Followers

Nuffnang

AZLI SHUKRI

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

AZLI SHUKRI


Jika MAS Disarankan untuk "Dibankrapkan" - Maka Kepada Siapa Hendak Diberi?

Posted: 16 May 2014 02:22 AM PDT

Malaysia Insider hari ini melaporkan bahawa - kerajaan seolah-olah memilih jalan "kemusnahan kreatif" atau dengan bahasa kasarnya "membiarkan bankrap" terhadap  Malaysia Airlines (MAS) - seperti yang pernah saya ramalkan sebelum ini bahawa "kita tidak boleh menolak" konspirasi industri sebagai sebahagian daripada plot misteri kehilangan MH370 - MAS pada hakikatnya boleh atau setidak-tidaknya dilewatkan kematiannya daripada bankrap, sekiranya tragedi MH370 tidak berlaku. Namun demikian, ada "tangan ghaib" yang terlibat bagi menghancurkan terus perniagaan MAS - sekali gus MAS mungkin dijual kepada pesaing terdekatnya..atau kepada "kawan karib" pesaing terdekatnya...yang sekarang sedang sibuk memboikot perniagaan Sultan Brunei - hanya kerana sultan tersebut meninggikan syiar Allah, iaitu hukum Hudud di negaranya...baca berita di bawah :

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370. Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh. "Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan  para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ. 

MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas. "Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia. Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat  MH370 pada 8 Mac. Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS. Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011. MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu. "Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam. Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis. "Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.

WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta. Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan. "Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya. Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia. Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya. "Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami. "Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya. Penganalisis  bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan "jalan keluar yang pahit", walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu. "Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan. "Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor . – 16 Mei, 2014 .

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:37 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Khalid Ibrahim dimaki ahli PKR Cabang Kuala Selangor

Posted: 16 May 2014 06:40 PM PDT



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dimalukan oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri apabila beliau dimaki hamun oleh seorang ahli Cabang Kuala Selangor yang mendakwa calon Timbalan Presiden PKR itu sebagai penipu.

Ahli berkenaan, Zulkifli Abdullah menghamburkan kata-kata kasar sebaik sahaja mendapati Abdul Khalid keluar dari bilik sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di sini.

"Khalid Ibrahim penipu, rasuah! Sepatutnya ini tidak berlaku, sila berikan penjelasan," katanya dengan penuh emosi.

Sementara itu, Ab­dul Khalid yang terkejut apabila dimaki oleh Zulkifli dilihat terpinga-pinga dan terus menuju ke keretanya.

Penasihat PKR, Da­tuk Seri Anwar Ibrahim turut terkejut melihat Abdul Khalid dimalukan di hadapan khalayak ramai.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Zulkifli menegaskan sebagai seorang pemimpin Melayu, Abdul Khalid tidak sepatutnya melakukan perkara yang bercanggah dengan tataetika lembaga disiplin parti dan Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Sebagai seorang pemimpin, (dia) harus tampilkan sifat terpuji bukan hampas! Memalukan Kuala Selangor sahaja.

"Beliau tahu sudah kalah, beliau buat strategi membatalkan pemilihan lawannya," katanya.

Dalam pada itu, Zulkifli memberitahu, telah membuat laporan di Balai Polis Jeram terhadap Abdul Khalid berhubung pemilihan di Cabang Kuala Selangor.

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dyana Sofya calon DAP bagi PRK Teluk Intan

Posted: 16 May 2014 10:21 PM PDT



Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang telah diumumkan sebagai calon DAP bagi PRK Teluk Intan . 
Demikian diumumkan oleh Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng sebentar tadi



Wajah sebenar Dyana Sofya (kiri) dan gambar Pauleen Luna (berbikini) yang diambil dari laman sosial, Facebook aktres itu.

PETALING JAYA: Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan percubaan untuk mencemarkan imejnya dengan penyebaran gambar palsu dia berbikini adalah satu perbuatan politik yang garuk terutamanya ke atas seorang wanita sepertinya.
Dyana yang disebut-sebut bakal diumumkan sebagai calon DAP pada Sabtu untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berasa kesal bagaimana orang boleh merendahkan diri mereka sehingga sebegitu sekali dengan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa.
Berkata demikian melalui satu kenyataan media pada Jumaat, Dyana, 27, menegaskan foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna.
"Sementara saya berpendapat yang aktres berkenaan adalah seorang yang sangat menarik, tetapi menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang kononnya gambar itu adalah saya benar-benar memperlihat betapa garuknya politik sesetengah orang khususnya ke atas wanita," ujar ahli politik lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu.
Kata Dyana, sejak berita palsu itu disebarkan menerusi internet dia telah menerima beratus mesej yang mencaci dan menghinanya selepas nombor telefonnya diketahui ramai.
Tetapi disebalik kempen yang disebarkan itu dengan niat untuk memburuk-burukkannya, Dyana berkata yang dia berasa bersemangat dengan sokongan yang diterima daripada mereka yang percaya kepada perjuangannya.
"Di sebalik mereka yang menghina, ramai juga yang menelefon dan memberi kata-kata semangat dan menyatakan kepercayaan kepada saya. Hakikatnya orang seperti mereka lah yang membuatkan saya percaya dan yakin dengan apa yang saya perjuangkan.
"Dan sebaliknya mereka yang menyerang saya juga telah memberikan saya sebab yang kuat untuk meneruskan apa yang telah saya lakukan ini," katanya lagi.

