Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:59 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


JANGAN JADI MELAYU KALAU TIDAK TAHU KONTRAK SOSIAL DAN PERKARA 153

Posted: 20 May 2014 07:36 PM PDT



Apa itu Kontrak Sosial dan Perlembangaan 153 :-

1.Ketuanan Melayu ialah kontrak sosial hasil persetujuan orang cina dan Melayu dimana orang Melayu adalah tuan kepada Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) adalah Malaysia. Orang Cina yang dibawa masuk oleh British adalah pendatang dan orang cina (nenek moyang mereka) bersetuju bahawa mereka sebagai orang cina akan patuh dan kekal disifatkan sebagai terhutang budi kepada orang Melayu kerana kesanggupan dan kesediaan orang Melayu menerima mereka sebagai warganegara Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia) walau orang Melayu tidak mahu menerima orang cina.

2.Tetapi orang Melayu terpaksa bersetuju sebagai prasyarat British memberikan kemerdekaan kepada Persekutuan Tanah Melayu. Orang Melayu yang terdesak untuk merdeka tidak boleh menunggu lagi dan pada waktu itu negara China telah menutup pintu dari menerima orang cina di Malaysia dan British yang tahu akan hal ini telah awal awal mengumumkan tidak mahu orang cina ini dibawa masuk ke British. Jadi orang Melayu telah tersepit dan terpaksa menerima orang cina.

3.Oleh itu, sebagai timbal balik kerana kesanggupan dan kesediaan apa yang disifatkan sebagai pengorbanan orang Melayu untuk menerima orang cina, perlembagaan memberi peruntukan khas kepada orang Melayu dalam bentuk hak istimewa dan ini dimaktubkan di dalam Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (sekarang) adalah Malaysia. Persetujuan quid pro quo atau saling beri-memberi ini dipanggil kontrak sosial.

4.Walaupun konsep ketuanan Melayu ini wujud sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, tetapi pemimpin Melayu yang tidak mahu mengunkitkan hal bahawa cina adalah pengkhianat dalam tragedi 13 Mei 1969 dan mengambil sikap berdiam diri untuk menjaga hati cina supaya orang Melayu tidak melabelkan kaum cina sebagai pengkhianat dan untuk membuang perasaan orang cina itu sendiri bahawa mereka adalah pengkhianat terhadap perjanjian perlembagaan.

5.Ketuanan Melayu tidak menjadi satu perkara yang disebut ramai sebelum tahun 2003 kerana orang cina pada masa itu semua akur dan tunduk dibawah pemerintahan Tun Mahathir yang menjaga orang Melayu. Tentangan paling kuat terhadap konsep ini adalah dari Parti Tindakan Demokratik (DAP) selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan. Tetapi sebelum kemerdekaan yang pelik nya, orang cina bersetuju terhadap konsep Ketuanan Melayu kerana pada masa itu mereka mahukan hak kerakyatan. Selepas menerima kerakyatan yang diberi oleh orang Melayu, mereka secara perlahan lahan menentang sehingga lah menjadi rusuhan kepada 13 Mei 1969.

6.Konsep keulungan dan ketuanan Melayu ini mendapat perhatian dalam tahun 1940-an apabila orang Melayu bersatu untuk menentang penubuhan Malayan Union dan kemudian, berjuang untuk kemerdekaan. Semasa tahun 60-an, terdapat usaha yang cukup besar untuk mencabar ketuanan Melayu, diketuai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) dari Singapura iaitu selaku abang kandung kepada DAP sekarang.

7.Tragedi 13 Mei 1969 menyaksikan kebangkitan ultra Melayu yang mendesak agar kerajaan parti tunggal diketuai UMNO, supaya menekan Melayu adalah "orang asal" di Malaysia. Rusuhan kaum mengakibatkan perubahan besar dalam pendekatan kerajaan kepada isu perkauman, dan menyebabkan pengenalan Dasar Ekonomi Baru(DEB) iaitu dasar tindakan afirmatif yang secara agresif untuk menjaga hak hak orang Melayu. Bermula penubuhan Dasar Ekonomi Baru(DEB) orang cina sudah mula berpakat untuk menguasai dan menindas orang Melayu didalam sektor swasta bagi menunjukkan penentangan mereka kepada Dasar Ekonomi Baru(DEB).

8.Selepas Tun Mahathir meletakkan jawatan iaitu dalam tahun 2003, ahli-ahli politik cina mula bersuara dan menekankan untuk menghapuskan ketuanan Melayu, dan membidas secara keras terhadap apa sahaja dasar kerajaan sehinggalah kepada kontrak sosial.

#PRKTelukIntan : Calon DAP KANTOI bila ditanya adakah beliau BONEKA DAP?!! @NajibRazak @DrNovandri #Dyana #MohPilihMah #Dyana4TelukIntan #BattleofTelukIntan

Posted: 20 May 2014 05:30 PM PDT



King control...Kit Siang tunjuk siapa bos depan Dyana

SELASA, 20 MEI 2014 14:46  HELME HANAFI 


Dyana Sofya Mohd Daud, calon DAP di PRK Parlimen Teluk Intan kena akui siapa boss atau ketua apabila dasar parti itu dipersoal.
Dan bagi memastikan dasar DAP serta komen-komen dibuatnya tidak menjejas imej parti itu, ahli parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang sentiasa mengiringi pekerjanya itu.

Kit Siang sentiasa memerhati serta mengawasi dari jarak dekat komen-komen setiausaha politiknya itu khusus membabitkan sidang media Dyana.

Komen-komen Dyana setakat ini menguntungkan DAP dikaca mata kaum Cina apabila Dyana seiring dengan dasar-dasar DAP seperti isu hudud, UiTM dan sebagainya.

