Followers

Nuffnang

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


ISLAM FASTEST GROWING RELIGION IN UK

Posted: 25 Jun 2014 05:49 PM PDT


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Hasutan: Adam Adli diperintah bela diri?

Posted: 25 Jun 2014 08:12 AM PDT


Aktivis propembangkang, Adam Adli Abd. Halim diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap pertuduhan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan untuk menggulingkan kerajaan di Dewan Perhimpunan Cina, tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah memutuskan demikian setelah berpuas hati, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

"Setelah meneliti pertuduhan secara maksimum, saya mendapati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan intipati pertuduhan dan wujud kes prima facie," katanya.

Mahkamah menetapkan 22 Julai ini untuk tertuduh membela diri.

Berdasarkan pertuduhan Adam Adli, 24, yang merupakan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) didakwa menyebut kata-kata menghasut yang mempunyai kecenderungan membangkitkan rakyat negara ini supaya diubah kerajaan yang memerintah.


Dia didakwa melakukan perbuatan itu ketika berceramah di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, di No. 1, Jalan Maharajalela, di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei tahun lalu.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 (Akta 15) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Abazafree Mohd. Abbas mengemukakan empat saksi terdiri daripada anggota polis termasuk Ketua Polis Balai Dang Wangi sepanjang perbicaraan.

Sementara itu, peguam Eric Paulsen yang mewakili Adam Adli berkata, beliau akan mengemukakan seorang saksi iaitu tertuduh sendiri pada prosiding pembelaan.

Suara Politik
Belantan

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Apa Lagi CEO Petronas Mahu? @najibrazak

Posted: 25 Jun 2014 02:21 AM PDT

Tiba-tiba di kotak minda teringat kepada salah satu bait dalam Gurindam 12 karangan Raja Ali Haji.
Hendaklah berjasa,
kepada yang sebangsa.

Hendaklah jadi kepala,
buang perangai yang cela.
Hendaklah memegang amanat,
buanglah khianat.

Hendak marah,
dahulukan hajat.
Hendak dimulai,
jangan melalui.
Hendak ramai,
murahkan perangai.
Mungkin artikel di bawah ini menjadi sebab musabab kenapa tiba-tiba teringat kepada gurindam lama tersebut.
Petronas kecam birokrat kerajaan

Oleh FAUZI JAAFAR
ekonomi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 23 Jun - Petroliam Nasional Bhd., (Petronas) membidas campur tangan golongan birokrat dari dalam kerajaan yang disifatkan menyukarkan syarikat itu membuat keputusan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Shamsul Azhar Abbas berkata, Petronas bukanlah sebuah syarikat milik kerajaan (GLC) kerana syarikat minyak negara itu mengamalkan kecekapan dan meritokrasi untuk setanding dengan syarikat minyak global.

Beliau berkata, keputusan yang dicatatkan oleh Petronas setiap tahun menunjukkan bahawa mereka telah melaksanakan tanggungjawab untuk kekal berdaya saing di peringkat global.
"Adalah terlalu sukar untuk membuat kerja dengan jujur. Awak menghabiskan masa melakukan tugas lain daripada kerja hakiki.

"Keputusan kewangan telah menunjukkan keadaan sebenar... ia amat baik. Tidak seperti orang luar (yang menjadikan sesuatu perkara sukar) dan juga orang daripada kerajaan-birokrat. Campur tangan birokrat menjadikan sesuatu perkara menjadi susah,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam wawancara eksklusif dengan akhbar perniagaan mingguan berbahasa Inggeris The Edge keluaran 23-29 Jun 2014.

Wawancara yang bertajuk 'Adakah Kami Tidak Berminat Pada Kecekapan' itu bagi mengulas khabar angin yang Shamsul Azhar akan meletak jawatan.

Dalam wawancara itu, beliau menjelaskan bahawa sebahagian daripada transformasi Petronas adalah untuk menjadikan syarikat minyak negara itu model baharu dunia korporat Malaysia dari segi profesionalisme.

Mengulas lanjut, Shamsul Azhar berkata, DNA Petronas adalah, kurangnya campur tangan kerajaan, akan membolehkan Petronas bertindak secara profesional.

