Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TUJUH SEBAB DIBERI KENAPA DYANA SOFYA TEWAS

Posted: 31 May 2014 03:26 PM PDT

TERIMAKASIH KEPADA PAS, BN TAMBAH KERUSI DI PARLIMEN, KERAJAAN DS NAJIB SEMAKIN KUKUH

KEMENANGAN Calon BN di Teluk Intan merupakan satu kemenangan yang sangat mendebarkan kem BN, tetapi ianya satu kemenangan yang sangat bermaruah kerana ianya diperolehi dengan kerja keras, bukannya melalui kemenangan silap mata, blackout ataupun pengudi Bangla sebagaimana tuduhan-tuduhan yang biasa dibuat.

Terdapat pelbagai faktor mengapa BN berjaya mengambilalih kerusi Parlimen Teluk Intan:-

1. Calon DAP telah mengguris perasaan umat Islam khususnya pengundi Islam di Teluk Intan apabila awal-awal menolak Hukum Hudud dengan tanpa berlapik malah berterus-terang. Akibatnya, kepimpinan PAS tidak dapat mempertahankan Calon DAP itu, sebaliknya kepimpinan PAS berada dalam situasi sukar. 

2. Calon DAP juga mempunyai penglibatan yang lama dengan pertubuhan PERKASA yang tidak disukai oleh pengundi Cina sama ada dalam DAP ataupun di luar DAP. Calon DAP gagal meyakinkan mereka bahawa dia benar-benar sudah putus hubungan dengan PERKASA.

Semasa Hari Pengundian, Jentera PAS Sangat Minima
3. Peristiwa sepanjang hari pengundian menunjukkan dengan jelas bahawa jentera PAS tidak bergerak sebagaimana biasa. Ramai pemerhati melihat ahli-ahli PAS di Teluk Intan memboikot calon DAP kali ini. Kenyataan kepimpinan PAS sehari dua sebelum hari pengundian yang hanya mengharapkan dapat mengekalkan undi lama PAS jelas menunjukkan ketidakyakinan dan ketidaksungguhan pasukan PAS.

4. Sebaliknya pasukan BN kelihatan bersatu hati. Baik daripada mana parti pun UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PPP dan lain-lainnya tidak ada membantah calon BN sebaliknya bekerja bersama-sama bersungguh-sungguh untuk memenangi PRK Teluk Intan. Tidak ada timbul cerita memboikot calon, malah perpaduan pasukan BN di Teluk Intan terserlah dengan jelas. Calon BN di Teluk Intan lebih berkaliber jika dilihat daripada aspek pengalaman dalam kerajaan, parti dan umur. Ianya lebih meyakinkan penduduk Teluk Intan berbanding Calon DAP.

5. Sebaliknya dalam kem DAP, diketahui dari awal adanya perasaan tidak puashati oleh pemimpin DAP tempatan yang tidak dipilih. Begitu juga komponen PR khususnya PAS berada dalam keadaan sangat sukar untuk membantu Calon DAP, malah PKR juga tidak nampak kesungguhan mereka membantu calon DAP ini. Saya melihat Calon DAP ini kelihatannya lebih bersendirian yang hanya dibantu oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng anak-beranak.

6. Lim Kit Siang terlalu yakin (over confident) akan dapat mempertahankan kerusi Parlimen Teluk Intan dengan membawa orang luar Teluk Intan sebaliknya pemimpin DAP Teluk Intan dinafikan. Nampaknya taktik mengumpul orang ramai di hari-hari terakhir ceramah (grand final) bukan lagi petunjuk untuk bermegah-megah. Ternyata kehadiran ramai orang adalah dari penyokong luar Teluk Intan, bukannya pengundi Teluk Intan. Sebaliknya pasukan BN memberi fokus kepada pengundi-pengundi dalam kumpulan yang kecil, bertemu walaupun satu orang pengundi, nampaknya ianya lebih berkesan.

7. BN harus berterimakasih kepada kepimpinan Ulama dalam PAS seperti TG Hj. Hadi Awang, TG Dr. Harun Din, Menteri Besar Kelantan kerana kenyataan-kenyataan mereka mengenai Hukum Hudud, semasa kempen PRK Teluk Intan banyak memberi advantage kepada BN. Pengundi-pengundi PAS di Teluk Intan nampaknya memahami signal ucapan pemimpin-pemimpin ulama mereka dan menterjemahkannya semasa hari pengundian. Walaupun PAS berada di dalam PR, ianya tidak menghalang mereka untuk menolak DAP. PAS semakin bijak, dan BN harus berterimakasih kepada kepimpinan PAS. Saya yakin, jika jentera PAS seperti Unit Amal turun bersungguh-sungguh, kemungkinan untuk BN menang adalah sukar.

Kesimpulannya,
Tahniah BN kerana berjaya menambah sebuah lagi kerusi di Parlimen. DAP mempunyai pasukan petugas pilihanraya yang terlatih dan mahir khususnya dalam pengurusan di Pusat Daerah Mengundi (PDM). DAP melatih dan memberi kursus yang lebih baik kepada ahlinya dalam urusan-urusan pilihanraya (PACA) berbanding parti-parti dalam BN. 

Pernahkah anda mendengar parti-parti dalam BN memberi kursus kepada ahlinya tentang pengurusan-pengurusan Pilihanraya seperti PACA oleh DAP? 

Maka sudah pasti dalam keputusan ini DAP tidak ada sebab untuk menimbulkan isu Blackout, Bangladesh dan Dakwat Kekal. Yang jelas Lim Kit Siang bukan Anwar Ibrahim yang suka memberi 1001 macam alasan. Bagi saya, kekalahan DAP juga adalah kekalahan yang bermaruah.

Cuba lagi semasa PRU ke-14. 