Tetapi agak malang komen-komen terbuka Dyana nampaknya telah menghiris hati kaumnya sendiri kerana belum jadi wakil rakyat, dia sudahpun menunjukkan belangnya.

Pendek kata komen Dyana kurang disenangi dikalangan orang-orang Melayu. Ini nyata merugikan peluang mendapat undi dari pengundi berbangsa Melayu. Sokongan PAS padanya tidak bererti penyokong serta ahli PAS akan memberikannya undi.

Antara komen negatifnya mengenai isu UiTM yang mana menurutnya tidak patut ditubuhkan semata-mata untuk orang-orang Melayu—ini dasar rasis UMNO.

Menyedari komen ini membakar dirinya, Dyana dalam kenyataan media terbaru mencadangkan sebuah universiti ala-ala UiTM ditubuh untuk bangsa lain pula.

Sebelum ini Dyana mengkritik UiTM yang ditubuhkan hanya untuk orang-orang Melayu serta anak ahli-ahli UMNO sehingga mereka yang tidak berkelayakanpun diberi keutamaan.

Untuk rekod Dyana adalah pelajar UiTM dalam bidang undang-undang manakala ibunya pula ialah bekas Setiausaha kerja UMNO bahagian Ipoh timur di Perak.

Ibunya mengesahkan dia adalah ahli UMNO seumur hidup.

Sebelum itu (Sabtu) Kit Siang hadir di majlis pengumuman calon DAP yang diumumkan anaknya Lim guan Eng, begitu juga dalam banyak program dihadiri Dyana.

Pagi Selasa di sidang media Pusat Operasi Utama DAP berlaku 'adegan yang tidak ingin kita lihat' apabila Kit Siang tidak membenarkan Dyana jawab soalan wartawan yang ditujukan kepada calon DAP itu.

Perkara itu menjadi rungutan dikalangan wakil media kerana ditanya kepada orang lain, orang lain pulak menjawab.

Sidang media yang sepatutnya menjadi tempat untuk Dyana mempamerkan kebolehan menjawab soalan berdasarkan pemikiran sendiri terjadi sebaliknya.

Kisahnya begini, seorang wartawan bertanya soalan kepada Dyana iaitu, berkaitan dakwaan tindakan DAP mencalonkan beliau adalah untuk memperalat Melayu dan apakah Dyana bersedia untuk menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz jika berlaku pada dirinya."

Secara tiba-tiba Lim Kit Siang mengambil mikropon dan menjawab soalan berkenaan.

Tak puas hati dengan jawapan Kit Siang, wartawan itu terus 'shot' lagi bertanya apakah prinsip serta mampukah Dyana menerima apa yang terjadi terhadap Tungku Aziz.


Kit Siang mencelah lagi dan mengajukan semula soalan kepada wartawan berkenaan "adakah anda tahu apa yang terjadi terhadap Tunku Aziz?

Pada masa sama ahli parlimen Puchong Gobind Singh Deo dan ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua mencelah dan membidas soalan wartawan berkenaan.

Akhirnya tiada jawapan daripada mulut Dyana. Bukan itu saja, persoalan tadi tidak dijawab sepenuhnya oleh DAP. Sidang media tamat.

Rumusan pihak media ialah Dyana seperti tidak bebas bersuara sebaliknya dipantau dan diperhati.

Yang nyata Kit Siang seperti takut jawapan Dyana akan menjejaskan imej parti.

Selama ini Dyana mengikut rentak DAP termasuk dalam isu hudud yang mana apabila ditanya media Dyana berkata jika terpilih sebagai ahli parlimen Teluk Intan, dia akan mengundi mengikut DAP.

Ironinya PAS tidak hirau komen atau reaksi DAP dan Dyana sebaliknya secara terbuka menyokong Dyana sebagai calon DAP dalam PRK Teluk Intan pada hujung bulan ini.

PAS sebelum ini memperlihat sokongan apabila Timbalan Presidennya Mat Sabu hadir di majlis pengumuman calon oleh Guan Eng Sabtu lalu.

Sikap terbaru PAS juga memeningkan kepala para penyokongnya di Teluk Intan apabila Naib Presidennya Salehuddin Ayub juga secara terbuka dipetik berkata:

"PAS menyokong Dyana di Teluk Intan.

Katanya PAS tidak boleh menghalang hak Dyana untuk mengeluarkan kenyataan yang berpihak kepada partinya meskipun ia bersifat penentangan terhadap apa yang diperjuangkan PAS.

"Ini bukan perkara baru. Merujuk pada DAP sejak hari pertama kita kenal,mereka memang tidak pernah sokong hudud. Namun ini tidak menggugat pendirian PAS terus bersama DAP dalam perkara-perkara yang diperjuangkan bersama, juga tidak akan menjejaskan usaha PAS untuk terus perjuangkan hudud.

"Dyana calon DAP, tentu dia sokong pendirian parti dia. Takkan dia buat kenyataan sokong PAS."-20/5/2014 OLEH HELME HANAFI

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Pesawat MAS selamat mendarat di Langkawi setelah dipanah petir!

Posted: 20 May 2014 04:05 PM PDT


Sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang disambar petir ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Langkawi, selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi sejurus sebelum tengah hari semalam.

Menurut pihak Malaysia Airlines, pesawat penerbangan MH1348 itu segera diperiksa dan kemudian dibenarkan berlepas.

Pesawat berkenaan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang pukul 10.55 pagi.

"Pesawat telah tiba di Kuala Lumpur dan meneruskan penerbangan mengikut jadual tanpa apa-apa masalah," menurut MAS dalam satu kenyataan.

Pesawat MAS direka untuk mampu menahan panahan petir dan mengalirkan cas elektrik melalui sistem keselamatan yang dipasang pada pesawat.

Wasabi Oyabun..

