Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


#BN4TlkIntan: Parliament not "pasar malam" for babydoll

Posted: 23 May 2014 11:33 PM PDT



One blog commentator said:

The Chinese people of Teluk Intan really have a tough decision to make.

Do they have to accept a deluded dumblike babydoll, who is neither Chinese or Malay, neither DAP or UMNO and know nuts about Chinese politics and predicament (except her Chinese boyfriend's sexual advances) presented to them by Taiko LKS...

Or

Refuse at all cost the son who had been toiling together with them through these years irrespective of any of their political believes.

Between these two who they are going to send to Parliament..yes The Parliament, not any pasar malam sort of place.

#BN4TlkIntan: Mata rakyat dikaburi peguam palsu... Apa janji? Kebolehan?

Posted: 23 May 2014 09:30 PM PDT


Bila dilihat calun DAP meragakan berbagai baju untuk lain-lain kawasan undi yang lain demografi, nampak sah DAP cuba kaburi rakyat dengan puppet serta robot mereka.


Tapi sebenarnya ...



Sebab sijil peguam pun tarikh luput kah kah kah ...dan ijazah sebenarnya diploma? Cert Bar Council pun tak ada.

Maka elok buka mata dan bandingkan ...


Serta tanya apa janji-janji Dyana untuk pengundi Telok Intan. Apa kebolehannya untuk bantu pengundi Telok Intan.

Baca MyKMU tanya:

Apa Matlamat Sebenar Dyana Kalau Menang PRK Teluk Intan?

#BN4TlkIntan: KANTOOI KANTOI KANTOI tak berdegree?

Posted: 23 May 2014 06:23 PM PDT


Lenggang Lenggang KANTOI
KANTOI di tepi telaga
Nasib tak beruntung 
Ngalu degree KANTOI cuma diploma?

Dyana Sofea calon DAP Teluk Intan yang sebelum ini mengaku dirinya seorang Peguam rupa-rupanya hanya seorang PA. Macamana dia boleh mengaku jadi Peguam dan ada partner sedangkan nak buka law firm kena ada certificate.

Macamana pula sijil dia boleh tamat tempoh kalau takde sijil. Pembohong betul. 

Betul ke bukan budak ini lawyer?

Maklumat dari sumber tertentu memberitahu Dyana hanya ambil Diploma in Law (Administration) dari UiTM dan bukan Degree perundangan atau LLB. Diploma tersebut hanya boleh buat documentation and administration related law and regulation sahaja tapi tak boleh bertindak sebagai  lawyer...

Dengan orang kampong bolehlah Dyana menipu, cubalah di kawasan bandar. Pasti habis!!!

BN4TlkIntan: KANTOI! KANTOI! KANTOI ditepi paya

Posted: 23 May 2014 09:15 AM PDT



Lengang lenggang Kantoi
Kantpi di tepi paya
Kalau nasib tak beruntong,
Cuba bohong dah kena KANTOI.

#BN4TlkIntan: Calun DAP patut dipotong lidah ... Mesti DAP ajar bohong!!!

Posted: 23 May 2014 05:29 AM PDT


Calun DAP menolak hukum hudud sebab takut dan tak faham. Beliau takut hudud akan potong lidah orang yang berbohong. Satu leagi sebbab adalah calun DAP itu tidak faham itu hukuman di neraka dan hudud tak hukum ornag berbohong.

Dyana Sofya berbohong dan menafikan penglibatan ibunya dalam Perkasa. Malah beliau memanggil Perkasa yang berjuang mempertahankan Perlembagaan, tiada lebih dan tiada kurang, sebagai pertubuhan extreme dan rasis.

Berikut adalah laporan Perak Report:


Calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud terus diasak pemberita berhubung penyebaran gambar dan pembabitan ibunya, Yammy Samat dalam Pertubuhan Pribumi PERKASA Malaysia (PERKASA) yang tersebar secara meluas di laman media sosial, ketika kempen mula tertumpu kepada serangan peribadi.


Dyana Sofya yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menafikan pembabitan ibunya dalam pertubuhan itu.

"Ibu saya tiada kaitan dengan PERKASA dan beliau tidak terlibat dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) yang pertama bagi persatuan itu.

"Beliau tidak pernah menyertai PERKASA dan jika dilihat pada gambar tersebut, ibu saya hanya datang untuk menghadiri majlis yang diadakan oleh rakannya," katanya lagi.

Apabila diasak lagi oleh para pemberita untuk mengesahkan kesahihan gambar yang tersebar itu, Dyana Sofya cuba mengambil langkah selamat dengan mencadangkan pengamal media agar bertanya sendiri kepada ibunya, Yammy.

"Saya cadangkan anda hubungi dia (Yammy) dan bertanya sendiri kepada ibu saya," ujarnya.


Memetik laporan yang disiarkan oleh The Star, Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali telah mengesahkan kesahihan gambarnya bersama Dyana Sofya dan Yammy yang telah tersebar secara meluas di media sosial baru-baru ini.

Sementara itu, Setiausaha Agung PERKASA, Syed Hassan Syed Ali juga telah mengesahkan bahawa Yammy merupakan Ketua Wanita Pertama Perkasa (Wiranita) tetapi sebelum AGM yang pertama, ibu kepada calon DAP itu telah bertindak keluar daripada pertubuhan terbabit.

[Baca The Star SINI dan SINI]

Tak tahu kenapa nafi dan suruh tanya ibunya? Sah Dyana BERBOHONG!!!!

#BBN4TlkIntan: Rakan sekolah dan UiTM calun DAP ceramah malam ini

Posted: 23 May 2014 04:02 AM PDT


Tassia binti Md Roslan, exco Puteri UMNO dan rakan sekelas Dyana Sofya di sekolah menengah serta bersama d UiTM akan berceramah malam ini di menara condong, Teluk Intan.


Pasti ada pendedahan dan pandangan intimate mengenai calun melayu boneka ibu dan DAP.

#BN4TlkIntan: Terlanjur? Ada affair? Queen control? Isyyy ...AWAS perangkap RBA!!!

Posted: 23 May 2014 01:30 AM PDT


Mesej yang dihantar di atas dikhuatiri adalah perangkap RBA. Harap para blogger dan pengamal sosial media berawas.

Malah gambar bawah ini pun mungkin disebar RBA untuk memerangkap secara halus.


Yang berpolitik si anak dan si ibbu. Tak perlu heret si bapa yang kini bilal surau walaupun tak setuju dengan hudud.


Kalau betullah cerita ini, padanlah anak Yammy ....


... macam Marina. Mak pun liberal...!!!

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Eksklusif @mymassa: UMNO dan #DSIS @ismailsabri60 lancar JIHAD di RTC Gopeng?!!

Posted: 23 May 2014 08:10 PM PDT


Semua orang boleh berjanji, malah sesiapa sahaja boleh berlakon menjadi Hero Membela Nasib Rakyat. Tetapi selain daripada janji kosong dan demo atas jalanraya, bolehkah sesiapa nyatakan waima satu hasil USAHA mereka dalam memastikan kos kehidupan rakyat sentiasa dibela walaupun setelah lebih dua penggal menerajui pentadbiran beberapa Kerajaan Negeri?!!