Cuping telinga berbentuk kalimah

Posted: 16 May 2014 08:35 PM PDT


Oleh Muhamaad Razis Ismail
Kota Bharu: Ketika usianya baru 23 hari, Siti Nurdini Dalili Shahrizul mencuri tumpuan ramai apabila dilahirkan dengan cuping telinganya dikatakan menyerupai kalimah Allah SWT.
Ibunya, Maizatul Akma Mohamad Kholid, 28, dari Kampung Pasir Hor, di sini, berkata tidak menyedari cuping telinga anak sulungnya itu begitu, sehinggalah ditegur orang kampung yang datang melawat.
"Sebelum ini saya dan ibu bapa pelik kenapa bentuk telinga Siti Nurdini Dalili kelihatan lain dan kami menyangka itu satu jenis kecacatan.

"Seminggu kemudian selepas dibenarkan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), ada penduduk kampung datang ke rumah untuk melawat anak dan menegur mengenai perkara itu.
Foto
TELINGA kiri Siti Nurdini yang menyerupai kalimah Allah.

"Malah, seorang ustaz yang berkunjung juga memberitahu anak saya bertuah kerana telinganya bertanda seperti kalimah Allah.

"Saya terkejut, namun bersyukur kerana ia kurniaan Allah SWT," katanya.

Siti Nur Maizatul Akma berkata, dia tidak mahu memikirkan perkara yang tidak elok, sebaliknya mahu Siti Nurdini Dalili menerima didikan Islam yang sempurna.

"Ada juga ustaz yang berminat terhadap saya.... Saya memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT." - Felixia Yeap

Posted: 16 May 2014 06:18 AM PDT



















MENGATUR temu janji seminggu sebelum pertemuan, wanita ini menaip perkataan Alhamdulillah pada khidmat pesanan ringkas (SMS) sebaik kami bersetuju tentang tarikh yang sesuai untuk bertemu.
Jujur, saya sedikit kaget mahu membalas semula tulisan tersebut.
Seperti kata empunya diri, Felixia Yeap: "Sebab orang pun tak pasti sama ada boleh menggunakan saya lebih daripada sepatutnya. Sebab saya belum memeluk Islam."
Pernyataan itu merujuk juga kepada perkembangan kariernya dalam dunia lakonan.
Selepas pertama kali muncul dalam drama rantaian Nikah Kita Bercinta bersama Azlee Khairi awal tahun ini, Felixia memanjangkan langkahnya sebagai pelakon.
Kali ini dia terbabit dengan drama rantaian Sarafina. Membawa watak Bella, rakan baik kepada pelakon utamanya, Sari Yanti, kata Felixia, dia menerima tawaran mengikut kesesuaian imejnya pada masa kini.
Sementelah, dia sendiri sedar diri dan faham, kekangan yang barangkali dilalui oleh pihak penerbit untuk menggunakan khidmatnya sebagai seorang pelakon adalah bersangkut dengan pegangan hidupnya.
"Macam saya cakap tadi, walaupun saya menutup aurat, saya belum memeluk Islam. Justeru, ia barangkali menjadi kekangan untuk mereka memberi watak yang bersesuaian dan tidak melanggar sensitiviti banyak pihak apabila mengambil saya berlakon, dan saya faham mengenai dilema itu," ujarnya rasional.
Dia kemudian menambah sambil ketawa: "Masalah saya satu lagi ialah saya pelat berbahasa Melayu. Jadi mungkin sukar ada watak untuk wanita pelat jika kalau bukan ia misalnya tentang seseorang yang mahu berhijrah agama."
Malah, sebagai pendatang baharu yang tidak punya asas lakonan langsung, dia mengaku perlu bertatih untuk menjadi seorang pelakon yang tidak banyak menyusahkan produksi.
Jelasnya, peluang perdana yang terbuka untuknya dalam Nikah Kita Bercinta digunakan sebaik mungkin. Bakat diasah dengan banyak memerhati dan bertanya daripada orang berpengalaman, selebihnya, dia berusaha untuk memberi yang terbaik berbekal pengalaman sebagai seorang model.
"Saya kira, hal yang sukar untuk berlakon ialah menghafal skrip dan memberi ekspresi spontan. Saya amat berterima kasih kepada seluruh produksi yang cukup sabar dan boleh menerima kekurangan saya sepanjang berlakon," katanya merendah diri.

SELEPAS memakai hijab, dia mengaku sikap barannya berubah menjadi lebih tenang.


