Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Apa lagi yang Samy Vellu mahu?

Posted: 08 Jun 2014 08:07 AM PDT

S. Samy Vellu, G.Palanivel

Ia merupakan vintaj Datuk Seri S. Samy Vellu kecuali kali ini, dia tidak mengkritik dan menentang pemimpin yang difikirkannya sebagai 'musuh' politiknya dalam MIC tetapi pengganti yang dipilihnya sendiri sebagai presiden parti.

Penyokong Datuk Seri G. Palanivel membantah berhubung satu temu bual yang diberikan kepada akhbar Sunday Star yang menurut mereka satu serangan kasar ke atas Palanivel yang dididik sendiri oleh Samy Vellu lebih 20 tahun sehingga beliau mengambil alih pimpinan parti pada 2010 apabila ahli politik veteran itu berhenti selepas 30 tahun menjadi presiden.

Ia merupakan kenyataan Samy Vellu yang di luar peraturan dan batas biasa yang menaikkan kemarahan penyokong Palanivel dengan sesetengahnya bertanya: "Selepas mentadbir parti dengan keras selama tiga dekad, beliau sepatutnya memainkan peranan sebagai negarawan yang dihormati".

Antara lain dalam temu bual itu, beliau mengecam Palanivel dan juga kesal kerana menentang bekas Timbalan Presidennya, Tan Sri S. Subramaniam.

"Saya bawa seorang lelaki yang entah dari mana asalnya. Saya membentuknya; saya beri beliau keberanian, saya jadikannya seorang timbalan kerana pada masa itu kami bergaduh dengan Subramaniam.

"Sekarang saya sedar tiada sebab untuk berlawan (dengan Subramaniam). Saya perkenalkan dia (Palanivel) ke mana sahaja saya pergi di seluruh negara. Saya buat semua kerja dan menaikkan pangkatnya. Beliau menjadi presiden. Dari hari dia menjadi presiden, saya tidak mempunyai apaapa kaitan dengan MIC. Beliau tidak bercakap banyak dengan saya atau menelefon saya."

Menjawab satu soalan, Samy Vellu berkata, beliau tidak menelefon Palanivel kerana dia kini adalah orang biasa.

Beliau terus mengungkit lagi dengan berkata: "Bagaimana saya boleh menghubungi orang yang sebegitu besar?".

Palanivel, merupakan rakan penulis ini selama lebih 10 tahun sebagai rakan editor di Bernama sehingga dia menjadi Setiausaha Akhbar, Samy Vellu pada 1987, enggan mengulas.

Tetapi anggota dalaman parti memberitahu Bernama dia amat kecewa berhubung "penghinaan paling pedih" dari bekas ketuanya sejak ia mengambil alih, beliau merupakan "operator berprofil rendah tetapi kuat dalam menggerakkan alasan" untuk mendapatkan semula sokongan kepada parti daripada anggota di peringkat akar umbi.

Mereka menyebut sebagai contoh Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan minggu lepas di mana Palanivel turun padang selama 13 hari menggerakkan undi kaum India dan membawa kepada kejayaan Barisan Nasional merampas semula kerusi Parlimen itu daripada DAP.

"Beliau sepatutnya tidak mengutuk presiden parti," kata seorang pegawai kanan MIC.

Gaya kepimpinan Palanivel begitu berbeza sekali dengan gaya Samy Vellu yang suka berkonfrontasi dan secara diktator yang berakhir dengan kekalahan parti itu dalam pilihan raya umum 2008 apabila Samy Vellu dan Palanivel hilang kerusiParlimen mereka.

Orang dalaman parti itu berkata, Samy Vellu sepatutnya berpegang kepada hakikat bahawa kepimpinan sekarang mempunyai banyak kerja yang perlu dilakukan bagi membaiki kerosakan yang telah berlaku semasa pentadbirannya.

"Sepatutnya, dia perlu memberikan sokongan terbuka beliau kepada Palanivel dan menerima kenyataan MIC tidak boleh terus beroperasi mengikut cara beliau mentadbir parti sebelum ini. Landskap politik telah banyak berubah berbanding semasa beliau memimpin," kata pegawai kanan itu.

Beliau menafikan sindiran Samy Vellu dalam temu bual itu bahawa parti itu mengabaikan beliau dan tidak tahu adat seperti yang layak diperolehinya.

"Malah pada majlismajlis MIC, yang dihadiri perdana menteri, Palanivel akan memastikan Samy Vellu duduk di sebelah PM," kata pegawai itu.

Sejak Palanivel mengambil alih, banyak pemimpin dan anggota yang meninggalkan MIC sebagai tanda bantahan ke atas kepimpinan Samy Vellu telah menyertai semula parti itu, katanya.

Seperti yang dilaporkan kolumnis The Star Baradan Kuppusamy, penyokong Palanivel mahu Samy Vellu berhenti daripada campur tangan dalam urusan MIC dan memberi perhatian kepada tugas baharunya sebagai duta perniagaan ke Asia Selatan.

Membandingkan gaya kepimpinan antara keduadua lelaki itu, Baradan menulis: "MIC tidak biasa dengan contoh gaya kepimpinan Palanivel mereka masih terbiasa dengan gaya naungan bergemuruh Samy Vellu yang memarahi, memeluk dan menyanyikan lagulagu dan secara terbuka mendisiplinkan anggota parti.

"Sebaliknya, Palanivel lebih sistematik, teratur dan cermat". Dan pegawai itu bertanya: "Apa lagi Samy Vellu mahu?" - BERNAMA

Suara Politik
Belantan

MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


SEJARAH BERAKHIRNYA SISTEM BERAJA DI NEPAL APABILA RAJA TERLIBAT DALAM SISTEM PENTADBIRAN

Posted: 08 Jun 2014 04:56 AM PDT

King Gyanendra
RAKYAT Nepal kini bergembira bagi meraikan tamatnya pemerintahan beraja yang wujud di negara itu sejak 240 tahun lalu. Parlimen Nepal pada Rabu lalu meluluskan usul menamatkan pemerintahan berkenaan dan sekali gus akan menukar pemerintahan negara itu kepada sebuah republik.

