Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


DAP mahu Dayak sebagai CM untuk diperkudakan

Posted: 16 Jun 2014 10:00 PM PDT


DAP akan implementasikan?

Betulkah DAP betul beri penghormatan kepada kaum Dayak? Berapa ramai kaum DAyank pegang jawatan dalm DAP Sarawak?

Berapa ramai dalam gambar berikut ini yang mata tak sipet atau rambut saja yang straight?

Usaha parti SAPA nak bawa Sarawak keluar Malaysia ada tangan dari dalam BN?

Posted: 16 Jun 2014 06:00 PM PDT


Unspinners memetik laporan Malaysian Insiders berikut dari log Parit Buntar Rebels:

Perjanjian Malaysia 1963 tidak SAH - NGO Sarawak

Presiden Sapa Lina Soo hari ini berkata  Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar 

The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 
15 Jun, 2014.

Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dalam satu forum hari ini.

Presiden Sapa Lina Soo berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.

"Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak," katanya di Kuala Lumpur hari ini.

Soo berkata, lima individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.

Soo berkata, ia melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Law of Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980).

"VCLT mungkin bukan tindakan retro yang boleh digunakan ke atas perjanjian tarikh itu seperti Perjanjian Malaysia 1963, namun semakan berguna untuk menghasilkan prinsip undang-undang antarabangsa," kata Soo.

Tambahnya, perjanjian itu melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960).

Soo berkata," Britain dan Malaya merancang untuk memindahkan kemerdekaan koloni Borneo kepada Malaysia melanggar Artikel 5 UNDD 1960, kerana gagal memindahkan kesemua kuasa kepada rakyat dan penafian untuk kebebasan mutlak".

Katanya, Malaya sebagai kuasa bebas, tidak mempunyai hak perundangan, mandat atau kuasa mencampuri hubungan Borneo, menurut UN Charter on Self-Determination. – 15 Jun, 2014..themalaysianinsider

Komen Parit Buntar Rebels di SINI. mempersoalkan niat MI.

Tiada masaalah nak peringatkan perjanjian Cobbold yang sah dan pelbagai proses yang berdokumen untuk menyanggah dakwaan di atas.

Tapi Unspinners terdengar cerita ada wakil rakyat BN di sebalik parti SAPA ini. Maka bertanya kenapa pula ada wakil rakyat BN perlu lakukan langkah politik sedemikian rupa?

Apa yang dia tidak puashati?

Adakah dia kehilangan jawatan sebbagai wakil rakyat? Tidak.

Kehilangan jawatan dalam parti? Tidak, malah lagi naik.
Nak kata miskin, tidak. DIa kaya raya..

Apakah langsung ada yang tidak kena mahu terus bawa Sarawak keluar Malaysia? 

DAP cari pasal di Pengerang guna isu kubur

Posted: 16 Jun 2014 07:36 AM PDT


Cina Pengerang dah kelurkan banner di atas yang bermaksud "Petronas kacau perkuburan nenek moyang. Kau nak pakai petrol mereka lagi kah?"

Oh itu maknanya. Ingatkan Cina DAP nak kata jangan beli manyak Petronas dan Petron..
Beli minyak Babi sahaja......

Sebenarnya kubur Melayu - Islam, Kristian & Hindu telah digali dan dipindahkan. Apa special sangat kubur CIna?

Kata nak adil dan samarata?

Ini hanya kerenah DAP yang sengaja nak cari pasal


Baca Mael Pengerang SINI 

Kesabaran orang Pengerang ada hadnya. Baik-baik DAP

BBC buktikan RM100,000 duit rakyat dibayar untuk keluarga Anwar berbohong

Posted: 16 Jun 2014 02:23 AM PDT


Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacaranya. Antaranya adalah:

1. Anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia yang melawan sistem sediaada. Sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkamah memang Anwar meliwat.

2. Orang Malaysia sudah menyampah dengan Anwar dan demo jalanan kerana seperti Anwar ingin elak dari isu peribadinya.

3. Kata Anwar dia menang undi popular. tapi tak dilayani kerana sistem di Malaysia sama seperti di England yang tidak mengira kemenangan melalui undi popular.

4. Anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti. Lalu terus menukar kepada topik mh370. Pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan Malaysia menanganinya dengan baik. Tentulah Pak Liwat membuak marah!

5. Kemudian pengacara menegur mengapa Anwar sanggup mempolitikkan isu seperti MH370 demi kepentingan politknya.

Maka beberapa hari kemudian, Anwar balik ke Malaysia tanpa sambutan "Hidup Anwar!".

Pandai tuduh orang, akhirnya ngaku PKR parti kotor dan rasuah

Posted: 15 Jun 2014 11:30 PM PDT






Bukankah jelas PKR parti korup?




Ahli pun dah tak percaya


Harapkan pegar pegar makan padi





Nak betulkan parti boleh kena marah dan pecat pula yob!

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor Boneka Kristian?

Posted: 16 Jun 2014 11:09 AM PDT


Jawatan yang sedang disandang datang bersama tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim yang memangku jawatan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor perlu menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Sikap beliau yang mendiamkan diri dalam isu Bible dalam Bahasa Malaysia telah mengguris hati umat Islam di Selangor.

Baru-baru ini, peguam Negara Abdul Gani Patail telah menutup kes itu. Namun sebagai umat Islam kita perlu terus berjuang. Kes ini masih boleh diteruskan. Keputusan peguam Negara itu bagi sesetengah pakar dan pengamal undang-undang bukanlah sesuatu yang mutlak. Masih ada banyak ruang dan cara yang boleh digunakan untuk mempertikai dan menukar keputusan tersebut.

Kita perlu tahu bahawa pendakwaan masih boleh dijalankan mengikut Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988. Berdasarkan peruntukan berkenaan sebelum ini maka Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada Januari lalu. Enakmen ini juga boleh dikuatkuasa dan digunakan untuk membuat pendakwaan pendakwaan.

