Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Nak Buat Hudud Di Selangor? Kena Bincang Dulu Dengan DAP & PKR...

Posted: 12 Jun 2014 07:00 PM PDT


Kenyataan Exco PAS, Sallehen Mukhyi bahawa perancangan pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan Pakatan Rakyat (PR) terlebih dahulu membayangkan bahawa Islam tidak akan dilaksanakan dalam kerangka mereka.
"Kenyataan dia membuktikan bahawa Islam tidak akan dapat dilaksanakan dalam kerangka PR.

"Lebih-lebih lagi sebelum ini, secara jelas dan terang-terangan DAP menyatakan pendirian menentang pelaksanaan hudud," demikian ujar Ahli Majlis Syura ISMA, Ustaz Hazizi Abd Rahman.

Sallehen Mukhyi yang merupakan Exco Hal Ehwal Islam, Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Desa
semalam menyatakan bahawa pelaksanaan hukum hudud di Selangor perlu dibincangkan dengan PR memandangkan negeri itu dinaungi tiga rakan pakatan termasuk PKR dan DAP.

Sehubungan itu, tegas Ustaz Hazizi, untuk melaksanakan syariat Islam kesepakatan antara Islam harus diutamakan terlebih dahulu.

Umat Islam harus mengutamakan kesepakatan sesama sendiri mengatasi kerjasama dengan orang kafir.

"Kita semua tahu yang DAP sememangnya anti kedudukan istimewa Islam dan orang Melayu, temasuklah dalam isu hudud.

"Hudud ini antara salah satu isu yang membuktikan pendirian mereka itu," katanya kepada ISMAweb.

Komen aku: Sudah jelas Pas meletakan, Dap dan Pkr lebih berkuasa dari ALLAH.

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Akan hantar ibu ke Mekah - Arip [Juara Kilauan Emas]

Posted: 12 Jun 2014 09:23 PM PDT

  • Pembancuh air menang besar
 1 / 1 
TATKALA diumumkan sebagai tiga finalis Kilauan Emas musim keempat, ramai yang menjangkakan Arip hanya mampu meraih tempat ketiga berdasarkan prestasinya sebelum ini.

Namun telahan kebanyakan orang mengenai prestasi peserta berusia 42 tahun ini ternyata meleset apabila Arip atau nama sebenarnya, Omar Sharif Mat Din memberikan persembahan yang cukup mantap dan bertenaga, sekali gus melayakkannya dinobatkan sebagai juara dengan jumlah undian 66.51 peratus.

Dengan itu, Arip menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik, sekali gus menerima hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi.

Sementara itu, Zain meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala Ben yang sebelum ini disebut-sebut sebagai juara, akur apabila meraih tempat ketiga dan menerima RM30,000, sebuah trofi serta pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.
Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus berdasarkan undian SMS penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar di mana mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu solo, medley dan duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M Nasir, Mamat Khalid, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad.

Bawa ibu tunai haji
Di sebalik kejayaannya itu, Arip mendedahkan penglibatannya dalam pertandingan Kilauan Emas ini sebenarnya didorong oleh ibunya, Rahmah Pakis, 67.

"Memandangkan sebelum ini saya sering menyertai pertandingan kugiran atau band sehingga mendapat tempat pertama dan kedua, jadi dia suruh saya sertai Kilauan Emas untuk lihat sejauh mana kemampuan saya.

"Saya pun ke Shah Alam untuk menyertai uji bakat dan tiba seawal jam 4 pagi bersama isteri.

"Masa mula-mula ambil borang, saya rasa berbelah bahagi juga. Tapi mujur isteri banyak memberi semangat kepada saya dan saya teruskan," katanya.
Arip berkata, dia akan menunaikan janjinya untuk menghantar ibunya mengerjakan haji dengan duit kemenangannya itu.
Bukan itu sahaja, Arip bersama Zain turut merancang membuka satu restoran dengan duit kemenangan mereka.
"Sebelum menyertai Kilauan Emas, saya sudah buat berbagai kerja dan yang terakhir menjadi pembuat air di sebuah kedai makan.
"Jadi dengan duit kemenangan ini, saya mahu mengubah hidup saya menjadi lebih baik dan saya berharap perancangan kami akan berjalan lancar kelak," jelasnya.
Dituduh penagih dadah
Ditanya mengenai penghinaan sesetengah orang kepada dirinya termasuk dikatakan seorang penagih dadah kerana sering bertukar kerja, Arip berkata, dia menerima penghinaan itu.
"Walaupun orang kata saya penagih dadah, ingin saya tegaskan di sini, saya tidak pernah ambil barang terlarang itu.
"Saya sering bertukar kerja kerana mahu mencari nafkah untuk keluarga dan badan saya yang kurus ini bukan kerana saya mengambil dadah.
"Tapi hari ini saya dah buktikan pada mereka yang gemar menghina saya bahawa saya boleh berjaya," ujarnya.
Ringgo jadi sejarah: Zain
Sementara itu, Zain atau nama sebenarnya, Md Zain Ramli tidak menyangka, pada mulanya sekadar menemani seorang rakan menjalani uji bakat, dia akhirnya kembali melibatkan diri secara tidak langsung di dalam industri selepas 11 tahun tidak
menyanyi.
"Sebenarnya kawan saya yang beria-ia mahu menyertai uji bakat dan saya hanya menemaninya sahaja. Tapi bila tiba di lokasi uji bakat, dia ambil borang dan isikan sekali untuk saya.
"Tapi sebaik menjalani uji bakat, saya lepas dan dia tidak. Masa mula-mula itu saya rasa cukup berbelah bahagi, fikirkan macam-macam, tapi atas dorongan isteri, saya sertai juga," ujarnya.

Zain yang sebelum ini vokalis kumpulan Arrow dan dikenali sebagai Ringgo berkata, dia kini ibarat satu produk lama yang melalui proses penjenamaan semula.
"Kalau boleh saya mahu orang kenali saya sebagai Zain Kilauan Emas kerana Ringgo itu sejarah lama. Tapi saya tak kisah jika orang nak panggil saya Ringgo," katanya.
Ikut arus Astro
Zain berkata, dia tidak berhasrat untuk bekerja keras seperti ketika masih muda dan hanya akan mengikut segala perancangan yang dilakukan Astro.