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


BN tiada cadangan ambil tindakan terhadap Yammy?

Posted: 20 May 2014 05:51 AM PDT


Barisan Nasional, BN, tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan kepada ahlinya, Yammy Samat iaitu ibu kepada calon DAP dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud kerana membantu anaknya itu dalam kempen pilihan raya tersebut.

Yammy Samat adalah ahli UMNO dan pernah menjadi Setiausaha UMNO Bahagian Ipoh dari 1976 hingga 1980.

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa parti itu tidak berminat untuk mengambil tindakan terhadap Yammy kerana itu adalah haknya sebagai seorang ibu!

"Itu adalah hak individu dan ianya tidak menjejaskan ibu bapa mana-mana calon yang bertanding disini," katanya kepada pemberita sejurus selepas pengumuman calon PRK Teluk Intan disini pagi tadi.

Sebelum ini, Yammy menegaskan bahawa beliau akan membantu anaknya itu dalam berkempen dan sokongan serta bantuannya itu tidak lebih hanyalah semata-mata kerana beliau adalah ibu kepada Dyana Sofya.

Beliau turut menyerahkan kepada UMNO jika hendak mengambil tindakan terhadapnya.

Beliau dipetik sebagai berkata ""Saya menyokong anak, bukan parti... saya sama sekali tidak akan keluar daripada parti Umno. Saya sebagai ibu, bagaimanakah anda jika berada dalam keadaan saya...saya akan temankan dia sepanjang kempen ini,".

Terdapat desakan daripada NGO veteran UMNO yang mahukan parti itu melucutkan keanggotaan ibu kepada Dyana Sofya kerana menyokong dan membantu anaknya yang bertanding sebagai calon DAP dalam pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan.

Setiausaha Agung NGO tersebut, Datuk Mustapha Yaakob berkata perbuatan itu jelas menyalahi perlembagaan parti dan juga menghina parti dan tiada gunaya parti itu menyimpan ahli yang secara teranga-terangan menjejaskan kredibilit dan menghina parti.

Suara Politik
Belantan

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:22 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Musim mengarut kembali lagi, Umno gelabah

Posted: 20 May 2014 10:37 PM PDT

OMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
MAY 21, 2014
Pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud, anak Melayu bertanding di Teluk Intan atas tiket DAP bagai menafikan kenyataan Melayu itu Umno. Gambar fail The Malaysian Insider.Pencalonan Dyana Sofya Mohd Daud, anak Melayu bertanding di Teluk Intan atas tiket DAP bagai menafikan kenyataan Melayu itu Umno. Gambar fail The Malaysian Insider.Musim mengarut itu kembali lagi, Umno gelabah apabila lebih banyak bukti menunjukkan kenyataan gahnya iaitu Umno adalah Melayu dan Melayu adalah Umno, hanyalah sekadar satu kenyataan dan tidak lebih daripada itu.
Uri antara Umno dan Melayu sudah lama terputus. Tetapi mereka masih berlagak menjadi barisan hadapan bagi orang Melayu.
Kini, mereka buat-buat seperti terkejut dan marah apabila Dyana Sofya Mohd Daud bertanding di pilihan raya kecil Teluk Intan atas tiket DAP. Dia digelar tidak kenang budi dan pengkhianat. Mereka yang memberikan gelaran itu adalah hanya tindakan hipokrit yang memberitahu rakyat Malaysia kita patutnya dan selamanya berterima kasih kepada mereka.
Bagi mengekalkan semangat Umno, The Malaysian Insider menawarkan lima sebab mengapa kita perlu 'tabik' kepada ahli politik Umno.
1)Kita mesti berterima kasih kepada Umno kerana mereka mengaburkan antara yang benar dan salah; memadam kesalahan rasuah. Terima kasih kepada Tetuan Najib, Muhyiddin dan Mahathir.
Rakyat Malaysia boleh hidup melebihi keperluan, menipu cukai, beli kereta dan rumah menggunakan duit haram dan tidak menyesal atau bersalah. Kenapa? Kerana semua pemimpin Umno begitu. Kita ulang saja.
Bukan hanya seorang menteri Kabinet yang akan lulus ujian pengesan bohong mengenai bagaimana mereka mengumpul kekayaan dan dengan ajaibnya semua pemeriksaan terhadap mereka oleh SPRM terhadap gaya hidup mereka melebihi kemampuan akan gagal.
Daripada Porche klasik hingga pangsapuri di London, mereka ada semua. Jadi, rakyat Malaysia perlu berterima kasih kepada mereka kerana menunjukkan bagaimana untuk hidup mewah tanpa rasa bersalah.
2)Kita perlu bersyukur kepada Umno kerana menunjukkan keluarga itu penting. Tidak ada apa yang boleh melebihi saudara dalam penganugerahan kontrak, konsesi kepada anak, menantu, kakak, abang, anak saudara. Anda sudah nampak gambarannya sekarang.
Jadi, kita ada menantu menteri kanan Umno yang menjadi pemilik konsesi bio-metrik yang sangat mahal; menantu muda seorang lagi menteri kanan Umno yang dapat urusniaga; abang seorang lagi menteri kanan Umno sangat berjaya sebagai broker pekerja asing.
Dan selepas itu ada banyak, tidak terkira anak ahli politik Umno yang sekelip mata jadi sangat kaya, ada yang berada dalam senarai orang terkaya di Malaysia. Dan kita belum lagi bermula dengan keluarga Pertama dan waris mereka.
Jadi, terima kasih Umno kerana menunjukkan kami keluarga itu penting.
3)Kita mesti bersyukur kepada Umno kerana kini meluahkan perkara yang mengarut bukan lagi sesuatu yang mempersenda; untuk bercakap dengan lidah bercabang atau flip-flop mengenai apa sahaja.
Ahmad Maslan, Ridhuan Tee, Hishammuddin Hussein, Ahmad Zahid Hamidi, Ahmad Said... Seperti tagline syarikat penerbangan tambang murah terkenal: Sekarang semua orang boleh cakap mengarut.
4)Kita mesti bersyukur kepada Umno mereka menunjukkan bagaimana untuk membina sesuatu dengan peluh dan air mata selama berdekad lamanya dan menghancurkannya dalam satu malam dengan perkataan dan tindakan yang tidak terkawal.
Andaikan, Umno memainkan peranan penting membina Malaysia tetapi di pertengahan jalannya, budaya menaikkan sewa, kemasukan individu yang tidak bermoral dan cauvinisme dan takut hilang kuasa dicampur untuk menukar parti pemerintah itu kepada bola pemusnah.
Untuk terus berkuasa, Umno memusnahkan banyak institusi dari kehakiman kepada polis, memecahkan Malaysia mengikut kaum dan agama dan memusnahkan negara yang dirahmati ini. Jadi, terima kasih kerana memusnahkan negara yang dirahmani ini.
5)Kita mesti bersukur kepada Umno untuk lembaran polisi dan pelan yang membenarkan sistem pendidikan Malaysia di mana ia berada hari ini: dalam jurang amat dalam.
Murid sekolah rendah kita ketinggalan jauh berbanding rakan sebaya mereka di negara Vietnam; universiti kita tidak wujud di ranking serantau atau global; graduan kita tidak boleh bercakap atau menulis menggunakan Bahasa Inggeris sempurna kini, kemasukan hasil sistem pendidikan kita ke Harvard adalah jarang, sama jarangnya dengan kehadiran perdana menteri di Parlimen.
Jadi, terima kasih Umno. Kami bersyukur. – 21 Mei, 2014.- TMI

