Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PRK Teluk Intan : Saya berdebar dan teruja - Dyana

Posted: 30 May 2014 11:22 PM PDT

Dyana Sofya ketika meninjau proses membuang undi di SMK Sultan Abdul Aziz, pagi Sabtu.

TELUK INTAN: Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mengakui berdebar menantikan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan yang ketika ini sedang berlangsung di 35 pusat mengundi sekitar kawasan P.76 itu.
Beliau yang bertanding satu lawan satu dengan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong berkata, rata-rata pengundi yang ditemuinya begitu peramah.
"Bagaimanapun saya tidak pasti mereka mengundi siapa. Kita tunggu sahaja keputusan nanti.
"Apapun, rakyat yang berkuasa dan kita lihat siapa yang mereka akan berikan mandat," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan di pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz dekat sini, Sabtu.
Ditanya mengenai perasaan pada hari mengundi PRK Teluk Intan Sabtu, Dyana berkata, "Ia sungguh mengujakan, saya berdebar untuk tunggu keputusan. Apapun, rakyat yang akan buat keputusan."
Keputusan PRK Teluk Intan pada Sabtu dijangka dapat diketahui seawal pukul 9 malam.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya, Seah Leong Peng akibat kanser pada 1 Mei lalu.

Dari Teluk Intan

Posted: 30 May 2014 08:58 PM PDT









Satu lawan satu antara calon BN dan DAP di PRK Teluk Intan.

TELUK INTAN: Hari mengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan tiba dengan 59,927 pengundi layak menunaikan tanggungjawab di 35 pusat mengundi yang akan dibuka pada pukul 8 pagi.
PRK P.76 ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dan Dyana Sofya Mohd Daud yang mewakili DAP.
11.33 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 11 pagi, seramai 19,508 atau 32.55 peratus keluar mengundi.

11.00 pagi: Pengerusi SPR dijangka mengadakan sidang media di pusat media bertempat di Pusat Kesihatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Teluk Intan sebentar lagi.
10.35 pagi: Seramai 13,754 orang keluar mengundi iaitu 22.95 peratus setakat pukul 10 pagi.

10.28 pagi: Calon DAP, Dyana Sofya tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau proses membuang undi.
10.15 pagi: SPR memaklumkan, setakat pukul 9 pagi tadi,  seramai 7,080 pengundi atau 11.81 peratus keluar mengundi pada PRK P.76.

9.40 pagi: Pengerusi SPR melawat pusat mengundi di SK Kampung Selabak.
9.15 pagi: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membuat lawatan ke pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz 
9.05 pagi: Calon BN, Datuk Mah Siew Keong tiba di pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz untuk membuang undi.
8.50 pagi: Pasangan suami isteri, Abd Rahman Shaharuddin, 66 dan Fatimah Ahmad, 65 dari Taman Desa Aman menunjukkan jari yang dicelup dakwat kekal selepas mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz. Mereka antara ribuan pengundi yang kini menunggu giliran untuk menunaikan hak masing-masing.

8.30 pagi: Mengikut jadual, Dyana Sofya akan melawat pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz pada pukul 9.30 pagi.
8.10 pagi: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dijangka tiba ke pusat mengundi SMK Sultan Abdul Aziz bagi meninjau situasi proses membuang undi sebentar lagi.
8.05 pagi: Pusat mengundi dibuka, termasuk di SMK Sultan Abdul Aziz.

7.45 pagi: Antara pengundi Teluk Intan yang beratur di luar pusat mengundi saluran tiga di SMK Sultan Abdul Aziz.


7.35 pagi: Antara pengundi yang datang awal untuk membuat semakan mengenai saluran mana untuk mengundi.
7.30 pagi: Sebahagian anggota polis tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Aziz bagi mengawal keadaan dan keselamatan sepanjang proses pengundian berlangsung. Difahamkan calon BN akan mengundi di sini pada pukul 9 pagi.

