Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pampasan penduduk Kg Chubadak [RM12 Juta] dilesapkan bekas Ketua Umno?

Posted: 24 Jun 2014 10:07 PM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 25 JUN: Pampasan dijanjikan syarikat pemaju perumahan bagi pengambilan tanah tapak rumah penduduk Kampung Chubadak tidak diterima penduduk apabila wang berjumlah RM12 juta itu didakwa dilesapkan Ketua Umno Cawangan Chubadak ketika itu.
Bekas Timbalan Ketua Umno Cawangan Kampung Chubadak, Suliah Mujni, 57, berkata perkara itu disedari apabila beliau dan ahli Umno cawangan itu mengambil keputusan menggulingkan Ketua cawangan itu sekitar awal tahun 1970an.
Chubadak"Kami meragui tindakan beliau yang tidak mengambil kira kepentingan penduduk dalam isu pengambilalihan tanah oleh pemaju.
"Apabila beliau digulingkan, kami masuk ke pejabat Umno di Dewan Kampung Chubadak dan apabila diselongkar kami menemui surat dari pemaju mengenai bayaran pampasan sebanyak RM12 juta kepada penduduk, sedangkan kami tidak pernah menerima apa-apa pampasan pun.
"Kalau wang RM12 juta itu dibahagi-bahagikan kepada antara 1,200 hingga 1,400 keluarga seperti mana bancian dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada masa itu, bermakna setiap keluarga atau rumah di situ menerima kira-kira RM10,000," kata Suliah ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Jelas Suliah, surat itu ditemui kerana penggulingan itu dibuat secara mengejut sehingga Ketua Umno terlibat tidak sempat 'menyelamatkan' dokumen penting di dalam pejabat Umno Cawangan Kampung Chubadak.
Manakala Ketua Kampung Chubadak yang satu kumpulan dengan Ketua Umno terlibat pula sebelum isu pengambilan tanah oleh pemaju timbul bertindak mengenakan bayaran kepada penduduk kampung yang mahu mendapatkan geran tanah masing-masing.
"Pada masa itu RM2,000 memang sangat besar, manalah kami mampu nak bayar. Sebenarnya generasi dahulu beritahu sebenarnya sebelum ini geran memang ada tetapi bila datang pelombong Belanda mulakan kerja melombong, geran diserahkan kepada orang Belanda.
"Apabila operasi melombong dihentikan, ada yang dapat semula geran mereka dan ada juga yang buat tak kisah. Orang dulu-dulu masa itu pula memang tak berapa mengambil berat pasal geran tanah," kata Suliah lagi.

Rafizi tak menang tangan, bakal bongkar satu lagi skandal rasuah

Posted: 24 Jun 2014 09:24 PM PDT


KUALA LUMPUR 25 JUN: Belum lagi selesai membongkar isu penswastaan konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang dianugerah kepada kroni Umno, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli kini menggenggam maklumat satu lagi skandal penyelewengan institusi pendidikan.
IMG_1553"Tak habis lagi saya selidik kronisme di UiTM, hari ini (semalam) saya dapat lagi satu kertas tebal penyelewengan di institusi Melayu juga. Tak cukup tangan.
"Saya dah belek-belek dan saya rasa yang baru nak siasat ini pun adalah skandal juga. Harap Perkasa (Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia), Isma (Ikatan Muslimin Malaysia) dan lain-lain sama-sama banteras isu rasuah macam ini," kata Rafizi di twitter.
Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu mendedahkan Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM Tapah.
Sebelum itu, beliau juga mendedahkan, konsesi yang diberikan kepada adik bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Syabas, Tan Sri Rozali Ismail turut mendapat manfaat daripada pemberian konsesi bagi membina UiTM kampus cawangan Puncak Alam, Selangor.
Manakala dua bekas Adun Umno di Selangor menerima konsesi untuk pembinaan UiTM kampus cawangan Jasin, Melaka.
Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara.
Dalam masa sama, UiTM perlu membayar sewa kepada syarikat berkenaan antara RM56 juta sehingga RM69 juta setahun.
Jumlah keseluruhan bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62028

Shahbudin persoal tindakan TPM ke Jakarta

Posted: 24 Jun 2014 08:22 PM PDT

 | June 25, 2014
Shahbudin HusinPETALING JAYA: Bekas AJK Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin mempersoal tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang berlepas ke Jakarta.
Menurut beliau, sumber terdekat dengan Muhyiddin memberitahu pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi perbualan ramai ketika ini.
"Difahamkan, hasil daripada perbincangan tersebut, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat suatu keputusan yang mengejutkan."
"Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati agar terus kekal dan bersabar sehingga pilihanraya umum akan datang," katanya.
Tambahnya lagi, bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin dalam blognya juga menulis bahawa Muhyiddin memang diketahui telah memberitahu beberapa rakannya mengenai hasrat untuk meletakkan jawatan dan walaupun alasan yang diberi ialah umur tetapi dikatakan juga menyimpan perasaan kecewa yang mendalam tentang beberapa hal.
"Perdana Menteri (PM), Datuk Seri Najib Tun Razak masih menangguhkan rancangannya untuk merombak kabinet, meskipun wakil daripada MCA dan Gerakan yang sebelumnya dipelawa dan dijanjikan jawatan dalam kabinet sudah tidak sabar mahu berada dalam kerajaan.
"Rombakan kali ini, juga dipercayai menaikkan taraf sepupunya Datuk Seri Hishammuddin Hussein daripada Menteri Pertahanan kepada Menteri Kewangan," jelasnya di dalam blog shahbudindotcom.blogspot.com.
Katanya lagi, langkah itu pastinya akan membuatkan Muhyiddin tersinggung kerana ia menunjukkan seolah-olah PM sedang mempersiapkan Hishammuddin untuk mengambil-alih tempatnya.
"Penafian PM sambil mengatakan ia hanya rekaan politik tetapi dalam masa yang sama masih menangguhkan rombakan kabinet, membuktikan bahawa beliau memang ada rancangan untuk menaikkan Hishammuddin sambil menyisihkan Muhyiddin secara perlahan-lahan."
"Namun, oleh kerana isu ini sudah menjadi perbualan ramai, kemungkinan besar ianya ditukar dan ditangguhkan dahulu sehingga keadaan stabil. Muhyiddin juga dikatakan semakin memahami permainan politik PM dan nasib yang bakal menimpa dirinya," ujarnya.
Dalam masa yang terdekat ini, terdapat dua perkara yang akan menjadi penantian rakyat iaitu, rombakan kabinet dan pengumuman Muhyiddin mengenai masa depannya melalui perbincangan dengan rakan-rakannya di Jakarta," katanya.- FMT