Ketika rakyat negara itu bergembira dan menganggap ia kemenangan bersejarah bagi mereka, keputusan Parlimen itu adalah sesuatu yang mendukacitakan bagi Raja Gyanendra Bir Bikram Shah Dev.

Baginda kini diberi tempoh selama 15 hari untuk meninggalkan istana yang bakal ditukar menjadi muzium. Di situ akan ditempatkan segala sejarah mengenai pemerintahan beraja di Nepal untuk ditatapi generasi akan datang.

Raja Gyanendra menjadi Raja Nepal sejak 4 Jun 2001. Sebaik sahaja Gyanendra menjadi raja, baginda telah membubarkan Parlimen serta memerintah Nepal secara kuku besi.

Malah pada abad ini, baginda boleh dianggap sebagai sebahagian kumpulan elit raja di dunia yang merupakan monarki mutlak. Walaupun begitu tindakannya menindas rakyat, telah memberi peluang kepada Parlimen mengambilalih kuasa daripadanya.

Oleh itu pada April 2006, Parlimen mula membatas kuasa mutlak yang dinikmati oleh baginda selama ini. Raja Gyanendra dilahirkan di Kathmandu dan mempunyai seorang abang bernama Birendra. Bapa baginda ialah Raja Mahendra Bir Bikram Shah dan ibunya ialah Puteri Mahkota Indra Rajya Laxmi Devi Shah. Walaupun baginda adalah anak bongsu, Gyanendra telah ditabalkan sebagai raja selama dua tahun antara 1950 dan 1951, sewaktu keluarganya yang lain berada dalam buangan di India tetapi pemerintahannya tidak diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Takhtanya Datuknya, Tribhuvan, kemudiannya pulang ke takhtanya apabila keluarga Rana menyerahkan kuasa. Baginda bersama abangnya Birendra belajar di kolej yang sama iaitu Kolej St. Joseph, Darjeeling, India. Sewaktu di sekolah baginda dianggap sebagai pelajar pintar. Walaupun begitu, baginda meneruskan pelajarannya di sebuah universiti tempatan iaitu Tribhuvan University, Kathmandu. Manakala abangnya pula melanjutkan pelajaran ke universiti di Eropah.

Setahun selepas tamat pengajiannya iaitu pada 1970, Raja Gyanendra telah berkahwin dengan Permaisuri Komal Rajya Laxmi Devi Shah dan dianugerahkan dengan seorang putera dan seorang puteri.

Raja Birendra menaiki takhta pada 1972 dan cuba memerintah Nepal dengan penuh demokrasi. Namun baginda terpaksa berhadapan dengan tentangan hebat tentera Mao. Pada 1 Jun 2001, dunia telah digemparkan dengan serangan terhadap keluarga diraja Nepal, anak saudaranya Dipendra mengamuk dan membunuh sebahagian besar keluarga di Raja termasuk abang Gyanendra, Raja Birendra.

Sebahagian besar rakyat Nepal percaya, Raja Gyanendra menjadi dalang di sebalik pembunuhan itu memandangkan kesemua kerabat diraja yang lain dibunuh sedangkan keluarga baginda terselamat.

Bagaimanapun selepas siasatan menyeluruh dijalankan oleh pasukan penyiasat mereka gagal menemui bukti berhubung penglibatan Raja Gyanendra.

Sebaik sahaja menaiki takhta, Raja Gyanendra mengamalkan sikap mengawal sepenuhnya kerajaan berikutan kegagalan parti-parti politik. Pada Mei 2002, baginda memberi sokongan kepada Sher Bahadur Deuba sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun ia hanya bertahan lima bulan apabila, baginda menyingkirkan Deuba. Sepanjang tempoh 2002 hingga 2005, baginda telah melantik dan memecat tiga Perdana Menteri.

Ketika baginda menguasai sepenuhnya pemerintahan pada 1 Februari 2005, baginda menuduh kerajaan Deuba gagal melaksanakan pilihan raya Parlimen dan mewujudkan kestabilan dalam negeri berikutan tercetus perang saudara yang dilakukan oleh pemberontak Mao.
Walaupun Raja Gyanendra memberi jaminan akan mewujudkan keamanan dan pemerintahan demokrasi dalam tempoh tiga tahun tetapi sepanjang pemerintahannya ia dipenuhi dengan tindakan kuku besi.

Berikutan itu pertubuhan antarabangsa melahirkan kebimbangan mereka terhadap keselamatan wartawan berikutan langkah Raja Gyanendra mengehadkan kebebasan awam termasuk kebebasan media.

Tindakan demi tindakan yang dilakukan Raja Gyanendra mula mencetuskan perasaan tidak puas hati rakyat sehingga mencetuskan demonstrasi besar-besaran pada April 2006 bagi membantah pemerintahannya. Raja Gyanendra bertindak balas dengan mengisytiharkan darurat.

Bagaimanapun bantahan terhadap baginda berterusan dan ini memaksa baginda mengumumkan akan mewujudkan pihak berkuasa eksekutif yang mana Perdana Menterinya akan dipilih oleh parti politik.

Namun tawaran itu ditolak oleh beberapa ketua parti, mereka sebaliknya menggesa Raja Gyanendra mewujudkan satu majlis bagi menentukan peranan raja dalam politik.

Kemelut antara raja dan ahli politik di Nepal seolah-olah sampai ke kemuncaknya pada 10 Jun 2006, apabila Parlimen menghapuskan kuasa raja termasuk hak untuk menggunakan kuasa veto dalam meluluskan undang-undang. Tindakan itu telah menyebabkan Raja Gyanendra ibarat seorang raja awam yang tidak mempunyai apa-apa kuasa kerana segala-galanya sudah dipindahkan kepada Perdana Menteri.

