Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Hasan Ali Kembali Ke PAS

Posted: 10 Jun 2014 10:16 PM PDT

alt


KUALA LUMPUR 11 Jun - Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali dikatakan akan menyertai semula parti itu selepas dipecat keahliannya pada Januari 2012.

Menurut sumber parti itu, kemasukan semula Hasan mungkin boleh berlaku apabila dikatakan wujud usaha dalaman yang digerakkan beberapa kepimpinan Pas termasuk anak-anak kepada pengasas serta golongan veteran bagi 'memperbetulkan' semula Pas supaya tidak tersasar jauh daripada matlamat dan perjuangan asalnya sebelum ini.

Katanya, usaha dalaman itu difahamkan dibuat atas perkiraan perkembangan politik semasa ketika ini termasuk kesan-kesan lain yang terpaksa dihadapi Pas ekoran kerjasama parti tersebut dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam sesuatu isu yang ada kalanya tidak selari dengan matlamat asal parti berkenaan.

"Memang tidak dapat dinafikan Pas ketika ini dilihat sedikit demi sedikit telah lari daripada matlamat perjuangannya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti apabila mengadakan kerjasama politik dengan DAP dan PKR.

"Malah ada pemimpin daripada parti sekutu Pas secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud yang merupakan antara agenda perjuangan Pas selain isu-isu yang melibatkan soal agama dan perpaduan umat Islam. Atas sebab itulah dikatakan wujudnya usaha dalaman bagi memperbetulkan semula Pas agar tidak terpesong daripada landasan asal perjuangannya.

"Usaha dalaman ini juga mungkin akan melibatkan usaha menarik semula Hasan ke dalam Pas bagi bersama-sama memperbetulkan semula parti," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah sumber itu, usaha dalaman tersebut juga adalah untuk menyokong Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang ketika ini dilihat berseorangan dalam memastikan Pas terus mengikut perjuangan asalnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan parti tersebut.

Menurut sumber itu, usaha Abdul Hadi difahamkan tidak disambut begitu baik oleh sebilangan kepimpinan Pas ketika ini.

Sementara itu, Hasan ketika dihubungi menyatakan beliau tidak menerima sebarang maklumat mengenai wujudnya usaha dalaman tersebut sebagaimana yang didakwa.

"Saya tidak ada dengar mengenai perkara ini (usaha untuk menarik beliau ke dalam Pas semula). Perkara ini tidak sampai ke pengetahuan saya.

"Jika ada pelawaan, saya akan fikirkan. Banyak perkiraan perlu dibuat sebelum memutuskan perkara itu," ujarnya.

Saya tidak muflis - Datuk Raja Kamarul Bahrin

Posted: 10 Jun 2014 09:10 PM PDT


Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 9:13 PM


Raja Kamarul Bahrin.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin menolak khabar angin bahawa beliau diisytiharkan muflis.
Mesej yang disebarkan menerusi media sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS) pada Selasa mengatakan bahawa Ahli Parlimen dari PAS itu diisytiharkan muflis oleh mahkamah di Terengganu kerana mengalami masalah kewangan.
Bagaimanapun, ketika dihubungi The Star, Raja Kamarul berkata, beliau tidak tahu bagaimana khabar angin itu bermula kerana beliau tidak menerima sebarang notis daripada pihak bank mengenai pengisytiharan muflis.
"Saya tidak terlibat dalam mana-mana kes mahkamah baru-baru ini, dan tidak menerima sebarang surat daripada bank, jadi saya tidak tahu bagaimana untuk memberi respon terhadap khabar angin ini.
"Lagipun, proses untuk mengisytiharkan seseorang itu muflis boleh memakan masa bertahun-tahun. Bagaimana adanya kesimpulan di mana tak ada apa-apa pun yang berlaku," katanya.
Raja Kamarul berkata, satu pemeriksaan dengan timbalan pendakwa raya di sebuah mahkamah mendedahkan bahawa tiada kes yang difailkan terhadapnya pada Selasa.
Tambahnya, beliau akan mengadakan sidang media di Parlimen pada Rabu bagi memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Polis Buru 7 Suspek Rogol 2 Remaja

Posted: 10 Jun 2014 08:30 PM PDT




KOTA BAHARU: Polis Kelantan memburu tujuh lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes rogol bergilir-gilir ke atas dua remaja perempuan di sebuah rumah kosong di Ketereh di sini, 20 Mei lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata mengikut siasatan polis, mereka yang masih bebas itu berumur dalam lingkungan 20-an.
"Tindakan memburu suspek-suspek yang masih bebas sedang giat dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.
Jalaludin berkata hasil siasatan, polis menafikan mangsa yang berumur masing-masing 15 dan 17 tahun, telah dirogol oleh 38 lelaki seperti yang didakwa dalam laporan yang dibuat mereka sebelum ini.
"Bagaimanapun dipercayai mangsa telah dirogol oleh orang yang sama berulang kali," katanya.
Katanya dalam laporan polis yang dibuat oleh kedua-dua mangsa pada 26 Mei lepas, dua mangsa itu menyatakan telah dirogol di dua tempat berasingan iaitu di sebuah rumah kosong dan rumah suspek di Ketereh, katanya.
Beliau berkata hasil siasatan polis mendapati kejadian melibatkan 13 orang suspek di tempat pertama dan lapan suspek lagi di lokasi kedua kejadian.
Melalui serbuan dan pemeriksaan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan di sekitar Ketereh, polis menahan 14 lelaki dalam lingkungan 15 hingga 38 tahun, katanya.
Beliau berkata polis telah selesai menjalankan siasatan terhadap dakwaan kes rogol bergilir-gilir membabitkan dua remaja perempuan itu.
Kes berkenaan dirujuk kepada Ketua Unit Pendakwaan Negeri Kelantan dan empat suspek akan didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 akta yang sama. - mStar