Dipetik daripada sini

TELUK INTAN MOST WANTED YO...KOMER MENANG...KOMER MENANG!

Posted: 31 May 2014 08:22 AM PDT


Kepada pengundi-pengundi BN semue, mekeme-mekema dan miker-miker semue adalah pejuang Teluk Intan. Ginilah ropernya hasil kalau demer semue bersatu, insya Allah kite pasti menang.

Kepada Datuk Mah selamat menunaikan tanggungjawab sebagei Ahli Parlimen Teluk Intan yang baru. Tak lame lagi miker jadi Menteri. Koje le elok-elok.

Ate yang menang jadi Mentheri, yang kalah tu siap sedia ler deme untuk dipinang jadi bini.

Beruntung bebenor ler jadi orang Teluk Intan. Bertuah lagi jadi oghang Peghak. Bagan Datuk jadi Menteri, Pasir Salak jadi Menteri, Tambun pun jadi Menteri. Keliling Parlimen ader menteri. Syukur. Semue Menteri bekoje beri khidmat terbaik buat rakyat. Tak ceghodik ler kalau ader yang sengaje lempor tuah. 

Tahniah buat semue pejuang BN di Teluk Intan. Esok coti, moh ler kite enjoy keliling Perak.




TERIMAKASIH PENGUNDI TELUK INTAN, TERIMAKASIH JUGA PAS

Posted: 31 May 2014 07:16 AM PDT

PENGAJARAN SUPAYA JANGANLAH EGO DAN TERIKUT-IKUT KAFIRUN DAP MENOLAK HUKUM HUDUD SECARA TERANG-TERANGAN
TERIMA KASIH KEPADA AHLI-AHLI PAS, PRESIDEN PAS DAN KEPIMPINAN PAS KERANA MEMBANTU KEMENANGAN CALON BN DI TELUK INTAN

TERIMAKASIH DAN TAHNIAH KEPADA SELURUH PENDUDUK TELUK INTAN KERANA MEMILIH CALON BN, SELEPAS INI PENDUDUK TELUK INTAN AKAN MENDAPAT DURIAN RUNTUH SEBAGAI MENTERI PENUH

Keputusan Rasmi:
DAP - 19,919
BN - 20,157
Majoriti - 238


ALHAMDULILLAH BN MENANG, LIM KIT SIANG TUMBANG BUNGKAM DENGAN KEEGOANNYA, ANWAR LARI SEMBUNYI

Posted: 31 May 2014 05:23 AM PDT








DAP SEMAKIN KELAM-KABUT MEMBUAT PEMBETULAN ATAS KECEMASAN DIRI SENDIRI

Posted: 31 May 2014 03:08 AM PDT




Nampaknya penyakit salah kira dalam DAP telah menjalar sampai ke pilihanraya. Dahulu, semasa pemilihan DAP, Lim Guan Eng minta maaf kerana katanya komputer salah kira! Komputer salah kira atau tangan DAP salah kira! Wah sekarang boleh beri alasan salah kira...



MALAYSIAKINI BERI GAMBAR BAYANGAN KEMENANGAN BN

Posted: 31 May 2014 02:29 AM PDT

MALAYSIAKINI MEMAPARKAN HEADLINE BENDERA BN BERKIBAR MEGAH DI TELUK INTAN

5.30pm: Seramai 39,850 atau 66.5 peratus pengundi keluar mengundi dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan hari ini.

5pm: Suruhanjaya Pilihan Raya mengumumkan proses pengundian tamat. Semua 35 pusat pengundian ditutup.

SPR sedang memuktamadkan peratusan mengundi dan akan mengumumkannya tidak lama lagi.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, parti itu menjangka jumlah keluar mengundi hari ini sekitar 70 peratus.

4.38pm: Menurut SPR, jumlah keluar mengundi di Teluk Intan mencapai tahap 38,158 orang atau 63.67 peratus menjelang jam 4pm.

Jumlah keluar mengundi paling besar untuk kawasan parlimen ini direkodkan pada 2013, dengan 48,649 pengundi (80.4%)

Penyandangan kerusi tersebut, Seah memenangi kerusi tersebut dengan 56.32% undi (dengan majoriti 15%).




LIM KIT SIANG CEMAS, SUDAH LIHAT TANDA-TANDA AKAN TEWAS, ANWAR/KEADILANDAILY & HARAKAHDAILY BOIKOT,

Posted: 31 May 2014 01:42 AM PDT

LIM KIT SIANG SEMAKIN CEMAS

SATU BIJI TELOR PUN TIADA BERITA PRK TELUK INTAN, TERNYATA DALAM DIAM ANWAR TURUT BOIKOT DAP

HARAKAHDAILY HANYA ADA 3 BIJI  BERITA PRK TELUK INTAN SETAKAT TENGAHARI,  ITU PUN COPYPASTE BERITA DARI BERNAMA




The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


#BN4TlkIntan: The morning after for Dyana

Posted: 31 May 2014 07:47 PM PDT




Ramai susah nak terima kekalahan ...





SUdahlah jangan memekak. Malaysiakini tahu akan kalah ....

Hakikatnya ...


Bila Ngeh Koo Ham ditanya untuk komen tentang kekalahan, dia suruh tanya Lim Kit Siang. Dipersalahkan Kit Siang yang tak dengo cakap DAP Perak.


Kit SIang mengeluarkan kenyataan ini di twitter dalam pukul 4 dalam usaha untuk dapatkan undi kasihan last minute pun tak membawa pengundi cina keluar.

Sebenarnya petanda pun dah ada ...




DYana telah sedia dicadburykan cina untuk menjual bangsanya sendiri.





Padanlah muka kau kalah!!! Baru setahun jagung dalam politik tapi nak cakap macam-macam hingga nak tempelak orang tua-tua dan jual bangsa sendiri.