15 militan Malaysia didakwa terbunuh di Syria, kata Wisma Putra

Posted: 24 Jun 2014 06:48 PM PDT

Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar oleh Reuters, 25 Jun, 2014.Seorang pejuang Isil memegang bendera dan senjata di sebuah jalan di bandar Mosul. – Gambar oleh Reuters, 25 Jun, 2014. 









Wisma Putra mendedahkan terdapat dakwaan mengatakan 15 rakyat Malaysia terbunuh di Syria pada pertengahan bulan ini selepas terlibat dengan aktiviti jihad kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil), kumpulan yang berpecah daripada Al-Qaeda.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam, Kementerian Luar mengesahkan dakwaan dibuat oleh Wakil Tetap Syria di New York pada satu sidang media pada 18 Jun.
Wakil Syria itu mendakwa, selain rakyat Malaysia, rakyat negara lain termasuk beberapa negara Asean, juga terlibat dalam aktiviti seumpama itu di Syria.
"Kementerian sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Malaysia yang berkaitan mengenai perkara ini dan meminta pihak berkuasa Syria mengesahkan dakwaan itu," menurut kenyataan itu.
"Malaysia adalah sebuah negara yang cintakan keamanan dan mengamalkan kesederhanaan."
Kementerian Luar berkata, Malaysia menentang dan tidak merestui tindakan keganasan atau ekstremisme oleh mana-mana pihak termasuk oleh rakyatnya sendiri.
Isil atau dikenali juga sebagai kumpulan negara Islam Iraq dan Syria (Isis) terlibat dengan aktiviti keganasan di kedua-dua negara tersebut.
Isil merupakan kumpulan pecahan Al-Qaeda yang mahu menubuhkan negara Islam dan diperintah oleh Khalifah di Iraq dan Syria dan diklasifikasikan sebagai organisasi pengganas.
Sebelum ini media melaporkan terdapat rakyat Malaysia yang dikatakan terlibat dengan kumpulan Isil atau Isis.
Utusan Malaysia melaporkan bulan lalu seorang rakyat Malaysia Ahmad Tarmimi Maliki, 26, menjadi pengebom berani mati untuk Isis di Iraq.
Pekerja kilang biasa di Selangor itu tanpa diketahui oleh keluarga terdekatnya di Pahang, diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (Swat) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu yang mengorbankan 25 polis Iraq.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran pada pertengahan bulan ini rakyat Malaysia yang berjuang dalam peperangan di Syria akan ditangkap sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.
Zahid berkata, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memantau pergerakan rakyat Malaysia yang berada di Syria dan bertegas tindakan akan diambil jika terlibat dalam kegiatan militan di negara Timur Tengah itu. – 25 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/15-militan-malaysia-didakwa-terbunuh-di-syria-kata-wisma-putra#sthash.dCLz6MmO.dpuf

Sempena Piala Dunia Brazil : Suami buat undang2 untuk isteri

Posted: 24 Jun 2014 08:18 AM PDT

Riyadh: Seorang suami yang taksub kepada bola sepak dilapor meminta isterinya mengikuti peraturan yang dia tetapkan sepanjang kejohanan Piala Dunia 2014 berlangsung bagi memastikan perkahwinan mereka tidak terjejas.
Sebagai mengakui kebenaran pepatah 'mencegah itu lebih baik daripada mengubati', si suami menulis beberapa peraturan dan membuat salinan sebelum menampalnya di beberapa tempat dalam rumah mereka supaya isterinya tidak terlepas pandang atau terlupa mengenainya. 
Menurut peraturan sementara itu, si isteri harus memberitahu lebih awal kepada suaminya mengenai sebarang rancangan melawat keluarga atau rakan, sekurang-kurangnya dua jam sebelum perlawanan bermula.

Untuk ke pusat beli-belah yang boleh memakan masa sehingga berjam-jam, ia hanya boleh dilakukan jika tiada perlawanan dijadualkan, kata suami.

Wanita dilarang memandu di Arab Saudi, justeru mereka bergantung kepada suami atau anggota keluarga lelaki untuk ke mana-mana jika tidak mahu menaiki teksi.

Warga Saudi boleh menonton perlawanan yang disiarkan secara langsung dari Brazil pada jam 7 malam, 11 malam dan 1 pagi.

Selain itu, si isteri juga diberi amaran supaya mengelak memberi sebarang komen apabila suaminya dalam keadaan kecewa atau terlalu gembira dengan keputusan sesuatu perlawanan.

"Emosi saya mungkin tertekan. Mungkin saya akan melontar alat kawalan jauh kerana marah. Dan saya tidak mahu anda menjadi sasarannya. Saya mahu menjaga kesempurnaan kecantikan anda," tulisnya dalam peraturan itu.

