Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Pengebom berani mati warga Malaysia?

Posted: 03 Jun 2014 08:38 AM PDT

Rakan Ahmad Tarmimi Maliki melihat gambar pemuda itu ketika mereka menjalani latihan ala ketenteraan di Port Dickson, Negeri Sembilan, tahun lalu.

Ahmad Tarmimi Maliki, 26, adalah seorang pekerja kilang biasa di Selangor tetapi di luar rutin aktiviti hariannya, dia rupa-rupanya telah direkrut sebagai pengebom berani mati.

Tanpa diketahui oleh keluarga dekatnya di Pahang, dia yang diberi nama Abu Ahmad Al-Malizzi telah menjadi pengebom berani mati dalam serangan di Ibu Pejabat Skuad Emas Pasukan Taktik dan Senjata Khas (SWAT) di daerah Al-Anbar, Iraq pada 26 Mei lalu.

Ahmad Tarmimi yang dikesan pernah mengikuti latihan ala ketenteraan sebuah kumpulan militan di Port Dickson akhir tahun lalu meletupkan dirinya bersama sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) tentera jenis Hummers sarat membawa beberapa tan bahan letupan sebelum disusuli serangan hendap oleh pasukan tentera kumpulan militan Daulah Islamiah Iraq dan Sham (ISIS).

Serangan itu dikatakan telah membunuh 25 anggota Skuad Emas SWAT di bangunan berkenaan.

Berita tentang serangan itu disiarkan di dalam media rasmi ISIS dengan tajuk utama Mujahidin Malaysia Syahid Dalam Operasi Martyrdom yang disertakan gambar Ahmad Tarmimi.

Dalam laporan itu turut dinyatakan pasukan ISIS merampas sejumlah besar senjata api termasuk raifal, mesingan ringan dan peluru.

Ahmad Tarmimi dipercayai menjadi rakyat Malaysia pertama terbunuh sebagai pengebom berani mati kerana sebelum ini terdapat beberapa kematian rakyat negara ini di luar negara dalam peperangan di Syria tetapi bukan sebagai pengebom berani mati,

Dalam pertemuan eksklusif Utusan Malaysia dengan Halimah, 34, kakak kepada Ahmad Tarmimi memberitahu, keluarganya mengetahui berita tentang adiknya itu melalui Facebook yang dikongsi oleh rakannya beberapa hari selepas kejadian.

Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga sangat terkejut kerana kali terakhir berjumpa Ahmad Tarmimi di kampung pada Mac lalu, adiknya itu hanya memaklumkan akan ke Asia Barat untuk mendalami ilmu agama.

"Selama ini pun dia yang bekerja di sebuah kilang dan menetap di Selangor sejak 2012, tidak pernah bersikap luar biasa apabila pulang ke kampung kecuali menjadi lebih warak, suka menyendiri dan berahsia.

"Keluarga juga tidak tahu tentang penglibatan Ahmad Tarmimi di dalam mana-mana pertubuhan yang mempunyai kaitan dengan anasir pengganas.

"Malah kami pada mulanya tidak percaya dengan berita kematiannya di internet sehinggalah pihak polis datang ke rumah (semalam) dan memaklumkan perkara berkenaan. Hancur luluh hati kami apabila mendengar berita itu," katanya sebak.

Kata Halimah, berikutan itu mereka sekeluarga telah membuat bacaan tahlil ringkas semalam,

Suaminya yang hanya mahu dikenali sebagai Rozman, 38, pula memberitahu, dia dan keluarga kini bimbang sekiranya kejadian itu boleh mengancam keselamatan keluarga khususnya anaknya yang berusia tujuh tahun.

Menurutnya, dia memelihara Ahmad Tarmimi sejak berusia sembilan tahun selepas kematian ibu mentuanya manakala bapa mentuanya meninggal dunia tiga tahun sebelum itu.

Dalam pada itu, seorang bekas tahanan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) yang ditangkap dalam operasi polis baru-baru ini dan telah dibebaskan beberapa hari lepas mengesahkan Ahmad Tarmimi adalah salah seorang ahli kumpulannya yang pernah mengikuti latihan ala ketenteraan bersamanya serta sembilan yang lain di Port Dickson akhir tahun lalu.

Dia yang enggan dikenali berkata, pemergian Ahmad Tarmimi ke Syria melalui Turki diketahuinya melalui Facebook.

"Selepas beberapa hari saya gagal berkomunikasi dengan dia sehinggalah mengetahui tentang kematiannya selepas saya dibebaskan.

"Saya terkejut kerana tidak menyangka dia sanggup mengorbankan nyawanya dengan menjadi pengebom berani mati," katanya ketika ditemui di ibu negara, hari ini.-UMO

Suara Politik
Belantan


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Pemuda dok onani Dyana, tapi PKR, DAP dan PAS dah usaha macam-macam

Posted: 03 Jun 2014 11:00 PM PDT


Apa gila Pemuda UMNO dok onanikan Dyana. Baca Sg Rapat SINI

Tak ada ahli lain ke mahu dicari? Adakah mesej yang mahu disampaikan adalah masuk pembangkang baru dijemput masuk UMNO?