Usaha Raja Gyanendra untuk terus mempertahankan sistem monarki di negara itu sampai ke penghujung pada Mac 2007 apabila Perdana Menteri Nepal, Girija Prasad Koirala yang dilihat orang yang paling memihak kepada sistem berkenaan berpendapat Raja Gyanendra perlu berundur daripada takhta.

Pada 23 Ogos 2007, kerajaan peralihan Nepal mengumumkan semua harta Raja Gyanendra yang diwarisi daripada abangnya termasuk Istana Diraja Narayanhity kini milik negara, bagaimanapun pengumuman itu tidak melibatkan harta peribadi baginda sebelum menaiki takhta.

Akhirnya apa yang dibimbangi oleh Raja Gyanendra menjadi kenyataan apabila pengumuman dibuat pada 24 Disember 2007 bahawa sistem monarki di negara itu akan dihapuskan pada tahun ini selaras dengan salah satu syarat dalam perjanjian damai dengan pemberontak Mao.

Ia sekali gus bermakna Nepal akan menjadi sebuah republik yang akan dipimpin oleh seorang presiden. Berikutan keputusan itu pada Rabu lalu, Raja Gyanendra diberi tempoh selama 15 hari untuk meninggalkan istana tempat baginda bersemayam. Baginda akan melangkah keluar dari istana berkenaan sebagai rakyat biasa dan tidak mempunyai apa-apa keistimewaan dari segi undang-undang.

Demikianlah berakhirnya riwayat pemerintahan beraja di Nepal yang wujud 240 tahun lalu. Kesilapan dan keangkuhan sang raja ketika memerintah telah mewujudkan rasa muak di kalangan rakyat.

Ia kesudahannya mengakibatkan istana tidak lagi dilihat sebuah institusi yang kebal dan perlu dipertahankan. Segalanya berlaku kerana kealpaan Raja Gyanendra yang selama ini merasa begitu berkuasa dan tidak terfikir bahawa suatu hari kelak institusi beraja di negara itu hanya akan menjadi lipatan sejarah yang disimpan di sebuah muzium.

Lebih malang lagi muzium berkenaan sebelum ini adalah istana yang menjadi tempat baginda bersemayam dan bersukaria. (UM - 1/6/2008)

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


2 PRK LAGI, DAP TIDAK PATUT SEKSA WAKIL RAKYAT YANG SAKIT

Posted: 08 Jun 2014 08:30 PM PDT

Beliau Perlukan Rehat Yang Mencukupi & Rawatan Yang Berkesan
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng yang juga Pengerusi DAP Sarawak itu telah mengesahkan dirinya sedang menghidap barah otak dan menerima rawatan radioterapi. Beliau turut menjelaskan bahawa neurosurgeons di Australia mendapati glioma (ketumbuhan otak).  

"Saya tidak dapat berdiri dan tidak boleh menelan air di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang ketika cuba untuk menaiki penerbangan ke Gold Coast di Australia untuk menyertai keluarga saya bercuti di sana," katanya dalam satu laporan portal berita.


Seorang lagi wakil rakyat DAP di Selangor turut tidak mampu berkhidmat kepada rakyat di kawasan itu kerana mengalami sakit dan uzur yang berpanjangan, khabarnya menghidap kanser yang perlu rawatan dan penjagaan yang rapi dan berpanjangan.

Rakyat berpendapat, DAP tidak patut menyeksa dan membiarkan wakil-wakil rakyat DAP yang sedang sakit kuat yang panjang, ketenatan dan sudah tentu berfikir panjang, berfikir berat, dana macam-macam fikiran seperti tidak mampu membantu rakyat, membiarkan rakyat tanpa wakil rakyat. Implikasinya sangat jelas, masalah rakyat di kawasan tersebut akan bertambah terok tanpa pembelaan.

Walaupun DAP akan memberi alasan ada wakil kepada wakil-wakil rakyat tersebut, tetapi harus diingat semua masalah rakyat akan lebih baik jika ianya dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, kerana di situlah perbincangan dasar-dasar kepentingan rakyat dan perbelanjaan dikemukakan.

Kesimpulannya mudah, rakyat di kawasan tersebut, meminta supaya DAP berbincang dengan wakil-wakil rakyat mereka yang sedang sakit berpanjangan itu supaya mengundur diri, meletak jawatan untuk membolehkan Pilihanraya Kecil diadakan. Jangan seksa rakyat tanpa wakil rakyat.

NGO-NGO Human Rights diminta supaya mendesak DAP supaya tidak menyiksa wakil-wakil rakyat mereka yang sakit kuat, sebaliknya memberikan mereka peluang untuk berehat dengan tenang dan menumpukan kepada masalah kesihatan mereka. Mereka hendaklah diberi kebenaran mengosongkan kerusi-kerusi mereka.

DAP tidak perlu menjadi Nazi Malaysia untuk menyiksa wakil rakyat DAP yang sedang sakit itu, dan juga menyiksa rakyat tanpa wakil rakyat yang sah!

Mereka yang sakit perlu diberi peluang berehat tanpa memikirkan isu politik yang berat. Rakyat pula perlu wakil rakyat yang boleh dihubungi dan sihat tubuh badan dan fikiran untuk menyelesaikan masalah mereka.

Minggu depan Persidangan Parlimen, wakil-wakil rakyat perlu menggubal mana-mana wakil rakyat yang tidak dapat hadir dalam persidangan dewan dua tau tiga penggal berturut-turut hendaklah mengosongkan kerusi mereka, untuk memberi keadilan kepada rakyat.

Be a gentleman lah Lim Kit Siang, kalau PRK pun, jika rakyat masih mahu DAP, kita tiada masalah. Jangan seksa mereka. Kita kasihankan Rakyat !!!

Amaran MyMassa: UMNO Pulau Pinang jangan cuba nak jadi BACUL macam PAS! @NajibRazak @KhairyKJ @AzwanBro @RazlanRafii

Posted: 08 Jun 2014 06:42 PM PDT


Di atas ini adalah keratan akhbar yang baru kami terima pagi tadi. Sama ada betul atau salah, lama atau baru, kami mahu memberikan peringatan yang keras kepada UMNO Penang, TOLONG JANGAN JADI BACUL MACAM PAS!