Menurut suaminya, peraturan itu berkuat kuasa sehingga perlawanan terakhir pada 13 Julai dan berharap pasukan Itali menjadi juara.

Rakyat Saudi sungguh meminati bola sepak dan gambar yang beredar di media sosial menunjukkan ketaasuban mereka kepada Piala Dunia.

Antaranya, seorang penduduk telah mengubah suai ruang tamu rumahnya menjadi replika stadium dengan dihiasi bendera pasukan kegemarannya. - Agensi

Pakatan sepakat ganti Khalid

Posted: 24 Jun 2014 06:00 AM PDT



Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pemimpin Pakatan Rakyat sudahpun mencapai persetujuan agar untuk menggantikan kedudukan Tan Seri Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor.
Shamsul Iskandar dalam satu kenyataan menyebut, ia turut dipersetujui "majoriti pimpinan PAS".
"Ramai maklum bahawa persetujuan dalaman telah dicapai oleh semua parti dalam Pakatan Rakyat, termasuk majoriti pimpinan PAS, untuk menggantikan menteri besar Selangor.
"Ini bukanlah perkara baru, cuma transisinya memerlukan sedikit masa agar ia berjalan lancar," katanya dalam satu kenyataan.
Oleh itu, pemimpin Pakatan termasuk pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad perlu mengambil pendekatan "berkepentingan musyawarah" sebelum membuat apa-apa kenyataan, katanya. - Malaysiakini

Najib beri bayangan rombakan Kabinet tidak lama lagi

Posted: 24 Jun 2014 05:07 AM PDT

Rombakan Kabinet akan berlaku tidak lama lagi selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberi bayangannya hari ini.
Dalam ucapannya ketika merasmikan terminal tambang murah Lapangan Terbang Antarabangsa 2 (klia2), Najib mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein atas kerja kerasnya terutama beberapa bulan lalu dalam menangani isu kehilangan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac lalu.
"Ini mungkin acara terakhirnya sebagai menteri pengangkutan," katanya.
Spekulasi timbul Najib akan mengadakan rombakan Kabinet bagi membolehkan presiden parti komponen dalam Barisan Nasional seperti MCA dan Gerakan menjawat jawatan menteri.
Laporan mendakwa barisan Kabinet baru akan diumumkan dalam masa terdekat sehingga selepas Hari Raya yang dijangka jatuh pada 28 Julai.
The Malaysian Insider sebelum ini melaporkan empat ahli Parlimen MCA dan dua daripada Gerakan akan dilantik menjadi menteri dan timbalan menteri sebagai   sebahagian kecil rombakan dengan tiada menteri digugurkan.
Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai dan presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong disahkan menjawat jawatan menteri setelah Mah memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Sebanyak 32 menteri berada dalam jawatan Kabinet hari ini.
Jawatan menteri pengangkutan yang biasanya diberikan kepada MCA dipangku Hishammuddin selepas pilihan raya umum lalu apabila MCA enggan menerima jawatan dalam Kabinet akibat prestasi buruk dalam pilihan raya.
Parti Cina itu bagaimanapun menarik balik keputusan itu awal tahun ini.
Tiga lagi kekosongan adalah jawatan timbalan menteri kewangan, pelancongan dan menteri di Jabatan Perdana Menteri. – 24 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-beri-bayangan-rombakan-kabinet-tidak-lama-lagi?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.LT2HBoOW.dpuf

Mohon dakwaan seleweng dana NFC digugur, suami Shahrizat ketakutan

Posted: 24 Jun 2014 01:51 AM PDT

(Oleh Azuan Ab Rahman)
KUALA LUMPUR 24 JUN: Permohonan Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail supaya pertuduhan ke atasnya digugurkan memberi gambaran Pengerusi Eksekutif National Feedlot Corporation (NFC) itu kini dalam ketakutan untuk berhadapan dakwaan penyelewengan RM250 juta dana NFC.
NFCPengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, Mohamad Salleh tidak perlu takut jika beliau benar-benar tidak menyalahgunakan dana awam itu yang disalur kerajaan kepada NFCorp.
"Beliau perlu berhadapan dengan tuduhan dalam kes penyelewengan dana bagi projek ternakan lembu itu.
"Jika tidak bersalah, dia tidak seharusnya takut dan minta tuduhan terhadapnya digugurkan," kata Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan kepadaKeadilan Daily.
Peguam Mohamad Salleh, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah dipetik berkata, pihak pembelaan akan mengutus surat kepada Pejabat Peguam Negara untuk memohon agar pendakwaan terhadap suami kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu digugurkan.
Beliau juga dilapor memohon agar perbicaraan terhadap dua tuduhan pecah amanah dan dua tuduhan mengikut Akta Syarikat 1965 itu ditangguhkan sehingga Mahkamah Tinggi mendengar permohonan untuk menggugurkan tuduhan tersebut.
Bagaimanapun permohonan itu ditolak oleh Hakim Norsyaridah Awang yang memutuskan bahawa perbicaraan akan diteruskan mengikut jadual.
"Mohamad Salleh sekarang akan menggunakan apa sahaja cara untuk mengelak daripada tuduhan berkenaan.
"Beliau perlu berhadapan dengan pertuduhan tersebut dan jelaskan ke mana aliran wang itu telah digunakan," kata Rafizi, menyambut baik keputusan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur yang menolak penangguhan kes tersebut.
Ujar beliau, pengelakan suami bekas Menteri Wanita itu dari terus didakwa menggambarkan sememangnya wujud penyelewengan dalam kes NFC.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62020

Bekir hadiahkan Ferrari pada anak 8 tahun

Posted: 23 Jun 2014 11:55 PM PDT


Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib Mahmud hari ini memberitahu mahkamah yang beliau membelikan anaknya, Raden Murya sebuah kereta Ferrari sewaktu anaknya itu berusia lapan tahun.

