Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Belum Ada Bukti 15 Rakyat M'sia Terbunuh Berperang Di Syria

Posted: 27 Jun 2014 10:56 PM PDT



TAIPING: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang bekerjasama dengan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk menyiasat dakwaan penglibatan rakyat Malaysia dalam aktiviti militan di Syria, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata dakwaan terdapat beberapa rakyat Malaysia terbunuh di Syria dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Levant (ISIL), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda, masih tidak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak.
"Kita masih berhubungan lagi dengan rakan-rakan kita (Interpol) untuk mengetahui perkara sebenar...setakat ini tak dapat dibuktikan oleh mana-mana pihak," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Beret 69 Komando dan Sayap Kehormat di Markas Latihan Luar, Ladang Allagar, Sungai Nyior di sini pada Jumaat.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seramai 15 rakyat Malaysia yang terbabit dalam keganasan dan aktiviti jihad dengan kumpulan militan ISIL telah terbunuh di Syria.
Dakwaan itu dilapor dibuat oleh seorang pegawai Syria yang berpusat di New York pada sidang media 18 Jun yang turut mendakwa selain rakyat Malaysia, rakyat dari negara lain termasuk beberapa negara Asean juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
Kepada soalan sama ada terdapat pangkalan untuk melatih dan merekrut rakyat Malaysia dalam aktiviti militan, beliau berkata:"Tidak wujud training base di Malaysia sebaliknya terdapat pihak yang merekrut anak-anak muda untuk menyertai aktiviti militan".
Khalid turut mengingatkan golongan muda agar tidak mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang memujuk mereka menyertai kumpulan tertentu dengan mendakwa mereka akan ke syurga jika menyertai kumpulan itu.
"Kita bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam dan alim ulama. Kita beri penerangan dan penjelasan kepada masyarakat berkenaan apa dia jihad dan bagaimana jihad yang kita perlu buat. Pelbagai langkah yang kita ambil untuk menangani masalah ini," katanya.
Dalam ucapannya pada majlis itu, Khalid berkata anggota unit 96 Komando perlu menjalani pelbagai latihan keras yang menguji ketahanan diri sebagai persediaan menghadapi ancaman.
"Pasukan 69 komando yang mencecah usia 45 tahun kini dilihat semakin matang dan berevolusi daripada sebuah pasukan yang memberikan fokus kepada 'counter insurgency warfare' ataupun peperangan melawan insurgensi, kepada sebuah pasukan yang serba boleh ataupun multi-skilled," katanya.
Katanya dengan sejarah perjuangan yang hebat ketika era insurgensi di hutan rimba, kini pasukan 69 komando bergelut pula dengan cabaran dalam penugasan membanteras jenayah, ancaman lanun serta ancaman pihak militan.
Seramai 67 pegawai dan anggota berjaya menamatkan Kursus Asas 69 Komando Siri 1/2011 dan Siri 1/2014 itu.

Lotfi telah meletak jawatannya dalam PAS - Lebih 100 rakyat Malaysia ke Syria

Posted: 27 Jun 2014 09:35 PM PDT

Mohd Lotfi Arifin, rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan bersenjata di Syria, mendakwa beliau telah meletakkan semua jawatannya dalam PAS sejak 19 April 2014 sebelum dipecat oleh parti itu.
"Sebenarnya saya buat surat letak jawatan sebelum PAS Pusat buat keputusan demi kestabilan PAS," kata Lotfi (gambar) dalam posting di Facebooknya 26 Jun lepas.
Posting itu dipercayai dibuat beliau selepas Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan beliau dipecat dari PAS pada 11 Mei 2014 lalu.
Mustafa dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider berkata, mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat membuat keputusan  memecat Lotfi dari menjadi ahli PAS setelah mendapat tahu dan kemudiannya mengesahkan beliau ke Syria bagi menyertai perjuangan bersenjata di sana.
Ia berikutan laporan The Star bahawa AJK Dewan Ulama PAS antara yang menyertai perjuangan bersenjata di Syria.
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu pulamenjelaskan, PAS akan meneruskan perjuangan melalui "muhajahad silmiyyah" (perjuangan secara aman) dan menyertai pilihan raya.
Dalam postingnya di Facebook memaklumkan beliau meletakkan jawatan sebelum dipecat, Lotfi menyertakan salinan surat beliau kepada Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) dan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah (DUPNK).
"Dengan ini saya Md Lotfi Ariffin meletakkan jawatan saya di semua peringkat dalam PAS berkuat kuasa serta merta," tulisnya dalam surat perletakan jawatannya itu.
Lotfi menggunakan "Kufer Zeta, Hama Syria" sebagai alamat beliau ketika menulis surat itu.
Dalam postingnya pada tarikh sama, Lotfi memaklumkan, sehari sebelum itu (25 Jun), beliau bersama "mujahidin" terus mara menuju bandar Syelewwet pinggir Hama.
"Dengan mudah mujahidin menguasai bandar ini, seorang di kalangan kami cedera dan yang lain selamat manakala di kalangan musuh tak di ketahui berapa kelihatan, dua tiga orang bergelimpangan dan ghanimah untuk mujahidin adalah Dyoska bersama lorinya juga berbagai peluru," tulisnya.
Beliau turut menyiarkan video bagaimana janakuasa eletrik di bandar Syelewwet pinggir Hama terbakar ditembak pejuang.
Lebih 100 rakyat Malaysia dilaporkan ke Syria bagi menyertai perjuangan menentang regim Bashar al-Assad, menurut sumber polis Cawangan Khas kepada The Malaysian Insider.
15 dari mereka dilaporkan sudah meninggal dunia. – 28 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lotfi-pejuang-malaysia-di-syria-dakwa-letak-jawatan-dalam-pas-sebelum-dipec#sthash.fc73LkWt.dpuf

Kepala Lembu Di Hadapan Rumah Rayer

Posted: 27 Jun 2014 08:53 PM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 28 Jun 2014 10:43 AM

GEORGE TOWN: Rangka kepala lembu yang masih berdarah ditemui di rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima R.S.N Rayer awal pagi Sabtu.

Kepala lembu itu ditemui isteri Rayer sekitar pukul 7 pagi hadapan pagar rumahnya.

Rayer memuat naik gambar tersebut di laman Facebook pada pukul 8 pagi dan menulis:"Pagi ini saya terjumpa kepala lembu di hadapan pintu pagar rumah saya..."

Rayer sebelum ini menjadi perhatian selepas menimbulkan kontroversi dengan melabelkan UMNO 'celaka' ketika persidangan DUN pada 20 Mei lalu.

Pada hari berikutnya sekumpulan pembantah merempuh masuk bangunan untuk mencari Rayer yang tidak ada di situ.

