Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


DAP bawa Dyana ke Kota Bharu ... kesian ... org KB tak terima Dyana

Posted: 11 Jun 2014 10:11 PM PDT

Ini kisah benar di Kota Bharu Rabu malam. Bintang berwajah pelakon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dibawa untuk berceramah di perkarangan Stadium Sultan Muhammad Kubu kuat PAS Kota Bharu.


Stadium ini merupakan tempat biasa untuk PAS kumpul kurang-kurang 5000 penyokongnya untuk dengar ceramah. Ia kawasan yang ada steady crowd.

Namun cubaan DAP bawa Dyana ke situ nampaknya gagal. Tak ada sambutan. Sepi dan lenggang saja ceramah tersebut. Orang kata petugas lagi ramai dari penceramah.

Ada yang kata berlaku penolakan secara senyap... yang menjadi faktor kenapa penyokong tegar PAS tak keluar dengar ceramah semalam.


Mungkin ramai ahli PAS sudah sedar taktik DAP yang mula mengetengahkan Melayu muda sebagai usaha untuk tarik sokongan kerana parti itu tidak mahu bergantung sokongan Melayu melalui PAS dan PKR saja.

DAP yang tidak puas hati dengan kekalahan Dyana di Teluk Intan kerana gagal tawan hati orang Melayu. Kini cuba bawa setiausaha politik Lim Kit Siang itu ke kawasan macam Kota Bharu.

Jangan terkejut Dyana dan beberapa kerat lagi Melayu dalam DAP lepas ini akan menjelajah ke kawasan-kawasan Melayu untuk berceramah.


Ia macam program suai kenal, sambil-sambil rekrut ahli baru terutamanya dikalangan orang muda Melayu.

Dengar cerita hajat DAP ini bukan main-main atau hangat-hangat tahi ayam. Khabarnya mereka ada program khas untuk tarik sokongan Melayu muda terhadap parti itu.

Seorang wartawan yang cover PRK Teluk Intan cerita, beliau kebetulan lunch dengan seorang pemimpin kanan DAP di sebuah restoran di sana ketika kempen.

Wartawan muda ini tanya mengapa letak Dyana di Teluk Intan... kata pemimpin DAP itu, parti Cina itu mahu keluar dari stigma bahawa mereka parti kaum Cina sahaja.


Mereka mahu tarik sokongan orang Melayu juga, sambil ajak wartawan tersebut join DAP.

Kata pemimpin DAP itu, parti tersebut ada program khas untuk tarik sokongan Melayu dengan menjadikan ahli-ahli muda Melayu DAP sebagai idola.

"Kita akan make sure imej you sempurna... jika perlu kita sikat rambut you belah tengah (untuk nampak menarik), kita akan buat begitu..."ujarnya.

Namun orang Melayu bukanlah mudah sangat tertarik dengan ahli politik berwajah cantik. Wajah main peranan, tapi bukan satu-satunya peranan untuk tarik sokongan.

Kenyataan Dyana bahawa beliau akan ikut line parti dalam undian Hudud di Parlimen sebelum PRK Teluk Intan telah melukakan hati orang PAS. Melaksanakan undang-undang Hudud merupakan perkara yang ada dalam perlembagaan parti itu ketika ditubuhkan pada tahun 1955.


Manakala bagi rata-rata orang Melayu, Dyana ini 'tool' bangsa lain.

Mungkin sebab itu tidak hairan ceramah Dyana di Kota Bharu tiada sambutan. Kesiannnn dia...-12/6/2014

Ini lah dia kilang bihun cap masjid

Posted: 11 Jun 2014 07:58 PM PDT

  • Keadaan di depan premis kilang bihun cap masjid.Keadaan di depan premis kilang bihun cap masjid.
 1 / 1 
TIADA tanda-tanda kilang beroperasi atau urus niaga dijalankan sebaik wartawan Sinar Harian tiba di depan sebuah premis kilang bihun.

Premis kilang ini dipercayai gagal mematuhi aspek kebersihan dan sudah diarahkan tutup serta-merta oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), kelmarin.

Semalam, Sinar Harian melaporkan berkenaan kilang bihun berserta gambar-gambar aktiviti pemprosesan yang begitu meloyakan.

Tidak bersih, peralatan digunakan menjijikkan. Banyak perkakas digunakan sudah berkarat dan tidak terurus.


Wartawan Sinar Harian meninjau ke premis itu untuk melihat sendiri keadaan sebenar di situ.

Kami berkumpul di depan sebuah sekolah rendah di Jalan Ipoh, sebelum memulakan perjalanan.

Daripada maklumat awam, lokasi kilang bihun itu sebenarnya berada di sekitar pasar borong Selayang.

Setibanya berhampiran pasar borong Selayang, anggota polis memberi kerjasama dan memaklumkan lokasi sebenar kilang bihun itu yang terletak kira-kira tiga kilometer dari pondok polis tersebut.

Sebaik tiba, seorang lelaki dipercayai warga Bangladesh memberhentikan motosikalnya di depan premis berkenaan.

Namun ketika ditanya adakah beliau pekerja kilang berkenaan, ini jawapannya.

"Saya bukan kerja sini, saya kerja di Shah Alam," katanya dan terus berlalu, dipercayai ke kawasan kilang lain yang berdekatan.

Jawapan yang diterima amat meragukan dan kami mengambil keputusan melihat keadaan sekeliling.

