Followers

Nuffnang

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:56 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


5 SOALAN BAB HUDUD

Posted: 15 Jun 2014 11:08 AM PDT

5 Soalan Tentang Hudud di Jawab oleh Ustaz Aris Hazlan Ismail

"Hudud tidak boleh dipraktis selagi rakyat belum faham!"
"Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem imuniti raja-raja."
"Hudud menganiaya mangsa rogol. Perogol dilepas, mangsa rogol terkial-kial mencari saksi!"
"Kalau laksana Hudud, pelabur akan lari. Negara akan mundur!"
"Umat Islam akan menjadi umat yang dihina apabila Hudud dilaksanakan kerana orang Islam tiada tangan (akibat dipotong) sedangkan orang kafir ada tangan!"



Mereka kata:

"Hudud tidak boleh dipraktis selagi rakyat belum faham!"

Saya kata:

1. Sebaiknya, moleklah sekalian rakyat faham undang2 Hudud, tahu kebaikannya, memahami cara-cari mensabitkan kesalahan, faham cara-cara pelaksanaan hukuman, menyelami falsafahnya, beriman kepada Tuhan yang menciptanya sebelum ia dipraktis dalam negara ini. Namun ia bukanlah syarat untuk mempraktis mana-mana undang2 dalam sesebuah negara.

2. Berapa banyak undang-undang dalam negara ini diluluskan, diwartakan dan dipraktis begitu sahaja tanpa tunggu rakyat faham. Secara spontannya, tahukah anda langgar lampu merah itu di bawah seksyen berapa? Tahukah anda berapa dendanya? Tahukah anda surat saman yang diberikan polis itu wajib atau tidak wajib anda membayarnya? Tahukah anda adakah ia boleh didiskaunkan atau tidak? Banyak lagi perkara yang belum kita faham betul-betul. Tetapi ia telah dilaksanakan sejak sekian lama.

3. Dalam menggubal atau meminda sesuatu akta atau enakmen, pernahkah ia diterangkan dahulu secara terprinci kepada rakyat jelata terlebih dahulu? Dan adakah kerajaan menunggu hingga semua rakyat faham baru ia diundang-undangkan?

4. Berbeda dengan Hudud, ia dibentang di Dewan Undangan Negeri Kelantan dan Trengganu selepas ia diajar, diseminarkan, didialogkan, didebatkan dan diberi penerangan dalam roadshow ke seluruh negara. Bahkan pendidikan mengenai Hudud sudahpun bermula di peringkat sekolah menengah, kolej, universiti dan pondok-pondok pengajian Islam.

5. Jika masih ada lagi yang tidak faham, ia bukan lagi salah para ulama yang telahpun turun ke akar umbi memberi penerangan dan pencerahan dengan terpaksa berhadapan berbagai-bagai halangan dan rintangan.

6. Dan sekiranya masih ramai yang belum mengerti, maka ia bukan lagi alasan untuk Hudud itu ditangguhkan.

Wallahu a'lam.

Mereka kata:

"Hudud tidak boleh dilaksanakan di Malaysia kerana negara ini mengamalkan sistem imuniti raja-raja."

Saya Kata:

1. Semua manusia sama di bawah Undang-Undang Islam. Ini bersandarkan kenyataan Rasulullah SAW, "Kalaulah anakku Fatimah mencuri, nescaya akan ku potong tangannya."

2. Sistem imuniti raja-raja adalah amalan ribuan tahun di bawah mana-mana sistem pemerintahan. Hatta di zaman pemerintahan Islam dahulu kala juga raja-raja mendapat keistimewaan yang sukar dihapuskan ini. Sejarah turut mencatatkan ada raja-raja Islam yang berperangai buruk, minum arak, kaki perempuan dan sebagainya. Institusi kehakiman pula tidak berani menghukum mereka. Kata seorang rakan, 'Sebelum hakim potong tangan raja, mungkin kepala hakim itu akan terlebih dahulu dipotong oleh raja!'

3. Pun begitu, imuniti bukanlah penghalang untuk Hudud tidak dilaksanakan. Tidak ada mana-mana fuqaha' yang menyatakan 'Hudud hendaklah ditangguhkan jika negara mengamalkan sistem imuniti. Ia tetap dilaksanakan mengikut ruang kuasa yang diberikan kepada mereka. Laksanakanlah semaksima yang termampu. Dalam solat, jika tidak mampu berdiri, boleh duduk. Jika tidak mampu duduk, silakan berbaring. Begitulah seterusnya... dan solat itu tetap mesti didirikan juga.

4. Justeru, tidak perlulah ditunggu sistem imuniti dihapuskan baru hendak laksanakan Hudud. Laksanakanlah sahaja setakat mana yang mampu. Kita berpegang kepada kaedah, ما لا يدرك كلهلا يترك كله, "Apa-apa yang tidak dapat diperoleh kesemuanya, janganlah ditinggalkan kesemuanya." 

Mereka kata:

"Hudud menganiaya mangsa rogol. Perogol dilepas, mangsa rogol terkial-kial mencari saksi!"

Saya Kata:

1. Secara literali, kalimah rogol tiada dalam Hudud mahupun Qisas. Ini yang menjadi hujah kepada pembenci Hudud untuk menghentam dan memburuk-burukkan Hukum Allah.

2. Namun jika diteliti jenayah yang dilakukan oleh perogol, dia boleh disabitkkan dan dihukum di bawah semua peruntukan undang-undang jenayah Islam iaitu Hudud, Qisas, Ta'zir dan boleh dikenakan diyat.

a - Perogol boleh dihukum di bawah HUDUD kerana melakukan zina.
b - Perogol boleh dihukum di bawah QISAS jika membunuh atau mencederakan mangsa
c - Perogol boleh dihukum di bawah TA'ZIR untuk pengiktibaran masyarakat
d - Perogol juga perlu membayar DIYAT sebagai ganti rugi di atas penderitaan yang terpaksa ditanggung oleh mangsa rogol sepanjang hayatnya.

