap hari Ahad, turut menjemput Tengku Adnan untuk melihat sendiri keadaan golongan berkenaan di jalanan.

Kenyataan tersebut menjawab kenyataan Tengku Adnan semalam yang mengumumkan, tindakan seperti itu bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara.
   
Menurut laporan Bernama, Tengku Adnan berkata tindakan saman ke atas pemberi sedekah dan menahan pengemis dibuat kerana golongan peminta sedekah itu terdiri dari orang asing.

Katanya, tindakan NGO yang memberi makanan percuma kepada warga gelandangan di "merata-rata" juga mengundang kekotoran.

Wisma Putra: Rizalman akan dihantar balik ke New Zealand

Posted: 02 Jul 2014 05:10 AM PDT


Menteri Luar, Datuk Anifah Aman mengesahkan bahawa pegawai waran 2 Muhammad Rizalman Ismail akan diekstradisi ke New Zealand berkaitan tuduhan terhadapnya.

Anifah mengesahkannya kepada Malaysiakini melalui SMS petang ini.

Sementara itu, Wisma Putra dalam satu kenyataan berkata, kerajaan Malaysia memutuskan untuk menghantar balik Rizalman ke New Zealand, untuk membantu penyiasatan terhadap tuduhan pecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol.



Menurutnya, Rizalman akan diiringi seorang pegawai kanan tentera dari Kementerian Pertahanan.

Keputusan ini disampaikan oleh Anifah kepada rakan sejawatnya, Menteri Luar New Zealand, Murray McCully, petang ini.



Menurut kenyataan itu lagi, kerajaan Malaysia berpendapat bahawa keputusan itu akan memberi peluang bagi Rizalman untuk bekerjasama sepenuhnya dan membantu pihak berkuasa New Zealand dalam siasatan yang sedang dijalankan mengenai dakwaan terhadapnya.

"Dalam hal ini, prinsip undang-undang bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah, perlu digunapakai kepada Rizalman.

"Kerajaan Malaysia akan menyediakan bantuan guaman kepada Muhammad Rizalman jika perlu," tambahnya.

Menurut kenyataan itu lagi, Malaysia mempunyai keyakinan penuh terhadap sistem perundangan New Zealand.

Katanya, ia juga berkeyakinan penuh bahawa Rizalman akan diberi layanan yang adil dan secara bermaruah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

"Keputusan kerajaan Malaysia adalah bukti jelas tentang hubungan dua hala yang cemerlang antara Malaysia dan New Zealand," tambahnya. - 
Malaysiakini

Menantu presiden PAS sokong kumpulan militan Isil, Isis

Posted: 02 Jul 2014 03:01 AM PDT


Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militant Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014.
Screenshot akaun Facebook milik Zaharudin Muhammad yang jelas menyatakan sokongan beliau terhadap kumpulan militant Isil dan Isis. – Gambar Facebook Zaharudin Muhammad, 2 Julai, 2014.

Menantu Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Zaharudin Muhammad menyatakan sokongan secara terbuka terhadap kumpulan militant, Kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (Isil) dan Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis) walaupun parti Islam itu tidak berbuat demikian.
Zaharudin, yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS menulis di laman sosial Facebook miliknya pada 16 Jun lalu, menyatakan kegembiraan apabila kawasan-kawasan di Iraq mula jatuh ke tangan dua kumpulan militan berkenaan.
"Satu demi satu daerah-daerah dan kawasan-kawasan di Iraq jatuh ke tangan mereka seperti Mosul dan sekarang mara ke Baghdad.
"Bukan air mata kesedihan, juga tidak pasti ia air mata kegembiraan, tetapi yang pasti ada berita tentang orang awam di Iraq mendapat pembelaan," katanya, di laman Facebook milik Zaharudin Muhammad.
Isu ahli PAS berjuang dan berperang di luar negara timbul apabila salah seorang ahlinya secara terbuka memuat naik gambar di laman Facebook berhubung pertempuran yang disertainya di Syria.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali juga mengesahkan PAS memecat Lotfi Ariffin daripada menjadi ahlinya pada 11 Mei, 2014 selepas mendapat maklumat dan mengesahkan beliau ke Syria untuk menyertai peperangan di sana melalui satu kumpulan yang dikatakan berjihad.
"Kita mendapat maklumat itu sebelum ini dan menyiasatnya. Setelah sah, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat pada 11 Mei lalu membuat keputusan memecat beliau.
"Cuma ketika itu kita tidak memaklumkan perkara ini kepada media," kata Mustafa kepada The Malaysian Insider sambil menambah keluarga Lotfi juga turut dimaklumkan mengenai hal itu.
The Star sebelum ini melaporkan pemimpin PAS antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria.
Menurut akhbar berkenaan, Lotfi yang didakwa sebagai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) Dewan Ulama PAS secara terbuka memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria ke media sosial.
"Saya bukan dari kalangan Isil ataupun Isis dan saya tidak pernah bersua dengan mereka," kata Zaharudin.
Beliau juga memaklumkan bernazar mewaqafkan anak lelakinya bagi mempertahankan mereka yang lemah.
"Hati serta jiwa raga saya bersama mereka yang berjuang menentang kekejaman, melindungi golongan yang tertindas di Iraq, Syria, Palestin, dan Kashmir, dan lain-lainnya," katanya.
"Sekalipun jasad terhalang kerana memahami hukum fardhu ain dan fardhu kifayah serta fiqh aulawiyat," kata Zaharuddin.
Hari ini media Turki melaporkan militan Isil merancang menakluk Arab Saudi dan memusnahkan Kaabah.
Seorang ahli Isis, Abu Turab Al Mugaddasi berkata mereka akan menakluki kota suci umat Islam itu dan memulakan operasi dari sana.
"Jika Allah izinkan, kami akan membunuh sesiapa yang menyembah batu di Mekah dan memusnahkan Kaabah. 
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam satu ucapan minggu lalu menggesa ahli Umno mempelajari keberanian kumpulan militan Isil yang berjaya mengalahkan tentera Iraq walaupun mempunyai jumlah anggota lebih kecil.
"Sama ada kita bersetuju atau tidak, itu cerita lain. Kumpulan Isil yang hanya mempunyai 1,300 orang berjaya mengalahkan 30,000 tentera Iraq, sehingga empat, lima jeneral bintang tiga terpaksa melarikan diri menyelamatkan diri mereka, terjun tingkap pada waktu malam," kata presiden Umno itu dalam jamuan makan malam sempena 20 tahun Umno Cheras minggu lalu. – 2 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/menantu-presiden-pas-sokong-kumpulan-militan-isil-isis-secara-terbuka?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.H50NBmkO.dpuf

