Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JATUHKAN HAJI HADI

Posted: 22 Jun 2014 06:31 PM PDT



Pemuda PAS Selangor mendedahkan terdapat usaha sistematik didalangi beberapa pemimpin parti bekerjasama dengan portal propembangkang untuk memperburuk-buruk imej Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


Ketua Pemuda PAS Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim dalam kenyataan medianya 21 Jun berkata, beliau tidak hairan apabila The Malaysian Insider (TMI) telah meletakkan sasaran terhadap Abdul Hadi sebagai faktor kegagalan pihak tertentu mahu menyingkirkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

"Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

"Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

"Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama,"katanya.

Kenyataan penuh :

Pemuda Pas Selangor Pertahan Presiden Dari Fitnah

Saya tidak hairan melihat TMI berhari-hari membuat serangan bertalu-talu dalam isu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim akhir-akhir ini.

Yang menariknya serangan itu mempergunakan PAS sebagai peluru. Seolah-olah keputusan PAS Selangor yang turut mahukan TKSI disingkirkan ketika ini.

Sebagai Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor yang juga ahli mesyuarat Harian PAS Selangor amat bersetuju dengan kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor YB Tuan Iskandar Abd Samad yang menafikan bahawa ia adalah pendirian Pas Selangor berhubung dengan beberapa kenyataan mengelirukan yang mendakwa PAS Selangor ingin menolak TKSI.

Ketika ini, sepatutnya Pas Selangor dan semua kompenan Kerajaan Pakatan Rakyat seharusnya meningkatkan komitmen memberi kebajikan kepada rakyat.TSKI perlu mendengar suara akar umbi dan mendahului agenda kebajikan rakyat. Bukan dengan kaedah menyerang serta membantutkan agenda tersebut yang boleh mengutungkan musuh.

Yang lebih memeritkan, sudahlah beberapa kenyataan oleh salah seorang MP PAS Selangor yang membelakangkan keputusan Pas Selangor, dengan penuh biadap peluru itu ditujukan pula kepada Tuan Guru Presiden Pas Tuan Guru Haji Hadi Awang.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI selepas kegagalan Kajang Move yang dirancang oleh pihak tertentu.

Sebagaimana yang sentuh di awal tadi, ia tidak menghairankan apabila TGHH dimangsakan sebagai penyebab kegagalan ini kerana tujuan sasaran utama sebenarnya ialah TGHH.

Ia juga adalah sebagaian usaha untuk menjatuhkan imej TGHH, sekaligus memburukkan institusi dan imej kepimpinan ulama.

Ia juga adalah rentetan "projek langgar Hadi" yang pernah diusahakan oleh beberapa individu upahan pasca PRU12 dahulu yang akhirnya menemui jalan buntu.

Masih segar lagi dalam ingatan saya usaha melaga-lagakan dua Tok Guru ; TGHH dan TGNA dengan tujuan untuk memburukkan imej TGHH yang kononnya pro-UMNO, oleh individu-individu upahan tadi.Tidak cukup itu, kemudian mengfitnah TGHH sebagai punca projek 16 September yg gagal.

Gagal menjatuhkan TGHH melalui serangan terus menerus, kemudiannya TGHH diserang melalui orang-orang kuat sekelilingnya, antaranya melalui menantunya dan melalui bekas Ketua Pemuda PAS.

Kini, TGHH pula difitnah sebagai punca kegagalan menyingkirkan TKSI.

Usaha-usaha serangan terhadap TGHH ini akan terus berlangsung berpunca daripada ketegasan TGHH yang komited dengan prinsip PAS untuk menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia.

Memang dalam sirah Rasulullah SAW pun wujud individu yang menjadi penyebar fitnah dan menjadi munafik dalam perjuangan Islam.

Maka tidak hairan juga ia wujud dalam mana-mana gerakan Islam sepanjang zaman, seluruh dunia. Munafik inilah yang melaga-lagakan sesama ahli PAS yang kononnya dipetik oleh media sebagai 'sumber dalaman'.

Saya mencabar media yang menyatakan 'sumber dalaman' itu utk menyatakan siapa gerangan 'sumber dalaman' dan saya akan tunjukkan itulah munafik yang sedang melaga-lagakan PAS.

Ramai musuh Islam dari luar dan dalam yang sedang merangka grand design ini. Ada yang bertaraf YB, ada editor dan ada wartawan yang bersekongkol untuk menjayakan usaha ini sejak sekian lama. Kalimah biadap adalah kalimah yang sesuai di tujukan kepada mereka atas perbuatan ini.

Kami para pemuda PAS akan sentiasa mempertahankan PAS dari sebarang parasit liberal yang sedang menjalar ini.

Syarhan Humaizi Abd Halim
Ketua Pemuda Pas Selangor
21 Jun 2014

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Pas Selangor rakus politik?

Posted: 22 Jun 2014 12:07 PM PDT


Orang Melayu khususnya di negeri ini tidak lagi boleh bergantung kepada Pas untuk mempertahankan kesucian Islam berikutan pemimpin parti itu seolah-olah terlalu rakus berpolitik.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, pemimpin Pas dilihat lebih mementingkan kuasa daripada menjaga maruah Islam yang dihina atau dipersendakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menurutnya, desakan beberapa pemimpin Pas negeri supaya kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dikurangkan secara jelas membuktikan mereka seperti rela orang Melayu dan Islam diperlekehkan.