It is still not over!!!

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Isteri Derhaka – Akibat Bagi Suami Makan Darah Haid Dan Air Mani

Posted: 31 May 2014 11:15 PM PDT

hiasan
Lama benar saya tidak berjumpa dengan Ariffin. Rasanya sudah lebih Tujuh tahun sejak kawan lama saya itu di arahkan mengajar di Johor. Kerana itulah, apabila dia datang ke pejabat saya pagi itu, saya Merasa terlalu seronok.
"Eh, makin kurus nampak. Diet ke?" kata saya setelah mempersilakannya Duduk.
"Tak adalah. biasa la cikgu, kan sekarang ni macam-macam kerja. Kurikulumlah, kokurikulumlah, sukanlah. badan gemuk pun boleh jadi Tinggal tulang," balas Arifin.
"Tengok ni ustaz, baju pun dah menggelebeh. Seluar pun longgar," Tambah Arifin sambil menarik lengan baju untuk menunjukkan betapa Kurusnya dia dan besarnya baju yang di pakai.
Selepas bertanya itu ini dan mengusiknya serba sedikit, saya bertanya Arifin tentang hajatnya datang menemui saya. Yalah, tiba-tiba saja Muncul, pasti ada hajat yang hendak di sampaikan.
"Orang rumah saya sakitlah, ustaz", kata Arifin.
"Patutlah aku tengok engkau lain macam aja tadi. Ketawa pun hendak Tak hendak. Sakit apa?" saya bertanya. Agak lambat Arifin menjawab. Dia menarik nafas, kemudian meraup muka dan seterusnya bersandar di Kerusi. Setelah itu disorotnya mata saya dalam-dalam.
"Entahlah." katanya perlahan,
" Lima tahun lalu tiba-tiba saja badan dia melepuh-lepuh. Di kaki, Paha, perut, dibelakang. penuh dengan lepuh macam orang terkena air Panas,"kata Arifin.
Tambah kawan lama saya itu, dia telah membawa isterinya, Niza, ke Serata hospital dan klinik, namun ubat yang di beri oleh doktor tidak Dapat melegakan penyakitnya.
"Sakit apa, doktor pun tak tau,"tambahnya.
"Dah pergi berubat kampung?"saya bertanya.
"Dah,tapi macam biasalah. bomoh, cakap kena buat orang, terceroboh Kawasan orang bunian., sampuk. macam-macam lagi. Duit banyak habis, Masa terbuang, tapi sakitnya tak juga sembuh," jelas Arifin.
Malah, kata kawan saya itu, lepuh-lepuh menjadi bertambah banyak pula Hingga tubuh isterinya yang langsing menjadi sembab. Wajahnya yang Cantik juga berubah murung, kusut
"Itu masih tak mengapa ustaz. Yang menambahkan kebimbangan saya, Setelah beberapa lama, lepuh-lepuh itu bertukar pula jadi gerutu dan Berbintil-bintil macam katak puru," tambah Arifin.
Akibatnya, sekali lagi Niza menderita kerana selepas tubuhnya hodoh Akibat sembab, seluruh kulitnya yang dulu licin menjadi jelik. Dari tangan, bintil-bintil kecil dan besar seperti bisul tumbuh merata, kaki hingga ke muka.
Disebabkan penyakit itu, kawan-kawan yang datang melawat terkejut kerana hampir tidak mengenalinya lagi. Akibatnya, Niza terpaksa berhenti kerja. Dia malu untuk berhadapan dengan kawan sepejabat.
Memang ada yang bersimpati tapi ada juga yang mengejek. Ramai yang menyindir di belakang, tapi ada juga yang tanpa rasa bersalah mengaibkannya secara berhadapan.
Dua tiga tahun berlalu, penyakit Niza bertambah parah. Sehelai demi sehelai rambutnya gugur hingga hampir botak. Rambut yang lembut mengurai menjadi jarang hingga menampakkan kulit kepala yang memutih. Keadaannya itu sangat menyedihkan kerana usia awal 30an, rambutnya seperti wanita berumur 90an. Seperti daun getah luruh di musim panas, semakin hari semakin banyak rambut Niza gugur. Dalam waktu yang sama, kuku tangan dan kakinya juga menjadi lebam. Daripada biru, ia bertukar kehitaman seperti di penuhi darah beku.
"Tiap hari, dia termenung. Dia mengeluh, kenapalah dia sakit macam ni. Kenapa dia, bukan orang lain? Apa salah dia? Kasian betul saya tengok," kata Arifin. Wajahnya sayu
"Hidup kami pun jadi tak terurus macam dulu".
Di sebabkan doktor tempatan gagal menyembuhkan penyakit Niza, Arifin membawa isterinya ke Singapura. Hampir sebulan mereka di sana dan banyak wang di habiskan namun pulang dengan hati kecewa. Doktor di negara itu juga tidak dapat mencari penawar keadaan penyakit berkenaan.
"Sekarang ni, keadaan isteri saya dah bertambah teruk. Bila malam saja dia meraung, meracau dan menangis-nangis. Jadi, saya harap ustaz dapatlah tolong serba sedikit sebab dah habis ikhtiar saya mengubatnya cara moden,"tambah Arifin.
"InsyaAllah." Balas saya.
Tapi saya mula terasa pelik. Perasaan ingin tahu mula bercambah kerana berdasarkan pengalaman, kata-kata yang diluahkan semasa seseorang yang meracau dapat membantu kita merawatnya. Ini kerana semasa meracau itulah dia meluahkan segala yang terbuku di hati.
"Apa yang dia cakap masa meracau tu?"
"Macam-macam ustaz. tapi ada waktunya dia minta ampun maaf daripada saya. Saya tanya kenapa? . Dia tak cakap, Cuma minta maaf saja. Yalah. orang dah sakit memang macam tu,"kata Arifin.
Saya cuma mendiamkan diri. Mengiakan tidak, menggeleng pun tidak. Setelah berbincang lama, dia meminta diri . Sebelum pulang, saya berjanji untuk ke rumah Arifin pada malam esoknya.
"Datang ya, ustaz . Saya tunggu,"katanya sambil mengangkat punggung.
Dia kemudiannya melangkah lemah meninggalkan pejabat saya. Seperti yang dijanjikan, saya sampai ke rumahnya selepas isyak.
"Jemput masuk ustaz,"Arifin memperlawa sambil membawa saya ke sebuah bilik.
"Dia baring dalam bilik ni. Ustaz jangan terkejut pula tengok muka dia. Orang rumah saya ni sensitif sikit," bisiknya sebelum kami masuk ke bilik berkenaan.
Sebaik pintu di buka, kelihatan seorang wanita berselimut paras dada terbaring mengiring mengadap ke dinding.
"Za. Ni Ustaz Nahrawi datang,"kata Arifin perlahan sambil memegang bahu isterinya. Dengan lemah, Niza menoleh. MasyaAllah memang keadaan Niza sangat menyedihkan . Wajahya penuh dengan bintil-bintil yang menggerutu. Matanya terperosok ke dalam manakala tulang pipi membojol seperti bongkah batu yang membayang dipermukaan tanah. Badannya pula kurus cengkung dan kepala separuh botak menandakan dia sudah lama menderita. Niza cuma tersenyum tawar memandang saya. Saya dekati dia dan selepas lima minit meneliti keadaannya, saya panggil Arifin ke sudut bilik.
