Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Adakah Pas bakal tuntut jawatan MB Selangor?

Posted: 28 Jun 2014 02:25 PM PDT


Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang didakwa mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor menerusi 'Langkah Kajang' dijangka gagal apabila jawatan tersebut dikatakan akan dituntut oleh Pas.

Menurut sumber dalaman kerajaan nege­ri, keadaan itu mungkin berlaku apabila Pas di negeri ini dikatakan mahu meletakkan wakil rakyat mereka untuk mengisi jawatan Menteri Besar berdasarkan kedudukan 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dimenangi parti itu berbanding PKR yang hanya menang 14 kerusi DUN.

Malah, sumber terbabit turut difahamkan Abdul Khalid tidak mempunyai sebarang masalah untuk berundur daripada jawatan yang disandangnya sejak 2008 bagi memberi laluan kepada Pas.

"PKR difahamkan mahu menggantikan Abdul Khalid dengan Presiden PKR (Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail) yang juga ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Kajang sebagai Menteri Besar. Namun, hasrat PKR itu mungkin sukar untuk diterima oleh Pas.

"Malah, ada desas-desus kuat bahawa Pas kali ini akan mengambil alih jawatan Menteri Besar dan melantik seorang calon yang berkelayakan daripada ADUN mereka di negeri ini," katanya di sini hari ini.

Isu pertukaran Menteri Besar Selangor sekali lagi dibangkitkan apabila wujud dakwaan bahawa Pas Selangor sebulat suara menolak Abdul Khalid untuk terus kekal sebagai Menteri Besar kerana kononnya ADUN Pelabuhan Klang itu sering membuat keputusan secara bersendirian tanpa merujuk parti dalam pakatan pembangkang.

Dakwaan itu turut disiarkan menerusi sebuah portal berita www.themalaysianinsider.com pada 20 Jun lalu yang memetik kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman.

Dalam laporan itu, Jaafar menyatakan keputusan itu buat dalam satu mesyuarat Badan Perhubungan Pas Selangor dengan kesemua 22 Yang Dipertua Pas kawasan ne­geri ini bersetuju agar Abdul Khalid ditukar kerana dianggap membawa masalah.

Sebelum ini, Abdul Khalid dilaporkan turut menerima kecaman daripada pemimpin PKR sendiri apabila didesak meletak jawatan sebagai Menteri Besar Sela­ngor sehingga wujudnya 'Langkah Kajang' yang menyaksikan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang diadakan pada 23 Mac lalu.

Sementara itu, sumber berkenaan melihat ADUN Sijangkang, Dr. Ahmad Yunus Hairi calon yang sesuai mengisi jawatan Menteri Besar memandangkan kedudukannya ketika ini sebagai Pengerusi Jawatankuasa Tetap Belia dan Sukan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri.

Difahamkan juga, ADUN Tanjung Sepat, Ir. Mohd. Haslin Hassan turut disebut-sebut sebagai antara pemimpin Pas yang dipertimbangkan.

DAP bagaimana pula! Adakah mereka akan menyanggah hasrat Pas ini. Sama-samalah kita tunggu dan lihat?

Suara Politik
Belantan

Selamat Menyambut Bulan Ramadan Al-Mubarak.

Posted: 28 Jun 2014 01:38 AM PDT


Bulan Syaaban kini sudah hampir melabuhkan tirainya. Ini bermakna fajar Ramadan kembali menyingsing lagi dan umat Islam di serata pelosok dunia mula bersiap sedia untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Justeru segala persiapan bagi menemuinya patut dimulakan bagi merealisasikan nilai puasa tingkatan tinggi seperti yang diharap-harapkan. Adalah tidak molek jika bertahun-tahun dikurniakan nikmat bertemu Ramadan sedangkan kualiti puasanya tetap tidak berbeza. Akhirnya setelah Ramadan sekali lagi berlalu pergi, tiada nilai takwa mahupun ganjaran setimpal berjaya diraih setelah bersusah payah berpuasa selama sebulan.

Justeru , umat Islam diseru melakukan yang terbaik bagi menghargai kesempatan terpilih bertemu Ramadan sekali lagi dengan secukupnya. Mukminin yang merindukan ketibaan bulan al-mubarak ini pasti sangat bersyukur dan bergembira atas nikmat terpilih untuk meraih sebesar-besar anugerah yang hanya diberikan oleh Allah SWT.

Malah setiap individu Muslim perlu merasakan Ramadan kali ini adalah yang terakhir dalam hidup mereka sehingga membangkitkan motivasi untuk beramal dengan seikhlas jiwa dan raga. Sementara itu bagi golongan yang lalai, kedatangan Ramadan pasti meresahkan dan akan disambut dengan pelbagai alasan untuk tidak berpuasa. Mereka ini diingatkan supaya bertaubat dan berusaha untuk melaksanakan kewajipan ini kerana ia akan dipersoalkan pada hari kemudian.

Setiap Muslim juga disarankan agar menyucikan diri daripada kekotoran zahir dan batin. Ini dapat dilakukan dengan mula berazam untuk menghindari diri daripada terlibat melakukan perkara keji dan mungkar selain bertekad dengan untuk mengimarahkan Ramadan dengan segala bentuk amalan kebajikan.

