Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


ANWAR MENGAMOK DI LONDON

Posted: 14 Jun 2014 08:16 AM PDT

Anwar kena belasah dengan pemberita BBC 

Anwar ke England untuk memburukkan Malaysia, sebaliknya dalam temuramah BBC Anwar dibelasah bertubi-tubi oleh pengacarnya. Antaranya adalah:

1. Anwar tuduh kerajaan kejam, tetapi pengacara berkata dia (Anwar) yang melawan sistem sediaada, sebagai contoh beberapa kali bukti dikemukakan mahkahmah memang anwar meliwat.

2. Orang Malaysia sudah menyampah dengan Anwar dan demo jalanan kerana seperti Anwar ingin elak dari isu peribadinya.

3. Kata anwar menang undi popular, ia tak di layan kerana sistem di sana England juga tidak mengira kemenangan melalui undi popular.

4. Anwar tuduh kerajaan kuku besi, tetapi tidak cukup bukti terus menukar kepada topik mh370. Pengacara perli "interesting you brought up mh370" dan terus mengatakan Malaysia menanganinya dengan baik, Anwar membuak-buak marah!

5. Pengacara menegur mengapa anwar sanggup mempolitikkan isu seperti MH370 demi kepentingan politiknya.



BN TUNAIKAN JANJI KEMENANGAN DI TELUK INTAN, DYANA FRUST MENONGGENG!

Posted: 14 Jun 2014 01:41 AM PDT


Kemenangan BN di Teluk Intan tempoh hari telah memberikan rahmat besar buat penduduk di Teluk Intan. Kemenangan ini juga membuktikan BN telah membuat tranformasi dalam strategi kempen mereka kepada pengundi-pengundi. 

Menang dulu baru dapat projek yang dijanjikan. Barulah dinamakan Janji Ditepati, Pengundi Dihargai, Nikmat Diberi, Berterima Kasih Pada Yang Memberi dan Bersyukur pada Ilahi.

Kepada yang tak mengundi BN pada PRK tempohari...anda boleh menilai siapa yang lebih bertanggungjawab, siapa yang langsung tak boleh diharap tapi banyak cakap.

Kini semuanya akan menantikan Mah Siew Keong yang akan jadi Menteri dan Dyana tunggu pinangan mari untuk dijadikan bini. Hehehe...

Apa lu tengok-tengok?



oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


FIFA WORLD CUP: SPAIN 1 NETHERLANDS 5!

Posted: 14 Jun 2014 05:07 AM PDT

The Netherlands gained a measure of revenge for their FIFA World Cup final loss four years ago by demolishing Spain 5-1 on Friday.

Andres Iniesta scored in extra-time to give Spain a 1-0 win and the trophy in South Africa four years ago, and it appeared the same result was on the cards in Salvador when Xabi Alonso powered home a first-half penalty.

But the Netherlands hit back in stunning fashion, with Robin van Persie and Arjen Robben in scintillating form.

Van Persie levelled matters with a fabulous header on the stroke of half-time, before Robben - who fatefully missed a one-on-one with Iker Casillas in the 2010 final - gave Louis van Gaal's side the lead eight minutes after the interval.

Things went from bad to worse for the world champions when Stefan de Vrij nodded home a third on 64 minutes, before Van Persie and Robben netted again to complete a remarkable rout in Group B's opening fixture and cast further doubt over Spain's chances of winning their fourth straight major tournament.

Spain boss Vicente del Bosque forewent the temptation to start with Cesc Fabregas in the false-nine role that was so successful during UEFA Euro 2012, instead choosing Diego Costa as an out-and-out striker.

Costa's impact on their system was evident, too, as Spain opted for a more direct approach than in previous tournaments.

It was the Netherlands who created the first opening, Robben's inch-perfect throughball finding Wesley Sneijder, only for the playmaker - making his 100th international appearance - to shoot straight at Casillas.


Costa then spurned a couple of half-openings as Spain began to find their feet and the Netherlands' defending became increasingly desperate.

It was a last-ditch tackle that led to the opener, De Vrij's sliding challenge bringing down the lively Costa - with Alonso coolly converting from the spot.

Van Gaal's side enjoyed a good spell thereafter, but Spain threatened again on the stroke of half-time as Jasper Cillessen kept out David Silva's cute dink following a stunning Iniesta pass.

That miss would become all the more important soon after, Van Persie looping a superb diving header over Casillas after being picked out by Daley Blind's sumptuous long, diagonal ball.

Picking up where they left off, the Netherlands went ahead soon after the break.

Another searching Blind delivery found Robben, who controlled and turned beyond Gerard Pique - who could only deflect his effort beyond Casillas.

Spain suddenly had no answer to their opponents' new-found verve, Van Persie rattling the crossbar with a vicious strike.

The woodwork could not save Del Bosque's men soon after, though, as De Vrij atoned for his earlier misstep by heading Sniejder's deep free-kick in off the post.

Spain captain Casillas was visibly rattled, and an uncharacteristic sloppy error from him 18 minutes from time enabled Van Persie to notch his second goal of the game.

And the Netherlands were not finished there, as Casillas was forced to pick the ball out of the net again as the irresistible Robben took advantage of more lax defending to race clear and round off a scarcely believable result.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Sudah melampau : Koo Ham cabar kesabaran umat Islam?

Posted: 14 Jun 2014 05:00 AM PDT


Ahli Parlimen Beruas daripada DAP, Ngeh Koo Ham mencabar kesabaran umat Islam di negara ini apabila meminta mereka menghormati hak saudara seagama yang murtad untuk mengamalkan agama baharu.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, adalah tidak wajar bagi Koo Ham memutarbelitkan dan membuat tafsiran sendiri terhadap peruntukan-peruntukan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Tafsiran beliau jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, enakmen agama Islam di negeri-negeri dan yang paling penting bertentangan dengan kefahaman umat Islam tentang isu tersebut.

"Pandangan beliau juga adalah bertentangan dengan al-Quran dan as-sunnah yang menjadi asas utama dalam perundangan Islam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Koo Ham mengeluarkan kenyataan kontroversi itu ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan 2014 pada sidang Dewan Rakyat semalam.


Pengerusi DAP Perak itu berharap umat Islam di negara ini menerima peruntukan 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang ditafsirkan beliau memberi hak mutlak kepada mana-mana individu untuk mengamalkan sesuatu agama.

Hasan memberitahu, tafsiran tersebut menunjukkan Koo Ham gagal memahami maksud sebenar peruntukan 11(1) yang perlu dibaca dengan Fasal (4) dan Fasal (5) Perlembagaan Persekutuan.

"Umat Islam bukan sahaja dilarang keras menukar agama atau murtad malah adalah menjadi kesalahan dari segi undang-undang untuk mendedahkan kepada orang Melayu perkara-perkara yang menyebabkan mereka meninggalkan agama asal," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menggesa Koo Ham menarik balik kenyataannya dan meminta maaf daripada seluruh umat Islam di negara ini.

"Sekiranya Koo Ham gagal berbuat demikian, Jati mencabar beliau mengulangi kenyataannya di luar Dewan Rakyat bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil ke atas beliau," katanya.