Notis Penutupan Premis Makanan (DBKL) bertarikh 10 Jun 2014  ditampal di depan kilang. Kilang tiada penghuni namun, lampu di dalam premis terbuka.

Terdapat banyak bungkusan bihun dipercayai cap Masjid (bungkusan berwarna biru) dan bungkusan berwarna merah di dalam kilang.

Premis itu pula kelihatan seolah-olah seperti bengkel kereta. Di depannya terdapat tong-tong dan beberapa barangan yang mungkin sudah tidak digunakan lagi.

Arip Raih Gelaran Juara Kilauan Emas 4

Posted: 11 Jun 2014 06:52 PM PDT



Arip ketika menyampaikan persembahan.

KUALA LUMPUR: Peserta Arip diumumkan juara pada pertandingan Kilauan Emas musim keempat yang diadakan secara langsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, di sini.

Arip atau nama sebenarnya Omar Sharif Mat Din sekali gus menerima hadiah berupa wang tunai RM100,000, sebuah kereta Toyota Camry beserta trofi dan pakej percutian ke Bali.

Arip turut menerima Anugerah Khas Juri sebagai menambat hati juri mengadakan persembahan terbaik.

Dalam pada itu Zain atau nama sebenarnya Md Zain Ramli meraih tempat kedua dengan membawa pulang RM50,000, sebuah kereta Toyota X Gear, sebuah trofi dan pakej percutian ke Ho Chi Minh.

Manakala tempat ketiga diberikan kepada Ben atau Benasil Kudong, menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM30,000, sebuah trofi, pakej percutian ke Bandung.

Ketiga-tiga peserta turut mendapat langganan majalah MIDI selama setahun.

Hadiah disampaikan oleh pengurus saluran Astro Prima, Namanzee Harris dan Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anuar Salleh.

Markah peserta diadili 70 peratus daripada penilaian juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Ziana Zain, Datuk Hattan dan Jamal Mirdad, manakala 30 peratus lagi berdasarkan undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) penonton.

Pada peringkat akhir ini menyaksikan para peserta diuji dengan tema yang lebih mencabar dima mereka perlu membuat sebanyak tiga persembahan iaitu Solo, Medley dan Duet.

Program yang dikendalikan oleh Raja Azura itu turut menampilkan persembahan istimewa daripada Ella, Datuk M.Nasir, Mamat Khalid dan Datuk Hattan.

Bekas pengarah syarikat dihukum penjara 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta atas 481 pertuduhan

Posted: 11 Jun 2014 05:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas pengarah syarikat Lim Long Yew, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 1,942 tahun dan denda RM1.596 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi 481 pertuduhan pengubahan wang haram dan mengambil deposit secara haram melibatkan kira-kira RM24 juta, empat tahun lepas.

Bagi kes sama, seorang lagi bekas pengarah, Leong Guan Yeu, 47, dijatuhi hukuman penjara berjumlah 139 tahun dan denda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dan 130 pertuduhan pengubahan wang haram.

Sementara syarikat berkenaan, Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd., didenda RM180,000 bagi sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram.

Pada 2010, Lim, 43, dituduh memindahkan keuntungan daripada aktiviti haram itu daripada akaun peribadinya kepada akaun syarikat serta menerima dan memasukkan wang diperoleh secara haram ke dalam akaun syarikat di beberapa lokasi antara 19 Jun 2008 dan 19 Okt 2009.

Lim turut mengaku tidak bersalah terhadap sembilan pertuduhan mengambil deposit secara haram dalam satu kes saman bagi pihak syarikat - Asia Ceramic Marketing Sdn. Bhd. - atas kapasitinya sebagai pengarah. - BERNAMA



© Utusan Melayu (M) Bhd 

Zahid ulangi ugut tampar Teresa bukan jenayah

Posted: 11 Jun 2014 03:07 AM PDT



MUHAMMAD FAIZAL | .


KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menjelaskan insiden yang membabitkan sebuah NGO yang mengeluarkan ugutan untuk menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim bukan satu jenayah.


Beliau menjelaskan demikian melalaui jawapan bertulis terhadap soalan Teresa yang bertanya sama ada kerajaan akan mendakwa NGO yang mengeluarkan ugutan tersebut, juga kepada Datuk Yong Teck Lee yang turut memberi tawaran menampar Menteri Dalam Negeri.

Beliau menjelaskan prinsip undang-undang jenayah di mana suatu kesalahan jenayah hanya boleh wujud apabila terdapat dua elemen bersekali iaitu perbuatan (actus reus) dan niat jahat (mens rea).


