Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TIDAK ADA SATU BIJIK PUN EXCO ISLAM SELANGOR BERANI BUKA MULUT

Posted: 19 Jun 2014 05:00 PM PDT

ISLAM DIPERLEKEH KERANANYA

Umat Islam hari ini mempersoalkan sikap membisu Exco Agama kerajaan negeri, Sallehen Mukhyi dalam penyelesaian isu rampasan bible versi Bahasa Melayu oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Januari lalu.
"Di Selangor kita ada eksekutif exco yang bertanggungjawab dalam Islam, jadi apa yang Exco ini buat?
"Ini sebenarnya pada saya melihat salah satu kegagalan exco untuk exco agama yang berkenaan untuk memastikan tanggungjawabnya," 
Beliau mengulas tindakan kerajaan Selangor yang dilihat lemah dalam menyelesaikan isu rampasan Bible berikutan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju untuk memulangkan kitab itu sebagaimana keputusan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail.
Pada 14 Jun lalu, Pengerusi MAIS, Datuk Mohd Adzib Mohd Isa juga tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara pada 11 Jun itu untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM).
Kata Mohd. Adzib, MAIS yakin wujud ruang dalam Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di kalangan Orang Islam) 1988 yang membolehkan pendakwaan dibuat.
Susulan tindakan MAIS, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengadap Sultan Selangor bagi menyelesaikan perkara itu.
Mengulas lanjut, Shamsuddin berkata tidak timbul masalah seperti hari ini jika exco yang terlibat fokus dan memainkan peranannya dalam menjaga hal ehwal agama di negeri itu.
"Dan exco agamanya pula bila dah terhantuk baru terngadah dan barulah nak ambil tindakan itu dan ini. Ini bukan cara dia dan ini menampakkan kelemahan pentadbiran agama kerajaan negeri," ujarnya.
Justeru, beliau berkata tidak ada keperluan untuk mengkaji semula enakmen berkaitan peruntukan kuasa eksekutif Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) seperti yang disarankan oleh empat pemimpin Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.
"Kalau dia jalankan tugasnya dari segi eksekutif perkara ini tak ada masalah, itu masalahnya. Tak timbul soal (gugurkan kuasa eksekutif MAIS). Itu yang saya katakan tadi tidak ada keperluan, pertama sebab tidak ada masalah dan tidak ada keperluan untuk mengganggu tugas MAIS dalam menjalankan tugasnya," katanya.
Ini kerana, beliau tidak melihat apa-apa masalah dengan MAIS.
Sebaliknya, menurut Shamsuddin tindakan MAIS dan JAIS itu dibuat semata-mata hanya mahu mempertahankan dan menjaga kepentingan agama rasmi negara ini.
"Saya menyokong penuh tindakan MAIS kerana ia melaksanakan enakmen peraturan dan menguatkuasa undang-undang berkaitan dengan Islam," jelasnya.
"Saya nak beritahulah bukan kita mengganggu urusan agama orang lain, tidak. Kita lihat di negara kita dan di Selangor ini sendiri perkembangan agama lain tak terjejas di boleh buat gereja, kuil dan kita tak ganggu mereka tetapi bila urusan yang berkaitan dengan agama Islam kita kena pertahankan dan jaga," tambahnya.
Mengulas lanjut keengganan badan pemantau agama itu memulangkan bible terbabit Shamsuddin berkata, biarlah MAIS dan JAIS yang membuat keputusan mengenainya tanpa perlu campur tangan politik.
"Ada tiga perkara yang boleh dibuat berdasarkan undang-undang pertama memulangkan, kedua melupuskan dan ketiga mendapatkan perintah mahkamah…ini yang boleh dilakukan oleh MAIS dan JAIS kenapa nak kacau pula biarlah kita bebas dan kalau ada yang tak kena terpulang kepada mereka," katanya.
"Kita boleh beri nasihat tetapi tak semestinya benda itu mesti dipatuhi oleh mereka sebab ini boleh menjejaskan integriti pegawai yang menjalankan tugas tersebut disuruh buat bila dah buat disalahkan pula," tegasnya lagi. (AntaraPos)

EDISI MALAM JUMAAT: BILA OSETAT TUNJUK TELADAN TAK BAIK...SAMUN HAK ORANG MISKIN?

Posted: 19 Jun 2014 08:46 AM PDT


Guano mung Osetad, ceramah sokmo ajak orang jadi zuhuk tapi mung sendiri tunjuk contoh tak baik.

Ambo bukan nak dengki Ustak ada kete besa, tapi kalau pakai keta besa tu molek ler isi RON 97. RON 95 tu biar orang miskin jer pakai.

Mungking Ustak nak berjimat cermat. Almaklumlah nak maintain kete Brabus putih tu ngan kete Ferrari ngan tiga bini tu makang belanja tinggi.

Tu belum lagi nak belanja anak-anak makang Mc D setiap hari. Duit ceramah keliling belum tentu cukup.

Sumber: http://www.sebastianphiu.com/2014/05/ustaz-azhar-idrus-kantoi-curi-subsidi.htm

Wolkwagen hitam Ostad yang kene langgar tempoh hari ape cerite?

Wolkwagen hitam Ostad kene langgar di kampung Pengadang Baru, Ganu, Ogos 2013 lalu...kete ni pakai RON 95 tak?
Cantik Ferrari Ostad...pakai RON 95 juga?
Cooper ni pakai petrol Buraq Oil RON 95 tak?
Baru beli ke...kaya Ostad ye murah rezeki ceramah keliling...pakai RON 95 ker yang ni?
Kete Estima tu untuk bini baru pakai RON 95 juga ker?
RON 95 kita memang murah berbanding negara-negara jiran...patutlah Ostad pakai.


Last sekali ambo nak tanye, Ostad dah kaya tapi kenapa guna hak orang miskin?

Ostad...Kete mewah ni kalau pakai RON 95 tak laju, kurang performance... sembab nak terjah!

Macam badan juga kalau dah usia lanjut viagra, gambir, madu, tongkat alinye kena dos lebih sikit baru isteri-isteri Ostad tersenyum puas.

Hehehe ternyata Ostad juga manusia...


DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


ISNIN INI ADALAH HARI PENTING BAGI UMAT ISLAM, SILA AMBIL CUTI...

Posted: 19 Jun 2014 10:00 PM PDT


Keputusan sama ada kalimah ALLAH boleh atau tidak di gunakan oleh orang kafir akan di tentukan pada hari isnin ini 25 Syaaban bersamaan 23 Jun 2014.

Aku seru kepada semua pejuang Islam supaya hadir beramai-ramai ke mahkamah persekutuan putrajaya seawal jam 8 pagi.

Detail program seperti di atas...

Tahniah TS Muhyiddin, Maka Terkulat-Kulatlah Macai Yang Berangan Boss Mereka Akan Jadi TPM

Posted: 19 Jun 2014 07:00 PM PDT

Spekulasi yang mengatakan TS Muhyiddin akan letak jawatan timbalan perdana menteri terjawab sudah, semalam dalam satu sidang media, TS Muhyiddin telah mengatakan yang beliau akan berkhidmat sebagai timbalan perdana menteri selagi khidmat beliau di perlukan...

Maka terjawablah segala khabar angin dan spekulasi yang selama ini di mainkan oleh macai-macai menteri yang kononnya boss mereka akan menjawat jawatan yang di tinggalkan oleh muhyiddin itu.



HALALKAH Makanan Yang Di Makan Oleh Selebriti Itu...???

