Followers

Nuffnang

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:24 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Menjawab GST untuk badigol-badigol yang bantah tapi tak faham

Posted: 04 May 2014 10:00 PM PDT


Jawapan buat baju dipakai oleh badigol-badigol yang bantag GST tapi tak tahu apa GST dan berdemo depan Dataran Merdeka. Jawapan:

1. Gaji minima sudah dilaksana mulai 1/1/14. Mereka baru minta gubal? Ketinggalan maklumat.
1. ISA sudah dimansuhkan. Kita niat baik tapi mereka salah guna utk ganggu KL hari ini. Ada yg cadang utk kembalikan akta itu.
2. BN dlm Akujanji PRU13 janji akan bina 1 juta rumah mampu milik dlm 5 thn. Buku Jingga hanya 150 ribu 5 thn. Jauh benar beza angka itu.
3. Harga barang naik antara sbbnya peniaga2 tertentu secara senyap adakan sabotaj ekonomi. Namun kadar inflasi 3.4% masih terkawal sbb BN terus jaga ekonomi dgn baik.
4. P'raya Majlis Tempatan strategi pihak tertentu sbb penyokong mereka yg sudah senang & jadi rakyat kelas pertama di negara ini kuasai bandar2.
5. Mana ada lagi penswastaan khidmat asas? TNB, Prasarana, KTMB, MAS semuanya GLC, milik Kjaan.


Video berikut memberi penjelasan:



Malah Khalid dan Anwar pun puji GST


Baca Selangor Chronicle di SINI


Perhimpunan ini bukan mengenai GST tapi ...






DAP tak boleh tanding tanpa CEC yang disahkan ROS

Posted: 04 May 2014 07:25 PM PDT


DAP tiada kuasa lantik calon PRK Bukit Gelugur dan Teluk Intan

Kongres Melayu Pulau Pinang atas nama kepentingan rakyat dan pengundi di Bukit Gelugur/Teluk Intan mendesak pihak ROS mengeluarkan satu kenyataan rasmi mengenai  kedudukan terkini pemegang jawatan CEC DAP  samada mereka mempunyai kuasa mutlak untuk melantik calon DAP  dalam PRK Bukit Gelugur dan Teluk Intan.

Isu ini amat penting kerana ianya melibatkan soal undang-undang lebih-lebih lagi diketika surat ROS  bertarikh 6.12.2013 masih kebal meskipun terdapat pertikaian melalui permohonan semakan kehakiman (judicial review) yang masih belum diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Selagi surat arahan bertarikh 6.12.2013 tidak dibatalkan melalui perintah Mahkamah maka selagi itulah arahan pihak ROS yang diantaranya tidak membenarkan pemegang jawatan CEC yang belum disahkan dilarang sama sekali membuat apa-apa keputusan parti. Ini bermakna mereka juga tidak berhak membuat keputusan untuk melantik calon mereka samada di Bukit Gelugur mahupun di Teluk Intan.

Senario kedudukan CEC DAP sekarang tidak  sama dengan PRU13 lalu dimana mengikut surat arahan pihak ROS yang bertarikh 19.4.2013 (berasaskan kepada pemilihan CEC pada 25.12.12) yang membenarkan calon-calon DAP menggunakan logo parti.

Walau bagaimanapun (setelah pemilihan semula pada 29.9.2013) atas dasar timbul keraguan yang munasabah hasil dari lapuran oleh ahli DAP sendiri maka pihak ROS telah mengeluarkan satu arahan mandatori yang bertarikh 6.12.2013 dengan sekali tidak mengiktiraf pemegang jawatan CEC DAP Pusat malah turut mengarahkan supaya jangan membuat apa-apa keputusan bagi pihak DAP  sehinggalah ROS  selesai menjalankan siasatan keatas pelaksanaan kongres DAP yang diadakan pada 29.9.2013 yang lalu.

"Justeru itu secara rasional  pada pandangan pihak kami apajua keputusan dalam bentuk arahan oleh pihak ROS terhadap parti DAP sebelum tarikh 6.12.2013 adalah dengan sendirinya telah terbatal".

Oleh yang demikian pihak KMPP mendesak pihak ROS dalam menggunakan bidang kuasa dibawah Akta Pendaftaran Pertubuhan 1966 dapat memberikan penjelasan segera mengenai tafsiran  dan interpritasi sebenar surat bertarikh 6.12.2013 berkenaan lebih-lebih lagi apakah pihak DAP  mempunyai kuasa dalam membuat keputusan mereka untuk melantik calon-calon mereka dalam dua PRK iaitu di Bukit Gelugur dan Telok Intan.

Oleh itu penjelasan segera dari pihak ROS dalam isu berkenaan amat diperlukan bagi menghindar sebarang persepsi negatif oleh mana-mana pihak khususnya dari sudut permainan politik yang berunsur propaganda serta bebas dari episod menuding jari.

Terima kaseh.

Drpd  Rahmad Isahak
Presiden
Kongres Melayu Pulau PInang

Anwar tak dipedulli tetamu lain di majis perkahwinan

Posted: 04 May 2014 05:36 PM PDT


Tenggahhari semalam, Dato Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah menghadiri majis perkahwinan anak bekas Ketua Cabang Changkat Jering, Ismail bin Yusof. Selangor Chronicle melaporkan orang ramai kurang peduli dengan Anwar dan Wan Azizah dan Anwar berkelakuan pelik.