Menurut Zahid lagi, perbuatan tawaran tersebut tidak boleh dikatakan wujud suatu jenayah dilakukan kerana tidak memenuhi prinsip-prinsip undang-undang. - HARAKAHDAILY 11/6/2014

Rita Rudaini Tuntut Nafkah Tertunggak RM100,000 Dari Aidil

Posted: 11 Jun 2014 02:25 AM PDT


rita rudaini tuntut nafkah tertunggak rm100000 dari aidil

SHAH ALAM, 11 JUN 2014: Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Mawardi Che Man telah menetapkan tarikh pebicaraan penuh bagi kes tuntutan nafkah tertunggak lebih RM100,000 difailkan pelakon, Rita Rudaini, terhadap bekas suaminya yang juga pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak, akan berlangsung pada 30 September ini.
Bagaimanapun ketika prosiding berlangsung Rita dan Aidil hanya diwakili peguam masing-masing.
Peguam Rita, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain, berkata hakim turut menetapkan 22 September ini sebagai tarikh pengesahan afidavit dan dokumen.
Beliau berkata, tuntutan nafkah berjumlah lebih RM100,000 yang difailkan Rita membabitkan kos bayaran rumah, makan minum, pakaian dan barangan asasi lain.
"Jumlah terbabit dikira bermula dari tarikh Aidil keluar daripada rumah mereka di Kota Damansara sejak Januari 2012, meninggalkan Rita serta dua anak mereka, Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
"Tuntutan nafkah ini difailkan pada awal Januari lalu dan semua jumlah adalah nafkah tertunggak," katanya ketika ditemui selepas prosiding semalam. Aidil Zafuan pula diwakili oleh peguam, Roshdan Sujak.
Sebelum ini, Rita turut menuntut nafkah anak merangkumi perbelanjaan makan minum, pengasuh dan juga lampin pakai buang sebanyak RM5,392 sebulan.
Bagaimanapun, Aidil yang juga pemain pertahanan skuad JDT, menegaskan beliau hanya mampu membayar RM2,000 sebulan.

Hubungan rapuh PAS-DAP?

Posted: 11 Jun 2014 01:20 AM PDT


Oleh Ahmad Lutfi Othman


BANYAK ulasan dan analisis dibuat terhadap keputusan PRK Teluk Intan, termasuk 


menyifatkannya sebagai loceng peringatan, bukan saja buat DAP, malah untuk rakan pentingnya dalam Pakatan, PAS.


Parti Islam itu sepanjang kempen dilihat bersungguh-sungguh membantu calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud, khususnya dalam kawasan Dun Changkat Jong, yang pernah diwakili PAS pada 2008.



Cuma saya menambah, janganlah seseorang yang sedang tidur lena, bingkas bangun bila terdengar "wake up call", dan dalam keadaan "mamai" terkejut bertindak separa sedar "terjun ikut tingkap" pula!


Apabila ada pemimpin DAP melatah dengan kekalahan tipis Dyana, seterusnya membuat rumusan yang dikira menyinggung sekutu rapatnya, saya tidak terkejut jika ia mengundang reaksi hampir sama di pihak PAS.

Namun begitu, biarpun agak kerap dikocak dengan pelbagai isu sensitif-kontroversi, kedua-dua parti – yang mempunyai hubungan istimewa bagi menentukan survival Pakatan Rakyat – tetap memilih jalur sederhana, saling memahami dan cuba merongkai masalah yang timbul dalam adab kekeluargaan.

DAP dan PAS, parti yang sering dilihat sebagai berbeda kutub, kini sepatutnya melalui fasa kerjasama yang lebih mengakar dan matang, terutama membabitkan barisan kepemimpinan akar umbi dan pertengahan, selain mengekalkan hubungan baik di peringkat tertinggi.

Tidak bertembung semasa perundingan kerusi dalam pilihan raya – mungkin DAP dan KeADILan ataupun PAS dan KeADILan lebih terdedah kepada 'perebutan kawasan' – kerana tumpuan konstituensi berbeda bukan bermakna selamat daripada pergeseran tajam dan konflik.

"Bukan saja persefahaman PAS dan DAP nampak rapuh dan mudah diganggu dengan isu-isu yang seolah-olah telah disapu di bawah karpet, malah kerjasama PAS dan KeADILan juga saya kira tidak seutuh mana. Masing-masing dengan agenda tersendiri," seorang yang memperkenalkan diri sebagai bekas pimpinan KeADILan di Terengganu, menghantar SMS kepada saya.

"Kita bergerak dalam sistem demokrasi, menyertai pilihan raya, tentunya dengan menyedari kemajmukan rakyat Malaysia, termasuk kepelbagaian Sabah dan Sabah," kata teman saya, pensyarah kanan sains politik di Kuala Lumpur.

"Bukan sampai menggadai prin sip, tapi gelanggang ini ada sensitiviti dan pantang-larang yang unik," tambah beliau. "Jangan biarkan Umno-BN yang korup itu terus bernafas hanya disebabkan kelemahan kita menari atas pentas yang kita pilih sendiri," ujarnya.

Kedua-dua parti, PAS dan DAP. diikat dengan ideologi perjuangan tersendiri. Jika mahu dilihat dari segi perbedaan, memang mudah sekali untuk mencari "medan berlaga", tetapi kalau disorot secara lebih cermat, potensi untuk menggembleng kekuatan bersama cukup menyerlah.

Umno-BN selama ini mempunyai formula cukup mudah untuk terus bertakhta dalam tempoh yang cukup panjang (sehingga mencatat rekod dunia), antaranya, dengan bijaksana membakar sentimen perkauman dan keagamaan sempit.

Ternyata, PAS dan DAP mengambil masa begitu lama bagi mencari keserasian; bibit mulanya pada 1990, diperkukuhkan pada 1999 tapi retak pada 2001, sebelum dipertautkan kembali "secara tidak sengaja" selepas tsunami 2008.

Ya, parti-parti dalam Pakatan Rakyat sebenarnya mempunyai ruang dan kesempatan terbaik untuk membuktikan bahawa per sefahaman mereka jauh lebih tulus-erat berbanding komponen dalam BN walaupun dalam tempoh singkat.

