Followers

Nuffnang

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


KELUARGA HADI AWANG GELAR NIZAR "VERY STUPID" AKA "SANGAT BODOH"

Posted: 15 May 2014 08:43 PM PDT

Komen Zaharuddin Muhammad terhadap status laman Facebook Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencetuskan kontroversi. – Gambar Facebook.
Kemelut Umno di Terengganu mungkin sudah selesai, bagaimanapun kini giliran PAS pula terjebak selepas kritikan "very stupid" menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menulis komen melalui laman sosial Facebook dengan menyelitkan bersama-sama artikel komen Nizar di satu portal berita.
Nizar dalam artikel tersebut menyeru pimpinan PAS berhati-hati dengan Barisan Nasional (BN) semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu baru-baru ini.
"Menantu Hadi (Zaharuddin) menafikan, sebab dia kata bukan tujukan kepada saya.
"Dia kata kenyataan 'very stupid' itu tidak semestinya ditujukan kepada Datuk Seri Nizar. Kalau bukan kepada saya, tidak tahu kepada siapa dia tujukan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja.
"Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa.
"Tanya dia, apa niat dia," soal beliau.
Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar.
"Sekarang ini, dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar.
Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu.
"Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi.
Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja.
"Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa.
"Tanya dia, apa niat dia," soal beliau.
Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar.
"Sekarang ini, dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar.
Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu.
"Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi.
Nama tersebut diambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Menurut Nizar, nasihat tersebut bertujuan untuk mengelakkan krisis pada 2009 berulang di mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak tumbang susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lompat parti.
Baru-baru ini, episod di Perak berulang apabila tiga Adun di Terengganu dikepalai bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar parti dan mengumumkan menjadi wakil Bebas.
Terdapat khabar angin mengatakan akan ada usaha mewujudkan kerajaan campuran di Terengganu, tetapi perkara tersebut dinafikan oleh PAS Terengganu.
Nizar menggesa agar pemimpin negeri Terengganu supaya berhati-hati.
Bagaimanapun situasi tersebut berubah apabila ketiga-tiga Adun tersebut kembali ke pangkuan Umno.
"Sebab pengalaman masa di Perak, Umno buat macam itu dahulu, bila tersepit mereka cari kawan lain.
"Jadi pengalaman itu saya cuba sampaikan supaya tidak termakan," kata Nizar.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga senada dengan Nizar, menyifatkan Umno dan BN sebagai tidak boleh dipercayai.
"Kita sedia maklum sejarah panjang PAS dan Umno.
"Kekalahan pada 2004 pun BN menang dengan tidak adil," kata Satiful kepada The Malaysian Insider.
Satiful berkata PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno atau BN, bahkan mengganggap Ahmad sebagai tidak berkredibiliti serta "flip-flop".
"Mereka tidak pernah berubah dengan sikap diskriminasi dan tidak adil.
"Umno tidak pernah menunjukkan keikhlasan sikap, jadi macam mana nak perintah bersama…Ahmad Said ini kita pun tahu dia flip flop," katanya.
Satiful juga mengungkit kembali layanan yang diberikan oleh Ahmad kepada PAS sepanjang memerintah Terengganu dan berkata mustahil untuk bekerja dengan individu berperwatakan sedemikian.
Di Terengganu, BN memiliki 17 kerusi DUN manakala PR pula 15 daripada 32 kerusi keseluruhan, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya salah seorang daripada Adun Umno keluar parti menjadi wakil Bebas.
PAS juga mengintai peluang untuk memerintah di Terengganu, malah awal-awal lagi memberi isyarat akan mengusulkan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kemelut politik dalaman Umno tidak berakhir. (TMI)

SELAMAT HARI GURU KEPADA WARGA PENDIDIK SELURUH MALAYSIA

Posted: 15 May 2014 07:03 PM PDT



Sempena Hari Guru 2014 yang disambut hari ini, kita semua sudah tentu tidak mahu melepaskan peluang untuk mengucapkan terima kasih kepada cikgu yang telah mengerahkan keringat dan masa masing-masing untuk membolehkan kita menjadi insan berjaya.

Bagi individu yang berada dalam lingkungan umur 40-an, walaupun guru-guru disediakan kemudahan pengajaran yang serba kekurangan pada era 1970-an sehingga 1990-an, mereka tetap gigih untuk mengajar kita.

Itu adalah satu pengorbanan cukup tidak ternilai yang hanya Allah SWT yang dapat membalasnya.

Kepada generasi muda yang sedang bersekolah sekarang, mereka cukup bertuah kerana disediakan kemudahan serba lengkap khususnya melalui transformasi pendidikan yang sedang dilaksanakan oleh kerajaan sekarang.

Transformasi yang dijalankan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 melibatkan pendidikan dari peringkat prasekolah, menengah hinggalah pengajian tinggi.

Matlamat PPPM yang dilaksanakan dalam tempoh 13 tahun adalah untuk memastikan prestasi sistem pendidikan Malaysia setaraf dengan di negara-negara maju.

Ia juga bertujuan memastikan setiap murid mempunyai enam ciri utama yang akan membolehkan mereka bersaing di peringkat global.

Ciri pertama, mempunyai pengetahuan membaca, menulis, mengira dan menguasai mata pelajaran teras seperti Matematik dan Sains serta mempunyai pengetahuan kukuh mengenai Malaysia, Asia dan dunia.

Ciri kedua, mempunyai kemahiran berfikir yang akan membolehkan mereka menghasilkan idea-idea baharu dan ketiga, kemahiran memimpin bagi membolehkan mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing.

