Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Perang Dingin Azmin-Khalid

Posted: 12 May 2014 06:18 AM PDT



Diterbitkan: Isnin, 12 Mei 2014 5:03 PM


Kekecohan pemilihan PKR menyebabkan Azmin dan Abdul Khalid dilihat bersikap dingin antara satu sama lain.

GEORGE TOWN: Kekecohan sepanjang proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memberi kesan kepada dua calon Timbalan Presiden parti itu apabila dilihat bersikap dingin antara satu sama lain ketika hadir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor, pagi Isnin.
Tambah ketara apabila kedua-dua calon terbabit, Mohamed Azmin Ali dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak duduk bersama di khemah kenamaan (VIP) yang disediakan untuk pemimpin Pakatan Rakyat.
Sebaliknya, Abdul Khalid duduk di khemah VIP bersama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak pula dilihat duduk di khemah lain bersama beberapa pemimpin pembangkang.
Malahan, kedua-dua pemimpin pembangkang itu juga tidak kelihatan bertegur sapa sepanjang berada di Dewan Sri Pinang, di sini.
Tindakan itu menguatkan lagi spekulasi bahawa konflik di antara mereka belum bernoktah, malahan semakin meruncing.
Pada pemilihan peringkat cabang Batang Sadong di Sarawak, pasukan Abdul Khalid meminta Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) mengambil tindakan tegas terhadap Azmin yang didakwa memanipulasi undi.
Pada pemilihan 2010, Azmin pernah diheret dalam kontroversi manipulasi undi, namun tidak ada sebarang tindakan dikenakan.
Sehingga 4 Mei lalu, Azmin masih mendahului dua pencabarnya untuk berada di zon selesa bagi mempertahankan jawatannya itu apabila memperoleh 9,876 undi, manakala Abdul Khalid mendapat 6,217 undi dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail  mencatat 5,717 undi.

Banjir Kilat Sekitar KL

Posted: 12 May 2014 03:03 AM PDT

photo at Jalan Semantan & Jalan Duta this afternoon

alt
KUALA LUMPUR 12 Mei - Banjir kilat melanda beberapa kawasan di Kuala Lumpur berikutan hujan lebat yang bermula pada kira-kira jam 2.30 petang tadi. 
Menurut hebahan Sistem Maklumat Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) paras air di beberapa jalan utama termasuk Jalan Bangsar dan Jalan Semantan meningkat. 
Pengguna Twitter juga berkongsi gambar dan maklumat mengenai paras air di Jalan Mahameru, Jalan Duta, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Kia Peng. 
Beberapa gambar menunjukkan paras air melebihi 30 sentimeter ketika hujan lebat. 
Sementara itu, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berkata, perkhidmatan komuter di antara Bank Negara dan Kuala Lumpur masih tergendala akibat banjir kilat.

Amir Ukays Terkejut Rakan Sertai Militan

Posted: 12 May 2014 12:40 AM PDT

Bekas vokalis kumpulan popular 90-an, Ukays iaitu Amir terkejut dengan berita mengenai rakan lamanya, Akil yang juga merupakan pemain drum kumpulan Ukays di dakwa terlibat dalam aktiviti militan di Syria.
Bercakap kepada sebuah portal berita, Amir berkata beliau menakui rapat dengan Akil namun sudah lama mereka tidak bertemu. Dia juga tidak mengetahui tujuan sebenar sahabatnya itu membuat keputusan untuk berhijrah ke sana.
"Saya akui saya tidak terlalu rapat dengan Akil dan dah lama tidak berjumpa dengannya. Saya masih lagi berhubung dengan bekas ahli-ahli lama kumpulan tetapi tidak selalu.
"Saya tahu Akil memang di Syria sekarang tetapi saya tidak pasti bila dia pergi dan apa yang dia buat di sana.
"Kali terakhir saya berjumpa dia mungkin dalam enam atau tujuh tahun lalu. Ketika itu dia berniaga di Bukit Bintang. Dia berniaga pakaian dan peralatan tentera," katanya kepada portal tersebut.
Media baru-baru ini melaporkan mengenai seorang ahli kumpulan yang popular pada 1990-an terlibat dalam aktiviti militan. Selain pemuzik tersebut, seorang 'ustaz' juga dilaporkan menyertai gerakan berkenaan.
Sementara itu, Presiden Yayasan Artis 1Malaysia (YA1M) Datuk Dj Dave berkata pihaknya sedang merangka satu rancangan untuk mengadakan ceramah agama kepada golongan seniman bagi memberi kesedaran serta menegelakkan berlakunya kecenderungan artis menyertai kumpulan agama sesat.
"Kami merancang untuk mengadakan ceramah agama bagi golongan seniman bermula Ramadhan ini. Jadi dengan cara ini diharap dapat membantu para seniman supaya lebih dibimbing kearah jalan yang betul dan boleh bezakan yang mana ajaran sesat.
"Saya nasihatkan kepada seniman terutamanya yang mula berjinak untuk belajar agama supaya bergaul dengan orang yang betul-betul membawa syiar Islam yang sebenar, jangan terpedaya dengan mereka yang terlalu janjikan syurga hingga boleh menyesatkan" tuturnya.
Namun bagaimanapun kata DJ Dave lai, apa yang berlaku kepada Akil mungkin kerana dia salah memilih rakan yang membawa kemudaratan.
"Mungkin dia salah bergaul dengan orang yang tidak sepatutnya yang boleh mempengaruhinya.
"Tidak sepatutnya perkara seperti ini berlaku kepada artis kita. Dia mungkin terpengaruh dengan maksud jihad yang sebenar," katanya. - MD