3. Bayaran Diyat bolehlah ditaksir oleh pemerintah berapa yang patut dibayar. Dalam banyak catatan fiqh terdahulu, disebutkan kadar diyat ialah 100 ekor unta. Jika harga unta sekarang RM8000 seekor, bermakna mangsa rogol akan menerima pampasan diyat sebanyak RM800,000. Bagaimanapun kadar ini hendaklah diputuskan oleh pemerintah dengan nasihat dari para ulamak.

4. Di bawah undang-undang konvensional, perogol dihukum dengan sesuatu hukuman, manakala mangsa rogol tiada sebarang pembelaan. Bahkan akan menderita sepanjang hayat menanggung malu.

5. Kesimpulannya, mangsa rogol adalah lebih terbela nasibnya di bawah Undang-Undang Islam berbanding undang-undang konvensional.
Mereka kata:
"Kalau laksana Hudud, pelabur akan lari. Negara akan mundur!"

Saya Kata:

1. Saya menjangkakan pelabur akan bertambah dan meningkatkan pelaburan mereka setelah melihat negara ini aman dan makmur hasil dari pelaksanaan Hudud.

2. Pelabur adalah peniaga. Peniaga adalah golongan yang mahukan keuntungan. Keuntungan sukar diperoleh jika persekitaran niaga mereka diselubungi jenayah. Maka apabila Hudud datang menyelesaikan masalah jenayah, mana mungkin mereka akan lari. Hudud bukan sekadar akan membendung jenayah, bahkan ia bagaikan baja yang akan menyubur dan merancakkan aktiviti ekonomi.

3. Untuk apa mereka lari? Adakah pelabur-pelabur itu termasuk golongan penzina, pencuri, peminum arak, perompak dan lain-lain yang memungkinkan mereka disebat, dipotong tangan atau direjam?

4. Jika mereka sememangnya penjenayah, silakan lari. Silakan berambus dari negara ini!


Mereka kata:
"Umat Islam akan menjadi umat yang dihina apabila Hudud dilaksanakan kerana orang Islam tiada tangan (akibat dipotong) sedangkan orang kafir ada tangan!"

Saya Kata:

1. Pelaksanaan Hudud bukan bertujuan untuk potong tangan orang Islam, tetapi potong tangan pencuri. Adakah semua umat Islam ini pencuri?

2. Dalam pada itupun mahkamah tidak boleh sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri. Mahkamah perlu mengambil kira pelbagai sudut sebelum hukuman diputuskan.

3. Di dalam Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan (1993), terdapat 15 perkara disenaraikan sebagai syubhah yang menghalang hakim dari menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri. Ini termasuklah kuantiti barang curian yang rendah, keadaan pencuri yang terdesak kerana miskin dan lapar, keadaan barang curian yang tidak dipelihara oleh tuannya dan lain-lain. Jika salah satu syubhah ini wujud maka hakim tidak boleh menghukum potong tangan, sebaliknya perlu dibebaskan atau dihukum dengan peruntukan ta'zir (bergantung kes).

4. Perlu disedari bahawa di bawah prinsip Undang-undang Islam, hakim berperanan meneliti kes dan mencari alasan untuk mengelak dari menjatuhkan hukuman. Setelah nyata tiada sebarang alasan dan syubhah, barulah hukuman diputuskan. Ini kerana, 'Kesilapan hakim menjatuhkan hukuman kepada orang yang tidak bersalah adalah lebih berat dari kesilapannya tidak menghukum orang yang bersalah." Objektif perundangan Islam lebih kepada pencegahan dan bukannya hukuman.

5. Pemerintahan Raja Faisal bin Abdul Aziz pada 1964 hingga 1975 di Arab Saudi sering dijadikan contoh kejayaan pelaksanaan Undang-undang Islam, Hudud dan Qisas pada zaman moden. Beliau telah melaksanakannya dengan baik dan adil tanpa mengira golongan bangsawan mahupun rakyat biasa. Hasilnya, sepanjang 11 tahun memerintah negara mencapai tahap keamanan yang terbaik. Hanya 8 orang sahaja dijatuhkan hukuman potong tangan sepanjang tempoh berkenaan.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


MAIS tolak keputusan Peguam Negara, enggan pulangkan Bible kepada BSM?

Posted: 15 Jun 2014 10:37 PM PDT


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail menutup kes rampasan 300 kitab Bible daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM), Januari lepas.

Selain itu, MAIS juga tidak akan memulangkan kitab Bible versi Bahasa Malaysia dan Iban yang dirampas daripada BSM.

Pengerusinya Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata mesyuarat khas badan itu semalam, memutuskan tidak bersetuju dengan keputusan Peguam Negara untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap BSM.

MAIS meyakini wujudnya undang-undang di dalam Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, untuk satu pendakwaan dibuat, katanya.

``MAIS dan JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sebagai pihak berkuasa yang bertanggungjawab memelihara kesucian agama Islam di Selangor amat peka dengan kegiatan dan usaha pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mencemar kesucian Islam dengan menyalahgunakan istilah atau nama-nama tertentu yang berteraskan ajaran Al-Quran bagi memudahkan kegiatan memurtadkan umat Islam.

``Alasan yang diberikan oleh Peguam Negara untuk tidak menuduh pihak yang terlibat juga dilihat boleh mengelirukan akidah umat Islam,'' katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Rabu lepas, Pejabat Peguam Negara memaklumkan tidak ada sebarang pendakwaan dibuat berhubung kes rampasan Bible tersebut, sekali gus menutup kes berkenaan.

