Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Laporan polis tak takutkan untuk sebar tembelang Yammy ... SEBARKAN LAGI LUAS!!!

Posted: 02 Jun 2014 09:35 PM PDT


Semalam, tembelang Yammy Samat tersebar luas di Internet. Selama ini ia sengaja tak didedahkan tapi hanya sipi-sipi saja dibocorkan. Dalam beberapa blog seperti House PK, Selangor Chronicles, Flying Kick dan Bulletin 247, terdedah Yammy sebagai seorang opportunis.

Membuat Unspinners tergelak bila ada rakan-rakan Yammy menganggap dia sebagai seorang yang "resourceful' dan perempuan yang begitu berdikari. Hehehe ... berdikari ke atau queen control yang derhaka pada suami?

Kemungkinan tembelang itu sengaja dibocorkan selepas PRU adalah kerana tidak mahu dilihat memainkan serangan peribadi keterlaluan. RBA dan DAP akan pusingkan jadi strategi mencari simpati.

Orang Melayu ni kadang-kadang ada yang mudah dibuai sentimen hingga kebenaran diketepikan, kemungkaran tak diambil kira dan kesian yang lebih diutamakan.


Entah macam mana ada pula seorang YB iaitu Dato' Ir Nawawi Ahmad, AP Langkawi dan seorang bernama Aizley Shahar keluarkan di Facebook mereka. Rasanya Aizley adalah pengenadli Facebook Nawi.

Apa pasal mereka ni?

Kamu ada nama tertera janganlah cari pasal dan nak main game ni. Hmmm ... nasib baik Nawi tak jadi Setiausaha UMNO Kedah lagi dan hampir-hampir mengendalikan pasukan media sosial UMNO kedah.

Lalu dalam pukul 2 tengahhari, Yammy telah membuat laporan polis di balai Kg Tawas Ipoh berdekatan rumahnya di Kg Tersusun Tawas Tambhan. Dia meminta polis menyiasat dan mendakwa Nawi ke mahkamah.

Kes ini nampaknya dirujuk ke SKMM. Jangan pulak SKMM jadi terlebih rajin dari biasa. Kalau laporan dibuat terhadap penyonkong pembangkang, macam siput cadbbury punya slow SKMM bergerak.


Yammy masih ahli UMNO maka sila perlahankan siasatan, Kikiki ... 

Sementara itu Nawi dan Aizley sila crack your head and think of an excuse to deny ownership of the FB. harap blogger dan sosial media lain jangan ajar mereka yang memandai tanpa fikir panjang.

Oh ye ... janganlah ingat sementang Yammy buat laporan polis dapat menutup tembelang Yammy. 

Konon kerajaan Malaysia tidak adil, zalim pada cina, tutup UiTm dari cina, juang hak asasi manusia dan lawan UMNO parti rasis. Dah tinggal UiTm saja yang membuka saloran itu anak Melayu masuk Universiti, itu pun Yammy mahu kasi pada cina????

Dalam nak juang hak asasi manusia ala barat, pemikiran begitu adalah pemikiran orang yang sesat dan menyimpang dari agama Islam!!!

Apa yang Dyana buat adalah diatur Yammy sebagaimana Yammy tahu apa semua anak dia buat dan sangkal macam-macam ftnah RBA.

Yammy benarkan Dyana ikut skrip DAP macam parrot dan mungkin juga Yammy sendiri ada terpendam dalam hati sebagai anak cina yang diberi kepada keluarga Melayu tetapi sebab masyuk dia tak kata demikian tapi minta anaknya yang kata.

Baca mesej sebenar berikut:

 Yammy Samat

1. SU wanita bhg
2. dapat 6 permit taxi di ipoh
3. dapat 1,500 ekar kompartment balak-HS Kroh
4. dapat rumah kedai 1 unit (3 tingkat) di pusing, ipoh
5. dapat rumah semi-D di gopeng
6. dapat pinjaman MARA RM750,000.00
7. dapat AP beras siam
8. dapat pajakan 100 ekar tanah lombong besi di kinta
9. kos pelajaran 3 org anak2 dari 7 tahun hingga ke IPTA ditanggung oleh yayasan mb perak
10. dapat kemudahan pembelian sebuah kilang di taman industri sri iskandar

ANAK2 :

1. tak pernah membayar sebarang yuran pelajaran
2. dapat biasiswa kechil kerajaan negeri perak ( Form 1 - Form 5 )
3. dapat tajaan biasiswa khas kerajaan negeri perak bg pelajar IPTA (nilai-setahun RM24,000.00)
4. dapat bantuan khas pelajar cemerlang - anak2 negeri perak (setahun RM12,000.00)

kesemua kos pelajaran di UITM percuma ... kerana dia anak kpd seorang pejuang wanita umno di negeri perak

2013 - dia (melalui anak) umumkan kpd media apa yg dia dapat, selama ini adalah ... (biasiswa & lain2) ...

1. sesuatu yg tidak adil
2. kerajaan BN zalim kerana cina tidak dapat apa yg dia dapat
3. kerajaan BN tidak bertimbang rasa kerana menutup pintu UiTM kpd cina
4. dia bersumpah akan perjuangkan hak asasi kaum cina bg mendapat pelajaran, hak seperti melayu & peluang ke UiTM via parti DAP
5. dia bersumpah akan berjuang selama2nya hancurkan UMNO, sebuah parti rasis


Bukan dia tidak tahu dominasi cina dalam ekonomi dan pelajaran serta diskriminasi yang mereka amalkan terhadap semua kaum di negara ini khususnya Melayu. Dia kata BN rasis tapi kaum cina yang ikhlas sendiri ngaku kaum cina adlah kaum paling rasis dalam dunia sama dengan Yahudi!!!


Sementang macam-macam Ngeh Nga yang taukeh disebalik DKLS yang empunya Regency Tower Ipoh kasi kontrak, lupa dia bahawa dia juga penyebab ketidak adilan.

Yammy Yammy ... usah ingat sifat opportunis kamu itu akan dapat ditutup begitu saja. Kalau dah ikut lenggok DAP, jangan jadi opportynis untuk masih mahu kekal dalam UMNO. Masih nak dapat kontrak ke????

Harap laporan polis ini lagi membarakan semangat agar semua blogger dan sosial media sebarkan lebih bersungguh-sungguh maklumat ini.

Polis harap siasat balik samada betul ke tidak semua tuduhan itu. Kalau betul, bukanlah fitnah!!!
    