Tiada agama
Ironi, bercakap tentang wanita berusia 27 tahun ini, namanya meledak bagai terkena jerangkap samar selepas dia memilih untuk berhijab. Ya, seorang wanita Cina yang tidak mempunyai agama memakai hijab.
Boleh dikatakan, sepanjang 10 tahun menjadi model, dua tahun kebelakangan ini, nama Felixia menjadi sebutan kerana satu keputusan yang paling penting dalam hidupnya.
Keputusan seorang model yang sebelum ini dilihat begitu berani dengan beberapa ekspresi ghairah termasuk untuk majalah khas lelaki, Playboy, berhijab dan mahu memeluk Islam membikin banyak penasaran.
"Secara peribadi, untuk diri saya, saya melihat mengapa saya boleh mendedahkan tubuh, berbikini dan buka sana sini tetapi tidak untuk tutup-tutup dan berhijab?
"Saya kira ia soal kebebasan kita sebagai seorang individu untuk memilih jalan hidup kita, dan saya pilih jalan hidup seperti ini sekarang. Saya pilih berhijab dan mahu bulat hati memeluk Islam," katanya tegas.
Wanita yang lahir di Kuala Lumpur, namun menghabiskan masa remajanya dengan bersekolah di Ipoh, Perak ini kemudian melanjutkan cerita.
Tanpa berahsia, dia memberitahu sejak kecil tidak pernah mempunyai pegangan agama. Dia tidak percaya Tuhan dan tidak tahu di mana Tuhan atau agama yang layak dijadikan pegangan hidup.
Sehingga tahun lalu, pada saat pertama kali dia menggayakan hijab untuk sebuah iklan komersial, ada satu rasa yang ajaib duduk di dalam hatinya.
"Saya seorang Cina tapi saya free thinker yang tak punya pegangan agama sejak kecil," katanya tanpa selindung.
Felixia lantas memanjangkan bicara: "Kemudian, saya hadir untuk satu uji bakat iklan komersial Celcom. Saya gagal untuk mendapatkan peluang itu.
"Namun, kerana iklan tersebutlah ia telah merubah hidup saya. Pada iklan itu, saya harus berhijab dan saya fikir mengapa perlu saya tolak?
"Sebaik menyarung hijab, hati saya tiba-tiba terusik. Satu perasaan yang sukar saya ungkap menyelinap dalam hati. Betapa besarnya kuasa sehelai kain nipis yang menutup kepala saya mampu merubah kehidupan saya kini. Sungguh luar biasa."
Sejak pertama kali menggayakan tudung tersebut, dia mabuk kepayang untuk berhijab, sekali gus menutup aurat. Perlahan-lahan dia keluar rumah memakai hijab dan mula memahami konsep bahawa hijab bukan satu bebanan untuk seorang wanita Islam, sebaliknya ia adalah satu suruhan yang memberi seribu satu manfaat kepada yang menurut perintahNya.

FELIXIA sudah memiliki nama Islam yang cukup indah. Dia memperoleh nama tersebut melalui mimpi.


Kini, selepas lima bulan memakai hijab, Felixia langsung tidak kekok dengan imej 'tertutupnya'.
"Saya merasakan suatu ketenangan yang luar biasa. Ia melengkapkan pencarian saya terhadap satu kepercayaan iaitu mencari agama yang memberi ketenangan jiwa dan saya perolehnya dengan hanya sehelai kain nipis yang menutup kepala!" ujarnya penuh takjub.
Islam
Sedar timbul banyak pertikaian tentang pendiriannya memakai hijab, Felixia mengatakan, dia tidak perlu mati dengan kecaman orang.
Sebagai seorang individu yang telah melalui banyak jalur hidup yang tidak sedikit sukarnya, Felixia tahu keperluan yang paling baik di dalam hidupnya.
Ditanya selepas berhijab, apa yang disusun mahu mindanya, pantas dia memberitahu mahu punya pegangan agama dan tentulah ia agama Islam. Agama paling mulia di dunia.
"Selepas memakai hijab, saya belajar serba sedikit tentang Islam dan saya mula jatuh hati dengan kesederhanaan agama yang memberi ketenangan kepada saya kini.
"Sejujurnya, saya tidak pernah terfikir untuk mempunyai agama, apa lagi Islam. Sebab itu, saya mahu segera memeluk Islam. Sengaja saya pilih bulan Ramadan yang jatuh pada Julai ini sebagai bulan untuk saya mengucap dua kalimah syahadah.
"Pertama, selain mahu mengambil keberkatan bulan mulia ini, Julai ini juga merupakan bulan kelahiran saya. Justeru, saya melihat ia sebagai fasa hidup yang lengkap untuk saya 'lahir semula' dalam kehidupan baharu," katanya penuh bahagia.
Namun, cerita mahu memeluk Islam tidak terjadi begitu sahaja. Ternyata ada cerita di sebalik terpanggilnya Felixia untuk menjadi seorang Mukmin.
"Suatu malam, selepas beberapa bulan memakai hijab saya bermimpi. Dalam mimpi itu, saya melihat sepotong nama daripada cahaya yang cukup bersinar-sinar.
"Peliknya, sebagai seorang yang jarang mengingati mimpi, saya bangun tidur dan boleh merakam semula momen mimpi saya.
"Paling ketara ialah tentang nama yang tertulis di dada langit dengan cahaya bersinar-sinar itu buat saya. Apabila saya mencari maksudnya, ia cukup indah," ceritanya bersungguh-sungguh.
Ditebak adakah itu nama yang bakal digunakan sebaik dia memeluk Islam, pantas dalam senyum yang begitu manis Felixia mengangguk.
"Ya, itulah nama Islam saya sebaik saya mengucap dua kalimah syahadah pada Julai ini. Saya percaya semua ini aturan olehNya yang terbaik buat saya. Saya amat bersyukur," ujarnya.