Posted: 19 Jun 2014 06:00 AM PDT


Aku mendapat email dari seorang pembaca yang memberi tahu, ada seorang selebriti ini makan makanan tidak halal sewaktu dia bercuti di amerika.

Bila aku baca email tu secara detail, rupanya selebriti ini seorang mualaf yang baru memeluk agama Islam selepas berkahwin dengan seorang lelaki melayu.

Bila aku cek balik di dalam laman sosial milik selebriti itu, benar seperti apa yang dikatakan oleh orang menghantar email kepada aku, selebriti ini ketika berada di amerika masuk ke restaurant makanan yang tak tahu ianya di tanggung HALAL atau tidak. malah ada follower selebriti itu bertanyakan status makanan itu halal atau tidak, tapi selebriti itu tidak menjawab.


Malah selebriti itu dengan bangga bergambar dengan makanan yang status HALALnya di ragui.

Jangan pula bagi alasan di amerika tidak ada restaurant halal, aku walau pun tak pernah jejak kaki ke negara itu, tapi dari hasil carian google, aku tengok bersepah restaurant halal di sana, so alasan kata tak ada restaurant halal di amerika tak logik.

Aku seboleh-boleh cuba sembunyikan identiti siapa selebriti itu bagi mengelakkan aib. kalau minah ini bukan public figure tak apa, tapi dia seorang selebriti yang cukup di terkenal di kalangan anak muda melayu terutama orang perempuan. jadi tak elok la post gambar-gambar makanan yang tau status halal haramnya di laman sosial yang mana dia mempunyai pemgikut seramai 70 ribu lebih yang bila aku cek serambang kebanyakkannya adalah orang melayu, come on la tunjuk sikit contoh yang baik kepada pengikut kamu.

Ingat mencari yang HALAL itu Fardhu.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Video Ahli Parlimen PAS Kena Tazkirah Dengan Shahidan Kassim Dalam Parlimen!

Posted: 19 Jun 2014 07:10 AM PDT



Muslimah Pas yang juga Ahli Parlimen Pas Rantau Panjang kelihatan begitu riak dan busuk hati terhadap isteri Perdana Menteri yang telah banyak berkorban melakukan kerja-kerja amal untuk rakyat. Sebenarnya banyak masalah sosial di Kelantan yang perlu beliau tangani dan bukannya menunjukkan keegoan dan kebodohan beliau! Lihat dan nilaikan lah sendiri...!!!

Suara Politik
Belantan

Siulan Apadianie

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Siulan Apadianie


Senja Nan Merah

Posted: 19 Jun 2014 01:17 AM PDT

Awie kata:
Haruskah kita mencari pada gunung dan lurah liku-liku curam insani...
Haruskah kita mencari puncak mengilau cahaya dalam hidup seribu warna...
Haruskah kita mencari dalam senja begini kembali kita bertemu..
Haruskah kita mencari dalam simpati wangi kembali kita bersama...
Haruskah kita mencari suatu senja dalam kepedihan...


Maira Elizabeth Nari kata:
"Saya ambil ringan semua perkara. Bagaimana saya boleh kembalikannya semula?"
"Saya harap dapat undurkan masa ke malam 7 Mac. Malam di mana ibu dan adik menghantar ayah menaiki pesawat.
"Saya tidak ikut kerana saya baru pulang ke rumah dan masih berasa letih. Saya masih ingat dia berdiri di muka pintu bertanya sama ada saya mahu ikut menghantarnya.
"Ayah mengucapkan selamat tinggal, jaga diri dengan mengukirkan senyuman dan berlalu pergi.

#usinkata :
Ketidaksempurnaan itu akan kelihatan 'sempurna' hanya bila ia tiada ...

Maka haruskah kita menunggu untuk bertindak apabila kita menghampiri hujungnya senja nan merah...

Perlukah kita mengecapi saat-saat.. keterlewatan..kelambatan..kekesalan..

Haruskah kita mengingati lirik Ac Mizal - "Andainya ku bisa putarkan saat waktu.."

Haruskah ???

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:44 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Parti PAS Akan Dibubarkan?

Posted: 19 Jun 2014 09:09 PM PDT


Ketika dua orang pemimpin utama PAS ini berada dalam keadaan tidak sihat, ada wakil rakyat PAS yang sesuka hati menyatakan pendirian yang jelas sekali bertentangan dengan prinsip parti PAS iaitu menggesa agar MAIS dibubarkan. 

Bukan MAIS sebenarnya yang perlu dibubarkan, tetapi parti PAS itu sendiri dilihat sesuai untuk dibubarkan kerana tidak relevan lagi dengan situasi perjuangan asalnya. 

Apakah sudah hilang keberanian pada ahli ahli PAS yang kuat berpegang pada prinsip akidah dan syariat Islam? Di mana suara suara mereka? Takut benar dengan kumpulan Erdogan? Sudah lagi tidak kedengaran, mungkin ulasan ini tepat agar parti PAS dibubarkan (baca selanjutnya).

Video Anwar Ibrahim Kalah Berbahas Di Parlimen

Posted: 19 Jun 2014 01:43 AM PDT


Ini Sebabnya Mengapa Dua Ahli Parlimen PKR Diperintah Keluar Dewan Rakyat

Posted: 19 Jun 2014 12:30 AM PDT


Video Ahli Parlimen PAS Kena Tazkirah Dengan Shahidan Kassim Dalam Parlimen

Posted: 18 Jun 2014 11:30 PM PDT


Ahli Parlimen Pembangkang Ini Tidak Dapat Terima Malaysia Adalah Negara Islam

Posted: 18 Jun 2014 10:35 PM PDT



Berani ahli ahli parlimen PAS bantah kenyataan ahli parlimen ini?

Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 10:02 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Apa Dia Hubungkait Piala Dunia dan Masa Depan Malaysia?

Posted: 18 Jun 2014 11:38 PM PDT

Berita 1

Datuk Seri Najib Razak yakin momentum pertumbuhan ekonomi negara akan kekal kukuh dalam tempoh suku kedua tahun ini, didorong kestabilan politik dalam negara dan keyakinan pelabur asing terhadap dasar kerajaan.

Beliau berkata, momentum itu turut dibantu oleh kegiatan domestik yang berdaya maju dan kekuatan pasaran eksport yang berdaya saing dalam suku pertama 2014.

"Insya-Allah, perkembangan yang menggalakkan ini akan membolehkan ekonomi negara mencapai sasaran melebihi 5% bagi keseluruhan tahun ini.

Berita 2

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak percaya Malaysia dan China akan terus menjadi sahabat serta rakan kongsi keamanan dan kemakmuran.

Najib, yang berada di China untuk lawatan enam hari sempena ulang tahun ke-40 hubungan diplomatik Malaysia dan China, berkata beliau amat yakin yang hubungan kedua-dua negara akan terus utuh sehinggalah 40 tahun akan datang.

"Dalam masa empat puluh tahun lagi, pada 2050-an, kami akan berada di pertengahan 'Abad Asia'.

"Sudah pasti China bakal menjadi kuasa ekonomi terbesar dunia, dan Malaysia akan menjadi negara yang lebih matang dan maju," kata beliau dalam artikel iklan yang disiarkan dalam akhbar People's Daily hari ini.

Berita 3

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak yakin Malaysia boleh mencapai penarafan yang lebih baik menerusi usaha kerajaan untuk mengelak daripada melepasi had maksimum hutang negara.