Bercakap pada perbicaraan tuntutan mutaah RM100 juta terhadap beliau oleh bekas isterinya, Bekir berkata kereta itu dibeli kerana anaknya itu terlalu minatkan kereta Ferrari.

Kereta itu yang dibeli atas namanya kemudian ditukar kepada nama anaknya sendiri selepas beliau cukup umur 18 tahun.



"Sejak anak kecil, dia minat Ferrari jadi saya telah belikan Ferrari kepadanya.

"Dulu beli masa dia kecil, saya beli atas nama saya, sekarang saya alihkan atas nama anak," katanya sewaktu disoal peguam beliau, Datuk Seri Zainul Rijal Abu Bakar di Mahkamah Tinggi Syariah hari ini.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AKTA KEHARMONIAN NASIONAL: TAK BOLEH SONTOT, TAK SOKONG!

Posted: 24 Jun 2014 09:54 PM PDT


Beberapa Ahli Parlimen mengugut untuk menarik balik sokongan terhadap Akta Keharmonian Nasional sekiranya ia menghalang diskriminasi kepada orientasi seksual, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN) Lim Chee Wee, lapor Mstar.

'Diskriminasi orientasi seksual,' merupakan istilah popular yang diperjuangkan oleh kumpulan LGBT (Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender).

Menurut MKPN, ugutan itu dibuat semasa rundingan dengan beberapa Ahli Parlimen, bagaimanapun tidak mendedahkan nama Ahli Parlimen tersebut atau parti mereka.

Sambil memetik Perlembagaan Persekutuan, Lim yang juga bekas Presiden Majlis Peguam berkata, tidak ada diskriminasi terhadap rakyat berdasarkan jantina dan ini juga mengambil kira orientasi seksual atau identiti.

Menurut Lim, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) turut berkata sesiapa saja tanpa mengira orientasi seksual perlu menikmati semua hak asasi dan kebebasan.

"Jawatankuasa MKPN berharap agar Ahli Parlimen akan diyakinkan bahawa diskriminasi seperti itu adalah salah dari segi moral dan perlu digubal," katanya.

Komen kami:

Elok ler kalau negara Malaysia ni nak terima bala Allah halalkan saja perbuatan songsang lagi keji puak-puak LGBT. 

Dah jelas lagi nyata, legasi perjuangan Anwar untuk menghalalkan seks lubang taik disokong oleh pengemar-pengemarnya yang rapat dan telah pun berada di sektor kerajaan.  

Tak perlulah Anwar suruh pencacai-pencacainya turun berpanas di jalanan mendesak kerajaan mengghalalkan seks lubang tahi, tapi cukup sekadar memberikan arahan pada agen-agennya dalam MKPN untuk menyuarakan desakan orientasi songsangnya yang 'serba pandai dan tahu' itu.

Adakah Akta ini yang sebenarnya kita mahukan bagi menggantikan Akta Hasutan 1948? 

Kini menjelang bulan suci Ramadhan adakah umat Islam masih belum mahu insaf dan sedar tetapi begitu ghairah menyokong supaya Akta Hasutan 1948 dihapuskan lalu mahu digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional yang ada di dalamnya kebenaran untuk manusia-manusia bejat lagi songsang yang suka bermain-main lubang tahi orang lain sesama jenis untuk memuaskan nafsu mereka?

Apalah punya baral ahli-ahli MKPN ni? 'Sorang tu' terlebih minum susu Ostolia asyik dok kutuk kerajaan pasal OKU. Seorang lagi mabuk cakap pluralisme agama, seorang lagi dok perjuangkan nikmat seks lubang tahi...

Apakah perlu kerajaan mendengar suara-suara minoriti songsang MKPN yang kerjanya hanya untuk menimbulkan perbalahan dalam masyarakat? 

Adakah kita hanya mahu menurut saja desakan dan tekanan golongan minoriti supaya mereka tidak bising menentang dan mengabaikan semua suara majoriti rakyat yang selama ini menyokong kuat segala dasar, teras kenegaraan serta kerajaan? 

Mungkin ada hikmah puak-puak songsang turut menentang Akta baru ini...

Fikir-fikirkanlah...

Ahli-Ahli MKPN: Kerajaan telah melantik mereka untuk beri pandangan membangunkan masyarakat dan negara, bukan untuk menghancurkan asas dan teras negara. 


FDI PULAU PINANG MERUDUM...TYPO ERROR?...EHH SALAH UMNO KOT?

Posted: 24 Jun 2014 01:09 AM PDT


Pengerusi BN Pulau Pinang, Teng Chang Yeow berkata, FDI Pulau Pinang telah merudum dari RM10.451 bilion pada tahun 2010 menjadi RM1.794 bilion tahun lepas.

Teng Chang Yeow menyelar Lim Guan Eng yang cuba menyembunyikan kebenaran apabila seringkali mendabik dada kononnya dia lebih telus berbanding Ketua Menteri terdahulu, Koh Tsu Koon.

Dalam kenyataannya, Teng Chang Yeow berkata, Tsu Koon sentiasa bersedia untuk memberitahu angka FDI setiap tahun tetapi Lim Guan Eng, dalam usaha untuk mendabik dada, hanya menjumlahkan keseluruhan FDI dari tahun 2010 sehingga 2013 untuk menunjukkan jumlah RM20.517 bilion FDI ke Pulau Pinang. Sedangkan hakikatnya, Pulau Pinang sedang berhadapan dengan FDI yang semakin berkurangan. 

