Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


PAS PECAT AHLI BERJIHAD DI SYRIA

Posted: 26 Jun 2014 09:00 PM PDT

Lotfi Ariffin bertanda bulat
PAS Pusat hari ini mengesahkan telah memecat Lotfi Ariffin selepas mendapat maklumat terlibat dengan gerakan jihad di Syria.
Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.
"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.
Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.
The Star hari ini mendedahkan Lotfi antara rakyat Malaysia yang menyertai jihad di Syria dalam laporan mereka hari ini.
Lotfi yang didakwa sebagai bekas AJK Dewan Ulama PAS secara terbuka telah memuat naik gambar beliau dan klip video mengenainya di Syria di media sosial.
The Star juga memaklumkan mereka akan menyiarkan laporan eksklusif bagaimana rakyat Malaysia dilatih oleh gerakan pengganas Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, satu gerakan serpihan dari al-Qaeda yang terlibat dalam memenggal kepala dan membunuh musuh mereka di Syria dan Lebanon.
Seorang lagi rakyat Malaysia yang turut menyertai gerakan jihad di Syria adalah bekas penyanyi pop Melayu, Ali Ukay.
Ali dikatakan telah dipengaruhi oleh Lotfi dan menyertai gerakan jihad tersebut.

ANWAR UBAH TAGLINE KEPADA PARTI REFORKERUSI

Posted: 26 Jun 2014 07:00 PM PDT


"Boleh aq tukaq tagline REFORMASI ke REFOKERUSI untuk KEADILAN ?," kata 'aq,' laman sosial yang dilihat cenderung membela Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.
Selain mencadangkan penukaran slogan, 'aq' turut memberitahu PKR sedang cuba untuk mengesan identitinya kerana membuat beberapa pendedahan apa yang sedang berlaku dalam parti sejak mutakhir ini.
Petikan dari laman sosial 'Archidea Cronixx' seperti berikut :
Sejak lewat mlm td aq terima mesej2 whatsapp dan panggilan rakan2 seperjuangan yg memberikan info bahawa aq sedang "dikenalpasti" oleh pimpinan Keadilan terutamanya DS Anwar Ibrahim, mengapa ya ?
Adakah kerana hanya "posting" aq di FB inikah yang menyebabkan DS ingin "kenalpasti" aq yang marhein nie ?
Atau..
Adakah dengan arahan untuk "kenalpasti" aq ini maka aq perlu menghentikan segala "posting" kebobrokan dalaman KeADILan terutamanya dalam Pemilihan Parti 2014 ?
Sekiranya DS fikir aq akan "tunduk" itu adalah satu kesilapan besar, semangat aq lahir kerana DS adalah idola & inspirasi aq selama bertahun lamanya sehingga mlm aq dan pejuang marhein digelar sbg "pengkhianat" semata-mata kerana meluahkan ketidakpuasan hati melalui serahan memorendum.
Ertkata "Lawan Tetappppp Lawan" sudah sebati dalam diri aq dan adakah kerana pimpinan menuju kearah kehancuran maka aq perlu "diamkan" diri ?
Siapalah aq untuk dikenali.. — with Linda Mohamad Sahim, Rozita Ramlan, Roslan Alan, Akaboshi Taka, Ben Suleymani, Ahmad Jufliz Faiza, Yusup Kamaruddin, Kiyai Reformis, Hafiz So, GerakanAnti AzminZuraida, Hanisya Abdul Hamid, Ameelia Ameena, Noormorni Mahat Apandi, Han's Tokey, Broamir Jebatjolo, Ally Hazran Hashim, Adios Smarta, Dwan Amirullah, Nora Reformis Samm, Dio Sani Samm, Ahmad Yassier, RhZaaba Putra, Mohd Khairul Mohamed Yussuff and che'GuBard Samm.
Presiden Parti keADILan Rakyat pun bersikap "HIPOKRIT" ???
Mana tidaknya pada mesyuarat biro politik pada 27 Mei 2014 yang lalu jelas saudara Malik Husin "mencampakkan" sampul surat berisi wang RM3000 di atas meja dan menjelaskan beliau telah di sogok dengan wang tersebut dari pejabat Timbalan Presiden..
Siapakah Timbalan Presiden yang disebutkan beliau ?
Beliau sebagai berkata sanggup menerima cacian dan maki hamun dalam mempertahankan parti tetapi tidak akan sanggup menerima rasuah !!!
Sambil menunding kepada YB Xavier "…please tell your boss saya ada maruah dan prinsip"…
Presiden sebagai pengerusi mesyuarat dan Ketua Umum juga berada pada mesyuarat tersebut dalam…
Bukti jelas tatapi apa tindakannyang telah diambil ???
Senyap dan minta semua Ajk jangan memanjangkan kejadian tersebut diluar..
Ini kah kepimpinan yang perlu kita sanjung?
Ahli biasa dibuat macam hamba abdi…
Pemimpin berkongsi buat kejahatan.. — with Shahida Serikandi Jb, Akaboshi Taka, GerakanAnti AzminZuraida, Pkrssu Sg Siput, Yusup Kamaruddin, Dwan Amirullah, Ha Zeel Syah, Keadilan Eclub, Keadilan Kluang, Keadilan Tambun, che'GuBard Samm, Ahmad Yassier, Keadilan Cabang Taiping, Keadilan Johor, Angkatan Muda Keadilan Changgang, Ben Suleymani, Mu'az Muhammad, Pkrkkrau KualaKrau, Keadilan Kl, Amk Pandan, Keadilan Kangar, Hanisya Abdul Hamid, Angkatan Muda Keadilan Subang, Keadilan Hulu Langat, Pkrpahang Keadilan Pahang, Keadilan Hulu Selangor, Parti Keadilan Rakayt Sabah, Mohd Salim Mostan, Kiyai Reformis, Roslan Alan, Amk Bayan Baru Samm, Kelab Keadilan, Dio Sani Samm, Pemilihan Keadilan, Parti Keadilan Rakyat Kajang, Nora Reformis Samm, Asemah Onggai, Hafiz So, Mustaffa Kamil Ayub, Pkrgp Gelang Patah, Angkatan Muda Keadilan Titiwangsa, Parti Keadilan Rakyat, Keadilan My, Noormorni Mahat Apandi, Keadilan Johor Selatan and Keadilan Machang Kelantan.
Sekiranya benar maka aq terasa amat letih bila membantu utk kempen media dlm PRK N25 Kajang baru-baru ini.
Benarkah beliau akan menjadi MB Puppet kepada Azmin Ali kerana secara logiknya Anwar akan ke dalam ?
Bukankah kemenangan PR di Selangor kerana kejayaan pentadbiran Khalid Ibrahim ? — with Roslan Alan, Ben Suleymani, Angkatan Muda Keadilan Titiwangsa, Yusup Kamaruddin, Kiyai Reformis, Hafiz So, Linda Mohamad Sahim, Han's Tokey, GerakanAnti AzminZuraida, Shahida Serikandi Jb, Hanisya Abdul Hamid, Noormorni Mahat Apandi, Jamaluddin Lik, Ally Hazran Hashim, Adios Smarta, Dwan Amirullah, Ahmad Yassier, Ha Zeel Syah, RhZaaba Putra, Mohd Khairul Mohamed Yussuff and che'GuBard Samm.

