Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:57 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Kristian Indon Haramkan Guna Kalimah ALLAH, Kristian Di Malaysia Macam Mana Pulak...???

Posted: 06 May 2014 10:05 PM PDT


Seorang sarjana agama samawi Indonesia Prof. Manahem Ali berkata, sebahagian penganut Kristian di republik itu kini menolak penggunaan kalimah 'Allah' dalam Bible kerana menganggapnya sebagai sembahan orang Islam.

Pensyarah Universiti Airlangga, Surabaya itu berkata, malah  ada juga kelompok Kristian yang mengharamkan terus penggunaan kalimah tersebut dari naskhah tersebut

"Di Indonesia lebih kejam menurut saya, ada kelompok Kristian yang mengharamkan nama Allah dalam kitab Injil kerana ia dianggap (mereka) berhala umat Islam," katanya dalam sidang media sempena "Seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Ketika mengulas isu yang timbul apabila istilah berkenaan turut digunakan dalam Bible di Malaysia, katanya, Bible berbahasa Melayu yang digunakan di Sarawak itu menggunakan kalimah "Allah" sebagai menggantikan istilah "Tuhan", yang diterbitkan oleh Lembaga Alkitab Indonesia.

Sedangkan, jelas Manahem, teks asal Bible langsung tidak mengandungi kalimah "Allah".

Katanya, perkara itu boleh dilihat dalam teks Bible dalam bahasa Greek bagi golongan Kristian Ortodoks dan Protestan, Aramaik bagi Kristian Assyrian, dan bahasa Latin bagi penganut Roman Katolik. Sumber: Klik sini

Akhlak Pemimpin PAS...

Posted: 06 May 2014 06:05 AM PDT

Inilah akhlak pemimpin pas, setalah bertahun-tahun di tarbiyah oleh nik ajis...



MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Al Fatihah ... 'Pak Cik Jamal' meninggal dunia

Posted: 06 May 2014 11:38 PM PDT



Personaliti televisyen veteran, Jamal Muhamad, yang lebih dikenali sebagai Pak Cik Jamal meninggal dunia di Hospital Putrajaya di Putrajaya hari ini.
  
Jamal, 75, meninggalkan seorang isteri Zainab Serat, 67, dan tiga orang anak.
  
Anaknya Sheila berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di wad unit rawatan rapi (ICU) kira-kira 11 pagi setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sejak semalam setelah mengadu sesak nafas.
  
Pak Cik Jamal sebelum ini dilaporkan beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi jantung dan paru-paru serta sakit tulang belakang.
  
Jamal ialah personaliti televisyen popular dengan watak Speaker menerusi program Mini Parlimen terbitan RTM pada era 80-an.
  
-Bernama

Hatyai Diserang, Prasarana Awam Dibom

Posted: 06 May 2014 05:56 PM PDT




HATYAI: Lima cedera dalam empat insiden letupan bom berasingan di sini pada Selasa.
Bagaimanapun, bom kelima yang diletakkan berhampiran pintu masuk ke pangsapuri dalam Hospital Prince of Songkhla berjaya ditemui tanpa sempat diletupkan.

Bom pertama meletus kira-kira pukul 1.30 tengah hari di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Ponpichai berhampiran rumah pangsa anggota polis yang terletak bertentangan dengan Balai Polis Hatyai.

Salah satu lokasi kejadian bom di Hatyai.

Letupan bom yang diletakkan di kawasan tempat letak kereta balai polis itu mengakibatkan banyak kenderaan rosak.
Selain itu, dua lagi letupan bom dilaporkan berlaku di kawasan berhampiran stesen keretapi Hatyai yang juga berdekatan dengan pusat membeli belah Robinson.
Sementara itu, Pejabat Konsul Malaysia di Songkhla yang dihubungi mengesahkan tiada rakyat Malaysia terlibat atau mengalami kecederaan dalam insiden letupan bom di Hatyai setakat ini.
PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya 10 cedera dan banyak kenderaan rosak dalam dua insiden letupan bom di Hatyai.
Namun, tiada rakyat Malaysia cedera dalam insiden itu.

Bom pertama meletup kira-kira pukul 1.45 petang di hadapan kedai serbaneka 7 Eleven di Jalan Ponpichai.

Manakala bom kedua meletup berhampiran rumah pangsa anggota polis yang terletak bertentangan dengan Balai Polis Hatyai.

Sebutir bom ditemui dekat pintu masuk ke sebuah pangsapuri di dalam Hospital Prince Songkhla dan berjaya dimatikan oleh pihak berkuasa.

Difahamkan dua lagi bom turut dipasang dan lebih banyak bom dipercayai akan dipasang selepas ini walaupun polis belum mengesahkan khabar angin itu.

Bom pertama yang meletup pada pukul 1.45 petang (2.45 petang waktu Malaysia) ditanam di sebuah motosikal yang diletakkan di luar kedai serbaneka bertentangan dengan sebuah kolej teknologi.

Letupan itu menyebabkan tujuh cedera dan lima motosikal musnah.

Kurang 10 minit kemudian, bom kedua meletup di tempat letak kereta di luar sebuah balai polis, menyebabkan tiga orang cedera termasuk dua anggota polis yang berada di kawasan tersebut ketika kejadian.

