Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Taktik basi Guan Eng tuduh BN untuk tutup skandal tanah lebih besar

Posted: 30 Jun 2014 08:32 PM PDT


Lim Guan Eng terlibat dalam penjualan TANAH IKEA, TANAH KDU, TANAH TANJUNG PINANG, penjualan rumah-rumah Kerajaan Negeri, TANAH TAMAN FREE SCHOOL, TANAH TAMAN MANGGIS dan tanah RM6 bilion untuk bina Terowong Pulau Pinang tapi menyalahkan kerajaan BN lepas dengan membuat tuduhan lebih-lebih.

Memetik Selangor Chronicle:

Benarkah seperti yang ditemberangkan oleh Lim Guan Eng?

Justeru, mari kita tengok senarai 'tanah terjual' Barisan Nasional yang dijadikan bukti oleh Lim Guan Eng.

- 980 ekar di Tanjung Tokong (Tanjung Pinang) pada harga RM1 sekaki persegi.

- 325 ekar di Lebuhraya Jelutong pada harga RM20 sekaki persegi.

- 750 ekar di Batu Kawan pada harga RM3.24 sekaki persegi.

- 1606 ekar di Butterworth pada harga RM8.40 sekaki persegi.



Sekali pandang, Barisan Nasional telah menjual tanah-tanah berkenaan pada harga yang sangat rendah sekaligus menunjukkan yang Barisan Nasional merupakan pengamal korupsi.

Benarkah?

Jawapannya di SINI

....sebenarnya ramai yang faham mengapa Kerajaan Negeri Pulau Pinang terlalu terdesak untuk menjual tanah.


Berdasarkan kepada Laporan Ketua Audit Negara yang baru ke atas akaun Kerajaan Negeri Pulau Pinang pada tahun 2012, orang yang paling bodoh untuk memahami ilmu ekonomi pun dapat melihat bagaimana Kerajaan Negeri di bawah kepimpinan Lim Guan Eng sedang berhadapan dengan peningkatan DEFISIT OPERASI yang sangat besar di mana perbelanjaan tahunan telah meningkat dua kali ganda dari tahun 2008 ke tahun 2012, manakala perolehan negeri pula mendatar tetapi ditingkatkan dalam akaun berdasarkan keuntungan sehingga 10 kali ganda hasil daripada jualan aset dan tanah.

Secara mudah, sekiranya Pulau Pinang tidak menjual tanah seperti kerajaan-kerajaan negeri di bawah UMNO dan Barisan Nasional, sudah pastilah Kerajaan Negeri Pulau Pinang sekarang, telah bankrap!

Laporan rasuah terhadap bekas Setiausaha Politik Kit SIang

Posted: 30 Jun 2014 05:47 PM PDT


Pada pukul 11:30 nanti, ada satu sidang media oleh sebuah NGO bergelar PMSP yang akan menyerahkan bukti dokumen rasuah bernilai ratusan ribu ringgit melibatkan ADUN Kuala Kubu Baru dari DAP, YB Lee Kee Hiong kepada SPRM.

Ia akan berlangsung di Ibu Pejabat SPRM, Putra Jaya .Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi Ramesh Rao 0123560105

Berkenaan Lee Kee Hiong, wanita badan cekeding hampir menyerupai jantan ini adalah dalam faction Theresa Kok. Baca SINI

Dia pernah menajdi bekas setiausaha politik Lim Kit Siang.

Nama dia pernah timbul sebagai penerima cek bawah nama syarikat WSK Enterprise dalma kes salahahu rasuah melibatkan kematian Teoh Beng Hock pada tahun 2010. Lee dan Ronnie Liu merupakan mentor kepada ADUN DAP Ean Yang Wah.

DIa berperanan sebagai penguut dan pernah SINI Unspinners ceritakan kisah dia mengugut surau-surau dan masjid-masjid untuk membuat acara untuk DAP jika masih mahukan peruntukan dari negeri. Baca  SINI


Pada tahun 2012, sebelum PRU, dia pernah mencerooh majlis BN yang dihadhiri Dato Naji untuk membuat kacau di Sg Long. Baca SINI

Kes rasuah yang akan dilaporkan pernah keluar di blog-blog. Selain kes rasuah yang mahu dilaporkan, Lee pernah menghina mahkamah. Baca SINI.

Peduli dia perempuan, kerjakan perasuah,  'troublemaker' dan penyangak DAP ini. Pernah bersaam Theresa Kok dalam satu majlis yang mana kata-kata rasis membenci Melayu dikeluarkan. Baca SINI

Nik Nazmi tingkatkan syiar Islam dengan bina gereja bulan Ramadan

Posted: 30 Jun 2014 06:30 AM PDT


1 lagi Gereja Emmanuel Terbesar di DUN Seri Setia, Parlimen Kelana Jaya bakal dibina di hadapan Mentari Court.

Adakah pihak UMNO/PAS SINONIMNYA ISLAM mengambil bahagian dalam BANTAHAN. Jikà tiada bantahan difahamkan projek binaan GEREJE EKSLUSIF 4 TINGKAT berhadapan Pangsapuri Damai, belakang Restoran Aliff ini akan dimulakan pembinaan pada hujung Julai yakni menjelang Hari Raya Aidildilfitri 2014.

Tahniah kepada YB Nik Nazmi ADUN SERI SETIA, Tuan Halimey AHLI MAJLIS MBPJ ZON 24 yang telah berjaya merobohkan GERAI HARAM dibelakang tapak gereja.


Masih ingatkah lagi peristiwa YB Gwo Burne Loh Ahli Parlimen Kelana Jaya di tumbuk oleh Pegawai Khas YB Nik Nazmi di TAPAK SURAU Blok 4 DESA MENTARI, PETALING JAYA dalam bantahan kaum india menghalang pembinaan surau di padang berkenaan. Akhirnya pemimpin PAS tewas ditangan kaum BUKAN ISLAM.....