Hubungan Sulit Bersama Abang Ipar Bawa Maut

Posted: 10 Jun 2014 06:24 PM PDT



Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 10:25 PM


PETALING JAYA: Hubungan sulit seorang lelaki bersama adik kepada isterinya bertukar tragedi apabila mayat wanita itu ditemui dalam keadaan berbogel dengan kesan lebam di leher di sebuah bilik hotel bajet.
Sumber berkata, mayat wanita yang bekerja sebagai juruwang di sebuah spa itu ditemui oleh kakaknya dan kakitangan hotel pada kira-kira pukul 5 petang Selasa selpeas suaminya menghubunginya dan didakwa mahu membunuhnya.
Lelaki yang berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah pub di Kuala Lumpur turut didakwa memberitahu isterinya bahawa dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan.
Difahamkan bahawa lelaki dan wanita itu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Kelana Jaya pada kira-kira pukul 4 petang Isnin dan lelaki itu keluar dari hotel itu seorang diri pada keesokan harinya sebelum menghubungi isterinya.
Timbalan Ketua Polis Polis Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, wanita itu mengalami kesan lebam di lehernya dan punca kematian mungkin akibat dicekik.
"Tiada tanda-tanda lain dikesan pada badannya. 
"Tiada penemuan kondom atau dadah di bilik hotel," katanya di tempat kejadian.
Dipercayai bahawa kematian itu mungkin disebabkan sesuatu yang berlaku ketika melakukan hubungan seks.
Fadil berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.
Beliau berkata, wanita itu didapati meninggal dunia pada kira-kira pukul 12.30 pagi Selasa.
Polis turut membuat pemeriksaan terhadap rakaman litar tertutup (CCTV) di hotel tersebut.- mStar

Selepas Tayang Badan, Aksi Panas di Katil Pula Jadi Tumpuan

Posted: 10 Jun 2014 07:43 AM PDT



..
Selepas muncul dengan video muzik berjudul 'Eyes, Nose, Lips' minggu lalu yang memperlihatkan imej seksinya - tak berbaju (yang mencecah lebih 4juta tontonan di YouTube), penyanyi Taeyang tampil dengan satu lagi muzik video terbaharu berjudul '1 AM'.
Single keduanya itu juga dipetik dari album keduanya 'Rise'.
Berbeza dengan single pertama, klip video yang dilancarkan pada 9 Jun ini (yang sehingga kini sudahh mencecah lebih 200,000 tontonan) ini berkonsepkan minimalis dengan babak dramatik di jalanan.
Namun apa yang lebih mencuri perhatian ramai ialah adegan intim anggota kumpulan BigBang ini bersama aktres Min Hyorin, di atas katil. 
Tak nak cakap banyak, layan...

JAKIM Jawab Isu Kilang Bihun Jijik

Posted: 10 Jun 2014 05:44 AM PDT

alt
KUALA LUMPUR 10 Jun - Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) dalam kenyataan menerusi laman rasmi Facebooknya mengesahkan menerima maklum berhubung isu kilang pemprosesan bihun yang jijik serta menggunakan logo halal.
Pengarah Bahagian Hab Halal JAKIM berkata, siasatan lanjut juga akan dijalankan berikutan produk terbabit menggunakan logo halal sendiri.
"Merujuk kepada pertanyaan yang diterima hari ini (10 Jun 2014) berkaitan produk 'BIHUN ISTIMEWA' yang menggunakan lambang masjid dan telah disebarkan melalui media-media sosial, JAKIM dengan ini menegaskan bahawa syarikat tersebut adalah bukan Pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia dan tidak pernah mempunyai sijil halal yang sah daripada JAKIM.
"Walaubagaimanapun, oleh kerana produk tersebut menggunapakai logo halal sendiri (self declaration) pada pembungkusan, perkara ini adalah bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dan boleh dikenakan tindakan di bawah akta berkenaan," tegasnya.
alt
Sebelum ini orang ramai dihidangkan dengan 'sarapan' beberapa keping gambar jijik melibatkan sebuah kilang pengeluaran produk makanan membuat makanan yang tersebar dan menjadi viral di laman media sosial Facebook. [ARTIKEL DI SINI]

Dyana: Noh Omar patut periksa maklumat sebelum keluar kenyataan

Posted: 10 Jun 2014 01:52 AM PDT

SHAH ALAM 10 JUN: Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar patut membuat pengesahan maklumat yang diterimanya sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh membawa fitnah.
Setiausaha Politik bagi Ahli Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya Mohd Daud menafikan dakwaan bahawa beliau pernah mencadangkan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dibubarkan dalam kempen pilihan raya kecil Teluk Intan.
dyana kiniDyana berkata dakwaan palsu itu disiarkan dalam laman sosial Facebook palsu yang menyerupai laman sosialnya.
"Saya tidak pernah membuat apa-apa kenyataan mengenai Rejimen Askar Melayu Diraja.
"Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan (cadangan seperti) itu," katanya dipetik Malaysiakini.
Dyana berkata beliau akan membuat laporan polis dan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) berhubung kewujudan laman Facebook palsu mengenainya, dalam masa terdekat.
"Saya tidak (membuat kenyataan seperti itu," katanya sambil menunjukkan kepada media mengenai perbezaan antara laman Facebooknya yang sah dan yang palsu.

Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 Beroperasi Bulan Depan

Posted: 10 Jun 2014 12:45 AM PDT

alt

KEMAMAN, 9 Jun - Pakej dua, projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) yang menghubungkan Jabor ke Cheneh, dijangka siap sebelum hujung bulan ini dan boleh digunakan menjelang sambutan Aidilfitri pada Julai.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Ir Rosli Othman berkata pengguna lebuh raya dari Jabor akan boleh memandu terus ke Cheneh sejauh kira-kira 26 kilometer.