Kerja Macai BN kantoi Lagi - dari Dyana pegang Kucing bertukar jadi Anjing

Posted: 20 May 2014 09:27 PM PDT

Foto Kantoi - Dyana peluk Anjing

Gambar sebegini pastinya akan memberikan persepsi yang sangat buruk kepada Dyana Sofya terutama di kalangan pengundi-pengundi Melayu Islam.

Namun sudah menjadi adat bagi gerombolan macai yang ternyata seronok dengan budaya fitnah yang sudah menjadi sebahagian dari darah daging mereka selama ini. Hidup tak akan tenang jika sehari tidak buat fitnah dan kerja-kerja bodoh tahap bangang.

Jika diperhatikan betul-betul, gambar Dyana Sofya memegang anjing tersebut adalah palsu terutama sekali pada bahagian kepala dan badan anjing yang ternyata tak kena langsung hanya jika dilihat dengan mata kasar sahaja.


Kahkahkah..- bloglist-malaysia

Berikut ialah printscreen macai UMNO yang menyebarkan foto fitnah berkenaan:



ULASAN GB

Itulah kerja UMNO... memfitnah sepanjang masa apabila terasa mereka akan kalah dan fitnah-fitnah yang dilakukan akan mempercepat serta melebarkan kekalahan mereka. Itu hukum kebenaran dan keadilan. Sebelum ini Dyana Sofia difitnahkan berbikini.... SUMBER

PRK Teluk Intan : Ibu Dyana jawab kekesalan Mahathir

Posted: 20 May 2014 08:48 PM PDT

  • Dyana SofyYammy mengesat peluh anaknya yang selepas diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Parlimen Teluk Intan.
 1 / 1 
SHAH ALAM - "Saya cuba didik anak saya Mukhriz tetapi apabila sudah besar dia jadi Marina," kata Yammy Samad, ibu Dyana Sofya Mohd Daud menjawab kekesalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana Dyana Sofya menjadi calon DAP bagi kerusi Parlimen Teluk Intan.

Yammy berkata, beliau mahu Dyana mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir namun perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.

"Saya beri kebebasan kepada anak saya untuk memilih mana baik dan mana buruk. Dia sudah dewasa dan sudah boleh memikirkannya," katanya kepada The Malaysian Insider semasa sesi bertemu pengundi hari ini.


Semalam, Bernama melaporkan Dr Mahathir meluahkan kekecewaannya apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan Umno sejak sekian lama.

Yammy berkata, Dyana berhak menentukan masa depannya sendiri, hatta memilih suami bukan Melayu.

"Dia hendak kahwin, terpulang pada dia. Dia hendak kahwin dengan Melayu, Cina dan India jika bersesuaian. Kalau saya paksa berakhir dengan kegagalan buat apa?" katanya.

Beliau berkata, tiada apa yang perlu ditakutkan anaknya menyertai DAP kerana parti itu bukan terdiri daripada orang Cina sahaja.

Katanya, Dyana dilahirkan sebagai orang Islam dan akan terus berada dalam akidah Islam.

Ketika ditanya adakah anaknya itu nanti akan memperjuangkan Melayu menerusi DAP, Yammy berkata: "InsyaAllah.

PRK Teluk Intan - Kit Siang puji ibu Dyana Sofya berani sindir Dr Mahathir

Posted: 20 May 2014 07:17 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK

[
MAY 21, 2014
Yammy Samad, ibu kepada calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud turut serta dalam kempen anaknya di Teluk Intan, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.Yammy Samad, ibu kepada calon DAP bagi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud turut serta dalam kempen anaknya di Teluk Intan, semalam. Gambar fail The Malaysian Insider.Selepas memberi perumpamaan yang sangat "mendalam" merujuk kepada anak bekas  Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, ibu kepada calon DAP Parlimen Teluk Intan, Yammy Samad mendapat pujian pimpinan DAP.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata Yammy seorang ibu yang hebat kerana berani memberikan sindiran tajam kepada Dr Mahathir.
"Mengagumkan Yammy. Ia ungkapan yang sangat bermakna.