Nak jadi ahli asyik dipangkah saja. Asal nampak persaingan pasal terpelajar atau bberkebolehan memimpin, maka dipastikan tak jadi ahli.

Pemuda UMNO punya peel pulak nak sangat jadi sayap eksklusif untuk kepong untuk pro KJ hingga tak mahu tambah keahlian. Bila pilihanraya jelas sekali nampak Pemuda tak ada cukup sukarelawan.

Nampak sangat mereka lebih tertarik pada Melayu liberal penyokong pembangkang macam Dyana dari orang Melayu cikgu askar polis dan orang kerja kampong, penuntut dan berkebolehan.

Difahamkan UMNO hanya peruntkan RM7 ribu setahun untuk tambah keahlian. Padahal Dato Najib suruh tambahkan keahlian supaya ada tenaga dan ide baru.

Baca juga komen The Chulan SINI dan Din Turtle SINI.

Yang Pemuda UMNO mahu adalah wanita liberal yang dipercayai hidup dalam dosa atau living in sin!!!

Tengok apa PKR dah buat ...



DAP ...




PAS ...


 Pemuda UMNO pula ...


Hmmm ... modal untuk onani terbaru Dyana kot???

Dah ... Ooi yang Dyana bersekedudukan dah kahwin? Cepat repot polis Yammy!!!

Posted: 03 Jun 2014 07:00 PM PDT


Terbaca mana entah, Yammy berkata dia harap mahu kekal jadi ahli UMNO tapi terpulang kepada pucuk kepimpinan.Itu kan cakap seorang baruah.

Sepatutnya sebagai ahli UMNO, beliau bersama UMNO berkempen menentang DAP. Tak kiralah anak sendiri.


Tapi sementang anaknya yang tanding untuk DAP, dia nyatakan sokongan pada anaknya. Konon takkan saya nak buang anak.

Dia sertai PC DAP. Dia puji dan berterima kasih pada DAP.

Malah dia bersama angkat tangan bersama pemimpin DAP dan Dyana ketika pengumuman nama calun. Turut juga dia angkat manifesto pilihanraya Dyana bersama Kit SIang. Ada sama pada malam finale.

Dah jelas Yammy yang pernah bersama DAP ketika dalam Semangat 46 dan coalition Barisan Alternatf bersama DAP masih lagi ada ruang dalam dalam jiwanya untuk DAP. Maka Unspinners tidak hairan Yammy sendiri yang atur dan nego untuk Dyana masuk DAP dan bertanding. Yammy hanya mengikut percaturan sama yang melihat Aspan Alias masuk DAP.

Betul-betul tak bermaruah untuk masih nak jadi ahli UMNO sedangkan dia sendiri dah khianati UMNO. Kalau dia orang berprinsip, patut dia letak jawatan sendiri. Tapi kami pun tak faham apa pulak pengurusan hanya kasi surat tunjuk sebab saja? Lembik betul ....mesti pakai kondom!!!

Memang muka tak tahu malu.

Macam-macam dia sebat macam-macam semasa pegang jawatan dalam UMNO tapi buat laporan polis ke atas Dato Nawawi AP Langkawi.



Nawi dah buat laporan polis pun semalam untuk nafi dan Twitter pun nafi akaun yang tertulis nama Nawawi adalah Nawawi. Ingat senang nak siasat?

SKMM kena buktikan Nawawi sendiri yang tulis postng tersebut. Kalau Nawi nafi dan budak yang jaga pun nafi, susah SKMM nak kumpul bukti.


Konon Nawawi fitmah tapi tak ada pun dia berani nak nafi. Ngaku sajalah Dyana masuk UiTM jalan belakang melalui seorang ahli Majlis UiTM.


Dan ngakulah keluarga cinanya yang merupakan tuan punya Regency Tower Ipoh beri kontrak lalu dengan hati terbuka dia tikam UMNO yang diperguna untuk salahguna kuasa dan pengaruh untuk buat harta kekayaan.

Konon masuk Perkasa nak bela rakyat dan perjuang hak Melayu tapi keluar pasal dah mirip politik. Tapi masih lagi nak kekal sebbagai ahli UMNO.

Tak ke cakap orang baruah.

Semut Hitam laporkan SINI bahawa Yammy mahu saman mereka yang buat fitnah. Nampaknya Yammy mahu terus cari gaduh dengan mencabar tunjukkan bukti.

Sila jawab siapa Ooi yang mana bersekedudukan bersama Dyana di sebuah rumah di Johor Baru yang didedahakn di SINI.



Alamat di No. 98,Jln Jasa 41, Tmn Rini Hill Mutiara Rini, Johor Baru. Nama mamat tak bersunat tu Ooi... nak nama penuh boleh kasi sebagai bukti. Handphone pun ada. Dari situ kan senang korek lagi macam-macam.

Nak butiran lagi? Boleh ...

Khabarnya Ooi dah kahwin. Cuma masaalahnya sumber itu hanya dari kedai kopitiam tepi jalan di dalam kawasan Gelang Patah. Pemuda UMNO ... tak tahu saheh atau tidak.

Minta maknya yang kata dia tahu anaknya untuk jawab dan jelaskan.

