Followers

Nuffnang

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:58 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Kos SAR MH370 berjumlah RM27.6 juta!

Posted: 09 Jun 2014 08:20 AM PDT



Kerajaan hari ini mengumumkan kos operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 untuk fasa pertama setakat ini adalah berjumlah RM27.6 juta.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jumlah tersebut digunakan untuk membiayai kos makan dan minum anggota pasukan SAR serta kos bahan api aset yang digunakan.

Beliau berkata, bagaimanapun, kos operasi pasukan dari negara lain ditanggung sendiri oleh negara-negara tersebut.

P/S : Selepas tiga bulan, Hishamuddin dan Kerajaan tidak pernah berundur walau setapak.

Pelbagai teori dan andaian tidak mengganggu tumpuan sebaliknya tambah menguatkan semangat dan iltizam Kerajaan.

Ada kawan mengatakan, keputusan PRK Teluk Intan sebahagiannya kerana komitmen Kerajaan dan Hishamuddin.

Cina Cina Teluk Intan terpaut dengan keikhlasan Kerajaan dalam menangani MH370 dan melayan kaum kerabat mereka yang tinggal. Mereka bandingkan pulak dengan DAP dan kuda kuda mereka yang jadikannya bahan politik kepartian sedangkan tiada sebarang bantuan diberikan.

Wasabi Oyabun..

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TARIK BALIK PROJEK IPP KEPADA YTL BERI TERUS KEPADA TNB

Posted: 09 Jun 2014 08:47 PM PDT



Untuk mereka yg mungkin terlepas atau tak sempat membacanya di laman lain :
Let us share this e-mail received from a media friend, below:

Dear Editor,

I read in awe the comments made by Tan Sri Francis Yeoh (FY) reported in your Malay Mail Online Portal on Tuesday, 3rd June 2014, and several other newspaper including The Malaysian Reserve and The Edgedaily, quoting him at Pemandu's Global Malaysia Series Forum at the Securities Commission.

Francis Yeoh is probably the last person qualified to comment on cronysim, racial and religious rhetorics. For someone whose family is one of the biggest beneficiary of crony capitalism, political corruption and high handed business tactics, Francis Yeoh should just keep his fake views to himself and continue planning his transfer of wealth overseas.

Lets recap how FY and YTL "won" the first IPP in the country in 1994.

All you have to do is read the Memoirs of Tan Sri Ani Arope to know first hand of how high handed Francis Yeoh bulldozed his way through his IPP which has cost the Malaysian citizens billions of Ringgit. Its the same billions which Francis Yeoh has now transferred abroad acquiring assets in UK, Australia and Singapore, all from the grossly inflated electricity tariff YTL got in 1994 on the back of the power crisis in 1992.

Francis Yeoh called the IPP as "innovation". I and most Malaysian citizens would call it daylight robbery.

The innovation was to produce electricity at 23 sen, sell it at 30 sen, when TNB was producing it at 8 sen and selling it at 17 sen. Innovation was land-grabbing the Paka and Pasir Gudang sites from TNB and building his IPP. Innovation was arm-twisting Petronas to sell gas at a huge subsidy. Innovation was forcing through a "take or pay" mechanism in the Off-take Agreement. Innovation was bulldozing through the IPP via EPU through whatever means to get the sweetheart deal. Innovation was forcing Tan Sri Ani Arope, the TNB CEO then to resign for refusing to accept YTL's terms.

Francis Yeoh is probably the only Chinese who dared walk through like a King into an UMNO General Assembly those days to see the Prime Minister and nobody dared questioned him or stopped him.

Lets move on to the Express Rail Link which is also another innovation by FY which he touted as a runaway success without government help.

Oh, he forgot to mention and most people didnt know that RM5 of every passenger airport tax paid by travellers going through KLIA is paid to ERL even though less than 5% of them uses the ERL to get to KLIA.

And not to forget that the government paid RM100m for the recent extension of ERL to KLIA2, and the passengers now to pay an extra RM2 to get to KLIA2 to cover the costs of the extra trip to KLIA2.

Perhaps we should give FY the "Malaysian Innovator of the Century" for all the "innovation" he had done that ripped off billions of Ringgit of taxpayers money including mine.

Now lets move to the topic of racism.

Can FY come clean on how many Malays and Indians YTL Group has employed? I would like to see it broken down by category of senior management, management and kulis. Its the same FY who employed a token Malay as Executive Director in his Group who doesnt have to actually go to work, so he wont learn their trade secrets.
On corporate governance, YTL has the infamous Kitchen Board comprising of family members only that meets and decide on key things. The formal Boards of his listed companies only meet to rubber stamp decisions and tick their attendances for publishing in the annual report.

Francis Yeoh participated in a recent forum of Top 50 PLCs chaired by the Prime Minister at the Securities Commission recently.

At the session, a study on graduate employment by 2 lecturers (Dr Lee Hwok Aun and Dr Muhammad Abduk Khalid) in University Malaya was tabled, which highlighted how malay graduates are discriminated against in job applications.