"Kami akan menguruskannya. Kami memantau teliti bagaimana kami menguruskan kedudukan makro dan fiskal serta hutang kami untuk memastikan tidak diturun taraf," kata Perdana Menteri dalam temubual dengan Bloomberg di pejabatnya di Putrajaya, Jumaat lalu.

Berita Piala Dunia

KUALA LUMPUR 9 Jun - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Sepanyol mampu mempertahankan kejuaraan dalam Piala Dunia 2014 yang akan berlangsung di Brazil, bermula Khamis ini.

Walau bagaimanapun jelas Perdana Menteri, beliau amat meminati corak permainan Brazil yang cukup terkenal dengan aksi samba.

Pasukan England merupakan pasukan yang bertakhta di hati saya, tetapi Sepanyol sukar untuk dikalahkan. Saya juga suka corak permainan Brazil," katanya ketika diajukan soalan mengenai Piala Dunia 2014 dalam bual bicara sempena Persidangan Invest Malaysia 2014 di sini hari ini. Dalam perlawanan akhir Piala Dunia empat tahun lalu, Sepanyol mengalahkan Belanda dengan keputusan 1-0.


Berita Ekstra

KUCHING: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yakin Barisan Nasional mampu mencapai kemenangan majoriti dua pertiga tetapi mengingatkan jentera Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) supaya terus bekerja keras untuk memastikan matlamat itu menjadi kenyataan.

Beliau berkata, penilaian itu dibuat selepas tempoh seminggu kempen PRU-13 berlangsung di seluruh negara, sejak 20 April lalu. Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian dan pecah tanah Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chung Hua No 2 di sini, sebentar tadi.

Berita Bonus Yang Menakutkan

Perdana menteri berkata, pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah baik untuk ekonomi dan negara tidak boleh bergantung dengan dasar yang begitu populis.

"Misalnya dunia tahu GST baik untuk ekonomi sesebuah negara, kita semua yakin langkah ke depan adalah melalui GST yang boleh menentukan masa depan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan, hari ini.

"Tetapi masih ada pihak, kerana politik, yang mengambil platform populis menentang, walhal ini adalah untuk kebaikan rakyat.

.............

PM Najib kita memang seorang yang mempunyai keyakinan yang cukup tinggi.
Jika dia yakin, kita semua terjamin.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:49 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Zam kata Muhyiddin pendam kehampaan

Posted: 19 Jun 2014 09:38 PM PDT

Seorang bekas menteri Tan Sri Zainuddin Maidin tidak menunjukkan rasa terkejut dengan spekulasi bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri.

Zainuddin, yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa, rakan karib Muhyiddin sendiri sudahpun maklum dengan niat timbalan presiden Umno itu untuk berundur.

"Walaupun alasannya adalah umur tetapi beliau dikatakan menyimpan perasaan kecewa yang mendalam dalam beberapa hal," kata Zainuddin melalui tulisan di blog zamkata.blogspot.com

Zainuddin bagaimanapun tidak menjelaskan sebab di sebalik kekecewaan yang didakwa ditanggung oleh Muhyiddin.

Tulisan itu timbul susulan kenyataan Muhyiddin, 67, semalam yang menafikan dessas desus berhubung peletakan jawatan tersebut.

Muhyiddin juga berkata beliau akan meneruskan khidmat dalam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak kerana perdana menteri masih menaruh kepercayaan kepadanya.

"Tak ada (letak jawatan). Saya masih ada di sini lagi, masih alive and kicking," katanya kepada pemberita semalam.

Spekulasi itu timbul rentetan daripada cakap-cakap yang mendakwa Najib akan membuat rombakan Kabinet.

Read More / Baca Lagi >>

Syirik tengok bola, tidak solat Subuh, kata pendakwah

Posted: 19 Jun 2014 09:32 PM PDT

Demam Piala Dunia yang melanda setiap 4 tahun kini tiba dan umat Islam disarankan supaya jangan terlalu asyik dengan perlawanan sehingga lupa beribadat. – Gambar Reuters, 20 Jun, 2014.
Demam Piala Dunia yang melanda setiap 4 tahun kini tiba dan umat Islam disarankan supaya jangan terlalu asyik dengan perlawanan sehingga lupa beribadat. – Gambar Reuters, 20 Jun, 2014.Peminat bola sepak yang sanggup bersengkang mata pada awal pagi untuk menonton perlawanan tetapi tidak menunaikan solat Subuh dikategorikan sebagai syirik, kata Datuk Md Daud Che Ngah.
Pendakwah bebas itu berkata musim perlawanan Piala Dunia yang sedang berlangsung di Brazil bukan penghalang untuk umat Islam menjalankan tanggungjawab mereka.
"Tidak sempurna iman seseorang itu sekiranya mereka sentiasa lalai dengan keasyikan dunia. Bukan saya katakan tidak boleh menonton Piala Dunia.
"Lumrah alam di mana rakyat seluruh dunia meminati permainan bola sepak, namun jangan kita menjadi manusia yang lalai," katanya kepada Sinar Harian.
Piala Dunia 2014 yang diadakan di Brazil akan berlangsung selama sebulan bermula 13 Jun dengan 64 perlawanan yang kebanyakannya berlangsung pada awal pagi.
Sebanyak 32 negara akan berentap merebut Piala Dunia dan juaranya akan diumumkan pada 14 Julai nanti.
Md Daud berkata musim Piala Dunia juga tidak seharusnya dijadikan platform kepada umat Islam untuk menambahkan dosa.
Katanya, wanita antara golongan yang terdedah kepada dosa apabila menyaksikan pemain bola sepak lelaki dengan penuh syahwat.
"Jika seorang wanita menonton perlawanan bola sepak, mereka secara tidak langsung akan melihat aurat pemain.
"Melihat aurat sehingga mendatangkan rasa ghairah boleh dikategorikan sebagai zina mata," katanya kepada akhbar itu.
Bekas pengerusi Tabung Haji itu turut mengingatkan umat Islam agar tidak terlibat dengan perjudian bola sepak kerana ia merupakan satu perbuatan mengundang dosa.
Katanya, umat Islam seharusnya merebut peluang musim Piala Dunia dengan menambahkan amal ibadat.
"Piala Dunia bukan medan buat manusia untuk menghalalkan aktiviti judi kerana seperti yang kita tahu Allah menyatakan dalam Al-Quran dosa berjudi adalah dosa besar.
"Apa salahnya sebelum menonton perlawanan bola sepak, kita beribadah terlebih dahulu. Jadi tidak sia-sia kita bangun awal pagi untuk menonton perlawanan Piala Dunia," katanya.