Letupan itu turut menyebabkan beberapa siri letupan dari tangki gas berdekatan dan beberapa kereta terbakar.

Ketua Polis Hatyai, Pol Col Passakorn Klanwan berkata, dua mangsa yang cedera adalah anggota polis manakala yang lain adalah orang awam.

"Sekurang-kurangnya 35 kenderaan musnah akibat letupan itu," katanya.

Mangsa yang cedera dibawa ke Hospital Hatyai manakala enam daripada mangsa menerima rawatan sebagai pesakit luar.
Empat mangsa lagi masih mendapatkan rawatan rapi tetapi pegawai hospital berkata mereka dalam kedaaan stabil

[Video] Ghani Patail Hina Mahkamah - Mahkamah lepas Nik Nazmi dari tuduhan baru

Posted: 06 May 2014 03:35 AM PDT

Lelaki Bersenjata Culik Pengurus Di Lahad Datu Lari Ke Selatan Filipina

Posted: 06 May 2014 02:41 AM PDT


Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 1:20 PM


Kawasan perairan dekat Lahad Datu.

KOTA KINABALU: Lima lelaki bersenjata berpakaian seragam ala tentera yang menculik seorang pengurus ladang ternakan ikan warga China melarikan diri ke selatan Filipina selepas satu kejadian tembak-menembak ketika dikejar oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Dilaporkan bahawa lima lelaki bersenjatakan senapang M.16 menggunakan sebuah bot laju menceroboh masuk ke ladang ternakan ikan Wonderful Terrace Sdn Bhd apabila seorang pengawal mempersoalkan kehadiran mereka di kawasan itu pada kira-kira pukul 11.45 pagi Selasa.
Bagaimanapun, kumpulan bersenjata itu mengarahkan pengawal untuk masuk ke dalam bot, pengurus warga China dari Guangzou iaitu Yang Zailin, 34, yang keluar untuk menyiasat mengenai kekecohan yang berlaku tetapi sebaliknya diculik oleh kumpulan berkenaan.
Kumpulan lelaki bersenjata itu kemudiannya memaksa pengawal tersebut untuk melompat keluar dari bot mereka, sebelum melarikan diri ke perairan antarabangsa.
Sebaik sahaja perkara itu dilaporkan, pasukan keselamatan Malaysia memintas kumpulan lelaki bersenjata berhampiran dengan pulau sempadan Malaysia tetapi kumpulan itu berjaya melarikan diri ke kawasan terumbu karang sebelum menyeberangi ke selatan Filipina.
Menurut beberapa pegawai, kumpulan lelaki bersenjata melakukan beberapa pusingan ketika dikejar oleh pasukan keselamatan Malaysia yang ditempatkan di kawasan itu.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, yang memberi penerangan kepada Ketua Menteri, Datuk Musa Aman mengenai kejadian terbaharu, dijangka akan mengadakan sidang media kemudian pada Selasa.
Pada 2 April lalu, pelancong warga China Gao Hua Yuan, 29, dan pekerja resort Marcy Darawan , 40, telah diculik dari Singamata Reef Resort di Semporna.
Kedua-duanya ditahan oleh kumpulan lelaki bersenjata yang menuntut wang tebusan di selatan Filipina.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


HARGA RON 95 INDONESIA KOK LEBIH MURAH BANDING MALAYSIA?

Posted: 06 May 2014 11:30 PM PDT


Minyak RON 95 di Indonesia lebih murah berbanding Malaysia? Apa ni kerajaan Malaysia tipu lagi berkaitan harga minyak RON 95? Ini semua salah kerajaan yang nak memiskinkan rakyat!

Sabar dan rilek dulu bro n sis. Jangan terlalu percaya bila membaca sesuatu tajuk atau lekas melenting marahkan kerajaan bila mendengar sesuatu isu berlegar itu di kalangan kita. Siasat dan baca dari sumber yang sah, siasat siapa pembawa dan penyebar berita. 

Sebabnya mungkin ada di kalangan pembawa berita itu adalah golongan fasik yang sentiasa menjaja fitnah dan ingin menghuru-harakan masyarakat dengan kebatilan. Akhirnya kita juga yang kerugian akibat gopoh mudah percaya pada sesuatu berita.

Kalau mau tau cerita yang benar cuba baca laporan yang ditulis oleh akhbar negara jiran kita, Indonesia berkaitan harga minyak RON 95...

Jakarta - Di Malaysia, Bahan Bakar Minyak (BBM) dengan Research Octane Number (RON) 95 sekelas Pertamax Plus dijual RM 2,1/liter atau sektar Rp 7.350/liter. Sementara di Indonesia mencapai Rp 12.000/liter. Kenapa?

Manager Media Pertamina Adiatma Sardjito mengatakan, harga bensin RON 95 di Indonesia lebih mahal karena mempertimbangkan tingginya biaya distribusi dan produksi.

"Saya tidak tahu kenapa Malaysia jual BBM RON 95 murah, tapi yang jelas mengapa di Indonesia lebih mahal, karena kita mempertimbangkan biaya produksi dan biaya distribusi juga," ucap Adiatma dihubungi detikFinance, Selasa (6/5/2014).