"Setelah turun di Cheneh, pengguna terpaksa menggunakan jalan biasa kerana pakej tiga dan tujuh LPT2 (dari Cheneh hingga ke Paka) masih belum siap dan kami beri jaminan akan dapat dibuka kepada umum sebelum akhir tahun ini.


"Namun pengguna (kemudian) boleh menyambung perjalanan ke pakej 10 Paka-Bukit Besi sepanjang 34 kilometer yang dibuka sejak Januari lalu dan seterusnya hingga ke Gemuruh di Kuala Terengganu," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Beliau berkata pembukaan pakej kedua itu sedikit sebanyak mengurangkan kesesakan kenderaan melalui kawasan bandar selain memberi kemudahan penjimatan tenaga, kos dan masa perjalanan kepada pengguna lebuh raya.

"Pada masa sama, kerajaan komited untuk mempercepatkan pembukaan dua pakej lagi jajaran LPT2 yang masih dalam proses pembinaan dan dijangka dapat disiapkan secara berperingkat sebelum September ini," kata Rosli.

Projek LPT2 sepanjang 184 kilometer bermula dari Jabor, Kemaman ke Kampung Gemuruh, bahagian utara Kuala Terengganu merupakan kesinambungan projek LPT Fasa 1 iaitu dari Karak ke Kuantan sepanjang 159 kilometer yang dimulakan pada Mac 2006 dengan anggaran kos awal projek RM3.7 bilion.

Projek itu terbahagi kepada 16 pakej iaitu 15 pakej dilaksanakan Jabatan Kerja Raya yang ditawarkan secara tender terbuka konvensional dan satu pakej lagi secara rundingan terus dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia.

Pada 22 Ogos 2011, kerajaan membuka sebahagian jajaran LPT2 kepada laluan awam sepanjang 70 kilometer dari pakej 12 di Kampung Gemuruh, Kuala Terengganu hingga pakej 10 di persimpangan Bukit Besi.

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Lelaki Separuh Bogel Mengamuk Depan Kaabah

Posted: 10 Jun 2014 04:32 AM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/WkiqyqOyI0w

Sent from my iPad


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TRANSFORMASI EKONOMI GAGAL, SEDEKAD GLC RUGI???...RAKYAT DERITA...BIAR BETUL!

Posted: 10 Jun 2014 09:38 PM PDT


Apa ni GLC rugi lagi, apa jadi dengan program transformasi kerajaan? Ini semua salah kerajaan bla...bla...bla..

Mungkin itu berita yang ditunggu-tunggu oleh para pencacai pakatan. Maka akan berduyun-duyunlah yang akan turun berpanas terik di jalanan semata-mata untuk melalak kononnya kerajaan UMNO/Barisan Nasional zalim dan memiskinkan rakyat, walhal apa pun mereka tak tahu soal pengurusan ekonomi negara.

Yang mereka tahu hanya bagaimana nak pau duit rakyat masuk tabung-tabung parti, bagaimana nak melantak dan nak mentekedarah segala hasil negara agar semuanya dapat percuma.


Diharapkan berita baik tentang kejayaan ekonomi negara ini dapat membuka mata dan menginsafkan kita serta puak-puak yang kurang bersyukur ini bahawa betapa nikmatnya duduk di negara yang bertuah ini.

Kalau rasa tak best duduk kat Malaysia, apa kata pergilah merantau atau berhijrah ke negara lain yang anda suka. Pintu negara sentiasa terbuka untuk mereka blah, tak balik pun tak per. Aiman tak kesah pun... 

Lagi pun PM kitakan graduan ekonomi tersohor, mana le boleh disamakan dengan manusia 'sorang' tu kan. Masa jadi Menteri Kewangan dulu pun dia hampir membuatkan negara ini bankrap. 

Tu dia bukti GLC dah bankrap...

Utusan Malaysia Rabu, 11 Jun 2014 m.s 17


Pesanan Khidmat Masyarakat : AWAS! FAHAMI BAHAYA STROK HABA.

Posted: 10 Jun 2014 12:28 AM PDT


Sumber

*Akhir-akhir ni cuaca makin panas. Sebar-sebarkan moga bermanfaat.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:41 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


IKHLASKAH UMNO MENGEMUKAKAN HUDUD DI SELANGOR?

Posted: 10 Jun 2014 10:38 PM PDT

Hudud bukan untuk dipolitikkkan, apatah lagi untuk 'dipermainkan'. Kini seolah-olah wakil rakyat UMNO di Selangor cuba mempermain-mainkan hukum Hudud. Difahamkan bahawa di Terengganu yang diperintah oleh BN, mereka masih tidak mahu melaksanakan hukum Hudud dan pemimpin UMNO di Selangor yang diperintah oleh Pakatan nampak 'bersungguh-sungguh' benar mahu mengenengahkan hukum Hudud. Apakah itu bukan bermakna mempermainkan hukum Allah namanya. Dan sikap kepura-puraan sebegini seharusnya diberhentikan demi untuk menjaga kesucian agama Islam.