Dengan suara separuh berbisik, saya bertanya;"Pin, saya nak tanya sikit, tapi sebelum tu minta maaflah kalau nanti awak tersinggung".
"Tak adalah,ustaz. Tanyalah, saya tak kisah," jawab Arifin.
"Err,. dari mana datangnya bau yang." soal saya, tapi tak sanggup nak menghabiskannya. Bau yang saya maksudkan itu agak busuk.
"Ooo. mmm, dari alat sulit dia,"kata Arifin perlahan.
"Keluar lendir bercampur nanah."
Saya tidak memanjangkan lagi topik itu kerana tidak mahu memalukan Arifin dan isterinya. Lagi pun tidak manis untuk bertanya tentang hal- hal yang seperti itu.
Sebelum kami duduk semula di sisi Niza, saya memberitahu Arifin, kadangkala di timpa penyakit sebegini sengaja di turunkan balasan oleh Allah kerana ada melakukan dosa atau derhaka kepada ibu atau bapa. Lantas saya bertanya, adakah Niza sudah meminta ampun daripada ibu bapanya.
"Sudah ustaz. Dengan emak dan ayah nya saya pun sudah."
"Kalau macam tu, baguslah,"kata saya.
Setelah merawat Niza dengan doa dan ayat yang dipetik dari al-Quran, saya meminta diri. Sebelum itu saya nasihatkan Arifin dan Niza serta keluarga mereka supaya bersabar dengan ujian Allah.
"Sama-samalah kita berdoa supaya dia sembuh," kata saya sebelum meninggalkan rumah Arifin.
Sudah ketentuan Allah, rupa-rupanya keadaan Niza menjadi bertambah parah. Perkara ini saya ketahui apabila Arifin menghubungi saya beberapa minggu kemudian. Menurut kawan saya itu, isterinya kini kian teruk racaunya.
Memang benar. Bila saya menziarahnya petang itu, Niza kelihatan semakin tenat. Sekejap-sekejap dia meracau yang bukan-bukan. Malah saya pun tidak dikenalinya lagi.
Sebelum pulang saya menasihatkan Arifin supaya melakukan solat hajat memohon ke hadrat Ilahi supaya menyembuhkan isterinya. Nasihat saya itu dipatuhi namun beberapa hari kemudian Arifin menalifon lagi. Kali ini suaranya lebih sedih, seperti hendak menangis.
"Ustaz,"katanya,
"Sekarang barulah saya tau kenapa dia jadi macam tu ustaz"
"Kenapa?"pantas saya bertanya…
"Sejak dua tiga malam lepas, dia minta ampun daripada saya dan ceritakan segala-galanya". Arifin menyambung ceritanya;
Malam itu saya terkejut sebab semasa meracau isteri saya minta ampun kerana telah mengenakan ilmu kotor kepada saya. Kata Niza, dia telah memasukkan darah haid dan air maninya ke dalam makanan saya.
Saya tanya "Kenapa?"
Dia jawab, supaya ikut kata-katanya dan tak cari perempuan lain.
"Tambah saya kesal, selepas itu dia meminta ampun pula kerana telah berlaku curang kepada saya. Kata Niza, dia lakukan perbuatan tu selepas saya ditundukkan dengan ilmu hitam."
Saya tanya, masa bila awak buat? Dia jawab semasa ketiadaan saya, tidak kira lah semasa saya bertugas di luar daerah. Semasa keluar seorang diri, dia telah membuat hubungan sulit dengan beberapa lelaki.
"Niza sebutkan nama lelaki-lelaki itu, tapi saya tak kenal. Kata Niza, hubungan mereka bukan setakat kawan saja, malah sudah ke tahap zina. Kerana itu dia minta berbanyak-banyak ampun daripada saya.
Dia minta saya maafkan."Saya tak sangka betul, ustaz. Madu yang saya beri, racun yang dibalasnya. Patutlah selama ini bila berdepan dengan dia saya jadi hilang pertimbangan. Saya jadi lemah, rasa diri saya kerdil, takut nak membantah. Sudahlah begitu, dia jadi perempuan." Kata Arifin tanpa sanggup menghabiskan kata-katanya. Termenung saya mendengar ceritanya itu.
Tidak saya sangka Niza sanggup berkelakuan demikian kerana Arifin bukan orang sebarangan. Arifin berpelajaran agama dan setia kepada isterinya. Budi bahasa pun elok.
"Kalau sudah begitu bunyinya, saya rasa awak maafkanlah dia,"kata saya.
Selain itu saya mencadangkan kepada Arifin supaya merelakan isterinya pergi.
Kata saya, mungkin nyawa isterinya itu terlalu sukar meninggalkan jasad kerana dia mahukan keampunan daripada suaminya terlebih dahulu."
Lagipun, dia sudah terlalu menderita, sampai badan tinggal tulang, kepala pun dah nak botak. Doktor pula sudah sahkan penyakit dia tidak dapat disembuhkan lagi. Jadi, pada pandangan saya, daripada dia terus azab menanggung seksaan sakaratulmaut, adalah lebih baik kalau awak relakan saja dia pergi.
Saya tau ia susah nak di buat, tapi keadaan memaksa."
"Ampunkan dia?" Arifin bertanya balik.
"Dia dah derhaka dengan saya, buat tak senonoh dengan lelaki lain, kenakan ilmu sihir kepada saya, ustaz mau saya maafkan dia?"tingkah Arifin dengan suara yang agak keras.
Mungkin dia terkejut.
"Ya. dia pergi dengan aman dan awak pula dapat pahala," jelas saya. Saya terus memujuknya supaya beralah demi kebaikan isterinya. Saya katakan, yang lepas itu lepaslah. Lagi pun Niza sudah mengaku dosanya, jadi adalah lebih baik Arifin memaafkannya. Mungkin dengan cara itu Niza akan insaf dan meninggal dengan mudah.
"Takkan awak nak biarkan dia menderita? Awak nak pukul dia? Maki dia? Tak ada gunanya. Maafkan saja dia dengan hati yang benar-benar ikhlas," jelas saya.
Setelah puas memujuk, akhirnya Arifin mengalah juga. Lalu saya nasihatkan supaya dia bacakan surah Yasin tiga kali dan ulangkan ibu Yasin (salaamun qaulam mirrabir rahim) sebanyak tujuh kali.
"Buat malam ni juga. Lepas itu tunaikan solat," kata saya. Seminggu kemudian Arifin menelefon saya. Dengan sedih beliau memaklumkan isterinya sudah meninggal dunia. Tambah kawan saya itu, Niza pergi tanpa sesiapa sedari kerana ketika itu dia sedang menunaikan solat Isyak. Bila kembali, dia lihat isterinya tidak bernyawa lagi.
"Tapi Alhamd ulil lah, sebelum pergi dia sempat minta ampun daripada saya sekali lagi kerana menderhaka. Marah, memang marah, tapi bila dia pegang tangan saya sambil menangis dan kemudian minta ampun, tidak sanggup juga rasanya untuk membiarkan dia pergi dalam keadaan tanpa kemaafan daripada saya. Ustaz, saya dah ampunkan dia.
"Namun demikian, kata Arifin, lendir dan nanah busuk masih lagi mengalir daripada alat kelamin Allahyarham isterinya itu sehinggalah mayatnya dikebumikan.
Kepada wanita, kutiplah pengajaran dari cerita ini. Kepada lelaki, hati-hatilah dalam memilih isteri, jangan pandang hanya pada rupa. Wallahualam. - SUMBER

