Followers

Nuffnang

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:52 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Al-Fatihah - Datuk Aziz Sattar meninggal dunia!

Posted: 05 May 2014 01:08 PM PDT

Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Kajang : Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi.

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini.

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an.

Sedikit tentang Allahyarham Datuk Aziz Satar:

Datuk Abdul Azez bin Sattar atau lebih dikenal sebagai Aziz Sattar (lahir di Pekalongan, 8 Agustus 1925; umur 88 tahun) merupakan salah seorang seniman serba bisa Malaysia. Ia berkecimpung di bidang seni sebagai aktor, sutradara, pelawak, dan penulis skenario sepanjang kariernya. Ia mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura. Kisah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia tiga tahun, ketika ia mengikuti ayahnya Sattar Sawal dan ibunya Satimah Jalal hijrah ke Singapura. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang, di situlah ia mempunyai dua kawan akrab yang turut menjadi aktor terkenal - Salleh Kamil dan Shariff Dol. Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sampai kelas lima. Ia tidak dapat meneruskan pendidikannya akibat pendudukan Jepang di Malaysia. Pada umur 10 tahun, ia yang merupakan pelawak alamiah mulai menyanyi dan menari dalam perhelatan nikah dan kenduri-kenduri di kampung. Dalam usia awal 20-an, ia menjadi pengemudi truk dengan gaji sebanyak RM150. Pada tahun 1950, ia menjadi anggota Pancaragam Suara Hiburan Keroncong, dan pada bulan September 1951 bekerja di Studio Jalan Ampas, Singapura. Kehidupan Aziz mulai berubah pada tahun 1952 saat diajak dua teman sekampungnya bekerja di studio Malay Film Productions. Pada awalnya, ia sekedar bekerja sebagai penyulih suara. Namun, ia terkejut karena gajinya ketika itu jauh lebih rendah dibandingkan pekerjaannya sebagai sopir truk, hanya RM70 sebulan. Pada tahun 1953, dia dipercaya bermain sebagai tokoh tambahan dalam film Putus Harapan. Ia juga salah satu anggota Kelompok Panca Sitara.

Salam takziah buat keluarga allahyarham. Al-Fatihah...

Suara Politik
Belantan

Kandungan hudud di Brunei Darussalam?

Posted: 05 May 2014 12:04 PM PDT


Hukum Hudud telah pun dilaksanakan di Brunei. Berikut ialah kandungan hudud yang dijalankan di Brunei pada ketika ini. Sila rujuk Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah 2013.

LELAKI BERLAGAK MENYERUPAI PEREMPUAN ATAU SEBALIKNYA 198

(1) Mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam tanpa alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 bulan atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana lelaki yg memakai pakaian perempuan dan berlagak menyerupai perempuan atau mana-mana perempuan yang memakai pakaian lelaki dan berlagak menyerupai lelaki di mana-mana tempat awam untuk tujuan yang tidak bermoral adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

TIDAK MEMBAYAR ZAKAT ATAU FITRAH 236

(1) Mana-mana orang Islam yang telah ditaksirkan dengan sah sebagai wajib untuk membayar zakat atau fitrah di bawah Akta Majlis Ugama Islam dan Mahkamah-Mahkamah Kadi (Penggal 77) dan gagal untuk memperolehi secara rayuan atau selainnya, pembatalan atau pengubahsuaian bagi penaksiran demikian, dengan sengaja gagal untuk membayar zakat atau fitrah tersebut adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $8,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya sekali.

KHALWAT 196

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan khalwat adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan khalwat dengan orang Islam adalah melakukan kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(3) Dalam bab ini, KHALWAT bermakna

(a) bersekediaman, bersekedudukan, berkurung; atau

(b) Mengasingkan diri dalam keadaan berhampiran yang mendatangkan syak bahawa mereka sedang melakukan perbuatan maksiat.

TIDAK MENUNAIKAN SEMBAHYANG JUMAAT 194

Mana-mana lelaki mukallaf yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dengan tiada uzur syarie atau tiada alasan-alasan yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $200 bagi kesalahan pertama, dikenakan suatu denda tidak melebihi $300 bagi kesalahan kedua, dan dikenakan suatu denda tidak melebihi $1,000 bagi kesalahan ketiga atau berikutnya.

TIDAK MENGHORMATI BULAN RAMADAN 195

(1) Mana-mana orang yang memakan atau meminum atau menghisap apa jua tembakau di tempat awam semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

(2) Mana-mana orang yang menjual atau menghidang apa jua makanan atau tembakau untuk dimakan,diminum atau dihisap dengan serta-merta di tempat itu juga, di tempat awam, semasa waktu berpuasa dalam bulan Ramadan adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan suatu denda tidak melebihi $4,000, dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua- duanya sekali.

(3) Ceraian (2) hendaklah tidak dikenakan kepada mana-mana pengamal perubatan atau mana-mana orang lain yang menghidang apa jua makanan, minuman atau ubat kepada mana-mana pesakit semasa waktu-waktu berpuasa dalam bulan Ramadan yang tanpanya pesakit itu terjejas.

(4) Jika mana-mana orang yang gagal mematuhi ceraian (2) dalam kedudukannya sebagai pekerja kepada orang lain, majikannya hendaklah dianggap telah bersubahat melakukan kesalahan tersebut dan telah menyebabkan kesalahan itu dilakukan oleh sebab subahat itu melainkan dia dapat membuktikan bahawa kesalahan tersebut telah dilakukan tanpa kebenaran, kuasa, pengetahuan atau keizinannya dan dia telah mengambil langkah-langkah yang munasabah untuk mencegah daripada perbuatan itu dilakukan.

HUKUMAN ZINA 69

(1) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dikenakan hukuman hadd seperti berikut -

(a) jika dia muhshan, direjam sehingga mati dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam; atau

(b) jika dia ghairu muhshan, disebat 100 sebatan dengan disaksikan oleh sekumpulan orang Islam dan dihukum penjara selama tempoh satu tahun.