"Secara jujurnya saya melihat industri seni kita sekarang semakin merudum dan ramai penyanyi lebih selesa mengeluarkan single berbanding album.

"Jadi, saya lebih senang mengikut percaturan dan perancangan Astro yang sememangnya lebih mahir dalam urusan pemasaran," ujarnya.

Bagaimanapun Zain berkata, dia dan Arip ada merancang untuk berduet bersama dan berharap perancangan itu akan berjalan dalam masa terdekat ini.

"Sementara masih panas, orang masih ingat, kami memang ada merancang untuk berduet, tapi bergantung kepada keadaan," katanya.

Tiada istilah terlambat: Ben

Dalam pada itu, peserta paling senior, Ben atau nama sebenarnya, Benasil Kudong berkata, di dalam muzik, tiada istilah lambat atau cepat dan dia tidak pernah menyesal kerana menyertai Kilauan Emas pada usia 65 tahun.

Biarpun pada mulanya disebut-sebut sebagai juara, Ben berkata, dia redha dan menerima keputusan mendapat tempat ketiga.

Ben berkata, dia merancang untuk menerbitkan sebuah album Inggeris dan merakamkan beberapa lagu Inggeris yang sudah diciptanya.

"Antara lagu saya cipta adalah kesinambungan daripada sebuah lagu Tagalog berjudul Anak. Cuma bezanya lagu saya menceritakan anak yang sudah membesar," katanya yang demam kerana rindukan anak-anak di Sabah.

Ben berkata, dia mahu pulang ke Lahad Datu berjumpa keluarga dahulu, sebelum merangka karier seninya selepas ini.

Qari dan Qariah Amerika sertai Tilawah Al-Qur'an Antarabangsa di KL

Posted: 12 Jun 2014 07:53 PM PDT



BERNAMA | .



WASHINGTON: Kemesraan hubungan dua hala antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) semakin terserlah dengan penyertaan dua wakil negara itu dalam tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur yang bermula Isnin ini.
  
Qari dan qariah AS itu berlepas dari Lapangan Antarabangsa Dulles di sini  ke Kuala Lumpur pada awal pagi Rabu.
  
Bercakap kepada Bernama di sini, Duta Malaysia ke AS Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata penyertaan qari dan qariah AS itu adalah yang pertama sejak Malaysia menganjurkan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa 56 tahun lepas.

  
"Kami mengemukakan cadangan kepada Jabatan Negara AS dan mereka memberitahu kerajaan AS menyokong konsep itu dan berterima kasih kepada Malaysia atas undangan menyertai tilawah.
  
"Kami kemudian diminta menghubungi Islamic Society of North America (ISNA) iaitu pertubuhan Islam terbesar di Amerika Utara. ISNA kemudian mengusulkan nama dua pelajar yang bukan sahaja bersuara merdu tetapi juga memahami kesederhanaan dalam Islam," katanya.

Mereka ialah Yusuf Muhammad Azeem, 15, dari Landham, Maryland, dan Fadima Mohamed Dahir, 18, dari Woodbridge, Virginia.
  
Sepanjang berada di Malaysia Yusof akan ditemani ibunya Jameela Cattaneo sementara Fadima pula diiringi bapa saudara Ibrahim Abdirahman Sheikhadan.
  
Awang Adek yang teruja dengan penyertaan dua wakil AS itu, berkata perkara tersebut adalah petunjuk jelas akan hubungan yang bertambah baik dengan AS yang kekal menjadi pasaran kedua terbesar dan pelabur asing utama Malaysia.
  
Lawatan Presiden Barack Obama ke Malaysia pada April lalu turut merapatkan lagi hubungan Malaysia-AS dalam beberapa isu global.
  
Pentadbiran AS turut mengikuti dengan teliti setiap kenyataan yang dibuat oleh Malaysia, terutama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperjuangkan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM) yang semakin mendapat tempat ketika beberapa bahagian di dunia ini menghadapi konflik keganasan.
  
Mengulas lanjut, Awang Adek berkata penyertaan qari dan qariah AS itu juga harus dilihat dari konteks sokongan kepada idea kesederhanaan dalam Islam yang dibawa oleh Malaysia dan Perdana Menteri.
  
"Memang benar idea kesederhanaan dalam Islam diterima baik di AS yang memahami dan menghargai idea tersirat iaitu keharmonian dan toleransi dalam kalangan penduduk berbeza agama," katanya. 

Hot FM Mohon Maaf Isu 'Hamil' Panggilan Hangit

Posted: 12 Jun 2014 06:34 PM PDT




Diterbitkan: Jumaat, 13 Jun 2014 12:06 AM

Hot FM memohon maaf kepada Norfarhan dan isterinya berhubung insiden segmen Panggilan Hangit.

PETALING JAYA: Pihak pengurusan stesen radio Hot FM pada Khamis memohon maaf berhubung insiden segmen Panggilan Hangit melibatkan pemain bola sepak T Team, Nor Farhan Muhammad dengan isterinya.

Hot FM dalam satu kenyataan menjelaskan pihak Nor Farhan juga memohon maaf atas kejadian tersebut yang jelas menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pendengar.

"Pihak pengurusan Hot FM dan Nor Farhan hari ini meminta maaf kepada seluruh pendengar khususnya pendengar Hot FM TGanu atas siaran panggilan hangit baru-baru ini," kata kenyataan tersebut.

Dalam siaran 3 Jun lalu seorang wanita mengadu kepada isteri Nor Farhan kononnya dia telah dihamilkan oleh lelaki tersebut dan enggan bertangungjawab.

Rakaman panggilan berkenaan menjadi viral dan rata-rata menganggap ia tindakan melampau dan kurang sopan.

Mengulas lanjut mengenai insiden berkenaan, kenyataan itu menyebut pengisian segmen pada hari tersebut telah dicadangkan sendiri oleh pemain bola sepak berkenaan dengan niat untuk 'mengenakan' isterinya bersempena ulang tahun wanita berkenaan.

Bagaimanapun pihak stesen itu memberitahu sedang meneliti hal berkenaan dengan lebih mendalam selepas ia menjadi isu dikalangan pendengar.

"Hot FM ingin memohon maaf atas perkara ini dan pihak pengurusan sedang meneliti isu ini dengan lebih mendalam," kata kenyataan itu lagi.