Abdul Gani dalam satu kenyataan berkata naskhah yang dirampas itu bukan merupakan tulisan yang diterbitkan di bawah Seksyen 9(1)(a) Enakmen Bukan Islam (Kawalan dan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Susulan itu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan JAIS memulangkan semua kitab tersebut kepada BSM.

Mohamad Adzib berkata, bagaimanapun, MAIS tidak bersetuju dengan arahan kerajaan Selangor itu dan menjelaskan ia adalah di luar bidang kuasa mereka (kerajaan Selangor).

``MAIS mendesak Timbalan Pendakwa Raya Negeri Selangor untuk merujuk perkara ini ke mahkamah terlebih dahulu bagi mendapatkan perintah pelupusan barang kes sebagaimana diperuntukkan di bawah Seksyen 407A Kanun Acara Jenayah,'' katanya.

Pada 2 Jan lepas, JAIS menyerbu pejabat BSM di Damansara Kim, Petaling Jaya dan merampas 300 kitab Bible sebagai usaha membanteras penggunaan kalimah Allah dalam kitab itu yang didakwa melanggar Enakmen 1988. - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Masya Allah ... sesatnya pandangan budak reformasi

Posted: 15 Jun 2014 08:33 PM PDT








Lama web NUCC menyerupai laman web Anwar Ibrahim

Posted: 15 Jun 2014 05:38 PM PDT



Lihat laman web NUCC dengan lambaian tangan dengan laman web Anwar Ibrahim ...


Nampaknya dengan kenyataan dan cadangan yang dibawa mereka untuk kesamarataan dan melanggar nas-nas sosial kontrak dan asas perlembagaan, agenda mereka macam sama saja.

Tan Sri Joseph Kurup ini BN ke PR?

Tak malu balu PI Bala dan Depak ungkit cerita basi ... Peduli BARUA COUNCIl saman saja mereka!!!

Posted: 15 Jun 2014 08:17 AM PDT


Baik mendiang PI Bala mahu pun Deepak, kedua-dua cakap main sedap tapi tak sedar kenyataan mereka bercanggah dari satu kenyataan dengan satu kenyataan yang lain.



Kini kedua-dua pariah ini bersuara lagi dengan tuduhan baru yang mana mereka berharap orang ramai akan lupa apa yang telah berlaku di masa lepas.

Baca komen MyKMU SINI tentang usaha janda PI bala yang pastinya dibakar oleh pihakk pembangkang Anwar Ibrahim atau Rafizi. Pembangkang dah takde modal lah tu

Percayalah orang akan muak nak dengar lagi cerita kedua-dua mereka tapi oleh sebab psywar perlukan 4 tahun untuk menyemadikan penbohongan di dalam kalbu mereka yang kurang berilmu maka mereka terus bercakap juga.

ELok Najib saman habis dua-dua ini tapi BARUA COUNCIL akan kata PM tak ada hak untuk bersihkan nama dia dari tuduhan melulu dna ganas. Itu hanya bermakna pembangkang berhak untuk tuduh melulu dna fitnah.

Giler BARUA COUNCIL

Manusia jiwa binatang tak tahu hargai pengorbanan dan budi polis

Posted: 15 Jun 2014 06:39 AM PDT


Itulah realiti kerja polis yang bertugas di lapangan. Dengan gaji yang kecil, mereka tetap membuat pengorbanan untuk menjaga kemanan dan ketenteraman.


Di mana maruah masyarakat yang langsung tiada rasa keprihatinan dan penghargaan? Sudahlah tidak berterima kasih dan menghargai polis kita tapi dikeji dan dihina...


Salah silap segelintir tak boleh jadi pengukur untuk menghukum semua.

Orang berbudi kita berbahasa, Orang memberi kita merasa. Maka di atas pengorbanan mereka, kita merasakan keamanan dan kenenteraman. Apa salah kita hanya berbahsa di atas budi seseorang?

Adakah sudah hilang kemanusiaan di dalam jiwa manusia seperti ini dan diselubungi kebinatangan?

Tak kena namakan jalan untuk Karpal Singh begitu

Posted: 15 Jun 2014 04:26 AM PDT


Tak kena dan tak sesuai dedikasikan nama untuk Karpal Singh sebagai Persiaran Karpal SIngh. Nanti ada pihak yang akan tukar jadi Persialan Karpal Singh.

Nama lebih sesuai dan tepat untuk di dedikasikan jalan untuk penentang hak dan status Melayu dan Islam serta hukum hudud adalah Langgak Mayatku.

Dyana jumpa Nik Aziz mintak dimaafkan dosa sekedudukan tapi kena sound pasal hudud

Posted: 15 Jun 2014 01:36 AM PDT





Kah kah kah ... dosa tak terampun kerana bersedudukan tapi kena syarah pulak ....

Otak wahabi ni fikirannya hanya hudud hudud dan hudud. Pada dia, Islam itu hanya potong tangan.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TAHNIAH KETUA POLIS NEGARA, ANAK BUAH ANDA SANGAT BERINTEGRITI

Posted: 15 Jun 2014 04:07 PM PDT

KELIHATAN SEORANG PEGAWAI POLIS TRAFIK MENYAMAN KENDERAAN POLIS KERANA MELETAK KENDERAAN DI TEMPAT YANG SALAH, KEJADIAN BERLAKU DI MIRI, SARAWAK, SYABAS !
Sejak kebelakangan ini, pegawai-pegawai polis trafik banyak dirakam oleh orang awam berkenaan Keintegritian mereka yang semakin tinggi. 

