Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:46 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dyana: Cantik Sahaja Tak Cukup - Pengundi Lelaki

Posted: 22 May 2014 10:28 PM PDT


Diterbitkan: Jumaat, 23 Mei 2014 9:53 AM


Dyana Sofya

TELUK INTAN: Wajah jelita, senyuman manis dan lirikan mata menawan Dyana Sofya Mohd Daud setakat ini masih gagal mempengaruhi pengundi muda lelaki untuk memilihnya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, 31 Mei ini.
Tinjauan mStar Online dalam kalangan pengundi muda lelaki menunjukkan rupa paras bukan faktor utama dalam memilih wakil rakyat, sebaliknya khidmat kepada masyarakat lebih utama.
Bagaimanapun, rata-rata berpendapat personalitinya peguam berusia 27 tahun itu membantu kerana beliau mudah mendekati rakyat semasa berkempen.
Bagi Salim Abdullah, 35, kecantikan anak kelahiran Ipoh, Perak itu tidak cukup membantu kerana beliau masih baharu dalam politik.
"Dyana memang cantik tetapi masih baharu tak ada pengalaman untuk jadi wakil rakyat, jadi terpulang kepada pengundi sama ada nak beri dia peluang dan dinilai khidmatnya atau sebaliknya," katanya.
Namun bagi Benjamin Giftjayasingh, 26, tarikan fizikal Dyana bukan mendorong pengundi untuk memilihnya sebagai wakil rakyat tetapi melihat parti mana yang diwakilinya.
"Letaklah makcik tua sekali pun sebagai calon, tapi kalau dia boleh buat kerja, kenapa tidak.
"Orang juga mahu tahu parti yang dia wakilinya. Saya sokong Dyana bukan kerana dirinya atau kecantikannya tetapi reputasi yang ada pada DAP," katanya.
Seorang pemuda yang hanya mahu dikenali sebagai K.C dan berusia 23 tahun pula menganggap cantik itu subjektif tetapi ketika ini bukan itu yang jadi pertaruhan tetapi masa depan rakyat perlu diberi perhatian utama.
"Mungkin saya kata dia cantik, tetapi orang lain ada pandangan berbeza.
"Kecantikan dia bukan kelebihan untuk beliau memancing undi tetapi ia membantu beliau lebih dikenali sebagai calon," katanya.
Muhammad Faisal Firdaus Yahya, 22, pula tidak menafikan Dyana sememangnya cantik, malah akan dipandang berulang kali jika berselisih dengan calon itu.
"Cantik memanglah cantik, tetapi saya lihat dari poster dan risalah sahaja.
"Mungkin Dyana kena lebih banyak buat lawatan bertemu dengan penduduk sini," katanya.
Simon Benedict, 23, berkata, cantik itu satu bonus buat seseorang calon untuk dirinya lebih mudah mendapat perhatian rakyat.
"Peluang itu boleh digunakan Dyana tetapi yang lebih penting tunjukkan apakah perubahan yang beliau boleh buat kerana bagi pengundi adalah kesungguhan untuk berkhidmat kepada rakyat yang jadi utama," katanya.

PRK Teluk Intan - "Mike Tyson" serang BN

Posted: 22 May 2014 06:56 PM PDT




Muhammad Muhd Taib
  (Ubah saiz teks)
GEORGE  TOWN: Pentas kempen Pakatan Rakyat bagaikan tersasar apabila kepemimpinan pembangkang menggunakannya untuk menyerang Barisan Nasional (BN) dan Umno yang pada realitinya tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor.

PRK yang akan berlangsung Ahad ini menyaksikan DAP bukan dicabar BN, sebaliknya Parti Cinta Malaysia serta dua calon Bebas.

Tambah menarik apabila ceramah pada malam Khamis itu dihangatkan lagi dengan kehadiran bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib yang membuat penampilan istimewa ketika kempen berbaki dua hari lagi.

Selepas berpuluh tahun bersama perjuangan BN dan Umno, Muhammad yang juga bekas Naib Presiden Umno ketika berucap mendakwa tidak mahu sebarang jawatan, sebaliknya menyertai pembangkang untuk mengetengahkan sisi negatif kem lamanya itu.

Beliau juga mendakwa, berdasarkan trend politik masa kini dengan kehadiran pembangkang di Johor misalnya, Pakatan Rakyat akan membawa perubahan dalam tempoh empat tahun menerusi Pilihan Raya Umum Ke-14.

"Kita dapat lihat di Johor, dahulunya ketika zaman saya, tiada pembangkang tetapi sekarang Pakatan Rakyat menang 18 kerusi.

"Di Selangor, semasa saya jadi MB, hanya ada dua kerusi DAP, tapi sekarang 44 kerusi. Saya dah tengok akan berlaku perubahan dalam tempoh empat tahun lagi," katanya pada ceramah di Island Glades, Jalan Delima di sini, malam Khamis.