Enakmen Kawalan dan Sekatan (Pengembangan Agama Bukan Islam) Selangor 1988 ini telah berkuatkuasa lebih daripada 25 tahun yang lalu. Walaupun begitu setakat ini belum pernah sekalipun pesalah dibawa ke muka pengadilan. Namun pihak yang cuba mempolitikkan isu ini telah bertindak melampaui batasan maka sudah sampai masanya peruntukan dalam enakmen ini digunakan.

Sebenarnya amat jelas pihak Persatuan Bible Malaysia (BSM) memiliki naskhah Bible terbabit dan berkemungkinan yang cukup tinggi untuk menyebarkan ajaran Kristian kepada orang Islam. Dengan ini mereka boleh disabitkan dengan kesalahan pengembangan agama bukan Islam terhadap orang Islam yang menggunakan bahasa Melayu.

Sememangnya satu perkara yang amat malang kepada umat Islam di Selangor yang bermenteri besar seorang Muslim dengan sebahagian daripada anggota exconya yang juga muslim dan merupakan Exco Hal Ehwal Agama Islam Selangor namun jelas tidak dapat mempertahankan Islam dalam konteks pentadbiran negeri. Kepatuhan melampau mereka terhadap DAP dengan sendiri mencemarkan kedaulatan dan maruah Islam.

Wasabi Oyabun...

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


BBC News pertikai Anwar?

Posted: 16 Jun 2014 09:36 PM PDT


Wartawan BBC News, Stephen Sackur mempertikaikan jawapan yang diberikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sesi temu bual yang dikendalikannya di stesen penyiaran tersebut di London, United Kingdom (UK), baru-baru ini.

Sebaik sahaja temu bual dimulakan, Anwar cuba meraih simpati dengan menjaja kisahnya berdepan dengan kerajaan Malaysia yang didakwa bersifat autoritarian.



Walau bagaimanapun, Sackur mengingatkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bahawa mahkamah merupakan institusi yang mengadili kes liwatnya.

Sackur seterusnya mempersoalkan ke­nyataan Anwar yang mendakwa mahkamah dan media di Malaysia tidak bebas.

"Anda telah me­nyampaikan mesej itu kepada rakyat Malaysia sejak bertahun-tahun lalu tetapi nampaknya mereka tidak menerimanya. Maksud saya, pihak pembangkang telah mela­ku­kan segala-galanya dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) namun anda masih tidak boleh menang," katanya.

Sackur kelihatan hairan apabila Anwar menyatakan pihak pembangkang mengatasi Barisan Nasional (BN) dari segi undi popular sambil mengi­ngatkan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu BN memenangi lebih banyak kerusi Parlimen.

Beliau turut berpandangan, tiada tanda yang menunjukkan rak­yat Malaysia akan berdemonstrasi di jalanan sekiranya Anwar gagal dalam rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 7 Mac lalu yang menjatuhi hukuman penjara lima tahun ke atasnya kerana meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Dalam nada sinis, Sackur menyifatkan tindakan Anwar mengalihkan topik perbincangan dari isu politik Malaysia kepada insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 sebagai 'menarik'.

"Kerajaan Malaysia mendakwa anda mempolitikkan isu tersebut yang secara jelas mengecewakan keluarga para penumpang dan anak kapal yang masih hilang.

"Juga sangat sensitif dan anda berterusan mempolemikkannya serta menimbulkan masalah dalam satu isu yang agak serius untuk dipolitikkan," ujarnya.

Beliau sekali lagi terpaksa menegur Anwar apabila Ketua Pembangkang itu menuduh kerajaan tidak mendedahkan maklumat tentang kargo yang dibawa pesawat MH370.

"Mereka (kerajaan Malaysia) telah mendedahkan dokumen yang mengandungi maklumat kargo," jelasnya.

Sedutan rakaman rancangan temu bual tersebut dimuat naik ke YouTube minggu lalu dan boleh diakses di https://www.youtube.com/watch?v=V88dj0njYT8.

Suara Politik
Belantan

MH370: Adakah kita mencari di tempat yang betul?

Posted: 16 Jun 2014 08:06 AM PDT



Kehilangan penerbangan MH370 Malaysia Airlines telah menjangkau lebih 100 hari sekarang ini dengan nasib yang menimpa pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 krew masih menjadi tanda tanya.

Tanggal Ahad, Jun 15, menandakan genap 100 hari sejak pesawat itu hilang dengan sebahagian besar daripada operasi mencari dan menyelamat yang diketuai oleh Australia kekal bertumpu pada koridor Selatan Lautan Hindi.

Bahagian lautan itu menyaksikan aktiviti rancak di laut dan udara khasnya semasa kemuncak operasi mencari, dengan berpuluh kapal dan kapalterbang mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pada 24 Mac bahawa penerbangan pesawat itu berakhir di bahagian lautan itu.

Setiap serpihan terapung, yang membawa harapan awal yang pesawat itu akan ditemui, dianalisis dan ditentusahkan. Malangnya, kesemua serpihan itu dikatakan tidak mempunyai kaitan dengan pesawat itu.

Kehilangan pesawat itu terus kekal misteri selepas Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) pada 29 Mei lepas menolak kesemua empat kedudukan di mana isyarat akoustik dirakamkan oleh Bluefin-21 sebagai kawasan di mana kemungkinan pesawat itu berada.

Isyarat akoustik yang direkodkan pada 5 dan 8 April pada awalnya dikatakan datang daripada kotak hitam pesawat itu dan memberikan sedikit harapan untuk merungkai apa yang telah berlaku dalam pesawat malang itu. Penerbangan MH370 ke Beijing, China, pada 8 Mac lepas, putus hubungan dengan menara kawalan sejam setelah berlepas.

PENEMUAN DARIPADA DATA MENTAH INMARSAT

Mencari pesawat itu di lautan ketiga terbesar di dunia bukan satu yang mudah. Apa lagi, timbul persoalan sama ada pihak berkuasa mencari di tempat yang betul? Oleh itu, adakah wajar untuk meneruskan dengan pencarian di Selatan Lautan Hindi berdasarkan pada data yang disediakan oleh pemilik dan pengendali satelit, Inmarsat?