Terkuburlah surau yang kononnya terpaksa DIBATALKAN sedangkan ketika itu difahamkan tapak berkenaan telah diluluskan oleh Exco Agama ketika itu. Persoalannya RAPUHNYA PERJUANGAN AGAMA OLEH PAS. Apakah dasar mahupun TERAS ISLAM telah terkubur......Suatu kekecewaan yang telah sekian lama dipendam diluahkan jua.

Baca sepenuhnya di Headbomb SINI

Cuit punya cuit ... akhirnya klon Dyana Sofea di Sarawak melenting

Posted: 30 Jun 2014 03:31 AM PDT


Aziz Isa, Melayu atau mungkin Melanau yang masuk DAP dan menjadi klon DYana Sofea apabila dilantik pembantu khas Chong Chen Jen sudah lama jadi hala tuju serangan blogger Dari Lawas ke Semantan (DLKS).

Pelbagai pendedahan telah dibuat tentang Aziz yang sedang diatur untuk bertanding kawasan Melayu Melanau di Petrajaya.


Akhirnya di melenting lalu membuat laporan polis di atas hanya posting main-main tentang dia buat majlis tahlil untuk mendiang Wong Ho Leng. Posting itu di SINI.


Menurut DLKS di SINI, Aziz sendiri buat poster dan sendiri sebarkan untuk tuduh blogger ini. Sama macam kepala lembu Rayer, cat rumah Theressa Kok dan RBA di PRK Telok Intan....

Impian Sarawak: Agenda DAP bersama kuasa asing mahu pecahkan Malaysia

Posted: 29 Jun 2014 11:30 PM PDT

Tidak hairan sama sekali apabila menggantikan kempen 'UBAH' menjadi 'IMPIAN SARAWAK' terutama selepas pertemuan pemimpin-pemimpin utama DAP Sarawak dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke negara ini secara sulit tidak lama dahulu. Nasihat daripada Amerika Syarikat itulah barangkali yang membuatkan DAP Sarawak begitu teruja dan membiayai gerakan mahu mengeluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia selain cubaan menimbulkan ketidaktenteraman dan perang saudara sepertimana yang berlaku di Kalimantan, Indonesia antara etnik Dayak dengan Madura awal tahun 2000 dahulu.

Gerakan mengeluarkan Sabah dan Sarawak yang didalangi oleh DAP terutama menerusi kempen-kempen aktif menerusi media sosial, dilihat semakin menjadi-jadi selepas pertemuan rombongan pemimpin DAP Sarawak dengan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia, Joseph Y. Yun pada awal tahun ini.


Perjumpaan tertutup tersebut diadakan bersama-sama tiga orang pemimpin DAP iaitu Chong Chien Jen, Wong King Wei dan Violet Yong Wui Wui.

DAP bercita-cita besar untuk menguasai Sarawak. Walaupun di Semenanjung, cita-cita DAP adalah untuk mencantumkan Singapura kembali ke dalam Malaysia, di Sarawak dan Sabah, DAP adalah dalang utama untuk mengeluarkan kedua-dua negeri tersebut daripada Persekutuan Malaysia.

Baca seterusnya di Flying Kick SINI

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Jenazah masih wangi, elok walau dikebumi 7 tahun lalu

Posted: 30 Jun 2014 10:12 PM PDT

Jenazah masih wangi, elokJenazah Maheran dikafankan semula sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Kampung Batu Badak, Segamat.

Mayat guru al-Quran dikebumi pada 2006 masih sempurna


Segamat: Jenazah seorang guru agama yang dikebumikan kira-kira tujuh tahun lalu ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi ketika kerja menggali tanah perkuburan di Kampung Batu Badak, di sini.



Jenazah Allahyarham Maheran Jaaffar, yang meninggal pada 2006 adalah antara 350 kubur yang digali semula untuk dipindahkan bagi memberi laluan kepada projek melebar Jalan Segamat-Ledang.


Selain itu, dua jenazah lagi turut ditemui dalam keadaan sempurna dan berbau wangi walaupun dikebumikan sejak berdekad lalu. 


Anak sulung Maheran, Hamisah Kassim, 67, berkata beliau terkejut dan hiba apabila dimaklumkan jenazah ibunya dalam keadaan wangi dan masih sempurna, termasuk kain kapan yang masih utuh.



Pemindahan kubur



"Kubur emak adalah yang pertama digali untuk dipindahkan ke Tanah Perkuburan Wakaf di Kampung Tasek. Saya terharu diberitahu jenazah ibu masih elok dan wangi.



"Mungkin itu balasan yang diterima ibu kerana ketika hayatnya arwah mengajar kanak-kanak mengaji al-Quran. Seingat saya, arwah sentiasa mengamalkan amalan berselawat, berzikir dan sering bersedekah," katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
Hamisah berkata, arwah ibunya juga seorang yang bertanggungjawab menjaga empat lagi adik-beradiknya dan seorang yang pendiam.



Sementara itu, Penyelia Tanah Perkuburan Jabatan Agama Johor (JAJ), Jamaluddin Sapuan, berkata semua jenazah yang digali semula itu dikapankan dan dikebumikan semula di Tanah Wakaf Kampung Tasek.



"Seramai 15 penggali kubur di bawah JAJ memulakan kerja menggali sambil dilihat beberapa jabatan kerajaan, waris dan penduduk setempat.



"Penemuan jenazah yang masih sempurna dan berbau wangi tanda kekuasaan Allah SWT dan balasan yang baik kepada mereka yang melakukan suruhan Allah," katanya.

MH370: Siapa ganggu sistem kuasa pesawat?