"Pada masa yang sama mereka (kerajaan) mahukan Petronas menjadi sebuah syarikat minyak global yang setara dengan Exxonmobils dan Shell, dan kami mahu menjadi seperti itu. Tetapi Shell dan Exxonmobils tidak banyak diganggu oleh kerajaan mereka,'' katanya.

Beliau juga menjelaskan, dalam Akta Pembangunan Petroleum (PDA) telah menyebutkan dengan jelas - minyak dan gas adalah milik semua rakyat Malaysia. Ia tidak menyebut minyak dan gas adalah milik bumiputera semata-mata.

"Ia menyebut rakyat Malaysia, jadi ia boleh milik kerajaan, boleh juga kepada pembangkang, dan sesiapa sahaja...kami (Petronas) ini adalah penjaga.

"Setakat ini, bos saya (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) tidak banyak mencampuri urusan Petronas, tetapi orang di sekeliling beliau yang campur tangan. Bolehkah awak boleh bayangkan masalah yang saya alami,'' katanya.

Beliau berkata, pada 2010 Petronas menyusun semula struktur semua organisasinya, termasuklah komposisi lembaga pengarah dengan memasukkan mereka yang berkebolehan.
"Orang bercakap yang saya menyingkirkan kakitangan kerajaan dengan membawa masuk bukan Melayu, membuka Petronas yang menjadi milik orang Melayu kepada orang bukan Melayu. Adakah kami tidak berminat pada kecekapan? Inilah perkara susah yang saya hadapi.

"Petronas perlu membentuk diri menjadi organisasi profesional, tetapi pada masa sama saya ditarik dalam politik, campur tangan oleh pihak-pihak berkepentingan, oleh agenda yang ketinggalan zaman,'' jelas beliau.

Beliau juga mendedahkan beberapa syarikat seperti Labuan (Shipyard) yang memerlukan lesen fabrikasi dan kerajaan meminta Petronas membantu kerana mereka mempunyai limbungan.
Katanya, Petronas telah membantu syarikat itu dengan memberikan lesen dengan syarat akan ada proses bida dan tender akan ditawarkan di peringkat serantau. Tetapi selepas mendapat lesen, syarikat itu mahukan peruntukan pula.

"Saya orang Melayu dan saya bangga... awak fikir saya tak akan bantu kaum saya? Sudah tentu saya mahu bantu mereka, tetapi dengan cara yang lebih sesuai, bukannya melalui pemberian dan suapan,'' katanya.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20140624/ko_01/Petronas-kecam-birokrat-kerajaan#ixzz35djyeQLb
© Utusan Melayu (M) Bhd 


*Apa pandangan pembaca?

Gambar dari The Mole


AHLI KABINET 2014: ENAM MENTERI BARU DILANTIK

Posted: 24 Jun 2014 11:31 PM PDT


PUTRAJAYA: Spekulasi tentang rombakan kabinet yang hangat sejak beberapa hari lepas, akhirnya terjawab dengan pengumuman barisan kabinet baru oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi.

Najib membuat pengumuman itu dalam satu sidang media di Bangunan Perdana Putra, setelah selesai mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet.

Rombakan itu memperlihatkan kembalinya pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet, berikut adalah nama menteri dan timbalan menteri baru yang diumumkan;

Datuk Seri Liow Tiong Lai sebagai Menteri Pengangkutan

Datuk Dr Wee Ka Siong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datuk Mah Siew Keong sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Datin Paduka Chiew Mei Fun sebagai Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Chua Tee Yong sebagai Timbalan Menteri Kewangan

Senator Datuk Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Majlis angkat sumpah menyimpan rahsia akan berlangsung pada Jumaat di Istana Negara.


Semoga Menteri-Menteri dari MCA dan Gerakan ini dapat berkhidmat dengan penuh dedikasi dan memberi impak yang baik untuk Barisan Nasional dan negara ini. 

Cuma pesan rakyat Malaysia pada mereka ini...'benda yang tak patut diusik jangan le saja-saja nak usik" yer...  