Hari ini di RTC Gopeng, YB Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani telah melancarkan Jihad Memerangi Orang Tengah Subsektor Sayur dan Buah. Inilah bukti kukuh pihak Kerajaan yang diterajui UMNO begitu serius dalam memastikan nasib rakyat terbela.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak Kerajaan dalam membanteras sabotaj ekonomi yang didalangi oleh orang tengah yang kebanyakannya penyokong pro pembangkang.



Bijak bukan strategi kotor mereka?!! Mereka naikkan harga barangan melalui peranan orang tengah untuk menekan rakyat. Kemudian mereka akan hasut pula rakyat melalui ceramah dan propaganda pembangkang yang BNlah punca rakyat susah.




Satu perkara yang mereka lupa, ketentuan Allah SWT dan tradisi UMNO yang membela rakyat akan sentiasa mengagalkan perancangan jahat ini. Tahniah DS Ahmad Sabri dan UMNO atas jihad murni ini!

#PRKTelukIntan : Niat sebenar DAP calonkan Dyana DIDEDAHKAN! @NajibRazak @DrNovandri @P076_TelukIntan #PRKTelukIntan #JomPilihMah #BattleOfTelukIntan #DyanaSofya #Dyana4TelukIntan #PilihBNSesaje

Posted: 23 May 2014 05:00 AM PDT


Secara Profesionalnya , Dyana Sofya Masih bukan Peguam 

Hasil carian kami dari laman Malaysian Bar , Dyana Sofya tidak berdaftar sebagai pengamal undang-undang. 


Menurut Seksyen 37 Akta Profesion Undang-undang 1976 

Tiada orang tidak diberi kuasa boleh bertindak sebagai peguam bela dan peguam cara

37. (1) Mana-mana orang tidak diberi kuasa yang—
(a) bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau ejen bagi mana-mana pihak kepada prosiding atau atas apa-apa sifat, selain sebagai suatu pihak kepada suatu tindakan yang baginya dia sendiri suatu pihak, memohon serta mendapatkan apa-apa writ, saman atau proses, atau memulakan, meneruskan, memujuk rayu atau membela apa-apa tindakan, guaman atau prosiding lain atas nama mana-mana orang lain dalam mana-mana Mahkamah di Malaysia atau membuat atau menyediakan apa-apa surat cara berhubung dengan apa-apa prosiding dalam mana- mana Mahkamah itu; 

atau

(b) bersengaja atau secara palsu berpura-pura, atau mengambil atau menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan atau perihal yang membayangkan bahawa dia berkelayakan atau diberi kuasa dengan sempurna untuk bertindak sebagai seorang peguam bela dan peguam cara atau bahawa dia diiktiraf oleh undang-undang sebagai berkelayakan atau diberi kuasa sedemikian,

melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua ribu lima ratus ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.‎

------------------------------------------------**********--------------------------------------------------

Kantoi. Nampaknya pilihanraya kecil Teluk Intan ini bukanlah medan DAP untuk membela rakyat, sebaliknya terbukti kini ianya dijadikan peluang untuk Lim Kit SiaL terus menghambakan seorang gadis Melayu secara PERCUMA!

Jika Dyana bukan seorang peguam yang diiktiraf sepertimana yang dicanangkan oleh pakatan pembangkang sebelum ini, maka benarlah teori kami sebelum ini (http://mymassa.blogspot.com/2014/05/prkp076-teluk-intan-penentu-nasib-masa.html) yang beliau hanyalah seorang anak gadis Melayu mentah yang mencari-cari tempat untuk memulakan hidup dengan kelulusan yang tidak seberapa. 

Dan mungkin juga kerana terlalu terdesak untuk hidup senang dengan jalan yang mudah, maka digadaikanlah maruah diri serta bangsa bagi menghambakan diri menjaga seorang BAPA CAUVINIS CINA yang pernah mengetuai gerakan MENYEMBELIH orang Melayu ketika 13 MEI 1969!

Itu pun Lim Kit Siang sudah merasakan cukup rugi. Sebab itulah disuanya HAMBA SAHAYAnya sebagai calon PRK di kawasan yang boleh dikatakan SELAMAT untuk DAP. Harapannya, kemenangan Dyana bakal menjimatkan kos bulanan yang terpaksa dibayar sebelum ini. Maklumlah, selepas jadi ahli parlimen DAP, Dyana bolehlah terus menjaga uncle Lim seperti biasa, tetapi kali ini dibayar dengan WANG RAKYAT!

Jadi, apa yang orang Teluk Intan hendak harapkan si DYANA ini lakukan untuk membela nasib mereka?!! Lebih buruk, jika dapat dibuktikan yang beliau pernah menyalah gunakan gelaran sebagai PEGUAM secara HARAM, silap-silap boleh PRK sekali lagi di Teluk Intan ini.

Daripada beri undi kepada penganggur yang menjadi boneka cauvinis, lebih baik buka sahaja iklan untuk mana-mana penganggur kehormat yang mahukan kerja segera agar mendaftar diri menjadi wakil rakyat secara temuduga.

LAPORAN THE MALAYSIAN INSIDER DISANGGAH, ELAK MAIN EMOSI DAN RUMORS

Posted: 23 May 2014 03:25 AM PDT

Kerajaan Malaysia Terus Mencari Sehingga Berjaya Menemui Pesawat MH370
Saya mendapati laporan The Malaysian Insider ini amat meragukan malah tidak dapat diterima bulat-bulat kerana dapatannya hanya mengambil kesempatan daripada emosi segelintir keluarga penumpang MH70. Harus diingat, masih ramai keluarga penumpang yang masih berharap agar kerajaan Malaysia tidak berputus asa sebaliknya konsisten meneruskan pencarian tersebut.

Di dalam hal-hal keselamatan rakyat dan negara, kita tidak boleh bersandarkan emosi dan andaian untuk membuat keputusan yang tepat.

Jika terdapat 3 konsultan kardiologi (cardiologis) berjuang untuk menyelamatkan nyawa seorang patient. Ketiga-tiga cardiologis tersebut sudah pasti memiliki pengalaman dan knowledge yang berbeza-beza, management yang tidak sama, tetapi mereka mempunyai harapan yang sama iaitu menyelamatkan nyawa patient tersebut.

Begitu juga, pasukan tentera (ATM), DCA dan agensi-agensi keselamatan negara sudah pasti memiliki pemikiran dan pendekatan yang berbeza, namun sudah pasti mereka mempunyai satu tujuan yang sama, iaitu menyelamatkan secepat mungkin penumpang pesawat MH370. 

Kita harus ingat, tragedi ini adalah pengalaman pertama negara kita Malaysia, tetapi kita beruntung kerana mendapat sokongan seluruh dunia dalam usaha pencarian pesawat MH370. Ia suatu rekod dan pencapaian yang menakjubkan, dan ianya bukan mudah untuk meyakinkan negara lain membantu negara kita. Dalam hal ini, DS Hishammuddin telah berjaya dan ianya turut diakui oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dalam negara kita.

JANJI DS HISHAMMUDDIN
Janji DS Hishammuddin sebagai Menteri yang bertangggungjawab ialah akan meneruskan pencarian ke atas pesawat MH370 sehingga berjaya, walaupun mengambil masa yang lebih lama berbanding kes Air France yang mengambil masa dua tahun itu.