Adiatma mengatakan, kompleksnya distribusi BBM di Indonesia membuat biaya distribusi BBM juga cukup mahal. "Kita negara kepulauan, 16.000 pulau, sampai pulau terpencil kita harga jual harga BBM sama dengan yang di kota besar seperti Jakarta. Kita angkut pakai kapal laut, bahkan ada yang harus pakai pesawat udara," ungkapnya.

"Apalagi harga Pertamax Plus RON 95 yang kita jual juga sudah merupakan harga minyak internasional, harga pasar," tutupnya.

Sebelumnya Direktur Pemasaran dan Niaga Pertamina Hanung Budya mengatakan, sistem distribusi bahan bakar minyak (BBM) subsidi di Indonesia merupakan yang terumit di dunia. Kondisi ini mengakibatkan sulitnya memastikan BBM tersedia 24 jam di SPBU.

"Pola distribusi BBM di Indonesia ini paling rumit di dunia, distribusinya kompleks sekali, belum kendala pengiriman mulai dari gangguan alam, bencana alam dan sebagainya. Sehingga sangat sulit memastikan BBM tersedia 24 jam di SPBU," ungkap Hanung beberapa waktu lalu.

Hanung mengungkapkan, untuk mendistribusikan BBM, perlu upaya yang cukup besar juga. Mulai dari kilang minyak atau dari kapal eks impor BBM diangkut lewat kapal dan dikirim ke depo BBM, lalu diangkut ke truk ke SPBU. Ada pula BBM yang diangkut pakai pesawat terbang, kapal kayu, bahkan ada yang diangkut dengan tenaga manusia.

"Untuk mendistribusikan BBM kita punya 112 terminal BBM, lebih dari 200 kapal tanker, 5.000 lebih SPBU, ratusan Agen Premium dan Minyak Solar (APMS) dan agen minyak tanah," ujar Hanung.

* (SPBU = Stasiun Pengisian Bahan Bakar Umum @ Pompa Bensin @ Stesen Pam Minyak @ Petrol Station)

Petrol Premium di Indonesia bersamaan dengan RON 92 sering kehabisan kerana tinggi penggunaannya, akibatnya para pengguna terpaksa mengisi Petrol Pertamax (RON 95) yang harganya
mencecah RM3.38 (Rupiah 12,000) seliter!    

Komen kami;

Syukurlah pada Allah dan berterima kasih pada Kerajaan Persekutuan sekarang kerana kita masih mempunyai harga minyak RON 95 bersubsidi yang masih lagi dikategorikan murah berbanding di negara-negara jiran kita.

Akibat kemurahan harga itulah menyebabkan warga asing terutama sekali dari Singapura, selatan Thailand, Kalimantan hatta dari Filipina sekalipun sanggup seludup keluar bertong-tong dan bertan-tan minyak petrol dan diesel kita setiap saat. 

Bukan setakat kenderaan negara jiran diubahsuai untuk seludup bahan api tersebut, bahkan terdapatnya kutu-kutu penyeludup membuat saluran paip untuk menyalurkan diesel terus ke kapal-kapal tangki di tengah-tengah lautan.

Terdapat juga segelintir nelayan-nelayan kita yang khianat bertindak menjual diesel subsidi pada kapal-kapal asing di tengah-tengah laut, mereka pulang ke darat menipu kerajaan kata hasil ikan tiada. Lepas tu mereka mintak subsidi diesel lagi. Akibatnya subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat telah disalahgunakan juga oleh warga asing ini. Kerajaan rugi beratus juta bahkan bilion ringgit setahun akibat ketirisan ini, habis duit cukai rakyat tersasar dan 'terbakar' begitu saja. 

Harga ikan dan segala hasil laut akan jadi semakin mahal akibat kekurangan bekalan. Rakyat mula marahkan kerajaan sedangkan para tauke dan pengkhianat-pengkhianat ini hidup senang-lenang. Kerajaan pula asyik dipersalahkan. Sekali lagi duit cukai rakyat terpaksa digunakan untuk menstabilkan harga ikan!

Bukankah lebih baik wang-wang tersebut digunakan untuk beri lebih banyak bantuan bersasar kepada rakyat?


#PRK BUKIT GELUGOR: NAMA MAT SABU DICADANGKAN BAGI MELENYAPKAN HUDUD?

Posted: 06 May 2014 08:11 PM PDT


Aktivis propembangkang, Hishamuddin Rais memberi cadangan kepada DAP agar menamakan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai calon mewakili Pakatan Rakyat (PR) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Bukit Gelugor 25 Mei ini.

Menurut Hishamuddin, jika DAP berani (namakan Mat Sabu) maka ia merupakan langkah berani sekaligus memberi kesan yang besar dalam perjalanan politik PR khususnya PAS.

"Sepatutnya Mat Sabu bertanding di Bukit Gelugor, DAP sepatutnya beri peluang kepada Mat Sabu kerana ini boleh mengejutkan.

"Rakyat akan terkejut, UMNO juga akan terkejut, isu hudud boleh tenggelam kalau DAP beri peluang kepada Mat Sabu," katanya.

Beliau berkata demikian pada forum bertajuk "PRU14: Apakah ada lagi tsunami politik?" di Dewan Himpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), di sini, malam tadi.


Komen kami laa;

Inilah masa yang terbaik bagi DAP dan PKR bersatu mencalonkan Mat Sabu sebagai calon PR di Bukit Gelugor. Lagi pun Mat Sabu adalah Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang yang juga 'Abang Angkat' kepada Lim Guan Eng. Takkan adik angkat tak boleh berkompromi pada Tai Long?