KHALID KALAH KEPADA MANIKAVASAGAM SEMASA LAMPU DIPADAMKAN

Posted: 26 Jun 2014 05:36 PM PDT


Laman sosial pro PKR, archidea.cronixx menimbulkan satu persoalan kenapakah berlaku 'blackout' semasa pengiraan kertas undi pemilihan Cabang Kuala Selangor yang diadakan semalam di ibu pejabat PKR.
"Pengundian yang tidak telus..Pengiraan kertas undi juga tidak telus..Pengurusan perjalanan pemilihan juga tidak telus.
"Dah menipu sejak awal lagi maka beginilah bani penipu menganggap orang lain turut menipu.., "dakwa laman sosial itu.
Komen archidea.cronixx disambut Shahida Serikandi Jb dengan berkata keputusan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kalah kepada S. Manikavasagam sebagai Ketua Cabang Kuala Selangor adalah tidak relevan.
"Keputusan yang tidak releven selepas blackout sewaktu sedang mengira undi.
"Semua petugas diarahkan keluar semasa blackout.
"Bila naik semula kiraan berubah.
"Siapa yg harus dipersalahkan? Tnb? Bn? Hq? Pemimpin?," soalnya.
Secara sinis, Shahida Serikandi Jb turut menukilkan pantun enam kerat untuk kejadian itu.
Ketuk dulang paku serpih,
Tepuk dada tanya selera,
Kesucian telah dinodai,
Kepercayaan telah dikhianati,
Kini tiada lagi erti,
Hanya gelaran baling kerusi.
Perkara sama turut diulas oleh Yusup Kamaruddin.
Menurutnya kekalahan Abdul Khalid telah dirancang secara sistematik oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR.
"JPP berjaya aibkan Tan Sri Khalid…Blackout berjaya menambah undi lawan mengalahkan beliau sabagai ketua cabang.
"Dari awal permainan hanturaya untuk aibkan Tan Sri Khalid…orang yang didapati bersalah dan digantung tetiba dibebaskan dan dibenarkan bertanding.
"Orang yang menyokong Tan Sri Khalid dicabang dipecat dengan alasan yang sengaja direkacipta.
Akhirnya…blackout hanya berlaku di tempat mengira undi sahaja dan hasilnya…undi sudah berubah…
"JPP WAJIB LETAK JAWATAN ANDAI KAMU BUKAN ANJING AZMIN,"katanya.
The Star hari ini melaporkan Abdul Khalid telah dikalahkan oleh S. Manikavasagam untuk jawatan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor.
Manikavasagam berjaya meraih 701 undi menewaskan Khalid yang mendapat 515 undi
Manikavasagam menang kerana beliau dilihat sebagai calon tertindas selepas digantung keahlian parti selama beberapa minggu ekoran beliau lantang bercakap tentang penentangan terhadap politik wang.
Khalid didakwa Manikavasagam sebagai seorang yang mengamalkan politik wang, walaupun dinafikan sekeras-kerasnya oleh Menteri Besar Selangor itu.
Walau bagaimanapun, penggantungan keahlian Manickavasagam kemudiannya dibatalkan untuk membolehkan beliau kembali bertanding dan muncul sebagai pemenang menentang Khalid yang merupakan penyandang jawatan di cabang tersebut.
Sebaliknya, Ibrahim Mahidin yang didakwa sebagai 'orang tengah' dalam pengaturan politik wang bagi pihak Abdul Khalid telah dipecat daripada PKR.
Selain itu, seorang lagi orang Abdul Khalid, Mustapha Mohd Talib telah digantung keahlian parti pada pertengahan Mei lalu.
Sehingga kini, penggantungan keahlian Mustapha yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor masih belum diputuskan parti.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


'Blackout' sebabkan Khalid kalah Ketua Cabang PKR Kuala Selangor!

Posted: 26 Jun 2014 09:46 PM PDT


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tewas kepada bekas Ahli Parlimen Kapar, S. Manickavasagam dalam merebut jawatan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kuala Selangor dalam pemilihan yang diadakan Sabtu lalu.

Manickavasagam memperoleh 701 undi, menewaskan Abdul Khalid yang mendapat 515 undi.

Keputusan tidak rasmi itu diperoleh selepas proses pengiraan undi yang dimulakan kira-kira pukul 1 pagi dan tamat kira-kira pukul 5 pagi ini di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Bagaimanapun, bagi jawatan Timbalan Presiden, Abdul Khalid mendapat 517 undi, (Timbalan Presiden PKR) Azmin Ali mendapat 440 undi manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail 50 undi.

Difahamkan, undi untuk jawatan Timbalan Presiden PKR dikira terlebih dahulu diikuti dengan jawatan ketua cabang.

Bagaimanapun, selepas Abdul Khalid 'menang' bagi jawatan timbalan presiden, berlaku insiden bekalan elektrik terputus menyebabkan pengiraan undi bagi ketua cabang terpaksa ditangguhkan.

Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 11.30 malam dan bekalan elektrik hanya pulih dua jam kemudian sebelum proses pengiraan undi diteruskan.