Hasan turut menyifatkan kenyataan Koo Ham itu mempunyai persamaan dengan tuntutan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang dianggap musuh nyata kepada umat Islam.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:13 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


LHDN pilih kasih, beri diskaun kepada hartawan, kata Utusan

Posted: 14 Jun 2014 10:55 PM PDT

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilihat lebih memberi layanan istimewa kepada hartawan dan syarikat besar berbanding pembayar cukai individu, kata Utusan Malaysia.
Pengarang akhbar milik Umno itu yang menggunakan nama Awang Selamat menerima laporan daripada pembayar cukai individu terhadap sikap pilih kasih LHDN dalam urusan kelewatan membayar cukai.
"Antaranya aduan memohon pengurangan denda kerana terlewat membayar cukai, yang bukan saja tidak dilayan malah tidak dijawab surat rayuan mereka.
"Lain pula ceritanya apabila berurusan dengan seorang bilionair sehingga boleh mendapat 'diskaun' lebih RM100 juta.
"Itu pun melalui ansuran selama 18 bulan, yang rakyat biasa tidak akan menikmati diskaun dan kelonggaran luar biasa itu," katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Bagaimanapun, Awang Selamat berkata, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan namun ia sememangnya hangat diperkatakan.
Katanya kes berkenaan melibatkan kepentingan umum dan Utusan Malaysia menggesa LHDN tampil memberikan penjelasan.
"Memandangkan ia isu kepentingan awam, LHDN wajar tampil memberi penjelasan termasuk menafikannya jika hal tersebut tidak benar," katanya.
Awang Selamat berkata, jika ketirisan berkenaan tidak ditangani secara serius, Malaysia akan menjadi seperti Mexico yang kehilangan 30% hasil pendapatan akibat penipuan dan mengelak daripada membayar cukai.
"LHDN boleh mengutip lebih banyak hasil jika lebih efisien dan tidak mengira bulu.
"Aneh di Malaysia, tiada jerung besar yang didakwa kerana kesalahan tersebut walaupun gejala itu diketahui berlaku," katanya.
Penulis itu turut memberikan contoh pengerusi Kumpulan Samsung, Lee Kun-hee dari Korea Selatan yang didakwa kerana mengelak membayar cukai.
Pada Julai 2008, Mahkamah Seoul mendapati Lee bersalah kerana mengelak daripada membayar cukai dan dikenakan RM318 juta.
Awang Selamat turut menyentuh isu rasuah di kalangan penjawat awam yang disifatkannya dahsyat dan memalukan.
Katanya, terutama kes yang melibatkan penyeludupan diesel bersubsidi di darat mahupun di laut.
"Di darat, ada pihak bekerjasama dengan sindiket termasuk membocorkan maklumat operasi serbuan. Ini meliputi segelintir petugas sebuah kementerian dan agensi penguatkuasa.
"Siasatan yang dilakukan mendapati ada anggota bawahan memiliki wang dalam akaun berjumlah RM1 juta dan pegawai mempunyai RM40 juta.
"Di laut pula, ada kalangan pegawai agensi yang mengambil 'tol' bagi setiap kapal yang menyeludup diesel. Sebab itu, aktiviti penyeludupan diesel dan penjualannya di pasaran gelap berleluasa," katanya.
Awang Selamat berkata, 'pemenang' dalam isu ini adalah penjual diesel haram dan operator nelayan.
Utusan Malaysia menggesa Putrajaya tampil dengan kaedah baru bagi memastikan diesel bersubsidi diterima golongan sasar.
"Formula lama pengagihan subsidi hanya memperkasakan golongan yang kaya raya, orang asing, dan membiakkan gejala rasuah," katanya. – 15 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/lhdn-pilih-kasih-beri-diskaun-kepada-hartawan-kata-utusan-malaysia#sthash.jERcWACK.dpuf

Lelaki Saman Hospital Sebabkan Kemaluan Pendek 3 Sentimeter

Posted: 14 Jun 2014 09:48 PM PDT


Kemaluan lelaki warga Kanada ini dikatakan pendek tiga sentimeter selepas menjalani pembedahan.


SEORANG lelaki mendakwa pembedahan ke atas kemaluannya menyebabkan ukuran alat kelaminnya itu menjadi pendek sekurang-kurangnya tiga sentimeter.
Berikutan itu, lelaki itu sedang mempertimbangkan untuk menyaman pihak hospital sebanyak £90,000 kerana cuai apabila tersalah diagnos penyakitnya hingga menyebabkan beliau menanggung kesakitan.

Beliau dikatakan mengalami kecederaan pada kemaluannya ketika mengadakan hubungan seks dengan isterinya pada Julai 2011 dan dikejarkan ke hospital.


Ketika insiden itu, seorang jururawat dikatakan menjalankan pemeriksaan dengan hanya melihat kemaluannya tanpa menyentuhnya.

Seterusnya, menerusi panggilan telefon, pakar urologi memberitahu petugas di hospital berkenaan bahawa beliau mengalami sedikit trauma dan kemudian membenarkannya pulang.

Bagaimanapun, lelaki itu yang juga penghidap paraplegik iaitu bermasalah rangsangan deria mendakwa insiden itu menyebabkan beliau gagal untuk mengadakan hubungan seks.

Lebih memburukkan keadaan, hanya selepas tiga bulan baharu pihak hospital memaklumkan kemaluannya retak dan perlu dibedah.

Pembedahan itu menyebabkan beliau 'kehilangan' kira-kira tiga sentimeter panjang kemaluannya, selain kesan parut kekal.

Lelaki berasal dari Quebec, Kanada itu juga mendakwa pembedahan di Hospital Le Gardeur di Montreal itu menjadi punca keruntuhan rumahtangganya kerana beliau tidak mampu mengadakan hubungan seks selama dua tahun.

Kilang mi sanggul di Bukit Mertajam guna logo halal tidak diiktiraf - KPDNKK

Posted: 14 Jun 2014 08:11 AM PDT

BUKIT MERTAJAM - Sebuah kilang mi sanggul di Kampung Sama Gagah, di sini didapati menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pegawai Penguatkuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Md. Nasir Mohamad berkata, perkara itu terdedah selepas kilang itu diserbu pihaknya pada pukul lima petang semalam hasil maklumat awam dan risikan.
"Sebanyak 1,800 bungkus mi sanggul menggunakan logo halal tidak diiktiraf dirampas dan pihak kami turut menyita 400 bungkus mi teow dan 352 bungkus mi suah menggunakan logo halal tidak diiktiraf serta 780 unit kotak kosong tertera logo halal tidak diiktiraf. Nilai rampasan semalam adalah sebanyak RM4,184.
"Berdasarkan siasatan, kilang berkenaan yang beroperasi sejak 15 tahun lepas pernah diserbu pada 2010 atas kesalahan sama dan pemiliknya menyalahi Akta Perihal Dagangan (Pengakuan dan Penandaan Halal) 2011," katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Katanya, pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik kilang berkenaan dan menjalankan siasatan menurut Seksyen Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menyalahgunakan logo halal dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun. - Bernama


Hakcipta terpelihara 

AGBK 2013: TGNA tewaskan Dr Asri

Posted: 14 Jun 2014 06:43 AM PDT

  • Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui buku Bicara Ini Demi Illahi apabila dipilih peminat untuk memenangi Anugerah Penulis Pilihan Kategori Islamik pada Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013, hari ini.

Selain Asri, Nik Aziz turut menewaskan beberapa nama besar lain seperti Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Muhd Nasruddin Dasuki dan Prof Masya Rasid Muhamad.

Namun, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat hadir untuk menerima sendiri anugerah berkenaan.


Editor Karya Bestari, Mohd Sofian Rosali yang juga editor buku tersebut menyifatkan kemenangan itu satu bonus.

"Ini buku pertama kita dengan Tok Guru Nik Aziz. Alhamdulillah sambutan penjualan buku ini sejak awal perasmian tahun lalu begitu memberangsangkan.

"Menang ini satu bonus tetapi apa lebih penting bagaimana orang ramai memanfaatkan buku ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas majlis penyampaian AGBK 2013, hari ini.

Menurutnya, anugerah tersebut bakal disampaikan kepada Nik Aziz dalam masa terdekat di Kelantan.

"Cara nak baca buku ini bukan dari sudut politik tapi dari sudut pendidikan akhlak, agama dan keluarga.

"Dalam masa terdekat, saya akan sampaikan sendiri kepada Tok Guru Nik Aziz anugerah ini sekali dengan royalti buku Bicara Ini Demi Illahi yang terbaru," katanya.

Bicara Ini Demi Ilahi merupakan buku yang diadaptasi daripada kuliah-kuliah Nik Aziz yang telah diterjemahkan kepada bahasa yang lebih mudah.

Selain itu, buku ini juga mengandungi nasihat-nasihat beliau sebagai seorang ayah dan datuk kepada anak cucunya.

Buku genre islamik itu turut menerima Anugerah Cover Pilihan Kategori Buku Islamik.

Anugerah yang julung kali diadakan itu menyaksikan 30 kategori dipertandingkan dan setiap pemenang menerima wang tunai RM3,000 beserta trofi.

