Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:31 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Nik Abdul Aziz tunggu penjelasan Kit Siang?

Posted: 07 Jun 2014 09:54 AM PDT


Mur­syidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapatkan penjelasan daripada Lim Kit Siang mengenai tindakan DAP yang menyalahkan parti itu sebagai punca kekalahan mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz yang juga bekas Menteri Besar Kelantan berkata, Penasihat DAP itu akan datang ke Kelantan Sabtu ini dan Pas akan menunggu penjelasan sebenar DAP mengenai isu tersebut.

"Sabtu ini Kit Siang akan datang. Kita tunggu hari itu. Kita tidak boleh ulas hari ini sebab dia hendak datang," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguan di Dataran Ilmu di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Gobind Singh Deo yang mendakwa pendirian Pas mahu melaksanakan hudud di negeri ini menyebabkan berlaku protes terhadap pembangkang sehingga menyebabkan kekalahan calon parti itu, Dyana Sofya Mohd. Daud.

Gobind turut mendakwa kebanyakan pengundi di Teluk Intan tidak menyokong hudud kerana mereka berpandangan Malaysia merupakan negara sekular.

Tindakan pemimpin DAP itu seterusnya mendapat tentangan daripada Kerajaan Pas Kelantan yang mahu parti itu mengakui kelemahan sendiri sebagai punca kekalahan.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Konsert Mega Final Kilauan Emas : Peminat Kecam Taktik Astro

Posted: 07 Jun 2014 08:49 PM PDT


ZAIN (dari kiri), Arip dan Ben bakal bertarung sekali lagi di pentas Mega Akhir KE4 Rabu depan bagi merebut gelaran juara.


KONSERT akhir program realiti Kilauan Emas musim keempat (KE4) cukup meninggalkan impak tersendiri. Sudahlah tiba-tiba sahaja malam final jadi berganda, acara konsert akhir di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur Rabu lalu juga dibuka dengan pelbagai drama dan insiden panas.
Kekecohan mula timbul di bahagian pintu masuk dewan tersebut selepas penonton naik angin apabila sebahagian besar daripada mereka tidak dibenarkan masuk ke dalam dewan. Semuanya gara-gara masalah tidak cukup tempat duduk.
Akhirnya, ratusan penonton yang memiliki pas masuk terpaksa akur dan hanya bersila di luar dewan. Hajat hendak menonton secara langsung tidak kesampaian sebaliknya mereka menonton konsert tersebut menerusi layar skrin yang dipasang di saat-saat akhir.
Namun penonton yang mendapat tempat duduk di dalam dewan itu bukanlah bernasib baik. Apa tidaknya, keadaan dewan dengan kerusi yang disusun terlalu rapat membuatkan penonton bagaikan tersepit.
Sudahlah terpaksa duduk menonton dalam keadaan merimaskan, suasana sistem pendingin hawa dalam dewan juga sekejap sejuk, sekejap panas. Keadaan menjadi lebih panas sewaktu program realiti nyanyian yang mengetengahkan bakat individu berusia 40 tahun ke atas itu sampai ke acara kemuncak.
Di penghujung program ketika waktu yang ditunggu-tunggu iaitu pengumuman pemenang dibuat, momentum program yang dirasakan sudah sampai klimaksnya, bertukar plot.
Semuanya bermula apabila pengacara program, Raja Azura secara tiba-tiba menghentikan pengumuman pemenang di tempat ketiga, naib juara dan juara.
Pada malam itu, Raja Azura hanya mengumumkan pemang di tempat kelima dan keempat sahaja yang menjadi milik peserta dari Pahang, Mohammad Nasiruddin Mohd. Hashim (Nas) dan Nor-Din Yusoff (Nordin) dari Kelantan.
Nasib tiga peserta selebihnya iaitu Benasil Kudong (Ben), Md. Zain Ramli (Zain) dan Omar Sharif Mat Din (Arip) hanya akan diketahui pada Rabu depan menerusi sebuah lagi konsert yang diberi nama Konsert Mega Akhir Kilauan Emas.
Suasana jadi tegang, bukan sahaja peserta di atas pentas yang terkesima, malah reaksi penonton juga jelas meluahkan rasa dengan jerit protes. Ramai yang seolah-olah terpinga-pinga dengan kejutan yang tidak disangka-sangka itu.

ATAS: Arip (dari kiri), Nordin, Zain, Ben dan Nas menjadi 'mangsa' kejutan program realiti terbitan Astro apabila konsert final mereka sebenarnya bukan yang terakhir.


Penyudah KE4 tidak semudah itu hendak diselesaikan. Astro barangkali terlalu sayangkan undian peminat sehingga berasakan itulah masa yang tepat untuk mempermainkan sokongan penonton secara bijak.
Bercakap mengenai program realiti, umum maklum mengenai konsep pertandingan di mana secara asasnya, segala kemungkinan boleh berlaku. Sebagai contoh, kemasukan semula peserta yang sudah tersingkir dan wujudnya minggu tiada penyingkiran. Itu kejutan yang biasa kita dengar.
Mungkin akibat terlalu klise dengan kejutan yang boleh dianggap lapuk itu, pihak Astro kali ini dilihat seperti mahu menampilkan kelainan yang tak pernah terjangkau di fikiran orang.
Istilah 'Mega Akhir' selepas berlangsungnya konsert akhir sememangnya tidak pernah lagi berlaku dalam sejarah program realiti televisyen di negara ini.
Maka, tidak keterlaluan jika KE4 merupakan satu-satunya program realiti di tanah air yang mempunyai konsert terakhir yang disifatkan sebagai 'mega akhir.'
Timbul kekeliruan dalam fahaman erti kata 'akhir' itu sendiri. Logik akalnya umum mengetahui bahawa acara Rabu lalu itu merupakan persembahan penutup. Itu yang diuar-uarkan Astro sebelum ini.
Perkataan 'akhir' itu secara tidak langsung memberikan maksud penghujung. Secara mudahnya, ia boleh dikatakan sebagai penamat. Sayangnya tafsiran umum yang dipegang selama ini ada silapnya. Ini kerana KE4 membuat tafsiran baharu kerana selepas akhir sebenarnya boleh wujud 'mega akhir.'
Ekoran keputusan untuk mengadakan konsert mega akhir itu, berbagai-bagai respons yang diterima KE4. Lebih-lebih lagi menerusi laman sosial Twitter. Ramai yang mempertikaikan tindakan yang dilakukan oleh pihak Astro itu. Tidak kurang juga ada yang marah dan melontarkan pandangan secara kasar.
Jika penonton marah, marah mereka mungkin ada asasnya juga. Bayangkan pula situasi ahli keluarga dan penyokong yang sanggup datang dari jauh untuk memberikan sokongan.
Mana tidaknya, melihat saja kepada latar kedudukan geografi dua orang peserta yang bakal ke mega akhir, iaitu Ben dan Arip, masing-masing dari Sabah dan Pahang. Semestinya ahli keluarga mereka terpaksa bertandang sekali lagi di ibu kota pada minggu depan.
Mungkin juga ahli keluarga peserta terpaksa mengambil cuti sekali lagi, semata-mata untuk memberikan sokongan kepadanya pada konsert mega akhir nanti.
Bukan itu sahaja, ada juga yang menganggap kejutan berskala mega itu merupakan taktik kotor pihak Astro untuk mengaut keuntungan berganda. Apa yang dirasakan penonton itu ada rasionalnya.
Maklumlah, sebut sahaja pentas akhir, semestinya penyokong-penyokong di luar sana akan mengundi sebanyak mungkin. Sayangnya, itu bukan yang terakhir. Mereka perlu berhabisan duit sekali lagi untuk memastikan peserta kegemaran mereka mendapat gelaran juara pada Rabu depan.

