Followers

Nuffnang

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:53 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


2 Jawatan bertaraf menteri untuk PAS?

Posted: 02 May 2014 10:23 PM PDT



Mungkin pihak-pihak tertentu termasuk Pas sendiri boleh menyiasat atau menafikan maklumat ini bahawa dua orang ahli parlimen Pas dijanjikan jawatan setaraf menteri kabinet sekiranya projek hukum hudud yang kini dibantu oleh Umno berjaya dengan selamatnya.

Maklumat ini sesuatu yang agak ganjil bunyinya kerana kalau ini benar, bermakna kesediaan Umno untuk menyokong perlaksanaan hukum hudud Pas di Kelantan itu dibuat bukan saja atas tanggungjawab bersama dari kontes Islam tetapi ia merupakan adalah kerjasama politik.

Ia juga dibuat bukan atas tanggungjawab agama tetapi kerana kepentingan diri dan mahukan kedudukan. Ia juga boleh dianggap sebagai hukum hudud digadai untuk mencapai kedudukan. Hal ini tidak mustahil kerana gagasan Unity Government (UG) yang diusahakan satu masa dahulu ia juga bertolak atas kepentingan diri dimana ia dilaksanakan kerana dijanjikan jawatan menteri.


Menerusi UG dahulu Pas diberi dua jawatan menteri dan dua timbalan menteri. Individu yang disebut sebagai bakal diberikan jawatan menteri ketika itu ialah "Presideng" Abdul Hadi Awang dan timbalannya, Nasharuddin Mat Isa. Adun Kok Lanas, Alwi Che Amat yang menjadi Setiausaha Politik perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi boleh mengesahkan kerana beliau adalah mediator yang menghadiri perjumpaan dan makan tengahari wakil Pas dengan Abdullah di kediamannya di Jalan Balamy dan juga di hotel terkenal di Petaling Jaya.

Jadi maklumat terbaru diterima itu tidak mustahil kalau hal sama berlaku sekali lagi kerana individu yang disebut itu masih ada hubung kait dengan agen-agen UG sebelum ini.

Dari sumber yang boleh dipercayai, berlaku pertemuan beberapa individu dengan Muhyiddin Yassin di Kuala Lumpur sejak dua bulan lepas. Pertemuan itu juga pernah sekali melibatkan pucuk pimpinan tertinggi Pas. "Pertemuan itu bukan kebetulan, tetapi ia diatur demikian rupa," kata sumber dari sebuah kementerian.

Dua tahun lepas satu pertemuan berlaku di sebuah pulau di Langkawi yang turut sama melibatkan Dr Mahathir Mohamad, seorang bekas menteri dan seorang bekas Ketua Pengarang Kumpulan sebuah syarikat penerbitan. Muhyiddin yang sepatutnya hadir bagaimana diwakili oleh wakilnya.

Pas perlu menyiasat perkara ini bagi memastikan isu hudud yang mengghairahkan dunia ini tidak dijadikan cagaraan atau gadaian dengan kedudukan atau pun sebagai umpan untuk kepentingan individu tertentu sahaja.

Menteri Besar Kelantan Ahmad Yaakub yang merupakan arkitek pelaksanaan hudud di Kelantan dipercayai tidak mengetahui mengenai perundingan ini dan beliau hendaklah lebih waspada agar tidak tergigi lidah ketika memamah pinang kosi [MSO]

Remaja dirogol teman lelaki

Posted: 02 May 2014 08:23 PM PDT

SABAK BERNAM – Keinginan pelajar tingkatan empat berseronok dengan teman lelaki sehingga sanggup ponteng sekolah, akhirnya bertukar detik hitam apabila dia dirogol lelaki itu di sebuah rumah di Sungai Besar, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Noor Mushar Muhammad berkata, mangsa, 16, dipercayai dirogol temannya lelaki itu antara jam 8 hingga 11 pagi di rumah bapa suspek yang ketika itu tiada di rumah kerana bekerja.