Perdana Menteri turut memberi jaminan bahawa pencarian akan diteruskan sehingga pesawat MH370 tersebut ditemui. Jaminan oleh kerajaan ini hendaklah diterima dengan rasa syukur dan kerajaan tidak meminta apa-apa balasan, melainkan bagi saya marilah kita pula memberi sokongan yang sewajarnya.

Kita juga harus ingat, DS Hishammuddin sebagai Menteri Pertahanan dan Pemangku Menteri Pengangkutan telah berusaha siang dan malam, dalam negara dan luar negara, 30 hari pertama beliau tidak pernah memperdulikan rehat dan kesihatan, malah tidak balik ke rumah semata-mata untuk memastikan setiap maklumat terkini dapat diguna dan disalurkan, supaya nasib penumpang dan krew MH370 dapat diusahakan.

Jika kerajaan atau pun DS Hishammuddin berniat untuk menyembunyikan maklumat-maklumat penting kepada keluarga penumpang, saya percaya DS Hishammuddin tidak perlu membuat pengumuman bahawa pesawat tersebut membuat 'turning back'. Bukankah pada ketika maklumat tersebut diumumkan oleh pihak tentera, ramai orang tidak mahu mempercayainya sehinggalah satelit Immarsat dan data-data dari satelit antarabangsa membuktikan kebenarannya.

Pesawat pejuang tentera, di mana-mana negara pun adalah mustahil untuk mengambil keputusan menembak jatuh mana-mana pesawat awam yang dipenuhi oleh  penumpang awam. Dalam sejarah moden, pesawat tentera kuasa-kuasa besar seperti Amerika, China, Britain, Perancis dan Russia tidak akan menembak pesawat awam sewenang-wenangnya apatah lagi ianya pesawat sendiri malah bukannya pesawat tentera musuh.

Di titik pesawat MH370 dikesan hilang dari radar, dan tatkala dikesan oleh radar tentera membuat turning back, kapten MH370 tidak membuat sepatahpun komunikasi dengan mana-mana menara kawalan dengan mana-mana negara yang dilaluinya, atau dengan mana-mana pesawat yang lalu lalang di sekitarnya.

Sekiranya pesawat tentera Amerika atau China berada di kawasan tersebut, dan mengesan kondisi pesawat tersebut, apakah anda memikirkan pesawat itu (MH370) perlu ditembak? Apakah keluarga penumpang pesawat MH370 mengharapkan supaya mana-mana pesawat tentera menembak pesawat MH370 yang tidak diketahui apa kejadiannya ketika itu?

ELAK PRASANGKA BURUK, NEGARA JIRAN TERSINGGUNG LAPORAN RUMORS MEDIA
Kita tidak harus wujud prasangka buruk kononnya ianya suatu 'pelan' untuk menghilangkan pesawat MH370 itu. Jika teori itu ada logiknya, mengapa pula pasukan tentera di negara-negara yang pesawat MH370 itu lalui turut tidak dapat dikesan oleh radar mereka? Apakah anda juga bermaksud negara Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Indonesia, Singapura dan Australia turut bersekongkol dengan Malaysia untuk menghilangkan pesawat MH370 itu?

Satu perkara yang saya sangat yakin DS Hishammuddin tidak akan lakukan, iaitu mengarahkan pihak tentera menembak pesawat MH370 sedangkan pada masa itu kita yakin ianya bukan pesawat musuh. 

Pada ketika itu, kita yakin ianya adalah pesawat komersial yang sedang terbang dengan operasi biasa, pihak tentera sudah pasti mempunyai alasan kukuh untuk tidak mengganggu operasi terbang pesawat itu. Sekiranya setiap kali pesawat komersial membuat turning back, adakah setiap kali itu pesawat tentera kena mengekori pesawat komersial tersebut? 

Jika anda mempunyai fikiran kerajaan Malaysia menyembunyikan maklumat tentang pesawat MH370, adakah anda juga menuduh negara-negara sekeliling seperti Thailand, Filiphina, Indonesia, Amerika Syarikat dan China turut menyembunyikan maklumat kepada keluarga penumpang?

Sudahkah anda membaca artikel terbaharu Tun Dr. Mahathir Mohamad, beliau mahukan anda tujukan soalan kepada CIA dan Boieng. Ternyata tidak ada jawapan kerana CIA dan Boieng pun turut tidak ada jawapannya! Misteri kehilangan pesawat MH370 ini adalah yang pertama kali berlaku di dalam dunia ini, di mana pakar-pakar penerbangan, pakar-pakar keselamatan turut kebingunan. Namun mereka tidak pernah 'fed up' berusaha, malah mereka juga tidak termakan dengan teori-teori yang bersifat spekulatif dan andaian semata-mata.

Pemimpin kerajaan Indonesia sendiri melahirkan rasa marah apabila terdapat media yang tidak bertanggungjawab melaporkan bahawa "radar tentera Indonesia patut dapat mengesan dan mengetahui pesawat itu terbang di ruang udara mereka", walaupun jika dengan mata kepala logik anda radar tentera Indonesia patut dapat mengesannya kerana perjalanan pesawat itu ke Lautan Hindi melalui ruang udara berdekatan negara Indonesia.

Kerajaan Singapura turut tidak melayan rumors media kononnya "Singapura patut dapat mengesan laluan pesawat tersebut semasa membuat turning back". Kerajaan Thailand dan Vietnam sendiri tidak mempunyai jawapan walaupun titik hilang dan titik turning back pesawat tersebut berada di dalam lingkungan ruang udara mereka.

Sebagaimana yang ditunjukkan oleh DS Hishammuddin, jika beliau mempunyai maklumat terkini, walau dengan hanya sehelai kertas, beliau akan memaklumkannya dengan segera. Malangnya, seperti kata pakar-pakar penerbangan dan pakar-pakar keselamatan dalam negara dan dunia luar, para penumpang mahukan sesuatu maklumat yang tidaka ada. Mereka mahukan maklumat yang advanced sedangkan kerajaan Malaysia tidak mungkin akan menyalurkan maklumat yang samar-samar, maklumat "google search" dan "hear say".

Semasa ditanya dalam program Four Corners, wartawan tersebut bertanya dalam konteks tentera dan DS Hishammuddin menjawabnya dalam konteks ketenteraan itu, yakni tentera tidak menghantar jet pejuang untuk menembak pesawat yang diketahui pesawat komersial.

Pada 8 Mac 2014, sekitar jam 1:21 pagi itu, apabila transponder berhenti memancar signal semasa penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, anda harus tahu DCA dan agensi keselamatan negara kita bukannya tidur, tetapi mereka menghubungi semua menara kawalan dan pesawat-pesawat yang berada di laluan MH370 jikalau mereka ada membuat komunikasi.

Saya bersetuju dengan pandangan DS Hishammudin bahawa, jika DS Hishammudin mengambil keputusan mengeluarkan arahan menembak pesawat komersial MH370 itu, dan semuanya pasti akan mati terbunuh, sudah tentu tidak ada harapan lagi untuk mencari. Dan kesilapan ini akan lebih membunuh masa hadapan negara kita.