Di antaranya, pegawai polis trafik mengoyak wang rasuah seorang pemandu Cina yang cuba merasuahnya kerana kesalahan di jalanraya. Begitu juga rakaman-rakaman orang awam ketika pegawai-pegawai polis Trafik menolak cubaan rasuah oleh pemandu-pemandu Cina ke atas mereka. 

Tidak lama dahulu, dirakam oleh orang awam seorang pegawai polis trafik membantu seorang pemandu wanita di tengah Lebuhraya Persekutuan kerana tayar kenderaannya pancit. Baru-baru ini juga pegawai polis membantu seorang warga asing yang sedang solat di tepi jalanraya kerana menunaikan hasratnya.

Syabas kepada Polis DiRaja Malaysia, kini semuanya semakin bertambah baik.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:48 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


MP PAS Pokok Sena Bahas Bajet Tambahan Kem Pendidikan (2014)

Posted: 15 Jun 2014 09:22 PM PDT

MP PAS Sepang Bahas Bajet Tambahan Kem Pendidikan (2014)

Posted: 15 Jun 2014 09:22 PM PDT

DR 16 Jun 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 15 Jun 2014 09:21 PM PDT

'Harap tiada perobohan lagi sehingga Aidilfitri' pohon Mahfuz

Posted: 15 Jun 2014 08:58 PM PDT

 
 MP Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar memohon jaminan daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak melakukan sebarang perobohan lagi di Kampung Chubadak Tambahan sehingga sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Beliau yang juga ketua penerangan PAS turut menggesa supaya kerajaan campur tangan supaya kerja perobohan sebelum injuksi tamat pada 26 Jun ini.

"Pihak kerajaan perlu ambil peranan, kita nak mintak kerajaan campur tangan sebelum kes injuksi di Mahkamah Rayuan tamat ataupun sehingga hari raya nanti," katanya.

Bercakap dalam majlis pemberian sumbangan kepada keluarga yang terlibat dengan perobohan, Mahfuz berkata tuntutan itu hanya melibatkan fasa pertama, sementara kes bagi 58 penduduk kampung lagi kini dalam prosiding di Mahkamah Rayuan.

Pada Isnin lalu, DBKL merobohkan dua buah rumah penduduk sementara enam lagi telah dikenalpasti tetapi gagal dirobohkan kerana bantahan keras penduduk setempat.

Read More / Baca Lagi >>

M'sia bukan negara sekular, kata k'jaan BN

Posted: 15 Jun 2014 08:56 PM PDT

 Kerajaan menegaskan bahawa Malaysia bukan sebuah negara sekular kerana kedudukan istimewa Islam dalam rangka perlembagaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Oscar Ling Chai Yew (DAP-Sibu) di Parlimen minggu lepas.

Jamil Khir juga menegaskan bahawa perlembagaan memperuntukkan bahawa mahkamah sivil tidak mempunyai bidang kuasa ke atas perkara-perkara di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Kesatuan Persatuan TNB tolak YTL

Posted: 15 Jun 2014 08:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: Rasa tidak puas hati pelbagai pihak terhadap tindakan kerajaan BN memberi pelbagai kemudahan kepada syarikat pengeluar tenaga bebas (IPP) sehingga mengakibatkan rakyat terpaksa menanggung beban kenaikan tarif elektrik kini turut dirasakan Kesatuan Persatuan Tenaga Nasional Berhad (TNB).
Sehubungan itu mesyuarat tergempar Jawatankuasa Bersama Kesatuan dan Persatuan TNB yang merangkumi Persatuan Eksekutif TNB, Kesatuan Pekerja-Pekerja Pecantuman TNB dan  Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union yang telah diadakan pada 13 Jun lalu sepakat membantah tawaran usahasama secara runding terus (direct nego) membabitkan syarikat IPP, YTL  untuk projek penjanaan tenaga 'Track 4' Pasir Gudang, Johor.
Bagi menyatakan bantahan mereka, satu sidang media oleh Pegawai-Pegawai Kesatuan dan Persatuan TNB diadakan pagi ini di Pejabat Tenaga Nasional Berhad Junior Officers Union (TNBJOU) di No 166B, Jalan Faraday, Off Jalan Bangsar, dekat sini.
Kumpulan lebih 200 pegawai Kesatuan Persatuan TNB itu kemudian berarak menuju ke Bangunan Ibu Pejabat TNB, Bangsar, dekat sini bagi menyerahkan memorandum bantahan "Tolak YTL" kepada Pengurusan TNB di Lobi Bangunan Ibu Pejabat TNB.

Lagi penculikan di Lahad Datu : Seorang penjaga pusat ternakan ikan dan seorang suku kaum Suluk dilarikan empat lelaki bersenjata di Kunak ... mana Esscom?

Posted: 15 Jun 2014 08:48 PM PDT

Dengan segala usaha yang dibuat pihak berkuasa, nampaknya belum berhasil menangani kejadian penculikan di perairan Sabah.
Dalam satu kejadian terbaru awal pagi Isnin, dua lelaki - seorang penjaga pusat ternakan ikan dalam sangkar dan seorang suku kaum Suluk - dilarikan oleh empat lelaki bersenjata di Kampung Sapang, barat Pulau Timbun Mata, di Semporna, Sabah.
Menurut laporan awal, penjaga pusat ternakan itu Chan Sai Chiun, 32, berasal dari Perak dan lelaki Suluk itu yang hanya dikenali sebagai Mazlan berumur sekitar 20-an.
Mereka diculik empat lelaki bertopeng dan bersenjata kira-kira pukul 12.40 tengah malam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Omar Mamah berkata, dua suspek naik ke atas rumah di pusat ternakan ikan itu manakala dua lagi menunggu di dalam bot.
Read More / Baca Lagi >>