Kenapa perlu tiba-tiba berlembut hati hendak memaafkan Rayer si PARIAH itu?!! Apakah ianya akan mengakibatkan lebih ramai orang India penyokong DAP menyertai UMNO?!!

Atau ada perundingan pintu belakang yang kita semua tidak tahu?!!

Tolong jangan cepat lupa sangat bagaimana perkara ini boleh berlaku...







DAP terus tegas mahu mendakwa KP WP, saudara Razlan Rafii walaupun UMNO Penang bersedia memaafkan Rayer. Jadi, kenapa perlu jadi KLUK-KLEK macam PAS ini?!!

Sudah lama kami memerhatikan perkembangan ini semua. Itulah juga sebabnya mengapa kami tidak terlalu teruja mahu memberikan laporan mengenai beberapa demonstrasi bagi membantah tindakan biadap DAP sebelum ini. Kami dapat merasakan yang akhirnya nanti, beberapa pejuang pemuda UMNO seperti saudara Razlan sendiri yang akan dijadikan kambing hitam pula.

Jika sebelum ini, Datuk Rauf dengan selamba memaafkan Tian Chua kerana memfitnah UMNO, takkanlah kali ini Rayer juga terlepas begitu sahaja?!! Di manakah ketegasan dan konsistensi perjuangan para pembesar UMNO di kala parti keramat orang Melayu ini dipijak dan dihina sebegitu rupa?!!

Kalau beginilah caranya orang UMNO sendiri lembik seperti bapuk untuk mempertahankan parti sendiri, siapa lagi yang kita hendak harapkan untuk mempertahankan orang Melayu?!!

Sehingga saat ini, kami masih lagi belum menerima apa-apa berita yang DAP akan menarik balik laporan dan pendakwaan mereka terhadap para pejuang Pemuda yang mempertahankan UMNO, termasuklah saudara Razlan. Jadi, yang ada dekat atas itu, cubalah ada TELOR sikit boleh tak?!! 






Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 10:08 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Hebatnya ulama umno tong taik@shit .....

Posted: 08 Jun 2014 06:59 PM PDT

Bila dah terjerumus dalam tong taik, maka apa saja yang dilakukannya dah tiada nilai,, sebabnya semuanya dah jadi taik@najis@shit..

Dalam isu yang heboh dengan kaitan babi dalam cokelat, maka keluarlah fatwa dari ulama terkenal, yang diperakui oleh sesiapa saja, malah di Malaysia ada majlsi Fatwa, ada mufti disetiap negeri dalam Malaysia, semuanya diam tanpa komen atau bantahan,,, alih-alih mamat sekoq ni pulak nak tunjuk hebat..





Aku memang tak mau komen apa-apa bab mamat mangkok hayun ni... malas..isu haramnya babi ia kalut,, rasuah yang menjadi barah dalam umno tak pula ia nak sebut haram...

Adoi...!!! Tak Patut sungguh Bang Mat Sabu ni!....

Posted: 08 Jun 2014 05:44 AM PDT

Aku duk tunggu kenyataan pemimpin umno,, namun haprak,,, masing-masing terkedu, begitu juga Perkasa, Hasan Ali IMR, (Islam Melayu Raja), pun senyap juga... akhirnya Bang Mat Sabu juga yang jadi pencetusnya.. 

 
 Berita penuh boleh baca Klik Sini

Namun umno pun tak setuju, tapi pemimpinnya semua tak berte*** .... yang berani hanya macai sahaja...

 
 Tak taulah,, Wak Juragan nak ikut sapa kali ni... sokong Lim Kit Siang kut..
 

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 9:10 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Committee needed to look into housing bill

Posted: 08 Jun 2014 08:46 PM PDT

Parlimen: Tahniah dan Takziah

Posted: 08 Jun 2014 08:46 PM PDT

Ram Karpal, Mah Siew angkat sumpah MP baru

Posted: 08 Jun 2014 08:45 PM PDT

Jaga lopak masing-masing, Sultan jaga lopaknya rakyat jaga lopak mereka

Posted: 08 Jun 2014 08:25 PM PDT

Aspan Alias
 
Jika lulus rang undang-undang Lembaga Permuahan dan Hartanah Johor (LPHJ) di Dewan Undangan Negeri Johor hari ini, ia merupakan satu-satunya negeri dalam mana Sultan mempunyai kuasa keatas pentadbiran eksekutif kerajaan. Tuanku Sultan boleh dan berkuasa menentukan siapa yang mengetuai Lembaga itu dan serba-serbi yang lain seperti menentukan elaun dan gaji sara hidup mereka yang dilantik Sultan bagi lembaga tersebut.
Walaupun Menteri Besarnya menyatakan yang Sultan akan bertindak mengikut nasihat Menteri Besar tetapi itu merupakan alasan awal semata-mata untuk meluluskan rang undang-undang itu tanpa halangan. Tetapi pada asasnya ia merupakan satu kuasa besar exekutif yang diberikan kepada Sultan Johor untuk menentukan serba serbinya. Banyak sebab-sebabnya kenapa perkara seperti ini boleh berlaku.
Salah satunya ialah kerana negeri Johor sedang berkembang pesat dalam pembangunan hartanah dan itulah penyebab utamanya kenapa Sultan inginkan kuasa eksekutif itu kerana sudah menjadi pengetahuan umum yang Sultan Johor sangat berminat untuk berniaga.
Kuasa eksekutif yang ada kepada Sultan itu akan merencatkan pentadbiran sebuah kerajaan negeri raja berpelembagaan dan tidak  salah jika kita rumuskan yang ia akan menjadi isu besar kepada negeri Johor dan negara amnya.
Dalam pada dunia sedang mengurangkan kuasa seseorang raja itu, negeri Johor telah mengambil sikap terbalik dan menambah kuasa raja lebih-lebih lagi dalam pengendalian hartanah negeri itu.
Dulunya raja-raja dalam negeri mempunyai kuasa mutlak dalam semua hal pentadbiran negar-negeri jajahan mereka, tetapi kuasa mereka talah dihapuskan pada tahun 1946 dahulu oleh British dengan penubuhan Malayan Union (MU). Raja-raja Melayu hanya diletakan setaraf penghulu sahaja di bekas negeri-negeri yang di serahkan kepada British dalam Malaysan Union itu.
British mahukan semua negeri-negeri disemenanjung menjadi hanya sebuah negeri 'unitary' yang tiada lagi sempadan diantara negeri-negeri dalam semanjung ini dan memilih Kuala Lumpur sebagai pusat pentadbirannya. Semua Raja-Raja melayu telah menendatangani penyerahan negeri-negeri masing-masing dan sejarahnya Sultan Johor semasa itu merupakan Raja melayu yang pertama sekali menyerahkan kuasa mereka kepada British.
Read More / Baca Lagi >>

