Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:48 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Jais bersikap seperti ‘Taliban’, kata bekas mufti Perlis

Posted: 04 Jun 2014 05:17 PM PDT

Bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin membidas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menyerbu majlis perkahwinan pasangan Hindu baru-baru ini, dan menyatakan kebimbangannya negara kini menuju ke arah "Talibanisasi". 

Mohd Asri mempertikaikan tindakan Jais itu yang dikatakan akan menyebabkan imej Islam tercemar.
"Jais perlu hati-hati kerana ia akan beri imej salah kepada masyarakat, malah dunia akan beri perhatian isu ini.
"Semakin hari masyarakat dunia melihat dunia ini cenderung kepada proses Talibanisasi dalam beragama disebabkan tindakan ini," katanya kepada The Malaysian Insider.
Asri juga mengkritik tindakan Jais sebagai tidak bijak yang kemudian akan menimbulkan pelbagai salah sangka di kalangan masyarakat di Malaysia.
"Ini semua tindakan tidak bijak, tidak ada kebijaksanaan yang akan beri imej negatif dalam pengurusan agama pada ketika kita sudah mempunyai isu yang banyak memberi imej negatif dan salah sangka bukan di kalangan bukan Islam sahaja tapi juga umat Islam sendiri.

"Ia sangat bercanggah dengan kempen wasatiyah yang dibawa oleh perdana menteri sendiri," katanya.
Pendakwah terkenal itu juga mempersoalkan keperluan Jais untuk menyerbu pada ketika majlis perkahwinan sedang berlangsung dan tidak memanggil dan menyiasat sebelum itu.
"Sepatutnya Jais boleh selesaikan isu ini lebih awal apabila ada maklumat, kenapa hari perkahwinan baru hendak serbu dan lakukan soal siasat, kenapa sebelum itu tidak buat," katanya.
Beliau berkata, Jais sepatutnya menyelesaikan perkara tersebut secara profesional dan bukan dengan menyerbu secara melulu.
"Agama ini bukan satu paksaan, sepatutnya mereka (Jais) panggil dengan cara baik dan siasat lebih awal, ini bukan zaman paksaan lagi," katanya.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) itu menyarankan agar isu mengenai mualaf di mana ibu bapa memeluk Islam diteliti semula memandangkan situasi ketika ini sudah berubah.
"Pada zaman dulu, orang keluar Islam sebab ada elemen pengkhianatan dan dalam mana-mana undang-undang memang hukumannya keras, bukan sahaja di dunia Islam tapi agama Kristian pun ada hukumannya.
"Tapi sekarang ini kita berdepan suasana baru dan memerlukan ijtihad baru serta pandangan baru dalam hal ini. Kita kena lihat balik faktor-faktor ini untuk melihat dalam suasana lebih matang tentang masalah bukan Islam yang emak dan bapa peluk Islam," katanya.
Beliau berkata, zaman dahulu hukuman kepada mereka yang keluar Islam adalah berat, zaman moden sekarang berbeza sama sekali kerana setiap negara berwilayah.
"Suasana sudah tidak sama pada zaman awal dahulu kerana dahulu orang peluk Islam atas kerelaannya dan kemudian keluar, ini seakan-akan ada elemen pengkhianatan.
"Zaman dulu juga tidak ada negara bersempadan, tapi yang membezakannya hanya pegangan akidah. Apa yang membezakan dengan yang sekarang adalah wilayah ada negara, ada kad pengenalan dan pasport," katanya.
Asri berkata, isu melibatkan kes mualaf ini perlu dibincang supaya selari dengan konteks zaman moden sekarang.
"Kita kena bincang pandangan yang lepas supaya ia kena dengan konteks zaman moden," katanya.
Peguam, Syahredzan Johan menyifatkan situasi ini berlaku berpunca daripada isu hak penukaran agama sehala.
"Isu sekarang adalah 'unilateral conversion', apabila seorang sahaja bapa atau emak mempunyai kuasa untuk menentukan agama anak-anak yang belum mencapai umur majoriti, ini yang berlaku sebenarnya," kata Syahredzan kepada The Malaysian Insider.
Syahredzan berkata, kajian dan penelitian mendalam mengenai isu tersebut perlu dikaji bagi mengelak ia lebih berleluasa.
"Jadi sebab itu, ramai mengesyorkan kalau dalam situasi ini apa yang perlu dilakukan dalam menentukan agama adalah ia mesti diputuskan secara bersama kedua-dua ibu dan bapa.
"Saya percaya kalau kita mengikut fungsi kedua-dua ini, masalah yang timbul ini mungkin tidak berleluasa," katanya.
Dr Maszlee Malik, pemerhati sosiopolitik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata, isu kes serbuan perkahwinan oleh Jais berpunca daripada isu pentadbiran dan tidak melibatkan sentimen keagamaan.
"Perkara seperti ini perlu diselesaikan supaya tidak timbul kekeliruan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Maszlee juga membidas Jais kerana mencemarkan imej Islam di mata masyarakat apabila bertindak melulu.
"Jais sepatutnya buat kajian terperinci dahulu, mereka kena lihat kesan persepsi umum.
"Mereka kena berhati-hati dan perlu banyak buat kerja rumah sebelum ambil suatu tindakan," katanya.
Ahad lalu, Jais menyerbu sebuah kuil Hindu di Petaling Jaya dalam percubaan mereka untuk menghentikan majlis perkahwinan di mana pengantin perempuannya adalah seorang yang dipercayai beragama Islam.
Kontroversi tersebut menimbulkan reaksi kurang senang penganut Hindu dan pertubuhan bukan kerajaan mengecam keras tindakan tersebut.
Tindakan Jais itu juga mengganggu majlis perkahwinan dan menyebabkan pasangan pengantin tersebut mengalami kerugian.
Pengantin perempuan itu, Zarinah Abdul Majid dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider berkata, beliau berulang-alik ke Mahkamah Syariah dan Jabatan Pendaftaran Negara untuk membuang perkataan "Islam" di kad pengenalannya.
Zarinah mengakui tidak mengamalkan kepercayaan agama Islam.
Beliau berkata, ibu bapanya beragama Hindu ketika berkahwin pada 1980. Ayahnya bernama S Mahendran dan ibunya S Vasandamma.
Kemudian bapanya memeluk Islam dan menukar nama kepada Abdul Majid, bagaimanapun ibunya kekal menganut agama Hindu.
Disebabkan itu, katanya, beliau dan tiga adik beradik lain mempunyai status agama Islam dalam surat beranak dan MyKad.
Zarinah berkata, selepas kelahiran adik lelakinya pada 1990, ayahnya meninggalkan rumah dan tidak pernah kembali. – 5 Jun, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jais-bersikap-seperti-taliban-kata-bekas-mufti-perlis#sthash.ymjpLqq9.dpuf