It was Francis Yeoh his most eloquent, when he was asked to give his views. He managed to say about 5 words and "innovated" his way out by changing topics.

Francis Yeoh's latest innovation is to now team up with royalties for business.

This is after years of currying favours from politicians until his true self showed up and no politicians wanted to have anything to do with him.

After he bad-mouthed Tun Dr Mahathir to just about everybody who cared to listen, the same Tun Dr Mahathir who made him a billionaire many times over. After years of loathing the royalties, now they are his favourite people.

But things didn't go according to plan. After losing out in the Project 3B IPP tender, FY managed to "innovate" his way through bypassing the open tender method to win Project 4A just days ago.

Another brilliant innovation by FY is to metamorphose YTL from a mere Chinaman contractor turned power producer to also now be a brilliant telecommunications company. How much did you pay for the 4G licence Francis Yeoh?

And also the highly inflated Bestarinet project to wire up all the schools in the country, so that you can plant your base stations paid for by the people! Another brilliant innovation by YTL should be your company tagline, no need to hire a bumiputera PR company to come up with a tagline for you.

And what about KTM land in Sentul FY? I suppose taking land from a bleeding KTM at rock bottom price makes you a national saviour?

After benefitting from all these sweetheart deals, you later called for "brutal competition" as the only way for the country to progress.

When you get all these deals, its innovation and entrepreneurship, when a bumiputera like Tan sri Syed Mokhtar gets them, its cronyism and unfair privileges for the bumiputeras.

You criticised the affirmative action plan which is a national policy giving unfair advantage to the bumiputera, but i can assure you that all the small contracts handed out to the small contractors the last 21 years since you got your innovative IPP does not even come close to the contracts and businesses YTL has got from the government and the people

I can go on and on, and i am sure there are many more people who knows more than me who can add to it. Not enough in attacking and insulting our intelligence, FY is also now attacking bumiputeras, saying the non-bumis now have no chance in business in Malaysia.

My message to Francis Yeoh is maybe its time for you to sell out the remaining 15% of business which are still in Malaysia and start packing your bags to move to UK. A lordship awaits you in the land of the fair.

Anak Malaysia

CHEGU BARD BAKAL SERTAI UMNO?

Posted: 09 Jun 2014 06:34 PM PDT



Ahli PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard tidak akan berdiam diri daripada daripada membangkitkan isu penyelewengan berkaitan dengan pemilihan parti 2014, meskipun sedar beliau bakal disaman atau dipecat keahlian parti.
"Maaf saya tak boleh diam…saya dah cuba tapi tak boleh diam…saya mungkin akan disaman muflis..mungkin akan dibuang parti..tapi saya janji akan tinggalkan cerita perlawanan buat anak cucu saya.
"Mungkin saya akan dipanggil pengkhianat…menyusahkan..agen atau apa sahaja..tapi maaf saya dah cuba tapi tak mampu diam,"katanya dalam laman sosial, CheGuBard.
Menurut Chegubard peristiwa pengerusi lembaga rayuan pemilihan PKR, Abd Malek Hussin 'membaling wang' memang benar-benar berlaku dalam mesyuarat Biro Politik parti.
"Kejadian baling duit dalam Biro Politik..ramai saksi..tapi sampai sekarang diam..meraka itulah harapan tertinggi parti yang hendak ambil alih negara tapi mereka diam…mungkin kerana nam selesai senyap-senyap dan bagi ruang tindakan dalaman,"katanya lagi.
Pada 28 Mei lalu, laman sosial 'Saifuddin Nasution 4 Timbalan Presiden PKR 2014' mendedahkan dalam satu mesyuarat yang turut dihadiri oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Wanita, Zuraida Kamaruddin berlaku insiden Malek Husin melemparkan wang di atas meja.

Namun, dakwa laman sosial itu, Timbalan Presiden, Azmin Ali tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.
"Mesyuarat yang dihadiri oleh DSAI, Zuraidah dan lain-lain pimpinan tanpa kehadiran Azmin Ali telah "terpegun" apabila saudara Malik Hussin telah "melemparkan" sejumlah wang rasuah ke atas meja," dedah laman sosial itu.
Mengambil tanggungjawab tersebut, Chegubard tampil membuat aduan bertulis kepada parti pada 5 Mei.
Chegubard dilaporkan Malaysiakiniberkata Abd Malek Hussin telah menolak rasuah oleh Ketua Cabang Kota Raja, Dr Xavier Jayakumar dan "bosnya".
"Bosnya" itu mungkin Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, lapor Malaysiakini yang memetik kenyataan Chegubard.
Sambil menyifatkan khabar angin itu sebagai "memalukan", Chegubard menggesa Presiden PKR, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Dr Tan Kee Kwong supaya menyiasat kebenaran isu tersebut.