Ciri keempat pula, mempunyai kemahiran dwibahasa sekurang-kurangnya bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Ciri kelima, etika dan kerohanian yang akan membolehkan segala tindakan generasi akan datang dibuat berasaskan pertimbangan moral dan akhlak.

Setiap murid juga disasarkan untuk mempunyai ciri keenam iaitu identiti nasional. Ini bermakna tanpa mengira agama, etnik atau status sosioekonomi, mereka tetap berbangga dikenali sebagai anak Malaysia.

Untuk mencapai matlamat tersebut, tumpuan tidak lagi kepada pembelajaran secara hafalan, sebaliknya murid akan belajar menerusi kaedah yang lebih interaktif di dalam kelas.

Mereka juga mempunyai lebih kawalan ke atas proses pembelajaran masing-masing dan akan lebih banyak terlibat dalam kerja berkumpulan dan kolaborasi dengan rakan sekelas.

Pelajar juga akan diberi ruang untuk mengembangkan bakat masing-masing dalam bidang yang diminati seperti seni, sukan, badan beruniform dan khidmat masyarakat.

Sekarang sudah masuk tahun kedua transformasi berkenaan yang telah dilaksanakan mulai Januari 2013. Berdasarkan laporan terkini, ia telah berjaya meningkatkan pencapaian pelajar di sekolah.

Menurut Pengarah Eksekutif Unit Penyampaian Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Padu), Dr. Habibah Abdul Rahim, antara strategi pelaksanaan adalah membuat transformasi di peringkat pejabat pelajaran daerah (PPD) dengan Kedah dan Sabah dipilih sebagai projek perintis.

Beliau berkata, transformasi itu melibatkan penempatan lebih 300 pegawai pembimbing di peringkat PPD yang berperanan membimbing guru, pengetua dan guru besar bagi memastikan prestasi sekolah meningkat dengan drastik.

"Hasilnya, pencapaian kedua-dua negeri ini adalah sangat baik khususnya dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

"Dalam ketiga-ketiga peperiksaan awam berkenaan, ini kali pertama dalam tempoh 10 tahun pencapaian yang terbaik dicatatkan di Sabah dan juga Kedah.

"Ini adalah hasil inisiatif kita memberi sokongan yang lebih kepada guru yang memerlukan bantuan dalam bilik darjah bagi meningkatkan prestasi proses pengajaran dan pembelajaran," katanya ketika menjadi ahli panel pada Wacana Intelek PPPM 2013-2025 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya akan menyiapkan Pelan Pembangunan Pendidikan Pengajian Tinggi (PPPPT) pada September ini yang akan menjadi pelengkap kepada PPPM.

"Ini akan membolehkan wujud integrasi menyeluruh terhadap sistem pendidikan di negara ini dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat pengajian tinggi," jelasnya.

Sementara itu, Rektor Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Sulaiman Wak berkata, salah satu prasyarat kejayaan transformasi pendidikan adalah guru yang mengajar perlulah benar-benar berkualiti.

Katanya, bagi memastikan hasrat itu tercapai, mulai tahun ini pihaknya mengenakan syarat ketat bagi kemasukan calon guru pelatih di IPGM iaitu sekurang-kurangnya mendapat minimum 5A dalam peperiksaan SPM.

"Walaupun kita mengenakan syarat ketat, jumlah pemohon yang memenuhi syarat ini yang telah membuat permohonan adalah seramai lebih 22,000 orang.

"Jumlah ini cukup besar berbanding bilangan guru pelatih yang akan diambil pada tahun ini iaitu seramai 3,000 orang," jelasnya.

Berikutan jumlah calon layak yang ramai, kata beliau, pihaknya juga mengadakan tapisan kedua yang dinamakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi memastikan individu terbabit sesuai untuk menjadi seorang guru.

"Antara komponen dalam UKCG adalah ujian psikometrik bagi memastikan calon guru terbabit tidak mempunyai masalah mental.

"Satu lagi komponen adalah ujian kecergasan fizikal termasuk memastikan indeks jisim badan (BMI) adalah normal supaya mereka tidak menghadapi masalah di sekolah yang kini kebanyakan bangunannya lebih setingkat," katanya.

Menurutnya, selepas melepasi tapisan berkenaan, barulah calon guru terbabit dipanggil untuk sesi temu duga yang diadakan pada bulan ini.

"Walaupun ramai yang tidak lepas UKCG, tetapi bilangan yang ada masih cukup bagi membolehkan kita mengambil 3,000 calon guru untuk dilatih pada tahun ini," ujarnya.



Utusan

PETROL OH PETROL! NGAPAIN LHO MAHAL BANGAT?

Posted: 15 May 2014 02:15 AM PDT


Kenapa harga minyak Malaysia mahal berbanding Brunei?

Benarkah harga minyak di Malaysia itu mahal? Jadi, mahal atau tidak harga minyak di Malaysia itu, mari kita buat perbandingan antara Malaysia dan negara-negara lain.


Oleh kerana Malaysia berada dalam kawasan Asia Tenggara, kita buat perbandingan antara Malaysia dengan negara-negara jiran terdekat Asia Tenggara yang selalu menyeludup dan merompak beribu-ribu gelen dan liter minyak kita sehari!

Negara Asia Tenggara yang mempunyai harga petrol paling mahal ialah Singapura dengan harga RM5.39 seliter bagi RON 95, manakala negara yang mempunyai harga petrol termurah ialah Brunei dengan harga RM1.64 (BND0.51) seliter bagi RON 97.

