Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:39 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Kantoi menipu lagi...!!! Tembelang Dyana Sofya pecah?

Posted: 27 May 2014 08:10 AM PDT

Puan Yammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008. Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.

Calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud, 27, didakwa menipu apabila menyatakan ibunya, Yammy Samat bukan bekas ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa).

Ketua Wanita UMNO Gopeng, Datuk Hamidah Osman ketika mendedahkan perkara itu berkata, sebaliknya, Yammy adalah antara pemimpin penaja terawal penubuhan Perkasa apabila dilantik sebagai Ketua Wiranita yang pertama.

Kata Hamidah, mengikut maklumat yang diperoleh daripada Setiausaha Perkasa, Syed Hassan Syed Ali, Yammy berada dalam barisan kepemimpinan pertubuhan tersebut sehingga mesyuarat agung tahunan (AGM) pertamanya pada Mac 2010 sebelum meletakkan jawatan.

"Jadi kenapa calon DAP itu perlu menipu mengenai pembabitan ibunya dalam Perkasa. Adakah kerana Perkasa menjadi seteru DAP.

"Bukankah lebih lebih baik dia mengakui sahaja perkara yang berlaku enam tahun lalu itu dan memberi alasan ketika itu dia masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politiknya. Mengapa sebaliknya dia memilih untuk berbohong,'' katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan Yammy merupakan ahli pertubuhan tersebut tetapi dinafikan oleh Dyana Sofya.

Dakwa calon DAP tersebut, ibunya hanya mengikut rakan-rakannya yang menghadiri AGM pertama Perkasa, tetapi tidak pernah menjadi ahli pertubuhan tersebut.

Hamidah berkata, Syed Hassan turut mengirimkan gambar yang menunjukkan Dyana Sofya dan Yammy sedang melayan mereka yang ingin menjadi ahli pertubuhan itu semasa majlis pelancaran lawan web rasmi Perkasa pada 21 Oktober 2008.

Jelas Hamidah, sehingga kini juga tiada rekod yang menunjukkan Yammy telah menarik diri daripada menjadi ahli Perkasa.

Untuk rekod : Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato' Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato' Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato' Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato' Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
Dato' Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari

Fikir dan renongkan lah?

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Whatsapp Dyana Sofya Nak Jumpa Ibrahim Ali.

Posted: 27 May 2014 08:57 AM PDT

Kantoi giler budak nie.
Dia nak jumpa presiden perkasa, datuk ibrahim ali, tapi bukan di teluk intan.
Kahh...kahh...kahh... Ada deal ke?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


TERKINI: DYANA CUAK DAH MULA STRESS...APE KE HEY NYER?

Posted: 27 May 2014 07:10 PM PDT


Miker pikio-pikiolah, jangan dipilih calon payung terojun yang siang malamnya jadi boneka diusung ke sana ke mari menebor pitnah, 

Harap muka lawa belum tentu deme ni boleh buat kojer. Silap-silap asyik melaram, mekale nak bantu rakyat? Nanti rugi bebenor kiter.

Jadi deme pilihlah calon yang boleh bekoje siang malam bantu rakyat macam calon BN; Datuk Mah.

 

#PRKTelukIntan : Video PANAS calon DAP @Dyanasmd mula tersebar?!! @NajibRazak @DrNovandri @P076_TelukIntan #PRKTelukIntan #JomPilihMah #BattleOfTelukIntan #DyanaSofya #Dyana4TelukIntan #BNSesaje

Posted: 27 May 2014 05:30 PM PDT




MyMassa: Peringatan mesra dari kami, mohon agar mengawal diri dari melayan video ini secara berseorangan atau dalam mana-mana tandas kerana ianya dikhuatiri menimbulkan rasa gelisah yang berpanjangan. Walau apa pun, tahniah DAP kerana mereka bukan sahaja berjaya melahirkan anak gadis Melayu yang sanggup menjadi BONEKA mereka, bahkan turut pandai menipu dalam tempoh tidak sampai DUA MINGGU seperti mana para pemimpin agung mereka seperti Lim Kit Sial dan dinastinya, Lim Guan Eng.

Buat pengundi parlimen Teluk Intan, lindungilah diri dan keluarga anda dari ditipu hidup-hidup oleh patung Barbie cap Roket ini.

ASET KWSP TERUS KUKUH... TANDA NEGARA BANKRAP, RAKYAT TERTINDAS ?

Posted: 27 May 2014 03:30 PM PDT


KWSP adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang diuruskan secara sistematik oleh pakar-pakar ekonomi bertauliah. GLC ini telah menunjukkan prestasi yang mengagumkan tahun lepas. 