Selangorkini turut melaporkan selain Chegubard melaporkan isu rasuah semasa pemilihan parti, Pengerusi SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) itu juga turut membuat laporan tentang Azmin Ali.
Chegu Bard mendakwa Azmin pernah menghina presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah di TV3, pada tahun 2013.
Menurut Selangorkini, aduan yang dibuat Chegubard itu sebagai peringatan kedua selepas tiada sebarang tindakan diambil selepas aduan pertama dibuat oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Balik Pulau, Azizan Abd Rahman.
Satu sumber rapat dengan Chegubard berkata, kenyataan Azmin kepada media arus perdana itu menyerang presiden parti itu berkaitan dengan dakwaan mengamalkan nepotisme dalam menguruskan parti.
"Dalam aduan Azizan sudah sebut dengan jelas, Mohamed Azmin adalah anggota Biro Politik dan beliau seharusnya boleh menggunakan saluran biro itu sendiri atau Mesyuarat Perhubungan Negeri (MPN) bukan secara terbuka," kata sumber itu kepada Selangorkini.
Selain itu, dalam Chegubard dalam surat berkenaan turut menuntut tindakan diambil terhadap pihak di dalam Biro Politik yang membocorkan minit mesyuarat parti.
"Seorang pemilik akaun facebook digantung keahliannya, tetapi seharusnya pihak yang dikatakan pro Azmin yang membocorkan minit mesyuarat terbabit juga perlu diambil tindakan," katanya.





The Malaysian Insider Tukar Pemilik?

Posted: 09 Jun 2014 05:00 AM PDT

Ketua editor Malaysian Insider hari ini membuat pengumuman yang agak mengejutkan.


Perkara ini disahkan sendiri oleh fz.com salah satu cabang media The Edge.

KUALA LUMPUR (June 9): The Edge Media Group (TEMG) has acquired the popular news portal www.themalaysianinsider.com (TMI).

TEMG Publisher and Group CEO Ho Kay Tat says the purchase of TMI will enhance TEMG's presence and reach in the digital media space. The website has the second highest traffic among the pure digital local news portals in Malaysia.

"As an integrated regional media group we are always looking for opportunities to diversify our media platforms and we are happy to now have The Malaysian Insider as part of our portfolio," says Ho.

In Malaysia, TEMG has both print and digital titles - The Edge business and investment weekly, The Edge Financial Daily, Personal Money and the

websites www.theedgemalaysia.comwww.theedgeproperty.com and www.fz.com.
Outside of Malaysia, it has The Edge print weekly in Singapore and its website www.theedgesingapore.com.

Last year, TEMG launched the first digital only regional weekly news magazine The Edge Review, which reports extensively on socio-economic and political developments in southeast Asia.
"The purchase of TMI follows that of our purchase of a minority stake in the business radio station BFM in 2013," says Ho.

"Our decision to invest in BFM and now to buy TMI was also driven by the fact that we share the same vision and editorial values to promote fairness, moderation and inclusive socio-economic development."

TEMG is independent of any political, racial or religious group and is committed to report, analyse and explain the news accurately, fairly, and intelligently as this is what the public expects of a credible media.

Jahabar Sadiq, CEO and Editor of TMI, has welcomed TEMG as its shareholder.

"We welcome TEMG as our new shareholder and we welcome their commitment to the same ethos that has made The Malaysian Insider a credible news portal since our inception in February, 2008," says Jahabar, who will continue to lead the TMI editorial team.

Sumber: http://www.fz.com/content/edge-media-group-buys-malaysian-insider#ixzz348RzSibj


*Berita baik atau berita buruk? Timbang-timbangkan....


JANGAN KOMEN KALAU JAHIL

Posted: 09 Jun 2014 02:23 AM PDT






The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Rumah murah LGE tak buat, Lagi mahu roboh kg Melayu!

Posted: 09 Jun 2014 07:30 PM PDT

Satu notis telah dikeluarkan buat kali ketiga oleh Pejabat Tanah Daerah TIMUR LAUT kepada penduduk Kampung Pokok Assam, Jelutong agar mereka segera berpindah dan mengosongkan perkampungan yang sudah didiami lebih 50 tahun itu. Tarikh akhir kampung tersebut perlu dikosongkan adalah 9 Julai 2014.

BERITA TERDAHULU DI SINI

Adalah difahamkan pihak pemaju, NOVA MULIA telah MENGARAHKAN PEJABAT TANAH DAERAH TIMUR LAUT agar segera mengusir penduduk Kampung Pokok Assam itu.

Ketika PRK Bukit Gelugor di mana Kampung Pokok Assam merupakan sebahagian daripada kawasan Parlimen itu, usaha menghalau penduduk kampung disenyapkan buat seketika. Malah penduduk kampung juga dijanjikan dengan pelbagai perkara, termasuklah dibenarkan menetap di tapak tersebut selagi mereka membayar cukai tanah.

Biarpun telah diberitahu bahawa segala janji berkenaan adalah BOHONG semata-mata, namun kebanyakan penduduk kampung optimis, Lim Guan Eng dan DAP akan mengotakan janji mereka, apatah lagi keputusan merampas tanah tersebut dan menjualnya kepada pihak pemaju, berada di tangan Kerajaan Negeri.