Ternyata Malaysia masih termurah jika dibandingkan dengan negara-negara ASEAN selain Brunei. 

Kenapa Brunei murah? Sebabnya Brunei adalah negara yang keenam terkaya di dunia, dengan populasi yang jauh berkali ganda lebih kecil dari Malaysia (412,238 orang - tahun 2012). Jadi, minyak yang ada di negara mereka sebenarnya tidak habis digunakan dan masih dalam bekalan yang banyak membuatkan mereka boleh mengimport ke mana yang mereka mahu, dalam kuantiti yang banyak.


Ataupun mungkin petrol murah di Brunei kerana negara itu laksanakan hudud. Sepertimana juga Finland mampu memberikan pendidikan percuma kerana kadar GSTnya 24%? Mungkinkah?

Hakikatnya, Malaysia bukanlah sebuah negara yang layak untuk menganggotai OPEC (Organization of the Petroleum Exporting Countries – Organisasi Negara-negara Pengeksport Petroleum) kerana kita sebenarnya lebih banyak mengimport daripada mengeksportnya. Standard produksi anggota OPEC adalah melebihi 1 juta tong sehari. Indonesia pun disingkirkan pada September 2008 kerana tidak memenuhi keperluan OPEC itu.

Juga, kita kena lihat jumlah pengeluaran minyak Malaysia dengan negara-negara yang selalu dibandingkan oleh puak pembangkang dengan jumlah pengeluaran lain. Sebagai contoh, Arab Saudi harga minyaknya hanyalah RM0.50 seliter. Ada segelintir orang yang mempertikaikan kenapa Arab Saudi mampu memberikan kepada rakyat mereka harga yang semurah ini. Sedangkan Malaysia juga sebagai negara pengeluar minyak, seharusnya mampu seperti Arab Saudi.


Sekali lagi tak perlu tertipu dan terpengaruh dengan dakyah sebegini. Seperti ditegaskan Malaysia bukanlah sebahagian daripada OPEC kerana jumlah minyak serta aktiviti import dan eksport minyak negara kita tidak sehebat dan sebanyak mereka. Sebagai contoh, Arab Saudi mengeluarkan 9,570,000 tong sehari, melebihi kita yang hanya mengeluarkan 219,300 tong sahaja.

Malaysia merupakan negara memberi subsidi yang tertinggi di Asia Tenggara dan Asia. Malaysia membelanjakan 54% dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Pemberian subsidi merupakan perbelanjaan mengurus kedua terbesar kerajaan dan perbelanjaan ini semakin meningkat setiap tahun.

Kenapa ada yang bising bila harga minyak dunia turun, Malaysia tidak menurunkan harga minyak? Jawapan senang jer. Pernah dengar G20? Pada tahun 2011, sidang kemuncak kumpulan negara-negara ekonomi terbesar dunia, G20, yang diadakan di Seoul, Korea Selatan telah membuat deklarasi untuk menghentikan secara berperingkat (phase-out) subsidi minyak yang dikatakan tidak efisien dan menggalakkan pembaziran.

Hakikatnya, harga minyak memang tak naik cuma subsidi diberikan selama ini dikurangkan. Ini menyebabkan harga minyak naik.  

Pakar ekonomi dari serata dunia berkongsi pendapat bahawa sebenarnya subsidi minyak ini menguntungkan pihak yang lebih kaya, berbanding golongan miskin sedangkan jumlah subsidi yang dikeluarkan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin lebih spesifik contohnya perbelanjaan subsidi dialihkan kepada usaha penambahbaikan kualiti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, infrastruktur dan mengurangkan cukai.



Selain daripada itu, subsidi minyak juga dianggap sebagai antara penyebab kenaikan harga minyak dunia. Subsidi melindungi pengguna daripada harga borong minyak yang tinggi, tetapi kemudiannya meningkatkan permintaan minyak dan mendorong kenaikan harga borong. China merupakan contoh negara yang sering menaikkan harga minyak dunia. Apabila China memotong subsidi, harga minyak dunia serta merta turun.

Sebagai sebuah negara yang menganggotai pelbagai pertubuhan dunia dan berdagang secara global Malaysia terdedah pada perubahan harga global dan perlu mematuhi setiap perjanjian serta persepakatan ekonomi dan politik yang dibuat oleh badan-badan dunia itu. Jika tidak mahu, Malaysia akan diboikot oleh dunia dan hidup terpencil atau dikucilkan seperti Myanmar, Korea Utara, Cuba dan Iran. Hiduplah sendiri menanggung bebanan ekonomi hingga menyusahkan rakyat lagi. 

Janganlah kita samakan menurunkan harga minyak sama seperti memberikan harga subsidi 20 meter padu air. Air boleh didapati merata-rata ceruk. Tapi minyak perlu digali dan diproses supaya dapat digunakan. Semuanya melibatkan kos yang banyak. Tak boleh guna tahi hidung untuk dapatkan petrol yang murah.

Haiya...Lim Guan Eng pun pening kapla pikir pasal subsidi lo. Sumber http://limguaneng.com/index.php/2011/06/29/

Artikel Berkaitan:








Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:55 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Saya bukan pengkhianat parti - Ahmad Said?

Posted: 15 May 2014 01:36 AM PDT


Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menegaskan beliau bukan pengkhianat kepada UMNO, sebaliknya membuktikan kecintaan terhadap parti itu dengan kembali semula.