Penganalisis CNN bagi Bidang Penerbangan Jeff Wise, yang juga seorang wartawan sains, dalam satu temubual dengan Bernama melalui e-mel memberikan sedikit sebanyak penjelasan akan data yang disediakan oleh Inmarsat berdasarkan pada 'ping' yang dirakam oleh satelit.

Wartawan dari New York, AS, itu membuka bicara dengan berkata, ping elektronik yang diterima satelit, tidak seperti yang sepatutnya, tetapi Inmarsat mengetahui segala-gala mengenai sistem itu.

"Mereka dapat menghuraikan percanggahan yang berlaku kerana orbit satelit itu berubah. Orbit satelit yang berubah ini turut mengubah frekuensi penghantaran isyarat yang menunjukkan pesawat itu berada di hemisfera selatan, dan bukan di hemisfera utara," katanya.

Beliau merujuk kepada artikel beliau, "Where the Missing Plane Went" (Ke Mana Perginya Pesawat Yang Hilang Itu), yang disiarkan pada 'Slate', sebuah majalah online hal-ehwal semasa dan budaya, di mana beliau berkata, dalam kes MH370 peralatan komunikasi satelit diaturcara untuk menganggap satelit Inmarsat mengelilingi bumi pada satu kedudukan kekal di Khatulistiwa.

Bagaimanapun, sebenarnya, berlaku perubahan dalam kedudukan orbit itu. Dalam tempoh pesawat itu hilang, satelit itu berada di Khatulistiwa, pada awalnya bergerak ke utara, dan kemudian ke selatan dengan kelajuannya terus meningkat. Ralat dalam menghitung kedudukan satelit itu menunjukkan sistem elektronik pada kapalterbang itu gagal memperbetulkan kedudukan berdasarkan kepada kelajuannya sendiri," katanya.

MEMAHAMI DATA INMARSAT

Wise berkata, cara mudah untuk memahami ciri data Inmarsat adalah menggunakan analogi seorang lelaki mabuk memandu motobot mengelilingi sebuah kolam and dalam keadaan diselubungi kabus tebal.

Anda berdiri di tepi kolam dan ingin tahu di mana beliau berada. Anda mempunyai sebuah hon kabus, dan setiap kali anda membunyikannya, beliau membalas balik dengan segera menggunakan hon kabus beliau.



Bunyi hon kabus itu menunjukkan dua perkara. Pertamanya, dengan mengetahui kelajuan bunyi dan tempoh masa reaksi lelaki itu, kedudukan beliau boleh ditentukan berdasarkan kepada tempoh yang diambil untuk anda mendengar bunyi hon kabus.

"Anda tidak akan tahu lokasi tepat beliau, tetapi akan tahu dalam lingkungan mana beliau berada. Dalam kes data satelit Inmarsat, ini serupa dengan isyarat ping yang diterima, dengan ping terakir iaitu lingkungan utara dan selatan," jelas beliau.

Menurut Wise lagi, petunjuk kedua daripada hon kabus lelaki itu adalah frekuensi bunyi, yang akan menunjukkan sama ada beliau bergerak menjauhi tebing atau mendekati tebing.

Ini, katanya, adalah apa yang dikenali sebagai Kesan Doppler, fenomena sama yang menyebabkan bunyi semboyan keretapi kedengaran kuat semasa keretapi menghampiri pemerhati tetapi berkurang setelah melepasi pemerhati.

"Jika anda tahu frekuensi asal hon kabus lelaki itu, perbezaan antara frekuensi hon kabus itu dan frekuensi bunyi yang anda dengar akan membolehkan anda menentukan kelajuan bot beliau, dan sama ada beliau bergerak menghampiri atau menjauhi anda, tetapi bukan kelajuan totalnya. Dalam kes MH370, data yang sama dikenali sebagai 'burst frequency offset' (BFO)," jelas beliau.

MENGAPA AKHIRNYA DI SELATAN LAUTAN HINDI?

"Dengan memahami kesemua ini, kita sekarang ini boleh memahami carta BFO, yang pihak berkuasa tidak menyatakan BFO atau pemasaan ping apabila mereka pertama kali mengemukakan laporan data satelit itu pada 25 Mac.

"Pada dasarnya, jika kita menghitung jarak daripada 'timing offset', dan kelajuan segera daripada 'frequency offset', kita mempunyai dua petunjuk yang boleh dipercayai bagaimana pesawat itu bergerak," jelas beliau.



Menurut Wise, selepas sahaja pesawat hilang daripada radar, ralat mengenai kedudukan pesawat akan menyebabkan frekuensi penghantaran isyarat sebuah pesawat yang menghala ke utara menjadi terlalu tinggi, dan selepas itu ralat kelajuan satelit akan menjadikannya terlalu rendah.

Di sebaliknya, kata beliau, dalam tempoh selepas sahaja kapal terbang itu hilang daripada radar, ralat kedudukan (position error) ini akan menyebabkan frekuensi pesawat yang menghala ke selatan menurun terlalu rendah, tetapi ralat kelajuan satelit akan meningkat secara berperingkat.

"Oleh kerana ralat kelajuan satelit terlalu dominan di akhir penerbangan itu, dan oleh kerana ralat itu berubah dengan ketara mengikut ketinggian pesawat itu berada, nilai BFO pada dasarnya menunjukkan di mana pesawat itu berada di sepanjang "lingkungan ping" terakhir apabila penerbangan itu berakhir.

"Dan atas sebab inilah pihak berkuasa menjalankan kerja-kerja mencari di bahagian lautan itu," tambah beliau.

Oleh itu, dengan data yang sedia ada, dan untuk sementara waktu, koridor Selatan Luatan Hindi merupakan tempat pencarian yang wajar. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:08 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Hasil Tarbiyah Nik Ajis Mengkafirkan UMNO & Sokongan Anwar Pada LGBT

Posted: 16 Jun 2014 10:00 PM PDT


Inilah hasil tarbiyah nik ajis selama ini mengkafirkan umno dan hasil sokongan anwar pada pelakuan Lesbian, Gay, Bisexsual dan Transexual (LBGT)

Anak melayu sudah tidak malu-malu lagi mengxpresikan diri mereka sebagai seorang homoseksual atau GAY.