Begitu pula segala penyakit mazmumah yang boleh merosakkan nilai ibadah di sisi Allah SWT hendaklah segera dijauhi. Sifat negatif seperti riak, sombong, takbur dan hasad dengki termasuk dalam kategori penyakit hati yang perlu dijauhi. Selain itu pekerjaan buruk berupa perbuatan dosa dan maksiat juga hendaklah dihindari sebagai persediaan mendidik jiwa dan rohani dengan sifat takwa kepada Allah SWT. Ia juga bertepatan dengan pendidikan Ramadan yang terfokus kepada melawan runtunan hawa nafsu yang sentiasa mengintai peluang untuk merosakkan manusia dengan perlakuan negatif.

Setiap Muslim perlu mengikhlaskan niat semata-mata melaksanakan ibadah puasa kerana Allah SWT. Ini kerana setiap amalan akan dinilai berdasarkan niat melakukannya. Sementara itu niat yang betul kerana Allah SWT berupaya mendorong seseorang berusaha bersungguh-sungguh untuk memperoleh pelbagai ganjaran di bulan Ramadan.

Adalah tidak molek jika matlamat dan tujuan berpuasa yang tiba setahun sekali diarahkan semata-mata untuk menyambut hari raya, sehingga segala persiapan seperti pakaian, kuih muih, mengecat rumah dan lain-lain semuanya untuk hari raya yang masih jauh sedangkan Ramadan di depan mata terabai dan tidak dipedulikan. Malah kecenderungan seperti itu elok diganti dengan membuat persiapan menyambut Ramadan dengan berpakaian serba baharu, menghias rumah dengan langsir baharu dengan niat serta tekad yang baharu. Ini selari dengan perintah Allah SWT supaya syurga dihias dan dicantikkan bagi menyambut Ramadan al Mubarak.

Bagi meraih bonus berlipat kali ganda dan yang tidak ternilai sewaktu Ramadan, persediaan dari sudut fizikal, mental dan material juga perlu diusahakan. Individu Muslim disarankan menjaga kesihatan tubuh badan, bersedia mental untuk melawan nafsu tidur, makan dengan berlebih-lebihan serta keinginan lain yang boleh menjejaskan kesempurnaan berpuasa. Begitu pula seseorang perlu bersedia daripada aspek kewangan dan material untuk memperbanyak amalan bersedekah dan menyediakan juadah berbuka puasa. Nabi Muhammad SAW pernah menyatakan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud; "Sesiapa yang memberi ifttar (jamuan untuk berbuka puasa) nescaya akan diampunkan dosanya dan dibebaskan daripada api neraka".

Seyogianya Ramadan dipenuhi dengan segala kerja-kerja ibadah. Amalan biasa seperti berzikir, tadarus al-Quran, solat tarawih dan qiamullail patut disemarakkan lagi. Umat Islam diseru untuk mengimarahkan surau dan masjid secara berjemaah dan berterusan sepanjang Ramadan agar semua beroleh ganjaran rahmat, pengampunan dosa dan pembebasan daripada api neraka di sepanjang Ramadan. Di samping itu segala kegiatan harian hendaklah dipenuhi dengan perkara-perkara yang baik dan bermanfaat. Elakkan daripada membazirkan masa dengan kerja-kerja yang kurang berfaedah lagi berdosa.

Di sudut pandang yang berbeza, terdapat segelintir umat Islam menyangka bahawa berpuasa terhasil dengan hanya menahan diri daripada makan dan minum bermula daripada terbit fajar hingga terbenam matahari serta tidak melakukan sebarang perkara yang membatalkan puasa. Namun sebenarnya pengertian puasa yang cukup luas dan menyeluruh itu kurang difahami. Ini kerana selain makan dan minum seluruh anggota dan pancaindera juga selayaknya berpuasa yakni berhenti daripada berbuat kemungkaran. Dalam masa yang sama segala kewajipan lain seperti solat lima waktu dan perintah menutup aurat tetap dikerjakan. Masyarakat Islam juga diseru untuk mengelak daripada mengumpat, mengeji orang lain kerana dikhuatiri bakal mengurangkan pahala berpuasa ketika berpuasa.

Ramadan yang tiba setahun sekali turut menjanjikan kenikmatan bertemu malam lailatulqadar yang didambakan oleh setiap hamba yang beriman. Kesempatan yang sangat berharga ini hendaklah dicari dengan bersungguh-sungguh. Setiap individu Muslim perlu menanam azam dan tekad untuk berjihad mencari malam kemuliaan tersebut seraya beroleh ganjaran yang tidak ternilai harganya. Inilah masa paling sesuai untuk semua yang merasa pernah berbuat dosa memohon keampunan dan bertaubat kepada-Nya.

Individu Muslim disaran untuk meningkatkan kualiti puasa daripada sekadar tingkatan puasa awam kepada puasa tingkatan khusus. Ia boleh dilakukan dengan tidak membatasi puasa hanya dengan menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa. Sebaliknya ditingkatkan dengan menjaga seluruh pancaindera daripada melakukan dosa dan maksiat kepada Allah SWT. Di samping itu perkara-perkara wajib yang lain seperti sembahyang fardu dan menutup aurat turut dilaksanakan. Apalah ertinya seseorang berpuasa jika hanya tak makan dan tak minum tetapi kewajipan agama yang lain diabaikan.