"Di Selangor, Pas tidak ubah seperti menang sorak kampung tergadai. Tidak hairanlah apabila sekutunya, DAP kini semakin naik tocang (berlagak) kerana Pas bersekongkol dengan mereka sehingga berani memperlekeh Islam dan orang Melayu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis perasmian Perguruan Pencak Silat Cemandi Bagan Terap di Sungai Besar di sini malam tadi.

Pada majlis yang dihadiri hampir 2,000 orang yang majoritinya penduduk setempat itu juga, beliau melancarkan penubuhan Perkasa Parlimen Sabak Bernam.

Yang hadir sama ialah Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya; Pengerusi Perkasa Parlimen Sabak Bernam merangkap Pengerusi Perguruan Pencak Silat Cemandi Bagan Terap, Abd. Razak Mohd. Ghazali; Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar, Kamarul Zaki Abd. Malik dan Pengerusi Sekretariat Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Selangor, Datuk Jamal Yunos.

Rabu lalu, empat Ahli Parlimen dari Pas Selangor mendesak MAIS tidak lagi diberi kuasa dalam menjaga kedaulatan agama Islam di negeri ini dengan meminda enakmen yang selama ini memberi tanggungjawab kepada badan agama berkenaan.

Mereka ialah Khalid Abdul Samad (Shah Alam), Dr. Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr. Che Rosli Che Mat (Hulu Langat) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Ibrahim menambah, sepanjang dua penggal pakatan pembangkang mentadbir Selangor, hampir tiada kesan pembaharuan terhadap kemajuan Islam dapat dilihat.

"Apa perjuangan Pas di Selangor? Tidak lain dan tidak bukan hanya menjadi pak turut kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR)," tegasnya.

Jelas beliau, tidak salah jika rakyat terutama orang Melayu mahu membuat perubahan politik tetapi hasil tindakan tersebut seharusnya dapat memberi lebih kebaikan dan manfaat kepada mereka, bukan sebaliknya.

"Jika Pas berterusan mengamalkan dasar perjuangan sempit sebegini, tidak hairanlah orang Melayu akan hancur suatu masa nanti," katanya.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


TAKBIR... Rayuan Guna Kalimah ALLAH. Islam Menang Kristian Kalah Lagi.

Posted: 22 Jun 2014 08:20 PM PDT

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Gereja Roman Katolik untuk mendapat kebenaran merayu berhubung penggunaan kalimah Allah dalam majalah mingguan The Herald terbitan versi bahasa Melayu.

Panel tujuh hakim diketuai oleh ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria dalam keputusan majoriti 4-3 menolak permohonan itu. UTUSAN ONLINE

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Lagi peristiwa parti PECAH KEPALA RAKYAT

Posted: 22 Jun 2014 09:53 PM PDT



Kalau tak mahu jual hasil kelapa sawit pada Felda, pulanglah balik tanah tu ...

Posted: 22 Jun 2014 12:26 AM PDT


Pilihanraya umum masih 3/4 tahun lagi tapi nampaknya pembangkang yang mentadir tak tahu dan jadi pembangkang yang berperanan dalam kerajaan tapi sibuk hanya NAK JATUHKAN kerajaan dan cari salah walaupun banyak benda baik yang dilakukan kerajaan.

Ini juga cara pembangkang nak tutup masaalah dalaman parti mereka seperti PAS dlm isu hukum hudud.



Setelah cerita penyeneraian FGV dan tuduhan Felda bankrup tak laku, puak-[uak PAS Piss Pus mainllan isu nak lesen MPOB yang TUJUAN MEREKA NAK JUAL HASIL TANAMAN KEPADA ORANG TENGAH CINA DI LUAR FELDA.

Bukankah masa nak terima tanah 110 ekar, ddah tandatangan kontrak akan hanya jual kepada Felda?

Kalau kini tak mahu jual kelapa sawit pada Felda, pulangkan balik tanah kepada Felda. Jangan lagi terima malah pulangkan balik bantuan dan kemudahan yang diberikan Felda pada peneroka.

Takkan Felda bantu macam-macam dan beri tanah tapi hasil kelapa sawit dijual kepada orang tengah cina?





Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


SEKITAR DEMO ISU LYNAS DI GEBENG KUANTAN

Posted: 22 Jun 2014 09:58 AM PDT

Himpunan Hijau, Shut Down Lynas.... Kecoh  bila wakil peserts Wong Tat dan 15 lg ditahan pihak polis selepas rundingan gagal...