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Saya meniduri ibu teman wanita saya

Posted: 25 Jun 2014 09:39 PM PDT


Dear Deidre
I had  sex with my girlfriend's mum. I know it was wrong but I seem to have got myself into a mess I cannot get out of.
I am 20 and have been with my girlfriend, also 20, for two years.
I love her and I've always got on well with her mother, who is divorced and likes a drink and a chat.
She 39 and lonely. What I didn't realise is that she is also obsessive and needy.
I was round at my girlfriend's one evening waiting for her to arrive. The trains weren't running well and she was delayed.
Her mum suggested we make the best of it and started pouring drinks until I was no longer in charge of myself.
Then her hand slid into my trousers and, before I knew it, we were having full sex on the sofa.
The next  thing I heard was my girlfriend's key in the lock. We leapt apart and I managed to put my jeans back on before my girlfriend came into the room.
Her mother whispered, "Next time we'll finish what we started", and went into the kitchen.
My girlfriend was tired and fed up and noticed nothing.
Her mother is pestering me and constantly rings and texts.
I find it scary but how can I stop her without hurting her feelings?
DEIDRE SAYS: You will lose your girlfriend unless you get her mother to accept this fling is over.
Their relationship is clearly already damaged – what sort of mum makes a play for her daughter's boyfriend?
Tell her you are sorry but you love your girlfriend and you can only be friends with her and no more. Then don't reply to the texts or talk on the phone.
If you are lucky, that will be it. If not, explain to your girlfriend that it was about too much alcohol and you will be drinking much less in future. -Thesun.co.uk

Full article: http://malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=308332:my-gf-doesnt-know-it-but-her-mom-keeps-calling-me-for-sex&Itemid=4#ixzz35YRkIoDD
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Lindsay Lohan Lari Berbogel Sambil Ketawa Waktu Shopping di London!

Posted: 25 Jun 2014 07:18 AM PDT



LONDON, 25 JUN 2014: Aduh! Macam-macam hal sungguh dengan si pelakon Lindsay Lohan ini. Takde angin, tidak ada ribut, tiba-tiba si Lindsay Lohan telah berlari dalam keadaan bogel sewaktu bershopping di butik Selfridges. 

Menurut laporan The Sun, pelakon Mean Girls yang berusia 27 tahun ini telah memilih untuk mencuba beberapa pakaian di dalam bilik menukar pakaian. 

Tetapi tidak lama selepas itu, Lindsay Lohan telah keluar dari bilik menukar pakaian itu sambil berlari dalam keadaan berbogel di dalam butik Selfridges. 

Lindsay Lohan yang baru saja berpindah dan menetap di London dilaporkan telah dikejar oleh beberapa kakitangan di dalam butik tersebut kerana mereka mahu menutupi tubuh bogelnya itu dengan pakaian. 

Namun, dia telah melepaskan diri dan terus berlari dalam keadaan berbogel dan kemudian tertawa apabila mendapat beberapa pelanggan butik tersebut telah merenunginya dirinya ketika itu.

Malaysiakini & The Malaysian Insider disekat dari membuat liputan sidang media Najib

Posted: 25 Jun 2014 06:03 AM PDT


Wartawan dan jurugambar Malaysiakini disekat daripada membuat liputan sidang media Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bagi mengumumkan rombakan kabinet hari ini.

Wartawan diberhentikan di kaunter Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya oleh pegawai keselamatan yang bertanya: "You dari media mana?"

Ketika wartawan menjawab "Malaysiakini", jawapan diberikan: "Malaysiakini tak boleh!"

Ditanya sebabnya, seorang pembantu kepada perdana menteri berkata, ia kerana "tidak cukup tempat".

Wartawan KiniTV bagaimanapun dibenarkan masuk sebelum diminta meninggalkannya.

Pegawai keselamatan menemui mereka dalam bilik sidang media dan memintanya beredar selepas diminta memberitahu organisasi berita yang diwakili.

KiniTV cuba merakam insiden itu tetapi diminta memadamkannya.

"Saya hanya jalankan tugas, saya dapat arahan mengatakan kamu tidak boleh berada di sini," katanya.

Bagaimanapun, apabila wartawan KiniTV mahu masuk ke lif, seorang pembantu Najib campur tangan dan memintanya kembali ke dalam.

Wartawan The Malaysian Insider turut disekat menghadiri sidang media itu.