Akhirnya setiap Muslimin perlu menaruh harapan tinggi kepada Allah SWT agar puasanya kali ini akan diterima dengan sempurna. Ini kerana dalam sebuah hadis Nabi Muhammad SAW menyatakan;

"Setiap amalan anak Adam dilipatgandakan sebanyak 10 kali hingga 700 kali ganda. Allah SWT berfirman kecuali puasa. Sesungguhnya puasa itu untuk aku dan aku yang akan membalasnya, kerana dia meninggalkan syahwat dan makanan keranaku". (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


FOTO PERTEMUAN RAHSIA NAJIB - HADI TERDEDAH...DAP MAKIN MERAGUI PAS?

Posted: 28 Jun 2014 11:41 PM PDT


YAB PM Dato Sri Mohd Najib Tun Razak telah menziarah Presiden Pas, DS Hadi Awang di IJN sebentar tadi.

Mohd Najib meluangkan masa kira-kira 40 minit melihat perkembangan terkini kesihatan Presiden PAS.

Hari pertama Ramadhan yg cukup bermakna buat umat islam tanah air.

GETAH: PERDANA MENTERI BUAT AMAL SOLEH SEMPENA RAMADHAN.

Posted: 28 Jun 2014 06:42 PM PDT


Baru-baru ini semasa di Batu Pahat Perdana Menteri telah mengumumkan 43 ribu penoreh getah tidak mempunyai kebun getah dan pekebun kecil bakal menikmati bantuan RM500 sempena Ramadhan.

Bantuan ini adalah bagi meringankan kesusahan hidup yang terpaksa dihadapi oleh golongan tersebut akibat kejatuhan harga getah pada masa ini.  

Sebelum-sebelum ini pun banyak bantuan yang diberikan kerajaan melalui RISDA dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah serta agensi-agensi kerajaan yang lain.

Ramai juga di kalangan penoreh getah turut menerima BR1M, bantuan zakat, bantuan persekolahan dan sebagainya.

Bagi golongan yang tahu bersyukur, sudah tentu ucapan terima kasih diberikan. Namun bagi golongan yang kufur nikmat bagi banyak manapun tetap cacian jadi zikir dan dikir hariannya.

Di negara lain belum tentu kerajaan mereka beri bantuan-bantuan sebegini pada pekebun kecil yang tak mampu. 

Lantaklah kalau nak hidup pandai-pandailah cari makan.

Anak pokok getah beli sendiri.

Baja beli sendiri. Racun beli sendiri.

Kebun getah semak samun pun lantak korang lah.

Harga getah jatuh sendiri tanggunglah...kerajaan tak beri bantuan.

Inilah terjadi di negara jiran kita. Sebab itulah mereka memberontak mengangkat senjata menentang kerajaan.

Tapi disini kita aman damai kerana kerajaan Malaysia banyak membantu. Malangnya ada juga penghasut yang mengajak manusia jadi pengkufur nikmat. 


   

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pemimpin Gerakan termakan dengan auta kepala lembu Rayer

Posted: 28 Jun 2014 09:00 PM PDT


Kepala lembu di hadapan rumah Rayer nampak sangat diatur tapi ada pemimpin Gerakan boleh termakan lalu membidas Menteri untuk pertahankan Rayer. 

Perbuatan ini pernah berlaku pada pemimpin DAP Teresa Kok dikala rakyat Malaysia sudah tahu DAP parti paling perkauman di Malaysia.

Tapi apabila pihak polis menyiasat tida sebarang aktiviti pecah pintu pagar atau melempar ayam berdarah dari luar pejabat Teresa Kok dan akhirnya kes itu ditutup tanpa sebarang keputusan.

Kini berlaku lagi, DAP seolah-olah mahu mencabar tahap kesabaran orang Melayu dengan sengaja meletakkan kepala lembu dihadapan rumah Rayer yang juga pemimpin DAP Pulau Pinang.

Perbuatan ini dilakukan oleh DAP bagi membangkitkan semula kehangatan isu Rayer celaka dan orang Melayu.

Pihak polis mendapati visual rakaman CCTV tersebut menunjukkan seorang lelaki tiba di depan rumah Rayer dengan menaiki motosikal, tidak kepala lembu malah meletakkan dengan cermat sebelum beredar. 

Baca sepenuhnya di Sg Rapat Onine SINI


Trick DAP untuk melakukan sendiri perkara provokatif terhadap diri sendiri lalu segera hebuhkan tuduhan ia sebagai perbuatan Melayu atau UMNO sudah dilakukan berkali=kali termasuk RBA di Telok Intan.

Dah sampai tahap apek jual bak kut teh dan keling kupul botol pun tahu pun tahu auta ini.

Yang jadi kehairan adalah macam mana pemimpin Gerakan boleh termakan auta Rayer yang merupakan wakil rakyat yang mencari perhatian lalu melakukan stunt memaki UMNO.

Gerakan ini dalam BN ke atau Pakatan Rakyat?

May 13, 1969 II?

Posted: 28 Jun 2014 02:47 PM PDT


Malaysia Today
NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

I have been monitoring the comments and postings in Facebook and Twitter and I can see that the racial and religious divide has gone beyond the point of no return. Malaysia is now poised to explode into 'May 13' version 2.