Sembilan hotel, resort di Kuantan tak halal - JAIP

Posted: 14 Jun 2014 01:12 AM PDT


KUANTAN - Menjelang dua minggu lagi sambutan Ramadan, Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) mendedahkan sebanyak sembilan hotel dan resort di daerah ini gagal memperbaharui sijil halal.
Kesemua hotel dan resort berkenaan membabitkan 17 premis makanan termasuk dapur dan restoran yang gagal mendapatkan Sijil Halal Malaysia selepas pelaksanaan Sistem e-halal bermula Januari tahun lalu.
Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal JAIP, Noridzuan Abdul Manan berkata, kegagalan memperbaharui sijil halal itu disebabkan pihak pengurusan terbabit tidak komited dengan kerja-kerja berkaitan pensijilan halal.
Katanya, antaranya ialah lewat mengemukakan permohonan baru, gagal melantik pegawai yang dipertanggungjawabkan mengurus permohonan halal secara atas talian dan gagal mengisytiharkan menu yang disediakan.
"Dalam konteks ini juga penting apabila mereka turut gagal mengisytiharkan keseluruhan ramuan yang digunakan dengan lengkap," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun JAIP sentiasa berusaha membantu mempercepatkan proses permohonan sijil halal tetapi akan berlaku kegagalan jika pihak hotel tidak peka dengan keperluannya
Katanya, JAIP menggalakkan premis berkenaan mewujudkan Jawatankuasa Halal Dalaman bagi mengelakkan sebarang masalah berkaitan proses memohon sijil halal sekali gus mengelakkan kerumitan.
"Kita sudah menghantar beberapa kakitangan dari unit ini bagi tujuan membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi pihak hotel atau resort," katanya.
Menurutnya, langkah terbaik JAIP ialah melaksanakan bengkel latihan khusus bagi semua industri hotel di Kuantan untuk mempelajari sistem e-halal tahun lalu.
Pengguna diminta merujuk laman sesawang JAIP iaitu http://jaip.pahang.gov.my bagi melihat senarai penuh hotel dan premis yang mendapat sijil halal.
"Pilihlah restoran atau premis halal sepanjang Ramadan ini sesuai dengan keberkatan puasa sepanjang hari dan elakkan makanan yang tidak suci," katanya. - KOSMO!
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0614&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_11.htm#ixzz34bC3Q7em 
Hakcipta terpelihara 

PenangWasabi

0

Posted by Unknown | Posted on 9:54 PTG | Posted in

sumber :-

PenangWasabi


Kilang mee sanggul di Bukit Mertajam guna logo halal tidak diiktiraf - KPDNKK?

Posted: 14 Jun 2014 05:23 AM PDT


Sebuah kilang mee sanggul di Kampung Sama Gagah, di sini didapati menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pegawai Penguat Kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) Md. Nasir Mohamad berkata perkara itu terdedah selepas kilang itu diserbu pihaknya pada 5 petang semalam hasil maklumat awam dan risikan.

``Sebanyak 1,800 bungkus mi sanggul menggunakan logo halal tidak diiktiraf dirampas...kita turut menyita 400 bungkus mee teow dan 352 bungkus mee suah mengunakan logo halal tidak diiktiraf serta 780 unit kotak kosong tertera logo halal tidak diiktiraf. Nilai rampasan semalam adalah sebanyak RM4,184.

``Berdasarkan siasatan kita, kilang berkenaan yang beroperasi sejak 15 tahun lepas pernah diserbu pada 2010 atas kesalahan sama dan pemiliknya menyalahi Akta Perihal Dagangan (Pengakuan dan Penandaan Halal) 2011,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya pihaknya telah merekodkan keterangan pemilik kilang berkenaan dan menjalankan siasatan menurut Seksyen Akta Perihal Dagangan 2011 kerana menyalahgunakan logo halal dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM1 juta atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Sementara itu, pemilik kilang yang enggan namanya disiarkan berkata beliau akan memohon sijil halal daripada Jakim secepat mungkin.

Wanita itu mendakwa pernah ditipu dalam usaha mendapatkan sijil halal Jakim dan kerugian lebih RM3,000.

Menurutnya hampir 95 peratus pekerja di kilangnya terdiri daripada wanita Islam.

Penang Wasabi..

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:39 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Hubbul Watan atau Kecintaan kepada ibu pertiwi

Posted: 14 Jun 2014 09:21 PM PDT

Ramai dikalangan kita, terutama bangsa Melayu adalah penyokong sistem raja berpelembagaan. Ini bererti kita mahukan raja Melayu kita terus ujud, tapi mereka tertakluk kepada perlembagaan. Ertinya juga, oleh kerana perlembagaan itu adalah undang2 tubuh nya negara kita, yang dihasilkan oleh pemikiran pemimpin rakyat, raja2 Melayu itu tertakluk kepada kehendak rakyat jelata.
Sebagai orang Melayu, raja Melayu adalah sebahagian dari budaya dan warisan budaya. Mustahil kita membuang budaya kita. Dalam budaya Melayu, raja2 Melayu itu bahagian integral dalam budaya kita seperti bahasa dan agama orang orang Melayu. Buang nya, bererti kita membuang sebahagaian dari diri kita sendiri.
Perkara ini mesti dnyatakan seawal ini sebelum ada pihak yang menuduh Melayu durhaka. Kita menolak idea raja mutlak kerana idea konsentrasi kuasa keatas rakyat yang berada dalam tangan seorang secara mutlak, adalah idea yang bertentangan dengan piagam seorang manusia yang jasadnya merdeka dan berjiwa merdeka. 
Kita tidak mahu kezaliman raja Melayu menyebabkan anak Melayu menulis seperti yang pernah ditulis oleh Thomas Jefferson mengenai Raja George 111 dengan menggelar raja Gerorge sebagai : usurper, plunderer , oppressor. Tapi kalau raja2 Melayu melampauai batas keadilaan- saya yakin suatu hari yang terdekat , ada anak Melayu yang akan menyebut raja2 Melayu sebagai : penguasa yang tidak sah, perampas dan penindas.
Nabi Muhammad sendiri berakata: besar dan muliakan akan kamu Sultan (iaitu pemerintah) kerana mereka itu kebesaran dan bayangan Allah dimuka bumi- selagi mereka itu adil.
Read More / Baca Lagi >>

Mohon maaf jika saya terkasar bahasa - Felixia

Posted: 14 Jun 2014 09:11 PM PDT

KUALA LUMPUR: "Mohon maaf jika saya tersalah atau terkasar bahasa, tapi saya rasa saya lebih berminat untuk mengetahui keindahan agama Islam," tulis Felixia Yeap menerusi facebook, semalam.

Beliau seterusnya menulis sebagaimana di bawah.

Apa yang serba-sedikit mengecewakan saya sebagai seorang yang baru mula mengenali agama Islam?

Apabila saya terlalu kerap ditegur oleh orang yang hanya memandang berat tentang kuku saya, tentang gambar lama saya, tentang hal silam saya, tentang bila saya nak masuk Islam, tentang saya tidak harus tidak bertudung di rumah sendiri (walaupun telah di"blur"kan), tentang kenapa saya bertudung tapi tak masuk Islam, tentang saya dah Islam ke belum, tentang betapa salahnya seseorang itu mengambil gambar selfie...etc, etc, ETC.

Tapi teramatlah jarang sekali orang memberitahu saya tentang keindahan ajaran agama Islam, setiap kebaikkan Nabi Muhammad SAW yang kita harus ikuti, keperibadian yang baik setiap isteri Nabi Muhammad SAW yang harus kita sebagai wanita contohi, ketenangan yang boleh saya pelajari melalui setiap ajaran agama Islam, dan sebagainya.

