Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:33 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Dyana Sofya tak gelabah isu 'gambar berbikini'

Posted: 14 May 2014 10:52 PM PDT

Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para peminatnya mengajukan soalan tersebut di laman sosial.

"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.

Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.

"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Semakan Malaysiakini mendapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.

Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.

Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.

Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.

Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.

"Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP," blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.

Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. - Malaysiakini

PAS tidak pernah harap kepada "Mat Said Lalang"

Posted: 14 May 2014 10:02 PM PDT



KUALA LUMPUR: PAS menafikan dakwaan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kononnya beliau dipujuk menyertai PAS dan ditawar jawatan Menteri Besar, ketika dalam tempoh dua hari menjadi Adun bebas.

Pesuruhjaya PAS  Terengganu Satiful Bahri Mamat berkata, dalam krisis yang berlaku itu, PAS telah membuat pendirian tidak mahu bergantung kepada Adun lompat jika berpeluang membentuk kerajaan.

Sebaliknya kata beliau, PAS konsisten dari awal dengan menegaskan bahawa urusan pemilihan kerajaan harus dikembalikan kepada rakyat dengan mengadakan pilihan raya negeri.

"Kita nafi apa yang disebut oleh Ahmad Said itu, kita tak pernah pelawa dia.

"Kita tahu dia (Ahmad) ini liabiliti. Kita tak pernah harapkan kepada dia. Dari awal kita konsisten," katanya kepada Harakahdaily.

Ahmad pada sidang media sejurus kembali ke pangkuan Umno semalam mendakwa ada didatangi oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti itu selepas beliau mengumumkan keluar Umno.

Malah beliau juga mendakwa diberi janji akan dikekalkan sebagai menteri besar.



Isnin lalu, tiga Adun BN termasuk Ahmad bertindak keluar daripada Umno untuk menjadi wakil rakyat bebas sejurus selepas pelantikan Datuk Ahmad Razif sebagai menteri besar yang baharu.

Dua lagi Adun berkenaan ialah Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.

Tindakan mereka itu sekaligus mencetuskan pergolakan politik di negeri itu apabila kedudukan kerusi menjadi Pakatan Rakyat (15), BN (14) dan Bebas (3).

Ketiga-tiga mereka bagaimanapun mengumumkan menarik balik tindakan itu dan kembali semula kepangkuan Umno semalam.

Penyanyi Era 80-an Adam Ahmad Meninggal Dunia

Posted: 14 May 2014 08:34 PM PDT


Diterbitkan: Khamis, 15 Mei 2014 7:30 AM


Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan pada pukul 11 pagi Khamis.
KUALA LUMPUR: Penyanyi Adam Ahmad, 50, yang popular era 1980-an dengan laguKau Pergi Jua selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pusara Permai  Ampang dekat sini sekitar pukul 11.30 pagi Khamis.

Allahyarham meninggal dunia di Hospital Ampang dekat sini akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuklah jangkitan kuman pada paru-paru kira-kira pukul 12.15 malam Khamis.

Gambar Adam Ahmad bersama isterinya Norliza.

Sepanjang hayatnya, Allahyarham banyak menciptla lagu-lagu hit seperti  Di Hari Persandingan Mu dan  Di Pantai Cinta Berahi  nyanyian Yunizar Hosein.

Lagu Janji Manismu nyanyian Aishah dan ditulis oleh beliau pernah memenangi Anugerah Juara Lagu ke-5 pada tahun 1990 manakala lagu Teratai Layu Di Tasik Madu nyanyian Fauziah Latiff turut merebut gelaran yang sama pada 1993 (AJL ke 8).

Beliau menamatkan zaman bujangnya pada 19 Disember 2010 ketika berusia 46 tahun dengan seorang janda beranak dua iaitu Norliza Ayat, 46.

Jenazah dibawa pulang ke rumahnya di Taman Chempaka, Ampang dekat sini.

