Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 3)

Posted: 13 May 2014 10:39 PM PDT






Kita sedang gelak melihat dewan DAP kosong kerana tiada minat orang untuk dengar DAP.

Kita boleh analisa apa maknanya ini untuk memahami lagi tabiat pengundi.

Mungkin berapa pengundi keluar pun akan turun.

Tapi dua PRK sedang berjalan dan PRN Sarawak akan datang tak dapat diberi fokus

Patutnya kita sibuk main isu ini (Part 2)

Posted: 13 May 2014 08:38 PM PDT






 






Dan kita kata ....


Disimpulkan sebagai ...


Nampaknya kita pula tembak sesama kita untuk pertahankan boss atau parti atau apa-apa saja ... macam PKR dan biarkan PAS senyum dari telinga ke telinga.


Patutnya kita sibuk main isu ini (Part I)

Posted: 13 May 2014 06:12 PM PDT


Ini tidak ... kita pulak kena tembak sesama sendiri atas alasan Mat Said dah bukan ahli UMNO maka ini isu UMNO lawan musuh UMNO.



Tunggu lepas 17hb atau tidak tunggu: Apa pandangan anda?

Posted: 13 May 2014 04:53 AM PDT


Tak tau nak kata apa, ini lah yang orang kata, "tak ada penyakit, cari penyakit" tak pasal-pasal umno bergolak...
Baru dua-tiga hari lepas, najib kata, "tiada parti politik segagah umno" nah sekarang apa dah jadi? umno haru biru dek kerana keegoan pemimpin...
Jujur aku kata, kalau itulah alasan ahmad said, apa salahnya najib tunggu sehingga majlis itu selesai, aku yakin ahmad said seorang yang menepati janji...
 
Demikian pandangan Darul Ehsan Today SINI
 
Manakala Duke pula lihat alasan untuk anak kahwin tidak perlu untuk sampai ke tahap keluar parti.

1. Apa perlunya Mat Said & the geng letak jawatan? Sebab anak nak kenduri? Kalau tak jadi MB maka anak tak boleh akad nikah ke? Sejak bila jawatan MB jadi rukun nikah? Abih tu nanti saya perlu jadi MB baru boleh nikahkan anak-anak saya?
2. Bila Mat Said & the geng keluar parti, jadi ADUN Bebas, Kerajaan Negeri jadi tak stabil. Parti pemerintah tak stabil dan tak memiliki majoriti. Dah la sebelum ni pun menang simple majoriti (lemah), dan sekarang ni hampir tidak mempunyai kuasa untuk mengawal kestabilan politik Kerajaan Negeri.
3. Ketidak stabilan Kerajaan Negeri Terengganu bukan disebabkan parti. Ia disebabkan oleh attitude pemimpin itu sendiri. Bila diminta letak jawatan, tak mampu bersikap gentleman macam Idris Jusoh dan beberapa pemimpin lain sebelum ni... 
4. Tidak mampu terima keputusan pucuk pimpinan, sebab tu keluar parti? Kalau dilihat dari sudut Mat Said sendiri, memang la "jantan" buat tindakan keluar parti. Tak setuju dan letak jawatan. Tapi, dari sudut rakyat jelata, ia dilihat sebagai tidak menjaga kestabilan pemerintah (kerajaan), kebudak-budakan, taksub kuasa dan cepat melatah... cool la sikit... chill..
 
Baca sepenuh SINI
 
Apa pandangan anda?

GAP pula di SINI meminta Md Said kembali ke UMNO.

Unspinners pula lihat ini masaalah orang atas dan harap mereka selesaikan sendiri tanpa mengheret orang-orang bawah untuk perang sesama sendiri. 
 
Yang rugi orang bawah kerana kawan dah jadi lawan... Parti jadi tidak stabil ..... Satu masa parti hampir kalah .... yg atas tak ada masaalah?

Kalau ianya inisiatif PMO, maka PM sebagai ketua pejabat tersebut diminta selesaikan. Walaupun dua bebas itu masih sokong kerajaan BN, berapa lama mereka akan sokong?
 
Dia buatnya PAS pancing dengan umpan yang baik, tak ke lompat nanti?

Stabil dan efektif ke kerajaan demikian? BIla kerajaan tak efektif, rakyat yang susah kerana kerajaan tak boleh buat keputusan. Belum lagi nak tukar orang atas-atas.

Harap orang atas selesaikan tanpa menyusahkan rakyat yang perlu didahulukan baik oleh Md Said dan juga pihak yang tak boleh tunggu 3 atau 4 hari lagi.


Dato Huan patut dedahkan amalan rasuah Guan Eng

Posted: 13 May 2014 01:30 AM PDT


Dalam kenyataan kepada media semalam, calun bebas BN friendly untuk PRK Bukit Gelugor dari Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan menyatakan akan mendedahkan pelbagai salahlaku kerajaan Pulau Pinang dalam kempen dan manifestonya yang akan diumumkan pada hari rabu.

Hal ini selari dengan pendedahan yang dibuat oleh kumpulan NGO, Kongres Melayu Pulau PInang dan pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin dalam satu aduan SPRM yang dibuat terhadap kerajaan negeri pada April 25hb lepas.

Mereka mendakwa pihak kerajaan DAP Pulau Pinang telah menyalahguna kuasa dan mengesyaki wujud unsur-unsur rasuah dalam projek parking berkopon elektronik dan pencerobohan Bukit Relau atau Bukit Botak.

Turut disebut Dato Huan adalah masaalah ramai penduduk berpendapatan sederhana termasuk pelajar lepasan IPT yang menderita atas kegagalan kerajaan DAP membina rumah kos rendah di Pulau Pinang.