(2) Mana-mana orang Islam yang melakukan zina dan dibuktikan dengan keterangan selain yang diperuntukan di bawah ceraian (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan :-

(a) jika dia muhshan, disebat tidak melebihi 30 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 7 tahun; atau

(b) jika dia ghairu muhshan, disebat tidak melebihi 15 sebatan dan dihukum penjara selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

(3) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seorang Islam dan dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan di bawah ceraian (1).

(4) Mana-mana orang bukan Islam yang melakukan zina dengan seseorang Islam dan dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah ceraian (3) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan, dihukum dengan hukuman yang sama sebagaimana yang diperuntukan dibawah ceraian (2).

HUKUMAN ZINA JIKA PESALAH BUKAN MUKALLAF ATAU BELUM MENCAPAI UMUR

BALIGH. (70). Jika mana-mana orang yang bukan mukallaf atau belum mencapai umur baligh melakukan zina dan-

(a) dibuktikan sama ada dengan ikrar tertuduh, atau dengan syahadah sekurang-kurangnya empat orang syahid menurut Hukum Syara setelah mahkamah berpuas hati dengan mengambil kira kehendak-kehendak tazkiyah al syuhud, adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 30 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun; atau

(b) dibuktikan dengan keterangan selain daripada yang diperuntukan di bawah perenggan (a) adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah jika sabit kesalahan dihukum sebat tidak melebihi 15 sebatan dan ditahan di mana-mana pusat pemulihan yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selama suatu tempoh tidak melebihi 3 tahun.

Nilai minimum barang curi untuk kena hukum hudud ialah 1 dinar (4.25g emas)

(A) Jika didapati bersalah (dengan cara pengakuan sendiri atau saksi-saksi yang sah) maka :

* Kesalahan pertama potong tangan kanan hingga pergelangan tangan.

* Kesalahan kedua potong kaki kiri hingga lutut.

* Kesalahan ketiga dan seterusnya - penjara tidak lebih 15 tahun.

Kalau bersalah bukan cara di atas (A) : kena penjara dan denda.

* Sumber : Perintah Kanun Hukuman Jenayah Syariah Brunei 2013.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


@Teresakok Mengaku Tidak Bersalah Terbit Video ONEderful Malaysia

Posted: 05 May 2014 07:44 PM PDT

RM0.UM.06/05: TERESA Kok mengaku tidak bersalah atas tuduhan menerbitkan satu klip video menghasut,ONEderful Malaysia CNY 2014 di Mahkamah Sesyen hari ini


Sent from my iPhone

Bekas Naib Pengerusi DAP : kerana Hudud - DAP dijangka tinggalkan PR

Posted: 05 May 2014 07:33 PM PDT

Check out this video on YouTube:

http://youtu.be/sXUMlVJ7UR0


Sent from my iPhone

Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar (Do Re Mi) Meninggal Dunia Jam 2 Pagi Tadi - الفاتحة

Posted: 05 May 2014 04:01 PM PDT

Kenyataan Media Jabatan @Imigresenmy Malaysia - Isu Kesesakan di LCCT

Posted: 05 May 2014 05:54 AM PDT

Video : Lagi CINA Cuba Malukan Polis @PDRMsia Rakam Curi Selepas Disaman Lakukan Kesalahan

Posted: 05 May 2014 03:56 AM PDT


Kejadian CINA cuba rakam video polis trafik semakin banyak ditemui. Kita harap rakan CINA yang baik-baik jangan tiru perangai ini. Kasi hormat sama anggota dan jangan hina mereka dengan beri wang yang haram dimakan oleh orang Islam dan juga dikira rasuha oleh penjawat awam.

Saksikan video ini dan kita perlu ada akta hukuman berat kepada sesiapa yang merakam curi untuk memalukan penjawat awam yang menjalankan amanah yang diberikan





https://www.facebook.com/photo.php?v=566566773457154&set=vb.279180472195787&type=2&theater

PM @NajibRazak Ziarah Jenazah Bekas Adun Hulu Bernam - Al Fatihah

Posted: 05 May 2014 02:07 AM PDT



 

HULU SELANGOR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menziarah jenazah bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Hulu Bernam Datuk Mohammed Idris Abu Bakar di kediamannya di Kalumpang, dekat sini.

Najib tiba di kediaman Allahyarham pada 12.40 tengah hari dan meluangkan masa kira-kira 20 minit.

Antara yang turut menziarahi jenazah ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri DrAhmad Zahid Hamidi, Timbalan Menteri Pendidikan II, P.Kamalanathan, Wakil Khas Malaysia ke Amerika Syarikat Datuk Seri Jamaluddin Jarjis dan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Menurut adik ipar allahyarham, Mohd Nizar Mohd Nazir, Mohammed Idris menghembuskan nafas terakhir kita-kira 2 pagi tadi di Hospital Pakar KPJ Damansara di Petaling Jaya akibat pelbagai komplikasi penyakit termasuk barah urus.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, Norliah Mohd Nazir, 58, dan lima orang anak terdiri daripada dua lelaki dan tiga perempuan.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kalumpang selepas solat Zohor.

Selain pernah berkhidmat sebagai Adun, Allahyarham Mohamed Idris juga merupakan Ketua Umno Bahagian Hulu Selangor bagi tempoh 1998 hingga 2013 dan pernah menjadi Ketua Pemuda Selangor sejak 1990 hingga 1993.

Najib ketika ditemui pemberita, menyifatkan Allahyarham sebagai seorang yang sangat merendah diri dan peramah.

"Allahyarham juga seorang anggota parti yang setia," katanya.

Sementara itu, Zahid pula berkata Allahyarham semasa hayatnya amat disukai dan disegani oleh kawan-kawan, malah musuh politik juga menyenangi sikap dan sifatnya yang ramah.