Menurutnya, kesempatan itu digunakan sepenuhnya suspek untuk membawanya ke rumah dan kemudiannya bertindak merogol mangsa yang baru dikenalinya kira-kira sebulan lalu.

"Lelaki yang mengenali mangsa melalui rakannya dipercayai pernah melakukan seks oral beberapa kali sebelum ini, namun mengakui baharu pertama kali melakukan hubungan seks dengan mangsa," katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, perbuatan lelaki berusia 19 tahun itu terbongkar selepas kakak mangsa mengesyaki sesuatu berlaku kepada adiknya selepas seorang rakan mangsa menghubunginya memaklumkan mangsa tidak ke sekolah.

Katanya, suspek yang menghantar mangsa di rumah selepas waktu persekolahan, tidak menyangka perbuatannya itu berjaya dihidu kakak mangsa.

"Mangsa yang masuk ke rumah kemudiannya didesak kakaknya beberapa kali sebelum mengaku tidak ke sekolah dan dirogol lelaki berkenaan," katanya.

Noor Mushar berkata, kakak mangsa yang terkejut dengan pengakuan adiknya itu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam bagi memaklumkan kejadian terbabit.

"Polis mereman suspek yang bekerja sebagai mekanik bermula 29 April lalu sehingga 6 Mei ini untuk membantu siasatan lanjut," katanya.

Ahli Arkeologi Marin British Dakwa Temui Serpihan MH370

Posted: 02 May 2014 07:03 PM PDT




Diterbitkan: Jumaat, 2 Mei 2014 5:29 PM

Akers menunjukkan gambaran satelit bangkai pesawat MH370.

AHLI arkeologi marin British,Tim Akers mendakwa telah menemui bangkai kapal terbang MH370 lebih kurang 3,000 batu dari zon carian selepas mengesan serpihan  Malaysia Airlines yang bewarna merah.

Beliau berkata, gambaran satelit menunjukkan ekor pesawat, sayap dan beberapa serpihan lain di pantai Timur Vietnam.

Akers,56, sebelum ini turut mengkaji perairan Australia di Perth bertahun-tahun bagi mencari tinggalan kapal Perang Dunia Kedua yang hilang di negara ini-HMAS Sydney.

Operasi pencarian MH370 dilakukan secara menyeluruh melibatkan satelit, pesawat, kapal dan peralatan air canggih yang mampu melangkaui air dalam, namun tidak mendatangkan sebarang petunjuk dalam menemui Boeing 777 yang hilang 8 Mac lalu.

Imej kecil (kanan) dikatakan serpihan pesawat MH370.


Tetapi Akers dari North Yorkshire mula yakin beliau mungkin telah menemui pesawat hilang yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal  ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Beliau mendakwa telah mengenal pasti sebahagian daripada ekor pesawat itu  di luar pantai Vietnam, hanya sekitar 1,000 batu dari mana pesawat itu
berlepas.

Penemuannya itu sekaligus menyokong laporan bekas juruterbang  Amerika Syarikat  Michael Hoebel dari New York, yang mempercayai bangkai pesawat itu berada luar pantai Thailand.

Akers  dirujuk sebagai penyelidik bebas bersama Muzium Maritim Nasional berkata, beliau kini sedang mengenal pasti bahagian-bahagian pesawat tersebut di mana sebelum ini pihak berkuasa Vietnam menerima laporan daripada pekerja minyak yang melihat pesawat yang terbakar keluar dari udara.

Beliau berkata adalah lebih munasabah pesawat itu terhempas di Laut China Selatan daripada terjatuh di Lautan Selatan India.