Cukai: LHDN pilih kasih, beri diskaun kepada hartawan, kata akhbar UMNO

Posted: 14 Jun 2014 09:00 PM PDT

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dilihat lebih memberi layanan istimewa kepada hartawan dan syarikat besar berbanding pembayar cukai individu, kata Utusan Malaysia.
Pengarang akhbar milik Umno itu yang menggunakan nama Awang Selamat menerima laporan daripada pembayar cukai individu terhadap sikap pilih kasih LHDN dalam urusan kelewatan membayar cukai.
"Antaranya aduan memohon pengurangan denda kerana terlewat membayar cukai, yang bukan saja tidak dilayan malah tidak dijawab surat rayuan mereka.
"Lain pula ceritanya apabila berurusan dengan seorang bilionair sehingga boleh mendapat 'diskaun' lebih RM100 juta.
"Itu pun melalui ansuran selama 18 bulan, yang rakyat biasa tidak akan menikmati diskaun dan kelonggaran luar biasa itu," katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.
Bagaimanapun, Awang Selamat berkata, kebenaran dakwaan itu tidak dapat dipastikan namun ia sememangnya hangat diperkatakan.
Katanya, kes berkenaan melibatkan kepentingan umum dan Utusan Malaysia menggesa LHDN tampil memberikan penjelasan.
"Memandangkan ia isu kepentingan awam, LHDN wajar tampil memberi penjelasan termasuk menafikannya jika hal tersebut tidak benar," katanya.
Awang Selamat berkata, jika ketirisan berkenaan tidak ditangani secara serius, Malaysia akan menjadi seperti Mexico yang kehilangan 30% hasil pendapatan akibat penipuan dan mengelak daripada membayar cukai.
"LHDN boleh mengutip lebih banyak hasil jika lebih efisien dan tidak mengira bulu.
"Aneh di Malaysia, tiada jerung besar yang didakwa kerana kesalahan tersebut walaupun gejala itu diketahui berlaku," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Kapitalis Kotaraya: Pekerja DBKL menangis terpaksa roboh rumah Kampung Chubadak

Posted: 14 Jun 2014 08:55 PM PDT

Maka menangislah warga-warga emas di Kampung Chubadak, Kuala Lumpur selepas rumah yang didiami sejak lebih 30 tahun dirobohkan tanpa belas.
 
Rata-rata yang tinggal di situ adalah masyarakat Melayu yang telah pun memohon untuk mendapatkan status hak milik yang kini dikhabarkan sedang dalam proses untuk dikeluarkan.
 
Melihatkan kesungguhan penduduk mempertahankan hak mereka, rasanya mereka ada bukti sahih permohonan masing-masing memang sedang dalam proses untuk menjadi kenyataan.
 
Malah mereka juga telah mendapat surat dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bertarikh 12 Jun 2014 yang menghalang mana-mana pihak daripada menceroboh atau meroboh rumah mereka buat sementara waktu.
 
Namun apapun alasan yang diberi walau keluar air mata darah sekalipun, jentolak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terus melakukan kerja merobohkan rumah-rumah di situ.
 
Semuanya kerana tugas dan mereka bukanlah sengaja datang hendak menghalau penduduk jika tidak ada arahan daripada pihak atasan.
 
"Kami faham perasaan mereka yang enggan keluar tetapi apa daya kami untuk tidak merobohkan rumah-rumah di situ kerana kami hanya menjalankan tugas sebagai pekerja.
 
"Kalau kami dipandang benci sekalipun, kami perlu menjalankan tugas yang diarahkan walaupun hakikatnya kami juga ada perasaan tidak sampai hati," kata seorang pekerja DBKL yang enggan namanya disiarkan. 
 
Katanya, setiap kali melihat warga-warga emas di situ merayu dan merintih, hati kecilnya tersentuh tetapi dia melakukannya kerana terpaksa demi tugasan yang dipertanggungjawabkan.
 
"Saya dan rakan-rakan sekerja dimaki, dicaci sepanjang kami bekerja tetapi kami hanya mendengar. Kami faham apa juga alasan yang kami beri, mereka tidak akan terima.
 
"Sebenarnya, kalau perkara itu berlaku dalam keluarga saya pun saya tidak boleh terima dan pasti saya akan melakukan perkara sama yang dilakukan oleh mereka.
 
"Tapi inilah kerja saya dan punca rezeki untuk menyara keluarga. Kalau saya tidak melakukannya, saya akan dikenakan tindakan disiplin atau macam-macam lagi yang pasti akan menjejaskan kerja saya," ujarnya.
 
Pun begitu katanya, dia mengharapkan apa yang berlaku di Kampung Chubadak akan berakhir dengan sesuatu yang boleh memuaskan hati penduduk di situ.
 
"Saya hanya orang bawahan yang turut merasakan kesedihan mereka. Jadi, mudah-mudahan, selepas kejadian ini, ada pihak yang akan datang membantu mereka untuk menenangkan keadaan agar kesedihan yang ditanggung dapat diredakan," katanya.

Gelandangan: Mereka juga manusia

Posted: 14 Jun 2014 08:51 PM PDT


TIADA siapa tahu sebab mereka menjadi gelandangan namun sebungkus nasi adalah rahmat yang amat besar kepada kumpulan ini. Foto FAZRY ISMAIL.
TIADA siapa tahu sebab mereka menjadi gelandangan namun sebungkus nasi adalah rahmat yang amat besar kepada kumpulan ini. Foto FAZRY ISMAIL.
Kotor, busuk, selekeh, pemalas. Itu gelaran-gelaran yang sinonim dengan gelandangan atau juga dipanggil kutu rayau.
 
Malah mungkin ada yang memandang jijik kepada golongan tersebut, mungkin ada yang dengan mudah menuduh mereka penjenayah mahupun perosak imej negara.
 
Bagi Pengasas Pertiwi Soup Kitchen, Munirah Abdul Hamid gelandangan juga adalah manusia biasa yang perlu dihormati dan berhak menerima layanan baik.
 
Jelasnya, fitrah seorang manusia mahukan kehidupan sempurna namun mereka mungkin tidak begitu bernasib baik seperti orang lain.
 
Ada yang mempunyai pekerjaan tetapi masih belum mampu untuk menyewa tempat tinggal sendiri apatah lagi golongan yang tidak mempunyai pekerjaan langsung, orang tua, kanak-kanak dan penagih dadah serta golongan yang mempunyai masalah kesihatan.
 
Itu antara sebab mengapa mereka terpaksa tinggal berselimutkan kesejukan di kaki-kaki lima kedai saban malam.
 
Gelandangan juga perlukan tempat mengadu nasib.
 
"Kerajaan sepatutnya mengambil tindakan proaktif di dalam menghulurkan bantuan kepada golongan gelandangan dan bukannya hanya menahan mereka.
 
"Kenapa tidak sediakan tempat tinggal seperti sebuah asrama tetapi mereka bebas untuk keluar masuk dan melakukan aktiviti harian, kerana jika kita mendekati golongan ini, kita akan dapati mereka sukakan kebebasan.
 
"Tetapi sebagai manusia, mereka juga mahu keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan penjagaan kebersihan dan kesihatan.
 
"Jika kerajaan menyediakan tempat sedemikian, pastinya isu gelandangan dapat dikurangkan, jika tidak dihentikan seratus peratus. Para NGO pula boleh bertugas menjaga pusat-pusat tersebut secara bergilir," katanya kepada Malaysia Gazette di sini.
 
