Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:54 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


3 hari, 3 rusuhan, 3 tempat, tiada tindakan? Dimana Najib?

Posted: 24 May 2014 10:31 PM PDT


LIM LIP ENG | .


TIGA hari berturut-turut, Malaysia telah menyaksikan tiga rusuhan ganas yang dipelopori oleh pemuda Umno yang cuba mengganggu-gugat keamanan yang dinikmati masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini.

Pada hari pertama, gerombolan perusuh Umno ini merempuh masuk ke Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, dan mencemarkan kemuliaan sebuah institusi yang mendapat mandat Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah sistem demokrasi dengan raja berperlembagaan.

Pada hari kedua, gerombolan Umno juga telah berhimpun dan merusuh di ibu pejabat kebangsaan DAP di Kuala Lumpur. Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan, Mohd Razlan Mohd Rafii telah mengancam untuk membakar bangunan DAP. Papan tanda ibu pejabat parti dirosakkan, manakala petugas parti dan juga anggota polis dikasari. Kumpulan ini turut bertindak membakar patung wakil rakyat DAP.

Tidak berhenti di situ, walaupun telah ditegur oleh Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, gerombolan Umno ini merusuh pula di pejabat DAP di Kuantan.

Pada hari ketiga, sekali lagi keganasan tercetus dan pintu pejabat ditendang dengan ganas sehingga bengkok manakala bangunan tersebut dihujani telur busuk.

Persoalan yang timbul kini ialah ke mana pula mereka akan bertindak tidak rasional dan ganas selepas ini? Adakah mereka akan merusuh di pejabat DAP Selangor, atau adakah mereka akan merusuh di Dun Selangor pula?

Melihat kepada trend serangan-serangan yang tidak diambil tindakan undang-undang ini, kita melihat kemungkinan bahawa kumpulan ini nampaknya mendapat lesen besar untuk mencetuskan kekecohan tanpa kemungkinan dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Dengan 'lesen' besar ini, di manakah sasaran seterusnya untuk pemuda Umno untuk bertindak melakukan rusuhan ganas lagi?

Adakah pemimpin Umno, terutamanya presiden parti tersebut, Datuk Seri Najib Razak telah sama sekali gagal mengawal ahli-ahlinya? Atau adakah pimpinan Umno sememangnya mahu dan suka ahlinya bertindak seperti samseng?

Rakyat Malaysia resah dengan tindak-tanduk kumpulan yang merupakan anggota pelapis parti pemerintah. Kita pastinya tidak rela masa depan mereka ditadbir dan dikuasai sekumpulan samseng yang tidak rasional mahupun berakal waras.

Tidak ada tempat untuk keganasan di negara yang tercinta ini. Setelah tiga hari, tiga rusuhan, di tiga tempat berlainan; dengan tiada tindakan Perdana Menteri mesti campur tangan dan mengawal ahli-ahli partinya. Mereka yang bertanggungjawab mencetuskan keganasan ini mesti segera dihadapkan ke muka pengadilan, sebelum gerombolan ini bertindak menyerang sasaran mereka yang seterusnya.
Penulis ialah Ahli Parlimen Segambut.