Malaysians no longer care what they say and whether what they say offends others or hurts the feelings of others. Chinese and Indians, and some Malays as well, no longer want to show respect to their own country by calling it Malaysia. They would rather mockingly call it 'Bolehland'.

I wonder how the French would feel if you call France 'Frogland' or how the Singaporeans would feel if you call their island-state 'Kiasuland'? You would probably get punched in the face, as I feel like doing to those who show disrespect to their own country by calling Malaysia 'Bolehland'.

Europeans (or even the other South East Asian nationals) may be angry with their government or with their politicians. But they are loyal citizens of their own country and are proud of their country and their flag. Malaysians, in particular the Chinese and Indians, do not appear to have this kind of decency.

Malays will say 'marah nyamuk, bakar kelambu', or cut the nose to spite the face. You may hate Umno, or Barisan Nasional, but you lash out at Malaysia, the Malays, the Muslims, and Islam to vent your anger and frustration. Is it right for those who do not support DAP to lash out at the entire Chinese race? Then why is it right for those who are angry with Umno to lash out and mock their own country, the Malays, the Muslims, and Islam?

The way some of you talk is as if Malaysia is another country and not your country. You mock Malaysia and lash out at Malaysia just like China looks at Japan or North Korea looks at South Korea.

Are you saying that Malaysia is Malay-Islam and since you are not Malay-Islam then Malaysia is your enemy? Many of you despise the Malays, the Muslims and Isla
m. That, by now, is very clear from your comments and postings in the social media.

Most Malays are very aware that the non-Malays hate them and their religion. This message is very clear and there is no confusion about what that message means. However, as much as the non-Malays may hate the Malays, Muslims and Islam, we would at least expect the non-Malays to love their country and not show so much hatred for their own country.

I think it is time that the non-Malays and non-Muslims ponder as to who the real enemy is. Christians scream about how Jesus taught us to hate the sin but love the sinner. Christianity is about love, so say the Christians. But we can see through this Christian bullshit when they not only despise the sinner but they also despise those who never did anything to them.

Did 18 million Malays sin against you? Even if three million Malays did sin against you (taking the Umno membership into consideration) why do you despise the other 15 million Malays who did you no wrong? And you tell me this is what Christ taught you, to love?

Where is the love? You only show hatred. And you show hatred for the country you were born in just because you hate a certain political party.

Serious damage has been done to race relations in Malaysia. And the problem with this is the damage is so severe and so far gone that reconciliation is almost impossible. So where do we go from here? Are we going to settle our differences on the streets? The way we are going it looks like there is no other way to settle our differences.

We can no longer detect who is the victim and who is the aggressor. Both sides are equally aggressive and are spoiling for a fight. At the end of the day the winner will be the one with the most number of guns. And in such a situation there will be victims from both sides.

Be careful with what you wish for because you might not like what you receive. And don't pretend you are the victim when you are equally guilty of provoking race and religious tension.

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


AJAIBNYA KRT/SRS CHINI 4

Posted: 28 Jun 2014 08:17 PM PDT

KRT Chini 4 melakar sejarah apabila tahun 2013 mendapat anugerah KRT TERBAIK  peringkat Negeri Pahang  sebagai " Rukun Tetangga Penggerak Perpaduan Terbaik"
Tahun ini 2014 sekali lagi KRT Chini 4 menerima anugerah ke Tiga dalam "Pengurusan KRT Terbaik Negeri Pahang"

Tahniah pada AJK KRT/SRS Chini 4 terutamanya Setiausaha Hasanida Hashim yang begitu aktif ..

KRT Chini 4 menerima plak Rukun Tetangga Penggerak Perpaduan Terbaik 2013 
Negeri Pahang 
Penganugerahan Pengurusan KRT Terbaik Negeri Pahang....
KRT Felda Chini 4 terus melakar sejarah tempat ketiga utk Tahun 2014...
Pondok SRS Chini 4

Tahukah anda dalamasa KRT/SRS Chini 4 melakar sejarah dan aktif dalam aktiviti setempat kami tidak mempunyai pejabat  atau pondok  untuk mengerakkan segala aktiviti
Kami hanya menumpang sementara bilik  astaka yang dulunya bilik MBFM yang sekarang ini sudah berpindah kebangunan baru mereka.

Sehingga  tulisan ini ditulis 29/6/14  kami tidak ada bangunan tetap.












HEBAT BARU 10 BATANG BOHHH !!....

Posted: 28 Jun 2014 11:02 AM PDT




MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi - Felixia Yeap

Posted: 28 Jun 2014 09:42 PM PDT

Oleh Ikram Ismail
Selayang: "Saya sudah mempunyai nama yang diperoleh melalui mimpi dan akan digunakan selepas saya memeluk Islam," kata bekas model Felixia Yeap, 28, yang bakal memeluk Islam pada Khamis ini.
Menurutnya, dia akan hanya mengumumkan nama barunya pada majlis memeluk agama Islam nanti.
"Dalam dua tiga minggu kebelakangan ini, saya sedikit runsing memikirkan nama Islam saya.

"Bagaimanapun, pada suatu malam, nama itu muncul dalam mimpi dan saya terkejut boleh mengingatinya selepas bangun daripada tidur," katanya ketika majlis Santai Ramadan Pertamaku di sini, semalam.
Foto
FELIXIA bersama pengunjung di majlis Santai Ramadan Petamaku, semalam.