Menurutnya, jika benar seperti yang dituduh, beliau yang memutuskan keluar parti tidak akan menolak tawaran Pas yang cuba mengambil kesempatan dengan bergegas menemuinya untuk bersama parti itu agar dapat kembali memerintah Terengganu.

"Pas datang cepat sungguh (selepas) saya buat keputusan. Betul tak, Pas datang, saya tidak mahu bertemu lagi sebab itu 'stay' (kekal) tiga (ADUN yang umum keluar) walaupun ada lebih lagi.

"Kalau empat (ADUN), Pas boleh saja (peluang ambil alih) sebab itu isytihar tiga sahaja," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya di Telok Kalong dekat sini hari ini.

Beliau yang mengesahkan telah menarik balik keputusan keluar daripada UMNO bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Ghazali Taib seterusnya menegaskan, kontroversi yang tercetus sejak malam kelmarin sudah selesai.

Menurut Ahmad, tindakan awal yang diambilnya berpunca daripada salah faham dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sehingga merasakan maruahnya terjejas, namun dalam pertemuan hari ini, beliau telah memohon maaf atas keterlanjuran itu.

"Kami saling minta maaf, justeru, sebagai orang UMNO sejak berumur 18 tahun, saya buat keputusan menarik balik peletakan jawatan saya selaku ahli UMNO. Begitu juga Ghazali Taib, kes ini selesai, semuanya selesai," katanya.

Ahmad mengakui berlaku se­dikit ketegangan antara beliau dengan Najib pada pertemuan awal mereka yang difahamkan menyentuh mengenai penangguhan peletakan jawatannya sehingga selesai urusan majlis perkahwinan anak­nya yang akan diadakan di sini dan Kuala Lumpur tidak lama lagi.

"Masa itu tercetus sedikit tegang selepas saya beritahu PM bahawa majlis perkahwinan anak saya pada 17 Mei ini yang akan berlangsung di kediaman kami di Telok Kalong.

Tetapi Perdana Menteri kata itu masalah dan soal personal (peribadi). Ini melibatkan anak saya dan maruah saya sehingga saya mengambil keputusan meletak jawatan dalam UMNO dan keluar daripada parti.

"Akhirnya sebagai pemimpin berjiwa besar, Perdana Menteri akui sama ada sedar atau tidak, dia tak ingat anak saya kahwin pada 17 Mei. Dia ingatkan anak saya kahwin 10 haribulan (Mei)," katanya.

Ahmad seterusnya memberi jaminan untuk terus memberi sokongan kepada perjuangan UMNO bersama kepemimpinan negara dan negeri.

"Disebabkan saya sayangkan UMNOlah saya tarik balik keputusan saya untuk keluar parti," jelasnya yang berjanji untuk memberi kerjasama dan menyokong kepemimpinan Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Ahmad juga berkata, beliau tidak menyimpan dendam dengan sesiapa dan beliau sedia bertolak-ansur dengan mereka yang berlembut dengannya.

"Saya tidak berdendam dengan sesiapa. Bagi saya mudah, orang buat baik dengan saya, saya buat baik, orang lembut saya lembut. Saya tidak boleh orang berkasar dengan saya," katanya.

Suara Politik
Belantan

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Cina MCA Arahkan Najib Ambil Tindakan Pada Menteri Melayu UMNO Yang Sokong Hudud...

Posted: 15 May 2014 06:00 AM PDT


Baca apa kata ketua wanita mca ini,

MCA wants Cabinet ministers who openly supported PAS' hudud initiative to be dealt with by the BN top brass.

Wanita MCA chief Heng Seai Kie was referring to Minister in the Prime Minister Department Jamil Khir and the International Trade and Industry ministerMustapa Mohamed who declared their support forhudud in Kelantan.

Artikel selanjutnya Klik Sini

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:20 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Shila Amzah 'Dedah' Kini Berkawan Rapat Dengan Bekas Bakal Angkasawan

Posted: 15 May 2014 06:32 PM PDT


..
Awal tahun ini, Shila Amzah memberitahu MD yang dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan mana-mana lelaki. Ertinya, di tahun 2014 penyanyi kesayangan ramai peminat di Malaysia mahupun di China ini mahu bersih dari sebarang gosip cinta.
Namun baru-baru ini nama Shila hangat diperkatakan ekoran kononnya pelantun 'Masih Aku Cinta' ini sedang bercinta dengan bekas calon angkasawan program AXE-Tronaut 2013 iaitu Adam Tun Tuah.
Memetik kenyataan di sebuah portal, Shila telah memuat naik sekeping gambarnya bersama seorang lelaki dipercayai Adam dengan wajah pemuda itu ditutup termasuk gambaran kata-kata pada kapsyen kononnya sedang bersahabat dengan individu itu.
Identiti lelaki berkenaan mula tersebar apabila Adam turut memuat naik gambar mereka di laman Instagram miliknya. 
..
Adam sebelum ini pernah menjadi lima peserta terbaik program The Malaysian AXE-tronaut yang akan mewakili negara ke Akademi Angkasa AXE Apollo yang berpangkalan di Orlando, Florida, Amerika Syarikat. Bagaimanapun dia tewas kepada peserta wanita, Roshini Muniam dalam misi pencarian bakal angkasawan itu.
Laporan portal berkenaan juga menyebut, kedua-dua mereka berkawan rapat dan pernah beberapa kali bertemu terutamanya semasa perjumpaan ahli kelab peminat Shila ketika wanita berkenaan pulang ke tanah air dari China.
Shila sebelum ini pernah menjalinkan hubungan cinta dengan aktor Sharnaaz Ahmad sebelum dikaitkan berkawan rapat dengan Johan As'ari.