Usul yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Air Tawar Kamarol Zaki Abdul Malik agar Dewan Negeri Selangor menggesa kerajaan negeri mengkaji keberangkalian melaksanakan undang-undang hudud seolah-olah mempermainkan hukum Hudd itu sendiri. Apa tidaknya. Telah berapa tahun UMNO (BN) memerintah Selangor sebelum ini dan seolah-olah tidak pernah terdetik pun di hati wakil rakyat UMNO (BN) untuk melaksanakan hukum Hudud ini. Dengan tidak semena-mena wakil rakyat ini mendapat 'ilham' untuk membawa usul berkenaan dalam DUN Selangor.
Kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad itu berkaitan dengan isu ini amat tepat. "Kenapa baru sekarang Umno hendak cadang bentang di Dewan? Mereka ada lebih 50 tahun (memerintah Selangor) tetapi tidak melakukannya?...Hanya setelah mereka menjadi pembangkang di Selangor barulah mereka hendak bercakap tentang hudud?.....Di Terengganu pula, kerajaan BN negeri telah menolak pelaksanaan hudud di negeri itu," Harakahdaily 10 Jun 2014.
Aku merasa lega membaca kenyataan Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang disiarkan melalui artikel berjodol,'Teluk Intan: Pandangan Saya' bertarikh 24 Mei 2014. Ramai yang agak keliru tentang isu ini. Ini isu 'ditelan mati emak diluah mati bapak'. Apa tidaknya. Sebagaimana yang dijelaskan oleh TG Nik Aziz, 'hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa.'

Lantas mahu tidak mahu sebagai orang Islam kita perlu menerimanya. Tidak ada tolak ansur lagi. Orang islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat atau berpuasa. Persoalan yang ditimbulkan sekarang ialah bahawa hukum hudud akan diperkenal dan akan dilaksanakan di Malaysia tetapi mendapat tentangan dari pihak-pihak tertentu.

Read More / Baca Lagi >>

DR 11 Jun 2014: Sesi Pertanyaan Jawab Lisan

Posted: 10 Jun 2014 10:18 PM PDT

Ketua Pembangkang Bahas Bajet Tambahan (2014)

Posted: 10 Jun 2014 10:17 PM PDT

Isu Bank Rakyat & Deepak : MP PAS Pokok Sena Bahas Bajet Tambahan (2014)

Posted: 10 Jun 2014 09:57 PM PDT

Sidang Media: Raja Baharin nafi diisytihar muflis

Posted: 10 Jun 2014 09:55 PM PDT

Fitnah Macai Gagal Dan Kantoi : PRK Kuala Terengganu tidak jadi?

Posted: 10 Jun 2014 09:52 PM PDT

Macam mana berita muflis boleh tersebar sedangkan beliau tidak buat apa-apa pinjaman.

ne_02.1KUALA TERENGGANU: Hasrat pemimpin BN Terengganu untuk melihat berlakunya pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu nampaknya tidak kesampaian apabila ahli parlimen kawasan berkenaan, Datuk Raja Kamarul Baharin Shah Raja Ahmad menafikan bahawa beliau diisytiharkan muflis.
Beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon ekoran desas-desas beliau diisytiharkan muflis.
Justeru, Ahli Parlimen Kuala Terengganu itu menafikan khabar angin yang mengatakan beliau dikenakan tindakan muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu.
"Macam mana ia boleh tersebar pun saya tidak tahu. Saya tidak buat apa-apa pinjaman, yang ada hanyalah pinjaman membeli kereta sahaja," kata Raja Baharin.
Beliau berkata, sejak jam 6.00 petang semalam, beliau tidak putus-putus menerima panggilan telefon mengenainya termasuk daripada pimpinan PAS dan juga wartawan.
Menurutnya, seorang wartawan sebuah stesen TV memberitahu beliau, berita itu mula kedengaran selepas tiga hari Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meletakkan jawatan dan meninggalkan Umno bulan lalu.
"Nampaknya ia semacam usaha untuk mengalihkan pandangan daripada perkara lain sahaja," kata arkitek terkenal yang pertama kali menjadi calon PAS dalam pilihan raya Umum ke-13 lalu.
Pada PRU13 lalu, beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Mohd Zubir Embong dan calon Bebas, Maimun Yusof, 95, dengan majoriti 10,785 undi.

Geran RM100 juta: Parlimen tolak soalan MOSTI Rafizi

Posted: 10 Jun 2014 09:50 PM PDT

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berikrar akan mendedahkan lebih banyak lagi berhubung isu geran RM100 juta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) setelah Parlimen menolak soalannya.

Anggota Parlimen Pandan itu bertanya menteri bertanggungjawab Datuk Ewon Ebin dan perdana menteri sama ada mereka berdua sedia menandatangani akuan berkanun yang menyatakan dokumen yang didedahkan Rafizi adalah palsu.

Antara dokumen itu adalah surat didakwa daripada Pejabat Perdana Menteri kepada Ewon dengan lampiran minit mesyuarat perdana menteri dengan pegawai daripada sebuah syarikat NSE Resources Sdn Bhd.

Kedua-dua soalan ditolak oleh setiausaha parlimen Roosme Hamzah yang berkata soalan itu mengandungi hasil fikiran sendiri dan tidak berdasarkan fakta.

Rafizi justeru berkata, beliau menganggap dokumen itu asli kerana perdana menteri tetap berdiam diri berhubung perkara itu dan enggan menjawabnya di parlimen.

'Skrol untuk dijual' di UM, kata siswa

Posted: 10 Jun 2014 09:45 PM PDT

Kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) berang dengan amalan baru apabila graduan dikenakan bayaran untuk mencetak sijil mereka.

Mereka menggelarkan sebagai skim "skrol untuk dijual".

Setiausaha Persatuan Untuk Belia Baru Universiti Malaya (Umany) Joycelyn Chu berkata, universiti memutuskan memulakan perkara itu pada Julai.

Pengurusan kemudiannya hanya akan mengeluarkan sijil dalam bentuk digital sahaja. Versi cetakan hanya akan dikeluarkan jika terdapat permintaan dan dikenakan bayaran.

Menurutnya lagi, bayaran RM50 dikenakan untuk mahasiswa tempatan manakala RM70 untuk mahasiswa antarabangsa.

"Ini nampaknya seperti institusi pengajian tinggi menjual skrol mereka," kata Joycelyn.