Posted: 30 Jun 2014 09:17 PM PDT


SHAH ALAM 1 JULAI: Penyiasat nahas udara Australia mendedahkan bahawa pesawat MAS MH370 yang hilang sudah 115 hari lepas mengalami gangguan kuasa 'misteri' pada peringkat awal penerbangan, yang membuatkan pakar percaya ia boleh menjadi sebahagian daripada usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
David Gleave, seorang pakar keselamatan penerbangan dari Loughborough University, berkata gangguan bekalan kuasa muncul sebagai hasil apabila seseorang di kokpit cuba untuk mengurangkan penggunaan sistem pesawat.
Stealth MH370Tindakan itu, katanya, adalah selaras dengan usaha untuk menjadikan komunikasi pesawat dan sistem terpadam dalam usaha untuk mengelak daripada dikesan radar.
"Seseorang mungkin berlegar-legar di dalam kokpit yang akan membawa kepada gangguan kuasa.
"Ia boleh menjadi satu tindakan yang sengaja bagi mematikan kedua-dua enjin untuk beberapa ketika," katanya.
Penyiasat nahas udara itu berkata mereka menemui bukti baru kehilangan pesawat MH370 mengenai kokpit pesawat yang berkemungkinan telah diganggu.
Color MH370 location map.jpg.CROP.promovar-mediumlargeMenurut laporan itu, unit data satelit pesawat telah melakukan permintaan 'log masuk' yang tidak dijangka kepada satelit, dalam tempoh kurang dari 90 minit semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.
Laporan menyebut mengenai permintaan 'log masuk' yang dikenali sebagai 'handshake' yang dilihat mungkin muncul disebabkan gangguan kuasa elektrik di atas kapal pesawat.
"Permintaan log masuk ketika penerbangan bukan perkara biasa.
"Analisis telah dilakukan yang menentukan bahawa ciri-ciri dan masa permintaan 'logon' adalah padanan terbaik sebagai akibat daripada gangguan kuasa," Menurut laporan oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia.
Laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Australia mendedahkan bahawa Boeing 777 cuba untuk membuat 'log masuk' ke satelit Inmarsat pada pukul 2.25 pagi, tiga minit selepas ia dikesan oleh radar tentera Malaysia.
Ketika itu pesawat sedang terbang di utara pulau Sumatera Indonesia.
Pesawat itu menyimpang dari laluan sebenar untuk ke destinasinya iaitu Beijing, tetapi tidak lagi menukar arah ke selatan Lautan Hindi.
Pesawat itu mengalami satu lagi permintaan log masuk hampir sama kira-kira enam jam kemudian, walaupun ini adalah 'handshake' satelitnya ketujuh dan terakhir yang dipercayai pesawat kehabisan bahan api dan kuasa elektrik sebelum terhempas, di suatu tempat di selatan Lautan Hindi.
Nurul-IzzahSebelum ini, PKR mendesak Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai menubuhkan badan penyiasatan bebas berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 dengan segera.
Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, berkata ia perlu dilakukan ekoran anggota keluarga penumpang dan anak kapal masih menunggu jawapan yang menjangkau lebih tiga bulan.
Izzah turut menggesa Tiong Lai mendedahkan laporan audit terhadap sistem radar Jabatan Penerbangan Awam dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).
EZY

Prof Redzuan dipecat kerana kritik pentadbiran Umno - Anwar

Posted: 30 Jun 2014 05:48 PM PDT

Berita pemecatan serta merta Profesor Datuk Dr Mohamad Redzuan sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (UMcedel) tidak mengejutkan tetapi tetap mengecewakan dan tidak wajar.
Penyingkiran secara melulu bertujuan memberi amaran kepada semua ahli akademik bahawa kebebasan mereka akan berakhir semata untuk mempertahankan kepentingan UMNO. Dalam pentadbiran yang rakus ini, kebebasan mengkritik adalah hak mutlak kepada mereka sasarannya adalah pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat atau mereka yang kritikal terhadap UMNO-BN. Penghukuman yang cukup pantas ini akan menimpa mereka yang menyokong apa-apa pandangan atau pendapat yang kelihatan kritikal terhadap UMNO apatah lagi yang memihak kepada pembangkang.
Nasib yang sama juga telah menimpa pakar ekonomi terkenal Prof Jomo KS, profesor sains politik Prof Dr P. Ramasamy dan pakar perlembagaan dan undang-undang Dr Aziz Bari tidak lama dahulu. Dan hari ini kita lihat ia menimpa Prof Redzuan yang telah terbukti menunjukkan prestasi akademik dengan profesional dalam bidang penyelidikan yang menuntut objektiviti lengkap dan kebebasan.
Amat jelas bahawa keputusan untuk tidak menyambung tempoh Profesor Redzuan sebagai Pengarah UMCedel amat tidak wajar. Beliau sekali lagi menjadi mangsa penguasa angkuh yang enggan melihat sarjana bersikap bebas dan berani.
Saya ingin mengingatkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato Seri Idris Jusoh bahawa kuasa pelantikan dan pemecatan bukannya mutlak dan tindakan terbaru ini bukan sahaja melanggar kebebasan akademik malah pengkhianatan terhadap harapan rakyat terhadap peningkatan mutu dan kedudukan institusi pengajian tinggi. -http://anwaribrahimblog.com

Serangan seksual diplomat Malaysia di NZ - Sidang akhbar Wisma Putra hari ini

Posted: 30 Jun 2014 03:15 PM PDT


Wisma Putra berkata ia akan membuat penjelasan esok berkaitan seorang diplomat Malaysia yang dituduh oleh pihak berkuasa New Zealand melakukan serangan dengan niat merogol.

Rakyat New Zealand berang semalam selepas pihak berkuasa mendapati lelaki berkenaan, dalam lingkungan usia 30-an, telah mengekori seorang wanita berusia 21 tahun pulang ke rumah dan menyerangnya.

Akhbar di New Zealand dihalang daripada mendedahkan nama suspek atau negara asalnya selepas seorang hakim New Zealand mengeluarkan perintah melarang butiran dirinya didedahkan.