#dimana MH370 : Petronas, Sapura-Kenchana tawar aset cari MH370

Posted: 15 May 2014 05:20 PM PDT


Beberapa syarikat tempatan, termasuk Petronas, menawarkan aset bagi membantu operasi di laut dalam fasa berikutnya untuk mencari pesawat milik Malaysia Airlines Penerbangan MH370, kata Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
  
Beliau berkata sebagai contoh, Petronas menawarkan satu penunda alat sonar laut dalam dan sebuah kenderaan kendalian jarak jauh manakala Sapura-Kenchana menawarkan penggunaan alat 'Multibeam Echosounder' miliknya.
  
"Bagaimanapun, keputusan belum lagi dibuat berhubung penggunaan semua aset ini," katanya dalam taklimat kepada media berkaitan perkembangan pencarian MH370 di sini hari ini, yang dipengerusikan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


  
Pada 5 Mei lepas, perbincangan tiga hala di Canberra membabitkan Malaysia, Australia dan China bersetuju bahawa aset spesifik, termasuk aset komersial, akan digerak dalam operasi pencarian fasa berikutnya di selatan Lautan Hindi.
  
Sementara itu, Hishammuddin berkata aset yang ditawar syarikat tempatan itu akan melengkapi aset komersial yang bakal diperoleh Australia.
  
Selain Petronas dan Sapura Kencana, Hishammuddin, yang juga Menteri Pertahanan, berkata kerajaan Malaysia kini berunding dengan DRB-HICOM Defence Technologies Sdn Bhd (Deftech) serta Boustead Holdings Bhd untuk mendapatkan beberapa aset.
  
Sebelum aset berkenaan digerak, Hishammuddin berkata satu kajian batimetrik menyeluruh akan dilakukan bagi membolehkan pakar memahami dengan lebih mendalam rupa bumi dasar laut yang terlibat.
  
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata bajet AUD90 juta yang diperuntuk kerajaan Australia dalam meneruskan misi mencari MH370 merupakan anggaran siling dan tidak menggambarkan kos sebenar operasi.
  
Beliau berkata peruntukan kerajaan Australia itu juga merupakan sebahagian daripada keperluan undang-undang negara berkenaan.
  
Bagaimanapun, katanya, jumlah yang perlu dibiayai kerajaan Malaysia belum ditentukan kerana ia bergantung kepada lokasi dan aset yang diperlukan sama ada daripada pihak tentera atau komersial.
  
"Saya boleh sahkan ada pihak ketiga yang telah menunjukkan kesanggupan untuk membantu pencarian ini, jika ia perlu pembiayaan lebih daripada kemampuan kita.
  
"Dengan jumlah yang ada, kita akan teruskan pencarian kita. Kita harap kerjasama pihak ketiga yang kita lihat dalam fasa pertama dan kedua akan sama dalam fasa baru ini," katanya yang enggan mendedahkan identiti pihak ketiga itu.
  
Media Australia kelmarin melaporkan kerajaan negara itu memperuntuk AUD89.9 juta bagi tempoh dua tahun sebagai sebahagian sumbangan dalam usaha antarabangsa mencari pesawat MH370.  
  
Sementara itu, Hishammuddin menegaskan isyarat ping pertama yang dikesan dalam misi mencari pesawat malang berkenaan di selatan Lautan Hindi merupakan petunjuk terbaik setakat ini.
  
"Ping pertama bersandar kepada isyarat paling kuat ketika itu. Tapi dalam fasa baharu, penting bagi pakar di Canberra bersama-sama Inmarsat dan pakar lain menentukan lokasi sebenar supaya aset sedia ada dapat dikerah.
  
"Kalau lebih banyak aset dikumpul, lebih cepat gerakan boleh dilakukan. Ini sedang diatur sekarang," katanya - Bernama

Sebak lihat kebesaran ALLAH - Sejadah masih berkeadaan baik walaupun rumah terbakar

Posted: 15 May 2014 05:09 AM PDT

  • Sebak lihat kebesaran ALLAHAntara rumah yang terlibat. Gambar kecil : Nor Hakimah
 1 / 2 
ALOR SETAR - Seorang mangsa kebakaran sebak menyaksikan tanda kebesaran ALLAH apabila sejadah yang dihampar untuk menunaikan solat Maghrib masih dalam keadaan elok walaupun rumahnya musnah di Kampung Pondok Chegar, Jalan Pantai Johor, di sini, malam kelmarin.

Difahamkan kejadian yang membabitkan empat rumah berjiran itu berlaku kira-kira jam 7.15 malam, ketika mangsa Nor Hakimah Abdul Talib, 48, sedang mengambil wuduk di rumahnya.

"Semasa berwuduk saya mendengar bunyi bising orang ramai menjerit di luar rumah. Bimbang berlaku sesuatu saya segera menjenguk menerusi tingkap di ruang tamu namun terkejut melihat api sedang marak menjulang tinggi di rumah jiran.

"Dalam keadaan kelam kabut saya segera capai tuala untuk tutup kepala dan api juga sudah mula merebak ke arah tingkat atas rumah," katanya kepada media, ketika ditemui di rumahnya, di sini semalam.

Hampar sejadah sebelum wuduk


Menurut Nor Hakimah, memang sudah menjadi rutin baginya menghampar sejadah di ruang solat berhampiran dapur sebelum mengambil wuduk.