Dato Huan yang tidak menjangka BN tidak bertanding juga berkata DAP hanya mengamalkan demokrasi dan keadilan sekadar percakapan mulut.

Pada realitinya, mereka hanya mengamalkan politik keluarga. Bapa dan anak yang akan menjadi calon dan pemimpin DAP.

Dato Huan meminta semua pengundi Parlimen Bukit Gelugor untuk menolak DAP pada PRK kali. Beliau berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik sekiranya menang dan berharap pengundi parlimen Bukit Gelugor agar memberinya satu peluang.

Idris Ahmad

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

Idris Ahmad


Posted: 13 May 2014 12:07 AM PDT

Tahun 2004 Pas Kelantan hanya majoriti 1 Kerusi saja. itu pun Dun Kemuning majoriti 2 undi aja. Aman . Tamat sepenggal. alhamdulillah. Rahsianya kerana keberkesanan tarbiah, thiqah, wala’. Walau pun org kata Pas dilanda candu wala’. Biarlah apa org hdk kata, kita teruskan kerja tarbiah. Berjaya atau tidak bukan kerja kita.


Filed under: Politik

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:36 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


Umat Islam Diancam Fahaman Mengagungkan Nafsu Manusia Semata-mata - Najib

Posted: 13 May 2014 07:20 PM PDT



Agama Islam dan umatnya kini diuji dengan satu bentuk ancaman dan serangan baharu yang agresif iaitu fahaman humanrightisme yang mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baharu yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara.

"Fahaman humanrightisme ini, di mana rambu dan rencah utamanya adalah berasaskan pemikiran humanisme dan sekularisme serta liberalisme.

"Ia bersifat songsang apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata dan menolak sebarang sistem nilai yang merangkumi norma agama dan adab susila. Mereka lakukan ini kononnya atas dasar memperjuangkan hak asasi manusia," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-57 yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Sultan Ahmad Shah di sini malam ini.

Turut hadir isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Najib berkata pemikiran songsang itu cuba dicerna dan disebarkan dengan mengaitkan kesucian agama Islam dan ia merupakan ancaman yang amat berbahaya kepada akidah dan syariat Islam itu sendiri.

"Makanya pada hari ini sekali lagi kita menegaskan bahawa agama Islam yang dianuti, yang diamalkan dan dinobatkan sebagai agama negara (rasmi) di Malaysia adalah Islam yang berteraskan Ahli Sunnah Wal Jamaah sebagaimana yang telah dibawa oleh Nabi Muhammad dan sahabat baginda.

"Kita tidak akan reda dengan sebarang tuntutan agar hak untuk murtad daripada Islam diberikan, atau hak umat Islam ini dilaksanakan melalui Mahkamah Syariah dinafikan, mahupun sebarang perilaku songsang LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender)," katanya.

Beliau berkata, sebagai sebuah negara Islam yang memartabatkan Maqasid Syariah (pelaksanaan syariat mengikut al-Quran dan Sunnah), Malaysia amat menitik-beratkan kebajikan setiap insan tanpa mengira kaum dan warna kulit, bahasa dan agama.

Najib berkata keadilan, keseimbangan dan kecemerlangan adalah ciri wasatiyyah atau kesederhanaan yang digunakan untuk pelaksanaan hak asasi manusia di negara ini.

"Manakala pemahaman hak asasi manusia yang ekstrem diwasatiyyahkan dengan kerangka undang-undang, perlembagaan dan nilai budaya bangsa."

Perdana Menteri berkata, pemahaman agama Islam yang sebenar dan menyeluruh menjadi asas kekuatan negara dan rakyat harus berusaha memahami al-Quran mengikut pemahaman Nabi Muhammad SAW yang menekankan konsep keimanan dan ketakwaan hanya kepada Allah SWT serta persaudaraan erat sesama Islam.

"Oleh demikian, umat Islam diingatkan supaya terus menghayati dan memahami secara mendalam bacaan ayat suci al-Quran," katanya.

Beliau berkata tema majlis tilawah kali ini "Wasatiyyah Tonggak Kesatuan Ummah' sesungguhnya berkait rapat dengan kesederhanaan yang dididik dan diteladankan oleh Nabi Muhammad SAW melalui sirahnya.

"Meneladani sunnahnya (Nabi Muhammad SAW), maka telah sekian lamanya negara kita telah meletakkan keharmonian dan keadilan serta kesatuan antara rakyat dan Malaysia sebagai agenda utama negara.

"Ini sejajar dengan usaha kita untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang moden dan progresif dalam mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020," katanya.

-- BERNAMA

SELEPAS KARPAL, ANWAR PULA EKSIDEN TETAPI MASIH HIDUP

Posted: 13 May 2014 08:19 AM PDT


Dari Allah SWT kita datang, kepada Allah SWT kita akan kembali. Dari Allah SWT segala ujian hidup, kepada Allah SWT kita kembali menadah tangan. 



WAYANG TERENGGANU SUDAH TAMAT, ESOK MB BAHARU MULAKAN TUGAS

Posted: 13 May 2014 07:23 AM PDT

                   ESOK MULAKAN TUGAS BAHARU, RABU JUMPA PM

KUALA TERENGGANU, 13 Mei - Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu secara rasmi esok.

Menurut Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Ahmad Razif (gambar)difahamkan akan memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat Enam, Wisma Darul Iman pada pukul 7.45 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri itu, semalam dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletakkan jawatan.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di sini pada 9.18 malam tadi.

Ahmad Razif, 49, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008 merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.

Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970), Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman dari Umno (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said dari Umno (2008-12 Mei 2014).

BERNAMA

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Pelajar dakwa dicabul ustazah

Posted: 13 May 2014 04:11 PM PDT


JERTIH - Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di daerah ini mendakwa dicabul oleh guru agama perempuan sekolahnya pada waktu persekolahan pagi Jumaat lalu.

Difahamkan, kejadian itu berlaku jam 9 pagi ketika mangsa berada di koridor bangunan kelas untuk menunggu kedatangan bapanya ke sekolah bagi bertemu guru untuk membincangkan masalah mangsa yang dipukul pelajar perempuan lain sehari sebelum itu.

Menurut sumber, ketika berada di koridor itu, mangsa terserempak dengan ustazah tersebut yang menegur kain tudung dipakainya selain bertanya khabar mengenai kejadian dia dipukul.

Mangsa kemudian mendakwa ustazah tersebut telah meramas buah dadanya ketika memeriksa tudung dipakainya sehingga menyebabkan mangsa berasa sakit.

"Mangsa menangis kesakitan dan memaklumkan kejadian itu kepada bapa dan ahli keluarganya sebelum bapa mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja," katanya.

Difahamkan juga ustazah terbabit turut membuat laporan polis terdahulu sebelum itu.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan, bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai kejadian itu.

DS Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di KL

Posted: 13 May 2014 09:51 AM PDT


Added by  on May 14, 2014
Assalamualaikum dan salam hormat,
Dato Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah terlibat dalam satu kemalangan kecil di Desa Sri Hartamas jam 10 malam tadi. DS Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. DS Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor.
Kedua-dua DS Anwar dan DS Dr Wan Azizah akan pulang ke rumah malam ini.
Sekian terima kasih.
Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi KEADILAN

Ahmad Said berani, jiwa ‘Robin Hood’

Posted: 13 May 2014 09:38 AM PDT


HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Dengan mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi Adun Bebas, Datuk Seri Ahmad Said telah sekali lagi membuktikan keberanian dan jiwa 'Robin Hood' yang ada dalam dirinya.

Bagi penulis Shahbudin Husin, Ahmad tidak akan membenarkan dirinya diperlekeh.

"Walaupun beliau meminta pertukarannya ditangguhkan untuk membolehkan kenduri kahwin anaknya pada 17 Mei tetapi tidak dilayan oleh Najib sebagai punca alasannya mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi Adun Bebas, Ahmad Said jelas seorang yang berjiwa merdeka," tulis beliau di dalam blognya.

Menurutnya, para pemerhati Umno menyifatkan tindakan beliau itu wajar kerana selepas ini pun masa depan politiknya akan berakhir begitu saja.

Shahbudin juga mengimbau kembali Ahmad telah bertindak ala Robin Hood dengan membuka pintu sebuah van roti dan mengagih-agihnya kepada semua yang sedang kelaparan ketika banjir di Terengganu hujung tahun lalu.

Di ketika yang lain, ujarnya Ahmad juga membenarkan keretanya digunakan untuk membawa mangsa kemalangan jalanraya yang cedera parah untuk di bawa ke hospital tanpa menghiraukan kenderaannya menjadi kotor, dipenuhi kesan darah atau sebagainya.

Tambahnya, dalam isu bolasepak yang melibatkan insiden pukul-memukul dalam terowong di Stadium Larkin, Ahmad Said menunjukkan keberaniannya dengan mengecam FAM yang bertindak tidak adil dan berat sebelah semata-mata kerana ianya melibatkan golongan istana.

"Beliau juga mencabar pemimpin FAM yang pro kepada istana agar meletakkan jawatan jika tidak berani bersikap adil," tulis Shahbudin lagi. -HARAKAHDAILY 13/5/2014

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Binatang Ini Berlakon Lagi...

Posted: 13 May 2014 08:32 AM PDT

Kalau korang tak caya, korang tengok nanti siapa yang akan dia salahkan, dah tentu UMNO/BN akan jadi mangsa fitnahnya...

Apa Salahnya Tunggu Sampai Lepas 17 Hari Bulan....

Posted: 13 May 2014 12:40 AM PDT


Tak tau nak kata apa, ini lah yang orang kata, "tak ada penyakit, cari penyakit" tak pasal-pasal umno bergolak...

Baru dua-tiga hari lepas, najib kata, "tiada parti politik segagah umno" nah sekarang apa dah jadi? umno haru biru dek kerana keegoan pemimpin...

Jujur aku kata, kalau itulah alasan ahmad said, apa salahnya najib tunggu sehingga majlis itu selesai, aku yakin ahmad said seorang yang menepati janji...

Tapi entah la, mungkin najib termakan hasutan orang-orang di kiri, kanan, depan, belakang dia yang nak jugak ahmad said pergi dari kerusi menteri besar pada hari bersejarah 12 mei...

Bukannya ahmad said tu tak ada jasanya di terengganu...


Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:17 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Kartunis ujang Istihar Ahli PAS Seumur Hidup

Posted: 13 May 2014 08:17 AM PDT

Sobab Dato ahmad said tolah mengumumkan keluar dari umno...mako aghini den tepakso mengumumkan eden adolah ahli pas soumur idup

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


POLITIK TERENGGANU KENA PADA HARGA SELESAI MASAALAH

Posted: 13 May 2014 07:26 PM PDT

Ahli Dewan Undangan Negeri boleh bertukar fikiran dan kembali kepada parti jika kena pada harganya, kata bekas ketua pengarang NST, Datuk A Kadir Jasin. Gambar fail The Malaysian Insider.
Bekas ketua pengarang kumpulan akhbar New Straits Times (NST),  Datuk A Kadir Jasin tidak menolak kemungkinan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno di Terengganu yang keluar parti boleh bertukar fikiran jika kena pada "harganya".
Kemelut politik dalaman Umno di negeri itu tercetus selepas peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai menteri besar dan kemudian diikuti dua lagi Adun.
Lebih meruncingkan, PAS mendakwa empat lagi Adun akan keluar parti sebagai tanda membantah keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini hanya perkembangan awal.
"Ahli politik boleh bertukar fikiran secara sukarela jika kena pada 'harganya'. Seringkali dikatakan ahli politik yang kita percayai sudah tiada lagi," kata Kadir dalam blognya kadirjasin.blogspot.com hari ini.

Kadir juga membayangkan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya beberapa Adun lain di Terengganu mengambil langkah sama keluar parti.
"Situasi pasti buruk kepada BN (Barisan Nasional) sekiranya ada Adun Umno lain mengikut jejak Ahmad dan Ghazali," katanya.
Jangkaan Kadir tersebut semakin menjadi kenyataan apabila Adun ketiga, Roslee Daud dari Bukit Besi meninggalkan Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.
Kadir berkata, PAS boleh membentuk kerajaan baharu di Terengganu dengan mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar baharu menerusi sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Mereka (PAS) juga boleh mendesak sesi khas DUN untuk mendapatkan undi tidak percaya ke atas menteri besar memandangkan beliau tidak memiliki majoriti di dalam dewan," katanya.
Ahmad bersama dua lagi Adun Umno keluar parti beberapa jam selepas Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik sebagai menteri besar baharu semalam.
Tindakan tersebut menyebabkan komposisi DUN yang dikuasai oleh BN di Terengganu berubah dan menjadikan jumlah kerusi sama dengan Pakatan Rakyat.
Bagaimanapun, Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid berkata BN masih kekal memerintah Terengganu walaupun tiga wakil rakyatnya keluar parti.
Beliau berkata, walaupun bilangan wakil rakyat BN berkurangan daripada 17 kepada 14 dan pembangkang mempunyai 15 anggota dalam dewan undangan negeri, speaker juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah dengan kedudukan kerusi 15:15:3.
Secara konvensyennya, kebanyakan ahli politik menandatangani surat peletakan jawatan undur tarikh sebelum memegang jawatan di Malaysia.
Ahmad yang mengawal sesetengah pecahan dalam Umno Terengganu mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada Mac 2008, walaupun Umno memilih Datuk Seri Idris Jusoh.
Idris kini merupakan menteri pendidikan II dalam Kabinet Najib.
Tahun lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata ketika Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut mereka tidak boleh campur tangan di Terengganu jika berlaku DUN tergantung disebabkan BN menang tipis.
Menurut SPR, terpulang kepada parti politik untuk menyelesaikan masalah itu.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:02 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Siapa 'dalang' disebalik krisis politik Terengganu?

Posted: 13 May 2014 08:09 AM PDT


Baru sahaja dua hari lepas, Umno menyambut ulang tahunnya yang ke-68. Meriah suasananya dengan potongan kek dan semangat untuk terus kuat.

Waktu itu, Umno menafikan akan ada pertukaran Menteri Besar (MB). Tiba-tiba semalam MB Terengganu meletakkan jawatan dan digantikan dengan MB baharu.

Macam ada yang tak kena dengan kata-kata pemimpin Umno, menafikan hal yang betul-betul akan berlaku. Mengapa tidak belajar dari pengalaman tahun 2008 dahulu semasa PM ketika itu menafikan Dewan Rakyat akan dibubarkan, tiba-tiba esoknya dibubarkan? Dan hasilnya berlaku tsunami politik.

Semoga selepas ini, kita sama-sama belajar untuk berkata jujur dalam politik. Akibat pertukaran MB semalam, maka bekas MBnya mengisytiharkan keluar parti untuk menjadi Adun Bebas.

Alasan bekas MB keluar parti pun remeh, kecewa dipaksa meletakkan jawatan kerana dekat dengan majlis perkahwinan anaknya. Tindakan beliau ini diikuti oleh dua Adun lain.

Maka, jadilah kedudukan kerusi di DUN Terengganu sekarang BN 14, PR 15 dan Bebas 3. Keadaan ini boleh menyebabkan kerajaan negeri bertukar tangan.

Penulis fikir tidak sesuai hanya dengan tindakan beberapa Adun keluar parti, maka kerajaan Terengganu bertukar tangan. Jika bertukar tangan, biarlah 'rakyat' yang menjadi penentunya.

Bubarkan Dun dan serahkan pada rakyat untuk membuat pemilihan semula. Itu yang terbaik untuk menjunjung demokrasi.

Jadikan pengalaman di Perak pada Februari 2009 dahulu sebagai pengajaran. Serahkan kembali kuasa kepada rakyat atau jika tidak mahu mengadakan pilihan raya atas alasan untuk menjimatkan kos, buatlah undi tidak percaya di lantai Dewan.

Pas dan PKR pula tidak perlulah pula kelam-kabut mengambil kesempatan dari krisis ini untuk mempengaruhi lagi Adun atau ahli Parlimen dari Umno keluar parti.

Jika masih ada Adun atau Ahli Parlimen Umno yang mahu keluar parti, biarlah mereka melakukannya sendiri tanpa pujukan dan sogokan.

Yang jelas, kapal Umno di Terengganu semakin bocor. Bolehkah diselamatkan dari tenggelam?

Terkini : Adun Bukit Besi tarik balik surat keluar Umno!