Mari kita bertanya diri sendiri, apakah anda bersetuju pesawat pejuang kita menembak pesawat MH370 yang ketika itu membuat turning back dan tidak diketahui pergerakannya hendak ke mana dan tidak diketahui apa yang sedang berlegar dalam minda kaptennya! Bagi saya, DS Hishammuddin memberi jawapan yang sesuai sebagai seorang Menteri Pertahanan.

Sudah pastilah dalam keadaan gawat, dalam kondisi keselamatan penumpang MH370 diutamakan, pelbagai idea dan langkah dicadangkan dan dilaksanakan secepat yang mungkin. 

Sudah pastilah DCA turut meminta bantuan pihak tentera selepas segala mekanisme dan prosedur asal keselamatan awam dan antarabangsa telah digunakan. Bukan sahaja kepada pihak tentera, kita turut meminta bantuan para nelayan, pemancing ikan dan orang-orang kampung sekiranya mereka ada melihat kejadian pelik pada subuh 8 Mac itu. 

KESIMPULAN 
Kepada keluarga penumpang MH370, yakinlah bahawa kerajaan Malaysia tidak pernah berhenti walau sesaat pun dalam usaha mencari pesawat MH370 dan penumpangnya. Kerajaan Malaysia tidak pernah memikirkan soal kewangan kerana keutamaan kerajaan sekarang ialah mencari pesawat MH370 tersebut sehingga ditemui.

Rumors yang meragukan boleh membunuh harapan anda. Ketua pembangkang Malaysia pernah membuat rumors dan tuduhan kononnya kerajaan memadamkan data kargo pesawat MH370, apabila kerajaan mendedahkan data-data kargo pesawat MH370 itu baru-baru ini, beliau sudah tidak boleh bercakap lagi.

Begitu juga tinjauan oleh Merdeka Centre tidaklah boleh dipakai 100% kerana mereka adalah entiti yang tidak bebas sebaliknya sejarah menunjukkan mereka sering memberi laporan yang berat sebelah dan tidak adil. Terdapat banyak laporan negatif mengenai Merdeka Centre, maka kebolehpercayaannya adalah dipertikaikan.

Memainkan sentimen dan emosi keluarga pesawat MH370 yang hilang memang mudah membakarnya, namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, melayan rumors dan spekulasi yang tidak bersandarkan fakta lebih buruk kesannya kepada keluarga penumpang MH370 dan masa hadapan negara kita.

Bagi saya, DS Hishammuddin telah berusaha sebaik yang terdaya, sebagai seorang manusia biasa beliau memahami emosi dan harapan keluarga penumpang pesawat MH370, sebagai seorang Menteri beliau membawa nama baik negara dan rakyat Malaysia. Jika baru dalam tempoh tiga bulan kita belum berjaya menemui MH370, adalah tidak bertanggungjawab jika sebuah portal menyalahgunakan emosi keluarga penumpang untuk memberi gambaran awal kononnya usaha tersebut sudah gagal sedangkan kerajaan tidak pernah berhenti.

Sepatutnya, sebagai sebuah warganegara yang bertatanegara, patriotik dan dan mempunyai semangat 'a sense of ownership', kita hendaklah bersatu hati memberi sokongan kepada usaha pencarian pesawat yang paling sukar dalam sejarah dunia ini sehingga berjaya. 

Nasehat saya, janganlah mendahului ketentuan Tuhan. Kita bukan Tuhan untuk mengetahui dengan detail apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Tangggungjawab kita ialah meneruskan pencarian sehingga berjaya menemui penumpang dan pesawat MH370. 

Dipetik daripada Merdeka





MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:16 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


AWAS ... Coklat Cadbury mengandungi DNA babi

Posted: 23 May 2014 10:46 PM PDT

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum isu pengesanan DNA khinzir (porcine) dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk yang tersebar luas melalui aplikasi media sosial pada 23 Mei 2014.
Di dalam media sosial itu memaparkan keputusan analisis DNA khinzir (porcine) dikesan di dalam produk Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk.
Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985 adalah bertujuan untuk melindungi orang awam daripada bahayanya dari segi kesihatan dan penipuan pada 
penyediaan, penjualan dan penggunaan makanan dan perkara-perkara berkaitan
dengannya. 
Hasil siasatan oleh KKM mendapati tiga (3) sampel coklat Cadbury diambil untuk analisis DNA khinzir (porcine) bagi tujuan pemantauan. 

Keputusan analisis mendapati dua (2) sampel 
dikesan mengandungi DNA khinzir (porcine) iaitu: 

i) Coklat Susu dengan Kacang Hazel – Cadbury Dairy Milk Hazelnut dengan nombor 
kelompok (batch no.) 200813M01H I2 yang bertarikh luput 13 November 2014; dan 

ii) Coklat Susu dengan Buah Badam - Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan 
nombor kelompok (batch no.) 221013N01R I1 yang bertarikh luput 15 Januari 2015. 


Satu (1) lagi sampel Coklat Susu - Cadbury Dairy Milk Chocolate tidak dikesan DNA khinzir (porcine).

Pihak pengeluar iaitu Cadbury Confectionery Malaysia Sdn Bhd beri jaminan akan memanggil balik produk-produk yang terbabit dari pasaran dengan serta-merta. 

KKM menasihatkan orang ramai supaya membaca nombor kelompok (batch no.) pada 
label produk sebelum membeli atau memakannya. 

Sekiranya pengguna mempunyai sebarang persoalan, pengguna boleh mengemukakan 
kepada KKM melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) 
http://fsq.moh.gov.my atau www.facebook.com/bkkmhq 

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH 
KETUA PENGARAH KESIHATAN 
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 

SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
NAMA : NOR SUZAMAN BIN ABDUL RAHMAN 
Perhubungan Awam 
Unit komunikasi Korporat 
Kementerian Kesihatan Malaysia 
TEL : 03-8883 2782 
EMEL : n.suzaman@moh.gov.my 

* Kenyataan KKM ini disediakan Bernama

DNA khinzir: Jakim adakan mesyuarat tergempar

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang mengadakan mesyuarat tergempar susulan kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan berhubung DNA khinzir (porcine) yang dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

Penolong Pengarah (Perhubungan Awam) Divisyen Halal Hub, Jakim, Nadia Zammil Md Nasir ketika dihubungi berkata, mesyuarat tersebut diadakan dalam kadar segera bagi merungkai isu ini.

"Sebarang maklumat lanjut berkenaan isu ini akan diberikan selepas mesyuarat pada petang ini," katanya kepada Sinar Harian.

Dalam satu kenyataan akhbar hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan bahawa DNA khinzir (porcine) telah dikesan dalam coklat susu kacang hazel dan buah badam Cadbury Dairy Milk.

PRK Teluk Intan : Terima kasih PAS beri komitemen tinggi - Dyana

Posted: 23 May 2014 09:38 PM PDT



MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

TELUK INTAN: Calon DAP, yang mewakili Pakatan Rakyat, Dyana Sofya Mohd mengucapkan jutaan terima kasih kerana sangat bekerja keras membantu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.

Beliau berkata, petugas PAS daripada seluruh negara termasuklah Johor dan Kelantan bersama-sama membantu dari segi gerak kerja dan tenaga dalam misi mempertahankan kemenangan di kerusi tersebut.

