Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Muhyiddin dikhabar ke Jakarta, penyingkiran beliau semakin nyata

Posted: 23 Jun 2014 10:26 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 JUN: Khabar angin yang tersebar mengatakan Tan Sri Muhyiddin Yasin bakal disingkirkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri semakin hampir menjadi kenyataan apabila beliau dikhabarkan ke Jakarta, sebaik Perdana Menteri menafikan ada sebarang pertukaran untuk orang nombor dua itu.
Justeru, para pengundi serta ahli-ahli Umno Pagoh lega menerima perkhabaran itu.
Bagi penulis Shahbudin Husin, sebagaimana yang selalu terjadi, penafian tidak lagi bermaksud sesuatu itu tidak akan berlaku,malah lebih merupakan petunjuk bahawa khabar angin semakin hampir menjadi kenyataan.
Najib-Muhyiddin1"Ini berikutan tidak berapa lama selepas Najib Razak menafikan ada sebarang pertukaran orang nombor duanya, dikhabarkan pula bahawa Muhyiddin telah pun berlepas ke Jakarta dengan diikuti oleh beberapa orang pengikut serta rakan karibnya dalam dunia politik," tulis beliau di blognya, seperti dilapor Harakah Daily.
Menurutnya, sumber yang dekat dengan Muhyiddin memberitahu, pemergian itu ada kaitan untuk membincangkan perkembangan politik terbaru mengenai dirinya serta hubungannya dengan Perdana Menteri yang menjadi bualan ramai ketika ini.
"Difahamkan, hasil daripada perbincangan di Jakarta itu nanti, tidak mustahil Muhyiddin akan membuat sesuatu keputusan yang
megejutkan.
"Namun tidak mustahil juga beliau dinasihati terus kekal dan bersabar sehingga pilihan raya umum akan datang," ulasnya lagi.
Desas desus berkenaan sebelum itu disebarkan dalam laman blog dan media sosial, mengatakan Najib akan melakukan rombakan kabinet besar-besaran.
Akhbar baru-baru ini turut melaporkan bahawa Najib akan membawa masuk pemimpin MCA dan Gerakan ke dalam kabinet. Perubahan tersebut dikatakan turut melibatkan tiga Naib Presiden Umno iaitu Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Shafie Apdal.
Muhyiddin dikatakan bakal digantikan dengan Hishammuddin yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Najib.
Perkara ini turut diulas bekas Menteri Penerangan dan bekas wartawan, Datuk Zainuddin Maidin dengan mengatakan faktor umur dan kesihatan Muhyiddin dikatakan antara sebab beliau akan disingkirkan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62005

Konsesi UiTM Tapah - Timb. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula .... semua puak-puak depa saja yang bolot

Posted: 23 Jun 2014 09:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 24 JUN: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus cawangan Tapah.
rafizi_HK"Hari ini saya mengesahkan bahawa Datuk Tajuddin Rahman, Ahli Parlimen Pasir Salak yang juga Timbalan Menteri Pertanian adalah pemimpin Umno yang mempunyai pegangan minoriti di dalam konsesi penswastaan UiTM kampus cawangan Tapah.
"Ini mengulangi perkara yang sama di dalam konsesi-konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM yang lain apabila setiap syarikat konsesi turut mempunyai kaitan dengan pemimpin Umno atau ahli perniagaan yang rapat dengan Umno," kata Rafizi pada kenyataan.
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, konsesi penswastaan UiTM cawangan itu dianugerahkan kepada UniTapah Sdn Bhd dengan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyewakan kembali kampus itu kepada UiTM.
Kata Rafizi, salah seorang pengarah UniTapah Sdn Bhd ialah Sri Rahayu Tajuddin, iaitu anak kepada Tajuddin.
"Sri Rahayu juga pernah menjadi Setiausaha Umno Bahagian Pasir Salak yang diketuai oleh Tajuddin," katanya.
(Laporan menyusul)
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62002

Pelajar Tersepit Dalam Faraj

Posted: 23 Jun 2014 08:00 PM PDT





Diterbitkan: Selasa, 24 Jun 2014 10:48 AM
SEORANG pelajar dilaporkan telah terperangkap di dalam replika batu faraj gergasi di Tubingen, Jerman.
Pelajar pertukaran dari Amerika Syarikat itu tersepit pada marmar faraj gergasi itu ketika cuba memasuki ke dalamnya untuk merakam gambar pada Jumaat.
Berikutan itu, lima kenderaan yang dilangkapi 22 anggota bomba dikerah untuk membebaskan pelajar berkenaan.
(Picture: Imgur/ Erick Guzman)

Ketika mangsa tersepit, terdapat orang ramai yang merakam gambar dan menyebarnya di laman sosial sebagai kejadian yang memalukan.
Selain itu, pihak bomba juga menganggap tindakan lelaki terbabit sebagai memalukan apabila dia cuba memasuki faraj gergasi.
Faraj gergasi itu merupakan hasil seni seorang artis dari Peru, Fernando de La Jara dan telah berada Universiti Tubingen sejak 13 tahun lalu.
Replika yang dipanggil Pi-Chacan itu bermaksud berkasih-sayang. - metro.co.uk
(Picture: Imgur / Erick Guzman)

Wanita AS dirogol beramai-ramai

Posted: 23 Jun 2014 06:58 PM PDT

KATHMANDU - Seorang warga Amerika Syarikat (AS) yang berusia 40 tahun dirogol beramai-ramai oleh empat lelaki Nepal di sebuah hotel di bandar Kathmandu, kata polis semalam.