Tidak wajar pemberi sedekah dikenakan tindakan

Posted: 02 Jul 2014 02:08 AM PDT


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: Mengenakan hukuman kepada pemberi sedekah kerana membantu peminta sedekah adalah suatu tindakan yang tidak wajar.

Menurut seorang penceramah bebas Abdullah Hanif Hassan, peminta sedekah akan wujud sepanjang zaman dan akan ada di mana-mana sahaja di atas muka bumi ini.

Malah katanya, peminta sedekah sudah lama berlaku sejak zaman Rasulullah s.a.w. lagi sehinggalah sekarang.

"Sebab itulah hieraki manusia yang Allah jadikan iaitu ada yang paling kaya dan ada yang paling merempat yang mana satu hari makan pun tidak cukup," katanya semasa menyampaikan tazkirah kepada kakitangan Harakah petang ini.


Tambahnya, kedatangan orang Islam bagi menyelesaikan masalah ini dengan mengurangkan jurang antara golongan yang merempat dengan golongan yang paling kaya melalui sedekah iaitu zakat dan infak.

"Maksud Islam itu sendiri adalah sedekah dan sedekah itu memberi, bahkan ada yang wakafkan zakat-zakat mereka. Sedekah digalakkan untuk orang yang memerlukan," katanya.

Semalam, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata, pemberi sedekah akan berhadapan tindakan saman seandainya 'membantu' pengemis di ibu kota.

Katanya, peminta sedekah juga akan berdepan hukuman sama seandainya mengemis di tempat tumpuan.

"Pemberi dan peminta sedekah bakal berdepan hukuman seperti denda apabila undang-undang berkaitan kegiatan mengemis di ibu negara diperketat.

"Langkah itu akan dilaksana di beberapa tempat tumpuan bagi mengurangkan budaya meminta sedekah yang mencemar imej ibu negara," katanya. - HARAKAHDAILY 2/7/2014

Anda Akan Berpuasa 21 jam 57 minit di Iceland

Posted: 01 Jul 2014 11:40 PM PDT





http://www.ammboi.com | .

Di Malaysia, purata waktu berpuasa adalah 13 jam 33 minit sehari, tu pun ada yang malas. Namun, jika anda berpuasa di Iceland, maka anda perlu nambah hampir 8 jam lagi waktu puasa anda! Bermakna, di sana anda akan berpuasa hampir satu hari penuh yakni selama 21 jam 57 minit. Mana nak bezakan sahur dengan berbuka kan dengan tempoh yang singkat antara keduanya.

Di Malaysia, cuaca panas akan menyebabkan anda cepat dahaga, namun di Iceland cuaca sejuk akan menyebabkan anda cepat lapar. Bayangkan berlapar selama hampir 22 jam sehari selama sebulan? Itulah antara cabaran Ramadan yang penuh keberkatan. Selepas Iceland, paling lama anda akan berpuasa adalah di Sweden yakni selama 20 jam 57 minit, diikuti Amerika Syarikat (Alaska), 19 jam 51 minit, England (18 jam 53 minit), Jerman (19 jam 1 minit).

iceland city

Bagi yang memilih untuk melaksanakan ibadah puasa di Mekah, maka anda perlu bersedia untuk berpuasa selama 14 jam 53 minit. Pastinya ibadah umrah anda akan menjadi jauh lebih mencabar, namun keberkatan bumi Anbiya lain, susah macam mana pun kita buat, malah merasa seronok melakukannya.

Tempoh berpuasa yang paling singkat di bandar utama dunia tahun ini adalah di Sydney, Australia yang hanya memakan masa 9 jam 56 minit. Rujuk jadual di atas untuk tempoh berpuasa di negara-negara lain.
waktu berpuasa paling panjang dan pendek di dunia
Jadi… selepas mengetahui tempohnya, anda akan memilih untuk berpuasa di mana andai diberikan pilihan?
Sumber: mynewshub.my