Taraf Malaysia hanya negara umat Islam, kata Dewan Ulama PAS

Posted: 19 Jun 2014 09:18 PM PDT

Ketua Penerangan PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata Malaysia ialah negara umat Islam berbanding negara Islam atau negara sekular yang dibahaskan. – Gambar fail, 20 Jun, 2014.
Ketua Penerangan PAS, Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali berkata Malaysia ialah negara umat Islam berbanding negara Islam atau negara sekular yang dibahaskan. – Gambar fail, 20 Jun, 2014. Dewan Ulama PAS beranggapan, Malaysia setakat ini bertaraf "negara umat Islam" kerana ia bukan negara sekular atau negara Islam, kata Ketua Penerangannya Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali.
Negara umat Islam, katanya, ialah negara yang diperintah oleh kuasa majoriti umat Islam tetapi kuasa Islam belum terpakai sepenuhnya.
"Pelaksanaan Islam secara menyeluruh menerusi dasar-dasar bernegara belum terlaksana sepenuhnya. Itulah 'negara umat Islam'," kata beliau dalam satu kenyataannya.
Isu bentuk negara Malaysia menjadi isu panas apabila Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, Malaysia bukan negara sekular atau Islam.
Ia dibantah oleh DAP yang mendakwa Malaysia adalah negara sekular.
Menurut Khairuddin, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan seperti yang ditegaskan oleh Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan perlu diberikan maknanya yang sebenar menurut sudut pandang Islam sebagai ad-Din dan cara hidup bernegara.
Ia boleh berlaku menerusi dua cara, iaitu pertamanya meminda peruntukan undang-undang yang lebih jelas bagi memperkasakan kuasa Islam dalam perlembagaan agar mendasari semua dasar urustadbir negara. 
Read More / Baca Lagi >>

Perkauman Dan Agama: Putrajaya ‘sengaja pecah belah’ untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review

Posted: 19 Jun 2014 08:53 PM PDT

Sikap perdana menteri yang tidak ingin mengambil tindakan atas insiden-insiden yang berlaku dikhuatiri adalah taktik untuk memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman. – Gambar fail,  20 Jun, 2014.
Sikap perdana menteri yang tidak ingin mengambil tindakan atas insiden-insiden yang berlaku dikhuatiri adalah taktik untuk memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman. – Gambar fail, 20 Jun, 2014. Rakyat Malaysia tertanya-tanya sama ada strategi untuk tidak bersuara yang diamalkan Putrajaya adalah bagi memisahkan Melayu Muslim menggunakan garisan perkauman untuk terus berkuasa, lapor The Edge Review.
Ini berikutan insiden yang melanda negara ini berhubung isu agama dan perkauman – tindakan pihak berkuasa agama Islam merampas mayat ketika upacara pengebumian dan mengganggu upacara perkahwinan Hindu, selepas kedua-duanya dikatakan memeluk Islam.
Akhbar mingguan itu melaporkan, turut terdapat tanda-tanda mengenengahkan agenda inspirasi agama oleh penjawat awam.
Memetik insiden yang hampir serupa, seperti ancaman Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memusnahkan lebih 300 Bible berbahasa Melayu yang dirampas daripada Persatuan Bible Malaysia (PBM) dan keengganan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk menurut arahan mahkamah berhubung hak penjagaan anak oleh bapa yang memeluk Islam untuk memulangkan anaknya kepada ibunya yang beragama Hindu.
Akhbar itu berkata, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengambil sikap untuk "tidak membantu untuk menyelesaikan perselisihan itu."
"Keengganannya mengambil pendirian tegas menyebabkan orang ramai menyerang mengatakan beliau meninggalkan politik inklusif di bawah 1Malaysia dengan kaedah pengawasan polarisasi," katanya.
Pendapat itu dikeluarkan penganalisis politik Prof Madya dari Political Science di Singapore Management University Bridget Welsh, yang berkata: "Najib mempamerkan dirinya sebagai perdana menteri yang akan menggunakan pelbagai cara untuk terus berkuasa."

PAPA GOMO GAGAL TANGGUH BAYAR GANTI RUGI RM850,000 KERANA FITNAH ANWAR

Posted: 19 Jun 2014 08:49 PM PDT

KUALA LUMPUR 20 JUN: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris untuk menangguhkan bayaran ganti rugi RM800,000 kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 28 Februari, Rosilah memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar berhubung penyiaran perkataan fitnah dan meletak imej mengaitkan Anwar dalam video seks di blog Papa Gomo.

Dalam penghakimannya, Rosilah berkata daripada keterangan yang dikemukakan, beliau mendapati Wan Muhammad Azri ialah blogger Papa Gomo dan telah menerbitkan kenyataan memfitnah dalam blognya.

Anwar memfailkan saman terhadap Wan Muhamamad Azri pada 21 Mac tahun lepas dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM100 juta kerana mendakwa Wan Muhammad Azri menyiarkan empat siri perkataan fitnah di laman blog berkenaan pada 16, 17, 19 dan 20 Mac 2013.

Dr Zulkifli Albakri dilantik mufti baru Wilayah Persekutuan

Posted: 19 Jun 2014 08:44 PM PDT

Dr Zulkifli Mohamad Albakri (gambar) diisytiharkan sebagai Mufti Wilayah Persekutuan ketujuh berkuatkuasa hari ini menggantikan Datuk Wan Zahidi Wan Teh yang tamat tempoh perkhidmatan pada 20 Mac lalu.
Beliau yang juga Tokoh Maal Hijrah 2014 peringkat negeri Terengganu, dijangka menjalankan tugas pertamanya melihat anak bulan Ramadan pada 27 Jun ini bagi menentukan tarikh permulaan puasa.
Zulkifli, 45, akan menjawat jawatan mufti bagi tempoh dua tahun menggantikan Wan Zahidi yang memegang jawatan berkenaan selama 9 tahun dan berakhir pada Mac lalu, lapor akhbar itu.

BIODATA:-

NAMA: Dr. Zulkifli Bin Mohamad
NAMA PENA: Dr. Zulkifli Bin Mohamad al-Bakri
ALAMAT: 13A, Jalan Kasturi 7, Kasturi Height, Bandar Baru Nilai,71800 Nilai. Negeri Sembilan.
TARIKH LAHIR: 16 Januari 1969 ( 45 tahun )
TEMPAT LAHIR:Gong Pauh, Kemaman, Terengganu.

Kelulusan Akademik:
BA. Universiti Madinah
MA. Universiti Ilmu-ilmu Islam, Syria
Ph.D Universiti Sains Malaysia (USM)

Jawatan:
Pensyarah Kanan,
Fakulti Syariah dan Undang-undang,
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Buku dan Penulisan:
1)  Intergriti Dalam Islam (2007), USIM.
2)  Akuantabiliti Sebagai Mahasiswa Islam (2007), USIM.
3)  Khazanah Irbidiyah 2: Hukum Wanita Menjadi Imam Sola
4)  Kontroversi Solat Jumaat Dr. Amina Wadud (Tulisan bersama al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
5)  Khazanah Madaniyyah 2: Menyelusuri Ikhtilaf Mazhab Antara Keterikatan & Keterbukaan, Perpaduan & Perpecahan (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri)
6)  Khazanah Madaniyyah 3: Siri Hukum –Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (1) - Hukum Jampi dan Pakai Tangkal (Suntingan al- Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
7)  Khazanah Madaniyyah 4: Siri Hukum-Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (2) - Hukum Bacaan al-Quran Untuk Si mati Adakah Sampai Pahalanya? (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
8)  Khazanah Madaniyyah 5: Siri Hukum-Hakam Syara' & Kajian ilmiah (3) Hukum Makan Katak & Berubat Dengannya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
9)  Khazanah Madaniyyah 6: Siri Hukum-Hakam Syariah & Kajian Ilmiah (4) - Memahami Kaedah Dharurat Dalam Islam (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
10)  Khazanah Madaniyyah 7: Siri Hukum-Hukum Syara' & Kajian Ilmiah (5) - Hukum Penyerupaan Menurut Islam (Suntingan al- Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
11)  Khazanah Madaniyyah 9: Perbezaan Pendapat Mazhab Dikalangan Mazhab; Sebab-sebab, Adab & Penyelesaiannya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
12)  Hukum Jampi Dan Pakai Tangkal (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri).
13)  Hukum Bacaan al-Qur'an Untuk Si Mati: Adakah Sampai Pahalanya (Suntingan al-Ustaz Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri)
14)  Yaasin dan Doa - Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007), KPT dan USIM.
15)  Isu-isu semasa Global - Sambutan Kemerdekaan ke-50 tahun, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2007), KPT and USIM.
16)  Lebih 160 kertas kerja di pelbagai seminar dan forum.