Lebih penting lagi, kerjasama sesama Pakatan akan mendatangkan manfaat besar buat rakyat.

Bagaimanapun, ia tergantung kepada kemampuan untuk membentuk kerajaan baru terlebih dahulu, didahului keyakinan pengundi, bagi menggantikan pemerintahan yang penuh rasuah, kronisme, kapitalisme suku-sakat, kezaliman dan penindasan.

Dalam pada itu, cabaran baru timbul selepas PAS dan DAP berupaya "diserasikan". Ketika PAS mendapat sokongan majoriti pengundi Melayu pada 1999, DAP berada pada tahap yang agak lemah, ditandai dengan kemerosotan jumlah kerusi Parlimen, termasuk kekalahan pemimpin utamanya, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

Sewaktu DAP berada di kemuncaknya pada PRU13, PAS pula bukan saja tidak dapat menganjak posisinya ke tangga lebih atas, malah kehilangan Kedah dan beberapa kerusi Parlimen di kawasan Melayu di negeri tersebut.

Kawasan luar bandar masih boleh dianggap sebagai kubu Umno.

Sokongan hampir tidak berbelah bahagi masyarakat bukan Melayu, khususnya Cina, banyak menyumbang kelebihan kepada PAS. Soalnya, apakah Teluk Intan membawa mesej bahawa masyarakat Tionghua tidak boleh lagi dianggap sebagai "deposit tetap" buat Pakatan?

"Mungkinkah untuk masa depan, sekiranya pengundi Melayu menyokong PAS, khususnya di luar bandar, dalam masa sama masyarakat Cina akan kembali mengundi BN pula?" ujar seorang pembaca Harakah dari Pulau Pinang.

"Saya cuba nak sampaikan kepada sdr, teori pendulum tidak pernah berakhir dan ia memberi keuntungan kepada BN," tambahnya. "Harus dicari jalan keluar nya."

Penyokong Azmin Berdemo Depan Ibu Pejabat PKR

Posted: 11 Jun 2014 12:13 AM PDT

alt

PETALING JAYA 11 Jun - Kira-kira 30 orang Ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) berdemonstrasi di hadapan ibu pejabat parti itu malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap penyandang Timbalan Presiden, Azmin Ali lewat malam tadi.

Ketika mereka hadir Azmin dan sedang bermesyuarat bersama pemimpin tertinggi PKR, termasuk Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kebanyakan mereka yang hadir adalah dari seluruh Selangor dikatakan kecewa dengan cara pemilihan parti yang tidak memuaskan.
alt

Para penyokong Azmin turut menjerit mengeluarkan kata-kata sebagai rasa tidak berpuas hati terhadap Khalid Ibrahim ketika beliau keluar menuju ke kenderaannya selepas selesai mesyuarat tersebut.

"Mereka berada di sini hanya untuk menunjukkan sokongan kepada Azmin," kata seorang jurucakap Azmi Roslan.

Beliau berkata penyokong yang hadir merupakan generasi baru yang mahu melihat kepimpinan parti diterajui Azmin.

"Mereka datang dari seluruh Selangor dan mereka penyokong kuat Azmin," kata Azmi, sambil menambah bahawa mereka yang berusia antara 20 dan 29 tahun.

Sebelum ini penyokong-penyokong Azmin di lama sosial mendedahkan terdapat usaha sabotaj dilakukan oleh musuh politik Azmin untuk memastikan penyandang Timbalan Presiden PKR itu kalah di Selangor.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


TNB untung RM4.58 bilion tetapi masih tidak cukup, kata menteri..!!! Berapa banyak nak untung..??

Posted: 11 Jun 2014 10:47 PM PDT

Keuntungan Tenaga Nasional Berhad 2013 tidak mencukupi untuk tampung kos projek pelaburan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar fail The Malaysian Insider.Keuntungan Tenaga Nasional Berhad 2013 tidak mencukupi untuk tampung kos projek pelaburan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili. Gambar fail The Malaysian Insider.Putrajaya mengakui keuntungan bersih 2013 yang diperolehi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM4.58 bilion masih tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan bagi projek penjanaan baru.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata  jumlah tersebut masih rendah jika dibandingkan dengan kos projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 billion.
"Tidak dinafikan TNB memperoleh keuntungan bersih pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos, 2013 sebanyak RM4.58 bilion, namun jumlah itu masih belum mencukupi menampung kos pelaburan membiayai projek penjanaan baru, projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6.17 bilion," katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau brekata demikian ketika menjawab soalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali mengenai justifikasi kerajaan terhadap kenaikan tarif elektrik pada Januari 2014 dan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar tarif pada masa akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Rapid: Wee kelu di depan penduduk Pengerang

Posted: 11 Jun 2014 10:44 PM PDT

Timbalan Presiden MCA Wee Ka Siong nampak tidak bersedia ketika didekati seorang penduduk Pengerang, Johor yang berjalan kaki 500km ke Kuala Lumpur bagi membantah perpindahan perkuburan Cina di sana.

Wee kelihatan berlalu tanpa mengucap sepatah pun kata selepas bersemuka dengan Chua Peng Sian, yang berada di parlimen untuk menyerahkan memorandum bantahannya.

Chua, yang tidak gembira dengan projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) Petronas, menuntut Wee menyatakan pendiriannya berhubung perkara itu.