Nak buat laporan polis pun boleh. Mahu lagi galak kami telanjangkan Dyana.

Dyana bersekedudukan dengan seorang bernama Ooi di JB?

Posted: 03 Jun 2014 03:20 AM PDT


Khabar terbaru diterima Yammy Samat telah dihantar surat tunjuk sebab oleh pengurusan UMNO kerana menyokong pembangkang dalam kempen. Kalau Yammy ada maruah dan bukan baruah, letak jawatan dan berkawanlah dengan cadbury DAP.

Dalam posting Unspinners berjodol. Yammy pertahankan RBA dan puji DAP ... SINGKIRKAN DIA!!!, dia menuduh blogger pro UMNO.

"Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya."

DIa merujuk kepada komen berikut oleh RBA tapi tuduh ianya datang dari blogger pro UMNO.


Tiada yang lebih menaikkan kemarahan dari menuduh blogger di atas sesuatu yang kami tidak buat. Kalau kami nak buat, ami tahu detail.

Baiklah, kalau betul Yammy tahu tingkah laku anaknya di luar pandangan matanya? Dia tahukah kisah berikut:



Rumah di atas adalah rumah yang diduduki Dyana di Johor Baru beralamat di No. 98,Jln Jasa 41, Tmn Rini Hill Mutiara Rini.

Oleh kerana Yammy tahu serba serbi mengenai anaknya, bolehkah Yammy beritahu siapa lelaki yang bernama Ooi yang duduk bersama Dyana berdua-duaan tanpa orang lain dalam rumah sebesar itu?

Sumber beritahu lelaki itu juga pembantu khas Lim Kit Siang. Pembantu atau penyedap?

Hai Melayu .... bila lelaki dan perempuan berdua-duaan dalam satu rumah, orang ke 3 adalah setan yang menggoda. Bukankah ini kerja haram?

Padanlah Dyana takut pada hudud. Kalau tak percaya, hp Ooi itu adalah 012 xxx9775...betul ke tidak?

Hanya nak beritahu Yammy dan RBA,

Kalau nak main peribadi, kami boleh tapi tak main. Oleh  sebab butiran ini dikeluarkan lepas PRK, hanya menunjukkan kami tak main kotor macam RBA.

Hanya gambar bikini untuk test power.Lain tu semua kerja kotor RBA.

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Pemilihan PKR kecoh lagi?

Posted: 03 Jun 2014 08:54 AM PDT

Bekas Timbalan Ketua PKR Cabang Sungai Petani, Ishak Man (tengah), Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim (kanan) dan bekas Ketua Penerangan AMK Kedah, Mohd. Zaidi Osman menunjukkan borang bantahan bagi proses pemilihan Ketua AMK di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah, Sungai Petani, Kedah, semalam. 

Pro­ses pemilihan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani sekali lagi kecoh apabila salah seorang calon bagi jawatan itu meminta proses pemilihan yang berlangsung hari ini dibatalkan.

Calon tersebut, Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim berkata, dia tidak berpuas hati dengan proses pemilihan jawatan itu hari ini kerana Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak memaklumkan kepadanya bahawa dia layak untuk bertanding bagi jawatan tersebut walaupun sebelum ini dikatakan sebaliknya.

"Sebelum ini, pada 3 Mei lalu ketika proses pemilihan berlangsung di Taman Sri Wang, saya dimaklumkan bahawa saya tidak layak bertanding kerana masalah teknikal dan saya terima keputusan tersebut.

"Saya juga telah menghantar bantahan kepada JPP berhubung penolakan pencalonan saya pada pemilihan 3 Mei lalu namun tiada apa-apa jawapan daripada mereka.

"Tiba-tiba hari ini nama saya layak untuk bertanding tanpa pengetahuan saya dan saya tuntut proses pemilihan hari ini dibatalkan serta diadakan semula," katanya ketika ditemui di Dewan Serbaguna di Taman Sejati Indah di sini hari ini.

Pada 3 Mei lalu, proses pemilihan Ketua AMK Cabang Sungai Petani yang berlangsung di Taman Seri Wang ditangguhkan dan dilakukan semula hari ini di Dewan Serbaguna Taman Sejati Indah di sini kerana seorang calon S. Arvind Kumar mengemukakan bantahan.

Bantahan itu kerana Arvind Kumar mendakwa dia hanya mengetahui namanya tiada di dalam kertas undi bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani kira-kira pukul 11 pagi apabila tiba di pusat pengundian di Dewan Orang Ramai, Taman Sri Wang di sini.

Dalam pemilihan hari ini tiga calon layak bertanding iaitu Simon Ooi, S. Arvind Kumar dan Mohd. Sharmizi.

Menurut Mohd. Sharmizi, selepas namanya dikatakan tidak layak untuk bertanding kerana masalah teknikal dia telah membantu kempen seorang calon lain iaitu Arvind Kumar.

"Saya langsung tidak berkempen untuk diri sendiri bagi merebut jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani ini sebab saya tidak fikir saya akan bertanding semula hari ini.

"Saya hanya mengetahui pagi ini melalui seorang rakan bahawa nama saya ada di dalam kertas undi.