PRK Teluk Intan : Lady D Jadi Buruan Di Teluk Intan

Posted: 24 May 2014 09:14 PM PDT




Diterbitkan: Ahad, 25 Mei 2014 8:54 AM


Orang ramai mengambil peluang bergambar dengan calon DAP Teluk Intan, Dyana Sofya pada Sabtu.
  (Ubah saiz teks)
TELUK INTAN: Hujung minggu kali ini berbeza sekali, selain menziarahi keluarga, ada di kalangan anak kelahiran bandar Teluk Intan di sini yang pulang dari luar untuk merasai suasana kempen Pilihan Raya Kecil (PRK).
Tinjauan mStar Online mendapati banyak kereta dengan nombor pendaftaran luar Perak memenuhi sekitar bandar ini terutama pada hujung minggu.
Apabila ditanya, memang benar mereka pulang untuk mengetahui perkembangan terkini PRK, malah ada yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar dan selfie bersama calon.
Bagi Zaaimah Mohd Yusof,  walaupun kerap pulang ke kampung tetapi kali ini berbeza kerana mahu melihat calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud yang mendapat liputan meluas kebelakangan ini.
Zaaimah ber'selfie' dengan Dyana Sofya.
"Kakak balik sebab nak jumpa calon, nak keliling kawasan untuk lihat suasana PRK, kalau dapat selfie dengan dengan 'Lady D," katanya yang menetap di Wangsa Maju.
Ditanya siapa yang dimaksudkan dengan Lady D, Zaaimah berkata, itu gelaran yang diberikan kepada Dyana Sofya kerana penampilannya yang menawan umpama mendiang Puteri Diana, lebih-lebih lagi nama mereka hanya berbeza pada ejaannya sahaja.
"Misi tercapai untuk berselfie dengan Dyana ketika terserempak dengan dia yang sedang berkempen di Pasar Minggu, memang bonus balik kampung kali ini," katanya yang kebetulan terserempak dengan Dyana Sofya yang sedang berkempen ketika berkunjung ke Pasar Minggu.
Bukan hanya mereka di luar Teluk Intan, malah penduduk tempatan juga menantikan kemunculan Dyana Sofya di kawasan mereka untuk bersemuka sendiri dengan calon yang menjadi bualan ramai.
Fatin Nabila Atan, 25, berkata, dia turut tidak melepaskan peluang untuk bergambar dengan Dyana Sofya yang dinantikan sejak diumumkan sebagai calon.
"Saya sentiasa mendengar dan mendapatkan maklumat terkini mengenai lokasi kempen Dyana Sofya, tetapi sering sahaja tidak berkesempatan.
"Tetapi saya akhirnya dapat jumpa dia setelah hampir seminggu tertunggu-tunggu. Jadi apa lagi, saya gunakan peluang untuk ambil gambar dan selfie dengan dia," katanya dengan rasa teruja.
Muhd Hanif Matugimin, 18, pula berkata, ini merupakan kali pertama dapat berjumpa dengan Dyana Sofya kerana sebelum ini hanya melihat calon itu di televisyen dan poster.
"Bila dah jumpa depan Dyana Sofya, dia memang nampak comel dan mesra. Saya ada ambil gambar dia seorang.
"Tetapi saya tak sempat ambil gambar 'selfie' bersama dia kerana begitu ramai ketika itu, keadaan begitu sesak," katanya yang akan cuba lagi untuk ber'selfie' dengan calon itu.
Sementara itu, Azhar Abdul Wahab, 35, berkata, dia cukup berpuas hati dapat 'buah tangan' daripada Dyana Sofya walaupun tidak ber'selfie' dengan calon itu.
"Saya tak terkata semasa berhadapan dengan dia sampai terlupa nak minta untuk ambil gambar bersama. Malu pun ada, tetapi sebenarnya mahu.
"Tetapi saya sempat minta Dyana Sofya untuk turunkan tandatangan dia di baju saya, siap dengan ucapan 'thank you' (terima kasih)," katanya yang akan mengambil bersama dengan calon itu sekiranya berpeluang pada masa akan datang.
Tambahnya, dia pasti lebih ramai terutama anak muda di Teluk Intan akan terus 'memburu' Lady D itu untuk bergambar dan selfie bersama.
Bagi Nur Halimah Mutagimin, 18, dia bersama teman baiknya berpeluang untuk bergambar dengan Dyana Sofya.
"Sebaik sahaja dapat bergambar dengan Dyana Sofya, saya terus memuat naik gambar itu di Facebook.
"Setakat ini belum ada komen yang diterima tentang gambar itu tetapi sudah ada rakan-rakan yang 'like' (tanda suka).
"Apa yang penting, saya dah tidak lagi ketinggalan lagi di kalangan rakan-rakan saya di Facebook yang antaranya sudah pun mempunyai gambar termasuk 'selfie' bersama Dyana Sofya," katanya.