Malaysiakini sudah menghubungi Timbalan Naib Cancelor (Akademik) UM Prof Hamdi Abdul Shukor dan masih menunggu jawapannya.

PAS: Hudud di S'gor hanya helah Umno

Posted: 10 Jun 2014 08:47 PM PDT

Bekas pesuruhjaya PAS Dr Abdul Rani Osman berkata Umno hanya bermain helah politik melalui usul berhubung pelaksanaan hudud di Selangor.

Katanya, ia menujukkan Umno dan BN "cakap tak serupa bikin" kerana parti berkenaan sebelum ini menolak apabila usul serupa dibentangkan di Terengganu.

"Jika Umno jujur, kerajaan Umno Terengganu sepatutnya membenarkan perbahasan ke atas usul untuk menyokong hudud. Bagaimanapun, mereka menolak usul seperti itu baru-baru ini (bulan lalu).

"Umno juga menguasai Johor dan ia sepatutnya menyokong hudud dilaksanakan di situ, tapi mereka tidak berbuat demikian.

"Bagi saya, ini hanya satu helah," katanya kepada Malaysiakini.

Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan 2014: PKR tubuh unit khas pantau sabotaj

Posted: 10 Jun 2014 08:45 PM PDT


pemilihan PKR

KUALA LUMPUR – PKR bakal memperkenalkan tiga pembaharuan dalam pemilihan parti itu bagi beberapa cabang di Selangor pada hujung minggu ini bagi memastikan proses pengundian berjalan dengan lancar dan teratur.

Pengarah Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul berkata, dalam usaha untuk membendung usaha sabotaj daripada berulang sekali lagi, pihaknya telah menubuhkan satu unit khas bagi memantau perjalanan pemilihan kali ini dengan menggunakan rakaman video.

"Kita ada satu unit khas yang kita tubuhkan di kalangan kita yang akan memerhatikan malah kita ada pengawasan dengan menggunakan rakaman.

"Kita yakin apa yang berlaku pada masa lalu ialah orang luar yang ambil kesempatan sama ada ia sebagai satu yang dirancang ataupun ada orang hendak sabotaj kita, tapi kita lebih bersedia kali ini," katanya kepada Sinar Harian Online.

Sebelum ini, Johari mendakwa pemilihan parti itu yang berakhir pada 11 Mei lalu dipercayai telah disabotaj oleh beberapa anggota kumpulan kongsi gelap yang menyamar sebagai ahli parti itu dengan menimbulkan kekecohan.Read More / Baca Lagi >>

Kerajaan mesti naikkan harga getah – Mazlan

Posted: 10 Jun 2014 08:38 PM PDT



JERANTUT: Dalam tinjauan Lajnah Tanah PAS Pusat bersama NGO, Muslim Care di sekitar Taman Negara, di kawasan Parlimen Jerantut baru-baru ini mendapati keadaan kehidupan Orang Asal dan penduduk pedalaman begitu perit akibat kadar harga getah begitu rendah sekali. (Gambar atas: Kaum wanita suku kaum Batek menerima sumbangan peralatan solat dan pakaian daripada Muslim Care)

Sehubungan dengan itu, pengerusi lajnah itu, Saudara Mazlan Aliman mendesak Perdana Menteri khususnya Kerajaan Pusat agar menaikkan harga getah sehingga RM4 sekilogram.

"Kami sudah setahun lebih memohon untuk bertemu Perdana Menteri Datuk Seri Najib bagi menyampaikan hasrat besar rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah.

"Namun malangnya sehingga ke hari ini, pihak PM masih belum bersedia untuk menerima kami bagi mendengar sendiri permasalahan rakyat dari golongan penoreh.

"Apapun, kami tidak akan berputus asa untuk terus berusaha untuk menyampaikan sendiri hasrat rakyat dan berharap PM boleh melapangkan masanya," tegasnya.

Mazlan berkata demikian ketika bertemu dengan penduduk Orang Asal di Kampung Berjuang, Batu Balai dan rakyat pedalaman di Pekan Damak.

Ucapan ringkasnya mengenai isu harga getah di dalam satu majlis sumbangan di Pekan Damak yang dihadiri semua kaum turut mendapat tepukan gemuruh. (Gambar kanan: Mazlan Aliman (berbaju putih) ketika menziarahi seorang penduduk Orang Asal di Kampung Berjuang diringi Tok Batin Sudin (berkopiah), Azli (tengah) dan Zulkifli Nani (kiri)

Ini membuktikan isu berkaitan harga getah ini sangat menyentuh hati mereka yang hidup sehariannya sebagai penoreh getah serta berada dalam lingkungan miskin.

Selain Mazlan, turut serta dalam kedua-dua majlis itu adalah Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan Jerantut, Ustaz Yuhanis Ahmad, YDP Kawasan Shah Alam, Azli Yusof dan Ketua Misi Muslim Care, Zulkefli Mohd Nani.

Sepanjang program ziarah itu, anggota rombongan 30 orang itu diiringi oleh Ketua Kampung, Tok Batin Sudin Yoh, 52 yang tidak lekang dek senyuman.

Ketika rombongan menziarahi perkampungan Orang Asal di Kampung Berjuang, ramai dalam kalangan penduduk menyuarakan permasalahan seharian mereka ekoran pendapatan berkurangan dan pada masa sama kenaikan harga barangan yang semakin memeritkan.

"Cuba bayangkan ramai dari kami yang menoreh pokok getah milik orang lain. Hasilnya terpaksa dibahagi dua dengan pemilik, apalah yang boleh kami gunakan dengan pendapatan yang sedikit itu," keluh seorang penduduk di situ.