Akibat minum air holy cadbury, Dyana tuduh Melayu rasis, tapi tak akui rasis DAP

Posted: 02 Jun 2014 05:30 PM PDT


Eh ... kata DAP tak mahu lihat rasism. Kenapa sebut-sebut demikian? Takkah hipokrit namanya


Selama ini DAP kata UMNO racist dan Kit Siang masih lagi dengan gelagat lamanya. Boneka mereka Dyana pun kata Perkasa rasis, tapi Guan ENg akui bahawa pengundi Cina pula tolak Dyana kerana dia Melayu.

Jika demikian, janganlah jadi hipokrit. Suruh Lim Kit Siang tanding kawasan Melayu untuk tunjuk dia tak rasis. 

Berikut buat mengejutkan mereka yang telah dibuai mimpi


Agaknya macam mana reaksi Dyana jika dia tahu apa yang sugar daddy Lim kata pada tahun 1969?



Mungkin dia nafikan kerana dia sedang dibuai khayalan dari air holy cadbury yang dihidangkan DAP dan pujian dan sanjungan palsu yang sedang diterima.

Mak dia pun sama tak sedar terminum air holy water DAP kerana boleh terima kasih dan puji pada DAP. Giler punya AJK Wanita UMNO Ipoh Barat.

Yammy pertahankan RBA dan puji DAP ... SINGKIRKAN DIA!!!

Posted: 02 Jun 2014 08:53 AM PDT


Memetik tulisan Shah Alam Rebels SINI, Yammy mempertahankan RBA dan menyalahkan blogger pro UMNO:


Yammy Samat, ibu Dyana Sofya Mohd Daud, yang tewas dalam PRK Teluk Intan kelmarin, kesal ada pihak didakwa cuba menyebar fitnah terhadap anaknya.

"Nak kata itu kerja Red Bean Army, itu semua tidak mungkin sebab saya tahu kerana saya daripada Umno dan saya kesal dengan fitnah yang tidak munasabah itu.
"Mereka kata Dyana ada hubungan dengan orang Cina, drinker (kaki botol), smoker (merokok). Itu semua tidak betul. Saya tahu (perangai) anak saya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Kalau begitu Yammy tahulah tingkah laku anaknya di luar pandangan matanya? Itu kita bboleh cerita masa lain.


Apa hal pun, tuduhan itu dibuat yang ia merupakan strategi RBA untuk mendapatkan kasihan serta undi simpati dengan memfitnah Dyana dan conteng poster beliau itu.

Yammy old school takkan tahu taktik psywar demikian. ATau saja Yammy pertahankan RBA DAP

Tambah lagi dalam laporan, Yammy memuji dan menyanjung DAP:

Beliau berterima kasih kepada kepimpinan DAP kerana memberi kepercayaan kepada anak tunggalnya itu mewakili parti tersebut.

Yammy berkata, walaupun anaknya kalah dalam PRK kali ini, beliau percaya Dyana Sofya seorang yang kuat dan tabah menghadapi cabaran.

Beliau berpendapat sokongan kepimpinan DAP amat berbeza kerana parti tersebut mendidik anaknya menjadi ahli politik yang bagus serta lebih komited.

Dah cukup-cukuplah ...Mak dan anak sama saja macam ...


Dah sokong DAP cadbury  tapi tak tahu malu masih nak ngaku ahli UMNO


Yammy nampaknya macam mencabar kepimpinan UMNO. Jangan pula UMNO bacul.

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Misteri MH370 : Apa yang Mahathir Tidak Tahu! (Episod ke-14)

Posted: 02 Jun 2014 05:42 PM PDT

Sekali lagi Tun Mahathir melalui entri blog yang ditulisnya pada 18 Mei 2014 lalu, merumuskan dengan tegas, bahkan kali ini dengan sangat serius, beliau mengulangi untuk kali kedua bahawa Boeing dan CIA mengetahui apakah sebenarnya yang telah terjadi ke atas MH370. Tun Mahathir meluahkan kesangsiannya dengan menulis bahawa beliau yakin syarikat Boeing dan agensi-agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" daripada kapal terbang komersial. "Sangat jelas Boeing dan agensi tertentu mempunyai keupayaan untuk mengambil alih "kawalan tanpa gangguan" penerbangan komersil yang mana MH370 salah satu darinya. Boleh atau tidak juruterbang MH370 hilang kawalan setelah seseorang secara langsung atau dari jarak jauh mengaktifkan alat untuk merampas kawalan pesawat itu," tulisnya dengan tegas dalam entri berjudul, 'Boeing Technology - What Goes Up Must Come Down'.

Katanya lagi, dengan alasan tertentu, media tidak akan melaporkan apa-apa melibatkan Boeing atau Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika. Dr Mahathir juga mendesak Boeing menjelaskan berkaitan apa yang dinamakan sebagai sistem "pendaratan automatik anti-keganasan". "Tidak dapat saya bayangkan juruterbang melakukan pendaratan di lautan yang bergelora dan secara senyap tenggelam bersama pesawat itu," katanya.

Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu juga yakin ada "seseorang sedang menyembunyikan sesuatu" dalam misteri kehilangan MH370 ini. Menurut beliau lagi, Adalah tidak adil kalau MAS dan Malaysia dipersalahkan. Menurut Mahathir lagi,  apa yang naik pasti akan turun."Mereka boleh mendarat dengan selamat atau terhempas. Tetapi kapal terbang tidak boleh hilang begitu saja," tambah beliau lagi. 

Dr Mahathir juga berpendapat adalah membuang masa dan wang untuk mencari serpihan, tumpahan minyak atau mengesan bunyi dari kotak hitam."Ini bukan kemalangan luar biasa selepas kehabisan minyak. Pesawat ini berada di satu tempat, mungkin tanpa logo MAS,". 

"Saya menulis tentang pelumpuhan sistem komunikasi MH370 dan juga isyarat GPS. Sistem komunikasi ini telah dilumpuhkan, jika tidak stesen bumi masih boleh menghubungi dan mengesan pesawat. GPS juga telah dilumpuhkan sehingga gagal dikesan oleh satelit yang biasanya menyediakan data pada semua penerbangan komersial, termasuk data kepada lokasi , jenis pesawat , nombor penerbangan, lapangan terbang berlepas dan destinasi. Tetapi semua data ini seolah-olah tidak ada. Pesawat itu seakan-akan hilang dari semua skrin pengawasan".

"Carian di Internet mendedahkan, Boeing menerima paten AS pada 2006 bagi sistem yang sekali diaktifkan ia akan menghilangkan kawalan pemaduan juruterbang dan mendarat di lokasi yang ditentukan oleh sistem itu. The Flightglobal.com melalui sebuah artikel ditulis John Croft dengan dateline Washington DC (1 Dis 2006) menyebut, 'pemanduan automatik yang tidak boleh diganggu atau pintas, akan diaktifkan, sama ada oleh juruterbang, alat pengesan dalam kapal ataupun dikawal radio atau satelit yang dihubungkan oleh agensi kerajaan seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), jika terdapat ancaman pengganas untuk mengambil alih kokpit'.