Enam Suspek Pengganas Sulu Ditahan Di Kunak - KPN

Posted: 25 Jun 2014 05:34 AM PDT


KUALA LUMPUR: Enam suspek pengganas Sulu termasuk seorang wanita ditahan Cawangan Khas Bukit Aman dan Pasukan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dalam operasi khas sekitar Kunak, Sabah hari ini, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar. 

Khalid berkata, tangkapan terbaru ini adalah susulan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu pada Februari tahun lalu. 



"Suspek yang ditahan adalah Abu Bakar Jayari @ Alex, Ilyasa Abu Bakar @ Maharaja Omar, Zainuddin Mislani, Kassim Ibrahim, Industan @ Md Bustan Limatang @ Hindustan dan Siti Nukah Abdul Lama," katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini. 

Beliau berkata, turut dirampas semasa tangkapan adalah kad keahlian dan sijil pelantikan panglima Kesultanan Sulu, dokumen berkaitan Kesultanan Sulu serta beberapa senjata tajam. 

"Semua mereka ditangkap di bawah Seksyen 124(c) Kanun keseksaan dan akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012," katanya.  - BH




Pemimpin Umno mahu jadi raja, selar Zam

Posted: 25 Jun 2014 03:45 AM PDT


Bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin meluahkan rasa terkejut dan kekecewaannya terhadap pujian pengarang kanan Utusan Malaysia yang memuji cara pakaian pemimpin Umno dalam sebuah majlis kelmarin.

Cara berpakaian seperti persalinan kepahlawanan Melayu yang dipuji Zaini Hassan itu, menurut Zainuddin, menimbulkan persepsi Umno semakin jauh daripada rakyat biasa ringkas hidupnya.

Ini, tambahnya lagi, apabila harga songket pembesar negara termasuk pemimpin Umno berharga mahal antara RM5,000 hingga RM30,000.

"Dengan berpakaian 'raja bangsawan' ini , Umno memberikan persepsi kepada rakyat bahawa mereka terus tidak memahami perasaan di akar umbi sekarang, Umno semakin jauh dari rakyat, tidak melambangkan Umno sebagai parti rakyat.

"Pemimpin pemimpin bercakap tentang amalan kehidupan yang sederhana tetapi tidak sahaja ahli-ahlinya yang tidak faham tetapi pemimpin-pemimpin juga adalah ibarat burung nuri," sindir Zainuddin.

Zaini dalam tulisannya berjudul "Umno Cheras terbaik!" antaranya menulis dengan memuji cara pakaian dalam majlis ulang tahun ke-20 Umno Cheras, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pakaian PAP Singapura

Selain memuji pakaiannya yang elok, Zaini (bawah) juga berkata nilai estetikanya tinggi dan sepatutnya perlu ada muzium menempatkan semua pakaian Melayu silam untuk tatapan generasi sekarang dan akan datang.

Beliau juga mengucapkan syabas kepada kepimpinan Umno Cheras dan ketuanya Syed Ali Alhabshee.

"Sebagai seorang yang bukan ahli Umno, selagi masih berada dalam alam kerjaya ini, saya melihat parti itu dengan penuh harapan - syaratnya contohilah Cheras!" tulis Zaini.

Menulis di blognya hari ini, Zainuddin juga membandingkannya dengan keadaan semasa kerajaan Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura ditubuhkan.

Pada masa itu, tambah bekas ketua pengarang kumpulan Utusan itu, pemimpin PAP, termasuk perdana menteri, hanya berpakaian biasa dengan seluar dan baju putih ke parlimen.

Katanya, ini dilakukan walaupun mereka dari golongan elit, kalangan profesional dan berkelayakan tinggi.

Militan Malaysia di Syria [video]