"Yammy, anda lebih baik daripada Dr Mahathir kerana berdiri teguh di belakang anak anda. Andalah ibu yang terpuji," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 500 pengundi Cina di Tokong Bu Tong San di Teluk Intan, malam tadi.
Semalam, The Malaysian Insider melaporkan Yammy yang juga ibu kepada Dyana Sofya Mohd Daud menyindir Dr Mahathir ketika menjawab kenyataan perdana menteri paling lama berkhidmat itu yang mengecam dirinya sebagai ahli Umno tetapi membiarkan Dyana bertanding atas tiket DAP.
Yammy berkata, beliau sehabis daya mahukan mahu Dyana Sofya mengikut jejak langkah Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir tetapi apakan daya perawakan anaknya itu lebih mirip kepada Datin Paduka Marina Mahathir.
"Saya cuba didik anak saya jadi Mukhriz, tetapi apabila dia sudah besar dia jadi Marina," katanya kepada The Malaysian Insder apabila ditemui semalam.
Ketika diminta untuk menghuraikan lebih lanjut perumpamaan yang diberikan, Yammy berkata: "Itu terserah kepada mereka untuk menafsirkan. Saya rasa mereka tentu faham."
Marina yang juga ahli lembaga Sisters In Islam (SIS) sebelum ini lantang memperjuangkan hak asasi manusia termasuk menghadiahkan bunga kepada pihak gereja sebagai lambang perdamaian.
Marina  juga hadir sewaktu perbicaraan Dr Kassim Ahmad di Mahkamah Syariah Putrajaya bersama bapanya sebagai lambang solidariti membantah penangkapan intelektual dan aktivis politik itu merentas negeri.
Selain itu, Marina juga pernah menghadiri demonstrasi anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) walaupun umum mengetahui Dr Mahathir tidak bersetuju dengannya.
Pagi ini, Dyana Sofya akan menemui pengundi di Pasar Besar Pendamar, Teluk Intan selepas menerima reaksi positif dalam sesi bertemu pengundi semalam.
Kunjungan Dyana Sofya di pasar pagi semalam yang menemui kebanyakan pengundi Cina di kawasan itu menerima reaksi positif dan senyuman mesra.
Ternyata ramai yang teruja dan tidak mahu melepaskan peluang untuk bergambar dengan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu.
Pada sidang media ringkasnya pagi semalam, Dyana Sofya terharu dan menitiskan air mata di atas sokongan yang diberikan kerana tidak menyangka menerima sambutan hangat.
Berlainan pula kisahnya, kunjungan Dyana Sofya bersama pasukan DAP di pasar malam Kampung Bahagia semalam, ada berlaku sedikit gangguan daripada penduduk setempat dan jentera Barisan Nasional (BN) sendiri.
Namun, Dyana Sofya tetap tenang dan masih mengukirkan senyuman kepada pihak yang menentangnya.
Hari berkempen tinggal 9 hari, namun ketika ditanya, Lim berkata peluang Dyana hanya setakat 40% untuk memenangi pilihan raya itu.
Katanya, taktik kotor yang dimainkan BN selain pengaruh calon mereka Datuk Mah Siew Keong yang juga merupakan presiden Gerakan menjadi antara penyebabnya.
Bagaimanapun, Lim yakin peratusan itu akan meningkat menjelang hari akhir pada tempoh berkempen.
Teluk Intan mempunyai 60,349 pengundi dengan 59,927 pengundi biasa, 410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir.
Kawasan itu mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 pengundi Cina (41.9%) dan 11,468 pengundi India (19%).
Penamaan calon bagi pilihan raya ini diadakan pada 19 Mei lalu dan pengundian awal ditetapkan pada 27 Mei ini.
DAP menang pertama kali kerusi itu, yang dikenali sebagai Teluk Anson dalam pilihan raya umum 1969 apabila Chan Fu King mengalahkan Menteri Kesihatan dari MCA, Dr Ng Kam Poh.
Bagaimanapun, sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya Parlimen pada 1974, 1984 dan 1993, komposisi dan watak pengundi di kawasan Parlimen Teluk Anson berubah berbanding pada 1969.
Ini membolehkan calon Gerakan memenangi kerusi itu dari pilihan raya umum 1974, sehingga pada 1995 di mana calon DAP M Kula Segaran berjaya memecahkan kemenangan itu. – 21 Mei, 2014

PRK Teluk Intan : Raja Bomoh kata calon BN akan kalah teruk

Posted: 20 May 2014 08:11 AM PDT



Teluk Intan – Raja Bomoh, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa ada pihak-pihak tertentu telah datang berjumpa dan memintanya agar membatalkan hasrat untuk bertanding di pilihanraya kecil Teluk Intan.

Menurutnya ia bertujuan bagi mengelakkan perpecahan undi di kalangan pengundi Melayu yang ingin akan menyokong calon DAP, Dyana Dyana Sofia Mohd Daud kerana faktor kaum dan agamanya.

"Benar,  Datuk pada mulanya memang berhasrat untuk bertanding di Teluk Intan (pilihanraya kecil), namun setelah memikirkan perkara ini semasak-masaknya, hasrat tersebut terpaksa dibatalkan.

"Pertama, ada pihak yang datang berjumpa dengan Datuk pada malam sebelum penamaan undi, meminta agar hasrat itu tidak diteruskan bagi memberi peluang kepada anak muda Melayu dan Islam seperti Dyana.



"Kedua, setelah berbincang dengan keluarga mereka juga tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, kerana merasakan dunia politik terlalu kotor dan bimbang akan merosakkan imej Datuk.