Dan seperti yang dijangkakan, kemenangan Ramkarpal Singh Deo, anak Karpal Singh dalam PRK Bukit Gelugor turut membawa masalah baru kepada penduduk Kampung Pokok Assam. Mereka tetap dihalau dan kali ini, mereka dihalau seperti anjing kurap.

Baca sepenuhnya di Selangor Chronicle SINI


Itulah Bukit Gelugor ... kenapa tak undi Dato Huan? DAP hanya utamakan pemaju dan bukan rakyat....







Kenaytaan anak Karpal hanya berpura-pura ...


Sebab kerajaan Pulau Pinang tak mahu bina rumah murah atau mampu milik untuk rakyat.




Banyak lagi kerosakkan dia lakukan terhadap Pulau Pinang.




Tak cerita pula penindasan pada rakyat khususnya kaum Melayu dan India.


Dia mahu rakyat sujud padanya.

Ronnie Liew niaga pelacur, Guan Eng cukai katil

Posted: 09 Jun 2014 05:37 PM PDT


Baca balik kisah Ronnie Liu di SINI dan cukai katil LGE SINI

Malah di Telok Intan pun nama kesan DAP setahun mentadbir. Rumah urut merata untuk bandar yang kecil.

Betul ... kenapa kerajaan BN Perak tak tutup?

Bukan senang nak tutup. Perlu ada pelanggaran syarat baru boleh ambil tindakan. Bukan senang untuk dapatkan sumber biayai intip dan tangkap.

BEBAL COUNCIL: Pembangkang saja ada hak asasi manusia untuk saman fitnah media?

Posted: 09 Jun 2014 02:30 AM PDT


Bebal betul Majlis Peguam ...layak dipanggil BEBAL COUNCIL

Ini mesti kes dah terlalu banyak alcohol dalam badan. Maklumlah mereka ini majlis bar yang jual arak. Langsung otak pun tak berapa jelas berfikir.


Anwar tak ditegur nak saman media dari tanya soalan saja tapi Najib ditegur sebab saman pemfitnah. Hmmm ... baca Cucu Tok Selampit berikut:
Ahli politik dan pegawai kanan kerajaan patut menerima kritikan umum sebagai sebahagian daripada kehidupan politik dan bukan menyaman pengkritik mereka, kata Badan Peguam Malaysia.
"Mereka patut menerima komen tidak menyenangkan, tidak kira berapa pedas, jelik atau tidak benar, kerana ia sebahagian rintangan semula jadi dalam kehidupan politik awam, selagi tidak menjejaskan kehidupan peribadinya," kata presidennya Christopher Leong. - Sumber: Malaysiakini.
Presiden Badan Peguam Malaysia berkenaan amat 'bias' dan bersikap 'double standard' ketika menegur Datuk Seri Najib Razak, atas kapasiti peribadi, yang sebelum ini memutuskan untuk menyaman Malaysiakini ekoran kompilasi komen pembaca dalam dua artikel berkaitan krisis Terengganu. Mungkin beliau lupa atau buat-buat lupa apabila dari tahun 2009 hingga tahun 2014, terdapat 14 kes saman yang dikemukakan ke atas media cetak oleh pemimpin-pemimpin pembangkang.
Kenapa Badan Peguam Malaysia tidak bertindak menegur pemimpin-pemimpin pembangkang ini sewaktu mereka menyaman media sebaliknya hanya memberi perhatian kepada saman Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak?
Baca sepenuhnya di Cucu Tok Selampit SINI

Kalau macam begini otak Majlis Peguam, ia bermakna pembangkang boleh menipu tapi tak boleh disaman. Kerajaan boleh difitnah tapi tak boleh betulkan diri sendiri.

Kata hak asasi manusia tapi PM tak ada ke hak asasi?

Apa punya gila lojik Majlis Peguam? Mereka ni terlalu lama di Bar hingga hilang akal ke?

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dr Maza jawab Ustaz Kazim Elias mengenai isu DNA babi

Posted: 09 Jun 2014 11:05 PM PDT

Dr Maza jawab Ustaz Kazim Elias mengenai isu DNA babi
Dr Mohd Asri Zainul Abidin - Gambar Fail

SAYA terkejut dengan seorang penceramah agama yang dikenali mengulasisu kenyataan al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawimengenai kesan DNA khinzir dalam makanan dan bahan yang terdapat secara meluas di dunia hari ini. Jika kita dengar ulasan penceramah tersebut seakan Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah yang terdiri dari ramai tokoh ilmuwan antarabangsa, beberapa persidangan Fekah di peringkat antarabangsa dan lain-lain yang mengharuskan itu tidak tahu bahawa babi itu haram.

Bagi menyokong hujahnya, penceramah itu secara 'janggal' menyebut empat-empat mazhab mengharamkan babi. Katanya pula, ulama hanya khilaf tentang kulit babi.