Ia menjadi tanda kecemerlangan ekonomi negara yang dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkelulusan bidang ekonomi di universiti ternama lagi antarabangsa.

Kepimpinan beliau yang cemerlang membolehkan rakyat menikmati pelbagai bantuan. 

Meskipun begitu ada juga jenis manusia pengkufur nikmat, semua bantuan diambil namun bukan sahaja tak berterima kasih, tapi mengutuk budi baik pihak yang memberi. 

Rezeki yang diambil dilahap sepuas-puasnya dan diberi makan anak dan bini. Inilah golongan buta perut yang hidup mereka semuanya nak disuap dan free. 

Golongan inilah yang hidupnya tak berkat dan sentiasa tak cukup. Mereka inilah yang selalu menuduh orang lain zalim dan tak betul. Tapi diri mereka sendiri menzalimi hak orang lain untuk hidup aman damai dan mendapat maklumat yang benar. Dia sendiri tak betul ada hati nak betulkan orang lain.

Semoga kita tak termasuk dalam golongan ini.

Utusan Malaysia Selasa, 27 Mei 2014 ms17

#PRKTelukIntan : HIPOKRASI, PENIPUAN dan DOUBLE STANDARD bakal memastikan kemenangan boneka DAP! @NajibRazak @DrNovandri @P076_TelukIntan #PRKTelukIntan #JomPilihMah #BattleOfTelukIntan #DyanaSofya #Dyana4TelukIntan #BNSesaje

Posted: 27 May 2014 05:30 AM PDT





Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail

Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008

PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.

Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;

Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
Memperkasakan kaum Pribumi.
Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
Mempertahankan kedaulatan negara.


AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato' Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato' Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato' Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato' Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa

Dato' Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan Ahmad Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahari Johari


Check-mate. Puan Yammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008.

Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa. 

Sumber: http://jinggo-fotopages.blogspot.com/2014/05/p076-sah-calon-dap-berbohong-mengenai.html?m=1

Kantoi 1: DYANA dan ibu PENGASAS PERKASA, kini calon DAP. Ingat lagi DAP buat apa kepada Chew Mei Fun ketika PRK Kajang baru-baru ini?



Walaupun bukan DAP yang bertanding, namun demi menjaga hati pengundi mereka, DAP memomokkan PERKASA bersama calon BN ketika itu. Sekarang, calon mereka sendiri terbukti merupakan antara PENGASAS PERKASA, DAP dan orang Cina tidak takutkah parti cauvinis kesayangan mereka ini dihancurkan dari dalam orang pelampau MELAYU?!! Cuba tengok kembali apa YAMMY MUMMY Dyana jawab apabila ditanya kenapa membiarkan anaknya menjadi calon boneka DAP?

Kemudian timbul pula isu Hudud dan Aurat.


Jika ini alasan dan dalil PAS untuk menghalalkan aurat Dyana, maka selepas ini apakah boleh mana-mana pemimpin BN atau sesiapa sahaja untuk menggunakan dalil yang sama bagi membuka AURAT mereka di khalayak ramai?!! Atau adakah perlu menyertai DAP terlebih dahulu sebelum diHALALkan untuk kita mendedahkan AURAT?!!

Mampukah PAS bertanggungjawab di atas dosa-dosa mereka di akhirat kelak?!!


Mungkin Hadi Awang sudah tua dan sedikit nyanyuk. Ini ada sedikit bahan bacaan untuk menyegarkan semula ingatan anda:

http://mymassa.blogspot.com/2013/03/video-truth-cannot-be-covered-versi.html

http://mymassa.blogspot.com/2011/10/merungkai-pertikaian-hudud-di-malaysia.html

Dan antara punca utama mengapa PAS berkeras tidak mahu bersatu sebagai satu ummah yang kuat bersama UMNO adalah kerana Hudud. UMNO ditohmah menolak hudud dan Islam, maka satu amanat telah dikeluarkan oleh Hadi Awang yang menghalalkan DARAH orang UMNO kerana perkara ini:


Hasil amanat ini, umat Islam di negara ini berpecah belah dan berbunuhan sesama sendiri. Kami hendak bertanyakan kepada Hj Hadi, jika beliau boleh menerima calon Melayu Islam DAP yang menolak hudud secara terang-terangan, mengapakah beliau masih lagi menolak salam perpaduan UMNO untuk menguatkan kuasa orang Islam di negara ini?!! Apakah jiwa beliau telah dbeli oleh kafir harbi DAP?!! Bagaimanakah pula nasib mangsa Memali yang terkorban kerana mahu menegakkan Amanat beliau ini?!!