Ini ekoran Wee dikatakan akan menyertai kabinet tidak lama lagi.

Wee yang juga anggota parlimen Ayer Hitam hanya tersenyum selepas mendengar kata-kata Chua dan kemudiannya berlalu.

Sebanyak 3,400 kubur akan dipindahkan daripada perkuburan di Pengerang dalam berperingkat Mac lalu bagi memberi laluan kepada Rapid.

Chua, pemangku pengerusi kumpulan Save Pengerang NGO Alliance, memulakan protes berjalan kaki itu 12 hari lalu dan bermalam di Dataran Merdeka malam tadi.

Beliau mengetuai 40 orang berjalan kaki ke parlimen pagi ini dan menyerahkan memorandum kepada anggota Parlimen Pakatan Rakyat sebelum menyambung perjalanan ke menara berkembar Petronas untuk bertemu ketua pegawai eksekutif Rapid.

MP: Sewa kampus lagi mahal dari bina sendiri

Posted: 11 Jun 2014 10:42 PM PDT

MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa kerajaan terpaksa menanggung kos sewaan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) hampir lima kali ganda lebih mahal berbanding jika membinanya sendiri

Rafizi mendakwa kos membina enam kampus cawangan UiTM dianggarkan sebanyak RM1.8 bilion sahaja sedangkan jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan kepada enam syarikat itu selama 23 tahun sebanyak RM8.6 bilion.

Bercakap dalam sidang media, beliau mendakwa syarikat konsesi itu dimiliki "pemimpin Umno, kroni rapat atau yang memegang jawatan dalam Umno" dan beliau akan mendedah serta memperincikannya bermula Isnin depan.

"Barulah rakyat dapat memahami bahawa Umno tidaklah membela UiTM seperti yang selalu dilaungkan, malah sekarang Umno menggunakan UiTM dengan cara membebankan UiTM dengan bayaran konsesi untuk mengayakan pimpinan-pimpinan Umno dan kroni mereka," katanya.

MP bimbang LHDN jadi macam 1MDB

Posted: 11 Jun 2014 10:41 PM PDT

MP Kelana Jaya Wong Chen mengingatkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bakal menjadi badan pelaburan seakan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) susulan cadangan meminda Akta LHDN 1995.

Wong berkata dalam pindaan Rang Undang-undang LHDN, menteri kewangan bercadang untuk penubuhan panel pelaburan badan itu bagi menggunakan wang pembayar cukai membeli bon, hutang atau harta lain yang difikirkan patut.

"Jika rang undang-undang itu diluluskan, ia pada dasarnya akan mengubah LHDN kepada satu badan pelaburan seakan 1MDB di bawah kawalan peribadi Menteri Kewangan.

"Inisiatif ini oleh menteri kewangan/perdana menteri adalah sangat luar biasa, melemahkan demokrasi dan tidak mempunyai ketelusan dan akauntabiliti," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Antara alasan beliau menolak cadangan pindaan itu ialah semua cukai dan pendapatan mesti diambil kira dan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan, maka pembentukan panel pelaburan dalam LHDN melanggar amalan tersebut, kata Wong.

"Cadangan ini akan mengambil kuasa pelaburan dari Lembaga Hasil Dalam Negeri dan kuasa ini diberikan kepada Panel Pelaburan di mana 6 daripada 7 ahli adalah dilantik secara langsung olehnya (menteri kewangan).

"Oleh itu, ini adalah satu percubaan mengambil alih kuasa pelaburan wang pembayar cukai oleh menteri kewangan dengan menggunakan nama baik LHDN. Tindakan ini bakal melemahkan demokrasi kerana ia akan menyembunyikan wang cukai rakyat daripada penelitian Parlimen.

PKR bantah pelan kerajaan labur cukai rakyat

Posted: 11 Jun 2014 10:33 PM PDT

Wong Chen ajak semua wakil rakyat menentang pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995.  
Wong Chen ajak semua wakil rakyat menentang pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri 1995.
KUALA LUMPUR - PKR menentang rancangan Kementerian Kewangan untuk pelencongan wang pembayar cukai melalui pembentukan Panel Pelaburan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pengerusi Biro Perdangan dan Pelaburannya, Wong Chen mendakwa, penubuhan panel ini akan mengubah LHDN kepada satu badan pelaburan seakan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di bawah kawalan peribadi Menteri Kewangan.

"Tujuan Panel Pelaburan dalam LHDN ini ialah menggunakan wang pembayar cukai memberli saham, bon, hutang dan apa-apa harta lain yang difikirkan patut.

"Cadangan ini terkandung dalam rang undang-undang pindaan kepada LHDN 1995. Ia mungkin akan dibahaskan minggu depan," katanya dalam sidang media di lobi bangunan Parlimen, hari ini.