Persembahan "sarkas Three Stooges" UMNO yang tak menghiburkan - Azan

Posted: 14 May 2014 04:14 AM PDT

(Amirul Azhan)
azan_ismailKUALA  TERENGGANU 14 MEI: Kemelut dan kekecohan melanda Terengganu memperlihatkan episod demi episod drama ciptaan Umno yang akhirnya menyusahkan rakyat, kata Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Terengganu.
Ini berikutan tiga calon DUN Umno yang mengisytihar keluar parti dan menjadi calon bebas dikhabarkan menyertai Umno semula.
"Umno-BN memperlihatkan persembahan sarkas yang tidak menghiburkan dengan tiga aktor utama 'three stooges' (Ahmad Said, Ghazali dan Roslee)," kata Azan ketika dihubungi Keadilandaily.
"Untuk capai kehendak Umno BN, episod peralihan Menyeri Besar menyusahkan rakyat. Lakonan dipujuk, (kemudian) diberi habuan dan masuk Umno semula," tambahnya.
Kemelut politik Terengganu bermula apabila pelantikan Menteri Besar baru, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dibantah sebahagian Adun BN negeri itu menyebabkan Datuk Seri Ahmad Said mengisytihar keluar daripada Umno.
Menyifatkan tindakan tersebut tak ubah seperti 'lanun', kata Azan agenda utama Adun Umno-BN di Terengganu hanyalah merompak khazanah negeri untuk dikongsi sesama mereka.
"Sama seperti episod MH370….seolah-olah direka pelbagai spekulasi sehingga menimbulkan kekeliruan semata-mata mengalihkan pandangan," kata Azan yang juga Adun kawasan Bandar, Terengganu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=61546

‘Saya bukan anggota militan’ - Nor Azli

Posted: 14 May 2014 12:46 AM PDT

  •  'Saya bukan anggota militan'Satu lagi gambar Nor Azli (dua, kiri) ketika menyertai misi bantuan kemanusian di Syria yang digunakan untuk mengaitkannya dengan kumpulan militan.
 1 / 2 
IPOH – Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Perak, Nor Azli Musa nafi terlibat secara langsung dengan sebarang pertempuran di Syria atau menyertai kumpulan militan di negara bergolak itu.

Menurutnya, dakwaan bahawa beliau menyertai gerakan militan di Syria sama sekali tidak berasas dan dianggapnya berniat jahat.

"Kehadiran saya di Syria hanyalah untuk menjayakan misi bantuan kemanusiaan dan saya baru sampai di Malaysia, 4 Mei lalu selepas berada di sana selama seminggu. Ini misi ketiga yang saya sertai.

"Misi pertama adalah pada 26 Oktober tahun lepas dan sekali lagi saya ke Syria pada 5 Januari lalu melalui Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), dan baru-baru ini saya bersama Muslim Care Malaysia," katanya semalam ketika diminta mengulas mengenai beberapa keping gambarnya yang dikirimkan individu tidak dikenali kepada Sinar Harian.

Ungkapan 'Pejuang tanahair, Ustaz Haji Norazli Musa @ Taliban yang berasal dari Perak di bumi Syria bersama pejuang-pejuang Islam di sana, demi Jihad!' turut disertakan bersama gambar-gambar berkenaan.

Nor Azli berkata, tindakannya bergambar bersama penduduk di Syria tidak semestinya menggambarkan dirinya mempunyai kaitan dengan kumpulan militan.

"Di Syria, bukan hanya penduduknya mengangkat senjata, doktor yang merawat pesakit sendiri pun ada senjata. Jadi tidak hairanlah senjata sentiasa digalas di bahu mereka.

"Adakah dengan bergambar dengan doktor yang memegang senjata, mereka menuduh saya sudah menyertai gerakan militan di Syria? Saya sama seperti NGO yang menjalankan misi kemanusiaan di sana, itu sahaja," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa senapang dipegangnya dalam gambar yang tersebar dalam laman sosial bukan senjata sebenar tetapi merupakan pemetik api.

Malah katanya, gambar tersebut diambil di pekarangan Masjid Negeri di Ipoh, bukannya di Syria.

"Saya tak tahu mengapa ada pihak tertentu yang mahu mengaitkan gambar tersebut dengan gambar saya semasa misi di Syria. Mungkin mereka ini ada niat tertentu," katanya.

Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria berkata, Nor Azli akan dipanggil untuk memberikan penjelasan berhubung isu berkenaan.

"Kita memang tidak mengetahui pemergian ahli kita ke sana (Syria) apatah lagi kita tidak berupaya untuk mengetahui setiap gerak kerja ahli kita termasuk misi kemanusiaan yang disertai Nor Azli.

"Bagaimanapun Pas sentiasa memastikan perjuangan ahlinya berasaskan perlembagaan parti serta mengikut lunas perundangan di negara ini," katanya.

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


KJ Membalun Ultra Melayu...

Posted: 14 May 2014 06:00 AM PDT

Sebagai memperingati peristiwa rusuhan kaum tahun 1969, DAP beserta Gereja dan berpuluh buah NGO pro-pembangkang telah mengeluarkan sebuah kenyataan sempena tanggal 13 Mei kelmarin.