PRK Teluk Intan : Dyana Sofya dan keberanian politik DAP

Posted: 24 May 2014 08:02 PM PDT


Sejak Dyana Sofya Mohd Daud dinamakan DAP sebagai calon mereka bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, nama gadis itu terus melonjak naik dan menjadi "darling" kepada media.
Sebagai pengamal media atas talian, saya sendiri dapat menyaksikan apa sahaja berita yang mempunyai nama Dyana Sofya tidak kira yang menyanjung atau menghinanya, pasti akan "laku terjual".
Di media sosial seperti Facebook, Twitter dan YouTube, Dyana Sofya begitu laku sekali.
Teluk Intan yang bersedih di atas kematian bekas Ahli Parlimen Seah Leong Peng kerana penyakit barah kini mempunyai fenomena baru dengan kehadiran Dyana Sofya.
Dengan gaya kempen ala pilihan raya presiden di Amerika Syarikat (AS), imej Dyana Sofya membanjiri Teluk Intan dan media sosial dengan penuh bergaya.
Umno sebagai parti tunjang kepada Barisan Nasional (BN) kelihatan tergoncang dengan tindakan berani DAP sebagai sebuah parti majoriti kaum Cina untuk meletakkan seorang gadis Melayu sebagai calon di kerusi yang secara tradisinya ditandingi kaum Cina.
Tetapi BN sebagai sebuah gabungan politik konservatif, tidak berani "menongkah arus" apabila meletakkan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong, sebagai calon mereka.
Mah merupakan bekas ahli Parlimen yang pernah berkhidmat selama dua penggal dan merupakan anak jati Teluk Intan.
Kepimpinan DAP sendiri tidak pasti apakah langkah meletakkan Dyana Sofya itu akan berjaya apabila Lim Kit Siang menghantar mesej kecemasan (SOS) kepada pengguna Internet Malaysia agar turun padang untuk membantu parti itu di Teluk Intan.
Ketua Parlimen DAP itu juga turut mengatakan, jika PRK Teluk Intan itu diadakan di Internet, Dyana Sofya sudah pun memenanginya, tetapi belum pasti pada PRK 31 Mei ini.
Walaupun DAP mahu mengubah imej mereka untuk menjadi "benar-benar Malaysia", apakah penduduk Teluk Intan yang mempunyai pengundi majoriti Cina (41.9%) sudah bersedia untuk mengundi seorang calon Melayu?
Bagaimanapun, jika dilihat daripada keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, ramai calon-calon Melayu Pakatan Rakyat (PR) menang dengan sokongan pengundi bukan Melayu terutamanya di kerusi bandar.
Dengan majoriti lebih 7,000 dimenangi DAP dalam PRU13 lalu, kemungkinan besar Dyana Sofya tidak mempunyai masalah untuk menjadi ahli Parlimen Teluk Intan yang baru.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa gadis Melayu seperti Dyana Sofya yang merupakan graduan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak menyertai Umno?
Semasa lepak di kedai kopi semalam, seorang aktivis Umno dari Selatan tanah air memberitahu saya: "Macam mana orang muda hendak masuk Umno, sebab awal-awal lagi sudah kena pancung!".
Beliau begitu marah dengan tindakan pembesar-pembesar Umno yang menyekat golongan muda dalam parti itu sehinggakan gadis Melayu seperti Dyana Sofya menyertai DAP.
Katanya, pembesar-pembesar Umno terlalu tamak kerana mahu berkuasa selamanya sehingga ramai anak-anak muda profesional menyertai pembangkang.
Lewat petang semalam, media melaporkan gambar palsu Dyana Sofya "berbikini" ditemui di masjid dan kampung-kampung Melayu di Teluk Intan.
Membaca berita tentang ini menyebabkan saya berfikir, mengapa sampai begini sekali takutnya mereka terhadap Dyana Sofya?
Mungkin juga kerana jika Dyana Sofya menang, lebih ramai anak-anak muda Melayu akan menyertai DAP.
Jika ini berlaku, Umno sebagai parti Melayu terbesar di Malaysia akan menemui ajal dengan lebih cepat kerana gagal melahirkan kepimpinan muda untuk mengambil alih parti itu.
Beberapa hari lalu di Teluk Intan, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengatakan Dyana Sofya bukanlah ancaman BN kerana hanya segelintir Melayu yang menyertai DAP.
Khairy tentu sedar betapa sukarnya golongan muda sepertinya untuk memperjuangkan idea-idea baru dalam parti yang dikuasai golongan tua itu.
Lagipun, umum mengetahui Khairy bersendirian dalam banyak perkara dan pandangannya "terlalu kehadapan", bukan sahaja bagi golongan tua Umno, tetapi majoriti anggota Pemuda parti itu. – 25 Mei, 2014.

PRK Bukit Gelugor : 17 pusat mengundi dibuka 8.00 pagi

Posted: 24 May 2014 07:07 PM PDT

  • PRK
 1 / 1 
GEORGETOWN - Sebanyak 17 pusat mengundi di kawasan Parlimen Bukit Gelugor dibuka mulai 8 pagi ini bagi membolehkan lebih 82,000 pemilih berdaftar melaksanakan tanggungjawab mereka pada pilihan raya kecil itu.