Bagi Kamalanathan, yang juga anggota Parlimen Hulu Selangor, Allahyarham merupakan individu yang banyak memberi sokongan dalam kerjaya politiknya termasuklah ketika bertanding dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor pada 2010.

Dalam keadaan sebak menahan air mata, Kamalanathan berkata :"Saya hari ini…kerana didikan beliau. Saya akan ikut kepimpinannya". – BERNAMA
 

Gambar #Selfie PM @NajibRazak bersama @BarackObama dalam Kereta The Beast

Posted: 04 May 2014 11:38 PM PDT





Gambar selfie Najib Tun Razak dan Barack Obama dalam The Beast.

KUALA LUMPUR 3 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi 31 keping gambar koleksi peribadi beliau bersama Barack Obama bersempena kunjungan Presiden Amerika Syarikat itu ke negara ini pada 26 April lalu.

Gambar-gambar menarik berkenaan telah dimuat naik ke laman sosial Facebook milik beliau, hari ini.

Antara gambar yang menarik perhatian ketika lawatan singkat Obama ialah gambar 'selfie' dalam kenderaan rasmi Presiden Amerika Syarikat, The Beast yang sekali gus menggambarkan kemesraan antara kedua-dua pemimpin tersebut.

Perdana Menteri turut memberi komen beserta gambar-gambar dalam entri beliau dengan menyatakan April 2014 menjadi peristiwa penting dalam sejarah Malaysia dengan kunjungan tiga hari Obama itu, menjadikan beliau Presiden Amerika Syarikat kedua berbuat demikian selepas lawatan Presiden Lyndon, B. Johnson pada 1966.

"Kita sangat berbesar hati menerima kunjungan beliau dan kedua-dua negara telah bersetuju untuk menaik taraf hubungan dua hala dengan perkongsian yang menyeluruh.

"Saya juga menyertai Presiden Obama di dalam kereta Presiden terkenal yang dikenali sebagai The Beast," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140504/dn_06/Najib-kongsi-gambar-bersama-Obama#ixzz30onPzexU
© Utusan Melayu (M) Bhd

#Selfie Atas Motor - Kelakar dan Bahaya @Youtube

Posted: 04 May 2014 11:20 PM PDT



Tindakan seorang pemuda 'selfie' atas motor dalam perjalanan melalui lebuh raya adalah tindakan yang kelakar namun berbahaya. Beliau dipercayai menuju Seremban. Diharap tidak ada penunggang motorsikal lain meniru jejak langkah beliau kerana ia berbahaya kepada diri dan pemandu yang lain.

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


Najib Tolong Sound Sikit MCA & GERAKAN...

Posted: 05 May 2014 10:00 PM PDT


Saranan aku pada MCA dan GERAKAN, tak usah nak tunjuk hero pada bangsa cina, kamu MCA dan GERAKAN sudah jadi paria di mata orang cina, lebih baik duduk diam-diam...

Aku harap najib boleh sound sikit kedua parti komponen bn tu supaya jangan bagi komen-komen yang merapu pasal hudud...

Ingat umat Islam di malaysia baru nak bersatu, jangan dengan komen-komen merapu yang keluar dari mulut pemimpin MCA dan GERAKAN, hukum hudud sekali lagi tak jadi dan sekali lagi umat Islam di malaysia berpecah belah...

Jadi aku merayu pada najib, tolong sound sikit MCA dan GERAKAN dari buat komen bodoh dan merapu pasal hudud...

Perjelas Hudud, PAS Akan Calonkan Mat Sabu Di Bukit Gelugor...

Posted: 05 May 2014 07:00 PM PDT


PAS berkemungkinan akan meletakan timbalan presidennya di kerusi parlimen bukit gelugor pada pilihanraya kecil parlimen itu nanti...

Bagi pas, mat sabu mampu menerangkan isu hudud dan kaedah pelaksanaannya kepada orang bukan Islam, pas memerlukan sokongan orang bukan Islam terutama dalam parti dap dan pkr untuk melaksanakan hukum Allah itu di negeri kelantan tidak lama lagi...

Pak Aziz Satar Meninggal Dunia...

Posted: 05 May 2014 12:31 PM PDT


Kajang: Pelakon veteran, Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang, di sini, kira-kira jam 2 pagi tadi. 

Anak perempuannya, Sandakiah memberitahu, Aziz menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu. 

"Ayah dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung. 

Kami sekeluarga sedang menguruskan jenazah yang akan dibawa pulang ke rumah di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, sebaik dibenarkan pihak hospital," katanya ketika dihubungi BH Online sebentar tadi. 

Sandakiah berkata, pihaknya juga sedang menguruskan pengebumian ayahnya yang dijangka dilakukan pagi ini. 

Gandingan Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai trio Bujang Lapuk menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. Berita Harian Online

Gaya Peneroka

0

Posted by Unknown | Posted on 11:34 PTG | Posted in

sumber :-

Gaya Peneroka


SOALAN ISU HUDUD DI KELANTAN

Posted: 05 May 2014 09:41 AM PDT

SOALAN ANDA WAHAI AHLI PAS SEKITAR HUDUD….

1. ANDA BERTANYA, KENAPA PAS CENDERUNG UNTUK MEMPERCAYAI UMNO DALAM ISU HUDUD?

Saya menjawab, ini bukan soal percaya atau tidak. Soalnya, UMNO telah membuka sedikit ruang untuk hudud dilaksanakan. Kita sering katakan bahawa, pihak yang menjadi penghalang kepada undang-undang hudud selama ini ialah UMNO. Justeru, kita berhenti di titik terakhir yang dapat dapat kita sampai. Di titik inilah kita tersadai selama 21 tahun. Hari ini, apabila penghalang itu dikatakan akan dibuka, adakah di titik itu juga kita mahu berhenti? Justeru, Kelantan perlu bergerak ke depan untuk pelaksanaan undang-undang ini.