Bade [suami Erma Fatima] kahwin lagi

Posted: 31 May 2014 09:16 PM PDT

Alhamdulillah. Seronok Abang Nara membaca pengakuan dan penjelasan daripada Erma Fatima mengenai perkahwinan kali kedua suaminya, Bade. Berkata kepada Pancaindera, Erma memaklumkan yang dia memberi restu dan mengizinkan perkahwinan tersebut. Menurut Erma, Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Terharu Abang Nara membaca kata-kata Erma.
bade kahwin lagi

Ditanya sama ada mengetahui mengenai perkahwinan kali kedua suaminya, Erma berkata:-
Ohhh.. Saya restu dan saya izinkan. Saya tidak boleh menghalang orang yang saya sayang untuk mendapatkan kebahagiaan itu. Kasih sayang itu soal hati, tiada kuasa pada manusia untuk menghalangnya. Setiap manusia berhak mendapatkan kebahagiaan sendiri.
Selama perkahwinan kami, Bade merupakan seorang lelaki yang baik, ayah yang bertanggungjawab kepada anak-anak. Malah saya cukup bersyukur untuk mengetahui siapa saya sekarang adalah kerana dia.
Saya minta jangan sensasikan lagi kisah perkahwinan Bade ini. Jujur saya katakan Bade berhak dan mampu untuk berkahwin lagi. Jadi saya minta semua orang di luar sana mendoakan kebahagiaan dia dan isterinya itu.
isteri kedua bade
Untuk makluman, Bade telah bernikah beberapa bulan lalu dengan Aida Abdul di negara jiran. Majlis persandingan telah diadakan di Cherating, Pahang pada 27 Mei lalu dan dihadiri oleh rakan artis seperti Datuk Rosyam Noor. Apa pun, tahniah buat Bade dan isteri barunya. Semoga berbahagia ke akhir hayat.

DAP tumbang di Teluk Intan, di mana silapnya?

Posted: 31 May 2014 08:50 PM PDT


ANALISIS Pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan berakhir semalam. Dan DAP gagal mempertahankan kerusi tersebut apabila calonnya, Dyana Sofya Mohd Daud kalah tipis kepada calon veteran BN, Datuk Mah Siew Keong majoriti 238.

Semasa pengiraan undi semalam, di peringkat awalnya, Dyana mendahului dengan majoriti besar sehingga mencecah lebih 2,000. Namun majoriti itu turun naik dan turus merosot pada satu ketika ia tinggal 25 undi sahaja, dan seterus tewas tipis kepada Mah.