NAS akui mutu persembahannya pada konsert akhir kurang memuaskan selain akur dengan kedudukan di tempat kelima yang membawa pulang wang tunai RM10,000.


Apa pun yang berlaku, penonton terpaksa akur dengan ragam permainan program realiti seperti KE4. Maklumlah, nama pun program realiti, semestinya semuanya mahu nampak semula jadi sungguh pun terpaksa membuat helah sehingga perlu mengadakan acara laluan karpet merah. Konon-kononnya, itu malam konsert terakhir. Rupa-rupanya itu konsert terakhir kepada peserta di tempat keempat dan kelima sahaja.
Bagi tiga peserta yang bakal menyandang gelaran juara, naib juara dan tempat ketiga, usaha terbaik Rabu lalu harus digandakan sekali. Tiga peserta iaitu Ben, Zain dan Arip sendiri tidak pernah tahu akan adanya konsert mega akhir selepas konsert akhir.
Sekurang- kurangnya kejutan itu dapat memberi peluang kepada para peserta yang mara ke konsert mega akhir nanti untuk memperbaiki kelemahan diri.
Pengurus Saluran Astro Prima, Namanzee Harris berkata, perancangan awal untuk mengadakan konsert mega akhir sudah dirancang sejak awal lagi namun peserta tidak diberitahu.
"Cuma kita sudah beritahu mereka supaya bersedia dengan sebarang kejutan yang akan berlaku," katanya.
Mengulas mengenai undian yang dibuat penonton, katanya kesemua jumlah undian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) akan dibawa dan dicampur pada konsert mega akhir pada Rabu nanti.
"Jumlah undian peserta yang merangkumi 30 peratus pada hari ini (Rabu lalu), akan dicampur dengan undian pada minggu depan. Bagaimanapun, 70 peratus markah juri tetap akan dihitung semula di pentas mega akhir nanti," jelasnya.
Pada konsert mega akhir nanti, Ben, Zain dan Arip bakal bertarung sekali lagi bagi merebut gelaran juara. Johan bakal membawa pulang habuan wang tunai RM100,000 berserta sebuah kereta jenis Toyota Camry.
Apa yang pasti, konsert akhir KE4, boleh dikatakan troll terbesar dalam sejarah industri hiburan apabila pihak Astro bagaikan memperdaya jutaan penonton. Selepas KE4 menjadi perintis, tidak mustahil pula selain 'mega akhir' dan 'akhir', istilah seperti 'super mega akhir' pun boleh tiba-tiba muncul dalam mana-mana program realiti yang lain.
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0608&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_03.htm#ixzz3412nymC4 
Hakcipta terpelihara 

Jimmy Shanley Sah Bernikah Dengan Sekali Lafaz

Posted: 07 Jun 2014 04:39 AM PDT



Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014 6:26 PM


Jimmy Shanley (kiri) sah bergelar suami kepada Mariam Jamilah dengan hanya sekali lafaz.

SHAH ALAM: Hanya dengan sekali lafaz, pengacara dan penyampai radio Jimmy Shanley akhirnya bergelar suami kepada Mariam Jamilah Abdul Jalil, 27, dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Concorde, di sini pada Sabtu.

Akad nikah disempurnakan oleh bapa pengantin perempuan Abdul Jalil Othman, kira-kira pukul 6.20 petang.
Ia turut disaksikan oleh Pendaftar Perkahwinan, Perceraian, Rujuk dan Wali Raja Negeri Selangor , Nurul Hisham.
Jimmy atau nama sebenarnya Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 34, memberikan mas kahwin sebanyak RM1,000 manakala wang hantaran RM 15,000.

Rombongan lelaki turut membawa lima  dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pihak perempuan.

Antara barang-barang hantaran daripada pihak lelaki ialah sirih junjung, sebentuk cincin dan mas kahwin, telefon dan kaca mata, tas tangan serta wangian.

Manakala, barang hantaran pihak perempuan pula ialah sirih junjung, jubah, set pakaian, kasut, jam tangan, set minyak wangi, coklat dan buah-buahan.

Dalam pada itu, Jimmy turut menitiskan air mata dan menangis ketika membacakan lafaz taklik di hadapan bapa pengantin perempuan selepas sah bergelar suami.
Pada majlis tersebut pasangan pengantin menggayakan pakaian berwarna putih daripada butik Citra, manakala solekan daripada jurumekap Siti Saleha.
Majlis turut dihadiri seramai 200 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Sementara itu, majlis resepsi persandingan kedua-dua mempelai akan diadakan pada malam Sabtu (malam ini) di lokasi yang sama di sini dengan tema warna ungu dan hijau.

Perkahwinan ini merupakan yang kedua buat Jimmy, manakala pertama buat isterinya Mariam.

Sebelum ini, Jimmy mendirikan rumah tangga dengan Nursuhaila Eliani Suhaimi pada 1 Oktober 2010 dan berpisah pada 10 Oktober 2012

Hasil perkahwinan tersebut pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata, Zahrah Rania Shanley, 3 tahun.

Shamsul Ghau Ghau Jadi Deejay KLFM

Posted: 07 Jun 2014 03:27 AM PDT


Diterbitkan: Sabtu, 7 Jun 2014


Shamsul kini bergelar deejay KLFM

PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak Shamsul Ghau Ghau akan melebarkan karier seninya dalam bidang penyiaran selepas mendapat tawaran bertugas sebagai penyampai radio (deejay) stesen KLFM.

Shamsul atau nama sebenarnya Shamsul Shamsul Azahar Aliddin, 46, berkata, dia belum menandatangani sebarang kontrak lagi namun sudah menjalani latihan pengendalian radio sejak minggu lalu selama sebulan.

"Selepas ditawarkan menjadi deejay KLFM, saya rasa ini adalah rezeki buat keluarga. Ye lah, sampai bila kita nak sibuk dengan penggambaran pagi hingga malam sampaikan kita tidak sempat meluangkan masa bersama keluarga.

"Memandangkan saya tidak berpengalaman menjadi deejay, maka saya diberi tempoh percubaan selama sebulan. Alhamdulillah, saya semakin serasi dengan dunia penyiaran radio.