Catat sejarah, cipta keajaiban’ – Kit Siang

Posted: 30 May 2014 06:30 PM PDT





_DSC5750
TELUK INTAN, 31 MEI: "Catat sejarah, cipta keajaiban," begitulah pesan Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, beberapa jam sebelum pengundian Pilihanraya Kecil (PRK) Teluk Intan bermula.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 20,000 hadirin yang memenuhi ceramah terakhir kempen Pakatan Rakyat di tapak bazar ramadan, bandar Teluk Intan semalam.
Kawasan ceramah yang lazimnya hanya mula penuh ketika ucapan pimpinan tertinggi Pakatan di akhir program, mula sesak seawal jam 8.30 malam.
Berikutan itu, ramai yang tidak dapat masuk ke kawasan ceramah dan terpaksa memenuhi jalan raya untuk mengikuti ucapan.
Keadaan seumpama itu kali terakhir dilihat ketika kemuncak kempen Pilihanraya Umum ke-13 setahun lalu.
Para hadirin kelihatan penuh bersemangat dan optimis, selepas hampir dua minggu melihat sendiri asakan agresif jentera kempen BN.
Perasaan itu jelas terlihat apabila sorakan gemuruh dan tiupan vuvuzela setiap kali helikopter pemantau terbang melintas kawasan ceramah.
Malah, setiap penceramah juga menunjukkan semangat yang berlainan daripada biasa.
Antaranya Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming yang sempat bernyanyi ketika gilirannya, selain Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang sentiasa 'menghiburkan'.
Namun, tumpuan utama semalam tentulah calon DAP Dyana Sofya Mohamad Daud, yang nasibnya bakal ditentukan 60,620 pengundi hari ini.
Sorakan dan tepukan gemuruh bergema, sebaik sahaja pengacara mengumumkan ketibaannya tepat jam 10.07 malam.
Reaksi hampir sama juga dapat disaksikan beberapa kali ketika wajahnya dipaparkan skrin besar di kiri dan kanan pentas.
Antara pimpinan lain yang turut berucap adalah Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke Siew Fook dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Khalid Samad.
Selain ribuan yang hadir, ceramah semalam turut disaksikan 4,000 pelayar internet melalui Ubah TV.
Di akhir ceramah, pengacara turut melakukan gimik dengan menutup lampu limpah, sebelum meminta semua hadirin mengangkat telefon masing-masing – bagi membuktikan betapai ramai hadirin seterusnya kekuatan sokongan kepada Pakatan. – Roketkini.com
_DSC6315

PRK Teluk Intan : Bermula pertarungan Dyana vs Mah

Posted: 30 May 2014 06:01 PM PDT

  • Pengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan sedang membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui saluran membuang undi. - Foto Sinar Harian oleh SAIFULLAH AHMADPengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan sedang membuat semakan daftar pemilih untuk mengetahui saluran membuang undi. - Foto Sinar Harian oleh SAIFULLAH AHMAD
 1 / 1 
TELUK INTAN - Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan bermula seawal jam 8 pagi tadi.

Sebanyak 35 pusat pengundian bagi PRK Parlimen Teluk Intan dibuka.

Semua pusat mengundi akan ditutup 5 petang ini, kecuali pusat mengundi di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai Timah yang akan ditutup pada pukul 4 petang kerana mempunyai sedikit pengundi.

 
Penjumlahan undi dijangka bermula sebaik pusat mengundi ditutup dan akan dilakukan di Sekolah Menengah Kebangsaan Abdul Rahman Talib di Jalan Changkat Jong, di sini.

PRK ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Datuk Mah Siew Keong dan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud.
 
PRK itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
 
Pada PRU Mei 2013, Leong Peng menang dengan majoriti undi 7,313 dalam pertandingan tiga penjuru.


PRK Teluk Intan : Ceramah Grand Finale Dyana vs BN ... korang bandinglah sendiri ... bungkus dah Dyana

Posted: 30 May 2014 08:01 AM PDT




Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikejarkan ke hospital

Posted: 30 May 2014 07:20 AM PDT

SHAH ALAM - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan mengalami masalah kesihatan dan dikejarkan ke hospital Istanbul, sebentar tadi.

Timbalan Ketua, Dewan Pemuda Pas, Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan ringkas berkata, beliau telah menghubungi Setiausaha Politik Abdul Hadi.

"Dr (Ahmad) Samsuri (Mokhtar) kini berada bersama ayahanda Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) di Istanbul, Turki.

"Beliau dimasukkan ke hospital selepas mengadu sesak nafas dan sekarang keadaan beliau stabil dan sedang berehat.

"Mohon doa dari semua umat Islam agar beliau pulih dan dapat terus memimpin ummah," katanya.

SUDAH JADI 'IKON': Apa saja tentang Dyana 'laris' di Teluk Intan

Posted: 30 May 2014 05:18 AM PDT

SUDAH JADI 'IKON': Apa saja tentang Dyana 'terlaris' di Teluk Intan
ANALISIS Sama ada kalah atau menang selepas pilihan raya kecil Teluk Intan bakal berakhir tengah malam esok, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud sudah menjadi 'ikon' dalam masa hampir dua minggu kempen berlangsung.
Masakan tidak, di tengah-tengah kehangatan pertembungan antara biru 'BN' dan merah 'DAP', mencuri perhatian orang ramai di sekitar Teluk Intan adalah kelibat baju-T merah berkolar bulat yang terpampang lakaran bayang wajah Dyana Sofya Mohd Daud di tengah-tengahnya.
Di bawah wajah Dyana itu tertera namanya dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Sementara bahagian belakang baju-T itu pula tertera capaian Facebook laman kempen beliau
.
Baju-T itu kelihatan dipakai ramai penyokong Pakatan Rakyat pada acara-acara kempen mereka tanpa mengira umur, jantina atau kaum dan ia juga bukan diedarkan secara percuma.
Baju-T itu yang dijual oleh DAP pada harga RM10 untuk semua saiz itu tanpa disedari bertindak sebagai papan iklan mudah alih buat Dyana.
Sesetengah penyokong Dyana kadangkala akan memintanya menurunkan tandatangan pada baju tersebut jika mereka terserempak dengannya sewaktu beliau berkempen.
Tindakan mengabadikan wajah Dyana pada baju-T itu secara tidak langsung menjadikannya seolah-olah sebaris dengan beberapa personaliti utama Pakatan Rakyat dalam masa dua minggu sahaja.
Selain Dyana, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat, dan Nurul Izzah Anwar adalah di antara personaliti Pakatan yang wajah mereka juga diabadikan dengan cara yang sama pada baju-T penyokong Pakatan selama ini.
Mungkin mengambil isyarat daripada kelarisan produk itu, DAP semalam turut bertindak melancarkan satu buku tulisan Dyana Sofya berjudul 'Di Sini Bermula' walaupun tempoh kempen tinggal sehari sahaja lagi.
Buku dengan wajah Dyana berpakaian kemeja putih sebagai muka depan itu laris di kalangan penyokongnya dan ia memuatkan rampaian 11 rencana dan kenyatan media beliau.
Sebanyak 200 naskhah buku itu yang dijual pada harga RM20 setiap satu, habis disambar hadirin ceramah di padang sebelah Bank OCBC, Jalan Mahkota, semalam.
Sama ada kalah atau menang selepas pilihan raya kecil Teluk Intan bakal berakhir tengah malam esok, barang Dyana Sofya terbukti 'baik' dan laku di bandar ini! - Malaysiakini