"Dan faktor yag ketiga, Datuk mendapat alamat calon BN akan kalah teruk dan bimbang alasan itu digunakan untuk menyalahkan Datuk" katanya kepada wartawan Suara.TV petang tadi.

Ibrahim turut menegaskan, namun faktor utama beliau menarik diri kerana ingin memberikan tumpuan untuk merungkai msteri kehilangan pesawat MH370.

Pengamal perubatan tradisional itu sebelum ini mencuri perhatian segelintir masyarakat apabila menyatakan hasrat untuk bertanding di Teluk Intan.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Sejumlah 60,349 pemilih berdaftar terdiri daripada 59,927 pengundi biasa,410 pengundi awal dan 12 pengundi tidak hadir luar negara layak mengundi pada PRK itu.

Pengundian awal akan diadakan 27 Mei ini, manakala hari pengundian ditetapkan pada 31 Mei.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah Leong Peng memperoleh 27,399 undi menewaskan calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,086 undi) dan calon bebas Moralingam Kannan (279 undi) dengan majoriti 7,313 undi.

Mahasiswi Malaysia diculik, rogol

Posted: 20 May 2014 06:38 AM PDT

Jakarta : Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung dipercayai diculik dan diperkosa sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik, Sabtu lalu.
Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Hamzah Zainudin ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan mahasiswi itu kini dirawat Hospital Hasan Sadikin di Bandung.
Katanya, selain diculik dan dirogol, mahasiswi itu turut cuba dibunuh oleh kumpulan suspek berikutan ada kesan jerutan di leher mangsa.
Beliau berkata, mahasiswi itu mengaku dia dirogol oleh tiga lelaki dalam kereta.
Foto
FOTO laman sesawang Universiti Padjadjaran


"Kami sudah meminta polis di Jakarta untuk menjalankan siasatan lanjut mengenai kejadian ini," katanya.

Calon Bebas sengaja langgar kereta rasmi Guan Eng & pura-pura cedera - Pengawal Keselamatan -

Posted: 20 May 2014 04:45 AM PDT

May 20, 2014 at 6:15pm

LAPORAN KEHADIRAN CALON AHLI PARLIMEN BUKIT GELUGOR ABU BACKER SIDEK KE DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG YANG SENGAJA "LANGGAR" KENDERAAN RASMI YAB KETUA MENTERI YANG TIDAK BERGERAK DAN BERDRAMA DENGAN PURA-PURA "CEDERA"
PADA 20 MEI 2014, JAM 1.00 TENGAHARI OLEH PUAN TIRAYA BT. ABD. RAHIM, PENGAWAL KESELAMATAN PSUK, SELAKU PENGAWAL BERTUGAS DI DEWAN UNDANGAN NEGERI PULAU PINANG

Lebih kurang pada jam 1.00 tengahari kelihatan di hadapan pintu pagar Dewan bersebelahan pondok pengawal, seorang lelaki telah mendakwa dirinya calon bertanding, Parlimen Bukit Gelugor En. Abu Backer Sidek. Pertemuan Encik Mohd Abdul Rahman, Pegawai DUN, bersama beliau dimaklumkan beliau ingin berjumpa YAB. Ketua Menteri untuk tujuan menyerahkan beberapa dokumen kepada YAB Ketua Menteri. Pegawai DUN telah mengambil dokumen dan berjumpa YB Wong Hon Wai, Setiausaha Politik YAB. Ketua Menteri. YB. Wong Hon Wai meminta supaya En. Abu Backer membuat temujanji sekiranya ingin berjumpa YAB. Ketua Menteri.

Pegawai DUN telah memaklumkan perkara tersebut kepada En. Abu Backer, walau bagaimanapun beliau tidak bersetuju dan menimbulkan sedikit kekecohan kerana sukar dan tidak dapat berjumpa dengan YAB. Ketua Menteri. Setelah beberapa minit kemudian Pegawai DUN sekali berjumpa En. Abu Backer dan memaklumkan secara baik untuk membuat temujanji dan mengiringi beliau keluar dari perkarangan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. En. Abu Backer memberikan kerjasama untuk keluar dari perkarangan Dewan Undangan Negeri sambil memberikan kad nama beliau untuk diberikan kepada YAB. Ketua Menteri.

Lebih kurang pada jam 2.15 petang, En. Abu Backer masih berada di hadapan perkarangan Dewan Undangan Negeri. Apabila beliau melihat kenderaan YAB. Ketua Menteri keluar dari Dewan Undangan Negeri, beliau seterusnya mendekati kenderaan rasmi YAB. Ketua Menteri. Seramai enam (6) orang Pengawal Keselamatan PSUKPP cuba menghalangnya, walau bagaimanapun beliau berjaya melompat di hadapan kereta rasmi YAB. Ketua Menteri dan menendang plat nombor kereta di bahagian hadapan. Kemudian beliau sengaja "langgar" kenderaan rasmi yang tidak bergerak dan pura-pura jatuh seolah-olah beliau telah dilanggar oleh kereta rasmi YAB Ketua Menteri. Beliau juga berpura-pura "cedera" dan bergolek-golek di atas jalan. Selepas itu, seorang Pegawai dari Jabatan Kesihatan Negeri telah menghubungi ambulans dan dalam 10 hingga 20 minit tidak lama kemudian ambulans tiba seterusnya telah membawa beliau ke Hospital.

Tindakan liar beliau sengaja menendang dan "melanggar" kenderaan rasmi Ketua Menteri merupakan satu kesalahan mengganggu Ketua Menteri sebagai penjawat awam. Akan tetapi pihak keselamatan tidak berniat untuk mengambil tindakan ke atas Abu Backer yang bertindak liar ini kerana tidak mahu terlibat dalam cara kempen beliau untuk PRK Parlimen Bukit Gelugor pada 25hb Mei 2014.