Produser Drama Terpaksa Pinjam Ah Long Kerana Syarat ‘Patuh Syariah’

Posted: 04 Jun 2014 04:17 PM PDT


Diterbitkan: Rabu, 4 Jun 2014 12:01 AM

Dari kiri A. Aida, Jurey Latiff dan Yusof Kelana memperkatakan mengenai syarat pinjaman yang menekan penerbit-penerbit drama.
  (Ubah saiz teks)
KUALA LUMPUR: Syarat 'patuh syariah' yang ditetapkan oleh agensi dan syarikat kewangan telah membunuh sebahagaian besar penerbit-penerbit drama di negara ini sehingga ada diantara mereka terpaksa meminjam Ah Long.

Presiden, Persatuan Penerbit Televisyen Malaysia  (PTVM) Jurey Latiff Rosli berkata,  pihaknya kesal dengan syarat itu kerana peraturan berkenaan tidak selari dengan kehendak stesen-stesen televsiyen selaku pembekal program.

"Kami kecewa apabila syarikat kewangan dan agensi peminjam wang  meletakkan  syarat baharu iaitu syarat 'patuh syariah' sebelum meluluskan permohonan," katanya.


Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menyuarakan kekesalan  itu di pejabat PTVM di Taman Sri Rampai, Setapak di sini pada Selasa.

Hadir sama Naib Presiden PTVM, A. Aida, Setiausaha persatuan itu, Yusof Kelana dan juga beberapa ahli jawatankuasanya.

PTVM mempunyai kira-kira 100 orang ahli.

Dalam pada itu Jurey berkata, antara syarat patuh syariah ialah setiap drama yang bakal dihasilkan hendaklah mewajibkan para pelakon wanita memakai tudung, tidak boleh berpegangan tangan, tiada adegan di dalam disko serta beberapa peraturan lain yang tidak masuk akal.
mStar Default Image
Sebahagian daripada penerbit-penerbit drama.


Sedangkan katanya, konsep atau genre sesebuah drama ditentukan oleh stesen televsiyen termasuklah mereka juga yang memilih para pelakon sebelum ia diluluskan untuk siaran saluran masing-masing.

"Sesebuah drama itu harus mendapat kelulusan stesen tekevisyen sebelum pihak penerbit dapat melakukan penggambaran. Jadi, jika bank atau syarikat pinjaman wang seperti Mara mengenakan syarat yang tidak masuk akal, bagaiamana pula kami hendak menerbitkan drama?" soalnya.