Boeing ingin tahu misteri di sebalik MH370

Posted: 02 May 2014 02:12 AM PDT

Boeing ingin tahu misteri di sebalik MH370
KUALA LUMPUR - Boeing, pengeluar pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 yang hilang secara misteri sejak 8 Mac lepas, bersama-sama seluruh komuniti penerbangan global berikrar untuk mengetahui apa yang berlaku terhadap pesawat berkenaan dan mengapa.
Dalam kenyataan di sini hari ini, pengeluar pesawat itu berkata Boeing sedang bekerjasama dengan semua pihak dengan harapan menyelesaikan pencarian pesawat itu secepat mungkin.
Ia berkata semua laporan kemas kini dan maklumat harus disampaikan pihak berkuasa Malaysia.
"Boeing terlibat secara aktif sebagai penasihat teknikal kepada Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan Amerika Syarikat, berkongsi kepakaran tenikal dan analisis dengan pasukan penyiasat Malaysia dan menyokong pencarian yang dilakukan sekarang," kata Boeing.
Boeing berkata ia akan turut serta dan menyokong usaha untuk mencari cara berkesan dan efisien bagi meningkatkan pengesanan kapal terbang di seluruh dunia.
"Sejak hari pertama, keluarga dan insan disayangi yang menaiki pesawat Malaysia Airlines 370 sentiasa dalam ingatan dan doa kita," kata Boeing.
Penerbangan MH370 membawa 239 penumpang dan anak kapal hilang daripada imbasan radar ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.
Antara penumpangnya tiga orang warga Amerika Syarikat.
Gerakan mencari melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mengesan pesawat Boeing 777-200ER itu diperairan Perth, Australia membabitkan penggunaan Kenderaan Dalam Air Autonomi (AUV) Bluefin-21. - Bernama

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=146002:boeing-ingin-tahumisteri-di-sebalik-mh370&Itemid=2#ixzz30Y0pk0gA

Kami Sokong Tokguru

0

Posted by Unknown | Posted on 11:50 PTG | Posted in

sumber :-

Kami Sokong Tokguru


Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi

Posted: 02 May 2014 05:00 PM PDT

5 Pesanan Syeikh Ahmad Yasin kepada Pemuda & Pemudi  1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.  2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.  3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.  4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.  5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.  sumber: http://on.fb.me/1nMNN04  -AKA-
 
1) Wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai kesero...nokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian.
 
Telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. Sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
 
2) Aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. Lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
 
3) Wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. Kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah.
 
Aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian.
Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.
Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
 
4) Wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. Aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. Jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan.
 
Jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. Haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian.Kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang.
 
Bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. Bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. Belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. Latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. Latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
 
5) Biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. Berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
 
Aku merasakan seakan-akan Syeikh Ahmad Yasin memperingatkan golongan muda islam untuk bersedia menghadapi perang akhir zaman atau perang armagedom yang akan melibatkan tentera berekutu yang diketuai oleh dajal dengan tentera islam.Semoga Allah menempatkan Syeikh bersama-sama para syuhada Amin..

Berhati hati Dengan Taktik Baru Perogol

Posted: 02 May 2014 04:00 PM PDT

AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH - Info dari Rakan FB Bomba  Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.  Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Sebarkan.
AWAS TAKTIK KOTOR PENJENAYAH - Info dari Rakan FB Bomba
Pendedahan satu taktik kotor penjenayah yang mengambil kesempatan memperdaya gadis-gadis terutama pelajar sekolah.
 
Jangan mudah mengambil minuman atau makanan daripada sesiapa samada yang dikenali ,lebih-lebih lagi yang tidak dikenali.
 
Gambar tersebut menunjukkan cara air kotak disuntik dengan bahan penghayal dan digam(seal) semula supaya kelihatan seperti asal sebelum diberi kepada pemangsa. Sebarkan.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:49 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Idris Haron pertahan kroni dari prihatin pada pendedahan Selangor Chronicle

Posted: 02 May 2014 09:42 PM PDT






Ketua Menteri Melaka menjawab pendedahan seorang ahli pejabat Ketua Menteri Melaka tapi nampakya respons beliau berlainan sekali dengan pendedahan sebelum ini melibatkan kegiatan jugi di Alor Gajah di SINI.


Dalam kes terbaru yang didedahkan Selangor Chronicle SINI,  ia meliatkan salahgun akuassa Pengerusi Eksekutif MElaka Hari Ini Sdn Bhd.