"Memang sebak sangat melihat keadaan sejadah masih terletak elok di tempatnya bukti kekuasaan Allah sedangkan hampir keseluruhan bahagian rumah terbakar, hanya kawasan berhampiran dapur sahaja yang terselamat.

"Bingkai-bingkai tertulis kalimah suci al-Quran di sudut pintu masuk ke dapur serta beberapa naskah al-Quran yang diletakkan di atas rak juga langsung tidak terusik," katanya.

Dia berkata, tindakan pantas dua orang anaknya iaitu Zulfekar Ahmad Shaalani, 18, dan Mohamad Iqbal Ahmad Shaalani, 15, turut menyelamatkan dua ahli keluarga mereka yang kurang sihat.

"Salah seorang anak perempuan saya terlantar demam sejak sebulan lalu berehat di atas katil berdekatan ruang tamu, manakala adik kedua iaitu Mazri, 46, yang mengalami masalah mental tidur di tingkat atas.

"Zulfekar pada awalnya membantu jiran memadam kebakaran namun apabila menyedari keadaan semakin tidak terkawal dia segera berpatah balik dan segera masuk ke dalam rumah memangku keluar kakaknya untuk dihantar ke rumah jiran berdekatan," katanya.

Menurutnya, sementara Iqbal pula terpaksa menendang pintu di bahagian luar tingkat atas rumah untuk menarik keluar bapa saudaranya kerana tangga dalam rumah sudah hangus dalam kebakaran.

Solat Maghrib tertangguh, terkejut dengar kebakaran.

Suaminya, Marzuki Ahmad, 70, berkata, kejadian berlaku waktu dia sedang bersiap-siap mahu menunaikan solat Maghrib di surau bersebelahan dengan rumahnya.

"Saya terkejut dengar Iqbal menjerit rumah jiran terbakar sebelum bergegas turun. Sewaktu sampai depan rumah api sedang marak merebak ke rumah jiran dan saya bertindak segera menghubungi bomba serta memanggil beberapa jiran terdekat untuk membantu memadam kebakaran.

"Tidak sampai beberapa minit api turut merebak ke arah rumah kami. kerugian yang dialami mencecah hampir RM100,000 membabitkan rumah serta peralatan rumah," katanya.

Sedar rumah terbakar, waktu mahu mengambil kunci kereta

Seorang lagi mangsa, Fitriah Arifin, 30, berkata, nasib baik sewaktu sedang membasuh pinggan, dia tergerak hati mahu naik ke tingkat atas mengambil kunci kereta.

"Belum sempat melangkah ke anak tangga kedua saya nampak api marak di bahagian atas rumah sebelum bergegas turun sambil menjerit meminta anak-anak, suami serta ayah berlari ke luar.

"Memang tidak sempat capai apa-apa barang pun kerana panik serta mendukung anak bongsu sebelum keluar daripada rumah menyelamatkan diri," katanya.

Menurutnya, kebiasaannya anak-anak sudah tidur namun mujurlah ketika kejadian mereka sedang menonton televisyen bersama bapa di ruang tamu dan sempat menyelamatkan diri.

"Walaupun agak sedih dengan kejadian berlaku kerana ini merupakan rumah pusaka peninggalan datuk namun saya reda dengan apa yang berlaku. Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM10,000.

"Ini adalah kejadian pertama yang berlaku sejak saya tinggal di sini. Buat sementara waktu kami sekeluarga menumpang di rumah saudara," katanya.

Sementara itu, Penolong Kanan Penguasa Bomba dan Penyelamat Jabatan Bomba Kedah, Ahmad Naufal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 7.47 malam dan tiba di tempat kejadian lima minit kemudian.

Ahmad Naufal berkata, operasi memadamkan kebakaran melibatkan empat unit jentera bomba dan dibantu tujuh jentera bomba sukarela.

"Sepanjang operasi memadamkan kebakaran kita tidak menghadapi sebarang masalah dan mendapat bekalan air daripada sungai berhampiran tetapi api merebak terlalu cepat kerana kedudukan rumah terlalu dekat.

"Api berjaya dikawal pada pukul 8.04 malam dan kita masih menyiasat kerugian dan punca kebakaran," katanya.

Dakwa dipujuk Pas, Ahmad Said berbohong – Adun Batu Burok

Posted: 15 May 2014 04:12 AM PDT

KUALA LUMPUR 15 MEI: ADUN Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mendakwa bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said "berbohong" berhubung dakwaan pihaknya memujuk beliau menyertai parti Islam itu .
Menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ahmad itu, Dr Syed Azman sebaliknya mendakwa "pihak Ahmad Said" menghubungi PAS untuk menyertai dan menyokong parti itu.
"Ini (dakwaan Ahmad dipujuk sertai PAS) pembohongan semata-mata, PAS tidak pernah sekali-kali berbuat demikian. Di kalangan pemimpin PAS memang tiada (tidak pernah menghubungi atau bertemu Ahmad Said).
"Bahkan pimpinan tertinggi parti tidak akan terburu-buru mempelawa Ahmad Said menyertai PAS," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.
Sebaliknya Dr Syed Azman berkata pihaknya yang menerima panggilan daripada "pihak" Ahmad sejurus selepas beliau membuat keputusan keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.
"Malah saya mengesahkan pihak Ahmad Said yang berkali-kali (menghubungi pimpinan PAS Terengganu) 'mempelawa diri sendiri' menyertai dan menyokong PAS untuk menjatuhkan kerajaan BN," kata Dr Syed Azman seperti dilapor Malaysiakini.
Bagaimanapun, beliau yang juga ahli jawatankuasa PAS Pusat enggan menyebut individu dan jawatan pihak yang menghubungi dan menerima panggilan itu walaupun diminta untuk mededahkannya.
Sinar Harian hari ini melaporkan Ahmad berkata beberapa anggota PAS berkali-kali memujuk beliau menyertai parti itu bagaimanapun beliau menolak kerana amat menyayangi Umno.
Malah, beliau menegaskan tak mahu bertemu mereka lagi dan mendakwa berjaya menghalang lebih ramai wakil rakyat Umno keluar parti ketika krisis politik memuncak.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61566