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:51 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


MAK CIK MAIMON BIJAK SUDAH JANGKA POLITIK TERENGGANU, ELOK LANTIK MAK CIK MAIMON JADI MB

Posted: 12 May 2014 08:45 PM PDT

Calon MB Teengganu Terbaik !
MENTERI BESAR TERENGGANU YANG BAHARU

Falsafah Politik Mak Cik Maimon calon BEBAS ternyata berasas, bijaksana dan looking forward. Tidak seperti ahli politik yang ada parti, ditarik sikit nikmat dunia sudah merajuk, bakar kelambu sendiri, semua rakyat jelata jadi mangsa nafsu peribadi. Tiada siapa boleh mengalahkan Falsafah Politik Mak Cik Maimon dia tidak merajuk, dia tidak mengalah malah dia cekal berbasikal dengan kudrat dan iradatnya. (Nota: ada pihak melihat Mak Cik Maimon turut memasuki istana menaiki basikalnya dengan kayuhan yang laju untuk menyelamatkan rakyat dan negeri Terengganu).

Sementara itu, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya. Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian. "Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi Malaysiakini sebentar tadi.


Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Marang menghantar surat sedih ini:-


Assalamualaikum Sahabat-sahabat kepimpinan UMNO dan warga UMNO Bhg. Marang. Di sini saya  nyatakan pendirian saya sebagai seorang ahli UMNO dan Ketua UMNO Bhg Marang tetap akan berdiri teguh sebagai ahli parti UMNO dan tetap berdiri sebagai seorang pemimpin UMNO Marang dan tidak akan sesekali keluar dari Parti Keramat UMNO yang sudah menjadi darah daging dan asas perjuangan saya DULU, KINI DAN SELAMANYA. 

Saya berharap sahabat-sahabat kepimpinan dan warga UMNO Marang kuatkan semangat dan tempuhilah situasi politik dan kemelut UMNO Terengganu sekarang dengan bijaksana dan secara matang. Sebagai Ketua UMNO Bahagian Marang dan Adun BN Pengkalan Berangan yang menang dan diberi mandat dalam PRU13 baru-baru ini AMAT SEDIH dan KESAL dengan peristiwa yang tak sepatutnya berlaku di Terengganu sekarang ini. 

Sedih bila tumbangnya sebuah kerajaan BN yang terbentuk selepas PRU-13 (17 BN -15 PAS)  bila ada di antara rakan-rakan wakil rakyat BN yang telah keluar parti dan berstatus parti bebas. Walaubagaimanapun saya terpaksa akur dan menghormati keputusan yang mereka telah buat. Sebab mereka dengan pendirian mereka. DAN saya sangat kesal dengan peristiwa pertukaran MB Terengganu yang amat mengejutkan dan terlampau drastik, sedangkan malam sebelumnya kita sama-sama berjemaah dan  bersolat hajat dan membaca surah yassin bersama-sama dan bersalaman dengan penuh keinsafan di majlis menyambut ulangtahun ke 68 UMNO di PWTC.

SAYA AMAT KESAL kerana saya dan kebanyakan  wakil rakyat BN dan Ketua UMNO Bhg. langsung dan tidak pernah  diajak berbincang oleh mana-mana pimpinan tertinggi parti dalam hal pertukaran MB Teengganu, sedangkan sudah genap setahun kami bekerja kepada parti dan berkhidmat untuk kerajaan BN Terengganu malah UMNO Bahagan Marang telah membuat retreat dan sama-sama berikrar untuk memperkasakan UMNO Marang dan berjanji untuk menawan kembali 3 kerusi DUN dan 1 kerusi parlimen yang telah tewas dalam PU14 nanti. 

Kalaulah kami diajak berbincang dulu dan memikirkan buruk dan baiknya, apakah risikonya nanti, MAKA situasi sekarang tidak mungkin berlaku. KENAPA jadi begini? MENGAPA harus berlaku? APAKAH DOSA-DOSA KAMI orang UMNO Terengganu?. Saya berharap YAB DS PM dan YAB TS TPM ambillah peranan segera untuk kembalikan maruah BN/UMNO Terengganu.

Kepada KAKANDA YB. DS Ahmad Said dan Datin Seri, maafkan saya. Kepada anak-anakku dan isteriku, sahabat-sahabat seperjuanganku dan rakan-rakan UMNO Marang, kuatkan semangatmu dan berdoalah semoga Allah swt. merahmati perjuangan kita (UMNO) dan kembalikan keperkasaan UMNO untuk AGAMA BANGSA dan NEGARA. 