Dalam pada itu, sumber berkata, kekalahan Abdul Khalid itu dirancang oleh pihak tertentu bagi mengelak Menteri Besar itu memenangi kedua-dua jawatan.

Menurut sumber, ini dapat dilihat apabila berlakunya perkara-perkara yang meragukan semasa proses pengiraan undi malam tadi terutama kejadian terputus bekalan elektrik.

Difahamkan, Abdul Khalid akan membuat bantahan terhadap keputusan pemilihan yang belum diumumkan secara rasmi itu ekoran pelbagai insiden 'mencurigakan' itu.

Suara politik
Belantan

Kabinet baru : Diharap jangan sekadar jadi 'penumpang' sudahlah?

Posted: 26 Jun 2014 02:52 AM PDT


Pelantikan pemimpin MCA dan Gerakan dalam Kabinet mampu memenuhi aspirasi kaum Cina dan memberi kesan positif kepada Barisan Nasional (BN).

Ini khususnya dari segi imej BN yang mengutamakan dasar keterangkuman memberi tempat kepada semua kaum.

Senario ini sesuai dan menepati landskap politik negara masa kini. Kemasukan wakil-wakil daripada dua parti terbesar kaum Cina itu mampu memberi keyakinan kepada kaum Cina. Maknanya, BN ada tempat untuk mereka, sekali gus 'sekurang-kurangnya' menitip sedikit-sebanyak keyakinan kaum itu kepada BN. Apatah lagi BN tahu dan sedar implikasinya jika MCA dan Gerakan selamanya dibiarkan berada di luar Kabinet.

Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengenai tambahan dalam Kabinet yang menyaksikan Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai dilantik Menteri Pengangkutan manakala Gerakan diketuai Datuk Mah Siew Keong dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, diharap dapat memberi suntikan kekuatan kepada dua parti itu untuk memperjuangkan masyarakat Cina.

Ini kelak akan mewujudkan situasi menang-menang untuk kaum Cina dan BN mengorak langkah ke depan untuk kestabilan politik negara.

Cuma, penulis pada masa sama mahu mengingatkan wakil-wakil MCA dan Gerakan bahawa pelantikan mereka ke dalam Kabinet harus dijadikan titik awal dua parti ini untuk membantu mengembalikan sokongan kaum Cina kepada BN pada Pilihan Raya Umum ke-14.

Tempoh menjelang pilihan raya umum paling mencabar ini sungguh singkat. Hanya tiga setengah tahun lagi.

Dalam hal ini, MCA dan Gerakan harus dapat mengemukakan dengan berani tetapi beradab tuntutan-tuntutan, aspirasi dan masalah kaum Cina kepada kerajaan. Jangan retorik dan membuta-tuli semata-mata hendak 'menyaingi' DAP. Juga, jangan hanya untuk 'menyedapkan sangkaan' pucuk pimpinan sahaja.

Ini penting supaya MCA dan Gerakan tidak dilihat sekadar penumpang sahaja dalam Kabinet. Kaum Cina tentunya mahu melihat sumbangan MCA dan Gerakan yang 'terkesan' untuk mereka. Kalau Tiong Lai dan Siew Keong berupaya dan berjaya mengemukakan aspirasi kaum Cina dengan 'berani tetapi beradab', dan kemudian diterjemahkan kerajaan, nescaya ini akan memberi kesan positif `menang-menang' dalam penerusan dasar-dasar kerajaan.

MCA dan Gerakan jangan lupa cabaran yang didepani mereka untuk mengembalikan sokongan kaum Cina cukup getir. Mereka dibadai kekalahan teruk dalam PRU-13 tahun lalu.

Dalam PRU itu, MCA hilang lebih banyak kerusi kepada pembangkang, yang turut meranapkan 'kubunya' di Johor. Parti itu hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi negeri, jauh lebih sedikit daripada 15 kerusi Parlimen dan 32 kerusi negeri yang dimenanginya pada PRU 2008. Pada PRU tahun lalu itu, MCA bertanding di 37 kerusi Parlimen dan 90 kerusi negeri.

Gerakan pula hanya menang satu kerusi Parlimen (Simpang Renggam, Johor) daripada 11 kerusi yang ditandingi, manakala untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) hanya memperoleh tiga kerusi iaitu Pemanis di Johor serta Tanjong Papat dan Elopura di Sabah daripada 31 kerusi yang ditandingi.

MCA khususnya kalah kesemua kerusi yang ditandinginya di Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan, yang menunjukkan kegagalannya menawan kembali hati masyarakat Cina, walaupun pelbagai ikhtiar dilakukan untuk memulihkan kekuatannya 2008.

Malahan, calon DAP terutama di Pulau Pinang mendapat majoriti kemenangan yang cukup besar ke atas calon MCA dan Gerakan. Keputusan sama dapat disaksikan di negeri-negeri lain.

Di Seputeh, calon DAP di situ memperoleh majoriti undi 51,552 berbanding hanya 47,230 dalam pilihan raya umum 2008. Margin kemenangan besar turut dicatat DAP di Kepong dengan perbezaan berbanding saingannya, BN sebanyak 40,307 undi.

DAP turut mendapat majoriti luar biasa Parlimen Bukit Bendera dan Bagan.

Sememangnya cabaran yang dipikul MCA dan Gerakan cukup besar untuk menarik semula minat kaum Cina kepada mereka. Apakah kaedah yang akan digunapakai kedua-dua parti untuk melenyapkan syak wasangka dalam kalangan orang Melayu bahawa kaum Cina 'tidak berniat' mahu merampas kuasa dalam PRU-13.

Sentimen ini masih segar dalam fikiran orang Melayu khususnya daripada UMNO. Diuar-uarkan secara meluas motif orang Cina pada Mei 2013 itu hanyalah untuk menjatuhkan UMNO yang telah selama 55 tahun 'menindas' mereka dengan memberi pelbagai keistimewaan kepada bumiputera. Kerana itu dilihat kawasan-kawasan majoriti Cina, DAP menang dengan puluhan ribu undi.

Jika parti, calon dan khidmat wakil rakyat dijadikan alasan, tentulah pemimpin MCA seperti Datuk Seri Kong Cho Ha tidak tewas di Lumut. Apakah bentuk perkhidmatan dan pertolongan yang tidak diberikan kepada kaum Cina oleh Cho Ha dan Datuk Seri Zambry Abd. Kadir. Tapi, kerana mahu menjatuhkan UMNO mereka memilih untuk 'membelasah' Cho Ha.