Segmen berkenaan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat menerusi slot AM Krew yang dikendalikan oleh Fara Fauzana, AG dan Fizie.

Surat Tunjuk Sebab: Rumah Saya Bukan Dalam Hutan - Yammy Samat

Posted: 12 Jun 2014 06:41 AM PDT


Diterbitkan: Khamis, 12 Jun 2014 4:47 PM


Yammy (kanan) bersama Dyana pada PRK Teluk Intan baru-baru ini.

PETALING JAYA: Kegagalan Umno menyerahkan surat tunjuk sebab kepada Yammy Samat, ibu calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini terus menjadi tanda tanya.
Menurut Yammy, beliau semakin hairan kenapa parti politik itu mengambil masa yang lama untuk memberi peluang kepadanya mempertahankan diri.

Ahli veteran Umno itu diberi tempoh 14 hari untuk menjawab surat berkenaan iaitu di mana tarikh itu berakhir 17 Jun ini.


"Saya tak dapat surat sampai sekarang. Apa masalah mereka pun tak pasti. Hantar sahaja ke Pejabat Umno Bahagian Ipoh Barat...tahulah mereka cari saya.

"Rumah saya bukan dalam hutan atau dalam air," katanya kepada mStar Online di sini pada Khamis melalui aplikasi Whatsapp.

Usaha mStar Online mendapatkan penjelasan mengenai status surat tunjuk sebab kepada ibu Dyana Sofya Mohd Daud daripada Pejabat Umno Bahagian Ipoh Barat dan Umno Perak juga gagal.

Wakil pejabat parti itu di peringkat negeri dan bahagian tidak dapat memberi sebarang pengesahan mengenai surat berkenaan.

Sebelum ini Setiausaha Agung Umno, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti itu sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Yammy pada 3 Jun lalu berhubung tindakannya menyokong kempen calon parti yang menentang Barisan Nasional (BN).

Yammy merupakan ahli Umno Cawangan Kampung Tawas Tambahan dalam Bahagian Ipoh Barat. 

Skandal Bank Rakyat: Hasan Malek nak jumpa Mahfuz

Posted: 12 Jun 2014 02:35 AM PDT



MUHAMMAD FAIZAL | .

KUALA LUMPUR: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Sri Hasan Malek ingin bertemu dengan Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar bagi membincangkan isu membabitkan isu skandal Bank Rakyat.

Hasrat itu dinyatakan Hasan melalui satu nota ringkas yang diletakkan di atas meja Mahfuz di dalam Dewan Rakyat semalam.

Mengulas pelawaan itu Mahfuz berkata, beliau berterima kasih kepada Hasan yang mehu bertemunya berhubung isu penyelesaian mudah RM32 juta seorang ahli perniagaan kepada Bank Rakyat yang dibangkitkan beliau sebelum ini.


Bagaimanapun beliau berkata, adalah lebih baik untuk Hasan menjelaskan perkara itu di dalam Dewan Rakyat supaya semua orang dapat mengetahuinya dengan lebih jelas.

"Saya ucap terima kasih kepada menteri kerana bagi nota ini untuk jumpa dengan saya, beliau sepatutnya jelaskan di dalam Dewan Rakyat bukan hanya kepada saya.

"Saya minta beliau tampil beri penjelasan di dalam Parlimen agar semua mengetahui," katanya pada sidang media hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan semalam berhubung isu pinjaman mudah itu yang disifatkannya sebagai cuba mengalihkan jawapan dari persoalan asas.

Ahmad semalam mengatakan, proses pembayaran tanfa faedah adalah merupakan prosedur biasa kepada sesebuah bank untuk mendapatkan balik pinjaman yang dikategorikan kepada Pinjaman Tidak Berbayar atau 'Non Performing Loan' (NPL).

Ahmad juga turut menafikan wujud campurtangan menteri seperti didakwa.

Menurutnya lagi, penafian yang dibuat oleh bekas Pengerusi Bank Rakyat Tan Sri Sabbaruddin Chik adalah merujuk kepada satu kenyataan media mengenai campur tangan keluarga Perdana Menteri.

"Dakwaan campur tangan menteri yang mengarah pihak pengurusan Lembaga Pengarah membuat keputusan seperti yang dipersetujui antara menteri dengan peminjam tetap berlaku," jelas beliau.

"Wujud dua kali campur tangan, kali pertama lembaga pengarah menolak arahan tersebut dan bila kali kedua ada ugutan dipecat baru mereka setuju dengan arahan yang diberikan.

"Mesti ada asas kenapa berlaku penolakan pada kali pertama dan lembaga pengarah mengetahui latar belakang peminjam sehinggakan mereka menolak pada peringkat awal.

Beliau berharap agar Bank Rakyat dan kerajaan tampil memberi penjelasan kepada persoalan yang ditimbulkan dengan merujuk kepada perkara asas. - HARAKAHDAILY 12/6/2014

Kemaluan Lelaki Tersekat Pada Paip

Posted: 12 Jun 2014 01:42 AM PDT

alt
Seorang lelaki warga China terpaksa menahan malu apabila kemaluannya tersekat pada sebatang paip selama dua hari.
Bagaimanapun yang menarik perhatian apabila lelaki itu yang dikenali sebagai Lian Tien memberikan alasan yang mungkin paling pelik di dunia mengenai punca insiden itu dengan mengatakan dia sedang mengecat dinding dalam keadaan berbogel dan kemudiannya tergelincir menyebabkan kemaluannya termasuk ke dalam paip.
"Cuaca agak panas, jadi saya mengecat dinding dalam keadaan berbogel, dan saya tergelincir di lantai menyebabkan kemaluan saya terjatuh ke dalam paip.
Lelaki berusia 61 tahun itu berkata, kemaluannya tersekat di dalam sebatang paip yang digunakan untuk mengambil air dari unit penyaman udara bangunan itu.
Tetapi dia merasakan tiada sesiapa pun yang akan percaya ceritanya itu, menyebabkan dia membiarkan "keadaan" itu selama dua hari sehingga dia mengalami demam panas dan menghubungi doktor.
Doktor itu kemudiannya mencadangkan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak bomba.
Doktor Dewei Yuan berkata: "Lelaki itu terpaksa berhadapan dengan perkara tersebut dan tidak apa yang boleh kita lakukan, dan kita terpaksa meminta bantuan."
Pasukan bomba di bandar Quanzhou mengambil masa empat jam untuk memotong paip di bahagian kemaluan lelaki itu tersekat.
"Saya fikir tiada seorang pun yang akan mempercayai saya dan saya cuba semua cara yang saya fikirkan untuk mengeluarkan kemaluan saya yang tersekat.
"Saya cuba memotong paip itu dari dinding dan cuba untuk meletakkan minyak dan cecair sabun di bahagian dalam paip itu tetapi kemaluan saya begitu ketat tersekat menyebabkan tiada sebarang perubahan.
"Saya tidur dan fikir sekiranya saya berehat dan bertenang, ia mungkin akan tertanggal dari paip. Saya kemudiannya berasa panas seperti hendak demam. Saya begitu bimbang yang saya mungkin akan mendapat jangkitan yang teruk. - mirror.co.uk