"Negara Islam" Versi UMNO Bolehland....

Posted: 19 Jun 2014 08:05 PM PDT



UMNO CELAKA: 'Tiada tindakan pada YB tanpa kebenaran speaker'

Posted: 19 Jun 2014 07:59 PM PDT

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Law Choo Kiang berkata pihak polis dan Peguam Negara (AG) tidak boleh mendakwa mana-mana wakil rakyat bagi bagi salah laku di dalam Dewan.

Law berkata, pihak berkuasa tidak boleh bertindak ke atas ADUN tanpa persetujuan speaker.

Kerana itu, ia membatalkn rancangan untuk mendakwa ADUN Seri Delima RSN Rayer (kiri) di bawah Akta Hasutan 1948, kata Law, yang juga ADUN PKR Bukit Tambun dalam satu kenyataan semalam.

Law berkata, amaran berdasarkan perintah tetap DUN telah dikeluarkan kepada Rayer supaya tidak mengulangi kata-kata "Umno celaka", yang didakwa diucapkannya di dalam Dewan pada 20 Mei.

Berdasarkan perintah tetap, katanya, 10 ADUN Umno yang tidak puas hati,  juga diminta supaya mengemukakan usul kepada jawatankuasa khas DUN Pulau Pinang berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, Umno gagal untuk mendapatkan kuorum atau undi yang cukup, jadi mereka tidak boleh meneruskannya.

"Saya membuat keputusan ini berdasarkan peruntukan perintah tetap, oleh itu sebarang isu (luaran) yang timbul daripada (kejadian) ini perlu dihentikan serta-merta," katanya.

Law melahirkan rasa kesal bahawa pihak polis dan AG telah mencabar kesucian Dewan dengan menangkap Rayer atas dakwaan menghasut Rabu lalu.

GST: Bil hospital naik atau tidak?

Posted: 19 Jun 2014 07:36 PM PDT

Anwar  
ANTARA kebimbangan terbesar orang ramai mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ialah sama ada kos rawatan di hospital swasta dan klinik akan meningkat apabila GST dilaksanakan pada 1 April depan.

Perkara ini sebenarnya masih belum ada jawapan tepat kerana hospital swasta masih berbincang dengan kerajaan dan pembekal ubat-ubatan, dan keputusan perbincangan ini yang akan menjadi penentu sama ada kos rawatan akan naik.

Ketua Pegawai Eksekutif Pantai Medical Centre Sdn Bhd, Anwar Anis berkata, hospital dikecualikan daripada mengenakan GST kepada pesakit tetapi hospital perlu membayar GST untuk barangan dan bekalan perubatan yang dibeli.

"Contohnya pada masa ini ubat-ubatan yang kami beli tidak dikenakan cukai jualan, (tetapi) selepas GST ada (cukai GST sebanyak enam peratus)," katanya semasa ditemui dalam satu majlis makan tengah hari bersama media, baru-baru ini.

Ketika ditanya sama ada ini bermaksud kos operasi hospital akan meningkat, beliau berkata: "Saya rasa ya jika syarikat (pengeluar) ubat-ubatan tidak boleh menyerap (kos cukai GST)".

Namun beliau berkata walaupun kos operasi hospital akan meningkat, sukar untuk dikatakan secara tepat sama ada kos rawatan yang perlu dibayar oleh pesakit akan turut meningkat.

"(Ini kerana) kami sedang berbincang dengan rakan-rakan kami (seperti syarikat pembekal ubat-ubatan) dan kami harap dapat kongsi beban kos ini dan cuba uruskannya.

"Saya tidak mahu katakan akan ada peningkatan kos secara langsung (yang perlu dibayar oleh pesakit). Ini adalah sesuatu yang kami harap kami dapat uruskan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

"Last-Last Mengaku Juga GST Boleh Mengakibatkan Inflasi Kepada Negara"

Posted: 19 Jun 2014 07:16 PM PDT

Serabut betul dua orang menteri kewangan nih aku tengok. Yang pertama cakap GST laksana harga barang akan turun, GST laksana hanya untuk orang kaya. Hakikat sebenar sekiranya harga barang turun sudah semestinya kadar inflasi akan turun.

Tetapi menteri kewangan kedua pula telah mengakui GST laksana akan meningkatkan kadar inflasi. Toksah kiralah sementera atau pun tidak, apa jaminan kerajaan ianya sementara, kalau setakat sembang aku pun boleh.


Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah tidak menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan memberi kesan inflasi yang besar, tetapi berkata ia hanya untuk sementara waktu.
Ahmad Husni berkata, kesan kepada inflasi akan reda apabila keadaan ekonomi seimbang. Ya, pengenalan GST akan memberi kesan kepada inflasi, dijangkakan sekitar 1.8%.
"Namun, kesan ini hanya sementara kerana ia akan reda apabila ekonomi menyesuaikan diri dengan keseimbangan baru," katanya ketika berucap di Persidangan Perbankan Malaysia ke-18 di Kuala Lumpur, pagi ini.
Beliau berkata, kerajaan menyedari beban yang akan ditanggung rakyat, oleh itu kerajaan sedang meneliti pengecualian cukai ke atas beberapa barangan dan perkhidmatan untuk membantu rakyat. Kerajaan prihatin dengan trend peningkatan kos sara hidup.
Read More / Baca Lagi >>

Kerana Dyana: Surat tunjuk sebab Yammy dihantar kali kedua

Posted: 19 Jun 2014 06:41 PM PDT

KUALA LUMPUR - Umno menghantar semula surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofia Mohd Daud, selepas surat pertama dipulangkan oleh Pos Malaysia Berhad kerana salah alamat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berikutan itu, tempoh 14 hari bagi Yammy menjawab surat berkenaan yang tamat pada Isnin lepas, akan disambung selama dua minggu lagi.

"Saya difahamkan surat yang kita hantar dipulangkan kerana alamat yang diberi adalah salah.

"Jadi, kita dapat alamat yang baharu...kita hantar balik kepada dia. Kita beri 14 hari lagi (kepada Yammy)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pembukaan pusat beli-belah Avenue K di sini, hari ini.  

Turut hadir Pengerusi Avenue K, Tan Sri Yap Yong Seong. Pada 3 Jun lepas, Umno telah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy kerana didakwa berkempen untuk anaknya dalam PRK Parlimen Teluk Intan 31 Mei itu.

Pada PRK itu, Dyana Sofia, 27, tewas kepada calon Barisan Nasional, Datuk Mah Siew Keong, 53, dengan majoriti 238 undi. - Bernama

Netbook untuk guru, bukan menolak tapi...!! RM400 juta bakal dibazirkan...??

Posted: 19 Jun 2014 05:24 PM PDT

Mohd Nor Izzat Mohd Johari SHAH ALAM - Tidak mahu pisang berbuah dua kali, demikian reaksi Ketua Gerak Kerja Suara Guru Masyarakat Malaysia, Mohd Nor Izzat Mohd Johari terhadap peruntukan sebanyak RM400 juta untuk pemberian Netbook 1Malaysia kepada guru di negara ini.