Felixia peluk Islam 5 Ramadan ini

Posted: 27 Jun 2014 07:32 PM PDT




Setelah hampir lima bulan mendalami agama Islam, bekas model Playboy Felixia Yeap secara rasmi mengumumkan hasratnya memeluk Islam pada 5 Ramadan, atau 3 Julai, yang akan datang.
Jelitawan berusia 28 tahun itu berkata tarikh tersebut dipilih kerana selain jatuh pada hari lahirnya, ia juga merupakan tarikh kegemaran Rasulullah.
"‎Saya akan memeluk agama Islam pada 5 Ramadan, pada Khamis ini. Saya memilih tarikh  hari jadi saya, hari kegemaran nabi, maka saya berharap ia menjadi hari paling bersejarah dan diingati dalam hidup saya," katanya di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di Program Semarak Ramadan di Shah Alam, malam tadi.
‎Sebelum ini, Felixia mengejutkan orang ramai dengan keputusannya memakai tudung walaupun belum memeluk agama Islam.
Dalam pengakuannya secara eksklusif kepada The Malaysian Insider tahun lepas, beliau mengakui begitu tertarik dengan pemakaian berlandaskan ajaran Islam.
Anak kelahiran Ipoh selepas itu mengakui akan hasratnya memeluk Islam namun masih belum memutuskan waktu sesuai dan mahu mendalami terlebih dahulu ajaran agama.
Felixia ketika program malam tadi turut mengakui perubahan dirinya yang berhijab kini menyebabkan disisih oleh rakan-rakannya.
"Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam," katanya.
Bagaimanapun, katanya, keluarganya terutama ibunya begitu menyokong perubahan positif dirinya.
Tambahnya setelah hatinya terbuka mendalami Islam, beliau merasakan perubahan kerana meskipun ditimpa pelbagai dugaan, beliau yakin Allah akan melindunginya.
Bezanya adalah kawan-kawan saya dulu kebanyakan lari menyisihkan saya. Mereka menyangka saya berhijab kerana ingin menjadi Melayu tetapi sebenarnya saya tertarik dengan Islam. – Felixia Yeap, bekas model Playboy.
"Perbezaannya kini, saya tahu Allah berada di sisi dan saya berdoa untuk diberikan kekuatan, kelapangan dan kesabaran menempuhi dugaan‎," katanya.
Namun jelitawan itu enggan mendedahkan tempat yang dipilih untuk beliau melafazkan kalimah syahadah.
"Saya tidak boleh dedahkan tempat itu kerana ia peribadi. Nama Islam saya juga akan umumkan kemudian," katanya kepada The Malaysian Insider.
Mengakui begitu teruja kerana pertama kali berpeluang merasai pengalaman berpuasa, Felixia berkata dia sudah bersedia menempuhi cabaran selama 30 hari itu.
"Teruja pada masa yang sama berdebar-debar. Saya berharap mampu untuk berpuasa penuh," katanya, sambil menyifatkan ia sebuah cabaran kerana mengalami sakit gastrik, tetapi "saya belajar bagaimana untuk mengatasi hal itu".
Seperti umat Islam lain, Felixia berkata beliau sudah membeli buah kurma sebagai persediaan puasa.
"Saya sudah bersedia, cuma terdapat perkara seperti penyediaan makanan untuk bersahur dan juadah berbuka yang perlu saya uruskan kerana saya tinggal seorang," katanya.
Pada acara tersebut, Felixia turut diusik dengan soalan nakal seperti ciri-ciri lelaki idamannya untuk dijadikan bakal suami.
‎Felixia berkata, beliau mencari seorang lelaki beriman yang dapat membimbingnya ke syurga.
"Ciri suami saya kini perlulah beriman, yang dapat membimbing sehingga ke syurga, yang sayang saya dan Allah.
"Kerana lepas masuk Islam, saya adalah mualaf, saya perlu bimbingan maka saya perlu teman hidup yang benar kuat dalam membantu saya," katanya. – 28 Jun, 2014
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-model-playboy-umum-peluk-islam-5-ramadan-ini#sthash.IyaqsO1a.dpuf

Kabinet Najib lebih besar dari Korea Utara & Uganda, membazir wang rakyat

Posted: 27 Jun 2014 06:16 AM PDT

Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM 27 JUN: Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A. Kadir Jasin, berkata kabinet Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak lebih besar dari kabinet Kerajaan Korea Utara dan Uganda.
Beliau berkata penambahan bilangan anggota kabinet Najib kepada 35 orang mungkin berupa rekod nasional.
BN-umno-memerintah-grafik"Satu laporan 2011, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.
"Tetapi apabila saya menghitung anggota Kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30.
"Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda," tulis beliau diblognya.
Kadir berkata dengan bilangan jemaah kabinet yang ramai, rakyat berhak mendapat faedah lebih banyak dan menaruh harapan lebih tinggi.
"Oleh sebab Perdana Menteri suka (benda yang) besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan kita adalah kabinet XXL Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.
"Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras sahaja," katanya.
Kadir berkata pendekatan yang digunakan Najib sangat berbeza dengan almarhum ayahandanya yang lebih mementingkan kebajikan rakyat.
Katanya, Najib lebih sukakan sambutan besar-besaran walaupun melawat ke kawasan parlimennya sendiri.
"Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.
"Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung," tulisnya.
EZY

Zul Nordin, jangan undang 13 Mei

Posted: 27 Jun 2014 05:32 AM PDT


Bekas pemimpin NGO Pendesak Melayu Melayu Zulkifli Nordin memberi amaran keras kepada Kristian "cauvinis dan ekstremis" supaya tidak menguji kesabaran umat Islam.

Menulis artikel berjudul "13-Mei 2.0?" dalam blognya, beliau berkata umat Islam diajar bersabar dan bertolak ansur, tetapi hanya kepada mereka yang bertamadun dan mempunyai sikap hormat- menghormati.

"Kalau ini bukan kurang ajar dan biadab, saya tidak tahu nak bagi label apalagi kepada perangai pelampau keagamaan dan extremis liberalis ini.

"Dan Islam mengajar kami adalah diperbolehkan untuk menentang kafir harbi dan kaum munafik ini dengan apa sahaja cara yang bersesuaian dan dibenarkan Islam dan undang-undang negara ini!" katanya.

Beliau mengingatkan bahawa jika pihak Kristian yang melampau tidak menghentikan kenyataan berunsur hasutan dan provokatif mereka, pastinya "kamu hanya sekadar mengundang supaya peristiwa 13 Mei".



Sementara itu, Zulkifli yang tidak asing dengan kontroversi berkaitan agama Islam, mengeluarkan amaran itu sebagai tindak balasnya terhadap mereka yang mengkritik keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes penyiaran mingguan Katolik The Herald.