"Mungkin ada yang bertanya kenapa tidak ke arah radio-radio yang lebih popular? Saya rasa jika kita ada peminat, mereka akan mengikuti kita di mana-mana sahaja tidak kira sama ada radio tersebut popular atau tidak," katanya kepada mStar Online.


Shamsul Ghau Ghau

Bagaimanapun tambah Shamsul, dia masih lagi mengambil tawaran berlakon seperti biasa, sekiranya jadual penggambaran tidak bertindih dengan masa kerja di radio.

Dalam pada itu, Shamsul berkata, sepanjang 20 tahun terlibat dalam dunia seni sudah tiba masanya untuk dia mengutamakan keluarga memandangkan sebelum ini dia sering terlepas melihat perkembangan anak-anaknya iaitu Megat Ummar Azhar, 9, Puteri Qaseh Batrysha, 4, dan Megat Ammar Azahar yang berusia sembilan bulan.

"Pernah sekali saya sibuk dengan penggambaran selama sebulan dan apabila pulang ke rumah, saya lihat anak saya sudah boleh merangkak. Saya terlepas melihat mereka membesar kerana kesibukan kerja. Ia membuatkan saya ralat seketika.

"Sebab itu kali ini, apabila mempunyai kerja tetap, selain mendapat gaji bulanan hasil menjadi duta produk kesihatan Walid Gold yang sudah masuk tahun ketiga, saya mahu melihat anak-anak membesar di depan mata saya sendiri," ujarnya yang sudahpun mengerjakan haji.

Dua beradik dicekup khalwat

Posted: 07 Jun 2014 12:58 AM PDT

  • Dua remaja lelaki yang dicekup ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Kerian PermaiDua remaja lelaki yang dicekup ketika serbuan di sebuah rumah di Taman Kerian Permai
 1 / 1 
PARIT BUNTAR - Ketiadaan ibu bapa di rumah diambil kesempatan oleh dua beradik dengan membawa pulang teman lelaki untuk melakukan maksiat.

Perbuatan tidak bermoral remaja yang masih bersekolah itu bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa dan mereka ditahan bersama pasangan masing-masing ketika serbuan pencegahan maksiat di sebuah rumah di Taman Kerian Permai, awal pagi 2 Jun lalu.

Setiausaha Pertubuhan Sukarela Keselamatan dan Kebajikan Kerian (PSKKK), Abdul Sukur Ahmad berkata, serbuan pada kira-kira jam 2.20 pagi itu dilakukan oleh 20 anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kerian (PADK) dengan kerjasama PSKK) dan polis setelah menerima aduan daripada orang awam.


Difahamkan, kedua-dua remaja perempuan itu berusia 15 dan 17 tahun dan mereka masih bersekolah di sebuah sekolah menengah di Parit Buntar.

"Dua remaja perempuan terbabit hanya membuka pintu selepas kira-kira setengah jam anggota penguat kuasa PADK meminta mereka berbuat demikian.

"Hasil pemeriksaan kami, terdapat dua lelaki berusia lingkungan 18 dan 20 tahun yang tidak mempunyai hubungan mahram dengan kedua adik-beradik terbabit ditemui dalam rumah," katanya kepada Sinar Harian.

Abdul Sukur berkata, keempat-empat pasangan remaja ditahan itu dibawa ke Balai Polis Parit Buntar dan kemudiannya dihantar ke Pejabat Agama Daerah Kerian untuk tindakan susulan.

Beliau berkata, golongan remaja diingatkan supaya tidak melakukan sebarang perlakuan tidak bermoral manakala ibu bapa diminta sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak mereka.

"Paling penting, kami minta kerjasama orang ramai untuk turut serta membanteras gejala sosial dan maksiat terutama menjelang Ramadan yang semakin hampir.

"Sebarang aduan melibatkan gejala sosial boleh disalurkan terus kepada anggota penguat kuasa PADK atau menghubungi pihak kami untuk tindakan sewajarnya," katanya. - Sinar Harian

MP Lumut percaya MH370 di Laut China Selatan

Posted: 06 Jun 2014 11:54 PM PDT

(Oleh: Lyn Nasir)
Imran Abd HamidKUALA LUMPUR 6 JUN : Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid percaya pesawat MH370 tidak berakhir di Lautan Hindi, sebaliknya menggesa pencarian dilakukan di Laut China Selatan.
Menurut Imran, maklumat awal pada malam 8 Mac lalu menyatakan pesawat itu terbang ke Beijing sebelum hilang daripada radar awam di Laut China Selatan.
Tambah beliau, andaian bahawa pesawat itu berpatah balik hanya dibuat berdasarkan radar milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
"Jadi ini bermakna pesawat itu hilang di kawasan tersebut (Laut China Selatan). Kalau pesawat itu berpusing balik atau apa sekalipun seperti yang dikatakan, ia mesti ditunjukkan dalam radar yang pesawat itu berpusing kembali atau sebagainya, tapi ia lenyap di situ," ujarnya.
"Bagaimana kerajaan boleh dengar apa yang dikatakan oleh Air Force (TUDM) selepas 3 hari perkara tersebut berlaku daripada maklumat pada malam kejadian tersebut?," soalnya yang juga Bekas Ketua Staf Logistik Markas Armada TLDM.
Pada 9 Mac, media melaporkan radar utama milik TUDM mengesan sebuah pesawat membuat pusingan balik di lokasi sama di mana pesawat MH370 hilang dari radar awam.
Beberapa hari selepas itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan misi mencari dan menyelamat (SAR) MH370 di Laut China Selatan dihentikan dan ditumpu ke kawasan barat.
Pada 24 Mac, Najib mengumumkan pesawat itu berakhir di selatan Lautan Hindi berdasarkan data satelit Inmarsat yang berpengkalan di Britain.
Bagaimanapun, syarikat satelit itu pada 29 Mac berkata pihaknya tidak terbabit dalam membuat kesimpulan bahawa pesawat itu "berakhir di Lautan Hindi".
Terbaru, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengiystiharkan bahawa pencarian di selatan Lautan Hindi adalah sia-sia.
Namun, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin berkata pencarian pesawat itu akan diperluas, tetapi kekal di Koridor Selatan, dengan menggunakan apa jua kepakaran yang ada.
Dalam pada itu, Imran turut mengulas keputusan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) membuka tender bagi memperoleh perkhidmatan sebuah syarikat pakar untuk mencari pesawat MH370.
ATSB menyebut pencarian dalam air bagi pesawat jenis Boeing 777-200ER akan dipergiat mulai Ogos dan dijangka mengambil masa sehingga 12 bulan.
Menurut Imran, keputusan meneruskan carian di Lautan Hindi hanya akan membazirkan wang rakyat bagi menampung kos pencarian sekiranya ia berakhir dengan sia-sia.
"Tolonglah jangan bazirkan duit rakyat, kenapa sibuk nak mencari di kawasan yang semenangnya tidak ada MH370? Kenapa tak percaya dengan teknologi yang kita sendiri ada?," soalnya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61817