Kidex bukan penyelesaian jangka panjang, kata pakar perancang bandar

Posted: 15 Jun 2014 08:45 PM PDT

Presiden Institut Perancangan Malaysia (MIP) Md Nazri Mohd Noordin memberikan pandangannya terhadap projek kontroversi Kidex di Kuala Lumpur. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 16 Jun, 2014.
Lebuhraya Kidex harus menjadi pilihan terakhir kepada kesesakan trafik di Petaling Jaya menurut firma perancangan bandar kerana pihak berkuasa seharusnya memperbaiki sistem pengangkutan awam di kawasan itu.
Presiden Institut Perancangan Malaysia (MIP) Md Nazri Mohd Noordin percaya projek bernilai RM2.42 bilion yang bertujuan untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas itu tidak akan bertahan lama seperti Lebuhraya Kinrara-Damansara kerana ia akan mengundang lebih banyak kenderaan yang seterusnya menambahkan kesesakan.
"Mereka mungkin boleh mendakwa ia mampu mengurangkan kesesakan selepas dibina tetapi permintaan trafik dalam tempoh lima tahun akan datang bertambah dan menyebabkan kesesakan. Bagaimana selepas itu? Adakah kita akan membina lebuhraya lain?" katanya kepada The Malaysian Insider.
baca seterusnya di sini…..

Rezeki nelayan Mersing kini tercatu!

Posted: 15 Jun 2014 08:37 PM PDT


Seorang nelayan mengangkat semula bubu yang tidak dibenarkan lagi dipasang di perairan Mersing.
Seorang nelayan mengangkat semula bubu yang tidak dibenarkan lagi dipasang di perairan Mersing.
Cakap salah, tak cakap pun salah. Hakikatnya, golongan nelayan di Mersing kini semakin sukar untuk menangkap ikan ekoran terdapatnya arahan yang tidak membenarkan mereka bergerak bebas seperti dulu.
 
Keluhan demi keluhan kedengaran apabila ikan tidak dapat dinaikkan seperti biasa malah segalanya kini terpaksa melalui beberapa fasa yang menyulitkan rezeki golongan nelayan.
 
"Paling ketara. Kami nelayan tidak dibenarkan lagi memasang bubu di laut. Ini semua atas arahan siapa pun kami tak pasti tetapi rezeki kami kini sudah amat berkurangan.
 
"Semua bubu yang dipasang kini terpaksa diangkat balik dan tidak boleh sesuka hati meletakkannya di dalam laut yang biasa kami tempatkan.
 
"Kepada siapa kami hendak mengadu nasib? Kami buntu sebab ini adalah mata pencarian kami sejak dulu tetapi apalah daya kami untuk membantah?" ujarnya yang hanya mahu dikenal sebagai Acik.
 
Jelas Acik, alasan bubu boleh merosakkan karangan laut tidak boleh diterima akal kerana bubu tidak ada kaitan dengan hidupan itu berikutan ia diletakkan di kawasan yang tiada batu karang.
 
Read More / Baca Lagi >>

Harga mentega, gula proses naik

Posted: 15 Jun 2014 08:35 PM PDT

Ramadan yang bakal tiba muncul 12 hari lagi pasti mencabar bagi poket rakyat Malaysia. Apa lagi kalau bukan disebabkan kenaikan harga barangan.
 
Setakat ini peniaga-peniaga di pasar sudah pun memberi amaran akan kenaikan barangan tertentu seperti daging dan santan.
 
Kenaikan baru yang bakal dihadapi oleh peniaga ialah barangan bakeri. Ini bermakna harga biskut raya yang dijual di pasaran pasti naik.
 
Kalaupun tidak membeli biskut raya, pastinya suri rumah terpaksa berbelanja lebih untuk membuat biskut raya.
 
Pemilik kedai bakeri di Dataran Sunway, Kota Damansara yang dikenali sebagai May memberitahu, harga mentega yang diimport dari Australia dan New Zealand pasti akan naik menjelang Ramadan ini.
 
Katanya, mentega jenama Anchor sudah dinaikkan sebanyak RM1 bulan lalu manakala harga mentega Buttercup seberat 3.8 kilogram pula naik kepada RM52 berbanding RM47 sebelum ini.
 
Read More / Baca Lagi >>

Waris dan ahli keluarga MH370 tidak putus harap

Posted: 15 Jun 2014 08:30 PM PDT

Pak Samad : Demokrasi sentiasa di dinding, dicat warna perkauman

Posted: 15 Jun 2014 08:29 PM PDT

Forum Politik Malaysia : Anak Muda Bukan Macai

Posted: 15 Jun 2014 08:29 PM PDT

TGNA | Kuliah Jumaat 13 Jun 2014

Posted: 15 Jun 2014 08:28 PM PDT

Ustaz Nassuruddin Daud | Kuliah Jumaat 13 Jun 2014

Posted: 15 Jun 2014 08:28 PM PDT

230 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2

Posted: 15 Jun 2014 07:26 PM PDT


230 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2KUALA LUMPUR: Sebanyak 230 syor dikemukakan dalam Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 bagi membantu Kerajaan Persekutuan, Badan Berkanun Persekutuan dan Kerajaan-kerajaan negeri membuat penambahbaikan dan memperbaiki kelemahan yang dilaporkan.

Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berkata daripada jumlah itu, Jabatan Audit Negara mengemukakan 55 syor kepada Kerajaan Persekutuan, 31 syor kepada Badan Berkanun Persekutuan dan 144 syor kepada Kerajaan-kerajaan negeri.