Yeap berkata, pada mulanya dia menyangka nama berkenaan tidak membawa apa-apa maksud.

"Namun apabila saya memeriksa maksud nama berkenaan, ternyata ianya mempunyai maksud yang baik dan indah," katanya.

Menurutnya lagi, dia mengimpikan menjadi Muslimah yang baik selepas memeluk Islam.

"Saya mahu masyarakat sekeliling mengambil iktibar kehidupan lampau saya.

"Pada masa yang sama, saya mahu mengimbangi kehidupan dunia dan akhirat dan sudah tentu mahu berkahwin," katanya yang mengakui sudah mempunyai calon suami yang bukan daripada kalangan ustaz.

Ditanya mengenai pengalaman berpuasa, Yeap berkata, dia pernah cuba berpuasa pada dua tahun lalu iaitu selama sehari, tetapi tidak merasai keindahan.

"Itupun saya diajak oleh kawan saya, namun pada waktu itu, saya ingatkan minum dibenarkan, jadi saya hanya tidak makan saja.

"Pada tahun ini, saya akan berlatih berpuasa bermula hari ini," katanya yang menjadikan Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Najwa Latif sebagai ikon wanita bertudung.

4 hari memandu kereta dari Buenos Aires ke Sao Paulo semata-mata untuk Piala Dunia.

Posted: 28 Jun 2014 08:30 PM PDT

KUALA LUMPUR: Mahu menonton perlawanan Piala Dunia 2014 di Brazil tetapi wang tidak mencukupi untuk membayar hotel?

Caranya, berkhemah di tepi Pantai Copacabana yang terletak di Rio de Janeiro serta masak di situ.

Peminat bola sepak dari Selatan Amerika yang tidak mampu untuk menyewa hotel kini bertindak tidur di tepi pantai popular itu; ada yang memasang khemah, tidur di dalam van dan ada juga yang tidur di atas pasir sahaja.

Disebabkan harga hotel yang naik memuncak dari AS$200-AS$250 (RM643-RM803) semalam ke AS$700-AS$800 (RM2,249-RM2,571) satu malam, warga Argentina, Colombia, Chile serta Ecuador tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa Brazil akan bahaya bermalam di tempat terbuka.

world cup, piala dunia, copacabana
Kaki bola tidur di pantai Copacabana di Rio de Janeiro, Brazil, setelah harga hotel naik melonjak sempena Piala Dunia 2014. - AP Photo/Wong Maye-E

Memetik laporan portal Daily Mail, seorang pengunjung yang bermalam di tepi Pantai Copacabana, Emmanuel Estrada, 29 berkata, beliau mengambil masa selama empat hari memandu keretanya dari Buenos Aires ke Sao Paulo semata-mata untuk menyaksikan perlawanan pembukaan Piala Dunia.

"Kami akan terus berada di sini sehingga Argentina menang Piala Dunia, dan semestinya beberapa hari selepas itu juga," kata Estrada yang bekerja sebagai tukang paip di Buenos Aires.

Sementara itu, seorang mekanik dari Chile, Fabian Alvarez yang telah memandu sejauh 5,000 kilometer pula berkata beliau membuat keputusan untuk tidur di dalam van selepas gagal mencari hotel murah di Rio.

Menurut Fabian, beliau bercadang untuk berbelanja sebanyak satu juta peso Chile (RM5,749) untuk sepanjang perjalanannya di sana termasuk petrol, makanan serta tiket menonton perlawanan Piala Dunia.


"Kami berasa selamat di sini. Semua ini berbaloi. Saya merasa sebak sewaktu kami menyanyikan lagu kebangsaan Chile di stadium," kata Alvarez yang telah menonton perlawanan antara Chile dan Australia pada Jumaat lepas.

world cup, piala dunia, copacabana
Penyokong pasukan bola sepak Chile berkampung di tepi Pantai Copacabana, Rio de Janeiro sebagai langkah berjimat susulan harga hotel yang melonjak naik  - Foto AFP/ YASUYOSHI CHIBA

Memasang khemah dan tidur di tepi Pantai Copacabana bukanlah perkara yang dibenarkan pihak berkuasa Rio memandangkan kes ragut dan rompakan selalu terjadi di situ.

Namun sebagai tuan rumah Piala Dunia 2014, pihak berkuasa Rio berjanji untuk meningkatkan kawalan keselamatan serta menyediakan tandas utnuk pengunjung di pantai itu.

Dalam satu laporan oleh agensi berita AFP, seorang pekerja majlis perbandaran Rio yang dikenali sebagai Paes berkata, kemudahan perkhemahan juga akan disediakan selain menjaga kebersihan dan keselamatan di pantai tersebut.

"Kami mahu pelancong kami yang telah memandu jauh dari negara jiran di Selatan Amerika supaya merasa seronok dan menikmati perlawanan Piala Dunia di bandar kami dengan cara yang betul," kata Paes.

world cup, piala dunia, copacabana
Pengunjung yang melancong ke Brazil untuk menonton perlawanan Piala Dunia 2014 tidur di dalam van walaupun pihak berkuasa Rio memberi amaran akan bahaya berbuat demikian – Foto AFP/ YASUYOSHI CHIBA

Namun, tidak semua pelancong merasa gembira dengan berita ini.