.... empat kali DJ majlis tersebut mengumumkan ketibaan Anwar dan Wan Azizah, namun para hadirin langsung tidak mempedulikan pengumuman tersebut. Tidak sebagaimana yang dijangkakan oleh Anwar, tiada sesiapa pun yang berlari-lari mengejar, mendakap, memeluk, mencium pipinya, mahupun bersalaman dengannya kecuali segelintir kecil.


Menariknya, salah seorang daripada segelintir kecil yang bersalaman dan bergambar dengan Anwar Ibrahim dan Wan Azizah adalah seorang penjawat awam dari Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.

Anwar dan Wan Azizah datang secara berasingan ke majlis tersebut. Anwar Ibrahim menggunakan kereta Mercedez S350 yang bernombor pendaftaran KCD 77 manakala Wan Azizah pula menggunakan Toyota Camry yang bernombor pendaftaran KCP 7777.



Paling menarik ialah reaksi yang ditunjukkan oleh pasangan suami isteri itu sesama sendiri. Daripada riak wajah dan bahasa tubuh kedua-duanya, ada sesuatu yang tidak kena antara mereka. Senyuman dan kemesraan yang ditunjukkan kepada hadirin kelihatan terlalu dibuat-buat. 

Berpura-pura loving untuk makan sepinggan
Ketika makan bersama, Wan Azizah kerapkali berpaling ke arah lain dengan wajah masam walaupun Anwar Ibrahim cuba berlakon memperlihatkan sifat romantisnya yang dibuat-buat dan tidak bersahaja.

Paling ketara ialah apabila Anwar cuba menyentuh tangan Wan Azizah tetapi Wan Azizah menariknya dengan pantas sekaligus menunjukkan yang Wan Azizah tidak membenarkan Anwar menyentuhnya.

Di kalangan hadirin yang melihat situasi tersebut yang rata-rata merupakan penyokong PKR, turut berbisik-bisik sesama sendiri memperkatakan tentang gelagat kedua-duanya. Yang lebih nakal bertanya kawan di sebelah;

"Apa lagi kes? Anwar buat hal dengan jantan mana pulak kali ini?"

Selangor Chronicles

Sana sini kes penipuan dalam pemilehan PKR Penang

Posted: 04 May 2014 07:07 AM PDT

Proses pengundian di Bukit Katil dan Kemaman sebelum ini dicemari dengan insiden memalukan. Manakala di beberapa tempat yang lain, proses pengundian PKR tidak ubah seperti sebuah pasar basah di negara mundur yang penuh dengan luahan kemarahan, tidak puas hati, malah membaling kerusi kerana tidak berpuas hati dengan keputusan.


Petugas-petugas telah dipersoalkan kewibawaan serta integriti mereka. Terdapat sejumlah besar laporan tentang petugas-petugas yang telah menyeleweng dan bersikap berat sebelah dengan berkempen bagi calon-calon tertentu. Malah terdapat juga laporan yang menyatakan ramai yang tidak dibenarkan mengundi kerana dibimbangi calon-calon tertentu kalah.

Ini bukanlah kejadian pertama dalam pemilihan PKR. Pada pemilihan yang lepas, PKR akhirnya kehilangan ramai pemimpin awal kerana proses pemilihan yang dilihat mempunyai terlalu banyak campurtangan pemimpin-pemimpin atasan PKR termasuklah oleh Anwar Ibrahim sendiri.


Petikan Bulletin 247





ada satu insiden perang mulut dan perbalahan sehingga mengejutkan ahli Pkr yang hadir. Calon Naib Ketua Cabang,Rizal Hamid telah dimarahi oleh Sanjeeviramah Calon Ketua Cabang yg tidak berpuas hati dengannya dimana Rizal dikatakan telah berkempen secara habis-habisan untuk dirinya sebagai Naib dan bagi pihak Dato Mansor Othman yang bertanding bagi jawatan ketua cabang di dalam dewan di atas.

Suasana agak kecoh dan bertegang leher pada masa itu sehinggalah ditenangkan oleh para hadirin yang hadir. Mengikut peraturan, tiada sebarang kempen dibenarkan di dalam dewan.

Untuk makluman, bagi jawatan ketua cabang, berlaku pertandingan 3 penjuru iaitu Mansor, Sanjee dan Ust Makhtar(Timb Speaker Dewan Dun P.Pinang) yang merupakan penyandang bg jawatan tersebut.
Chegu Bard calon Pkr Sg Acheh yg kecewa turut hadir bg memberi sokongan moral.

Pemilihan Pkr cabang Nibong Tebal kali ini disifatkan paling sengit dan mengakibatkan perpecahan dan sikap berpuak-puak yang paling kronik sehingga masing-masing mempunyai line up tersendiri saling buruk memburuk di antara satu sama lain dan ada yang mendakwa berlakunya rasuah bagi membeli undi dalam pemilihan kali ini.

Team Ust Maktar merupakan penyokong Saipudin Nasution manakala team Yb Dato Mansor Ahli Parlimen Nibong Tebal dikatakan pro Azmin Ali.

Petikan Panggung Opera SINI



Di Pusat pengundian sayap, cabang dan pusat PKR di Balik Pulau, P.Pinang.