Lima buah trak FRU siap sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan.... Mereka yg ditangkap dibawa ke IPD Kuantan utk siasatan lanjut..... 
Dikhabarkan semua yg ditahan akan dibebaskan pd jam 0100 pagi. Barisan peguam telah dibenarkan masuk untuk proses jaminan. Kami akan terus berada di hadapan IPD KUANTAN sehingga semua tahanan dibebaskan. Solidariti akan diteruskan.
OCPD (ketua polis daerah kuantan- Tuan Aziz ) cakap proses penyiasatan hampir siap, mereka akan dibebaskan selepas lebih kurang 1/2 jam - 1 jam.








































MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:11 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Kedudukan Khalid tak tergugat

Posted: 22 Jun 2014 11:02 PM PDT

KHALID_IBRAHIM Penganalisis politik meramalkan masa depan Abdul Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar Selangor masih ada selagi mendapat sokongan daripada istana, Adun dan rakyat negeri ini.
Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berpendapat,  ia tiada kaitan sama ada Abdul Khalid tumpas atau menang dalam Pemilihan PKR untuk merebut posisi Timbalan Presiden parti itu.
"Masa depan beliau sebagai teraju Selangor tidak akan tergugat jika istana, Adun dan rakyat masih mahukannya di posisi berkenaan.
"Kalah atau menang dalam pemilihan PKR bukanlah isu untuk beliau berundur, lagi pun Abdul Khalid pernah suarakan hasratnya untuk berkhidmat satu penggal sahaja lagi," katanya kepada Sinar Harian.
Sementara itu, Mohd Azizuddin turut menyatakan kebarangkalian lain iaitu sekiranya mengikut undang-undang, seseorang menteri besar yang tidak lagi mendapat sokongan Dun, rela atau tidak beliau harus berundur.
"Tapi kalau dalam pemilihan kali ini, ahli PKR sepakat tolak dia namun Dun masih mahukan beliau posisi itu kekal. Lainlah jika majoriti Dun tidak mahukan dia, cara terbaik beliau perlu berundur secara terhormat atau mereka usulkan undi tidak percaya dan terpulang kepada kepimpinan dewan.
"Tidak dinafikan Abdul Khalid berdepan tekanan yang kuat daripada rakan PR tapi bukanlah semua tidak setuju dengan cara pentadbiran beliau," katanya.
Umum maklum terkini bertiup kencang desas desus daripada beberapa Ahli Parlimen PR misalnya Khalid Samad dan Gobind Singh Deo termasuk juga Pengarah Pilihan Raya Pas Selangor, Jaafar Sulaiman yang mengkritik dan menyalahkan Abdul Khalid dengan mensabitkan pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan beliau yang membelakangkan parti dalam Pakatan.
Bagaimanapun Mohd Azizuddin berkata, Abdul Khalid tidak perlu khuatir kerana kritikan hebat itu datangnya daripada Ahli Parlimen sahaja bukannya Adun kerana masih ramai lagi rakan di dalam Dun mendukung cara pentadbiran beliau.
Sebelum ini, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kedudukan Abdul Khalid sebagai menteri besar Selangor hanya akan diputuskan setelah mendapat persetujuan ketiga-tiga pemimpin parti daripada Pakatan Rakyat (PR).
Ketua pembangkang itu berkata, keputusan untuk mengekalkan atau membuat perubahan perlu dibuat secara bersama sebelum membawa perkara itu untuk mendapat perkenan Sultan Selangor.
Terdahulu Jaafar menyifatkan, pelbagai isu yang berlaku di Selangor kini berpunca daripada kelemahan pimpinan Abdul Khalid yang membelakangkan parti lain dalam Pakatan.
Bahkan Ahli Parlimen Pas Khalid Samad pula berkata, memandangkan keputusan sudah dibuat, Abdul Khalid perlu ditukar dengan pemimpin lain yang diterima oleh semua parti.
"Saya tidak nampak bagaimana seorang menteri besar boleh kekal jika partinya sendiri menolak beliau," katanya.
Ahli Parlimen DAP, Gobind Singh Deo juga sebelum ini pernah mengkritik pentadbiran Abdul Khalid termasuk isu pembinaan Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex).
Namun, desakan dan tekanan itu tidak diambil berat oleh Abdul Khalid yang menganggapnya sebagai satu perkara biasa dalam dunia politik. SH

Yammy Belum Terima Surat Tunjuk Sebab, Umno Dijangka Hantar Kali Ketiga

Posted: 22 Jun 2014 10:21 PM PDT




Yammy Samat.

PETALING JAYA: Umno dijangka menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat buat kali ketiga selepas ibu calon DAP pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud itu sehingga kini masih belum menerima surat kedua yang telah dihantar kepadanya.
Bagaimanapun, surat berkenaan kali ini tidak akan diserahkan secara pos tetapi akan dibuat melalui serahan tangan secara terus kepada Yammy.
Penolong Setiausaha Kerja Umno Perak, Ishak Darus berkata, pihaknya akan membuat pemeriksaan dengan Umno Pusat mengenai alamat bagi surat kedua terlebih dahulu sebelum membuat serahan tangan.
Jelasnya, beliau menerima arahan daripada Setiausaha Badan Perhubungan Umno negeri, Datuk Shaarani Mohamad untuk mendapatkan maklum balas Yammy berhubung surat berkenaan."Saya ada hubungi Kak Yammy malam tadi. Ikut kata dia, dia masih tak dapat lagi surat yang dihantar oleh Umno Pusat buat kali kedua.
"Jadi, esok (Isnin) saya akan periksa dengan Umno Pusat mengenai alamat surat kedua yang dihantar kepada Yammy. Apapun, saya akan serahkan surat berkenaan secara 'by hand' (serahan tangan) sendiri kepada Yammy," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.
Ishak yang turut menerima alamat sebenar daripada Yammy berkata, sebarang keputusan berkaitan surat tunjuk sebab itu akan ditentukan selepas pemeriksaan dibuat dengan Umno Pusat pada Isnin.
Pada Isnin lalu, Umno Pusat telah menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy berikutan surat pertama yang dihantar pada 3 Jun lalu telah dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.
Yammy bagaimanapun berkata, sehingga ke hari ini (Ahad) beliau masih belum menerima surat yang dihantar buat kali kedua.
"Saya amat bersetuju kalau Ishak Darus nak hantar 'by hand'. Lebih mudah untuk saya terima dan saya memang dah lama pun tunggu surat itu," katanya.
Menurut Yammy, beliau masih sedia menjawab surat tunjuk sebab itu meskipun ia merupakan kiriman surat buat kali ketiga daripada parti.
"Saya masih bersedia untuk menjawab surat tunjuk sebab daripada Umno sebab mahu tahu apa kandungannya dan beri penjelasan.
"Terpulang kepada Umno kalau hendak lanjutkan lagi tempoh menjawab surat itu. Keutamaan saya untuk jawab surat mereka," katanya.
Terdahulu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.
Pada 3 Jun lalu, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.
Pada PRK itu, Dyana Sofya, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi.