JK khas kaji bukti baru Pulau Batu Puteh

Posted: 08 Jun 2014 08:16 PM PDT

NUSAJAYA: Kerajaan Johor bersetuju menubuhkan satu jawatankuasa yang akan dikelola Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) bagi mengkaji dan mendapatkan bukti baharu berkaitan Pulau Batu Puteh.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata permohonan untuk menyemak semula keputusan dalam kes Pulau Batu Puteh perlu dibuat sebelum tempoh 10 tahun daripada tarikh penghakiman berdasarkan Artikel 61(5), Bab III, Akta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

"Di dalam kes Pulau Batu Puteh, tarikh penghakimannya adalah pada 23 Mei 2008 dan ini bermakna, tempoh rayuannya akan tamat pada 23 Mei 2018.

"Dengan tertubuhnya jawatankuasa ini, ia dapat mengkaji serta mengumpul segala bukti baharu yang tidak dikemukakan pada proses penghakiman terdahulu," katanya pada penggulungan perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor semalami.

Beliau berkata penubuhan jawatankuasa itu juga selari dengan Artikel 61(1) akta sama yang menyatakan bahawa setiap rayuan berhubung penghakiman terbabit hendaklah disertakan dengan bukti baharu yang kukuh.

Mohamed Khaled berkata bagaimanapun, segala rayuan mesti menerusi kerajaan Persekutuan memandangkan penghakiman itu adalah antara kerajaan Malaysia dengan Singapura, dan kerajaan negeri akan memohon kerjasama kerajaan Persekutuan untuk menanggung segala perbelanjaan.

Sultan Johor Sultan Ibrahim ketika perasmian pembukaan penggal persidangan kedua DUN Johor ke-13 pada 29 Mei lepas, bertitah agar kerajaan negeri menubuhkan satu pasukan khas bagi mengkaji untuk merayu keputusan ICJ berkaitan Pulau Batu Puteh.

Sultan Ibrahim bertitah langkah itu sejajar dengan pesanan ayahanda baginda, Almarhum Sultan Iskandar, bahawa Pulau Batu Puteh adalah milik Johor dan pulau berkenaan mesti kekal menjadi sebahagian daripada negeri Johor.

Read More / Baca Lagi >>

Peguam Negara Cuai: Putrajaya digesa tubuh RCI kes Pulau Batu Putih

Posted: 08 Jun 2014 08:16 PM PDT

SAMM JohorSHAH ALAM 9 JUN: Putrajaya digesa menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja bagi menyiasat akuan bersumpah Datuk Mat Zain Ibrahim yang mendakwa Pejabat Peguam Negara cuai semasa perbicaraan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap pemilikan Pulau Batu Putih.
Penyelaras Bersama Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Johor, Ahmad Anwar Asyraf, berkata Nusajaya perlu membuat siasatan lengkap dan memastikan tidak ada sebarang unsur sengaja melepaskan pulau itu sebelum rayuan dikemukakan kepada ICJ.
"Nusajaya diseru untuk mengambil usaha dan tindakan proaktif bagi memastikan Pulau Pisang, Pontian tidak mengalami nasib seperti Pulau Batu Putih," kata Ahmad Anwar dalam kenyataan media.
Katanya, SAMM Johor menghantar satu memorandum kepada Menteri Besar Johor dan Ketua Pembangkang DUN Johor yang diterima Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Besar Johor dan juga Ketua Pembangkang DUN Johor.
Memorandum itu meliputi tiga isu iaitu Rayuan terhadap pemilikan Pulau Batu Putih, penjualan hartanah dan pasir kepada entiti milik negara luar dan perumahan di negeri Johor terutamanya di Bandaraya Johor Bahru.
Katanya, Nusajaya diseru untuk menjaga aset-aset hartanah, pasir dan perniagaan strategik di Johor tidak dijual kepada entiti milik negara luar dengan mudah khasnya di Bandaraya Johor Bahru dan Iskandar Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

20 peratus royalti hanya untuk p'raya Sarawak

Posted: 08 Jun 2014 08:05 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan Adun BN Sarawak mengemukakan usul untuk memohon Kerajaan Persekutuan menambah bayaran royalti dari 5 peratus kepada 20 peratus hanya janji politik menjelang pilihan raya negeri Sarawak.

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, beliau merasakan langkah yang dibuat BN Sarawak itu bukan benar-benar serius ke arah itu.

"Saya tidak merasa mereka serius. Mereka hanya mengikut rentak perdana menteri jika beliau berjanji peratusan royalti yang lebih tinggi, tapi mereka mungkin bisu selepas pilihanraya," kata Husam.

Beliau berkata demikian pada satu forum bertajuk  "Langkah Borneo: Minyak untuk semua" yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara semalam.

Mengulas lanjut, Husam yang juga pengerusi jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berkata, rakyat Sarawak tidak perlu teruja dengan 'janji' menuntut 20 peratus royalti itu.