Bagaimanapun, Malaysiakini difahamkan bahawa lelaki itu adalah seorang diplomat Malaysia yang bekerja di Suruhanjaya Tinggi Malaysia yang berpejabat di Wellington.



Menteri Luar, Datuk Anifah Aman ketika diminta mengesahkannya,
memberitahu Malaysiakini dalam mesej teks bahawa sidang akhbar mengenainya akan diadakan esok.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama lelaki itu sementara menunggu respons rasmi dari Wisma Putra.

Menurut Associated Press, polis menahan diplomat itu pada 9 Mei dan mendakwanya atas tuduhan memecah rumah dan serangan dengan niat untuk merogol, kedua-duanya membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun.

Bagaimanapun, lelaki itu mendapat kekebalan diplomatik dan telah meninggalkan negara itu.

Perdana Menteri New Zealand John Key mendedahkan pagi ini bahawa kerajaannya telah menuntut kekebalan diplomatik lelaki itu diibatalkan, tetapi telah ditolak. - Malaysiakini

Presiden Uruguay Gelar Fifa 'Anak Haram Tua'

Posted: 30 Jun 2014 09:24 AM PDT



Diterbitkan: Isnin, 30 Jun 2014 9:25 PM

Jose Mujica

PRESIDEN Uruguay, Jose Mujica menggelar Fifa sebagai 'sekumpulan anak haram tua' dalam serangan terhadap badan bola sepak dunia itu yang menghukum penyerang negara tersebut, Luis Suarez.
Suarez digantung pembabitannya dalam bola sepak selama empat bulan selepas mengigit pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.
Mujica, 79, menggelar Fifa sedemikian selepas ditanya pemberita mengenai nasib Uruguay yang tewas kepada Colombia pada saingan kalah mati.
Sejurus berkata demikian, kumpulan wartawan bertanya kepada Mujica adakah ingin menarik semula kenyataan itu.
Bagaimanapun, dengan ringkas Mujica menjawab, "Siarkannya."
Reaksi wajahnya kelihatan marah ketika mengeluarkan kenyataan tersebut
Luis Suarez holds his teeth after he appeared to bite Italy's Giorgio Chiellini in their group clash

Ramadan di Tanah Suci

Posted: 30 Jun 2014 07:21 AM PDT

Projek jambatan tawaf yang masih belum siap. - Foto Zainal Abidin Sulaiman





Penduduk Arab Saudi menyambut Ramadan pada 10 Julai iaitu sama dengan negara kita. Penulis sempat bersolat Tarawih pada malam pertama di Masjid Nabawi di Madinah. Solat sunat itu dilakukan sebanyak 20 rakaat dan imam membaca satu juzuk setiap malam. Pada akhir solat witir, imam hanya membaca surah al-Ikhlas berbanding tiga 'Qul' dibaca imam di negara kita. Imam juga membaca doa qunut pada rakaat terakhir solat witir berbanding di negara kita hanya dibaca mulai pada malam 15 Ramadan.


Penulis berpuasa hanya pada hari pertama di Madinah kerana berangkat ke Makkah untuk mengerjakan umrah pada hari yang sama. Perjalanan yang agak jauh menyebabkan kami berbuka puasa dalam bas, sebelum berhenti untuk menjamu selera di sebuah restoran yang menyediakan nasi ala Yaman di Wadi Qudaik. Oleh kerana waktu itu berbuka puasa, banyak bas membawa Jemaah pelbagai negara singgah di situ.

Rombongan kami tiba di Makkah ketika solat Tarawih berlangsung. Sebaik solat selesai, pihak polis tidak membenarkan jemaah luar masuk sehingga kebanyakan jemaah di dalam Masjidilharam keluar. Oleh itu, mutawif menasihatkan kami menyelesaikan tawaf selepas bersahur.

Ketika memulakan tawaf, penulis melihat binaan projek tempat tawaf bertingkat sedang dilakukan. Pelaksanaan projek dengan tiang besi tempat tawaf bertingkat itu sedikit sebanyak menjejas kelancaran perjalanan tawaf, lebih-lebih lagi berhampiran Hajarul Aswad apabila jemaah memperlahankan pergerakan.

Laluan ke kawasan saie berubah

Selesai tawaf dan melakukan solat sunat tawaf di kawasan yang terhad, kami meneruskan perjalanan untuk melakukan saie di antara Bukit Safa dan Marwah. Laluan ke kawasan saie juga berubah dan banyak lencongan dibuat. Sebanyak tiga kali umrah penulis lakukan dalam tempoh empat hari dan terpaksa menggunakan laluan berlainan untuk ke kawasan saie. Kali terakhir kami dibawa bersaie di tingkat atas. 

Menyedari keadaan ini, penulis bersetuju dengan langkah pihak berkuasa Arab Saudi mengehadkan jumlah kedatangan jemaah umrah dan haji demi keselesaan dan keselamatan jemaah itu sendiri. Jika tiada kawalan, jumlah jemaah yang terlalu ramai bertawaf dan berjalan berhimpit-himpit boleh menyebabkan ada yang sesak nafas dan jika terjatuh boleh mangsa dipijak seperti yang pernah berlaku di kawasan melontar jamrah pada musim haji beberapa tahun sebelum ini.

Selesai bersaie dan bergunting, penulis bersama anak perempuan dan rakan keluar ke dataran Masjidilharam. Kami dihampiri seorang lelaki 'Bangladesh' bertanya: "Botak?". Penulis faham maksudnya iaitu bertanyakan sama ada penulis mahu bercukur. Penulis dan rakan mengangguk kepala tanda setuju.

Sejak tahun lalu, kebanyakan premis gunting rambut yang beroperasi di bangunan yang dirobohkan dikumpulkan di satu kawasan khas tingkat bawah Al Safwa Tower. Oleh kerana ramai orang tidak tahu, pengusaha gunting rambut menggunakan khidmat 'jurujual'. 