Menurutnya, PKR menentang rang undang-undang tersebut ekoran apabila dilaksanakan ia akan melemahkan demokrasi kerana akan menyembunyikan wang cukai rakyat serta mengganggu data fiskal.
Read More / Baca Lagi >>

Panda tiada dalam al-Quran dan hikayat Melayu

Posted: 11 Jun 2014 10:27 PM PDT

Oleh H FANSURI
"Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorekngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimanakah cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku..." ~ (Al-Maidah, ayat 31)
"If the bee disappears from the surface of the earth, man would have no more than four years to live. No more bees, no more pollination ... no more men!" ~ Albert Einstein.
SELAIN penciptaan haiwan sebagai makanan dan tunggangan manusia, Tuhan menciptakan mereka sebagai pengajaran kepada kita. Atas hal ini, maka karya persuratan al-Quran telah menyeru umat agar menjadikan sikap haiwan-haiwan ini sebagai bahan pengajaran. "Sesungguhnya, Allah tiada segan membuat perumpamaan seperti nyamuk atau yang lebih rendah daripada itu..." ~ (Al-Baqarah, ayat 26)
Sastera lisan Melayu juga banyak menampilkan kisah burung, pelanduk sebagai tujuan asuhan, didikan dan pengajaran berguna. Memang panda tiada wujud di dalam hikayat Melayu.
Panda juga tiada disebutkan wataknya di dalam al-Quran seperti mana burung gagak disebut peranannya sebagai 'guru' kepada salah seorang anak Adam yang sudah berlaku zalim terhadap saudaranya sendiri.
Pada tahun 1846, sebuah buku dikarang Munsyi Abdullah berjudul 'Bahawa Ini Hikayat Binatang' dalam tulisan rumi.
Ia mengisahkan soal jawab mengenai pelbagai jenis haiwan yang bermula seawal penciptaan Adam dan Hawa dan seterusnya mengenai pelbagai haiwan seluruh dunia.
Sehingga kini, tidak diketahui adakah panda disebut atau tidak dalam buku terjemahan Inggeris-Melayu oleh Munsyi Abdullah itu. Jika panda wujud dalam hikayat itu, maka Munsyi Abdullah antara yang terawal memperkenal panda di Alam Melayu ini. Kalau sebaliknya, maka sejarah patut mencatatkan bahawa Najib Razak yang terawal memperkenal panda dengan menghabiskan wang negara.
Apa pun, Najib Razak tiada falsafah dalam urusan pembelian panda ini. Jika Najib ada pemikiran Islami, setidaktidaknya beliau merancang untuk membeli haiwan yang pernah disebut di dalam al-Quran ~ unta, anjing, keldai lalu diletakkan firman Tuhan yang berkaitan dengannya di Zoo Negara.
Contohnya, di kandang unta, dipamerkan firman Tuhan, "...tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan?" (al-Ghashiyah, ayat 17).
Read More / Baca Lagi >>

Anjuran Menegur Pemerintah - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 11 Jun 2014 10:18 PM PDT

Kula: GDP grew, but why is the economy worse Mr Prime Minister?

Posted: 11 Jun 2014 10:17 PM PDT

Bajet tambahan tapi banyak dibazirkan seperti PPSMI

Posted: 11 Jun 2014 10:17 PM PDT

Lebuhraya pun jem, apa kaedah penyelesaian?

Posted: 11 Jun 2014 10:16 PM PDT

Maximus: TNB profits not enough to sustain operations

Posted: 11 Jun 2014 10:16 PM PDT

MP PAS Tumpat Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

Posted: 11 Jun 2014 10:15 PM PDT

MP PKR PJ Selatan Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

Posted: 11 Jun 2014 10:15 PM PDT

MP PKR Kapar Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

Posted: 11 Jun 2014 10:14 PM PDT

MP PKR Wangsa Maju Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

Posted: 11 Jun 2014 10:14 PM PDT

MP DAP Seputeh Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

Posted: 11 Jun 2014 10:13 PM PDT

MP DAP Jelutong Bahas Bajet Tambahan Kem. Kewangan (2014) 2014

Posted: 11 Jun 2014 10:13 PM PDT

DR 12 Jun 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 11 Jun 2014 10:12 PM PDT

Penswastaan UiTM Melalui Sistem Konsesi Menguntungkan Kroni Dan Merugikan Rakyat

Posted: 11 Jun 2014 10:07 PM PDT

Salah satu belanja besar yang dimasukkan di dalam Belanjawan Tambahan kali ini ialah bayaran sewa tahunan kepada pemegang konsesi bagi enam kampus cawangan UiTM di seluruh negara. Pada tahun 2014, pemegang-pemegang konsesi ini akan menerima bayaran sewa sebanyak RM234 juta seperti yang dipohon di dalam Belanjawan Tambahan yang sedang dibahaskan.
Saya telah membidas kaedah pembiayaan melalui sistem konsesi untuk membina kampus-kampus cawangan UiTM dalam sesi-sesi perbahasan yang lepas. Dalam jawapan Parlimen sebelum ini yang bertarikh 10 April 2014, Perdana Menteri mengakui bahawa:
1. Di antara tahun 2009 hingga 7 Mac 2014, 6 syarikat telah dilantik sebagai pemegang konsesi untuk membina 6 kampus cawangan UiTM di Pasir Gudang (Johor), Jasi (Melaka), Seremban II (Negeri Sembilan), Puncak Alam (Selangor), Tapah (Perak) dan Kota Samarahan (Sarawak).
2. Kos untuk membina setiap kampus ini hanyalah di antara RM280 juta ke RM315 juta.
3. Walau bagaimana pun, kerajaan telah menandatangani perjanjian konsesi selama 23 tahun dan bersetuju membayar sewa tahunan di antara RM56 juta sehingga RM69 juta setiap satu.
Ini bermakna, Kerajaan Persekutuan selepas ini terpaksa menanggung bayaran konsesi tahunan yang dianggarkan berjumlah RM375 juta setahun (mengambil sewa tahunan purata setiap kampus sebanyak RM62.5 juta untuk 6 kampus cawangan) selama 23 tahun.
Jumlah keseluruhan bayaran konsesi tahunan ini kepada 6 syarikat terbabit selama 23 tahun adalah RM8.6 bilion yang akan ditanggung oleh rakyat.
Sedangkan kos untuk membina 6 kampus cawangan ini dianggarkan hanyalah sebanyak RM1.8 bilion sahaja (mengambil kos purata iaitu RM298 juta setiap kampus untuk 6 kampus cawangan) sekiranya Kerajaan Persekutuan membinanya tanpa diswastakan kepada syarikat-syarikat melalui sistem konsesi.
Read More / Baca Lagi >>