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai Menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi Dun termasuk satu kerusi Speaker manakala Pas (14), PKR (1) dan Bebas (2).

Suara Politik
Belantan

ANGIN PERUBAHAN

0

Posted by Unknown | Posted on 10:06 PTG | Posted in

sumber :-

ANGIN PERUBAHAN


SKMM & Polis Wajib Tahan Individu Ini, Mengina Islam Secara Jelas Di Facebook

Posted: 13 May 2014 07:42 PM PDT



WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:08 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


BACA DI BAWAH NI.RAMAI DAH MULA KUTUK MAT SAID....KAN AKU DAH CAKAP.......

Posted: 13 May 2014 02:31 PM PDT

Ingkar janji cetus kemelut di Terengganu






Dengan Umno ni tak payah setia la....kalau bekas Timbalan Perdana Menteri dulu pun diorang puja bagai.... ni kan pula menteri besar.....mampoih kau Umno satu hari nanti sumpah dek bangsa Melayu.Yang penyokong seumur hidup sokong buta tuli banyak sekolah tak tinggi mana pun...noreh pun banyak....yang cerdik... sapu semua keliling pinggang.... nasibkau la Mat Said...masa inilah kau nakkenal sahabat handai , rakan taulan, saudara mara..... 
KUALA LUMPUR - Sikap tidak budiman Datuk Seri Ahmad Said dalam soal kesinambungan kepimpinan Terengganu dilihat menjadi pemangkin kepada kemelut politik yang melanda negeri Pantai Timur itu.
  
Pemerhati politik berpendapat Ahmad tidak mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan menteri besar secara tertib dan teratur, dengan tindakan yang menjurus kepada landskap politik negeri itu diselubungi banyak tanda soal setelah meletakkan jawatan semalam.
  
Beberapa jam selepas berundur daripada tampuk pemerintahan negeri, Ahmad, yang juga Adun Kijal, mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.
  
Turut mengambil tindakan sama ialah Adun Ajil Ghazali Taib dan Adun Bukit Besi Roslee Daud.
  
Pemerhati itu menarik perhatian bahawa Ahmad sememangnya sedar beliau menjadi menteri besar untuk tempoh hanya setahun selepas PRU13, bertujuan memberi peluang kepada pemimpin lain mengambil alih untuk memperkukuh kedudukan BN di negeri itu.
  
Untuk rekod, BN memerintah Terengganu dengan kelebihan hanya dua kerusi berbanding pembangkang di Dun yang mempunyai 32 kerusi, ketika Ahmad mengepalai kepimpinan negeri selepas PRU13.
  
Ketika itu, komposisi Dun menyaksikan BN menduduki 17 kerusi, Pas 14 dan PKR, satu. Ini menjurus kepada apa yang dipanggil "a gentleman's agreement" untuk Ahmad berundur setahun selepas menjadi menteri besar.
  
Menurut pemerhati itu, ini sememangnya merupakan satu "rahsia terbuka" apabila Ahmad menjadi menteri besar bagi penggal kedua setelah memegang jawatan itu sejak Mac 2008.
  
"Pertukaran menteri besar bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana sudah ada persefahaman antara Ahmad Said dan pemimpin di peringkat pusat berhubung soal peralihan kuasa," jelas pemerhati politik itu.
  
Beliau turut menegaskan bahawa soal pelantikan menteri besar terletak di bawah budi bicara perdana menteri.
  
Peletakan jawatan Ahmad sebagai menteri besar dan pelantikan Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman semalam telah mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin.
  
Perkembangan politik itu menyaksikan komposisi terkini Dun Terengganu terdiri daripada 14 kerusi untuk BN, pembangkang 15 (Pas 14, PKR, satu) dan Bebas tiga.

Situasi itu dilihat memberi pengajaran kepada BN tentang keperluan memilih pemimpin yang benar-benar setia dan mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi.
  
Ketua Penerangan Umno Dmenegaskan kesetiaan dan ketaatan kepada parti adalah penting dalam menentukan jatuh bangun sesebuah parti politik di setiap peringkat termasuk negeri.
  
"Umno memerlukan pimpinan di semua peringkat berpegang kepada prinsip 'Bersatu, Bersetia, Berkhidmat' sebagaimana yang diungkap dalam slogan parti Umno," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
  
"Pemimpin datang dan pergi, namun perjuangan untuk bangsa, agama dan tanah air kekal selamanya," katanya.

Menurutnya, menteri besar yang baharu wajar diberi peluang melaksanakan tanggungjawabnya, termasuk mencari formula penyelesaian kepada kemelut itu.
  
"Pembubaran Dun adalah pilihan terakhir jika perundingan tidak mencapai kejayaan," katanya.

Menutur perkara sama, Pengarah Pusat Pembangunan Sosioekonomi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Prof Dr Ibrahim Mamat berkata situasi politik di Terengganu terjadi akibat rasa tidak puas hati dan lebih bersifat peribadi.
  
"Pemilihan pemimpin itu penting, kita tak mahu pemimpin yang tinggalkan parti bila permintaan mereka tak dituruti," tegasnya.
  
Bagi pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) Md Shukri Shuib, tindakan Ahmad Said meletakkan jawatan serta keluar parti boleh dilihat sebagai mengkhianati dan memalukan BN di negeri yang kaya dengan hasil minyak dan gas itu.
  
"Ini satu tindakan yang memalukan terutama ia berlaku hanya sehari selepas sambutan ulang tahun Umno ke-68," katanya.
  
Menurutnya, Ahmad Said wajar mencontohi bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh yang tetap setia berkhidmat kepada parti walaupun tidak dilantik meneruskan khidmatnya satu masa dulu.
  
Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Profesor Datuk Dr Zainal Kling berpandangan sikap tidak matang sesetengah wakil rakyat menyebabkan mereka sanggup "berpatah arang berkerat rotan" atau "kalah jadi abu, menang jadi arang", asalkan kekal berkuasa. - Bernama

KRISIS TERENGGANU: TIADA MAJORITI MANTAP. BUBAR DUN LANGKAH TERBAIK

Posted: 13 May 2014 09:42 AM PDT


  • Terengganu
1 / 1
KUALA LUMPUR - Pembangkang mencadangkan pilihan raya baru negeri diadakan bagi menyelesai kemelut politik di Terengganu sekarang.
  
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang berkata langkah itu berikutan ketiadaan mana-mana parti politik mempunyai majoriti mantap dalam Dun.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Mahfuz Omar yang berkongsi pandangan itu dilapor sebuah portal berita hari ini, bahawa beliau mahu rakyat Terengganu diberikan mandat penuh memilih kerajaan negeri yang baru.

"Bubar Dun adalah satu opsyen, tetapi buat masa ini kita lihat suasana dahulu," kata Ketua Pilihan Raya Pas, Dr Hatta Ramli kepada Bernama ketika dihubungi.

Seorang lagi pemimpin parti itu, Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata Pas mengambil sikap memerhati terlebih dahulu perkembangan yang berlaku dari semua aspek, termasuk dari aspek moral dan integriti.

Pada awal hari ini, bekas Menteri Besar Terengganu yang juga Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said, Adun Ajil, Ghazali Taib diikuti Adun Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Keputusan itu meletakkan BN kini mempunyai 14 kerusi Dun diikuti Pas (14), PKR (satu), dan Bebas (tiga).

Penasihat Undang-undang Negeri, Datuk Azhar Abdul Hamid, bagaimanapun menarik perhatian bahawa speaker Dun juga dikira sebagai wakil kepada kerajaan negeri yang memerintah, justeru ini menjadikan kedudukan kerusi 15:15:3.

Dengan kedudukan ini, Azhar berkata BN kekal memerintah Terengganu memandangkan BN merupakan kerajaan memerintah Terengganu selepas PRU13.

Bagaimanapun bagi mengelak sebarang kekeliruan, Ketua Dewan Muslimat Pas, Siti Zailah Yusof mahu krisis berkenaan diselesaikan segera supaya tiada sebarang masalah timbul kepada rakyat akibat ketidakseimbangan politik.

"Jika boleh kita mahu penyelesaian mudah, kita bagi ruang kepada mereka untuk selesaikan masalah dalaman dan kita harap yang terbaik bagi rakyat," katanya. 


Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu berkata pimpinan Pas pusat belum membuat sebarang keputusan, namun sedang meneliti secara dekat perkembangan terkini. - Bernama





AKHIRNYA KENYATAAN AKU MENJADI JUGA.DAH ADA YANG TINGGALKAN MAT SAID

Posted: 13 May 2014 09:36 AM PDT

Cerdik la hang...buat bodo sepat....cepat jadi kaya...Kesian Mat Said.Keseorangan. Mana penyokong Mat Said???? Orang Kemaman di mana?Yellek poccik..kan aku dah cakap siang tadi>

Adun Bukit Besi Tarik Balik Surat Keluar Umno . Tengok drama kat bawah.Cuba tanya Hishammuddin Tun Hussein, bagaimana dia dianggkat menjadi ketua pemuda,mungkin Azmin dan Saifuddin boleh cerita......



KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud menarik balik surat keluar daripada Umno dan kembali menjadi wakil rakyat Barisan Nasional (BN).

Perkara itu disahkan Exco Pelancongan dan Kebudayaan negeri, Datuk Mohd Jidin Shafee.

Mohd Jidin, yang juga Adun Permaisuri, berkata Roslee telah menarik kembali keputusan beliau untuk keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas dinasihati rakan-rakan seperjuangan beliau.

"Kenapa beliau membuat keputusan tersebut awal pagi tadi tak perlu kita sebut lagi. Tetapi, yang penting kita dalam parti perlu bersatu padu," katanya ketika dihubungi.

Mohd Jidin berharap situasi politik yang berlaku di negeri itu dapat ditangani dengan baik.

Sebelum ini, Roslee mengisytiharkan bahawa beliau telah keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas selepas bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said, yang juga Adun Kijal, dan Adun Ajil Ghazali Taib berbuat demikian.

Mereka bertindak demikian selepas Adun Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah malam semalam bagi menggantikan Ahmad yang meletak jawatan sebagai menteri besar.

Dengan perkembangan terbaharu itu, BN kini memegang 16 kerusi DUN termasuk satu kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1) dan Bebas (2). - sumber

DSAI DAN WAN AZIZAH KEMALANGAN

Posted: 13 May 2014 09:27 AM PDT

[Gambar] DS Anwar Ibrahim & Dr Wan Azizah terlibat dalam kemalangan

195ae4a47a69d62064ec6ecc7b691b63

Anwar, isteri terlibat kemalangan  
DS Anwar Ibrahim ketika mendapatkan rawatan.

SHAH ALAM - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri dimaklumkan terlibat dalam satu kemalangan di Desa Sri Hartamas kira-kira jam 10 malam tadi.

Anwar dan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun hanya mengalami kecederaan ringan.

"Anwar mengalami keretakan di pangkal tangan kanan berdekatan bahu, tapi Alhamdulillah berada dalam keadaan selamat, tidak memerlukan pembedahan. Dr Wan Azizah juga berada dalam keadaan selamat dan sedang diperiksa doktor," menurut Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil dalam satu kenyataan ringkas.