MEMPUNYAI banyak pakaian seksi, Felixia bagaimanapun tidak memberikannya kepada sesiapa kerana tidak mahu menggalakkan wanita mendedahkan aurat.


Ustaz
Perubahan imejnya sekali gus membuat semua hal yang berada di sekelilingnya berubah.
Kerjayanya sebagai model memperlihatkan dirinya lebih banyak memperaga busana Muslimah, berbanding memperaga tubuh seperti dahulu.
Pada masa yang sama, rezekinya dalam bidang seni bercambah apabila dilamar menjadi pelakon.
Paling ketara, akuinya, banyak lelaki yang mendekat terdiri daripada lelaki Melayu yang tertarik dengannya termasuk dalam kalangan ustaz.
Katanya panjang lebar: "Berbanding dahulu, lelaki yang mendekati saya pada kali ini mengajak saya berkahwin, bukan sekadar mahu memuaskan nafsu.
"Ada juga ustaz yang berminat terhadap saya.
"Prinsip saya mudah. Seperti mana saya memakai hijab bukan kerana seorang lelaki, saya juga tidak mahu memeluk Islam kerana mahu dinikahi seorang lelaki Islam. Sebaliknya, saya lakukan semua perkara atas kerelaan sendiri.
"Jika tiba waktu saya berkahwin kelak, saya berdoa agar iman suami saya lebih tebal daripada saya untuk membimbing saya sebagai seorang isteri dan Muslimah yang baik.
"Saya tidak mahu Allah membalikkan hati saya semula dengan tidak mempunyai kepercayaan terhadap agama. Justeru, saya memerlukan seorang lelaki yang benar-benar beriman kerana Allah SWT."
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=0516&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz31sTmZUeY 
Hakcipta terpelihara 

Artifak Ditemui Di Pulau Nangka Azimat Purba - KM Melaka

Posted: 16 May 2014 04:58 AM PDT


Diterbitkan: Jumaat, 16 Mei 2014 7:22 PM


MELAKA: Dua keping artifak berbentuk pingat yang ditemui di Pulau Nangka pada 31 April lepas merupakan azimat purba dipercayai berasal daripada kerajaan Majapahit, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata berdasarkan kajian oleh pihak yang bertanggungjawab, antara ciri yang menunjukkan artifak itu adalah azimat purba bukan syiling perdagangan seperti andaian banyak pihak sebelum ini, ialah terdapat jampi serapah jawa kuno tertulis di atas azimat itu.

Katanya ada kemungkinan azimat itu mempunyai kaitan dengan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka dan Pulau Nangka itu sendiri bagaimanapun buat masa ini kaitan itu masih belum mempunyai bukti yang nyata.

"Azimat seperti ini juga didapati di kawasan sejarah lain seperti kota lama dan tebing sungai Melaka, maka sukar untuk kaitkan secara spesifik dengan Pulau Nangka," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau terdahulu merasmikan Seminar Speaker Nasional 2014 yang dihadiri Speaker Dewan Negara Tan Sri Abu Zahar Ujang, Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan speaker Dewan Undangan Negeri seluruh negara.

Dua keping artifak tembaga berbentuk medal dipercayai dari zaman Kesultanan Melayu Melaka ditemui oleh syarikat Smart Partnership International (M) Sdn Bhd yang mencari harta peninggalan zaman itu di Pulau Nangka dekat sini.

Idris berkata buat masa ini syarikat itu, yang telah tamat perjanjian untuk mencari harta itu pada 31 April lepas, dibenarkan meneruskan kerja-kerja pencarian itu buat sementara waktu.

"Sniper" perempuan pemberontak Syria

Posted: 16 May 2014 02:42 AM PDT




http://mountdweller.blogspot.com | .

 

Dengan style kening rapi, kasut bot kulit dan gelang emas, dia dikenali 'Guevara' kerana dia adalah orang terakhir yang menjadi harapan, lengkap dengan senapang sniper bersembunyi di tengah perang saudara di negaranya.

Memakai tudung dan pakaian, dan seluar khaki, Guevara, duduk tersembunyi di sebuah bangunan yang rosak menunggu untuk melihat musuh "tentera kerajaan".

Tetapi bekas guru bahasa Inggeris ini telah dikenali ramai penduduk sebagai 'penembak tepat perempuan' di jalan-jalan bandar Syria.

Berasal dari Palestin, sniper mengatakan bahawa dia pertama kali mengangkat senjata di sebuah kem latihan tentera di Lebanon yang dijalankan oleh militan Palestin dari kumpulan Hamas.