Maaf kepada kalian sekiranya luahan hati ku ini tidak disenangi. Airmataku yg berguguran ketika ku coretkan luahan ini adalah airmata perjuanganku! AKU DULU, KINI DAN SELAMANYA TETAP BERSAMA UMNO. Allahuakhbar!!!

Daripada, 

YB A.LATIF AWANG, ADUN PENGKALAN BERANGAN merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang. 

Pembubaran DUN dan Pilihanaya Negeri bagi Terengganu dijangka akan diadakan dalam masa terdekat setelah YAB Dato Ahmad Razif MB Terengganu mendapat perkenan dari Tuanku Sultan Terengganu untuk membubarkan DUN ekoran 6 orang YB dari UMNO telah mengumumkan keluar dari UMNO dan menjadi YB bebas. Kedudukan Terkini DUN negeri Terengganu ialah PAS 14, PKR 1, UMNO 11, MCA 1, BEBAS 5.

Razif kini sudah tiada kuasa lagi sebab dia sudah tidak ada majoriti sokongan dalam DUN. Semuanya kini bergantung pada Tuanku Sultan jika perkenan pembubaran atau tidak
Jika DUN bersidang dan PAS membawa usul undi tidak pecaya kepada MB, krisis politik negeri Terengganu akan bertambah rumit. 

Sementara itu, PERSURUHJAYA PAS Negeri Terengganu, Saiful Bahri Mamat mencadangkan bubar DUN untuk adakan pilihanraya negeri. Katanya itu langkah terbaik.
Bagi kita jelas, baik UMNO atau PAS di Teengganu, yang terbaikk kepada rakyat Terengganu ialah Calon Bebas Mak Cik Maimon juga!!! Dia tiada self interest, dia tiada anak untuk berkahwin lagi dan dia tidak akan membakar kelambunya sendiri!

Guano mu...

KEPADA IR ENGINEER KLIA2, LAIN KALI NAK BUAT AIRPORT RUJUK TIAN CHUA DULU

Posted: 12 May 2014 02:37 AM PDT


Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Ucapan Presiden Umno @NajibRazak #SambutanUmno68 Semalam

Posted: 12 May 2014 08:45 AM PDT



Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tiada mana-mana parti di dunia ini yang berjaya seperti UMNO dalam mendaulatkan maruah bangsa kerana kebanyakannya pernah tewas tetapi parti terbesar orang Melayu itu tetap berkuasa dan berada di landasan betul untuk terus berjaya pada masa depan.

Bagaimanapun tegas beliau, UMNO tidak bermegah dengan nikmat kuasa yang diberikan Allah SWT, sebaliknya sokongan rakyat itu diinsafi dengan penuh rasa tawaduk serta rendah diri agar lebih banyak penambahbaikan dapat dilakukan bagi memastikan parti ber­kenaan terus revelan.

"Kelahiran UMNO merupakan permulaan mendaulatkan Malaysia sehingga kita berjaya seperti hari ini. Sejarah perjuangan UMNO adalah cerminan kepada sejarah perjuangan Malaysia dan telah 68 tahun kita berjuang sehingga muncul parti paling berjaya dalam memasyhurkan bangsa kita.

"Ketika banyak parti yang sebaya atau lebih tua daripada kita pernah kalah dan ditolak rakyat, UMNO kekal berkuasa tetapi kita perlu melihat kepada realiti politik semasa," katanya semasa berucap merasmikan sambutan Ulang Tahun UMNO Ke-68 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini malam ini.

Yang turut hadir, Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ketiga-ketiga Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kesemua ketua sayap pergerakan parti serta pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).

Menyentuh soal penambaikan dalam UMNO, Najib berkata, parti itu perlu memperhebat dan membuka lebih banyak ruang kepada golongan cendekiawan dan ulama untuk terlibat secara langsung atau menjadi pemimpin agar UMNO tidak menjadi sebuah parti yang ketandusan idea baru.

Tambahnya, parti itu juga tidak boleh lagi bergantung kepada sokongan masyarakat luar bandar sahaja, sebaliknya UMNO perlu memastikan pengundi bandar dan pinggir bandar juga menjadi sebahagian daripada penyokong kuat menerusi beberapa pendekatan dinamik.

"Wujudnya kawasan perumahan dan penempatan tanpa adanya UMNO juga perlu diberi perhatian. Kita mesti dekati masyarakat bandar serta pinggir bandar dan pada masa yang sama perlu mengekalkan penguasaan terhadap pengundi luar bandar jika mahu terus kekal berkuasa.

"Pendekatan dengan golongan muda juga perlu dinilai, apakah kita parti pilihan mereka? Malaysia ada 14 juta pengguna Facebook pada 2013 dan 146 peratus pemilikan telefon pintar. Apakah kita memanfaatkan sepenuhnya," katanya sebelum mengakhiri ucapan dengan laungan hidup UMNO, hidup Melayu dan hidup Malaysia.


http://m.utusan.com.my/Politik/20140512/po_01/UMNO-sebuah-parti-berjaya


Sent from my iPhone

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:38 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Beranikah Mat Sabu gantung keahlian PAS calun bebas yang perjuangkan hudud?