Andaikata permintaan Hishamuddin Rais ini dituruti oleh DAP, maka benarlah PAS lebih berkuasa dari DAP hingga boleh berkompromi demi rakan sepakatan. Bolehlah PAS mentarbiyahkan DAP supaya lebih Islamik lagi berbanding UMNO. Inilah masa DAP menunjukkan semangat kesetiakawanannya dengan mengorbankan kerusinya demi tahaluf siyasi yang dilaungkan oleh PAS dalam Pakatan Rakyat. DAP lu ada berani???

PAS tak perlu risau sangat jika DAP menolak Hudud kerana yang penting mereka perlu menang PRK ni dulu. Macam biasa soal hudud boleh bincang kemudian, seperti mana janji-janji dahulu. 

Atau adakah hanya Mat Sabu saja boleh mentarbiyah DAP berkaitan hukum HUDUD? Takut nanti Hudud entah ke mana...


PAKATAN RAKYAT SUDAH TIDAK DAPAT DISELAMATKAN KATA LIM KIT SIANG

Posted: 06 May 2014 08:56 AM PDT

Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak menolak kemungkinan Pakatan Rakyat akan berpecah sekiranya isu hukum hudud menjadi semakin besar.
"Jika hudud menjadi isu besar, Pakatan mungkin mengikut langkah seperti Barisan Alternatif," katanya.
Barisan Alternatif (BA) adalah gabungan parti pembangkang untuk mencabar Barisan Nasional (BN) yang ditubuhkan pada 1999, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkok di penjara Sungai Buloh.
Ketika itu, parti-parti pembangkang yang bergabung di bawah BA adalah Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Parti Tindakan Rakyat (DAP), Parti Keadilan Nasional (KeADILan) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Ketika itu PAS berkempen untuk melaksanakan Negara Islam menyebabkan dua pemimpin utama DAP, Kit Siang dan Karpal Singh tewas di kerusi parlimen yang ditandingi mereka.
Lalu, pada 21 September 2001, DAP mengumumkan keluar dari BA.
Pada tahun 2008, BA dijenamakan semula menjadi Pakatan Rakyat (PR).
Kit Siang dilaporkan Roketkini membayangkan masa depan PR semakin celaru selepas Pilihanraya Umum ke-13.
"Genap setahun juga menyaksikan kemungkinan berbahaya akan perpecahan Pakatan. Ini tidak boleh dipandang ringan.
"Majoriti besar yang mengundi Pakatan dalam pilihanraya lalu menginginkan pertukaran kerajaan dan dasar negara, bukan undang-undang hudud. Lagi pula, sesiapa yang tidak menyokong hudud bukanlah anti-Islam, tetapi kerana Perlembagaan Persekutuan memnyediakan Malaysia sebagai negara sekular yang demokratik," katanya.
Katanya lagi, Pakatan tentunya tidak akan dapat terus menafikan majoriti dua pertiga BN, malah akan kalah teruk jika hudud menjadi agenda mereka pada pilihanraya umum lalu.
"Rakyat ingin Pakatan terus bertambah kuat dan mencapai peralihan di peringkat persekutuan pada PRU ke-14 nanti. Namun jika hudud menjadi isu utama, Pakatan akan menerima nasib sama seperti Barisan Alternatif.

HUDUD : PAS BERPECAH KEPADA DUA GOLONGAN

Posted: 06 May 2014 12:00 AM PDT



Ahli Parlimen PAS Sepang, Mohamed Hanipa Maidin mengakui walaupun PAS kelihatan mahu segera melaksanakan hudud di Kelantan, namun sebenarnya ramai ahli parti itu masih tidak sependapat mengenainya.

Menurut Hanipa, walaupun PAS menyatakan dengan jelas niatnya melaksanakan hudud di Kelantan, terdapat kumpulan dalam parti itu yang menentangnya.

"Dalam PAS kita mempunyai dua pandangan. Satu pandangan ialah kita perlu meneruskan kerana kita bertanggungjawab kepada rakyat Kelantan," kata Hanipa dalam forum "Hudud@Malaysia" di auditorium Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di ibu negara, Jumaat malam.

Beliau menjelaskan, kumpulan pertama ini percaya bahawa mereka mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan hudud kerana undang-undang itu telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diberi mandat oleh rakyat negeri itu melalui pilihan raya, sekaligus menafikan bahawa rancangan menguatkuasakannya tidak demokratik.

Kumpulan kedua pula adalah yang berpandangan pelaksanaan hudud perlu ditanguhkan sehingga PAS atau pekatan pembangkang dapat merampas Putrajaya terlebih dahulu, kata Hanipa yang juga Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, seperti yang dilaporkan portal berita sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris.

Hanipa terus terang mengakui beliau berada dalam kumpulan kedua yang merasakan pelaksanaan hukum hudud perlu ditangguhkan‎ sehingga rakyat Malaysia benar-benar bersedia menerima undang-undang Islam tersebut.

Bagaimanapun, menurut Hanipa, itu adalah pendapat peribadinya dan tidak mewakili pendirian PAS.