Dan mengapakah Hadi Awang tidak mampu memberikan penjelasan mengapakah anak muda Melayu seperti Dyana lebih berminat menyertai DAP yang sekular berbanding parti 'Islam" seperti PAS?!! Adakah ini tandanya dakwah PAS telah berjaya kepada DAP?!!

Ada yang boleh tolong jawabkan? 

Dengan sebegitu banyak penipuan dan hipokrasi sepanjang kempen PRK Teluk Intan ini, kami tidak mampu meletakkan logiknya mengapa perlu memilih seorang boneka Melayu DAP, tidak bekerja dan kuat menipu sebagai wakil rakyat yang baharu. Melainkan pengundi memilih akal berbanding hati, maka dedahlah apa sahaja kebenaran dan buatlah 1001 kebenaran sekali pun, ianya tidak akan menafikan DAP daripada meletakkan bonekanya di Parlimen kelak.


BILA SUMBER KEWANGAN LTTE TERPUTUS, DAP MULA SERANG POLIS!!!

Posted: 27 May 2014 03:40 AM PDT


Tindakan Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengemukakan bukti kukuh bahawa tiga rakyat asing yang ditahan Ahad lepas adalah anggota pengganas Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE) sangat mengelirukan dan menimbulkan tanda tanya kesetiaan terhadap negara.

Bernama melaporkan Ramasamy mempertikaikan tangkapan tersebut kerana menurut beliau, kumpulan pengganas LTTE telah lama berkubur dan ketiga-tiga rakyat asing yang ditahan itu mempunyai kad Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNHCR) untuk menetap di negara ini serta mengelak daripada diambil tindakan oleh pihak berkuasa.

"Bagaimana beliau (Khalid) boleh kata bahawa LTTE wujud, polis Malaysia ini tidak membuat kajian langsung, mereka ambil tindakan apabila mereka terima maklumat daripada pihak Sri Lanka… ini adalah pelarian Tamil.

"Saya cabar ketua polis negara sekiranya beliau ada bukti, kemukakan dan saya sedia berdebat dengannya… jangan dengan mudah menahan pelarian Tamil yang perlukan perlindungan," dakwanya dalam sidang akhbar di George Town hari ini.

Amma yiiil...
Ramasamy mengadakan sidang akhbar itu khusus mengenai penahanan tiga rakyat asing yang disyaki anggota kumpulan pengganas LTTE dalam beberapa serbuan di Petaling Jaya dan Klang, Selangor pada 15 Mei lepas.

Khalid dalam kenyataannya sebelum ini berkata suspek menyusup masuk ke Malaysia sejak 2004 dan menjadikan negara ini sebagai pangkalan untuk mengumpul dana, menyebarkan propaganda selain berusaha mengaktifkan semula aktiviti kumpulan LTTE khususnya di peringkat antarabangsa.

Keganasan LTTE...mahukah ia terjadi di negara kita?
DAP Agen Keganasan atau Perkauman?

Kesungguhan Ramasamy mempertikaikan tangkapan ini menimbulkan tanda tanya mengenai kesetiaan kaum Tamil di negara ini terutamanya yang menyokong DAP.

Adalah tidak masuk akal untuk seorang Timbalan Ketua Menteri, penjawat awam di bawah kerajaan Malaysia mahu mempersoalkan tindakan Polis menangani keganasan antarabangsa berasaskan kaum beliau.

Ramasamy tidak pula mempertikaikan sebarang tangkapan ke atas kaum lain terutamanya orang Melayu yang dikaitkan dengan pengganas Islam.

Soal keganasan antarabangsa mahu pun domestik bukan isu politik atau perkauman dalam negara. Justeru sangat mencurigakan apabila seorang Timbalan Ketua Menteri "melompat sakan" mengenai tangkapan ini seolah-olah ada sesuatu yang hendak disembunyikan.

Mengapa Ramasamy mahu berdebat dengan Polis dalam isu ini? Tangkapan ke atas penjenayah atau pengganas bukan boleh didebatkan di ruang politik. Negara ini ada undang-undang, tangkapan, penahanan dan perbicaraan harus mengikut lunas undang-undang negara, bukannnya skrip filem tamil.

Kita juga mahu tahu apakah DAP turut terbabit dengan pembelaan mereka yang disyaki pengganas ini?

Adakah Ramasamy, Rayer Cilaka dan Waythamoorty Hindraf mempunyai kaitan tertentu dengan kegiatan pengganas LTTE? Cepat benor melatah macam ada apa-apa jer...takut duit kena sekat ka?