Menurut Tok Batin Sudin, Orang Asal di Kampung Berjuang seramai 140 orang dari 18 keluarga dari suku kaum Batek berasal daripada Kuala Krau. Menurutnya, mereka datang dan menetap di situ sejak 1968.
Read More / Baca Lagi >>

Pulau syubhat untuk galakkan industri halal

Posted: 10 Jun 2014 08:37 PM PDT


Ada yang bertanya saya, setelah kita ketahui pandangan Majlis Fatwa Eropah (European Council for Fatwas and Research), European Fiqh Council, dan Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain tidak mengharamkan istihalah khinzir yang terdapat bahan perubatan, makanan dan gunaan yang lain, sementara al-Fiqh al-Islamiy berpusat di Jedah pada keputusan tahun 1986 dan sebahagian pembesar ulama Arab Saudi pula mengharamkan gelatin khinzir yang terdapat dalam bahan perubatan dan makanan, apakah pendirian yang wajar kita ambil?

Pada asasnya, istihalah yang telah menukar sesuatu bahan najis kepada bahan yang lain seperti bangkai kepada abu, mayat yang sudah menjadi tanah, arak kepada cuka, baja najis kepada pokok yang subur dan seumpamanya diiktiraf dalam Fekah Islam sejak dahulu.

Cumanya, ada mazhab yang menyempitkan asas istihalah ini seperti Syafi'yyah dan Hanabilah (Hanbali).

Ada pula yang meluaskannya seperti Hanafiyyah dan Zahiriyyah juga Malikiyyah. Tokoh-tokoh muhaqqiqin (penganalisis) seperti al-Imam Abu Bakr Ibn al-'Arabi, Ibn Taimiyyah, Ibn Qayyim, al-Syaukani, Sadiq Hasan Khan dan lain-lain menyokong dan meneguhkan hujah bahawa peroses istihalah boleh menukar najis kepada bahan yang bersih.

Disebabkan umat Islam tidak menjadi pengeluar, kita asyik menjadi pengguna, maka bahan berasal khinzir tersebar begitu luas dalam pelbagai aspek kehidupan manusia; makanan, perubatan, bahan kecantikan dan lain-lain.

Kehidupan manusia, termasuk umat Islam terpaksa berkait dengan bahan-bahan yang berasal dari sumber bahan yang haram. Fatwa dalam hal ini sudah pasti diperlukan

Read More / Baca Lagi >>

Penggulungan Bahas RUU IPTS (Pindaan) 2014 (2)

Posted: 10 Jun 2014 07:34 PM PDT

Ucapan Penangguhan MP Bukit Bintang - Isu DBKL

Posted: 10 Jun 2014 07:34 PM PDT

Ucapan Penangguhan MP Gopeng - Isu Pemandu Lori

Posted: 10 Jun 2014 07:33 PM PDT

Ustaz Ahmad Dasuki Abd Rani | Sambutan Nakbah Palestin

Posted: 10 Jun 2014 07:32 PM PDT

Ibu bapa perlu lebih peka jaga anak

Posted: 10 Jun 2014 07:31 PM PDT

Gobind dan DAP, berhenti meniru gelagat MCA, Gerakan dan MIC

Posted: 10 Jun 2014 07:26 PM PDT

Oleh Ng Kee Seng
Rakyat telah muak dengan janji-janji ketegasan di dalam isu sosio-ekonomi yang dihamburkan Barisan Nasional pimpinan Umno. Mereka tidak perlukan Pakatan Rakyat melakukan perkara yang sama, terutamanya dari kalangan DAP.
Rakyat Malaysia telah jemu dengan gelagat MCA, MIC dan Gerakan ketika berdepan Umno di dalam gagasan Barisan Nasional yang membentuk kerajaan persekutuan.

Mereka akan turut benci sekiranya Pakatan menuju ke arah itu dan dilayan sebegitu rupa oleh DAP dan Pakatan. Selepas Kelantan, kontroversi hudud kini berpindah ke Selangor tetapi Gobind Singh Deo, seperti bapanya, mendiang Karpal Singh, berikrar ia tidak mungkin timbul.
Kali ini bukan PAS tetapi Umno yang memulakan isu perundangan Islam itu, yang berpotensi memecahbelah ikatan politik di negeri ini.
Di dalam kenyataannya, Gobind berkata DAP Selangor akan menentang sebarang langkah memperkenalkan undang-undang hudud di negeri ini.
"Kami di dalam DAP berkata dan mengulanginya, bahawa kami berpandangan sebarang undang-undang melaksanakan hudud menyalahi perlembangaan.
"Kedudukan bagi sesuatu enakmen terhadap undang-undang jenayah hanya mampu diluluskan Parlimen dan bukan di sidang dewan undangan negeri," beliau dillapor berkata oleh Malaysiakini.
Gobind yang juga timbalan ketua DAP Selangor serta ahli parlimen Puchong mengulas laporan Malay Mail Online (MMO) bahawa Umno telah menghantar usul kepada speaker sidang dewan undangan negeri Selangor Hannah Yeoh agar mempertimbangkan perlaksanaan hudud di negeri itu.
Yeoh mengesahkan bahawa ia terkandung di dalam empat cadangan yang diterima beliau daripada BN untuk didebatkan, tetapi memberitahu portal berita itu bahawa beliau tidak dapat memutuskan samada ia wajar dibenarkan.
Read More / Baca Lagi >>

5 isu PTPTN yang harus diberi perhatian

Posted: 10 Jun 2014 07:25 PM PDT

Oleh Edwin Michael
Saya menulis selepas meneliti perdebatan dalam media sosial mengenai beberapa isu hebat melibatkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Saya senaraikan di sini 5 isu penting.

1. Kos pentadbiran 1% - 3% Ada dakwaan bahawa antara sebab utama pihak PTPTN masih mengekalkan kos pentadbiran ini adalah semata-mata mengaut keuntungan. Jika mengambil kira kaji selidik yang telah dijalankan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, 36% daripada 1,053 responden menyalahkan kos pentadbiran tinggi dan tidak adil sebagai sebab kenapa mereka tidak membayar ansuran PTPTN.