"Jelaslah Boeing dan beberapa agensi mempunyai keupayaan untuk mengambil alih kawalan penerbangan," tegas Tun Mahathir. Sebelum entri ini, Tun Mahathir sudah beberapa kali "menyerang" dan menyalahkan Boeing 100% atas kehilangan MH370. Pada 25 April lalu, Tun Mahathir melalui postingnya berjudul "MH370" - beliau mengecam tahap sistem keselamatan dan komunikasi pesawat Boeing yang sangat mudah dilumpuhkan, menurutnya hampir semua bentuk komunikasi antara pesawat dengan stesen bumi tidak dapat dilakukan walaupun hanya dengan sedikit. Hal ini membuktikan bahawa ia bukan dilakukan oleh juruterbang atau pembantunya, tetapi telah dilakukan oleh pihak lain yang jelas mengawal MH370 untuk dibawa ke kawasan misteri. 

"Penerbangan semua pesawat penumpang boleh dikesan walaupun pada telefon mudah alih peribadi. Saya boleh melakukannya pada telefon saya. Jika kapal terbang mendarat saya boleh menonton ia mendarat. Saya juga boleh mendapatkan maklumat tentang mana-mana pesawat di mana sahaja, termasuk syarikat yang membuat dan model yang ia miliki, serta dari mana ia terbang dan ke mana destinasinya."

"Saya percaya terdapat peralatan di atas kapal terbang yang membolehkan ia dikesan - mungkin oleh GPS. Kamera canggih berada di mana-mana - satelit yang dikendalikan oleh sesetengah negara sebenarnya boleh mengambil gambar seorang lelaki di atas tanah dan mengenal pasti siapakah dia. Sesungguhnya kamera satelit boleh melihat dan mengambil gambar pesawat 63 meter dari aras bumi." Jelas Tun Mahathir.

Dan pada 9 Mei 2014, Tun Mahathir melalui entrinya berjudul "Responsibility of Airframer" telah menulis isi hatinya seperti berikut, "Sistem komunikasi adalah merupakan nadi bagi pesawat. Dalam mana-mana kecemasan, jpesawat boleh berkomunikasi secara langsung dengan stesen bumi. Tapi dalam kes MH370 ternyata segala peralatan komunikasi telah gagal."

"Pada masa kini, lokasi dan pergerakan semua pesawat komersil dapat dipantau. Sesiapa sahaja boleh melihat di telefon bimbit mereka simbol pesawat terbang di mana sahaja di dunia. Bilangan pesawat yang berdaftar, syarikat yang mengeluarkannya, pemilik pesawat, dari lapangan terbang mana pesawat berlepas dan ke arah mana destinasinya, semua boleh diperolehi melalui telefon bimbit orang lain. Namun, MH370 boleh hilang sepenuhnya! tanpa kelihatan walaupun dari monitor negara-negara yang memiliki satelit pengintip tercanggih." 

"Dalam hal MH370 -satunya perkara yang kita tahu dengan pasti adalah bahawa selepas juruterbang bersama berkata "Baiklah, selamat malam " tidak ada komunikasi yang lebih. Tidak terdapat sebarang panggilan dari pesawat lagi, malah stesen bumi juga tidak dapat menghubungi pesawat langsung. Dalam erti kata lain komunikasi telah terputus sama sekali."

"Bagaimanakah ini mungkin berlaku! Apakah juruterbang boleh mematikan seluruh sistem komunikasi? Adakah sistem komunikasi dalam Boeing 777 sangat mudah dilumpuhkan oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam pesawat? Apakah tiada sistem komunikasi backup? Adakah tidak terdapat sistem keselamatan untuk fasiliti komunikasi yang sangat penting ini? Atau adakah pihak ketiga telah melumpuhkan seluruh sistem komunikasi MH370 itu?"
 

"Apa sahaja pemberhentian komunikasi yang dilakukan secara tiba-tiba serta menyeluruh. Maka salah seorang daripada juruterbang pasti menyedari akan kegagalan komunikasi tersebut, melainkan jika kedua-duanya bertanggungjawab untuk melumpuhkan sistem. Namun demikian,  anak kapal yang lain pasti menyedari dan bertindak apabila melihat pesawat itu tidak lagi mengikut laluan penerbangan yang betul. Apakah mereka juga tidak cuba bertanya kepada juruterbang mengapakah terjadi sebegini? Jika mereka gagal untuk menghubungi kokpit pesawat, apakah mereka juga kurang mengambil berat akan tanda-tanda ini?"

"Semua anak kapal mesti membawa telefon mudah alih. Sesungguhnya apabila tidak mendapat penjelasan daripada juruterbang tentang perubahan laluan penerbangan, mereka akan cemas cukup untuk memanggil seseorang di bumi. Tetapi sebagaimana yang kita tahu mereka tidak melakukannya. Adakah telefon mereka dilumpuhkan? Atau adakah mereka tidak berupaya dalam beberapa cara?"

"Penumpang juga, pada peringkat tertentu pasti berasa cemas. Apakah tidak ada dalam kalangan mereka yang cuba untuk menelefon saudara-mara mereka? Kita dapati mereka tidak berbuat demikian atau mereka mampu berbuat sedemikian. Adakah sistem komunikasi telefon mereka juga dilumpuhkan? Beberapa saudara mara di bumi yang cuba menghubungi mereka dapat mendengar deringan telefon, namun lokasinya  tidak dapat dikesan. Tidak ada jawapan. Apakah mungkin semua komunikasi penumpang telah dilumpuhkan?"

"Tetapi Boeing seperti mayat yang tenang! Tiada penjelasan tentang bagaimana sistem komunikasi dan pemantauan kedudukan boleh gagal dalam menjejaki pesawat Boeing MH370. Jika ini boleh berlaku kepada MH370 jenis Boeing 777, maka apakah kita masih selamat untuk menaiki pesawat jenis tersebut? Andaian bahawa MH370 telah jatuh ke Lautan Hindi. Bolehkah pesawat yang berat, diperbuat daripada kaca, aluminium , titanium dan komposit , terjun ke dalam laut dan tidak berpecah , meninggalkan bahagian-bahagian yang pecah dan kesan tumpahan minyak. Walaupun laut tenang, kapal terbang akan tetap pecah apabila jatuh ke lautan. Enjin juga boleh pecah dan meninggalkan kesan minyak dan lain-lain Sama ada juruterbang berada dalam kawalan atau tidak, apabila bahan api telah menjadi lemah, pesawat pasti jatuh. Ia tidak boleh mencapai pendaratan lembut seperti kes Sungai Hudson. Ia mesti jatuh ke laut ganas."    