Bila dulu umno menangkap dan menghukum seorang homoseksual bernama anwar ibrahim, orang pertama yang menyerang umno ketika itu adalah nik ajis, dia cuba mempertikaikan hukuman keatas anwar atas kesalahan meliwat, itu berlaku 16 tahun dulu. umno dituduh sebagai parti kafir kerana menghukum anwar.

Generasi kini sudah tidak segan mengakui diri mereka homoseksual kerana ada macam nik ajis dan anwar ibrahim yang menyokong pelakuan mereka.

Apa SPECIAL Sangat KUBUR CINA Tu???

Posted: 16 Jun 2014 07:00 PM PDT

Cina DAP sekali cuba meniup isu perkauman, poster di bawah banyak tersebar dalam facebook cina menghasut cina supaya memboikot dua syarikat minyak ini, (ingat dua syarikat minyak ini milik orang melayu Islam).


Kata poster ini "Petronas kacau perkuburan nenek moyang. Kau nak pakai petrol mereka lagi kah?" mereka mengarahkan orang cina supaya memboikot dua syarikat minyak atas alasan syarikat-syarikat itu mengabil tanah perkuburan tok nenek moyang mereka...

Betul ke cerita tu...?

Sebenarnya bukan tanah perkuburan cina sahaja yang di ambil, untuk pembagunan Kompleks Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (Rapid) dan Terminal Petroleum Air Dalam Bebas Pengerang, tetapi tanah perkuburan melayu, india dan lain-lain bangsa juga telah di ambil tampa sebarang bantahan...

Jadi apa special sangat dengan tanah perkuburan cina tu...? sumber klik sini

JIHAD EKONOMI: Jom Sokong Produk Makanan Milik Orang Islam...

Posted: 16 Jun 2014 06:15 AM PDT

Sempena bulan ramadhan yang bakal menjelma ini, mari kita sokong produk makanan milik 100% orang Islam yang terbukti HALAL, BERSIH dan SUCI.










RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:26 PTG | Posted in

sumber :-
RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Menteri akui kehilangan MH370 jejas sektor pelancongan

Posted: 16 Jun 2014 10:23 PM PDT

Penculikan di Sabah beri kesan lebih teruk dari MH370 jawap Menteri Pelancongan

Posted: 16 Jun 2014 10:22 PM PDT

Bantah Lynas: Ahli parlimen PKR diperintah keluar Parlimen

Posted: 16 Jun 2014 10:20 PM PDT


Ini Dewan Rakyat ke Dewan UMNGOK?

Posted: 16 Jun 2014 10:13 PM PDT

YB Fuziah dihalau keluar dari Dewan ketika cuba membawa usul Lynas mewakili warga Kuantan. Ini Dewan Rakyat ke Dewan UMNGOK? 

MP PKR Permatang Pauh Bahas RUU Kawalan Harga & Antipencatutan (2014)

Posted: 16 Jun 2014 10:09 PM PDT

Kapitalis Kotaraya: DBKL, PTG Wilayah langgar perintah mahkamah

Posted: 16 Jun 2014 10:08 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan sejak 23 Oktober tahun lalu meroboh rumah penduduk Kampung Chubadak Tambahan tanpa perikemanusiaan.
Pengerusi Persatuan Penduduk, Ramli Ahmad, 45, berkata, operasi perobohan dilakukan walaupun beberapa keputusan mahkamah berpihak pada penduduk termasuk pada tahun 2000 ketika kes dibawa ke Mahkamah Rayuan.
"Selepas lebih 20 tahun, isu Kampung Chubadak Tambahan masih belum selesai sehinggalah kes kita dibawa ke mahkamah baru-baru ini oleh Termizi & Co.
"Hakim pun siap tanya, isu kampung ini belum selesai lagi?" cerita Ramli kembali pada pertemuan NGO Anak Warisan dengan penduduk pada 15 Jun lalu.
Beliau berharap tindakan DBKL dan PTG yang dilihat tidak menghormati perintah mahkamah yang membenarkan penduduk tinggal harus dibahaskan di Parlimen.
"Bukan Kampung Chubadak Tambahan saja jadi mangsa. Beberapa kampung lain termasuk tanah bergeran juga akan dimangsakan seperti Kampung Padang Balang dan Kampung Bandar Dalam.
"Sikap kepimpinan yang ada pada hari ini dengan menggunakan cara mereka berfikir saja dan tidak mengikut demokrasi yang mereka laungkan. Kita ada perintah mahkamah pun tidak dihormati," ujarnya lagi.
Sementara itu, Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar & Hal Ehwal Orang Asal PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata, kes membabitkan pengambilan tanah begitu menjadi-jadi di seluruh negara.
"Baru-baru ini, saya melawat tapak kubur Cina di Kampung Sungai Kapal, Pengerang. Saudara Ah Chai, aktivis Pengerang berjalan sejauh 500 kilometer tuntut simpati kerajaan supaya tidak dikorek kubur yang menjadi warisan keluarga puluhan tahun.
"Tapi sedang beliau berjalan kaki itu hampir 100 kubur berkenaan dikorek oleh pihak PTG daripada 277 kubur di kampung itu," dedahnya.
Selain itu, ujar Mazlan, insiden di Kampung Plentong Tengah, Johor Bahru yang menyaksikan ratusan kediaman warisan Melayu sebelum PRU 2008 ranap menyembah bumi.
Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa hudud: Tidak perlu campurtangan daripada ahli politik kata Mohd Amar

Posted: 16 Jun 2014 10:05 PM PDT

Pihak PAS di Kelantan sendiri tidak akan mencalonkan wakil dalam kalangan ahli politik.