Read More / Baca Lagi >>

Pimpinan yang tidak berkepimpinan - Part 2

Posted: 14 Jun 2014 08:49 PM PDT

Aspan Alias
 
Saya menulis lagi sebagai sambungan kepada apa yang saya tulis dalam posting semalam dengan bahasa yang mudah seperti yang saya selalu lakukan. Bahasa yang mudah, tanpa istilah-istilah berat ini, diharapkan dapat memberikan kefahaman yang lebih tentang apa yang dimaksudkan dalam tulisan ini oleh ramai yang mahukan kebenaran dan kesedaran yang sejati.
Apabila sebuah rumah yang sudah reput di banyak sudutnya, kita tidak boleh memperbaikinya dengan hanya memperbaiki reputan itu dengan menampal dan menyambung yang putus sahaja. Sampai bila kita hendak membuang masa untuk memperbaiki rumah yang sudah reput di setiap sudut rumah itu?
Yang terbaik ialah dengan membina rumah baru diatas tapak yang sedia ada kerana tidak semua orang mempunyai dan boleh membina rumah baru ditapak yang lain, lebih-lebih lagi bagi politik negara kita yang sangat sofistikated ini.
Apabila dinding yang roboh itu diperbaiki, tidak lama lagi kita terpaksa memperbaiki pula lantai dan rasuk rumah yang juga sedang mereput itu. Sudah selesai memperbaiki lantai dan rasuk rumah yang reput itu selepas raya nanti terpaksa pula memperbaiki 'ceiling' yang sudah bocor pula, atau tiang sendi yang sudah dimakan anai-anai.
Itu sebabnya saya selalu memberikan pandangan dari tepian selama ini agar ada yang akan membuat 'initiative' untuk membina sebuah negara dan politik yang baru yang berlandaskan kepada tapak yang sedia ada. Maksud saya keadaan politik negara kita berlandaskan kepada kerjasama diantara kaum yang sihat dan bukannya memberikan tumpuan kepada kaumnya sendiri dan berteriak sebagai parti berbilang kaum di mana-mana.
Asas kerjasama diantara kaum itu telah lama wujud hasil dari perundingan pemimpin semua kaum terdahulu. Malahan kerjasama yang begitu utuh itulah yang menjayakan Perikatan pimpinan Tunku Abdul Rahman dengan pemimpin berbagai kaum di negara ini yang bertanggungjawab menyempurnakan pencapaian kemerdekaan negara. Sebelumnya kemerdekaan kita telah diperjuangkan oleh banyak pertubuhan dan pemimpin-pemimpinnya.
Perikatan telah membuatkan kaum Cina bersatu dibawah MCA, kaum India bersatu dibawah MIC dan kaum Melayu yang terbesar itu bersatu dibawah UMNO. Ketiga-tiga parti ini memperkuatkan penyatuan kaum masing-masing dan ketiga-tiga parti ini bekerjasama dalam satu pasukan dengan begitu baik sekali.
Pendeknya parti berbilang kaum itu sudah wujud lama dinegara ini. Ia wujud sejak negara belum mencapai kemerdekaan lagi dan semasa itu parti itu dinamakan PERIKATAN yang bersimbulkan kapal layar. Itulah parti berbilang kaum yang sebenarnya. Selepas berlakunya pertumpahan darah pada Mei 1969 dahulu bentuk rupa Perikatan ini telah diubah dan diperbaiki dengan menambah bilangan parti berbilang kaum itu dengan pertambahan parti-parti mengikut kaum dari Sabah dan Sarawak, sejak kewujudan Persekutuan Malaysia dahulu. Nama parti yang mengantikan Perikatan itu ialah Barisan Nasional dengan dianggotai oleh 14 parti-parti di dalamnya.
Penubuhan BN anjuran Tun Abd Razak ini telah difikirkan dengan begitu teliti seperti juga yang dilakukan dalam penubuhan Perikatan yang di usahakan oleh Tunku Abdul Rahman Putra dan pemimpin berbagai kaum sebelum itu. Semua perkara diambil kira dan ia memakan masa yang agak lama sebelum ianya di wujudkan secara resmi.
Ia menambah baik dengan dasar-dasar BN yang menyelesaikan masalah-masalah yang sedikit sebanyak wujud dalam Perikatan sebelum itu. BN telah mendapat sokongan yang paling hebat semasa pilihanraya 1974 dengan sokongan yang padu dari semua kaum dan rakyat yang berbilang agama dan cara hidup itu. Semasa itulah DEB wujud sebagai dasar memperbaiki kelemahan sedikit sebanyak yang wujud dalam Perikatan dahulu.
Negara maju dengan pantas dan kelihatan perpaduan diantara kaum itu. Apa sahaja dasar yang dibentuk dan digubal mendapat sokongan semua pihak dan semua memahami yang perpaduan kaum merupakan 'ultimate' bagi negara kita.
Tidak ada bangsa yang mahu kelihatan negara rosak lagi, dan semua mengakui pengagihan kekayaan diantara kaum yang seimbang merupakan perjuangan semua kaum. Semua mengakui hakikat yang tidak akan aman negara ini jika ada kaum yang ketinggalan dalam semua bidang apatah lagi jika kaum itu adalah kaum majoriti negara ini. Matlamat kita ialah untuk membina bangsa-bangsa dalam negara, 'berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah'. Itulah 'ultimate' kita dan telah dipersetujui oleh semua kaum.
Banyak sebab kenapa BN begitu mendapat sokongan dari rakyat. Ia bukan setakat dasar yang ampuh yang digubal, tetapi yang lebih dari segala-galanya ialah sikap dan nilai pimpinan.  Yang memimpin kerajaan BN itu, terutamanya semasa zaman pencipta BN itu, Tun Razak dan panggantinya Tun Hussein Onn. Rakyat nampak dengan jelas kejujuran dan niat pimpinan yang benar-benar ikhlas untuk mencapai apa yang di idamkan dan dengan dasar gubalan semasa itu.
Di zaman Tun Razak negara mencapai begitu pesat pembangun dengan initiatif-initiatif yang berkesan yang di berikan kepada pimpinan didikan beliau untuk melaksanakan dasar secara organik dan nampak hasilnya secara jelas. Tun Hussein meneruskan segala dasar yang telah digubal sebelumnya dengan penuh dedikasi dan tidak melakukan tugasan beliau bersandarkan kepada kehendak peribadi beliau semata-mata.
Perdana Menteri semasa itu (Razak dan Hussein) tidak campur tangan dalam urusan perlaksanaan dasar, diberikan tanggungjawab kepada sesiapa yang telah dipilih untuk melaksanakannya. Kepada sesiapa yang diberikan tanggungjawab itu pula tidak akan menyalahgunakan kepercayaan pimpinan kerana mereka bersama-sama 'hand-in-glove' dengan pucuk pimpinan bagi mempastikan segala dasar itu dilaksanakan dengan sempurna.
Semasa Perdana Menteri Razak dan Hussein mentadbir negara, tugasan perlaksana diberikan tanggungjawab dan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas dan Perdana Menteri tidak perlu masuk campur dengan tugasan harian pemimpin yang diberikan tanggungjawab negara itu. Semasa itu tidak timbul isu mereka yang bertanggungjawab itu melakukan pencemaran terhadap tanggungjawab yang diberikan kepada mereka.
Tengku Razaleigh sebagai pemimpin (planner) penting dalam mencadang dan melaksanakan dasar negara semasa itu diberikan kepercayaan dengan parameter kuasa yang luas bagi melaksanakan sesuatu dasar untuk kebaikan negara.  Ini hanya boleh dilakukan kerana semasa itu pimpinan semua peringkat fokus untuk melihat pembangunan negara, khususnya dalam bidang 'social and economic engineering' bagi pencapaian matlamat dan 'ultimate' iaitu pencapaian penyatuan kaum-kaum dalam negara yang maju.
Jawatankuasa kabinet yang dipengerusikan oleh TR seperti Jawatankuasa Pelaburan Kabinet yang sangat penting semasa itu telah berfungsi dengan begitu telus dan ia terlaksana dengan baik tanpa banyak masalah sampingan.
Dasar perlaksanaan memindahkan kekayaan negara kepada Bumiputra yang di koordinasikan oleh Jabatan Koordinasi dan Pelaksana (ICU) Jabatan Perdana Menteri misalnya, adalah hasil dari perancangan yang teliti dan rakyat masih merasakan nikmat perancangan itu sehingga hari ini.
(bersambung)

Usul hudud rupanya hanya muslihat Umno

Posted: 14 Jun 2014 07:22 PM PDT

Oleh Ng Kee Seng
Jadi ternyata bahawa ianya hanyalah sebuah temberang Umno pada akhirnya, sama seperti yang telah dikatakan DAP.
Dengan pusingan-U Umno terkini ini, theantdaily telah meramal dengan tepat dalam rencana Komen yang bertajuk "PAS perlu pulangkan paku buah keras kepada Umno di dalam isu hudud" (12 Jun).