Menurutnya, sebelum ini pelajar sekolah menerima Netbook 1Malaysia yang hanya mampu bertahan beberapa bulan saja.

"Saya mewakili guru-guru, mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Komunikasi Dan Multimedia kerana memperuntukkan RM400 juta untuk pemberian netbook kepada semua guru.

"Tapi kami guru-guru tidak mahu pisang berbuah dua kali seperti mana (berlaku terhadap) pemberian netbook kepada murid sekolah yang kualitinya hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Kebanyakkannya rosak dan tidak boleh digunakan lagi," katanya dalam satu kenyataan.

Bukan berhasrat untuk menolak pemberian kerajaan itu, namun menurutnya, majoriti guru di negara ini sudah memilik komputer riba sendiri.

Sehubungan itu, beliau menyarankan peruntukan itu digunakan untuk prasarana lain yang lebih berguna.

"Sekali lagi saya menyatakan pendirian bahawa bukan kita menolak pemberian ini tetapi majoriti guru sudahpun memiliki notebook masing-masing disebabkan keperluan semasa.

Read More / Baca Lagi >>

Lulus lesen kasino, kerajaan UMNO@BN terdesak tambah pendapatan

Posted: 19 Jun 2014 05:17 PM PDT

KUALA LUMPUR 19 JUN: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali menyifatkan kerajaan terdesak apabila meluluskan lesen untuk membuka pusat kasino kedua terbesar di Malaysia.
Katanya, keputusan itu diambil semata-mata untuk menambahkan hasil pendapatan negara, tanpa memikirkan masalah sosial kepada masyarakakat.
"Apakah kerajaan BN begitu terdesak sehingga terpaksa meluluskan lesen judi tambahan, semata-mata untuk meningkatkan hasil pendapatan negara?
"Sedangkan perjudian ini banyak menimbulkan masalah sosial di kalangan masyarakat, bukan sahaja di kalangan muslim tetapi juga orang bukan Islam," katanya ketika ditemui di lobi parlimen, semalam.
Baru-baru ini, majalah Business Times In Malaysia melaporkan, pihak berkuasa meluluskan pelan pembangunan pusat kasino tersebut di Berjaya Resort, Berjaya Hills Pahang.
Ia dibangunkan oleh syarikat Berjaya Corperations milik Tan Sri Vincent Tan yang mempunyai pegangan terbesar dalam syarikat berkenaan.
Pusat kasino ini akan menjadi pusat perjudian kedua terbesar selepas pusat kasino di Genting Highlands yang dimiliki oleh Genting Berhad.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berkata, perkara ini ditentang Pakatan Rakyat, termasuk DAP apabila kerajaan meluluskan lesen judi bola sepak satu ketika dahulu.
Read More / Baca Lagi >>

N Surendran Digantung 6 Bulan, Apa Kata Anwar?

Posted: 19 Jun 2014 06:58 AM PDT



Rafizi: Projek kampus UiTM kerana melobi

Posted: 19 Jun 2014 05:40 AM PDT

Pengarah strategi PKR mendakwa projek pembinaan enam kampus baru Universiti Teknologi MARA (UiTM) berpunca dari tindakan melobi dari syarikat konsesi dan bukannya terhasil dari pelan jangka panjang universiti.

Rafizi membangkitkan dakwaan tersebut dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini, dan turut menggunakan peluang tersebut untuk membuat satu lagi pendedahan mengenai projek pembinaan kampus UiTM Jasin.

Beliau mendakwa, konsesi tersebut diberikan kepada dua orang bekas ADUN Umno Selangor.

"Ini memberi gambaran seolah-olah keputusan untuk memberikan satu konsesi penswastaan kampus cawangan UiTM kepada kedua-dua tokoh ini dibuat terlebih dahulu sebelum keputusan membangunkan kampus cawangan UiTM," kenyataan medianya dipetik.

Beliau mendakwa konsesi 23 tahun itu bernilai RM1.5 bilion.

Rafizi mendakwa, bukti yang didedahkannya itu memadai untuk menunjukkan bahawa UiTM digunakan oleh Umno untuk menanggung bebanan kewangan bagi memberi keuntungan kepada pemimpin parti itu.

"Ini turut membuktikan konsesi tersebut diberikan menerusi rundingan terus," kata beliau.

Read More / Baca Lagi >>

Manusia Syaitan: 26 kes buang bayi dilaporkan pada 2014

Posted: 19 Jun 2014 05:38 AM PDT

KUALA LUMPUR - Sebanyak 26 kes pembuangan bayi dilaporkan di seluruh negara pada suku pertama tahun ini, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pembangunan, Wanita dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu lima kes, diikuti Sabah empat kes dan Sarawak dan Negeri Sembilan masing-masing tiga kes.

Azizah menjawab soalan Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) di sini, hari ini yang bertanyakan statistik dan tindakan kerajaan untuk membendung isu berkenaan.

Tambahnya sejak 2011 hingga 2013, 46 wanita telah diambil tindakan kerana kesalahan membuang bayi. Bagaimanapun jenis tindakan dan golongan umur wanita tidak diberitahu dengan terperinci.     

Azizah yang juga anggota Parlimen Beaufort berkata buat masa ini kementerian masih tidak mempunyai statistik kes pembuangan bayi hasil hubungan antara wanita tempatan dan lelaki pendatang asing.

Bagi menangani isu pembuangan bayi, kementerian kini mempunyai tujuh program antaranya memperkenalkan Dasar dan Pelan Tindakan Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial Kebangsaan pada 2009, katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Walau Terus Kekal, Muhyiddin Mungkin Sedang Sengsara...!!

Posted: 19 Jun 2014 05:28 AM PDT

Rombakan kabinet yang mula kedengaran sebaik berakhir pilihanraya kecil Teluk Intan kini ditunggu oleh semua orang. Daripada rombakan yang hanya bertujuan memasukkan wakil MCA dan Gerakan dalam kabinet, ia kemudian berlegar menjadi spekulasi kemungkinan beberapa menteri turut bertukar portfolio. Semalam pula spekulasi jadi meliar dengan dakwaan Muhyiddin Yassin akan bercuti panjang sebagai Timbalan Perdana Menteri dan tempatnya akan dipangku oleh sepupu Najib iaitu Hishammuddin Hussein.

Sebelum ini, menteri UMNO yang dijangka bertukar portfolio ialah Hishammuddin akan dinaikkan pangkat sebagai Menteri Kewangan, Zahid Hamidi dikembalikan ke Kementerian Pertahanan manakala Najib akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri.

Jika pertukaran itu menjadi kenyataan, ia tidak syak lagi hanyalah bertujuan memprojekkan Hishammuddin sebagai bakal pengganti Najib suatu hari nanti. Hal ini segera menimbulkan rasa tidak senang majoriti ahli UMNO kerana Hishammuddin terbukti adalah watak yang lemah serta hampir ditolak oleh perwakilan UMNO dalam pemilihan Naib Presiden UMNO tahun lalu.

Setelah Najib sendiri sarat dengan pelbagai kelemahan, ahli UMNO bagaikan tidak sedia lagi menerima pemimpin yang juga lemah, malah kadangkala lebih lemah sebagai Perdana Menteri.