"Kelemahan yang dilaporkan kebanyakannya bersabit dengan kecekapan dan akuran penjawat awam kepada peraturan kewangan kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 dibentangkan di Parlimen hari ini selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata dalam Laporan Siri 2 itu, sebanyak 57 pengauditan prestasi dan 18 pengauditan pengurusan syarikat kerajaan telah dilaksanakan di peringkat persekutuan, negeri dan Badan Berkanun Persekutuan.

"Pengauditan yang dilaksanakan merangkumi bidang pembinaan, penyenggaraan, penguatkuasaan undang-undang, perolehan, pengurusan aset, program peningkatan sosioekonomi, infrastruktur dan pengurusan syarikat," katanya.

Ambrin berkata Kementerian Kewangan telah mengeluarkan Laporan Maklum Balas ke atas Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 Siri 2 yang memberikan ulasan serta tindakan terkini daripada Ketua Perkhidmatan terhadap isu-isu yang dilaporkan oleh Ketua Audit Negara dalam Laporan Ketua Audit Negara.
Read More / Baca Lagi >>

Pentaksiran PT3 Tingkatan 3 Bermula 1 Julai 2014 : Beban Guru Berkurang 80%. Kualiti Pelajar?

Posted: 15 Jun 2014 06:50 PM PDT

PT3
Pentaksiran PT3 Tingkatan 3 Bermula 1 Julai 2014 : Kalau dahulu Penilaian Menengah Rendah dikenali dengan LCR, diikuti dengan SRP, PMR dan terbaru Pentaksiran PT3 Tingkatan 3 2014 bagi tujuan penambaikan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) katanya.
Berdasarkan kajian Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), beban guru (SEPERTI DI SINI) dan contoh rungutan (DI SINI) mampu dikurangkan sebanyak 80%. Contohnya….
  • Guru tidak perlu lagi merekodkan data penilaian pelajar ke dalam sistem komputer berpusat secara dalam talian.
  • Guru lebih feleksibel bagi merekodkan data prestasi pelajar mengikut kaedah dan kesesuaian masa mereka sendiri

Beza PT3 Tingkatan 3 2014 VS PMR?

  1. PT3 Tingkatan 3 dilaksanakan berasaskan sekolah sementara PMR adalah peperiksaan berpusat serentak di semua sekolah di seluruh negara
  2. PMR dikendalikan sepenuhnya oleh Lembaga Peperiksaan manakala Walaupun PT3 dikendalikan sepenuhnya oleh pihak sekolah
  3. PT3 tidak hanya menilai pelajar dari segi kognitif atau aspek akademik semata-mata tetapi turut menyediakan ujian psikomatrik. Ujian ini adalah untuk mengenal pasti kecenderungan, minat dan bidang kebolehan pelajar
Bagi kemasukan pelajar Tingkatan 4 kelak pada tahun hadapan, pelajar boleh menggunakan keputusan PT3 Tingkatan 3 untuk memohon memasuki Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama, Maktab Rendah Sains Mara, Sekolah Menengah Teknik atau Kolej Vokasional.
Ujian Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) akan bermula 1 Julai 2014 ini. Untuk PT3 Tingkatan 3 PT3 hanya ada 5 subjek sahaja yang ada exam seperti PMR tetapi dengan format soalan yang baru keluar sebelum cuti.
Calon PMR sebelum-sebelum ini, dilatih bagi menghadapi PMR, 3 tahun bermula daripada Tingkatan 1 lagi supaya dibiasakan diri dengan format soalan.
Bertabahlah hati, kuatkan semangat, teruskan usaha anak-anak yang menjadi calon PT3 Tingkatan 3 tahun 2014 ini.
"untung sabut timbul, untung batu, tenggelam"

Umno perguna hudud sebagai helah politik – Guan Eng

Posted: 15 Jun 2014 06:49 PM PDT


lge


KUALA LUMPUR, 16 JUN: Walaupun tegas menentang pelaksanaan Hudud di Malaysia, DAP sentiasa menghormati Islam dan kedudukan Hudud dalam agama itu, tidak seperti Umno yang menjadikannya senjata politik untuk meraih sokongan.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, tindakan Umno yang menarik semula usul membincangkan pelaksanaan Hudud sehari selepas diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor membuktikan parti itu menggunakan Hudud untuk bermain politik.
"Pandangan Speaker Dun Selangor Hannah Yeoh bahawa usul Hudud oleh Umno adalah helah politik ternyata benar. Umno dan BN perlu berhenti bermain politik dengan Hudud untuk mendapat undi orang Islam, dan menerima sifat sekular Perlembagaan Persekutuan," katanya dalam satu kenyataan semalam.
DAP sentiasa menghormati kedudukan hukum itu dalam Islam tetapi menentang pelaksanaannya di Malaysia kerana bertentangan dengan Perlembagaan dan tidak sesuai dengan masyarakat di negara ini.
"Sementara kami menghormati Islam dan kedudukan Hudud dalam agama itu, pelaksanaannya berlawanan dengan Perlembagaan dan tidak sesuai dalam masyarakat majmuk di negara ini. Kami konsisten dengan prinsip ini," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Pemikiran orang Umno masih dungu !

Posted: 15 Jun 2014 06:27 PM PDT

Coklat yang menggemparkan negara

Posted: 15 Jun 2014 05:49 PM PDT

SIAPA sangka, coklat boleh menimbulkan kontroversi. Kononnya ujian telah dijalankan ke atas coklat berjenama yang banyak dijual di mana-mana dan keputusan ujian tersebut adalah beberapa batch coklat tersebut terkandung DNA babi. Maka gemparlah negara kerana coklat yang dikatakan telah dicemari babi.

Riuhlah se-Malaysia tentang coklat DNA babi. Reaksinya pelbagai. Ada yang tertawa, lihat sahaja begitu banyak disebarkan di laman media sosial dan WhatsApp. Ada yang terkilan, coklat yang sedap dan tidak begitu mahal kini tidak boleh dinikmati lagi. Dan ada juga yang marah.