DAP dan Majlis Gereja Malaysia (CCM: Council of Churches of Malaysia) menyuarakan azam mereka dalam "mempertahankan keamanan, kasih-sayang, keterangkuman dan kebebasan di Malaysia pada ulangtahun ke-45 Rusuhan 13hb Mei, kejadian keganasan politik paling teruk dalam sejarah Malaysia sepanjang 51 tahun".

Kenyataan bersama DAP, Gereja dan NGO-NGO itu berpegang bahawa:

"Malaysia, seperti yang dibentuk pada 1963 dengan penggabungan Malaya, Sabah, Sarawak dan ketika itu Singapura, diniatkan sebagai satu negara dalam keamanan, kasih-sayang, keterangkuman dan kebebasan, dan bukannya satu negara yang didominasi oleh keganasan, kebencian, pengucilan dan ketakutan."

Mereka juga berkata:

"Tidak mengira apa perbezaan-perbezaan di antara kita, keganasan, kebencian, pengucilan dan ketakutan tidak boleh dan tidak patut digunakan oleh mana-mana pihak, sama ada daripada pihak pemerintah atau tidak, untuk mengejar agenda mereka."

Nampaknya DAP dan Gereja membayangkan bahawa orang lain lah yang sengaja memupuk Keganasan, Kebencian, Pengucilan (exclusion) dan Ketakutan manakala diri mereka pula sudah pastinya mendokong Keamanan, Kasih-sayang, Keterangkuman dan Kebebasan.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sebelum ini pernah menyelar Isma sebagai sebuah pertubuhan yang ganas dan yang menyemarakkan perasaan benci. Baca 'Isma disamakan dengan Boko Haram oleh KJ' klik sini

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HUKUM HUDUD: UMAT ISLAM MAHU JAWAPAN SEGERA, SAMPAI BILA PAS NAK TANGGUH?

Posted: 14 May 2014 11:00 PM PDT

CALON BEBAS DI BUKIT GELUGOR BAWA PERJUANGAN HUDUD
BILA JAWATANKUASA PUSAT TEKNIKAL HUDUD AKAN MULA? BOLEHKAH HUKUM HUDUD DIBENTANG SEPTEMBER, 2014?

JAWATANKUASA TEKNIKAL berkenaan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Negeri Kelantan atau lebih popular disebut Hukum Hudud dtangguhkan oleh parti PAS dengan alasan memberikan peluang kepada Jawatankuasa Teknikal tersebut memperhalusi dan mempermudahkan perlaksanaan Hukum Hudud di negeri Kelantan.

Oleh itu, PAS Pusat mengambil keputusan untuk tidak meneruskan cadangan membawa Rang Undang-Undang Persendirian di Dewan Rakyat bulan hadapan.

Ramai ahli-ahli PAS terkejut dan semacam tidak percaya dengan keputusan mengejut itu. Ada yang marah, ada yang malu dan ramai juga yang wala' dengan alasan kepimpinan PAS Pusat lebih mengetahui apa yang sesuai. Timbalan Presiden PAS adalah orang yang paling mengembirakan DAP di atas kejayaan menangguhkan cadangan Hudud ke Parlimen.

Isunya kini sampai bila hendak tangguh? Selepas PRK Bukit Gelugor? Selepas PRK Telok Intan? Tahun hadapan?

Menteri Besar Kelantan adalah orang yang paling kecewa dengan politiking PAS di peringkat pusat ini, kerana beliau sudah bersungguh-sungguh untuk melaksanakan Hukum Hudud selepas pertemuan dengan DS Najib dan pemimpin-pemimpin Kerajaan Pusat. 

Fasiliti seperti Mahkamah Syariah sudah pun siap di Kota Bharu, malahan Kerajaan Kelantan sudah mempunyai senarai nama Hakim-Hakim yang berkelayakan untuk melaksanakan Hukum Hudud di Kelantan. Kerajaan Pusat pula sudah sedia ada pasukan keselamatan seperti PDRM di Kelantan untuk membantu perlaksanaan Hukum Hudud di Kelantan. Pendek kata tidak ada sebab ditangguhkan.

Maka itu, seluruh umat Islam mahu Jawatankuasa Teknikal antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Kelantan menyegerakan kerja mereka. Jangan lagi bertangguh-tangguh. Tak kanlah Jawatankuasa Teknikal ini mengambil masa berbulan-bulan untuk melaksanakannya?