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 10:13 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


[LIVE] 120514 NE4 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 12 Jun 2014 06:40 AM PDT


ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:13 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Marah Benar Nik Aziz, Muka Dyana Pun Tidak Dipandangnya

Posted: 12 Jun 2014 08:27 PM PDT

Umat Islam Pulau Pinang Harus Menilai Dengan Mendalam Kenyataan Malik Kassim Ini

Posted: 12 Jun 2014 05:30 PM PDT



Mungkin sebab inilah maka PAS tidak dipilih menjadi Exco Kerajaan Negeri di Pulau Pinang. Apa sudah jadi? Inilah nasib yang orang Islam perlu tanggung di Penang. Apa Lim Guan Eng baut kat belakang itu?

Pemuda MCA Belasah Kit Siang Berkaitan Hudud

Posted: 12 Jun 2014 04:00 PM PDT


Sogokan Wang Dalam Pemilihan PKR : Suruhanjaya Bebas Perlu Ditubuh Siasat Dakwaan

Posted: 12 Jun 2014 09:30 AM PDT


Bukti Sikap Berat Sebelah Majlis Peguam

Posted: 12 Jun 2014 08:30 AM PDT


Pendapat Tun Mahathir Tentang Gay

Posted: 12 Jun 2014 06:30 AM PDT


PKR Sabah Mulai Bergolak, Lajim Ukim Mulai Tidak Setuju Dengan Anwar Ibrahim?

Posted: 12 Jun 2014 05:00 AM PDT


Beranikah Teresa Kok Menjawab Persoalan Dalam Video Ini

Posted: 12 Jun 2014 03:00 AM PDT


Harga Barang Naik Sebab BN? Benarkah Begitu?

Posted: 12 Jun 2014 01:27 AM PDT



Cursing Malay : Terus Terang

0

Posted by Unknown | Posted on 9:27 PTG | Posted in

sumber :-

Cursing Malay : Terus Terang


Masa Depan Generasi Pelapis Drag Queen Melayu Nampaknya Cerah

Posted: 11 Jun 2014 11:45 PM PDT


Pada hari itu, ketika membeli belah, darah period Iqbal turun buat kali pertama.
Gambar ini diambil ketika Iqbal menunggu rakannya membelikan sanitary pad 
sambil darah keluar dari farajnya.


Salahkah kalau aku katakan yang berbaju hitam tu, jika dia memang betul2 wanita, 
dia boleh diconsider orait jugak la. Mungkin ini kerana
wajahnya mirip penyanyi kumpulan Bunkface? 

Aku rasa sebab topi dia tu kot.


Satu2 nya benda yang aku paling tak paham mengenai wannabe woman 
macam diorang ni adalah, kenapa kadang2 aku tengok perempuan punya lembut 
pun tak selembut kau semua? 

MANA ADA PEREMPUAN BERDIRI 
TERKEPIT2 KAKI DAN TANGAN CAMTU BRO (SIS?) 




Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:07 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


PRK Parlimen Kulim Bandar Baru ? ☻☻☻

Posted: 12 Jun 2014 01:11 AM PDT

Dua tiga hari yang lepas heboh kononnya Ahli Parlimen Kuala Terengganu diceritakan bankrup dan bakal diadakan PRK Kuala Terengganu, namun selepas itu penafian dibuat oleh Ahli parlimen Kuala Terennganu, namun hari ada pula cerita yang sama,,, 



Buat pengundi Kulim bandar Baru,, tak payah duk beranganlah,,, tak adanya PRK walaupun simamat bangla ni didapati bankcrupt,, Najib dan konco-konco akan berusaha untuk meneyelesaikannya,, perlu dingat,,, tolong melangsaikan hutang mamat bangla ni adalah lebih rendah kosnya daripada kos belanja PRK...

Ingat balik apa yang pada seoarang Adun UMNo di Kedah juga, sewaktu Pas memerintah, siap mengaku bangkrup,,, 

Datuk Syed Sobri Syed Hashim

namun sampai ke PRU 13,, tak ada pun PRK,,, sebabnya yang bankrup orang umno... biasalah,, cakap banyak pun tarak guna,, yang berguna Wak Juragan juga yang duk pertahan mereka... khak phtuiihh...









RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Pemilu: Populariti Prabowo-Hatta meningkat

Posted: 12 Jun 2014 08:55 PM PDT

JAKARTA: Populariti pasangan Prabowo Subianto-Hatta Rajasa menjelang Pemilihan Umum (Pemilu) Presiden bulan depan, terus meningkat walaupun kedua-dua tokoh berkenaan dikaitkan dengan pelbagai isu negatif, menurut tinjauan beberapa badan kaji selidik Indonesia.
  
Hasil tinjauan yang dikumpul Nurjaman Center for Indonesian Democracy (NCID) daripada kaji selidik yang dilakukan Survey Focus Indonesia (FSI), Survey and Polling Indonesia (SPIN) dan Indonesia Survey Institute (LSI), menunjukkan bahawa kredibiliti Prabowo-Hatta semakin unggul.
  
Pengarah Eksekutif NCID, Jajat Nurjaman berkata populariti Prabowo-Hatta yang dinamakan calon presiden dan naib presiden pada Pemilu itu oleh pakatan yang diketuai Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra) meningkat berikutan pasukan kempen Joko Widodo atau Jokowi-Jusuf Kalla dari Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P), sering memburuk-burukkan pasangan berkenaan.
  