Posted: 12 May 2014 09:00 PM PDT


Calun bebas dari ahli PAS bukan saja memomokkan tuduhan Timbalan Presiden PAS yang mempertikai keahlian PAS beliau tapi turut akan membuat laporan polis terhadap Mat Sabu.

Dengan kenyataan dan tindakan engkarnya pada pucuk kepimpinan PAS, adakah Mat Sabu sedia memecat Mohamed Nabi Buz?

Dengarnya anu dan prestasi Mat Sabu gagah hingga Normah terkejar untuk tinggalkan suami. Kalau dia tidak menggantung calun bebas yang ahli PAS, Muhammad Nabi Buz, ia hanya bermakna Normah tidak benarkan Mat Sabu lakukan apa-apa terhadap rakan lama suaminya?

Hmmm ...


Dalam satu kenyataan semalam, calun bebas tersebut telah menunjukkan bukti sijil keahlian PAS beliau untuk membuktikan Mat Sabu dan Mahfuz "Mr Bean" Omar berbohong.

Kedua pemimpin aka pelawak PAS itu telah menuduh Mohammed Nabi Bux sebagai ahli UMNO dan menafikan dia benar ahli PAS.

Nampaknya kedua-dua mereka ini memfitnah seorang ahli PAS yang  sedia menentang calun DAP untuk menegakkan agenda PAS untuk membawa hukum hudud di Pulau Pinang.


Bagi membalas tuduhan Mat Sabu itu, dia mendedahkan Mat Sabu pun pernah mengikut arah UMNO.

Katanya, dia pernah berhasrat untuk bertanding tapi tidak dibenarkan oleh Mat Sabu atas alasan orang UMNO tidak bagi beliau bertanding.

Beliau yang menjangka Mat Sabu dan Mahfuz akan terus memburukkan nama baiknya meminta kedua-dua pemimpin PAS ini untuk tidak buang masa untuk menyiasat beliau dan buat laporan polis. Dia sendiri akan membawa ahli-ahli PAS Cawangan Kg.Banjar untuk membuat satu laporan polis.


Dalam kenyataan pada media, Mohd Nabi Bux terus memperli PAS dengan memohon pengundi Bukit Gelugor yang merupakan lubuk DAP untuk mengundi beliau yang memperjuangkan  perlaksanaan Hukum Hudud di Pulau Pinang.

Beliau hanya berpegang teguh terhadap prinsip PAS dan Islam dalam memperjuangkan perlaksanaan Hukum Hudud untuk bertanding di PRK P.51 Bukit Gelugor.

Turut diperli adalah DAP dan PAS yang mengingatkan Guan Eng pernah memberi sokongan moral kepada pemimpin PAS untuk melaksanakan Negara Islam dan Hukum Hudud di Kelantan. 

Maka beliau meluahkan keyakinan LGE juga akan  menyambut baik perlaksanaan hukum hudud di Pulau Pinang apabila DAP bersama PAS memerintah negara pada masa akan datang.

Mungkin sekarang tak nampak kebijaksanaan rancangan Dato Jai

Posted: 12 May 2014 04:37 PM PDT


Unspinners dah "nasihat" usah lakukan komplot demikian rupa untuk gantikan MB Terengganu Dato Md Said.

Pasang wartawan, blogger dan FB, komdian nafi tapi terus main di media perdana. Padahal ianya dah dirancang lama malah setahun.

Memang pada yang lihat keperluan penukaran ada asas untuk ganti Md Said tapi caranya hanya memecahbelahkan parti yang lemah dan bukan menyatukan dan menguatkan. Dengan keupayaan untuk menangani masaalah dan persepsi begitu lemah, ia bakal kekal sebbagai duri dalam daging.

Usaha nak tukar Mat Said dilakukan dari sebelum PRU lagi untuk menukar senarai calun dengan cara membabi buta demi untuk menjatuhkan Md Said.

Lepas itu usaha nak jatuhkan Md Said berterusan.

Oleh kerana Md Said ni orang kampong dan muka tak hensem, maka prestasinya tak dilihat betul-betul. Tak diambilkira dia telah berusaha tapi cakaran politik dalaman tidak boleh berhenti untuk ditangani.

Ada kata Mat Said pun sama main atur-atur orang.

Habis tu yang nak jatuhkan dia pun tak atur orang juga ke? Malah dapat atur orang hingga Terengganu hampir kalah.

Dari awal, bukan dia yang nakkan jawatan itu tapi titah Sultan. Pendikan cerita, Mat Said dapat ditumbangkan.

Namun realitinya dia pun manusia yang ada perasaan dan ada maruah bila dianiayakan dan difitnah macam-macam, dia pasti akan bertindak seperti mana-mana ahli politik. Memang tidak patut untuk dia bertindak untuk keluar parti tapi dah berlaku.

Sebaiknya ia patut dijangka dan difikirkan cara terbaik macam menarik rambut dari tepong.

Akibat perbalahan dalaman yang berterusan dan tak "membaca" keadaan dengan baik lalu mengambil risiko, akhirnya Dato Najib terjebak dalam satu lagi masaalah. Yang ada tak habis nak diselesaikan, datang pula masaalah baru. Kali ini, BN boleh hilang kuasa di terengganu dan momentum BN akan terus lembab akibat pelbagai langkah silap.