Muhammad juga mendakwa  Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai), Jeff Ooi (Jelutong) dan Rafizi Ramli (Pandan) layak menjadi menteri pada bila-bila masa sahaja.

"Saya pernah bersama Umno. Jadi saya tahu orang di sini (Pakatan Rakyat) lebih baik daripada orang di sana (Umno-BN)," katanya.

Pada masa sama, beliau turut mempersendakan kemelut politik di Terengganu yang menggemparkan negara beberapa minggu lalu.

"Di Terengganu, kerajaan baru hampir dibentuk dan bakal mendapat MB baru tetapi ada juga pemimpin yang 'go head go stan' (menarik balik keputusan)," katanya.

Dalam ceramah itu juga, beliau memuji tindakan penasihat DAP, Lim Kit Siang kerana menurunkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calon di Teluk Intan.

Sementara itu, pakatan pembangkang dilihat sudah kehabisan modal untuk berkempen apabila menjadikan isu sepasang panda yang baru tiba di Malaysia sempena hubungan diplomatik kedua negara selama 40 tahun itu dalam ceramah mereka.

"Kerajaan habiskan banyak duit hanya untuk sepasang panda ini. Sekarang sudah tak boleh berhutang, kena buat GST sebab mahu bagi panda makan," kata Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat


Seorang maut 2 parah dirempuh bas ekspres di Gua Musang

Posted: 22 May 2014 04:11 AM PDT

Oleh Ramli Ibrahim
Gua Musang: Seorang maut, dua parah dan tiga lagi cedera selepas dirempuh sebuah bas ekspres yang terbabas di Kilometer 72 Jalan Gua Musang - Kuala Krai, dekat sini, kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.
Mangsa yang maut adalah kakitangan Road Care Sdn Bhd, Mohd Zakarman Bedol, 41, dari Kampung Bukit Ipoh, Jeli, manakala mereka yang parah dan cedera adalah kakitangan Institut Kerja Raya Malaysia (IKRAM). 
Difahamkan, ketika kejadian semua mangsa sedang menjalankan kerja mengorek tar di tepi jalan bagi tujuan pemeriksaan kualiti. 

Saksi kejadian memberitahu melihat lima bas ekspres melalui laluan berkenaan untuk menghala ke Kuala Lumpur, sebelum bas kedua terbabas dan merempuh semua mangsa, serta sebuah van dan Toyota Hilux milik syarikat yang diletakkan di tepi jalan.
Foto
FOTO Ihsan Pembaca

Semua mangsa termasuk maut dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk rawatan, manakala pemandu bas dan 10 penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan.

#CELAKA UMNO - MCA tuduh Umno barbarik serbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang

Posted: 22 May 2014 03:27 AM PDT

OLEH EILEEN NG
MAY 22, 2014
Beberapa lelaki meninggalkan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas kejadian merempuh masuk dan berbuat kecoh dalam dewan, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.Beberapa lelaki meninggalkan bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang selepas kejadian merempuh masuk dan berbuat kecoh dalam dewan, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.MCA menyertai musuh politiknya DAP apabila mengecam rakannya dalam Barisan Nasional (BN), Umno selepas ahli parti Melayu itu menyerbu Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam, dengan memberi amaran, tindakan barbarik (kasar dan kuno) itu akan menjauhkan lagi pengundi daripada parti pemerintah itu.
Dalam kenyataan keras empat paranya, Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng, berkata tindakan ahli Umno itu barbarik, menghina Dewan Udangan Negeri dan tidak menghormati prinsip yang bertamadun.
"Tindakan barbarik dan ganas oleh ahli Umno dan Pemuda Umno hanya akan membuat pengundi menolak BN, selaku ahli komponen parti, MCA dan Gerakan selalu terdedah kepada kerosakan nama baik apabila turut dikecam dan dikrtitik oleh pengundi.
"Bahkan, masih ada pemimpin Umno dan Pemuda Umno masih bertanya mengapa orang Cina tidak menyokong MCA.
"Jika pemimpin Umno masih mahu bertanya kenapa pengundi tidak menyokong BN, mereka harus perhatikan apa yang dibuat oleh ahlinya. Jika Umno mahu kepercayaan pengundi dan menyokong, mereka harus mendisiplinkan dahulu ahlinya," katanya.
BN hilang majoriti dalam dua kali pilihan raya berturut-turut dan yang paling teruk kalah adalah MCA dan Gerakan sedangkan sokongan kepada Umno terus meningkat daripada sokongan pengundi luar bandar.
Tan berkata, Malaysia adalah negara demokratik dan masyarakatnya bertamadun, menyebabkan serbuan ke dewan undangan negeri tidak patut dilakukan.
Katanya, jika ahli Umno tidak berpuas hati dengan kenyataan ahli dewan, masih banyak ruang demokratik dan bertamadun boleh dibuat berbanding dengan perbuatan menyerbu dewan negeri.
Dalam kejadian jam 2.15 petang semalam, kira-kira 60 berjaya memecah masuk pintu pagar automatik dan menyerbu masuk ke dewan undangan negeri di Lebuh Light.
Di dalam dewan mereka menjerit menuntut Adun Seri Delima, R S N Rayer, yang tidak ada dalam dewan pada sesi petang, untuk memohon maaf berikutan kenyataan "Umno celaka" yang dibuatnya sehari sebelum itu.
Dewan sedang berehat ketika mereka memasukinya dan mereka meninggalkan dewan itu kira-kira 10 minit kemudian dengan diiringi keluar oleh unit protokol.
Susulan kejadian itu, polis menahan 12 orang berumur antara 32 hingga 55 tahun. – 22 Mei 2014.