Parlimen Bukit Gelugor mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) iaitu Paya Terubong, Air Itam dan Seri Delima.

Terdapat tiga pusat mengundi di Dun Paya Terubong, lapan pusat di Dun Air Itam dan enam di Dun Seri Delima.

Antara pusat mengundi itu ialah Sekoleh Jenis Kebangsaan Kong Min (Cawangan 2) Jalan Paya Terubong, Sekolah Kebangsaan Air Itam, Sekolah Kebangsaan Seri Aman, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hamid Khan dan SMK Datuk Haji Mohamad Nor Ahmad.

Semua pusat pengundian akan ditutup 5 petang ini dan pengiraan undi dijangka bermula 6 petang di pusat penjumlahan undi rasmi di Dewan Sri Pinang di sini.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan saingan empat penjuru antara calon DAP Ramkarpal Singh, Naib Presiden Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan dan dua calon Bebas Mohd Nabi Bux Mohd Abdul Sathar serta Abu Backer Sidek Mohammad Zan.

Bagaimanapun kesemua calon tidak mengundi.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh daripada DAP dalam kemalangan jalan raya pada 17 April lepas.

Pada pilihan raya umum lepas, Karpal Singh memenangi kerusi itu dengan majoriti 42,706 undi menewaskan calon Barisan Nasional Teh Beng Yeam yang memperoleh 13,597 undi.

Pemangku Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pulau Pinang Azizal Ahmad dilapor menjangka peratusan yang keluar mengundi pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor hari ini sekitar 78 peratus.

Keputusan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dijangka diketahui seawal jam 8 malam ini. - Bernama


  • Suasana sekitar pusat mengundi di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Island Glades, Gelugor. - Foto Sinar Harian oleh GOKINA MORGANANSuasana sekitar pusat mengundi di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Hamid Khan, Island Glades, Gelugor. - Foto Sinar Harian oleh GOKINA MORGANAN
 1 / 1 
GEORGETOWN - Pengundi-pengundi di Parlimen Bukit Gelugor memanfaatkan keadaan cuaca yang baik untuk keluar mengundi awal hari ini.

Namun, tiada barisan panjang perlu ditunggu oleh pengundi untuk menjalankan tanggungjawab mereka.

Tinjauan Sinar Harian, mendapati di Sekolah Menengah Hamid Khan misalnya majoriti pengundi yang keluar mengeluar mengundi ialah pengundi Cina, diikuti India dan Melayu.

GEORGETOWN - Sehingga jam 10 pagi sebanyak 8.6 peratus atau 7,112 pengundi berdaftar telah melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi bagi PRK Parlimen Bukit Gelugor.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, proses pengundian setakat ini berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak dingini berlaku.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit ketika meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Georgetown di Batu Lanchang di sini tadi.
 

Sijil halal 2 produk Cadbury ditarik balik

Posted: 24 May 2014 06:29 PM PDT

  • CadburyCadbury
 1 / 1 
Cadbury tarik balik dua produk positif DNA babi

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Syarikat pengeluar produk berasaskan coklat, Cadbury Dairy Milk hari ini menarik balik dua produknya yang didakwa mengandungi DNA babi serta-merta.

Antara produk terbabit ialah Hazelnut Cadbury Dairy Milk dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond.

Tindakan itu dibuat susulan daripada penemuan DNA babi (porcine) yang terdapat dalam produk Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Hazelnut dan Coklat Susu Cadbury dengan Kacang Badam oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dalam satu kenyataan hari ini, Cadbury Confectionary Malaysia Sdn Bhd memberi jaminan akan menarik semula produknya dari pasaran dengan serta-merta.

Menurut kenyataan itu, tiada coklat Cadbury dipengaruhi oleh ujian tersebut.

Dalam pada itu, pihaknya sedang menjalankan kajian penuh rantaian bekalan bagi memastikan semua standard kualiti terus dipenuhi.

"Kami memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa coklat Cadbury yang dikeluarkan oleh Malaysia adalah disahkan halal oleh Jakim termasuk lokasi dan bahan mentah yang digunakan dalam pengeluaran produk tersebut.

"Kami menggunakan prosedur kualiti yang ketat untuk memastikan bahawa produk kami mematuhi standard tertinggi kualiti dan keselamatan kami," katanya.

Pendedahan itu dibuat KKM dan mengesahkan bahawa dua dari tiga sampel Coklat Cadbury yang diambil telah diuji dan didapati positif porcine.