Dan dia mengaku bahagia dalam peranannya yang tidak biasa dan berbahaya untuk seorang wanita. Dia berkata "Saya suka berkelahi, ketika saya melihat bahawa salah satu teman saya di katiba  [bahagian pemberontak] telah dibunuh, saya merasa bahawa saya harus angkat senjata dan membalas dendam. '

Dia juga didorong oleh kematian anak perempuannya berusia 10 dan seorang putra berusia 7 tahun beberapa bulan lalu. Pasangan itu tewas ketika serangan udara menghentam rumah keluarganya.

Sekarang dia mengatakan dia merasa dipaksa untuk membunuh askar kerajaan setiap kali kematian dari salah satu pejuang sesama pemberontak.

Pekerjaan memerlukan kesabaran, kelajuan dan kecerdasan dan dia sering perlu duduk berjam-jam menunggu tentera kerajaan untuk mengambil alih tempat mereka.



Dua Dituduh Rogol Gadis Bawah Umur

Posted: 16 May 2014 01:32 AM PDT

Gambar Hiasan/Pic: Perak TodayGambar Hiasan/Pic: Perak TodayMELAKA: Seorang pekerja kantin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur di Tanjung Kling, bulan lalu.
Tertuduh Ridhwan Abdullah, 18, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di depan Hakim Amran Jantan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang perempuan berusia 12 tahun lima bulan di sebuah rumah di Tamana Tanah Merah, Tanjung Kling, di sini, kira-kira jam 10 malam pada April 2014.
Dalam prosiding berasingan seorang pekerja restoran makanan segera, turut mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol seorang gadis bawah umur minggu lalu.
Tertuduh, Razman Rahmat, 21 didakwa merogol mangsa berusia 15 tahun lima bulan di sebuah rumah di Taman Alai Perdana, di sini,kira-kira jam 7.30 pagi, pada 9 Mei 2014.
Kedua-dua mereka di dakwa mengikut Seksyen 376,  Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika disabitkan kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya M. Rebecca yang mengendalikan kedua-dua kes berkenaan menawarkan jaminan RM20, 000 bagi setiap tertuduh.
Ridhwan yang tidak diwakili peguam ketika rayuan memohon jumlah itu dikurangkan dengan ala an mempunyai Sembilan adik-beradik ditanggung ayahnya.
Razman turut mengemukakan rayuan sama dengan alasan menanggung ibu bapa selain adik beradik yang masih bersekolah.
Amran kemudian membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM10, 000 dengan seorang penjamin.
Mahkamah turut menetapkan sebutan semula kes serta lantikan peguam bagi Ridhwan dan Razman masing-masing pada 16 dan 17 Jun depan.--Harian Metro

Mahathir, hang tu dah tua, buang la sifat berdendam tu. Bawa-bawa lah bertaubat

Posted: 15 May 2014 11:14 PM PDT




Saya ingin memberi reaksi serangan terbaru Dr Mahathir ke atas Anwar Ibrahim seperti dilapor Bernama bertarikh 14 Mei 2014. Saya kira Dr Mahathir melatah lagi. Kali ini beliau menyerang Anwar Ibrahim kerana dijemput menyampaikan syarahan di Universiti Al-Azhar, Jakarta Indonesia. Bahkan penganjur yang menjemput Anwar juga diserang Dr Mahathir. Kata Dr Mahathir, Anwar tidak layak menyampaikan syarahan tentang Islam kerana moralnya rendah!  

Izinkan saya menceritakan kepada Dr Mahathir yang mudah lupa, lama sebelum Anwar berkawan dengan Dr Mahathir, Anwar sudah pun mengenali dan berguru dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Ismail Faruqi, Dr Sheikh Taha Jabir Al-Awani, Pak Natsir, Pak Hamka, Sheikh Hassan Turabi, Dr Rashid Ghanousi, Sheik Mehdi Aqif dan ramai lagi.
Anwar terlibat dengan gerakan Islam sejak zaman sekolah, mahasiswa, belia dan tidak pernah bersara hingga hari ini. Tokoh-tokoh ilmuan dan gerakan Islam seantero dunia seperti Dr Yusof Qardawi, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Abu Hamid Sulaiman, Dr Ahmad Totonji, Dr Tariq Suwaidan dan Dr Tariq Ramadan sentiasa mengunjungi Anwar setiap kali mereka berkesempatan datang ke Malaysia berbincang isu-isu umat sejagat.
Biarlah saya mengingatkan Dr Mahathir walau bersungguh-sungguh beliau berusaha untuk membunuh karakter Anwar dengan fitnah liwat selama lebih 15 tahun, fitnah jijik itu tidak mampu menjauhkan tokoh-tokoh ilmuan Islam daripada Anwar. Kalau Dr Mahathir ingin tahu apa sebabnya, jawapannya cukup terang. Islam melarang dan mengharamkan seorang muslim memfitnah saudara muslimnya yang lain dengan fitnah zina atau liwat. Dr Mahathir lah yang mereka fitnah liwat terhadap Anwar. Namun Dr Mahathir tidak pernah berupaya menampilkan empat saksi sepertimana yang AlQuran wajibkan. Rakan-rakan Anwar dari kalangan tokoh-tokoh Ilmuan Islam ini terus mendokong Anwar kerana kayu ukur mereka ialah Al Quran. Keyakinan mereka ialah Anwar menjadi mangsa fitnah jahat Dr Mahathir.
Dr Mahathir sewaktu menjadi Perdana Menteri memperalatkan seluruh jentera pemerintah termasuk media, polis, peguam negara dan mahkamah untuk melengkapkan fitnahnya terhadap Anwar. Dipenjarakan tujuh tahun, bebas dan Anwar terus berjuang. Apakah Dr Mahathir berhasil "membunuh" Anwar? Tidak sama sekali! Kalau dahulu ketika masih berkuasa Dr Mahathir boleh sahaja menyekat dan memenjarakan Anwar. Hari ini pun kerajaan Umno/ Bn boleh terus menyekat Anwar menyampaikan syarahan di universiti-universiti awam dan swasta di negara kita. Kerajaan Umno/Bn malah boleh mengugut mahasiswa-mahasiswa Malaysia di luar negara agar jangan mengikuti syarahan Anwar.