Pada malamnya, penulis berbuka puasa di Masjidilharam. Restoran berdekatan membuat tawaran kepada mana-mana dermawan untuk menyumbang makanan kepada orang ramai. Biasanya satu bungkus makanan dan minuman berharga 5 rial. Jika menyumbang 100 rial, dapat memberi makan untuk 20 orang.


Berbuka di tingkat atas Masjidilharam

Sejam sebelum berbuka, orang ramai memenuhi dataran dan setiap sudut Masjidilharam. Penulis berbuka bersama warga negara lain di tingkat paling atas. Walaupun kami tidak mengenali antara satu sama lain, kami bertukar-tukar makanan yang dibawa seperti buah tamar, anggur dan pisang. Orang di sebelah penulis memberikan sebotol susu dan yang lain berikan sekeping roti menyerupai capati.

Sukarelawan lain pula menyedia minuman air zam-zam, teh dan kopi herba. Kalau diikutkan kebaikan sukarelawan, mahu kembung perut penulis kerana sepanjang perjalanan sesudah solat kerana ramai mempelawa minum. Ketika berbuka, biasanya hanya mengambil makanan ringan dan makanan berat hanya ketika berada di hotel.

Esoknya, pada pagi Jumaat ketika solat Subuh, imam Masjidilharam, Abdul Rahman as-Sudais tidak membaca Surah As Sajdah yang ada sujud sejadah seperti kebiasaan dibaca imam di negara kita. Penulis perasan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, imam Masjidilharam dan Masjid Nabi jarang membaca Surah Sajdah.

Ketika menunggu masuk waktu solat Jumaat, penulis disapa seorang lelaki dengan memperkenalkan diri sebagai Enayatollah Yazdani (PhD). Beliau mengakui pernah ke Malaysia dan mengenali Tun Dr Mahathir Mohamad. Beliau yang juga Profesor Madya Hubungan Antarabangsa di Jabatan Sains Politik, Universiti Isfahan, Iran, sempat berseloroh bahawa orang Malaysia pandai membaca al-Quran, tetapi tidak pandai berbahasa Arab.

Khutbah Jumaat panjang

Ketika solat Jumaat, imam as-Sudais membaca khutbah agak panjang. Sesekali beliau sebak. Penulis bertanya kepada seorang mutawif selepas solat, beliau berkata as-Sudais sedih mengenang nasib umat Islam di Palestin, Syria dan lain-lain. Imam as-Sudais meneruskan solat Jumaat dengan hanya membaca surah pendek kalau tidak salah penulis, Surah al-Qadr pada rakaat pertama dan Surah al-Kausar pada rakaat kedua.

Oleh kerana ruang sekitar Masjidilharam agak terhad berikutan ramai jemaah pada Ramadan, kita tidak berpeluang berehat atau bersantai di ruang bukan tempat solat. Polis Arab Saudi meminta kita beredar. Malah, untuk bersolat sunat tawaf juga perlu disegerakan dan selepas berdoa diminta beredar.

Begitu juga jika tiba di masjid lewat 15 minit sebelum waktu solat, polis tidak akan benarkan masuk, sebaliknya mengarahkan kita bergerak ke laluan naik ke tingkat masjid paling atas. Kadang-kadang agak jauh perlu berjalan.

Memang seronok berada di Tanah Suci Makkah, khususnya di Masjidilharam kerana kita dapat menemui umat Islam dari pelbagai bangsa, selain dapat melihat kumpulan besar jemaah yang datang dari India, Pakistan, Turki, Afrika dan China. Penulis teringin melihat kumpulan besar jemaah kulit putih berketurunan Inggeris, Amerika, Jerman, Perancis dan Russia.

Pembangunan di luar kawasan Masjidilharam juga berjalan rancak. Banyak hotel lama sudah dirobohkan. Sekurang-kurangnya tiga hotel yang pernah penulis menginap sudah dirobohkan, termasuk satu yang terbabit dalam projek pembesaran Masjidilharam dan dua lagi di Jalan Misfalah. Kerja perobohan rancak dilakukan pada waktu malam.

Jangan bermain api - Amaran PAS pada MCA

Posted: 30 Jun 2014 05:50 AM PDT




HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: PAS mengecam keras kenyataan Pengerusi Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen yang meminta pihak polis agar membuat pemeriksaan ke atas semua ahli PAS berikutan terdapat bekas pemimpinnya menyertai pergerakan jihad di Syria.

Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad(gambar) memandang berat kenyataan Kim Seng itu kerana ia secara jelas berniat menakut-nakutkan rakyat terutamanya dari kalangan masyarakat Cina terhadap PAS.

"Saya bagi pihak Presiden PAS dan para pemimpin parti memberi amaran keras kepada MCA agar jangan sekali-kali bermain dengan api agama bagi menakutkan rakyat Malaysia terutamanya masyarakat Cina terhadap perjuangan PAS.

"PAS adalah sebuah parti politik yang sah dan telah terlibat secara aman di dalam proses demokrasi dan pilihan raya di negara ini sejak tahun 1955," tegas beliau.


Kim Sen membuat gesaan itu ketika mengulas laporan media mengenai seorang bekas pemimpin Dewan Ulama PAS, Ustaz Lotfi Ariffin yang menyertai aktiviti jihad di Syria.

Pemimpin MCA itu juga turut menggesa pihak polis dan Pendaftar Pertubuhan (ROS) agar memeriksa setiap ahli PAS untuk melihat sama ada pengaruh Ustaz Lotfi telah menyerap ke dalam parti dan perkembangan di Syria dan Iraq mempunyai kesan ke atas PAS.

Menurut Dr. Syed Azman, tindakan MCA menggesa anggota PAS disiasat adalah berniat jahat dan tidak bertanggungjawab serta boleh menimbulkan ketegangan agama dan kaum.

"Apakah niat sebenar MCA? Nak takut-takut masyarakat Cina terhadap PAS? Ini politik bermotif jahat bagi memburuk-burukkan PAS," tegas beliau lagi.