Sijil halal 2 produk Cadbury ditarik balik

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil keputusan menarik balik sijil halal bagi kedua-dua produk Cadbury yang mengandungi DNA babi serta-merta.

Menurut Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha, siasatan lanjut akan dibuat untuk mengenal pasti punca pencemaran tersebut.

"Kami ingin menegaskan bahawa pensijilan halal Malaysia adalah melibatkan proses pengauditan dan pemeriksaan ketat merangkumi penilaian bahan ramuan, kaedah pemprosesan, peralatan yang digunakan, termasuklah pengujian makmal berdasarkan Standard Halal Malaysia dan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, selepas sijil pengesahan halal, pemeriksaan akan dibuat secara berkala terhadap syarikat pengeluar produk berkenaan.

"Pemantauan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa, sekiranya terdapat sebarang perlanggaran ke atas mana-mana produk atau ketidakpatuhan terhadap syarat-syarat persijilan, pihak kami akan menarik semula atau menggantung sijil halal terhadap produk tersebut," katanya.

Kerajaan perlu saman Cadbury

SHAH ALAM - Kerajaan perlu mengambil tindakan tegas seperti menyaman syarikat Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd berikutan pengesahan Kementerian Kesihatan berkenaan DNA porsin (babi) yang terdapat dalam dua produk coklat syarikat berkenaan.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Muhammad Sha'ni Abdullah berkata, tindakan itu wajar diambil supaya ia menjadi iktibar kepada pengeluar makanan lain.

"Syarikat ini telah melanggar Akta Makanan secara terang-terang. Kerana itu, kerajaan perlu bertindak untuk memberi peringatan supaya perkara sama tidak berulang.

"Ini juga akan menunjukkan ketegasan kerajaan dalam memastikan tidak ada syarikat lain yang bersikap sambil lewa dalam mengeluarkan makanan berstatus halal," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Katanya, pelanggan seolah-olah terpedaya dengan syarikat ini yang selama ini dilihat mewar-warkan mengikut piawaian halal.

Sha'ni berkata, bukan hanya dua produk ditarik sijil halal, tetapi semua produk coklat syarikat berkenaan patut menerima nasib yang sama.

"Penarikan sijil tersebut perlu kerana dikhuatiri syarikat itu menggunakan mesin pemprosesan yang sama untuk menghasilkan coklat bagi perisa lain.

"Pengguna juga perlu menitikberatkan isu sijil halal Malaysia supaya tidak terus menjadi mangsa kepada pengeluar makanan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Katanya, pengguna tidak boleh memandang enteng perkara ini kerana sikap tidak kisah beginilah yang menyebabkan pengeluar makanan mengambil mudah aspek pengeluaran makanan halal.

50 juta USD dibelanjakan Universal Studio untuk "menghidupkan semula" Paul Walker untuk "Fast and Furious 7"

Posted: 24 May 2014 08:43 AM PDT



..
Kematian mengejut bintang filem 'Fast & Furious', Paul Walker pada November tahun lalu merupakan merupakan satu kehilangan besar pada industri lakonan Hollywood.
Malahan kematian aktor tersebut akibat kemalangan yang cukup tragis itu ternyata turut memberi kesan kepada produksi filem pecah panggung itu. Seluruh produksi menjadi kelam kabut.
Tanpa Paul Walker, sudah tentu siri seterusnya filem ini iaitu 'Fast & Furious 7' kurang impaknya. Hanya satu jalan, menghidupkan semula pelakon itu. Bagaimanapun dana mencecah ratusan juta USD diperlukan untuk menghidupkan semula Paul Walker.
Setelah berunding beberapa ketika lamanya, pihak Universal Studio memutuskan untuk menggunakan teknologi pergantian wajah bagi menampilkan Paul Walker dalam filem arahan James Wan itu.
Salah satu sumber iaitu orang dalam Universal Studio sendiri memaklumkan bahwa teknologi itu akan digunakan untuk menyambung semula penggambaran. Dengan teknologi itu, Universal Studio akan menggundang dua saudara kandung Paul, yakni Cody Walker dan Caleb Walker sebagai pengganti.
Caleb Walker mempunyai susuk tubuh hampir sama dengan Paul. Manakala Cody Walker pula dipilih kerana wajahnya mirip wajah mendiang.
Hasil teknologi itu nanti akan diselitkan dengan adegan Paul Walker yang 'hidup kembali'. Selain beberapa babak yang dipotong dari filem 'Fast & Furious' sebelumnya juga turut dimasukkan.
Penggunaan teknologi tersebut memerlukan pelaburan dana sebanyak 50 juta USD. Universal Studio bersepakat dengan syarikat insurans untuk melabur wang sejumlah itu. Jumlah tersebut tercatat sebagai bajet paling besar yang pernah dipersetujui oleh syarikat insurans.
Filem 'Fast And Furious 7' dijangka akan ditayangkan pada 10 April 2015 nanti.