Lim Guan Eng sebenarnya cuba mengelirukan rakyat Pulau Pinang untuk menutup kelemahan pentadbirannya. Kejatuhan FDI di Pulau Pinang sepanjang pentadbiran Lim Guan Eng dan DAP sebenarnya sudah cukup untuk menggambarkan kelemahan Setiausaha Agung DAP itu.

Laporan Ketua Audit Negara menunjukkan prestasi ekonomi Pulau Pinang berada pada kedudukan yang sangat gawat. Lim Guan Eng enggan mengakui kebenaran tersebut dan cuba menipu dengan menyatakan FDI Pulau Pinang masih mengatasi semua negeri walaupun angka yang disebutnya adalah rangkuman FDI beberapa tahun yang cuba dibandingkan dengan FDI tahunan bagi negeri-negeri yang dimaksudkannya.


Komen kami;

Inilah terjadi jika puak-puak kiasu cauvinist yang bongkak memerintah negeri.

Salah sendiri tak mahu mengaku, salah orang dicari-cari kalau tak ada dicipta pembohongan kemudian didedahkan.

Bila Kedah nak bina lapangan terbang baru RM1.6 bilion, Ketua Menteri Pulau Pinang paling celaka dalam sejarah ini membebel kata ia merugikan. 

Macam bapak dia jugak, semua yang kerajaan BN buat rugi...tapi bila dia buat pula tak menjadi. 

Tarif air naik 200% (senyum Mat Sabu elaunnya naik)

Cukai katil untuk hotel-hotel dan rumah tumpangan pun naik.

Rakyat miskin dihalau dari tanah mereka kerana pembinaan perumahan mewah. 
 

Tapi apa alasan FDI jatuh kali ini?

Typo error?

Woi...lu punya negeri, lu perintah... lu gagal, lu mau salahkan BN lagi??? 

Sebab itu dalam Islam, yang diajar untuk diperbetulkan adalah DIRI SENDIRI bukannya PEMIMPIN atau KERAJAAN. Hanya ajaran-ajaran sesat sahaja yang mengajar MEMBETULKAN KERAJAAN dan PEMIMPIN barulah betul diri sendiri.





DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Golongan Liberal Gunakan Wanita Bertudung Untuk Perjuagkan LGBT.

Posted: 24 Jun 2014 10:00 PM PDT


Masih ramai rupanya yang tidak mengenali siapa Musdah Mulia sebagai pejuang tegar Jaringan Islam Liberal (JIL) di Indonesia. Mungkin perawakannya yang bertudung, membuatkan sebahagian dari kita sukar menerima bahawa beliau berkongsi pandangan yang sama dengan Irsyad Manji.

Hakikatnya juga, dewasa ini, sekadar bertudung, tidak mencerminkan fahaman yang sahih. Kerana itu, wanita Islam sewajarnya bertudung bukan kerana peer pressure, trend, dan sekadar menutup rambut, namun lebih penting menutup aurat dengan diiringi oleh kefahaman Islam yang mantap diiringi dengan sifat haya' atau malu yang selayaknya. 

Terasa sedih kerana ada yang tidak sedar bahawa penampilan mereka sebagai "wanita Muslimah" dijadikan "camouflage" atau penyamaran bagi memudahkan sesuatu ideologi songsang itu lebih diterima.

Siapakah beliau? klik sini

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Dikatakan 'Projek Langgar Hadi' muncul kembali?

Posted: 24 Jun 2014 10:45 PM PDT


Satu usaha menghidupkan 'Projek Langgar Hadi' iaitu gerakan menjatuhkan kepimpinan ulama dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) didakwa muncul kembali serta didalangi beberapa pemimpin termasuk seorang Ahli Parlimen Pas Selangor, editor dan wartawan daripada sebuah portal propembangkang.

Ketua Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim berkata, kumpulan tersebut menggunakan portal berita propembangkang sebagai medium memfitnah dan memburukkan Abdul Hadi kononnya peranan Presiden Pas itu menyebabkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim gagal disingkirkan oleh pihak tertentu.

Menurut beliau, cubaan memburukkan kepimpinan ulama itu dilakukan ekoran ketegasan Abdul Hadi dalam menegakkan syariat Islam di Selangor dan seluruh negara.

"Yang lebih memeritkan, sudahlah terdapat beberapa kenyataan dibuat salah seorang ahli Parlimen Pas Selangor yang ternyata membelakangkan keputusan Pas Selangor, kini dengan penuh biadab peluru itu ditujukan pula kepada Presiden Pas.

"Tuan guru difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan Abdul Khalid selepas kegagalan 'Kajang Move' yang dirancang pihak tertentu. Tidak menghairankan apabila tuan guru dimangsakan sebagai penyebab kegagalan kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah tuan guru sendiri," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Syarhan Humaizi, individu-individu tersebut yang membuat kenyataan melalui media propembangkang adalah pemimpin munafik yang sedang berusaha melaga-lagakan pemimpin Pas sehingga memfitnah Abdul Hadi sebagai punca kegagalan mereka menyingkirkan Menteri Besar Selangor.

Tegasnya, mereka adalah pemimpin sama yang turut mendakwa Abdul Hadi sebagai pemimpin pro-UMNO dan melagakan beliau dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas PRU-12.

"Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua tok guru, Abdul Hadi dan Nik Abdul Aziz oleh individu-individu upahan tadi. Tidak cukup itu, kemudiannya memfitnah tuan guru sebagai punca projek 16 September 2008 (kononnya 30 ahli Parlimen Barisan Nasional akan keluar parti dan menyokong pembangkang) yang gagal.

"Selepas gagal menjatuhkan tuan guru melalui serangan berterusan, kemudiannya tuan guru diserang melalui orang kuatnya seperti melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda Pas. Usaha ini terus berlangsung akibat ketegasan tuan guru yang komited dengan prinsip Pas dalam menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia," tegasnya.