PRK Teluk Intan : PAS yakin Dyana akan memperoleh kemenangan esok

Posted: 30 May 2014 03:51 AM PDT


TELUK INTAN: PAS melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat yang diwakili DAP mempunyai harapan yang cerah untuk memperoleh kemenangan dalam Pillihan Raya Kecil (PRK) P076 Teluk Intan yang akan berlangsung esok.


Pengarah Operasi PAS PRK Teluk Intan, Salahuddin Ayub berkata, keyakinan itu berdasarkan respons daripada masyarakat setelah jentera dan pimpinan PAS disemua peringkat memberikan komitmen tinggi terhadap gerak kerja kempen.



Dalam merealisasikan kejayaan, Naib Presiden PAS itu mengharapkan pengundi khususnya orang Melayu dapat menunaikan amanah esok dengan penuh tanggungjawab dan tidak gentar serta takut kepada ugutan-ugutan daripada mana-mana pihak.



"Kepada pengundi Melayu, inilah masanya untuk kita buktikan kesefahaman dan kesepaduan antara kaum disamping mematahkan tongkat penting BN ini setelah tidak lagi mengharapkan kepada MCA dan MIC.



"Jika kalahnya Presiden Gerakan ini, saya yakin parti itu akan lumpuh dan BN kehilangan baki tongkat yang ada," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Markas Induk PAS, Padang Tembak Teluk Intan dekat sini hari ini.



Dalam perkembangan berkaitan, Salahuddin menyatakan, setakat pagi tadi gerak kerja jentera PAS telah melebihi 90 peratus dan akan meningkat dalam baki tempoh yang ada ini.



Beliau mengharapkan semua petugas serta pimpinan yang ditugaskan di kesemua 18 Unit Peti Undi (UPU) dapat memastikan pecutan serta sentuhan terakhir dapat dijelmakan dalam baki yang ada bagi memastikan semua matlamat serta key performance indicator (KPI) dapat dicapai.



"Saya yakin dan percaya melalui komitmen yang diberikan, sikap yang ditujukkan oleh jentera kawasan-kawasan dari negeri Perak dan negeri-negeri dalam akan berakhir dengan kejayaan," jelasnya.- HARAKAHDAILY 

Sewa beruang panda untuk ‘diplomatik bodoh’

Posted: 30 May 2014 01:11 AM PDT

Oleh ROY RASUL


KUALA LUMPUR: Tindakan kerajaan meminjam dua ekor panda dari China menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Giant Panda sebagai satu diplomatik paling 'bodoh' dalam dunia.


Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar berkata, perjanjian tersebut dibuat kononnya dalam konteks hubungan diplomatik antara dua negara.



Sedangkan kata beliau, dengan membawa panda ke negara ini pada 20 Mei lalu, menyebabkan negara terpaksa menanggung kos pemeliharaannya yang dianggarkan RM3 juta setahun. Pasangan beruang panda Fu Wa dan Feng Yi yang dibawa tiba ke negara ini Rabu lalu selepas perjanjian ditandatangani pada tahun 2012.

Malah ketibaan pasangan beruang panda dikatakan sangat signifikan memandangkan kedua-dua negara bakal merayakan sambutan ulang tahun ke- 40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia-China.

Mengulas lanjut Mahfuz mendakwa program tersebut ibarat kerajaan China menyewakan panda itu kepada Malaysia.

"Kita kena bayar sewa kepada kerajaan China le bih kurang RM3 juta setahun dalam tempoh 10 tahun.

Jadi takkanlah untuk tujuan hubungan diplomatik kita kena bayar kepada China.

"Apakah lambang hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China mereka membuat keuntungan de ngan menghantar panda ke negara ini memperolehi RM3 juta setahun," kata beliau mempersoal tindakan kerajaan.

Mengulas isu yang sama, Timbalan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Nurul Islam Mohamed Yusof dengan sinis menyifatkan istilah slogan 'rakyat diutamakan' kini bertukar kepada 'panda diutamakan, rakyat dibebankan.'