Mangsa yang tinggal di Nepal dengan visa perniagaan sejak tahun 2013 diserang pada 14 Jun di sebuah hotel di bandar Thamel, kata seorang pegawai polis kanan kepada AFP.
"Dia telah menghabiskan waktu dengan lelaki-lelaki itu dan mereka telah minum alkohol. Mereka kemudian ke sebuah hotel di mana dia tidak sedarkan diri. Apabila dia bangun dari tidur, dia sedar yang dia telah dirogol," kata Superintendan Kanan, Hemant Bahadur Pal.
Bagaimanapun, dua daripada empat suspek telah ditahan dan mereka menafikan dakwaan itu, kata Pal.
Jika didapati bersalah, mereka akan berhadapan dengan hukuman penjara sekurang-kurangnya 10 tahun. - AFP
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0624&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_05.htm#ixzz35WA1Ysrn 
Hakcipta terpelihara 

PERKASA mahu pancung kepala pengkhianat Sultan Selangor

Posted: 23 Jun 2014 06:31 AM PDT

PERKASA_230614_TMISHAFIQ_08 Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) memberi amaran akan memancung kepala mana-mana pihak yang masih enggan menghormati kedaulatan Islam dan mengkhianati kedudukan Sultan Selangor sebagai ketua agama negeri.
Yang Dipertua Perkasa Negeri Sembilan Ruslan Kassim berkata, orang Islam kini diuji dengan golongan anti-Islam yang sengaja menimbulkan polemik berhubung isu kalimah Allah dan rampasan Bible berbahasa Melayu dan Iban daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM).
"Suara mereka suara Israel, mereka yang anti Islam, minda mereka dicemari dengan musuh Islam.
"Jika kamu tidak tutup mulut kamu daripada terus memperkotak-katikkan Islam, kita akan tutup mulut kamu dan jika kamu mengkhianati Sultan, kita akan pancung kepala kamu.
"Biarkan kamu mati daripada terus menjadi parasit," katanya semasa berucap dalam perhimpunan di depan perkarangan Istana Kayangan di Shah Alam, hari ini.
Yang Dipertua Perkasa Selangor Datuk Abu Bakar Yahya kemudiannya menyerahkan memorandum kepada wakil istana kira-kira pukul 1 tengahari tadi mahu Bible yang dirampas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dijadikan sebagai kes mahkamah.
"Perkasa Selangor juga menyokong penuh titah tuanku supaya isu ini tidak wajar dipolitikkan oleh mana-mana pihak sehingga boleh mengelirukan dan meresahkan masyarakat.
"Mereka yang terlibat secara langsung dengan isu ini seharusnya tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak bertanggungjawab sehingga boleh mengeruhkan lagi keadaan.
"Perkasa juga ingin mempertahankan Jais dan Mais (Majlis Agama Islam Selangor) dalam apa jua keadaan, maka sewajarnya badan itu diperkukuhkan lagi dengan undang-undang yang sedia ada agar Mais dan Jais dapat menjalankan tugas dengan lebih tegas dan berkesan," katanya dalam memorandum itu.
Abu Bakar turut menggesa agar empat ahli Parlimen PAS Selangor dikenakan tindakan mengikut Akta Hasutan kerana menganggap kenyataan mereka memberi kesan buruk kepada institusi diraja dan memperkecilkan peranan Jais dan Mais.
"Perkasa menyifatan kenyataan mereka sebagai biadap, tidak sopan dan bersifat kurang ajar dalam konteks budaya Melayu.
"Apatah lagi jika ianya menyentuh peranan dan kuasa Raja-Raja Melayu sebagai ketua agama Islam negeri," katanya.

Lagi mangsa rogol digantung

Posted: 23 Jun 2014 05:18 AM PDT

  • Penduduk menemui mayat mangsa digantung pada sebatang pokok berhampiran rumahnya.Penduduk menemui mayat mangsa digantung pada sebatang pokok berhampiran rumahnya.
 1 / 1 
PUNJAB - PAKISTAN. Seorang mangsa rogol dibunuh kejam apabila mayatnya digantung pada sebatang pokok di sebuah perkampungan miskin di Layyah, wilayah Punjab, Pakistan, kelmarin.

Pegawai polis kanan Sadaqat Ali Chohan berkata, Muzammil Bibi, 20, diserang tiga lelaki berhampiran rumahnya sebelum diheret ke kawasan semak untuk dirogol secara bergilir-gilir.