amar_nik_abdullah_300x200PETALING JAYA: Jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan seharusnya tidak perlu melibatkan orang politik, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Katanya, untuk menjadi wakil dari negeri Kelantan itu tidak semestinya daripada kalangan ahli politik.
"Pihak PAS di Kelantan sendiri tidak akan mencalonkan wakil dalam kalangan ahli politik mereka tetapi menghantar wakil yang mahir dalam teknikal dan undang-undang.
"Jika Umno Kelantan berminat untuk mewakili negeri ini untuk membentangkan pelaksanaan hudud di peringkat kebangsaan, mereka seharusnya menghantar surat permohonan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," jelasnya ketika dihubungi oleh FMT.
Ditanya sama ada wajar atau tidak wakil Umno Kelantan sedia menjadi wakil untuk negeri itu, Mohd Amar berkata itu terpulang kepada pihak Umno.
Beliau berkata demikian mengulas kesediaan Umno Kelantan menjadi wakil dari negeri ini dalam jawatankuasa teknikal hudud peringkat kebangsaan bagi membincangkan pelaksanaan hudud dengan lebih terperinci.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pihaknya bagaimanapun menghormati apa sahaja keputusan kerajaan untuk menentukan siapa yang bakal menjadi wakil dari Kelantan.
"Kita bersikap terbuka dan memang mahu menyertai jawatankuasa ini, namun terserah kepada pusat. Saya harap kita juga ada wakil, kita akan mohon dan semoga diterima," katanya.
Mengulas lanjut, Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengakui pihaknya selama ini menyimpan hasrat untuk menyertai jawatankuasa tersebut sekiranya dipelawa berbuat demikian.

Kapitalis Kotaraya: Himpunan bantah perobohan Kg Chubadak 23 Jun

Posted: 16 Jun 2014 10:02 PM PDT


KUALA LUMPUR: Satu himpunan akan diadakan pada 23 Jun ini di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantah tindakan perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak Tambahan.

Penganjur himpunan, NGO Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) di bawah Pemuda PAS Malaysia berkata, himpunan tersebut bagi menuntut keadilan terhadap tindakan zalim DBKL itu.

Himpunan tersebut turut dianjurkan dengan kerjasama Lanjah Tanah PAS Pusat.

Pengerusi Lajnah Tanah, Mazlan Aliman berkata DBKL bertindak tidak profesional apabila meroboh tiga buah rumah tanpa mengambil kira kes yang masih lagi dalam peringkat mahkamah.

"Kita mengecam tindakan DBKL, walaupun kes ini masih lagi dalam perbincangan mahkamah mereka tetap meroboh rumah tersebut.

"Sehingga sekarang tiga buah rumah telah diroboh, sikap yang tidak bertanggungjawab dan zalim DBKL apatah lagi bulan Ramadhan yang hampir tiba," jelasnya.

Beliau turut melahirkan kerisauan terhadap rumah-rumah penunduk yang lain.

"Kita mensasarkan seramai dua ribu orang akan hadir membantah tindakan DBKL.

"Kita menyeru atas dasar keperihatinan dan sikap perihatin, seluruh rakyat negara ini termasuk NGO perlu hadir memberi sokongan," katanya.

Sementara itu Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan isu kampung warisan menjadi tanggungjawab semua dan perlu dipertahankan.

Jelasnya, tindakan DBKL membelakangi prosiding mahkamah dilihat sebagai tidak menghormati serta menghina mahkamah.Read More / Baca Lagi >>

PKR dedah Putrajaya beri konsesi UiTM Seremban kepada adik Sharizat Jalil

Posted: 16 Jun 2014 10:00 PM PDT

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan adik kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat konsesi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban. Gambar fail The Malaysian Insider.Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan adik kepada Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil mendapat konsesi pembinaan kampus UiTM cawangan Seremban. Gambar fail The Malaysian Insider.PKR hari ini mendedahkan konsesi pembinaan kampus Universiti Institut Teknologi Mara (UiTM) cawangan Seremban diberikan kepada syarikat yang dimiliki adik Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Sharizat Jalil.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli, berkata Datuk Shahrir Abdul Jalil, iaitu adik kepada Sharizat memperolehi perjanjian konsesi itu melalui syarikat Tentu Selesa Sdn Bhd di mana rakan kongsinya juga berkait rapat dengan Umno.
"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan ia dikuasai dua tokoh rapat dengan Umno selain adik Sharizat, Datuk Aidit Ghazali merupakan timbalan presiden Jalur Tiga (Jati)," katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.
Semalam, Rafizi turut mendedahkan penyerahan konsesi pembinaan cawangan UiTM Pasir Gudang kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Bertam, Shariful Azhar Othman.

Speaker halau Fuziah Salleh, Surendran keluar dewan rakyat

Posted: 16 Jun 2014 09:58 PM PDT

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dihalau daripada Dewan Rakyat hari ini kerana enggan duduk seperti diarahkan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dihalau daripada Dewan Rakyat hari ini kerana enggan duduk seperti diarahkan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Gambar fail The Malaysian Insider.Ahli Parlimen Kuantan daripada PKR, Fuziah Salleh dihalau oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semasa sidang Dewan Rakyat di Parlimen, hari ini gara-gara mempersoal kewajaran Parlimen menolak petisyen bantahan terhadap projek Lynas.
Selain Fuziah, Ahli Parlimen Padang Serai daripada PKR, N Surendran turut dihalau hanya kerana ingin menjawab pertanyaan yang diajukan oleh speaker.
Semasa perbahasan di Dewan Rakyat tadi, Fuziah mempersoalkan kewajaran penolakan petisyan tersebut dan enggan duduk selepas Pandikar mengarahkannya duduk sehingga menyebabkan beliau dihalau.
Pada satu sidang media selepas itu Surendran mengakui tidak pasti mengapa speaker menghalaunya.
"Saya tidak tahu mengapa speaker menghalau saya, saya hanya mempersoalkan cara beliau kemudian mendengar kawasan saya dipanggil.
"Apabila saya menjawab speaker kemudiannya memutuskan untuk menghalau saya keluar serentak dengan Fuziah," katanya di Lobi Parlimen.

Negara Islam atau sekular? CJ diminta jelas pendirian

Posted: 16 Jun 2014 09:55 PM PDT

 
Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria perlu membuat pendirian sama ada beliau bersetuju Malaysia adalah negara Islam atau negara sekular, kata Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari.