Apabila dispekulasikan pula Muhyiddin akan bercuti panjang dan jawatannya akan dipangku oleh Hishammuddin, tentulah lebih gempar ahli UMNO dibuatnya. Kalau mahu dijadikan Menteri Kewangan saja pun sudah ramai yang membantah, apatah lagi jika terus dinaikkan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Tidak mungkin Najib sebegitu bodoh mahu berbuat begitu. Menaikkan pangkat Hishammuddin, apatah lagi memberi keistimewaan kepada sepupunya itu adalah umpama menggali lubang kubur buat UMNO kerana ia akan membuatkan ahli UMNO berasa tidak dihargai dan diperlekehkan.

Najib pasti akan lebih mudah dihukum jika tidak berfikir dengan lebih panjang mahu menyerahkan kerusi Perdana Menteri untuk diwarisi oleh sepupunya itu.

Read More / Baca Lagi >>

Nedim Nazri Aziz Kakitangan Awam Kementerian Pelancongan Pandu Kereta Lamborgini Aventador RM2.8 Juta?

Posted: 19 Jun 2014 04:02 AM PDT

Nedim Kakitangan Awam
Nedim Nazri Aziz Pandu Lamborgini Aventador : Mungkin inilah yang dikatakan "tuah di ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu" bertuah apabila melihatkan ada anak Melayu yang hanya merupakan kakitangan awam dan menjawat jawatan sebagai pegawai khas di Kementerian Pelancongan Malaysia (BUKTI LANTIKKAN DI SINI) memiliki banyak deretan kereta mewah & rumah mewah.
Bagaimana tugasannya Berita Semasa kurang periksa. Mungkin dalam kesibukan dan kemeriahan Tahun Melawat Malaysia 2014, kepakaran dan kemahiran yang ada pada individu bernama Nedim Datuk Seri Nazri Aziz ditagih bagi melancarkan kempen tersebut. Mungkin?

Rumah Nedim Nazri Aziz RM7.218 Juta?

Jikalau sebelum ini Nedim didakwa memiliki sebuah rumah yang bernilai RM7.218 juta (SEPERTI DAKWAAN DI SINI). Dan disebabkan Nedim Datuk Seri Nazri Aziz merupakan kumpulan bumiputera beliau telah mendapat diskaun sejumlah RM500,9444.08 (-7%). Tahniah. 
Terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz dikesan memakai kereta sport super mewah, Lamborghini Aventador yang menjadi idaman ramai. Apabila bercakap kereta idaman ini, kebanyakan rakyat marhaen hanya boleh berangan dan mengidam sahaja. Setakat gaji kakitangan awam mahu memakai kereta Lamborgini Aventador seperti ini? Mampu? Kalau "mampu" mahu disoal siasat SPRM? Tetapi……
Tetapi Nedim Datuk Seri Nazri Aziz lebih daripada mampu. Belum cukup dengan kereta Porshe, Hummer "milik seseorang" dan terbaru Nedim Datuk Seri Nazri Aziz memandu kereta Lamborghini Aventador yang bernilai? Berdasarkan semakan Berita Semasa terhadap sebuah portal kereta di Malaysia, kereta mewah sport tersbeut bernilai RM2.8 juta. Sekali lagi RM2.8 juta!!! Tahniah……
kereta nedim

Koleksi Kereta Mewah Nedim Nazri Aziz (Porshe, Hummer, Lamborghini)

Read More / Baca Lagi >>

Muhyiddin nafi mahu berundur

Posted: 19 Jun 2014 03:48 AM PDT

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan akan berundur daripada Kabinet untuk memberi tumpuan kepada Umno.

"Tak ada (letak jawatan). Saya masih ada di sini lagi, masih alive and kicking.

"Selama mana saya berada dalam kabinet beliau (Datuk Seri Najib) biasa berbincang dengan saya.

"Jadi setakat hari ini, tidak apa-apa pun perkara yang telah dibangkitkan melibatkan kedudukan saya sendiri," katanya

Adakah PM Najib akan mengemas barisannya?

Posted: 19 Jun 2014 03:47 AM PDT

Oleh Hazlan Zakaria
Mula-mula kita dengar pertukaran menteri besar dan kini, kedengaran kisah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pula yang akan berundur bagi memperkukuhkan parti Umno.Adakah ini dongengan atau akan benar-benar berlaku? Tunggu dan lihat.
Ketika satu persatu tokoh besar Umno bertukar, persoalannya: Adakah Perdana Menteri akan membuat perubahan besar bagi mengukuhkan kedudukannya sendiri?

Setelah dikritik dan diserang dari pihak dalaman parti, termasuk tokoh veteran Umno kerana kurang berpendirian tegas dan tidak menunjukkan pengaruhnya, Najib dilihat berdepan cabaran besar mengekalkan kuasa.
Diberitakan terdapat beberapa kumpulan yang diterajui pemimpin veteran yang turut disokong bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamda yang kurang senang dengan Najib dan mahunya berundur. Muhyiddin dilaporkan menjadi pilihan bagi menggantikan tempatnya.
Ironinya, ia seperti apa yang berlaku apabila Najib mengambilalih jawatan perdana menteri daripada tangan Tun Abdullah Badawi dahulu, di mana Muhyiddn memainkan peranan penting menyingkirkan Pak Lah.
Berita yang berlegar-legar daripada kumpulan di dalam Umno telah dibaca pemerhati sebagai kemungkinan Najib bakal disingkirkan dari berterusan memimpin parti Melayu itu, selepas pencapaian hambar di dalam PRU13 yang lalu.
Namun Najib secara senyap-senyap (atau mungkin penasihatnya) mengorak langkah menyusun kembali langkah agar beliau kekal memimpin Umno.
Sejak berita pertukaran barisan MB tersebar, sekurang-kurangnya satu jawatan MB telah bertukar tangan dengan pengunduran Datuk Seri Ahmad Said di Terengganu. Ini kemungkinan diikuti dengan Datuk Seri Adnan Yaakob di Pahang mengambil langkah yang serupa.
Tokoh lama diganti dengan pemimpin baru yang menyokong kepimpinan Najib.
Read More / Baca Lagi >>

DAP kecam Dewan Rakyat gantung Surendran

Posted: 19 Jun 2014 03:42 AM PDT


1st day parliment 2013-_MG_5596 (12)

KUALA LUMPUR, 19 JUN: DAP mengecam sekeras-kerasnya tindakan Dewan Rakyat yang sekali lagi menggantung Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran hanya kerana mengkritik tindakan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang sering menolak usul yang dibawa Pakatan Rakyat.
Setiausaha Agung Lim Guan Eng menyifatkan Barisan Nasional menyalahgunakan majoriti yang dimiliki mereka dalam Dewan Rakyat untuk menafikan proses demokrasi dalam Parlimen.
"Mereka guna kuasa majoriti untuk menidakkan demokrasi dengan (bersetuju dengan usul) penggantungan Surendran.
"Ini adalah suatu yang sangat mengecewakan. Kita perlu ada toleransi, mesti beri peluang kepada semua pihak untuk berbahas," kata Ahli Parlimen Bagan itu lagi dalam sidang media tadi.
Pagi tadi, timbalan Speaker Datuk Ronald Kiandee meluluskan usul yang dibawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim itu tanpa perbahasan, walau pun ia pada mulanya dibuka untuk dibahaskan.
Surendran dalam sidang media di sini Isnin lalu mengkritik Speaker kerana bersikap 'authoritarian' dengan tidak memberi ruang secukupnya kepada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Halau MP Pakatan, Paul Low tidak jujur - Dr Ong Kian Ming