"Walaupun laut kelihatan tenang, pesawat akan terhempas dan pecah. Tetapi mereka mendakwa bahawa keseluruhan badan kapal terbang telah tenggelam utuh ke dalam laut! Apakah ini mungkin? Sehingga kini tiada tanda dan bukti yang menunjukkan pecahan-pecahan komponen pesawat. Boeing mempunyai banyak persoalan untuk dijawab, sehinggalah pesawat itu ditemui dan sebab-sebab kegagalan peralatan komunikasi serta menjelaskan bagaimana ia boleh hilang sepenuhnya. Seseorang mesti membuat kesimpulan bahawa pesawat Boeing berbahaya masuk ke negara ini!"

Penjelasan dan pandangan Tun Mahathir - seolah-olah mengesahkan bahawa kehilangan MH370 bukanlah sekadar tragedi atau misteri, namun lebih jauh daripada itu - ia merupakan konspirasi sama ada untuk menutup rahsia besar yang berada di dalam MH370 atau pun ia merupakan titik awal bagi satu rancangan mega untuk dilaksanakan di rantau ini. 

Ikuti sambungnya dalam judul Misteri MH370 : Terperangkap dalam Relung Masa (Episod ke-15)

 

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:25 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Wahabi dan Tabligh adalah penjenamaan oleh orang luar.

Posted: 02 Jun 2014 08:51 PM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه 
http://peceq.blogspot.com/2014/06/5017-wahabi-dan-tabligh-adalah.html
Meja:  www.peceq.blospot.com
Mengikut ulasan dibawah, Wahabi adalah gelaran yang diberi oleh pihak lain kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahab dan ahli-ahlinya. Dengan kata lain Wahabi adalah jenama ciptaan orang luar. Begitu juga dengan jenama Tabligh. Sedangkan mereka tidak menamakan pun, mereka adalah kalangan orang-orang Tabligh. Orang luar yang menamakan mereka begitu. Siapakah orang luar yang dimaksudkan itu. Marilah kita teliti apa yang diperkatakan oleh penyiar "Tanpa Nama" dibawah dan mengapa orang luar menjenamakan mereka Wahabi, kenyataan dibawah ada menghuraikannya.
  • Tanpa Nama berkata...

    ya,aku wahabi.

    Sekalipun aku mengelak daripada jenama yang dicipta, yang telah memecahbelahkan kaum muslimin dan tidak menyatupadukan mereka, akan tetapi, secara jelas aku mengumumkan tanpa rasa ta'sub atau kecenderungan berpuak bahawa aku adalah WAHABI. Iaitu mereka yang dimuliakan dengan kecintaan kepada Syeikh Muhammad bin Abdul Wahhab rahimahullah dan kecintaan kepada seruan dakwah beliau.

    Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada tauhid.. dan aqidah yang sahih.. serta menghapuskan syirik dan juga bebas daripada perbuatan dan golongannya.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

    Ya, aku adalah WAHABI...!

    Jika Wahabiah itu maknanya seruan kepada al-Kitab dan al-Sunnah..serta berpegang teguh dengan cara, petunjuk dan pemahaman Salafus Soleh.. dan menghapuskan kefanatikan mazhab.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

    Ya, aku adalah WAHABI...!

    Jika Wahabiah itu maknanya berpegang kepada sunnah yang tsabit lagi sahih.. serta menghapuskan bid'ah dan khurafat.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

    Ya, aku adalah WAHABI...!

    Jika Wahabiah itu maknanya berjihad memerangi taghut yang zalim.. juga jihad memerangi syirik dan orang musyrikin.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

    Ya, aku adalah WAHABI...!

    Jika Wahabiah itu maknanya jalan pertengahan.. tanpa condong kepada sikap melampau dan berserah.. seperti yang diseru oleh Syeikh,

    Ya, aku adalah WAHABI...!

    Telah ku teliti keadaan mereka yang mengkritik secara penuh kedengkian terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya, lalu ku dapati mereka itu ;

    Samada kafir.. ataupun syiah rafidhah.. ataupun ahli sufi yang melampau.. ataupun ahli bid'ah yang sesat.. ataupun mereka yang jahil.. yang mengulang-ulang apa yang mereka dengari tanpa mereka mengenali siapakah Syeikh dan seruan dakwahnya itu.

    Inilah barisan yang buruk.. amat malang dan rugi bagi mereka yang merelakan diri mereka berdiri bersama barisan ini.. ataupun menjadi pesertanya.. ataupun menambahramai bilangannya.

    Apakah yang mereka dendamkan terhadap Syeikh.. Alangkah ramainya sekali golongan pendendam pada zaman ini.. Kita telahpun mendengarnya sejak dari dulu lagi akan dendam golongan ini.. kata nista dan cacian serta tohmahan.. terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya - sehingga kalimah Wahabi itu menjadi kata nista dan jelik pada kebanyakan masyarakat! - tanpa ditunjangi kepada hujah (sekalipun yang kecil) yang membenarkan golongan ini mengenai kezaliman, tohmahan dan hinaan serta dendam mereka...?!

    Nah, inilah dia peninggalan Syeikh dan karya-karyanya berada di tangan kita..! mudah untuk didapati bagi yang berkehendakkannya.. semuanya berbicara dengan Haq.. menyeru kepada yang Haq.. menyuruh dengan Haq.. Datangkanlah kepada kami satu kekurangan ( yang benar-benar salah ) - jika kalian adalah golongan yang benar - untuk diadili Syeikh.. dan diadili juga seruan dakwahnya.. yang sudah tentu akan membenarkan segala dendam, nista dan tohmahan kalian...?!

    Jika kalian tidak menjumpainya.. dan sememangnya kalian tidak akan menemukannya.. kami telah mengetahui, bahawa, apakah sebenarnya yang menjadikan kalian mendendami Syeikh dan seruan dakwahnya.. iaitu kerana berdirinya Syeikh di atas kebenaran amat tidak menyenangkan kalian dan juga syaitan-syaitan kalian.

    Jika dikatakan : Lihatlah kepada kezaliman dan kesalahan mereka yang menisbahkan diri mereka terhadap Syeikh dan seruan dakwahnya pada zaman ini...?

    Aku katakan : Tidak terjejas sama sekali Syeikh dan seruan dakwahnya dengan wujudnya golongan ini pada zaman ini - yang mendakwa mereka adalah pengikut Syeikh dan seruan dakwahnya - kerana mereka melakukan kesalahan yang dihasilkan oleh diri mereka sendiri dan bukannya kesalahan orang lain.. Sesungguhnya seseorang itu tidak boleh disoal dan dihisab dengan sebab kesalahan orang lain.. jika ianya dibolehkan, maka, tiada siapa pun yang akan selamat di muka bumi ini daripada dakwaan orang lain...?

    selingan:
    Sumber: http://peceq.blogspot.com/2013/09/1854-wahabi-salafi-musuh-islam.html
    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP
Gambar: National Geographic

MH370 - Baca dan nilaikan. Luar kotak pemikiran.