Husam berkata apabila Sarawak kembali di tangan BN selepas pilihan raya DUN Sarawak, kemungkinan mereka tidak akan menuntut kenaikan pembayaran royalti itu lagi.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan ke Miri sempena Hari Gawai sebelum ini berkata bahawa pusat sudi berbincang mengenai permohonan tersebut.

Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015), Inflasi Melonjak Naik! Nilai RM Semakin Mengecil?

Posted: 08 Jun 2014 08:03 PM PDT

Harga Barang Turun GST
Harga Makanan, Minuman & Barang Naik Lagi Selepas GST (April 2015) : Berita Semasa masih teringat kenyataan Ahmad Maslan selaku Timbalan Menteri Kewangan melalui laporan Bernama akhir tahun lepas mengatakan yang kerajaan tidak boleh dan tidak mampu mengawal sepenuhnya kenaikan harga harga barang & kos sara hidup di Malaysia.
Sebelum ini, Berita Semasa telah kongsikan bagaimana GST bakal menyebabkan gelombang kenaikan harga barang & lonjakan kadar inflasi di Malaysia (SEPERTI DI SINI). Terbaru….

Respon Pakar Ekonomi Terhadap Kesan GST April 2015?

Ketua penyelidikan Ekonomi Maybank Investment Bank (Suhaimi Illias) menjangkakan GST akan kenaikan kadar inflasi di kalaysia secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga makanan dan minuman serta baranga di Malaysia
  1. Sekarang ini, hanya 5000 restoran yang mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan (10%). Tetapi bermula April 2015, sejumlah 15,000 restoran akan mengenakan GST kepada anda. Bersedia?
  2. Sekarang ini, hanya 40% jenis barangan & perkhidmatan disenaraikan di bawah Indeks Harga Pengguna (IHP). Tetapi bermula April 2015, peratusan akan meningkat sehingga 70%. Lebih banyak barangan akan dikenakan GST.

Apa Pula Kata Ahmad Maslan (Timbalan Menteri Kewangan)?

Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Selama ini, mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan 'Barang Naik' tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun" – Ahmad Maslan
Read More / Baca Lagi >>

Zionis Al Sisi angkat sumpah, ikrar perangi 'keganasan'..!!

Posted: 08 Jun 2014 08:01 PM PDT


Abdel Fattah el-Sisi, bekas jeneral yang menggulingkan presiden Islamis Mesir Mohamed Mursi, menggunakan ucapan pertamanya sebagai pemimpin baru untuk menyampaikan ikrar "menewaskan keganasan".
Katanya, isu keselamatan menjadi keutamaannya dan beliau tiada masa untuk berdamai dengan penentangnya, lapor Al Jazeera.
Beberapa jam selepas pelantikannya pada Ahad, Sisi menjanjikan era baru untuk semua, kecuali "pihak yang melakukan jenayah dan bertindak ganas".
"Saya cakap dengan jelas, sesiapa sahaja yang menumpahkan darah orang yang tidak berdosa dan membunuh... anak-anak Mesir, tiada tempat untuk mereka," katanya.
Sisi menyingkirkan Morsi tahun lalu, mengambil kesempatan daripada protes orang ramai terhadap pemimpin Ikhwanul Muslimin itu. 
Ikhwan kemudiannya dianggap pertubuhan haram oleh pihak berkuasa.
Sisi mengangkat sumpah di Mahkamah Perlembagaan di Kaherah, tempat yang sama di mana Morsi mengangkat sumpah dua tahun lalu.
Hari beliau mengangkat sumpah juga diisytihar cuti umum. Kawalan keselamatan ketat polis dan tentera dikenakan pada hari itu di seluruh Kaherah.
Read More / Baca Lagi >>

Peratus undi Melayu, pengundi muda sokong DAP di Teluk Intan meningkat berbanding BN - Ong Kian Ming

Posted: 08 Jun 2014 07:48 PM PDT


ong kian ming

KUALA LUMPUR, 9 JUN: Pakar strategi pilihanraya DAP Dr Ong Kian Ming menyangkal dakwaan Timbalan Presiden MCA Dr Wee Ka Siong bahawa DAP gagal mendapat sokongan Melayu dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan kerana kebijaksanaan Umno-BN.
Menurut beliau, jika UMNO begitu hebat menggerakkan pengundi Melayu Teluk Intan, peratus keluar mengundi di kawasan majoriti Melayu tidak akan turun sebanyak 14 peratus.
"Penurunan itu adalah sama dengan peratusan keluar mengundi di kawasan Cina, ujar Kian Ming.
Berkenaan sokongan pengundi Melayu terhadap DAP di kawasan Melayu yang dikatakan lemah, beliau menjelaskan bahawa parti itu telah memenangi peratusan undi lebih besar di tujuh daripada sepuluh kawasan majoriti Melayu.
"Ini adalah kerjasama dan sokongan kuat dari PAS yang telah berjaya meningkatkan sokongan Melayu dari 25 peratus kepada 28 peratus," katanya dalam satu kenyataan.
Ahli Parlimen Serdang itu turut menyelar kenyataan bohong Ka Siong yang juga menyatakan DAP tidak mendapat sokongan pengundi muda.
"Beliau memberi contoh di Kampung Selabak, BN menerima 266 undi berbanding hanya 74 untuk DAP di saluran mengundi yang paling muda iaitu Saluran 4. Ini bermakna kami hanya memenangi 21.8 peratus.
"Tetapi Ka Siong tidak menyebut bahawa DAP memenangi 18.9 peratus undi di saluran yang sama pada PRU 13. Jadi sebenarnya jumlah sokongan pengundi muda telah meningkat sebanyak 2.9 peratus," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

LPHJ sedikit sebanyak cemarkan Khalid Nordin

Posted: 08 Jun 2014 07:36 PM PDT

Setelah dua tiga hari saya tidak membuat apa-apa pengeposan, hari ini saya kembali menemui anda semula dengan cuba "campur tangan" sedikit dalam isu yang kini panas di Johor dan saya percaya ia juga turut merebak ke seluruh negara, khasnya dalam kalangan orang politik, itu mengenai pembentangan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014.