Bercakap , Nurul Islam berkata, sedang panda China dilayan mesra rakyat pula sengsara menanggung kenaikan kos sara hidup dan akan dikenakan GST pula bermula April tahun depan.

RAKYAT MARHAEN

0

Posted by Unknown | Posted on 11:32 PTG | Posted in

sumber :-

RAKYAT MARHAEN


SPR BUAT APA: Timb Menteri Umno Bebas Masuk Pusat Mengundi Dengan Pakai Logo Parti..!!!

Posted: 30 May 2014 11:03 PM PDT


Batasan pada hari mengundi

(g) dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat mengundi dan
dalam tempat mengundi, memakai, memegang, atau membawa apa-apa bentuk atau
jenis pakaian, tutup kepala, barang hiasan, roset, botol air atau payung yang padanya
tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti
politik.

(2) Mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen (1) boleh,
apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau
didenda tidak melebihi satu tahun atau didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau
dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 5 (Setakat Jam 1 Petang - 46.65% ( 27,955 Dari 59,927 Keluar Mengundi)

Posted: 30 May 2014 10:51 PM PDT










Trailer buku terbaru Zunar - Komplot Penjarakan Anwar

Posted: 30 May 2014 10:51 PM PDT

Laporan PRK Parlimen Teluk Intan setakat jam 01:00 petang - Awani

Posted: 30 May 2014 10:48 PM PDT

1.10pm: EC: 40.13% turn out as of noon

Posted: 30 May 2014 10:44 PM PDT

12:30 PM: Mah says Mkini misinterpreted outstation voters remark

Posted: 30 May 2014 10:44 PM PDT

11.15 am: EC: Standoff in Kg Bahagia 'not serious;

Posted: 30 May 2014 09:46 PM PDT

Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 4 (Setakat Jam 12 T/Hari - 40.13% ( 24,050 Dari 59,927 Keluar Mengundi)

Posted: 30 May 2014 09:40 PM PDT






 (Kempen Fitnah BN Terus Berjalan Dihari Mengundi Teluk Intan)

Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 3 (BOSS SPR MELAWAT WEH..!!)

Posted: 30 May 2014 09:18 PM PDT

 







Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 2 (Setakat Jam 11 Pagi - 32.55% ( 19.508 Dari 59,927 Keluar Mengundi)

Posted: 30 May 2014 08:46 PM PDT






Penganalisis setuju DAP akan takluk Teluk Intan sekali lagi

Posted: 30 May 2014 08:12 PM PDT


Pengundi berdaftar Teluk Intan menunaikan tanggungjawab mengundi wakil rakyat baru yang akan mewakili mereka di Parlimen di salah sebuah pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.Pengundi berdaftar Teluk Intan menunaikan tanggungjawab mengundi wakil rakyat baru yang akan mewakili mereka di Parlimen di salah sebuah pusat mengundi di SMK Sultan Abdul Aziz, pagi ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 31 Mei, 2014.Kempen untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berakhir malam tadi, dan ketika pengundi mula mengundi pagi ini, para penganalisa politik menjangka DAP dan muka baharu Dyana Sofya Mohd Daud nampaknya akan menang.
Persaingan memenangi kerusi bandar ini sangat sengit dan penuh dengan dakwaan kempen kotor di kedua-dua pihak yang bertanding termasuk penghinaan kaum dan kenyataan seksis.
Tetapi bagaimana dan mengapa kemenangan parti itu adalah faktor yang lebih penting, dan boleh menentukan masa depan politik Malaysia, kata penganalisis kepada The Malaysian Insider.
Profesor James Chin dari Universiti Monash berkata, sementara DAP akan "pasti" menang, apa yang penting sekrang adalah adakah tindakan meletak calon profesional muda berbangsa Melayu menyebabkan mereka memberi kesan besar di kalangan pengundi Melayu.
"Perkara yang paling penting ialah bentuk pengundian orang Melayu. Jika ia menunjukkan majoriti undi pergi kepada Dyana, ia bermakna DAP boleh menjenamakan semula dirinya sebagai parti yang inklusif.
"Pada masa ini , mereka mempunyai imej parti Cina, dan mereka perlu mendekati orang Melayu jika mahu mendapat sokongan politik  yang lebih besar," kata Chin.
Beliau berkata, jika DAP berjaya menguasai undi Melayu di Teluk Intan, ini bermakna parti itu akhirnya berjaya memecahkan acuan untuk menjadi ancaman kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang.
Tetapi Ibrahim Suffian, ketua pusat kajian Merdeka Centre, berkata undi Melayu masih menjadi cabaran bagi DAP.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Teluk Intan: Marilah bersama kita bina jambatan perpaduan – Dyana Sofya

Posted: 30 May 2014 08:11 PM PDT


_DSC6009
TELUK INTAN, 31 MEI: Calon DAP Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sekali lagi memohon para pengundi agar membuat pilihan bijak pada hari pengundian (hari ini) melalui penilaian berasaskan semangat kebersamaan.
Dalam ceramah terakhir kempen Pakatan Rakyat di tapak bazar ramadan, di sini semalam, beliau menegaskan, tanda aras bahawa politik perkauman sudah ditolak semua rakyat akan bermula di Teluk Intan.
"Perpaduan antara kita rakyat Malaysia sangat penting, politik perkauman tidak boleh diterima lagi.
"Saya berharap anda semua bersama saya, dalam usaha kita memalaysiakan Malaysia.
"Marilah bersama meruntuhkan tembok perkauman dan kita bina jambatan perpaduan," katanya yang konsisten melawan perkauman sejak dari mula kempen berjalan.
Pengundian hari ini akan bermula jam 8 pagi dan berakhir pada jam 5 petang.
Pengiraan undi pula akan djalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Abdul Rahman Talib di Jalan Changkat Jong selepas jam 5 petang.
Jika proses pengiraan berjalan lancar, pemenang P076 Teluk Intan akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam 9 malam.