Posted: 02 Jun 2014 08:25 PM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ  , الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ , الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ,  مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ , إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ , اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ  , صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ , غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ.


Assalamualaikum w.b.t/السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه

http://peceq.blogspot.com/2014/06/5018-mh370-baca-dan-nilaikan-luar-kotak.html .
Meja www.peceq.blogspot.com  .
Berdasarkan Label Entry MH370 - Muhasabah Diri Kerana Allah SWT yang membawa kepada MengEsakan Allah SWT., Masing-masing punya harapan, punya kekuatan Iman dan Semangat Islam.

Sebahagian besar inginkan Allah SWT permudahkan dan mereka yang terbabit dapat menyelesaikan dengan jalan yang terbaik tidak melanggar peradaban Islam dan penuh dengan rasa kemanusiaan dalam diri. Sejujurnya sama-sama kita berbaik sangka. Sesuatu bahan bacaan itu ilmu dan In Syaa Allah kita mampu menafsirkannya dengan keindahan akal yang penuh dengan peradaban dan kesantunan hidup sebagai Umat Muhammad SAW.

Jom kita baca apa yang dihujahkan oleh individu di bawah berkenaan hal terbabit. Apakah disitu anda merasakan ada kejujuran serta amanah dalam mengeluarkan bahan kisah. Fikirlah dengan sebaik mungkin dengan kemampuan akal yang Allah SWT berikan kepada kita hamba-Nya.
Nota:
Kandungan ulasan ini sekadar diperenggankan tanpa mengubah kandungan asal.
  • 3 comments:

    Anonymous said...
    Yg sebenarnya berlaku (bukan andaian).. Yahudi telah hantar seekor jin ifrit utk tahan mh370. Jin tu berdiri, sebelah kaki dia kat vietnam, sebelah kaki lg kat filipina..

    Jin tu diperintahkan utk tahan mh370 utk 1 tujuan (masa ni semua yg dlm flight tu masih hidup).. Tp 1 org wali Allah ni (mulvi usman, org tabligh), dia dpt tahu, terus dia lawan jin tu.. Jin tu kalah, mh370 terlepas ke laut china selatan.. Mh370 terus tenggelam ke dasar laut, persisir pulau spratly..

    Mh370 masih dlm keadaan asal, cuma sayap kanan sahaja yg patah sedikit, tp masih x berpisah dr body kapal.. Semua penumpang mati.. Ingat lg kapten norudin? Kat tv3 kapten (yg jugak org tabligh) cakap mh370 hilang, full stop! Kapten norudin antara org yg tahu kebenaran mh370..

    Mulvi usman pun x berseorangan, di bantu oleh beberapa wali Allah yg lain (semuanya org tabligh).. Pada pg 24mac2014, kapten norudin bersama kapten syuhaib, ust azwan, mulvi usman, dan ust hamzah, (semua org tabligh) pergi putrajaya utk jumpa najib..

    Dlm rumah najib, mereka duduk dengan najib, rosmah, dan jamil khir... Ustaz hamzah ceritakan semua kpd najib.. Dan pesan pd najib supaya rahsiakan dulu, esoknya mereka nak bawak najib tengok sendiri mh370 di laut china selatan tu..

    Tp tiba2, pd mlm 24mac tu, najib secara tergesa2 buat kenyataan media bahawa mh370 berakhir di lautan hindi.. Jd ustaz2 tu 'check' balik, rupa2nya najib kene sihir.. Kenyataan najib bahawa mh370 berakhir di lautan hindi adalah hasil sihir yahudi.. Yahudi sihir najib supaya keluarkan kenyataan mcm tu, tujuannya supaya seluruh dunia mencari di tempat yg salah..

    Jemaah ustaz2 ni x putus asa, mereka (tanpa bantuan kerajaan) telah beberapa kali pergi kat lokasi tu utk tgk kapal tu.. Amerika pun tahu lokasi mh370 tu.. 1 kapal perang amerika telah dihantar utk amik black box mh370, tp Allah tenggelamkan mereka.. Sebijik kapal perang berserta ratusan tentera semua tenggelam macam tu je..

    Benda ni x kuar berita.. Pd 1 mei 2014, buat pertama kalinya ustaz2 ni bawak org kerajaan.. Mereka (kapten norudin, mulvi usman, ustaz azwan) bawak panglima tentera udara, paglima tentera darat, dan panglima tentera laut.. Mereka pergi naik kapal terbang jenis charlie.. Bila terbang melintasi perairan pulau spratly tu, semua panglima2 tu nmpak mh370 tersadai kat dasar laut..

    Air laut area tu begitu jernih, sehingga nampak jelas mh370 walaupun dr udara.. (sapa yg x percaya boleh tanya panglima2 tu sendiri)... Pd 9 mei, kapten norudin ditemuramah oleh rtm tv1, kapten cakap secara terselindung.. "Kembali kepada hari pertama... Segala data yg diberi adalah muslihat.." boleh tonton video kat youtube, tajuk 'grandstand 9 mei kapten norudin'..

    Kapten x boleh bgtau secara terus terang, walaupun kapten dah tengok sendiri mh370 kat laut china selatan.. Tp secara tersirat, dia bgtahu banyak perkara.. Yg terbaru, mereka pergi lagi semalam(29mei).. Semalam mereka pergi beramai-ramai.. Mulvi usman tu cakap, seluruh dunia punya sihir sekarang ni tertumpu kat perairan tu.. Yahudi xnak malaysia dpt balik flight tu..

    Jadi sekarang ni malaysia tgh usaha utk bawak balik flight tu secara senyap2.. Apa yg kita boleh buat sekarang ni, doakan mereka, supaya Allah pelihara mereka dan negara kita dari rancangan jahat yahudi..

    Anonymous said...
    Kapten norudin menangis dalam video temuramah tu..

    Kat youtube, search grandstand 9 mei 2014, kapten norudin..

    Dia dah tengok sendiri bangkai mh370 tu, tp masih tawaduk seolah-olah dia xtau ape2.. Memang layak Allah pilih dia utk misi bawak balik mh370 ni..

    Anonymous said...
    Salam... Tempat dlm bulatan merah yg dlm map tu memang betul..