Seorang penyokong Argentina, Daniel Muller berkata beliau tidak bersetuju dengan keputusan majlis perbandaran Rio untuk menempatkan semula pengunjung yang bermalam di Pantai Copacabana ke satu lokasi lain.

"Rio tidak bersedia untuk menerima pengunjung seramai ini. Sekarang kami terpaksa berpindah ke tempat lain dan jika kami tidak patuh dengan keputusan ini, mereka akan merampas van kami," kata Muller kepada AFP.

"Kami mahu terus berada di sini. Jika mereka mahu alihkan kami ke tempat yang lebih 30 kilometer jauh, lebih baik saya tinggal di negara saya sendiri sahaja," kata seorang warga Chile, Jonatan Tabia.

Anwar Templak Pemimpin Pakatan, Jawatan MB Bukan Milik Peribadi

Posted: 28 Jun 2014 05:11 PM PDT



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menemplak pemimpin Pakatan Rakyat berhubung kontroversi jawatan Menteri Besar Selangor, dengan menegaskan ia bukan agenda atau milik peribadi mana-mana pemimpin. 

Ketua pembangkang itu berkata keputusan untuk melantik menteri besar dibuat oleh PKR dan Pakatan Rakyat dengan mendapat perkenan daripada Sultan. 

"Saya merujuk kepada beberapa kenyataan yang dibuat baru-baru ini berkenaan kedudukan Menteri Besar Selangor. Saya menegaskan bahawa semua Adun dan pimpinan parti harus menghormati peraturan dan tatasusilab berkaitan isu ini," katanya dalam satu kenyataan.

"Kedudukan Menteri Besar bukan agenda atau milik peribadi tetapi merupakan keputusan bersama dengan mendapat perkenan Sultan," katanya.

Saga BLM Dijadikan Sebagai Bom Kereta Di Syria

Posted: 28 Jun 2014 09:15 AM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 9:08 AM
Militan menggunakan Proton Saga BLM sebagai bom kereta.

PETALING JAYA: Sebuah kereta Proton digunakan sebagai bom kereta seperti yang dipaparkan dalam rakaman video di Syria.

Paparan video selama 3 minit 3saat itu dimuat turun di laman You Tube (http://www.youtube.com/watch?v=xf-i9vn68-o) dengan menyaksikan seorang lelaki sedang menyiapkan empat bahan peranti letupan (IED) di bahagian belakang dalam Proton Saga BLM tersebut.

IED itu dipasang bagi kawalan letupan dan kereta itu juga di ubahsuai untuk bergerak secara kawalan.

Lelaki di dalam video tersebut memandu ke arah jalan sebelum membiarkan kereta itu bergerak secara kawalan dan sejurus itu letupan besar berlaku.

Lokasi sebenar kejadian ini di salah satu tempat di Syria yang berlaku konflik sejak 2011.

Proton Saga BLM telah dilancarkan pada tahun 2008 dan Proton turut dijual ke Syria sejak tahun 2001.

"Ia tidak menunjuk Proton digunakan secara sengaja. Anggota militan dengan mudah boleh menggunakan mana-mana kereta. Mereka tidak perlu menggunakan Proton," jelas satu sumber.

Bagaimanapun, sumber tersebut berkata, pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan militan cuba mencemarkan nama Malaysia dengan menggunakan Proton Saga.- mStar

Zahid Hamidi - Hadiah peninggalan Abdullah Badawi yang tiada 'class'

Posted: 28 Jun 2014 06:14 AM PDT


Seorang lagi pak menteri menyerlahkan kejahilannya
Sekiranya anda menganggap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seorang yang tidak ada 'class', suka menghina dan jahil, salahkanlah Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Karier politik beliau pernah terkubur selepas meletak jawatan Ketua Pemuda Umno, malah beliau pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri sejurus selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Kepada mereka yang lupa sejarah Zahid, beliaulah yang menyerang Tun Dr Mahathir Mohamad atas tuduhan kronisme dan nepotisme.
Rancangan itu tidak jadi, dan Dr Mahathir menelanjangkan sifat talam dua muka Zahid dengan membongkar bagaimana Zahid telah memperkayakan diri menerusi kronisme. Dari segi politik, Zahid terkubur, sehinggalah Abdullah, selepas mengambil alih dari Dr Mahathir, memberikan beliau nafas baru dalam Umno dan kerajaan.
Yang selainnya tinggal sejarah. Menyedihkan. Zahid kemudiannya bangkit semula dan kini merupakan Menteri Dalam Negeri. Sesuatu yang ironis, kerana orang yang dituduh memukul kekasih anak perempuannya kini ditugaskan menjaga keamanan. Pertuturannya umpama samseng; tidak berupaya membezakan dirinya sebagai orang Umno dan Menteri Dalam Negeri, dan ia menjadi peringatan betapa ramai pak menteri dalam kabinet XXL Najib sekarang terdiri daripada individu yang tidak cekap.
Hari ini, jauh dari merasa kesal dan terganggu dengan perbuatan meninggalkan kepala lembu di rumah R.S.N. Rayer di Pulau Pinang, Zahid memarahi Adun DAP itu atas keceluparannya, sambil berkata beliau sendiri mengundang perbuatan tersebut kerana kenyataan "Umno celaka" yang diucapkan di sidang Dewan Undangan Negeri.
Ingat, ini kata-kata seorang Menteri Dalam Negeri. Seolah-olah beliau bersetuju dengan mereka di belakang perbuatan melemparkan kepala lembu itu. Beliau tidak berbeza dengan seorang lagi menteri dalam negeri dari Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang satu ketika dulu turut bersimpati dengan orang partinya yang mengheret kepala lembu di Shah Alam pada 2009.
Apakah seseorang akan berfikir dua kali sebelum mengulang perbuatan yang dianggap penghinaan ke atas penganut Hindu itu? Tidak peliklah apabila sejak kebelakangan ini, golongan minoriti terpaksa berdepan dengan bangkai binatang dilemparkan di rumah ibadat dan tempat lain?
Tindakan provokatif mereka jauh sekali mengundang hukuman. Bilakah kali terakhir polis menangkap sesiapa yang perlu ditangkap?
Mudah, malah terlalu mudah, untuk mengatakan bahawa ini mengenai Rayer semata-mata dan rakyat Malaysia tidak perlu terlalu teruja dengan kenyataan Zahid.
Keceluparan Zahid menunjukkan ramai di dalam kerajaan tidak mampu membezakan yang hak dan batil, dan tidak faham akan asas kepimpinan, iaitu mereka di tampuk kuasa perlu buta warna dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam menjalankan tugas.
Zahid menunjukkan beliau tidak layak menjadi seorang pengadil jujur. Dia cumalah orang Umno, tidak lebih dari itu. Cuma seorang yang mengeluarkan penghinaan, seorang yang tiada 'class'.
Cuma sebuah hadiah peninggalan Abdullah Badawi, seperti juga suruhanjaya rasuah yang tidak bertaring dan kehakiman yang tidak berkredibiliti. –TMI