...... suaasana mula panas bila perbuatan kempen/'mencuri pengundi' di bilik mengundi telah menimbulkan rasa tidak senang di kalangan penyokong calon-calon lawan.

Tindakan seorang calon memasuki kawasan pengundian menyebabkan berlaku satu pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk dengan seorang penyokong Mohd Tuah Ismail yang berbangsa Cina.

Petikan dari Panggong Opera SINI


Dulu tipu Chegu Bard, kini Sam Ketot dimalukan di Bukit Katil

Posted: 04 May 2014 05:30 AM PDT


Petikan dari Jiwa Paradox SINI

... pemilihan PKR Cabang Bukit Katil, Melaka terpaksa ditangguhkan kerana jumlah calon yang bertanding tidak mencukupi.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul mengesahkan, masalah teknikal memaksa pemilihan di tujuh cabang PKR termasuk Kemaman dan Bukit Katil ditangguhkan ke 10 Mei ini.


Lima lagi cabang PKR yang akan mengadakan pemilihan semula pada 10 Mei adalah Setiu, Kuala Nerus dan Dungun di Terengganu serta Paya Besar dan Jerantut di Pahang.

Pemilihan pada 26 dan 27 April lalu melibatkan enam negeri iaitu Sarawak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan Melaka.

Setakat Ahad lalu, Azmin beroleh 5,111 undi mengatasi Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail (2,322 undi) dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (2,228 undi) dalam persaingan merebut jawatan Timbalan Presiden Parti.--UM

Khalid tergagap kempen diboikot Ketua Cabang musuh lama

Posted: 04 May 2014 03:30 AM PDT


Majlis Hi Tea di tapak pasar malam Taman Bunga Raya BUkit Beruntung untuk Tan Sri Khalid Ibrahim, YB Rodziah Ismail dan Syed Shahir petang semalam kosong tiada hadhirin.
Target kehadhiran 300 orang tapi yang hadhir hanya 70 orang. 



Difahamkan majlis Khalid telah diboikot Ketua Cacbang yang ada, Nazar Yakin. 

Nazar Yakin adalah bekas pemimpin Semangat 46 yang lari ke Australia.. Suatu masa bekas pemimpin Semangat 46 yang pernah bekerja di PNB adalah empunya sebuah syariikat insurans. 

Dia dan Khaid sudah lama berseturu tapi dikatakan sudah berbaik semula dan Nazar sertai PKR. ENtah ... nampaknya dendam lama tak boleh buang.

PKR Sabah nak bungkus, Lajim sibuk politik PKR untuk tibai Azmin

Posted: 04 May 2014 01:30 AM PDT


Dalam satu majlis dua malam lepas, Datuk Lajim Ukin membidah Azmin Ali daam suatu majlis sesi memperkenalkan calun di cabang Sepanggar.

Majlis pada Mei 2hb di rumah En. Miasin @ Aimaduddin bin Mion di Kg Labou Menggatal, kampung yg agar tepencir di kaw p.171 Sepanggar


Selain berkempen untuk Ramlan Naim untuk kekalkan Ketua Cabang Sepanggar, Lajim memperomosi Tan Sri Khalid Ibrahim yang kononnya boleh memimpin PKR sebagai Tiimbalan Presiden sebagaimana dia memimpin Selangor hingga air hampir kering kontang.

Lajim yang pernah dua penggal memegang majlis tertinggi UMNO kata kononnya tahu dasar-dasar BN tapi dari kritikannya nampak sah dia tak tahu. Padanlah dia tak tahu PKR akan bungkus tapi melompat ke PKR atas ingatan namanya akan melonjak lagi.



Dia membidas Azmin sebagai hipokrit dan tidak boleh menerima kelebihan orang lain.

Selain Azmin, YB Roland Chia yang menang di DUN N 13 Inanam turut dikritik dalma majlis tersebut. Ia dikatakan sebagai tidak tahu membalas budi jasa orang.

Turut diungkit, Roland adalah orang dari luar sepanggar serta kakitangan pejabatnya bukanlah dari kawasan Inanam..

Teresa Kok mahu cari suami orang Sabah?

Posted: 03 May 2014 11:30 PM PDT


Teresa Kok berada di gereja SIB Keningau anjuran NGO Sabah Care semalam.

Dalam ucapannya Teresa yang merupakan Penasihat Borneo Care tidak menyentuh  isu politik secara terbuka namun ada menyelitkan unsur politik secara tersirat semasa menyampaikan perkongsiannya.

Teresa dilihat mempunyai motif tersembunyi iaitu satu gerakan halus pihak pembangkang mendekati/ mendampingi masyarakat Kristian khususnya di kawasan Pedalaman seterusnya menarik sokongan politik mereka terhadap pembangkang.
Dalam dia bercerita tentang aktiviti gereja, Teresa seakan-akan menanamkan rasa benci dan anti Islam melalui gereja.

Cara dilakukan adalah supaya ahli gereja berkahwin dengan ahli gereja saja. Ini sesuatu yang anih buat masyarakat Sabah dan Sarawak yang agak terbuka amalan ugama mereka dalam keluarga.

Bekas pegawai di pejabat Lim Kit Siang dan dipercayai sisa im Kit Siang sebelum Mummy Foo ini mahu ahi gereja kahwin sesama ugama.