2. TIDAKKAH SELAMA INI UMNO MENZALIMI KITA? KENAPA TIBA-TIBA PAS MAHU PERCAYA?

Jika dikira isu menzalimi, terlalu banyak kezaliman UMNO kepada PAS Kelantan selama ini. Adakah apabila satu ruang mahu dibuka, maka kita lepaskan ruang tersebut kerana ruang lain masih ditutup. Langkah terbaik ialah mengambil kesempatan daripada ruang yang dibuka dan berusahalah untuk membuka ruang yang lain.

Bukankah kita membaca firman Allah SWT di dalam al-Quran :

وَإِنْ جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَىاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُالْعَلِيمُ

Yang bermaksud : Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (Surah At-Taubah, ayat 61)

Tidakkah ayat ini jelas ditujukan kepada orang-orang kafir yang menjadi musuh Rasulullah SAW? Dengan orang-orang yang tidak beriman sekalipun apabila mereka cenderung kepada pendamaian, hendaklah Rasulullah SAW juga cenderung kepada pendamaian tersebut.

UMNO bukannya kafir. Mereka saudara Islam kita yang tersilap memilih jalan. Bahkan merekalah mad'u kita. Apabila ada sedikit kecenderungan yang ditunjukkan untuk mereka menerima hudud yang menjadi kewajipan kepada kita dan mereka, tiada alasan untuk pejuang-pejuang Islam pula mengenepikan peluang ini.

3. APA JAMINAN BAHAWA UMNO TIDAK AKAN MENIPU KITA?

Bukankah di hujung ayat di atas dinyatakan bahawa pejuang-pejuang Islam bertawakkal kepada Allah SWT? Bukankah tatkala kita menyerahkan diri kita untuk urusan perjuangan, telah kita gantungkan tawakkal kita kepada Allah SWT. Kurang percayakah kita dengan kehebatan tawakkal?

4. TETAPI TIDAKKAH BERTAWAKKAL KEPADA ALLAH SWT DALAM KEADAAN JELAS UMNO SEDANG BERUSAHA MENIPU KITA, ITU NAMANYA TAWAKKAL YANG BODOH?


Mari saya bacakan kepada anda ayat berikutnya,

وَإِنْ يُرِيدُوا أَنْ يَخْدَعُوكَ فَإِنَّحَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِيأَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Yang bermaksud : Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman. (Surah At-Taubah, ayat 62)

Justeru, jika UMNO bertujuan mahu menipu kita, maka sedarlah bahawa Allah SWT sedang menjadi pelindung kita jika ikhlas kepadanya. Yakinlah bahawa Allah SWT pasti menyelamatkan bahtera perjuangan ini kerana di dalamnya terkandung perlembagaan PAS yang meletakkan AL-Quran dan Al-Sunnah sebagai rujukan utama.

Tatkala PAS ditipu UMNO pada tahun 1978, bukankah selepas itu lahirnya Kepimpinan Ulama pada tahun 1982 yang menjadi mutiara cerah memimpin PAS meniti kegelapan politik?

5. TIDAKKAH APABILA UMNO MENOLAK HUDUD DI TERENGGANU, ITU ERTINYA MEREKA AKAN MENOLAK HUDUD YANG AKAN DICADANGKAN OLEH PAS?

Hudud bukan menjadi agenda UMNO. Penolakan usul hudud di Terengganu membuktikan UMNO tidak bersedia untuk menjadi juara dalam isu ini. Inilah sebesar-besar bukti bahawa UMNO ialah parti nasionalis yang tidak pernah meletakkan Islam sebagai agenda utama.

Justeru, apabila UMNO menolak hudud di Terengganu, sewajarnya lebih mendorong PAS untuk membawa usul meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 ke Parlimen. Jika ia ditolak oleh UMNO, ia menjadi satu lagi bukti yang besar di mata rakyat bahawa UMNO hanya bermain politik dalam isu ini. PAS TIDAK RUGI APA-APA APABILA MEMBAWA USUL INI KE PARLIMEN.


6. TIDAKKAH USUL INI AKAN MENJEJASKAN PAKATAN RAKYAT?

PAS tidak pernah berjanji untuk menggugurkan perjuangannya mendaulatkan syariat Allah SWT. DAP dan PKR bergabung bersama-sama dengan PAS dalam Pakatan Rakyat dalam keadaan mereka menyedari bahawa inilah perjuangan PAS. Mereka mempunyai hak untuk mengundi menolak usul ini dan PAS juga wajib menyedari bahawa kebersamaan dalam Pakatan Rakyat ialah dengan wujudnya bersama perbezaan ini.

Perbezaan tidak menghalang untuk kita bersama. Suami isteri yang berkahwin begitu lama pun tidak sepakat dalam semua perkara.

7. JUSTERU, KENAPA PAS TIDAK TINGGALKAN DAP DAN BERGABUNG DENGAN UMNO?

Isunya ialah, tidak ada mana-mana parti tunggal mewakili mana-mana kelompok bangsa dan agama di Malaysia boleh memerintah. Samada PAS atau UMNO perlu bergabung dengan mana-mana parti lain yang mewakili kelompok bangsa berlainan untuk muncul sebagai pemerintah. Dalam konteks non Muslim, DAP dilihat parti terbaik dengan disiplin dan akauntabiliti yang mereka miliki untuk menjadi rakan politik.

Jadi isunya ialah bukan UMNO lebih baik dari DAP. Isunya ialah DAP lebih baik dari MCA dan MIC. Dalam konteks parti yang mewakili umat Islam, PAS wajib dilihat LEBIH BAIK dari UMNO. Manakala untuk golongan non Muslim, DAP lebih baik dari MCA dan MIC.

Menyatakan bahawa UMNO lebih baik dari DAP seolah-olah menggambarkan UMNO sebagai parti yang mewakili non Muslim.