"Saya sangat kecewa dengan proses pemilihan hari ini dan tidak akan mengiktiraf Ketua AMK Cabang Sungai Petani jika JPP tidak menangguhkan proses pemilihan ini," tegasnya.

Dalam pada itu, Ketua Pengawas Pemilih Sungai Petani, Zainal Abidin Samat berkata, dia akan mengemukakan bantahan yang dibuat oleh Mohd. Sharmizi itu kepada JPP.

"Proses pemilihan yang berlangsung hari ini diteruskan kerana saya tidak mempunyai kuasa untuk menangguhkan proses ini kerana ia tertakluk di bawah bidang kuasa JPP," jelasnya.

Sementara itu, proses pengundian bagi jawatan Ketua AMK Cabang Sungai Petani yang bermula pukul 10 pagi ditutup kira-kira pukul 5 petang ini.

Jumlah pengundi yang keluar mengundi untuk memilih jawatan itu ialah 62 orang dan Simon Ooi mendapat 52 undi manakala Arvind Kumar pula tujuh undi.

Simon ketika ditemui berkata, kekecohan yang ditimbulkan oleh Mohd. Sharmizi tidak sepatutnya berlaku kerana JPP telah mengumumkan mengenai pemilihan semula yang akan dijalankan hari ini.

Wasabi Oyabun..

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:19 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Pegawai Kerajaan GELOJOH, Tak Pasal-Pasal Kerajaan, JAKIM, UMNO dan Cadbury Jadi Mangsa...

Posted: 03 Jun 2014 10:00 PM PDT


Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menyiasat pegawainya yang membocorkan laporan awal ujian Asid Deoksiribonukleik (DNA) babi dalam coklat Cadbury, sebelum ujian makmal kedua sempat dijalankan untuk mengesahkan kandungan itu.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata sikap terburu-buru seorang pegawai kementerian membocorkan laporan awal ujian itu telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang ramai.

"Satu kesilapan telah dibuat oleh pegawai kita sendiri…kini, kami sedang menjalankan siasatan dalaman. Kalau didapati bersalah, kita akan ambil tindakan terhadap pegawai berkenaan. sumber

Haa... nampak tak?


Ini semua memang pegawai kerajaan punya angkara, di sebabkan dia terlalu gelojoh untuk kenakan kerajaan, JAKIM, UMNO dan sabotaj syarikat cadbury, akhirnya tak pasal-pasal nama kilang itu busuk, dan rakyat hilang keyakinan dengan JAKIM dan kerajaan.

Ingat bukan semua pegawai kerajaan menyokong KERAJAAN BN, ramai yang duduk dalam pejabat kerajaan yang menyokong pembangkang, makan gaji buta dan hanya menunggu masa untuk membocorkan apa-apa maklumat sulit kerajaan kepada pembangkang.

Lembutnya Hati Pemimpin UMNO...

Posted: 03 Jun 2014 07:00 PM PDT

Siapa kata umno parti yang brutal, ganas dan bengis...? CAKAP SAPA KATA?

Tian chua tuduh umno berkospirasi dalam insiden lahad datu, UMNO berbesar hati mengampunkan tian chua...


Yammy samat, mak kepada calon DAP dyana sofea, yang terang-terang bersetuju dengan dasar DAP untuk menghapuskan hak-hak orang melayu dan juga turut turun berkempen untuk memenangkan calon DAP teluk
intan hanya di berikan surat tunjuk sebab kenapa dia kempen untuk DAP.


Nampak tak? bertapa mulianya hati pemimpin umno, orang tuduh umno berkonspirasi umno maafkan, orang umno tolong kempen untuk DAP, UMNO hanya beri surat tunjuk sebab je...

Mungkin pada pandangan lembaga disiplin umno, seorang ahlinya yang membantu dan berkempen untuk calon parti lawan tidak seberat kesalahan seperti bertanding sebagai calon bebas dan menentang umno/bn pada mana-mana pilihanraya.


Tak apa lah, ini secara tak langsung ini menunjukan yang semua pemimpin umno berjiwa besar dan sanggup mengampunkan kesalahan ahlinya asalkan ahlinya tidak bertanding atas tiket bebas untuk menentang umno/bn.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KALAU IBRAHIM LIBYA MASIH HIDUP HABIS SEMUA ORANG PAS DIPANCUNGNYA, KERANA PAS SEMAKIN BODOH!

Posted: 03 Jun 2014 09:55 PM PDT

PAS BODOH, DAP CABAR HUDUD TAK BERANI DEMO, SESAMA ISLAM DIA BERANI DEMO
Hari ini segelintir ahli-ahli PAS menunjukkan kebodohan mereka di Kuala Terengganu. PAS berdemo kerana isu naik cukai pintu di Kuala Terengganu.  

PAS memang bodoh, stupid, ngoblok, berengset, pakkong, dongok. Tahu kenapa? Kerana apabila DAP cabar Hukum HUDUD PAS senyap! Apabila DAP naik cukai penjaja di Pulau Pinang tak demo pula!  Takkan PAS berani sesama Melayu saja. 