Rogol budak depan anak

Posted: 22 Jun 2014 07:17 PM PDT

Sepasang suami isteri berumur 51 dan 42 tahun ditahan polis di sebuah tapak binaan di Jalan Wawasan di Sibu Sarawak pada jam 12.50 tengah hari kelmarin berhubung satu laporan kes rogol membabitkan seorang budak perempuan berumur 13 tahun.

Dalam kejadian pada jam 6 petang Rabu lalu, mangsa dipercayai dirogol di hadapan anak suspek sebelum dibelasah oleh isteri suspek di rumah pekerja kilang di Jalan Bawang Assan, di sini.

Dalam insiden itu, mangsa dipercayai dipaksa berbaring di atas lantai sebelum suspek membuka pakaiannya dan melakukan perbuatan terkutuk itu.



Mangsa tidak melawan kerana dipercayai takutkan suspek.

Perbuatan keji itu turut disaksikan oleh anak lelaki suspek berumur 11 tahun yang kemudiannya menceritakan segalanya kepada ibunya (isteri suspek).

Isteri suspek yang hilang pertimbangan setelah mengetahui perkara itu kemudiannya dipercayai bertindak menendang kepala, menampar muka serta menghentak kepala mangsa ke dinding.

Tidak cukup dengan itu, badan mangsa juga dipercayai dicucuh dengan api rokok malah rambut mangsa digunting dan kepalanya dicukur oleh isteri suspek.

Selepas insiden itu, mangsa dan abangnya melarikan diri ke rumah datuk mereka dan memberitahu apa yang terjadi.

Pada jam 11 malam keesokannya, mangsa dibawa ke Balai Polis Sentral untuk membuat laporan polis.

Mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan perubatan pagi semalam.

Difahamkan, mangsa dan abangnya tinggal bersama keluarga suspek sejak dua bulan lalu setelah dihalau oleh ibu bapa mereka dari rumah.

Pasangan suami isteri tersebut kini ditahan reman sehingga Isnin ini sementara siasatan kes dijalankan.-22/6/2014

AJK PAS Pusat, Abu Bakar Chik Maut Kemalangan ... Al Fatihah

Posted: 22 Jun 2014 06:25 PM PDT




Diterbitkan: Isnin, 23 Jun 2014 8:22 AM

Abu Bakar Chik.

PETALING JAYA: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Abu Bakar Chik maut dalam kemalangan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) berhampiran Bukit Besi, Terengganu kira-kira pukul 3.16 pagi Isnin.

Allahyarham maut ketika dalam perjalanan ke Hospital Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Difahamkan pembantunya, Hasmizi Hasan yang turut berada di dalam kenderaan yang dinaiki Abu Bakar tercedera.

Maklumat awal mendapati kereta jenis Toyota Camry yang dinaiki mangsa melanggar sebuah van yang dinaiki enam pemumpang.

Remaja OKU Kini Semakin Pulih

Posted: 22 Jun 2014 09:00 AM PDT

Muhammad Firdaus Dullah dirawat di Hospital Tunku Jaafar/Pic:NSTMuhammad Firdaus Dullah dirawat di Hospital Tunku Jaafar/Pic:NSTSEREMBAN: Keadaan remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui dalam keadaan menyedihkan di Flet Taman Semarak, Nilai, pagi semalam, kini semakin pulih.
Remaja berusia 15 tahun itu, Muhammad Firdaus Dullah dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban, semalam dan kini menerima rawatan pemulihan.
Pengarah Imigresen negeri, Faizal Fazri Othman, yang melawat remaja itu, hari ini, berkata keadaan remaja itu lebih terurus.
Katanya, rambutnya digunting hingga nipis, perut tidak lagi kempis kerana diberi makan dan lebih tenang.
"Doktor dan jururawat memberi rawatan dengan penuh kasih sayang," katanya kepada wartawan selepas melawat remaja berkenaan.
Faizal berkata, remaja berkenaan juga memberi tindak balas apabila namanya dipanggil.