Beliau menegur langkah tidak menghormati keputusan itu sekali gus mengingatkan mereka bahawa Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah yang tertinggi.

Dr Maza nafi sebar gambar bas mewah Sultan Johor di Twitter

Posted: 27 Jun 2014 02:52 AM PDT

  • Dr Maza nafi sebar gambar bas di Twitter
 1 / 1 
SHAH ALAM – Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini menafikan beliau memuat naik gambar sebuah bas mewah yang didakwa digunakan untuk Kembara Mahkota Johor (KMJ) 2014 di laman mikro Twitter.

"Penyebar gambar inilah yang melakukan fitnah. Ini gambar yang tidak sah," katanya yang dipetik dari Twitternya, hari ini.

Menurut Mohd Asri lagi, individu yang menyebarkan gambar tersebut didakwa menggunakan akaun palsu dengan nama dan gambar sama dengan akaun sebenar.

Gambar yang dimuat naik tersebut telah menjadi viral di laman media sosial dan menimbulkan persepsi kurang selesa di kalangan rakyat terutama di Johor.


[ARTIKEL BERKAITAN: Sultan Ibrahim pandu bas mewah ]

Beliau menegaskan, gambar yang menunjukkan sebuah bas mewah dilengkapi dengan ruang simpanan kereta mewah itu sebenarnya diambil daripada laporan sebuah portal dari luar negara iaitu Daily Mail di Britain.

Sementara itu, dalam laporan portal Daily Mail, bas mewah berjenama Volkner Mobil Performance berharga 1.2 juta pound sterling itu turut dilengkapi dengan ruang tamu, dapur dan bilik mandi pancuran itu bagaimanapun berbeza dengan bas yang digunakan dalam siri ke-17 KMJ 2014.

Sedangkan model bas yang dipandu sendiri oleh Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar pada 21 hingga 24 Jun lalu adalah revost Marathon Coach.

Rafizi cabar Muhyiddin dedah perjanjian konsesi UiTM

Posted: 27 Jun 2014 02:22 AM PDT


Saya rasa agak terusik dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri bahawa saya tidak faham mengenai konsep penswastaan atau "private finance initiatives" yang menurut beliau banyak mendatangkan kebaikan kepada UiTM.
Malah, beliau memaklumkan bahawa kabinet telah menugaskan Datuk Seri Abdul Wahid Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri untuk memberi penerangan mengenai konsep PFI ini.
rafizi_HKSaya rasa Tan Sri Muhyiddin dan keseluruhan kabinet tidak faham dengan kritikan dan isu yang saya bawa. Saya bukanlah menentang bulat-bulat kaedah PFI untuk membiayai projek kerajaan jika ia dibuat secara telus dan menguntungkan rakyat.
Saya mempertikaikan perkara-perkara berikut:
1. Kenapa penswastaan ini dibuat tanpa tender terbuka dan secara rundingan terus sehingga kesemua keenam-enam kampus UiTM diswastakan kepada syarikat milik pimpinan Umno yang kemudiannya melantik subkontraktor untuk mengendalikan projek?
2. Kenapa sewa dan bayaran tahunan yang terpaksa ditanggung oleh UiTM ini sehingga 5 kali ganda lebih mahal dari kos membina sendiri UiTM ini?
3. Berapakah margin keuntungan yang diberikan kepada syarikat pemegang konsesi?
Oleh yang demikian, untuk memastikan saya dan rakyat kebiasaan lain faham dan boleh menilai kewajaran Barisan Nasional menswastakan kampus UiTM melalui konsep PFI ini, saya menyeru supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan perjanjian konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM ini kepada umum.
Apabila perjanjian konsesi itu dapat diteliti oleh umum, barulah saya dan rakyat boleh memastikan bahawa tidak ada unsur keuntungan berlipat kali ganda yang diberikan kepada pemegang konsesi seperti mana yang berlaku dalam perjanjian-perjanjian konsesi yang lepas melibatkan penswastaan air dan lebuhraya.
Jika Tan Sri Muhyiddin tidak bersedia untuk mendedahkan perjanjian konsesi itu, sampai bila-bila saya dan rakyat tidak akan faham kenapa Kerajaan Persekutuan mengikat perjanjian yang kosnya nanti akan membebankan UiTM, sedangkan ia lebih murah untuk membina sendiri kampus-kampus itu.
Rafizi Ramli
Pengarah Strategi KEADILAN
Ahli Parlimen Pandan
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62049

Kisah sebenar di sebalik kisah gadis didakwa murtad

Posted: 27 Jun 2014 01:05 AM PDT

Dua hari lepas TikaqBuloh telah menerima kiriman email daripada seorang hamba Allah yang mendakwa sebagai seseorang yang cukup mengenali saudari Wahidah yang ceritanya murtad telah banyak disebarkan di laman sosial.
Dalam episod pertama TikaqBuloh juga telah memaparkan kisah ini. Untuk rujukan sila klik link di atas. Berikut ialah isi kandungan email yang TikaqBuloh terima daripada hamba Allah yang namanya terpaksa TikaqBuloh rahsiakan atas permintaan beliau. Diharap dapat memberi sedikit pencerahan kepada pembaca yang pernah mengikuti kisah ini.
As salam saudara TikaqBuloh,
Saya ingin memberikan sedikit pencerahan tentang gadis yang bernama Wahidah yang kisah murtadnya saudara blogkan...Sebenarnya, beliau telah disahkan mempunyai masalah mental..gadis ini memang sangat brilliant tetapi Allah mengujinya dan keluarganya dengan penyakit mental..Dia pernah diwadkan di Hospital Kangar selama beberapa bulan disebabkan oleh penyakit ini, oleh itu segala kata-katanya tidak boleh diambil serius.
Ingin saya katakan keluarganya memang mengalami tekanan disebabkan oleh masalah ini..Saya tahu tentang dirinya kerana saya adalah sepupunya.....
Mohon sebarkan pencerahan saya ini untuk mengelakkan fitnah.....Dan mohon rahsiakan identiti saya.....Jika saudara ingin bertanya lebih lanjut tentang perkara ini, sila hubungi saya ya...
Sama ada masalah mentalnya beransur pulih ataupun tidak agak susah untuk saya agak kerana dia perlu sentiasa mengambil ubat...Sekiranya dia lalai, masalah itu akan muncul kembali...
Setahu saya dia belum murtad sebab dia masih mendirikan solat apabila keadaannya okay... Wallahualam...
Sekian...
Wassalam...
Admin hanya menyampaikan amanah yang telah diberikan kepada admin untuk membuat sedikit pencerahan tentang kisah saudari Wahidah yang didakwa ramai orang telah murtad. Kepada sesiapa yang membaca dan kebetulan mengenali Wahidah silalah email tikaqbuloh. Bagi admin ini ialah isu besar kerana melibatkan agama.