Khaled Nordin
Enakmen ini akan dibentang di DUN Johor hari ini. Rang undang-undang ini nampaknya menjadi kontroversi ekoran berbagai pihak mempertikiakan akan keperluan serta "keasbahan" kerwujudannya.

Bantahan atau pertikaian bukan saja dari pihak pembangkang, pakar perlembagaan atau tokoh politik veteran, korporat, tetapi ia juga turut sama dipersoal oleh akhbar arus perdana yang dikenali sebagai lidah Umno. Tampaknya suara akhbar berkenaan bila ada sesuatu isu menyentuh raja tetap sama seperti awal tahun 1980-an dulu.


Wujud persepakatan dalam pertikaian terhadap RUU berkenaan. Antara sebab yang diberikan ialah kerana RUU itu dilihat akan memberi kuasa mutlak kepada Sultan Johor terhadap perumahan dan hartanah di Johor. Dalam kata mudah, sultan mempunyai kuasa untuk membina perumahan untuk rakyat dan seretak itu juga menguasai hartatanah. Alasan kewujudan lembaga itu juga untuk mensejahterakan rakyat?

Terdapat beberapa klausa dalam enakmen berkenaan, sultan ditafsir sebagai berkuasa penuh terhadap lembaga berkenaan, ini termasuklah untuk melantik ahli lembaga pengarahnya, menyemak akaun dan juga membubarkan lembaga berkenaan.

Bagi pakar perlembagaan mereka melihat kuasa penuh itu sebagai mencemar sistem raja di negara ini dan tidak menghormati perlembagaan negara. Menurut amalan dan peruntukan Pelembagaan negara, sultan atau raja akan bertindak mengikut nasihat Menteri Besar dan bukan sebaliknya. Klausa berkenaan telah menafikan amalan dalam perlembagaan itu.

Read More / Baca Lagi >>

LPHJ - Idea Khaled Atau Kehendak Sultan?

Posted: 08 Jun 2014 07:34 PM PDT

Isu campurtangan Sultan atau Raja kembali menjadi perbualan berikutan hasrat Menteri Besar Johor, Khaled Nordin mahu membentangkan rang undang-undang penubuhan Lmebaga Perumahan dan Hartanah Johor atau LPHJ. Ia dijangka dibentangkan hari ini di DUN Johor tetapi ramai pihak mahukan ia ditangguhkan dan diteliti semula kerana jelas memperlihatkan campurtangan Sultan didalamnya.

Walaupun Menteri Besar masih diletakkan sebagai Ketua Eksekutif lembaga itu manakala Exco Perumahan sebagai timbalannya, pertuntukan rang undang-undang itu yang memberi kuasa kuasa kepada Sultan dalam beberapa aspek, meskipun atas nasihat Menteri Besar dan atas kuasa kerajaan negeri, tetapi ia tetap menimbulkem kebimbangan ramai.

Kebimbangan ramai ialah kerana dalam sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan sekarang, kuasa eksekutif dalam mana-mana pentadbiran adalah dipegang oleh Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat pusat, kecuali hal-hal berkaitan agama yang diletakkan dibawah Sultan atau Yang Dipertuan Agong.

Sebelum ini, laporan awal yang didedahkan menyebut bahawa LPHJ itu memberi kuasa penuh kepada Sultan Johor untuk melantik ahli lembaganya, memantau akaun dan membubarkannya. Malah difahamkan Sultan juga diberi kuasa menentukan ganjaran dan perlantikan ahli lembaga pengarah serta menentukan anggaran perbelanjaan setiap tahun sebelum mendapat kelulusan kerajaan negeri.

Selain Pas dan DAP yang membantah pembentangan rang undang-undang baru itu yang disifatkan bertentangan dengan amalan Raja Berperlembagaan dan mungkin akhirnya mencemarkan kedudukan Raja, bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Ketua Eksekutif Perbadanan Johor, Ali Hashim juga menyatakan kebimbangannya. Bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam juga turut melahirkan kebimbangan dan mahukan penerangan yang lebih kepada orangramai diberikan.

Read More / Baca Lagi >>

Terbeli 'Casing' Telefon Kulit BABI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jun 2014 07:30 PM PDT

Anak Malas SOLAT..'SIAL Orang Tak SOLAT!' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jun 2014 07:29 PM PDT

Ibu Maki Anak..'Masin Mulut Ibu' - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jun 2014 07:29 PM PDT

Suami Tak Beri NAFKAH Kerana Tak Mampu - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jun 2014 07:28 PM PDT

Wajibkah QADHA SOLAT Yang Ditinggalkan Ketika HAIDH? - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jun 2014 07:28 PM PDT

ISTERI Nak Jadi IMAM Kerana Lebih QARI Daripada SUAMI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jun 2014 07:27 PM PDT

Hukum NAZAR Jalan KAKI - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 08 Jun 2014 07:27 PM PDT

Siapa Sebenar Menjadi Ancaman Kepada Bangsa Melayu?

Posted: 08 Jun 2014 05:05 PM PDT

Golongan elit politik dan kroni ancaman sebenar kepada bangsa Melayu


Walaupun kebanyakan telah menjerit sejak akhir-akhir ini dengan apa yang dikenali sebagai pembela bangsa Melayu mengenai ancaman daripada kaum Kristian dan kaum Cina kepada Bumiputera, mereka boleh diumpamakan seperti anjing menyalak bukit, takkan runtuh.
 
Dan mungkin boleh difahami, kerana mereka menjadi ikut-ikutan kerana di dorong daripada penyebab utama ancaman kepada orang Melayu.
 
Malah, ancaman sebenar kepada orang Melayu sering datang bukannya dari mereka yang mendakwa menjuarainya.
 
Askar-askar upahan dan kumpulan samseng yang diupah seringkali memberi gambaran yang tidak baik membantu mereka mengekalkan status quo dan berkuasa.
 