Jelas Jurey, masalah berkenaan menyebabkan penerbit drama sudah putus harapan sehingga ada diantara mereka terpaksa meminjam daripada Ah Long bagi membolehkan  kerja-kerja penerbitan dilakukan.

Katanya, keluhan itu pernah dikemukakan kepada pihak Mara pada tahun lalu dalam satu taklimat yang diberikan malah agensi itu bersetuju untuk melonggarkan syarat berkenaan.

Namun katanya, syarat itu kembali berkuatkuasa apabila  Mara memanggil bakal peminjam untuk membentangkan sinopsis drama masing-masing dan sekiranya ia bercanggah dengan tuntutan Islam, permohonan mereka tidak akan diluluskan.

"Apa yang yang menyedihkan, panel syariah Mara pernah berkata perniagaan perfileman hukumnya haram," katanya.


Wajah terbaharu A. Aida


Jelas Jurey, kadar pinjaman yang biasanya dipohon antara RM80,000 sehingga RM500,000 dan setakat ini pihak penerbit tiada masalah dalam membuat pembiayaan semula.

Tambahnya, setakat ini hanya syarikat Credit Guarantee Corporation (CGC) sahaja yang tidak memperketatkan syarat dan boleh bekerjasama dengan PTVM.

Sementara itu penerbit A. Aida Productions iaitu A. Aida berkata, syarat yang dikenakan oleh intstitusi kewangan dan juga Mara itu turut menyekat penerbit untuk bekerja dan menghasilkan lebih banyak drama.

Katanya, jika terlampau banyak babak atau adegan dilarang untuk dihasilkan, kualiti sesebuah drama itu akan hilang kerana setiap karya mestilah mempunyai pengajaran iaitu baik dan buruk yang harus ditonjolkan.

"Kalau pelakon nak pegang bahu antara lelaki dan perempuan pun tak boleh, macam mana nak tonjolkan pengajaran dalam drama? Adegan dalam disko pun kena sekat, susahlah untuk kita tonjolkan gambaran baik dan buruk untuk dijadikan pengajaran.

Peraturan ini benar-benar menyekat produser," katanya yang mahu satu penyelesaian dalam masalah berkenaan dicapai.

Edaran akhbar kumpulan NSTP terjejas teruk

Posted: 04 Jun 2014 03:46 PM PDT



Edaran akhbar dalam Kumpulan The New Straits Times merosot teruk bagi tempoh separuh kedua tahun lepas, demikian menurut angka yang dikeluarkan oleh Audit Bureau of Circulations Malaysia (ABC).

Menurut angka yang dikeluarkan hari ini, jumlah nashkah akhbar-
akhbar kumpulan tersebut yang dijual di Malaysia Barat merosot lebih daripada 260,000 nashkah dari Jun hingga Disember 2013.

Edaran akhbar New Straits Timesmengalami kemorosotan terbesar - merosot 32.78 peratus atau hampir 37,885 nashkah dari bulan Jun hingga Disember 2013.

Edaran edisi Ahad, New Sunday Times, juga merosot kira-kira 25 peratus kepada 98,776 salinan pada Disember 2013.

Edaran akhbar berbahasa Melayu kumpulan tersebut, Berita Hariandan Harian Metro juga merosot, masing-masing kira-kira 25 peratus dan 11 peratus.



Harian Metro pernah muncul sebagai akhbar berbahasa Melayu yang paling tinggi edarannya.

Pada bulan Disember 2013, edarannya ialah 342,689 nashkah, manakala jumlah edaran edisi Ahadnya merosot sebanyak 10 peratus.

Manakala edisi Berita Harian Ahad merosot lebih 26,000 nashkah (14 peratus).

Kumpulan Utusan

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, pula memperlihatkan prestasi yang lebih baik daripada kumpulan NSTP.

Edarannya merosot  pada kadar yang lebih rendah, sebanyak 6.3 peratus (12,204 nashkah) dalam separuh kedua tahun lepas.

Edaran bagi edisi Ahad,Mingguan Malaysia pula hanya merosot 1.74
peratus berbanding pada bulan Jun, dan jumlah edarannya adalah yang tertinggi bagi akhbar berbahasa Melayu pada Disember 2013.

Manakala edaran bagi akhbar tabloid keluaran kumpulan Utusan,Kosmo! dan edisi Kosmo! Ahad meningkat sedikit.

Bagi akhbar bahasa Inggeris pula, The Star dan Sunday Starmengekalkan edaranya hampir 300,000 naskhah - meningkat sekitar 1,000 naskhah di antara Jun hingga Disember 2013.