8. BERBALIK KEPADA ISU USUL HUDUD, TIDAKKAH INI MENGGAMBARKAN PAS MULA BERBAIK-BAIK DENGAN UMNO?

Tidak timbul isu berbaik dengan UMNO. Hari ini UMNO merupakan pemerintah di Pusat dan tulang belakang kepada kerajaan Persekutuan. Hak untuk membenarkan undang-undang ini berkuatkuasa di Kelantan dipegang oleh UMNO. Konteks perjumpaan antara pemimpin kerajaan negeri Kelantan dengan pemimpin Pusat ialah perjumpaan kerajaan dengan kerajaan dan bukannya parti dengan parti.

UMNO selaku parti politik tetap merupakan lawan PAS sebelum ini dan juga selepas ini.



9. TIDAKKAH WAJAR PEMIMPIN KERAJAAN NEGERI KELANTAN BERHATI-HATI DENGAN MUSLIHAT UMNO?

Ya, wajib berhati-hati. Islam mengajar agar kita sentiasa bersikap waspada dan tidak membenarkan tangan digigit ular yang sama sebanyak dua kali. Namun sikap hati-hati itu tidak menutup pintu dakwah untuk kebaikan ummah.

Bagi pihak Pemuda PAS Kelantan, kita sentiasa mengingatkan semua pihak di dalam PAS sentiasa bersikap waspada dengan tipu muslihat UMNO dalam isu ini. Pintu yang dibuka wajib dilangkah masuk, namun jangan lepas parang di tangan bimbang penyamun bersembunyi di sebalik daun pintu.

- Ahmad Fadhli bin Shaari, Ketua Pemuda PAS Kelantan (5 Rajab 1435H)

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:30 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


MCA hanya tolak hudud, bukan tolak Islam?

Posted: 05 May 2014 12:54 PM PDT


MCA hari ini menegaskan parti itu hanya menolak hukum hudud yang dicadangkan oleh Pas dan bukannya bermaksud menolak agama Islam. Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, parti itu tidak mahu melihat wujudnya dua sistem perundangan yang berlainan dalam satu negara.

"Pendirian MCA untuk menolak hudud bukanlah menolak agama Islam, kami akan mempertahankan keharmonian antara kaum-kaum sedia ada.

"Kami akan menegakkan semangat kesederhanaan dan sekular dalam pentadbiran negara yang mana kaum bukan Islam mempunyai kebebasan dalam kepercayaan," katanya ketika berucap semasa pelancaran Program 'Teguh Bersama' MCA, di sini hari ini.

Sementara itu, Liow ketika ditemui pemberita selepas pelancaran itu berkata, MCA mempunyai ramai pakar perundangan bagi mem­pertahankan pendirian parti untuk menolak hukum hudud.

Gerakan lancar 'Save Malaysia, No Hudud'!

Parti Gerakan hari ini melancarkan laman Facebook 'Save Malaysia, No Hudud' bagi terus menyatakan pendirian untuk menolak pelaksanaan hudud di negara ini.

Setiausaha Agungnya, Liang Teck Meng berkata, laman Facebook itu akan menjadi saluran bagi me­nyam­paikan maklumat dan pan­dangan mengenai hudud, selain platform perbincangan bersama orang ramai ber­hubung perkara itu.

"Ia (laman Facebook) akan menjadi platform terbaik bagi kita berinteraksi dengan orang ramai selain menyampaikan pandangan mengenai hudud," katanya kepada pemberita selepas melancarkan laman Facebook itu di Menara PGRM, di sini hari ini.

Liang berkata, Gerakan menghormati agama Islam, namun undang-undang Islam itu tidak sesuai dilaksanakan di negara ini yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan budaya.

"Saya ingin menegaskan pendirian kami bahawa tidak se­mestinya antihudud itu anti-Islam...Cuma hudud ti­dak sesuai dilaksanakan di negara ini," katanya.

Wasabi Oyabun..

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:26 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Adakah FB Rejimen Anarkis yang maki Sultan Johor sama geng grup anarkis?

Posted: 05 May 2014 10:00 PM PDT


Kalau betullah, nampaknya bukan saja Unit Amal nak cari mereka, tetapi PRDRM dan SKMM pun sama?

Baca balik Unspinners SINI dan SINI, rupanya kumpulan yang menjadikan keadaan tidak aman di Himpunan 501 adalah kumpulan berikut yang dipercayai Rejimen Anarkis adalah sebahagian dari mereka. 

KeKL menyiarkan video kumpulan ini yang memaki dan hamun raja-raja Melayu, berikut:


Inilah kumpulan yang bertembung dengan Unit AMal PAS. Mereka menuduh Unit Amal melakukan kekerasan dan menyiarkan dua gambar ahli Unit Amal PAS seperti dilaporkan The Flying Kick SINI, berikut:




Langsung pendedahan ini mendedahkan kumpulan ini berkaitan dengan kumpulan FB Rejimen Anarkis yang didedahkan berikut di blog Selangor Chronicles, berikut:


Identitinya boleh diperolehi di SINI.


Inikah orangnya?

Seperti ditanya Selangor Chronicles, "Adakah kali ini, Unit Kemahiran Cyber PDRM, Pusat TindakBalas Siasatan Cyber PDRM dan SKMM akan berjaya mengesan, seterusnya menangkap dan mendakwa seorang lagi REJIMEN ANARKI?"

Hukumnya jelas ...

Ingat balik kisah AL-MAUNAH pada tahu 2000 yang menggemparkan negara :





Tiga telah dihukum mati dan selebihnya dipenjara seumur hidup kerana didapati bersalah menentang YDP Agong. Hari ini kita lihat ada pula sekelompok manusia yang sudah berani menunjukkan sifat anti-raja mereka di jalanan.

Takkan mahu tunggu mereka serang atau buat huru-hara baru nak tangkap? Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Petik dari KeKL SINI


SOSMA lemah, Polis bagai tak diperkuasa, Anarkis gembira ...