Membebankan peminjam dengan mengenakan kos pentadbiran tidak menampakkan satu usaha daripada pihak PTPTN itu sendiri bahawa mereka komited membantu para peminjam membayar balik pinjaman pendidikan mereka. Sekiranya Kementerian Belia dan Sukan pernah menjalankan kaji selidik dalam kalangan peminjam PTPTN untuk mengetahui serta memahami beban para peminjam ini yang rata-ratanya adalah anak muda, mohon dikongsikan bersama. 2. Meja Bulat PTPTN
Pada 11 April 2012, 11 resolusi telah dicapai dalam Meja Bulat PTPTN yang dianjurkan oleh Pemuda Umno. Antara resolusi tersebut adalah mencadangkan bayaran kos pentadbiran 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan dan kaedah menyenarai hitam peminjam yang menyebabkan kebebasan peminjam seperti urusan keluar negara atau membuat lain-lain pinjaman dimansuhkan.
Malangnya, kedua-dua resolusi ini tidak dilaksanakan. Sama ada Pemuda Umno gagal yakinkan PTPTN untuk melaksanakannya ataupun PTPTN menolak mentah-mentah cadangan daripada Pemuda Umno. Akibatnya, anak muda yang tidak mampu membayar balik menjadi mangsa penindasan disini.
3. Caj insuran kepada peminjam PTPTN
Ini antara perkara yang amat tidak adil. Sudahlah mengenakan kos pentadbiran dan kini ditambah pula caj insurans. Atas dasar logik apa pihak PTPTN mengharapkan para peminjam memiliki motivasi tinggi membayar kembali pinjaman ini?
Read More / Baca Lagi >>

Imej Umno, istana rosak akibat kontroversi enakmen hartanah Johor, kata penganalisis

Posted: 10 Jun 2014 07:15 PM PDT

Majlis Diraja Johor menafikan pembabitan Sultan Johor dalam pembentangan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.Majlis Diraja Johor menafikan pembabitan Sultan Johor dalam pembentangan rang undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor 2014. Gambar fail The Malaysian Insider.Walaupun pindaan kepada enakmen hartanah Johor diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri (DUN)  Isnin lalu, yang mengeluarkan kuasa Sultan daripada pentadbiran negeri, penganalisa politik berkata, kontroversi itu merosakkan reputasi kedua-dua pihak, istana dan Umno yang memimpin Barisan Nasional (BN).
Penganalisis berkata, isu itu juga mendedahkan betapa rapuhnya sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen di Malaysia.
Pengarah Pusat Inisiatif Polisi, Dr Lim Teck Ghee, berkata penafian oleh Majlis Diraja Johor mengenai Sultan Johor tidak terlibat dalam pembentangan rang undang-undang kontroversi itu menuding jari ke arah Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin sebagai pihak yang bertanggungjawab.
"Jika MB gagal untuk menafikannya, ia akan membawa kepada kebimbangan ahli-ahli politik berkepentingan daripada Umno juga terlibat dalam pembentangan rang undang-undang tersebut.
"Apa pun kebenarannya, kerosakan sudah berlaku, kerana rakyat kini sedar tentang perebutan hangat sedang berlaku di belakang tabir untuk mengawal atau memanipulasi pasaran hartanah, dan ia bukannya berlaku bagi kepentingan rakyat, tetapi kepentingan peribadi," katanya kepada The Malaysian Insider.
Lim berkata, walaupun perubahan dilaksanakan di mana kuasa Sultan Johor ke atas lembaga perumahan yang dicadangkan sama ada dibataskan atau dihapuskan, ia masih tidak diketahui jika ia akan membataskan penglibatan Sultan dalam pentadbiran negeri berkaitan  hartanah.
"Walaupun adanya penambahbaikan berbanding rang undang-undang yang terdahulu, 'tangan-tangan' yang tidak diketahui akan cuba mempengaruhi atau memutarbelitkan badan undang-undang baru tersebut.
Read More / Baca Lagi >>

ANTARA ULAMA DAN RAJA

Posted: 10 Jun 2014 07:02 PM PDT

Oleh : SH Alattas
"Alangkah baiknya seorang raja yang berada di pintu para ulamanya dan alangkah buruknya seorang ulama yang selalu berada di pintu para rajanya."
Hadith Nabi SAW

ALFATIHAH kepada Baginda Rasul SAW, kaum keluarganya, sahabat-sahabatnya dan para wali Allah yang nama-namanya tersebut dan tidak tersebut di dalam bab ini. Dan Al-Fatihah juga ke atas roh-roh para ulama yang telah terkorban dalam perjuangan menegakkan agama Allah yang maha suci. Alfatihah....

Pada hari Jumaat dalam bulan November tahun 1988, dengan izin Allah saya telah berpeluang menziarahi makam seorang "ulama besar " seorang Wali Allah Almarhum Tuan Syekh Abdul Wahab di Babussalam, Tanjungpura, Langkat. Saya berziarah ke sana bersama dengan Tengku Tahura selepas kami menziarahi makam ayahandanya Pengiran Amir Hamzah di pekarangan masjid Azizi Tanjung Pura.