Bagaimanapun, menurut The Star, langganan untuk edisi digitalnya (Epaper) semakin meningkat.

Edaran akhbar perniagaan The Edge pula meningkat daripada 20,720 nashkah pada bulan Jun kepada 24,284 pada hujung tahun lalu - meningkat 17 peratus.

Bagi akhbar berbahasa Cina, China Pressmengekalkan edaranya
pada kira-kira 176,000 nashkah di antara bulan Jun hingga Disember 2013.

Bagaimanapun, edaran akhbar Guan Ming Dailymerosot 5.4 peratus;Guan Ming Evening Edition (merosot 3.6 peratus), China Press Evening Edition (5.9 peratus), Sin Chew Daily (4.9 peratus) danSun Chew Evening Edition (11 peratus).

Menurut KiniBiz pengerusi jawatankuasa audit Margaret Au Yong mendedahkan angka tersebut dalam sidang media di Bandaraya Ho Chi Minh.

Dalam satu kenyataannya, ABC berkata: "Kebanyakan akhbar tidak dapat mengekalkan jumlah edaran selepas separuh tahun pertama 2013 (Januari hingga Jun 2013), iaitu semasa PRU13 (pilihan raya umum 2013).

"Sin Chew (Daily) menjadi akhbar harian nombor satu dengan 366,390 nashkah, diikuti Harian Metro dengan 342,689 nashkah dan The Star dengan 289,611 nashkah.

"Di bawah kategori akhbar percuma dan dikawal, The Sunmencatatkan edaran 305,000 nashkah, Red Tomato (209,599 nashkah) dan Malaysia SME (50,000 nashkah)," ABC dilaporkan berkata.

Baca lebih lanjut di KiniBiz.









[Baca berita penuh]

Tulisan di FB hak individu, kata NUTP

Posted: 04 Jun 2014 06:53 AM PDT



Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia berpendirian bahawa anggotanya tidak harus menjadi sasaran apa-apa tindakan hanya kerana tulisan di Facebook.

Presiden kesatuan itu, Hashim Adnan berkata, mana-mana pihak tidak boleh menetapkan apa yang patut dan tidak patut ditulis kerana tulisan di laman berkenaan adalah "hak peribadi" guru terbabit.



"(Tulisan) Facebook ini hak individu... Siapa-siapapun jangan sentuh. (Kalau) dia sentuh dia tak faham apa maksud kebebasan," katanya ketika dihubungiMalaysiakini.

Beliau mengulas teguran oleh Kementerian Pendidikan ke atas seorang guru yang memuatkan poster pemimpin muda DAP Dyana Sofya Mohd Daud di laman Facebook.

Biar Facebook itu jadi ruang kepada semua, jadikan Facebook sebagai ruang untuk bersosial, bukan nak dipilih gambar ini tak boleh, kemudian nak ambil tindakan, itu (pemikiran yang) sangat cetek.

"Jika orang baca tak semestinya mereka ikut. Biar dia baca, apa salahnya?," kata Hashim lagi.

Bagaimanapun, guru berkenaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya jika mereka memuatkan perkara yang bersifat menghasut.

Ditanya mengenai seruan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam agar para guru kembali ke pangkuan BN, Hashim berkata perkara itu juga tertakluk kepada kebebasan individu.

Katanya, mana-mana guru yang berminat untuk menyertai politik boleh memilih parti yang disukai, sama ada dari parti kerajaan atau pembangkang.

Namun, guru berkenaan perlu memastikan bahawa mereka kekal profesional pada setiap masa.

"Harap mereka profesional dalam perkara ini, jangan (biar) fahaman politik disalahgunakan masuk bilik darjah disebarkan masa mengajar, katanya.

Sekatan ke atas golongan guru dari menyertai politik secara aktif digugurkan pada tahun 2010. -malaysiakini

TRAGEDI M370 : 300 Hari Lagi Tamat Pencarian Dasar Laut Terbesar Dunia

Posted: 04 Jun 2014 05:54 AM PDT

alt


KUALA LUMPUR 4 Jun - Kontraktor persenderian yang dilantik Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) mempunyai baki 300 hari lagi untuk menamatkan pencarian dasar laut terbesar dalam sejarah dunia.

Menurut laporan The Wall Street Journal, kerajaan Australia juga telah mengeluarkan dokumen tender hari ini dengan menggariskan syarat sekiranya Malaysia ingin meneruskan misi pencarian tersebut.

Sementara itu, kerajaan Australia turut menegaskan ketidakperluan meneruskan operasi tersebut ekoran lokasi terakhir MH370 masih belum muktamad.