Posted: 05 May 2014 07:24 PM PDT


Pejabat peguam negara lalai dan leka.

Dahlah mahkamah tak sensitif pada keselamatan dan kepentingan awam lalu bermain politik untuk bias pada pembangkang.

Kerajaan kelihatan bertambah lemah dan hilang kawalan.

Akibat tiada lagi ISA, semua pihak bertambah berani menuntut dan mengugut.  Masyarakat hilang rasionaliti.


Sepenuh di Minaq Jinggo SINI

Baca "Something amissing about SOSMA" di ABITW SINI

Teresa Kok didakwa pagi ini; Adakah Mahkamah akan peduli undang2?

Posted: 05 May 2014 05:20 PM PDT


Akhirnya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok akan didakwa di bawah Akta Hasutan esok ekoran video jijik "Onederful Malaysia" yang menghina Muslim dan pemimpin negara.

Dia dijangka akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur jam 9 pagi, menurut satu kenyataan dari pejabatnya yang mengesahkan perkara ini.

Kok didakwa menghina Muslim, pasukan keselamatan, perdana menteri dan isterinya dalam video satira berbahasa Cina yang dimasukkan ke dalam YouTube 27 Januari lalu.

Walaupun Kok menjelaskan bukan niatnya untuk menghina sesiapa, pelbagai lebih daripada 300 laporan polis dibuat terhadapnya.

Baca sepenuh di KL Chronicle SINI

Mutakhir ini, kes begini susah nak lekat sebab mahkamah bias dan simpati kepada pembangkang. Sikap mereka pula untuk tidak peduli keselamatan dan kepentingan awam dan sensitiviti orang ramai. 

Adakah kali ini berlainan?

Occupy Merdeka: DAP cuba tutup perangai buruk cina

Posted: 05 May 2014 08:30 AM PDT


Pada 2 MEI 14, jam 1005, DAP bersama Anti Lynas telah mengadakan "Occupy Bantah GST" bertempat di siar kaki  persimpangan Jalan Raja/ Jalan Parlimen/jalan Tuanku Abdul Rahman, KL.

Seramai 20 orang yang terdiri daripada ahli2 DAP dan Anti Lynas telah hadir. Antaranya WONG TACK - Anti Lynas; dan Dr. HEW Kuan Yau - Senior Lecturer Social DAP.


Sebanyak 3 banner berukuran 3' x 6' tertulis "Rakyat Bersatu Bantah GST"  dan 8 plakad tertulis "Bantah GST" dalam bahasa Cina, Inggeris dan Bahasa Malaysia telah dipamirkan di atas siar kaki.

Occupy Bantah GST ini akan diadakan sehingga 4 MEI 14 jam 2359 ditempat yang sama.

Ketika perhimpunan 501, hanya segelintir Cina saja yang hadhir tak sampai 5% dan 95% adalah orang Melayu. 

Occupy hanya usaha DAP untuk dapat perhatian untuk menutup sikap Cina yang telah tikam belakang pendemo-pendemo yang hadhir.


Bodohnya Melayu yang tak faham tentang GST adalah Cina suka GST tak dijalankan supaya mereka boleh lari dari bayar cukai.

Difahamkan pada sebelah pagi, pihak DBKL telah mengambil tindakan merampas banner dan plakad yang dipamirkan, namun kumpulan ini telah membawa banner dan plakad yang baru untuk dipamerkan di lokasi.


Tak payah menyamar untuk menutup ketiadaan cina ketika perhimpunan dan bontang-bontang cina DAP perguna Melayu dan India Pakatan untuk kepentingan politik yang akan mereka kaut kelak.

Occupy pun tidak mendapat sambutan dari orang yang lalu-lalang atau kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Pada pandangan luar, mereka tak ubah seperti sampah masyarakat yang berpelisiran di tepi jalantaya.

Cinabeng ni semua tak payah berpura-pura nak berjuang kerana mereka hanya tahu makan untuk perut sendiri. Bab berkorban jauh panggang dari api.

Melayu PKR dan PAS bukan nampak diri diperguna.

SAMM dan Unit Amal PAS bantah GST, sebenarnya sokong LGBT

Posted: 05 May 2014 06:00 AM PDT


Hal ini tidak diwar-warkan sangat tapi ketika pulul 3 pada Mei 1hb, sekumpulan pemuda Cina yang secara terbuka mengaku homoseksual turut menyertai perhimpunan.

Mereka membawa plakad dengan tulisan dalam bahasa Cina yang membawa slogan "Kami homoseksual, kami tentang GST" dan "Tidak kira saya tidur dengan siapa, saya tentang GST".


Sebenarnya perhimpunan Mei 1hb adalah tentang LGBT dan reaksi anwar untuk selamatkan dirinya sebaik saja Mahkamah Rayuan membuat keputusan dia akan dipenjara 5 tahun.

Mula-mula ianya mahu di adakan di Putrajaya tapi dikhuatiri ramai tak akan turun, lalu dipindah ke Dataran Merdeka.

Kalau agenda LGBT Anwar, tak ramai akan turun lalu di buat gimik untuk bantah GST walaupun Anwar puji GST dan Khalid setuju GST.

Tiba-tiba timbul pula nak tambah agenda bantah TPPA. Kerajaan memang tak setuju dengan TPPA oleh itu tak payah nak steal the show.




Harakah spin nak kenakan polis, tapi tunjuk kebodohan Ketua Editor

Posted: 05 May 2014 03:30 AM PDT

 

Polis dan DBKL pun Harakah tak kenal ... kah kah kah

Ini DBKL, bukan polis la PASemjuboq

Baca TFK SINI

Turun KL bantah GST tapi PKNS, Kelantan caj GST sebelum KL caj

Posted: 05 May 2014 01:00 AM PDT




MERBOK TIMES

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

MERBOK TIMES


HALIM SAAD JANGAN GANGGU PLUS LAGI.