Sehubungan itu, Syarhan Humaizi menegaskan, semua pemimpin Pemuda Pas akan sentiasa mempertahankan parti itu daripada sebarang 'parasit liberal' dan mencabar portal berita propembangkang berkaitan supaya menyatakan nama sumber dalaman yang digunakan dalam setiap laporan mereka.


"Ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka 'grand design' ini. Ada yang bertaraf Yang Berhormat, editor dan ada wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama.

"Kalimah biadab adalah kalimah yang sesuai ditujukan kepada mereka atas perbuatan ini. Kami, para Pemuda Pas akan sentiasa mempertahankan Pas daripada sebarang 'parasit liberal' yang sedang menjalar ini," ujarnya.

Tambahnya, Pas Selangor tiada kaitan dengan kegagalan menjatuhkan Abdul Khalid tambahan pula ketika ini, semua komponen kerajaan pembangkang sepatutnya meningkatkan komitmen menjaga kebajikan rakyat, bukannya dengan kaedah menyerang agenda itu yang boleh menguntungkan musuh.

"Saya amat bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Iskandar Abd. Samad yang menafikan pendirian Pas Selangor berhubung beberapa kenyataan mengelirukan yang mendakwa Pas Selangor ingin menolak Abdul Khalid," katanya.

Suara Politik
Belantan

CIA kawal keselamatan pesawat Boeing, kata Global Flight?

Posted: 24 Jun 2014 01:45 AM PDT


Pengeluar pesawat terkemuka, Boeing sentiasa mengambil langkah proaktif untuk memastikan pengguna yakni penumpang pesawat dalam keadaan selamat semasa berada di udara. Boeing antara pengeluar pesawat termoden dan terbesar dunia dan boleh dikatakan di udara sekarang bersimpang siur dengan pesawat Boeing yang dibeli oleh banyak negara.

Walaupun semua pesawat Boeing yang berterbangan di udara telah dijual tetapi tetap ada perjanjian "khidmat selepas jual". Ini boleh dianalogikan kepada mereka yang membeli kereta mewah, walaupun kereta itu sudah bertukar nama tetapi pembuat kereta itu tetap memberikan khidmat kepakaran apabila berlaku sebarang masalah. Ini kerana hanya pembuatnya sahaja yang mahir tentang selok belok atau "perangai" kereta buatan mereka.

Hal yang sama juga dilakukan oleh Boeing. Syarikat ini mempunyai tanggungjawab terhadap setiap yang berlaku ke atas pesawat Boeing. Tentu sahaja membeli sebuah pesawat Boeing tidak sama dengan kita membeli sebuah lampu picit di kedai Ah Kau yang kalau rosak tidak lagi menjadi tanggungjawab Ah Kau. Sebab itu Boeing sangat prihatin terhadap keselamatan pesawat dan juga penumpang.

Salah satu usaha mempertingkatkan keselamatan pesawat dan penumpang ialah memasang alat Advanced Route Evaluation System (ARES) yang dihubungkan kepada pihak Agensi Perisikan Pusat (CIA). Menurut jurnal penerbangan, Global Flight 1 Disember 2006, dengan menggunakan alat kawalan jauh ini, CIA boleh memantau semua penerbangan pesawat Boeing di seluruh dunia. Ini bertujuan untuk menghalang daripada perampas melencongkan pesawat di luar laluan yang sepatutnya.

Menurut Global Flight, Boeing telah menggunakan alat itu sejak 2006 sebagai langkah proaktif menangani kejadian rampasan pesawat di mana perampas akan memaksa juruterbang melencongkan pesawat ke lokasi yang dikehendaki. Dengan menggunakan ARES, CIA yang memantau penerbangan pesawat Boeing akan mengambil alih tugas juruterbang secara kawalan jauh dan memandu pesawat itu ke lapangan terbang yang berdekatan dan selamat untuk mendarat.

Menerusi ARES, apabila CIA mengesyaki sesebuah pesawat Boeing itu dalam keadaan "luar biasa" sama ada isyarat diberikan oleh juruterbang atau CIA melihat pesawat telah terkeluar laluan, CIA akan mengambil alih sepenuhnya pemanduan pesawat berkenaan dan semua sistem di kokpit sudah tidak berfungsi lagi. Sekiranya dirampas, pesawat itu tidak boleh dilencongkan seperti yang selalu berlaku dalam rampasan pesawat sebelum ini.

Menurut artikel itu, dalam keadaan sekarang (2006) di mana semua pesawat Boeing dipasang dengan alat ARES, pergerakan pesawat adalah dalam tangan CIA dan tidak mungkin pesawat Boeing, apa lagi yang dikelaskan sebagai termoden akan terkeluar dari operasi kawalan jauh CIA. Maknanya pesawat Boeing menjanjikan keselamatan yang maksimum dan sekiranya perampas dalam kalangan teroris yang mahu membalas dendam terhadap Amerika Syarikat (AS), kerja mereka akan sia-sia kerana CIA tahu apa yang berlaku.

Penggunaan peralatan kawalan jauh yang dikendalikan oleh CIA ini memberikan keyakinan kepada penumpang-penumpang yang trauma membaca berita tentang pesawat yang dirampas. Penumpang akan selamat apabila keselamatan mereka dipantau setiap saat oleh CIA. Sekiranya perampas bertindak membunuh penumpang yang dijadikan tebusan, kerja itu adalah sia-sia. Juruterbang sudah tidak ada peranan lagi dan pesawat Boeing bertukar menjadi pesawat tanpa pemandu seperti yang digunakan oleh AS untuk mengintip dan mengebom musuh.