Apa yang tidak cukup di negara kita? Hakim-hakim Islam ramai, peguam-peguam syariah melambak, tetuan-tetuan guaman berlambak, angggota Polis berlambak, Menteri Besar Kelantan tidak ada masalah, Kerajaan Pusat tidak ada masalah. Pendek kata dari segi kewangan untuk membayar gaji sudah sedia ada, Mahkamah Syariah yang paling indah tersergam sudah siap, Apa yang tidak cukup?

Oleh kerana PAS meletakkan seolah-olah Jawatankuasa Teknikal inilah penyebab kepaada ditangguhnya cadangan membentang Hukum Hudud di Parlimen bulan hadapan, seluruh umat Islam yang cintakan Islam mahu isu ini diselesaikan dengan segera.

Janji Presiden PAS ialah apabila sudah selesai cadangan-cadangan oleh Jawatankuasa Teknikal mengenai Hukum Hudud ini, maka mereka akan membawa Cadangan Persendirian Hukum Hudud ke Parlimen. Jika tidak sempat persidangan Parlimen bulan Jun ini, ianya boleh dicadangkan semasa sidang parlimen bulan September 2014. 

Tak kanlah Jawatankuasa Teknikal ini tidak boleh memutuskan sesuatu sehingga bulan September, 2014?

Umat Islam mahukan jawapan, Umat Islam mahu melihat kesungguhan, bukan alasan dan retorik politik. 

Sumber


RAMKARPAL KENA MARAH PENGUNDI

Posted: 14 May 2014 07:00 PM PDT

Lawatan calon DAP, Ramkar-pal Singh Deo, semalam, menjadi kecoh apabila seorang warga tua meluahkan rasa tidak puas hati dengan mendakwa penduduk tidak dipedulikan oleh kerajaan negeri.

Ramkarpal yang tiba lewat hampir satu jam daripada masa dijanjikan pada mulanya bersapa mesra dengan penduduk yang sedang melakukan senaman tai chi di Jalan Delima, Island Glades, di sini.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Soo, 65, pada mula bersuara dari jauh menyatakan rasa marahnya dengan ekspresi wajah dan tangan.

Soo berkata, aduan penduduk berkaitan lampu jalan di kawasan itu yang dimatikan seawal jam 5 pagi sejak tiga bulan lalu, tidak mendapat maklum balas positif daripada pihak berkuasa.

Menyusahkan penduduk

Beliau berkata, alasan langkah penjimatan elektrik yang digembar-gemburkan oleh kerajaan negeri hanya menyusahkan penduduk apabila dua kemalangan dilaporkan sejak lampu jalan di sekitar kawasan itu dimatikan biarpun keadaan masih gelap.

Sudah beberapa kali aduan dikemukakan berkaitan masalah ini, bagaimanapun pihak terbabit hanya mendiamkan diri tanpa memberi maklum balas, malah menyatakan ia sebagai langkah penjimatan elektrik.

Sekiranya hendak menjimatkan elektrik, sebaiknya tidak perlu dipasang terus lampu jalan seperti yang diperuntukkan, katanya.

Tidak terurus

Soo berkata, keadaan juga menjadi tidak terurus apabila Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan itu diambil alih oleh kroni kerajaan negeri sejak enam bulan lalu.

Beliau berkata, aduan penduduk terutama berkaitan kemudahan di padang yang menjadi tempat warga tua berkumpul dan bersenam tidak dipedulikan, sebaliknya mereka diberikan arahan untuk mengikut peraturan disediakan.

Hampir lima minit Soo menyatakan kekesalannya itu sebelum Ramkarpal kembali meneruskan sesi berkempen di sekitar kawasan berkenaan.

Sementara itu, Ramkarpal menyatakan kesediaannya untuk meneliti semula aduan yang diberikan oleh penduduk tempatan.-BH

TUN M BIDAS ANWAR

Posted: 14 May 2014 06:05 PM PDT

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membidas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberikan ceramah mengenai tamadun dan nilai-nilai Islam di sebuah universiti di negara ini baru-baru ini.

Menurut Dr. Mahathir, beliau hairan bagaimana Anwar sanggup berbuat demikian sedangkan hakikatnya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berhadapan de­ngan masalah moral.

"Kalau nak cakap pasal Islam mesti praktis sekurang-kurangnya tak buat yang dilarang oleh agama. Saya hairan kenapa diterima orang macam ini (Anwar) cakap pasal tajuk yang dia tak ada hak sama sekali," kata Dr. Mahathir dalam sidang akhbar selepas menerima anugerah doktor kehormat dari Universiti Islam Negeri Syarif Hidayatullah, di sini hari ini.