Waythamoorty Hindraf
Si Celaka Racism.Stupid. Nudity (R.S.N) Rayer

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


PAS tidak tedesak tapi Muhyiddin ya ...

Posted: 27 May 2014 09:26 PM PDT


SHAH ALAM, 28 MEI: Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan parti itu tidak terdesak seperti yang diperkatakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata, Muhyiddin yang berada dalam keadaan terdesak untuk mencari sokongan pengundi Melayu apabila melihat PAS memberi sokongan penuh kepada calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat (PR), Dyana Sofya Mohd Daud pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Mahfuz-1"PAS nak terdesak buat apa, bukan parti ini yang bertanding. Kalau kita bertanding baru boleh anggap terdesak," katanya yang dipetik daripada Harakah Daily.
Muhyiddin dalam satu kenyataan berkata, PAS menyokong kempen calon DAP adalah disebabkan desakan politik walaupun ternyata calon itu menolak hudud.
"Kita sokong DAP atas prinsip tertentu seperti menentang rasuah, membela hak rakyat serta melawan penyelewengan.
"Seperti pesanan Presiden PAS, kita sokong atas dasar perjuangan PR, kita bekerjasama kerana banyak persamaan antara pendirian PAS dan DAP," jelas beliau.
MuhyidinAhli Parlimen Pokok Sena itu turut berpendapat bahawa Muhyiddin sendiri keliru dengan beranggapan PAS yang bertanding di Teluk Intan.
"Sebab yang bertanding itu calon Melayu, mungkin Muhyiddin kabur ingatan bahawa PAS yang bertanding," katanya.

PRK Teluk Intan : "Lompat Parti" ...sebenarnya macam ni la kerja macai UMNO, ...

Posted: 27 May 2014 07:24 PM PDT


TELUK INTAN Satu majlis bekas 'anggota' DAP menyertai BN tidak berjalan seperti dirancang malam tadi apabila seorang peserta sebaliknya mengaku masih setia menyokong DAP dan tidak diberitahu terlebih dahulu tentang tujuan majlis berkenaan dianjurkan.

Shantini a/p Subramaniam, 46, seorang pemandu teksi berkata beliau setia menyokong DAP sejak berumur 21 tahun dan terkejut apabila diumumkan sebagai seorang daripada 150 orang bekas anggota DAP yang akan menyokong BN pada majlis lewat petang semalam.

"Saya ini Barisan tadak punya, sampai sekarang saya DAP punya orang.

"Saya bawa teksi punya orang, saya datang sini tangkap gambar punya.



"Saya (sejak umur) 21 tahun sampai sekarang umur saya 46 tahun, saya punya keluarga semua (sokong) DAP.

"Saya masih ahli (DAP), dia orang suruh datang, saya datang," katanya sewaktu ditemubual pemberita selepas gimik majlis itu selesai.

Shantini kemudian diminta penganjur, seorang individu dikenali sebagai 'ayahanda' Arjami Ali yang mengaku dari NGO Pewaris Malaysia untuk terus meninggalkan majlis.

Shantini sebelum itu bersama dua orang lagi menerima baju-T BN daripada Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Majlis yang berlangsung di padang perumahan Taman Desa Bakti, Teluk Intan itu kemudiannya menyaksikan seorang daripada mereka menerima bendera DAP dari penganjur dan meletakkannya ke atas tanah sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Ketua Wanita MIC, Mohana Muniandy sewaktu diminta menjelaskan kekeliruan tersebut berkata Shantini mungkin tidak faham dengan soalan wartawan.

Menjelaskan tindakan Shantini yang diminta meninggalkan majlis lebih awal, Mohana berkata beliau pulang untuk mengambil kad keanggotaan DAP miliknya.

"Awak tanya dalam bahasa apa kepada dia?

"Kadang-kala ada kekangan bahasa juga," kata Mohana apabila mengetahui wartawan bertanya dalam bahasa Melayu kepada Shantini.

'Kejutan' kedua adalah apabila petugas media pada awalnya menerima maklumat majlis itu diadakan untuk menerima anggota DAP yang akan 'melompat parti' kepada BN.

Namun akhirnya, petugas media dimaklumkan bahawa bekas 'anggota' DAP yang hadir semalam tidak akan menyertai mana-mana parti komponen BN.

Sebaliknya, majlis diadakan untuk mengalu-alukan sokongan mereka yang kini bersama BN, seperti disahkan ADUN Cangkat Jong, Mohd Azhar Jamaluddin pada sidang media ringkas, selepas majlis itu.