Ianya suatu yang elok untuk orang Islam kekalkan akidah tapi ini hanya petunjuk isi hati Teresa Kok yang rasis dan berniat pepecahbelahkan Pribumi ISlam dan Pribumi Kristian untukk bersama kaum Kristian CIna.

Dalam majlis Seminar Kepimpinan Belia Kristian 40 tahun ke bawah yang diadakan di Hotel Sento, Keningau, seramai 62 orang  terdiri daripada peserta belia-belia Kristian dan pemimpim gereja dari daerah Keningau, Tambunan dan Tenom.

Kalau Teresa menafikan nawaitu rasisnya, nasihat kahwin seugama tu mungkin carany amemberitahu bahawa dirinya ada untuk dikahwini mana-mana pria Kristian dari Sabah

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


Unit Amal PAS Tumbuk Orang Sehingga Pecah Dahi?

Posted: 04 May 2014 02:53 AM PDT


Kuala Lumpur – Salah seorang peserta himpunan anti-GST mendakwa Unit Amal PAS yang sepatutnya ditugaskan menjaga keselamatan telah bertindak ganas dengan menumbuk dahi rakannya sehingga pecah dan berdarah.

Berang dengan tindakan tersebut, lelaki tersebut meluru dan meminta penjelasan dari Unit Amal Pas.

"Bang saya nak tanya, Unit Amal mana yang tumbuk dahi kawan saya tadi?" ujarnya dengan nada marah.

Namun petugas Unit Amal PAS yang ditemui petang tadi gagal memberikan menjawab dan menyatakan tidak tahu mengenai kejadian tersebut sambil memintanya agar bersabar.



"Macam mana nak sabar, dahi kawan saya pecah kena tumbuk, samapi berdarah" ujarnya lagi.

Lelaki berumur sekitar 30-an itu berkata, unit PAS sepatutnya mengawal keadaan dan bukaannya menumbuk dan melakukan kekerasan terhadap para peserta yang menyertai himpunan tersebut.

Wakil Unit Amal PAS yang ditemui bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden petang tadi, gagal memnberikan sebarang jawapan.

Menurut para peserta yang berada ditempat kejadian, insiden itu tercetus apabila kumpulan dari Solidariti Anak Muda (SAMM) yang diketui oleh Badrul Hisham Shaharin atau Chegu Bard itu cuba merempuh halangan yang dibuat oleh para petugas Unit Amal.

Kumpulan tersebut dipercayai ingin berarak sehingga ke tengah padang, namun dihalang oleh petugas PAS sehingga berlaku tolak menolak yang akhirnya menimbulkan kekecohan.

Suara Politik
Belantan

Idris Ahmad

0

Posted by Unknown | Posted on 11:23 PTG | Posted in

sumber :-

Idris Ahmad


Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat. Idris Hj Ahmad 4/5/14

Posted: 04 May 2014 02:33 PM PDT

Catu Air, Najib Malas Cari Maklumat.
Idris Hj Ahmad
4/5/14

Kenyataan Datuk Seri Najib mengatakan dasar air percuma Selangor akibatkan catuan seolah -olah beliau sudah dihinggapi penyakit pelupa atau orang mengidap penyakit ketuaan.
Saya harap Datuk Seri Najib Tun Razak masih sedar, beliau bukan memerintah zaman batu yang tidak ada maklumat. Sekarang beliau memerintah zaman langit terbuka, bukan zaman Tun Dr Mahathir dahulu yang boleh auta kerana tidak ada media baru dan langit terbuka.

Sedarkah beliau negeri yang tidak dapat air percuma pun dicatu air, contohnya di daerah Taiping dan Larut Matang yang memang terkenal sebagai bandar hujan pun dicatu air. Sebahagian dari kawasan Parlimen saya di Bukit Gantang dicatu, dua hari ada air, dua hari dicatu air. Apakah beliau tidak ada maklumat atau memang beliau seorang yang malas berfikir untuk mencari maklumat.

Selangor tidak ada air kerana gagalnya syarikat kroni Umno menjalankan tugas dengan baik sehingga berlaku masalah kehilangan air yang tidak diatasi sehingga kini. Najib tahu atau tidak Syabas masih gagal menurunkan kadar kehilangan air daripada 30 peratus kepada 20 peratus seperti yang dicadangkan oleh kerajaan negeri Selangor. Tingkah laku Najib sama seperti seorang ADUN Umno di dalam Dewan Undangan Negeri yang mengatakan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat memberi air percuma adalah usaha yang bodoh. Malangnya bila Tan Seri Khalid minta beliau beri nama dan alamat untuk tidak diberi air percuma kepada rumah beliau, beliau tidak bagi maklumat pula.


