Berlaku kekecohan di Dataran Menara Condong namun ketegangan dapat diredakan pihak berkuasa. 
 Berlaku kekecohan di Dataran Menara Condong namun ketegangan dapat diredakan pihak berkuasa.

TELUK INTAN - Program Sepetang Ber'selfie' bersama calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud dan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar di Dataran Menara Condong di sini semalam, kecoh susulan provokasi dicetuskan penyokong kedua-dua parti bertanding.
(Barua UMNO Hanya Hadir Untuk Ganggu Majlis Selfie)
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kekecohan mula tercetus apabila seorang daripada puluhan penyokong sebuah parti melemparkan kata-kata berunsur sindiran kepada penyokong lawan.

Kata-kata itu kemudiannya dibalas menyebabkan suasana tenang bertukar kecoh.

Bagaimanapun, ketegangan itu dapat diredakan oleh pihak polis yang berkawal di tempat program berlangsung.

Komandan Pasukan Cantas, Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, ketika kejadian, anggota polis sedang melakukan rondaan di sekitar kawasan berkenaan sebelum dimaklumkan mengenai kekecohan membabitkan kedua-dua parti tersebut.

Menurutnya, empat pasukan membabitkan 20 anggota polis segera ke tempat kejadian bagi  menenangkan keadaan kedua-dua pihak yang berada di sekitar kawasan berkenaan.
"Kami segera mengawal keadaan daripada bertukar menjadi lebih buruk.

"Bagaimanapun tiada masalah serius berlaku, cuma sedikit salah faham berlaku antara kedua-dua pihak terbabit," katanya ketika ditemui semalam.