Biro Keselamatan Pengangkutan Australia berkata, pasukannya masih belum menetapkan kawasan pencarian yang tepat  ekoran mereka masih menganalisa komunikasi satelit dan anggaran perjalanan pesawat Boeing 777 tersebut.

Misi pencarian MH370 belum menemui sebarang data baru bagi beberapa minggu kebelakang.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 krew hilang dari radar Pusat Kawalan Udara Subang selepas sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 8 Mac lalu.

Penerbangan ke China tersebut sepatutnya mendarat di Beijing, China 6.30 petang pada hari sama.

Semenjak kehilangan MH370, pelbagai agensi dari serata dunia membantu Malaysia dalam mencari pesawat yang dikatakan berakhir di selatan Lautan Hindi.

Artis teruja dapat temui Tok Guru Nik Aziz

Posted: 04 Jun 2014 03:03 AM PDT



KOTA BHARU: Seramai 18 artis yang akan menyertai perlawanan persahabatan bola sepak dengan pasukan Pejabat Menteri Besar mengikuti tazkirah disampaikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tazkirah ringkas itu diadakan tengah hari tadi ketika mereka mengunjungi Mursyidul Am PAS di Institut Pemikiran Tok Guru di Kota Darulnaim.

Kumpulan artis terbabit diketuai Syed Aiman mewakili Kelab Sukan Artis Malaysia. Hadir sama Sabri Yunus, Fizo Omar, Danny X Factor, Syed Aiman dan Yantzen.


Malam ini pasukan artis akan bertembung dengan pasukan Pejabat Menteri Besar yang akan membariskan beberapa bekas pemain Kelantan termasuk Hashim Mustafa, Salim Mahmood.

Selain itu turut disertai Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Yakob, anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah dan beberapa pemain The Red Warriors.

Perlawanan itu akan diadakan di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Pada tazkirah terbabit, Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, penglibatan artis dalam medan dakwah menarik perhatian orang ramai terutamanya anak-anak muda.

"Artis memiliki banyak kelebihan termasuk suara baik, rupa paras lawa dan sebagainya seharusnya juga memiliki akhlak yang baik kerana ia akan menjadi ikutan orang ramai.

"Tuan-tuan merupakan tumpuan masyarakat dan perkara yang dilakukan akan menjadi ikutan ramai.

"Dan perlu ingat semua tindak tanduk akan dipersoal di akhirat nanti. Buat perkara baik apabila orang ikut akan mendapat pahala dan begitu sebaliknya," ujar beliau.

Sementara itu Syed Omar berkata, kunjungan itu dibuat bagi memenuhi  hasrat semua artis yang datang ke Kelantan dan mereka amat teruja dapat bertemu Tok Guru. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

Farah Fauzana Hangat Bercinta Dengan Pemain Bola Sepak Negara?

Posted: 04 Jun 2014 01:46 AM PDT


KL, 4 JUN 2014: Rasa Murai Batu selama mengenali Farah Fauzana atau mesra digelar Fafau di kalangan peminat-peminat serta orang di dalam industri hiburan tanah air sendiri, dia ini adalah antara artis yang sering tampil dengan imej yang cukup bersih. 

Malah, Murai Batu juga nampak yang Fafau ni cukup rajin, kuat bekerja serta sangat komited dengan kerja-kerjanya sebagai pengacara televisyen mahu pun penyampai radio sampaikan Murai Batu tak dengarlah dia bercinta dengan orang itu atau orang ini. 

Patutlah Fafau ni mampu berjaya dan masih mampu bertahan dalam tempoh yang cukup lama di dalam industri ni. Respek! Haa...Murai Batu harap orang-orang baru yang nak berjaya di dalam industri ini, kenalah ikut contoh macam Fafau ya. 


Anyway, walaupun Murai Batu rasa kagum dengan semangat dengan dedikasi Fafau, tapi jauh di sudut hati MUrai Batu nak tengok jugak Fafau ikut jejak rakan-rakan seperjuangannya yang lain, yang dah pun berumahtangga serta membina keluarga masing-masing. 

Kalau asyik kerja kerja kerja saja, sampai bila-bila membujanglah jawabnya Fafau oiii...Tapi, bak kata pepatah lama, diam-diam ubi berisi, diam diam Fafau, rupa-rupanya dia  intim dan hangat bercinta dengan pemain bola sepak.

Nama pemain bolas sepak itu, Murai Batu tak ingat pulak tapi jejaka yang bertuah itu adalah seorang pemain bola sepak kebangsaan.