"Saya ada jumpa muslimat yang datang daripada jauh seperti Johor, Kelantan membantu dalam kempen pilihan raya kecil ini. Saya sangat berterima kasih.

"Saya merasakan inilah komitmen paling tinggi yang pernah saya rasakan sepanjang penglibatan saya dalam politik," katanya ketika ditemui Harakahdaily di Bilik Operasi DAP PRK Teluk Intan, semalam.

Dyana melihat, semua jentera daripada PAS, PKR dan DAP itu sendiri masing-masing bekerja keras dalam menghadapi pilihanraya kecil ini.


Beliau mengharapkan semangat berkobar-kobar yang ditunjukkan serta kerjasama daripada jentera parti komponen dapat kekal hingga Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya.

Dalam pilihanraya ini, jentera PAS dari seluruh negara sama ada Dewan Ulamak, Dewan Pemuda, dan Dewan Muslimat serta Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dikerahkan membantu kempen.

Walaupun pelbagai kontroversi dicetuskan bermatlamat dilaga-lagakan antara PAS dengan DAP, namun PAS tidak melatah sebaliknya meneruskan semangat setiakawannya terutama dalam menempuhi pilihanraya yang dianggap penting ini. - HARAKAHDAILY 24/5/2014

Dua warga emas berbasikal ke Makkah boleh mohon jadi jemaah haji

Posted: 23 May 2014 08:30 PM PDT

MAY 23, 2014
Dua pengembara warga emas yang sedang melakukan ekspedisi berbasikal dari Malaysia ke Makkah boleh membuat permohonan untuk menjadi jemaah haji tahun ini kepada pihak Tabung Haji bagi dipertimbangkan.
Abd Karim Salleh, 64, bekas anggota komando Angkatan Tentera Malaysia (ATM), dan pesara guru Ramli Yusoff, 63, dari Semenyih, Selangor kini berada di India selepas memulakan kayuhan dua bulan lepas.
Mereka memulakan kayuhan ke Makkah dua bulan lalu dari Semenyih dan diberikan sambutan pelepasan di Kompleks Imigresen Pengkalan Hulu untuk ke Thailand oleh Persatuan Veteran Komando ATM Malaysia pada 11 April lalu.
Kedua-dua warga emas itu berhasrat untuk menunaikan umrah.
Mengulas mengenai dua warga emas itu, Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abd Azeez Abd Rahim (gambar) berkata kedua-dua warga emas itu boleh dianggap sebagai wira negara yang sanggup menggalas cabaran begitu besar.
Katanya mereka sanggup melakukan ibadah umrah di bulan Ramadan dengan hanya berbasikal ke Makkah dan kerana itu mereka wajar dipertimbangkan untuk menjadi jemaah haji tahun ini.
Abd Azeez, yang juga ahli Parlimen Baling, berharap ada permohonan kepada beliau selaku Pengerusi Tabung Haji untuk dibawa ke mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah untuk dipertimbangkan.
"Berikan saya satu permohonan mengenai hasrat kedua wira itu dan saya akan membawanya untuk dipertimbangkan pada mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah Tabung Haji yang akan diadakan tidak lama lagi. Permohonan boleh dibuat oleh pihak waris kedua mereka atau pihak Persatuan Veteran Komando ATM Malaysia," katanya.
Abd Azeez berkata demikian selepas melawat dua keluarga mangsa kebakaran Madrasah Al Zuhdiah, Kampung Carok Salang, Parit Panjang, Baling hari ini.
Dalam kebakaran itu, dua rumah yang didiami ibu tunggal dua anak dan seorang warga emas hangus sama sekali.
Abd Azeez berkata pihaknya meluluskan bantuan sebanyak RM60,000 untuk membina kembali dua rumah yang musnah bagi menempatkan kembali kedua-dua keluarga itu. – Bernama, 23 Mei, 2014.

Shabery Chik tolong lap mulut anda

Posted: 23 May 2014 06:37 PM PDT


Oleh Mohd Sayuti Omar

Ahli Majlis Tertinggi Umno Ahmad Shabery Chik mempersoalkan kenapa Pas boleh menyokong Dyana Sofya Mohd Daud calon DAP sedang parti itu menolak hukum hudud.

Kata Shabery juga, Pas mengambil Islam sebagai topeng dan ia bukan sebuah parti Islam tulen. Katanya lagi Pas tidak mempunyai prinsip dan ideologi yang tetap selain senantiasa merarucni pemikiran dan memecah belahkan rakyat demi kepentingan politik mereka.




Aduh sedap berkata-kata tanpa menilik apa yang ada di kaki sendiri. Apakah Umno tidak merupakan agen memecahkan perpaduan rakyat? Bukankah Umno mengamalkan dasar dive and role yang diajarkan oleh penjajah?



Untuk menjustifikasikan dakwaannya beliau mengungkit Pas gagal melaksanakan hudud sedangkan Malaysia sudah diikhtiraf oleh negara OIC sebagai negara maju. Shabery hendak menunjukkan yang Umno lebih Islamik dari Pas.

Mudah sahaja kita nak tanya apakah setiap negara di ikhtiraf oleh OIC itu ia merupakan negara Islam tulen. Apakah lesen atau kapisiti OIC. Tampaknya dalam memahami akan status atau pun kedudukan OIC ini menteri itu kabur. OIC hanya sebuah pertubuhan negara-negara yang memperakui diri mereka Islam. Tidak lebih daripada itu.

Cuba jenguk ke dalam negara-negara berkenaan macam mana dengan kebajikan rakyat, ekonomi, keselamatan, ketelusan dan kebersihan dalam pentadbiran dan sebagainya. Apakah bila Malaysia masuk dalam OIC ia menjadi sebuah negara Islam syumul?

Saya tidak fikir pengetahuan atau politik Shebery secetek itu, sama tinggi dengan veteran Umno bernama Mustapa Yaakub yang mendesak Setiausaha Agung Umno supaya pecat ibu Dyana, Yammy Samad kerana Yammy menyokong Dyana. Apakah veteran berkepala botak itu tidak memahami perasaan di antara ibu dengan anak yang tidak boleh dipisahkan oleh tali politik? Gong.

Mengenai sokongan Pas kepada Dyana, apakah Shebery tidak faham bahawa Pas bersama DAP dalam Pakatan Rakyat. Sebagai rakan Pas harus gentlemen menyokong rakan mereka dalam Pakatan Rakyat. Kedudukan dan pendirian Pas samalah dengan kedudukan dan pendirian Umno terhadap rakannya dalam BN, seperti Gerakan dan MCA dan lain-lain.

Sokongan Pas kepada Dyana samalah dengan sokongan Pas kepada Ramkarpal Singh di Bukit Gelugur. Kenapa Shabery tidak persoal pula sokongan Pas di Bukit Gelugur? Apakah kerana kehadiran Dyana Sofya di Teluk Intan itu akan membunuh harapan Umno menjadikan Umno akan tewas tiga kali dalam masa tidak sampai empat bulan?