    Lebih tepat lg kat persisir pulau spratly... Tp mh370 pecah, bangkai pesawat telah dibersihkan, vietnam dan filipina bersekongkol, ni semua salah.. Bangkai mh370 masih lg ada kat dasar laut, persisir pulau spratly, mayat semua masih ada dlm kapal tu, kapal tu plak masih ok, sebijik kat dasar laut tu, cuma sayap kanan sahaja yg patah sikit..

    Mh370 xde kene mengena langsung dengan kargo rahsia, berhenti la buat andaian.. Malaysia dalam usaha nak amik balik kapal tu, tp nak rahsiakan dr dunia, sebab ada pihak tertentu xnak malaysia dpt balik flight tu.. Semua rakyat malaysia kene doa semoga Allah pelihara negara kita.. Najib x bersalah dlm kes lautan hindi..

    Pengumuman najib bahawa mh370 berakhir kat lautan hindi adalah hasil sihir yahudi.. Yahudi telah sihir najib sehingga najib buat kenyataan mcm tu.. Tujuan dorg supaya dunia mencari di tempat yg salah..

    Tp skrg najib dah ok, dan dia izinkan usaha nak bawak balik mh370 dibuat secara underground..

    Sekali lg nak bgtau, mh370 xde kene mengena dgn pengganas, rampasan, tembakan tentera, kargo rahsia, politik malaysia, hubungan china amerika, semua pun bukan... Hentikan buat andaian..

    Yahudi buat semua ni sebab perkara yg jauh lebih besar dr semua tu..



    My Dashboard. 
    s3v3n

    s3v3n.
IP

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


DIA PUNYA CADANGAN, DIA PUNYA IDEA, DIA PUNYA PERJUANGAN...AIKS DIA SURUH ORANG BENTANG ?

Posted: 02 Jun 2014 11:00 PM PDT

Selepas PAS tidak meneruskan cadangan membentangkan Rang Undang-undang Jenayah Syariah II atau hudud di Parlimen, kini parti itu menggesa pula Kerajaan Pusat mengambil langkah berkenaan agar hudud boleh dilaksanakan di Kelantan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Pusat Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, Putrajaya perlu membentangkan dan meluluskan undang-undang itu dalam sidang Dewan Rakyat kerana undang-undang semasa gagal mejatuhkan hukuman lebih berat kepada pesalah bagi membendung jenayah termasuk rogol.
"Tiba masanya Kerajaan Persekutuan perlu lebih serius menggubal undang-undang berasaskan hukum jenayah Islam sebagai alternatif kepada undang-undang sivil sedia ada yang terbukti gagal menyekat jenayah rogol.
"Setidak-tidaknya Kerajaan Persekutuan boleh membentangkan rang undang-undang membolehkan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 dilaksanakan di peringkat negeri sebagai model awal di Malaysia," katanya melalui e-mail kepada Antarapos.
Di sebalik polemik pelaksanaan hukum hudud yang mahu dikuatkuasakan PAS di Kelantan, negara dikejutkan dengan kes seorang pelajar perempuan dirogol 38 lelaki dalam satu kejadian di Ketereh pada 20 Mei lalu.
Dalam kejadian 7.30 petang itu, seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun dari Kuala Krai dan gadis berusia 17 tahun yang tidak bersekolah dari Ketereh itu mendakwa dirogol secara bergilir-gilir oleh 38 lelaki di sebuah rumah kosong yang dijadikan tempat penagih dadah melepaskan gian.
Mohd. Khairuddin berkata, kes jenayah rogol tersebut seharusnya membuka mata kerajaan pusat untuk mengkaji semula Kanun Keseksaan dengan melaksanaan undang-undang Islam dalam negara ini.
"Kes rogol itu dan kes-kes seumpamanya mengajak seluruh masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia untuk merenung lebih jauh kegagalan undang-undang moden menyekat kesalahan jenayah rogol.
"Statistik PDRM menunjukkan antara kes jenayah yang paling tinggi di Malaysia ialah jenayah harta melibatkan kecurian dan jenayah kekerasan melibatkan rompak dan rogol," katanya.
Tegas beliau, kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Razak perlu mengkaji dengan serius mengenai kadar hukuman undang-undang sivil yang gagal menangani kes jenayah terutamanya rogol.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus berkata, sistem perundangan Islam iaitu hukum hudud, qisas dan takzir mampu membendung kes jenayah kerana lebih adil dan hukuman dijatuhkan melalui beberapa proses utama.
"Seksyen 376 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman bagi pesalah rogol ialah penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun dan boleh dikenakan
sebatan.
"Islam mengkategorikan rogol atau disebut zina paksa sebagai satu kesalahan jenayah hudud, hukuman boleh dikenakan ke atas perogol sekiranya kesalahan itu sabit menerusi kesaksian 4 orang atau pengakuan tertuduh," katanya.
Beliau menjelaskan kadar hukuman yang dikenakan ke atas pesalah rogol termasuk rejam sehingga mati.
"Bentuk hukuman yang boleh dikenakan ke atas perogol yang disabitkan kesalahan ialah rejam sehingga mati jika pesalah pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah.
"Hukuman kedua ialah sebat sebanyak 100 sebatan ke atas pesalah yang belum pernah menikmati persetubuhan melalui perkahwinan yang sah dan penjara selama setahun," katanya.
Menurut Mohd Khairuddin lagi, hukuman takzir adalah bergantung kepada budi bicara mahkamah.
"Sekiranya tidak dapat dibuktikan melalui 4 orang saksi atau pengakuan tertuduh ia boleh disabitkan berdasarkan keterangan lain seperti DNA, laporan perubatan dan lain-lain keterangan yang boleh dijadikan bahan bukti kes," katanya.
Ini kerana jelas beliau, hukuman takzir memberi peluang kepada mangsa rogol untuk membela diri sekiranya tiada empat saksi yang disyaratkan.
"Inilah yang dijelaskan oleh Kanun Jenayah Syariah II Kelantan dan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2002 yang menyebut, Seksyen 9 (2) Aduan oleh seorang perempuan yang dia dirogol oleh orang tertentu tanpa
berupaya membawa saksi seperti yang disyaratkan tetapi ada qarinahnya, hendaklah disiasat dan jika syarat-syarat yang dikehendaki syarak tidak dipenuhi untuk menghukum pesalah di bawah hukuman hudud.
"…dan sebaliknya ada cukup bukti yang tidak boleh disangkalkan dengan keterangan sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menunjukkan pesalah telah melakukan persetubuhan ke atasnya dengan kekerasan dan tanpa kerelaannya maka pesalah itu hendaklah dihukum dengan hukuman takzir dan perempuan itu tidak boleh dikatakan telah melakukan qazaf," katanya.
Malah menurut beliau lagi, melalui kaedah takzir pesalah juga boleh dijatuhi hukuman yang lebih berat.
"Hukuman Takzir boleh berlaku lebih keras daripada hudud sekiranya mahkamah berpandangan ada keperluan untuk itu. Sebahagian mazhab Islam meletakkan hukuman takzir boleh mencapai tahap hukuman mati.
"Apatah lagi dalam kes rogol berkumpulan yang mendatangkan trauma dan kecederaan besar kepada mangsa dari sudut fizikal dan mental," kata wakil rakyat penggal pertama itu.
Baru-baru ini, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Kelantan menubuhkan satu Jawatankuasa Teknikal berkaitan pelaksanaan hukum hudud bagi membincangkan prosedur dan beberapa penelitian bagi melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Negeri Kelantan 1993.
-----------------------------------------------------------------------------------
ISU-ISU BERBANGKIT:
1. PAS SUDAH TIDAK ISLAMIK? TIDAK LAGI ADA CITA-CITA MENEGAKKAN SYARIAT ISLAM DEK TERLALU TAKUT KEPADA DAP.
2. OLEH KERANA PAS SUDAH TIDAK ADA KEMAMPUAN/KEBERANIAN MEMBENTANG HUKUM HUDUD DI PARLIMEN, APA KATA WAKIL RAKYAT UMNO BENTANGKAN, UMAT ISLAM NAK TENGOK AHLI-AHLI PARLIMEN PAS ANGKAT TANGAN ATAU TIDAK UNTUK MENYOKONG?
3. KINI TERBUKTILAH PAS HANYA MEMPOLITIKKAN HUKUM HUDUD, TIDAK ADA KESUNGGUHAN? 
4. DIA PUNYA PERJUANGAN, DIA PUNYA CADANGAN, DIA KATA NAK BENTANG... LAST-LAST DIA SURUH ORANG LAIN BENTANG...