Di DUN Sekinchan, Sungai Besar, Selangor pula, apa yang BN tidak bantu mereka selama lima tahun ini? Sekolah Cina? Bot nelayan? Bantuan kebajikan? Malah bila mereka minta Cina tempatan sebagai calon, juga BN berikan.

Akhirnya apa balasan mereka? Mereka beri undi kepada DAP dengan jumlah lebih besar walaupun ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim tidak memberi apa-apa bantuan kepada mereka.

Malahan, Timbalan Pengerusi BN Selangor ketika PRU-13 itu, Datuk Seri Noh Omar pun hairan. Padahal, beliau meramalkan kemenangan BN Selangor di banyak kerusi.

Kata Noh yang masih tergiang-giang di kepala penulis:

"Sebelum ini program-program BN buat untuk masyarakat Cina mendapat kehadiran amat luar dugaan, kita sasarkan kehadiran 5,000 tetapi yang datang sehingga 10,000 orang.

"Waktu berkempen, kehadiran pengundi-pengundi masyarakat Cina pada dasarnya seperti menyokong program BN begitu baik sekali. Bagaimanapun, pada hari pilihan raya semalam, BN Selangor tidak mendapat undi seperti yang diharapkan."

"Contohnya di bahagian saya walaupun majoriti saya meningkat berbanding 2008, begitu juga Parlimen Tanjung Karang, tapi kami kalah teruk di kawasan majoritinya pengundi Cina. Tak ada satu peti undi pun kita menang di kawasan pengundi Cina. Sedangkan tak ada satu pun yang saya tidak tolong masyarakat Cina. Kita terkejut kita kalah banyak terutama di peti-peti undi Cina.

"Kalau benar kita benci orang kerana rasuah, kerana seleweng, kerana zalim tentulah kita tidak akan minta tolong, tidak akan datang majlis dan tidak akan salam dengan orang yang kita benci ini," kata Noh.

Apa-apa pun tahniah khususnya kepada Tiong Lai dan Siew Keong!

Ketika kedua-dua Presiden parti ini harus tabik hormat ke atas kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri kepada mereka, mereka harus jujur dan komited membantu perjuangan BN.

Pergi dan nyatakanlah dengan berani, telus dan jujur kepada kaum Cina. BN tidak memperjuangkan satu kaum semata-mata tetapi seluruh rakyat Malaysia. Dan marilah kembali berganding bahu dengan kami.-UMO

Suara Politik
Belantan

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


LAGI KES UMPAN DAN CULIK

Posted: 26 Jun 2014 05:00 AM PDT

 - Air Times
SLIM RIVER - Hanya dengan umpan membeli buku, seorang murid tahun tiga nyaris menjadi mangsa rogol selepas dilarikan seorang lelaki dalam satu kejadian culik di sebuah stesen bas berhampiran sebuah sekolah rendah, di sini, semalam.Bagaimanapun, nasib menyebelahi kanak-kanak berusia 9 tahun itu apabila berjaya melarikan diri di Jalan Slim Lama, Slim Village berhampiran perkuburan Cina, sebelum diselamatkan seorang wanita.

Kejadian kira-kira jam 1.30 petang itu disedari kakak mangsa berusia 12 tahun yang ternampak kelibat adiknya bersama seorang lelaki memasuki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback. Sangsi dengan keadaan itu, kakak mangsa segera menghubungi ayahnya sebelum satu laporan polis dibuat.
Ketua Polis Daerah Tanjung Malim, Superintendan Othman Nanyan berkata, berdasarkan keterangan mangsa, lelaki berusia 57 tahun itu pada mulanya mengajaknya menaiki kereta dengan alasan untuk ke kedai membeli buku. Menurutnya, ketika berada dalam kenderaan, suspek telah mengugut mangsa agar tidak melarikan diri sebelum membawanya ke sebuah pondok berhampiran perkuburan Cina.

"Tiba di kawasan itu, lelaki berkenaan mengarahkan mangsa membuka kasut dan seluar. "Mangsa yang ketakutan terpaksa mengikut arahan suspek, namun setelah beberapa minit, lelaki itu bertindak meninggalkan lokasi menyebabkan mangsa segera melarikan diri. "Seorang wanita yang kebetulan melalui jalan berkenaan segera memberhentikan kenderaannya sebaik terlihat kanak-kanak itu yang berlari dalam keadaan ketakutan, sebelum membawanya ke balai polis," katanya.
Identiti lelaki tidak bermoral itu, bagaimanapun berjaya dibongkar dalam tempoh kurang dua jam apabila polis berjaya mengesan kenderaan digunakan suspek kira-kira jam 2.40 petang di sekitar Slim River.
- Sinar harian

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:27 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Kabinet XXL Najib: Harapan kita besar juga - Kadir

Posted: 26 Jun 2014 10:09 PM PDT




HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia iaitu 71 orang anggota.

"Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30," tulis Datuk A Kadir Jasin di dalam blognya.

Menurutnya, kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Berikut tulisan penuh beliau.

BANYAK orang kita suka catat rekod. Tapi kebanyakan rekod yang orang kita cacat adalah dalam kategori lawak atau standard Malaysia saja.

Jadi, sebagai rakyat Malaysia yang tidak gemar kepada rekod lawak, saya bersyukur kerana kita (mungkin) belum berjaya mencatatkan rekod kabinet terbesar di dunia. Itu pun belum tentu. Minta pencerahan para pembaca.

Dan oleh sebab pasukan bola kita masih dalam kategori jaguh kampung maka tidak adalah rekod pemain kita melakukan perbuatan yang mencatat rekod seperti yang dilakukan oleh penjaring gol Uruguay, Luis "the biter" Suarez.

Sebagai penyokong Uruguay, saya menyokong penuh keputusan Fédération Internationale de Futbol Association (FIFA) menggantung beliau sebanyak sembilan perlawanan Piala Dunia dan mengharamkannya selama empat bulan kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini. Suarez ni dia ada rekod suka tokak!