Pada masa sama, Dr. Mahathir juga hairan dengan tindakan penganjur yang sanggup mengundang orang seperti Anwar untuk me­nyampaikan ceramah agama.

Dr. Mahathir berkata, ramai dalam kalangan pemimpin yang bercakap mengenai Islam tetapi dari segi amalan dan cara hidup mereka berbeza dengan apa yang dituntut oleh agama.

Baru-baru ini, media Indonesia melaporkan Anwar diundang untuk menyampaikan ceramah 'Executive Lecture' dengan tajuk Islamic Va­lues and The Revival of Muslim Ummah di kampus Universiti Al Azhar Indonesia. - UTUSAN


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Ada khabar angin Set Pol PMO dipecat?

Posted: 14 May 2014 10:13 PM PDT


Khabar angin mula tersebar malam tadi bahawa Dato Jailani Ngah mungkin telah ditendang atau dihantar untuk menjaga stationary pejabat atau jaga kandang lembu di UPM.


Samada betul atau tidak, ada asas-asas untuk demikian kerana pegawai ugama setahun jagung dalam politik ini berangan nak jadi konspirator politik.

Dia telah mengarahkan Awang Selamat, Jocelyn Tan, dan beberapa penulis portal FB untuk memburukkan nama Ahmad Said dengan Jocelyn telah gunakan seorang pensyarah ditangkap khalwat dan pro PAS untuk beri komen.

Sebagai pembetulan penulis portal memang konsisten dalam kritiknya terhadap Md Said. Maka tiada isu dia sebahagian dari kepala konspirasi.

Jailani juga telah mereka-reka konon ada surat akujanji padahal jika ada sudah pasti Ku Nan atau Raof sudah sebarkan surat tersebut untuk menangkis Md Said dan menjawab mereka yang simpati dengannnya.


Tambah lagi, Jailani memang dah banyak agal dalam assgnment dan cadangan lepas pada PM. Ianya termasuk membuat fitnah terhadap Tun Dr Mahathir. Baca Cili PAdi SINI

Sebenarnya Jailani adalah sebahagian dari kumpulan pro Anwar yang banyak berselerak dalam pejabat dan agensi kerajaan.. Angin berkencang mengatakan konspirasi memalukan Md Said yang dilakukan melibatkan komplot bekas pro Anwar dari student days di UKM ke BTN seperti Raja Arif, Elis Nor dan Shahlan.

Jailani dan Raja Arif adalah dari Kuala Nerus dan bersama pemimpin lain berusaha mahu naikkan Razif. Bagi Razif dia tiada isu dengan Md Said malah banyak menghrmati Md Said.

Tak tahu imbuhan apa yang disasarkan Jailani dan kawan-kawannya tapi Raja Arif bekas Ketua BTN negeri aka pegawai kerajaan itu ada cita-cita nak jadi calun pilihanraya.

Raof dan Elis pun dah dapat imbuhan sebesar 2,000 hektar kata orang kampong.

Ada pihak yang sudah sedar tujuan lebih jauh Jailani adalah dia akan jatuhkan Razif sebelum PRU14 dan sementara itu dia akan lobi pada Najib naik jadi MB sebagaimana dari pegawai pada Abdullah Md Zin dia dapat jejak jadi Pol Sec PM.


Nasib baik ada Shaberry Cheek untuk menyelesaikan masaalah kerana baik Jailani atau yang tersengeh-sengah sekejap tak tukar dan sekejap lagi ya nak tukar MB. Nak tukar MB yang mana dalam bidang kuasa PM pun nak, tipu muslihat.

Ku Nan dan Raof elok benar dua-dua di tukar juga.


Md Said sebenarnya sudah banyak kali menyatakan kepada pelbagai pihak bahawa dia tak ada masaalah untuk berhenti dari MB. Unspinners pernah dengar recording pengakuan itu tapi Jailani yang mereka-reka cerita seperti yang dibawa oleh Jocelyn Tan bahawa dia akan cuba buat helah. Mungkin susah nak dipercayai pasal Md Said ada imej gedebeh.

Alah apa hal pun ... semua ahli politik macam gitu. Sapa tak mahu cuba... kuasa itu sedap. Dari Tunku Rahman hingga Pak Lah, semua PM tak undur bila didesak.

Namun dengan laporan BNBBC {baca SINI] berikut, ia jelas menunjukkan betapa pegawai PM ini tidak buat homework atau berniat jahat dan akhirnya memalukan PM.
 

Hak PM untuk tegas dan memang elok dilakukan pertukaran sana sini untuk membetulkan imej parti kepada rakyat dan bersihkan parti dari personaliti penyamun yang nak print risalah dan T shirt untuk kempen pun nak samun duit parti.