"Ini adalah serangan rogol paling kejam di Pakistan. Ketika ditemui, mangsa pengsan dan pakaiannya koyak-rabak," katanya pada laporan Dailymail.


Menurutnya, melalui siasatan awal, mangsa dicekik di leher dan dipukul beberapa kali berdasarkan kesan lebam pada anggotanya.

Difahamkan, ibu bapa mangsa meminta bantuan penduduk kampung untuk mencari mangsa sejurus mengetahui kehilangannya.

Keesokan harinya, penduduk kampung menemui mangsa tergantung pada sebatang pokok berhampiran rumahnya dalam keadaan tidak bermaya dan berlumuran darah.

Bulan lalu, kes sama turut berlaku apabila penduduk kampung menemui dua mayat adik-beradik mangsa rogol tergantung pada sebatang pokok di sebuah perkampungan di Uttar Prakash, India.

Ada tiga lagi skandal Umno akan saya dedahkan – Rafizi

Posted: 23 Jun 2014 01:49 AM PDT

Oleh: Nazar Hashim)


TANJONG TOKONG 22 JUN: Selepas isu pemberian konsesi Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada kroni Umno didedahkan, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli  akan mendedahkan tiga lagi skandal membabitkan pimpinan parti itu.
Rafizi
Exco Pulau Pinang, Dr Afif Bahardin berbisik sesuatu kepada Rafizi ketika majlis makan malam bagi kutipan dana untuk KEADILAN Pulau Pinang, malam tadi.
"Selepas mendapat bukti dan isyarat, saya akan dedahkan tiga lagi skandal melibatkan korupsi pimpinan mereka dalam masa terdekat," ujarnya pada majlis makan malam KEADILAN di Straits Quay Convention Centre di sini, semalam.
Menurutnya, pendedahan mengenai projek penswastaan kampus UiTM adalah bukti ketara bagaimana pemimpin Umno mengkhianati orang Melayu dengan memberikan projek tersebut kepada suku sakat dan kroni mereka.
"Jika kerajaan tidak ditukar dalam pilihan raya yang akan datang, banyak lagi pengagihan kekayaan negara secara tidak telus akan dibolot oleh kroni-kroni mereka secara melampau," ujarnya.
"Umno seolah-olah mempertahankan bangsa Melayu, sebaliknya Umno lah yang memperbodohkan orang Melayu di kampung dan pedalaman," katanya.
Justeru  Rafizi berkata, KEADILAN akan mengatur program turun padang ke seluruh negara bagi mendedahkan pembohongan Umno, terutama kepada penduduk luar bandar berkaitan isu berkenaan.
Rafizi sebelum ini mendedahkan kerajaan memberikan konsesi selama 23 tahun kepada syarikat kroni untuk membina enam kampus cawangan UiTM seluruh negara. Bagaimanapun, UiTM perlu membayar semula sewa kepada syarikat berkenaan antara RM56 juta sehingga RM69 juta setahun.
Jumlah keseluruhannya bayaran tersebut adalah sebanyak RM8.6 bilion iaitu lima kali lebih tinggi berbanding kos membina sendiri kampus-kampus ini iaitu RM1.8 bilion.
Antara individu yang mendapat konsesi berkenaan adalah adik kepada bekas Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil bagi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban III dan Ketua pegawai Eksekutif Syabas, Datuk Rozali Ismail yang diberi konsesi UiTM Puncak Alam.
Hadir sama dalam program tersebut ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Azmin Ali, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon, Speaker Dun Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, barisan exco kerajaan negeri serta pimpinan PAS dan DAP Pulau Pinang.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61967