Sumbangan biar besar juga

Berbalik kepada penambahan bilangan anggota kabinet Mohd Najib Abdul Razak kepada 35 orang pada 25 Jun, ia mungkin berupa rekod nasional. Minta sesiapa sahkan!

Saya tidak ingat kalau ada Perdana Menteri sebelum beliau yang mempunyai kabinet sebesar itu. Nampaknya Perdana Menteri kita ini suka besar. Kalau beliau melawat kampung dan pekan, beliau khabarnya mahu sambutan besar-besaran.

Tun Abdul Razak Hussein bertongkat melawat kampung, memanjat tiang bulat rumah rakyat miskin untuk mencari penyelesaian dan membawa pembangunan. Tidak ada sambutan raksasa, tidak ada siaran langsung.

Satu laporan tahun 2011 berkata, Uganda mempunyai kabinet ketiga terbesar di dunia - 71 orang anggota. Kalah kepada Korea Utara dan Kenya.

Tetapi apabila saya menghitung anggota kabinet Korea Utara dalam Wikipedia, saya dapati hanya ada 34 orang dan Uganda 30. Kalau betul laporan Wikipedia itu, maka kabinet Mohd Najib lebih besar daripada kabinet Korea Utara dan Uganda.

Mengikut laporan 2011 itu lagi, purata bilangan ahli kabinet negara di dunia adalah 30. Jadi dengan 35 orang, kita telah "berjaya" mengatasi purata dunia.

Oleh sebab Perdana Menteri suka besar maka kita pun berhak untuk berharapan besar juga. Jadi harapan XXL kita ialah kabinet XXL Mohd Najib akan membawa manfaat XXL kepada rakyat jelata.

Rugi XXL lah kita kalau kabinet XXL itu sekadar meramaikan majlis dan menghabiskan beras saja.

Wallahuaklam. Selamat berpuasa Ramadan. - HararakahDaily


Kabinet terlebih saiz

Makin lama terlebih senget
kabinet makan tidur yang dipenuhi
karekter lama, antik, buruk
minda berhabuk, lapuk dan usang
menyakitkan mata dan hati
buat rakyat yang mengundi
bayar cukai untuk bayar gaji
harga tinggi sebuah demokrasi!

Makin lama nampak berserabut
kabinet politikus caca merba
menteri dipilih bukan kerana kualiti
sekadar badut dari sesama komponen
sebagai pasukan lawak terlampau
yang tidak kelakar dan lucu
memimpin berdasarkan untung rugi
perjuangan parti yang tak pernah selesai!

Makin lama maka terlebih saiz
kabinet biokrasi mengikis bajet
barisan pemimpin dan warlords
mendapat habuan sebagai hadiah
taat setia selagi sedawa perut kenyang
tidak peduli bebanan hutang negara
terkumpul tanpa rasa bersalah
wayang transformasi lintang pukang! – 27 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/kabinet-terlebih-saiz-fudzail?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.xLHc6gf2.dpuf

Empat Pejuang Jihad rakyat Malaysia Kongsi Penglibatan Di Laman Sosial

Posted: 26 Jun 2014 07:25 PM PDT




Diterbitkan: Jumaat, 27 Jun 2014 9:38 AM

Mohd Lotfi (tiga kiri) dipercayai terlibat dengan gerakan jihad di Syria.

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang menjadi pejuang jihad di Syria dilihat berbangga dengan perbuatan mereka dengan memuat naik gambar selfie dan video di laman sosial Facebook dan YouTube.
Sekurang-kurangnya empat daripada mereka berkongsi gambar dan pengalaman secara terbuka di media sosial sekali gus membuktikan mereka aktif terlibat dalam gerakan jihad di sana.

Mereka dipercayai direkrut oleh Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad beroperasi di Syria dan Lubnan.

Carian di Internet mendapati laman web dalam Bahasa Malaysia yang mengagung-agungkan kumpulan jihad ini termasuk Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam dan Uncle Syahid Insya Allah.

Antara salah seorang anggotanya yang terkenal adalah bekas Ahli Dewan Ulama PAS dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Kedah, Mohd Lotfi Ariffin dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya.

Mohd Lotfi berasal dari Baling, Kedah, pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) selama enam tahun dari 2001 turut berjuang di Afghanistan.


Beliau dipercayai antara 20 rakyat Malaysia yang disahkan oleh Bukit Aman terlibat dalam pemberontakan di Syria.

Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad tersebut ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Akil Zainal Ukays.

Beliau dikatakan seorang graduan Universiti Teknologi Mara.

Dalam satu klip video, seorang lelaki yang menyerupai Lotfi bersama dengan beberapa anggota gerakan itu membawa AK-47.

Kumpulan Jabhat al-Nusra yang dipercayai ditubuhkan pada 2012 disifatkan sebagai kumpulan militan paling agresif dan mempunyai sokongan kewangan yang kuat.

Ia dianggap sebagai kumpulan militan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat, Australia dan Britain.

Dua lagi rakyat Malaysia yang dipercayai turut terlibat dalam gerakan jihad itu muncul dalam satu klip video di YouTube.

Salah seorang daripadanya yang memperkenalkan dirinya sebagai Mohamed Fauzi,  dan kini menggelar dirinya sebagai Abu Dayyan dan Abu Naeem berada di tebing Sungai Euphrates.

Dalam video tersebut, turut kelihatan tiga orang lelaki termasuk seorang yang dikenali sebagai Abu Issa Al-Andalusi yang banyak bercakap mengenai jihad.

Klip tersebut yang dimuatnaik oleh Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Islam bertajuk 'Mujahideen ISIS dari Malaysia' mempunyai sari kata dalam Bahasa Malaysia.

ISIS merujuk kepada kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS). Ia juga merujuk kepada Militan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL).

Akhbar British mendakwa, lelaki ketiga yang memperkenalkan dirinya sebagai Abu Issa Al-Andalusi didakwa sebagai bekas pemain Arsenal.

Namun jurucakap Arsenal berkata, kelab tersebut tiada rekod pemain dengan nama tersebut. - mStar

Ini Penjelasan FIFA kenapa Piala Dunia 2014 Bertepatan Dengan Puasa Ramadhan

Posted: 26 Jun 2014 08:09 AM PDT




http://gigitankerengga.blogspot.com | .