"Masyarakat mulai bosan dengan gaya kempen yang dilakukan pasukan pasangan Jokowi dan Jusuf Kalla serta cara mereka yang cenderung memburukkan pasukan lain menerusi satu isu sahaja," kata Jajat kepada pemberita, Khamis.
  
Hasil kaji selidik FSI menunjukkan Prabowo-Hatta unggul dengan 45.7 peratus sedangkan Jokowi-Jusuf memperoleh 45.2 peratus, manakala keputusan tinjauan SPIN memperlihatkan Prabowo-Hatta memperoleh 44.9 peratus sementara Jokowi-Jusuf 40.1 peratus.
Read More / Baca Lagi >>

Fake ICs not from Sabah, claims NGO

Posted: 12 Jun 2014 08:42 PM PDT

An NGO wants Jeffrey to prove the fake ICs discovered in the peninsula are linked to Sabah.

KOTA KINABALU: The fake Sabah identity cards (ICs) circulating in the peninsula are not from Sabah, claims Pakatan Pro BN, an NGO.
"Those caught with fake Sabah ICs in the peninsula are not from Sabah and have never been to the state," says Pakatan Pro BN president Zulkarnain Mahdar.
"They obtained their fake Sabah ICs from syndicates operating outside the country," he said.
mykad-baruHe cited the recent example of an Indonesian with a fake Sabah IC who shot dead a woman bank employee in the peninsula. Police did not reveal from where the Indonesian obtained his fake Sabah IC.
Zulkarnain said that he wanted to challenge Star Sabah president Jeffrey Kitingan's recent statement in the media linking the fake Sabah ICs in peninsula to Sabah.
However, he could not produce any evidence that the fake Sabah ICs detected in the peninsula came from outside the country and not from Sabah.
"It's embarrassing to genuine Sabahans when the fake Sabah ICs in the peninsula are linked to Sabah," said Zulkarnain. "We hope that Facebook users stop posting such news in the social media."

Pemilihan PKR: Syed Husin mula siasatan kes profail tinggi dalam masa terdekat

Posted: 12 Jun 2014 08:40 PM PDT

Pemilihan 2014SHAH ALAM, 13 JUN: Veteran PKR, Dr Syed Husin Ali akan memulakan tugas sebagai ketua pasukan siasatan kes rasuah berprofail tinggi dalam Pemilihan PKR 2014 sebaik sahaja pulang dari luar negara dalam masa terdekat.
Pengerusi Lembaga Displin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata siasatan yang melibatkan calon Timbalan Presiden, Mohamed Azmin Ali dan calon Naib Presiden, Dr Xavier Jayakumar itu akan dimulakan dengan mengumpulkan semua maklumat kes berkenaan.
"Biro Politik setuju lantik Dr Syed Husin untuk mulakan siasatan tetapi sekarang saya difahamkan Dr Syed Husin berada di luar negara.
"Kami juga sudah mendapatkan persetujuan beliau," kata Dr Kee Kwong ketika dihubungi Selangor Kini di sini.
Jelas Dr Kee Kwong, Dr Syed Husin yang juga bekas Timbalan Presiden itu merupakan satu-satunya lantikkan baru bagi mengendalikan siasatan itu.
Sebelum ini, Ahli PKR Cabang Rembau yang digantung keahliannya, Badrul Hisham Shaharin dalam aduan bertulisnya kepada Jawatankuasa Aduan Pemilihan (JAP) PKR, mendakwa terdapat cubaan merasuah pengerusi JAP oleh individu yang bertanding bagi jawatan Naib Presiden.
Badrul Hisham percaya perbuatan merasuah itu dilakukan bagi pihak seorang ketua kem yang bertanding dalam pemilihan kali ini.

Hudud: Kelantan contohi Qatar

Posted: 12 Jun 2014 08:37 PM PDT

Mohd Amar (duduk,tengah) bersama rombongan pertama pegawai pendidikan dan pensyarah yang akan menyertai kursus selama seminggu di Qatar.  
Mohd Amar (duduk,tengah) bersama rombongan pertama pegawai pendidikan dan pensyarah yang akan menyertai kursus selama seminggu di Qatar.
KOTA BHARU – Kemungkinan besar kerajaan Pas Kelantan akan menjadikan pelaksanaan hudud di Qatar dan Emirates Arab Bersatu sebagai negara contoh dalam melaksanakan hukum hudud di negeri itu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah berkata, pelbagai maklumat diperoleh mengenai kebaikan dan sistematik pelaksanaan hudud di negara tersebut yang dikatakan memberi kesan yang sangat positif.

"Ketika lawatan ke negara tersebut sebelum ini, kenderaan dibiarkan tidak berkunci, malah kunci juga ditinggalkan. Ini salah satu contoh yang sengat baik.
"Dari segi pemerhatian dan maklumat yang diperoleh, ramai pemimpin yang mengatakan dua negara tersebut adalah contoh terbaik. Saya belum tengok lagi tentang teks kanunnya. Cuma kita akan pastikan wakil-wakil kita akan dapatkan maklumat lebih lanjut lagi selepas ini," katanyaselepas memberi taklimat ringkas kepada pegawai pendidikan negeri, semalam.

Read More / Baca Lagi >>

Ahmad Maslan bagi teori GST suka hati

Posted: 12 Jun 2014 08:27 PM PDT

"Jangan sembunyi impak GST ke atas rakyat" - Khalid Samad

Posted: 12 Jun 2014 08:26 PM PDT

"Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran" - Rafizi Ramli

Posted: 12 Jun 2014 08:25 PM PDT

PM jamin hutang negara kekal..!! Menteri Kewangan Paling Bijak Berhutang.....

Posted: 12 Jun 2014 07:56 PM PDT

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan bahawa hutang negara kekal dan tidak akan melebihi 55 peratus supaya ekonomi negara dapat berkembang dengan pesat.

Katanya, dengan mengamalkan perbelanjaan berhemah, pastinya bebanan hutang dapat dikurangkan.