Kedua-dua, Anwar dan Azizah akan pulang ke rumah malam ini selepas mendapatkan rawatan, katanya.

VIDEO :HARAP MAT SAID JANGAN JADI CAM SAM DOL NI

Posted: 13 May 2014 06:32 AM PDT




MASA DIA MENGAMUK PROJEK DIA SANGKUT






MASA Umno DAH TOLONG DIA....MUKA CAM SARDIN



VIDEO: KEKECEWAAN AHMAD SAID ANAK NAK KAHWIN PUN TAK BOLEH TANGGUH DAH....ANWAR DULU 3 HARI DIPECAT POTONG LETRIK AIR.....ZALIM

Posted: 13 May 2014 06:02 AM PDT







KAYU BURUK KENA BUANG....RAMAI KUNJUNG LUBOK BARU...TU LA Umno




ADAKAH ADUN YANG LAIN BERANI ATAU HANYA HANGAT-HANGAT SAHAJA.

Posted: 13 May 2014 04:09 AM PDT


 
Beberapa komen dalam FB lamanreformasi laman rakyat menunjukkan ramai yang kuranh yakin dengan apa yang sedang berlaku ini sebagai satu sandiwara kerana semua maklum bahawa isu ini hanya akan menjadi normal apabila adanya habuan dan pujukan sendiri.

Misalnya Tilang Besi menyatakan pandangan beliau seperti berikut:

Umum pula mengetahui bahawa Umno bukanlah parti perjuangan kecuali dipenuhi oleh para pembodek dan kaki sapu serta penakut nak mampus untuk membela pemimpin mereka.

"Dalam hati Tulang Besi, Mat Said & gang akan patah balik pada UMNO dan tarik surat2 mereka.Krisis yang ada di Terengganu sekarang ni sekadar sementara dan tidak ada natijah. Keadaan akan kembali seperti biasa.
Berani ke Mat Said& gang lawan SB, SPRM, PDRM, Jabatan Hasil dsbnya?"












Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi Roslee Daud mengisytiharkan keluar Umno dan bertindak sebagai wakil rakyat bebas.Roslee (kanan) yang juga exco kemajuan luar bandar negeri dalam salinan surat bertarikh 12 Mei yang dihantar kepada Bernama pagi ini berkata:

"Dimaklumkan bahawa saya dengan ini meletakkan jawatan saya dalam parti berkuat kuasa serta merta."

Awal hari ini, bekas menteri besar Terengganu dan ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib juga mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat bebas.



"Jika dilihat kepada kenyataan seolah-olah dah tak berani sesiapa lagi pun mengumumkan keluar Umno. Semua ini telah berlaku kepada Anwar Ibrahim sehingga di pukul.Berani Ahmad Said kena pukul?" demikian dakwa laman reformasilaman rakyat lagi.


sementara Bob Manolan pula menyatakan seperti berikut:

Jangan bagi alasan yg menampakan kebodohan dan kejahatan. Skrang ini bukan hantar surat dgn burung merpati. Awk boleh ckap sampai PRU14 pun tak dpt surat lagi.



[LIVE] MALAM INI 130514 BM20 - Ustaz Shamsuri Hj Ahmad

Posted: 13 May 2014 03:55 AM PDT

LIVE MALAM NI USTAZ SHAMSURI




KRONOLOGI JATUHNYA AHMAD SAID.

Posted: 13 May 2014 02:14 AM PDT

http://www.malaysiakini.com/news/262643

Kronologi krisis politik Terengganu.Adakah berani yang lainnya keluar Umno?

Berikut kronologi krisis politik Terengganu:

12 Mei

- 6.30 petang : Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan pertukaran Menteri Besar Terengganu selepas satu perjumpaan tertutup dengan beberapa pemimpin Umno Terengganu.

- 8.30 malam : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin memberi perkenan peletakan jawatan Datuk Seri Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei.

- 9.30 malam : Anggota Dewan Undangan Negeri Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman, 49, mengangkat sumpah sebagai MB Terengganu ke-14 di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

13 Mei

- 1 pagi : ADUN Kijal Datuk Seri Ahmad Said dan ADUN Ajil Ghazali Taib umum keluar Umno dan isytihar sebagai wakil rakyat Bebas.

- 8.30 pagi : ADUN Bukit Besi Roslee Daud umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas. Beliau merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri.

- 9.30 pagi : Kedudukan kerusi DUN Terengganu (32 kerusi) selepas Ahmad, Ghazali dan Roslee umum keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas - BN (14), PAS (14), PKR (1), Bebas (3).

- Penasihat Undang-undang Negeri Datuk Azhar Abdul Hamid berkata dengan kedudukan kerusi pembangkang 15, BN 15 termasuk satu kerusi Speaker DUN Terengganu, Bebas 3, BN masih kekal memerintah kerajaan Terengganu setakat ini kerana merujuk kepada kerajaan mana yang memerintah selepas PRU13.

- 11.20 pagi : ADUN Kemasik Rosli Othman nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat bebas.

- 12.30 tengah hari : ADUN Permaisuri Datuk Mohd Jidin Shafee nafi keluar Umno dan jadi wakil rakyat Bebas.

- 12.30 tengah hari : Ketua Polis Daerah Terengganu Datuk Jamshah Mustapa berkata keadaan keselamatan di Terengganu terkawal dan orang ramai masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa.

- Bernama
 

APA SANGAT JIKA DIMALUKAN HANYA KERANA PERKAHWINAN ANAK?