PRK Teluk Intan: Umno lebih tertekan daripada Gerakan - Datuk Raja Kamarul Baharin

Posted: 22 May 2014 01:51 AM PDT




MUHAMMAD FAEEZ AZAHAR | .

TELUK INTAN: Pencalonan Dyana Sofya sebagai calon DAP di Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan memberikan tekanan besar kepada Umno.

Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Baharin raja Ahmad berkata, Dyana akan membuat satu perubahan yang amat ketara kepada mentaliti orang muda khususya golongan wanita.

Dyana katanya telah membuktikan bahawa orang muda berbangsa melayu boleh cemerlang di dalam parti lain selain Umno.

"Dyana adalah satu simbol kebangkitan anak muda di negara ini dan ianya menyebabkan Umno sangat tertekan kerana Dyana adalah orang melayu.

"Gerakan tidak apa-apa, kalau kalah pun tiada masalah. Tapi Umno apabila perubahan besar berlaku, anak muda Melayu akan bangkit dan tidak lagi tertekan dengan konsep minda orang 'Melayu hanya dengan Umno'," katanya ketika ditemui Harakahdaily selepas sidang media di Bilik Operasi DAP PRK Teluk Intan, dekat sini hari ini.


Beliau menjelaskan pemimpin berintegriti, profesional dan berani seperti Dyana sangat kurang di dalam Umno.

Ketika ini kata beliau, orang muda khususnya berbangsa Melayu yang punyai ketokohan telah beralih arah ke parti-parti lain seperti PAS, PKR dan kini tertarik kepada DAP.

"Umno nak cari mana lagi? semua orang muda yang akan menentukan arus dan arah tujuan negara seperti sofya tidak bersama dengan mereka.

"Umno sangat gerun dengan beliau (Dyana) bukan kerana peribadi tetapi simbolisme yang akan berlaku. Itu yang Umno takut," tegasnya.

Saya juga belajar Muay Thai - Dyana Sofya

Posted: 22 May 2014 12:48 AM PDT





SALMIYAH HARUN | .


KUALA LUMPUR: Siapa sangka di sebalik wajah yang lembut, calon DAP Teluk Intan Dyana Sofya Mohd Daud sedang belajar seni bela diri Muay Thai.

Beliau yang yang cukup terserlah dengan sifat keperempuanan mengakui mula belajar sukan lasak itu sejak Febuari lalu dan masih di peringkat permulaan.

"Saya juga mengamalkan sukan Muay Thai sejak Februari lalu. Saya masih di peringkat 'beginner'," katanya dipetik dalam tembual eksklusif dengan Mstar Online.


Dyana turut memberitahu beliau suka memakai baju kurung berkain songket bahkan mempunyai banyak koleksi baju kurung dirumahnya.

Beliau juga seperti anak gadis yang lain suka membeli belah secara online dan menyifatkan semua gadis mempunyai 'masalah' itu sama seperti dirinya.

Menjelas peribadinya, Dyana berkata beliau adalah seorang yang begitu komited dengan kerja dan berusaha untuk mencapai sesuatu dalam hidup dengan bersunggh-sungguh.

Dyana mengakui beliau merupakan 'hantu coklat' dan akan memakan coklat terutama apabila tidak berkesempatan untuk mengambil hidangan lengkap.

"Saya seorang 'hantu coklat'. Saya akan pastikan coklat dibawa ke mana-mana," katanya yang tidak mengemari makan segera tetapi menyukai masakan gulai lemak pucuk ubi dan sambal tumis.

Mengulas pujian banyak pihak terhadap rupa parasnya, Dyana berkata beliau menghargai pujian itu tetapi akan memastikan rakyat lebih menilai yang dikatakanya.

Dalam temubual itu, Dyana turut mendedahkan dirinya masih single namun dan tidak mahu berkongsi lanjut kerana belum sampai masanya.