Hari 3 Jun, muslihat Umno Selangor telah didedahkan apabila Ketua Pembangkang Selangor, Mohd Shamsudin Lias mengumumkan penarikan semula usul Umno untuk membahaskan kemungkinan melaksanakan hudud di negeri ini.
Apa sahaja sebab yang mungkin diberikan Shamsudin mengenainya, DAP telah muncul sebagai pemain yang lebih baik dalam mengenalpasti temberang Umno, dalam membentangkan usul ini dan kemudian menarik balik.
Umno telah gentar sama seperti ketika ia gentar dan menolak usul PAS untuk membincangkan pelaksanaan hukum hudud dalam DUN Terengganu.
Umno telah salah andai Speaker DUN Hannah Yeoh dan keberanian DAP untuk membenarkan usul hudud untuk dibahaskan.
Walau bagaimanapun, Hannah telah memberi respons pedas sebagai tindak balas kepada tindakan Umno ini (terjemahan):
Selepas semalam pengumuman saya semalam bahawa saya telah menerima usul ADUN Sungai Air Tawar (UMNO), YB Kamarol Zaki Bin Abdul Malik yang menggesa Kerajaan Negeri untuk menjalankan kajian mengenai kemungkinan melaksanakan Hudud di Selangor, hari ini pejabat saya telah menerima satu salinan notis untuk menarik balik usul ini.
Tiada sebab diberikan bagi keputusannya untuk menarik balik usul itu. Seorang Anggota DUN boleh, melalui notis secara bertulis kepada Kerani, menarik balik apa-apa notis usul sebelum ini yang diberikan olehnya, seperti Peraturan Mesyuarat 29 (1). Walaupun seseorang ADUN memiliki hak membentangkan dan menarik balik mana-mana usul, amalan ini tidak digalakkan. Setiap ADUN mempunyai kewajipan untuk menegakkan integriti dan memelihara kesucian Dewan Undangan Negeri dengan tidak menggunakannya secara tidak berhati-hati dan tidak berdisiplin. Dewan Undangan Negeri bukan tempat untuk mana-mana anggota untuk bermain permainan politik. Saya melihat langkah oleh ADUN UMNO ini sebagai cubaan bermain politik secara terang-terangan. Jika seseorang wakil rakyat tidak bersedia untuk berdebat menegakkan usulnya, dia tidak sepatutnya membuang masa Dewan Undangan Negeri itu dengan membentangkannya.
Dewan Undangan Negeri adalah sebuah tempat yang sah untuk ADUN, yang dipilih untuk mewakili rakyat untuk bersuara bagi pengundi mereka dan untuk melibatkan diri secara terhormat dan produktif dalam proses perundangan. Saya mengingatkan ADUN Sungai Tawar Air dan semua ADUN, sama ada penyokong kerajaan atau pembangkang kerajaan, supaya tidak menyalahgunakan Peraturan Mesyuarat dalam membentangkan usul untuk dibahaskan.
Semalam, ketua MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai telah mengesahkan dirinya sebagai 'pak lawak' dalam sebuah parti yang telah kehilangan kewibawaan.
Dan beliau adalah contoh mengapa MCA hari ini dipandang sinis dari segi politik – ditolak oleh rakyat Malaysia, terutamanya masyarakat Cina.
Read More / Baca Lagi >>

100 hari MH370: Kehilangan masih dianggap misteri

Posted: 14 Jun 2014 07:19 PM PDT

MH370
SHAH ALAM – Menjelang 100 hari kehilangan MH370, ia masih menjadi misteri malah usaha mencari dan menyelamat masih gagal menemui sebarang petunjuk walaupun hampir setiap inci Laut Hindi telah 'dibongkar'.

Pelbagai reaksi ditunjukkan orang ramai termasuk pembaca Sinar Harian yang rata-rata masih berharap agar semua penumpang MH370 itu kembali ke bumi Malaysia dengan selamat.

Ariah Yah berpendapat harapan akan diberi kepada mereka yang berharap dan menyifatkan segala yang berlaku adalah atas ketentuan ALLAH.

"Kita hanya manusia biasa tak dapat nak meneka apa yang ALLAH telah tentukan. Kini yang ada hanya satu harapan agar ALLAH tunjukkan segala yang disembunyikan dari mata kasar kita semua.

"Memang terasa semakin hilang harapan itu namun bagi yang berharap akan ada harapan Insya-ALLAH. Doakan saja kerana doa bukan kena bayar pun," katanya yang dipetik di Facebook Sinar Harian.

Sementara, ramai pembaca lain yang tetap mendoakan agar semua penumpang MH370 itu pulang dengan selamat.

Mila Karmila Ross menulis, "saya tetap berdoa semoga semuanya selamat."
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Mimpi kelibat anak pulang

Posted: 14 Jun 2014 07:18 PM PDT


Wartawan Sinar Harian menemubual Saimah di rumahnya semalam. 

TELOK PANGLIMA GARANG - "Makcik masih harap sangat anak pulang selepas beberapa kali bermimpi kelibat anak," demikian luahan seorang ibu kepada penumpang MH370 yang hilang 8 Mac lalu.

Saimah Sidik, 71, ketika ditemui di rumahnya kelihatan tenang menceritakan penantian menunggu kepulangan anaknya, Muzi Yusop, 50, yang sering ke luar negara atas urusan kerja.

Menurutnya, sejak kehilangan anak sulungnya itu, dia bersama keluarga akan berkumpul selepas Solat Maghrib membaca doa untuk keselamatan anak dan penumpang MH370.

"Setiap hari makcik dan pakcik tidak berputus berdoa dan bersyukur anak-anak dan cucu lain turut serta berkumpul di rumah ini.

"Penantian ini sungguh mencabar kerana tiada satu pun keputusan rasmi dimaklumkan," katanya yang sedang menunggu suaminya, Yusop Tahir, 71 pulang dari mendapatkan rawatan di Pusat Dialisis di Telok Panglima Garang.
Read More / Baca Lagi >>

MH370: Keluarga belum putus asa

Posted: 14 Jun 2014 07:17 PM PDT


Tuan Lay masih berharap  anaknya akan pulang dengan selamat. 
ALOR SETAR - Selepas 100 hari kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu, keluarga mangsa terlibat dalam tragedi itu tetap mengharap keajaiban sekali gus membawa kepada penemuan ahli keluarga mereka.

Bagi keluarga Chew Kar Moi, 31, walaupun ditawarkan wang pendahuluan pampasan pihak insurans, mereka menyifatkan wang itu tidak dapat mengubati kesedihan yang terpaksa ditanggung.

Kakak kepada Kar Moi, Chew Kar Hui, 33, berkata, mereka sekeluarga masih menaruh harapan tinggi agar Kar Moi pulang ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.

Menurutnya, mereka sekeluarga mengambil keputusan untuk tidak menerima wang pampasan yang ditawarkan pihak insurans penerbangan selagi tiada sebarang bukti atau penemuan pesawat berkenaan.

"Apa guna kalau kami terima wang pampasan itu sekiranya adik saya masih tidak ditemui hingga sekarang, malah bukti mengenai kejadian masih tidak ditemui.

"Sebelum ini memang kami diberi penerangan mengenai wang pampasan oleh MAS (Malaysia Airlines) dan kami sepakat untuk tidak menerima pampasan itu," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

MH370: Yakin anak akan pulang

Posted: 14 Jun 2014 07:16 PM PDT

Amirtham 
TELOK PANGLIMA GARANG - Bapa kepada salah seorang penumpang pesawat MH370,   G. Subramaniam, 60, berkata, beliau tidak akan tenang selagi tidak melihat anak sulungnya, S. Puspanathan di depan mata.

Menurutnya, pada tahun ini, dia sedih kerana tidak dapat meraikan Sambutan Hari Bapa bersama anaknya.

"Saya tak mampu nak ucap apa-apa lagi selepas sudah masuk hari ke 100 pencarian MH370 dan pada Hari Bapa nanti mungkin saya akan menitiskan air mata kerana teringatkan anak.

"Masa Puspanathan ada, dialah yang akan meraikan sambutan hari bapalah, hari ibu atau hari jadi sesiapa dalam keluarga namun selepas ini tak lagi," katanya.

Subramaniam turut menyifatkan anaknya seorang yang gigih kerana sanggup bekerja keras untuk memperbaiki taraf hidup keluarga mereka.

Katanya, bagaimanapun, dia masih mengharapkan anaknya kembali.

Isterinya A Amirtham, 60, pula memohon maaf kepada media yang pernah datang ke rumahnya sebelum ini kerana enggan mengulas mengenai 100 hari kehilangan MH 370 kerana terlalu sedih apabila memikirkan anaknya masih belum ditemui.

"Seminggu sekali saya akan ke kuil sembahyang berdoa mohon dimakbulkan permintaan supaya kesemua penumpang MH370 kembali namun sehingga hari ini belum ada khabar berita.