Namun Dr Mahathir dan kerajaan Umno/Bn tidak boleh menyekat universiti-universiti terkemuka di rantau ASEAN, di Eropah, di Amerika Syarikat dan di Timur Tengah dari terus mengundang Anwar. Anwar sering dijemput mengupas pelbagai tajuk menyentuh persoalan umat Islam dan dunia seluruhnya. Saya pernah bepergian bersama Anwar ketika beliau diundang menyampaikan syarahan di Mesir, Turki, Singapura, Indonesia dan banyak negara-negara lain. Siapa yang hadir mengikuti syarahan Anwar? Untuk makluman Dr Mahathir, mereka ialah menteri-menteri, tokoh-tokoh pemikir dan sarjana Islam, golongan korporat, pimpinan media, professor universiti, tokoh-tokoh ekonomi dan teknokrat. 
Di Tunisia misalnya Dr Rashid Ghanousi menjemput Anwar menyampaikan pandangannya kepada seluruh ahli-ahli parlimen dan anggota jemaah menteri Tunisia. Di Turki, Perdana Menteri Tayyib Erdogan menjemput Anwar berucap di Istana Presiden mengupas topik Islam dan kebangkitan dunia arab. Satu ketika di Mesir seingat saya tahun2010, Anwar dijemput menyampaikan ucaputama persidangan antarabangsa Islam dan Demokrasi. Di Singapura, bertempat di World Trade Center, ucapan Anwar pula ditujukan kepada tokoh-tokoh media dunia. Di Indonesia pengaruh Anwar bukan kepalang. Seorang teman saya asal Bogor pernah bergurau, katanya tokoh-tokoh Indonesia saling berselisih dan berbeda pendapat antara satu sama lain, namun mereka boleh sahaja bersatu kalau mengkagumi Anwar. Pesantren, Universiti, Badan-badan pemikir dan intelektual Indonesia sering mengundang Anwar menyampaikan pidatonya.
Anwar boleh berbicara karangan Shakespeare, Confucius, Mohamad Iqbal, Rabindranth Tagore, Jose Rizal atau mendeklamasi puisi Rendra. Pada masa yang sama Anwar giat mempelopori Maqasid Syariah dan membentang kertas seminar Islam dan demokrasi di serata dunia. Tidaklah menghairankan sebaik keluar dari penjara Anwar dilantik sebagai fellow di Universiti Oxford dan menjadi professor di Universiti New Hopkins Amerika Syarikat. Anwar juga dilantik penasihat ekonomi Qatar dan beberapa institusi perbankan di negara arab.
Elok juga saya mengingatkan Dr Mahathir bahawa Anwar yang cuba dibunuh karakternya oleh Dr Mahathir cuma manusia biasa. Hormat orang kepadanya bersebab. Fitnah Dr Mahathir hanya "berhasil" di dalam kalangan Umno. Itupun bukan semua. Ramai kenalan saya di dalam Umno yang kini menduduki jawatan-jawatan utama dalam parti dan kerajaan mengakui hakikat ini. Cuma yang tiada pada mereka ialah keberanian untuk berkata benar di hadapan pemimpin pencipta fitnah.
Bagaimana sebenarnya Dr Mahathir mahu dingati? Berkuasa selama dua puluh tiga tahun legasi yang ditinggalkannya ialah merosakkan institusi kehakiman, menekan kebebasan media, menyuburkan budaya rasuah, memunggah kekayaan negara menjadi kekayaan peribadi, memusuh
Ketika Anwar masih terus dengan tradisi ilmu dan rapat dengan Dr Yusof Qardawi, Dr Tariq Suwaidan, Dr Wahbah Zuhaily, Dr Mahathir pula rapat dengan Ananda Krishna, Francis Yeoh dan Syed Mokhtar Bukhary. Ketika anak-anak Anwar membesar dan membina kerjaya yang cukup sederhana, Dr Mahathir pula cemerlang membantu anak-anaknya mencipta nama tergolong kelompok mahakaya di Malaysia! Ketika Anwar terus berjuang membela rakyat, menolak politik perkauman, mengajak rakyat mencari titik persaudaraan, menuntut kekayaan negara diagih secara adil, Dr Mahathir pula kekal dengan gaya politik lama, usang, tidak pernah puas menimbun kekayaan dan penuh dendam kesumat
Saksikanlah pada usia lebih 80an tahun Dr Mahathir terus menyerang Anwar tanpa henti. Tidak pernah ada tanda-tanda beliau sedar dan insaf perbuatan fitnahnya terhadap Anwar. Pesanan buat Dr Mahathir, sesungguhnya Allah swt menyayangi hamba-hambanya yang sentiasa bertaubat dan membersihkan diri. Sebaliknya Allah juga bencikan orang yang tidak mahu bertaubat dan paling dibenciNya ialah orang tua yang tidak mahu bertaubat. Doa saya agar Dr Mahathir tidak tergolong dalam kalangan jenis itu dan dibuka pintu hatinya. Amin ya Rabb.