SEKIRANYA TUN DR ISMAIL MASIH ADA

Posted: 11 Jun 2014 10:00 PM PDT

Aku teringat pula tentang kisah dalam zaman kerajaan Melayu Melaka apabila Hang Jebat mengamuk disebabkan tindakan Sultan Melaka membunuh Hang Tuah, sahabat karibnya ekoran daripada fitnah yang dilemparkan terhadap Hang Tuah. Hang Jebat begitu marah dengan tindakan Sultan itu lalu mengamuk di istana. Terlalu sukar untuk menewaskan Hang Jebat. Tidak ada hulubalang yang ada di Melaka pada ketika itu yang boleh menewaskan Hang Jebat selain daripada Hang Tuah yang dikatakan menderhaka kepada raja itu. Sehinggalah Baginda Sultan mengeluarkan kata-kata,' sekiranya Hang Tuah masih hidup…….."

Dan melihatkan kepada berbagai peristiwa yang 'pelik-pelik' berlaku di Malaysia kini teringat pula aku kepada Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman, yang pernah memegang jawatan sebagai Menteri Dalam Negeri. Hati kecil aku berkata, "Sekiranyalah Tun Dr. Ismail masih hidup………."

Membaca buku 'Looking Back' hasil tulisan Tunku Abdul Rahman, terlalu banyak diceritakan oleh Tunku mengenai Tun Dr. Ismail yang merupakan tokoh yang pintar dan ikhlas dalam menjalankan apa tugas yang diserahkan kepadanya. Dan yang paling banyak disentuh ialah mengenai ketegasannya dalam menangani perkara-perkara penting yang diserahkan kepadanya. Pernah diceritakan oleh Tunku tentang pelantikan Tun Dr. Ismail sebagai ahli Majlis Mesyuarat Persekutuan (zaman penjajahan British) yang lebih kurang sama dengan kabinet pada hari ini. Dr. Ismail enggan menerima pelantikan itu, sehingga menyebabkan Tunku 'memaksa' beliau menerimanya. Beliau setuju tetapi meletakkan syarat bahawa hanya untuk satu tahun sahaja.

Itulah rupa 'manusia' yang bernama Tun Dr. Ismail. Dan aku bandingkan pula dengan keadaan pemimpin masa kini. Ada yang terpaksa 'menyembah' dan 'meminta' supaya dilantik menjadi menteri, walaupun dari segi kelayakan dan kebolehan amat jauh bezanya berbanding dengan pemimpin-pemimpin pada zaman kempimpinan Tunku Abdul Rahman dahulu. Dan apabila memegang jawatan menteri ramai juga yang tidak dapat memenuhi kehendak jawatan berkenaan. Amat menyedihkan dan berlaku kini.
Read More / Baca Lagi >>

Tambahan RM4b: Tidak cekap urus kewangan negara

Posted: 11 Jun 2014 09:51 PM PDT


Point Perbahasan:

1. Perbekalan tahun 2013 merekodkan peruntukan tambahan sebanyak dua kali yang berjumlah lebih RM17 bilion.

RM14 bilion - September 2013
RM2.4 bilion - Mac 2014
_____________________

2. Pada hari ini, Dewan Rakyat sekali lagi menyaksikan kerajaan meminta peruntukan tambahan sejumlah RM4 bilion lagi bagi tahun ini. Saya bimbang, sikap ini secara tidak langsung mencerminkan ketidakcekapan kerajaan dalam mengurus tadbir kewangan negara.

3. Kesemua perbelanjaan tambahan bagi enam item yang tersenarai dalam RUU Perbekalan Tambahan 2014 ini, sebenarnya turut tersenarai dalam perbelanjaan tambahan 2013. Contohnya, Kementerian Pendidikan, Perbendaharaan dan Kementerian Luar Negeri.

4. Kementerian Pendidikan telah meminta perbelanjaan tambahan 2013 sebanyak RM323 juta manakala pada kali ini meminta sebanyak RM634 juta.

5. Walhal, ia telah mendapat RM38.7 bilion pada tahun 2013 dan menokok kepada RM54.6 bilion dalam Bajet 2014. Soalnya, adakah perbelanjaan yang besar ini memberikan pulangan yang terbaik dalam sektor pendidikan di negara kita?

6. Kita akui isu pendidikan sentiasa dinamik dan berlaku perubahan, supaya para pelajar dan tenaga pendidik boleh mengadaptasi cabaran semasa pada hari ini. Tapi, itu tidak bermakna, polisi-polisi yang digubal boleh sentiasa berubah sehingga ia dilihat tiada perancangan yang teliti dan dilihat tidak matang.