Kali ini laporan berita melaporkan Idris Haron agak bersungguh-sungguh menafikan dan mengkritik blog dari membuka minda untuk hal ini dilaporkan pihakk polis.

Kalau tak puashati, buatlah laporan dengan polis dan SKMM, tapi kalau Rahim Lajis disiasat sekali dan jika didapati ada kebenran, siapa malu pula?

Dalam dunia poliik dan budaya keterbukaan d Internet, Idris Haron jangan mudah sangat memperkecilkan maklumat yang tersebar di Internet.

Mata yang melhat salahlaku sekarang lebih bayak dan Idris haron tak akan bberupaya menutup sebarang salahlaku. Jika SPRM gagal siasat dan dakwa, jangan sampai rakyat mendakwa BN kerana sikap negatif ketua Menteri.

BUkan semuanya fitnah....

Dikala orang menganggap dua MB yang bakal digugur adalah dari negeri tertentu, jangan hairan jika yang dimaksudkan adalah Ketua Menteri.

Macam p#kim*k ahli UMNO ni ...Ni yang buat orang menyampah!!!

Posted: 02 May 2014 05:30 PM PDT


Macam-macam blogger dan aktivis sosial media serta pihak berwaji bertempur hadapai demonstrasi anti GST.

Ada dengar perhubungan Selangor nak buat retreat mintak budget untuk ke Selangor.

Mereka ni sedar ke tidak orang lagi membenci UMNO dan mereka patut lagi kerja kuat dan ubah sikap untuk diterima rakyat????

Pukimak lahanat betul

Bingai PR bantah GST tapi tak tau apa GST ... kah kah kah

Posted: 02 May 2014 06:08 AM PDT


Membuang masa saja budak-budak ini. Baik balik sekolah baca buku dan cari ilmu dulu dari jadi budak bodooh berdemo tapi tak faham apa yang dibantah.


Kah kah kah ....

Tak perlu solat tunjuk-tunjuk selagi takut pada DAP

Posted: 02 May 2014 04:09 AM PDT


 Macamlah tak ada masjid dan surau berdekatan. Masjid ada dua, surau pun ada. Bilek sembahyang berdekatan pun banyak. 

Nak menunjuk Islam apa?

Kalimah Allah takut nak pertahan! 

Nak tengok berani ke hadapai DAP???



Usaha dan pengorbanan Unit Amal PAS selama ini tak dihargai

Posted: 02 May 2014 01:00 AM PDT



Sebelum ini, setiap kali nak demo atau nak buat ceramah, Unit AMal PAS yag jaga keselamatan dan lakukan gerak gempur di hadapan.




Pergaduhan SAMM dengan Unit Amal PAS memberi anggapan seolah-olah mereka ini dah tak dihargai lagi.

Lama dah kkami beritahu PAS, PKR dan DAP hany anak perguna PAS. Sokongan dan jentera PAS diperguna untuk meletakan calun mereka menang di kerusi-kerusi tertentu.


Bila beza pendapat pasal hudud, dah mula sampai nak gaduh dan tak hormati Unit AMal.



Hinggakan dikatakan ada kecederaan dan kematian. Wallahu alam.


MAsih lagi hendak terus diperguna?

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:47 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


AHLI SAMM MAKI UNIT AMAL

Posted: 02 May 2014 08:44 PM PDT


Pihak polis menerima laporan daripada tiga jurukamera yang dikasari peserta perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) di Dataran Merdeka pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner (ACP) Zainuddin Ahmad berkata mereka membuat laporan petang semalam yang mendakwa perbuatan itu dilakukan Solidariti Anak Muda Malaysia.

"Insiden disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. Bagaimanapun tiada tangkapan dibuat," katanya di sini, Jumaat.

Dalam kejadian itu, ketika perhimpunan mula bersurai kira-kira pukul 4.30 petang itu, dua daripada petugas media berkenaan didakwa ditumbuk dan disepak, sementara seorang lagi terkena kayu yang dibaling.