"Pandapat saya, hudud bukan merupakan keutamaan. Bagaimanapun sebagai pemimpin saya kena mempertahankan agenda politik parti," katanya dipetik sebuah portal berita online.

Hanipa turut menangkis kritikan daripada seorang lagi ahli panel forum berkenaan, Pengarah Eksekutif Islamic Renaissance Front (IRF), Dr Ahmad Farouk Musa, yang mendakwa pelaksanaan hudud di Kelantan bertujuan mendiamkan suara masyarakat Islam dan bukan Islam.

Hanipa yang merupakan seorang peguam, berkata PAS tidak pernah membuat keputusan melaksanakan hudud bagi mendiamkan pendapat rakyat, bahkan parti Islam itu terbuka dalam menerima kritikan daripada rakan Pakatan Rakyat (PR) sendiri.

"Saya tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Dr Farouk, kalau benar PAS bertujuan untuk senyapkan segala pendapat tidak mungkin saya ada di sini.

"Kita juga terbuka dalam menerima semua pendapat termasuk rakan kita DAP.

"Bagi PAS, semua pihak berhak mengemukakan apa yang dirasakan dan kita hormati suara mereka.

"Jadi kami juga berharap anda juga menghormati hasrat PAS dan rakyat Kelantan," katanya.

Selain Hanipa dan Dr Farouk, forum tersebut turut menampilkan peguam, Syahredzan Johan, dan penasihat perundangan 'Save Sarawak River' Abun Sui Anyit daripada Sarawak.

Ia menarik kehadiran kira-kira 200 orang daripada pelbagai kaum dan peringkat umur menyaksikannya.

‎Kerajaan PAS negeri Kelantan sebelum ini dilaporkan mahu membawa rang undang-undang persendirian (hukum hudud) ke Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan undang-undang jenayah syariah di negeri itu.

Hanipa turut menjelaskan, pelaksanaan hukum hudud hanya menyasarkan kepada jenayah berat sahaja.

Namun, katanya yang juga seorang peguam, tahap bukti yang diperlukan adalah sangat teliti dalam menentukan seorang itu bersalah atau tidak.

Ustaz Moden's Weblog

0

Posted by Unknown | Posted on 11:43 PTG | Posted in

sumber :-

Ustaz Moden's Weblog


Paderi malu tak boleh jawab soalan Ahmed Deedat

Posted: 06 May 2014 08:44 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/5DLwpZ4XcP8


The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:42 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Dulu Air Asia juga komplen banyak sangat kaunter Imigresyen

Posted: 06 May 2014 11:30 PM PDT



Keris Putra melaporkan:

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen telah mengeluarkan satu kenyataan berhubung insiden berlaku pada Ahad yang menyaksikan ramai penumpang terkandas di pintu Imigresen Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang pada Ahad disebabkan kekurangan kaunter yang beroperasi.

Malah, perkara tersebut telahpun dimaklumkan kepada semua syarikat penerbangan.

"Kerajaan telah mengarahkan operasi di klia2 bermula pada 2 Mei dan LCCT menghentikan operasinya. Namun AirAsia mengumumkan bahawa syarikat itu hanya akan berpindah pada 9 Mei," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Aloyah Mamat dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen dengan kerjasama beberapa agensi lain telah berbincang dengan syarikat penerbangan bahawa akan berlaku kesesakan sepanjang proses perpindahan itu.

"Kesesakan telah dijangka jika para pegawai dari agensi kerajaan terpaksa mengendalikan dua lapangan terbang serentak. AirAsia telah dimaklumkan mengenainya," katanya.

Aloyah berkata, sejak klia2 dibuka pada 2 Mei, beberapa pegawai Imigresen ditempatkan di LCCT, selain peralatan telah dipindahkan ke sini.

"Sebelum klia2 dibuka, terdapat empat kaunter dan tiga sistem pagar automatik (autogate) untuk pemilik pasport Malaysia, dan 22 kaunter untuk warga asing," katanya.

Aloyah berkata, bilangan kaunter untuk warga Malaysia tidak dikurangkan tetapi hanya kaunter warga asing dikurangkan dari 22 kaunter ke 11 kaunter.

"Secara keseluruhannya, 60% pegawai Imigresen masih berada di LCCT untuk menguruskan penumpang dengan penerbangan AirAsia dan hanya 40% dipindahkan ke klia2.

"Kami berharap apabila semua penerbangan beroperasi dari klia2 pada 9 Mei ini, perkhidmatan kaunter Imigresen akan kembali normal," katanya.

Komen Keris Putera: Air Asia dah mula nak buat alasna bodoh untuk tidak mahu pindah. BAca SINI.

Komen The Unspinners: Malaysia Airport jangan beri LCCT di operasikan. Peduli mereka tak mahu pindah Mei 9hb.

Dalam hal imigresyen, dulu Air Asia juga kutuk Malaysia Airport kerana membazir dan mahu kerajaan kurangkan kaunter imigresyen.

Bukankah jahanam kalau masih melayan cakap keling Air Asia yang depan cakap lain, belakang cakap lain.

Masih PAS memerintah, Amiruddin pi labur duit luar negera hingga lebur

Posted: 06 May 2014 08:25 PM PDT

Sekarang minta peruntukan.

Masa PAS perintah, ADUN BN ditahan langsung peruntukan. Sekarang tak malu minta ....