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:10 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


Shaiful Idlan Dalam Kenangan

Posted: 15 May 2014 12:29 AM PDT

DIA BAGAIKAN MENGHIDU IZRAEL SUDAH MENGHAMPIRINYA
Pagi semalam PAS kehilangan seorang pejuang mudanya apabila Shaifullah Idlan, 23, meninggal dunia kemalangan berhampiran jambatan Temerloh tatkala dalam perjalanan ke tempat praktikal kerjanya. Pelajar Diploma Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaysia Pahang itu adalah anak sulung kepada mantan Pengerusi PASTI negeri Pahang, Cikgu Roslan. Namun yang sadisnya, beberapa jam sebelum beliau dijemput menghadap Allah, Allahyarham sempat mengabadikan gambaran gelodak akhir jiwanya, dalam whatsapp hanfonnya seperti ini:

Harapan itu fitrah manusiawi . Harapan datang bila kehendak itu cuba didapat . Andai harapan itu dicapai, bertiuplah angin tenang melega jiwa gembira bahkan boleh jadi megah berbangga . Harapan itulah ukuran agaknya lelah amalan, takdirnya agar perjuangan itu diterima .
Antonimnya, ombak pilu pula datang menghempas . Boleh jadi ombak menggila beserta badai mungkin . Itulah persis, maka akan gundah resah bahkan perit derita, lagi2 jika hajat itu adalah makin tinggi melangit .
Maka, disinilah titik cantuman kita kembali kepada Tuhan . Berharap pada yang belum pasti, sandarannya sejauh mana usaha kita untuk peroleh itu . Berbahagialah pada yang berusaha, andai tidak didapat, itulah pahit manis berjuang . Pusarkan harapan itu pada Tuhan, moga ada balasan pada masa mendatang .
Moga kau menemuinya . Berharaplah, pada Allah .

Gambar ini diambil ketika beliau turun menyertai bantahan GST di ibu Negara baru-baru ini. Beliau disemadikan di Kg Jengka Batu 13 Chenor.

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-6 DI MASJID WILAYAH PERSEKUTUAN 20-21 MEI 2014 AKAN DIRASMI TPM @MUHYIDDINYASSIN

Posted: 15 May 2014 07:23 AM PDT

Seminar utk memahami Kerangka Tasawwur ASWJ dan espismologi ilmu ilmu ASWJ, satu2nya golongan yg terselamat dunia dan akhirat.

Semua di Jemput ke... WACANA PEMIKIRAN DAN PERADABAN UMMAH KE-6
Tema: PENCERAHAN TASAWWUR AHLI AS-SUNNAH WA AL-JAMA`AH

Anjuran: Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT)
Tarikh: 20-21 Mei 2014 Mada: 8:30pg - 5ptg
Tempat: Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan

Pembentang Kertas Kerja yang dijemput:

1. Prof Dato' Paduka Zakaria Stapa (UKM)
2. Dr Wan Adli Wan Ramli (UM)
3. Prof Madya Dato' Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti (UM)
4. Prof Madya Dr Asmadi Mohamed Naim (UUM)
5. Ustaz Muhadir Hj Joll (UIA)
6. Prof Dr Idris Zakaria (UKM)
7. Dr Anis Malik Thoha (UNISSULA, Indonesia)
8. Tn Hj Azril Mohd Amin (MuslimUPRo)
9. Dr Mohamad Zaidi Abdul Rahman (UM)

Tajuk yang bakal dibincangkan:

1. ASWJ: Suatu Kerangka Umum
2. Tasawwur ASWJ: Konsep, Dasar dan Ciri-ciri
3. ASWJ: Suatu Kebenaran Mutlaq Berdasarkan Nass al-Qur'an
4. ASWJ: Suatu Kebenaran Mutlaq Berdasarkan Nass al-Sunnah
5. Ajaran Akhlaq Islamiyyah Dalam Membina Diri dan Kepimpinan Daripada Perspektif ASWJ
6. Ajaran ASWJ Berkaitan Politik dan Kenegaraan
7. Kemungkaran Fahaman Liberalisme: Perspektif ASWJ
8. Hak Asasi Manusia: Perspektif ASWJ
9. Malaysia Sebagai Benteng ASWJ Alam Melayu: Strategi Untuk Memperkasakannya

PENYERTAAN ADALAH PERCUMA

Pendaftaran (Nama):
Sms: 019-427 1025
Emel: muafakat_malaysia@yahoo.com

Maklumat lanjut:
Tel: 03-4107 1025
Web: muafakatmalaysia.net
Blog: muafakatmalaysia.com
InshaAllah akan dirasmikan oleh TPM.


Mohon sebarkan.