Rela jaga sekali lagi - Bekas pengasuh
Oleh Raja Noraina Raja Rahim
SEREMBAN: Bekas pengasuh remaja orang kelainan upaya (OKU) yang ditemui kurus kering dikurung dalam sebuah rumah di Flat Semarak Taman Semarak, Nilai dekat sini rela menjaga remaja malang itu.
Norfitri Radius, 42, berkata, dia sanggup menjaga Muhammad Firdaus Dullah, 15, sekiranya diberi kebenaran oleh pihak berkuasa. 

"Sepanjang saya menjaganya dulu, walaupun dia OKU tetapi badannya sihat dan berisi. Kadang-kala saya membawanya ke pantai di Port Dickson untuk diberi rawatan tradisional sehingga dia boleh berjalan sikit.
Foto
NORFITRI ketika ditemui selepas melawat keadaan remaja OKU di hospital. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Menurutnya, dia mengetahui berita penderitaan Muhammad Firdaus yang tidak terurus bercampur najis dan air kencing ditemui Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam operasi bersepadu 6P, semalam dan tidak menyangka anak yang pernah dijaganya seperti anak sendiri menjadi seperti mayat hidup.

"Selepas melihat berita itu, saya segera menghubungi ibu Firdaus dan wanita itu mengakui itu anaknya dan menceritakan perkara sebenar kenapa Firdaus ditinggalkan dan terabai sedemikian rupa. 

'Along' perkosa kerani terdesak

Posted: 22 Jun 2014 06:10 AM PDT

Kuala Lumpur: Kesilapan seorang wanita meminjam wang RM5,000 daripada ceti haram atau along bagi menjelaskan kos rawatan anaknya di hospital mengundang padah apabila diperkosa lelaki terbabit di sebuah hotel, kelmarin selepas gagal melangsaikan hutang. Lebih malang walaupun diperkosa, namun mangsa berusia 32 tahun tetap dipaksa menjelaskan hutang yang masih belum dilangsaikan dianggarkan mencecah lebih RM10,000 termasuk bunga.
Mangsa yang trauma dengan kejadian itu tampil membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee untuk tindakan selanjutnya.
Sumber berkata, mangsa yang bekerja sebagai kerani meminjam dengan seorang along selepas buntu untuk mencari wang bagi membayar kos rawatan anaknya di hospital.
Bagaimanapun selepas beberapa bulan mangsa belum dapat melangsaikan hutangnya itu yang kian bertambah," katanya.
Menurutnya, along terbabit mengugut supaya mangsa membayar hutang miliknya jika tidak mahu diapa-apakan dan kononnya akan membuat laporan polis dan dia boleh dipenjara.
Sumber itu berkata, bimbang dengan ugutan suspek mangsa merayu memberi masa kepadanya untuk menjelaskan bayaran itu.
Suspek kemudian memberi cadangan kepada mangsa supaya membuat pinjaman dengan seorang lagi along dan wang itu boleh digunakan untuk menjelaskan hutangnya.
Mangsa yang tidak mempunyai pilihan bersetuju dan mereka berjanji berjumpa di sebuah hotel di Bukit Bintang, di sini, kelmarin untuk berjumpa dengan along terbabit," katanya.
Menurutnya, sebaik mangsa tiba di lobi hotel, suspek mengajaknya masuk ke dalam sebuah bilik di hotel itu, namun dia enggan dan memberitahu ingin berbincang di lobi hotel.
Suspek bagaimanapun memberitahu along yang ingin diperkenalkannya tidak mahu kegiatannya disedari orang lain dan ingin berjumpa di dalam bilik.
Mangsa yang mempercayainya akur dan mengikut suspek, namun terkejut apabila kelibat along yang kononnya menunggu mereka di dalam bilik tiada sebaliknya suspek terus mengunci pintu," katanya.
Sumber itu berkata, mangsa cuba melarikan diri, namun gagal apabila diperkosa suspek. Selepas selesai suspek meminta mangsa menjelaskan hutang itu dalam masa terdekat.

Tukar Khalid: Pandangan rakyat Selangor perlu diambil kira - Iskandar

Posted: 22 Jun 2014 05:55 AM PDT

Ini barangkali antara ikhtiyar akhir kumpulan PAS yang menyokong Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam menghadapi isu penukaran pemimpin nombor satu di Selangor itu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad dalam satu kenyataan kepada Agendadaily meminta pemimpin-pemimpin politik di negeri itu mengambil kira pandangan rakyat sebelum membuat keputusan muktamad menukar Khalid.

"Jangan hanya mengambil kira pandangan pemimpin politik sahaja. Pemimpin politik perlu juga turun ke bawah untuk mendapatkan pandangan sebenar di peringkat akar umbi," ujar beliau yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Peneroka Bandar Selangor.


Agendadaily difahamkan wujud dua kem dalam Badan Perhubungan PAS Selangor, satu yang mahu menukar Khalid dan satu yang mahu MB Selangor sejak 2008 itu dikekalkan.

Sungguhpun Iskandar merupakan Pesuruhjaya PAS Selangor dan Exco Kerajaan Negeri, namun kuasanya 'tawar' apabila kumpulan yang mahu menggantikan Abdul Khalid menguasai Badan Perhubungan PAS Selangor.

Undi Iskandar kalah dalam undi-undi lain dalam Badan Perhubungan PAS Selangor.

Menurut Iskandar, pandangan rakyat Selangor penting kerana mereka juga mempunyai hak kerana seorang Menteri Besar itu bukan sahaja milik orang politik tetapi juga milik seluruh rakyat.