Kereta Guan Eng "Langgar" Calon Bebas Bukit Gelugor

Posted: 20 May 2014 01:50 AM PDT



GEORGE TOWN 20 Mei - Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan mendakwa telah dilanggar kereta milik Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di hadapan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ianya berikutan tindakan calon bebas itu menahan kereta Mercedes tersebut setelah menunggu pada tempoh masa yang agak lama untuk menemui Setiausaha Agung DAP itu.

Abu Backer mendakwa telah mengalami kesakitan di bahagian rusuk kanannya akibat kemalangan itu.

Ambulans yang tiba pada jam 2.30 petang membawa beliau ke Hospital Pulau Pinang.
alt

Sebelum ini Abu Backer yang telah seminggu meminta kebenaran untuk menemui Guan Eng di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Beliau turut meluahkan perasaan tidak puas hati kerana lawan beliau calon DAP Ramkarpal Singh dapat masuk ke DUN sedangkan beliau hanya dibenarkan berjumpa dengan pegawai DUN

Selepas Ahmad Said di Terengganu kini giliran Adnan Yaakob pula ....

Posted: 20 May 2014 12:44 AM PDT



PETALING JAYA: Selepas Datuk Seri Ahmad Said ditukarkan sebagai Menteri Besar Terengganu, kini bahang pertukaran menteri besar mula terasa di Pahang.


Dalam tinjauan FMT sudah terdapat kain rentang di Temerloh yang mahukan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pahang, Datuk Shakar Shamsuddin menggantikan Datuk Seri Adnan Yaacob.


Adnan telah menjadi menteri besar sejak tahun 1995. Beliau merupakan ketua bahagian yang menyokong Tun Ghafar Baba dalam pertandingan Timbalan Presiden Umno pada tahun 1993 ketika Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat menentang Ghafar Baba.

Beliau yang juga ADUN Pelangai telah lima penggal menjadi menteri besar Pahang dan dikatakan akan menjadi menteri besar kedua akan ditukarkan selepas Ahmad Said.


Selain dari Shakar yang juga ADUN Lanchang, nama ADUN peramu Jaya, Sheikh Mohmed Puzi Sheikh Ali turut disebut-sebut sebagai calon menteri besar yang baharu. Beliau adalah bekas Setiausaha Kanan kepada Menteri Kewangan (Datuk Seri Najib Tun Razak) sebelum dipilih sebagai calon BN pada PRU ke 13.


Bagaimanapun, kedudukan Adnan Yaacob bergantung kepada Sultan Pahang. Beliau dikatakan amat rapat dengan istana kecuali beliau meletakkan jawatan atas faktor kesihatan kerana beliau dikatakan terkena penyakit burkholdera cepacia pada November tahun lalu.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:21 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


#BN4TlkIntan: Yammy, si ibu opportunist pengatur politik Dyana

Posted: 20 May 2014 07:25 PM PDT


Tak payah kami hina sesiapa, rupanya Yammy dah mengaku dirinya opportunist.


Semalam Semut Hitam menulis di SINI.


Takkan lah gaji pusat khidmat Gelang Patah sampai begitu banyak. Mesti ada bahagian kena share dengan ma yang pada mengatur.

Kini tersebar khabar berikut:


Kesah konspirasi.?????

Yammi Samat ibu kepada calun DAP di PRK Teluk Intan Dyana Daud merupakan Ketua Wanita(skrg Wiranita) Perkasa yg pertama.

Beliau mengundurkan diri dari Perkasa kerana mahu beri laluan anak aktif dalam politik bersama DAP.

Mana mungkin ibu Ketua Wanita Perkasa anak bersama DAP. Setakat ibu UMNO masih boleh lagi dan sudah ternyata ibunya setakat ahli biasa UMNO dan sudah lama tidak aktif. Jika masih dlm Perkasa sukarlah anaknya nak aktif dalam DAP.

Byk khabar rakan2 diluar sana rata2 mengatakan biasa dgr kata2 org Melayu dlm DAP yg mereka tidak mungkin ada separuh hati pun percaya ada keadilan dalam DAP. Mereka tahu mereka akan dipergunakan oleh DAP sepanjang masa. Jika perlu mereka kekalkan kita, jika tidak menyalaklah dgn kata2 kecam DAP dengan apa kecaman pun, DAP tak hairan.

Dgr kata, niat hati utk perguna peluang diberikan oleh DAP itu oleh calun Melayu muda bergetah lagi trang tang tang itu pun sama mempunyai agenda tertentu. Apakah ianya sama dgn melayu lain yg pernah bersama DAP sebelum ini.

Sebelum ini tiada tempat Melayu dlm DAP di Parlimen kecuali budak lahirnya sebagai bukan Islam kemudian bersama bapa tiri Islam maka jadilah Islam skrg dpt pula jadi MP sdg kan tiada tempat sebenarnya dalam barisan pimpinan tertinggi DAP.

Dinyahkan dgn jauh sekali undi diperolehi membuka pekung perwakilan parti cauvonis itu sejelas2nya semasa pemimpihan partinya.

Kemudian bila pemilihan semula diadakan,  diterima pula bagai diatur2kan. Tetapi budak ini memang tiada hati melayu kerana bukan benih Melayu pun.

Berlainan Dyana. Benih Melayu dgn anak cina yg dari kecil bersama keluarga angkat Melayu. Jiwa Melayu ada pada Dyana. Mak nya bertudung pula yg menjadi satu kebebasan yg dipandang hina oleh puak LGBT kaum kerabat penyokong DAP.

Apakah Dyana jika menang akan bersama Ahli Parlimen Raub Melayu DAP akan keluar DAP satu hari nanti?