Mahfuz ko kat dalam negara pakai kopiah, kat oversea ko enjoy semacam macam koboi lintah darat! Ko Mat Sabu, kalau ke Medan enjoy ko sanggup tinggalkan PRK Kajang, DAP caci maki hamun menyalahkan Hukum Hudud ko diam semacam seolah barang ko termasuk ke dalam tak hidup-hidup!

Buanglah kontol kamu orang PAS, serah saja sama Lim Guan Eng, dia tahulah apa nak buat! Mereka DAP tiada satu sen pun takut atau hormat sama kamu, kerana mereka tahu kamu semua penakut, dayus terutama bodoh belaka!

PAS memang bodoh macam orang Arab di Timur Tengah. Orang Arab sesama Arab sanggup menentang dan berbunuhan sesama sendiri tapi takut dengan Israel, serupalah dengan PAS di Malaysia!. 
Arab kena ganyang dan dihina oleh Israel pun buat make do no saja. Serupalah DAP merendah-rendahkan Hukum Hudud PAS buat make do no saja. Parti Islam apa ne? Ko marah ker baca ne wahai orang PAS, apa ko nak marah Gobind Singh cabar Hudud pun ko tak mampu nak bersuara!

Apa tindakan PAS bilamana Kg Melayu dirobohkan, malah Rumah AJK PAS pun diroboh boleh diam diri begitu takuttnya kepada DAP. Astagfirullah parti Islam apa ne???

Puak-puak PAS, kamu belajarlah membezakan kepentingan umat Islam dan kepentingan peribadi kamu tu. Belajarlah mengenali siapa musuh sebenar umat Islam dan siapa lawan sebenar kamu. 


Sampai bila kamu nak jadi parti politik kelas ketiga! Parti melukut di tepi gantang, memalukan kalau Ibrahim Libya masih hidup sudah pasti kamu semua dia pancung kerana dia malu dengan kebodohan kamu! Parti buta kerana tak boleh membezakan mana najis dan mana rezeki!

Wala yang bodoh dan Baiah yang bodoh!!!

sumber

ANWAR DIDESAK PECAT ORANG KANANNYA

Posted: 03 Jun 2014 05:00 PM PDT

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Johari Abdul didesak supaya dipecat serta merta kerana didakwa tidak adil dan telus dalam mengendalikan pemilihan parti itu.
Desakan itu dibuat oleh bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Sungai Petani, Ishak Man berkaitan dengan kepincangan pemilihan cabang itu Ahad lalu.
"Pengerusi JPP Pusat ada agenda tersendiri. Ada agenda yang nak memenangi kroni-kroni dia. Kalau macam ni yang dia lakukan, tak payah cakap bab SPR, UMNO, Barisan Nasional (kerana) pengerusi (JPP) itu sendiri lebih teruk daripada Pengerusi SPR.
"Kita minta, kita desak bahawa pimpinan pusat, pecat serta-merta..pecat serta merta Pengerusi JPP yang ada pada hari ini..,"katanya.
Sebelum itu, pada pemilihan bagi jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani sekali lagi berlaku kekecohan apabila Mohd. Sharmizi Nizam Abdul Rahim, salah seorang calon bagi jawatan itu meminta proses pemilihan yang dibatalkan kerana namanya dimasukan semula dalam senarai bertanding tanpa pengetahuannya.
"Saya hanya mengetahui pagi ini melalui seorang rakan bahawa nama saya ada di dalam kertas undi.
"Saya sangat kecewa dengan proses pemilihan hari ini dan tidak akan mengiktiraf Ketua AMK Cabang Sungai Petani jika JPP tidak menangguhkan proses pemilihan ini," tegasnya.

Adakah Ini Satu Lagi Kegagalan Kerajaan Negeri Selangor?

Posted: 03 Jun 2014 05:30 AM PDT

Telah 3 hari berlalu. Terbukti berita bahawa satu lagi anak syarikat di bawah Kerajaan Negeri Selangor telah ditutup kerana kegagalan mengurus aset mereka dengan baik. Berikut adalah berita mengenainya beberapa bulan yang lepas.
SHAH ALAM – Selepas kemelut 30 kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings diberhentikan kerja Februari lalu, kali ini 105 kakitangan Hotel Quality Shah Alam, di bawah Kumpulan Perangsang Selangor Berhad yang juga anak syarikat kerajaan negeri bakal menerima nasib sama.
Nasib 105 kakitangan berjawatan tetap itu kini dalam keadaan terumbang-ambing selepas dimaklumkan terpaksa diberhentikan oleh Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPS) berkuat kuasa 1 Jun ini.

Difahamkan pekerja hotel tersebut terkejut selepas dimaklumkan berita berkenaan dalam sesi taklimat kelmarin.

Tindakan drastik itu dikatakan terpaksa dibuat kerana prestasi kewangan hotel yang sudah beroperasi selama 26 tahun itu terjejas.

Ketua Jabatan Perhubungan Awam, Media dan Tanggungjawab Sosial Korporat KPS, Amin Lin Abdullah berkata, keputusan untuk menghentikan operasi hotel tersebut dibuat selepas perbincangan tahun lalu.

"Perniagaan perhotelan di sini sememangnya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan pelanggan mungkin disebabkan oleh faktor lokasi yang kurang strategik kerana jauh dari Kuala Lumpur.
"Jadi kita akan tutup hotel ini bermula 1 Jun," katanya.