"Pada Pilihan Raya Umum parti-parti politik telah turun merayu kepada rakyat untuk mendapatkan sokongan. Oleh itu, adalah wajar di saat-saat seperti ini pandangan rakyat juga perlu diperolehi,"ujarnya.

Berdasarkan rekod, Abdul Khalid menang bergaya dalam penggal kedua sebagai MB dalam PRU13 lalu.

Pakatan Rakyat menang enam kerusi DUN tambahan dalam PRU13 berbanding 12.

"Rakyat telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat untuk mentadbir Selangor pada Pilihan Raya Umum Ke 13 maka sebarang perubahan besar seperti pertukaran Menteri Besar perlu juga mendapat pandangan mereka.

"Sekiranya rakyat tidak merestui jika pertukaran berlaku maka kesannya akan diterima pada Pilihan Raya Umum yang akan datang," kata Iskandar.

Jelasnya, Pakatan Rakyat mesti mesra rakyat dan ini termasuk peka kepada kehendak rakyat.

"Biarlah pandangan kesemua kelompok dan peringkat rakyat diambil kira. Bukan hanya kumpulan-kumpulan tertentu sahaja," kata beliau.

Desas-desus mahu menggantikan Abdul Khalid sejak awal tahun ini lagi.

PKR melaksanakan Kajang Move untuk menyingkirkan beliau, namun pelan tersebut gagal.

Kini PAS dan DAP pula mendesak Abdul Khalid digantikan selepas didakwa gagal mengendalikan beberapa isu sensitif seperti isu air, rampasan Bible bahasa Melayu dan lebuhraya Kidex.-22/6/2014

Kem Majidee - antara kem tertua - ditutup hari ini

Posted: 22 Jun 2014 04:49 AM PDT


Anggota ATM melakukan upacara menurunkan bendera-bendera pasukan pada majlis perbarisan istiadat paluan berundur sempena penutupan Kem Majidee di Johor Baru, Sabtu. -fotoBERNAMA



JOHOR BARU: Sayu. Itulah perasaan yang terpancar di wajah sebilangan anggota tentera darat berikutan penutupan secara rasmi Kem Majidee, antara kem tertua di Malaysia, Sabtu.

Terletak di antara Jalan Bakar Batu dan Lebuhraya Tebrau, kes seluas kira-kira 132 hektar itu beroperasi selama 74 tahun sejak penubuhannya pada Mac 1940.

Kem Majidee turut menjadi perintis kepada pasukan Komando, pasukan elit tentera darat-Rejimen Gerak Khas yang sehingga kini menjadi kebanggaan tentera darat.

Kem itu akan berpindah ke Banang, Batu Pahat dan pembinaan kem baharu di atas tapak seluas 140 hektar dijangka membabitkan kos kira-kira RM126 juta.

Sejumlah 2,500 anggota daripada pelbagai pasukan terlibat dengan perpindahan ke kem-kem lain berikutan penutupan kem ini.

Bagi Mejar Mohd Ziarul Aflah Mohd Fadzil daripada Rejimen 501 Askar Wataniah Kem Tebrau, kehidupannya sebagai askar bermula di Kem Majidee apabila beliau menjalani pemilihan pada 1998 ketika berusia 21 tahun.

"Setiap askar pasti melalui saat yang sama dalam kehidupan mereka iaitu menjejakkan kaki di kem ini sebelum memulakan kehidupan seterusnya sebagai seorang askar," kata beliau ketika mengimbas kembali kenangannya di kem itu.

Kapten Boniface Anak George pula mempunyai kenangan manis ketika zaman kanak-kanak semasa tinggal di kem itu selama tiga tahun mengikuti bapanya yang berkhidmat di Batalion 2, Rejimen Renjer Diraja.

Boniface, 35, bersama-sama Mohd Ziarul, turut menjalani latihan pada tahun yang sama dan di kem yang sama.

Ketua Kompeni Bantuan bagi Satu Renjer Kem Ulu Tiram itu adalah antara sebahagian anggota tentera dan keluarga yang hadir pada Istiadat Paluan Berundur, tradisi simbolik sempena penutupan Kem Majidee secara rasmi, Sabtu.

Istiadat itu dimulakan dengan pertunjukan pancaragam gabungan rejimen 5, 10, 14 dan 1 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) yang memainkan lagu seperti Adik Sayang, Tari Tualang Tiga, Inilah Barisan Kita sambil menari.

Ini disusuli dengan persembahan pantomen berkisar tentang sejarah Kem Majidee dengan anggota-anggota tentera melakonkan semula babak-babak penyerahan Kem Majidee oleh askar Jepun kepada Angkatan Tentera British pada tahun 1942 dan penyerahan kem itu kepada kerajaan Malaysia pada 11 Nov 1957.

Tiupan tetuang (trumpet) mengalunkan lagu 'The Retreat' berkumandang serentak dengan penurunan bendera semua pasukan yang secara simboliknya menandakan selesainya tugas-tugas am untuk hari itu.

Deklamasi sajak bertajuk 'Nafas Terakhir Majidee' hasil nukilan Lt Shaiful Ridzuan Abdul Rahim dipersembahkan oleh Mejar Mohd Radzi Othman, daripada Rejimen 10 RAMD.