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


Surat Terbuka Rakyat Johor Kepada MB Johor Mengenai Isu Kontroversi RUU (LHPJ)

Posted: 07 Jun 2014 10:05 PM PDT

SURAT TERBUKA
KEPADA MENTERI BESAR JOHOR
DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN

Hassan Karim
d/a Tetuan Hassan Karim & Co.,
Peguambela & Peguamcara
Bilik 6, Aras 2, Wisma Qaryah, Jalan Pejabat,
82000 Pontian, Johor.
Tel: 07-6881839 (H/P:0127931148)

Tarikh: 7hb Jun 2014

Kepada
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
Menteri Besar Johor
Pejabat Menteri Besar Johor,
Aras 3, Bangunan Dato' Jaafar Muhammad,
Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor

YAB Datuk Seri,
Asalamualaikum Saudara,

PER:RANG UNDANG-UNDANG LEMBAGA PERUMAHAN DAN HARTANAH JOHOR

Dengan rendah hati saya memperkenalkan diri saya. Nama saya Hassan Karim seorang rakyat Johor, warganegara Malaysia yang tinggal di Pontian, Johor serta beralamat seperti di atas.
2. Surat terbuka ini ditujukan dan dialamatkan kepada saudara selaku Menteri Besar Johor. Saya ingin merujuk perkara yang tersebut di atas iaitu mengenai Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor, ringkasnya RUU (LPHJ).
3. Saya mendapat maklum dari media bahawa pada hari Isnin ini 9.6.2014 RUU (LPHJ) akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor di Nusajaya. RUU(LPHJ) itu jika diluluskan oleh DUN maka ia akan menjadi satu enakmen yang mempunyai ciri-ciri, antara lainnya seperti berikut:-
(a) ia memberi kuasa kepada Sultan Johor untuk menyelia akaun LPHJ;
(b) Sultan Johor mempunyai kuasa membubar dan melantik ahli lembaga pengarah baharu;
(c) Sultan diberi kuasa menentukan jumlah elaun dan saraan ahli lembaga pengarah;
(d) Sultan diberi kuasa melantik seorang pengarah yang boleh dipilih sebagai Ketua Eksekutif LPHJ.
4. Saya percaya jika RUU (LPHJ) seperti yang ada sekarang diluluskan maka ia akan membawa implikasi bahawa Kerajaan Johor yang dipilih oleh rakyat memberi kuasa kepada Sultan untuk terlibat dalam urusan pentadbiran kerajaan.
5. Saudara sebagai Menteri Besar yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam kabinet Kerajaan Persekutuan Malaysia tentu lebih faham bahawa RUU (LPHJ) yang akan dibentangkan di DUN Johor ini adalah bercanggah dengan konvensi sistem berkerajaan di Malaysia yang mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
6. Saudara sebagai Menteri Besar Johor mestilah menjadi banteng untuk mempertahankan kedua-duanya iaitu institusi Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Saudara mesti mengambil apa juga langkah untuk mengelakkan supaya Sultan Johor tidak terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri secara langsung sebagai kuasa eksekutif. Ini untuk mengelakkan Sultan Johor dari terdedah kepada penghinaan. Sebagai contoh, sebagai seorang yang dilatih sebagai peguam, saudara tentu faham bahawa jika Sultan diberi kuasa untuk membubar dan melantik ahli lembaga pengarah LPHJ, maka keputusan Sultan itu adalah satu keputusan eksekutif kerajaan dan ia boleh dicabar di mahkamah di dalam prosiding Semakan Kehakiman (Judicial Review). Sanggupkah saudara melihat kebawah duli Sultan Johor diheret ke Mahkamah Sivil sebagai seorang responden oleh pihak-pihak yang berasa terkilan apabila diberhentikan sebagai ahli lembaga pengarah? Jika ini berlaku tidakkah Sultan akan terdedah kepada penghinaan? Jika saudara masih sayangkan Sultan!
Read More / Baca Lagi >>

Pakar Perlembagaan bimbang konflik wujud jika Istana terlibat dalam pentadbiran

Posted: 07 Jun 2014 09:59 PM PDT

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata rang undang-undang baru itu akan menyebabkan kuasa yang diperuntukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkurangan, sekaligus menganggu pentadbiran negeri Johor jika ia diteruskan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari berkata rang undang-undang baru itu akan menyebabkan kuasa yang diperuntukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkurangan, sekaligus menganggu pentadbiran negeri Johor jika ia diteruskan. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.

Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari tidak menolak konflik akan wujud antara Istana dan kerajaan sekiranya diberikan kuasa langsung dalam pentadbiran.‎
Aziz berkata tindakan tersebut akan menyebabkan kuasa yang diperuntukan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) berkurangan, sekaligus menganggu pentadbiran negeri Johor jika ia diteruskan.
"Bagaimanapun, rang undang-undang ini memberi kuasa tertentu kepada Raja. Ini yang menimbulkan konflik.
"Inilah sebenarnya kebimbangan yang disuarakan; bahawa rang undang-undang ini berpotensi mengelirukan dan menyukarkan konsep pertanggungjawaban kerajaan kepada dewan," kata Aziz dalam edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia hari ini.
Aziz menegaskan menteri besar dilantik secara majoriti dalam DUN dan bukan menerusi perkenan Istana, maka merupakan satu kesalahan untuk seorang menteri besar tunduk kepada kuasa Raja.
"Konsep ini adalah konsep asas dalam kabinet berlandaskan sistem Westminster seperti Malaysia.
"Ini juga sebabnya mengapa salah untuk seorang menteri besar bergantung kepada Istana. Di sisi Perlembagaan, kekuatan perdana menteri atau menteri besar ialah sokongan majoriti dalam dewan, bukan perkenan Istana," katanya.
Menurut Aziz, sekiranya langkah tersebut diteruskan, tidak mustahil imej Istana juga akan tercemar.
"Saya lihat keterlibatan yang keterlaluan dalam hal-hal rutin dan duniawi hanya akan mengotorkan jiwa dan peribadi Raja," katanya.
Dalam pada itu, tokoh korporat Tan Sri Muhammad Ali Hashim, yang juga bekas Presiden Johor Corporation (JCorp) juga mengkritik langkah kerajaan negeri Johor untuk memberi kuasa kepada Raja.
Read More / Baca Lagi >>

Calon presiden Indonesia akan mula berdebat Isnin ini

Posted: 07 Jun 2014 09:07 PM PDT

Calon presiden Indonesia akan mula berdebat Isnin iniJAKARTA: Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia menetapkan lima pusingan debat menjelang pemilihan presiden dan naib presiden republik itu pada 9 Julai ini.

Lima pusingan debat itu melibatkan dua kali debat antara calon presiden, sekali debat antara calon naib presiden dan dua kali debat antara regu calon, lapor Kompas.com baru-baru ini.