Melawat makam ulama dan Wali Allah ini menjadi amalan saya. Saya telah menziarahi makam Rasulullah SAW di Madinah dan juga makam imam-imam besar termasuk makam imam Ali bin Abi Talib ra. dan makam Imam Hassan ra. makam imam Hussein ra. di Kaherah, Mesir dan di Karbala, Iraq. Ini kerana kepala baginda dimakamkan di Kaherah, sementara tubuh Baginda pula di Karbala. Begitu juga dengan makam Imam Ali Az Zainal Abidin Hussein ra. di Madinah dan makam-makam Syaidina fakil mukadam Muhamad Bin Ali Balawi para ahlul bait, Imam-imam besar yang lain-lain: Imam Malik, Imam Hambali, Imam Shafie, Al Ghazali dan raja segala wali Sheikh Abdul Qadir Jailani di Baghdad. Saya sentiasa memuliakan para wali Allah kerana mereka itu mempunyai kekeramatan yang Allah anugerahkan kepada mereka. Maka itulah di antara sebab saya ke Babussalam terlebih dahulu sebelum saya menulis buku ini untuk mengharapkan berkat dari Wali Allah yang telah membimbing dan memberi petunjuk kepada raja-raja.

Setibanya kami di Babussalam, rombongan kami diberikan sambutan mesra oleh ahli waris tuan Syekh tersebut. Seperti makam-makam wali Allah di Negara Islam yang lain, saya dapati ramai yang berziarah duduk membacakan ayat-ayat suci Al-Quran di makam tersebut.

Setiap hari orang ramai datang berpusu-pusu untuk berziarah ke makam ini seolah-olah seperti ada pesta. Selalunya tak kira puluhan atau ratusan tahun para wali keramat itu dikebumikan. Namun yang hidup masih tetap merasakan yang Roh Almarhum itu ada disitu menyambut orang yang menziarahinya dan ramai manusia yang tumpang hidup dengan berkat dan kemuliaan wali Allah yang sudah berpindah ke alam baka.

Tengku Tahura memperkenalkan saya kepada Tuan Syekh sebagai seorang penulis buku dari Malaysia. Cucu Tuan Syekh di Babussalam juga mempunyai status sebagai Tuan Syekh dan mempunyai ramai murid-murid. Saya menghulurkan tangan dan kami bersalam. Seperti guru-guru tarikat yang pernah saya kunjungi, Tuan Syekh ini bersikap merendah diri (tawathuk) dan begitu menghormati orang yang datang menemuinya.

Saya sungguh merasa bangga dan terharu sewaktu mengunjungi Tuan Syekh dan keluarganya ini. Layanan yang diberikan sungguh istimewa dan memeranjatkan saya. Walaupun pertama kali menatap mata dan bersentuhan tangan, tetapi kemesraan yang terlahir seperti antara kami sudah kenal sejak lama dulu. Rasanya hati antara kami seperti terus terikat kepada satu batang dan dengan seutas tali yang sama.
Read More / Baca Lagi >>

‘Mungkin Zahid yang ugut gangster berpihak kepada BN di Teluk Intan’

Posted: 10 Jun 2014 06:55 PM PDT


tony impian srwk

KUALA LUMPUR, 10 JUN: "Karut dan merepek," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua ketika diminta mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi hari ini, berhubung kemenangan BN pada Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan.
Menurut laporan The Malaysian Insider, Zahid mendakwa BN menang pada PRK itu selepas beliau memberi amaran secara peribadi kepada ahli-ahli kongsi gelap di sana agar tidak menakutkan pengundi supaya memilih Pakatan Rakyat.
"Saya beri amaran kepada kongsi gelap kerana saya kenal muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan. Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengugut, mengarah, dan memberi amaran kepada pengundi di Teluk Intan," katanya seperti yang dipetik portal berita tersebut.
Tony Pua yang juga Pengarah Pilihanraya DAP bagi PRK itu menyangkal kenyataan tersebut yang seolah-olah memberi gambaran DAP dan Pakatan Rakyat mempunyai hubungan dengan kongsi gelap.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid congek ekor di parlimen mengenai PRK Teluk Intan

Posted: 10 Jun 2014 06:53 PM PDT

Sedap juga tengok Zahid Hamidi "congek ekor dan angkat jambul" dalam parlimen semalam mengatakan kemenangan calon BN, Mah Siew Keong dalam pilihan raya kecil Teluk Intan kerana dia telah beri amaran kepada gangstar agar tidak campur tangan dalam pilihan raya berkenaan.

Katanya dia kenal seorang-seorang muka gangstar di Teluk Intan dan juga bokie - kaki judi baik di Teluk Intan, Ipoh ataupun di Pulau Pinang. Hebat menteri KDN ini.

"Saya beri amaran pada kongsi gelap kerana saya tahu muka setiap seorang itu, apa yang dilakukan.
Disebabkan amaran itu mereka tidak campur tangan langsung daripada segi mengarah, dan memberi amaran kepada pendundi di Teluk Intan," katanya.

Menurut Zahid mulanya DAP meramalkan mereka akan menang pilihan raya kecil Teluk Intan itu dengan 12,000 majoriti, kemudian 6,000 kemudian 2,000 undi, akhirnya kalah dengan 236 undi.

Saya tersenyum mendengar dakwaan Zahid tentang perkara ini. Ada logiknya juga kalau gangstar
terlibat dengan sesuatu pilihan raya. Ini kerana bukan sahaja di kalangan orang Cina dan India tetapi orang Melayu juga ada gangstar.

Gangstar Melayu ini terlibat mengugut dan mengarahkan orang agar undi Umno sejak tahun 1959 lagi. Saya masih ingat di Kelantan macam mana samseng tahi minyak pemuda tahan lasak Umno akan menempelang dan beri penampar Jepun kepada sesiapa yang tidak mahu mengundi kapal layar (Perikatan).

Atau mereka akan ramai-ramai menyerbu rumah penyokong Pas dan membuang tangga dan "melembe" (meruntuhkan) jemburan.

Read More / Baca Lagi >>

JK Hudud bebas politik kata Jamil Khir

Posted: 10 Jun 2014 06:46 PM PDT

Dr Asri: Ilmu fekah itu luas, tak perlu hina Qardhawi

Posted: 10 Jun 2014 06:45 PM PDT