Abdul Aziz bersetuju dengan cadangan MP Puchong Gobind Singh Deo bahawa kerajaan sepatutnya menggunakan Artikel 130 Perlembagaan Persekutuan untuk mendapat penjelasan berkaitan perkara ini.

Menurutnya, Mahkamah Persekutuan khususnya ketua hakim negara mesti menunjukkan kepemimpinan dalam perkara itu seperti yang diamalkan oleh Mahkamah Agung Amerika Syarikat sejak bertahun-tahun.

"Mahkamah itu mungkin boleh membuat kesilapan, tetapi mereka boleh memindanya kemudian, itulah sebabnya mereka tidak terikat dengan keputusan mereka," katanya.

MP PAS Kuala Krai & Pasir Puteh mencelah BN Kinabatangan Bahas RUU Kawalan Harga & Antipencatutan (2014)

Posted: 16 Jun 2014 09:43 PM PDT

Tim Menteri PDNKK membacakan RUU Kawalan Harga & Antipencatutan

Posted: 16 Jun 2014 09:42 PM PDT

MP PKR Kuantan membuat rayuan Usul & Jawapan Speaker serta arah Padang Serai Dan Kuantan Keluar Dewan

Posted: 16 Jun 2014 09:40 PM PDT

DAP Sibu rujuk Menteri JPM Peraturan Mesyuarat 36(12) - Malaysia Negara Sekular

Posted: 16 Jun 2014 09:38 PM PDT

DR 17 Jun 2014 : Sesi Pertanyan Jawab Lisan

Posted: 16 Jun 2014 09:37 PM PDT

Tahniah BN: Kos berniaga makin meningkat

Posted: 16 Jun 2014 09:20 PM PDT

Fauzi (kiri) bersama kakitangannya menunjukkan produk Gloria Jean's Coffees.  
  • Fauzi (kiri) bersama kakitangannya menunjukkan produk Gloria Jean's Coffees.
KENAIKAN kos sara hidup yang dirasai rakyat sekarang ini berkait rapat dengan kenaikan kos dalam perniagaan.
Secara ringkasnya, semakin mahal kos menjalankan perniagaan, semakin tinggi harga produk atau perkhidmatan itu dijual.
Pemansuhan sebahagian subsidi petrol dan diesel tahun lalu serta kenaikan tarif elektrik pada awal tahun ini antara penyumbang kepada kenaikan kos perniagaan di Malaysia, seperti diakui beberapa syarikat yang ditemui Sinar Harian.
Pengurus Pembangunan Francaisi Daily Fresh Foods Sdn Bhd, Irene Chia Ai Ling berkata, akibat kenaikan tarif elektrik dan bahan bakar, syarikat itu perlu menampung kos tambahan untuk mengeluarkan pelbagai produk snek Daily Fresh seperti bertih jagung.
"Syarikat kami terpaksa tambah kos sebanyak 20 peratus untuk tampung kenaikan tarif elektrik dan kira-kira 10 peratus untuk minyak lori yang digunakan bagi menghantar bekalan kepada francaisi," katanya.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan harga produk makanan akan dinaikkan selepas cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan tahun hadapan.
"Kami hendak lihat dahulu bagaimana keadaan ketika itu (apabila GST dilaksanakan). Tetapi kalau katakan harga makanan naik, ia tidak terlalu tinggi.
"Kami tiada pilihan sebab kos pengeluaran bertambah akibat faktor itu, selain kos-kos sampingan lain seperti sewa kedai," katanya.
Bagi memastikan francais Daily Fresh terus berkembang, Ai Ling berkata, syarikat itu memperkenalkan sistem francais mikro dengan pelaburan lebih rendah, iaitu antara RM33,000 hingga RM38,000.
"Kalau buka kios Daily Fresh yang biasa, perlukan pelaburan dalam RM120,000. "Namun, kita sedar adanya perubahan ekonomi semasa dan strategi ini digunakan untuk menambah cawangan kami," katanya.
Sementara itu, syarikat Wonderful Lifestyle Sdn Bhd, iaitu pengendali francais Gloria Jean's Coffees di Malaysia dan Brunei, berazam untuk tidak menaikkan harga minuman serta makanan di premis itu di sebalik persekitaran perniagaan yang semakin mencabar.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fauzi Awang berkata, walaupun berdepan kenaikan kos pengeluaran akibat peningkatan tarif elektrik, bahan bakar dan pelaksanaan GST tahun hadapan, semua itu masih boleh ditampung dengan keuntungan syarikat tersebut.
"Produk kami dari Australia dan mereka ada skala ekonomi tertentu serta hasilkan bahan (mentah) seperti biji kopi dan sirap (bahan perasa dalam minuman) untuk semua francaisinya," katanya.
Menurutnya, kenaikan bahan bakar dan tarif elektrik tidak menjejaskan pengeluaran produk mereka.
Bil elektrik naik sehingga 40 peratus
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Hudud bentuk rasisme terbaru oleh UMNO?

Posted: 16 Jun 2014 09:07 PM PDT

Kita nak tanya- bila Jamil Khir Baharum, menteri yang bertanggung jawab mengenai agama Islam mengistiharkan negara ini negara Islam, adakah ini keputusan kabinet? Atau ini kenyataan untuk menyukakan hati kaum Melayu? Jika ianya keputusan kabinet, maka bagaimana reaksi pimpinan MCA, Gerakan dan pimpinan parti komponen BN yang bukan Islam? Kita tahu MCA tidak ada lagi missi perjuangan selain berleter untuk mendapatkan jawatan dalam kabinet. demikian juga parti2 lain. 