Dalam kalangan mereka yang marah, ada meluahkan perasaan marah mereka melalui media. Ada yang membuat laporan polis terhadap pengeluar coklat tersebut. Ada pula yang berniat untuk memfailkan tindakan guaman terhadap pengeluar coklat yang sama. Tidak lupa juga ada yang mahu 'membasuh' darah mereka kerana telah makan makanan dengan DNA babi. Ada juga yang marah, kononnya tidak boleh mengerjakan umrah akibat termakan coklat DNA babi. Mereka begitu marah sehingga sanggup melancarkan 'jihad'.

Beberapa hari selepas mereka yang marah ini berlumba-lumba untuk bercakap di hadapan kamera, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa, coklat halal dimakan. Keputusan Majlis Fatwa berdasarkan hujah yang jelas; oleh kerana hanya beberapa batch coklat yang mungkin tercemar dan oleh kerana kita tidak dapat mengetahui mana satu yang tercemar dan mana satu tidak, maka coklat itu hukumnya halal untuk dimakan. Agama Islam, kata Majlis, bukanlah agama yang menyusahkan penganutnya. Umat Islam tidak dipertanggungjawabkan untuk memastikan sehingga ke peringkat molekul, sama ada sesuatu makanan itu halal sehalal-halalnya.

Selang beberapa hari, Jakim, yang dipertanggungjawabkan untuk mengeluarkan pensijilan halal, pula mengeluarkan kenyataan bahawa coklat itu adalah halal. Ujian yang dijalankan ke atas sampel coklat tidak menemui sebarang DNA babi.
Read More / Baca Lagi >>

NGO Sarawak dakwa Perjanjian Malaysia 1963 tak sah

Posted: 15 Jun 2014 05:39 PM PDT

Presiden Sapa Lina Soo hari ini berkata Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 15 Jun, 2014.Presiden Sapa Lina Soo hari ini berkata Perjanjian Malaysia 1963 melanggar United Nations Decolonisation Declaration 1960 dan tidak sah di sisi undang-undang antarabangsa. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Amirul Asraf Wan Omar, 15 Jun, 2014.Perjanjian Malaysia 1963 tidak sah dan ditolak Malaya melalui tempoh 51 tahun dan kegagalan menghormati perjanjian itu, kata Pertubuhan Aspirasi Rakyat Sarawak (Sapa) dalam satu forum hari ini.
Presiden Sapa Lina Soo berkata, perjanjian penyatuan Malaya, Sarawak dan Sabah sebagai satu negara melanggar tatacara undang-undang antarabangsa, yang menyatakan hanya negara merdeka boleh menyertai perjanjian antarabangsa.
"Perjanjian Malaysia 1963 tidak ditandatangani antara lima negara merdeka, namun disertai antara dua negara bebas – United Kingdom dan Persekutuan Tanah Melayu – dengan negara separuh koloni Singapura dan dua koloni Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak," katanya di Kuala Lumpur hari ini.
Soo berkata, lima individu yang menandatangani untuk Sarawak – P.E.H Pike, T Jugah, Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Abang Haji Openg – tidak mempunyai mandat rakyat Sarawak, kerana masih lagi menjadi koloni tanpa wakil kerajaan.
Soo berkata, ia melanggar Konvensyen Vienna berkenaan Law of Treaties Customary International Law, 1980 (VCLT 1980).
"VCLT mungkin bukan tindakan retro yang boleh digunakan ke atas perjanjian tarikh itu seperti Perjanjian Malaysia 1963, namun semakan berguna untuk menghasilkan prinsip undang-undang antarabangsa," kata Soo.
Tambahnya, perjanjian itu melanggar Artikel 5, United Nations Decolonisation Declaration 1960 (UNDD 1960).
Read More / Baca Lagi >>

Projek loji janakuasa Johor diperhati lepas keluarga diraja mengepak kuasa, kenyataan kronisme Yeoh

Posted: 15 Jun 2014 05:38 PM PDT

YTL menerima projek janakuasa pertama negara ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail The Malaysian Insider.YTL menerima projek janakuasa pertama negara ketika pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Gambar fail The Malaysian Insider.Projek kontroversi loji janakuasa Johor diperhatikan secara rapat selepas ahli perniagaan Tan Sri Francis Yeoh (gambar bawah) mengeluarkan kenyataan tentang kronisme dan kebimbangan tentang perundangan yang akan memberikan Sultan Johor kuasa eksekutif di negeri itu, kata sumber.
YTL Power International Bhd milik Yeoh, SIPP Tenaga Sdn Bhd milik keuarga Diraja Johor dan pembekal elektrik negara Tenaga Nasional Bhd dianugerahkan projek Track 4A, kitaran gas gabungan yang boleh menjana sehingga 1,400 megawatt (MW) tenaga melalui rundingan terus.
Terdapat dakwaan mesyuarat rahsia diadakan di London yang dihadiri oleh pegawai daripada konsortium dan menteri kanan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Terdapat juga cakap-cakap tentang pengelibatan ahli keluarga Najib dalam mempromosikan IPP baharu atau pengeluar tenaga bebas.
Tetapi hanya beberapa hari lalu media mula mendedahkan bagaimana projek tersebut diberikan. Pada masa sama, anggota Suruhanjaya Tenaga mempertahankan pemberian projek loji janakuasa Track 4A melalui rundingan terus dan bukannya melalui tender terbuka.
Perkembangan baru ini disebabkan oleh komen Francis Yeoh yang mengatakan Malaysia harus menghapuskan kapitalisme kroni dan mengambil kesempatan kepada kepelbagaian kaum untuk meningkatkan pencapaian ekonomi dan bersaing secara global.
Dalam majlis Bual Bicara Global Siri Malaysia kali ketujuh anjuran Pemandu, ahli perniagaan itu dilaporkan berkata, 85% daripada perniagaan YTL adalah di Britain, Singapura dan Australia kerana negara-negara itu tidak betoleransi kepada rasuah, mengamalkan meritokrasi dan mempertahankan undang-undang.
"Sebagai contoh di Singapura, kami memiliki satu pertiga daripada elektrik Singapura; tiada apa-apa jenis subsidi, tiada apa-apa jenis kronisme.
Read More / Baca Lagi >>