Nak dijadikan cerita, perubahan imej yang berlaku pada diri Fara Fauzana yang kini nampak manis bertudung litup turut mendapat sokongan dari pemain bola tersebut.

Haa... Baguslah tu. Murai Batu tumpang gembira sangat bila dengar berita tersebut. Mudaha-mudahan hubungan mereka akan berkahir ke jinjang pelamin. Amin...murai.com

Setelah Dyanamania, kerajaan dijangkiti Dyanafobia

Posted: 04 Jun 2014 12:42 AM PDT


lks-WIRA7120 (3)
KUALA LUMPUR, 4 JUN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menghentikan segera penyakit 'Dyanafobia' yang dialami kerajaan Umno BN, seperti yang dilihat pada tindakan seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di laman itu..
Guru terbabit juga diberitahu bahawa beliau akan dipantau ekoran tindakan itu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengkritik tindakan seorang pegawai kanan Kementerian Pendidikan yang mengarahkan seorang guru menutup laman Facebooknya selepas meletakkan poster calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud di laman itu.
"Sangat ironi apabila ketika Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor menyeru para guru untuk kembali terlibat dalam politik di bawah BN, pegawai tinggi Kementerian Pendidikan memberi amaran kepada seorang guru yang meletakkan poster kempen Dyana di Facebook.
"Adakah ini yang Najib maksudkan apabila beliau dengan penuh yakin berkata ingin menjadikan Malaysia 'demokrasi terbaik di dunia' – di mana guru hanya berhak terlibat dalam politik jika menjadi 'penggerak utama' BN dan bukannya Pakatan?" katanya dalam satu kenyataan semalam.
"Saya ingin tahu sama ada Najib dalam mesyuarat kabinet esok (hari ini) akan menghentikan 'Dyanafobia' ini, atau beliau juga akan tunduk kepadanya," katanya lagi.
Menurut laporan Malaysiakini semalam, pegawai khas itu mengaku bahawa beliau bertindak selepas menerima arahan Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan Datuk Khair Mohamad Yusof.
Kata Ahli Parlimen Gelang Patah itu lagi, ketakutan terhadap Dyana Sofya adalah petanda paling jelas akan berakhirnya pemerintahan Umno BN di negara ini.
"Bukan seorang sahaja yang perlu dibimbangkan mereka, tetapi ribuan lagi 'Dyana Sofya' yang telah mendapat inspirasi daripada Dyana untuk tampil ke hadapan dan berjuang ke arah Malaysia untuk semua rakyat, tanpa mengira kaum dan agama," katanya lagi.
Walaupun kalah tipis pada PRK Teluk Intan, Dyana berjaya mencetuskan fenomena baru dalam politik negara, seperti perjuangan 'Me-Malaysiakan Malaysia' yang dibawanya sepanjang kempen. – Roketkini.com

DNA babi: Nak selamatkan syarikat atau umat Islam?

Posted: 03 Jun 2014 11:51 PM PDT


BASHIR ISHAK | .


ALOR SETAR: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar meminta  Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memberikan penjelasan tentang kekeliruan yang timbul ekoran pengumuman terbaru berkaitan dua produk coklat susu Cadbury Roast Almond dan Hazelnut disahkan tiada DNA babi.


Menurut Mahfuz, walaupun Jakim membuat mengesahan tersebut, sampel yang diambil oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini adalah daripada pasaran, manakala yang diambil oleh Jakim pula adalah terus dari kilang seperti yang diumumkan oleh Menteri  di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.



"Kita mahukan penjelasan dari Jakim memandangkan terdapat kekliruan di sini. Kita mahukan kepastian bilakah trikh sampel itu diambil dari kilang, adakah selepas isu ini timbul bila Kementerian Kesihatan meembuat pengumuman terdapat DNA babi atau sebelum daripada itu lagi.



"Kalau sebelum terbit isu pendedahan dari Kementerian Kesihatan, ada kemungkinan kita boleh terima. Kita bimbang sekiranya sampel ini diambil terus dari kilang selepas isu ini timbul, sudah tentu kilang buat pembesersihan dan bila Jakim datang ambil sampel mereka akan berikan sampel yang bersih atau yang baru dan tiada DNA babi, perkara ini yang Jakim kena jelaskan," ujarnya pada sidang media di Markas PAS Kawasan Pokok Sena, semalam.



Mengulas lanjut, Mahfuz juga mahukan penjelasan sama ada selepas pengumuman terbaru yang dibuat Jakim, maka Kementerian Kesihatan akan menarik balik hasil penemuan mereka sebelum ini.



Katanya, perkara ini penting kerana ianya akan terus menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam di negara ini.