Better late than never, dah masa muka-muka baru dan bersih diketengahkan. Masa dan zaman warlord harus diakhirkan. Kami sokong usaha Najib.

Akibat kegopohan Jailani, PM dilihat flip flop ping pong dan Jailani gagal lagi.

Harap khabar angin ini betul kerana bukan kerja pegawai PMO untuk mengatur parti dan jawatan kerajaan negeri!

Mereka patut bekerja dengan profesyenal mengikut lunas undang-undang dan peraturan ... bukan mengatur konspirasi. Dahlah hanya baca doa untuk majlis tapi nak atur-atur orang ...

Fitnah ke atau gambaran sebenar?

Posted: 14 May 2014 08:31 PM PDT






Gambar di atas tersebar semalam bersama dengan komen mengenai bakal calun PRK Telok Intan untuk DAP.




Tidak tahu samada terang dikatakan inilah Dyana Sofea dalam pakian sekssi atau tidak, namun mesej yang cuba disampaikan adalah Dyana meragakan dirinya, jiwanya dan bangsa serta ugamanya untuk agenda DAP yang selama ini adalah onak dalam belukar di negara ini.

Mereka memang konsisten tapi konsisten dalam amalan rasisma dan ia begitu jelas di Pulau Pinang. Hala tuju jelas akan diikut seperti di Singapura.






Lalu dikatakan gambar yang menyiarkan wajah model FIlipina yang meragakan diri dan badan sebagai fitnah. Bagi yang berpandangan sempit, mereka tak salah.




Sayang sekali, merka tak nampak dan hanya terpegun dengan kecantikan seorang muda. Wanita cantik memang penyejuk hati dan penawan hati.







Tapi kalau dilihat lebih luas, apa bezanya yang dilakukan oleh Dyana dan Pauleen Luna? Istilahnya malas nak disebut ... kasar sangat.




Begini pemikiran Dyana...



Melayu Graduan UiTM masuk DAP demi perjuangkan cita cita Kit Siang

www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapOri <-click p="">


1.Dyana Sofya berasal dari Ipoh, emaknya pernah menjawat Setiausaha Bahagian Wanita UMNO yang pertama di Malaysia. Bapa saudara yang terlibat aktif didalam UMNO serta seluruh keluarganya.



2.Akan tetapi, Dyana Sofya yang berasal dari graduan undang-undang UiTM ini telah tekad untuk memasuki DAP untuk memperjuangkan dasar parti DAP iaitu penghapusan pembahagian antara "bumiputera" dan "bukan bumiputera". Dyana Sofya tidak mahu wujud hak hak istimewa untuk Melayu Bumiputera sahaja kerana kaum cina juga perlu di beri hak yang sama seperti Melayu Bumiputera kerana kaum cina telah membayar cukai.

3.Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu IPTA seperti UiTM perlu diwujudkan khas untuk kaum cina juga. Dyana berkata: "golongan cina perlu ada peluang sama seperti orang Melayu, 12 ipta yang dibuka untuk kaum cina adalah tidak mencukupi, seharusnya UiTM juga perlu dibuka atau pun perlu membina khas ipta utk kaum cina sahaja"

4.Dyana menambah: "saya merasakan tidak adil mengapa orang Melayu Bumiputera dapat membayar yuran rendah dari kaum cina. Lim Kit Siang pernah menitiskan air mata bercerita tentang ini dan oleh itu saya harus memperjuang serta menghapuskan perkara ini"

5.Lim Kit Siang merasakan kemasukkan Dyana Sofya membuatkan kenangan dan sejarah politik dirinya selama 48 tahun bertambah manis. Lim Kit Siang sendiri dengan bangganya telah membuat satu sidang media khas untuk mengumumkan bahawa Dyana Sofya telah dilantik sebagai Setiausaha Politik Lim Kit Siang yang akan menguruskan segala hal berkaitan Parlimen Gelang Patah.

6.Lim Kit Siang berkata: "Dengan kemasukkan Dyana Sofya, saya dapat merasakan idealisme, semangat cintakan negara dan sayangkan rakyat di kalangan golongan muda yang mahu berbakti pada DAP. UMNO selalu bertanya siapa nak membela orang Melayu, Islam, dan Raja Melayu jika UMNO kalah dalam pilihan raya? Saya menjawab suda tentu lah DAP akan menjaga orang Melayu, agama Islam, dan kedudukan Raja Melayu" jelas Lim Kit Siang hasil pilihan Melayu Gelang Patah.