Filed under: Politik

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:18 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Cium boleh, lebih2 jangan

Posted: 04 May 2014 09:12 PM PDT

Siang bertudung dan berbaju kurung, namun penampilan sopan dan mengikut syariah itu berubah 100 peratus pada waktu malam apabila mereka hanya menyarung skirt pendek serta bersinglet nipis.
Demikian gelagat segelintir gadis berstatus penuntut pusat pengajian yang bukan berasal dari daerah ini untuk mencari wang tambahan dengan bekerja sambilan sebagai teman penghibur.
Walaupun tidak berada di bandar raya besar seperti Kuala Lumpur atau Johor Bahru, tetapi mereka bijak mencari peluang demi memperoleh wang saku bagi menampung kos perbelanjaan harian sebagai pelajar.
Difahamkan, mereka bergerak aktif bermula jam 10 malam dan bertemu dengan lelaki yang sudah terlebih dahulu membuat temu janji di lokasi ditetapkan iaitu hanya di sekitar daerah ini.
Pelajar itu didapati menetapkan bayaran tertentu iaitu sekitar RM50 hingga RM150 dan boleh dibawa ke pusat hiburan dan pusat karaoke sebagai teman penghibur.
Namun, mereka menolak untuk dibawa ke ranjang walaupun ditawarkan bayaran lumayan.
Wartawan Harian Metro berjaya menjejaki mereka melalui kenalan di beberapa pusat karaoke dan hiburan di daerah itu.
Pada mulanya mereka enggan bekerjasama apalagi mendedahkan identiti kerana bimbang aktiviti terbongkar kepada pengetahuan keluarga.
Selepas dipujuk akhirnya beberapa wanita itu akur dan mendedahkan diri mereka adalah penuntut pusat pengajian.

Pemilihan PKR Kecoh

Posted: 04 May 2014 08:06 PM PDT


Diterbitkan: Isnin, 5 Mei 2014 9:29 AM
Pemilihan PKR Cabang Tenom kecoh dengan insiden kekurangan kertas undi (gambar hiasan).
  (Ubah saiz teks)
KOTA KINABALU:  Kekurangan kertas undi menyebabkan mesyuarat peringkat cabang Tenom, Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertukar kecoh, dan pemilihan bahagian tersebut terpaksa ditangguhkan. 
Ratusan pemilihan yang berang mengerumuni urusetia bagi mendapatkan kertas undi dan mula merempuh masuk apabila hanya 300 kertas undi dikeluarkan kepada perwakilan yang hadir. 
Kekecohan bermula, di Hotel Perkasa pada petang Sabtu, apabila pengarah pemilihan bahagian PKR Tenom, Nazri Udoi menangguhkan mesyuarat dan menuduh pengarah pilihan raya negeri tersilap mengira jumlah perwakilan. 
"Kami menerima 300 kertas undi, namun kira-kira 2,000 perwakilan hadir," kata Nazri, sambil menambah 300 kertas undi yang telah dibuang dimusnahkan dihadapan calon yang bertanding di pelbagai peringkat dalam Cabang Tenom. 
Penyandang jawatan Ketua Cabang Tenom, Masdin Tumas dicabar oleh Adris Taripin dan Daniel Riay. 
Pengerusi PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin berkata hanya mesyuarat Cabang Tenom ditangguhkan dan mereka dijangka akan mengadakan semula mesyuarat pada 10 Mei depan, selepas mendapat lampu hijau daripada ibu pejabat PKR.

Selain daripada Tenom, mesyuarat peringkat Cabang beberapa daerah lain di Sabah berjalan lancar, kata Lajim, yang mengekalkan jawatan ketua Cabang Beaufort pada pemilihan kali ini. 
Lajim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Klias dan Ketua Pembangkang berkata beberapa aduan yang diterima menunjukkan proses pemilihan yang agak lambat dan namun secara keseluruhan ia berlajan lancar. 
Daripada 26 Cabang, termasuk Wilayah Persekutuan Labuan, 21 bahagian menyaksikan persaingan sengit bagi merebut jawatan ketua cabang.

Antara mereka yang dicabar ialah bekas Pengerusi PKR Sabah, Ahmad Thamrin Jaini yang mengekalkan jawatannya sebagai Ketua Cabang Sandakan berbanding dua pencabarnya. 

[Video] Kerajaan Pusat tidak akan Laksana Hudud & Minta Maaf, saya tidak percaya pada UMNO sampai bila-bila - Husam

Posted: 04 May 2014 07:48 AM PDT

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:12 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Tengku Mahkota Johor (TMJ) Sedia Bertanding Presiden FAM - @Youtube

Posted: 04 May 2014 11:04 PM PDT



Jika yakin boleh bawa perubahan sudah tentu TMJ boleh meneruskan langkah mencabar jawatan Presiden dan melakukan perubahan... Kita menyokong berdasarkan kepimpinan beliau menerajui JDT yang berjaya menjadi pasukan digeruni masa kini. Sehingga layak separuh akhir Piala FA esok.

Berita :

JOHOR BAHRU 4 Mei - Orang ramai terutama penyokong pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang yang akan berentap dalam saingan separuh akhir Piala FA di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, di sini malam esok, diingatkan supaya menjaga kelakuan masing-masing.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff berkata, pihaknya akan memastikan perlawanan tersebut berjalan lancar.

Beliau berkata, pihaknya juga mengarahkan ketua polis daerah untuk menentukan penugasan polis secukup­nya sepanjang 90 minit perlawanan.

"Saya nasihatkan penyokong kedua-dua pasukan untuk menjaga kelakuan masing-masing, baik di dalam, mahupun di luar stadium. Kita datang nak tengok bola, bukan untuk perkara lain," katanya di sini hari ini.