Sekali imbas, DAP dilihat telah gagal menterjemahkan keghairahan yang mengiringi pencalonan Dyana kepada kempen yang boleh memenangkan mereka.

DAP bermula dengan penuh semangat selepas penamaan calon pada 19 Mei lalu, tetapi berakhir dengan kekalahan tipis semalam.

Ada pihak yang berpandangan bahawa Dyana, seorang wanita Melayu muda dari DAP  - gagal diperkenalkan dengan baik kepada pengundi Melayu luar bandar yang kurang mesra dengan parti yang majoriti ahlinya masih lagi orang Cina.

Pengundi Melayu ini merupakan penyokong setia BN tetapi pada masa yang sama mempunyai rasa ingin tahu tentang wajah baru DAP itu.

Namun, DAP tidak menembusi kubu kuat BN/Umno dan hanya berpuas hati dengan siri-siri ceramah serta sesi ramah mesra calonnya bersama orang ramai.

DAP hanya mula melakukan lawatan rumah ke rumah di kawasan luar bandar dalam tempoh seperempat terakhir kempen mereka.

Peningkatan undi Melayu sebanyak 3 peratus sahaja kepada DAP seperti dinyatakan pengarah strateginya, Dr Ong Kian Ming adalah petunjuk jelas yang parti itu tidak menggunakan Dyana sepenuhnya untuk mencuri lebih banyak undi daripada BN.

Pada masa sama, DAP nampaknya juga tidak memahami demografi kerusi Parlimen ini yang merupakan campuran di antara kawasan bandar dan kawasan luar bandar.

Menurut satu sumber DAP, analisis awal mereka mendapati parti itu menggunakan strategi kempen kawasan bandar untuk berkempen di kawasan luar bandar.

Dengan 65 peratus daripada penduduk di sini terlibat dengan industri berasaskan pertanian, isu seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) dan urus tadbir kerajaan yang baik tidak mempunyai makna yang jelas buat pengundi di sini.

DAP pada awalnya mungkin menarik nafas lega apabila ceramah mega terakhir mereka sehari sebelum hari membuang undi menarik kira-kira 10,000 orang.

Namun, ia juga tidak diterjemahkan kepada undi apabila peratusan pengundi Cina yang merupakan majoriti mereka yang hadir pada majlis itu, merosot sebanyak 15 peratus.

Ini kerana, sewaktu tempoh kempen yang bermula pada 19 Mei genap seminggu, cabaran terbesar DAP untuk mengekalkan kerusi ini mula kelihatan jelas.

Peratusan keluar mengundi yang rendah seperti pilihan raya kecil Bukit Gelugor pada 25 Mei, berulang di Teluk Intan.

Akhirnya, BN kembali merampas kerusi ini apabila majoriti lebih 7,000 undi pada pilihan raya umum lalu kini hanya tinggal sejarah.

DAP mungkin boleh meletakkan beban kekalahan kepada pengundi luar Teluk Intan yang menyokong parti itu tetapi tidak pulang dalam jumlah yang cukup ramai untuk mengundi dan mengekalkan kemenangan mereka.

Namun, mereka ini juga tidak cukup dimotivasikan untuk pulang ke kampung bagi memastikan 'politik baru' yang dibawakan Dyana, menjadi satu kenyataan. - malaysiakini

Hadi semakin pulih

Posted: 31 May 2014 08:29 PM PDT

Diterbitkan: Ahad, 1 Jun 2014 10:38 AM
Abdul Hadi Awang

PETALING JAYA: Keadaan kesihatan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menunjukkan perkembangan positif apabila beliau sudah boleh duduk dan bercakap.
Setiausaha politiknya, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bagaimanapun, pemimpin tertinggi pembangkang itu masih perlu berehat supaya cepat sembuh.
"Dalam masa sama, doktor pakar juga menasihatkan supaya beliau tidak menerima pelawat dalam tempoh dua hari untuk mengelakkan sebarang jangkitan baharu.
"Pihak kami memohon berbanyak maaf sekiranya permintaan ini menyusahkan rakan taulan, sahabat seperjuangan  yang berhajat atau yang sudah berada di Istanbul untuk menziarahi beliau," katanya menerusi facebook Abdul Hadi lewat malam Sabtu.
Abdul Hadi yang mengalami sesak nafas dipercayai kerana komplikasi jantung pada Jumaat kini dilaporkan sedang dirawat di Medipol Universitesi Hastanesi, Istanbul.
Abdul Hadi bersama Dr Shamsuri dan seorang Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,  Dr Syed Azman Syed Nawawi berada di Istanbul kerana menghadiri Kongres Umat Islam Antarabangsa anjuran Pusat Penyelidikan Ekonomi (ESAM) yang berpusat di Istanbul.
Pada Sabtu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Beijing untuk lawatan kerja enam hari mengarahkan kedutaan Malaysia membantu bagi memastikan Abdul Hadi mendapat rawatan di negara itu.

WWE ke Malaysia ... Temui John Cena .. The Sheild.. Bray Wyatt

Posted: 31 May 2014 07:44 PM PDT

31/05/2014 7:44pm



KUALA LUMPUR - Peminat sukan gusti tempatan boleh mendapatkan tiket secara online mulai hari ini bagi menyaksikan perlawanan World Wrestling Entertainment (WWE) yang dijadual berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 10 dan 11 Oktober depan.
Malaysia merupakan negara ekslusif di rantau Asia Tenggara yang menganjurkan WWE Live bersama Malaysia Major Events, sebahagian daripada Biro Konvensyen dan Pameran, serta Astro Malaysia Holdings Bhd bersempena Tahun Melawat Malaysia 2014, yang menelan belanja hampir RM33 juta.