7.Dyana Sofya pula berpendapat: "Kemiskinan tegar telah dihapuskan di Pulau Pinang hasil usaha Lim Guan Eng. (Usaha LGE dalam beberapa tahun ke atau kerajaan pusat? Yang rumah dan gerai dirooh tak ke menjadikan mereka kembali miskin?) Buktikan kepada saya dimana orang miskin di Pulau Pinang? Sudah tentu jawapannya tiada. Jawapan yang saya ambil ini ditunjuk sendiri data oleh Lim Guan Eng bahawa orang Melayu disana tidak ada yang miskin, dan saya percaya perkara ini."

Ini FB dia jom ramai ramai bagi comment, click sini:

https://www.facebook.com/dyanasmd <-click br="">
Sumber 1: http://www.roketkini.com/2012/01/21/dua-graduan-uitm-sertai-dap/

Sumber 2: http://www.malaysiakini.com/news/239924
 
Bukti Dasar Parti DAP hapus Bumiputera:
http://dapmalaysia.org/parti/matlamat/party-polisi/

-ketua pengakap-





DAP di Telok Intan ada sedikit masalah dengan pengundi cina. Namun mereka yakin boleh dapat undi cina dengan ada sikit-sikit akan ta keluar mengundi atau mahukan calun BN tertentu.

Maka mereka mahu letak Dyana yang beralamat di gelang Patah Johor Baru untuk ambil sedikit undi Melayu. Muka muda, cantik, dan pandai cakap diharap boleh kikis sedikit undi Melayu untuk DAP.

Ini hanya experiment untuk benda lebih besar untuk DAP menyerap sokongan Melayu diluar bandar. Tanpa itu DAP dan CIna tak boleh kuasai Malaysia.

Oleh itu, apa beza gambar di atas? Fitnah ke?




Bukit Gelugor serupa tak PRK, DAP cakap tak serupa bikin

Posted: 14 May 2014 06:37 PM PDT






Orang kata Bukit Gelugr serupa macam tak PRK

Namun kita tulislah juga komen. Atas poster Ramkarpal. Bunyi macam satu perjuangan dari calun yang ada kompeni Along dan mempertahankan pembunuh.

Kalau perjuangan, selalu membawa dan menjukkan contoh baik. DAP selalu kata BN salahguna kausa dna guna jentera kerajaan. Bawah ni apa?


DAP guna pekerja dan kenderaan MPPP untuk setup stage ceramah DAP di Taman Tun Sardon.Cakap tak serupa bikin.


Calun Bebas Mohammed Nabi Bux guna lori berhais sendiri saja. MPPP tak tolong.

Dia bertanding atas agenda partinya untuk jalankan hukum hudud. Kenapa PAS tak sokong? Dulu kafirkan UMNO pasal tak sokong hudud ala PAS.

Mmaat ni nak hudud ala PAS kenapa tak sokong? Cakap tak serupa bikin.

Sementara itu, Dato Huan Cheng Guan bertanding atas manifesto ....


Mesej dia Lim Guan Eng dan DAP cakap tak serupa bikin.

Sementara itu, Anwar macam tak peduli nak selesaikan perkelahian besar dalam partinya. Dah sibuk nak ke Telok Intan pula ....


Jangan mudah sangat dengan tuduhan khianat

Posted: 14 May 2014 08:47 AM PDT


Tidak sampai 24 jam Dato Seri Md Said letak jawatan atas arahan dan dia meletakkan jawatan, beliau dihujani dengan label pengkhianat.

Kini dia sudah dapat dipujuk dari rajukan hatinya. Dia menarikbalik surat keluar parti bersama Dato Ghazali.

Ada kata itu kuasa Presiden parti dan isu peribadi tidak penting.

Ada pula lihat Md Said telah tunai akujanji untuk letak jawatan dalam setahun. Hanya masa tidak ditetapkan lagi. Penasihat dituduh sebagai tidak puashati lalu menghujani kecaman terhadapnya. Turut dipersoalkan adalah dimana Md Said telah khianat.

Baca Semaremas SINI dan Sg Rapat SINI

Md Said tidak keluar dan sertai pembangkang. Dia tidak keluar dan sokong pembangkang untuk ambilalih kerajaan. Dia dan sepupunya keluar sekejap hingga menjadikan kerusi kerajaan sama dengan kerusi pembangkang, tetapi dia masih mahu BN sebagai kerajaan.