Rentetan beberapa insiden tidak diingini yang dikaitkan dengan pasukan JDT, kebelakangan ini, Kelab Penyokong Bolasepak Johor Darul Ta'zim menggerakkan kempen Anti Keganasan dan Provokasi dengan menaikkan poster dan kain rentang selain pemberian risalah.

Menurut Bendahari II kelab itu, Mardiana Badura Sakek, satu kain rentang dan 30 banting akan dipasang di sekeliling stadium ketika perlawanan.

"Ia adalah kempen lanjutan daripada pemberian plak penghargaan Kita Bersaudara yang dilakukan sebelum ini bersama penyokong lawan," katanya.

@AstroAwani Dedah Syiling Ditemui Di Pulau Melaka Dijual 'Online' ??? @Youtube

Posted: 04 May 2014 10:56 PM PDT



Kita Perlu Sedar Siapakah Faisal Tehrani dan Zainah Anwar (Pengasas Sister In Islam) Di Malaysia

Posted: 04 May 2014 09:22 PM PDT



Taktik terbaru golongan sesat seperti Wahabi Syiah Islam liberal atau ajaran sesat : berlindung sebalik parti, NGO atau Kelab yang mendampingi pemimpin hebat ! 


Ada juga sudah serap diri dalam parti politik. Semua sudah tahu siapa mereka. Terbaru mereka sudah diletak dalam Majlis Ulama Pemuda Umno seperti diumum beberapa hari yang lalu.


Sehebat Faisal Tehrani jemput PM DS Najib Razak rasmi buku beliau yang didakwa seleweng, ia tetap diharam KDN kerana fahamannya bukan kerana dilancarkan oleh siapa. 


KDN akan dikata 'tin kosong' jika gagal kuatkuasa undang-undang banteras ajaran sesat walau jarang dipuji bila mengambil tindakan seperti yang dikehendaki rakyat. 


PM kita memang suka membaca buku, selepas Tun Mahathir Kadir Jasin pernah memberitahu dalam satu wacana ilmu bahawa Najib Razak PM kedua yang banyak membaca buku.

Kerana itu jemputan melancarkan buku tidak ditolak oleh beliau.


Cuma tak pasti adalah sikap berlumba membaca buku Tun M dengan Tun H ditiru juga antara NR dan RM.


Dengan melancarkan buku Faisal Tehrani YAB Perdana Menteri seperti sudah terkena 'getah' yang menjadi bahan serangan Pembangkang apabila pihak penguatkuasa seperti KDN mengambil tindakan terhadap buku beliau. 


Kalau boleh jika Menteri atau PM nak lancar buku kena check pemikiran penulisnya dan jangan sebarangan terima. Juga jika mahu menulis buku jangan pula dipilih penulis pro Islam Liberal seperti Zainah Anwar yang disebut telah diminta menulis buku yang diberi tajuk 'Legacy of Honour' yang mengisahkan keluarga bekas PM jalur keturunan Menteri Pertahanan DS Hishammuddin Hussein.


http://www.thestar.com.my/story.aspx/?file=%2f2011%2f5%2f22%2flifefocus%2f8708899










Meskipun tidak salah namun ia seperti memberi mesej wujud hubungan rapat antara pemimpin dengan penulisnya. Sesuatu yang memberi bola tanggung percuma kepada pembangkang.


Harap pegawai PM dan Menteri akan menerima teguran ini dengan dada lapang.


Bab pemikiran boleh rujuk Prof Wan Mohd Noor Wan Daud anak murid Prof Naquib Al Attas dan juga anak muridnya yang gigih menyebar pemahaman Islam ASWJ di negara dan luar negara. Yang turut gigih membantu PM Najib Razak di Biro Tatanegara.


Lebih jauh dari itu kita juga perlu sedar bahaya gerakan Anti Hadis dipercayai cuba menggunakan Kelab pro Tun M untuk menyebarkan doktrin mereka. Perkara ini sudah didedahkan sebelum ini dan jawapan Tun M tentang Hudud tidak mustahil hasil pemikiran kumpulan ini yang telah berjaya mempengaruhi Tun M.


Meskipun kita tidak menafikan hubungan rapat Tun M dengan Kassim Ahmad namun sebagai negarawan mustahil beliau akan menerima pemikiran ini jika tidak kerana usaha terancang Puak Anti Hadis menyuntik info tidak tepat sehingga berjaya menjadikan kenyataan Tun M sebagai dilihat menyebelahi puak mereka.


Lihat kenyataan Tun M mengiktiraf mazhab Syafei yang ditolak Kassim Ahmad. Lihat juga Mukhriz Mahathir menerima Habib Syech bukti

beliau bukan wahabi atau anti hadis.


Ada kalangan mereka turut menjadi penulis blog popular yang mungkin tidak sedar sudah terpengaruh dengan fahaman ini.


Kepada Allah kita doa agar bumi kita tidak tidak dipenuhi golongan sesat dan dipimpin pemimpin yang menyesatkan.


Bab pemimpin PAS ikut fahaman wahabi dan Syiah yang didedah panglima selama ini anda boleh cari di ruangan 'search' bahagian atas blog.


Mohon maaf kepada yang tidak menyukai tulisan ini.


Berkata benar memang pahit walau ia adalah ubat yang bermanfaat...