Saifuddin Nasution Ismail

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Bahaya politik ekstrim?

Posted: 16 May 2014 06:22 PM PDT


Dalam mana-mana agama, golongan ekstremis sentiasa wujud. Ia menjadi lebih berbahaya sekiranya tafsiran-tafsiran agama itu dilibatkan dengan politik. Golongan ini biasanya yakin bahawa kepercayaan dan tafsiran mereka sahaja yang betul dan ia perlu dianuti oleh setiap orang. Mereka ini adalah dogmatik.

Mereka cuba untuk mengenakan kepercayan itu ke atas orang lain, atai sekurang-kurangnya tidak akan bertolak ansur terhadap perbezaan pendapat berhubung tafsiran agama.

Justifikasi agama digunakan untuk memberi keabsahan kepada bentuk politik sesebuah masyarakat dan negara, dan dalam banyak kes kepada tindakan-tindakan peribadi. Di Timur Tengah, beberapa tahun lalu ada kumpulan Islam yang percaya bahawa sekiranya anda memasang bom pada badan atau memandu kereta berisi bom yang boleh membunuh orang Yahudi, jika anda mati berikutan perbuatan itu, anda akan mati syahid.

Dalam perang Iran-Iraq pada awal tahun 1980-an, tafsiran ketika itu ialah seorang askar Iran akan dianggap mati syahid jika mereka terkorban dalam peperangan dengan Iraq, sebuah negara Islam yang dianggap pro-Barat pada masa itu. Hari ini di Malaysia, justifikasi yang sama dibuat oleh kumpulan-kumpulan Islam tertentu dalam konteks politik tempatan. Jika seoarng pemuda mati terjatuh pokok ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik, dia mungkin dikatakan sebagai mati syahid – terkorban ketika menjalankan kerja-kerja politik agama.


Kalau seseorang itu mati dalam kemalangan jalan raya selepas pulang mendengar sesebuah parti politik yang berlangsung sehingga tengah malam, elemen-elemen agama akan digunakan untuk memberi definasi kepada persekitaran yang menyelubungi kematian itu. Ekstrimis agama bukan terdapat dalam masyarakat Islam sahaja tetapi juga dalam masyarakat agama-agama lain termasuk Hindu, Sikh dan Kristian.

Dalam sejarah dunia Barat, Tafsiran agama yang melampau telah menyebabkan berlaku peperangan yang paling kejam di Eropah antara tahun 1618 dan 1648 yang dipanggil Perang Tiga Puluh Tahun antara para pemimpin Kristian Protestan dan Katolik. Peperangan itu telah mengurangkan jumlah pendudduk Jerman pada abad itu daripada 21 juta pada tahun 1618 kepada 13 juta orang sahaja apabila perang berakhir.

Di negara-negara Islam pula, pengalaman di Tanah Arab beberapa puluh tahun selepas kewafatan Rasulullah menunjukkan kepentingan material termasuk usaha mengejar kuasa, pangkat, harta dan keagungan bangsa Arab telah mewujudkan tafsiran-tafsiran dalam Islam yang membawa kepada penindasan.

Pada awal pemerintahan Muawiyah (kira-kira 40 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w) wujud apa yang dipanggil golongan mawali iaitu kaum daif daripada orang bukan Arab yang memeluk Islam. Autoriti kerajaan Islam pada zaman Muawiyah menetapkan dari segi sosial, golongan mawali lelaki tidak boleh berkahwin dengan perempuan Islam keturunan Arab.

Ada insiden lelaki mawali diperintahkan bercerai dengan isterinya dan dihukum sebat seratus rotan. Mawali tidak boleh sembahyang dalam masjid yang sama dengan orang Islam lain dan tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam politik, kehakiman dan ketenteraan.

Pada masa pemerintahan Khalifah Abdul Malik bin Marwan, gabenornya di Kufah yang bernama al-Hajjaj telah menindas petani-petani mawali. Petani-petani itu dihalau dari Kufah dan diberi tanda pada tangan mereka untuk menunjukkan nama kampung mereka bagi memudahkan mereka dikesan.

Atas nama keinginan untuk berkuasa ke atas orang lain, semua ini dihalalkan.
Wallahuallam.

Suara Politik
Belantan

MB Khalid 'diserang' ahli PKR?

Posted: 16 May 2014 09:44 AM PDT

Zulkifli yang kecewa dengan Abdul Khalid sedang ditenangkan oleh Anwar Ibrahim.