Posted: 05 May 2014 02:58 AM PDT

KUALA LUMPUR 4 Mei - Lebuh Raya Utara Selatan, aset kritikal negara yang merentasi lapan negeri di Semenanjung Malaysia adalah pemangkin kepada nadi pembangunan negara dan harus dikekalkan hak miliknya, demikian menurut seorang penganalis. 

Pengarah FA Securities, Zakie Ahmad Shariff berkata, PLUS Malaysia Berhad (PLUS), pemegang konsesi lebuh raya tersebut, kini dimiliki bersama dua agensi kerajaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan UEM Berhad (UEM), dan cadangan untuk memiliknegarakan PLUS kelihatan dangkal. 

""Kenapa kita pilih untuk UEM dan KWSP mengambil alih PLUS empat tahun lepas ialah untuk memberi faedah kepada negara, memperbaiki kedudukan kewangan serta penyelenggaraannya dan mereka telah menunjukkan prestasi yang sangat baik," katanya ketika mengulas PLUS, yang kini menjadi sasaran pengambilalihan oleh sebuah syarikat swasta. 

Pemilikan sekarang bukan sekadar telah menjadikannya milik rakyat, malah secara langsung memberi manfaat kepada lebih 14 juta pencarum KWSP. Sebaliknya, beliau mengalu-alukan pihak ketiga mengambil alih lebuh raya bertol dalam bandar memandangkan faktor kekerapan penggunaan lebuh raya dalam kehidupan seharian warga kota berbanding lebuh raya PLUS di luar kota. "

Kalau betul-betul nak tolong rakyat, lihatlah lebuh raya bertol dalam bandar, bukan PLUS. Kalau sesebuah syarikat ingin mengambil alih tol-tol yang ada, kenapa tidak ambil alih tol-tol seperti LDP (Lebuhraya Damansara-Puchong) dan sebagainya," katanya. 

Zakie yang juga pakar ekonomi turut berpendapat bahawa, selaku pemilik aset terbesar yang menjadi tulang belakang kepada rangkaian pengangkutan Semenanjung Malaysia, adalah wajar bagi PLUS kekal status quo. 

Beliau berkata, untuk meringankan beban kerajaan, rangkaian lebuh raya PLUS telah dibangunkan oleh pihak swasta berdasarkan konsep 'bina-kendali-pindah' (BOT). "Kembalinya PLUS ke tangan kerajaan melalui usaha sama KWSP dan UEM adalah selaras dengan matlamat penswataan negara. Biarlah kedua agensi kerajaan ini, KWSP dan UEM, mendapat manfaat daripada pelaburan mereka, tambahan pula rakyat juga yang meraih faedahnya. Untuk diserahkan semula kepada pihak swasta, saya tidak nampak rasionalnya," ujar beliau. 

Seruan agar hak milik PLUS kekal status quo turut disokong oleh Pensyarah Kanan di Fakulti Perniagaan dan Perakaunan Universiti Malaya, Dr. Ervina Alfan. "Adalah jauh lebih baik bagi orang ramai jika lebuh raya itu kekal milik kerajaan. Ia sebenarnya adalah untuk kepentingan orang ramai secara keseluruhan," katanya. 

Ervina berkata, operasi lebuh raya berdepan dengan pelbagai risiko sama ada dari aspek politik, pasaran, pembinaan ataupun permintaan, dan aset berharga seperti Lebuh Raya Utara Selatan tidak seharusnya berada di tangan pihak swasta untuk mengelakkannya daripada dicagarkan bagi menyokong pinjaman. - BERNAMA

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Harta Karun di Pulau Nangka: Kami Tidak Tanam Duit Syiling - Mohammad Foad

Posted: 05 May 2014 08:24 PM PDT


Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 12:06 AM


Seorang kakitangan syarikat tersebut menunjukkan kepingan duit syiling yang didakwa ditemui di Pulau Nangka.

JASIN: Sebuah syarikat yang bertanggungjawab mencari artifak lama di kawasan tempat tersimpannya khazanah Kesultanan Melayu Melaka di Pulau Nangka menafikan dakwaan bahawa pekerja syarikat tersebut menanam dua keping duit syiling lama yang ditemui di sini minggu lalu.
Smart Partnership International (M) Sdn Bhd berkata pada Isnin bahawa kepingan duit syiling itu ditemui oleh pekerjanya ketika menggerudi tembok dinding batu di pulau tersebut.
Pengarah Urusannya, Mohammad Foad Khushairy Mohd Said memberitahu pemberita bahawa syarikat tersebut telah menyerahkan duit syling itu kepada Perbadanan Muzium Melaka untuk mengesahkan ketulenannya.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, beliau tidak begitu yakin duit syiling yang ditemui itu datangnya dari kawasan tersebut (Pulau Nangka).

Mohammad Foad berkata, pintu masuk ke gua yang mengandungi harta karun terletak dibawah beberapa batu besar yang cuba dialihkan syarikat tersebut.

Sementara itu, Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Dua ACP Paul Khiu Khon Chiang berkata, polis sedang memantau kepulauan itu untuk memastikan keselamatan dan kerja mengesan harta karun itu diteruskan tanpa sebarang masalah.

"Anggota polis marin akan berhubung dengan syarikat itu untuk terus dimaklumkan mengenai setiap perkembangan mengenai misi pencarian itu," katanya.

Al Fatihah : Seniman Datuk Aziz Sattar meninggal dunia

Posted: 05 May 2014 07:23 PM PDT




Diterbitkan: Selasa, 6 Mei 2014 2:53 AM
aziz satar 2
Aziz Sattar

PETALING JAYA:  Seniman Datuk Abdul Aziz Sattar, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan KPJ Kajang dekat sini kira-kira pukul 2 pagi Selasa.

Berita kematian Allahyarham itu disahkan oleh cucunya, Abu Ubaidah A. Ishak menerusi Twitter miliknya kira-kira pukul 2.15 pagi.