"Kerajaan mengamalkan dasar kewangan yang bertanggungjawab dan kita perlu tambah perbelanjaan supaya ekonomi kita berkembang, tetapi kita mesti lakukan dalam lingkungan, tidak menambahkan beban dengan cara berbelanja secara berhemah, dan pastikan ekonomi kita terus berkembang.

"Jika ekonomi kita berkembang, peratusan hutang dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dapat kita kekalkan pada paras tidak melebihi 55 peratus. kita jangka tahun ini dan tahun akan datang Insya-ALLAH kita akan kekalkan di bawah 55 peratus," katanya yang mengikuti sesi perbahasan di Dewan Rakyat, di sini, semalam.

Najib (BN-Pekan) berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Sim Tong Him (DAP-Kota Melaka) yang meminta beliau beri perancangan kerajaan untuk tidak membenarkan hutang melebihi 55 peratus.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang bertanyakan mengenai langkah kerajaan mengurangkan kadar pengangguran, Najib berkata, kerajaan menyedari perkara tersebut dan masih berusaha untuk mengurangkannya.

"Saya tidak nafikan masih ada cabaran, memang ada cabaran kos sara hidup, cabaran menambahkan pekerjaan dan untuk meninggikan permintaan dan sebagainya.

"Secara keseluruhannya kita tidak dapat nafikan pencapaian ekonomi Malaysia amat memberangsangkan," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

Kes Mejar Zaidi: Saksi mengaku tak baca laporan polis

Posted: 12 Jun 2014 07:38 PM PDT


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes Mejar Zaidi Ahmad hari ini meyaksikan saksi pendakwaan, Laskar Udara Kanan (LUK) Mohd Zunaidy Muchtar diasak peguam pasukan pembelaan, Hanipa Maidin.

Ia bermula dengan keterangan Zunaidy semalam berhubung seorang wanita yang hadir bersama Mejar Zaidi sewaktu membuat laporan polis, yang bercanggah dengan keterangan semasa siasatan.

Hanipa berkata, Zunaidy dalam keterangannya ketika sisasatan mengenal pasti wanita tersebut sebagai isteri kepada Zaidi.

Namun dalam keterangan semalam, Zaidy hanya menyebut sebagai "wanita tidak dikenali", lapor Malaysiakini.

Ekoran bercanggahan itu, Hanipa bertanyakan Zaidi adakah beliau bercakap benar.

Menjawab soalan itu Zunaidy berkata beliau tidak kenal isteri kepada Mejar Zaidi.

Hanipa berkata, sudah tentu pada keterangan itu ada satu yang betul dan satu lagi adalah salah.
Read More / Baca Lagi >>

KDNK: Cubaan nakal kerajaan UMNO@BN kelirukan rakyat

Posted: 12 Jun 2014 07:35 PM PDT


 Rafizi Ramli 

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen PR mendakwa pencapaian Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6.2 peratus bagi tempoh suku pertama 2014 belum menentukan perkembangan ekonomi negara yang baik.

Rafizi Ramli (PKR-Pandan) berkata, ekonomi negara yang tidak rancak pada akhir tahun 2013 yang lalu telah menyumbang kepada pencapaian itu

"Kalau kerajaan nak berbangga dengan pertumbuhan 6.2 peratus (KDNK kasar suku pertama 2014), itu bagi saya satu cubaan nakal untuk mengelirukan rakyat.

"Kalau dikatakan suku ini bertambah sebanyak 6.2 peratus, itu tidak bermakna bahawa ekonomi negara kita berkembang dengan baik. Itu bermakna, pada suku yang lepas, ekonomi tidak rancak.

"Jadi, kalau orang berbelanja lebih sedikit dalam suku tahun ini, sudah tentu berlaku pertambahan lebih baik," katanya kepada Sinar Harian Online, semalam.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam menjawab soalan lisan di Dewan Rakyat berkata, ekonomi negara menunjukkan aliran memberangsangkan dalam tempoh suku pertama 2014 dengan pertumbuhan KDNK 6.2 peratus iaitu kadar tertinggi yang pernah dicatatkan sejak suku keempat 2012.

Menurutnya, prestasi meyakinkan ini disokong oleh aktiviti ekonomi domestik dan langkah positif program transformasi kerajaan yang dilaksanakan sejak tahun 2009.

Beliau yang juga Menteri Kewangan menambah, paras simpanan domestik yang tinggi, simpanan antarabangsa yang kukuh, perbankan yang teguh dan kadar pengangguran yang rendah menjana momentum terbaik kegiatan pelaburan dalam negara yang menyumbang kepada keadaan ini berlaku.

"Dalam tempoh suku pertama 2014, pelaburan swasta pada harga semasa berkembang 16. 7 peratus kepada RM 44.4 billion menyumbang 66.5 peratus kepada jumlah pelaburan," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: Remaja dirogol dan disamun oleh anggota tentera

Posted: 12 Jun 2014 07:33 PM PDT


Enam tentera yang sepatutnya menerima latihan bukan sahaja mencuri keluar dari kem malahan bertindak menyamun sepasang kekasih masing-masing berumur 16 dan 13 tahun yang bersiar-siar di pantai.
 
Seorang daripada mereka yang berada di bawah pengaruh dadah juga bertindak merogol gadis tersebut manakala seorang lagi memaksanya melakukan seks oral.
 
Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi di kawasan pantai Pontian pada 10 Jun lalu.
 
Tiga suspek termasuk dua askar  yang disyaki melakukan jenayah seksual dikenal pasti berada di bawah pengaruh dadah.
 
Selain memfitnah remaja itu berkhalwat, askar juga memukul dan menampar remaja lelaki selain memaksanya menghisap lima batang rokok.
 
Telefon bimbit milik remaja lelaki turut disamun oleh enam askar itu.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Kita: 6,275 pelacur pelbagai negara ditahan Januari hingga April tahun ini

Posted: 12 Jun 2014 07:27 PM PDT

6,275 pelacur pelbagai negara ditahan Januari hingga April tahun ini
KUALA LUMPUR: Sejumlah 6,275 wanita dari pelbagai negara ditahan sejak Januari hingga April lepas kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan pelacuran di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Cawangan Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Bukit Aman SAC Roslee Chik berkata daripada jumlah itu, sebanyak 2,133 adalah warga Vietnam.