Read More / Baca Lagi >>

Air mata anak ketua pramugara MH370 kini mengalir lebih laju

Posted: 14 Jun 2014 06:53 PM PDT

Gambar kenangan Maira Elizabeth Nari bersama bapanya, ketua pramugara, Andrew Nari yang masih hilang bersama 227 penumpang lain dalam MH370 sejak 100 hari lalu. Gambar fail.Gambar kenangan Maira Elizabeth Nari bersama bapanya, ketua pramugara, Andrew Nari yang masih hilang bersama 227 penumpang lain dalam MH370 sejak 100 hari lalu. Gambar fail.Hari ini Hari Bapa dan hari ke-100 pesawat MH370 dilaporkan hilang; namun Maira Elizabeth Nari, 18, anak perempuan kepada ketua pramugara Andrew Nari terus dihantui rasa kehilangan dan kekesalan.
"Kami tidak pernah menyambut Hari Bapa. Ayah saya selalu sibuk dengan tugasnya. Tetapi bila kami berpeluang,  kami akan membelikannya kek dan sedikit hadiah," kata Maira kepada The Malaysian Insider.
Nari merupakan ketua pramugara Malaysia Airlines (MAS) sejak lebih 20 tahun lalu dan merupakan antara 12 anak kapal MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lalu.
Pesawat yang membawa 227 penumpang dan anak kapal itu masih belum ditemui.
"Saya lebih rindukannya sekarang. Air mata lebih mudah mengalir apabila saya fikir saya lebih kuat.
"Sudah 100 hari. Saya sepatutnya lebih tabah bukan? Tetapi setiap kali saya dan keluarga bercakap tentang ayah, kami jadi lemah," kata Maira, anak sulung Nari dan Melanie Antonio yang juga mempunyai adik lelaki, Malcolm, 14.
Maira, pelajar jurusan Komunikasi Massa di sebuah kolej swasta di Kuala Lumpur berkata jadualnya padat namun rasa kosong itu tetap dirasai.
Daripada perasaan itu, Maira lebih kesal yang amat sangat dan tidak dapat dilupakannya.
"Saya harap dapat undurkan masa ke malam 7 Mac. Malam di mana ibu dan adik menghantar ayah menaiki pesawat.
Read More / Baca Lagi >>

100 hari berlalu, keluarga anak kapal MH370 luah kerinduan melalui surat

Posted: 14 Jun 2014 06:51 PM PDT

Wajah-wajah anak kapal MH370, Mohd Hazrin Hasnan yang dirindui keluarganya sejak pesawat Malaysia Airlines itu lesap daripada radar awal pagi 8 Mac lalu. Imej grafik dibuat oleh kakak Hazrin, Zarina Hasnan, 15 Jun, 2014. Wajah-wajah anak kapal MH370, Mohd Hazrin Hasnan yang dirindui keluarganya sejak pesawat Malaysia Airlines itu lesap daripada radar awal pagi 8 Mac lalu. Imej grafik dibuat oleh kakak Hazrin, Zarina Hasnan, 15 Jun, 2014."Apabila pesawat itu hilang, ia mengubah keseluruhan sejarah penerbangan. Tetapi kini kau tiada, ia membuntukan seluruh keluarga," tulis Syafinaz Hasnan dalam surat kepada abangnya, Mohd Hazrin Hasnan, seorang daripada anak kapal penerbangan MH370 yang malang.
Hazrin, atau lebih dikenali sebagai Rain adalah seorang daripada 10 kru penerbangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing apabila pesawat itu hilang daripada radar pada 8 Mac.
Kehilangan lelaki berusia 34 tahun itu menghancurkan keluarganya, yang melalui tempoh 100 hari dengan bergelut berusaha mendapatkan jawapan daripada kerajaan dan cuba menerima dan mengatasi pengalaman pahit yang amat dahsyat itu.
"Semuanya tidak akan sama lagi bagi mama dan abah, isterimu, anak perempuan dan kami adik-beradik. Terasa tidak percaya kami kehilanganmu tetapi saya tahu ini semua adalah takdir.
"Apa yang terjadi kepada kami tanpa mu, abang? Dengan siapakah Iman akan menyanyi lagu 'Let it go' dan 'Do you wanna build a snowman'?" Tulis Syafinaz, merujuk kepada anak perempuan Hazrin yang berusia empat tahun, Iman.
"Abang dianugerahkan hati yang indah, sentiasa melindungi yang tersayang dan personaliti yang seperti pelangi di dalam diri yang menyinari hati setiap insan yang ditemui.
Read More / Baca Lagi >>

Selepas 100 hari, pesawat MH370 kekal jadi misteri penerbangan

Posted: 14 Jun 2014 06:50 PM PDT

Kehilangan MH370 membawa kesedihan di seluruh dunia terutama ketika hingga kini misteri di mana pesawat Malaysia Airlines itu berada masih belum berjawab. Gambar fail The Malaysian Insider.Kehilangan MH370 membawa kesedihan di seluruh dunia terutama ketika hingga kini misteri di mana pesawat Malaysia Airlines itu berada masih belum berjawab. Gambar fail The Malaysian Insider.Seratus hari lalu, MH370 meninggalkan Kuala Lumpur dengan 239 penumpang ke Beijing tetapi pesawat Malaysia Airlines itu kini berakhir dalam buku-buku sejarah sebagai "misteri penerbangan yang belum pernah terjadi sebelum ini".
Di manakah Boeing 777-200ER Malaysia Airlines? Inilah persoalan di minda ramai pihak, daripada syarikat Putrajaya yang mengalami kerugian; kepada pembuat pesawat Boeing dan seluruh dunia.
Misi mencari dan menyelamat termahal dalam sejarah penerbangan itu gagal mencari petunjuk fizikal lokasi terakhir MH370 selepas ia lenyap daripada radar awam dan tentera dua jam selepas berlepas.
Pencarian yang bermula di Laut China Selatan meliputi semenanjung Malaysia ke Selat Melaka, Lautan Andaman dan akhirnya ke selatan Lautan Hindi.
Tetapi tiada apa yang ditemui kecuali isyarat elektronik yang mengesan laluan pesawat ke Lautan Hindi yang berhampiran dengan Australia.
Petunjuk dan jawapan
Beberapa ahli keluarga 227 penumpang dalam pesawat mensasarkan untuk mengumpul AS$5 juta di laman Indiegogo sebagai ganjaran kepada sesiapa yang berjaya mendapat jawapan tentang kehilangan MH370.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Speaker Islam tolak usul untuk dibahaskan...!! Speaker Non Muslim...terima untuk dibentangkan!!!!

Posted: 14 Jun 2014 07:02 AM PDT



AGBK 2013: TG Nik Aziz tewaskan Dr Asri

Posted: 14 Jun 2014 05:39 AM PDT

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat  
KUALA LUMPUR - Murysidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin melalui buku Bicara Ini Demi Illahi apabila dipilih peminat untuk memenangi Anugerah Penulis Pilihan Kategori Islamik pada Anugerah Grup Buku Karangkraf 2013, hari ini.

Selain Asri, Nik Aziz turut menewaskan beberapa nama besar lain seperti Dr HM Tuah Iskandar Al-Haj, Muhd Nasruddin Dasuki dan Prof Masya Rasid Muhamad.

Namun, bekas Menteri Besar Kelantan itu tidak dapat hadir untuk menerima sendiri anugerah berkenaan.

Editor Karya Bestari, Mohd Sofian Rosali yang juga editor buku tersebut menyifatkan kemenangan itu satu bonus.

"Ini buku pertama kita dengan Tok Guru Nik Aziz. Alhamdulillah sambutan penjualan buku ini sejak awal perasmian tahun lalu begitu memberangsangkan.

"Menang ini satu bonus tetapi apa lebih penting bagaimana orang ramai memanfaatkan buku ini," katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui selepas majlis penyampaian AGBK 2013, hari ini.

Menurutnya, anugerah tersebut bakal disampaikan kepada Nik Aziz dalam masa terdekat di Kelantan.
Read More / Baca Lagi >>

Sudahlah air tiada, tangki 1Malaysia pun tidak dapat

Posted: 14 Jun 2014 05:13 AM PDT

Oleh ANDRI ZULKARNAEN HAMDEN
Kerap saya nyatakan dalam tulisan saya bahawa Sarawak adalah sebuah wilayah yang paling kaya di Malaysia tetapi malangnya rakyat dibiarkan hidup dalam keadaan papa kedana tidak dapat menikmati hasil kekayaan yang seharusnya mereka nikmati.

Pemimpin yang dipilih oleh rakyat sepatutnya menjalankan amanah dengan membaiki taraf kehidupan rakyat agar menjadi lebih baik lagi tetapi ianya gagal.

Malah kehidupan mereka bagaikan raja dengan membiarkan rakyat hidup sengsara tanpa menyediakan kemudahan asas yang sepatutnya rakyat nikmati.

Mana perginya slogan keramat BN (Barisan Nasional) 'rakyat didahulukan' atau slogan ini semata-mata retorik atau gula-gula untuk menarik undi rakyat semasa pilihan raya saja?