Fakta Disebalik Isu #Cadbury Didedahkan.....

Posted: 02 Jun 2014 08:27 PM PDT


Kenapa perlu keliru dengan kenyataan JAKIM?

Saya kira, pihak JAKIM tidak pernah membuat tindakan U-TURN sepertimana yang mewarnai ruangan komen terhadap kenyataan pihak JAKIM hari ini.. Saya nasihatkan supaya perbanyakkan pembacaan dari sumber yang sahih sebelum kita membiakkan fitnah2 di alam yang serba laju ini..

Mari kita ikuti kronologi isu ini terlebih dahulu. Bermula dengan ketirisan 'screenshot'  dokumen sulit pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) tentang pencemaran DNA babi bagi 2 produk Cadbury ke laman sosial pada 23 Mei [rujuk: dokumen sulit]. Dalam masa tidak sampai satu hari isu ini dimainkan dengan panasnya oleh orang ramai sehingga 'memaksa' pihak KKM mengeluarkan kenyataan rasmi pada hari berikutnya. [rujuk: kenyataan media KKM]. Jika difikirkan kesahihannya, ya, berita ini memang benar kerana ia disahkan sendiri oleh pihak KKM.. 

Namun perlu diingat, pengesahan seperti ini sepatutnya tidak berlaku kerana tidak mengikut prosedur yang sepatutnya. Ketua Pengarah JAKIM, sebaik sahaja menerima berita ini seolah2 terkejut lalu terus mengambil tindakan serta merta menggantung sijil halal untuk produk yang terlibat bertindak memulakan siasatan. Beliau menyatakan sepatutnya hal ini dimaklumkan kepada beliau terlebih dahulu untuk tindakan peringkat dalaman sebelum sampai ke tangan orang ramai [rujuk: kenyataan KP JAKIM]

menurut beliau, kuasa yg diberikan kepada makmal ujian tersebut hanyalah mengesahkannya sahaja, bukan menghebahkan kepada umum. Jika diteliti secara logik, ia hanyalah satu pencemaran DNA, bukan kandungan yang sengaja diadun oleh pihak Cadbury [Rujuk: penerangan pegawai JAKIM]. Jadi, ia hanyalah satu pemboleh-ubah yang masih boleh dikaji dan dibincangkan, bukan terus dihukum sepertimana sumpah seranah yang kita hamburkan!

Setakat itu, 2 persoalan yang timbul; 

1. Keputusan ujian dikeluarkan pada Februari, tapi kenapa Mei baru dihebahkan? 
- soalan ini sebenarnya perlu diajukan kepada KKM. KENAPA DI'BOCOR'KAN PADA MEI? malah sepanjang tempoh Februari hingga Mei, langsung tiada penjelasan yang dibuat oleh KKM kepada JAKIM. Salah siapa? Pihak JAKIM menegaskan jika Februari isu ini timbul, maka Februari lah tindakan diambil.
Namun begitu, JAKIM lah yang dihukum oleh rakyat..

2. Kenapa logo halal boleh diluluskan kepada Cadbury?
  - Diingatkan sekali lagi, ini hanyalah satu isu pencemaran yang mungkin boleh berlaku diluar kilang dan di kedai2. Cadbury memiliki sijil halal seawal 2004 dan sehingga Februari lalu masih tidak ada penyelewengan tentang status halal dalam pemprosesan harian mereka. Namun rakyat terlebih dahulu menghukum JAKIM sebelum kata putus dikeluarkan..
JAKIM sekali lagi dipijak-pijak!

Pada 26 Mei, JAKIM telah mengambil kedua dua jenis produk yang terlibat itu bersama-sama 4 produk lain serta 5 jenis bahan mentah yang berpotensi mengandungi unsur haiwan DARI KILANG untuk diserahkan kepada pihak Jabatan Kimia Malaysia(JKM) bagi tujuan ujian dan pengesahan. Berbeza dari ujian yang dilakukan oleh KKM tempoh hari yang mana sample diambil dari kedai, bukan dari kilang. Hal ini yang mungkin mengakibatkan berlakunya pencemaran tersebut.

Alhamdulillah, pada hari ini [2 Jun], pihak JKM telah tampil dengan keputusan ujikaji dan mengesahkan bahawa tiada DNA babi dikesan pada 2 jenis produk tersebut [rujuk: keputusan ujian JKM]. Walaubagaimanapun, pemeriksaan keseluruhan akan dijalankan keatas kilang Cadbury mengikut prosedur2 yang sepatutnya.

1 lagi persoalan timbul. Adakah ini satu sandiwara untuk menyelamatkan syarikat Cadbury dan adakah disana telah berlaku transaksi rasuah disebalik keputusan ini? 
- persoalan ini sering berlegar bila terbit sebarang kekeliruan dalam pengurusan pihak kerajaan. Janganlah kita mengambil isu ini sebagai bayangan kepada isu2 rasuah yang pernah terbukti berlaku sebelum ini. Hanya berbekalkan kebarangkalian yang direka sendiri, kita tidak berhak menuduh itu dan ini! Ini soal darah daging umat Islam di Malaysia. 