Sent from my iPhone

PAS' sincerity over hudud questioned - @Zahid_Hamidi | The Star Online

Posted: 04 May 2014 06:19 PM PDT



KUALA LUMPUR: Umno has questioned PAS' sincerity in wanting to implement the hudud law in Kelantan.

Its vice-president Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi said it was questionable whether PAS' plan to implement the law was for the sake of Islam or merely to gain political support from the Malays.

Ahmad Zahid who is also Home Minister said this following a statement by DAP vice-chairman Teresa Kok, who claimed that PAS wanted to implement the hudud law to shore up its waning support from the Malays.

Teresa was reported to have made the statement after meeting Kelantan Deputy Menteri Besar Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah last Tuesday.

"If what is said by Kok is true that it (the hudud implementation) is to trap Umno and merely to achieve PAS' political objective, then the move to implement hudud law and the intention to get support from Umno, are political ploys that have to re-evaluated by all Muslims in Malaysia.

"Is PAS worried that without hudud, its influence among the Malays-Muslims would wane?," he told a press conference here.

He said Kok's statement as reported by a news portal clearly mentioned PAS' difficulty in attracting rural Malay support as Umno has alleged that PAS was being controlled by DAP.

"The statement hints that PAS has taken on the challenge by Umno (regarding hudud) for its own political survival," he said.

Dr Ahmad Zahid also questioned if Kok's statement echoed the real principle of DAP and PKR.

"Does PKR agree with Kok's statement especially since DAP is known to be anti-hudud and cannot be trusted by Muslims," he said.

Dr Ahmad Zahid also pointed out that DAP and PKR had clearly rejected PAS' hudud although there are Muslims in the parties.

"It is true that PAS does not have any support from its own coalition members," he said, adding that Umno has never rejected hudud.

Ahmad Zahid said Umno would study the statements made by PAS leaders on the party's intention to implement hudud.


http://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/05/03/PAS-sincerity-over-hudud-questioned-Umno-Is-it-only-for-political-support/


Sent from my iPhone

الفاتحة : mantan Ketua Bahagian Umno Hulu Bernam Dato Idris Abu Bakar Meninggal

Posted: 04 May 2014 04:41 PM PDT


Mantan Adun BN Hulu Bernam Dato Idris Abu Bakar meninggal dunia jam 2:08 pagi td. Semoga rohnya dirahmati dan diletakkan dikalangan org2 yg beriman. AL Fatihah

Mari doakan rohnya ditempatkan bersama orang beriman.


Sent from my iPhone

Gambar-Gambar Harta Karun Yang Ditemui di Pulau Nangka Melaka

Posted: 04 May 2014 06:21 AM PDT

Hanipa Maidin Jawab Balas Kenyataan Dr Farouq Tolak Hadis Untuk Tolak Hudud PAS

Posted: 04 May 2014 06:14 AM PDT

Ulasan YB Mohd Hanipa Maidin yg merupakan salah seorang ahli panel di dalam Forum Hudud yg diadakan di Chinese Assembly Hall pada 2 Mei 2014 :

"Perkataan ramai ahli pas tolak laksana hudud di kelantan bukan ucapan saya.
Sejak dari awal saya sedar penelist dan audience yang datang adalah hostile kepada hudud..sebenarnya hujah yang mereka kemukakan bukanlah benda baru..memang sukar untuk menjawab dalam masa 15 minit tentang isu yanh dibangkitkan oleh dr farouk ..sebagai contoh dia bawa hujah hukum rejam tidak ada dalam al quran dan apabila saya jawab hukum rejam ini ada dalam quran tapi tilawahnya telah dinasakhkan dan saya kata kita kena faham isu nasakh dan mansukh kerana ini melibatkan ulum al quran..dan apabila saya kata hukum rejam ada dalam hadith berdasarkan kes maiz dan ghamidiyyah dr farouk kata ..hadith hanya bersifat dzanni tak boleh guna kerana kita hanya kena ikut al quran..pada masa itu saya ambil pendekatan al quran..sekiranya orang jahil bercakap kita kata saya salam lah pada dia...

Audience kebanyakan bukan Islam maka meskipun kita boleh jawab hujah dr farouk dari perspektif Islam namun audience mungkin tak akan faham apa yang nak didebatkan jadi saya rasa ia tak akan memberi apa apa manfaat pada audience.

My prime aim semalam adalah membawa mesej ini..bahawa anda ( audience ) perlu memahami bahawa kami orang Islam dan Pas x boleh lari dari hudud kerana ianya undang undang Allah ( divine law ) tapi dalam masa yang sama kami juga membawa hudud ke dalam masyarakat melalui saluran demokrasi iaitu kami tidak keluar dari prinsip demokrasi. Demokrasi mengenai rakyat..memandangkan rakyat kelantan sokong Pas meskipun kami bawa hudud maka demokrasi menuntut mana mana orang menghormati hak rakyat kelantan..

Dr Farouk cuba menyatakan kononnya Pas cuba diamkam pendapat golongan yang menentang hudud..saya jawab kewujudan forum semalam menunjukkan kita tak mendiamkan sesiapa kita sanggup dengar dan berbahas malahan saya kata kita bukan sahaja tak diamkan orang menentang hudud malahan kita juga benarkan kawan2 kita dalam Pakatan Rakyat buat bising mengenai hudud.