Baca seterusnya di sini : http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/105-staf-hotel-bakal-diberhentikan-1.266268

MyMassa ingat berita ini mungkin bukan satu kenyataan kerana saban hari rakyat Selangor dipropagandakan bahawa Kerajaan PKR paling bijak mengurus. Namun gambar yang tiba di kotak e-mel MyMassa menunjukkan sebaliknya.











Dahulu, Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) yang satu masa dahulu merupakan investment arm utama kepada Kerajaan Selangor. Kini, ada pula cakap-cakap seperti ini.


Sumber

Apa dah jadi dengan Kerajaan Selangor ketika ini?

*Jangan lupa Unisel pun makin rugi di bawah Kerajaan PKR.


MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:06 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Nak besar dan panjang? ... mai baca yang ni dulu ... hehehe kah kah kah

Posted: 03 Jun 2014 10:15 PM PDT


Seorang lelaki berang apabila alat yang dibelinya melalui  talian untuk membesarkan saiz zakarnya hanya mampu membuatnya nampak lebih besar tanpa sebarang pembesaran fizikal.

Menurut laporan Star Online, setelah membelanjakan RM450, beliau hanya menerima kanta pembesar.

Berang dengan apa yang berlaku, lelaki itu mengadu kepada MCA.

Pengerusi Biro Aduan dan Perkhidmatan Awam MCA, Michael Chong berkata lelaki dari Seri Kembangan itu, yang hanya dikenali sebagai Ong, adalah mangsa penipuan dalam talian.

"Apabila menerima bungkusan, dia terkejut apabila mendapati kanta pembesar di dalamnya," Chong dipetik sebagai berkata.

Untuk memburukkan lagi keadaan - tidak pasti sama ada ianya satu gurauan atau sebaliknya - ia datang dengan arahan ringkas yang berbunyi: "Jangan gunakan di bawah cahaya matahari".

Chong berkata Ong adalah antara beberapa mangsa yang kerugian sejumlah RM80,000 tahun ini sahaja kerana menjadi mangsa penipuan sedemikian.

Line Clear tidak akan ditutup - Pemilik

Posted: 03 Jun 2014 08:29 PM PDT


Nasi kandar Line Clear akan teruskan operasi seperti biasa. - Gambar fail

GEORGE TOWN: Pengendali restoran nasi kandar Line Clear di Pulau Pinang memberi jaminan kepada pelanggan bahawa mereka tidak akan menutup operasi, sebaliknya tetap menjalankan perniagaan seperti biasa.

Pemilik restoran, Abdul Hamid Seeni Pakir, 76 tahun berkata, biar apa pun yang terjadi restoran yang menjadi ikon pelancongan Pulau Mutiara itu tidak akan dibiar ditutup oleh pihak  Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP).

Sehubungan itu, Abdul Hamid meminta penggemar nasi kandar supaya tidak bimbang kerana apa yang berlaku hanya salah faham dan isu restoran nasi kandar Line Clear akan ditutup tidak benar sama sekali.


"Restoran ini tidak akan ditutup sebab ini turun temurun… saya tidak nampak sebab untuk menutup walaupun pihak majlis memaksa pun kita akan tetap teruskan perniagaan. Ramai pelanggan kembali," katanya.

Sebaliknya beliau menjelaskan terdapat salah faham berkaitan hak pemilikan bersama empat rakan kongsi dan ia perlu diselesaikan segera atau MPPP akan mengambil tindakan pengosongan premis tersebut.

Dalam pada itu, anak Abdul Hamid, Hashim Abdul Hamid berkata, pihaknya akan membawa perkara itu ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  kerana mendakwa terdapat  penyalahgunaan kuasa di pihak jabatan perlesesanan MPPP kerana usaha mereka untuk mendapatkan lesen sejak sekian lama tidak pernah diluluskan sebaliknya meluluskan permohonan lesen pihak yang tidak sepatutnya.

Sementara itu, bagi penggemar nasi kandar, Ismett Azyze, 69 tahun yang berasal dari Bayan Lepas berharap khabar angin itu tidak benar malah dia yang telah lama menikmati menu kegemaran ramai itu berkata Line Clear sudah sebati dengan Pulau Pinang dan ia wajar dikekalkan.

Nada sama juga diluahkan beberapa pengunjung dari luar Pulau Pinang yang melancong ke negeri itu dan melihat salah satu keunikan lokasi restoran nasi kandar Line Clear yang hanya terletak di lorong kecil namun mempunyai nama yang sangat besar.

"Mengapa tutup? Ini dah jadi tradisi di tempat ini… kalau ditutup mungkin adareasontetapi bagi saya (ia) patut dikekalkan. Saya dari Puchong semata-mata hendak makan Line Clear datang ke Pulau Pinang. Tanpa Line Clear, 'tak clear' la," kata M. Fadil Razak.

Dalam pada itu, seorang pelancong dari Amerika Syarikat, Felicia Khor yang mendapat tahu tentang restoran tersebut melalui Facebook memuji makanan di restoran tersebut dan berpendapat ia harus dikekalkan.