Ahli Parlimen Raub Melayu dari DAP juga ada bersama dlm majlis anjuran Presiden Perkasa meraikan Y.B.M. Tg. Razaliegh Hamzah di sebuah restoran di kawasan berdekatan dgn KLCC baru2 ini yg mana gambarnya bersama Presiden Perkasa Dato' Ibrahim Ali sebaik selesai majlis tersebut telah tersebar seluruh dunia melalui sosial media yg canggih sekarang ini.

Ada yg mengusik Dyana malam itu bila ura2 namanya akan jadi calun DAP. Dyana tersenyum sahaja dan bertanya manja kalau dia calun boleh support ke?

Salah seorang org kuat Perkasa yg lain yg turut hadir sama majlis tu terus jawab "mesti sokong.!" dan ditambah pula "Jika lawan calun MCA atau Gerakan, Perkasa akan kerahkan semua jentera ke Teluk Intan support u. Tarik undi Melayu bagi undi kat u" disambung dgn pertanyaan yg sgt dlm maksudnya.."Beri tempoh berlama lama? MP Raub tu nak cari geng sama2"...

Tiba2 mak Dyana berbunyi..."yyuujiiisssssyyyhh.... hal tu tak boleh openly talk."

Dyana tersengih je...

Kita tunggu dan lihat...harap2 apa yg dikatakan salah seorang org kuat Ku Li yg turut jadir yg hampir jadi Calun Melayu DAP di Parlimen Seremban pd PRU13 lalu yg strategi dia mahu rampas kerusi Cina dan jadi kerusi Melayu melalui cara sanggup jadi calun DAP dan bila sampai masa sesuai boleh fikirkan apa saja.

Sbb tu bila ibu Dyana berbunyi "yuuuiiissssyyyhhh.., si calun Parlimen Seremban tak jadi tu pun berbunyi juga..."yuuuiiissssyyyhhh... tunggu masa sesuai...tolong menangkan dulu".

Harap2 ianya benar2 boleh berlaku....eloklah org Melayu Teluk Intan bagi undi kpd Dyana.

#BN4TlkIntan: Baik-baik Dato Mah, Kit Siang akan langgar untuk Dyana

Posted: 20 May 2014 05:25 PM PDT


Jam 1:00 tengah hari tadi, Abu Backer Sidek, calon BEBAS P.51 Bukit Gelugor telah dilanggar oleh kereta rasmi yang membawa Lim Guan Eng di luar pintu pagar bangunan DUN Pulau Pinang dan kini calon BEBAS itu sedang diberikan rawatan di Hospital Pulau Pinang.

Dalam perkembangan tersebut, Abu Backer yang berada di luar bangunan DUN Pulau Pinang dikatakan berhasrat untuk bersemuka dengan Lim Guan Eng sebaik-baik sahaja Sidang DUN Pulau Pinang berakhir.

Baca seterusnya di Buletin Sengal SINI

Lihat saja bagaimana kejam dan zalim diktator DAP bila diberi kuasa. Ingat ada lagi demokrasi bila DAP kuasai kerajaan Pusat???

#BN4TlkIntan: Kit Siang rampas mike; Siapa sebenarnya bertanding?

Posted: 20 May 2014 04:40 AM PDT


Calon DAP yang bertanding pada PRK Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya boleh diibaratkan hanya boneka kepada penasihat parti, Lim Kit Siang untuk memancing undi selepas beliau gagal menjawab soalan yang ditujukan oleh wartawan kepada beliau.


Kejadian berlaku apabila Dyana Sofya telah diajukan soalan daripada wartawan Astro Awani mengenai berkemungkinan akan diperalatkan oleh DAP pada pilihan raya di Teluk Intan dan adakah beliau boleh menjelaskan tentang tindakan pemimpin Melayu DAP, Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang bertindak keluar parti sebelum ini.


Secara tiba-tiba Lim Kit Siang mengambil 'microphone' tersebut dan terus menjawab soalan berkenaan. Kit Siang kemudiannya dilihat cuba untuk menamatkan sessi sidang media berkenaan dengan menawarkan soalan terakhir kepada wartawan.


Sampai habis sidang media berkenaan, tiada jawapan lagi yang keluar dari mulut Dyana. Bukan itu sahaja, persoalan yang dikemukakan oleh wartawan gagal dijawab oleh pimpinan DAP

Sementara itu, Dyana kelihatan tersenyum bagi melindungi kegelisahan akibat gagal untuk menjawab soalan sekaligus kelihatan seperti boneka atau 'puppet' dipermainkan oleh pimpinan DAP.

Yang nyata, calon PRK Teluk Intan tidak bebas bersuara sebagai seorang bakal Wakil Rakyat. Sebaliknya, jawapannya kepada wartawan sentiasa dipantau dan diperhati bagi mengelakkan Dyana dari mencemarkan imej parti.

Cucu Tok Selampit

#BlkTlkIntan: Yammy pakai tudung, tapi Dyana cuai hal ugama

Posted: 20 May 2014 01:30 AM PDT




Apa yang disokong Yammy? Parti atau membiarkan anaknya lewa mengenai ugama?

Atas tak pakai tudung, tapi pura-pura dengan PAS pakai tudung....



Tapi ikut arahan cina menentang hudud:



Campur dengan hipokrit Muslimah



Waktu sembahyang maghrib ikut DAP ceramah


Yang bawah ni tak betul, tapi ada cerita peribadi budak ni yang lagi tak menyenangkan.

Malah puak DAP ada sebarkan gambar berkenaan serta beberapa keping gambar lagi, termasuklah gambar Dyana Sofya beraksi bogel serta melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki Cina yang dikatakan dirakamkan di sebuah rumah di Taman Rini Hill Mutiara, Johor, telah disebarkan oleh golongan DAP sendiri atas tujuan propaganda.


Baca di SINI