Seorang petugas media turut menggesa peserta agar melakukan gimik memotong kad keahlian DAP mereka sebagai simbolik meninggalkan DAP.

Namun, Ahmad Maslan menolak permintaan itu atas alasan ia bukan budaya BN.

Sebahagian peserta yang duduk selama hampir dua jam dalam keadaan gelap di luar khemah yang tidak berlampu, dengan memakai baju-T dan topi BN pada majlis itu kemudian diberikan sebuah kotak berlogo 1Malaysia setiap seorang oleh penganjur, selepas majlis berakhir.

Petugas media cuba menemubual peserta untuk mengetahui isi kotak itu namun dihalang oleh Arjami Ali yang berkata "media suka jaga tepi kain orang".

Sebelum beredar, petugas media turut meminta seorang lagi penganjur, Yusof Abd Manaf untuk mencari seorang peserta yang sanggup diwawancara.

Yusof kemudian membawa seorang perempuan berusia 60 tahun ke bawah khemah untuk diwawancara media.

Namun, wawancara itu terhenti sebelum bermula dengan sempurna apabila Arjami bertindak membawa perempuan itu pergi dan menutup lampu khemah.

Yusof kemudian meluahkan kekecewaannya apabila media lebih menyerlahkan 'orang KL' yang datang pada malam itu berbanding NGO tempatan yang bekerja keras selama dua minggu untuk majlis itu.

"Kami dah pujuk orang-orang ini (peserta) selama lebih dua minggu tapi awak malam ini datang dan tanya 'orang KL' yang cuma datang sekejap dan tak tanya kami tentang majlis ini terlebih awal," katanya dipercayai merujuk kepada Ahmad Maslan dan Mohana. - mkini