10am : BN and DAP supporters begin shouting match

Posted: 30 May 2014 08:06 PM PDT

Lensa : Hari Undi PRK Teluk Intan - Part 1 (Setakat Jam 10 Pagi - 22.95% ( 13,754 Dari 59,927 Keluar Mengundi)

Posted: 30 May 2014 08:02 PM PDT

Pilihan Teluk Intan hari ini: Bakal menteri atau suara pembangkang muda yang hebat

Posted: 30 May 2014 05:02 PM PDT

Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Gambar fail The Malaysian Insider.Siapa pilihan pengundi Teluk Intan hari ini, Dyana Sofya Mohd Daud atau Datuk Mah Siew Keong. Gambar fail The Malaysian Insider.Pengundian bagi pilihan raya kecil Teluk Intan bermula di 37 pusat mengundi di kawasan Parlimen ini, selepas dua minggu kempen yang sengit antara calon Gerakan mewakili Barisan Nasional (BN) dan calon DAP mewakili Pakatan Rakyat.
DAP dijangka mengekalkan kerusi ini melalui calon baharu dalam politik, Dyana Sofya Mohd Daud, yang menentang Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada BN yang juga bekas ahli Parlimen Teluk Intan selama dua penggal.
Kerusi ini kosong selepas bekas wakil rakyatnya, Seah Leong Peng, yang menewaskan Mah tahun lalu dengan majoriti kira-kira 7,600 undi, meninggal dunia akibat kanser pada 1 Mei.
Mah, penduduk tempatan Teluk Intan akan mengundi di Sekolah Tinggi Sultan Abdul Aziz pada waktu pagi, manakala Adun DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu akan membuang undi pada jam 8.30 pagi.
Dyana tidak akan mengundi kerana beliau bukan pengundi berdaftar di Teluk Intan.
Pusat mengundi yang dijangka paling sibuk adalah di Taman Seri Setia (4,088 pengundi), Kampung Bahagia (3,945 pengundi) dan Jalan Batak Rabit Utara (3,920).
Suasana di Kampung Bahagia dan Kampung Banjar, yang terletak di bahagian pilihan raya yang kebanyakannya Melayu Changkat Jong, dijangka menjadi lebih hangat berikutan sokongan hampir sama banyaknya antara DAP dan BN.
Pengiraan akan dijalankan sebaik sahaja selepas pusat mengundi ditutup pada jam 5 petang, walaupun satu pusat di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (T) Ladang Sungai akan ditutup sejam lebih awal kerana jumlah pengundinya yang kecil, kata pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Perak, Ahmad Adli Abdullah, semalam.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Teluk Intan: Pilihan antara parti dan calon

Posted: 30 May 2014 04:50 PM PDT

TELUK INTAN - Sama ada parti atau calon yang mendominasi pilihan pengundi Teluk Intan, perkara itu bakal diketahui esok apabila lebih 60,000 penduduk keluar menunaikan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil kawasan itu.

Tempoh berkempen selama 12 hari yang bakal tamat tengah malam ini menyaksikan parti-parti politik melalui tempoh bertenang semalam sempena menghormati kemangkatan Almarhum Sultan Azlan Shah, sebelum digiatkan semula hari ini bagi memberi peluang kepada pengundi untuk memilih calon mereka.

Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong, 53, dan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud, 27, telah membentang hujah dan manifesto masing-masing untuk dinilai oleh 60,349 pengundi membuat pilihan masing-masing.

Penganalisis melihat Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan begitu kompetitif dengan Mah dan Dyana Sofya mempunyai peluang berdasarkan kredibiliti dan sokongan kepada parti masing-masing.

Penganalisis politik Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia, berkata calon dan parti merupakan satu pakej lengkap dalam sesebuah pilihan raya.

Beliau berkata calon daripada parti yang berstruktur bagus berpeluang mendapat kelebihan.

"Jika seseorang itu calon Bebas, memang sukar untuknya untuk mendapat kedudukan yang baik. Parti juga memainkan peranan yang besar dalam memastikan kewibawaan seseorang calon kerana calon juga boleh meningkatkan reputasi parti," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

PRK Teluk Intan: Dyana Sofya bukti DAP tidak perkauman - Mujahid

Posted: 30 May 2014 04:40 PM PDT



TELUK INTAN: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat pada PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud akan pecahkan tembok perkauman yang ditanam oleh BN selama ini.

Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, DAP telah bertindak berani meletakkan calon berbangsa Melayu yang beragama Islam bagi melawan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang mewakili BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Menurutnya, PAS sangat kagum dengan keberanian DAP yang digambarkan parti chuvanis Cina oleh BN khususnya Umno.

"Saya sangat 'salute' dengan keberanian DAP yang sangat berani apabila meletakkan Dyana sebagai calon.

"Inilah bukti DAP bukannya parti perkauman seperti parti komponen di dalam BN," katanya ketika berucap di ceramah kemuncak DAP, Bandar Teluk Intan dekat sini.
Read More / Baca Lagi >>

Ibu sebak sokongan warga Teluk Intan kepada Dyana

Posted: 30 May 2014 04:39 PM PDT


TELUK INTAN: Ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud, Yammy Samat tidak dapat menahan sebak melihat sambutan warga Teluk Intan terhadap anaknya.

Beliau menitiskan air mata ketika rakyat menyambut dengan girang kehadiran Dyana ke Majlis Ceramah Kemuncak DAP di dataran Jalan Mahkota di bandar Teluk Intan malam tadi.

Kira-kira 20,000 hadir ke program terakhir sebelum tamat tempoh berkempen itu dan hadirin yang hadir menunggu dengan penuh sabar calon DAP yang akan dipilih oleh mereka.

Kehadiran anak muda berumur 27 tahun disambut dengan laungan "Dyana, Dyana, Dyana" oleh ribuan hadirin pelbagai bangsa, kaum serta lapisan tanda sokongan padu terhadapnya.

Yammy duduk di tempat duduk di bawah menzahirkan rasa hibanya dan mengesat airmatanya yang mengalir tanda rasa gembira terhadap sokongan rakyat.
Read More / Baca Lagi >>

Apakah Menara Teluk Intan akan terus condong atau tegak ?

Posted: 30 May 2014 04:37 PM PDT


Atas kertas, kerusi Parlimen Teluk Intan akan menjadi milik Dyana Sofya Mohd Daud mulai hari ini dan sekaligus satu sejarah baru politik akan tercatat.
Kalau populariti menjadi ukuran, Dyana sudah tentu akan dinobatkan sebagai ahli Parlimen Melayu termuda, (27 tahun) yang mewakili Teluk Intan.
Gema dan laungan Dyana jauh meninggalkan talun lawannya Datuk Mah Siew Keong agak jauh.
Dikatakan sejarah, kerana sejak kerusi itu wujud ia tidak pernah diwakili orang Melayu, melainkan silih berganti antara Cina dengan India.
Jadi kalau Dyana menang esok, beliau akan menjadi Melayu pertama mewakili Telok Intan. Kemenangan Dyana itu adalah kemenangan yang dibayar mahal oleh pengundi, khasnya pengundi Melayu.
Apakah orang Melayu yang mewakili 39% dari keseluruhan pengundi sebanyak 60,483 akan mengundi Dyana?
Sentimen mereka akan meruap dan melupai politik kerjasama dibentuk menerusi Barisan Nasional (BN) selama ini? Iyanya tidak semudah itu.
Dalam politik laluan dan perjalanannya bukan secara lateral seperti mana difikirkan. Ia banyak simpang siul dan ramuannya kadang kala bertentangan dengan akal waras kita.
Apa lagi politik sebuah permainan yang rencam dan tidak pernah berhati perut, ia tidak dapat dibawa mengikut pendapat rasional dan keadaan yang lazim.
Kemisterian politik lebih hebat dari kehilangan pesawat MH370 sudah entah sudah ghaib dalam "gong gendang".
Justeru sambutan kepada kempen, kelebihan ada kepada calon, bukan kiraan mutlak. Rasuah atau pemberian kepada pengundi juga bukan sesuatu yang mengikat pengudi, kerana pengudian boleh "mengecong" calon.
Demikian juga gambaran kemenangan sebelum hari mengundi tidak semestinya ia menjelma menjadi kenyataan.
Sebelum ini pernah berlaku, keadaan dimana kedudukan pembangkang sejak dari penamaan calon hingga ke hari akhir kempen hebat berbanding dengan parti lawan, (parti memerintah).
Tetapi bila buka peti undi, pembangkang kalah. Tidak mustahil ini juga boleh berlaku di Teluk Intan, dalam rata-rata pemerhati mengatakan mereka ada harapan, tetapi ia boleh terjawab dengan kekalahan. Keterkejutan dalam pilihan raya boleh berlaku tanpa diduga dan menjadikan kita boleh "menungging nyiur".
Memanglah dari segi mood dan semangat calon DAP itu berada dalam edah kemenangan.
DAP baru sahaja meraih kemenangan di Bukit Gelugor dua tiga hari lepas. Calon mereka Ramkarpal Singh menang mewah dengan 37,659 undi majoriti.
Read More / Baca Lagi >>

PRK Teluk Intan : Untung Rugi Memilih Antara Mah Siew Keong Dengan Dyana Sofya

Posted: 30 May 2014 04:13 PM PDT

31 Mei, seramai 60,483 pengundi kawasan Parlimen Teluk Intan akan menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih Ahli Parlimen yang baru berikutan kematian wakil rakyat DAP yang menang dalam pilihanraya 2013 itu, Seah Leong Peng yang meninggal dunia akibat kanser. Pilihan kali ini ialah antara Mah Siew Keong yang mewakili BN dengan Dyana Sofya yang mewakili DAP.