Dr Syed Azman turut "memulangkan paku buah keras" dengan menyoal sama ada semua anggota MCA perlu disiasat apabila ada di kalangan pemimpin mereka yang jelas terbukit terlibat dalam kongsi gelap dan judi haram.

"Ada pemimpin MCA yang terlibat dalam rasuah dan penipuan. Malah ada pemimpin MCA yag terlibat dalam skandal seks. Apakah perlu semua ahli MCA disiasat?" jelas beliau lagi.

Dr Syed Azman menambah, PAS sejak dari awal penubuhannya telah mengambil pendekatan politik secara aman di negara ini dan telah banyak membantu negara bagi menjamin keamanan dan keselamatan.

Malahan tambah beliau, tidak ada rekod yang membuktikan PAS terlibat dalam mana-mana kegiatan yang bertentangan dengan perlembagaan dan keselamatan negara.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan bahawa PAS tidak teragak-agak mengambil tindakan serta memecat mana-mana ahlinya yang terlibat di dalam apa jua bentuk aktiviti yang bertentangan dengan prinsip perjuangan yang didokongi PAS selama ini.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkali-kali menegaskan bahawa pendekatan politik yang diambil PAS di negara ini adalah secara aman dengan terus terlibat dalam proses pilihan raya dan demokrasi walaupun ianya tempang dan tidak adil.

Dr. Syed Azman menggesa pemimpin MCA itu segera menarik balik kenyataan yang berniat jahat tersebut bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di negara ini terus terjamin.

"PAS akan kekal berjuang secara aman di negara ini dan akan terus menyumbang secara positif bagi menjamin keamanan dan keharmonian kaum dapat terus dikekalkan," ujarnya. - HARAKAHDAILY, 30/6/2014

Bufet Ramadan: Jakim perlu siar senarai halal

Posted: 30 Jun 2014 02:11 AM PDT




MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) digesa agar menyiar nama hotel atau penyedia bufet Ramadan yang telah memperolehi sijil halal bagi mengelakkan berlakunya penipuan terhadap umat Islam.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Umar ketika menghubungi Harakahdaily berkata, penyenaraian itu penting bagi memberi kemudahan kepada umat Islam untuk menentukan tahap kebersihan makanan yang mereka sediakan.

"Kita mahu jaminan dari Jakim terhadap hotel-hotel atau restoran besar yang menawarkan bufet Ramadan dari segi status halalnya.

"Jakim perlu mengeluarkan senarai hotel-hotel yang telah diakui halal dan kita tidak mahu tertipu dengan sijil halal palsu yang digunakan oleh pengusaha-pengusaha hotel atau restoran besar yang ingin mengambil kesempatan sempena bulan Ramadan ini," jelasnya.


Ahli Parlimen Pokok Sena itu turut meminta agar Jakim menyenaraikan kesemua hotel dan restoran yang memohon sijil halal yang telah ditolak permohonannya.

"Kita juga mahu tahu berapa banyakkah hotel atau restoran yang telah memohon sijil halal tetapi telah ditolak permohonannya, Jakim kena keluarkan senarainya.

"Apabila senarai itu dikeluarkan mudah untuk kita membuat rujukan dengan lebih tepat," sambung beliau lagi.

Mahfuz turut meminta agar kerajaan membuat pemantauan dan menghadkan iklan-iklan bufer ramadan yang keterlaluan harganya bagi mengelakkan berlakunya pembaziran atas kesempatan yang diambil oleh pihak pengusaha hotel mahupun restoran. -HARAKAHDAILY 30/6/2014

Rania nama Islam Felixia Yeap, ilham daripada mimpi

Posted: 30 Jun 2014 12:38 AM PDT

Rania nama Islam Felixia Yeap, ilham daripada mimpi
Felixia Yeap menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya mendedahkan satu nama sahaja dahulu

KUALA LUMPUR: Model dan personaliti media Felixia Yeap mendedahkan nama Islam yang bakal dipilih olehnya apabila dia memeluk agama Islam 3 Julai ini ialah Rania.

Ilham nama Rania itu dipilih setelah Felixia mendapat mimpi mengenai namanya dan seterusnya mengkaji makna tersebut sebelum mengambil keputusan untuk menggunakannya.

Pendedahan tersebut dibuat oleh Felixia ketika dijemput sebagai tetamu jemputan dalam rancangan Apa Kata Malaysia yang dikelolakan oleh Datuk Aznil Nawawi.

Felixia menjelaskan dia memilih gabungan dua nama namun hanya memberitahu Aznil salah satunya adalah 'Rania' yang membawa maksud 'pemimpin yang mempesonakan'.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Negeri DAP Diserang Wabak JE Dari Ladang Babi. Mana Pejuang Alam Sekitar Anti LYNAS? @najibrazak @khairykj

Posted: 30 Jun 2014 09:06 PM PDT

Berita yang menggemparkan negara ini.


Mana pergi NGO tajaan DAP seperti ANTI LYNAS dan NGO anti Rapid Pengerang? Lihatlah bagaimana hipokritnya Ketua Menteri yang kononnya peduli hal alam sekitar di negeri orang tetapi negerinya sendiri tercemar dengan ladang babi yang menyebabkan rakyat dijangkiti virus JE.


Mana lagi bahaya, LYNAS atau LADANG BABI?

WHO ARE YOU CALLING EXTREMIST?