Dr Farouk juga kata orang Pas suka menghukum orang yang tentang hudud keluar dari islam..saya kata saya hormati pandangan beliau yang tak setuju hudud kerana kata kita menghormati hak kebebasan bersuara dalam demokrasi dan saya kata " i am not going to judge you for what you have said..because I believe in democracy we have to respect a good opinion as well as a lousy opinion..in democracy, as pointed out by one of the indian judges we are not supposed to sing the same song..

Bila Dr Farouk bangkitkan isu rejam kepada penzina dia semacam tolak hukum rejam ke atas penzina muhsan yang bersumber dari hadith atau al sunnah..ketika itu saya ingin menyatakan kepada dia ( tapi x sempat kerana faktor masa ) kita bincang isu hudud on the basis you and I terima bahawa sumber utama undang2 islam adalah al Quran dan alHadith tapi jika kamu x terima al hadith sebagai sumber perundangan Islam I think our debate should not be on hudud sebaliknya our debate should be on whether alhadith sebagai sumber perundangan Islam atau tidak?"

Sumber : rakan whatsapp


Panglima : inilah bila berlainan pegangan agama dan mazhab cuba menjatuhkan kerajaan Ahli Sunnah Wal Jamaah atas pakatan tidak sah.

Semuanya akan berakhir dengan kekeliruan demi kekeliruan bukan kepuasan kepada jawapan yang diutarakan.

Setinggi mana tohmahan kepada kerajaan sedia ada sekarang belum tentunya pakatan boleh menjadi lebih baik dari itu.

Lihat di Selangor tidak mustahil status negeri maju akan menjadi mundur jika krisis air gagal ditangani dengan cepat oleh pimpinan Pakatan yang mentadbirnya.

Dr Farouq ini didakwa penyokong kuat Anwar Ibrahim yang mesra dengan geng Islam Liberal.

Kita tunggu berapa lama pakatan tidak berdaftar ini mampu bertahan.

Sent from my iPhone

Video Korporat : Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab Masjid Tanah Melaka

Posted: 04 May 2014 06:00 AM PDT



Sekolah ini merupakan sekolah menengah lelaki diusahakan oleh keluarga mertua DS Dr Ahmad Zahid Hamidi yang dirasmikan pada 26 April 2014 yang lalu oleh TYT Negeri Melaka. Pendekatan yang digunakan sangat sesuai untuk keseimbangan dunia dan akhirat. Sebagai lulusan tahfiz panglima berbangga dengan sekolah bertaraf antarabangsa ini. Syabas diucapkan kepada semua termasuk DS Dr Ahmad Zahid yang merupakan Penasihatnya. 


Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:04 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


BLOGGER OMAK KAU DITANGKAP KHALWAT DENGAN S/U JINGGA 13 ?

Posted: 04 May 2014 09:22 AM PDT

http://omakkau.blogspot.com/
SIAPAKAH SETIAUSAHA JINGGA 13?

INIKAH SI DIA? GAMBAR HIAS

Berita yang baharu sampai di kotak emel kami, blogger Pakatan Blogger Omak Kau http://omakkau.blogspot.com/ khabarnya telah ditangkap khalwat dalam sebuah kereta dengan Setiausaha Jingga 13?

Bersambung esok ya...malam sudah larut...

POLIS DENGAN DBKL PUN TIDAK BOLEH BEZA, KETUA EDITOR HARAKAH BEBAL NAN BANGANG,

Posted: 04 May 2014 03:00 AM PDT


POLIS DENGAN DBKL PUN TIDAK DAPAT BEZAKAN, MEMANG BEBAL DAN BANGANG BETUL KETUA EDITOR, PENOLONG KETUA EDITOR HARAKAH, JURU FOTO HARAKAH, DESIGNER HARAKAH, TUKANG SPIN HARAKAH, PEMBACA PRUF HARAKAH KALAU ADA, PENASIHAT HARAKAH... KALAU NAK MENIPU AHLI SENDIRI AHLI PAS SENDIRI AGAK-AGAKLAH, JANGANLAH MENCIPTA DOSA SENDIRI ... INILAH DIA HARAKAH, KALAU TIDAK MENIPU BUKAN KETUA EDITOR HARAKAH NAMANYA!

HONG LEONG BANK PATUT PINDAH KE CHINA BUAT HAL LAGI GILA !

Posted: 04 May 2014 12:52 AM PDT

Tertera di baju Hong Leong Bank ini perkataan Hong Leong semasa himpunan 1 Mei di Kuala Lumpur baru-baru ini. So, Hong Leong Bank mahu cakap apa lagi? Kalau nak tumbang kerajaan elok tutuplah Bank itu berniaga di tanah besar China! Jangan hanya tahu menafikan, sudah banyak isu dinafikan seperti melarang pekerja Islam bersolat di surau, menghina pekerja Islam Hong Leong dan terkini nak kata apa lagi...tertera perkataan Hong Leong? Orang-orang di Hong Leong semua buta kah? Semua buta hurufkah? Pakai Kanta baca perkataan Hong Leong di baju itu. Manager-manager Hong Leong Bank tak tahu membaca kah?

Dan paling hamsap, paling setan, paling gila. paling tidak hormat negara, bendera negara kita dia terbalikkan!!! Kalau ini macam tutuplah ini bank di Malaysia pindah ke tanah besar China!