Ahli politik ditahan SPRM

Posted: 24 May 2014 07:43 AM PDT

KUALA LUMPUR - Seorang ahli politik telah ditahan oleh pegawai SPRM dalam sebuah operasi di Selangor, semalam.

Menurut sumber dari News Straits Times, suspek berusia 32 tahun itu dikatakan sedang meminta wang rasuah sebanyak RM4,000 dari seorang wakil syarikat swasta.

 "Suspek didakwa meminta sejumlah wang daripada syarikat itu jika mereka mahu melanjutkan kontrak yang telah tamat."

 "Selepas menerima laporan itu, sepasukan pegawai SPRM dan wakil syarikat merancang operasi tersebut serta suspek ditahan selepas mereka mengadakan mesyuarat di sebuah premis makanan di AU5 Hulu Klang pada pukul 5 petang semalam," katanya.

Difahamkan, suspek yang merupakan seorang tokoh terkemuka dari sebuah parti politik daerah Gombak itu kini berada di bawah pengawasan pihak SPRM bagi siasatan lanjut.

Pengarah SPRM Selangor, Datuk Jaafar Mahad ketika dihubungi semalam telah mengesahkan penangkapan itu walau bagaimanapun, beliau enggan mengulas mengenai insiden terbabit.

PRK Bukit Gelugor : Aku kecewa, tiada harapan kalahkan DAP , akan ke Pusat Peranginan Langkawi malam ini - Abu Backer

Posted: 24 May 2014 06:44 AM PDT



Kurang 24 sebelum pengundian pagi esok, calon bebas paling banyak gimik dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mengisytiharkan telah 'menang'.

Beliau malah meninggalkan Bukit Gelugor malam ini bersama penyokong-penyokongnya untuk ke pusat peranginan Langkawi, Kedah.
Menurut beliau calon bebas telah menjadi mangsa kerana tiada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi BN.
"Aku tarik diri dan tidak bertanding kerana kecewa dengan sistem pilihan raya negara ini," katanya di hadapan seorang lagi calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar di padang kampung Melayu Air Itam sebentar tadi.
Menurut Backer, sumber 'tertinggi' memberitahu beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada 1976.
Beliau turut mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertindak sambil lewa dan tidak membuka pejabat untuknya menghantar nama ejen pengundian dan pengiraan hari ini.
"Masa Najib bertanding di Pekan selepas kematian bapanya, semua parti bagi 'walkover' sekarang ini Najib nak balas jasa Karpal yang juga pemimpin besar," kata beliau.
"Sebab BN tak bertanding mereka (SPR) tak peduli," kata beliau.
Bagaimanapun Backer tetap ceria dan membuat majlis makan malam dan solat maghrib untuk penyokong dan pengunjungnya.
"Saya tak ada esok. Semua penyokong saya akan ikut saya ke Langkawi," kata beliau.

PRK Teluk Intan: Gambar bikini palsu Dyana Sofya ditemui di masjid, kampung Melayu

Posted: 24 May 2014 05:39 AM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, Howard Lee (kiri) dan Ahli Parlimen, Bukit Bendera Zairil Khir Johari membuat laporan polis berhubung gambar bikini palsu calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014. 

Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, Howard Lee (kiri) dan Ahli Parlimen, Bukit Bendera Zairil Khir Johari membuat laporan polis berhubung gambar bikini palsu calon DAP PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 24 Mei, 2014.

Kempen gambar bikini yang memburuk-burukkan calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud kini berpindah daripada Internet ke kampung Melayu di kawasan pilihan raya, kata DAP hari ini.


Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari berkata, beberapa ahli PAS memaklumkan mereka menemui gambar, yang didakwa gambar Dyana Sofya berbikini, di sekitar kampung-kampung Melayu dan juga dalam sebuah masjid di Kampung Banjar.


"PAS berkata, mereka menemuinya di sekeliling kampung-kampung Melayu di Changkat Jong, dan ia dibawa kepada kami.