Debat itu akan menyentuh topik demokrasi, integriti, kedaulatan undang-undang, keselamatan, ekonomi, sosial, politik antarabangsa, pendidikan, modal insan serta teknologi dan alam sekitar.

Pemilihan presiden pada 9 Julai ini menyaksikan pertembungan antara gabenor Jakarta, Joko 'Jokowi' Widodo dengan bekas jeneral tentera era Suharto, Prabowo Subianto.

Jokowi berganding dengan bekas ketua umum Parti Golkar, Jusuf Kalla yang sebelum ini pernah jadi Naib Presiden. Prabowo pula bergabung dengan bekas Menteri Koordinator Ekonomi, Hatta Rajasa.

Debat pusingan pertama melibatkan pasangan calon presiden dan naib presiden akan diadakan pada Isnin ini. Topik debat ialah "Pembangunan Demokrasi, Pemerintahan yang Bersih dan Kepastian Undang-undang".
Read More / Baca Lagi >>

JK Teknikal Hudud Pusat jadi tanda tanya..!!

Posted: 07 Jun 2014 09:03 PM PDT

Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Penubuhan Jawatankuasa Teknikal Hudud Peringkat Pusat yang dicadangkan oleh Timbalan Perdana Men teri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tanda tanya, apabila tiada perkembangan selanjutnya se hingga kini.
Kejadian itu tidak sepatutnya berlaku jika Umno dan Kerajaan Pusat jujur dengan janjinya untuk turut membantu kerajaan Kelantan ke arah pelaksanaan Kanun Enakmen Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan di negeri itu.

Pemangku Timbalan Ke tua Dewan Ulamak PAS Pusat, Dato' Dr Mahfodz Mohamed berkata, di peringkat kerajaan Kelantan segalanya telah tersedia dan hanya menunggu tindakan Kerajaan Pusat bagi merealisasikan penubuhan jawatankuasa itu. Menurut beliau, panel kerajaan Kelantan kini telahpun bersedia untuk meletakkan nama-nama me reka yang akan menganggotai jawatankuasa itu bagi mewakili kerajaan negeri.
"Kita berharap Tan Sri Muhyiddin dapat mengotakan apa yang dikatakannya itu. Cadangan penubuhan jawatankuasa itu mulanya datang dari Kerajaan Pusat sendiri.
"Jadi kita minta Tan Sri Muhyiddin atau Kerajaan Pusat jujur dengan apa yang dikatakannya itu dengan menyegerakan pelaksanaan penubuhan jawatankuasa itu.
"Seluruh rakyat Malaysia kini sedang menunggu perkembangan tentang ca dangan itu," katanya ketika dihubungi
Menurut Dr Mahfodz, di peringkat kerajaan Kelantan, pra jawatankuasa itu dipengerusikan Dato' Dr Mohamad Fadzli Hassan yang juga Exco Kerajaan Kelantan, manakala Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Mohd Amar Nik Abdullah selaku Pengerusi Jawantankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan.
Beliau berkata, setelah persetujuan bagi penubuhan jawatankuasa itu di capai oleh kerajaan Kelantan dan Kerajaan Pusat, Muhyiddin sepatutnya mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Jamil Khir Baharom mengadakan langkah selanjutnya ke arah penubuhannya.
"Tetapi sehingga sekarang saya sendiri pun tak tahu perkembangan selanjutnya, sehingga saya sen diri pun tertanya-tanya mengenai cadangan pe nubuhan jawatankuasa itu sama ada jadi atau tidak," jelas beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Apa yang terkandung dalam rang undang-undang LPHJ?

Posted: 07 Jun 2014 08:57 PM PDT


KUALA LUMPUR: Walaupun menerima bantahan pelbagai pihak termasuk pihak dalaman parti, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tetap dengan keputusan membentangkan rang undang-undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Isnin ini.
Menurut Khaled, enakmen baharu tersebut tidak melanggar konsep Raja Berpelembagaan yang digunakan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor.
"Insya-Allah… kita tengok Isnin ini. Dari segi sama ada ia melanggar konsep Raja Berpelembagaan, saya tidak fikir ia begitu.
"Seperti saya katakan, enakmen ini mesti dibaca bersama-sama Undang-undang Tubuh Negeri Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Tuanku adalah dengan nasihat Menteri Besar," katanya seperti dilapor media tempatan semalam.
Bagaimanapun pandangan Khaled tidak dikongsi bekas Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Johor (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim.
Dalam satu kenyataan media semalam, Muhammad menjelaskan, walaupun Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mengakui mempunyai kuasa mutlak seumpama kuasa Pengerusi Jcorp, ia bukan alasan yang boleh diterima untuk meneruskan RUU LPHJ.
"Pengalaman peribadi saya di JCorp jelas membuktikan kuasa mutlak Menteri Besar selaku Pengerusi Jcorp pernah dikompromikan pemimpin politik negeri.
"Pengerusi Jcorp ketika itu, sekali pun berkuasa eksekutif penuh, gagal atau takut menggunakan kuasa yang diperuntukkan oleh undang-undang kepadanya dan lebih berminat mematuhi sepenuhnya apa yang beliau katakan sebagai 'Titah Sultan Johor'," jelas beliau.
Sehubungan itu, RUU LPHJ ujarnya adalah cadangan yang tidak dapat diterima rakyat kerana bercanggah dengan Perlembagaan, juga satu duluan (precedent) pentadbiran yang berbahaya kerana ia pasti merosakkan kepentingan besar rakyat dan negara.
Media tempatan melaporkan bahawa Rang Undang-undang Enakmen LPHJ 2014 ini akan memberi kuasa kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri.
Petikan daripada enakmen setebal 36 muka surat yang dinamakan Enakmen Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) 2014 menjelaskan lagi kebimbangan pelbagai pihak terhadap campurtangan istana dalam pentadbiran negeri.
Antara peruntukan yang terkandung dalam rang undang-undang LPHJ 2014 adalah:
Read More / Baca Lagi >>

Status SIJIL SIMPANAN PREMIUM - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 07 Jun 2014 08:40 PM PDT

Hukum Ambil Pokok Di Kubur Letak Di Kubur Lain - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 07 Jun 2014 08:38 PM PDT

Dosa Pinjam RIBA & Nasib Pemakan RIBA - Ustaz Azhar Idrus

Posted: 07 Jun 2014 08:38 PM PDT

Lemahkah MB Johor hingga wujudkan LPHJ, libatkan Sultan, soal Utusan Malaysia

Posted: 07 Jun 2014 08:31 PM PDT

Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan Khaled Nordin yang melibatkan Sultan Johor dalam pentadbirannya. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan Khaled Nordin yang melibatkan Sultan Johor dalam pentadbirannya. – Gambar The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014. 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini mempersoalkan apakah Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin terlalu lemah pentadbirannya sehingga terpaksa mewujudkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) dan melibatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dalam kerajaan negeri?
Dalam Analisis Mingguan akhbar itu, Awang Selamat berkata, ramai pihak gusar apabila Khaled menegaskan bahawa Rang Undang-Undang bagi menubuhkan LPHJ akan tetap dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, esok.