Kedua-dua pihak inginkan kemenangan kali ini. Mah yang tewas dalam dua kali pilihanraya lalu begitu mengharapkan kemenangan bagi membuktikan kedudukannya sebagai Presiden Gerakan diterima baik oleh pengundi. BN pula mengharapkan kejayaan untuk membuktikan mereka adalah kerajaan yang disukai rakyat walaupun dicabar getir.

Lantaran itu, BN bukan saja berkempen dengan aktif, menurunkan ramai menteri untuk berkempen, memberi banyak habuan dan menjanjikan deretan pembangunan, malah disaat akhir Najib Razak yang berada di China juga menjanjikan Mah akan dilantik sebagai menteri sekiranya beliau menang nanti.

Mah yang mungkin teruja dengan tawaran itu, bagaimanapun bagai memberi kata dua kepada pengundi bahawa beliau hanya sedia menganggotai kabinet sekiranya diberikan kemenangan dalam pilihanraya kecil ini dan akan menolaknya jika dilantik melalui kerusi Senator.

DAP pula mahukan kemenangan bagi meneruskan pencapaian yang diperolehi dalam pilihanraya 2013 lalu. Namun kali ini cabaran DAP lebih berat kerana mereka meletakkan calon Melayu berbanding calon bangsa Cina dalam pilihanraya lalu. Dalam pilihanraya 2008 pula, DAP meletakkan calon India, M Manogaran.

Kejayaan DAP pada esok bukan saja penting untuk menunjukkan parti itu tidak terikat dengan kouta kaum tetapi juga menunjukkan penerokaan yang mengambil kira selera pengundi muda dan suntikan kepada cita-cita PR memenangi pilihahraya umum akan datang. Pemilihan Dyana Sofya adalah tanda awal menghargai pengundi muda yang dijangka merangkumi lebih 40 peratus daripada keseluruhan jumlah pengundi dalam pilihanraya 2018 nanti.

Kemenangan Dyana juga akan membuktikan bahawa mereka semakin diterima oleh pengundi Melayu dan lebih menjuruskan parti itu benar-benar menjadi berbilang kaum, baik dari segi pemimpin mahupun kesediaan pengundi menyokongnya.

Tetapi kepada pengundi Teluk Intan, siapa yang harus mereka pilih? Apakah lebih baik memilih Mah yang bakal dijadikan menteri atau memilih Dyana yang muda, bergaya dan lebih bertenaga?

Read More / Baca Lagi >>

PRK Teluk Intan : 20,000 hadiri malam kemuncak kempen Dyana

Posted: 30 May 2014 04:10 PM PDT



TELUK INTAN: Calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd Daud menegaskan, pengundi di parlimen Teluk Intan membawa harapan besar rakyat Malaysia.

Katanya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan diharap menjadi platform untuk membuka lembaran baru politik di negara ini ke arah yang lebih baik.

Ujar Dyana, rakyat mahukan tembok perkauman yang diasaskan BN dapat dipecahkan dan membina jambatan perpaduan masyarakat pelbagai kaum tanpa mengira bangsa, agama serta warna kulit.

"Kita harus bersatu padu menolak politik perkauman, saya bertanding disini untuk runtuhkan tembok perkauman dan timbulkan politik baru.

"Saya yakin majoriti rakyat Malaysia sama seperti saya, sudah tibanya untuk kita bangkit untuk tuntut semula negara Malaysia," ujar anak muda itu.

Ujar beliau, pelbagai usaha dibuat bagi memecah belahkan perpaduan rakyat dengan isu perkauman namun DAP bersama Pakatan Rakyat sangat komited untuk membina jambatan perpaduan.

Perpaduan itu katanya sangat penting oleh rakyat dinegara ini dan tidak boleh menerima lagi politik berasaskan perkauman.

Dyana menyatakan, pilihan raya kecil itu adalah sangat penting untuk memalaysiakan kembali Malaysia yang telah dijajah dengan semangat perkauman oleh BN.Read More / Baca Lagi >>

CERAMAH TERAKHIR PRK TELUK INTAN, TAPAK BAZAR RAMADHAN (OCBC)

Posted: 30 May 2014 03:51 PM PDT









Super Friday: Massive crowd at DAP's finale, only 70 at BN talk

Posted: 30 May 2014 08:40 AM PDT

   
TELUK INTAN What's happening in the by-election campaign in the parliamentry constituency of Teluk Intan?

Latest developments:


  • Gerakan conducts own survey, says voters not confident with 'outsider' Dyana
     
  • MB expects DAP to bring out crowd to frustrate voters
     
  • Dyana's poster vandalised, word 'babi' written

Follow us as we update you with quotable quotes, planned events and unplanned incidents as they take place:

Dyana makes final campaign speech

11.30pm: DAP candidate Dyana Sofya Mohd Daud has made her final campaign speech draped in black baju kurung and a scarf, addressing a massive crowd of over 10,000 people in DAP's 'Super Friday' ceramah.