Bilangan wanita Vietnam yang ditahan meningkat berbanding tahun sebelumnya bagi tempoh sama iaitu 1,126 orang.

"Peningkatan sejumlah 1,007 wanita Vietnam adalah disebabkan permintaan pelanggan dan bayaran murah serta layanan 'mesra' wanita negara itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kebanyakan wanita Vietnam menjalankan kegiatan mereka di pusat hiburan dan rumah urut.

"Kos yang murah dalam sistem pengangkutan seperti penerbangan tambang murah dan jalan darat melalui Thailand juga menjadi pemangkin untuk mereka masuk ke negara ini.

"Wanita Vietnam ini dipercayai dibawa masuk oleh ejen tempatan sebelum mengagihkan wanita berkenaan mengikut permintaan pengusaha pusat hiburan," katanya.

Selain wanita Vietnam, turut ditahan dalam Ops Noda di seluruh negara sepanjang Januari hingga April lepas ialah wanita China (1,661), Thailand (1,369), Indonesia (485), Filipina (212), India (94), Bangladesh (23), Laos (28) dan Uganda (16).
Read More / Baca Lagi >>

Tempat Wuduk Sekali Dengan Tandas - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jun 2014 07:10 PM PDT

Wajibkah Nafkah Untuk Isteri TAK SOLAT? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jun 2014 07:09 PM PDT

Makmum Masbuk, Takbir Ketika Imam Rukuk - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jun 2014 07:08 PM PDT

Selalu Terlepas SOLAT SUBUH - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jun 2014 07:08 PM PDT

Barang Naik! - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 12 Jun 2014 07:07 PM PDT

KAPITALIS BANGSAT: MELAYU DIMANGSAKAN....!!!

Posted: 12 Jun 2014 03:58 PM PDT








(DBKL ROBOH PADA JUN-2014)

(PERCUBAAN DBKL MAHU ROBOH PADA FEB-2014)

UMNO Pertahan UiTM demi kroni bukan demi Melayu sebenarnya..

Posted: 12 Jun 2014 03:47 PM PDT

Apa yang kita perlu faham mengenai isu ini ialah ianya menyerlahkan kepada semua betapa bijaknya pemimpin-pemimpin UMNO yang menguasai pentadbiran negara dalam membantu kroni mereka untuk semakin kaya..

Sebabnya demi kroni mereka sanggup membayar berbillion-billion untuk menyewa sedangkan kos untuk membina lebih murah..

Kos untuk membina enam kampus cawangan dianggarkan hanya RM1.8 Bilion tetapi demi kroni pihak terbabit memperbodohkan diri mereka dengan menyewa dari kroni mereka..

(Kroni dalam hal ini ialah kaum keluara atau kawan-kawan mereka bukannya macai yang makan rumput dan semakin ramai berkeliaran dalam Blog ini..)

Dan menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun serta bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap kampus.

Oleh itu ianya menyebabkan Putrajaya terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun selama 23 tahun.

Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada enam syarikat kroni terbabit adalah RM8.6 Bilion.

RM8.6 Billion itu adalah wang yang diperolehi dari cukai yang dikenakan terhadap rakyat kecuali macai..

Jadi.. faham-fahamlah kenapa UMNO/BN begitu takut kehilangan kuasa...Read More / Baca Lagi >>

DAP tidak pernah salahkan PAS berikutan kekalahan PRK Teluk Intan - Lim

Posted: 12 Jun 2014 03:40 PM PDT

KUALA LUMPUR: Penasihat DAP, Lim Kit Siang menjelaskan kenyataan media mengenai Gobind Singh Deo baru-baru ini yang dikatakan menyalahkan PAS berhubung kekalahan DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan adalah tidak benar.

Menurut Lim, kenyataan Gobind yang juga ahli Parlimen Puchong itu telah disalah tafsir dan isu hudud bukanlah punca utama DAP gagal mempertahankan kerusi berkenaan.

"Apa yang ditulis dalam akhbar bahawa DAP ada menyalahkan pemimpin PAS atas kekalahan kami di Teluk Intan itu tidak benar. Sebenarnya Gobind mengucapkan terima kasih kepada PAS atas sokongan dan usaha mereka dalam PRK Teluk Intan.

"Gobind tidak mengatakan hudud merupakan isu utama dalam PRK. Namun, tidak dinafikan isu hudud akan menjadi lebih besar pada masa akan datang tetapi itu bukan punca utama kekalahan kami di Teluk Intan," kata Lim.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di pejabatnya di Yayasan Pemikiran Tok Guru pada Khamis.

Dalam pertemuan ringkas beliau bersama calon PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofea Mohd Daud menjelaskan kepada Nik Aziz berhubung kenyataan Gobind itu.

Menurut beliau, Nik Aziz menyambut baik dan memahami situasi sebenar yang berlaku.
Read More / Baca Lagi >>

Biarkan KPN bertindak sewenangnya, Zahid perlu letak jawatan

Posted: 12 Jun 2014 06:23 AM PDT


lge


KUALA LUMPUR, 12 JUN: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi seharusnya meletak jawatan kerana membiarkan sahaja Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar bertindak sewenang-wenangnya, termasuk mengingkari perintah mahkamah, kata Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.
"KPN telah mencetuskan kemarahan apabila menyatakan polis akan bersikap 'neutral' jika ada keputusan bercanggah antara Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil," katanya merujuk kes hak penjagaan antara M Indira Gandhi dan bekas suami K Pathmanaban (nama Islam, Mohd Ridzuan Abdullah) dan antara S Deepa dan N Viran (nama Islam, Izwan Abdullah).
Pada 29 Oktober 2009, Mahkamah Syariah menyerahkan hak penjagaan tiga anaknya – Tevi Darsiny, Karan Dinesh dan Prasana Diksa – kepada Mohd Ridzuan. Namun pada Mac 11 2010, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim mengarahkan hak penjagaan diberikan kepada Indira.
Pada 1 April 2011, Mahkamah Tinggi juga menolak permohonan Mohd Ridzuan untuk menangguhkan perintah hak penjagaan anak bongsunya yang dibuat tahun sebelumnya.
Bagi kes kedua, Mahkamah Rayuan pada 27 Mei lalu menolak permohonan Izwan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang menyerahkan hak penjagaan kepada Deepa.
Guan Eng berkata, keputusan Abdul Khalid untuk mengingkari perintah mahkamah sivil itu 'berbahaya' dan bertentangan dengan Perlembagaan serta boleh memicu tindakan terpilih pihak polis pada masa akan datang.
"Tidak pernah berlaku dalam sejarah negara, polis secara terbuka engkar arahan mahkamah sivil. Ini bukan sahaja boleh menyebabkan kekacauan, tetapi mencetuskan tindakan terpilih polis untuk kes-kes akan datang.
"Selepas ini, apa lagi yang dapat menyekat polis daripada bertindak secara terpilih?" soalnya dalam satu kenyataan hari ini.
"Polis diberi kuasa untuk menjalankan dan menguatkuasakan arahan mahkamah sivil. Jika Khalid gagal untuk memahami tugas asas ini, beliau tidak layak menjadi KPN dan perlu meletak jawatan segera. Begitu juga dengan Ahmad Zahid (yang membiarkannya)," katanya lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Segera siasat kes rasuah 2 pegawai tertinggi polis - My Watch