Posted: 13 May 2014 01:44 AM PDT


JIKA SEORANG TIMBALAN PERDANA MENTERI DIAIBKAN DAN DIMALUKAN , APA LAH SANGAT AHMAD SAID YANG MALU AKIBAT MENGEDARKAN KAD KAHWIN ANAKNYA SEPERTI DIATAS? 

JIKA SEORANG TIMBALAN PERDANA MENTERI DISEPAK DITELANGJANG APA LAH SANGAT DENGAN UNDANGAN PERKAHWINAN ANAK AHMAD SAID? 
CUMA BEZANYA, ANWAR PUNYA PENGIKUT YANG SETIA DAN BERANI...NAMUN AHMAD SAID TIDAK PUNYA PENGIKUT SEPERTI ANWAR......BYE..BYE AHMAD SAID.



Semoga pengajaran seperti ini menjadikan rakyat Kemaman dan Terengganu merasainya sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim pada tahun 1998 dahulu. Bezanya Anwar seorang Timbalan Perdana Menteri, manakala Ahmad Said merupakan Menteri Besar Terenganu.Suasana dan keadaannya hampir sama sahaja. Telah beberapa lama sejak sebulan lalu angin bertiup kencang bahawa Ahmad Said akan bertukar jawatan sebagai Menteri Besar .Namun Najib yang terkenal dengan sikap dan sifat pembohongnya menafikan semalamnya.Tiba-tiba keadaan seperti yang dijangkakan berlaku.
Berbezanya Anwar ialah beliau diaibkan dengan pertuduhan liwat sehingakan liwat kedua kerana melawan. Kuasa disebalik semua ini adalah  Mahathir,  Daim,Ku Nan dan semua yang terlibat mahu melihat kerjaya politik Anwar tumbang.Namun Anwar melawan dan beliau seorang pejuang yang berani .Nasib yang diterima beliau amat malang sekali dalam politik tanahair.

Kini Ahmad Said akan menangis sendirian.Jika beliau melawan nasib beliau juga akan menjadi seperti Anwar.Namun jarang dan tidak mungkin akan ada seperti Anwar yang berani melawan dan sekurang kurangnya baik kawan atau lawan yang mengutuk melihat beliau seorang pejuang yang berani.Jatuh bangun dalam politik dan keberanian jarang ada dalam ahli politik Malaysia terutamanya dalam Umno.Dalam parti pembangkang setahun dua adalah perkara biasa, jauh sekali 7 tahun dalam penjara dan akan masuk untuk kali keduanya.Beranikah Ahmad Said melakukan seperti Anwar? Beliau juga dimalukan dan diaibkan.

Apa yang dirasai oleh rakyat Terenganu? sudah semestinya ianya tidak membawa apa-apa perubahan. Ahli Umno yang memang dungu akan berkata "biarlah..Perdana Menteri tahu apa yang beliau lakukan." "Tak mengapa kita ikut pimpinan" ,Begitulah bendulnya ahli Umno dan betapa kuranya berfikirnya ahli Umno apabila berlaku sedemikian rupa kepada pimpinan mereka yang mereka sanjung selama ini.Sejauh itu sahaja lah sama seperti apa yang Mahathir jangkakan apa yang beliau lakukan terhadap Anwar. Namun semuanya meleset.Anwar bangun dan Ahmad Said???? Tunggu penduduk Kemaman bangun dan membela beliau.Kita lihat apa akan berlaku kepada penduduk Kemaman yang sayangkan Ahmad Said.

Sejarah telah membuktikan bahawa selama ini tokoh Perdana Menteri yang ada semuanya telah meninggalkan Umno kecuali Abdullah yang kekal sebagai bekas perdana menteri yang kekal dalam Umno.Yang lainya meningalkan Umno dan meningal dunia bukan sebagai ahli  Umno.

Berbalik kepada nasib Ahmad Said sayugia diingatkan kepada penduduk Kemaman bahawa tidak akan ada pergerakan sama seperti apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim. Jika Anwar kesayangan penduduk Permatang Pauh, maka Ahmad Said kesayangan penduduk Kemaman, Namun tidak sama dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh. Jika Anwar ke 3 ADUN nya dibawah Umno tumbang dan kini dibawah Pakatan ,  Di Kemaman pula, BN masih menguasai tiga kerusi di Dun Kemasek, Kijal dan Air Putih sementara kerusi Dun Cukai berjaya dikuasai Pas.Tak malukah ahli Umno Kemaman apabila Menteri Besar mereka di tempat mereka Kemaman di aibkan dan dilucutkan jawatan? Apa hangpa dok garu teloq?
Jika 3 DUN ini tidak membela Ahmad Said dan penduduk Kemaman yang rata-ratanya Umno, maka Ahmad Said sebenarnya didokongi oleh penyokong yang sememangnya penakut, dan tak punya keberanian dan kebijaksanaan  kerana membiarkan Ahmad Said keseorangan.Tidak seperti Permatang Pauh, Umno gagal selepas Anwar di humban ke penjara. Umno kehilangan semua dunnya kini.Tidak ada pun kebangkitan Umno di Permatang Pauh selepas Anwar disingkirkan. Jika ini tidak terjadi di Kemaman, maka malang sunguh Ahmad Said. Kemaman hanya tingal kenangan buat Ahmad Said dan pendokong Umno kekal disitu dengan kedungguanya mereka.Alang alang menyeluk pekasam,Ahmad Said juga boleh malukan Umno dengan menyertai Pakatan di Terengganu dan membentuk kerajaan Pakatan Rakyat.Itu harga maruah yang patut Ahmad Said lakukan.

WRLR