BULAN Ramadhan tidak beberapa hari lagi. Bagi umat Islam sudah tentu gembira dengan kedatangan bulan yang penuh berkat ini. Tetapi bagaimana pula dengan para pemain Muslim yang bermain di Piala Dunia 2014?

Mereka akan tetap menjalani ibadah puasa pada hujung minggu ini, dan dipastikan tidak akan mengalami gangguan atau bahaya apa pun dalam keadaan fizikal mereka. Perkara ini telah dijelaskan oleh pihak FIFA selaku penganjur Piala Dunia 2014 di Brazil.

"Kami sudah melakukan kajian yang luas dan mendalam dan tidak ada sesuatu pun yang membimbangkan. Para pemain yang tengah menjalani ibadah puasa selalu mempunyai peruntukan untuk memohon kelonggaran agar tetap akan menjalani Ramadan pada masa yang tepat. Inilah yang saya pelajari dari para pemimpin agama Islam di Algeria, "ujar Jiri Dvorak, Ketua Bahagian Kesihatan FIFA, Selasa (24/6/2014).


Puasa di bulan suci Ramadhan yang berlangsung sebulan penuh, dijangka akan bermula hari Ahad ini (29/6/2014).


Dvorak mengatakan kepada wartawan pada taklimat media harian FIFA, bahawa organisasi bola sepak dunia itu sudah melakukan kajian yang menyeluruh dan mendalam mengenai para pemain selama Ramadhan.

"Kesimpulannya adalah jika puasa di bulan Ramadhan dijalani dengan betul, tidak akan ada penurunan pada prestasi fizikal para pemain," ujar Dvorak.

Michel D'Hooghe, Ketua Jawatankuasa Perubatan FIFA, mengatakan kepada wartawan bahawa puasa Ramadan ini seharusnya tidak menjadi masalah, kerana mereka juga pernah mengalami perkara yang sama pada Sukan Olimpik London 2 tahun lalu.


Sukan Olimpik London yang berlangsung pada 27 Julai-12 Ogos 2012 juga diadakan bertepatan dengan bulan suci Ramadhan, dan para atlet masih boleh bertanding seperti biasa. [sm / islampos / kbr]
-tranungkite-

PAS mahu PR bincang soal MB baru Selangor...siapa calon-calonnya?

Posted: 26 Jun 2014 06:47 AM PDT

PAS mempunyai 15 kerusi di DUN Selangor, jumlah yang sama dengan DAP dan lebih banyak dari PKR yang hanya ada 14 kerusi. Sebab itu apa kata PAS, mahu tak mahu, PKR dan DAP kena ambik peduli.

Dalam krisis terbaru politik Selangor, nampak gayanya, gerakan untuk campakkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bukan main-main lagi.

Ada pemimpin senior PAS, macam Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang jadi 'tukang gendang' dalam kempen terbaru buang Khalid Ibrahim ini.

Menurut Khalid Samad, barisan pimpinan Pakatan Rakyat (PR) wajar bertemu untuk berbincang bagi mencari pengganti Abdul Khalid.

Jelas beliau calon menteri besar baru itu perlu diterima ketiga-tiga parti dalam PR.

"Pokoknya dia bermasalah. Partinya sendiri pun menolak dia. Semestinya sukar untuk beliau bertahan. Kalau dia sudah tidak mendapat sokongan daripada dua parti dan ahli badan perhubungan PAS pun telah melihat dia bermasalah, maka saya rasa, kita mesti bersedialah membawa satu pertukaran kerana kita tak boleh la hanya menganggap seorang saja yang mampu (menjawat jawatan MB).


"Jadi, apa yang perlu dilakukan sekarang ini ialah pimpinan daripada ketiga-tiga parti wajar bertemu dan berbincang untuk mencari calon lain yang boleh diterima. Nyatakan syarat-syarat baru yang mahu dikenakan oleh setiap parti ke atas calon yang akan dipilih dan disokong bersama itu," katanya.

Walaupun tidak disebut secara terbuka, namun kumpulan Anwarinas dalam PAS sudah pasti mahu Azmin Ali sebagai MB baru mereka, jika tidak Azmin pun barangkali ADUN Kajang Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Dari PAS sendiri jika mahu dicalonkan sudah tentu Pengerusi PAS Selangor, ADUN Chempaka, Iskandar Abdul Samad, layak untuk pertimbangan.


Iskandar sudah menjadi exco selama dua penggal dan merupakan seorang arkitek dari segi kelulusan.

Cuma dari DAP entah siapa, parti perkauman Cina itu hendak calonkan... mungkin mereka sendiri sedar, tidak ada calon sesuai dari kalangan ADUN-ADUN DAP untuk jawatan nombor satu itu.

Namun jika ada peralihan MB, mereka sudah pasti mahu jawatan-jawatan utama baik dalam pertadbiran negeri mahupun syarikat-syarikat kerajaan negeri dipertimbangankan sebelum sokongan diberikan pada mana-mana calon.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Dzulkefly Ahmad mengambil sikap menyokong keputusan mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor mahu menggantikan Abdul Khalid.

"Saya hanya menyokong keputusan dalam mesyuarat Badan Perhubungan PAS Selangor. Apa pun keputusannya saya terima dan kalau begitulah yang diputuskan bersama, maka saya tentunya bersama dengan keputusan itu.

Namun saya sendiri bukan dari Badan Perhubungan Negeri Selangor, saya tidak terlibat dalam keputusan itu. Saya tidak mempunyai sebarang pandangan peribadi kerana prestasi MB ini memang sudah kita maklum mengalami beberapa masalah dalam PR," katanya.

Menurutnya, dakwaan yang dibuat Jaafar itu benar bukan sekadar rekaan.

Malah beliau berpendapat, Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera atas tindakan-tindakannya sebelum ini.

"Saya sendiri adalah ahli jawatankuasa air bersama Tony Pua dan Rafizi diangkat oleh Majlis Presiden PR. Kami ini langsung tidak diambil apa-apa pandangan atau perhatian langsung. Malah sehingga ke hari ini, kami tidak dapat berjumpa dengan MB. Kami tidak dirujuk seolah-olah kami ini tidak wujud.