MPPP sebelum ini dilaporkan memaklumkan restoran nasi kandar Line Clear bakal berdepan tindakan pengosongan jika pengurusannya gagal menyelesaikan pertikaian hak pemilikan antara empat rakan kongsinya dalam tempoh dua minggu.

Ini kerana pihak MPPP telah menerima aduan bahawa seorang daripada empat pemilik restoran, Abdul Hamid Seeni Pakir, enggan mematuhi sistem giliran yang ditetapkan iaitu setahun operasi bagi setiap pemilik sejak penubuhannya pada 1950-an.

Pengendali restoran Abdul Hamid tidak memiliki lesen dan mengikut rekod, MPPP hanya mengeluarkan tiga lesen atas nama Sahubarali China Mohd Hanibah, Abdul Latif Thulkarunai dan Pathumah Iskandar untuk menjalankan perniagaan di tapak itu.

Pemuda UMNO pelawa Dyana Sofya

Posted: 03 Jun 2014 06:31 AM PDT

Syamsul BaharinPemuda Umno hari ini mempelawa calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyertai Umno bagi menyumbang idea dan tenaga untuk kepentingan anak muda di negara ini.

Perkara itu dinyatakan sendiri, Exco Pemuda Umno, Syamsul Baharin Putra Ahmad Shibi selepas melihat Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyalahkan Dyana Sofya atas kekalahan mereka mempertahankan kawasan Parlimen Teluk Intan.

"Selepas beberapa hari PRK Parlimen Teluk Intan tamat, masih ramai yang memperkatakan mengenai kehadiran seorang gadis yang tampak biasa tetapi penuh bersemangat sebagai calon yang mewakili DAP.

"Malangnya, Guan Eng dengan angkuh telah memberi pandangan bahawa kekalahan Dyana Sofya adalah disebabkan ciri-ciri dirinya yang masih muda, seorang wanita dan seorang Melayu," katanya dalam satu kenyataan media.

Syamsul Baharin yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Ipoh Barat berkata, dia sendiri tertarik dengan penulisan Dyana Sofya bertajuk 'Satu Jam Bersama Obama', yang menyatakan anak muda harus mencari platform dengan melibatkan diri bersama kumpulan yang menghargai bakat dan usaha.

Katanya, pelawaan itu dibuat agar ciri-ciri yang ada pada Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu dapat digunakan secara optimum demi 'survival' anak-anak muda Malaysia.

"Semangatnya ketika mengharungi cabaran PRK cukup mengagumkan walaupun diperlekehkan oleh kepimpinan dan ahli-ahli DAP umumnya yang berbangsa Cina. Oleh itu silalah meneruskan perjuangan di tempat asalmu dan tempat ayahanda dan bondamu wahai saudari Dyana.

"Kami sentiasa menerimamu dalam Umno Bahagian Ipoh Barat kerana Umno sahajalah parti keramat Melayu yang memperjuangkan nasib bangsa melayu dan bangsa-bangsa lain di Malaysia, melalui BN," katanya. = SH/MT

Perkasa: Masyarakat antarabangsa ketawakan kita tangani isu Cadbury

Posted: 03 Jun 2014 05:39 AM PDT

June 3, 2014
Perkasa kesal dengan cara pihak berwajib tangani isu pengesanan DNA babi dalam produk coklat.
ibrahim ali perkasa deepavaliPETALING JAYA: Kumpulan pendesak hak Melayu, Perkasa, mengkritik cara pihak berwajib menangani isu penemuan DNA babi dalam produk coklat Cadbury baru-baru ini.
Presidennya Datuk Ibrahim Ali mempersoalkan siapa yang memulakan insiden ini yang menimbulkan keraguan di hati pengguna terhadap produk coklat terkenal tersebut.
"Isu mengenai kenyataan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang kata tak ada DNA babi dalam produk coklat Cadbury. Sebelum ini siapa punya angkara. Kementerian Kesihatan atau Jakim yang mengatakan Cadbury ada DNA babi?" soal Ibrahim melalui kenyataannya.
Menurut Ibrahim, kekeliruan yang timbul melalui isu ini menunjukkan kelemahan prosedur operasi standard (SOP) di antara Jakim dan Kementerian Kesihatan.
"Ianya amat memalukan. Bukti tidak teliti degan halusi. Tidak ada SOP yang profesional antara Jakim dan Kementerian Kesihatan.
"Kesilapan ini tidak boleh dimaafkan. Ianya melibatkan kerugian perniagaan yang tidak sedikit dan menjejaskan reputasi Cadbury. Siapa yang silap dan kecuaian mesti diambil tindakan," tegasnya lagi.
Dakwa Ibrahim, perkara ini menyebabkan Malaysia diketawakan oleh masyarakat antarabangsa lantaran kelemahan dalam menangani isu remeh ini.
"Ada yang saya jumpa di London komen negara awak ni kelakar, tak profesional langsung. Malaysia ada menara berkembar tertinggi tapi macam mana boleh ada dakwaan ada DNA babi dalam coklat Cadbury, heboh dan riuh rendah kemudian tak ada pula," katanya.
"Tak tahulah nak cakap apa lagi,"
Ibrahim ternyata kecewa dengan perkara tersebut dan mengakhiri kenyataannya dengan berkata "Tak tahulah nak cakap apa lagi,".
Pada 24 Mei lepas, Kementerian Kesihatan mengeluarkan kenyataan bahawa ia telah mengesan 'porcine' atau DNA babi dalam coklat susu dan kacang Hazel serta coklat susu dan badam bagi kelompok produk itu bertarikh luput 13 Nov 2014 dan kelompok bertarikh luput 15 Jan 2015.
Namun, Jakim semalam mengesahkan dua sampel produk coklat berkenaan yang diambil terus dari kilang syarikat itu disahkan oleh makmal Jabatan Kimia, tidak mengandungi DNA babi.
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kedua-dua sampel coklat yang dikesan mengandungi DNA babi (porcine) itu mungkin tercemar kerana tidak diambil terus dari kilang.
"Keputusan itu masih positif, tetapi kemungkinan sampel berkenaan diambil dari tempat yang tercemar tidak boleh diketepikan, dan kami tidak meragui ujian makmal itu tetapi sampel itu tidak diambil dari kilang," Noor Hisham dipetik sebagai berkata oleh Bernama.
Jakim hari ini juga menyatakan kesediaan untuk memakan coklat Cadbury bagi membuktikan kandungannya tidak memiliki DNA babi seperti yang didakwa sebelum ini.