Md Said tiada usaha untuk pujuk orang ikutnya. Tiada niat pun nak jatuhkan kerajaan. Mungkin hanya mahu ingatkan kepimpinan supaya faham kedudukan kerajaan yang getir sana sini maka perlu bijak dan cermat dalam membuat keputusan.

Tapi masih ada kata dia pengkhianat.

Hujah ini pasti dipersoalkan dan bukan perbandingan tepat atas pelbagai sebab namun apakah asal seorang itu statusnya bebas dan tidak berparti walaupun masih sokong kerajaan maka ia adalah dianggap pengkhianat?

Walaupun hujah ini salah, harus diingat bahawa kebanyakkan rakyat ada tidak berparti dan atas pagar. Mereka menyokong parti kerajaan BN walaupun tidak berparti. Mereka yang meletakkan BN sebagai kerajaan selama ini.

Pengkhianatkah mereka?

Seorang itu pengkhianat jika dia tidak setia. Dari segi itu, Md Said akan dikatakan tidak setia pada parti. Suatu ketika Md Said rasa parti tidak bertimbang rasa dan setia padanya. Kesetiaan is a two way traffic.

Kesetiaan ini ada pelbagai aspek dan tumpuan. Ada setia pada parti, ada pada orang atau pemimpin, ada pada organisasi, ada pada agenda dan perjuangan, ada pada imbuhan wang, kuasa dan pengaruh, dan lain-lain lagi.

Sering kali, kesetiaan itu boleh menimbulkan konflik. Sebagai contoh, seseorang yang setia pada perjuangan boleh dikatakan pengkhianat pada organisasi dan pemimpin tertentu jika dia rasakan perjuangan sudah lari dari landasan asal dia memberi kesetiaan pad aorganisasi dan pemimpin.

Semuanya subjektif.

Memanggil seseorang pengkhianat harus dilakukan dengan cermat dan berhati-hati. Hanya dalam keadaan yang tersangat jelas dan signifikan kesan negatifnya seperti menggadai maruah dan kepentingan ugama dan bangsa kepada penjajah baru patut dia dilabel pengkhianat.

Anwar tu jelas pengkhianat. Md Said tak jelas tapi hanya dalam konteks sempit pemikiran sesetangah ahli UMNO.

Hujah memanggil Md Said sebagai pengkhianat adalah sesuatu yang tidak bijak dan dipandang buruk oleh orang tidak berparti yang melihat. Seperti dikatakan Dato Shaberry Cheek, Md Said ada banyak berjasa juga. Pengundi atas pagar dan majoriti rakyat akan lihat UMNO sebagai satu organisasi yang tidak beradab dan tidak tahu berterima kasih.

Orang yang berjasa dikerjakan beramai-ramai hanya kerana dia merajuk. Sudahlah ada ramai yang bersimpati dan lihat kepimpinan sebagai tidak hargainya. Kalau Md Said dilayan begini rupa, apa pula kita yang hanya rakyat biasa, fikir mereka.

JIka Md Said dipanggil pengkhianat kerana menyusahkan parti yang dalam keadaan genting, perangai dan tingkah laku yang tidak bijak dalam keadaan genting pun layaklah dipanggil pengkhianat.

Dalam zaman sekarang, hujah pengkhianat ini sudah dilihat ketinggalan dan taktik melabel zaman 1980an. Kata orang muda poyo. Kemasikinikan hujah mengikut peredaran masa dan kematangan semasa.

Semalam ramai kerjakan Md Said macam hyena membaham bangkai tapi sekarang dia dah tarikbalik. Tak malu ke kerana kegopohan propaganda atas arahan dari atas?

Nak lagi panggil dia pengkhianat?

Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 5)

Posted: 14 May 2014 02:30 AM PDT






Baru saja sambut ulang tahun ke 68





Ada bersemangat lagi untuk hadapi musuh





Bersahabat ....tapi tiba-tiba...





Dah ada pulak berhenti



Lalu jadi gini ...






Dah dianggap musuh dan pengkhianat






Berlawan sesama sendiri dan bercakaran sesama sendiri memang berani tapi bukan dalam menentang pembangkang.

Akhirnya ...


Bersatulah balik


Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 4)

Posted: 14 May 2014 12:32 AM PDT









Duit kerajaan mereka mahu tapi sebarang penglibatan dan peraturan kerajaan mahu ditolak. Apa ditulis di banner hanya alasan.

Namun, Melayu tengah gaduh dengan Melayu untuk kuasa. Melayu lain tengok ditepi nak rampas kuasa. Melayu yang berkuasa gaduh sesama Melayu untuk jawatan dan mungkin habuan.