"Bila Jamil Khir kata ada banyak makmal di negara ini dan hanya makmal kimia di Petaling Jaya yang diiktiraf Jakim, adakah Kementerian Kesihatan akan menarik balik hasil penemuan sebelum ini atau mereka mengatakan tidak ada DNA babi. Keraguan ini akan berterusan menghantui orang Islam, satu kata ada, satu lagi kata tak ada.



"Dikatakan samplel yang diambil di pasaran bend aitu telah tercemar, maknanya semua benda pun tak boleh dimakan. Takkan pencemaran itu boleh menembusi kertas pembalut (satu kertas dan satu lagi pembalut alumunium). Ini pun perlu diberikan penjelasan," katanya.



Mengulas kesediaan pegawai Jakim untuk mengadakan demonstrasi memakan coklat kontroversi keluaran Cadbury itu bagi membuktikan status halal produk berkenaan, Mahfuz berkata perbuatan itu bukanlah cara terbaik untuk meyakinkan rakyat.



"Kalau nak meyakinkan rakyat, seharusnya Jakim dan Kementerian Kesihatan memberikan penghujahan yang munasabah, bukannya dengan cara demonstrasi makan sebegitu.



"Apa yang dibuat sekarang dilihat seolah-oleh Jakim ini lebih banyak nak tolong selamatkan syarikat terbabit daripada nak selamatkan umat Islam. Mereka kenalah hilangkan keraguan rakyat dengan memberikan hujah yang terbaik," jelasnya lagi. - HARAKAHDAILY 4/6/2014

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


BIAR BETUL TMJ!!! Kontrak keselamatan Iskandar diberi Cina SIngapore????

Posted: 04 Jun 2014 09:08 PM PDT


Unspinners ingat hanya cuit-cuit saja apabbila seorang ADUN timbulkan isu seorang hartawan cina Singapura diberi kontrak untuk uruskan keselamatan di Iskandar Johor di DUN pada Ahad Lepas.

Membaca ABITW di SINI, difahamkan syarikat tersebut akan urus 600 pengawal sekuriti. Itu dah hampir seramai 1 batallion askar.

Tambah lagi, Cina SIngapork ini boleh secara diam-diam jalankan intipan dan pengumpulan maklumat yang lebih intensif dan meluas mengenai Johor. Jika syarikat iini dapat kontrak di tempat-tempat lain, lahhi luas rangkaiannya.

Mula-mula ingat ini hanya spekulasi oleh ADUN Kempas, YB DatukTengku Putra Haron Aminurrashid [Baca SINI].

Oleh sebab blog tersebut ada ramalkan ianya seorang bernama Peter Lim, maka kami google dan terkejut beruk mendapati SINI ia melibatkan Tengku Mahkota Johor.





Ini tak boleh dibiarkan.

Dalam bab keselamatan dan kedaulatan negeri Johor dan negara Malaysia, walaupun anak raja, Unspinners terpaksa tegur. Sembah derhaka patik pohon.

Ini sangat bahaya.

Sudahlah begitu banyak pelaburan dari hartawan cina Malaysia dan Singapore hanya menaikkan harga hartanah dan mengetepikan anak tempatan, Melayu dan Cina juga. Iskandar hanya jadi tempat untuk diduduki dan dikuasai oleh Singapore akhirnya.

Bukan saja itu saja akan berlaku, dengan dibenarkan 1 batallion pegawal yang mana mungkin terdiri dari askar Sigapura yang menyamar sebagai sekuriti, Johor akan mudah sekali jatuh ke pada SIngapura.

Tak mahu pula patik lihat Kesultanan Johor akhirnya tidak bernegeri. Tak mahu juga patik lihat  rakyat hilang kepercayaan pada sistem raja hingga mahu bangun derhaka.

Dyana "living together" dengan 2 boifren! Yammy restu!!!

Posted: 04 Jun 2014 06:30 PM PDT


Bila PRK dah habis, sudah-sudahlah. Usahlah nak berdendam untuk tuduh-tuduh, dan cabar-cabar. Buat polis report lagi tu ... Bila yang dicabar Yammy itu blogger, lagi tak habis cerita.

Tambah lagi, mereka dah kumpul dan sedia dengan senajata dan peluru untuk dibedil semasa PRK, tapi fikir-fikir punya fikir tak mahulah lepaskan. Bila test gambar bikini, cepat RBA nak cuba pusing. Dah Yammy cabar, apa lagi satu-satu lah.

Dah keadaan macam gini tiada siapa boleh halang lagi. Baru sedikit kami cuit-cuit rupanya ada puak lain dah kasi telanjangkan Dyana sampai tinggal seurat benang. Sayang ... disebalik rupanya yang muda rupanya tersimpan rahsia yang sungguh memalukan.