"Itu satu contoh. Apa yang disebut cikgu Jaafar itu punya kebenarannya. Kawan-kawan yang lain juga mempunyai pandangan seperti itu. Mereka bukan mereka-reka cerita ini. Saya kira Abdul Khalid perlu dipertanggungjawabkan segera dengan semua ini," katanya.

Bagaimanapun difahamkan, hasrat PAS Selangor itu tidak dipersetujui PAS pusat pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Hadi dikatakan lebih cenderung kepada Abdul Khalid kekal sebagai MB Selangor.

Manakala pemimpin PAS yang buat bising dengan Abdul Khalid ini dipercayai dari kumpulan Anwarinas dari parti Islam tersebut.

Kumpulan Anwarinas merupakan terma merujuk kepada ahli PAS yang berkiblatkan Anwar Ibrahim dalam keputusan dan tindakan mereka. -21/6/2014

Kecoh dalam PKR kerana Jawatan Menteri Besar

Posted: 26 Jun 2014 05:12 AM PDT

Semalam sebuah stesen tv internet datang menemubual saya, perbicaraannya berkisar soal pemilihan dalam parti PKR yang kalut dan masih belum berakhir sampai kini.tv itu mahu tahu pendapat saya kenapa sampai berlaku demikian, dan apakah kekecohan itu tidak memberi kesan kepada PKR sehingga menimbulkan persepsi negatif kepada pucuk pimpinannya.

Iya, saya juga naik hairan dan muak kenapa sampai begitu lama sekali masa diambil parti berkenaan untuk menyelesaikan pemilihan kepimpinan mereka. Dan kekecohan yang berlaku menampakkan seolah-olah PKR sebuah parti yang diuruskan oleh mereka yang tidak cukup pengalaman.

Apa yang berlaku, kata saya tetap memberi kesan kepada PKR, menyebabkan orang akan mempersoalkan standard atau pun kelas parti berkenaan. Setiap apa yang berlaku orang akan mengingatkan kepada peristiwa yang sering meletus dalam mesyuarat parti MIC sebelum ini. Mesyuarat MIC tidak akan sah kalau tidak berlaku baling kerusi atau pun tumbuk meja.

Politik baru yang dilaung-laungkan nampaknya tidak menjadi dan berjaya diangkat ke atas untuk menarik minat umum terhadap parti itu. Keadilan dengan amalan demokratik berlebihan telah memakan diri parti berkenaan. Mungkin belum sampai masanya parti berkenaan memberi peluang dan keadilan seluasnya kepada ahli parti kerana sebilangan mereka tidak menghargai erti keadilan dan demokrasi itu. Ahli tidak tahu dan bijak menggunakan hak mereka satu ahli satu suara.

Makanya untuk tidak menyerlahkan kelemahan, kekecohan yang berlaku ditunding kepada pihak luar. Memang ada elemen luar untuk mengkhianati parti berkenaan. Tetapi tanpa meletakkan campur tangan luar sebagai punca besar ia tidak betul. PKR kena mengakui apa yang berlaku disebabkan kelemahan dan kepincangan dalam parti itu.  Ahli juga gagal diberikan fokus sebenar untuk apa dan kenapa proses pemilihan pemimpin dibukkan demikian luas.

Bagi saya kekecohan dalam pemilihan dalam PKR kerana ia dieksploitasi ataupun diunsuri oleh elemen lain, gila dan tamak kuasa. Proses pemilihan itu dalam erti kaya lain membawa agenda tertentu. Dalam hal ini ialah perebutan jawatan nombor dua parti itu, iaitu timbalan presiden. Jawatan timbalan presidenlah menyebabkan parti menjadi kucar kacir dan hiru pikuk, riuh randah bagaikan Cina karam perahu atau India mabuk todi, atau Melayu bergaduh laki bini di waktu Maghrib.

Dalam PKR kini sudah terbelah kepada tiga kumpulan yang dibentuk oleh tiga calon yang merebut jawatan timbalan presiden itu. Satu kumpulan timbalan presiden, Mohamed Azmin Ali yang mempertahankan jawatan. Dua kumpulan lagi dari calon penentang jawatan itu, itu Abdul Khalid Ibrahim dan Saifuddin Nasution Ismail. Inilah kumpulan yang menjadikan pemilihan dalam PKR hebat dan geger gegak. Mereka bertiga perlu bertanggungjawab kalau berlaku apa-apa yang buruk kepada parti tersebut.

Seandainya parti hancur gara-gara itu, mereka perlu mengambil risiko dan jangan berhelah dengan mengatakan itulah demokrasi sebenarnya? Alasan-alasan bersifat "escape" tidak diperlukan lagi dalam realiti politik hari ini kerana sikap begitu dalah sikap pandir.

Perebutan jawatan itu menjadi ghairah kerana jawatan itu penting. Kenapa jawatan timbalan presiden penting ia cukup memberi signifiken kepada setiap calonnya. Bagi Azmin tentulah beliau hendak mengekalkan kedudukannya. Dengan kedudukan itu beliau boleh mencapai apa-apa hajat politik yang diingini. Sesuatu yang tidak dapat ditusuk selindung oleh Azmin ialah untuk menjadi MB Selangor.

Manakala begitu juga bagi Khalid. Dia memerlukan jawatan itu bagi mengekalkan kedudukannya, sebagai MB. Khalid faham bahawa kedudukannya kini terancam maka beliau memerlukan kuasa dan kedudukan untuk mengekalkannya. Pengaruh, pemujaan dan glamour jawatan MB sudah merasang nalurinya.


Khalid mungkin tidak begitu ghairah, tetapi penyokong 20 persennya menjadi benteng dan "anjing buruan" untuknya. Mereka inlah yang mengoborkan semangat Khalid dan memberi keyakinan kepada Khalid sehingga Khalid lupa siapa dirinya. Kegagatan dilupai terus apabila penyokongnya memuji suara Khalid semerdu suata P Ramlee. Mana pendokong ini pula sudah tidak tahu menilai mana yang lebih penting Khalid untuk dirinya, atau dirinya untuk parti.