Saya ingin katakan, pertama, sesiapa yang ingin mengulas sesuatu hendaklah mempunyai ilmu pengetahuan tentang apa yang dia ulas. Jika tidak ia hanya menampakkan kedangkalan diri dalam dunia ilmu yang luas.

Dr Yusuf al-Qaradawi, Majlis Fatwa Eropah, Persidangan Fekah Perubatan yang berlangsung di Morocco pada tahun 1997 dan lain-lain bukan tidak tahu bahawa babi itu haram. Namun isu yang dibahaskan ialah istihalah yang telah merubah sifat sesuatu bahan. Para ulama dalam pelbagai mazhab Islam mempunyai perbezaan pendapat dalam hal ini.

Isunya, bukan ingin makan seketul babi goreng ataupun sup babi, tetapi ingin memakan coklat, ataupun biskut tapi terdapat kesan DNA babi disebabkan bahan tertentu yang asal-usulnya babi namun telah berubah sifat kimianya.

Adapun kenyataan beliau bahawa mazhab empat mengharamkan khinzir amatlah canggung. Beliau hendaklah tahu bahwa bukan setakat empat mazhab, bahkan semua mazhab termasuk al-Auza'i, al-Thauri, Laith bin Sa'd, Zahiri, Zaidi dan lain-lain semuanya mengharamkan khinzir. Ia ijmak. Namun, bukan itu isunya. Apa yang dibincangkan isu istihalah.

Adapun kata beliau khilaf ulama hanya tentang kulit babi, sebenarnya bukan sahaja tentang kulit babi, tapi juga tentang tulang dan bulu. Apakah boleh dibuat sesuatu yang bermanfaat, seperti kasut ataupun bone china seperti hari ini ataupun tidak boleh? Walaupun banyak imam yang melarang perkara itu, tetapi ramai juga para imam yang membolehkan. Contoh boleh lihat nukilan al-Imam Ibn Qudamah dalam al-Mughni yang menyebut beberapa pendapat.

Jika kita semak pendapat yang membolehkan itu dipertahankan oleh beberapa tokoh ulama termasuk al-Imam al-Syaukani.

Sebenarnya, masalah istihalah babi ini masalah khilafiyyah. Ada yang membolehkan seperti Majlis Fatwa Eropah, al-Qaradawi, Persidangan Fekah Perubatan di Morocco 1997 dan lain-lain. Ada pula yang mengharamkan seperti Majma al-Fiqh al-Islami di Jeddah, Arab Saudi.

Bukan orang Islam nak disuruh ternak babi, tapi sarjana fekah membincangkan bahan yang berubah tapi asal-usulnya ada kaitan dengan babi.

Ini boleh difahami juga seperti rakyat muslim Singapore yang meminum new water iaitu air najis yang telah dirawat menjadi air bersih yang digunakan di Singapore sekarang. Bukan mereka nak minum najis, tetapi air itu asal bernajis namun telah dirawat dan dibersihkan.

Kita mengingatkan semua pihak, termasuk diri kita bahawa berceramah satu kebolehan yang lain, mungkin ia dibantu oleh kepetahan, jenaka dan lain-lain. Namun hendak membincangkan isu ilmu hendaklah berasaskan maklumat dan pengetahuan.

Sekali lagi, hal ini khilaf pendapat dalam kalangan ulama. Setiap orang membaca, meneliti dan mengikut apa yang dia yakin lebih diredhai Allah untuk dirinya. Fatwa ini dibincangkan oleh para sarjana Islam moden sebab bahan berkena kepada banyak produk yang wujud terutama mereka yang hidup di negara minoriti muslim. Sementara sifat Islam itu memudahkan umatnya yang dalam kesulitan. Kita juga perlu ingat hal ini berlaku apabila kita tidak menjadi pengeluar dan asyik jadi pengguna.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Abby Abadi Akhirnya Pasrah Tiada Harapan Rujuk

Posted: 09 Jun 2014 10:08 PM PDT


Diterbitkan: Selasa, 10 Jun 2014 12:57 PM


Saat bahagia Abby dan Farhan.
  (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Hasrat pelakon Abby Abadi yang masih menanti sinar agar dia dan Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24,  kembali rujuk terpaska dilupakan kerana perkara itu tidak mungkin berlaku.

Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan, 37, dalam status terbaharu Instagram miliknya berkata, sekiranya perkara itu terjadi, ia merupakan satu keajabian kepadanya.

"Apa yang boleh saya katakan kalau berbaik memang 'keajaiban' berlaku. Jika sebaliknya, Allah lebih mengetahui apa yang diatur untuk saya. Saya reda," ujarnya dalam kapsyen status berkenaan.

Menerusi Instagram itu Abby turut memuat naik gambar lukisan anak keduanya iaitu Marissa Dania Hakim, 9, yang menggambarkan hubungan cinta ibunya dengan Muhammad Noor Farhan dahulu dan terkini.