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=164212:kisah-sebenar-di-sebalik-kisah-gadis-didakwa-murtad&Itemid=2#ixzz35p8RP3Jw
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

MH370 : Rumusan terbaru ATSB

Posted: 26 Jun 2014 11:46 PM PDT

Sydney (Australia): Penumpang dan anak kapal MH370 yang masih dicari kemungkinan meninggal dunia sebelum pesawat yang terbang menggunakan autopilot berakhir di lautan, kata laporan terbaru daripada pihak berkuasa Australia.

Mengikut laporan 55 muka Lembaga Biro Keselamatan Australia (ATSB), penyiasat memperoleh keputusan berkenaan selepas melakukan perbandingan keadaan dalam pesawat dengan beberapa nahas sebelumnya, walaupun tiada bukti baru. 
Laporan itu menjuruskan tumpuan terhadap kemungkinan lokasi berakhirnya penerbangan pesawat berkenaan yang berdasarkan beberapa kemungkinan, termasuk mengambil kira tiada komunikasi.

Laluan penerbangan yang dilihat kekal dan beberapa faktor luar biasa turut diambil kira dalam merumuskan penemuan berkenaan.
Foto
SEMUA penemuan itu menjurus kepada rumusan kemungkinan besar penerbangan pesawat MH370 berakhir lebih jauh ke selatan Lautan Hindi. FOTO EPA

"Tiada tindak balas daripada anak kapal atau hhypoxia event' diandaikan bukti terbaik sehingga membawa kepada rumusan berkenaan," mengikut kata laporan ATSB.

Semua penemuan itu kemudiannya menjurus kepada rumusan kemungkinan besar penerbangan pesawat berkenaan berakhir lebih jauh ke selatan Lautan Hindi berbanding andaian sebelum ini.

Pihak berkuasa Australia turut memberitahu, semua faktor itu membuatkan pencarian pesawat berkenaan dipindahkan ke kawasan jauh ke selatan berbanding sebelum ini.

Keputusan itu muncul selepas lebih 100 hari pesawat Malaysia Airlines (MAS) B777, yang membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, pada 8 Mac lalu. - Reuters

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


CIna mahu pemimpin Melayu kuatkan Melayu

Posted: 27 Jun 2014 05:39 AM PDT



RIDHUAN TEE ABDULLAH - Sinar Harian -

SEBAGAI umat Islam, saya amat hairan, pemimpin kita Melayu. Pembuat keputusan kita semua Melayu. Tetapi, pasal apa Melayu terus Melayu, lemah dan bermasalah dalam pelbagai bidang. Melayu hanya menjadi jaguh dalam kegiatan negatif. Tunjukkan kepada saya kekuatan Melayu!

Pertama, bidang pekerjaan. Melayu tidak mahu lagi menceburkan diri dalam bidang pekerjaan yang agak lekeh seperti buruh kasar dan tukang cuci. Tak glamor. Lebih 3 juta buruh asing mengambil alih tugas Melayu.

Kedua, bidang hiburan. Setakat ini amat kurang program hiburan yang mendidik. Melayu berhibur daripada program realiti bintang kecil sehinggalah bintang tua.

Semua program realiti akan berakhir Ramadan ini kerana pada kefahaman kita, ia bulan ibadat. Bagaimana pula bulan lain, dan kefahaman Islam jenis apakah ini?

Ketiga, bidang politik. Kita asyik berpecah. Ultra kiasu semakin bersatu. Sedar atau tidak, kita hanya ada 50 peratus. Apabila berpecah tiga, tidak mungkin kita boleh memerintah.

Malangnya, perpecahan semakin melebar. PRU14 adalah penentu nasib bangsa dan agama kita. Tunggu dan lihat, jika pengajaran tidak diambil.

Keempat, kita jaguh dalam segala aktiviti kemaksiatan iaitu gejala sosial, seks bebas dan sumbang mahram. Bukan bermakna bukan Islam tidak melakukannya.

Mereka pun banyak terlibat, mereka pandai makan, pandai simpan. Namun, mereka tidak sampai dirogol berkali-kali oleh 21 lelaki sehingga menjadi rekod dunia.

Kelima, bidang ekonomi. Ekonomi negara ini 70 peratus dikuasai bukan Islam. Maka tidak mustahil kita memakan DNA babi dan makanan tidak halal saban hari. Lihatlah bihun buatan ultra kiasu yang tersebar di laman sosial, cap Masjid lagi. Betapa kotor dan jijiknya. Ini baru bihun, belum yang lain.

Keenam, kita jaguh dalam aktiviti dadah dan dedah. Ultra kiasu menjadi penjual dan pengedar dadah. Kita menjadi penagih. Siapa yang kaya dan siapa yang rosak? Begitu juga pendedahan aurat sangat meloyakan. Contoh, syarikat penerbangan awam dan syarikat swasta.

Tidakkah boleh kita syaratkan pakaian mereka paling kurang, jika tidak menutup aurat, pakaian bersopan? Orang yang duduk di atas itu, adalah Melayu. Kenapa Melayu tidak selamatkan Melayu?

Ketujuh, kebanyakan stesen TV tidak berbayar, ketuanya semua orang Melayu. Tidak adakah rancangan hiburan yang lebih bersopan dan terkawal lirik dan aksinya?

Rancangan hiburan tidak ditentang tetapi biarlah sesuai dengan jati diri agama dan bangsa. Karpet merah dibuat pada waktu maghrib, solekan bermula sejak pagi lagi. Bilakah masa artis ini bersolat Zohor, Asar dan Maghrib?

Kelapan, berleluasa kegiatan judi, arak, pusat hiburan dan pelacuran. Kenapa bandar raya kita hidup 24 jam? Tidak banyak aktiviti yang mendidik. Kenapa jadi begitu? Siapa yang memberikan lesen semua ini? 

Mudah sahaja menuding jari bangsa lain yang menyebabkan kita menjadi itu dan ini. Saya terus menjadi mangsa ultra kiasu dan musuh Islam yang lain. Tetapi siapa yang membenarkan mereka berleluasa? Betulkah semua itu salah mereka? Mereka hanya mengambil kesempatan.

Bak kata Dr Shukri Abdullah yang tersebar dalam laman sosial, siapakah yang menyebabkan Melayu mundur? Melayu alpa? Melayu merempit? Melayu ambil dadah? Melayu gila hiburan? Melayu asyik berkonsert.