Mat Said pun hanya baru jadi ADUN bebas.

Daeng Selili SINI melihat masaalah baru yang Najib bakal berhadapan dan berharap jangan pula yang lain cepat ghaflah untuk menuding jari kepada PM.    

"Barisan Nasional Terengganu dalam keadaan tidak seimbang. Ianya satu tindakan yang kurang bijak!!!"

Walaupun aku masih mentah dalam politik setidaknya aku mengambil peluang ini menjangkakan apa yang parti putuskan dalam isu pengambil alihan kuasa Menteri Besar Terengganu iaitu Mat Said kepada Ahmad Razif. aku menulis sedikit perspektif yang aku berfikir elok aku kongsikan.



Dalam keadaan ini ramai menunding jari kepada DS Najib selaku Presiden UMNO berkuasa hari ini diberi pelbagai jolokkan termasuk gelojoh, biadap dan kurang bijak. Ditambah pula keadaan kononnya BN tidak stabil di Terengganu kerana perbandingan jumlah kerusi DUN dan berkait dengan isu isu nasional yang sedang berlambak lambak diperkatakan umum.






Dalam keadaan bernafsu ini ramai yang mengambil peluang memaki hamun dan mempelekehkan UMNO dan sesama sendiri sedangkan beban yang dipikul oleh DS Najib tidak terbanding tara dengan si mulut mulut palat yang tahu membebel tapi tak reti berfikir.



Ada yang mengaitkan perkara ini "hadiah" kepada perjuangan Mat Said dihari memperingati 68 tahun UMNO.



Ada yang menyamakan tindakkan ini tidak seperti semasa pemerintahan Tun Mahathir.



Ada yang menyebut dengan kata kata berapi api insiden 13 Mei.



Dimana pula dendangan kisah hudud yang tidak dikupas oleh rata-rata yang mengakui menyokong pelaksanaanya?!



Aku rasa tahu apa yang kerajaan sedang susun tapi aku yakin ada kebaikkannya. Tunggu dan lihat jangan terpekik macam hantu polong tak bertuan.Seperti isu rasionalisasi subsidi dan isu GST kalau kurang membaca tapi terus membongokkan diri memang tak nampak bertapa halusnya kerajaan berkerja untuk rakyat. Kalau ada yang marah..aku minta maaf..

Entahlah ... berapa lama nak salahkan Penasihat saja?

Mungkin dalam masa tak sampai 24 jam, kita tak nampak lagi kebijaksanaan perancangan ini. Tambah lagi, Dato Jai juga yang perancang disebalik beberapa tindakan gagal untuk konsensus dengan Anwar dan perlantikan Ustaz kazim ke dalam Majlis Tertinggi yang akhirnya ditolak.

Akhir kalam, kita hanya memikirkan parti, pekerja parti seperti Wanita UMNO yang terpaksa membanting tulang dan tungkus lumus tiap kali UMNO berhadapaan dengan masaalah dan orang-orang bawah yang sentiasa jadi serba salah. 

Atas buat silap dan berdegil yang mangsanya orang bawah. Allah penentunya dan hanya masa yang akan memperlihatkan akibatnya. Sabar ajer lah ...

No candidate for Gelugor doesn't prove Ka Siong no cry baby

Posted: 12 May 2014 07:30 AM PDT

Former MCA president Ong Tee Keat today questioned the party's decision not to field a candidate for the Bukit Gelugor by-election, slatted for May 25.
The former Pandan MP in a statement said the no-contest decision would only leave room for skepticism that the party is now exhausted of winnable candidates.
MCA secretary-general Ong Ka Chuan, yesterday, announced the party would not contest the seat under the Barisan Nasional banner but would concentrate on efforts to block hudud laws from being implemented or tabled in the Dewan Rakyat.
Ong, however, pointed out that fighting for the federal constitution against PAS' move to implement hudud has never been a seasonal initiative.
"It is a continuous party commitment irrespective of general election or by-election.
"(Therefore), it does not hamper the party from contesting in the Bukit Gelugor by-election," he said.
He further reasoned how MCA's participation will instead provide a good barometric measurement of its present level of acceptance within the Chinese community.
Ong added that MCA had successfully exploited the DAP-PAS collaboration in purportedly enhancing the hudud implementation during the 1995 and 1999 general elections.
"That had caused enormous electoral setback to DAP. Now that MCA is on the issue again with much gusto and publicity, I see no reason for fear of contesting on the part of MCA," he said.
Read further on Malaysia Online 
 
Now he has balls!!!

Keahlian, pencalunan Ramkarpal dipersoal... SPR perlu telus dan tegas!

Posted: 12 May 2014 03:11 AM PDT


Pemimpin DAP Bagan Asoghan a/l Govindaraju mempertikai kesahan watikah calun DAP untuk PRK Bukit Gelugor.