Jurukamera Xinhua News Agency, Mohd Zul Iskanda Mohd Hanafiah ditendang dan terkena balingan kayu, sementara jurufoto Focus Malaysia, Sharil Amin Abdul Rahim ditumbuk dan disepak.

Jurufoto Malaysian Reserved Hafzi Mohamad juga terkena balingan kayu.


Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:45 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


MH370 Hari ke-56: Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala?

Posted: 02 May 2014 10:32 PM PDT


Tiada apa yang ditemui di Teluk Benggala berhubung laporan syarikat pencarian yang berpangkalan di Adelaide, Australia yang percaya mereka mungkin telah mengesan serpihan pesawat MH370.

Ketua Penyelaras Pusat Tindakan Bersama, Angus Houston berkata kini tiga kapal tentera laut Bangladesh sedang memantau kawasan itu yang sebuah daripadanya dilengkapi keupayaan mengesan bunyi gema.

"Namun saya yakin dengan semua bukti yang ada di hadapan kami, usaha gigih yang pasukan sedunia temui, analisis "handshake' manual antara pesawat dan satelit.

"Dan juga kerja stimulasi yang dilakukan bagi mendefinisi kawasan di selatan Lautan Hindi. Saya yakin kawasan berkenaan di selatan lautan (Hindi) merupakan tempat pencarian yang betul dan saya pasti masanya akan tiba kami menemui pesawat di kawasan itu di Lautan Hindi," katanya.

Houston berkata demikian dalam sidang media bersama dengan Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Presiden Biro Siasatan Kemalangan Penerbangan Perancis (bekas ketua pasukan siasatan Air France 447) Jean-Paul Troadec, Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Dilaporkan syarikat berkenaan GeoResonance telah mendakwa menemui serpihan pesawat, kira-kira 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.

Mengenai petunjuk baharu itu, Hishammuddin berkata beliau pada mulanya melihat kemungkinan memperoleh kapal yang sesuai untuk mencari di kawasan itu bagi mengesahkannya.

"Tetapi, saya ingin tekankan dengan berbuat demikian, kami mengubah diri kami daripada pencarian utama. Jika kami pergi ke sana dan hasilnya didapati negatif, siapa yang akan bertanggungjawab dengan masa yang terbuang itu. Dengan menghantar lebih banyak kapal (ke Teluk Benggala) akan menjejaskan pencarian di kawasan pencarian (sekarang)," tambahnya.

Hishammuddin berkata usaha pencarian MH370 adalah mencabar, namun kesemua pasukan antarabangsa berazam untuk meneruskan dengan fasa baharu pencarian.

Mengenai operasi Bluefin-21, Houston berkata tugas kenderaan autonomi bawah air (AUV) itu, sebagai respons kepada transmisi yang diterima di kedalaman (lautan) beberapa minggu lalu, adalah petunjuk paling memberangsangkan yang dimiliki, pada masa itu.

"Mereka (tansmisi) di kawasan pencarian yang didefinisi pasukan antarabangsa dan mereka terletak di garisan lingkungan ping ketujuh. Bila kami memperoleh transmisi daripada kedalaman, ia nyata kami terpaksa turun dan melihatnya.

"Kami menghntar Bluefin di kawasan itu. Setakat ini, ia tidak menemui apa-apa dan setakat ini kami telah meliputi 500 kilometer persegi. Itulah caranya," tambahnya.

Beliau masih berharap Bluefin - yang bertugas sehingga akhir bulan ini - mungkin menemui sesuatu.

"Saya mesti berkata peluang mencarinya (MH370), Saya fikir kemungkinannya adalah lebih rendah daripada ia memulakan pencarian," katanya.

Penerbangan MH370 yang membawa 230 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac dan hilang dari radar skrin kira-kira sejam kemudian semasa di Laut China Selatan.

Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Selepas 17 hari kehilangannya, penerbangannya didapati berakhir di selatan Lautan Hindi.

Suara Politik
Belantan

Peserta perhimpunan Bantah GST serang jurufoto media?