Kita berkata, di mana Melayu boleh kawal, kenapa Melayu tidak kawal? Kenapa Melayu tidak kawal hiburan hingga melekakan remaja? Hingga kini, bukan saja remaja Melayu, mak bapak Melayu pun asyik dengan hiburan?

Masih ramai tidak bersolat dan tidak tahu bersolat. Apatah lagi untuk berjemaah di masjid. Siapa pemimpin tertinggi negara setakat ini di peringkat pusat dan negeri, termasuk ketua jabatan? Cina dan India?

Akhirnya, mari kita muhasabah diri. perbaiki bangsa kita, perbaiki amalan agama kita, perbaiki anak bangsa kita. Hanya Melayu Islam boleh menyelamatkan Melayu.

Kita Melayu, kita Muslim lupa perbaiki diri kita. Itu salah kita selama ini. Usah beralasan lagi. Mari kita sama-sama cari jalan keluar. Ayuh! Bersatulah! sama-sama fikir dan renung, sebelum terlambat.

SUA Perkasa hentam CEO Petronas

Posted: 27 Jun 2014 02:30 AM PDT



Saya ingin ulangkan kata2 Tan Sri Shamsul Azhar  boss Petronas dlm satu temuramah dlm sebuah tabloid perniagaan yg berbunyi..."Ia bukan saja mereka diluar(yg menyusahkan) tetapi juga mereka dalam kerajaan - para birokrat. Campur tangan birokratik menyusahkan kerja"

Seterusnya beliau berkata.."Kerajaan mahu kita menjadi seperti syarikat minyak antarabangsa, seperti Shells dan ExxonMobils, kami akan cuba menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan ExxonMobil tidak diganggu oleh kerajaan mereka".

Sambungnya lagi..."Ia adalah amanah...diamanahkan.... perkataan diamanahkan itu cukup kuat - sebagai seorang Islam, ia adalah satu dosa besar jika kita nelanggar 'amanah'.

"Kami berurus dengan ahli-ahli politik; mereka bercakap tak serupa bikin, jadi ia amat menyusahkan...ini cukup mengecewakan".

Akhir sekali beliau tekankan..."Saya juga orang Melayu...anda fikir sata tidak mahu membantu orang saya sendiri? Sudah tentu saya_ akan bantu mereka, tapi dgn cara betul -  bukan melalui pemberian mudah dan disuap ke mulut."

Wah...pada saya Shamsul ni benar2 biadap.

Kerajaan jangan ganggu??? TS Shamsul wajib ingat dan jgn sesekali terlupa ini iaitu

1. Kalau tidak kerana Kerajaan yg ada hari ini menubuhkan Petronas tidak ada Petronas hari ini.

2. Kalau tidak kerana kerajaan mempunyai hubungan dua hala dan berusaha mendapatkan kerjasama cari gali minyak dgn kerajaan negara2 luar di kawasan laut dan daratnya, Perotnas tidak akan berada diluar.

Bukan CEO Petronas yg memastikan negara ini dpt mejalankan kerjasama mencari minyak di negara2  membangun yg punya hasil bumi gas dan petrol yang masih byk itu.

Jgn haraplah kita dpt hasil lumayan dari kegiatan industri oil n gas jika tiada kerjasama carigali dgn negara2 asing. Semuanya berpunca kerjaaan.

Jgn nak berlagak kononnya kamu yg usahakan semua. Kerajaanlah yang sebenarnya  mengusahakan byk perkara utk Petronas, jangan cuba biadap menyalahkan kerajaan campur tangan pula. Kamu dilantik di posisi kini dlm Petronas pun kerana kerajaa  yg ada. Jika pembangkanglah ketika ini, dah lama kamu di tukar dengan Sabestian Liew Ah Kaw.

Jgn dabik dada kononnya lebih kuat nak bantu bangsa sendiri tapi lihatlah dimana Melayu dlm industri oil n gas zaman kamu berkuasa? Jauh lebih baik dari dulu sebelum kamu mengetuai Petronaskah?

Kamu jgn sebut pasal amanah sbb kamu tidak layak utk menyebutnya. Benar amanah tu tuntutan Islam. Ia benar umat Islam wajib amanah. Apakah kamu telah tunaikan amanah Allah ke atas kamu sebagai umat Islam agar jauhi larangan Islam?

Saya hanya pekena teh tarik sahaja petang-petang lepas waktu pejabat bergaul dgn rakan2 Melayu tempatan yg juga pekena minuman yg sama.

Ketimuran kami tidak luput dan jauh meniru kebaratan.

Pada saya kerajaan tunggu apa lagi. Pecat sahaja Shamsul ini.

Jika DS Najib tidak pecat Shamsul Azhar maka dakwaan Shamsul tepat sekali dan semangnya saya percaya adanya campur tangan kerajaan dan politik. Saya tidak kesah itu. Jika siapa perintah pun, Petronas tetap menjadi sasaran kerajaan dan politik. Shamsul terlupa itu.

Tapi campur tangan bagaimana yg Shamsul maksudkan kita juga ingin tahu. Ganggu apa?

Ramaikah org politik yg ganggu perjalanan Petronas? Siapa mereka? Kami mahu tahu juga.

T.kasih.
Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agung Perkasa.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


PKR sebenarnya perlukan reformasi dan bukannya reform-kerusi?

Posted: 27 Jun 2014 10:37 AM PDT


Meneliti kemelut pemilihan semula Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara berlaku insiden yang jarang-jarang sekali terjadi dalam sejarah politik Malaysia.

Sebagai sebuah parti politik yang memperjuangkan reformasi ia sepatutnya menjadi teladan kepada parti-parti politik lain bahawa suasana demokratik dan kematangan berbeza pendapat terjadi.

Kemelut yang melanda pemilihan PKR Cabang Nibong Tebal terus berpanjangan selepas bekas penyandang jawatan Ahli Jawatankuasanya menolak keputusan pemilihan kali kedua yang diadakan Ahad lalu. Mereka mendesak pemilihan kali ketiga diadakan.

Pemilihan semula PKR Cabang Kota Raja dicemari ketegangan dan aksi pergaduhan. Ketegangan bermula apabila dikatakan salah seorang pengundi cuba mensabotaj proses pemilihan dengan merosakkan peti undi.

Pemilihan PKR di Cabang Kuala Langat menjadi pemilihan berdarah Sabtu lalu telah membangkitkan emosi kemarahan ahli PKR yang digantung Badrul Hisham Shahrin atau Chegu Bard kerana dendam antara kumpulan.


Sebanyak 37 Cabang PKR di seluruh negara diminta mengadakan pemilihan semula, demonstrasi terjadi di depan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat parti di Petaling Jaya, Selangor suatu ketika dulu kerana rasa tidak puas hati yang mendalam.