Mereka ini sebenarnya hipkorit kononnya pertahankan Khalid demi rakyat dan negeri. Walhal mereka berbuat demikian demi survive mereka. Mereka tahu apa yang mereka untung dan perolehi kalau bos mereka kekal menjadi MB. Apa disebutkan Refomasi Tulen yang dijaja untuk pertahankan Khalid adalah palsu semata-mata. Mereka yang mempertahankan Khalid juga adalah mereka yang jahil dan tidak dapat membaca mesej pucuk pimpinan parti termasuk daripada Anwar Ibrahim yang tidak mahukan kepada Khalid kerana sebab-sebab yang sedia maklum.

Pengertian kenapa dibuat projek Kajang Move tidak dapat dihayati oleh ahli parti khasnya mereka yang terdodoi dengan nyayian pihak musuh yang mahu kekalkan Khalid kerana mereka tahu dengan adanya Khalid pintu rumah mudah dibuka. Setengah ahli parti juga tidak akur dengan kehendak parti dan lebih mempercayai godaan dari luar.

Manakala Saifuddin pula ada agendanya tersendiri. Kerana Saifuddin bukan Adun di Selangor, mustahil untuk beliau menjadi MB Selangor, maka beliau ada proksi untuk mengekalkan kedudukan atau melonjak dirinya ke atas. Awal-awal lagi Saifuddin sudah meletakkan dirinya di sebelah presiden, Dr Wan Azizah. Apa yang dapat dibaca di sini Saifuddin menjadikan Azizah sebagai prokasinya untuk menjadi MB. Hal ini dimanfaati sepenuhnya apabila usaha untuk menggantikan Anwar dengan Khalid terhalang, maka Azizah menjadi alternatif.

Sekiranya Azizah menjadi MB, Saifuddin akan mengutik banyak keuntungan. Dia sudah pasti akan menjadi orang penting dalam pejabat MB Selangor khasnya dalam menyusun parti dan kerajaan. Menjadi master mind dan king maker inilah yang disukai oleh Saifuddin. Untuk ini beliau sudah ada team tersendiri. Apa dinamakan gagasan anak muda adalah persediaan ke arah untuk beliau menguasai pmpimpinan dalam parti dengan menjadikan Azizah sebagai ibu politiknya.

Kesimpulannya perebutan dalam PKR disebabkan masing-masing inginkan kepada jawatan yang diindah dan dibilas di sebalik kata-kata dan komitmen atas nama mahukan perubahan, peralihan atau penyerapan idea baru demi menjana kemajuan dan pembagunan untuk rakyat. Semua itu adalah "belawak belaka". Pokok pangkalnya ialah kerana inginkan jawatan MB kerana jawatan itu cukup powerful dan berprestaj.

Perebutan jawatan dalam PKR tidak jadi sekecoh hari ini dan menjadi ikon kekalutan dalam PKR kalau aspirasi projek Kajang Move dihayati dan sudah lengsai. Malangnya projek itu gagal maka peluang masih terbuka untuk sesiapa menjadi MB Selangor. Natijahnya menyebabkan PKR menjadi kalut dan geger gegak.

Kalau boleh, bagi meredakan suasana dan membolehkan PKR kembali memantapkan diri, eloklah kalau Khalid insaf diri dengan segala macam tuntutan dan desakan yang dilakukan ke atasnya, dengan berundur secara terhormat. Khalid perlu berkorban kepada parti yang telah berkorban untuknya dengan melantik menjadi MB.

Dan tidak pula kalau Khalid berundur tempatnya diambil oleh Azmin. Sementara keadaan reda, bagilah kepada Dr Wan Azizah memimpin Selangor. Wan Azizah bukan saja boleh meredakan ledakan nafsu dalam PKR tetapi turut juga mengamankan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat terutamanya Pas yang dilihat macam sering bermimpikan mahukan jawayan itu.

Sifat keibuan yang ada kepada Dr Wan Azizah mampu mengembalikan perpaduan dalam Pakatan Rakyat seterus menjadikan Selangor sebagai negeri contoh dan disegani. - MSO

PAS pecat Lotfi Ariffin 11 Mei lalu

Posted: 26 Jun 2014 03:53 AM PDT


SALMIYAH HARUN | .

KUALA LUMPUR: PAS Pusat telah memecat Lotfi Ariffin sebagai ahli PAS serta merta selepas mendapat maklumat dengan jelas dan sahih berhubung pemergiannya ke Syria.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, pemecatan Lotfi dibuat dalam satu mesyuarat PAS Pusat pada 11 Mei 2014 lalu.

"Kita mendapat maklumat sahih tentang pemergian beliau ke Syria untuk menyertai gerakan jihad, maka kita membuat keputusan pecat beliau. Beliau sudah tidak ada kaitan lagi dengan PAS," katanya kepada Harakahdaily.

Menurut Mustafa pemecatan Lotfi juga telah dimaklumkan kepada ahli keluarga beliau.

Justeru, beliau turut mengingatkan mana-mana ahli PAS yang terlibat dalam gerakan seperti itu, PAS Pusat tidak teragak-agak untuk memecat ahlinya. - HARAKAHDAILY 26/6/2014

Bekas pemain drum Ukays antara pejuang Jihad di Syria

Posted: 26 Jun 2014 01:38 AM PDT

alt
KUALA LUMPUR 26 Jun - Ahli Dewan Ulama dan Ketua Penerangan PAS Kedah, Lotfi Ariffin telah dikenalpasti sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang pergi ke Syria dan menyertai gerakan jihad di sana. 
Siasatan The Star mendapati, Lotfi secara terbuka memuat naik gambar dan video klip tentang dirinya di media sosial dan penglibatan beliau itu turut didedahkan oleh penyokongnya. 
Esok The Star akan memaparkan artikel eksklusif mengenai seorang lagi rakyat Malaysia yang dipercayai telah direkrut oleh gerakan Jabhat al-Nusra atau Al Nusra Front, sebuah kumpulan jihad yang beroperasi di Syria dan Lubnan. 
Seorang lagi rakyat Malaysia yang didakwa terlibat dengan kumpulan jihad ialah pemain drum kumpulan pop yang popular pada era 90-an, Ali Ukays. 
Beliau dikatakan berjaya mempengaruhi Lotfi untuk menyertai kumpulan berkenaan dan telah pergi ke Syria, di mana kedua-duanya dilihat memegang senjata dan memakai pakaian seragam sebagai pejuang jihad.