Penafian CUEPAC serupa mamak tepi jalan bantu tunjuk arah

Posted: 06 May 2014 05:40 PM PDT


Unspinners takjub dan hairan dengan kesegeraan CUEPAC menafikan penglibatan pejawat awam dalam himpunan haram ant GST pada Mei 5hb.

Betullah dia hanya kata tiada laporan, tapi dalam bahasa politik penjawat awam, ini lebih kurang berkata tak berlaku..

Betul ke tak berlaku?



Memetik Flying Kick SINI, muka di atas adalah:
 
... seorang kakitangan di Jabatan Insolvensi di Putrajaya. Dia hadir dalam demonstrasi pada 1 Mei lalu bersama-sama isteri, anak dan bapanya. ...


Lelaki berkopiah dan berbaju biru di dalam gambar ini pula merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Toh Ratna Sakti, Sungai Rambutan, Selama, Perak.

Haiyee ... betul-betul macam mintak mamak tepi jalan tunjuk arah jalan. Cepat saja dia beri arah jalan dengan yakin tapi entah betul entah tidak.

Tak tahu cakap saja tak tahu

Tak sangka Ambiga begitu bodoh tak faham kredibiliti BERSIH dipersoalkan

Posted: 06 May 2014 08:31 AM PDT


Sepatutnya Ambiga bersuara di atas penipuan undi oleh pihak tertinggi PKR tapi nampaknya dia berdiam saja.

Dia ditegur kerana mendiamkan saja salahlaku PKR.



Perkara ini didedahkan berlaku di Sabah oleh bekas calun PKR untuk Batu Sapi, Anseri Abdullah:





Malah ada lagi berlaku di tempat lain:


Sikap Ambiga hanya nak loyar buruk:


Lalu disentap sebagai hipokrit:


Tak sangka Ambiga tak faham isu yang dibangkitkan adalah isu kredibiliti. Rakannya dalam Bersih menuduh kerajaan tai mereka pun nampaknya serupa penipu dan  pengekpoitasi proses pilihanraya seperti tuduhan yang mereka buat.

Rupanya Ambbiga ini tak ada otak tapi macam robot yang ikut programming untuk hanya tahu nak  persalahkan kerajaan dan menuding jari tanpa bukti sahih pada kerajaan tapi bila berlaku pada salah seorang dari mereka, dia menjadi hipokrit.


Sudahlah hipokrit, sungguh tak professional untuk memutarbelit kehakiman mahkamah rayuan yang lebih kepada reasonableness masa.

Kenyataan ini hina mahkamah oleh seorang pengamal dan pegawai mahkamah kan????

Dana 4 GLC untuk Azmin beri RM60-RM80 ribu setiap Cabang?

Posted: 06 May 2014 05:30 AM PDT


Jumlah dana sebanyak RM8juta serta agihan antara RM60 hingga RM80 ribu bagi setiap cabang, dan semua ini hanyalah untuk memastikan jawatan Timbalan Presiden kekal milik Azmin. Jika selama ini PKR sibuk menunding jari ke arah UMNO/BN dan menuduh parti itu mengamalkan politik wang bagi memancing undi, sekarang apa sudah jadi?

Adakah amalan ini sudah mula meresap dalam parti yang kononnya mementingkan ketelusan, keadilan dan mahu bersih dari pengaruh UMNO/BN? Cakap memang senang, tapi bila kerakusan untuk mengekalkan kuasa dah naik kepala, apa saja boleh jadi.

Yang menghairankan adalah dari mana Azmin dapat mengumpul wang sebanyak itu sedangkan dia hanyalah wakil rakyat biasa yang tidak punya empayar perniagaan atau yang seumpamanya. Adakah Azmin mempergunakan kedudukannya dalam 4 buah GLC seperti yang diketahui umum sebagai 'cash cow' untuk orang-orang dibawah jagaannya serta dirinya sendiri?

Mana perginya suara-suara lantang dalam PKR yang selama ini asyik melalak menyelar kerajaan? Tiada siapakah yang berani menyoal Azmin dari mana datangnya dana sebesar ini untuk pembiayai kempen Keadilan Rayanya? Semua senyap macam tikus.

Baca sepenuhnya di Empire Strikes Back SINI 

Kisah terbaru di Lumut, Bagan Serai, KK, Nibung Tebal di Just Read SINI

Bila SOSMA lemah, muncul tuntutan pelik begini

Posted: 06 May 2014 02:30 AM PDT



GST pun tak faham tapi PAS bangkitkan isu lapuk bina masjid cuit judi

Posted: 06 May 2014 02:30 AM PDT



Puak yang sama bengong dengan puak baju merah hari Khamid lepas juga membuat komen tentang duit yang diguna kerajaan untuk bina masjid adalah duit dari duit judi.

Hai isu lapuk ini ada lagi ....


Apa motif PAS cerita masjid negara di bina dari hasil wang judi.. jdi kaum lain bukan Islam dah mula tertawa..

Masjid Negara yang merupakan mercu Kuala Lumpur sejak 50 tahun lalu mula dibina pada tahun 1963 dan siap dibina pada 1965. Ianya dibina di atas tanah seluas 13 ekar yang dahulu menempatkan sebuah gereja iaitu The Venning Road Brethren Gospel Hall. Menurut rekod masjid ini yang telah melalui berbagai ubah-suai sejak ia dibina ketika Almarhum YTM Tunku merupakan PM Malaysia kini boleh meneptakan 15,000 orang jemaah.