Sent from my iPhone

Manjung Mari

0

Posted by Unknown | Posted on 9:40 PTG | Posted in

sumber :-

Manjung Mari


Semalam Mat Said TERLANJUR, Hari ini Najib TERLEWAT..

Posted: 15 May 2014 08:55 PM PDT

Inilah trend yang ada pada pemimpin umno,,, standard gampang memperlingkup harta negara..


BAHASA   

Mungkin sudah terlewat untuk selamatkan MAS selepas MH370, kata Najib


Situasi bangkrap adalah salah satu pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula Malaysia Airlines selepas bertahun mengalami kerugian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014.Situasi bangkrap adalah salah satu pilihan sebagai satu cara untuk menyusun semula Malaysia Airlines selepas bertahun mengalami kerugian. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Mei, 2014.

Datuk Seri Najib Razak (gambar) berkata mungkin sudah terlewat untuk menyelamatkan Malaysia Airlines (MAS) daripada keadaan terkini, sebagai syarikat penerbangan negara yang sedang berjuang untuk terus bertahan berikutan kehilangan pesawat MH370.
Dalam temu bual dengan The Wall Street Journal (WSJ) yang disiarkan semalam, perdana menteri berkata situasi bangkrap adalah kemungkinan sebagai satu cara untuk menyusun semula syarikat penerbangan negara itu selepas bertahun mengalami kerugian dan konflik pahit dengan kesatuan buruh.
"Kita perlu melihat dari semua sudut, mengambil perhatian bahawa Malaysia Airlines adalah syarikat berkaitan kerajaan. Ia bukan sebuah syarikat swasta, jadi terdapat kesan tertentu dalam setiap tindakan terutama dari segi bagaimana penerimaan  para pekerja dan orang awam," kata Najib kepada WSJ.
MAS berkata semalam, jumlah kerugian bersih meningkat kepada RM443.4 juta pada suku pertama, berbanding kerugian sebanyak RM278.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.
"Kejadian tragis MH370 memberi kesan dramatik kepada prestasi suku pertama," kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Malaysia.
Ia menyaksikan jumlah pembatalan dan penurunan dalam penerbangan jarak jauh selepas kehilangan pesawat  MH370 pada 8 Mac.
Memandangkan majoriti penumpang dalam penerbangan itu warga China, jualan di negara itu merosot 60%, tambah MAS.
Berikutan pengumuman syarikat penerbangan itu, Reuters melaporkan ia adalah kerugian suku tahunan terburuk MAS sejak Oktober- Disember 2011.
MAS kerugian bagi tempoh tiga tahun yang lalu, dilanda kos yang tinggi dan persaingan sengit, kata agensi berita.
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata semalam bahawa Putrajaya tidak akan menyelamatkan MAS berikutan prestasi hambar syarikat penerbangan itu.
"Adakah kerajaan Malaysia menawarkan apa-apa bantuan kepada MAS? Tidak," kata Hishammuddin pada sidang akhbar mengenai penerbangan MH370 di Kuala Lumpur semalam.
Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Ahmad Jauhari Yahya memberitahu WSJ bahawa beliau berpendapat masih ada peluang untuk memulihkan MAS tanpa bantuan kewangan yang mahal atau langkah muflis.
"Kita tahu apa yang perlu dilakukan untuk memulihkan MAS," katanya.
WSJ melaporkan sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan yang lain dan perkhidmatan awam, dikuasai Melayu bagi jawatan pengurusan atasan di MAS, dengan orang bukan Melayu lebih suka bekerja di sektor swasta.
Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian memberitahu WSJ bahawa MAS lebih daripada sekadar perniagaan.
"Ia juga berkaitan tujuan sosial dan politik. Ketika ia menghadapi masalah, adalah amat sukar bagi kerajaan untuk bertindak dengan cara komersial," katanya.
Berita MAS sedang berhadapan dengan kebankrapan mewujudkan satu jurang di kalangan penganalisis dan Kesatuan Sekerja Sistem Penerbangan Malaysia.
Ketua kesatuan itu, Alias ​​Aziz memberitahu WSJ memandangkan MAS adalah sebuah syarikat berkaitan kerajaan, bantuan Putrajaya adalah satu cara untuk menyelamatkannya.
"Kami memerlukan kerajaan untuk membantu kami. Kami perlukan bantuan mereka untuk membantu kami berkhidmat kepada pelanggan kami.
"Kami sebuah syarikat berkaitan kerajaan. Kami berhak mendapat bantuan yang diperlukan," katanya.
Penganalisis  bagaimanapun memberitahu WSJ bahawa MAS memerlukan "jalan keluar yang pahit", walaupun ia bermaksud membenarkannya bankrap seperti yang dilakukan Japan Airlines beberapa tahun yang lalu.
"Akan ada persoalan di mana kerajaan akan melihat dan bertanya sama ada mereka harus mengisytiharkan kebankrapan.
"Satu-satunya jalan keluar adalah kemusnahan kreatif – menghapuskan syarikat penerbangan itu dan membinanya semula dari awal," kata Shukor Yusof, bekas seorang penganalisis penerbangan Standard & Poor . – 16 Mei, 2014 .

Setiap tahun rugi...rugi,,rugi,,, apa tindakan Najib selaku menteri kewangan, dimana penasihat ekonomi, dimana menteri lantikan Idris Jala...
Kalau negeri Pakatan Rakyat sedap mulut keluar kenyatan pembangakan tak pandai nak mengurus ekonomi negara... 
Ini umno pandai mengurus...sampai dah jadi bangkrap...