Pada 2006, Boeing dalam satu kenyataannya berkata, "Kami secara berterusan mengkaji dan melaksanakan pelan keselamatan kepada penumpang dan menjadi pesawat yang paling cekap di dunia dalam penerbangan." Selain mematikan sistem yang dikemudikan oleh juruterbang, ARES juga dibekalkan dengan sumber tenaga elektrik sendiri yang tidak boleh diputuskan secara manual.

Menurut jurucakap syarikat Raytheon Corporation telah berjaya mendapat kontrak yang dikeluarkan oleh Federal Avation Administration untuk memasang ARES pada pesawat Boeing, sistem ini bukan sahaja menyediakan pemanduan secara kawalan jauh oleh CIA malah menyediakan analisis pada laluan penerbangan yang selamat kepada CIA ketika pesawat dalam keadaan kecemasan.

Sebenarnya semua ini bukan baharu malah sudah lapan tahun digunakan dan banyak orang tahu tentang teknologi pemantauan yang digunakan oleh pesawat Boeing. Dengan teknologi ini juga memungkinkan tidak ada pesawat Boeing hilang dan tidak dapat dikesan.

Dengan teknologi, dunia menjadi semakin kecil. Semua pergerakan boleh dipantau dan sudah tentu tidak boleh hilang begitu saja.

Antara faktor yang mendorong Boeing menggunakan alat ini ialah kejadian rampasan pesawat untuk melanggar Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York pada 11 September 2001. Sekiranya menggunakan alat kawalan jauh ini sudah pasti tidak ada pesawat yang akan melanggar WTC kerana telah dilencongkan oleh CIA. Sebenarnya Boeing melakukan semua ini bukan sahaja kerana tanggungjawab kepada penumpang pesawatnya tetapi untuk menjaga reputasi. Kalau boleh Boeing tidak mahu sebuah pun pesawatnya bermasalah kerana itu akan menghilangkan keyakinan pembeli pada masa akan datang. Salah satu pesawat Boeing yang dilengkapi ARES adalah MH370?

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Saman anti Lynas kerana sabotaj ekonomi sampai bankrup

Posted: 24 Jun 2014 10:27 PM PDT








...... BARU MEREKA TAHU BERHENTI

Hari minggu bertarikh Jun 22hb, seramai lebih kurang 70 org pemimpin/penyokong Himpunan Hijau, berkumpul di Base Camp Himpunan Hijau, Tmn Balok Makmur menunggu ketibaan penyokong-penyokong yang lain ke Base Camp. Ekoran itu, pihak polis telah menahan beberapa orang peserta.

Pada petangnya mereka berkumpul di hadapan IPD Kuantan sambil memaparkan plakad yang di tulis "Release Now", Lynas musuh negara, Polis jaga Lynas dan Bebaskan mereka.


Baca kisah di Flying Kick SINI





Hari minggu sebelum itu, kumpulan anti Lynas telah mengadakan acara berbasikal Himpunan Hijau-Jelajah Berbasikal Anti Lynas di Johor.

Mereka berlepas dari Sungai Rengit ke Kuala Sedili dan berbasikal menyusul pantai melalui batu layau - Desaru - Tanjung Balau ke Sedili. Dari Kuala Sedili mereka akan berbasikal berlepas ke Mersing.

Johor tiada kena mengena dengan isu Lynas tapi tujuan mereka adalah untuk menjadi batu api kepada projek RAPID Penegerang.



Suatu yang difahamkan adalah kumpulan anti Lynas ini gagal memberi sebarang bukti yang konkrit kepada jawatankausa Parlimen ketika diberi peluang. 

Mereka tidak dapat mempertahankan saranan mereka dengan sebarang bukti saintifik bahawa kilang Lynas mengeluarkan radioaktif dan bahan toksid merbahaya. Bagi yang tidak belajar kimia, rare earth bukan elemen radioaktif dalam periodic table.

Suatu yang menarik adalah pasaran dunia rare earth adalah 100,000 tan yang mana China kuasai 95-97% bekalan dunia. Lynas mengeluarkan 22,000 tan dan ini telah mengambbil 22% dari pasaran dunia.

Adakah kumpulan anti Lynas tolak keuntungan ekonomi untuk negara?

Lynas menggajiikan pekerja tetap seramai 426 orang dan pekerja harian secara kontrak 200 orang.
Bukan Melayu tak sampai 20 orang sebab masa pengambilan pekerja dahulu, bukan Melayu tak nak kerj di Lynas kononnya dikatakan bahaya...

Kini orang yang berada sekitar kuantan ni berebut nak masuk keje sana, sbb gaji mahal.

Adakah kumpulan anti Lynas cemburu dan rasis?

Oleh kerana mereka ini bersungguh mahu menyebarkan fitnah dan memastikan kilang Lynas ditutup dan RAPID Penerang gagal menarikkan pelabur, ada baik pihak yang berkepentingan dan terjejas dengan tindakan mereka yang tidak berasas di saman sampai bankrup!!!

Kumpulan anti Lynas hanya mengada-adakan isu untuk politik di Johor dan Pahang hingga sanggup sabotaj ekonomi negara.

Tiada lain dari itu.





Wardina pertahan ibu kejam dan wakil rakyat DAP hilang untuk salahkan kerajaan

Posted: 24 Jun 2014 07:30 PM PDT


Itu jawapan bagi menjawab mereka yang cepat suka menyalahkan.


Bagi artis yang masa muda derhaka hingga lari dari rumah dan kini jual diri sebagai kononnya ibu mithali, salah ibu tak dibantu atau ....


.... ibu tiada peri kemanusian?

Apakah langsung tiada bantuan maka anak itu harus dilayan dengan begitu rupa????