Dyana, 27, merupakan anak perempuan tunggal pasangan Mohd Daud Ismail dan Yammy Samat. Beliau juga merupakan bekas Setiausaha Politik Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Pilihan Raya Kecil Teluk Intan yang akan diadakan pada 31 Mei ini bakal menyaksikan pertanding dua penjuru antara calon DAP Dyana Sofya dengan calon BN Datuk Mah Siew Keong. - HARAKAHDAILY 22/5/2014

MyWatch dakwa anak CPO beli kereta mewah

Posted: 21 May 2014 11:53 PM PDT


Hampir setahun selepas ditembak, pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini tampil dengan dakwaan rasuah dalam pasukan polis.

Anggota PKR itu mempersoal kekayaan luar biasa anak lelaki 30 tahun seorang ketua polis negeri.

Dakwaanya, penganggur itu membeli dua kerewa mewah tahun lalu – Jaguar dan Audi A5 – yang kedua-duanya bernilai RM1.1 juta.

Akaun banknya juga, dakwa Sanjeevan, mempunyai transaksi bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan sehingg April lalu.



"Kebetulannya di sini apabila dia mempunyai kaitan dengan syarikat senjata api. Syarikat senjata api itu pula di negeri yang sama dengan di mana bapanya menjadi ketua polis," katanya kepada pemberita di sebuah restoren di Kuala Lumpur.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama ketua polis negeri tersebut sementara menunggu komen rasminya. - malaysiakini

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


NEGARA BESAR CHINA OFFER PANDA KEPADA MALAYSIA

Posted: 22 May 2014 10:24 PM PDT



Dalam konteks hubungan diplomatik, kalau Thailand tawarkan kita Gajah pun susah kita nak cakap tidak, apa lagi jika tawaran ini datang daripada sebuah negara yang besar seperti China; yang boleh memberi kelebihan kepada Malaysia dari segi keselamatan dan perdagangan berbilion ringgit. Apa yang pembangkang mahu? Agar Malaysia ada masalah dengan negara-negara kuasa besar dunia. Kedatangan Obama ke Malaysia dan Diplomasi Panda China merupakan perkara besar dalam hubungan diplomatik Malaysia dengan kuasa besar dunia. Jika hubungan Malaysia tidak baik dengan negara-negara ini, pembangkang boleh menggunakan kesempatan ini untuk melangsungkan agenda mereka - misalnya menggunakan Al-Gore untuk menyokong reformasi jalanan 98 atau menggunakan ahli Parlimen gay Australia untuk menghentam Malaysia dalam pelbagai isu terutama yang berkaitan Anwar Ibrahim...


Signifikan hubungan diplomatik Malaysia - China

Ramai yang mempertikaikan apakah signifikan Malaysia menerima dua ekor panda gergasi (Fu Wa & Feng Yi) dan perlu menanggung kos yang tinggi. Umum sedia maklum bahawa ianya adalah sebahagian daripada meraikan Program Perjanjian Kerjasama Konsensus Panda Gergasi antara Malaysia - China pada tahun 2012 dan usaha menyokong langkah konservasi haiwan sedunia, ianya juga melambangkan keakraban dan penghargaan dua negara menjalinkan hubungan diplomatik selama 40 tahun dan kerjasama erat dalam pelbagai perkara.

Hubungan Malaysia - China bermula apabila China mengutus rombongan pertama ke Malaysia pada bulan Ogos 1971 dan telah mengubah pendirian lamanya dan mengiktiraf kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat. Dalam perhimpunan agung PBB Oktober 1971, Malaysia menyokong pemulihan kerusi Republik Rakyat China di PBB. Pada 28 Mei - 2 Jun 1974 adalah tarikh signifikan Malaysia - China apabila, Zhou Enlai (Perdana Menteri China) dan Tun Abdul Razak (Perdana Malaysia) menandatangani Pengumuman Bersama Penjalinan Hubungan Diplomatik China-Malaysia pada 31 Mei 1974. Sejak 1985 terdapat 10 perjanjian persefahaman (MOU) dalam bidang ekonomi, pendidikan, teknologi sains dan sukan. Malaysia adalah antara 10 pelabur terbesar di China manakala China kini rakan perdagangan terbesar Malaysia dan pasaran eksport terbesar mencatatkan perkongsian eksport sebanyak 14.3% berbanding Amerika iaitu 8% dan Eropah 9% . Perdagangan dua hala antara Malaysia dan China mencecah RM 121 Billion pada 2014 (di antaranya nilai eksport Malaysia ke China lebih besar daripada nilai eksport China ke Malaysia).

Oleh demikian, dua panda gergasi adalah simbolik dan nilai persahabatan yang tidak ternilai diantara dua negara. Panda tersebut hanyalah dipinjamkan selama 10 tahun, sekiranya berlaku apa-apa perkara yang buruk atau menyebabkan kematian sudah tentu ianya juga memberi gambaran yang tidak baik kepada Negara. Maka kos yang ditanggung adalah usaha untuk menunjukkan keseriusan Negara dalam menghargai perhubungan yang dijalinkan. Kalau dulu, China menghantar Puteri Hang Li Po sebagai tanda diplomatik tetapi tidak dipinjamkan, malah berkahwin dengan Sultan Mansur Syah.Namun itu dahulu, kini zaman moden, mungkin kaedah simbol diplomatik juga berbeza. 