Surat terbuka kepada Datin Seri Rosmah Mansor

Posted: 23 Jun 2014 12:26 AM PDT

Saya terpanggil untuk menulis sepucuk surat buat mama selepas membaca khabar berkenaan ucapan mama di Majlis Anugerah Nadi Negara 2013 Wanita Umno di ibu negara semalam menyentuh berkenaan mahasiswa. Terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih buat mama, atas keperihatinan berkenaan anak-anak mama sendiri iaitu mahasiswa sendiri.
Memetik ucapan semalam, pandangan mama kepada anak-anaknya dan menasihatkan golongan mahasiswa supaya memproses maklumat yang diperoleh di alam maya dengan bijak dan tidak hanya mempercayainya tanpa membuat semakan dan kajian, dalam pelajaran di universiti, mahasiswa dididik untuk berfikir secara kritis dan rasional selain tidak hanya menggunakan pemikiran logik tetapi membuat semakan untuk memastikan kesahihan sesuatu maklumat.
Selain itu, mama ada juga mengemukakan harapan kepada mahasiswa iaitu berharap kaedah tersebut tidak hanya digunakan di peringkat universiti saja tetapi diaplikasikan dalam proses pencarian ilmu di  Internet mahupun ketika membaca bahan di media sosial serta laman web.
"Jika bertindak melulu dan membantu menabur fitnah merata-rata, harus ingat perbuatan tersebut akan membinasakan masa depan anda sendiri dan memperjudikan negara kita kelak," katanya.
Tambah mama lagi, masyarakat tidak boleh menyalahkan segelintir kecil mahasiswa yang bertindak mengikut perasaan dan secara terburu-buru tanpa memahami keadaan sebenar. Ini mungkin kerana mereka (mahasiswa) tidak mendapat gambaran sebenar mengenai usaha dan peranan kerajaan dalam membangunkan negara.
Dalam ucapan tersebut juga mama menyentuh berkenaan GST di mana beliau menasihatkan mahasiswa supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakwaan pembangkang mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).
"Saya dengar golongan pelajar kini tidak membaca surat khabar (arus perdana) kerana mendakwa surat khabar berat sebelah. Bacalah, Kita kena tahu benda yang betul (melalui media arus perdana)," katanya.
Di sini saya mengambil peluang untuk respon berkenaan ucapan mama memandangkan masih belum ada mahasiswa respon berkenaan ucapan mama. Di sini beberapa perkara yang saya mahu kemukakan:
1. Mama perlu menjadi wanita/mama untuk semua mahasiswa, semua masyarakat Malaysia tidak kira agama dan bangsa di Malaysia
Saya sedikit terkilan, mama hanya berperanan sebagai wanita Umno/BN sahaja, sepatutnya mama perlu berusaha untuk menjadi wanita Malaysia yang melambangkan wanita pertama Malaysia di mata dunia, sentiasa bersikap adil kepada semua rakyat serta mahasiswa.
Perkara ini termasuk menjaga identiti sebagai wanita islam pertama Malaysia, menutup aurat, menjadi idola semua wanita islam di mata dunia. Tidak perlu menjadi seorang ustazah, tetapi cukup sekadar menjaga baik nama Islam di mata masyarakat lain. Saya mengambil contoh mudah, iaitu berkenaan majlis semalam, majlis ini hanya meraikan wanita Umno/BN serta mahasiswa yang pro kepada kerajaan sahaja.
Untuk pengetahuan mama, saya adalah yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya, merangkap presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa Nasional(MPMN), persoalannya kenapa saya tidak dijemput ke majlis semalam? Sedangkan mama pun tahu Universiti Malaya merupakan universiti terbaik di Malaysia, sedangkan rakan YDP kampus lain seperti kampus USM, UPMN serta UiTM dijemput, jika dilihat kampus seperi USM, UITM dan UPMN jauh ketinggalan di belakangan UM.
Bukan mempersoalkan berkenaan status ranking, tetapi jelas di situ sesetengah kami ini dipinggirkan. Tidak dinafikan, mama banyak berusaha melakukan yang terbaik dalam menjadi wanita pertama Malaysia dengan melakukan pelbagai aktiviti, antaranya ialah program Permata. Usaha itu saya sangat hargai, buanglah sentimen parti, terus berusaha membawa negara ke arah yang lebih baik, kurangkan sumbangan kepada kroni, tetapi lebih kepada rakyat Malaysia. Mahasiswa semakin bijak menilai.
2. Mahasiswa sentiasa bijak menilai
Buat pengetauhan mama sendiri, mahasiswa di Malaysia semakin bijak menilai sesuatu isu dan maklumat disalurkan. Apatah lagi mahasiswa di luar negara. Tidak dinafikan masih ada mahasiswa yang hanya menilai menerusi satu sumber sahaja, tetapi hakikatnya jumlah ini kecil berbanding mahasiswa yang menilai maklumat sebaik mungkin.
Mama tidak boleh menyalahkan media masa yang sedia ada seperti Malaysiakini, The Malaysian Insider, Free Malaysian Today, Rakyat Post dan sebagainya. Media ini berperanan untuk mencari rating mereka dalam menyiarkan berita, oleh itu berita ini sentiasa mencari tajuk yang kontroversi dan hangat. Berbeza pula media masa pihak pembangkang iaitu Harakah Daily, Selangorku dan Keadilan Daily, media ini adalah lidah rasmi pembangkang.
Tetapi media kerajaan perlu menjadi media kepada masyarakat Malaysia bukanya menjadi lidah rasmi sesetengah parti, umpamanya TV3,TV2,TV1, Utusan Melayu, Berita Harian dan lain-lain. Barulah mahasiswa sentiasa bersama media arus perdana, jika peranan media kerajaan menjadi lidah rasmi sesetengah parti politik sehinggakan boleh digelarkan TV3 suku, Utusan Meloya serta Berita Hairan, bagaimana kami hendak bersama media arus perdana, buka saja TV3 hanya berita berkenaan Umno/BN serta mencari kesalahan dan aib negeri Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang, seolah-olah Malaysia hanya menpunyai 3 negeri ini sahaja.
Jika sebaiknya Umno/BN ini menpunyai lidah rasmi sendiri mereka sendiri, dan bebaskan TV3 suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan ini. Kesian saya melihatnya yang sentiasa menjadi mangsa sesetengah pihak. Untuk pengetahuan mama, saya sendiri membelek media yang ada setiap hari dari Utusan Meloya, Berita Hairan, Harian Metro, Malaysiakini, Bernama,Keadilan Daily dan banyak lagi untuk membandingkan sesuatau maklumat yang disampaikan.
Jika dahulu sering ditipu dengan propaganda berita TV3 suku, Utusan Meloya dan Berita Hairan. Kini sumber internet semakin meluas malah kini anak muda mesra dengan internet, sukar untuk kami tertipu lagi, "Mr Google" sentiasa bersama dalam merungkai masalah penipuan ini. Saya sendiri memuji usaha mama yang mempergiatkan program Permata yang sering disiarkan dalam media kerajaan. Bagi saya secara peribadi, program Permata ini sangat memberi kesan yang positif kepada anak kecil dan saya menyokong 100% program ini demi kebaikan bersama. Lihat? Jika perkara itu baik, kami mahasiswa akan menyokong.
3. GST dan pembangkang
Tidak dinafikan GST menpunyai pro dan kontranya. Secara peribadi, saya hadir seminar dan perbincangan meja bulat yang diadakan kerajaan sendiri. Malah, saya membuat penelitian fakta dan hujah yang diberikan oleh pembangkang berkenaan GST.
Selain itu, beberapa buku saya baca berkenaan GST ini, antaranya karya Dr Choong Kwai Fatt yang merupakan pakar cukai yang unggul dan terkenal di Malaysia. Beliau juga dikenali dalam penyelidikan dan pengarangan buku. Buku percukaian dan jurnal yang dikarangnya digunakan kebanyakan universiti, badan profesional dan akauntan.
Secara peribadinya impak GST ini banyak memberi kesan positif berbanding negatif. Tetapi apa yang membuat saya khuatir ialah, hasil pungutan GST itu akan dibawa ke mana? Ke kroni? atau rakyat? Saya sudah serik mengenai kisah 'kondominium', ' mantan menteri besar Selangor' dan sebagainya.
Oleh itu, saya bantah GST bukannya melulu membantah mengikut pembangkang. Mahasiswa ini bukan macai pembangkang. Mereka menpunyai idea sendiri dan sering lain daripada lain bagi memastikan negera ini aman dari kepentingan mana-mana pihak.
Kesimpulannya, secara peribadinya, tujuan saya untuk menyatakan pendapat ini kepada mama bukan untuk menjatuhkan imej mama ataupun ada unsur negatif. Tetapi pendapat ini merupakan teguran kasih sayang sebagai rakyat Malaysia dan mahasiswa kepada Datin Seri Rosmah Mansor yang dianggap mama.
Ketepikan kepentingan peribadi atau sesetengah pihak saja, perbaiki kelemahan yang ada demi kesejahteraan Malaysia yang tercinta setimpal dengan situasi negara kita sekarang. Saya yakin Malaysia mampu jauh ke depan jika mempunyai pemimpin yang berwibawa, telus, dan bersih. – 23 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/surat-terbuka-kepada-datin-seri-rosmah-mansor-fahmi-zainol?utm_medium=twitter&utm_source=twitterfeed#sthash.ixOESXxs.dpuf