However, DAP, including their parliamentary leader Lim kit Siang have claimed that 20,000 people attended the ceramah today.

The BN ceramah on the other hand is still witnessing many empty chairs.

Malaysiakini will go live with the polling and counting process for the by-election tomorrow.

Polling will start at 8am, and closes at 5pm. Counting will begin at SMK Abdul Rahman Talib in Jalan Changkat Jong after 5pm.

If the process is smooth, the Election Commission (EC) will announce the results by 9pm.

Anwar can't be trusted, says Lokman Adam

11.30pm: Former Umno Youth exco member Lokman Noor Adam says PKR de facto leader Anwar Ibrahim and the opposition can't be trusted.

If Puteri Gunung Ledang were alive today, Anwar would promise her basket of mosquitos' hearts, he says.

He urges the voters to choose BN candidate Mah Siew Keong.

BN event draws not more than 70

10.30pm: Meanwhile, a BN finale ceramah is being held near the Teluk Intan leaning tower, and has attracted not more than 70 people, leaving many chairs empty.

The ceramah is being conducted with a massive backdrop saying 'Undilah BN untuk Masa Depan Teluk Intan' (Vote for BN for Teluk Intan's future).

Currently speaking is Lokman Noor Adam, who is with the Special Affair Department (Jasa) under the Communications Ministry.

The ceramah does not have any heavyweights listed as amongst its speakers.

The other speakers include Penang Gerakan Youth's Rich Too, and former Kedah DAP vice-chairperson Tony Tan.

10,000 fill up Jalan Mahkota square

9.45pm: As polling day looms, a massive crowd has turned up to attend DAP's grand finale ceramah being held at Jalan Mahkota square in Teluk Intan town.Read More / Baca Lagi >>

Super Friday: Over 10k at DAP ceramah, while BN sees empty chairs

Posted: 30 May 2014 07:49 AM PDT


Dyanamania tukar Teluk Intan jadi ‘medan perang’

Posted: 30 May 2014 07:26 AM PDT

 
Saya tiba agak lewat di Teluk Intan. Rabu lalu. Usai Pilihanraya Kecil (PRK) Bukit Gelugor. Ketika itu, setiap poster sudah habis dipasang, entah berapa pula artikel memperkatakan calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud telah ditulis.
(Tahukah anda, ada artikel khas ditulis bagi menidakkan kecantikan Dyana?)
Di antara susur keluar lebuhraya Utara-Selatan dan bandar Teluk Intan, anda perlu melalui jalan satu lorong yang dikiri kanannya penuh ladang sawit.
Berjalan-jalan di Teluk Intan, saya dapat merasakan 'vibe' bandar kecil yang aman dan perlahan, seperti pulang ke kampung halaman sepuluh tahun lalu.
Namun dua hari lalu, saya tidak sempat mengira berapa buah kereta mewah dan motorsikal polis yang melalui jalan kecil itu.
Masuk sahaja ke dalam bandar, poster kedua-dua calon bergantungan, sebelah menyebelah menyambut ketibaan.
Dari tiang ke tiang, papan tanda ke papan tanda, masing-masing berlawan memperagakan kelebihan mereka – Dyana dengan kesegarannya, Mah Siew Keong dengan pengalamannya.
Sedikit mengecewakan, BN mengaku kalah awal apabila menghitamkan rambut Mah pada kebanyakan poster – seolah-olah 'mengkhianati' modal pengalaman yang mereka sendiri peragakan.
Teluk Intan sudah menjadi 'medan perang', dan semuanya berpunca daripada 'Dyanamania'.
BN jadi lintang pukang
Sambutan hangat orang ramai terhadap Dyana menakutkan BN. Dan seperti orang yang ketakutan, reaksinya mencapah dan lintang pukang.
Jarang kita melihat Perdana Menteri campur tangan dalam PRK. Namun Najib dari Beijing mengirim 'gula-gula mahal', untuk melantik Mah sebagai menteri jika menang.
Mah pula, walau pun sebagai calon, sejak hari pertama lagi sudah hilang kawalan terhadap kempennya sendiri.
Jentera parti komponen BN bertumpu di sini untuk memberikan lauk tambah, selain tujuan promosi diri sendiri tentunya, terutama parti 'semut' seperti Malaysian Indian Progressive Front (IPF) dan Makkal Sakti.
(BN malah terlupa untuk menghentikan kempennya pada malam kemangkatan Sultan Azlan Shah, walaupun tidak lupa untuk menyerang DAP kerana meneruskan ceramah keesokannya)
Kempen memburukkan Dyana mencapai takah lebih tinggi daripada biasa, pada masa sama taktik rasuah BN berjalan seperti sedia kala.
Kempen paling sukar
Maka boleh dikatakan bahawa 'Dyanamania' menjadikan kempen DAP lebih sukar daripada PRK biasa.
Kesukaran ini diakui Pengarah Kempen Wong Kah Woh ketika ditemui di pusat operasi.
"Kita tahu dari hari pertama, PRK ini bukan senang. Jentera BN begitu kuat dan semuanya bertumpu di sini."
Read More / Baca Lagi >>