Saya memetik laporan berita dari 'Borneo Post online' hari ini mengenai nasib yang menimpa penduduk RH Ngadan di Niah di daerah Miri.

Ianya sungguh mengejutkan apabila diberitakan rumah panjang ini merupakan rumah panjang yang masih lagi bergantung kepada air dari kolam buatan sendiri untuk tujuan harian mereka seperti mandi, membasuh pakaian dan sebagainya.

Sarawak sudah merdeka berpuluh tahun lamanya dan setiap kali laporan pendapatan kewangan bagi Sarawak dilaporkan, pemimpin BN dengan megah mencanangkan betapa berjayanya mereka menjana keuntungan berbilion ringgit tetapi hakikatnya masih ramai lagi rakyat Sarawak yang masih belum mendapat kemudahan asas. Pelik tetapi benar!

Menurut laporan portal berita tersebut, keadaan air kolam yang digunakan hampir 20 tahun oleh kira-kira 200 orang penduduk itu berlumpur dan berbau.

Kanak-kanak dan penghuni rumah panjang tersebut tiada pilihan lain selain dari kolam itu untuk mandi, di samping itu mereka juga ada menyimpan air hujan untuk minuman.

Walaupun mereka telah lama menetap di sana, tetapi bekalan air bersih tidak ada, malah tangki air 1Malaysia yang diagihkan ke rumah-rumah panjang yang tiada kemudahan air bersih seperti mereka juga tidak sampai ke tangan penduduk kampung.
Read More / Baca Lagi >>

Sampai bila DAP tolak hudud?

Posted: 14 Jun 2014 05:12 AM PDT

Oleh Tok Pepijat
MCA,GERAKAN,MIC dan DAP antara partai politik yang dianggotai majoritinya non muslim. Antara ciri-ciri utama partai politik ini ialah anti dan menentang hudud.GERAKAN,MIC dan MCA sebagai ahli kompenen BN menentang hudud kerana itulah "ajaran" UMNO kepada mereka semenjak merdeka.
Tiada yang baik,comel yang diajar oleh UMNO tentang hudud untuk mereka.Hudud adalah "momok" ciptaan UMNO yang menyebabkan MCA dan sewaktu dengannya begitu fobia,histeria dan trauma dengan Hudud.

Mulanya DAP juga satu "mazhab" dengan MCA dan sekutunya.Melalui MCA,DAP mendapat "ajaran sesat" tentang Hudud.Tok gurunya adalah UMNO. Tetapi semenjak DAP berkawan dengan PAS melalui Barisan Alternatif dan Pakatan Rakyat,penyakit trauma itu agak berkurangan. Lebih-lebih lagi dengan kemasukan ahli muda lulusan universiti yang berfikiran terbuka.
Antara yang paling lantang menentang hudud atas alasan bercanggah dengan perlembagaan ialah Karpal Singh.Sepanjang hayatnya hingga menjadi mendiang beliau tetap menentang hudud. Seorang lagi Penasihat DAP Sdr Lim Kit Siang.Keduanya veteran.
Cumanya,mereka berdua beralasankan perlembagaan berbeza dengan Tok Guru MCA,GERAKAN dan MIC. Tok Guru mereka(UMNO) seperti Dr Mahathir walaupun mengaku Islam tetapi mempersendakan hudud seperti sup tangan dan sebagainya.
Mendiang Karpal dan Kit Siang tidak pernah mengeluarkan kenyataan menghina dan memperlekehkan hudud.Hanya UMNO yang berbuat demikian.
Persoalan sekarang,sampai bila DAP menolak hudud? Sampai kucing bertanduk?
Dunia telah berubah.
Read More / Baca Lagi >>

Terus mara teroka ruang sokongan baru – Guan Eng

Posted: 14 Jun 2014 05:10 AM PDT


bendera dap

KUALA LUMPUR, 14 JUN: Untuk menerajui politik baru, DAP akan mula meneroka ruang-ruang baru, di samping mengekalkan tapak sokongan asas parti pelbagai kaum itu.
Berucap dalam Sidang Pimpinan DAP di Cheras semalam, Setiausaha Agung Lim Guan Eng berkata, seluruh anggota perlu menunjukkan DAP adalah parti yang mewakili seluruh rakyat Malaysia, sebagaimana tujuan penubuhannya 48 tahun yang lalu.
"Anda ingin membuka tapak (sokongan) baru? Kita perlu tunjukkan bahawa kita bukan parti untuk satu kaum sahaja, atau untuk bukan Melayu sahaja. Kita parti untuk semua," katanya ketika menyampaikan ucaptama semalam.
Oleh sebab itu, katanya lagi, pimpinan DAP mengambil keputusan berani meletakkan calon Melayu pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan sebelum ini, iaitu Dyana Sofya.
"Walaupun kita tewas, kita telah berjaya memenangi masyarakat dalam media sosia, malah masyarakat di seluruh negara, terutama golongan muda," katanya lagi.
Mengulas lanjut, beliau menyeru seluruh hadirin – yang terdiri daripada pimpinan parti, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri – untuk sentiasa mendekati masyarakat Melayu dan peribumi Sabah dan Sarawak.
"Misalnya projek Impian Sarawak. Kita mengembangkan tapak dengan mendekati rakyat pedalaman di sana dengan pelbagai projek prasarana. Kita berjaya menangkap imaginasi ramai, terutama penyokong kita," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Dr Muhaya: Pengeluar fesyen Muslimah pastikan pakaian direka tepati syariah

Posted: 14 Jun 2014 05:07 AM PDT

prof dr muhayaSHAH ALAM, 14 JUN: Pengeluar fesyen muslimah patut memainkan peranan penting dalam memastikan pakaian yang direka dan dijual menetapi ciri fesyen seorang muslimah.
Penceramah motivasi, Prof Dr Muhaya Mohamad, berkata Wanita muslimah juga harus mendahulukan tuntuan syarak dalam aspek pemakaian bagi memastikan pakaian mereka mencerminkan keperibadian muslimah sebenar
"Kalau boleh, buat fesyen kerana Allah. Kejarlah untung di akhirat daripada untung di dunia kerana orang yang mengejar akhirat pasti akan dapat dunia sekali," katanya.
Menurut beliau, terdapat wanita muslimah yang sanggup berbelanja besar semata-mata untuk mengikuti trend fesyen terkini sehingga terlupa tujuan sebenar berhijab dan menutup aurat.
"Alangkah ruginya wang yang dibelanjakan, kalau niat adalah untuk kecantikan dan pandangan manusia dan bukannya kerana Allah, kerana hijab bukan sahaja di luaran tetapi juga di dalam hati," katanya dipetik Bernama.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Beza antara Speaker Dun PR dengan BN

Posted: 14 Jun 2014 05:05 AM PDT


SHAH ALAM: Umno tidak ikhlas membincangkan pelaksanaan hukum hudud sebaliknya hanya berminat mempermainkan isu itu dengan menjadikan sebagai senjata politik.

Ini dapat dilihat apabila Speaker Umno dalam persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu sendiri menolak usul membahaskan isu hudud yang cuba dibawa Adun PAS kerana bimbang menimbulkan kemarahan parti komponen Barisan Nasional, MCA dan Parti Gerakan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata, Speaker Dewan Negeri Selangor, Hannah Yeoh yang merupakan Adun daripada DAP pula memutuskan untuk membenarkan isu hudud dibahaskan di persidangan DNS berbanding Umno di Terengganu.

"Umno bukan sahaja tidak mempunyai kesungguhan malah tidak pernah berniat untuk melihat undang-undang Islam dilaksanakan atau sekurang-kurangnya menaikkan taraf institusi Mahkamah Syariah di Malaysia.

"Mereka tidak membawakan usul hudud ini di negeri dikuasai mereka sebab isu hudud ini adalah senjata untuk melagakan PAS dan DAP," kata Khalid ketika dihubungi Selangor Kini di sini, hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kahwin Jangan Fikir Seronok Saja - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Jun 2014 04:55 AM PDT

Benarkah Allah Tak Terima SOLAT Kalau Makan Masakan Orang Tak SOLAT? - UAI

Posted: 14 Jun 2014 04:55 AM PDT

Hukum BERSEKEDUDUKAN Tapi TAK Buat MAKSIAT - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Jun 2014 04:54 AM PDT

Menaruh Hati Kepada Yang Telah Ada Teman Wanita - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 14 Jun 2014 04:54 AM PDT