Adapun tersiar kenyataan dari Majlis Fatwa Kebangsaan yang menyatakan coklat Cadbury Halal dimakan sebelum didakwa tercemar [rujuk: Majlis Fatwa]. Ia bertujuan untuk meredakan perasaan orang ramai yang sangat beremosi sehingga ada yang mahu menyamak, menyucikan darah, membakar bangunan dan sebagainya dek takutnya akan coklat tersebut yang sudah menjadi darah daging mereka. Kenyataan ini boleh digunapakai samada sekiranya produk Cadbury itu terbukti haram, mahupun terbukti tiada DNA babi dikesan. Asasnya, kita sebagai orang awam yang tidak mampu untuk menyelidik setiap makanan secara saintifik dan hanya mampu bergantung kepada logo halal JAKIM, bukan menjadi kesalahan kita jika ia haram. Sebaliknya pihak yang bertanggung jawab itulah akan menanggung dosa disebabkan pengkhianatan terhadap amanah yang diberi. Kecuali memakan daging yang dilabel Pork yang bercop halal.  

Baca dan fahami betul2 sebelum baca komen orang ramai..

Perangai kita. 
Seperti terjumpa orang muda berambut kusut masai berbaju lusuh. Hanya bermodalkan penampilannya seperti seorang perompak ditambah dengan satu jeritan yang mendakwa dia seorang perompak, kita secara beramai2 menangkap dan membelasahnya sehingga koma tanpa soal siasat terlebih dahulu. Samada terbukti bersalah atau tidak, bukan itu caranya! Serahlah kepada pihak berwajib. yang pasti, setiap lebam2 yang diterima pasti ada balasannya terhadap si pemangsa di akhirat kelak. Apa-apa pun, kita lah yang berhak kepada kantung dosa dan pahala kita. Itupun kalau kita beriman kepada hari Akhirat! 

Pihak berwajib sudahpun bersidang dan tampil dengan keputusannya. Sekarang pilihan berada di tangan kita. Mahu terus boikot Cadbury, terpulang. Yang pasti jangan sesekali menghasut orang lain dengan membuat tuduhan dan fitnah. 

Tepuk dada tanya iman, sebelum mulut berkata sebelum tangan menulis, tanya diri seandainya timbangan dosa seberat timbangan pahala, adakah tulisan atau perkataan kita itu akan memberatkan sedikit timbangan dosa lalu menghumban kita ke neraka? 

JAKIM tidak pernah membuat U-TURN. Sebaliknya mereka hanya berjalan terus dengan langkah berhati-hati dan sedaya upaya menerangkan tentang apa yang sebenarnya berlaku. Hanya kita yang terlebih bersangka buruk..

Allahua'lam

rujukan;

Dokumen Sulit
https://www.dropbox.com/s/2mz68xrxrwyrvvl/sulit.jpg

Kenyataan Media KKM
https://www.dropbox.com/s/ny21ylgf6np4434/media%20kkm.jpg

Kenyataan KP JAKIM
https://www.dropbox.com/s/zmc791yezlir4sa/media.jakim.jpg

Penerangan pegawai JAKIM
@[666816963373225:https://www.facebook.com/photo.php?fbid=666816963373225&set=a.259095060812086.80145.100001347838242&type=1&relevant_count=1]

keputusan ujian JKM
http://www.astroawani.com/news/show/kenyataan-media-berkenaan-keputusan-ujian-dna-babi-dalam-produk-cadbury-37022

Majlis fatwa
http://www.astroawani.com/news/show/coklat-cadbury-halal-majlis-fatwa-kebangsaan-36793

*Artikel ini adalah kiriman pembaca. Kepada pembaca yang mempunyai pendapat, boleh e-melkan kepada mymassa@gmail.com

Adakah Kenyataan Lim Guan Eng Ini Bukan RASIS?

Posted: 02 Jun 2014 05:00 AM PDT


Sumber

Kalau tak percaya boleh tengok versi asal di Malaysiakini.


Politik dan perkauman memang tak dapat dipisahkan. Itulah hakikatnya.

KHABAR ANGIN BERTIUP KENCANG RAMPASAN KUASA PRESIDEN PAS ?

Posted: 02 Jun 2014 12:38 AM PDT

PRESIDEN PAS DI SEBUAH HOSPITAL DI ISTANBUL, TURKI
Khabar kami terima dari jauh menyebut terdapat cubaan 'coup de tat' ke atas Presiden PAS ketika beliau berada dalam keadaan tidak sihat di Istanbul, Turki. 

Mereka tidak berpuashati kerana boikot yang dilakukan oleh ahli-ahli PAS di Teluk Intan juga disebabkan oleh kepimpinan utama parti PAS yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membantu calon DAP. Sebab kedua, ialah ketidaksabaran pihak-pihak tertentu di dalam pakatan yang mahukan seorang Presiden yang sehati sejiwa sekepala otak khususnya menjelang PRU-14 tahun 2017 kelak.

Walau bagaimanapun, cubaan rampasan kuasa tersebut tidak berjaya kerana mereka merupakan kumpulan kecil di dalam parti yang tidak disokong sepenuhnya oleh kumpulan pro-Ulama. 

Sama ada benar atau tidak perkhabaran ini, ianya sungguh mengejutkan dan kita menunggu laporan rasmi daripada pihak PAS. Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar sudah pasti perlu memberi penafian atau mengiakan saja desas-desus ini. Sebaliknya, komponen PR iaitu PKR dan DAP masih membisu mengenai rampasan kuasa Presiden yang gagal itu.

Semalam, akhbar-akhbar melaporkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang dikejarkan ke hospital Istanbul Jumaat lalu kini semakin pulih dan kesihatannya bertambah baik.
Perkara itu disahkan sendiri oleh Abdul Hadi menerusi satu kenyataan ringkas yang dimuat naik di akaun Facebooknya sebentar tadi, kira-kira 9.25 malam waktu tempatan.
"Alhamdulillah saya dapat merasakan kesihatan saya bertambah baik. Saya juga berdoa agar ALLAH SWT memberikan kesihatan ini untuk meneruskan usaha membawa amanah dari ALLAH SWT.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada semua kalangan yang mendoakan kesihatan, memberikan bantuan dan kata semangat sepanjang saya mengalami masalah kesihatan semasa di Istanbul ini," katanya.
Turut dimuatnaik ialah sekeping gambarnya yang terlantar di wad sebuah hospital di Istanbul.
Abdul Hadi sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas.
Beliau dilaporkan berangkat ke Istanbul pada Selasa lepas dan dijadualkan pulang ke tanah air pada 3 atau 4 Jun depan .
Bersambung...