Posted: 02 May 2014 07:31 AM PDT


Kejadian berlaku selepas perhimpunan Bantah Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang berlangsung hari ini bersurai, dimana sekumpulan pemuda yang menyertai perhimpunan tersebut bertindak menyerang sekumpulan jurufoto yang sedang membuat liputan media di Jalan Raja dekat Dataran Merdeka.

Menurut laporan, kumpulan anak muda yang bertopeng serta berpakaian serba hitam itu, menggelarkan diri mereka sebagai 'Antifa' telah cuba membuat provokasi ke atas kumpulan jurufoto tersebut.

Di dalam kejadian yang berlaku sekitar petang tadi, seorang jurufoto dari Malaysia Fokus, Sharil Amin Abdul Rahim disepak dan ditumbuk manakala jurufoto Malaysia Reseved, Hafizi Mohamad terkena balingan kayu.

Susulan kejadian tersebut, Persatuan Jurufoto Media Malaysia (MPPA) membidas tindakan berkenaan dan memandang serius akan perkara itu.

"MPPA memandang serius kejadian ini kerana perhimpunan ini adalah perhimpunan aman dan di bawah seliaan permit pihak berkuasa. Seharusnya tiada kekecohan tercetus.

"Kami kesal dengan segelintir kumpulan pemuda yang masih bertindak liar dengan menyerang jurufoto media bertugas" jelas Setiausaha Agung MPPA, Mohammad Naim Firdaus Abdul Aziz dalam satu kenyataan media.

MPPA dalam kenyataannya turut memaklumkan akan melaporkan kepada pihak polis dan akan mempertimbangkannya ke pihak peguam kerana ada bukti bergambar.

Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek mengutuk perbuatan sekumpulan pemuda tersebut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang tidak wajar.

Shabery turut menyeru agar pihak media dihormati kerana golongan tersebut sudah bersusah payah menyalurkan maklumat kepada rakyat.

Suara Politik
Belantan

oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:09 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


YDP Agong DiLudah Dan Dimaki Hamun Peserta Himpunan Anti-GST?

Posted: 02 May 2014 08:37 AM PDT


Kuala Lumpur – Di dalam keghairahan segelintir masyarakat yang menyertai himpunan anti-GST yang diadakan semalam, sekumpulan anak muda yang menggelar diri mereka sebagai 'Antifa' telah bertindak di luar batasan apabila mengunakan kebebasan dan hak bersuara dengan menghina dan memaki-hamun institusi Diraja.

Mereka yang berkumpul di hadapan bangunan Menara Maybank, Jalan Tun Perak itu mula berarak ke Dataran Merdeka sekitar jam 3.00 petang sambil melaungkan slongan membantah perlaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Perarakan yang pada mulanya aman dan terkawal itu, mula bertukar kecoh apabila beberapa ahli dari kumpulan tersebut mula membuat bising dengan menyanyikan beberapa lagu provokasi yang diiringgi dengan alunan muzik.

Keadaan menjadi semakin bingit, apabila ada dikalangan mereka mula menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada para pemimpin negara.



Paling memeranjatkan, sejurus selepas menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku kata-kata cemuhan telah dilemparkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Melayu.

"Fuck la Raja, Pergi Jahanam" jerit mereka petang semalam.

Malah ada dikalangan ahli kumpulan tersebut yang turut meludah apabila lirik 'Raja Kita Selamat Bertahta' dinyanyikan kononnya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati.

Pengamal undang-undang dan pakar sejarah sebelum ini mengesa agar pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat terhadap mana-mana individu yang didapati bersalah menghina institusi Raja termasuk penjara mandatori.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia (PKIRM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam, undang-undang itu perlu digubal dan dikuatkuasakan segera bagi menghentikan penghinaan terhadap Raja atau Sultan.

Malah perkara yang sama turut pernah dibahaskan di dalam Dewan Rakyat tidak lama dahulu, apabila ahli-ahli parlimen dari Barisan Nasional yang mahu mencadangkan agar satu akta khusus diwujudkan untuk mengukuhkan undang-undang sedia ada bagi menghalang mana-mana pihak daripada melakukan sebarang tindakan yang boleh meruntuhkan institusi tertinggi negara itu.