Posted: 30 Jun 2014 07:35 PM PDT

So you see, if we use our own yardstick or standards in coming to a conclusion then even the existence of Jesus is questionable while there is no doubt that Muhammad did exist. To the Catholics, however, there is no question that Jesus did exist.
NO HOLDS BARRED
Since the revelation that one PAS leader is amongst an estimated 100 Malays-Muslims (they say 100 but it could even be more) who have gone to Syria and/or Iraq to fight in the civil war there we are reading many statements by Muslims and non-Muslims alike about these 'extremists' or 'terrorists'.
Why do you call them extremists (or terrorists)? Is it because they are allegedly fighting for Islam? Why is it when they fight for Islam they are labelled extremists but when they fight for other causes they are not extremists (or terrorists)?
Have you not heard the saying that one man's terrorist is another man's patriot?
The Americans who fought the British in 1775 are also terrorists as far as the British at that time were concerned. In fact, it is called the American Revolutionary War, which means it was a revolution rather than a war of independence, although the Americans would call it the War of Independence.
Okay, I know what many are now going to say. The war of 1775 was not about religion. It was about freedom. Freedom from what? Freedom from Britain? But wasn't the new world 'owned' by the British anyway?
What about the Middle East 'war of independence' of 100 years ago that the British engineered, which saw the breakup of the Middle East? Was that not the British working with extremists and terrorists and which is the cause of all the present trouble in the Middle East?
Saddam Hussein was an extremist and terrorist. But the west did not see him as that and that is why they supported him in Iraq's war with Iran. He was then a hero who was instrumental in keeping Shia Islam in check. Only when the west no longer had any use for him did they label him an extremist and terrorist and invade Iraq to get rid of him.
Fidel Castro is an extremist and terrorist although he ousted a most evil, draconian and corrupt government, but one that was friendly to the United States. If Castro had been pro-United States he would be a patriot and hero and not an extremist and terrorist.
Adolf Hitler was an extremist and terrorist and Stalin was a patriot and hero, until he turned on the west. Then Stalin, too, became an extremist and terrorist but only because he was no longer America's friend.
Prime Minister Najib Tun Razak is a good man to the United States, Britain, Singapore, etc., because he is pro-American. Because of Najib the United States has a secret defence treaty with Malaysia and they conduct secret joint-trainings.
The day that Najib becomes pro-China and condemns America will be the day he becomes a bad man and the United States will give Bersih and the other anti-government NGOs plenty of money to support their effort in trying to topple the Barisan Nasional government and replace it with a Pakatan Rakyat government.
Good/bad, extremist/terrorist and patriot/hero are mainly a matter of opinion. Was Chin Peng a good man or a bad man? A Muslim who dares fight in the jihad against an evil government is not a bad person or an extremist/terrorist in the eyes of a fundamentalist Muslim. He would be seen as a true Muslim, just like how many Chinese view Chin Peng, a patriot.
But what is the meaning of 'evil government'?
Well, evil government, to Muslims, is a government that refuses to implement God's laws or follow God's commandments. Evil means defiance to God. Anyone who defies God is evil. And zalim or cruelty in the Islamic context is denying Muslims their right to God's laws.
If you deny citizens their right to a decent living, that is zalim. If you deny citizens their right to a good education, that is zalim. If you deny citizens their right to proper healthcare, that is zalim. If you deny citizens their right to justice and a fair trial, that is zalim. And if you deny citizens their right to come under an Islamic system of government that, to Muslims, is also zalim.
So you see, you are looking at this in the perspective of your value system.  So you make declarations and label people this, that or the other based on your value system.
The liberals would say that it is zalim to not allow gay unions. Men should be allowed to marry men and women to marry women. Others may not view this as zalim. And if the gay community was to launch a war to fight for their rights would you declare this a just war or a silly war? If you were gay you would support this as a just war.
You might say that these Muslims who join the civil war are misguided or sesat. You might say that these Muslims do not understand Islam and have misunderstood the Qur'an or have misinterpreted what the Qur'an says.
That, again, is a matter of opinion. Others can say the same about the Catholics. They would also say that the Catholics are misguided or sesat and that the Catholics have misunderstood the teachings of Jesus and have misinterpreted what Jesus said.
In fact, if you go by what many western scholars say, they even question whether Jesus really did exist or whether there could actually be two Jesuses, one historical Jesus and one mythical Jesus. After all, argue these people, the stories about Jesus are based on secondary evidence while the stories about Muhammad are based on primary evidence.
Hence while there is no question regarding whether Muhammad did exist there is doubt as to the existence of Jesus.
So you see, if we use our own yardstick or standards in coming to a conclusion then even the existence of Jesus is questionable while there is no doubt that Muhammad did exist. To the Catholics, however, there is no question that Jesus did exist.
In the same spirit, when you label this Muslim or that Muslim an extremist or terrorist this is how you see things and only because you are not a Muslim or not a fundamentalist Muslim. To the fundamentalist Muslim, these jihadists are true Muslims, heroes and patriots who are fighting for Islam. (Raja Petra/ Malaysia Today)

TAHNIAH NIK NAZMI ADUN SETIA ATAS KELULUSAN BINA GEREJA TERBESAR DI SERI SETIA

Posted: 30 Jun 2014 06:51 PM PDT



Satu lagi antara gereja terbesar bakal dibina di Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia, di bawah Parlimen Kelana Jaya, Selangor, lapor blog headbomb yang memetik sumber dari laman sosial addin.sunway.

Gereja itu dinamakan sebagai Gereja Emmanuel bakal dibina di hadapan Mentari Court.

"Adakah pihak UMNO/PAS SINONIMNYA ISLAM mengambil bahagian dalam BANTAHAN. Jikà tiada bantahan difahamkan projek binaan GEREJE EKSLUSIF 4 TINGKAT berhadapan Pangsapuri Damai , belakang Restoran Aliff ini akan dimulakan pembinaan pada hujung Julai yakni menjelang Hari Raya Aidildilfitri 2014.

"Tahniah kepada YB Nik Nazmi ADUN SERI SETIA, Tuan Halimey AHLI MAJLIS MBPJ ZON 24 yang telah berjaya merobohkan GERAI HARAM dibelakang tapak gereja.