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Elok Mat Taib jawab: Perasuah masuk PAS mampu ke ke syurga?

Posted: 23 Jun 2014 10:00 PM PDT


Cakap bayak malas.

Macam mana MB dengan gaji banyak tu masa dulu boleh bawa duit satu beg ke Australia?

Langsung digugurkan dari jawatan MB.

Tak malu pulak tu nak kembali.

Mat Taib lari ke PAS pasal dia keseorangan sebagai pemimpin veteran UMNO dan mahu terus berperanan.

Dah dapat hdup balik bawah Pak Lah pun tak bersyukur.

Orang tak bersyukur baik tak payah cerita pasal syurga negara

Hadi ngaku ramai pemimpin PAS jahil

Posted: 23 Jun 2014 08:17 PM PDT



Yang kini menentang hudud bukan ke Mujahid, Khalid Samad, Husam Musa, Salahuddin Ayub, Nizar Jamaluddin, Mahfuz Omar, Dr Dzulkifli, Dr Rani,  ....

........banyak lagi nama.

Terima kasih kerana  mengaku PAS jahil.

Kaum India carwash turut didiskriminasi kerajaan DAP Penang

Posted: 23 Jun 2014 08:23 AM PDT






Semalam, satu demonstrasi berlangsung di PP Car Wash Jalan Tenggiri, Seberang Jaya berhubung campurtangan kerajaan negeri dalam urusan perniagaan.

Pemilik Carwash Pp.Seramai 25 orang yang terdiri daripada kalangan pemimpin BN, kalagan pekerjax carwash dan wartawan tempatan telah hadir dalam demonstrasi tersebut.




Demonstrasi tersebut diketuai oleh Vigeneswaran A/L Arjunan.