Dalam satu sidang akhbar di Restoran Nasi Kandar Subaidah, Jalan Chain Ferry, Butterworth, beliau mempersoalkan kesahihan angota CEC yang ada untuk mendatangani surat urusan rasmi parti termasuk watikah calun DAP untuk PRK Bt Gelugor kerana ROS masih belum mengesahkan CEC DAP yang ada.

Bagi PRK Bukit Gelugor, Lim Guan Eng telah mendatangani watikah pencalonan dan Asoghan menganggap ianya tidak sah.

Katanya, mendian Karpal SIngh sendiri pernah mencadangkan DAP perlu bertanding atas tiket calon bebas pada PRU Ke-13 bukan atas tiket DAP atas pemahamannya bahawa Lim Guan Eng tiada kedudukan sah untuk menandatangani Watikah Calon DAP.

Persoalannya sekarang adalah siapa yang membenarkan DAP untuk menggunakan logo DAP dalam PRK ini? Disamping itu, adakah SPR mendapat kebenaran ROS?

Dalam hal ini, pihak  SPR tidak boleh duduk diam dan hanya menyerahkan hal ini kepada ROS saja. Perkara ini perlu diperjelaskan bagi memastikan tiada penipuan.

Sehubungan dengan ini, SPR perlu mematuhi undang-undang untuk menentukan samada calun DAP layak bertanding atas tiket DAP atau perlu mematalkan pencalunan.

Sepatutnya, DAP tidak boleh membuat apa-apa keputusan selagi ROS tidak memberi keputusan sepertimana yang termaktub dalam surat ROS bertarikh 6 Disember 2013.

Pada PRU ke 13, ROS ada mengeluarkan surat untuk DAP menggunakan logo DAP. Adakah ROS ada mengeluarkan surat kepada DAP utk membenarkan DAP bertanding menggunakan logo DAP?

Turut dipertikaikan adalah keahlian Ram Karpal Singh yang hanya baru menjadi ahli DAP pada Januari 2014 ketika DAP tidak berhak membuat apa-apa keputusan parti seperti mana tertulis dalam surat ROS bertarikh 6 Desember 2013.

Asoghan menyeru agar SPR bertindak telus dan tegas berhubung perkara ini kerana ianya melibatkan kepercayaan rakyat terhadap sistem pemilihan yg adil dan saksama.

Berapa puluh ribu majoriti Bt Gelugur nak kasi si Along calun DAP?

Posted: 12 May 2014 01:34 AM PDT


Pasti ada pihak akan berdalih kata Ram Karpal hanya menjalankan tugas dan peranan sebagai peluang untuk memberi keadilan pada semua.

Ketepikan rasionaliti dan tanya hati bagaimana dia boleh tergamak mempertahankan pembunuh bernama Cheong Teik Keon.

Cheong Teik Keon seorang jurutera dituduh membunuh teman wanita berusia 24 tahun pada Hari Valentine pada tahun lepas telah memilih untuk mengekalkan Ramkarpal Singh sebagai peguamnya.

Cheong telah didakwa melakukan kesalahan itu terhadap Tan Ching Chin, seorang kerani , di rumah beliau di no. 2703, Taman Hwa Seng, Jalan Rozhan pada 14 Feb tahun lepas. Baca seterusnya di MyMassa SINI.

Semain itu, MyMassa turut dedahkan Ramkarpal adalah seorang operator Ah Long yang membantu untuk melegitimasikan perniagaan memeras ugut.

Calon DAP di Bukit Geluqor adalah Ah Long yang memeras ugut wang peminjam sedahsyat-dahsyatnya.Ram Karpal Sigh adalah Owner TRS Resource Sdn Bhd syarikat peminjam wang. Bahasa mudah Ah Long lah...
Bayangkanlah anda terhimpit terpaksa meminjam wang RM1,000 dan anda terpaksa membayar semula pinjaman tersebut sehingga 20 kali ganda menjadi RM20,000 jika anda lewat membayarnya. Jika tidak membayarnya, anda akan disiksa, dimalukan, dikurung, diugut malah dibunuh macam dalam media dan TV tu lah. Baca SINI




Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:29 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


UMNO depani cabaran politik nilai!

Posted: 12 May 2014 08:10 AM PDT


Semalam genap 68 tahun usia Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO. Parti keramat yang lahir daripada ketentuan tujuan dan matlamat iaitu atas perjuangan ABATA; agama, bangsa, tanah air dan bukannya kepentingan peribadi atau kelompok tertentu. UMNO juga parti yang mempunyai keabsahan untuk dijenamakan sebagai 'parti rakyat yang tulen' kerana terbina atas aspirasi dan dokongan rakyat, bukannya kehendak individu yang mempergunakan pentas rakyat.

Selama hampir tujuh dekad, UMNO konsisten dan masih tetap sama - berorientasikan rakyat dan berpaksikan asas perjuangan yang tidak pernah berubah. Hakikatnya, pegangan dan istiqamah kita kepada keluhuran perjuangan inilah yang telah menjadi asas kekuatan dan pemangkin sokongan majoriti rakyat kepada UMNO.