Semoga perkongsian ini membuka pemahaman dan peneriman rakan-rakan yang lain.

-Hafiz Ariffin  (Ikon Varsiti Kesukarelawan B.Harian 2014)

Antara info tentang panda di seluruh dunia

1. Hanya terdapat 17 zoo di 12 buah negara yang ada panda ni.

2. Panda di National Zoo Washington DC di sewa RM 3.3 juta setahun iaitu RM 33 juta utk 10 tahun. Tetapi untung bersih dari penjualan barangan cenderahati panda SAHAJA adalah RM 3.85 juta setahun.

3. Panda di Zoo Toronto menyumbangkan kepada 10% peningkatan keahlian Zoo dan pertambahan 300 ribu pengunjung setahun. Ini memberi pulangan RM 10 juta setahun.. (^_^)

4. Zoo Edinburgh merekodkan jualan tiket melebihi 50% dari biasa sejak kedatangan panda. Jumlah pendapatan adalah triple dari 27 juta kepada RM 81 juta setahun. 

5. Zoo Edinburgh juga mencatatkan peningkatan pelawat zoo apabila Panda mula mendiami zoo mereka daripada 536,000 pada tahun 2011 kepada 800,000 pada hujung tahun 2012. 

6. Zoo Atlanta kena melobi kerajaan China selama 12 Tahun untuk dapatkan panda Zoo San Diego kena belanja RM 16 juta bagi kempen dapatkan panada. (^_^)

7. Terdapat 17 Zoo di 12 buah negara di dunia ini yang menyimpan panda dengan kos yang memakan puluhan juta untuk menguruskan mereka, tetapi mereka tetap menyimpan kerana pulangan yang dibawa oleh seekor haiwan paling comel di dunia iaitu PANDA sangat menguntungkan.

Malaysia? Tak perlu melobi.. Tak perlu berkempen. China tawarkan atas menghargai 40 tahun persahabatan Malaysia dan China.

HUTANG NEGARA MENINGKAT?...ADUH PENING KAPLA!

Posted: 22 May 2014 08:55 PM PDT


Betul ke hutang negara semakin menimbun dan negara nak bankrap? 

Apa benar akibat hutang negara yang meningkat kepada RM529.9 bilion ini maka setiap orang dari 28 juta penduduk di Malaysia terpaksa menanggung hutang kerajaan secara nisbah dan puratanya RM18,000 seorang. 

Lojikkah kita membuat andaian dangkal tersebut? 

Lojikkah juga andaikan pembangkang dapat memerintah Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menterinya atau Presiden Republik Pakatan Rakyat Malaysia merangkap Menteri Kewangan maka segala hutang negara boleh diatasi? 

Semua dapat pendidikan dapat percuma, barang keperluan murah, tol tiada, minyak murah, semua dapat rumah, kereta jadi murah hatta MH370 yang hilang boleh dicari sesaat saja? 

Hakikatnya semua itu adalah auta seorang tukang mimpi dan pengkhayal tersohor! 

Mari kita kaji carta-carta berikut…



Lihat pula kedudukan semasa rizab dan aset Bank Negara Malaysia (BNM) ini. Adakah kita akan bankrap kerana tak dapat bayar hutang? Berapa ramai yang telah menjadi peminta sedekah dan merempat di jalanan?


Rizab dan Aset Bank Negara sehingga 22 Mei 2014

Bil
Rizab dan Aset Bank Negara
Jumlah Aset dalam
US$ Dollar
1
Rizab Wang Asing
118.5 bilion
2
Rizab dalam IMF
        1 bilion
3
Hak Pengeluaran Khas (SDR)
        2 bilion
4
Rizab Emas
     1.5 bilion
5
Aset Rizab
     8.1 bilion

Jumlah Rizab Antarabangsa
  131.1 bilion

Rizab antarabangsa ini bersamaan RM427.6 bilion. Paras rizab ini mampu membiayai 9.2 bulan import tertangguh dan 1.3 kali hutang luar negeri jangka pendek





Rizab dan Aset Bank Negara

Jumlah Aset dalam
RM
7
Emas dan Pertukaran Asing serta Rizab-rizab Lain termasuk SDR
427,568,808,213
8
Kertas Kerajaan Malaysia
1,852,271,927
9
Deposit dengan Institusi Kewangan
11,252,243,249
10
Pinjaman dan Pendahuluan
6,463,518,643
11
Aset-aset Lain
7,455,017,785

Jumlah
454,591,859,817



Modal dan Liabiliti

Jumlah Aset dalam
RM
12
Modal Berbayar
100,000,000
13
Rizab
59,167,293,149
14
Mata Wang dalam Edaran
73,879,297,112
15
Deposit Institusi Kewangan
175,107,831,230
16
Deposit Kerajaan Persekutuan
9,983,267,080
17
Deposit Lain-lain
2,636,507,280
18
Kertas Bank Negara
98,311,404,342
19
Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR)
6,783,406,670
20
Liabiliti-liabiliti Lain
28,622,852,954

Jumlah
454,591,859,817

Sumber: http://www.bnm.gov.my

Rajah di atas jelas menunjukkan kita masih lagi mempunyai rezab dan aset negara yang kukuh. Inilah bukti kejayaan kerajaan selama hampir 57 tahun memerintah. Ditegaskan hutang luar negara adalah masih rendah iaitu RM16.9 bilion sejajar dasar kerajaan mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman lebih rendah dan mampu meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing. 