"Atok saya, Datuk Aziz Sattar telah menghembuskan nafas terakhir jam 2 pagi tadi (Selasa). Sedekahkan Al-Fatihah," katanya dalam Twitter miliknya itu.

Allahyarham meninggal dunia akibat serangan jantung.
Abu Ubaidah ketika dihubungi pula berkata, Aziz tiba-tiba mengalami sesak nafas kira-kira pukul 1.30 pagi sebelum tidak sedarkan diri selepas itu.


Jelas Abu Ubaidah lagi, dia berada di hospital berkenaan ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir dan redha dengan pemergian datuk kesayangannya itu.

"Sebelum ini keadaannya stabil kerana doktor mengatakan ia hanya serangan jantung biasa namun Allah lebih menyayanginya dan kami sekeluarga redh dengan pemergiannya, katanya.

Dalam pada itu, Abu Ubaidah berkata, jenazah telah dibawa pulang ke kediaman Allahyarham di Bandar Tun Hussien Onn dekat sini sebelum urusan memandikan jenazah dilakukan pada pukul 11 pagi.

Jenazah dijangka akan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam Cheras.
Terdahulu pada malam Ahad lalu Allahyarham dikejarkan ke pusat perubatan berkenaan akibat serangan jantung tetapi keadaannya dilaporkan stabil dan ditempatkan di Unit Rawatan Korinari (CCU).

Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan seniman Tan Sri P.Ramlee dan popular menerusi filem Bujang Lapok.

Beliau juga pernah menyertai kumpulan pancaragam Pancasitara  yang dianggotai oleh  P.Ramlee, Normadiah, Aziz Jaafar, Ahmad C dan Kassim Masdor  pada awal tahun 1950an.
aziz satar a
Wajah Aziz Sattar semasa muda


Selain berpuluh-puluh filem lakonannya, Allahyarham juga pernah mengarah filem seperti Keluarga Si Comat (1975), Si Badol (1979), Prebet Lapok (1979),Penyamun Tarbus (1980), Da Di Du (1981), Setinggan(1982) dan Darah Satria (1993).

Pada tahun 2007,  Allahyarham menerima Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong,  Tuanku Mizan Zainal Abidin yang membawa gelaran Datuk.

Antara kisah menarik Allahyarham, beliau pernah disiksa oleh tentera Jepun kerana dituduh mencuri selain dikenakan penjara selama enam bulan selepas disyaki terlibat dalam kes rusuhan Natrah di singapura pada tahun 1950-an.

Allahyarham pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua pernikahannya sahaja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad (isteri ketiga bercerai) dan seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).

Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak.

Pada 16 Disember 2006 Allahyarham berkahwin dengan Hashimah Delan di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dekat sini dengan mas kahwin RM100.

Lelaki didakwa liwat 50 budak

Posted: 05 May 2014 07:06 AM PDT

Pihak berkuasa bandar ini, polis serta Jawatankuasa Perlindungan Kanak-Kanak Indonesia (KPAI) mula melakukan siasatan kemungkinan suspek pedofilia Andri Sobaro atau Emon meliwat lebih 50 kanak-kanak.
Polis Sukabumi di Jawa Barat menahan Andri Jumaat lalu selepas menerima aduan daripada ibu bapa seorang kanak-kanak.
"Setakat ini, 51 orang tampil mendakwa menjadi mangsanya," kata Ketua Polis Sukabumi Hari Santoso.
Andri, 24, didakwa menawarkan mangsa sebanyak Rp50,000 (RM14) sebelum membawa mereka ke tempat sunyi untuk diperkosa.
"Dia mengumpan mangsa dengan wang atau pakaian," kata Hari.
Lelaki itu, katanya, dipercayai memperkosa 55 kanak-kanak dan kebanyakannya tinggal di kawasan kediamannya.
"Dia mula melakukan jenayah itu sejak Januari lalu dan menyasarkan budak lelaki berusia antara lapan hingga 13 tahun.
"Kami akan terus menyiasat latar belakangnya.

Siasatan awal menunjukkan dia menyedari sepenuhnya tindakannya ketika melakukan jenayah itu.

Dia tidak mengalami masalah mental," kata Hari.
Hari percaya lebih ramai mangsa akan tampil.

Suspek berkenaan akan didakwa mencabuli Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun.
Sehingga semalam, 21 kanak-kanak sudah disoal dan diperiksa oleh polis dan doktor.
Sementara itu, Setiausaha KPAI Erlinda berkata, Andri mengaku meliwat seorang kanak-kanak sebanyak tujuh kali.

Teresa Kok akan didakwa bersabit video "Onederful Malaysia CNY 2014"

Posted: 05 May 2014 03:59 AM PDT


KUALA LUMPUR: Seputeh MP Teresa Kok is expected to be charged in the Duta High Court at 9.30am Tuesday over her Chinese New Year "Onederful Malaysia CNY 2014" video.
Kuala Lumpur deputy CID director ACP Khairi Ahrasa confirmed Kok would be charged and that police had concluded investigations into the case under Section 505(B) of the Penal Code and Section 233(1)(a) of the Communications and Multimedia Act.
ACP Khairi however, refrained from stating whether Kok was to be charged for sedition.
Kok's 11-minute video, which was uploaded on Jan 27, depicts the DAP leader as the host of a feng shui programme interviewing three panellists regarding Chinese New Year and their predictions.
The panellists in the video are alleged to have made fun of a variety of issues such as the Malaysian education system and last year's Lahad Datu intrusion as well as top leaders.
The video sparked outrage among a group of supposed Muslim non-governmental organisations, who staged a protest against the Kok, claiming she was using current issues to fan racial hatred.
The same group also slaughtered chickens and smeared blood on a poster of Pakatan Rakyat leaders as well as issued a RM1,500 reward for anyone who succeeded in slapping Kok over her video.