PRK Teluk Intan : Dyana ada 3B tangkis serangan Umno, kata Kit Siang

Posted: 27 May 2014 06:32 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
MAY 28, 2014
Calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Kampung Bahagia, Teluk Intan ketika berkempen dan bertemu masyarakat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Mei, 2014.Calon DAP di Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Kampung Bahagia, Teluk Intan ketika berkempen dan bertemu masyarakat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 28 Mei, 2014.Lim Kit Siang menyifatkan Dyana Sofya Mohd Daud mampu menangkis serangan pemimpin Umno dengan ciri 3B yang dimiliki calon DAP itu bagi bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan Sabtu ini.
Ketua Parlimen DAP itu 
berkata, ciri 3B yang ada pada Dyana bukan sahaja membuktikannya seorang yang cantik tetapi berani melakukan perubahan kepada landskap politik di Malaysia.
"Pemimpin Umno kata apa guna undi seseorang yang memakai gincu. Seorang lagi kata Dyana bukan terlalu cantik dan tidak seperti dalam gambar.
"Semua ini jatuhkan politik kepada satu tahap yang sangat rendah. Saya ulangi Dyana ada 3B. Dia ada beauty (kecantikan), brain (kecerdasan) dan bravery (keberanian)," katanya ketika berucap di depan ribuan pengundi Teluk Intan di Jalan Mahkota, malam tadi.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di depan 200 anggota polis pada Ahad berkata, pengundi tidak harus memilih Dyana hanya kerana rupa parasnya kerana beliau sebenarnya tidaklah secantik seperti yang dipaparkan dalam gambar dan televisyen.
Katanya, beliau sendiri pernah bertemu dengan Dyana sekali dan tidak kagum dengan penampilannya.
"Undi awal, dan undi calon terbaik di kalangan semua calon yang baik. Jika anda mahu memilih seseorang yang cantik, tetapi tidak boleh berkhidmat kepada anda, apa gunanya?"
"Beliau tidak tinggal di sini. Saya melihatnya, berdepan dengannya dan berjabat tangan, beliau tidaklah cantik sangat. Dalam gambar, beliau memang cantik, dalam televisyen, cantik sedikit sahaja," kata Zahid.
Lim berkata, apa yang dikatakan oleh Datin Paduka Marina Mahathir ada kebenarannya dan tidak ramai pemimpin Umno yang mempunyai keberanian seperti Dyana.
Katanya,atas dasar itulah Dyana meneruskan perjuangannya untuk melihat satu Malaysia baharu yang memecahkan benteng perkauman.
"Dyana dipilih bukan kerana dia cantik tetapi kerana memiliki buah fikiran seperti yang dikatakan Marina, dia boleh berfikir, menulis dan menyuarakan. Tidak ramai pemimpin Umno yang boleh buat begitu.
"Itulah sebab dia berjuang tetapi hari ini, saya kesal bekas naib canselor UiTM pun ambil bahagian untuk kempen bersama Umno. Dia kata Dyana tidak ada kecantikan dalaman. Mungkin dia cantik tetapi tiada kecantikan dalaman," katanya.
Ahli Parlimen Gelang Patah itu turut bertanya adakah impian presiden pertama Umno, Datuk Onn Jaafar dapat direalisasikan pada 2014 untuk melihat semua kaum berada dalam satu parti.
Katanya, 1951 mungkin waktu yang belum sesuai tetapi 2014 adalah medannya jika pengundi Teluk Intan mahukan perubahan.
"Pada 1951, Onn menjadi presiden pertama Umno mencadangkan Umno patut buka pintu untuk semua rakyat dalam negara ini termasuk bukan Melayu untuk menyertainya. Mungkin masa itu terlalu awal dan dia dipaksa untuk meninggalkan Umno.
"Tetapi sekarang 2014, selepas 63 tahun cadangan Onn, adakah generasi muda yang mahu lihat satu impian Malaysia menjadi realiti terlalu awal? Inilah ujian kita dalam PRK Teluk Intan. Kita perlu buat begitu. Jika tidak, tiada harapan untuk Malaysia," katanya.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata orang Melayu di Teluk Intan perlu mengundi Dyana kerana DAP merupakan parti yang mengangkat martabat perjuangan Melayu.
Katanya, DAP sebelum ini mengangkat calon Melayu dalam PIlihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dan mereka yang dicalonkan menang besar walaupun bertanding di kawasan majoriti bukan Melayu.
"Seperti yang disebut pemimpin Umno, Dyana menjadi alat kepada DAP dan Cina tetapi dia sebenarnya akan jadi alat Cina, Melayu, India dan alat kepada penduduk seluruh Teluk Intan.
"Dyana masuk DAP, semua orang Umno kena sokong dia. Ertinya Dyana mahu menguatkan orang Melayu dalam DAP dan rakyat Malaysia dalam Parlimen," katanya.
Mohamad berkata, Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz dan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari adalah dua contoh wakil rakyat Melayu yang berjaya diketengahkan DAP. 
"Di Raub, MCA lawan di situ dengan calon Cina tetapi PRU13, DAP letak calon Melayu, Ariff menang dan ke Parlimen. Ertinya kekuatan orang Melayu di Parlimen ditambah oleh DAP.
"Bukit Bendera, 90% orang bukan Melayu. DAP kalau letak calon Cina mana pun menang. Tetapi dia letak Zairil, anak orang Umno. Bukan Dyana sahaja anak orang Umno. Sudah banyak. Banyak orang meninggalkan Umno pergi ke Pakatan Rakyat.
"Zairil menang majoriti lebih 30,000 di Bukit Bendera bererti DAP kuatkan Melayu dalam Parlimen. Betul tak?" katanya.
Mohamad berkata, tidak menjadi masalah jika PRK Teluk Intan, DAP mengenengahkan calon bukan Melayu namun atas dasar kepelbagaian kaum, Dyana dipilih untuk membuktikannya.
"Di Teluk Intan, jika DAP letak Cina atau India boleh menang. Tetapi dia letakkan Melayu untuk menjadikan parti pelbagai kaum untuk menang 31 Mei ini.
"Isu perkauman yang dikenakan kepada DAP adalah bankrap, lapuk, bodoh dan bahalul," katanya. – 28 Mei, 2014.- TMI

Cristiano Ronaldo Bogel Untuk Vogue Sebelum Piala Dunia 2014

Posted: 27 May 2014 06:26 AM PDT



MADRID, 23 MEI 2014: Sebelum beraksi dalam temasya Piala Dunia 2014, pemain bola sepak Cristiano Ronaldo telah membuat keputusan untuk memperlihat seluruh tubuh badannya kepada peminat-peminatnya. 


Ahli sukan yang berwajah kacak serta digilai ramai wanita di seluruh dunia itu telah bersetuju untuk menjadi penghias kulit untuk majalah Vogue Espana. 



Pun begitu, Cristiano Rolando yang dianggap sebagai hero bola sepak oleh kalangan peminat-peminat sukan bola sepak antarabangsa cukup bijak meletakkan posisi dirinya tanpa seurat benang sewaktu menjayakan sesi fotografi majalah fesyen tersebut. 



Menjayakan sesi fotografi tersebut bersama kekasih modelnya yang cukup glamor iaitu Irina Shayk, Cristiano Ronaldo telah menyembunyikan 'benda' yang tidak sepatutnya didedahkan kepada umum di bahagian belakang badan wanita itu. 