"Cuma yang menjadi persoalan, lemahkah pentadbiran negeri sehingga terpaksa mewujudkan LPHJ dengan penglibatan Sultan?" soal akhbar itu dalam ruangan Bisik-bisik Awang Selamat yang disiarkan oleh Mingguan Malaysia hari ini.

"Apakah ada jaminan tiada campur tangan Sultan walaupun menteri besar menekankan bahawa beliau tetap ada kuasa eksekutif? Bab inilah yang lebih dikhuatiri."

Menurut Awang Selamat, tindakan Khaled bercanggah dengan suara pelbagai pihak, termaasuk badan-badan bukan kerajaan, tokoh akademik, penganalisis perundangan, politikus hinggalah kepada negarawan.

"Jika mahu mengambil semangat demokrasi memandangkan isu tersebut mempunyai implikasi besar, elok ia ditangguhkan.

"Tidak rugi apa-apa dan untuk apa tergesa-gesa. Dapatkanlah terlebih dahulu maklum balas pelbagai pihak, terutama rakyat Johor sama ada mahu berpegang kepada Raja Berkuasa Mutlak atau Raja Berperlembagaan," katanya.

Menurut Awang Selamat, desas-desus berlegar di Johor bahawa Khaled dikatakan terikat tangannya dan lebih akur kepada banyak campur tangan istana, terutamanya dalam pembangunan hartanah.
Read More / Baca Lagi >>

Utusan Malaysia enggan menghadap Sultan Johor jika dipanggil

Posted: 07 Jun 2014 08:28 PM PDT

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia yang lantang mengkritik tindakan kerajaan negeri Johor melibatkan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) dalam pentadbiran melalui kolumnisnya Awang Selamat enggan menghadap pemerintah negeri itu sekiranya dipanggil.
Dalam ruangan "Bisik-bisik Awang Selamat‎ " kolumnis itu menyatakan sekiranya Sultan Johor ingin membuat teguran atau mendapatkan penjelasan, cukuplah dilakukan dengan menghantar wakil berjumpa dengan Utusan Malaysia.
"Adalah tidak sesuai bagi Sultan mencemar duli berurusan secara langsung dengan mana-mana editor jika timbul situasi yang tidak menyenangkan‎.
"Awang pun kalau menjadi bos media tidak mahu datang sekiranya dipanggil menghadap untuk tujuan seperti itu melainkan jika diundang untuk berbuka puasa atau hal-hal lain yang kita semua boleh merasa selesa," katanya dalam Mingguan Malaysia hari ini.
Selain itu, Awang Selamat juga menafikan ‎terdapat arahan daripada pihak Istana agar Utusan Malaysia menghadap Sultan Johor berhubung isu tersebut.
Kolumnis itu berkata, media harus berhenti terlalu risaukan akan teguran sekiranya menyentuh mengenai perihal institusi Diraja.
"Itulah pertanyaan biasa dalam kalangan orang media setiap kali ada isu sensitif yang menyentuh istana Johor. Apa yang Awang boleh tolong jawabkan bagi pihak Utusan - tiada.
‎"Keresahan orang media terhadap perkara seperti itu patut dihentikan. Sebenarnya tiada sebab dalam era moden terutama landskap media yang baru, pembesar istana boleh sesuka hati memanggil editor atau wartawan, apatah lagi untuk dimarahi. Itu bukan cara wajar,"  katanya sepertimana dipetik dalam akhbar itu hari ini.
Awang Selamat juga percaya Sultan Johor juga tidak akan sesekali merendahkan nilai darjatnya sebagai seorang Raja dengan bertindak memanggil pihak Utusan Malaysia untuk menghadapnya.
Read More / Baca Lagi >>

Penguasa politik Johor lemah – Tan Sri Muhammad Ali

Posted: 07 Jun 2014 06:55 PM PDT


KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor  2014 (LPHJ) yang bakal dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (Dun) Johor, Isnin ini turut mendapat kritikan bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corporation (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali Hashim (gambar).
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan semalam, Muhammad menyifatkan tindakan memberi kuasa undang-undang kepada Sultan Johor untuk mencampuri urusan pentadbiran negeri secara langsung akan mencemarkan kedudukan Sultan dan merosakkan sistem Raja Berperlembagaan yang diamalkan di negara ini.
"Ia juga akan memburukkan lagi kecelaruan yang berlaku dalam pentadbiran di negeri Johor, yang sejak kebelakangan ini banyak terjejas setelah terdapat campur tangan secara langsung atau tidak langsung Istana Johor.
"Jika dibiarkan, kecelaruan ini pasti merosakkan kepentingan besar rakyat Johor, terutama apabila terdapat campur tangan dalam pentadbiran tanah atau urusan GLC negeri," ujar beliau.
Menurut Muhammad,  rakyat Johor semakin bimbang melihat tanah dan harta serta perniagaan strategik milik Johor terlepas kepada kepentingan asing atau milik individu terpilih, dengan mengetepikan kepentingan jangka panjang rakyat dan negara.
Beliau yakin kecelaruan ini berpunca daripada kecuaian kepimpinan serta kelemahan tindakan penguasa politik Johor.
"Perkara ini sepatutnya tidak timbul jika penguasa politik negeri proaktif, terlebih dahulu bertindak tegas mempertahankan Perlembagaan negara dan tidak mengkrompomikan status Sultan Johor sebagai Raja Berperlembagaan tanpa kuasa mutlak," tegas beliau.
Menurut Muhammad, walaupun Menteri Besar selaku Pengerusi Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) mengakui mempunyai kuasa mutlak seumpama kuasa Pengerusi Jcorp, ia bukan alasan yang boleh diterima untuk meneruskan RUU LPHJ.
Read More / Baca Lagi >>

GST: Ahmad Maslan kata harga barang turun tapi Pakar ramal harga barang dan inflasi naik..

Posted: 07 Jun 2014 06:04 PM PDT

Hujung tahun 2013 yang lalu, dalam usahanya untuk terus memperbodohkan rakyat mengenai GST, Ketua Penerangan UMNO merangkap Timbalan Menteri Kewangan yang terkenal dengan hujah-hujah bodohnya telah berkata..

"Pembangkang akan "gagal dan merana" kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 2015".

Menurut ketua penerangan Umno itu lagi, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara Pakatan Rakyat (PR) pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.

"Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada rakyat,"

"Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun. Apabila harga barang dan perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang kerajaan.

"Selama ini mereka mengaitkan Barisan Nasional (BN) dengan 'Barang Naik' tetapi apabila GST dilaksanakan, barang akan turun," katanya.. sepenuhnya silalah baca di SINI

Itu kata Ahmad Maslan tentang GST.. sebagaimana yang berulang kali telah disebut oleh bekas Presiden UMNO sendiri iaitu hanya orang-orang yang bodoh kini bersama UMNO..