Pemimpin tiada kepimpinan - part 3

Posted: 15 Jun 2014 05:30 PM PDT

Aspan Alias

Dalam para akhir tulisan saya semalam, saya menyebut yang dasar dan perlaksanaannya yang baik masih dirasakan oleh rakyat ramai sehingga hari ini. Satu-satu dasar jangka panjang yang telah difikirkan dengan teliti yang memberikan faedah kepada rakyat secara 'direct' dalam jangka masa yang panjang. Dulunya kerajaan sentiasa berfikir tentang rakyat yang ramai yang telah memberikan sokongan sejak kita mencapai kemerdekaan.
Sikap untuk bersama-sama menikmati hasil kemerdekaan dan sistem demokrasi yang kita pilih ini amat dirasakan semasa dahulu kerana pimpinan tidak pernah melupakan segala yang mereka lakukan itu untuk sama-sama dirasai oleh semua.
Sebagai sebuah negara yang baru merdeka yang di saingkan bersama dengan masalah kekurangan kepada bangsa majoriti dalam negara ini. Maka banyak dasar telah digubal dan dasar-dasar itu sentiasa mencari jalan bagi memberikan kesempatan kepada yang kurang berada untuk sama-sama menikmati nikmat kemerdekaan itu.
Dasar kerajaan tidak mahu meninggalkan mana-mana bangsa itu sudah ada sejak dari dulu lagi kerana tertinggal sesuatu bangsa dalam arus pembangunan politik, ekonomi dan sebagainya akan hanya membinasakan negara dalam jangka masa panjang. Seperti yang saya sebutkan selama ini dasar-dasar yang baik itu hanya kekal terlaksana jika ia digubal dan dilaksanakan oleh mereka yang berjiwa besar untuk memenuhi tuntutan dasar itu sendiri.
Itu sebenarnya yang melebihi pimpinan yang terdahulu dengan pimpinan sejak tiga puluh tahun dahulu. Segala dasar yang digubal memerlukan perlaksanaannya secara sistematik dan bukan digubal dan dilaksanakan tanpa roh yang bersih dan jiwa yang miskin dalam melaksanakannya.
Read More / Baca Lagi >>

Punca pegawai Jakim tak makan Cadbury.,.!!

Posted: 15 Jun 2014 05:26 PM PDT

Astro Awani membuat tajuk berita songsang bahawa Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Hub Halal, Jakim, Muhammad Naim Mohd. Aziz yang hadir memberi penerangan mengenai isu berkaitan kontroversi coklat Cadbury (kanan) enggan turut serta dalam sesi "Makan Cadbury Bersama Aktivis Media Sosial dan Pengguna Islam."
Sebenarnya, pihak Jakim hanya dijemput memberi penerangan dalam majlis awalnya iaitu "Sijil Halal Malaysia dan Kontroversi Cadbury: Satu Perspektif."
Tiada dalam agenda program pembabitan Jakim dalam sidang media mahu pun majlis makan Cadbury secara terbuka. JAKIM hanya dijemput beri penerangan kepada aktivis media siber dan ini telah dipersetujui bersama antara pengajur dan dan Jakim sejak awal lagi.
Dari awal mengatur program ini pihak Jakim sudah maklum mereka hanya datang beri penerangan saja. Mereka tidak boleh tampil dalam media tanpa kebenaran Ketua Pengarah.
Apa yang dikesalkan, sungguhpun pihak penganjur telah memaklumkan kepada Astro Awani mengenai perkara ini, mereka hanya membetulkan kandungan berita tersebut, tetapi enggan menukar tajuk berita yang memberi impak negatif kepada Jakim dan penganjur.
Pegawai kerajaan mempunyai peraturan tertentu sebelum muncul dalam media. Justeru tidak wajar media mahu memaksa seorang pegawai kerajaan membuat kenyataan tanpa sebarang kebenaran atau memenuhi protokol sedia ada, ini boleh menyebabkan mereka melanggar peraturan kerajaan dan berhadapan tindakan disiplin.
Faktanya, saya tiada keraguan mengenai keikhlasan pegawai terbabit mahu pun Jakim kerana beliau telah makan Cadbury tersebut dihadapan saya sebelumnya.
Justeru tidak timbul isu pegawai Jakim enggan makan Cadbury seolah-olah memberi gambaran mereka sendiri tidak yakin dengan pengesahan halal mereka.
Pihak Jakim dijemput untuk meyakinkan aktivis media siber bukannya membuat pertunjukan media. Ternyata kesemua yang hadir bukan sahaja percaya malah yakin dengan sijil Halal Malaysia yang dikeluarkan oleh Jakim. – MyMKU.net

Kenapa hanya blogger macai UMNO makan cadbury, pegawai Jakim enggan?

Posted: 15 Jun 2014 07:02 AM PDT

Tak yakin ke?


Awal Jun lalu bagi membuktikan status halal yang dikeluarkan oleh JAKIM terhadap coklat Cadbury benar-benar meyakinkan, pegawai jabatan itu dilaporkan sedia pada bila-bila masa untuk membuat demonstrasi memakan coklat tersebut.