Pada hemat penulis apa yang berlaku bukanlah gambaran sebuah parti yang demokratik dan matang dalam mengendalikan proses pemilihan kepimpinan Cabang.

Dari sudut kepimpinan di semua peringkat, pengurusan organisasi, muafakat sesama ahli, proses pemantauan yang telus, menerima keputusan dengan dada terbuka seharusnya menjadi inti perjuangan sebuah parti reformasi.

PKR mengharapkan reformasi politik berlaku dalam negara. Malangnya, PKR sendiri mengalami masalah dalaman yang serius. PKR patut muncul sebagai sebuah parti politik contoh sama ada dari segi kepimpinan dan pengikutnya.

Peristiwa baling kerusi, pergaduhan, usaha jatuh-menjatuhkan antara satu dengan yang lain bukanlah gambaran demokratik yang diperlukan oleh politik Malaysia.


Ia belum lagi dilihat fahaman kelompok yang terjadi. Fahaman kelompok bukanlah suatu ciri baik dalam sebuah parti reformasi. Parti reformasi menjadikan ciri demokratik, sikap terbuka dan matang serta pengendalian urusan parti dengan tulus dan telus kerana ia berhasrat memerintah negara.

Sebuah negara seperti Malaysia yang berbilang kaum memerlukan jalan bijaksana menyantuni masyarakatnya dalam politik kerana fahaman kelompok apa lagi rasis boleh membawa kepada krisis.

PKR sepatutnya jauh lebih berdaya maju kerana asas reformasi yang didukung oleh pemimpinnya memerlukan contoh dan teladan. Kalau soal dalam parti kelihatan kecoh dan payah untuk diurus bagaimana situasi negara yang jauh lebih kompleks mampu dikendali.

PKR memerlukan proses transformasi dalaman yang serius. Kepimpinan contoh di semua peringkat harus mampu melakukan perkaderan dan tarbiyyah supaya hala tuju perjuangan difahami dengan baik dan proses memilih pemimpin boleh terjadi dengan semangat muafakat yang tinggi.

Hindarkan politik kelompok yang meletakkan PKR terdedah dalam persaingan kelompok yang lebih mementingkan pengaruh dan kuasa dan menyebabkan persaingan sengit terjadi. Bila ia terjadi rasa berpuak-puak terbina.


Sebagai sebuah parti politik berbilang kaum dan majoritinya adalah Melayu PKR harus mempunyai ideologi atau asas yang jelas mengenai arah tuju perjuangannya dalam realiti Malaysia yang majmuk.

Rakan dalam pakatan, DAP cuba menampilkan sifat berbilang kaum tapi majoriti kepimpinan dan ahlinya terdiri dari orang Cina dan mengambil pendirian menentang negara Islam dan hudud.

Pas hala tuju perjuangannya masih mahukan negara Islam dan hudud. Pas Kelantan secara terang-terangan mahukan hudud dibawa ke Parlimen dan dilaksanakan di Kelantan. Ia ditentang oleh pemimpin DAP dan menjadikan Anwar serba salah.

Reformasi tidak saja harus berlaku dalam PKR tetapi juga dalam Pakatan Rakyat. Secara ideologi Pakatan Rakyat yang ada adalah rapuh kerana ideologi yang diperjuangkan saling bercanggah. Keputusan Pilihan Raya Kecil Teluk Intan semacam memberikan indikator mengenai pakatan pembangkang ini pada masa depan.

Suara politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


NURUL IZZAH DAN SUAMI DISARAN JUMPA BOMOH 1MALAYSIA ELAK PENCERAIAN

Posted: 27 Jun 2014 12:00 AM PDT

Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar hadir ke Mahkamah Syariah pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 26 Jun, 2014.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah semalam menangguhkan keputusan Jawatankuasa Pendamai membabitkan kes permohonan cerai Nurul Izzah Anwar pada 7 Ogos depan bagi memberi peluang kepada peguam suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim meneliti semula laporan dibuat jawatankuasa itu.
Hakim Syarie Ab Malek Awang membuat keputusan itu selepas meneliti permohonan peguam defendan, Zulkifli Che Yong yang meminta laporan Jawatankuasa Pendamai diserahkan kepada pihaknya bagi meneliti semula segala prosiding agar ia selaras dengan Seksyen 47 (8,9,10).
"Anak guam saya tidak ada halangan untuk membantah namun memohon agar laporan Jawatankuasa Pendamai diserahkan kepada pihak kami bagi penelitian semula untuk menentukan ia selaras dengan Seksyen 47," katanya di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.
Nurul Izzah Anwar, 34, anak sulung Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984, pada awal Januari.
Bagaimanapun defendan, Raja Ahmad Shahrir tidak hadir di mahkamah hari ini.
Dalam perbicaraan sebelum ini, mahkamah menetapkan kedua-dua jawatankuasa pendamai yang dilantik menghantar laporan sebelum keputusan dibuat berhubung permohonan cerai difailkan oleh Nurul Izzah.
Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan dua anak, seorang perempuan berumur 7 tahun dan lelaki berusia 4 tahun. 

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


ISIS, Jihad & Mati Syahid [Khutbah Jumaat]

Posted: 27 Jun 2014 09:21 AM PDT

USTAZ ABU BAKAR CHIK DARI KACAMATA USTAZ ARIS HAMZAH DAN VIDEO AMANAT TERAKHIR ALLAHYARHAM.

Posted: 27 Jun 2014 02:55 AM PDT

..::Ustaz 'Kor'
Setakat Yang Saya Kenal::..

Biarpun pelbagai label dilemparkan kepada pengajian di institusi pendidikan Islam di Pakistan, saya rasa beruntung dapat peluang belajar di sana dari 1991 hingga 1995. Di sana saya berguru dengan guru-guru yang hebat. Di sana saya kenali manusia dari pelbagai bangsa dan latar belakang. Saya dapat menguasai Bahasa Arab ketika belajar di sana.

Beruntung juga saya dapat mengenali gerakan-gerakan Islam dari serata dunia. Kala itu saya sering menulis di dada akhbar khususnya Harakah dalam ruangan antarabangsa. Saya sering mengulas isu-isu politik antarabangsa kerana saya mendapat pendedahan yang banyak ketika belajar di sana.

Satu lagi keuntungan ialah saya dapat kenal dan berhubung rapat dengan pemimpin-pemimpin PAS yang ketika di Malaysia saya hanya mengenali mereka menerusi media dan memandang mereka di atas pentas ceramah dari jauh.

Pakistan ialah destinasi yang sering dikunjungi oleh pemimpin PAS.