Pua dan Liu Perlu Diajar Mengenai Industri Air - MB Selangor

Posted: 28 Jun 2014 05:00 AM PDT



Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 5:06 PM

Abdul Khalid Ibrahim.

PULAU INDAH: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mengecam dua pemimpin DAP yang menyalahkan kerajaan negeri terhadap gangguan bekalan air yang berlaku di beberapa daerah di negeri itu. 
Tony Pua

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan  Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dan Pengerusi DAP Negeri, Tony Pua dan bekas Exco Kerajaan negeri, Ronnie Liu yang menuduh kerajaan negeri dan Khalid yang sepatutnya bertanggungjawab dalam isu tersebut.  

Rony Liu

Sebaliknya Khalid menegaskan kedua-dua pemimpin DAP itu perlu diajar mengenai industri air di Selangor. 

Beliau turut mengulangi kenyataan bahawa adalah tidak adil untuk menyalahkan kerajaan negeri dalam isu tersebut, malah Khalid yang agak terkejut dengan kenyataan dua pemimpin kanan DAP itu berkata mereka gagal memahami sejarah penstrukturuan air yang telah dilaksanakan. 


"Saya terkejut kerana Liu sebelum ini pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama satu penggal, dia masih tidak faham mengenai pelaksanaan penstrukturan air dan kerja yang telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dalam memastikan bekalan air sentiasa mencukupi untuk rakyat. 


"Bagaimanapun, saya yakin Unit Perancang Ekonomi (Upen) dan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) sangat gembira untuk mengajar Pua dan Liu mengenai apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri dan mengapa Syabas sering persalahkan dalam isu ini," katanya selepas menyampaikan sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid Sultan Abdul Aziz di sini.


Diminta mengulas mengenai kenyataan Pua yang menyoal mengenai janji kerajaan negeri untuk memastikan bekalan air mencukupi dalam tempoh lima bulan akan datang, Khalid berkata beliau mengakui agak sukar untuk memastikan tindakan ia tidak berlaku kerana Syabas tidak mahu bekerjasama dengan syarikat konsesi air yang lain. 


"Menurut perkiraan kami, bekalan air di empangan dan sungai mencukupi. Bagaimanapun sekiranya bekalan air di loji rawatan yang dimiliki Syabas gagal berfungsi, adalah sangat sukar untuk memastikan bekalan air cukup untuk menampung keperluan rakyat. 


"Oleh itu, adalah tidak wajar untuk menyalahkan kerajaan negeri. Jika kerajaan negeri mengambilalih aset air (Syabas) mereka dalam tempoh enam bulan anda boleh melihat pusingan catuan air. Namun mereka (pemimpin DAP) menggunakan cara ini untuk menyalahkan kerajaan negeri dan diri saya sendiri," kata Khalid. 


Pua dalam satu kenyataan pada pagi Sabtu, berkata gangguan bekalan air yang berlaku selepas kerajaan negeri berjanji tidak akan berlakunya gangguan bekalan menunjukkan kelemahan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah tersebut. 


"Apabila bekalan air terganggu beberapa hari selepas kerajaan negeri berjanji tiada lagi gangguan bekalan akan berlaku, tidak ini menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan semua Exco Kerajaan Negeri seperti orang bodoh?," katanya. - mStar

MB: 'Saya tak akan letak jawatan walaupun jika kalah'

Posted: 28 Jun 2014 03:09 AM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tidak ada keperluan untuk beliau meletakkan jawatan walaupun jika beliau kalah dalam pemilihan jawatan timbalan presiden PKR.