Sepanjang demontrasi kandungan kain rentang yang dipaparkan adalah seperti berikut:-

(a) Kami hanya mencari makan secara jujur..bukan meraikan keuntungan secara beribu-ribu dan kami tak pernah menggangu ketenteraman penduduk-penduduk seperti mana yang dituduh oleh YB Afif......

(b) Mana Ahli Parlimen Permatang Pauh? Mana ADUN Seberang Jaya? Mana macai macai PR??

(c) Kami dipaksakeluar dan diugut oleh YB JKKK PR. Kerajaan yang harus membela hak kami tapi menjadikan kami menderita inikah disebutkan harapan rakyat??

(d) Harapan dibawa kerajaan Pakatan Rkyat Pulau Pinang menindas hak orang kurang kemampuan

(e) Kerajaaan Pakatan Rakyat tiada perikemanusiaan sebab apa???


(f) YB Afif dari Parti Keadilan tidak membela rakyat oku.. YB..takut kepada JKKK dan menindas rakyat

(g) Kami rakyat Pulau Pinang terus ditindas dibawa kerajaan Pakatan Rakyat

(h) Kerajaan Pakatan Rakyat tidak perikemanusiaan sebab apa???

(i) Mengapa pengusaha cuci kereta ditindas kerana permainan politik JKKK dan ADUN Seberang Jaya

(j) 8 tahun kami mengusahakan cuci kereta di sini. Mengapa semua tak kena YB Afif????? Sebab saya Indiakah???

(k) Yb Afif Berkata....!!!dewan tidak boleh dijadikan premis perniagaan yb tolong......?jawab soalan kami......????

Kini penyokong kerajaan pun tuntut Gani Patail dipecat?

Posted: 23 Jun 2014 05:00 AM PDT


Tindakan Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk mengarahkan menarik balik kes terhadap RSN Rayer nampaknya menampah lagi kontroversi yang sedang melandanya.

Semalam, Gani arah ditarik balik dakwaan terhadap RSN Rayer walaupun Pesiden ISMA dan Pemuda UMNO yang menceroboh DUN Pulau Pinang didakwa.Baca SINI


Ada pihak kata kes pendakwaan RSN Rayer a/l Pariasamy  ditarik balik disebabkan laporan polis ke atas beliau merujuk kepada ungkapan Rayer di dalam Dewan Undangan Negeri, Pulau Pinang. Sepatutnya laporan polis dibuat berdasarkan kepada ucapan beliau dan beberapa pemimpin pakatan di luar Dewan.

Ucapan seorang wakil rakyat adalah tertakluk kepada imuniti sebagai seorang Ahli Dewan selain dari keputusan Speaker untuk membawa seseorang ahli ke Jawatankuasa Tatatertib dan Hak. Oleh yang demikian, kes tidak boleh dibawa ke mahkamah atau jika dibawa jua, Pendakwaraya akan kalah atau ditolak oleh Hakim.  Suatu laporan polis yang baru perlu dibuat ke atas RSN Rayer agar pendakwaan boleh dilakukan.


Selain isu ini, Gani telah mengarahkan JAIS memulangkan Bible Bahasa Melayu dan Iban yang menggunakan kalimah Allah.DAP sudah naik kepala pasal Gani memberi mereeka peluru. Baca SINI


Dengan keputusan Mahkamah Persekutuan berpihak kepada MAIS dan JAIS, kini ternyata Tan Sri Gani Patail telah salah dalam arahannya.

Sebuah blog mengatakan Gani sudah melanggar Seksyen 7 Enakmen 9 Enammen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang sudah jelas adalah kesalahan sebar doktrin palsu. Baca blog SINI.

Lebih utama kenyataan dan arahan Gani Patail bersalahan dan melanggari al Quran, al Hadith dan kesepakatan para ulamak. Baca SINI


Nampaknya Gani Patail hanya berani dakwa pihak kerajaan hingga dikatakan sumber polis telah memaksa pihak polis ada-adakan bukti walaupun satu sumber polis kata tiada bukti untuk dakwaan.

Bila pembangkang pula, laporan polis yag beribu dan bukti yag jelas langsung tidak diambil tindakan. Baca house PK SINI

Dengan mendakwa ISMA, Gani terperangkap kerana mereka sedia didakwa tapi mahu semua pihak-pihak khususnya puak liberal dan pembangkang di dakwa juga.

Gani seolah-olah tak mahu menentang pihak pembangkang sejak dari zaman reformasi. Ada pihak kata Gani takut hingga tarik diri dari mengetuai pasukan mendakwa Anwar untuk kes sodomi 2.


Gani boleh berani beri amaran pada Dato Dr Khir Toyo tapi Anwar boleh berleluasa menuduh kerajaan dalam hal sodomi 2. Baca SINI.

Ada kata Gani bukan peguam yang cekap tapi hanya pandai berpolitik dan mengampu saja. Gani dikatakan selalu kalah dalam perbicaraan maka tak mahu bawa kes melainkan kes yang hanya 100% menang.