7. Contohnya, dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang diperkenalkan pada tahun 2003 kemudian dimansuhkan pada tahun 2012 setelah mendapat pelbagai kritikan termasuk dari kalangan para guru sendiri.
Read More / Baca Lagi >>

Sultan Johor: Beta tak campur tangan hal negeri

Posted: 11 Jun 2014 09:50 PM PDT

Sultan Johor Sultan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah, untuk kegembiraan rakyat, baginda tidak akan campur tangan dalam hal ehwal negeri.

Dalam wawancara disiarkan New Straits Times (NST) hari ini, sultan bertitah, Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 tidak akan menafikan nasihat menteri besar pada baginda.

Menurut rang undang-undang itu, sultan diberi kuasa melantik empat anggota lembaga tetapi hanya atas nasihat menteri besar.

Harian itu juga melaporkan, anggota Dewan Undangan Negeri akan mengadakan siri jelajah di Johor bagi menjelaskan perkara itu kepada rakyat yang masih bimbang.

"Tiada campur tangan. Beta mahu rakyat beta memahami enakmen ini dan gembira dengannya.

"Beta malah mendapatkan nasihat menteri besar berhubung jelajah itu. Beliau berkata ia langkah yang baik," Sultan Ibrahim dipetik sebagai bertitah.

NST melaporkan, sultan masih belum menandatangani rang undang-undang itu dan akan menunggu sehingga penentangan terhadapnya berakhir.

Hudud: Bila MCA nak demo depan HQ Umno, soal DAP

Posted: 11 Jun 2014 09:03 PM PDT

DAP mempersoalkan MCA sama ada parti itu menentang keras jika Umno terus mengesyorkan hudud di Selangor.

"Sekarang Umno, rakan mereka dalam gabungan (BN), juga membangkitkan supaya hudud dikaji di Selangor, adakah MCA beralih daripada kempen 'katakan tidak pada hudud PAS' kepada 'katakan tidak kepada hudud Umno' di Selangor?

"Adakan MCA kini akan mengadakan demonstrasi di hadapan ibu pejabat Umno bagi menyatakan bantahan mereka terhadap usul itu?" soal anggota Dewan Undangan Negeri Damansara Utama Yeo Bee Yin.

Dalam kenyataannya hari ini, Yeo berkata, MCA berterusan menyalahkan DAP kerana menyokong PAS walaupun parti itu mahu melaksanakan undang-undang jenayah Islam di Kelantan.

Bagaimanapun, katanya lagi, MCA terus mengelak mengulas berhubung langkah Umno yang menggalakkan PAS meneruskan usaha itu, malah membentuk jawatankuasa teknikal bersama Kelantan-pusat.

Speaker S'gor benarkan bahas usul hudud yang dikemukakan oleh UMNO

Posted: 11 Jun 2014 08:47 PM PDT

Usul daripada anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno untuk mengkaji kebarangkalian pelaksanaan hudud di Selangor diterima untuk dibahaskan oleh Speaker Hannah Yeoh.

Ia dijangka dibentangkan minggu depan.

Bercakap dalam sidang media di pusat khidmatnya di Subang Jaya hari ini, Yeoh berkata, beliau menerima empat usul untuk persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) akan datang.

Kesemua usul itu, tambahnya, datang daripada BN.

"Daripada keempat-empat usul ini, saya terima tiga (dan) tolak satu.

"Salah satu yang diluluskan juga adalah usul membahaskan hudud. Saya terima (untuk dibahas)," katanya.

Persidangan DUN Selangor akan bersambung Isnin depan.

Tolak politik ugut dan wang- Saifuddin

Posted: 11 Jun 2014 08:42 PM PDT

Saifuddin NasutionKUALA LUMPUR 12 Jun : Anggota KEADILAN digesa menolak amalan politik wang dan ugut kerana gaya politik begini hanya melemahkan parti yang mendukung agenda reformasi.
Menurut Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang percaya ahli-ahli KEADILAN adalah golongan yang bijak dalam membuat pilihan pemimpin yang akan memimpin parti.
"Undi kita tidak seharusnya dipengaruhi oleh amalan politik wang, politik ugut dan politik habuan. Amalan politik seumpama ini akan hanya melemahkan parti.
"Pemimpin yang menang melalui cara ini tidak akan mampu memimpin parti pada tahap yang dihormati oleh lawan dan kawan. Jauh sekali daripada mendapat kepercayaan rakyat," katanya yang sedang menyambung kursus pendek di London yang diikuti sejak Disember 2013 lalu.
Beliau juga anggota KEADILAN menolak mana-mana calon yang mengamalkan politik sedemikian.
Tegasnya, memelihara wibawa parti, membina kekuatan parti dan meneruskan cita-cita dan idealisma parti adalah jauh lebih penting daripada seseorang individu yang menang dengan cara amalan politik wang, ugut dan habuan.
Saifuddin dalam pada itu memaklumkan beliau masih lagi merupakan calon yang bertanding dalam pemilihan Timbalan Presiden dan menolak dakwaan yang beliau sudah menarik diri.

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:57 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


Biadap Betul Budak Ini, Polis & SKMM Kena Cekup

Posted: 11 Jun 2014 09:09 PM PDT

Apakah Orang Islam Mahu Sokong DAP Lagi, Jika Begini Kenyataan Mereka?

Posted: 11 Jun 2014 07:35 PM PDT