Bodohnya ahli Majlis Perpaduan Konsultansi Negara!!!





World Cup dan pemilihan PKR

Posted: 24 Jun 2014 05:25 PM PDT




Bila PKR dah termalu, keluarlah macam-macam isu sekali serentap. DIversion lah konon ....

Bakal MB lahir di kandang kerbau, boleh dicucuk hidung dan alpa mcam kerbau

Posted: 24 Jun 2014 05:00 AM PDT


Maaflah nak cakap tapi bakal MB Selangor yang mana MB yang ada sedang diatur untuk digugurkan bukan saja selama ini macam kerbau dicucuk hidung untuk diheret sang suami ke sana kemari dan pertahankan kemungkarannya, tapi nampaknya peel pun macam kerbau.


Sebelum ini terdedah bakal MB Selangor ini tak tahu pun cara tanya soalan di DUN Selangor walaupun dia pernah menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen suatu ketika sebelum melepaskan kerusi kepada sang suamii.

Dia kembali tanding dan memegang kerusi sebaik saja mahkamah tetapkan sang suami yang banyak masaalah disabbitkan salah dan akan pulang ke tempat yang sepatutya di penjara Sg Buloh.

ADUN Kajang yang ada diminta berhenti dan Wan Azizah tanding tempatnya. Khabarnya Wan Azizah ada masaalah dengan pembantunya, Lee Kim Sin.


Tugas utama Lee Kim Sin adalah dalam hal berkaitan pengaturan jadual program-program yang akan dihadiri oleh DS Wan Azizah Wan Ismail tapi dia pula cuba mengawal / menghadkan pergerakan Wan Azizah dalam setiap program / aktiviti.

Lee tidak memaklumkan senarai aktiviti yang diatur oleh mereka yang bukan kroni lalu tiimbul pelbagai masaalah.

Wan Azizah bercadang untuk menggugurkan Lee tapi tiada lagi calun untuk menggantikan.

Khabarnya Lee akan dikambing hitamkan sebagai penyebab 10 soalan yang dikemukakan Wan Azizah ditolak oleh Speaker kerana tidak mengikut peraturan.

Rupanya bekas ADUN Kajang itu sendiri tidak mengetahui prosuder dalam mengemukakan soalan kepada Dewan.

AKhirnya yang nak tanya soalan dan ADUn sekarang pun kenalah tahu

Baca juga Selangor Chronicle SINI

Anwar rasmi masjid tapi DAP mahu hapuskan kedudukan Islam?

Posted: 24 Jun 2014 02:00 AM PDT


Pagi tadi (Ahad Jun 22), selepas berlakon tenat dengan meminta agar dimasukkan ke wad di IJN hanya kerana demam biasa demi meraih simpati daripada para penyokongnya, Anwar Ibrahim telah merasmikan dan melakukan upacara pecah tanah bagi masjid baru Batu Maung.

Dia kemudiannya membuat ucapan dan berlagak seperti seorang ulama besar yang hafal kitab itu dan kitab ini.


Anwar dan lakonan munafiqnya memang sudah lama terkenal.

Orang inilah yang mengkondem Islam dengan sekondem-kondemnya.

Orang inilah yang seringkali apabila berhadapan dengan khalayak Zionis dan anti-Islam akan menyatakan betapa lapuknya undang-undang Islam yang tidak membolehkan perbuatan liwat dan zina. 

Orang inilah yang menyokong Zionis dan berikrar untuk mempertahankan negara haram Zionis. 

Bahkan orang inilah yang mahu menyamaratakan Islam dengan agama-agama lain atas dasar kesamarataan dan keadilan, walaupun di negara-negara yang Islam adalah minoriti, tiada pula sebarang suara kesamarataan.



Dengan memberikan ruang kepada Anwar Ibrahim untuk merasmikan pembinaan masjid baru Batu Maung, adakah ini bermakna Kerajaan Negeri Pulau Pinang cuba membina sebuah Masjid Dhirar yang bertujuan untuk menghancurkan Islam di Pulau Pinang? 

Anwar Ibrahim yang sudah terbukti merupakan seorang peliwat berdasarkan kepada bukti-bukti klasik dan klinikal yang dibentangkan di mahkamah tanpa dia sendiri ragui dan sanggah, telah dijadikan ikon untuk DHIRAR pada masjid yang dibiayai daripada peruntukan rakyat itu?

Baca sepenuh di Flying Kick SINI

Betapa sesatnya idola sesetengah anak muda

Posted: 24 Jun 2014 12:00 AM PDT


Fahmi Reza adalah aktivis mahasiswa yang terlibat dalam penganjuran Occupy Dataran. Dia turut terlibat dalam perbincangan tertutup bersama mahasiswa yang terlibat dalam himpunan Bersih, GST dan penganjur forum "Student Power".

Pernah dapat tajaan kerajaan untuk study di luar negara tapi gagal.menamat pelajaran. Dia yang gagal dan tak tumpukan pelajaran lalu dia balik Malaysia dengan misi mahu salahkan kerajaan.

Fahmi mengajak mahasiswa menentang kerajaan melalui student power untuk hapuskan AUKU dan kononnya memperjuangkan student rights dan human rights.

Inilah kisah seorang yang gagal dalam hidup lalu cuba jadi pemimpin untuk membawa mahasiswa ke arah jalan yang gelap. Baca pandangnnya mengenai ugama berikut:


Human rights yang human centric dan mengenepikan ketuhanan dan kerohanian diperjuangkan hingga sedia menerima kewujudan transgender yang terang-terang songsang dan haram. Dalam grup dia pun wujud pengamal LGBT.

Gaya hdup bohemian Fahmi Reza ini jelas. Girlfriend pun cina dan bersekedudukan.