Sedangkan hutang dalam negeri yang banyak (RM512.3 bilion) itu meliputi hutang-hutang awam Kerajaan Negeri pada Kerajaan Persekutuan, hutang Kerajaan Pusat dan Negeri pada bank-bank tempatan dan juga hutang-hutang perniagaan GLC pada bank-bank dalam negara. Ertinya hutang tersebut hanya berlegar dalam negara. Kita tidak tertakluk dan bergantung pada negara asing atau hutang antarabangsa sama sekali! 

Jadi apa perlu kita risau jika hutang dalam negara boleh diuruskan dengan baik dan dibayar secara ansuran atau berperingkat-peringkat setiap bulan kepada pihak pemberi pinjaman. 

Hakikatnya, setiap pendapatan negara yang kebanyakannya dikutip dari hasil percukaian akan digunakan untuk tiga tujuan utama berikut: 
  • · Perbelanjaan Mengurus 
  • · Pembayaran Hutang 
  • · Simpanan/Rezab 
Hakikatnya defisit perbelanjaan negara adalah perkara biasa dalam ekonomi sesebuah negara di dunia. Mengikut teori ekonomi defisit hanya boleh diatasi jika semua subsidi dihapuskan. Namun sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, perkara ini tidak akan berlaku kerana sifat keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa menjaga mendahulukan kesejahteraan rakyat.



Subsidi telah dimansuhkan secara berperingkat-peringkat bagi memberi ruang kepada rakyat meningkat pendapatan mereka. Malah wang dari penjimatan subsidi tersebut disalurkan kembali kepada rakyat secara bersasar seperti bantuan BR1M, biasiswa, pembinaan infrastruktur pendidikan, kesihatan, perumahan rakyat PR1MA dan sebagainya. 

Inilah kebijaksanaan kerajaan menguruskan kewangan negara. Tak perlu kita menuduh, memfitnah dan memaki hamun pihak lain yang bertungkus lumus membangunkan negara jika kita sendiri tidak tahu mentadbir dan menguruskan ekonomi negara ini. 

Kenapa kita perlu mempertikai kemampuan kerajaan menguruskan hutang negara? Sebagai contoh, pada tahun 2011 Malaysia telah terbukti berjaya menguruskan pembayaran hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Felda kepada Asian Development Bank (ADB) dan Bank Dunia sejak 1965-2002 berjumlah US$3,931 juta - sesuatu yang di luar jangkaan pihak pembangkang yang sering mempertikaikan kemampuan negara membayar hutang. 

Ini adalah sebahagian dari contoh kecil yang menunjukkan kemampuan negara mengendalikan hutangnya. Mana-mana kerajaan di dunia terpaksa berhutang demi pembangunan dan kesenangan rakyatnya. Cuma yang membezakan ialah Malaysia berjaya menguruskan hutang negara dengan cemerlang kerana kebijaksaan para pemimpinnya menguruskan kewangan. 

Syukur kita kepada Allah kerana kepimpinan negara berjaya mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan. 47 buah GLC kini bergerak aktif dalam Bursa Saham Malaysia dan dapat menjana kewangan serta pembangunan negara. Semua ini merupakan sebahagian ikthiar kita mengelak negara dari bankrap akibat hutang! 



Apa bezanya dengan pembangkang? 

Punaisihat Mr Mansuh banyak berjanji akan guna segala rezab untuk mempercumakan segala-galanya. Kesannya rezab akan menyusut dalam masa beberapa bulan saja dan mendedahkan negara kepada risiko bankrap, penyeludupan berleluasa, kehadiran lebih ramai pendatang haram untuk bersama-sama merebut nikmat percuma negara kita. 

Bila ini terjadi bebanan kerja pihak penguatkuasa akan bertambah sedangkan mereka juga berjanji akan mengurangkan bilangan kakitangan awam termasuklah polis. Adakah pihak pembangkang masih belum cukup inzal berfantasi kononnya tugas itu boleh dilaksanakan dengan cemerlang oleh seorang robocorp

Adakah kita mahu mengikut desakan seorang dua tuan punahsihat ekonomi yang bertenggek cari makan dalam pakatan pembangkang untuk menasihatkan kita berkaitan pengurusan ekonomi negara? 