Posted: 12 Jun 2014 06:14 AM PDT


R.Sri Sanjeevan 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didesak menyegerakan siasatan ke atas dua kes salah laku rasuah didakwa melibatkan pegawai tertinggi Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pengerusi Badan Pemantau Jenayah (MyWatch), R Sri Sanjeevan mendakwa sehingga kini, dua pegawai berjawatan tinggi itu masih bertugas seperti biasa sedangkan kertas siasatan ke atas mereka telah dibuka sejak lebih dua minggu lalu.

"Sehingga kini SPRM tidak menghubungi saya tentang perkembangan siasatan itu walaupun banyak bukti telah saya berikan kepada mereka.

"Saya harap SPRM segera bertindak dan memanggil dua pegawai polis berjawatan tinggi itu supaya memberi keterangan salah laku rasuah dan penyelewengan kuasa mereka," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Pada 22 Mei lalu, MyWatch mendakwa anak lelaki seorang pegawai kanan polis memiliki aset melebihi RM2 juta.

Menurut Sanjeevan, kekayaan lelaki berusia 30-an itu menimbulkan tanda tanya kerana dia tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Read More / Baca Lagi >>

MCA Mahu 3 Wakil, Najib Dijangka Catat Rekod Lantik Menteri Paling Ramai

Posted: 12 Jun 2014 05:56 AM PDT

Walaupun Perdana Menteri, Najib Razak mengatakan beliau tidak tahu mengenai ura-ura rombakan kabinet yang heboh diperkatakan ketika ini, hakikatnya perkara itu memang tidak dapat dielakkan lagi.

Pertama, kerana memenuhi janji untuk melantik Presiden Gerakan, Mah Siew Keong yang menang dalam pilihanraya kecil Teluk Intan, baru-baru ini dan keduanya pula, sebagai memenuhi kehendak perwakilan MCA yang sudah membuat resolusi untuk kembali semula memegang jawatan dalam kerajaan.

Najib mungkin benar-benar tidak tahu atau tidak berniat merombak kabinetnya kalaulah beliau sudah lupa akan janjinya kepada Mah Siew Keong dan juga pengundi Teluk Intan. Begitu juga, beliau mungkin tidak merombak kabinetnya jika beliau juga lupa pelawaannya kepada MCA baru-baru ini agar parti itu kembali bersama-sama menguatkan kerajaan dan terlupa jufa parti itu sudah mengubah resolusi sedia kembali dalam kerajaan.

Namun jika beliau berpegang kepada janjinya, rombakan kabinet terutama untuk membawa wakil daripada MCA dan Gerakan menyertai kabinet adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan lagi.

Mengikut laporan media sejak seminggu lalu, Najib dijangka merombak kabinetnya sebelum puasa atau selewat-lewatnya selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti. Jika rombakan itu hanya melibatkan kemasukan wakil daripada MCA dan Gerakan saja, mungkin ia akan dilakukan sebelum puasa ini tetapi jika melibatkan pengguguran beberapa pengguguran wakil daripada UMNO, ia mungkin dilakukan selepas Hari Raya bagi mengelakkan ada yang terkejut dan tidak meriah menyambut lebaran tahun ini.

Dalam penyusunan kabinet selepas pilihanraya umum lalu, Najib telah mengosongkan satu jawatan menteri dan tiga timbalan menteri untuk MCA apabila parti itu sedia mengubah semula resolusi tidak mahu menduduki jawatan dalam kerajaan sebagai tindakbalas terhadap penolakan pengundi Cina terhadap parti itu. Kerusi menteri yang dikosongkan untuk wakil MCA ialah menteri pengangkutan yang kini dipangku oleh sepupu Najib, Hishammuddin Hussein.
Read More / Baca Lagi >>

KG. CHUBADAK: ANTARA BANGSA MALAYSIA DAN PANDA..!!!

Posted: 12 Jun 2014 04:25 AM PDT

 
 


Ramadhan nombor satu bola nombor dua - TG Nik Aziz

Posted: 12 Jun 2014 04:21 AM PDT



KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Mat tidak mahu membuat jangkaan awal pasukan mana yang menjadi pilihan beliau untuk menjulang Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil kali ini.

Tuan Guru yang ditemui Harakahdaily di pejabatnya di Institut Pemikiran Tok Guru dekat sini hari ini, berkata beliau bagaimanapun sangat berminat dengan sukan itu.

"Waktu sebelum perang Jepun, masa saya belajar di Jerteh, saya main bola sehingga cedera lutut sebelah kanan kena sepak oleh kawan saya.

"Sekarang ini pun, kalau cucu-cucu saya tengok bola dalam televisyen, saya tumpang tengok juga 10 ke 15 minit," katanya.

Mengulas demam piala dunia yang kali ini turut berlangsung dalam bulan Ramadhan, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata, rakyat khususnya umat Islam perlu pandai membuat keutamaan.

Lebih-lebih lagi kebanyakan waktu perlawan besar berlangsung awal pagi.

"Jangan sampai tubuh kita tak segar kerana bola. Ramadhan ini kita perlu bagun pagi sebelum subuh. Ajar diri, selain tengok bola, kita solat tahajud, witir dan baca al-Quran.Read More / Baca Lagi >>