Lakaran yang dibuat oleh anak Abby iaitu Marissa Dania Hakim


Sebelum ini Abby turut memuat naik rakamkan video anak-anaknya yang menuntut agar Muhammad Noor Farhan yang dipanggil Abi agar pulang ke rumah.

Dalam pada itu Abby berkata, Dania ada memberitahu bermimpikan bapa tiritnya.

Sebaliknnya Abby berkata, dia dapat rasakan Farhan lebih bahagia di luar sana dan dia tidak meletakkan apa-apa harpan lagi terhadap rumah tangga mereka.

Abby juga turut mengulas luksian yang dimuat naik dalam Instagramnya itu adalah hasil tulisan tangan anaknya dan bukan dia yang brbuat demikian untuk meraih simpati terhadap pemuda itu.

Malah Abby turut menjelaskan, pekahwinannya dengan Farhan  bukanlah paksaan mana-mana pihak sebaliknya atas kehendak mereka berdua.

"Benda ni baru sangat takkan saya takde perasaan boleh lupa terus sekelip mata. Saya reda, tiada jodoh itu kuasa Dia. Saya tak pertikai pun," ujarnya membalas komen pengikut laman sosialnya itu.

Terdahulu Muhammad Noor Farhan dilaporkan telah melakukan dua kali lafaz cerai terhadap Abby termasuklah salah satunya tidak dimaklumkan kepada mahkamah.


Abby dan Muhammad Noor Farhan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada 29 Mei lalu bagi mendengar permohonan lafaz cerai.


Sehubungan itu Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan 11 Jun depan bagi mendengar permohonan lafaz cerai kali pertama pemuda berkenaan ketika pelakon itu hadir bagi melaporkan lafaz cerai yang dibuat kali kedua.

Abby dan Muhammad Noor Farhan bernikah pada 9 Julai 2013 iaitu sehari sebelum menjelangnya Ramadan. Mereka bernikah di Selatan Thailand.

Ia merupakan perkahwinan pertama bagi Muhammad Noor Farhan dan kedua bagi Abby.

Sebelum ini Abby pernah bernikah denagn pelakon Norman Hakim dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, 11, Marissa Dania Hakim,9, dan Maria Danisha Hakim yang berusia enam tahun.

Kompresor Angin Jadi Hadiah Hantaran Perkahwinan

Posted: 09 Jun 2014 08:40 PM PDT


Kompresor angin yang dihiasi reben merah merupakan hadiah hantaran unik untuk bakal suami pengantin perempuan ini.




PETALING JAYA: Lupakan soal kek dan sirih junjung, seorang pengantin perempuan memberikan bakal suaminya hadiah perkahwinan paling bermakna iaitu sebuah kompresor angin.

Gambar hadiah hantaran unik itu menjadi viral di laman sosial sejak Isnin.

Beberapa perkakasan pertukangan yang dihias cantik di atas dulang turut menjadi sebahagian daripada hadiah hantaran pasangan itu.

Bagaimanapun memandangkan kompresor angin itu terlalu besar untuk diletakkan di atas dulang hantaran, ia hanya diikat dengan reben merah beserta bunga.

Hasil pemeriksaan, gambar berkenaan bukanlah baharu kerana ia turut tersebar dan menjadi perbualan ramai sejak 2013.

Namun ia dikongsi semula pada Isnin dan kembali menjadi viral apabila lebih ramai pengunjung laman sosial menjadikan gambar berkenaan sebagai bahan gurauan.

Masa depan Dyana dan bondanya

Posted: 09 Jun 2014 07:25 PM PDT


SUBKY LATIF | .

SELEPAS Dyana Sofya tewas nipis dalam PRK Teluk Intan, orang mula beertanya akan masa depan politiknya dan juga masa depan poliik ibunya.
   
Ada yang meramalkan Dyana akan meninggalkan DAP seperti yang diagak oleh seorang raja yang pernah diberi kedudukan tinggi dalam pimpinan DAP dan sepenggal senator. Dia sangka Dyana juga sepertinya tidak berpolitik lagi.
   
Dyana sendiri tegas betapa dia tidak putus asa atas kekalahan kecilnya dan akan kekal dalam DAP, mungkin sehingga PRU 14 akan kekal sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang.
   
Sebagai orang PAS saya suka setiap anak muda Islam berpolitik dalam PAS termasuk Dyana. Tetapi setelah dia sudah dikenali sebagai seorang pemudi DAP, saya setuju dengan pendiriannya iaitu kekal dalam DAP sehingga PRU 14 dan lebih berperanan dalam parti itu sebagai sekutu penting Pakatan Rakyat.

   
Timbalah sebanyak-banyak pengalaman dan ilmu dalam DAP dan saya fikir kiranya dia kekal di situ, dia akan timbul selepas PRU akan datang, tidak mustahil dari Teluk Intan juga.
  