UMNO dan Hudud. 
Kenapa tiba2 UMNO beria-ia memperjuangkan hudud? Parti ini tidak pernah dikenali sebagai parti politik yang memperjuangkan cita2 Islam. Bahagian itu dimiliki oleh PAS. PAS pun bersikap berhati2 apabila mahu melaksanakan hudud. Pembentangan private members bill mengenai perlaksanaan hudud oleh PAS di parlimen suatu ketika baru2 ini ditunda dahulu. Walaupun hudud itu hanya untuk negeri Kelantan.
Kerana PAS sedar bahawa walaupun ianya dilaksanakan di Kelantan, implikasi nya akan menyeluruh.
Tapi UMNO lebih kuah dari camca. Sampai melimpah kesungguhan dan keterujaan nya untuk membentangkan hudud. Wakil rakyat UMNO yang ek dan gah mahu membentangkan hudud di DUN Selangor pada saat akhir menanrik balik hasrat nya. nyatalah kepada wakil UMNO, DUN hanya seperti pasar malam. 
Kepada UMNO, pemikiran disebalik hudud iti bukan seperti pemikiran PAS. Motivasi PAS ialah mendepankan prinsip agama. Kepada UMNO ianya suatu mainan politik dan hudud adalah suatu instrument untuk menyelamatkan dan mengekalkan kedudukan UMNO. Kita semua tahu UMNO didirikan atas semangat nasionalisme Melayu.  
Dan dalam bulan2 mutakhhir ini, nasionalisme UMNO ialah nasionalisme puak ekstremis kanan. Agama dan mempertahankan institsui Raja Melayu adalah dua bidang dimana puak pelampau kanan UMNO menunjukkan taring mereka. Sedangkan dua perkara ini tidak lansung berada dalam ancaman.
Maka, hudud merupakan peluang politik yang terbaik untuk mengembali-kukuhkan( reassert)  imej UMNO sebagai menjuarai bangsa Melayu. Hudud sebagai sebahagian agama Islam tentulah disokong oleh semua bangsa Melayu. Jika UMNO boleh menunjukkan dirinya lebih dari PAS dalam memperjuangkan hudud ini, maka UMNO akan mendakwa dirinya sebagai satu2 nya parti yang mendahulukan Melayu.
Read More / Baca Lagi >>

Ketegasan Hannah Yeoh sebagai Speaker wajar dipuji

Posted: 16 Jun 2014 09:02 PM PDT

Hannah bertindak adil dan tegas tanpa mengira bulu.

hannah_yeoh_300x200ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh, 35, mencatat sejarah kerana beliau merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri wanita yang pertama di Malaysia.
Seorang bekas peguam dan pengurus upacara, beliau memenangi kerusi Subang Jaya selepas menewaskan Ong Chong Swen daripada parti MCA, salah satu parti komponen Barisan Nasional, dalam pilihan raya umum 2008.
Dilahirkan di Subang Jaya, Hannah menyambung pelajarannya di University of Tasmania, Australia pada tahun 1998 dan memperoleh ijazah undang-undangnya pada tahun 2001.
Beliau diiktiraf menjadi peguam oleh Badan Peguam Malaysia pada bulan Januari 2003, dan kemudian mendapat pengiktirafan oleh Mahkamah Agung Tasmania selepas memperoleh Certificate of Legal Practice (Sijil Praktik Guaman) di Tasmania. Hannah kemudian bertugas sebagai peguam di Petaling Jaya selama tiga tahun sebelum berpindah ke syarikat pengurusan upacara pada tahun 2006.
Minggu lepas beliau mengejutkan rakyat Malaysia kerana sebagai Speaker DUN Selangor, Hannah menerima usul hudud yang dibawa oleh seorang ADUN Umno.
Katanya, banyak pihak mempertikaikan keputusan beliau membenarkan usul kontroversi itu dibentang dalam DUN walaupun partinya tidak menyokong undang-undang syariah Islam itu.
Hannah menegaskan beliau merupakan Speaker yang berkhidmat untuk semua parti dalam dewan termasuk DAP, PKR dan Umno.

"Ketika saya menjadi speaker saya bukan lagi ahli DAP atau Pakatan Rakyat," kata beliau dalam sidang media.

Minggu lepas Hannah menyatakan menerima tiga dari empat usul yang diberikan Umno minggu lalu termasuk usul hudud dari ADUN Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik.
Manakala MCA dan Gerakan kemudiannya menggesa ADUN Umno Selangor itu menarik kembali usul tersebut.

Hannah berkata beliau berada dalam dilema kerana beliau pasti akan tetap dituduh BN walau apa keputusan yang dibuat.

"Kalau saya tak terima usul ini, Umno akan kata saya anti Islam. Kalau saya terima MCA akan kata saya bermain-main dengan hudud.

"Apa yang anda akan buat kalau anda jadi saya?" soal beliau kepada wartawan sambil tersenyum.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Panda, bajet tambahan bukti kerajaan boros

Posted: 16 Jun 2014 08:59 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS Malaysia mendesak agar kerajaan melupakan hasrat untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) tahun hadapan.

Naib ketuanya Khairil Nizam Khirudin berkata, terdapat beberapa faktor yang sangat jelas yang menunjukkan kerajaan masih lagi tidak membuktikan komitmen politik dalam memperbaharui kewangan negara.

"Apa yang berlaku pada minggu lalu, kerajaan meminta Dewan Rakyat untuk meluluskan pembekalan (peruntukan perbelanjaan) tambahan tahun 2014 sebanyak RM4.11 bilion.

"Ini mengulangi tindakan tidak berhemah kerajaan yang merekodkan perbelanjaan tambahan melebihi RM17 bilion pada tahun kewangan 2013," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Khairil, perbelanjaan tambahan ini ternyata bukan disebabkan perbelanjaan luar jangka sebaliknya disebabkan ketidakpekaan kerajaan dalam mengimbangi prioriti perbelanjaan negara.

Unjuran peruntukan bajet yang dilakukan saban tahun katanya, sewenang-wenangnya dibelanja melebihi had yang diperuntukkan, malah untuk sebahagian perbelanjaan tidak memberikan kesan langsung terhadap kesejahteraan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

70% rakyat M'sia rasa tersepit pada 2014

Posted: 16 Jun 2014 08:55 PM PDT

Sebanyak 70 peratus rakyat Malaysia yang ditinjau berkata mereka merasakan bahawa ia lebih sukar untuk mengharungi kehidupan pada 2014, kata firma penyelidikan Ipsos Malaysia.

Pengarah Eksekutif Ipsos Malaysia Katherine Davis (kiri) berkata, hal ini didorong oleh kebimbangan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015.