Belajar dari contoh pengurusan FELDA 

Contoh paling baik ialah apa akan jadi jika kerajaan dan Felda tunduk pada desakan pembangkang yang ingin menghalang penyenaraian saham Felda Global Venture (FGV) dulu. Sudah pasti Felda kini akan berada ditakuk lama memanjang tanam sawit saja. Namun dihari penyenaraiannya, FGV berjaya mengumpulkan tunai RM10.45 bilion. Keuntungan tersebut turut dinikmat warga Felda.


Namun kerana kebijaksanaan Felda, GLC ini berjaya ke tahap global hingga mampu membuka banyak syarikat, hotel dan lain-lain perkhidmatan di luar negara termasuk bekerjasama dengan UAE membuka hypermarket LULU tahun hadapan. 

Hakikatnya, Malaysia ramai pakar dalam dan luar negara yang lebih kredible dan berdedikasi memberi nasihat bahkan ternyata perdana menteri kita sendiri juga seorang graduan ekonomi.

Mana-mana kerajaan di dunia pun akan bayar hutang luar negaranya secara beransur-ansur agar tidak mengganggu keseluruhan sistem kewangan negara mereka. Macam kita juga, jika ada duit banyak sekalipun adakah kita akan langsai semua hutang sekaligus tanpa memikirkan bahagian untuk simpanan luar jangka?


MOHD SAYUTI OMAR KATA PAS PARTI DAYUS

Posted: 22 May 2014 06:35 PM PDT

gambar terkini mohd sayuti omar

Penulis pro-reformasi, Mohd Sayuti Omar (MSO) yakin seratus peratus hukum hudud yang diwar-war sekarang ini tidak akan dilaksanakan di Kelantan.

"Saya tetap yakin hampir 100% hukum hudud tidak akan dapat dilaksanakan memadangkan kepada berbagai halangan dan masalah yang ada hari ini. Selagi prasarananya tidak siap sepenuhnya ia tidak mungkin dijadikan kenyataan,"katanya dalam tulisan bertajuk "Hampir 100 peratus hudud tidak akan dapat dilaksanakan."

MSO membuat ulasan susulan berikutan satu wacana yang dihadirinya bertajuk "Hudud: Ke manakah Kelantan?" di Kuala Lumpur and Selangor Chinese Assembly Hall, 20 Mei.

Selain MSO, wacana yang dipengerusikan Wan Ji Wan Husin itu turut dibarisi oleh dua ahli panel yang lain; Dr Abdul Aziz Bari (Pensyarah Unisel) dan Ibrahim Mohamad (bekas pegawai Kias).

Menurut MSO, hudud tidak akan kembali bergema tanpa cabaran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan, Datuk Husam Musa.

"Isu hudud bergema hebat sekarang ini apabila ianya mula dibangkitkan oleh Husam Musa, yang mendesak agar kerajaan Kelantan mengambil inisiatif untuk laksanakan hudud. Sekiranya ia tidak disentuh oleh Husam saya fikir kerajaan Kelantan tidak jadi segalak seperti hari ini menangani hudud.

"Selepas Husam buat desakan bersifat cabaran itulah, baru Ahmad Yaakub dan timbalannya ghairah untuk melaksanakan hukum hudud dengan membawa cerita untuk membawa private bill ke parlimen bagi memboleh Jadual ke 9 dipindah untuk membolehkan hukum dilasksanakan. Ahmad membuat penegasan jaminan hudud akan dilaksanakan tahun 2015. Beliau juga membayangkan resposibilitinya akan meletak jawatan sekiranya hudud tidak dilaksanakan.

"Alasan Husam ketika membuat seruan itu, masakan setelah 20 tahun selepas Kanun Jenayah Syariah II (KSJ2) diluluskan (1993) tetapi pelaksanaannya masih belum dibuat. Husam kurang senang hudud hanya timbul dan panas sewaktu pilihan raya saja. Sesuatu yang mungkin ramai tidak diketahui, KSJ2 yang diluluskan itu masih belum diwartakan sampai ke hari ini. Justeru langkah permulaan yang tidak pun perlu kerjasama dengan Umno kerajaan Kelantan perlu wartakan dulu kanun berkenaan."

Berasaskan premis ini, MSO beranggapan hudud hanyalah tidak lebih daripada agenda politik dan gimik PAS Kelantan semata-mata.

"Bagi saya melihat kepada halangan dan juga sikap tidak serius kerajaan Kelantan itu jelas menunjukkan hudud hanya menjadi modal dan gimik politik semata-mata. Ianya sebagai syiar saja buat PAS seperti mana masjid sebagai syiar Islam di sesebuah kampung atau kawasan. Bagi PAS, hudud dijadikan buah tangan bagi Ahmad Yaakub kerana beliau tidak ada idea lain untuk ditonjolkan kepada rakyat selepas bergelar MB Kelantan.