Ini ekoran kekalahannya sebagai ketua cabang PKR Kuala Selangor, tetapi beliau sedang mencabar keputusan tersebut.

Katanya, tidak ada klausa yang mengatakan jika gagal dalam pemilihan parti, "anda perlu meletakkan jawatan sebagai menteri Besar".



Bercakap dalam satu sidang akhbar di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini, Khalid berkata, tidak kira apa jua keputusannya, beliau masih ADUN Pelabuhan Klang yang merupakan satu-satunya prasyarat pelantikannya sebagai menteri besar.



Khalid berkata sebarang pertimbangan mengenai kedudukannya sebagai menteri besar akan berdasarkan kepada kemampuannya untuk mentadbir negeri itu.

Ditanya jika sama ada keputusan pemilihan PKR baru-baru ini menunjukkan kerjaya politiknya akan berakhir, Khalid berkata "Tak apa".

"Kerjaya atau tidak, saya akan meneruskan usaha saya sehingga tanggungjawab saya sebagai ADUN, menteri bsar dan juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak berakhir," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengulangi bahawa beliau akan berusaha untuk menyelesaikan dakwaan "kelemahan" dalam pemilihan PKR Kuala Selangor di mana beliau tewas.

Antara bintang Piala Dunia yang akan berpuasa Ramadan dalam aksi 16 terbaik

Posted: 27 Jun 2014 11:34 PM PDT




Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 2:04 PM

Pemain Jerman, Mesut Ozil (kiri) dan Karim Benzema (penyerang Perancis) akan bermain dalam keadaan berpuasa bermula saingan kalah mati Piala Dunia.

KEMPEN Piala Dunia kini memasuki saingan kalah mati yang akan memilih lapan  daripada 16 skuad terbaik dari kumpulan masing-masing.
Bagi masyarakat Islam dari seluruh dunia juga, saingan kalah mati bermula apabila mereka mula berpuasa selama sebulan sempena Ramadan.
Sepanjang tempoh matahari terbit, masyarakat Islam tidak akan minum atau makan, sebaliknya akan menumpu perhatian kepada ibadat wajib dan sunat.
Perkara sama juga akan dilalui sebahagian pemain yang teribat dalam saingan Piala Dunia.
IKLAN
Antaranya ialah penyerang Perancis, Karim Benzema dan bintang Jerman, Mesut Ozil.
Tidak terkecuali ialah pemain-pemain daripada pasukan Nigeria, Algeria, Switzerland, Belgium, Ivory Coast dan Rusia.
Namun, itu bukan alasan untuk mereka tidak bermain dengan cemerlang kerana sejarah sukan membuktikan atlit mampu berpuasa ketika bersukan malahan akan menjadi lebih baik ketika itu.
Bukan sahaja dalam Piala Dunia tetapi juga Olimpik dan kejohanan besar lain.

Antara pemain terkenal yang akan bermain dalam keadaan berpusa ialah:
Xherdan Shaqiri (Switzerland)




Moussa Sissoko (Perancis)

Marouane Fellaini (Belgium)


Bacary Sagna (Perancis)
Sami KhediraSami Khedira (Jerman)

Vincent Aboubakar (Cameroon)

Mamadou SakhoMamadou Sakho (Perancis)

- mStar

Belum Ada Bukti 15 Rakyat M'sia Terbunuh Berperang Di Syria

Posted: 27 Jun 2014 11:07 PM PDT







TAIPING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata dakwaan terdapat beberapa rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak.
"Kita masih berhubungan lagi dengan rakan-rakan kita (Interpol) untuk mengetahui perkara sebenar...setakat ini tak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Beret 69 Komando dan Sayap Kehormat di Markas Latihan Luar, Ladang Allagar, Sungai Nyior di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seramai 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan ISIL telah terbunuh di Syria.
Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
Kepada soalan sama ada terdapat pangkalan untuk melatih dan merekrut rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, beliau berkata:"Tidak wujud training base di Malaysia sebaliknya terdapat pihak yang merekrut anak-anak muda untuk menyertai aktiviti militan".
Khalid turut mengingatkan golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang memujuk mereka menyertai kumpulan tertentu dengan mendakwa mereka akan ke syurga jika menyertai kumpulan itu.
"Kita bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan alim ulama. Kita beri penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berkenaan apa dia jihad dan bagaimana jihad yang kita perlu buat. Pelbagai langkah yang kita ambil untuk menangani masalah ini," katanya.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid berkata anggota unit 96 Komando perlu menjalani pelbagai latihan keras yang menguji ketahanan diri sebagai persediaan menghadapi ancaman.
"Pasukan 69 komando yang mencecah usia 45 tahun kini dilihat semakin matang dan berevolusi daripada sebuah pasukan yang memberikan fokus kepada 'counter insurgency warfare' ataupun peperangan melawan insurgensi, kepada sebuah pasukan yang serba boleh ataupun multi-skilled," katanya.
Katanya dengan sejarah perjuangan yang hebat ketika era insurgensi di hutan rimba, kini pasukan 69 komando bergelut pula dengan cabaran dalam penugasan membanteras jenayah, ancaman lanun serta ancaman pihak militan.
Seramai 67 pegawai dan anggota berjaya menamatkan Kursus Asas 69 Komando Siri 1/2011 dan Siri 1/2014 itu.