"Pengumuman pelaksanaan GST akan datang telah meningkat kebimbangan tahun ini untuk meneruskan kehidupan kerana terdapat persepsi bahawa harga akan mula naik dari tahun ini dan seterusnya.

"Hal ini membimbangkan khususnya bagi mereka yang berada dalam kumpulan berpendapatan rendah," kata Davis dalam satu kenyataan.

Menurut tinjauan pendapat itu, dijalankan melalui telefon di 1,000 responden di seluruh negara pada Mac lalu, mereka yang paling mengambil berat tentang kedudukan ekonomi mereka adalah yang berpendapatan kurang RM3, 000 dan pengundi luar bandar.

Hannah Yeoh berjaya buktikan Umno tidak jujur dalam isu hudud

Posted: 16 Jun 2014 08:35 PM PDT

Tindakan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh membenarkan usul hudud dibahaskan di Dewan tunjuk ketelusannya dalam melaksanakan tanggungjawab. Gambar fail The Malaysian Insider.Tindakan Speaker DUN Selangor, Hannah Yeoh membenarkan usul hudud dibahaskan di Dewan tunjuk ketelusannya dalam melaksanakan tanggungjawab. Gambar fail The Malaysian Insider.Ramai yang curiga dengan kemampuan wanita berbadan kecil, Hannah Yeoh ketika dilantik sebagai speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, namun ketelusannya dalam mengendalikan isu "Usul Hudud" yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno menyerlahkan kehebatannya.
Yeoh berjaya membuktikan Umno hanya menggunakan isu hudud untuk kepentingan politik dan apabila merasakan akan rugi, mereka akan berundur balik.
Kewibawaan Yeoh meningkat dalam mengendalikan usul kontroversi oleh Adun Sungai Air Tawar, Kamarol Zaki Abdul Malik yang meminta undang-undang hudud dikaji untuk dilaksanakan di Selangor.
Tindakan Yeoh menerima usul itu untuk dibahaskan dalam sidang DUN menerima kecaman ramai pada awalnya kerana dianggap membuka ruang kepada isu yang menjadi masalah itu dan akan menyusahkan banyak pihak.
Tetapi atas dasar ketelusan dan beliau adalah speaker untuk semua Adun tanpa mengira apa parti yang mereka wakili, Yeoh menerima usul itu dibahaskan.
Bagaimanapun, belum sempat dibahaskan, pada 13 Jun lalu, Kamarol Zaki menarik balik usul berkenaan, sehari selepas ia diluluskan untuk perbahasan dalam DUN.
Read More / Baca Lagi >>

Wang Cukai Untuk Pelaburan: Putrajaya tangguh perbahasan Akta LHDN

Posted: 16 Jun 2014 08:33 PM PDT

Selepas dikritik hebat oleh ahli politik pembangkang, Putrajaya menangguhkan perbahasan pindaan Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang seharusnya berlangsung hari ini ke Oktober depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang membentangkan usul penangguhan itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan tersebut.
"Mengikut peraturan mesyuarat 62, bacaan kedua Rang Undang-Undang akan membawa perbahasan ini pada sidang Dewan Rakyat akan datang," katanya di Parlimen, Kuala Lumpur hari ini.
Rang Undang-Undang itu sepatutnya dibahaskan hari ini namun diletakkan di kedudukan nombor empat dalam aturan mesyuarat.

Ketua Audit tegur pemantauan tanah rizab Melayu di Pahang

Posted: 16 Jun 2014 08:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Pemantauan terhadap pengurusan Tanah Rizab Melayu (TRM) di negeri Pahang didapati kurang memuaskan kerana perbincangan khusus tentang TRM tidak dilaksanakan dalam mesyuarat di peringkat Pejabat Tanah Daerah (PTD).

Laporan Ketua Audit Negara 2013, Siri 2 yang dibentang di Dewan Rakyat Isnin mendedahkan keadaan itu menyebabkan sehingga 31 Dis tahun lepas, terdapat 78.1 peratus perizaban belum diwartakan di empat daerah selain sejumlah 13 kes pembatalan.

Audit antara November 2013 hingga Februari 2014 di Jerantut, Maran, Kuantan dan Temerloh turut mendedahkan terdapat 65 kes penggantian TRM belum selesai.

Ia membabitkan 14 kes pembatalan TRM belum ganti dan 51 lagi dalam tindakan pengesanan fail sementara 14.7 peratus geran TRM masih belum disahkan sebagai TRM dan 90 peratus geran Orang Melayu belum disahkan Pegangan Melayu.

Selain itu, daftar dan rekod serta pemantauan TRM didapati tidak memuaskan.

Walaupun semua PTD dilawati menyediakan daftar bagi merekod TRM di daerah masing-masing yang mengandungi maklumat tanah diluluskan, pembatalan dan penggantian TRM namun daftar itu tidak diselenggara dan dikemas kini sehingga turut mengandungi maklumat pelbagai jenis tanah rizab lain.
Read More / Baca Lagi >>

Audit: KKMM belanja lebih peruntukan

Posted: 16 Jun 2014 08:23 PM PDT

Audit Siri 2
KUALA LUMPUR- Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) didapati membelanjakan sejumlah peruntukan melebihi apa yang  diberikan.

Perkara itu didedahkan melalui Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2 yang menyatakan KKMM telah meluluskan perolehan secara rundingan terus sebanyak 426 program bagi saluran TVi berjumlah RM111.83 juta.

"Surat Kementerian Kewangan kepada Ketua Setiausaha KKMM bertarikh  19 November 2009 dan 2 Ogos 2012 menyatakan bahawa KKMM hanya boleh membuat perolehan secara rundingan terus sekiranya peruntukan mencukupi.

"Bagaimanapun, peruntukan yang diluluskan hanya berjumlah RM90.04 juta.KKMM telah membuat komitmen melebihi peruntukan sejumlah RM21.79 juta bagi saluran TVi," katanya.

Selain itu, laporan tersebut turut mendedahkan bahawa perbelanjaan perolehan program bagi saluran TV1 dan TV2 tidak mendapat kelulusan.
Read More / Baca Lagi >>