"Manakala UMNO pula cuba mengambil kesempatan dengan menyatakan sokongan terhadap hudud yang ditentang hangit sebelum ini. Sokongan UMNO itu menunjukkan parti itu ingin menangguk di air keruh dan dalam masa sama bertujuan memecahkan perpaduuan dalam PAS dan Pakatan Rakyat."

MSO turut mengulas pandangan Dr Aziz Bari dalam wacana tersebut.

"Abdul Aziz mengulangi padangannya sebelum ini, bahawa untuk melaksanakan hudud ia tidak memerlukan kepada pindaan Perlembagaan, hanya perlu meminda seksyen-seksyen kecil saja yang tidak pun memerlukan kuasa dua pertiga di parlimen. Ertinya Kelantan sudah boleh melaksanakan hudud kalau pun tidak dipinda Perlembagaan.

"Bahkan katanya kerajaan Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri tidak memerlukan pindaan Perlembagaan untuk melaksanakan hudud kerana (hal ehawal agama) adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri. Hukum hudud termasuk dalam syariah Islam. Perkara ini sudah lama beliau maklum atau menasihatkan kerajaan Kelantan.

"Beliau melihat kerajaan Kelantan tidak fokus untuk melaksanakan hudud, bahkan tidak pun tahu untuk menguruskan melaksanakan hukum hudud. Jawatankuasa hudud yang ditubuhkan dimana beliau salah seorang ahli yang dilantik tidak pernah mengadakan mesyuarat untuk membincang kemajuan mengenai hudud. Hakikat ini membuktikan Kelantan main-main dengan hudud.

"Berdasarkan itu katanya kerajaan Kelantan tidak serius, atau pun kabur untuk melaksanakan hudud."

Abdul Aziz dilaporkan FMT turut mengkritik PAS yang didakwanya gagal menjadi 'taiko' dalam Pakatan Rakyat (PR).

"PAS sendiri perlu menjadi 'taiko' di dalam PR, sebaliknya PAS hanyalah sebuah parti yang tidak tahu bagaimana untuk menaikkan namanya dan mereka bukannya parti yang mendahului dalam PR.

"Ahli Parlimen PAS tidak pernah belajar daripada kesilapan lalu, mereka sendiri sudah tahu rang undang-undang persendirian yang dibawa pembangkang akan diletakkan di bahagian paling bawah untuk dibaca oleh speaker dewan. Kenapa mereka tetap membawanya ke Parlimen walaupun sudah menjangkakan akan ditolak?" soalnya.

Seperti MSO, Abdul Aziz menyimpulkan agenda hudud hanya untuk memecahbelahkan perpaduan PR.

"PAS tidak sedar bahawa kini mereka telah masuk ke dalam perangkap Umno, dan Umno pula telah berjaya untuk memecahbelahkan PAS dan DAP," katanya.


DYANA BERSAMA PASAR BABI, OK TAK ?

Posted: 21 May 2014 11:51 PM PDT

DYANA SOFYA DI PASAR BABI MENCARI UNDI CINA
Nampaknya calon parti DAP Dyana Sofya Mohd Daud dilihat semakin melangkah 'jauh' dalam kempennya untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan.
Satu gambar dari blog Nalurirakyat.blogspot.com memaparkan gambar Dyana melawat sebuah pasar yang menjual daging babi di kawasan Parlimen berkenaan.
Sudah pastinya ia sebagai salah satu cara kempen DAP yang menjadi parti yang menaungi perjuangan politik Dyana untuk meraih undi sebanyak mungkin di Teluk Intan termasuk dari bangsa cina.
Dikatakan beliau yang merupakan Setiausaha Politik kepada Penasihat DAP Lim Kit Siang turut masuk ke dalam pasar berkenaan bagi mendekati pengundi.
Tindakan beliau dikecam blog pro Barisan Nasional (BN) yang menyifatkan tindakannya sebagai membelakangkan hukum dalam Islam yang meletakkan babi sebagai haram.
Bukanlah jadi satu dosa untuk memasuki pasar yang menjual daging haiwan itu cuma ia bakal mencalarkan sensitiviti umat Islam dan ia akan disifatkan sebagai tidak menghormati agama tambahan pula Dyana adalah seorang Islam.
Adakah beliau membersihkan diri dengan bersamak selepas melawat pasar itu tidak pula diketahui.
Daripada gambar yang dikongsikan, jelas kelihatan kaki babi tergantung untuk dijual kepada pelanggan di dalam pasar berkenaan.
Setahu penulis, kempen oleh calon Umno dalam Barisan Nasional (BN) tidak pula pernah memperlihatkan tindakan mereka masuk ke pasar menjual babi.
Demi kerusi di dalam Dewan Rakyat yang terletak di bangunan Parlimen, seseorang itu sanggup melakukan apa sahaja sehingga sanggup membelakangkan sensiviti umat sesama agama sendiri.