Mereka datang dengan berbagai-bagai urusan. Ada yang datang kerana urusan peribadi atau menziarahi anak yang sedang belajar di sana. Ada yang datang dengan undangan dari gerakan Islam di Pakistan atau Afghanistan. Seringkali juga pemimpin-pemimpin PAS datang kerana menghadiri seminar, ijtima' atau konvensyen gerakan-gerakan Islam dunia dan sebagainya.

Pernah di suatu ketika Presiden PAS, Ustaz Fadhil Noor dan timbalannya, Tuan Guru Haji Abd Hadi dijemput menyertai delegasi pimpinan-pimpinan gerakan Islam dunia untuk bertemu dengan pemimpin-pemimpin mujahidin yang bertelagah. Misi damai mereka singgah di Pakistan sebelum bergerak ke Kabul. Ketika di Pakistan, mereka sempat mengadakan pertemuan dengan pelajar-pelajar Malaysia di Karachi, Lahore dan Peshawar.

Saya merasa sangat beruntung ketika itu kerana berpeluang makan bersama, duduk bersama dan solat berjamaah bersama dengan tokoh-tokoh hebat dunia termasuk Al Marhum Ustaz Mustafa Masyhur (Mursyidul Am Ikhwan Mesir), Al Marhum Najmuddin Arbakan (ketua umum Refah Partisi yang kemudiannya menjadi Perdana Menteri Turkey), Al Marhum Qadzi Husain Ahmad (Amir Jamaat e Islami Pakistan), Dr Hasan Turabi dari Sudan dan lain-lain.

Ustaz Abu Bakar Chik (ABC) yang mesra dengan panggilan Ustaz Kor, antara tokoh dari Malaysia yang sering berkunjung ke Pakistan. Ketika itu beliau adalah Ketua Pemuda PAS Pusat. Antara misi utama kedatangan beliau ialah untuk menyatukan pelajar-pelajar Malaysia yang berpecah belah.

Ketika saya tiba di Karachi April 1991, pelajar Malaysia sangat ramai di sana. Ada yang belajar perubatan dan sebahagian besarnya belajar agama. Yang belajar perubatan, mereka terpaksa menyertai Kelab Umno kerana syarat kemasukan ke kolej perubatan mesti melalui kelab berkenaan. Yang belajar agama pula mereka kebanyakannya berfikrah PAS. Ada juga tabligh dan Abim, tapi tidak ramai.


Yang berfikrah PAS pula mereka berbalah sesama mereka atas beberapa isu yang saya kurang minat untuk mengulas. Berlaku perbalahan dalam MISG (Malaysian Islamic Student Group) sehingga ada kejadian tumbuk menumbuk.

Golongan yang tidak berpuas hati menubuhkan pula ISMU (Islamic Studies Of Malaysian Student). Kesemua pihak mengaku merekalah yang benar. Saya mengambil sikap non-partisan. Tak suka gaduh. Apatah lagi saya pelajar baru. Saya berkawan dengan semua pihak.

Dalam menyelesaikan perbalahan pelajar ini, beberapa kali pimpinan PAS datang termasuklah Dato' Mustafa Ali dan Ustaz Kor. Paling saya ingat kedatangan Ustaz Kor pada November 1991. Satu himpunan pelajar Malaysia diadakan di Mansurah, Lahore.

Mansurah ialah markaz tarbiah pusat Jamaat e Islami Pakistan. Dalam perhimpunan itu Ustaz Kor memberikan ucapan dan peransang betapa perlunya pelajar Malaysia bersatu padu. Ia penting bagi meneruskan kesinambungan perjuangan Islam di Malaysia.

Jika perpaduan tidak dibina, dibimbangi pergaduhan ini akan melarat ke tanah air apabila mereka pulang nanti. Dengan semangat perjuangan yang ditiupkan oleh Ustaz Kor dalam himpunan itu, maka satu resolusi dicapai iaitu membubarkan semua persatuan yang ada di Pakistan dan India, lalu semua bergabung di bawah satu persatuan baru yang diberi nama MASA PAKINDO.

Lantas dengan itu MISG (Karachi) dibubar, ISMU (Karachi) dihapuskan, MASA Lahore dikuburkan, persatuan pelajar di India (saya tak ingat namanya) juga dibubar. Semuanya menjadi cawangan-cawangan MASA PAKINDO. Persatuan UKHUWWAH di Islamabad tidak dibubar untuk menjaga hubungan dengan pihak kedutaan Malaysia. Namun ahlinya yang berfikrah PAS menubuhkan MASA PAKINDO cawangan Islamabad dan Peshawar.

Ustaz Shaari Mustafa dilantik sebagai Amir atau Presiden pertama MASA PAKINDO. Walaupun ada yang tidak bersetuju kerana beliau adalah mantan Presiden ISMU yang terlibat dalam perbalahan dengan MISG sebelumnya, namun kami sepakat kerana soal kepimpinan adalah sesuatu yang tidak kekal. Jika tidak berpuas hati dengan kepimpinannya, muktamar tahun-tahun berikutnya boleh memilih presiden yang baru.

Dari situ bermulalah lembaran baru bagi perjuangan pelajar-pelajar Malaysia di Pakistan. MASA PAKINDO berperanan menjaga kebajikan pelajar-pelajar ini lebih dari peranan yang dimainkan oleh pihak kedutaan.

Ustaz Kor menjadi rujukan kami dalam banyak perkara. Beliau tidak kekok bergaul, makan minum, tidur bersama kami yang masih remaja. Apabila pulang ke Malaysia, pelajar-pelajar ini akan berkunjung ke Terengganu untuk menziarahi Ustaz Kor. Seolah-olah melapor diri, "Ustaz saya dah balik. Saya bersedia diarah untuk melakukan kerja-kerja jemaah Islam."

Ada antara mereka yang terus lekat di Terengganu berkhidmat di sekolah Ustaz Kor. Antara mereka ialah saudara Sazali, Solehan, Shahril Azman dan lain-lain. Ada yang berkhidmat di Institut Berakan dan ada juga yang mengajar di Maahad Tahfiz Tok Jiring.

Ketika Ustaz Kor berkunjung ke Pakistan tahun 1991 untuk menubuhkan Masa Pakindo, ada dua peristiwa penting yang berlaku. Pertama Masjid Babri di Uttar Pradesh diroboh oleh pelampau Hindu. Kedua, sekolah agama yang diasaskan oleh Ustaz Kor dan rakan-rakannya, Institut Berakan dirobohkan oleh pihak berkuasa.

Sudah berkali-kali mereka cuba untuk meroboh namun dihalang oleh warga Institut Berakan. Ada pelajar yang sanggup berbaring di bawah jentolak untuk menghalangnya dari merobohkan sekolah agama mereka.