Posted: 19 Jun 2014 03:41 AM PDT


bukti1
KUALA LUMPUR, 19 JUN: Ahli Parlimen DAP Serdang Dr Ong Kian Ming hari ini menafikan dakwaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low bahawa taklimat mengenai laporan Ketua Audit (AG) dua hari lalu hanya terhad pada media dan pegawai tinggi kerajaan.
Beliau berkata, tindakan Paul menghalang ahli parlimen Pakatan Rakyat hadir ke taklimat sama sekali tidak masuk akal kerana jemputan yang diterimanya pada 17 Jun lalu secara terang-terang mengatakan bahawa ia adalah sesi taklimat umum.
Menurutnya, ketika Ahli Parlimen PKR Bayan Baru Sim Tze Sim dan Ahli Parlimen PAS Kuala Terengganu Raja Kamarul Bahrin Shah diminta meninggalkan sesi, beliau turut berada di situ.
"Saya tidak memperkenalkan diri sebagai Ahli Parlimen dan tidak disuruh meninggalkan auditorium. Tapi isunya sekarang adalah, tidak ada keperluan langsung untuk Paul mengatakan taklimat itu hanya terhad kepada media serta Ahli Parlimen tak boleh hadir.
"Dalam slip jawapan yang diberikan daripada sumber lain tidak menyebut ia hanya untuk media tapi sebagai 'taklimat umum', tambahan pula melalui e-mel pendaftaran, saya mendapat jawapan positif daripada pejabat Paul sendiri.
"Saya amat terkejut apabila beliau meminta Ahli Parlimen meninggalkan sesi, pada saya tindakan yang dilakukan ini berlandaskan niat tidak baik," katanya dalam kenyataan.
Beliau turut membidas kenyataan Paul semalam, yang mendakwa tindakannya itu adalah berasaskan prinsip kerana Ahli Parlimen sudah mempunyai platform sah membangkitkan soalan berkaitan Laporan Ketua Audit Negara setiap kali Dewan Rakyat Bersidang.
"Beliau harus sedar bahawa Laporan Ketua Audit Negara telah dibentangkan hanya seminggu selepas Parlimen bersidang semula. Soalan parlimen kami dihantar dua minggu sebelum persidangan bermula, ini bermaksud kami tidak mendapat kesempatan untuk memasukkan Laporan AG dalam soalan untuk dikemukakan kepada menteri-menteri.
"Lagipun Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) hanya terdiri daripada sebilangan kecil Ahli Parlimen dan sesi pendengarannya tidak dibuka kepada media mahupun wakil rakyat.
"Sebab itu sesi taklimat baru-baru ini merupakan peluang terbaik untuk kami untuk bertanya soalan mengenai Laporan AG yang terkini," ujarnya.
Kian Ming juga menuntut Paul supaya memastikan janji beliau untuk menganjurkan sesi sama kepada Ahli Parlimen ditepati.
Read More / Baca Lagi >>

Sudah tiba masa Khazanah diaudit - Nur Jazlan

Posted: 19 Jun 2014 03:34 AM PDT

Nur Jazlan Mohamed menunjukkan rumusan mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk diserahkan kepada Speker Dewan Rakyat. Gambar: FAZRY ISMAIL
Nur Jazlan Mohamed menunjukkan rumusan mengenai Laporan Ketua Audit Negara yang dilakukan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara untuk diserahkan kepada Speker Dewan Rakyat.
Mungkin sudah tiba masanya Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) turut diaudit daripada segi operasi oleh Ketua Audit Negara sebagaimana yang dilakukan terhadap kementerian-kementerian serta agensi kerajaan yang lain.
Biarpun sayap pelaburan negara itu memiliki sistem urus tadbirnya sendiri seperti ahli lembaga pengarah yang hebat, pengurusan kanan yang profesional dan laporan kewangan yang perlu diaudit oleh firma antarabangsa, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) merasakan ada keperluan untuk prestasi entiti berkenaan turut diaudit oleh Ketua Audit Negara.
Menurut Pengerusi PAC, Datuk Nur Jazlan Mohamed, cadangan supaya Khazanah dan beberapa lagi entiti berkaitan kerajaan seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diaudit oleh Ketua Audit Negara akan dibawa ke mesyuarat ahli-ahli PAC akan datang.
"PAC pernah memanggil Khazanah tetapi pertemuan tersebut lebih fokus kepada pengurusan kewangan malah Ketua Audit Negara juga telah melakukan audit terhadap penyata kewangan Khazanah tetapi mungkin kita juga perlu melihat dari perspektif bagaimana Khazanah diuruskan.
"Prestasi kewangan dan prestasi operasi adalah dua perkara berbeza. Jika kita boleh melakukan audit terhadap kementerian-kementerian sebanyak tiga kali setahun, kenapa kita tidak boleh melakukannya terhadap Khazanah?
Read More / Baca Lagi >>

Alhamdulillah kesihatan saya makin baik - TG Nik Aziz

Posted: 19 Jun 2014 03:29 AM PDT


KOTA BHARU: "Sakitpun boleh baca lagi akhbar Harakah," ujar Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil tersenyum sebaik sahaja melihat kami menghampiri katilnya petang ini.

Ketika diminta mengulas berhubung kesihatannya, Mursyidul Am PAS itu berkata, beliau berasa sihat namun mudah letih.

"Perkara ini berlaku mungkin saya tersalah makan, atau mungkin sebab saya menggunakan nada suara agak tinggi terutama sewaktu kuliah.

"Tetapi bila berada di sini beberapa hari, alhamdulillah kesihatan saya semakin baik hari ke hari, mungkin juga sebab saya banyak berehat di sini," ujarnya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia, HUSM, pada Jumaat lalu selepas mengadu kesihatannya terganggu.

Beliau dijangka dibenrkan keluar wad dalam masa terdekat.

Dalam pertemuan dengan Harakahdaily hari ini, beliau bagaimanapun memohon umat Islam seluruhnya mendoakan kesihatannya.

"Semoga hayat yang masih berbaki dapat saya gunakan untuk Islam," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Tindakan gantung Surendran kali kedua dari Parlimen keterlaluan

Posted: 19 Jun 2014 03:24 AM PDT

RafiziSHAH ALAM, 19 JUN: Tindakan penggantungan sekali lagi terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran selama enam bulan daripada Parlimen bermula hari ini keterlaluan dan bersifat peribadi.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, berkata tindakan yang dikenakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee dan dewan dilihat terlalu keras, selain memberi gambaran negatif dalam sistem demokrasi negara.
Katanya, Dewan Rakyat perlu sedar bahawa realiti kini memperlihatkan Pakatan Rakyat (PR) semakin kuat, maka speaker serta sidang dewan perlu mengadakan perbincangan dengan pembangkang.
"Seharusnya ,pembangkang daripada PR perlu diberi peluang untuk sama berbincang dalam banyak perkara. Namun, bila kita cuba pastikan ada suara dihormati, tindakan penggantungan dikenakan.
"Apa yang disebut Surendran adalah yang dirasai kebanyakan orang. Tidak ada yang salah disebut beliau dan tindakan kali kedua penggantungan ini dilihat bersifat peribadi serta membuktikan speaker juga dewan tidak boleh disentuh," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Rafizi berkata demikian ketika diminta mengulas berkenaan penggantungan Surendran sekali lagi daripada Parlimen kerana Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu pernah digantung pada November lalu dan baru beberapa hari tamat daripada tindakan berkenaan.
Read More / Baca Lagi >>