Kita hendak tanya apakah bila kerana Mah Siew Keong calon BN itu tidak menyokong dasar atau prinsip Umno, maka Umno perlu menolaknya dalam pilihan raya. Tentu tidak bukan? Umno atau Shabery akan menyokong Mah Siew Keong sampai keluar air hidung dan bersyarah hingga berbuah mulut tanpa dihalang oleh warna kulit kerana Gerakan parti Mah Siew Keong itu adalah kerabat mustajab Umno dalam BN.

Itulah ada standard dalam politik. Soal DAP menolak hudud itu dan Dyana menyatakan dia tidak akan sokong kalau Pas kemukakan private bill itu perkara lain dalam konteks pilihan raya dan maufakat. Hey Shabery Islam terlalu seni dan adil, bukan bermakna kalau anda pegang botol arak anda sudah kemabukan. Menolak hudud itu adalah hak DAP, sama dengan hak PAS menolak pendirian-pendirian lain DAP dalam agama dan bangsa tetapi selagi persapakatan wujud mereka harus saling sokong menyokong.

Kalau hendak diambil kira dan menuduh Umno juga sama degan DAP jika berpandukan kepada apa yang berlaku dalam Dewan Undangan Terengganu yang dikuasai Umno dimana dewan itu telah tolak hukum hudud. Apakah dengan apa yang berlaku di DUN Terengganu itu menggambarkan sikap dan wajah keseluruhan Umno? Ia juga menggambarkan hati budi Shabery Chik.

Begitu juga dengan sikap Umno yang tidak bersetuju dengan pandangan dan sikap Gerakan dan MCA di dalam BN. Apakah didalam BN itu Umno menyokong dan bersetuju seratus peratus dengan kehendak Gerakan dan MCA? Tidakkan?

Misalnya Cina tetap mahukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina diwujudkan, manakala Umno inginkan satu sekolah sahaja, venkular. Apakah kerana perbezaan itu menyebabkan Umno tidak akan sokong MCA atau Gerakan. Tidakkan?

Kepada Shabery carilah isu lain yang lebih ampuh kalau pun hendak 'gerodok' Pas. Biarlah isu-isu yang berkualiti dan memperlihatkan kematangan kita berpolitik. Politik era ini bukan lagi politik era sebelum 13 Mei, atau pun politik dizaman mulut belengaih, dimana orang Melayu perlu melihat Cina dengan penuh kebencian dan sebaliknya. Politik hari ini politi realistik bukan politik rasis dan emosional sehingga membawa kepada kebodohan seperti dua tiga buah Ngo.

Sebagai seorang menteri dan pemimpin pelapis Umno kalau masih terus membawa politik titik bengik dan hujah yang tidak berpengkalan kepada dasar sebenar, malanglah negara ini bermenterikan tuan sebagai seorang menteri. Tidak anihlah kalau kabinet di zaman Najib Razak ini seperti kabinet "kerengga" sahaja 

Gaun Nikah Kim Kardashian Bernilai RM6.4 Juta

Posted: 23 May 2014 05:31 PM PDT



Diterbitkan: Sabtu, 24 Mei 2014 12:11 AM

uy89u
Kim Kardashian dan Kanye West dikatakan bakal berkahwin dalam masa terdekat ini.

PERKAHWINAN Kim Kardashian dan Kanye West nampaknya bakal berlangsung secara gilang-gemilang tidak lama lagi.

Menurut laporan Showbizspy, gaun Kim sahaja dikatakan bernilai RM6.4 juta rekaan pereka terkenal Sarah Burton dan dia menginginkan gaun jenis V-neck seperti yang digayakan isteri Putera William iaitu Kate Middleton pada pernikahannya sebelum ini.

"Gaun tersebut dianggarkan berharga lebih kurang RM6.4 juta. Tiada siapa yang akan melihat gaun itu sehinggalah pada mahlis pernikahannya nanti.


"Ada tiga gaun yang dihasilkan, namun Kim masih belum memilih gaun yang ingin dipakainya," kata sumber.

Difahamkan, Kim bersama pasangannya Kanye West benar-benar mahu menyaingi perkahwinan diraja Kate dan William pada Aprill 2011 lalu.

Pasangan itu mahu perkahwinan mereka bakal menjadi momen indah yang tidak akan dilupakan oleh semua orang.

PRK Teluk Intan : Apa kata TGNA

Posted: 23 May 2014 07:57 AM PDT

  • Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
 1 / 1 
Teluk Intan : Pandangan Saya

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan kuliah yang lain.

2. Berhubung pilihan raya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. Pas tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak dari hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi Pas. Bersama-sama DAP dan juga PKR, Pas telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi Pas sebagaimana yang dilakukan Umno sebelum ini.


4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan Pas dengan DAP. Dalam hal ini, Pas sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat Pas ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat Pas dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah Umno yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam BN, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen Umno sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira Umno perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah Pas kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah Umno bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat PR menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!


Salam hormat.


DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

23 Rejab 1435H

Piala Dunia: Perancis minta makanan halal, Algeria minta Al-Quran

Posted: 23 May 2014 06:35 AM PDT




HARAKAHDAILY | .

KUALA LUMPUR: Meskipun Perancis bukanlah negara umat Islam, namun skuad bola sepak negara itu ke Piala Dunia 2014 meminta tuan rumah, Brazil menyediakan makanan halal kerana terdapat pemainnya yang beragama Islam seperti Karim Benzema dan Franck Ribery. 

Salah satunya ialah daging yang mesti disembelih sesuai kaedah Islam. Untuk hal ini, permintaan Perancis sememangnya munasabah termasuk untuk para penyokongnya yang beragama Islam.

Perancis diletakkan dalam kumpulan E bersama Ecuador, Honduras dan Switzerland.

Sementara, Algeria yang merupakan sebuah negara yang mempunyai penduduk majoriti muslim pula meminta Brazil menyediakan kitab suci Al Quran di semua bilik hotel yang akan ditempatkan para pemain dan staf pelatih.

Dengan adanya Al-Quran, para pemain dan staf pelatih tidak perlu lagi bersusah-susah membawa Al-Quran saat menuju Brazil.

Algeria berada dalam kumpulan H bersama Belgium, Russia dan Korea Selatan.

 
Pasukan Perancis.


Pasukan Algeria.