Menurut kenyataan pihak penganjur hari ini, tiket perlawanan dijual pada harga antara RM128 hingga RM1,230 mengikut kelas tempat duduk iaitu Astro prestige club (RM1,230), ring side arena (RM728), ring side retractable (RM398), premier (RM298), re Wyatractable (RM198), lower tier (RM198) dan upper tier (RM128).
Dijangka 25 hingga 30 bintang WWE seperti John Cena, Bray Wyatt dan Ricky Steamboat turun beraksi dalam perlawanan julung kalinya di Malaysia selepas 12 tahun.
Peminat boleh mendapat maklumat lanjut berkaitan tiket menerusi laman sesawang www.ticketpro.com.my atau hubungi talian 603 7880 7999. - Bernama
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0531&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_26.htm#ixzz33IezDgAG 
Hakcipta terpelihara 

Dyana Sofya tewas di Teluk Intan, tetapi DAP menang

Posted: 31 May 2014 06:39 PM PDT

Reaksi calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan anggota parti selepas pengumuman keputusan pilihan raya di Ibu Pejabat DAP di Teluk Intan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Jun, 2014. Reaksi calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan anggota parti selepas pengumuman keputusan pilihan raya di Ibu Pejabat DAP di Teluk Intan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Jun, 2014.Kekalahan Dyana Sofya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK)‎ Teluk Intan kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti tipis 238 undi membuktikan ramalan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang minggu lalu ada benarnya.
Lim sebelum ini menghantar mesej kecemasan (SOS) kepada semua pengundi luar PRK Teluk Intan agar pulang bagi membantu kemenangan setiausaha politiknya.
Lim juga menyeru agar pengguna Internet datang ke Teluk Intan membantu kempen ‎Dyana Sofya sehingga menang.
Sebagai orang lama dalam politik, sudah tentu mudah bagi Lim untuk membaca sentimen di Teluk Intan.
Satu dua lawatan bertemu dengan rakyat Teluk Intan sudah cukup bagi Lim untuk mengetahui sama ada DAP mendapat sokongan atau tidak.
Keputusan PRK Teluk Intan juga memberi isyarat jelas bahawa menang di Internet belum tentu menyebabkan kemenangan dalam pilihan raya.
Analisis awal mengatakan Dyana Sofya tewas kepada Mah kerana pengundi luar‎ tidak pulang mengundi dan generasi lama di Teluk Intan masih tidak selesa DAP meletakkan calon Melayu di kerusi Parlimen itu.
Jumlah undi rosak sebanyak 550 undi juga merupakan angka besar, dan menunjukkan berlakunya protes di kalangan pengundi yang mungkin menolak kedua-dua calon daripada DAP dan Gerakan.
Bagi calon pertama kali bertanding seperti Dyana Sofya, mendapat‎ 19,919‎ undi berbanding orang lama seperti Mah yang mendapat 20,157 undi merupakan sesuatu perkara yang boleh‎ dibanggakan.
Pada masa akan datang, Dyana Sofya masih boleh terus bertanding di Teluk Intan dan bekerja dengan lebih keras jika mahu menang.
Dyana Sofya juga perlu belajar lebih banyak tentang selok-belok politik daripada bosnya, Lim yang sudah aktif berpolitik sejak tahun 60-an menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) tidak lama lagi.
Kesilapan Dyana Sofya
Di antara kesilapan Dyana Sofya yang membawa padah adalah dalam isu apakah ibunya, Yammy Samat merupakan anggota Perkasa.
Seharusnya, sejak awal lagi Dyana Sofya mengakui Yammy merupakan ahli Perkasa.
Tidak perlu menunggu sehingga media "menggali sehin‎gga lubang cacing" untuk mendapatkan kebenaran.
Akhirnya apabila Yammy membuat pengakuan, terbukti Dyana Sofya berbohong sebelum ini.
Berbohong merupakan satu perbuatan yang sukar dimaafkan, terutamanya di kalangan pengundi di sesuatu kawasan pilihan raya.
Ini kerana jika sekali seseorang calon itu ditangkap berbohong, agak sukar bagi pengundi untuk mempercayainya untuk menjadi wakil rakyat.
Menurut teman wartawan yang berada di Teluk Intan, kempen Dyana Sofya yang terlalu menumpukan kepada pengundi luar untuk pulang mengundi memberikan kelebihan kepada Mah.
Barisan Nasional (BN) menggunakan sebaik mungkin Mah sebagai calon Cina dan anak tempatan untuk memenangi kerusi itu.
Selain itu, janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk melantik Mah menjadi menteri jika menang kerusi Parlimen Teluk Intan turut mempengaruhi pengundi untuk memenangkan Mah.
Keperibadian Mah yang 'gentleman' dan dianggap sebagai calon 'underdog' turut memberikan kelebihan kepadanya.
Walaupun tindakan DAP yang meletakkan calon Melayu di Teluk Intan tidak membuahkan hasil dan menyebabkan mereka kurang satu kerusi Parlimen, parti itu harus dipuji kerana percubaan berani meletakkan calon melangkaui batas kaum.
Walaupun kalah, DAP berjaya membuktikan mereka menang kerana berani meletakkan Melayu sebagai calon, walaupun dianggap sebagai parti chauvinis Cina selama ini.
Sedangkan Gerakan yang merupakan parti berbilang kaum, masih menggunakan strategi meletakkan calon Cina untuk menang di Teluk Intan. – 1 Jun, 2014.

Najib kata tak bayar. Polis Filipina kata bayar wang tebusan yang besar utk bebas tebusan Cina ...Macamana tu?