Sebagai orang Islam dia patut mengukuhkan akidahnya. Itulah masa depannya di dunia dan di akhirat. Gunakan keberanian dan kekuatan peribadi bagi mencapai tahap tinggi akidah. Caranya rapat terus dengan PAS dan ikuti program PAS sebagaimana ADUN DAP Sekincan mengikuti dan bergaul dengan PAS. Dyana mesti mencapai tahap intelektual seperti Liew Chin Tong, MP DAP Keluang yang tahu mendalam tentang pemikiran politik Islam yang dianuti PAS.
   
Dia boleh menjadi orang yang berakidah dalam DAP sambil dapat nanti memberikan pandangan yang tepat tentang Islam kepada rakan-rakan dalam DAP termasuk akan keindahan hudud. Dia boleh diam tentang sikap DAP terhadap hudud dan DAP tentu tidak akan memaksa ahli Islamnya tidak beriman dengan hudud jika ia mahu lebih ramai orang Islam bersama DAP.
  
Dyana boleh jadi seperti isteri Firaun yang tidak beriman kepada Firaun tetapi beriman dengan Allah. Bezanya dia jangan memusuhi DAP dari dalam. Jika dia boleh menjadi orang DAP yang rapat dengan pemikiran politik PAS, maka dia boleh menjadi jambatan bagi mendekatkan hubungan antara PAS dan DAP.
   
Hubungan masa depan DAP dengan PAS masa depan adalah lebih penting. Dyana boleh menjadi elemen berguna bagi mengukuhkan hubungan itu.
  
Ibu Dyana telah muncul sebagai nama orang politik yang lebih penting dari penampilannya dalam Umno selama ini. Dia terkenal dalam politik kerana anaknya jadi DAP. Latar belakangnya dalam Umno ada penting sebagai orang politik yang ada imej baru.

Dia menyokong anaknya dan belum bercadang keluar Umno. Tetapi dia tidak akan tahan lama dalam Umno apabila rakan-rakan dan pemimpin Umno mencerca anaknya beterusan. Mungkin mereka tidak pecat dia dari Umno tetapi dengan mereka menghina anaknya tidak henti-henti, maka Umno bukan lagi menyenangkan fikirannya dan keluarganya.

Setakat ini dua sudah keluar Perkasa. Dan eloklah keluar Umno bagi bertoleran dengan anaknya Dyana. Parti yang  elok disertai oleh ibunya jika keluar dari Umno bukan masuk DAP dan bukan juga PKR, tetapi menyertai PAS.
   
PAS ada sikap memberi dan menerima dengan Dyana. PAS tidak kutuk Dyana jadi DAP dan menghormati pilihannya. Sekalipun Dyana dalam PRK lalu tidak bersama isu hudud, tetapi PAS adalah bersama Dyana.
   
Jika ibu Dyana masuk PAS dan Dyana mempunyai hubungan yang rapat dengan PAS, ibunya pula menjadi orang PAS yang ada hubungan rapat dengan DAP, maka kedua anak beranak itu boleh menjadi orang yang amat berharga kepada PAS dan DAP. Tempat baru bagi ibu itu adalah bersama PAS dan dia boleh berpolitik sama naik dengan anaknya.

Adakah pemecatan pengerusi Bank Rakyat ada kaitan dengan PEMBUNUHAN ALTANTUYA?

Posted: 09 Jun 2014 07:03 PM PDT

Selasa, 10 Jun 2014 08:05

Oleh Badrul Hisham Shaharin

Adakah pemecatan pengerusi Bank Rakyat ada kaitan dengan PEMBUNUHAN ALTANTUYA?
Baru - baru ini Malaysia dikejutkan dengan kenyataan Tan Sri Sabaruddin Chik yang 'dipecat' dari kerusi Pengerusi Bank Rakyat. Pemecatan Sabaruddin dikatakan berkait rapat dengan kegagalan beliau menyakinkan semua lembaga pengarah untuk meluluskan pinjaman sekitar RM40 juta (ada sumber menyebut RM32juta) tanpa faedah selama 30 tahun.
Apa yang menariknya ialah pinjaman tersebut adalah untuk seorang ahli perniagaan kontroversi Deepak Jaikishnan. Tentu Malaysia tidak lupa bagaimana beliau muncul mendedahkan bagaimana beliau terlibat dalam operasi pembunuhan Altantuya seorang gadis yang terkait dengan skandal pembelian kapal selam negara yang mana ketika pembelian tersebut Najib Tun Razak (suami Rosmah) merupakan Menteri Pertahanan.
Deepak cukup rapat dengan Rosmah sehinggakan wujud sebuah 'novel pendek' bertajuk Ros Hitam yang dikatakan ditulis oleh Deepak menceritakan detik pembunuhan Altantuya dengan mendedahkan sekali dokumen (resit) pembelian barang kemas yang berkaitan watak Ros Hitam (watak yang difahami umum merujuk kepada Rosmah).
Pendedahan Deepak diketahui kerana janji laluan atau bantuan perniagaan kepadanya yang tidak ditunaikan. Ia jelas dengan bagaimana serentak dengan itu ia membuat pendedahan berkenaan rundingan tanah dan seumpamanya.
Namun selepas itu Deepak diam semula. Maka persoalan muncul adakah dia sudah mendapat habuan tertentu?
Kemudian, apabila muncul kenyataan Pengerusi sebuah bank dipecat ekoran kegagalan menyakinkan lembaga pengarah untuk memberikan pinjaman mudah tanpa faedah selama 30 tahun berkaitan Deepak sudah tentu semua akan tertanya - tanya, adakah ini sebahagian dari pakej tutup mulut terhadap apa yang berlaku ?
Najib harus tampil menjelaskan sekali lagi perkara ini. Sampai bila keselamatan negara termasuk wang rakyat menjadi taruhan terhadap misteri pembunuhan yang tidak selesai.
Tahukah kita juga kes pembunuhan Altantuya di mahkamah juga tergantung apabila rayuan di Mahkamah tertangguh kerana suspek pembunuhan telah gagal dikesan. Persoalan yang lebih penting ialah dua suspek itu tidak punya motif untuk membunuh Altantuya. Maka siapa arahkan pembunuhan itu berlaku masih menjadi tanda tanya.
Solidariti Anak Muda Malaysia mengajak rakyat memandang serius perkara ini. Ia melibatkan aspek keselamatan, kedaulatan undang - undang dan juga memberikan kesan ekonomi pada negara.
Sekian.
BADRUL HISHAM SHAHARIN ialah Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=158862:adakah-pemecatan-pengerusi-bank-rakyat-ada-kaitan-dengan-pembunuhan-altantuya?&Itemid=2#ixzz34CIuvhdq
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