PRK Teluk Intan : Berjaya tambat hati Melayu, peluang cerah Dyana menang

Posted: 23 May 2014 04:12 AM PDT


MAY 23, 2014
Keputusan DAP mencalonkan setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud yang juga merupakan graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada pilihan raya kecil (PRK) Teluk Intan dilihat sebagai langkah strategik bagi meraih undi orang Melayu di Parlimen berkenaan.
Ia sekali gus diharap dapat mengembalikan kepercayaan orang Melayu dan mengubah persepsi negatif mereka terhadap parti berkenaan.
Persoalannya, mampukah strategi ini berjaya pada PRK Teluk Intan nanti?
Jika statistik Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijadikan ukuran, maka DAP khususnya Dyana perlu bekerja keras bagi menambat hati orang Melayu yang merupakan majoriti kaum kedua terbesar di Teluk Intan.
Parlimen Teluk Intan mempunyai seramai 60,439 orang pengundi berdaftar dengan 42% orang Cina, 38% orang Melayu dan 19% orang India.
Menariknya, pada PRU13 lalu, Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong yang juga merupakan calon BN pada PRK kali memperoleh 74% undi Melayu, 15% undi Cina dan 50% undi India meskipun BN kalah kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majorit 7,313 undi.
74% undi Melayu kepada BN menggambarkan betapa orang Melayu secara terbuka menolak kepimpinan DAP di Parlimen Teluk Intan pada PRU13. Tambahan pula, jika diteliti secara dekat, kebanyakan undi untuk BN datang dari kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Changkat Jong yang penduduknya 64% orang Melayu dengan majoriti 1,118 undi sementara kebanyakan undi untuk DAP datang dari DUN Pasir Bedamar yang penduduknya 69% orang Cina dengan majoriti besar 13, 037 undi.
Parlimen Teluk Intan mempunyai dua DUN di bawahnya iaitu Pasir Bedamar dan Changkat Jong.
Mampukah Dyana mengubah pendirian 74% undi orang Melayu yang menyokong Mah daripada parti Gerakan pada PRU13 yang lalu dan meyakinkan mereka untuk mengundi beliau selaku calon Melayu daripada parti DAP pada PRK kali ini?
Dilema orang Melayu Ini merupakan situasi yang jarang berlaku dalam pilihan raya di Malaysia apabila calon Melayu parti majoriti Cina seperti DAP akan bersaing dengan calon bukan Melayu parti komponen BN dan semestinya situasi ini menyebabkan orang Melayu berada dalam keadaan dilema terutamanya bagi golongan pengundi atas pagar.
Untuk rekod hanya dua ahli Parlimen DAP yang berbangsa Melayu iaitu di Bukit Bendera, Zairil Khir  Johari dan di Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz. Mereka menang pada PRU13 yang lalu dengan menewaskan calon bukan Melayu.
Situasi di Teluk Intan kali ini persis seperti di Bukit Bendera di mana calon Melayu DAP menentang calon bukan Melayu Gerakan dan majoriti penduduknya adalah kaum Cina. Mampukah skrip Bukit Bendera berulang kembali di Teluk Intan? Sama-sama kita nantikan 31 Mei ini.
Apa yang penting ialah Dyana perlu berusaha menambat hati orang Melayu di Teluk Intan dan mengembalikan kepercayaan mereka kepada beliau. Jika perkara ini berjaya dilakukan, maka peluang cerah untuk Dyana Sofya menang pada PRK ini dan seterusnya membolehkan beliau menjadi ahli Parlimen termuda dan ahli DAP wanita berbangsa Melayu pertama dalam sejarah Malaysia. – 23 Mei, 2014 -  – Hamri Ibrahim

Bangunlah, seorang Melayu yang ditakuti Umno

Posted: 23 May 2014 03:01 AM PDT

Pegawai polis John Brown selalu benci saya.
Untuk apa yang saya tidak tahu.
Setiap kali saya menanam biji benih, dia berkata, "Bunuh ia sebelum ia tumbuh."
Dia berkata, "Bunuh mereka sebelum mereka tumbuh." - Bob Marley, I Shot the Sheriff.
Kemasukan Dyana Sofya Mohd Daud ke dalam arena politik diterima dengan serangan bertubi-tubi oleh segelintir mereka yang berjawatan tinggi dalam Umno: Seorang ahli Majlis Tertinggi Umno, ketua Wanita Umno dan tidak lain tidak bukan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Tetapi mengapa seorang ahli politik mentah seperti Dyana menerima perhatian yang banyak daripada mereka yang berkuasa dalam kerajaan? Saya berpendapat ia adalah kerana dia mewakili semua ciri-ciri yang Umno tidak mahu lihat pada kaum Melayu - berkebolehan, yakin dan bebas.
Tidak terikat daripada budaya bergantung kepada tongkat tidak sihat yang dicipta dan dikukuhkan oleh Umno melalui propaganda dan ketakutan yang berterusan - semuanya untuk mengekalkan kuasa Umno di Malaysia.
Pembebasan daripada budaya tongkat yang dihasilkan Umno menjadi titik permulaan kepada berakhirnya kekuasaan Umno kerana ia bermakna Umno tidak lagi boleh mengambil mudah undi Melayu yang menjadi lubuk undi mereka sejak Merdeka lagi (kecuali pada 1999).
Inilah sebabnya mengapa mereka sanggup membunuh karier politik Dyana Sofya sebelum ia bermula. Dyana Sofya merupakan ancaman yang lebih besar daripada tokoh-tokoh pembangkang Melayu yang  lama berada dalam persada arena politik hanya kerana motifnya yang tidak boleh dipersoal.
Mengikut definisi Umno, Nurul Izzah Anwar adalah sebahagian daripada dinasti politik, Ariff Sabri adalah seorang Umno yang tidak berpuas hati dan Zairil Khir Johari bukanlah seorang Melayu tulen.
Bagaimanapun, bukanlah senang untuk memburukkan seseorang seperti Dyana Sofya, terutamanya dalam perkiraan mereka, dia mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk hilang segala-galanya. Dia adalah seorang Melayu kelas tengah yang membesar di Malaysia dan berkelulusan dengan ijazah perundangan daripada UiTM.
Yang lebih menonjol, ibunya seorang ahli Umno. Dia seolah-olah adalah sebahagian daripada produk yang dihasilkan daripada kilang Umno. Kehidupan yang selesa sudah ada di depan matanya jika dia memilihnya seperti apa yang dipilih oleh orang sebelumnya. Bagaimanapun, dia menolak jalan tersebut untuk jalan yang berliku dan penuh dengan cabaran.
Hari ini dia bertanding atas tiket DAP dan lantang bersuara menentang ketidakadilan oleh kerajaan persekutuan yang dikepalai oleh Umno. Dia tidak melakukan ini kerana dia tidak bersyukur atau seperti "kacang lupakan kulit", tetapi dia mengiktiraf dia berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang membayar cukai dan kepada seluruh warganegara Malaysia keseluruhannya.
Ini adalah sesuatu yang asing atau tidak dapat diterima oleh kepimpinan Umno kerana mereka masih bertakuk dalam pemikiran feudal. Dan perkara ini menghantui mereka.
Ia menakutkan mereka kerana mungkin ada ramai lagi yang seperti Dyana Sofya di luar sana. Orang Melayu yang suara hatinya tidak boleh dibeli dan tidak akan tunduk kepada pemikiran feudal pemimpin-pemimpin Umno.
Orang Melayu yang memilih untuk hidup dalam sinaran kebenaran, kesaksamaan dan keadilan, dan berniat untuk membina Malaysia yang lebih baik dengan seangkatan warganegara Malaysia yang lain.
Tiba masanya untuk kita menunjukkan Umno mereka berhak rasa takut dengan perkembangan ini. Bangunlah wahai Melayu yang berkebolehan, yakin dan bebas! – 23 Mei, 2014
* Penulis ialah pembaca The Malaysian Insider.
Artikel ini diterjemahkan daripada tulisan asal Umran Kadir bertajuk Arise, the Malay that Umno fears.