Posted: 25 Jun 2014 02:48 AM PDT




PETALING JAYA: A video showing a group of people clad in military outfits with turbans, holding rifles and speaking in Malay has surfaced on Youtube.
The minute and half long video titled 'Syria- Asian mercenaries fighting in the terrorist ranks' (the original title in Spanish), showed the men preparing to leave for war.
"The tanks are leaving to its destination…towards the war zone," a voice is heard speaking Malay with a Northern dialect.
About 10 men were seen holding their smartphones, smiling and cheering on their comrades, some of whom looked Middle-Eastern.
"These are the handsome mujahid (fighters). We are all going to be martyrs," one of the men said.
"These are our friends. All of them are preparing to fight. Look at my friends. They are not afraid, they will not be cowed," the man continues.
Shouts of 'hero-hero Malaya' (Malayan heroes) could be heard in the background during the speech.
The video, which was picked up from syriantube.net, was uploaded on June 7 and has been viewed more than 5000 times.
On June 18, Permanent Representative of Syria to the United Nations in New York alleged that 15 Malaysian nationals involved in terrorism and jihadist activities with the militant Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) had been killed in Syria.
According to Ministry of Foreign Affairs, the representative also alleged that apart from Malaysia, nationals from several other Asean countries were also involved in such activities in Syria.
Recently, a Pahang-born man also made headlines when he became the first Malaysian suicide bomber in Iraq.- The Star



Artis : Tidur Dengan Produser Demi Dapatkan Job?

Posted: 25 Jun 2014 01:34 AM PDT

..
Tahun ini saja, beberapa kontroversi silih berganti yang mengaitkan namanya. Awal bulan lalu Julia Ziegler menjadi bualan hangat ramai ekoran isu kononnya dia minum hingga mabuk di Sydney Australia.
Kemudian timbul pula dakwaan pelakon berdarah campuran Jerman-Amerika (sebelah ayah) dan Melayu-Jawa (sebelah ibu) ini dikatakan bersikap biadap dan sombong terhadap tuan rumah semasa menjalani sebuah pengambaran drama, sekitar beberapa minggu lalu.
Terbaru timbul gosip, Julia katanya telah tidur dengan seorang lelaki bergelar produser demi mendapatkan tawaran dalam drama terbitan produksi lelaki berkenaan. Sikit masa dulu aktres berusia 30 tahun ini pernah juga dihimpit dengan kontroversi sebegini, namun isu tersebut lama-kelamaan hilang begitu saja.
Tidak terkejut dengan tuduhan yang timbul itu, Julia sebaliknya menyifatkan isu tersebut sebagai satu lagi fitnah yang dilemparkan terhadap dirinya.
"Saya akui saya memang berkawan rapat dengan dua orang produser tetapi kedua-dua mereka perempuan dan bertudung pula tu. Buat apa pula saya nak tidur dengan mereka? Lagipun cerita sebigini pernah timbul semasa saya mula-mula berlakon dulu. Apa yang di dakwa itu fitnah.
"Kalau saya kenal seseorang produser lelaki itu, saya akan kenal sekali isteri serta anak-anaknya.
"Saya tak perlu tidur dengan sesiapa untuk dapatkan job atau apa saja tawaran berlakon. Rezeki tu bukan datang daripada mereka pun, rezeki datang dari Allah. Kalau saya dapat satu satu job tu, Alhamdulillah. Kalau tidak, bermakna ia bukanlah rezeki saya", jawabnya dengan nada tegas ketika ditemui di kompleks kraft Kuala Lumpur, semalam.
Sebagai artis Julia berkata dia akur dengan lumrah dan asam garam bergelar seorang selebriti yang sentiasa akan dilemparkan dengan pelbagai cerita sama ada cerita baik ataupun cerita kontrovesi. Sudah lali dengan gosip dan kontroversi, justeru dia tidak terlalu ambil pusing dengan hal itu.
"Memang beginilah cabaran yang perlu kami hadapi sebagai artis. Dalam dunia ni pun setiap orang pasti ada yang disukai dan ada yang tak disukai. Kalau kita buat baik macam mana sekalipun, kalau dah orang tak suka kita, orang tetap ingat kita ada niat lain.
"Allhamdulillah, rezeki saya tak putus. Tapi tak dinafi tahun ni banyak pula kontroversi yang mengaitkan saya. Lepas satu.. satu. Mungkin ada orang yang kurang senang sebab melihat hidup saya lebih baik daripada mereka. Tapi tak mengapalah. Paling penting saya bahagia dengan hidup saya dan keluarga kenal siapa saya. Itu sudah cukup.
"Saya pun tak perlu nak ambil tindakan apa-apa terhadap mereka ini kerana saya percaya akan karma. Saya percaya setiap perbuatan itu ada balasannya. Balasan Tuhan itu lebih besar, jadi saya taak perlu berbuat apa-apa", katanya yang turut memberitahu sentiasa mengamalkan berfikiran positif meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran.
Sementara mengenai perkembangan seni pula, Julia kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama bersiri arahan Erma Fatima berjudul 'Janda Muslimah'. Selain itu dia bakal menjalani sebuah lagi drama untuk terbitan RTM.
Julia bakal muncul dalam telemovie berjudul 'Syampoo Girl'. Dalam drama tersebut dia memegang watak sebagai seorang pengusaha salon tetapi dalam dia dia sebenarnya menyeludup dan mengedar dadah.