Maka tak perlulah kita semua merasa hairan kenapa hujah yang diberikan oleh pemimpin UMNO itu mengenai GST kelihatan kurang cerdik.

Hakikatnya harga barangan pasti akan meningkat dengan perlaksanaan GST itu kerana kita perlu mengeluarkan belanja tambahan sebanyak 6% lagi bagi setiap barangan yang dikenakan GST..

Baca apa pendapat pakar..

KUALA LUMPUR - Pakar ekonomi tidak menafikan pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada April 2015 bakal mengakibatkan kenaikan kadar inflasi negara dan secara tidak langsung menyebabkan kenaikan harga barangan.

Read More / Baca Lagi >>

Prestasi pelajar lemah sebabkan jurang ekonomi di Malaysia, kata PIBGN

Posted: 07 Jun 2014 04:37 PM PDT

Pelajar yang menghadapi kesukaran untuk berprestasi baik di sekolah mungkin akan menjadi golongan kelas berpendapatan rendah dan akhirnya membesarkan lagi jurang sosio-ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014.
Pelajar yang menghadapi kesukaran untuk berprestasi baik di sekolah mungkin akan menjadi golongan kelas berpendapatan rendah dan akhirnya membesarkan lagi jurang sosio-ekonomi negara. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Jun, 2014. 

Malaysia berada dalam keadaan bahaya kerana sejumlah besar golongan muda berdepan dengan kesukaran di sekolah dan tampak cenderung untuk menjadi golongan kurang bernasib baik dan kelas berpendapatan rendah sementara para guru terlalu mengejar markah tinggi, kata persatuan ibu bapa dan guru.
Mereka berkata, kumpulan ini akan meninggalkan sistem pendidikan dan hanya akan mempunyai sedikit harapan bagi mobiliti sosial dan menyumbang kepada jurang yang semakin meningkat antara golongan berada dan kurang berada di negara ini.
"Kerajaan mesti membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi, kerana itulah yang sedang berlaku," kata Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Muhammad Ali Hassan kepada The Malaysian Insider.
Muhammad Ali berkata, pelajar lemah kebiasaannya datang daripada keluarga berpendapatan rendah yang tidak mampu menghantar anak mereka ke kelas tuisyen dan menyediakan makanan berkhasiat kepada anak sedang membesar.

"Kita tidak seharusnya hanya melabur kepada yang cemerlang, tetapi juga kepada yang paling lemah. Mereka tidak boleh dipinggirkan kerana turut mempunyai potensi untuk menyumbang kepada masyarakat," katanya.

Beliau mengulas tentang laporan The Malaysian Insider semalam tentang ramai pelajar sekolah menengah berprestasi rendah di sekolah-sekolah bermasalah di Malaysia yang  berada pada tahap purata dua hingga tiga tahun di belakang rakan sekelas mereka yang lebih baik.
Teach for Malaysia (TFM) yang merekrut golongan profesional muda dan graduan baru, mendapati selepas dua tahun bertugas sepenuh masa di sekolah-sekolah menengah bahawa kebanyakan pelajar yang ketinggalan gred ini datang daripada keluarga berpendapatan rendah.‎
Pada masa yang sama, para guru mereka tidak dapat memberikan mereka perhatian tambahan yang diperlukan disebabkan tekanan di luar bilik darjah seperti kerja-kerja pentadbiran dan arahan untuk melengkapkan sukatan pelajaran kelas.
Read More / Baca Lagi >>

BN, Pakatan harus bersatu halang usaha jadikan Malaysia monarki mutlak

Posted: 07 Jun 2014 04:34 PM PDT

Amin Iskandar

Negara dikejutkan apabila media melaporkan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar akan terlibat secara langsung dalam pentadbiran kerajaan negeri apabila satu rang undang-undang baru, Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor (LPHJ) akan dibentangkan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Isnin.
Lebih mengejutkan lagi apabila akhbar milik Umno, Utusan Malaysia mendapatkan pandangan Pakar Perlembagaan, Dr Abdul Aziz Bari yang juga merupakan calon PKR untuk kerusi Parlimen Sabak Bernam dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu berhubung tindakan kerajaan negeri Johor itu.
Ini merupakan perkara yang jarang berlaku kerana Utusan Malaysia sendiri pernah menyerang Aziz sehingga menyebabkan bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menyaman akhbar tersebut kerana didakwa memfitnahnya.
Dalam laporan itu, Aziz berkata pemberian kuasa kepada sultan untuk terlibat dalam pentadbiran negeri bertentangan dengan konsep Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
Utusan Malaysia juga menyiarkan laporan yang menentang tindakan kerajaan Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan Ibrahim untuk terlibat secara langsung dalam pentadbiran negeri.
Laporan Utusan Malaysia ini jelas menunjukkan Umno tidak bersetuju dengan tindakan Umno Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan dalam pentadbiran negeri yang berjiran dengan Singapura itu.
Tindakan Umno Johor untuk memberikan kuasa kepada Sultan Ibrahim (gambar) untuk terlibat dalam pentadbiran kerajaan negeri memberikan isyarat bahawa Datuk Seri Najib Razak sebagai presiden parti itu terlalu lemah sehingga berlaku tindakan membelakangkannya dalam urusan yang penting seperti ini.
Sebagai perdana menteri, Najib juga dilihat gagal untuk menunjukkan bahawa Putrajaya kuat dan perlu dirujuk sebelum negeri-negeri, apatah lagi yang diperintah oleh partinya sebelum membuat sesuatu keputusan penting.
Atau atas kelemahannya, Najib sendiri perlukan campur tangan Istana untuk memastikan Umno dan Barisan Nasional (BN) terus kekal berkuasa selepas pilihan raya umum akan datang?
Tindakan Najib membiarkan Umno Johor juga bertentangan dengan apa yang dilakukan oleh bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang berjaya mengurangkan kuasa Raja-raja Melayu semasa pemerintahannya.
Read More / Baca Lagi >>

Ust Rosli Jabar - Fi Sabilillah

Posted: 07 Jun 2014 03:56 PM PDT

Ust Rosli Jabar - Sakinah Dalam Perjuangan

Posted: 07 Jun 2014 03:55 PM PDT

PDRM perlu siasat dulu sebelum tangkap - Mywatch

Posted: 07 Jun 2014 05:55 AM PDT

R Sri Sanjeevan  
SHAH ALAM – Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran agar tidak sewenang-wenangnya mengambil tindakan atau membuat tangkapan ke atas mana-mana individu tanpa melakukan siasatan terperinci terlebih dahulu.

Pengerusi Malaysian Crime Watch Task Force (Mywatch), R Sri Sanjeevan mendakwa, pihak polis hanya melakukan tangkapan ke atas suspek bagi sesuatu kes jenayah dan kebiasaannya suspek tersebut bukanlah individu yang melakukan jenayah terbabit.