Sudah ada pihak membuat pelbagai tuduhan salahlaku terhadap Gani hingga mengungkit isu yang dibangkitkan pembangkang. Baca Malaysiakini SINI dan MI SINI dan blog pembangang SINI


Gani dikatakan tangan utama yang mahukan EO dan ISA dibubarkan. Baca kmen Tan Sri Musa Hasan SINI.


Dia nampaknya sedia mahu kemukakan cadangan Majlis Peguam dalam tiga akta baru oleh MPKN bawah tan Sri Joseph Kurup.

Sudah ada suara menuntut supaya diadakan Suruhanjaya Diraja Siasat Penyelewengan Gani Patail -

Sesaorang Peguam Negara yg terdedah kepada blackmail atau ugutan drp pihak2 tertentu pasti tidak boleh berfikir dan mempertimbangkan sesuatu diatas kepentingan negara.

Dikhuatiri implikasi keputusannya akan menyebabkan ugutan terhadapnya akan di laksanakan.

Banyak bahaya yang akan timbul apabila sesaorang penjawat jawatan peguam yang mempunyai pelbagai tuduhan skandal atau dipercayai banyak masalah persendirian yang mungkin di guna pakai oleh sesetengah pihak untuk memeras peguam negara.

Samada betul tuduhan yang dibuat terhadap AG, imej AG bukan saja dipersoalkan pihak pembangkang tapi juga pihakk penyokong kerajaan.

Jangan sebab AG negara jadi kacau bilau dan sentiasa huru hara hingga hilang sokongan rakyat pada kerajaan BN.


Cina India sokong kebijaksanaan IGP dan PDRM tangani perebutan anak

Posted: 23 Jun 2014 02:00 AM PDT


Dalam isu perebutan anak antara bekas pasangan bukan Islam dan bekas pasangan yang sudah masuk Islam, ada peruntukan undang-undang yang menyebut anak itu boleh ditukar ugama oleh salah seorang ibu bapa sahaja.



Maka IGP enggan masuk campur dalam hal ini. Malah PM kata serahkan pada mahkamah. Perlu ikut mahkamah tinggi dulu sebelum mahkamah persekutuan dan mungkin mahkamah persekutuan sudah ada pprecedent undang-undang tertentu.

Tindakan IGP menerima banyak kritikan dari peihak pembangkang khususnya puak ultra liberal dan DAP.


Namun begitu tidak semua pihak bukan Islam sokong Guan Eng yang bertambah dibenci sekian hari. Malah ada yang menyokong IGP.


SIDANG MEDIA CP BUKIT INDAH SOKONGAN TERHADAP KETUA POLIS NEGARA.

Dalam sebuah sidang akhbar di pejabat Pejabat CP. di No. 23A, Jln Indah 1/2, Tmn Bukit Indah, Nusajaya, lebih kurang 60 orang ahli2 CP Bukit Indah dan wakil penduduk Horizon Hills menyatakan sokongan.

Yap Keng Tak - ketua CP Bukit Indah menyatakan dalam sidang media beberapa perkara berikut:


1. Menyatakan sokongan terhadap IGP dan PDRM tentang isu hak penjagaan anak kerana mereka menyifatkan hal ini tidak perlu dipolitikkan oleh pembangkang.

2. Mewakili penduduk dan menyatakan rasa tak puas hati dgn pengurusan dan sekuriti Horizon Hills kerana dua keluarga telah mnjadi mangsa akibat rumah mereka dipecah masuk sebanyak dua kali. Menjelaskan pengurusan Horizon Hills tidak mendengar rintihan penduduk.

Selama ini pembangkang perlecehkan polis dan nampaknya kasi swasta pun tak boleh harap. Ini pula nak kasi seluruh Iskandar pada syarikat Singapura.

3. Menyatakan rasa tak puas hati dengan agen pembantu rumah warga Singapura yang telah menipu seorng perempuan India yg ingin mencari pembantu rumah. Menjelaskan pembantu rumah tersebut tiada permit kerja dan RM 3,000.00 tlh dibyr bg tujuan tersebut.


Mahkamah tolak: JAIS dan MIS tak salah!!! Gani Patail, Zainon Ali buat pelik?

Posted: 23 Jun 2014 12:00 AM PDT


Hirannya kenapa hakim Zainon Ali setuju Evangelis appeal di Federal Court?


Bekas Registrar ROS ini dulu pernah dikhabar anginkan sebagai pro Anwar kan? Islam liberal ke dia ni? 

Puak-puak evangelis ini dijangka bakal menggunakan jalan COMANGO untuk bawa isu ini ke Bangsa Bersatu. Sekiranya perlu, mereka sanggup Malaysia di boikot ekonomi untuk dipaksa ubah perlembagaan bagi membolehkan orang `islam di murtadkan!!!