Sebagaimana yang diungkapkan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyempurnakan perasmian Rumah UMNO Taiping pada 8 Mei lalu, sekiranya diterjemahkan usia 68 tahun ini kepada manusia, kekuatannya mungkin tidak segagah ketika muda tetapi berbeza dengan UMNO yang semakin kukuh dan kuat.

Sungguhpun kerusi Parlimen yang dimenangi Barisan Nasional (BN) berkurangan daripada 140 pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 kepada 133 pada PRU Ke-13 yang lalu, namun kerusi dimenangi UMNO meningkat daripada 79 kepada 88 kerusi.

Pada masa sama, Najib juga mengingatkan bahawa UMNO perlu sedar akan cabaran yang dihadapi supaya proses muhasabah diri, menambah baik dan melaksanakan transformasi sepanjang masa bagi menentukan parti itu terus relevan. Inilah tuntutan penting dan keutamaan yang perlu dilaksanakan oleh jentera UMNO di setiap peringkat.


Perubahan besar landskap dunia dari pelbagai aspek termasuk iklim politik membawa bersama pelbagai fenomena yang menuntut adaptasi dan transformasi. Sebagai sebuah organisasi yang terlibat dalam proses demokrasi yang kejayaannya bersandar kepada jumlah sokongan undi rakyat, UMNO perlu memastikan parti berupaya untuk bertindak proaktif, inovatif dan kreatif dalam strategi dan pendekatannya mendepani tuntutan semasa rakyat.

Bila menyentuh perihal rakyat, sudah pasti ia berkait langsung dengan prestasi Kerajaan BN dan UMNO adalah tunjang kerajaan sekian lama.

Realitinya, pembangunan dan kemajuan yang dibawa oleh Kerajaan BN mungkin dapat dilihat dan dirasai, tetapi tidak dijiwai dan kurang menyentuh hati rakyat, kalau tidakpun semua, sebahagian rakyat. Ini hakikat yang perlu diakui dan apa yang dirujuk sebahagian itu sebenarnya satu jumlah yang signifikan mengambil kira undi popular BN hanya 48 peratus dalam PRU-13.

Sehubungan itu, cara dan kaedah kerajaan bergerak pada hari ini perlu diteliti dan ditambah baik. Kita gembira apabila kepimpinan kerajaan dilihat mengakui hakikat ini apabila Perdana Menteri sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa masa dan ketika kerajaan merasakan tahu semua perkara telah berlalu. Kenyataan ini memperlihatkan komitmen ketua kerajaan sendiri yang mengiktiraf peranan penting rakyat dalam proses pembangunan negara.

Di sinilah pentingnya pendekatan politik nilai dan makna diintegrasikan dalam gerak kerja kerajaan pada masa ini. Pendekatan politik ini akan memastikan elemen nilai dan makna menjadi sebahagian hasil sesuatu dasar, program dan projek kerajaan.


Pendekatan ini juga menjadikan keterangkuman (inclusivity) sebagai strategi penting untuk memastikan rakyat menghargai peranan kerajaan yang telah membawa nilai dan makna kepada kehidupan mereka.

Kerajaan dan parti perlu menakhodai zaman, tetapi kegagalan kita untuk menyuntik kefahaman rakyat berhubung sesuatu agenda ke hadapan yang kita gagaskan akan mengundang bahaya apabila pertalian di antara kerajaan dan parti dengan rakyat terungkai.

Kita sudah tidak boleh menjadikan rakyat sebagai pemegang taruh atau pihak berkepentingan (stakeholders) yang pasif, tetapi jentera kerajaan perlu melibatkan rakyat secara aktif dalam gerak kerja kerajaan.

Rakyat tidak boleh dibiarkan sekadar menjadi pendengar dan penonton, tetapi mereka perlu dilibatkan untuk mengetahui, memahami dan menjiwai kepentingan sesuatu dasar, program dan projek kerajaan. Impaknya khidmat kerajaan akan dapat menyentuh hati dan memberi kesan mendalam kepada rakyat.

Begitu juga halnya dalam hubungan di antara kerajaan dan parti. Mungkin kerana faktor UMNO dan BN telah sekian lama mengemudi tampuk pemerintahan, kita tidak sedar yang kita meninggalkan parti jauh di belakang sehinggakan rakyat tidak dapat melihat, merasai dan menjiwai peranan parti.

Situasi inilah yang telah membentuk sentimen sesetengah rakyat yang melihat semua pembangunan dan kesejahteraan yang dibawa oleh kerajaan adalah tanggungjawab Kerajaan, tanpa mengira siapa tunjangnya. Lebih malang lagi ada yang berpendapat jika parti lain memerintah kelak, perkara yang sama akan dilakukan.

Peranan penting UMNO dan BN tidak dianggap faktor utama yang membawa nikmat kemakmuran pada hari ini.


Atas sebab itu, peranan parti dalam kerajaan perlu diperkasa. PRU-13 menzahirkan kepada kita formula mengguna pakai kaedah penonjolan individu sebagaimana pemilihan Presiden Amerika Syarikat bukanlah pendekatan yang sesuai di negara kita.

Sebahagian besar rakyat akan mengundi berdasarkan parti; sama ada mengundi 'BN/UMNO' atau 'Asal Bukan BN/UMNO'.