Pasti ada di kalangan peminat wanitanya yang mengeluh apabila mengetahui hal ini serta berharap agar Irina Shayk akan berganjak ke tepi sedikit dan tidak terlalu melindungi aset Cristiano Ronaldo itu. - murai.com

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


#BN4TlkIntan: 100 dalil DAP komunis terroris cauvanis ... JANGAN TERTIPU

Posted: 27 May 2014 07:30 PM PDT


5) Pada Oktober 1967, DAP menjadi ahli kepada Socialist International, satu pertubuhan sosialis dan komunis antarabangsa. Salah seorang Naib Presiden Socialist International adalah Ehud Barak (Bekas Perdana Menteri Israel). DAP bukanlah demokratik, ideologi DAP sama seperti Parti Buruh di Israel. Dari sinilah Lim Guan Eng meniru konsep "Middle Malaysia" dari konsep "Middle Israel".

6) Dalam ucapan Lim Guan Eng di DAP Melaka State Annual Convention, pada Disember 2005, Guan Eng ada menyatakan akan adaptasi 3 People's Principles (Nationalism, Democracy dan Equality yang diterapkan oleh Dr. Sun Yat Sen (Pengasas Parti Nasionalis Cina Koumintang). 


Guan Eng percaya dengan teori Sun Yat Sen bahawa "Oversea chinese as the mother of revolution". DAP mahu membuat revolusi cara chauvinisme Cina. Guan Eng bukanlah ikut cara Umar Abdul Aziz tetapi ikut Chauvinisme Cina (Assobiyah).

7) Berapa bintang di bendera Singapura dan China? Lihat pula logo DAP dan PAP serta bendera Singapura dan China. DAP adalah serpihan PAP yang bersifat chauvinisme Cina.

8) Pekeliling SUK Bilangan 1 Tahun 2010, Kerajaan Negeri Selangor sebagai makluman bahawa setiap Jabatan dan Agensi di bawah Kerajaan Negeri Selangor perlu menggunakan logo Selangor Shines bersempena kempen Tahun Melawat Selangor 2011. 


Logo bintang 3 tersebut adalah sama dengan logo bintang 3 komunis yang dibawa oleh Chin Peng. DAP cuba menghidupkan dan membawa masuk kembali fahaman komunis di Malaysia.

9) Pada 22 November 2009 Karpal Singh (Pengerusi DAP) mempertikaikan keputusan kerajaan Malaysia mengapa tidak membenarkan Chin Peng pulang ke Malaysia. Dari sini jelas Karpal Singh sokong Chin Peng pulang ke Malaysia. Bukti DAP sokong komunis.

10) Lim Kit Siang dan Ronnie Liu mengatakan bahawa Zainuddin Maidin buta sejarah kerana menggelar Memorial di Nilai, sebagai Memorial Komunis. 


DAP menggangap bahawa ahli-ahli  MPAJA (komunis) yang gugur tersebut sebagai pejuang kebebasan yang berjuang melawan pendudukan tenteran Jepun di Tanah Melayu. Di sini jelas DAP begitu menggagungkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.

Baca sepenuh di Double YY SINI 


Oleh itu, tak payahlah nak dengar cakap mereka. 

#BN4TlkIntan: Dyana pembohong akan kata dia uli roti canai

Posted: 27 May 2014 05:30 PM PDT



Lihat pertikan berikut dari MIK

#BN4TlkIntan: Baik Dyana, Baik ibu ... dua-dua sama cakap dolak dalik

Posted: 27 May 2014 08:08 AM PDT


Sudahlah dulu sebat balak masa pegang jawatan, adakah Ngeh Nga kini hadiahkan sebahagian konsesi balak pada Yammy untuk umum keluar Perkasa?



Sambil itu, Yammy juga turut berkata dia keluar Perkasa kerana ianya sudah political. Kenapa selama ini Yammy tidak keluar dari UMNO yang memangnya political? Nak harapkan projek dan masyuk?

Pelik komen ibu Dyana berikut:


Betullah Kit Siang bahawa ini bukan isu ibu Dyana kerana dia tidak bertanding tapi Dyana kata ibunya bukan ahli. Macam mana tak ahli jika Yammy kini akui dia AJK Penaja?

Dyana akui dia memuat kenyataan yang dia sendiri tidak tahu. Baca di Malay Mail Online SINI. Dah berapa banyak kenyataan Dyana yang dibuat out of her own ignorance"?