"Kami tidak tahu berapa banyak yang diedarkan tetapi kami berharap pihak polis akan menyiasat dan mencari pihak bertanggungjawab," kata Zairil selepas membuat laporan polis berhubung perkara itu di Ibu Pejabat Polis Hilir Perak.


DAP cuba menukar imej Cina dan menarik undi Melayu di Teluk Intan dengan meletakkan Dyana Sofya, seorang profesional muda Melayu.


Bagaimanapun, gambar wanita berbikini itu, yang sebenarnya seorang pelakon Filipina, boleh menjejaskan usaha DAP memenangi hati masyarakat Melayu.

Pada pilihan raya umum tahun lepas, DAP melalui Seah Leong Peng mendapat hanya 25% daripada 23,000 undi Melayu dalam masyarakat semi-luar bandar.


Howard Lee, Ahli Dewan Undangan Negeri Pasir Pinji, membuat laporan bagi pihak Dyana Sofya hari ini, bagi menggagalkan usaha-usaha memerangkap calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan itu.


"Saya menyeru Datuk Mah Siew Keong mengutuk politik fitnah ini. Jika beliau tidak berkata apa-apa, saya menganggapnya bersubahat dalam usaha mencemarkan Dyana dengan pembohongan ini," kata Lee.


Sejak pencalonan Dyana Sofya diumumkan, beliau menjadi mangsa kempen memburuk-burukkan di Internet yang digambarkan penganalisis sebagai percubaan mengurangi ciri kemelayuan beliau.


Beberapa pemuda juga menganggu sesi lawatan beliau, tetapi pencabarnya, Mah daripada Barisan Nasional (BN) menafikan beliau terlibat - TMI

Anwar: Zahid mesti tegas heret samseng Umno ke muka pengadilan

Posted: 24 May 2014 03:42 AM PDT

(Oleh Nazar Hashim)
BUKIT GELUGOR 24 MEI: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mesti bertindak tegas mengheret samseng Umno yang terlibat dalam insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini ke muka pengadilan dan tidak berat sebelah terhadap perbuatan memalukan itu.
serbu 2"Sama ada Zahid suka atau tidak kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tindakan samseng Umno itu terbukti jelas mencemarkan sistem demokrasi negara.
"Sekiranya kerajaan tidak mampu pertahankan peraturan undang-undang, lebih baik berundur daripada menjadi kerajaan yang lemah dan tidak bertanggungjawab," kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata demikian di hadapan lebih 1,000 hadirin pada Ceramah Mega Perdana Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, di Dewan Sekolah Menengah Han Chiang, Air Itam malam tadi.
Pada 21 Mei lalu, kumpulan diketuai Naib Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang, Jasmin Noordin itu menyerbu masuk sidang DUN Pulau Pinang kira-kira jam 2 petang.
Kumpulan kira-kira 100 orang itu merempuh pagar utama DUN bagi membantah kenyataan ADUN Seri Delima, RSN Rayer yang didakwa menggelar pemimpin Umno sebagai 'celaka'.
serbuMereka juga menjerit nama Rayer hingga menimbulkan suasana bingit. Manakala sebahagiannya memanjat meja Speaker dan mengancam membaling telur kepada Rayer.
Turut bersama kumpulan itu, Ketua Wira Perkasa Pulau Pinang, Rizuad Azudin serta Ghani Jiman yang pernah menghantar kek berbentuk najis manusia kepada Ketua Menteri Pulau Pinang pada 2011. Tindakan biadap itu menyebabkan sidang DUN ditangguhkan selama sejam.
Anwar selanjutnya mempersoal pendirian polis dan pasukan keselamatan dalam menangani serangan tersebut.
Beliau membidas tindakan berat sebelah polis kerana bertindak pantas terhadap insiden yang didakwa melibatkan penyokong Pakatan Rakyat.
"Buktikan polis dan kerajaan sememangnya tidak 'double standard' dalam menangani isu serangan samseng Umno yang memalukan seluruh negara.
"Buktikan juga undang-undang dan sistem keadilan negara ini tiada beza untuk pemimpin Umno jika dibandingkan dengan rakyat bawahan.
"Saya akan tetap berdiri teguh di belakang kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menentang provokasi dan tindakan samseng-samseng tersebut," kata Anwar lagi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61712

PRK Teluk Intan : Dyana terus dapat sokongan pengundi Melayu, isu perkauman BN ditolak