Dyana: 'Umno tak sesuai dengan jiwa saya'

Posted: 23 May 2014 02:02 AM PDT

  • Dyana Sofya - Foto Sinar Harian oleh YUSRIZAL YUSOFFDyana Sofya - Foto Sinar Harian oleh YUSRIZAL YUSOFF
 1 / 1 
TELUK INTAN - "Saya bukan tidak pernah untuk mendekati Umno, tetapi apabila saya sertai program mereka, acap kali tarikan parti tersebut tidak sampai kepada saya," demikian respon calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud ketika ditanya tentang Umno.

Dyana berkata, sejak di zaman universiti lagi beliau aktif menyertai program yang dianjurkan oleh Umno di universiti.

"Saya sering berkongsi-kongsi idea bersama rakan-rakan ketika menyertai program yang Umno jalankan.

"Namun saya rasa Umno tidak sesuai dengan jiwa saya," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian di Pusat Operasi Utama DAP, di sini, hari ini
.

Sementara itu ketika disoal mengenai bagaimana beliau boleh tertarik untuk menyertai DAP, gadis manis ini berkata, program minum petang bersama pemimpin parti itu membuatkan beliau jatuh hati kepada parti berkenaan.

"Saya mula mengenali DAP secara dekat sejak pertemuan dengan setpol Penasihat DAP Lim Kit Siang yang ketika itu YB Zairil Khir Johari.

"Sejak itu, saya sering bertukar-tukar pandangan dengan pemimpinnya. Bermula dari pertemuan itu, saya semakin dekat dengan DAP sehinggalah sekarang," katanya.

Nama Dyana turut dikaitkan dengan parti terbesar itu berikutan beliau lahir dalam keluarga yang menyokong Umno sejak sekian lama.

Ibu Dyana, Yammy Samat sebelum ini menjawab kekecewaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad apabila calon DAP Teluk Intan merupakan keluarga menyokong perjuangan parti berkenaan dengan berkata," saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz tapi bila besar, dia jadi Marina".

PRK Teluk Intan bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Dyana dengan Datuk Mah Siew Keong dari Barisan Nasional.

Pada PRU13, Mah tewas kepada calon DAP, Seah Leong Peng dengan majoriti 7,313 undi.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya itu 1 Mei lalu akibat kanser.

Rusuhan Pemuda Umno: Mana suara Najib, Khairy?

Posted: 23 May 2014 01:19 AM PDT



WIRA6995-001
KUALA LUMPUR, 23 MEI: Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan bantahannya terhadap tindakan Pemuda Umno yang melakukan kekecohan di hadapan ibu pejabat DAP semalam dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Rabu lalu, jika tidak ingin terus dilihat sebagai pemimpin yang lemah.
Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo berkata, insiden itu telah memalukan Umno, terutama Najib yang seringkali melaungkan slogan 'transformasi' dan mendakwa keharmonian dan rekonsiliasi nasional sebagai agenda utama kerajaan pimpinannya.
"Aksi-aksi keganasan ini menjadi peringatan tegas tentang politik Umno serta kelemahan kepimpinan Najib yang jelas gagal menunaikan janji-janji pembaharuannya.
"Kami mendesak beliau, selaku pemimpin (tertinggi) Umno dan Barisan Nasional untuk memberikan maklum balas. Beliau perlu mengambil tanggungjawab penuh (ke atas insiden semalam)," katanya dalam sidang media pagi tadi.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Serdang Ong Kian Ming sekali lagi mendesak Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin untuk memohon maaf dan mengambil tindakan terhadap 'anak-anak buahnya' yang melakukan kekecohan di hadapan ibu pejabat DAP semalam.
"Khairy seorang yang sangat aktif di laman twitter. Beliau suka memberikan komen (dalam pelbagai perkara). Namun, beliau tidak ada sebut apa-apa pun berkenaan kejadian ini.
"Justeru, sekali lagi saya mendesak beliau agar memohon maaf serta mengambil tindakan terhadap ahli Pemuda Umno yang terlibat dalam insiden semalam," katanya.
Menteri Belia dan Sukan itu adalah antara ahli politik yang menjadikan laman sosial sebagai kaedah utama mendapatkan sokongan, namun seringkali berdiam diri apabila dihadapkan dengan isu-isu yang tidak memihak dirinya.
Polis akan ambil tindakan
Dalam pada itu, Timbalan Pengerusi DAP Tan Kok Wai memaklumkan, polis akan mengambil tindakan, termasuk membuat tangkapan kepada individu yang terlibat dalam kejadian semalam.
"Saya bercakap dengan Ketua Polis Daerah (OCPD) Suprintendan (Nor) Azman (Muhamad Yusuf), dia maklumkan polis sedang siasat dan akan membuat tangkapan. Tangkapan di bawah tiga kesalahan, iaitu intimidasi jenayah, soal perhimpunan aman dan perbuatan khianat," katanya dalam sidang media sama.
Namun, beliau tetap menyatakan kekesalan kerana tangkapan tidak dibuat ketika insiden itu berlangsung, tidak seperti apa yang dilakukan kepada peserta perhimpunan aman sebelum ini.
"Polis buat banyak tangkapan ketika perhimpunan aman dan 'vigil'. Tetapi tiada sebarang tindakan diambil semalam. Kita harap polis tunjukkan mereka berkhidmat untuk rakyat, bukannya Umno," katanya lagi.
Ketika rusuhan semalam, peserta merosakkan papan tanda DAP di hadapan pintu masuk bangunan, selain mengugut untuk membakar bangunan parti. – Roketkini.com

PRK Teluk Intan - Samseng Politik: Mengapa Dyana diserang sebegitu rupa?

Posted: 23 May 2014 12:06 AM PDT



_DSC0730

PRK Teluk Intan tidak akan memberi apa -apa kesan besar kepada UMNO dan Barisan Nasional. Sama ada ia kalah atau menang, ia bukan persoalan besar buat koalisi pentadbir negara.

Namun reaksi UMNO-BN dalam kempen ini agak luar biasa. Mereka seolah-olah tergamam dengan pencalonan DAP yang meletakkan seorang wanita muda yang mahu memperjuangkan nasib rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Jika mengikut logik politik, calon DAP yang baru berkecimpung dalam politik itu Dyana Sofya tentunya tak mampu menyaingi kehebatan calon BN yang diwakili Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.

Namun cara serangan dan taktik kotor UMNO-BN menggambarkan mereka sedang berdepan dengan kemelut politik yang besar.

Mereka menghantar mat rempit untuk mengganggu lawatan Dyana ke pasar malam. Mereka menghantar jagoan kampung untuk menghalau rombongan kempen Dyana dari desa mereka.

Pimpinan UMNO pusat mengutuk Dyana dan memperlekehkan kemampuannya – kerana dia seorang wanita Melayu beragama Islam yang berani menjadi ahli parti pelbagai kaum DAP.

Di alam maya, walaupun sambutan positif terhadap Dyana amat memberangsangkan, masih ada bajingan siber yang mencipta Facebook palsu untuk memfitnah dan memburukkan calon DAP tersebut.

Bagi pimpinan UMNO khususnya, Dyana hanyalah budak baru belajar yang bertanding melawan tokoh besar BN. Jika begitu, mengapa begitu dahsyat sekali serangan terhadap anak jati Perak itu?

Apalah agaknya yang amat ditakuti oleh UMNO?