Felixia Yeap Peluk Islam Julai Ini Sempena Hari Jadi

Posted: 24 Jun 2014 11:44 PM PDT

felixia yeapfelixia yeap
Sejak beberapa bulan lalu, nama model berbangsa Cina ini hangat diperkata ramai ekoran dia tampil berhijab dan menutup aurat.
Dan baru-baru ini Felixia Yeap membuat kenyataan kepada akhbar Harian Metro mengesahkan yang dia akan memeluk Islam.
"Jika tiada halangan, Insya-Allah saya akan mengucap (kalimah) syahadah pada Ramadhan ini bersempena dengan tarikh lahir saya pada Julai depan.
Apabila ditanya adakah dia ingin menukar agamanya kerana teman lelakinya yang juga seorang Melayu Islam, dia menidakkan tuduhan itu dan berkata dia memeluk Islam kerana sayangkan Islam dan dia memerlukan lebih masa untuk mempelajari dan mempersiapkan diri sebelum memeluk Islam.
Sementara itu, baru-baru ini terdapat poster Felixia yang dimuat naik di laman sosial Facebook yang menjadi tetamu undangan untuk memberikan ceramah mengenai penghijrahannya sempena bulan Ramadhan yang bakal tiba nanti.
Ceramah yang diberi nama 'Bicara Santai bersama Ustaz Zukifli Ahmad' akan diadakan di Surau Al- Ittifaqiah Taman Kajang Impian, Kajang itu terbuka kepada orang ramai.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


MEMALUKAN KELAB, NEGARA DAN KELUARGANYA - SCHOLES?

Posted: 25 Jun 2014 09:19 AM PDT


Lagenda England Paul Scholes berkata Luis Suarez telah memalukan kelab, negara dan keluarganya kerana menggigit pemain Itali, Giorgio Chiellini.

Dalam tulisan di blog Paddy Power-nya, Scholes berkata penyerang Uruguay itu telah "memalukan kelab, negara dan keluarganya"

"Perasaannya akan menjadi teruk pada hari ini, dan ia adalah insiden memalukan kerana dia adalah pemain besar.

"Orang akan kenang perangai Suarez menggigit di Piala Dunia dan bukannya keupayaan terhebat bola sepaknya," katanya.

Scholes turut berkata, walaupun mengharamkan pemain Liverpool itu sepanjang Piala Dunia ia adalah masih tidak mencukupi.

Suarez turut berdepan panggantungan panjang daripada FIFA selepas tindakannya itu pada aksi kumpulan D menentang Itali awal pagi tadi.

Pada awalnya Suarez dilihat cuba menanduk Chiellini ketika berada di kawasan penalti Itali pada kedudukan 0-0 dan Uruguay nyaris-nyaris tersingkir dalam saingan Piala Dunia.

Bagaimanapun, ulangan video menunjukkan Suarez cuba menggigit Chiellini, sementara pemain Itali itu juga mengesahkan dia digigit apabila melondehkan baju bagi menunjukkan bukti kesan gigitan.

Ia adalah kejadian kali ketiga Suarez menggigit pemain lawan, bermula episod di Belanda ketika bermain bersama Ajax, sebelum insiden dengan pemain Chelsea Branislav Ivanovic pada April yang mengakibatkan Suarez digantung 10 perlawanan.

Wasabi Oyabun.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Guan Eng dikompang hebat hingga FDI Penang tinggal RM1.8 billion untuk 2013

Posted: 25 Jun 2014 07:00 PM PDT


Jika tak berbohong atau belit jangan panggil biawak lidah bercabang ini Lim Guan Eng..
Mana boleh tak tipu..ini FDI mesti mau tipu baru nampak buat kerja.. ala butui tak??
Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, FDI Pulau Pinang telah merudum dari RM10.451 bilion pada tahun 2010 menjadi RM1.794 bilion tahun lepas.