UMNO beri surat tunjuk sebab pada Yummy

Posted: 03 Jun 2014 02:45 AM PDT


KUALA LUMPUR: UMNO memberi tempoh 14 hari kepada Yammy Samat, ibu kepada calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud untuk menjawab surat tunjuk sebab yang sudah dihantar pagi tadi berikutan pembabitan Yammy membantu kempen anaknya sepanjang tempoh pilihanraya berkenaan. 


Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, surat berkenaan sudah pun dihantar dan sebarang keputusan mengenai status keahlian Yammy dalam parti hanya akan ditentukan jawatankuasa tertinggi parti itu selepas tempoh terbabit.

Pengalaman Saya Dan Tunku Aziz Tak Sama - Dyana Sofya

Posted: 03 Jun 2014 01:43 AM PDT



Diterbitkan: Selasa, 3 Jun 2014 1:15 PM

Dyana Sofya.

PETALING JAYA: Calon DAP yang kalah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menyifatkan pengalaman beliau dan bekas naib presiden parti, Tunku Abdul Aziz Ibrahim adalah berbeza.
Berikutan itu, Dyana menganggap ramalan Tunku Abdul Aziz bahawa beliau akan meninggalkan parti itu tidak boleh diterima, lebih-lebih lagi kerana beliau bermula sebagai ahli biasa ketika menyertai DAP.


Beliau juga menganggap DAP sebagai keluarga, bukan parti politik kerana kepemimpinannya menganggap tidak mustahil menjadi rakyat Malaysia sebenar tanpa dibelenggu sifat hikporit.

"Kita mungkin mempunyai perbezaan, tetapi tidak bermakna seseorang perlu meninggalkan keluarganya setiap kali berlakunya perbezaan pandangan.

"Saya mempunyai lebih banyak alasan yang boleh 'disabitkan' untuk keluar dari parti berikutan kegagalan dipilih atau dilantik sebagai wakil rakyat.

"Mungkin sekiranya Tunku Aziz menghabiskan lebih banyak masa bersama kami di peringkat akar umbi, beliau turut bersetuju dengan saya," katanya dalam kenyataan di sini, Selasa.

Dyana berkata demikian bagi mengulas kenyataan Tunku Aziz yang meramalkan beliau akan meninggalkan parti tersebut berdasarkan pengalamannya sendiri ketika bersama DAP.

Peguam berusia 27 tahun itu berkata, pembabitannya dalam parti politik pembangkang itu juga tanpa didorong hasrat untuk dilantik dalam mana-mana jawatan.

"Saya percaya perjuangan DAP ada risiko dan kesannya walaupun prinsipnya untuk memperjuangan semua rakyat adalah tepat," katanya.

Bagaimanapun katanya, diharapkan tiada pihak menyalahanggap tentang dirinya kerana beliau berbangga menjadi orang Melayu.

"Saya berbangga dengan keturunan dan warisan saya. Bagaimanapun, saya tidak percaya dalam menyalahgunakannya dengan mempersendakan rakyat Malaysia yang lain," katanya.

Selain itu, beliau mendakwa slogan '1Malaysia' yang diperkenalkan Barisan Nasional (BN) sepatutnya mengalakkan semangat rakyat Malaysia bukan menjurus kepada kepentingan politik. 

Najib saman Malaysiakini

Posted: 03 Jun 2014 12:33 AM PDT


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyerahkan writ saman terhadap Malaysiakini berhubung komen pembaca yang disiarkan oleh portal berita itu.

Writ dan pernyataan tuntutan diserahkan kepada portal berita itu di pejabatnya di Bangsar hari ini.

Ia menamakan penerbitMalaysiakini, Mkini Dotcom Sdn Bhd; Ketua Pengarang Kumpulan, Steven Gan dan Ketua Pengarang, Fathi Aris Omar.

Penyaman bersama adalah Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Pengurusan kes ditetapkan pada 18 Jun.