"Masih ingatkah lagi peristiwa YB Gwo Burne Loh Ahli Parlimen Kelana Jaya ditumbuk oleh Pegawai Khas YB Nik Nazmi di TAPAK SURAU Blok 4 DESA MENTARI, PETALING JAYA dalam bantahan kaum India menghalang pembinaan surau di padang berkenaan. Akhirnya pemimpin PAS tewas ditangan kaum BUKAN ISLAM…..

"Terkuburlah surau yang kononnya terpaksa DIBATALKAN sedangkan ketika itu difahamkan tapak berkenaan telah diluluskan oleh Exco Agama ketika itu. Persoalannya RAPUHNYA PERJUANGAN AGAMA OLEH PAS. Apakah dasar mahupun TERAS ISLAM telah terkubur……Suatu kekecewaan yang telah sekian lama dipendam diluahkan jua,"lapornya.



Siapa Pengkhianat Melayu Di Sebalik Jabatan Perpaduan?

Posted: 30 Jun 2014 05:37 PM PDT

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau menolak tawaran menjadi Pengerusi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) kerana khuatir diperalat pihak tertentu yang sentiasa mencari peluang memperkukuh kedudukan dan menghakis hak orang Melayu dan kedudukan Islam serta anak negeri Sabah dan Sarawak.

Beliau berkata keputusan itu dibuat sebelum mengetahui komposisi dan nama-nama ahli MKPN.

"Saya takut kiranya saya akan menjadi 'pengkhianat' kepada bangsa Melayu dan agama Islam," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Abdul Hamid berkata beliau yakin keputusannya adalah tepat apabila melihat komposisi MKPN sekarang, yang didakwa akan menjadi saluran kepada pihak yang mendokong program parti pembangkang.

"Ahli-Ahli Melayu dan Islam tidak akan dapat mempertahankan kedudukan yang diperuntuk dalam Perlembagaan Persekutuan malah ada yang tidak akan mempertahankannya, kerana fahaman mereka yang 'liberal' itu.

"Ahli-ahli yang terdiri daripada anak negeri Sabah dan Sarawak, terutama sekali yang beragama Kristian, yang kurang senang dengan orang Melayu dan Islam di Semenanjung kerana isu kalimah Allah juga akan bersekongkol tanpa menyedari bahawa hak-hak mereka juga akan terhakis," katanya.

Abdul Hamid juga mendakwa kerajaan, melalui Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) secara sengaja atau tidak, sudah pun menyerahkan tugas menetapkan dasar dan menyediakan draf undang-undang iaitu 'Racial and Religious Hate Crime Bill', 'National Harmony and Reconciliation Bill' dan National Harmony and Reconciliation Commission Bill' kepada pembangkang, yang dilihat sebagai 'merampas' MKPN.

Beliau berkata jika Majlis Peguam diberi peluang berbuat demikian, badan itu akan menggubal mengikut kehendak dan kesesuaian parti-parti yang disokongnya.

Abdul Hamid turut mempersoal mengapa pembangkang, khususnya Majlis Peguam, diminta, dibenar dan dibiarkan menetapkan dasar dan menggubalnya sedangkan mereka mempunyai agenda sendiri.

Katanya, mengikut amalan biasa, apabila kerajaan hendak membuat sesuatu undang-undang, kerajaan (kementerian atau jabatan) akan terlebih dahulu membuat keputusan-keputusan dasar.

"Selepas itu kementerian atau jabatan akan mengarahkan Jabatan Peguam Negara (melalui pegawai-pegawainya di kementerian atau jabatan itu).

"Tugas Peguam Negara adalah untuk menggubal seperti yang dikehendaki oleh sesuatu kementerian atau jabatan, mengapa amalan itu tidak diikuti?" katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hamid berkata beliau bukanlah menolak pembangkang dirunding mengenai rang undang-undang itu, namun janganlah sampai menyerahkan penentuan dasar dan penggubalan kepada mereka.

"Kerajaan Barisan Nasional, terutama sekali Umno dan juga PAS akan bertanggungjawab jika undang-undang itu diluluskan dan ia akan menghakis hak-hak orang Melayu dan kedudukan agama Islam.

"Pemimpin-Pemimpin anak negeri Sabah dan Sarawak juga tidak akan terlepas daripada tanggungjawab itu," katanya.

Bekas Ketua Hakim Negara itu turut memperjelas sebab beliau mengaitkan Majlis Peguam dengan pembangkang dengan merujuk satu insiden pada majlis makan malam anjuran badan itu selepas Pilihan Raya Umum ke-12 semasa beliau menjadi Ketua Hakim Negara.

"Majlis itu tidak ubah seperti majlis menyambut kemenangan parti-parti pembangkang," katanya
. – Bernama

*Wow! Majlis Peguam dah kuasai Jabatan Perpaduan? Siapa si kitul di belakang agenda ni?

Sumber gambar dari Utusan Malaysia

ISYARAT HADI KENA BERUNDUR KATA PENULIS PRO ANWAR

Posted: 30 Jun 2014 02:00 AM PDT


Penulis pro reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) seolah-olah menyindir kunjungan orang ramai melawat Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN) sebagai isyarat mahu beliau berundur sebagai Presiden PAS.

Ini kerana keadaan kesihatannya sudah tidak begitu relevan untuk terus memegang jawatan tersebut.

"Saya ingatlah, ramai-ramai datang menzirahi Haji Hadi dengan harapan dia cepat berundur dari memimpin PAS.

"Kesihatan dan akal siasahnya dalam suasana hari ini sudah tidak berapa relevan lagi," kata MSO yang didedahkan blogger PAS, Roslan SMS.

Menurut Roslan, kata-kata MSO di atas diumpamakan sebagai satu serangan terhadap Abdul Hadi dan ia tidak sesuai dilakukan pada bulan Ramadhan.

"Kita biasa dengan serangan musuh dari pelbagai penjuru tetapi apabila kawan sendiri mula menyerang jelas ia kini memilih menjadi musuh dan sudah bosan menjadi kawan," kata Roslan.