Setelah beberapa kali gagal merobohkannya, maka mereka mengambil kesempatan ketika Ustaz Abu Bakar berkunjung ke Pakistan. Bahkan apa yang dilihat lebih bacul, pihak berkuasa menggerakkan jenteranya pada waktu tengah malam untuk merobohkan sekolah agama rakyat itu. Pagi besok, kampus Institut Berakan bagaikan padang jarak padang terkukur. Kelihatan kitab-kitab agama termasuk mushaf Al Quran ditolak bersama dengan kumbahan najis.

Ustaz Kor sangat marah dengan tidakan biadap pihak berkuasa. Namun itu tidak mematahkan semangat beliau dalam bidang pendidikan Islam. Bahkan Ustaz Kor menubuhkan lebih banyak sekolah agama, Selepas menubuhkan MTT di Tok Jiring, ustaz Kor mengorak langkah mengasaskan sekolah rendah agama yang lebih ekslusif dan mempunyai cawangan di seluruh Malaysia iaitu SRIP (Sekolah Rendah Islam Pintar).

Ketika tamat pengajian pada 1995, saya pulang ke Malaysia. Saya mengambil kesempatan berkunjung ke MTT di Tok Jiring. Saya tidur di rumah Ustaz Kor.

Rumahnya dua tingkat. Ustaz Kor dan keluarga tinggal di tingkat atas, manakala tingkat bawah diwakafkan sebagai rumah guru-guru bujang. Walaupun saya tidur di bawah, Ustaz Kor seorang yang sangat meraikan tetamu. Pagi itu saya dijemput naik ke atas untuk bersarapan bersamanya. "Anta tamu ana, ana kena rai anta syeikh."

Malamnya, selepas Maghrib kebiasaanya pelajar-pelajar MTT akan dihidangkan dengan tazkirah oleh Ustaz Kor. Namun pada hari itu Ustaz Kor minta saya yang menyampaikan tazkirah. Saya agak segan kerana Ustaz Kor ada sekali di situ. Saya penuhi permintaannya.

Di suatu ketika Ustaz Kor dijemput berceramah di Markaz PAS Kawasan Maran di Kg Embun bersama Cikgu Raja Ismail Raja Shahidan, Ketua Pemuda PAS Pahang. Selesai berceramah, jam sudah pukul 12 malam. Saya menemaninya pulang ke Terengganu dengan menaiki keretanya.

Ustaz Kor sangat marah dengan rakan-rakan yang meninggalkan jamaah setelah berkerjaya. Dalam satu ucapannya di Temerloh, secara terus terang beliau mengkritik guru-guru j-QAF yang dahulunya aktif dengan kerja-kerja dakwah, tetapi setelah berkerjaya, mereka meninggalkan dakwah.

Selesai ceramah, beliau dibawa ke tempat jamuan. Saya cuba mencelah untuk bertemu dengannya kerana sudah terlalu lama saya tidak bertemu dengan beliau.
Sebaik nampak saya, beliau sangat gembira.

"Apa khabar syeikh. Anta sihat ke. Lama benor ana dok jupe anta. Guane sekarang, anta dok buat mende?"

Saya jawab, "Ana bekerja sekarang ustaz."

"Anta kerja mende?" Dia bertanya lagi.

"Ana guru j-QAF ustaz."

Mendengar jawapan saya, Ustaz Kor agak terkejut kerana baru sebentar, dia palu dan hentam guru j-QAF kau-kau. Lantas dia berkata, "Yang ana ghoyak tadi tu guru j-QAF di Terengganu. Anta ni molek doh comel doh. Kerja dan dakwah pun tak berenti. Bagus la."

"Dakpe.. dakpe... Ana dok terase pung ustaz."

Tak berapa lama kemudian saya berpeluang berkunjung ke Terengganu. Saya pergi solat Jumaat di masjid sebuah kampung yang saya tak ingat namanya. Tak jauh dari Batu Rakit. Sahabat yang membawa saya ke situ beritahu, itulah kampung asal Ustaz Kor. Kebetulan bila saya sampai, Ustaz Kor ada di situ.

Selesai solat Jumaat, beliau terus bangun mengambil pembesar suara dan berucap, "Sedare sekalian. Alhamdulillah hari ini kita dikunjungi oleh seorang tokoh yang hebat.... (Bla bla dipujinya saya melangit)." Lantas dijemputnya saya berucap dan memberikan tazkirah 'selepas jumaat' kepada hadirin. Saya tunaikan permintaannya walaupun beliau jauh lebih hebat dari saya. Itulah sifat rendah diri seorang tokoh ulamak.

Ustaz Kor memang berhati mulia. Tahun 1999, beliau menang dlm PRU lantas dilantik menjadi exco kerajaan Terengganu. Waktu itu saya bertugas di Seremban.

Kami menjemput nya berceramah di Seremban. Selesai ceramah, seperti biasa kami hulurkan kepada nya sampul berisi sedikit wang sebagai menghargai kesudian beliau datang dari jauh.

Namun dengan rendah diri beliau memulangkan kembali sampul berkenaan, "Tak payah la. Takpe.... ana dah ada gaji."

Tahun lepas beliau berkesempatan singgah di rumah bapa saya di Jengka 16. Malangnya saya tiada di rumah. Beliau sempat mentahnik anak adik saya Fadhlullah yang baru lahir.

Kali terakhir saya bertemu Ustaz Kor ialah beberapa bulan lalu di Sg Gau. Itupun hanya melihatnya dari jauh.

Isnin lalu, bila saya mendapat berita Ustaz Kor meninggal dunia, saya rasa amat sedih. Sedih kerana kehilangan seorang guru dan bapa serta sahabat dalam perjuangan.

Namun saya gembira kerana beliau meninggal dalam perjuangan. 64 tahun usianya didambakan pada jalan Allah. Beliau terlibat dalam kemalangan ketika pulang dari aktiviti dakwah di Selangor.

Hari ini saya terkenang permintaan nya ketika kami duduk berdua di Taman Melewar. "Ana tengok anta lama doh tak nulih. Ngape tak buat buku? Kalu orang macam anta tok nulih, sape lagi nok nulih!" Hingga kini saya merasa masih belum melunaskan hutang ini.

Selamat jalan ustaz...
Selamat berehat setelah 64 tahun berpenat lelah berjuang.
Kami lepaskan mu bergerak menuju Kekasihmu.
Kami juga bakal menyusul ke sana...

اللهم ارزقه الشهادة فى سبيلك

Semoga Allah menerima perjuangan Ustaz Kor, Ustaz Harun, Ustaz Ghani, Ustaz Latif dan Ustaz Sulaiman yang meninggal dunia pagi tadi.

Semoga Allah menggantikan mereka dengan tokoh-tokoh yang lebih hebat dalam membela agama ini. Amin ya Rabb