Istiadat berakhir dengan penyerahan bendera pasukan kepada pegawai pemerintah dan teriakan gempur wira sebanyak tiga kali.

Turut hadir pada istiadat itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor, Panglima 3 Divisyen Mejar Jen Datuk Sheikh Mokhsin Sheikh Hassan, Panglima 7 Briged Brigedier Jen Ab Aziz Abdullah dan Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Ismail Yatim.

16 termasuk aktivis Australia ditahan di protes anti-Lynas

Posted: 22 Jun 2014 03:41 AM PDT


Sekurang-kurangnya 16 peserta protes anti-Lynas ditahan kerana enggan berganjak dari pintu masuk loji pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan.

Antara mereka yang ditahan termasuk ketua Himpunan Hijau Wong
Tack, ahli jawatankuasa pemandu Dr Phua Kia Yaw dan Hew Kuan Yau dari DAP, yang dikenali dengan nama 'Superman'.

Turut ditahan ialah aktivis Australia Natalie Lowrey yang mewakili Friends of the Earth untuk menyokong protes tersebut.

Kira-kira 1,000 orang berhimpun di pintu masuk kilang dengan kira-kira 300 kenderaan seawal tengah hari untuk menuntut penutupannya.



Semalam, Polis telah mendapat perintah injuksi semalam yang menghalang sesiapa berkumpul dalam lingkungan 20 meter loji kilang tersebut.

Bagaimanapun kira-kira 50 anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang dilengkapi trak meriam air membuat sekatan kira-kira 300 meter dari pintu masuk loji Lynas itu.

Mereka turut diperkuat dengan kehadiran 100 anggota polis
beruniform.

Polis telah mengarahkan peserta protes itu supaya bersurai tetapi tidak dipersetujui walaupun Wong Tack berbincang dengan polis selama 30 minit pada jam 3 petang supaya dibenarkan berkumpul di depan loji itu.

Keadaan menjadi bertambah tegang apabila kedua pihak tidak mahu beralah, dengan peserta protes tidak mahu berganjak dan duduk di jalan tar itu.

Kira-kira jam 4.30 petang, Ketua Polis Kuantan Abdul Aziz Salleh memberi tempoh 10 minit kepada mereka untuk bersurai.

Bagaimanapun Wong Tack dengan tegas berkata: "Kami tidak akan berganjak."

Suasana menjadi bertambah panas apabila berlaku tolak menolak antara peserta protes dan anggota polis yang membentuk halangan, menyebabkan dua orang ditangkap.

Selepas itu Abdul Aziz mengumumkan masa untuk bersurai telah tamat.

"Jika anda tidak mahu bersurai, saya tiada pilihan selain membuat tangkapan," umun beliau sebelum mengarahkan anggota polis membuat tangkapan.

Beberapa peserta protes yang sedang duduk kemudiannya ditangkap dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Kuantan.

Peserta lain kemudiannya mula bergerak meninggalkan kawasan protes, dengan setengahnya dipercayai menuju ke IPD untuk memberi sokongan kepada mereka yang ditahan.

Sebelum itu, Wong telah berikrar bahawa peserta protes tidak akan meninggalkan loji tersebut sehinggalah ianya ditutup. - malaysiakini