Posted: 24 May 2014 01:13 AM PDT

Oleh: NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM, 24 MEI: Isu perkauman yang cuba dimainkan jentera kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan Barisan Nasional (BN) di kawasan majoriti Melayu gagal menarik minat pengundi kawasan terbabit.
Hal itu dapat dilihat apabila kehadiran calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud di beberapa kawasan pengundi Melayu dan ceramah yang diadakan mendapat sambutan baik dari penduduk tempatan.
Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli, berkata keadaan itu bertambah mudah apabila DAP sendiri meletakkan calon daripada kaum Melayu dalam PRK kali ini.
dr hatta ramli"Mengikut penelitian kita, sambutan pengundi Melayu khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong yang majoritinya Melayu terhadap calon DAP amat memberangsangkan. Tidak ada masalah besar walaupun ada sedikit gangguan tetapi pengundi menerima dengan baik.
"Kita tidak bersusah payah mematahkan isu perkauman kali ini kerana ternyata tidak menarik minat pengundi dengan keadaan calon DAP sendiri Melayu. Malah, sebenarnya BN tidak boleh memainkan isu perkauman," katanya ketika dihubungi Selangor Kini, di sini, hari ini.
Menyentuh kejadian gangguan penyokong tegar BN terhadap Dyana di sebuah pasar malam baru-baru ini, Dr Hatta berkata, jentera kempen pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) bertindak bijak dengan tidak melayani perbuatan provokasi pihak terbabit.
prk teluk intan"Kejadian gangguan di pasar malam itu tidak merebak cuma kita mahu pengundi melihat sendiri perbuatan BN yang bertindak liar, gemar melakukan provokasi dan perkauman. Ternyata tindakan itu makin menghakis minat pengundi untuk memilih BN," katanya.
Mengikut daftar pemilih yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Parlimen Teluk Intan memiliki 60,349 pengundi dengan 59,927 adalah pengundi biasa dan 410 pengundi awal yang layak mengundi dalam PRK kali ini.
Manakala mengikut pecahan kaum pula, seramai 25,310 (41.94 peratus) adalah pengundi Cina, 23,301 (38.6 peratus) Melayu dan 11,468 atau 19 peratus pengundi India.
-NFN-

Lepas lancar buku, Zunar minta disaman

Posted: 24 May 2014 12:11 AM PDT



Kartunis terkenal Zunar mencabar ahli politik dan individu terkenal yang dinamakan dalam buku kartun terbarunya berkaitan kes pertuduhan liwat kedua terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim menyamannya jika fakta disampaikan tidak benar.
Katanya, beliau tidak  gentar didakwa di mahkamah Malaysia ekoran penerbitan buku barunya berjudul Komplot penjara Anwar: Najib jatuh hukum, hakim ikut skrip itu.
"Hari ini saya mencabar keempat-empat nama ini saman saya kalau saya tulis ini tidak betul saman sahaja.
"Saya tidak ada masalah keluar masuk mahkamah Malaysia, sudah jadi perkara biasa bagi saya. Masuk mahkamah Malaysia kalau kita langkah saja kita sudah kalah.
"Jadi pergi mahkamah Malaysia ini bukti dan keterangan yang kuat itu sudah tidak memadai, sudah tidak mempunyai apa-apa makna," katanya ketika berucap dalam acara pelancaran buku beliau di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, di ibu negara malam tadi.
Tambahnya, karya beliau yang ke-20 itu berkisar dakwaan wujudnya "perancangan kotor" dan "fitnah kerajaan BN" terhadap Anwar. 
Selain kartun, buku setebal 52 muka surat dan mengandungi 50 kartun baru itu turut mengandungi kapsyen dan fakta apa yang didakwanya sebagai "konspirasi" bermula daripada era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Datuk Seri Najib Razak.
Ketika pelancaran turut hadir memeriahkan majlis dan menyampaikan ucapan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, peguam dan aktvisi Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.
Zunar pernah ditahan bawah akta hasutan kerana menerbitkan buku kartun yang dikatakan menghasut rakyat Malaysia membenci kerajaan. 
Tujuh buah buku beliau telah diharamkan oleh kerajaan.
Sementara itu, A Samad Said memuji keberanian Zunar menerbitkan karya sebegitu.
"Saya yang tidak begitu tahu tentang kuasa turut rasa terpanggil untuk menghidangkan hal yang genting ini, oleh kerana ia bersangkutan dengan pemimpin yang sedang terdera (Anwar)," katanya. malaysiakini