Dengan pihak mahkamah sudah putuskan kalimah Allah untuk orang Islam dan pihak gereja dah tiada alasan perlembagaan dan undang-undang, tindakan JAIS dan MAIS menentang arahan Khalid Ibrahim memulangkan bible Melayu dan Iban yang guna kalimah Allah adalah betul!!!





Kenapa pula Tan Sri Gani Patail arahkan MAIS dan JAIS pulangkan bukti Bible bahasa Melayu dan Iban yang guna kalimah Allah sebaga tuhan yang mana kes belum habis???


Khalid guna arahan Gani patail untuk arah pulangkan

Hairannya kenapa Tan Sri Gani Patail boleh arahkan JAIS dan MAIS pulangkan Bible tersebut? Takde telor ke atau tak faham undang2????



Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Himpunan Solidariti Kg Chubadak

Posted: 23 Jun 2014 06:05 AM PDT

Himpunan Solidariti Kg Chubadak Tambahan & Peneroka Bandar berjalan lancar pagi ini. Pendirian tegas, agar Kerajaan mengiktiraf dan menghormati hak penduduk. Mereka adalah peneroka awal yang membangunkan Kg Chubadak sejak belum merdeka. Chubadak Tambahan, Puah Seberang, Puah Lembah dan saki baki kampung melayu di KL mesti dikekalkan sebagai kampung warisan melayu.


Usaha menyingkirkan kampung2 tradisi kononnya atas nama pembangunan adalah pengkhianatan kepada orang melayu. Mengapa kampung ini tidak dipertahankan, dibangunkan sebagai perkampungan moden yang lengkap?
Di mana letaknya identiti dan komitmen kita untuk mengekalkan hak warisan bangsa?

Seperti mana orang India mempertahankan Kg Buah Pala di Pulau Pinang, Penduduk Cina pertahankan Kubur dan rumah Ibadat di Pengerang, mengapa tidak Kg Chubadak dipulihara sebagai warisan melayu di bandar?


Perjuangan mesti diteruskan. Merentasi isu perkauman. Kehadiran MP Batu, Tian Chua, Arulchelven, pemimpin politik dan Ngo membuktikan isu Kg Chubadak adalah sensitiviti semua kaum.

Himpunan disudahi dengan ucapan Tuan Hj Mohamad Sabu dan doa mengiringi wakil2 penduduk seperti sdr Ramli, Pak Daud dan Lawyer Zamri yang kemudiannya menyerahkan memorandum kepada Datuk Bandar KL, Dato' Seri Ahmad Phesal Talib.





Allahyarham Al- Fadhil Ustaz Dato Abu Bakar Chik

Posted: 23 Jun 2014 05:22 AM PDT


Apa perasaan anda apabila mendapat khabar Ustaz Abu Bakar Chik meninggal dunia....

~ Sedangkan andalah dahulu yang menangkapnya pada 1984 di bawah akta zalim ISA, andalah yang menggari, mengheret dan melarikannya dari pangkuan anak dan isterinya tanpa sebarang dosa dan jenayah yang dilakukannya,


~ Atau andalah dahulu yang menyiksanya dengan menyoal siasatnya secara bergilir-gilir selama berbelas-belas jam sehari, anda masih boleh bergilir minum kopi dan menghisap rokok, sedang dia disoal berterusan untuk tempuh di luar batasan kemanusiaan,

~ Atau andalah dahulu yang menghantar laporan palsu yang anda reka kepada Menteri Dalam Negeri sehingga terkurungnya Ust Abu Bakar dari 1984 hingga 1986 tanpa bicara di Kem Kamunting,

~ Atau andalah dahulu yang mengeluarkan notis meroboh sekolah agama Institut Berakan di Kuala Terengganu yang ditubuhkan oleh Ustaz Abu Bakar,


~ Atau andalah dahulu yang mengerah FRU mengepung sekolah agama itu untuk diroboh,

~ Atau andalah dahulu anggota keselamatan yang menggari dan mengheret pelajar-pelajar sekolah agama itu ke balai polis kerana mereka menghalang kerja merobohkan sekolah agama mereka,

~ Atau andalah dahulu yang mencampakkan kitab agama dan al Quran ke dalam kumbahan najis demi memuaskan nafsu serakah pemimpin yang benci kepada pendidikan Islam


Biar beraneka tekanan dan tentangan anda lakukan, Ustaz Abu Bakar terus istiqamah dalam perjuangan dan dakwahnya. Roboh satu sekolah agama, dibangunnya sekolah agama yang lain. Ceramah dan kuliahnya berterusan tanpa henti. Hingga malam tadi, beliau bersama anak muda di Selangor dalam ekspedisi dakwahnya...

Sedangkan anda terus-terusan dalam jalan yang kelam, gelap, pekat, busuk, hanyir, meruntun hawa menurut nafsu mengejar dunia yang basi. 

Lantas pagi ini anda mendengar berita Ustaz Abu Bakar kembali ke pangkuan Tuhannya....
Tanpa anda sempat memohon maaf darinya...
Walau sebaris ayat...
Apa perasaan anda?