Posted: 31 May 2014 06:42 AM PDT

MAY 31, 2014
LATEST UPDATE: MAY 31, 2014 08:48 PM
Laman Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pembebasan dua wanita yang diculik di Semporna April lalu. Beliau berkata tiada wang tebusan dibayar tetapi polis Filipina dilaporkan mengulas yang sebaliknya.Laman Twitter Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan pembebasan dua wanita yang diculik di Semporna April lalu. Beliau berkata tiada wang tebusan dibayar tetapi polis Filipina dilaporkan mengulas yang sebaliknya.Pembebasan dua wanita yang diculik di Sabah semalam dalam usaha bersama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina hanya dicapai selepas pembayaran "wang tebusan yang besar", lapor Reuters hari ini.
Laporan itu bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam bahawa "tidak ada wang tebusan dibayar" untuk membebaskan pelancong China, Gao Huayun dan pekerja resort, warga Filipina Marcy Dayawan, yang diculik dari Singamata Adventures dan Reef Resort, di Semporna, 2 April lalu.
Semalam dalam tweetnya, Najib menulis semasa lawatan rasminya ke China: "Saya baru sahaja diberi taklimat oleh @PDRMsia bahawa kedua-dua wanita diculik dari sebuah resort di Sabah April lepas diselamatkan oleh pihak berkuasa kita."
"Tiada wang tebusan dibayar bagi mendapatkan pembebasan mereka. Kejayaan hasil kerjasama pasukan keselamatan Malaysia dan Filipina. Saya berterima kasih kepada semua yang terlibat."
Bagaimanapun, sumber polis Filipina memberitahu Reuters bahawa wang tebusan yang besar dibayar bagi membebaskan kedua-dua wanita itu.
"Ia jarang berlaku bagi Abu Sayyaf untuk melepaskan orang yang diculik tanpa wang tebusan yang dibayar," kata laporan itu.

Tetapi laporan itu tidak memberikan sebarang maklumat mengenai wang tebusan yang dikatakan itu, seperti jumlah yang dibayar dan sumber dana.
Kumpulan pengganas itu sebelum ini menuntut 500 juta peso Filipina (RM36.8 juta) untuk melepaskan Gao, tetapi tidak membuat sebarang permintaan wang tebusan untuk Dayawan.
Pada 2 April, tujuh lelaki bersenjata memasuki resort kira-kira 10.30 malam dan menculik Gao, 29, dari Shanghai dan Dayawan, 40, dari resort itu.
Dilaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia percaya Abu Sayyaf, sebuah kumpulan pengganas yang berpangkalan di selatan Filipina, bertanggungjawab atas penculikan itu dan mereka mendapat bantuan dari dalam.
Berikutan penculikan Gao dan Dayawan, seorang pegawai polis di Sabah mendedahkan bahawa penculikan itu juga mungkin melibatkan kakitangan resort.
"Abu Sayyaf aktif di kawasan itu sejak 15 tahun yang lalu dan bertanggungjawab untuk beberapa kes penculikan," kata pegawai itu kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak mahu namanya disiarkan.
"Dalam banyak kes, mangsa dibebaskan selepas wang tebusan yang besar dibayar. Kes malam tadi dijangka tidak berbeza," katanya.
Insiden itu merupakan satu daripada tiga kejadian dalam tempoh tujuh bulan lalu yang melibatkan pelanggaran di Zon Keselamatan Timur Sabah yang ditubuhkan selepas "pencerobohan" Lahad Datu oleh pihak berkuasa Sulu awal tahun lepas.
Pada November tahun lepas, pelancong Taiwan Chang An Wei diculik dari pulau peranginan Pom Pom sementara pasangannya, Li Min Hsu ditembak mati.
Chang dibebaskan sebulan kemudian selepas wang tebusan yang besar dibayar kepada Abu Sayyaf melalui perantara.
Awal bulan ini, warga China Yang Zai Lin, 34, diculik oleh kumpulan bersenjata Abu Sayyaf dari sebuah ladang ikan berhampiran Pulau Babi, Lahad Datu, dan dibawa lari dengan sebuah bot laju.
Walaupun cuba ditahan pihak keselamatan Malaysia, penculik berjaya melarikan diri ke perairan antarabangsa dan dipercayai menuju ke selatan Filipina.
Yang, yang berasal dari Guangzhou, menguruskan ladang ikan sejak tiga tahun lalu. Ladang ini dimiliki oleh Wonderful Terrace Sdn Bhd yang berpangkalan di Hong Kong.
Yang diambil oleh lima orang lelaki yang berpakaian seragam tentera. Sekurang-kurangnya tiga daripada mereka dikatakan bersenjatakan M-16.
Abu Sayyaf adalah kumpulan militan Islam yang meningkat terkenal pada tahun 1990-an kerana berjuang untuk satu wilayah Islam bebas di Filipina.
Ahli diketahui terlibat dalam kes pengeboman, penculikan, pembunuhan dan aktiviti pemerasan. – 31 Mei, 2014.-TMI

Macai UMNO/BN kantoi lagi ... hahaha

Posted: 31 May 2014 01:51 AM PDT

Kononnya Dyana la yang minum [arak tu] ....
Tapi sebenarnya amoi yang kat bawah tu [gambar asal]

PRK Teluk Intan : Kereta ahli PAS terlanggar penunggang motosikal

Posted: 31 May 2014 01:01 AM PDT

Sebuah kenderaan 4X4 milik PAS yang merupakan jentera pilihan raya telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggani dua orang pemuda yang mahu membuang undi sebentar tadi.

Kemalangan itu telah menyebabkan kedua-dua pemuda itu cedera dan kini dirawat.

Bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini sepasukan polis telah dikejarkan di kawasan kejadian bagi membantu siasatan.

Difahamkan jentera PAS yang melanggar pemuda itu merupakan datangnya dari luar Teluk Intan dan pasti mengundang kemarahan penduduk.