Saya sengaja membangkitkan isu Masjid Negara ini kerana sewaktu kecil-kecil dahulu saya masih ingat mendengar orang-orang tua bercerita bahawa masjid ini dibina oleh kerajaan bersekali dengan duit judi iaitu dari Loteri Kebajikan Masyarakat (yang kini telah tiada).

Lalu sempatlah saya menelaah rekod hansard Dewan Rakyat, dan ditakdirkan hari ini saya sempat membaca laporan dewan itu bertarikh 7 Disember 1959 iaitu Mesyuarat Pertama Penggal Pertama Parlimen Pertama 1959-64.

Menurut laporan pada persidangan berkenaan Kerajaan Persekutuan yang di ketuai Almarhum YTM Tunku Abd Rahman, Perdana Menteri Malaya pertama telah memohon untuk membelanjakan RM2juta dari wang kerajaan bagi menampung sebahagian perbelanjaan membina dan menyiapkan Masjid Negara. Adapun bakinya akan disumbang dari hasil lain. Dan disinilah isu penggunaan wang hasil judi iaitu wang dari Loteri Kebajikan Masyarakat iaitu loteri yang dikendalikan oleh kerajaan Persekutuan ketika itu dibincangkan.

Bayangkan pembinaan masjid bertaraf masjid Negara, mahu ditampung dengan wang judi! Ramai yang mungkin tidak tahu perkara ini kecuali yang berumur 70 ke 80an hari ini. Mereka yang lain mungkin tidak maklum atau tidak tahu menahu langsung.

Perkara ini dibangkitkan oleh PAS ketika itu dikenali sebagai Persatuan Islam Se Tanah Melayu dalam perbahasan di Dewan Rakyat. YB wakil Bachok iaitu Almarhum Prof Zulkiflee Muhammad yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Agung PAS (ataupun Timbalan Presiden sekarang) telah bangkit dan menyatakan (sebagaimana terkandung dalam Hansard):


Gunting dalam lipatan di Harian Metro persenda institusi polis

Posted: 06 May 2014 12:30 AM PDT


Pasti ini hanya suatu yang jarang berlaku.

Namun, gambar ini boleh memberi gambaran salah seolah-olah anggota Polis kita sudah lemah dan lembik. Ada boleh beranggapan ketahanan anggota sekarang kurang dan dikatakan ianya mencerminkan kelemahan disiplin dan lain-lain andaian.

Padahal ianya hanya masaalah kesihatan anggota tersebut dan tidak langsung memberi makna apa pun. Maka apa motif pihak Harian Metro perlu siarkan gambar ini?

Nak dapat simpati? Atau nak tunjuk hebat?

Campur tolak, buruknya melebihi baik. Kenapa Editor tak oleh fikir? Ini bukan akhbar pembangkang tapi akhbar pro kerajaan. Atau gunting dalam lipatan?


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:41 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


500 masyarakat Cina Temerloh sertai demonstrasi aman protes hudud?

Posted: 06 May 2014 10:11 AM PDT

LAI Thin Watt (lima dari kanan) dan Wong Tat Chee (enam dari kanan) bersama sebahagian daripada masyarakat Cina yang menyertai demonstrasi aman bagi membantah hudud Pas di Temerloh, Pahang, semalam.

TEMERLOH - Sebanyak 500 anggota masyarakat Cina daerah ini menyertai demonstrasi aman bagi menolak pelaksanaan hukum hudud oleh Kerajaan Pas Kelantan yang dijadual dibentang di Parlimen tidak lama lagi.

Demonstrasi aman itu diketuai oleh Pengerusi Gabungan Persatuan Cina Temerloh, Datuk Lai Thin Watt dan Ketua MCA Bahagian Temerloh, Datuk Wong Tat Chee.

Demonstrasi itu bermula kira-kira pukul 11.15 pagi apabila para peserta yang membawa sepanduk bertulis Say No to Pas Hudud ber­arak ke Pusat Komuniti Parlimen Temerloh sambil melaungkan 'Tolak Hudud Pas'.

Bagaimanapun para peserta yang tiba di Pusat Komuniti Parlimen Temerloh 20 minit kemudian gagal menyerahkan memorandum bantahan kepada Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan kerana pejabat berkenaan ditutup.

Thin Watt berkata, lebih 30 persatuan Cina di daerah ini sepakat mengadakan bantahan aman bagi menyuarakan rasa tidak puas hati dengan pelaksanaan hukum hudud.

Katanya, masyarakat Cina di daerah ini juga tidak berpuas hati apabila Ahli Parlimen Temerloh daripada Pas itu gagal mendengar luahan hati masyarakat Cina yang menolak pelaksanaan hukum hudud parti tersebut.

"Kita maklum bahawa kemena­ngan Nasruddin dalam pilihan raya umum lalu adalah hasil sokongan padu masyarakat Cina di daerah ini yang mahukan perubahan dan pembelaan.

"Sebab itu kita minta beliau mendengar luahan kita dan tidak menyokong pelaksanaan hukum ini di Malaysia," katanya di sini hari ini.