Fairuz Azhan amiruddin

Petikan dari Bulletin 247 berikut:

Pada 16 Mei lalu, blog THE SELANGOR CHRONICLE telah mendedahkan tentang calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya yang tinggal serumah tanpa nikah dengan teman lelakinya di Taman Melawati.

Rumah yang disewa oleh abangnya yang juga merupakan salah seorang penjawat awam di MIDA yang sekarang ini ditugaskan di United Kingdom, telah dijadikan sebagai sarang kedua-duanya untuk tinggal berdua-duaan.

Dikhabarkan, hubungan antara Dyana Sofya dengan Fairuz Azhan Amiruddin direstui oleh ibu Dyana, Yammy Samat. Malah ibu serta bapa Dyana Sofya juga tidak menghalang serta melarang tingkah laku kedua-duanya yang tinggal serumah.

Kejadian tersebut berlaku antara tahun 2011 sehingga 2012 ketika Dyana masih lagi belajar di UiTM.

Hubungan antara Dyana Sofya dan Fairuz Azhan Amiruddin putus sekitar 2013 walaupun kedua-duanya pernah dipublisitikan dan diberikan promosi apabila mengisytiharkan menyertai DAP di tangan Lim Kit Siang.

Dyana bersama Ooi Chio Seong diluar kamar
Ketika PRU-13 dan Lim Kit Siang menjadi calon Parlimen Gelang Patah, Dyana Sofya telah dilantik sebagai pegawai khas Lim Kit Siang. Pada masa yang sama, Dyana Sofya menjalinkan hubungan dengan seorang pemuda Cina bernama OOI CHIO SEONG ...

Baca seterusnya di blog Bulletin 247 SINI .

Harap rakan blogger kasi link pada blog ini dan suruh dia link ke blog anda. Banyak cerita panas yang berguna boleh dipetik dari blog ini.

Mah, Zambery dah turun Telok Intan, Gelang Patah masih tak jumpa ahli Parlimen,

Posted: 04 Jun 2014 05:15 PM PDT

Satu hari selepas, Dato Seri dr Zambery kadir berserta Dato Mah dah turun ke Telok Intan berjumpa rakyat.




Kesiannya Gelang Patah masih tak jumpa lagi ahli Parlimen mereka ...


Kalau dah lama tak nampak, elok polis buat deklarasi mati. Mudah untuk SPR adakan PRK. Susah juga pengundi Gelang Patah tak punya wakil di Dewan Rakyat


Tanpa butiran, kita hanya waspadalah bila lihat gambar di Facebook

Posted: 04 Jun 2014 07:59 AM PDT




Memang berderau darah melihat gambar di atas tapi bila dibaca berikut pasti tertanyawahida ini betul ke wujud hingga tak tahu tak wujudnya ugama bernama jewish christian.


Isyyy ... apa teruk sangat English?


Memang kita patut risau dan berhati-hati terutama bila di Malaysia ada apolegis Kristian seperti Khalid Samad dan Mujahid Yusof rawa.

First thing first, gambar ini di mana?


DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


JIHAD EKONOMI, Artikel Dr Ridhuan Tee Yang Umat Islam Patut Baca...

Posted: 04 Jun 2014 06:00 AM PDT

Ingatan saya kepada umat Islam; Pertama, jangan terlalu teruja dengan makanan yang dikeluarkan oleh ultra kiasu. Carilah makanan umat Islam dahulu dan terjamin halalnya. Sedap ini adalah persoalan masuk ke anak tekak sahaja. Bila masuk ke perut, hilanglah rasa sedap itu.

Saya amat hairan kepada orang Islam, begitu ghairah pergi ke kedai ultra kiasu walaupun tidak ada sijil halal dari Jakim, seperti kedai yong tau foo, kopitiam, kedai kek campur arak dan banyak lagi. Adakah kita tidak ada pilihan?

Kedua, berhati-hatilah dengan ultra kiasu. Mereka tahu kita ada undang-undang halal. Mereka tahu prosedur halal dan mendapat  sijil halal, tetapi kenapa mereka masih lakukan?

Ketiga, berasaskan pengalaman saya yang pernah menternak dan memakan babi sebelum Islam, minyak babi adalah antara bahan 'terbaik' pengilat, penahan dan penyedap, berbanding dengan minyak atau lemak lain. Jika ada makanan yang berkilat seperti mi, kek dan lain-lain, tidak mustahil telah dicampur dengan makanan haram. 

Baca selanjutnya di sini