Teng Chang Yeow menyelar Lim Guan Eng yang cuba menyembunyikan kebenaran apabila seringkali mendabik dada kononnya dia lebih telus berbanding Ketua Menteri terdahulu, Koh Tsu Koon.

image

Dalam kenyataannya, Teng Chang Yeow berkata, Tsu Koon sentiasa bersedia untuk memberitahu angka FDI setiap tahun tetapi Lim Guan Eng, dalam usaha untuk mendabik dada, hanya menjumlahkan keseluruhan FDI dari tahun 2010 sehingga 2013 untuk menunjukkan jumlah RM20.517 bilion FDI ke Pulau Pinang. Sedangkan hakikatnya, Pulau Pinang sedang berhadapan dengan FDI yang semakin berkurangan.

Lim Guan Eng sebenarnya cuba mengelirukan rakyat Pulau Pinang untuk menutup kelemahan pentadbirannya. Kejatuhan FDI di Pulau Pinang sepanjang pentadbiran Lim Guan Eng dan DAP sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan kelemahan Setiausaha Agung DAP itu.

Baca sepenuh di Pisau SINI


Mesti salahkan UMNO atau kerajaan Persekutuan ... hehehe

Guan Eng inhuman treatment of Wong Ho Leng

Posted: 25 Jun 2014 07:54 AM PDT


When Adenan Satem came forward for Sarawak state government to help Wong Ho Leng, not many knew what was happening within DAP. An expose below now should enable us to understand what had transpired inside DAP and the manner they treat their own in times of needs: 


Irene Chang, the wife of YB Wong Ho Leng, the DAP MP for Sibu as well as the DAP Sarawak Chairman blasted her own party, the DAP for failing to provide or even offer any form of financial support to her husband in respect of his current medical treatment for brain tumour.

Irene Chang was incensed and agitated when after reading the DAP's media statement on January 13 (reproduced here below) issued by Secretary-General Lim Guan Eng which merely expressed the party's moral support for the ailing MP.

Irene is upset because she related that the family spent over AUD 40,000 (equivalent to RM124,000) in the initial treatment and diagnosis for Wong last month.

The current treatment regime of radiotherapy and chemotherapy treatment in Singapore for the next six weeks is expected to cost at least SGD 60,000 (equivalent to RM150,000) and if brain surgery by way of the latest cyber knife surgery is performed to remove the brain tumour, then the cost  per surgery session will be an additional SGD30,000 (equivalent to RM70,000).

This does not include the costs of lodging, subsistence and transport for the family, especially Irene who will be with her husband throughout the entire treatment period in Singapore.

The first phase of treatment is for a period of six weeks and thereafter after an intermission period of 3 weeks for review and evaluation, Wong may be required to undergo second phase treatment for another six weeks.

The total cost of related to the medical treatment for Wong may easily hit SGD 200,000 (equivalent to RM500,000) over the next three months.

"Wong is only 53 years old and we have 5 children – 4 of them are still in school and college and universities and hence our financial resources are already very strained. His legal practice suffered after he was elected as the MP for Sibu because he is unable to concentrate full-time on his legal practice which is our main source of income for the family.


As a DAP MP, he is expected to contribute a portion of his allowance to the party and more of often than not, the allowance itself is not sufficient to pay for all the related expenses of serving the people as an MP. Every month we have to top up another RM10,000 as additional expenses for serving the people and maintaining our Service Centres," Irene said.

She further said, "During the Sibu by-election and the Sarawak State election last year, we used up almost all of our personal savings of RM700,000 for campaign expenses as there was very little support from DAP HQ. Then we begged the Foo Chow clansmen and businessmen for donations and financial aid and we managed to raise over RM10 million from friends, relatives and well-wishers…I think we probably spent about RM4 million from that amount but the rest seemed to have been transferred from DAP Sarawak and disappeared into the party coffers in DAP HQ and we have no access to the funds…And now Wong is sick and we need money for his medical treatment and all that Guan Eng can say or do is that the party will support us morally and help service the constituency…Where is the humanitarian support to us in this time of difficulty? Not a single sen coming out from the party after all that we have done and achieved for the party. Shame on you Guan Eng."