Matang dan bijakkah calun yang dijaja sebagai pintar untuk bercakap sesuatu yang dia sendiri pun tidak tahu?

Sebelum ini dia ngaku dirinya peguam padahal lesen mengamal peguam sudah mati dan dia hanya PA pada Lim Kiit Siang dan pernah bekerja di pusat khidmat gelang patah.

Dia turut berbohong mengenai Tunku Aziz.

Turut diperakui hari ini adalah pembangunan ugama Islam tiada dalam manifesto dyana sebagai orang Islam.


Dahlah Dyana berdalih dalih kata sokong hudud tapi depan PAS kata dia tak menentang hudud.


Manifesto pembohong ni tak boleh pakailah. Baik Manifesto Dato Mah.


Bagi Yammy angkat tangan begini, adakah dia sokong manifesto DAP? Berhentilah dari UMNO ... mahu dipecatkah?


#BN4TlkIntan: Dokumen hanya sahkan Dyana BUKAN PEGUAM lagi!!!

Posted: 27 May 2014 05:30 AM PDT


Alahai Lim Guan Eng dan partner cuba cover DYana dalam Twitter SINI, SINI dan SINI.

Kalau dah tak berdaftar dan tak keluar nama dari Bar Council, taklah lagi lawyer.


Kalau nak cakap pasal ngau peguam, kawan India Unspinner impot ketam dari Sri Lanka tu masih loyar lah paddahal dah tak pegang dokumen lagi. Berapa banyak orang belajar law tapi dah jadi orang gomen dan korporat, maka tak lah lagi peguam.

Orang kampong dan estet bolehlah Dyana menipu!!!


Baca Flying Kick SINI

#BN4TlkIntan: Dyana belajar BOHONG dari Lim Guan Eng di Pulau PInang

Posted: 27 May 2014 02:30 AM PDT


Hadiah Kerajaan DAP Buat Rakyat Penang:
1. Tarif Air Naik 120%.

2. Rumah Teres 1 Tingkat 25'×75' RM780,000.00.

3. Cukai Permis Perniagaan Naik 80%.

4. Roboh Perumahan Melayu Naikan Perumahan Teres Harga Hingga 1 Juta.

5. Tambang Bas Selian Kerajaan Negeri Naik 200%.

6. Tanah Status Sementara 70% Kerajaan Negeri Rampas Balik.

7. 1,500 orang pekerja kontrak dan sambilan di bawah Majlis Perbandaran dan Daerah dipecat dalam masa 3 tahun.

8. Sewa Tapak Pasar Malam RM300.00 di kawasan bandar.

Terima kasih DAP untuk penindasan ini.

#BN4TlkIntan: Lepas India tak dipedulikan, tanpa malu DAP minta undi India

Posted: 26 May 2014 11:30 PM PDT


Sebaik selesai PRK Bukit Gelugor, kini jentera DAP mulai turun dan menyerang dengan lebih rancak kawasan Melayu dan India. Baca Bulletin 247 SINI.

DAP seolah-olah yakin bahawa kaum Cina yang sebahagian mereka sudah muak dan menyampah dengan DAP kerana selama dua penggal tidak ada buat apa-apa tetapi hanya politik! politik! politik!

Semasa 1 tahun DAP mentadbir Perak, mereka hanya membanyakkan rumah urut di Telok Intan. Sebbagaimana kita tahu, urut dan lain-lain perniagaan maksiat serta organised crime mempunyai hubungan sumber kewangan DAP.

Suatu masa Manoharan pernah diletakkan sebagai ahli Parlimen di Telok Intan seama 1 penggal sebeleum mendiang Dr Seah.

Manoharan naik atas sokongan Hindraf tapi dia lalai tentang perjuangan Hindraf sebaik saja dapat tempat dalam DAP. Namun dia masih ada ambil perhatian terhadap kaum India kingmaker Telok Intan

Sebaik saja Manoharan dipindahkan, DAP langsung pinggirkan isu dan masaalah orang India di Telok Intan. Mendiang AP Cina DAP langsung tak ambl tahu hal kaum India khasnya India di luar bandar  sebab undi Cina yang memberi dia kuasa.
 
KIni DAP mahu kembali meminta undi untuk calun Melayu pula. Entah apa yang budak perempuan baru masuk politik boleh bantu dan tawarkan buat kaum India. Berupayakah dia menangani masaalah dan isu kaum India?

Sebenarnya pilihan yang lebih sesuai dan baik untuk kaum India terletak pada pilihan yang sudah terbukti iaitu Dato Mah Siew Keong. Harap mereka tidak terpedaya.