Sudah tiba masanya peranan parti ditonjolkan dalam kerajaan, namun ini tidak bermakna parti menguasai kerajaan. Apa yang penting rakyat dapat menjiwai nilai dan makna perjuangan UMNO dan BN dalam penggubalan dasar dan program kerajaan yang membawa nikmat kemajuan, keamanan dan kemakmuran, sekali gus memberi mandat berterusan kepada UMNO dan BN.

Sebagaimana kerajaan, jentera UMNO di semua peringkat juga perlu mengamalkan pendekatan politik nilai dan makna dengan strategi keterangkuman yang menyeluruh meliputi semua segmen masyarakat.

Tidak dinafikan gerak kerja dan program UMNO sedia ada di akar umbi adalah baik dan perlu diteruskan kerana inilah antara faktor yang telah menyebabkan UMNO bertahan sekian lama. Namun ini tidak bermakna tidak ada ruang yang perlu ditambah baik.

Sebagai contoh, pendekatan UMNO untuk mendekati dan membawa generasi muda kepada parti perlu digerakkan dengan lebih agresif.

Perlu diingat demografi pemilih di negara ini sudah menunjukkan pola perubahan dengan peningkatan amat ketara jumlah pemilih di bawah 40 tahun dan dijangka mencecah hampir 70 peratus menjelang PRU-14.

Dalam konteks ini, keterangkuman parti untuk membawa orang muda menyokong UMNO dan BN perlu dilaksanakan dengan pendekatan yang bernilai dan bermakna.


Usaha ini pula perlu digerakkan dan didokong oleh kepimpinan parti di semua peringkat kerana kita tidak mahu sikap tidak peduli dan tidak terbuka sesetengah pihak dalam parti akhirnya membawa generasi baru ini lebih jauh dari parti dan mereka beralih memilih alternatif yang lain.

Masa depan UMNO tidak akan sentiasa cerah jika kepimpinan dan ahli parti tidak mengambil peduli akan cabaran yang perlu kita hadapi hari ini.

Saiz kelas menengah yang besar, lonjakan jumlah golongan berpendidikan, proses urbanisasi, peningkatan taraf hidup, kemajuan prasarana fizikal dan akses kepada lebuh raya maklumat merupakan sebahagian faktor yang monumental kepada rekod prestasi cemerlang UMNO sebagai pemerintah selama ini dan juga suatu cabaran baru dalam konteks gerakan politik kita.

Kita tidak mampu untuk bersikap menafikan atau lebih bahaya lagi bermusuh dengan realiti yang ada dan perubahan yang akan terus berlaku.

Kita wajib menyediakan parti dengan sebaik mungkin untuk meluaskan jaringan pengaruh di semua kumpulan sasar yang telah terhasil daripada kemajuan yang kita bina. Jika tidak maka kita akan menghadapi hentaman ribut yang terhasil daripada semaian kita sendiri.

Dengan pendekatan politik nilai dan makna, cabaran semasa yang kita hadapi dengan landskap politik dan demografik yang baru hari ini adalah hasil kejayaan kita yang boleh dijadikan sumber kekuatan baru.-UMO

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:28 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


Ahmad Razif diperkenan MB baharu Terengganu?

Posted: 12 May 2014 08:20 AM PDT


Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abd Rahman dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu yang baharu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan berkata pelantikan Ahmad Razif bagi menggantikan Datuk Seri Ahmad Said itu telah diperkenan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abdidin.

"Adalah dimaklumkan bahawa Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin telah memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa 12 Mei 2014.

"Baginda telah memperkenankan pelantikan Adun Seberang Takir Ahmad Razif sebagai Menteri Besar Terengganu berkuat kuasa mulai tarikh Yang Berhormat mengangkat sumpah jawatan dan sumpah rahsia di hadapan baginda," katanya.

Najib berkata pelantikan itu adalah selaras dengan Syarat (1) Perkara 10 Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu yang dibaca bersama-sama perenggan (a) di bawah Syarat (2) Perkara 14.

Ahmad pertama kali dilantik sebagai menteri besar pada 23 Mac 2008 dan dilantik semula memegang jawatan itu pada 9 Mei tahun lepas.

Wasabi Oyabun..

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Ujian Personaliti Diri

Posted: 12 May 2014 06:57 AM PDT

UJIAN PERSONALITI
ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?
(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?
anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)
atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)
(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)
anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)
(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)
tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)
Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)
(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)
(16)

TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.
(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar
(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah
(4) kunci
1 - kamu punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik
(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded
(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye
(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - kamu benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda
(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah
tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk kamu!
(9) kaca / tanah liat / seramik - kamu lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda
(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...
(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi
(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri
(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman
(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.
(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal
(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan kamu lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan
(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika kamu memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.
Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...

The Power Of Honda(Santai)

Posted: 12 May 2014 03:55 AM PDT

Siapa tak tahu kehebatan motosikal keluaran honda..
Dia boleh buat willy,dia boleh buat wikeng,dia boleh buat kapal layar,dia boleh jallan dengan sendirinya dan paling hebat saksikan kat bawah