Polis Syariah - PDRM sedia tempatkan annggota di Jakim - Zahid

Posted: 09 Jun 2014 03:05 AM PDT

PUTRAJAYA - Kementerian Dalam Negeri bersedia menempatkan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sebagai polis syariah, kata Menterinya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, PDRM mempunyai pegawai dan anggota yang bersesuaian untuk penempatan itu dan hanya menunggu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) untuk mewujudkan jawatan itu di Jakim.
"Ramai anggota polis yang mempunyai latar belakang pendidikan agama dan ada yang memiliki ijazah daripada universiti tempatan atau luar negara dalam bidang agama dan kami bersiap siaga untuk menempatkan pegawai kami ke Jakim," katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Sebelum ini, terdapat cadangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk menubuhkan polis syariah sebahagian daripada pasukan penguatkuasaan.
Zahid sebelum itu menghadiri majlis makan tengah hari dan ceramah bersama Ulama Sheikh Solah Khalifah Muhammad Khalifah bersempena kunjungan hormat imam dan khatib Masjid Saidina Jaafar, Jordan, di kementerian hari ini.
Ahmad Zahid berkata tiada tempoh yang ditetapkan untuk penempatan anggota PDRM di Jakim itu dan menyerahkan usaha untuk mendapatkan kelulusan bagi perjawatan itu daripada JPA kepada Jakim. - Bernama


Po

The Edge beli The Malaysian Insider

Posted: 09 Jun 2014 12:53 AM PDT

SHAH ALAM 9 JUN : Portal berita online The Malaysian Insider (TMI) dibeli oleh Kumpulan Media The Edge (TEMG).
Ketua Pegawai Eksekutif TMI, Jahabar Sadiq mengesahkan berita tersebut menerusi Twitter pada pagi Isnin.
"Selamat Pagi TwitterJaya. The Malaysian Insider kini sebahagian daripada Kumpulan Media The Edge. (Good morning TwitterJaya –> The Malaysian Insider @tm_insider is now part of The Edge Media Group)," tulisnya di Twitter kira-kira pukul 11.15 pagi.
The-Malaysian-Insider-TMI-logoKetika dihubungi, Jahabar memberitahu pengambilalihan itu dimuktamadkan dalam tempoh 30 hari lalu dengan TMI mengekalkan jenamanya.
"Ia hanya pertukaran pemilikan. Hala tuju dan dasar portal berita ini tidak berubah. Kami akan terus beroperasi seperti biasa," katanya dipetik Mstar Online.
TMI yang ditubuhkan pada 2008 merupakan portal berita online yang menduduki tempat ke-10 daripada 30 laman web negara ini yang paling banyak dilawati pada bulan April, menurut kaji selidik Persatuan Digital Malaysia (MDA) dan comScore Inc.
Sementara itu, Penerbit TEMG dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Ho Kay Tat berkata, pengambilalihan tersebut akan meningkatkan kehadiran kumpulan tersebut di ruang media digital.
Malaysia Insider"Sebagai sebuah kumpulan media serantau bersepadu, kami sentiasa mencari peluang untuk mempelbagaikan platform media dan kami gembira memiliki TMI sebagai sebahagian daripada portfolio kami," katanya.
"Keputusan untuk membeli TMI didorong oleh hakikat bahawa kami berkongsi wawasan yang sama, nilai editorial untuk menggalakkan ketelusan, kesederhanaan dan pembangunan sosio-ekonomi inklusif," katanya.