"I heard from Wong complaining to me that the party gave Tony Pua RM1.3 million to produce the stupid Gangnam video for the recent National Convention…my God, they can spend RM1.3 million on videos but they cannot find it in their hearts to give a single sen to us for Wong's medical treatment. The party leadership is truly heartless…"

TESCO naikkan harga sardin? Kiub babi Knorr letak mana?

Posted: 25 Jun 2014 02:30 AM PDT



Dalam senyap-senyap TESCO menaikkan harga barangan keperluan menjelang Ramadzan. Harga ikan dalam tin dah hampir menyamai harga ayam..... ???


Untunglah sapa sakit gout sebab tak bole makan sardin...


Pihak Knorr kata kiub perasa babi diimport dari luar negara.

Tapi kan ... adakah kiub-kiub perasa babi ini diasingkan dari kiub perasa ayam dan lain-lain barang halal?


Hmmm .... JAKIM kenapa diam tak siasat?

Bila orang Melayu atau Islam, cepat dan umum terus!!!! Sampai bankrup pengusaha ayam halal.

Babi punya penjawat awam Jakim yang perasuah dan berat sebelah!!!

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:29 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


RAKYAT PERLUKAN TANAH, SELANGOR NAK RAMPAS TANAH KERANA PEMBAKARAN.

Posted: 25 Jun 2014 05:27 AM PDT

Selangor rampas tanah pemilik lakukan pembakaran terbuka, kata MB.Lagi tindakan yang kurang wajar.Di ketika rakyat perlukan tanah kerajaan negeri mahu merampas tanah.Sedangkan denda kesalahan dari asap kilang tidak dikuatkuasa dengan ketat

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengeluarkan senarai tanah yang dirampas melalui kenyataan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2014.Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal mengeluarkan senarai tanah yang dirampas melalui kenyataan media. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Jun, 2014.Selangor bertindak tegas menghalang pembakaran terbuka termasuk merampas tanah daripada pemilik jika didapati bersalah melakukan pembakaran terbuka secara berterusan.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri sudah mula mengeluarkan surat rampasan tanah kepada beberapa pemilik tanah di sekitar kawasan Klang dan Hulu Langat.

"Jika didapati pembakaran terbuka berleluasa dan sentiasa berlaku di tempat tertentu, proses kerajaan negeri akan lakukan ialah rampas tanah tersebut dan proses rampas tanah sedang berjalan.

"Borang perampasan tanah dah dikeluarkan. Senarainya saya akan keluarkan melalui kenyataan media nanti," katanya pada satu sidang media di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam hari ini.
  Namun katanya, beberapa syarat dan peringkat perlu dipatuhi kerajaan negeri termasuk mengeluarkan surat amaran sebelum bertindak merampas tanah.

"Ini kerana tuan tanah adalah mereka yang bertanggungjawab menjaga tanah mereka," katanya.
Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) hari ini mencatatkan Pelabuhan Klang dan Putrajaya berada di paras paling tinggi setakat jam 5 pagi tadi iaitu 113.

Menurut laporan daripada laman web Jabatan Alam Sekitar, kawasan lain yang mencapai tahap IPU tidak sihat adalah Banting, 112; Shah Alam, 106; dan Petaling Jaya, 104.
Manakala di Kuala Lumpur, bacaan IPU pada tahap tidak sihat dicatatkan di Cheras, 107 dan Batu Muda Kuala Lumpur, 101.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada 19 Jun lalu mengisytiharkan Selangor, Melaka dan Johor, sebagai kawasan larangan pembakaran terbuka berkuat kuasa serta merta.

Ketua Pengarah JAS Datuk Halimah Hassan berkata, larangan itu dibuat mengikut Seksyen 29 A(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling, pindaan 2001.

Mereka yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum 5 tahun atau kedua-duanya sekali.

Manakala mereka yang terlibat juga boleh dikenakan kompaun maksimum RM2,000 bagi setiap kesalahan.

Namun, larangan itu tidak melibatkan upacara pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan, barbeku dan pembakaran gas mudah terbakar. – 25 Jun, 2014.