Selepas khalwat, bekas UTK kes Altantuya disiasat kerana tumbuk polis pula

Posted: 22 Jun 2014 02:03 AM PDT

Bekas komando polis yang didakwa membunuh Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006 lalu kini berhadapan dengan masalah sekali lagi – ditangkap khalwat dengan wanita yang sudah berkahwin dan kini didakwa menumbuk seorang anggota polis pula.
Kejadian berlaku di Balai Polis Sepang malam Khamis lepas selepas beliau ditahan kerana berkhalwat dan dibawa ke balai polis itu.
Ia berlaku dalam keadaan tangannya bergari ketika rakan kepada suami wanita itu datang mahu membantu tangkapan tersebut.
Bekas komando itu menumbuk muka anggota polis itu sehingga berdarah hidungnya dan cedera ringan pada bibirnya.
Ketua polis Sepang, Superintendent Mohd Yusoff Awang berkata kertas siasatan dibuka terhadap suspek di bawah Seksyen 323 Kod Penal kerana menyebabkan cedera tanpa senjata selepas laporan oleh polis yang menjadi mangsanya.
Ketika menjelaskan perkara itu, Mohd Yusof berkata, berlaku kekecohan selepas bekas komando itu ditangkap kerana khalwat.
"Polis yang cedera itu adalah jiran wanita itu. Dia datang untuk membantu. Berlaku salah faham dan berakhir dengan kecederaan," kata Mohd Yusoff.
Difahamkan satu kenyataan direkodkan daripada pengadu tentang apa yang berlaku semasa insiden tersebut, namun tiada kenyataan direkod daripada bekas komando itu.
"Kami akan panggil dia untuk membuat kenyataan tidak lama lagi," kata Mohd Yusoff.
Bekas komando itu yang sebelum ini bersama Skuad Tindakan Khas di Bukit Aman, ditangkap khalwat bersama wanita sudah berkahwin di dalam unit apartmennya di Ibu Pejabat Polis Sepang oleh suaminya pada 1.20am.
Suami wanita tersebut, seorang anggota polis bersama unit peronda, pergi ke unit mereka untuk memeriksa keadaan isterinya dan syak sesuatu tidak kena apabila mendapati pintu terkunci.
Selepas memeriksa lagi, dia menjumpai bekas komando itu bersembunyi di sebelah katil.
Kes ini dirujuk kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan seterusnya.
Satu fail disiplin juga dibuka terhadap wanita tersebut, yang juga polis, sementara bekas komando tersebut disiasat di bawah kesalahan menumbuk polis.
Dia juga bakal disiasat oleh Jais untuk dakwaan khalwat.
Mohd Yusoff enggan mengesahkan jika lelaki yang ditangkap tersebut adalah lelaki yang sama disabitkan untuk kes pembunuhan Altantuya dan dibebaskan atas rayuan.
"Saya belum jumpanya. Saya tidak tahu bagaimana rupanya jadi saya tidak boleh beritahu," katanya.
Bagaimanapun, laporan polis yang dibuat tertulis namanya sebagai Azilah Hadri, nama yang sama seperti Ketua Inspektor Azilah Hadri yang merupakan salah satu daripada dua komando yang dibebaskan pada Ogos tahun lepas selepas sabit kesalahan mereka bagi pembunuhan Altantuya dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan.
Seorang lagi komando tersebut adalah Korporal Sirul Azhar Umar.
Kebetulannya, lelaki yang ditahan tersebut juda merupakan seorang bekas polis bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman, unit yang sama di mana Azilah bertugas sebelum penahannya pada 2006.
Azilah dan Sirul didakwa dan disabitkan bersalah oleh Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada 2009 untuk pembunuhan Altantuya, 28, di sebuah hutan simpan di Shah Alam pada Oktober 2006.
Kedua-duanya bersama Skuad Tindakan Khas Bukit Aman dan di bawah pasukan sekuriti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Pada masa itu, Najib merupakan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pertahanan.
Pada Isnin, Mahkamah Persekutuan akan menjalankan prosiding dua kes berprofil tinggi, dan salah satu daripadanya adalah rayuan pihak pendakwa terhadap pembebasan dua anggota polis skuad tindakan khas, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Korporal Sirul Azhar Umar atas dakwaan membunuh warganegara Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Mahkamah Rayuan pada Ogos lepas membebaskan  Azilah dan Sirul Azhar atas dakwaan bunuh tersebut selepas sebulat suara meluluskan rayuan mereka, dan membatalkan sabit kesalahan serta hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 yang mendapati mereka bersalah kerana membunuh Altantuya.
Mahkamah Rayuan, dalam penjelasan penghakiman 47 mukasurat itu menegaskan bukti keterangan mengikut keadaan dikemukakan oleh pihak pendakwa tidak mencukupi untuk mensabitkan mereka bersalah.
Pihak pendakwa memfailkan rayuan mereka pada 3 Januari tahun ini, dengan 6 sebab mengapa Mahkamah Rayuan berpanel 3 hakim itu adalah salah di sisi undang berserta bukti untuk menghalang dua polis tersebut mengelak hukuman mati.
Pendengaran kes tersebut akan berlangsung esok. – 22 Jun, 2014. 

Siapa luluskan Vincent Tan buat kasino baru? - Anwar

Posted: 22 Jun 2014 12:42 AM PDT

(Oleh: Lyn Nasir)
PUCHONG 22 JUN : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mempersoal kelulusan yang diberi pihak berkuasa kepada jutawan Vincent Tan untuk membangunkan pusat kasino kedua  terbesar di Malaysia.
"Sekarang ni saya nak tahu siapa yang taja? Siapa yang taja selain Vincent Tan dan mengapa cadangan ini dengan yakin diketengahkan? Siapa yang bagi laluan?"
"Kerana kita bantah, cukuplah dengan keadaan sekarang ni," katanya dalam sidang media, selepas Ceramah Kebangkitan Asia, di Dewan Reformasi, Demokrasi dan Upaya Masyarakat, Puchong.
Vincent Tan sebelum ini dilapor membuat pelaburan RM3 Bilion untuk sebuah Kasino di Berjaya Hill, Pahang dan kononnya akan membangunkan kawasan itu sebagai pusat pelancongan bertaraf dunia serta terbesar di Malaysia.
Sekiranya dibina, ia merupakan kasino kedua terbesar di Malaysia, selepas Pusat Kasino terbesar di Genting Highland.
Dalam satu laporan yang dipetik dari the Business Times in Malaysia, pihak berkuasa telah meluluskan pelan pembangunan kasino tersebut
Malah Vincent sudah merancang untuk memohon lesen operasi bagi pusat kasino di sebuah resort yang dimiliki oleh syarikat beliau, Berjaya Corporation.
Namun kelulusan tersebut bercanggah dengan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bharom baru-baru ini yang menyifatkan Malaysia adalah negara Islam dan bukannya negara sekular bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling Chai Yew di parlimen.
"Saya tak pakai sangat kenyataan Datuk Seri Jamil ni sebab itu kenyataan politik.
"Kata negara Islam, tapi kelulusan diberi dengan yakin dalam perkara tersebut walaupun kita tak tahu siapa yang meluluskan perkara itu.
"Jadi ini masalah, sebab cadangan kasino baru ini sebenarnya ditolak oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng sendiri," ujarnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61959