Seperti yang ditunjukkan oleh bekas Menteri Persekutuan Datuk Zaid Ibrahim, ahli-ahli DAP Melayu yang telah difitnah oleh ultra Melayu dalam pilihan raya Teluk Intan baru-baru ini  sebagai ancaman kepada bangsa.
 
"Mereka umumnya tidak tergolong dalam golongan elit dan ia golongan elit yang mempunyai kuasa untuk melucutkan biasa Melayu hak-hak ekonomi dan kuasa politik. Ahli DAP tidak mempengaruhi politik pada golongan elit. Mereka tidak menerima projek-projek penswastaan ​​atau kawasan besar tanah untuk pembangunan perumahan daripada kerajaan negeri pada harga yang rendah," tulis beliau dalam blognya.
 
"Mereka tidak berada berhampiran dengan Istana tidak juga mereka mempunyai syer lebuh raya konsesi.  Mereka bukan pengeluar tenaga bebas seperti YTL dan Genting. Sesungguhnya orang-orang Cina yang biasanya mendapatkan aset-aset berharga bukan ahli DAP, jadi apa yang boleh ahli biasa DAP lakukan untuk menimbulkan ancaman kepada orang Melayu? " soalnya secara sinis.
 
Zaid berkata bahawa ahli-ahli DAP umumnya ahli perniagaan biasa, guru sekolah Cina, peniaga getah, penjual daging babi, pekedai, pemilik kilang dan pengusaha kedai. Mereka bukannya golongan elit politik atau kroni mereka yang telah kehilangan darah orang Melayu kesihatan ekonomi dan kesejahteraan politik.
 
Zaid menulis ini berhubung dengan pegawai-pegawai UiTM dan pelajar yang menjadi pro-BN pelampau politik dalam perjuangan mereka condong kononnya membela orang Melayu tetapi sebaliknya berakhir hanya menegakkanmereka yang berkuasa kerana terlalu ketagih kuasa untuk membenarkan mana-mana peralihan.
 
Read More / Baca Lagi >>

Peningkatan hutang akan rampas kelebihan Malaysia, pakar ekonomi beri amaran

Posted: 08 Jun 2014 04:37 PM PDT

Malaysia menghadapi risiko kejatuhan ekonomi dan kehilangan pasaran dunia dalam sektor eksport utama jika ia gagal mengawal hutang awam dan luar negara, kata seorang pakar ekonomi dari United Kingdom.
Sarah Fowler dari Oxford Economics berkata, ketika pengurangan lebihan dalam ekonomi bukan menjadi isu utama kerana akan kekal mempunyai lebihan dalam beberapa tahun lagi di kalangan negara Asia Tenggara, terdapat kerisauan dalam akaun utama Malaysia akibat kenaikan hutang luar, yang melonjak kepada 40% daripada Keluaran Dalan Negara Kasar (KDNK) dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Sementara itu hutang awam negara berbanding KDNK menjadi tertinggi sepanjang masa iaitu lebih 50% sejak 2010 ekoran besarnya difisit fiskal akibat pelancaran pakej stimulasi yang agresif untuk memperkasakan ekonomi negara ketika krisis kewangan dunia.
"Menyelesaikan kebimbangan ini akan membolehkan Malaysia mencapai tahap peningkatan yang lebih tinggi, mencapai pendapatan per kapita secepat mungkin. Kami menjangka ekonomi hanya akan berkembang pada kadar 4% untuk lima tahun akan datang, tetapi jika kebimbangan ini diselesaikan ia boleh meningkat kepada 4.5%," katanya kepada The Malaysian Insider melalui email.
Fowler yang mengeluarkan laporan "Kenapa Malaysia lebih berisiko berbanding Indonesia" dijadikan sumber laporan utama oleh kolumnis William Pasek melalui laman ekonomi dunia, Bloomberg minggu lalu, di mana beliau menggunakan 17 penunjuk aras bagi membangunkan kad laporan untuk menilai kerapuhan pasaran baru muncul kepada kejutan ekonomi dan kewangan luar.
Antara penunjuk arasnya adalah kemasukan modal, kewangan luaran, keseimbangan akaun semasa dan  bajet, pasaran kredit dan ekonomi.
"Penilaian melalui penunjuk aras kami terhadap ekonomi Malaysia menunjukkan ia lebih rapuh berbanding Indonesia, Thailand atau India," tulisnya dalam laporan itu.
Menyentuh mengenai hutang luar, Fowler melaporkan purata kemasukan modal bukan asing adalah 6.6% daripada KDNK setahun antara 2009 dan 2012, tertinggi dalam sampel 13 peningkatan pasaran dan lebih berbanding Indonesia kira-kira 2.2%.
Read More / Baca Lagi >>

Pakatan Rakyat Johor masih mahu RUU kontroversi ditangguh

Posted: 08 Jun 2014 04:27 PM PDT


Pakatan Rakyat Johor tetap bertegas supaya pembentangan Rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) ditangguhkan.
Gesaan itu dibuat walaupun Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin sudah mengumumkan pindaan dengan memasukkan peranan sultan atas nasihat menteri besar.
Dalam sidang media hari ini, mereka berkata, rang undang-undang itu mempunyai beberapa kelemahan yang membolehkan amalan rasuah dan salah guna kuasa berlaku.
Justeru, pembangkang negeri menggesa kerajaan negeri tidak membentangkan rang undang-undang itu esok, sebaliknya membentuk jawatankuasa pilihan khas Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menelitinya.
Perkara itu dinyatakan Ketua Pembangkang Johor Dr Boo Cheng Hau selepas mesyuarat tergempar membincangkan perkara itu selepas menteri besar mengumumkan akan memindanya petang tadi.

Zionist Al Sisi takes power in Egypt

Posted: 08 Jun 2014 04:17 PM PDT

MH370 disaster prompts tracking demands

Posted: 08 Jun 2014 04:12 PM PDT

HUDUD-Ustaz Nik Zawawi Nik Salleh

Posted: 08 Jun 2014 07:06 AM PDT