Katanya, perhimpunan yang kebanyakannya disertai ahli persatuan Cina itu tidak sesekali bertujuan menolak agama Islam yang menjadi agama rasmi di negara ini sebaliknya hanya untuk menolak hukum hudud yang dibawa Pas.

"MCA Bahagian Temerloh bersama gabungan Persatuan Cina Temerloh berpegang kuat dengan falsafah saling hormat menghormati antara satu sama lain dan menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas.

"Kami tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam negara kita. Kami amat bimbang hukum hudud yang dicadangkan Pas akan menim­bulkan syak wasangka dan salah faham antara kaum," katanya.

Suara Politik
Belantan

Memalukan...!!! Pemilihan PKR seluruh negara kecoh?

Posted: 06 May 2014 12:53 AM PDT

Pemilihan Ketua Cabang PKR bagi Daerah Nibong Tebal, Pulau Pinang semalam kecoh selepas keputusan undian dibatalkan akibat undian melebihi sebanyak 167 undi.

Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula.

Di Pulau Pinang, pemilihan di Cabang Nibong Tebal diisytiharkan tidak sah dan batal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam perlumbaan tiga penjuru untuk merebut jawatan Pengerusi negeri.

Walaupun bilangan pengundi berdaftar untuk mengundi hari ini adalah 672, Jawatankuasa Pemilihan terkejut apabila mendapati sejumlah 838 kertas undi dikumpul pada akhir proses pengundian yang berlangsung di Dewan JKKK Simpang Tiga tersebut.

Difahamkan, pengundian semula akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak di luar Nibong Tebal.

PKR Cabang Nibong Tebal mem­­punyai seramai 3,692 ahli berdaftar.

Dalam pada itu, proses pengun­dian di Balik Pulau yang pada awalnya kelihatan tenang bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi telah menimbulkan rasa tidak puas hati para penyokong.

"Tindakan seorang calon memasuki kawasan pengundian menyebabkan berlaku satu pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.

"Insiden-insiden yang berlaku semasa pemilihan PKR ini sa­ngat memalukan terutama kepada kepemimpinan PKR yang sebelum ini tanpa malu mempersoalkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," seperti dipetik daripada blog Dr. MiM.

Menurut blog itu lagi, apa yang berlaku boleh disifatkan sungguh memalukan dan sudah pasti membuka mata rakyat tentang wayang kulit dan ketidakmampuan PKR untuk menguruskan pemilihan parti sendiri sama seperti DAP.

Sementara itu, di Sabah, tiada persediaan rapi menyebabkan sesi mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom yang berlangsung di sebuah hotel bertukar kecoh.

Sekretariat pemilihan PKR pe­ringkat negeri turut dipersalahkan kerana gagal menyediakan kertas undian yang mencukupi sehingga menyebabkan tercetusnya kejadian kekecohan dalam pemilihan itu.

Kekurangan kertas undian itu menjadi punca mesyuarat dan pemilihan PKR Cabang Tenom berlangsung dalam suasana tegang, sekali gus memaksa proses pemilihan ditangguhkan.

Ratusan perwakilan meluahkan rasa marah dan menyalahkan pihak sekretariat negeri kerana kumpulan perwakilan tersebut gagal melaksanakan hak mereka untuk mela­kukan undian apabila hanya 300 kertas undian diedarkan.

Keadaan tidak terkawal yang berlaku itu menyebabkan Pengarah Jawatankuasa Pemilihan PKR Cabang Tenom, Nazri Udoi memutuskan mesyuarat dan pemilihan dibatalkan, selain mendakwa pihak terbabit tersalah mengira bilangan perwakilan di kawasan tersebut.

"Kami hanya menerima 300 kertas undian sedangkan jumlah perwakilan di cabang ini adalah 2,000 orang. Semua kertas undi tersebut dimusnahkan di hadapan perwakilan yang bersaing untuk mengisi pelbagai kedudukan dan jawatan bagi Ahli Jawatankuasa Cabang Tenom," kata­nya.

Dalam pada itu, proses awal pemilihan yang berlangsung di Cabang Sepanggar, turut berlaku sedikit kekecohan apabila dewan yang menjadi pusat pemilihan tidak diuruskan dengan baik ekoran tiada penunjuk arah kepada perwakilan untuk membuat undian.

Ketiadaan petugas pemilihan PKR mengawal kemasukan perwakilan di pintu masuk menyebabkan orang ramai menyerbu dan memaksa petugas Rela berada dalam dewan bagi mengawal situasi.

Di Perak, calon bertanding bagi jawatan Ketua Cabang Lumut meluahkan rasa tidak puas hati dengan perjalanan proses pengundian.

Laksamana Pertama (B), Muhammad Imran Abdul Hamid yang juga Ahli Parlimen Lumut mendakwa, proses tersebut berjalan tidak teratur apabila para pengundi tidak diberikan Buku Panduan Pengundian Pemilihan Parti 2014 sebagai rujukan semasa mengundi.

Situasi sama berlaku di Kedah apabila calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Sungai Petani, S. Arvind Kumar mendesak proses pengundian dilakukan semula kerana tidak berpuas hati berikutan namanya tidak disenaraikan sebagai calon sehingga memberi kemenangan percuma kepada seorang lagi calon, Simon Ooi.

Suara Politik
Belantan