Pekarangan Ibu Pejabat PKR di sini kecoh apabila calon Timbalan Presiden PKR, Tan Sri Abdul Khalid 'diserang' oleh seorang ahli PKR Cabang Kuala Selangor, hari ini.

Abdul Khalid yang baru selesai sidang media berhubung kekecohan pemilihan PKR 2014 bersama Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta dua calon Timbalan Presiden yang lain dihambur dakwaan bahawa beliau tidak telus dalam pemilihan.

Beliau yang kelihatan terpinga-pinga dengan tindakan ahli PKR itu sempat ditenangkan Anwar sebelum bergegas menuju ke keretanya dan meninggalkan premis berkenaan.



Sementara itu, ketika ditemui pemberita, ahli berkenaan, Zulkifli Abdulllah menegaskan pihaknya telah membuat laporan polis manakala bukti penyelewengan pula sudah diserahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Unsur-unsur gengsterisme ada dalam mesyuarat cabang itu sendiri. Orang yang tak sepatutnya ada dalam dewan pemilihan pun ada. Termasuk salah seorang ahli PKR yang telah dipecat.

"(Mereka disyaki berkempen untuk) Tan Sri Khalid. Ada (bukti) dan kita telah membuat laporan polis serta telah menyerahkan bukti kepada JPP iaitu rakaman suara dan rakaman video mengenai penyerahan wang daripada pihak yang berkempen untuk Tan Sri Khalid," dakwanya.

Dalam pada itu, menurutnya ahli PKR di Kuala Selangor tidak kisah siapa yang menjadi ketua cabang asalkan individu berkenaan mampu bekerja untuk parti bukannya diri sendiri.

Suara Politik
Belantan

MCA 'tak ada telur'...!!! Mengalah sebelum tewas?

Posted: 16 May 2014 02:08 AM PDT


Apa sudah jadi dengan MCA? Setelah tewas di Kajang sudah tiada keyakinan untuk bertanding lagi! Timbul persoalan mengapa MCA enggan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor! Adakah MCA tahu dengan serah senjata sebelum bertanding telah menghancurkan jiwa masyarakat Cina disana!

Dua minggu lalu, Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai menafikan khabar angin bahawa parti itu tidak akan bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor, namun desas-desus mengenainya terbukti benar baru-baru ini.

Keputusan parti itu untuk tidak bertanding diumumkan Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Ong Ka Chuan selepas Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden yang diadakan di Ipoh, Perak, pada 10 Mei 2014.

Penulis melihat keputusan muktamad itu berkaitan dengan prestasi MCA yang disifatkan Tiong Lai sebagai akan kalah besar berdasarkan pergolakan dalaman parti itu sendiri.

Umum tahu, Tiong Lai pernah menuduh Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek menggadai maruah parti kerana bekas Presiden MCA itu melepaskan kerusi Parlimen Batu Pahat kepada UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) tahun lalu.

Berlakon seperti risau, Timbalan Presiden MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong pula menyifatkan ia adalah keputusan pahit untuk ditelan namun kepentingan proses penyatuan parti mengatasi segala-galanya.

Ka Chuan pula menganggap 'serah senjata' itu sengaja dilakukan MCA bagi memberi tumpuan isu hukum hudud Pas yang mengundang dilema kepada Perlembagaan negara dan menjejas sokongan masyarakat Cina kepada parti itu.

Pada hemat penulis, walau apa pun alasannya, MCA perlu tampil sebagai sebuah parti berani dan mempunyai semangat juang yang tinggi dan tidak melepaskan peluang bertanding dalam PRK Parlimen Bukit Gelugor begitu sahaja.

Mengapa perlu gusar sedangkan Pas tidak akan mengusulkan enakmen peribadi undang-undang hukum hudud itu seperti dijadualkan pada Jun ini sepertimana diumumkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bukankah sudah tiada alasan untuk mengubah pendirian kembali masuk gelanggang untuk bertarung dalam PRK Parlimen Bukiut Gelugor?

Penulis beranggapan MCA sebenarnya bukan berhadapan dengan hukum hudud Pas secara langsung sebaliknya lebih kepada mahu mempertahankan Malaysia sebagai negara sekular.

Selaku mewakili kepentingan masyarakat Cina, MCA perlu berani berdepan kemungkinan tewas agar kelak dapat memberi suntikan semangat untuk menentang enakmen hukum hudud.

Penulis yakin selepas PRK Parlimen Bukit Gelugor MCA akan dilihat parti bermaruah selain dapat mencari hala tuju yang lebih jelas berbanding dianggap parti yang hilang taring serta terus berundur dan akhirnya gulung tikar.

Sejajar perubahan wajah MCA dengan slogan 'Lebih bersatu dan lebih kuat untuk semarakkan parti', parti itu tentu tidak mahu dilihat lemah dan dayus ekoran langkah yang diambil baru-baru ini.

Sikap sombong parti itu bukan sahaja melemahkan semangat ahli parti bahkan ia menghancurkan hati masyarakat Cina. Jika dibiarkan berterusan, hari ini MCA seperti menggali kuburnya sendiri!

Suara Politik
Belantan