"Pihak polis IPD Brickfields telah membuat  satu tangkapan pada 5 Jun baru-baru ini berhubung  kes pecah rumah yang berlaku pada 8 April lepas.

"Hasil siasatan mendapati individu terbabit merupakan seorang pendatang asing tanpa izin (Pati) warga Indonesia, individu berkenaan ditahan kerana disabitkan dengan jenayah pecah rumah tetapi setelah direman individu berkenaan tidak disabitkan dengan tuduhan terbabit namun dia didakwa di atas kesalahan tiada dokumen perjalanan yang sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Read More / Baca Lagi >>

Kebimbangan disebalik RUU Perumahan Johor

Posted: 07 Jun 2014 04:50 AM PDT


KUALA LUMPUR: Pelbagai pihak termasuk dikalangan BN sendiri mula meluahkan kebimbangan dengan rang undang-undang perumahan baharu yang akan dibentang  di Dewan Undangan Negeri Johor, Isnin ini.

Rang Undang-undang Lembaga Perumahan dan Hartanah 2014 ini bakal memberi kuasa meluas kepada Sultan tentang isu perumahan dengan penubuhan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor.

Menurut laporan, ia merupakan enakmen pertama seumpamanya yang akan dibentangkan dengan Sultan Johor diberi kuasa untuk melantik ahli lembaga, menyelia akaun dan juga untuk membubar lembaga berkenaan.

Ramai melihat, jika perkara ini berlaku, ianya dibimbangi berlaku pertindihan kuasa istana dengan kuasa eksekutif.

The Star dalam laporannya mendakwa, dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) BN yang tidak mahu dikenali, mahu Rang Undang-Undang ditangguh untuk membolehkan lebih banyak masa untuk menelitinya.Read More / Baca Lagi >>

RUU kontroversi Johor tetap dibentang Isnin

Posted: 07 Jun 2014 04:48 AM PDT

Rang Undang-Undang bagi menubuhkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Johor tetap akan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Isnin ini, walaupun mendapat pelbagai reaksi dan tentangan segelintir pihak.
 
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (kiri) berkata rang undang-undang baharu itu tidak melanggar konsep Raja Berperlembagaan di negara ini kerana akan dibacakan bersama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor.
 
"Insya-Allah, kita tengok Isnin nanti... Saya tidak fikir ia akan melanggar konsep Raja Berperlembagaan.
 
"Seperti yang saya sudah jelaskan, rang undang-undang ini mesti dibaca bersama-sama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor di mana dalam undang-undang berkenaan menyatakan tindakan yang dilaksanakan oleh Sultan Johor adalah dengan nasihat Menteri Besar," katanya kepada pemberita selepas program Kayuhan Mesra Rakyat di Johor Baharu hari ini.
 
Beliau mengulas sama ada kerajaan negeri akan menangguhkan pembentangan rang undang-undang berkenaan ekoran segelintir pihak menggesa pembentangan itu ditangguh dan diteliti semula.
 
Mohamed Khaled yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Permas berkata soal pelantikan oleh Sultan Johor menerusi enakmen itu kelak mempunyai banyak persamaan dengan akta di peringkat persekutuan seperti lantikan beberapa jawatan termasuk Ketua Eksekutif Suruhanjaya Koperasi dan Gabenor Bank Negara yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
 
Read More / Baca Lagi >>

Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses - Dr Asri

Posted: 07 Jun 2014 04:44 AM PDT


Bahan berubah sifat boleh jadi halal jika diproses - Dr AsriKUALA LUMPUR: Gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah, kata bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis mengulas pandangan ulama tersohor, Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan.

"Saya berpandangan isu ini tidak adalah satu masalah besar kerana di kalangan ulama Islam sendiri tidak ada konsensus mengenai topik ini.

"Mereka mempunyai pandangan yang berbeza dalam hal ini," katanya kepada Astro AWANI.

Dr Mohd Asri menegaskan bahawa setiap orang Islam mempunyai hak untuk membaca, mendengar, menilai dan membuat keputusan untuk dirinya sendiri berdasarkan kepada hujah-hujah yang dibentangkan.

"Islam adalah agama yang berfikiran terbuka yang sentiasa mengiktiraf fakta dan kebenaran.

"Kemudian, orang Islam juga perlu berfikir tentang bagaimana untuk menjawab perbuatan mereka di hadapan Allah di akhirat, bukan hanya bertindak balas secara emosi," katanya.

Mengulas lanjut mengenai hujah Dr Yusuf, Dr Asri menjelaskan bagaimana sesuatu yang dianggap haram boleh menjadi halal sebenarnya jika menggunakan konsep 'istihalah'.
Read More / Baca Lagi >>

Bapa tegaskan Zarina Islam

Posted: 07 Jun 2014 04:39 AM PDT

Zahid: Zarina's case to be referred to AGC

Posted: 07 Jun 2014 04:38 AM PDT

'No decision yet if cops will act in conversion tussle'

Posted: 07 Jun 2014 04:38 AM PDT

Zahid: I quit biking because of gangsters...!!

Posted: 07 Jun 2014 04:37 AM PDT

Bentang rombakan subsidi minyak di Parlimen

Posted: 07 Jun 2014 01:33 AM PDT

Minyak
SHAH ALAM – Penganalisis bersetuju cadangan PKR agar kerajaan membentangkan sistem baharu berkaitan penjualan diesel dan petrol bersubsidi di Parlimen kerana ia melibatkan kepentingan rakyat.

Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik berkata, apabila sistem yang dijangka diperkenalkan 1 September depan itu dibahaskan di Parlimen, baharulah wujud unsur semak dan imbang serta konsensus.

"Pandangan rakyat sebagai 'stake holder' atau wakil-wakil mereka di Parlimen atau wakil masyarakat perlu diambil kira," katanya kepada Sinar Harian Online.

Menurutnya, sehingga kini masih belum jelas mekanisme yang akan diaplikasikan bagi memastikan subsidi berkenaan sampai kepada golongan sasar.

"... sekarang ini kita masih belum nampak mekanisme yang jelas untuk pastikan bahawa subsidi itu benar-benar sampai kepada golongan sasar dan bagaimana nak elak penipuan berlaku.

"Kalau tanya apa yang perlu kerajaan lakukan, jangan laksanakan GST lah tapi kenakan cukai-cukai mewah. Kerana cukai mewah itu yang sepatutnya mendatangkan lebih pendapatan kepada kerajaan. Sebab kalau GST, semua pihak akan dikenakan cukai dan yang tak sepatutnya terlibat juga akan membayar cukai," katanya.

Sementara itu, Pensyarah Fakulti Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr Shaharuddin Badaruddin berkata, kerajaan tidak boleh hanya bergantung idea daripada BN saja.

"Cadangan untuk dibincangkan dalam Parlimen satu cadangan yang baik kerana apabila ia melibatkan rakyat secara keseluruhannya, maka wajarlah ia dibincangkan.

Read More / Baca Lagi >>