Wasabi Oyabun..

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:07 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


KSN @AliHamsa55 : Tindakan Tegas Penjawat Awam sertai demonstrasi Termasuk Dibuang Kerja

Posted: 02 May 2014 06:53 PM PDT

Misteri : Tangan Hitam Pegang Bayi Berjaya Dirakam

Posted: 02 May 2014 03:42 PM PDT

Maklumat tentang keluarga ini tidak diperolehi. Cuma ia menjadi bahan disebarkan melalui whatsapp dan mengundang misteri tangan milik siapakah warna hitam di celah ketiak bayi tersebut.

Kenyataan Naib Presiden Umno @Zahid_Hamidi Berhubung Kenyataan @TeresaKok Konon PAS Guna Hudud Untuk Tarik Sokongan Melayu

Posted: 02 May 2014 12:17 AM PDT





Kenyataan ini turut diulas oleh Blog Teh Tarik Bersama YB di sini 


Mohon sebarkan...



Sent from my iPhone

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

0

Posted by Unknown | Posted on 9:36 PTG | Posted in

sumber :-

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


YA LA...JADI BETUL AKU SOKONG..KALAU NAK AMBIK KELANTAN..PAS KENA TIPU.

Posted: 02 May 2014 04:58 PM PDT


Anwar isytihar demo 1 Mei berjaya, lebih 50 ribu hadir

Posted: 02 May 2014 02:34 AM PDT



Perjuangan belum selesai, kata Mat Sabu 

 

 


Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Juta Kakitangan Awam! KALAU TAK KENA TIPU?

Posted: 02 May 2014 02:31 AM PDT

Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Juta Kakitangan Awam!

Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 : Kenaikan Elaun, Gaji, Pencen 1.5 Kakitangan Awam : Terbaru menjelangnya Sambutan Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 pada 2 Mei 2014 Hari Khamis ini, Presiden Cuepacs dan Datuk Seri Najib ada bertemu mengadakan perbincangan empat mata melibatkan nasib dan kepentingan 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia.
Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014

  1. Penambaikan beberapa elaun dan insentif penjawat awam termasuk elaun tetap perumahan, elaun perkhidmatan awam yang sudah lama tidak dikaji walaupun kos sara hidup melambung tinggi ketika ini
  2. Kadar hotel juga perlu dikaji semula kerana kadar hotel sudah banyak kali naik. Realiti hari ini, melibatkan urusan rasmi kakitangan awam terpaksa menanggung sendiri tambahan bayaran hotel.
  3. Kajian terhadap tuntutan perjalanan sedangkan harga petrol banyak kali naik
  4. Bayaran Cola (Elaun Sara Hidup) diselaraskan
  5. Laluan kerjaya hendaklah diubah, laluan kerjaya yang lebih luas harus dibuka kerana realitinya hari ini kerana semakin ramai pekerja awam berkelulusan tinggi yang memilih untuk memegang jawatan yang rendah. Dijangka 5 tahun  akan datang, 75 peratus jawatan sektor awam akan diisi mereka yang ada sekurang-kurangnya diploma.
  6. Kajian semula terhadap tempoh pengesahan seseorang penjawat awam yang kini antara satu hingga tiga tahun yang dilihat terlalu lama yang dipendekkan kepada hanya satu hingga enam bulan sahaja bagi mengelakkan kalangan kakitangan awam meminjam Along kerana tidak layak memohon pinjaman bank, dan membeli rumah
  7. Kajian terhadap perkhidmatan tertutup yang melibatkan 154 pihak berkuasa tempatan dan badan berkanun yang termasuk 20 institusi pengajian tinggi awam.
  8. Kerajaan supaya menukar status kuarters kerajaan sebelum merdeka menjadi rumah sewa kerajaan dan dikenakan sewa pada kadar RM124 kerana ketika ini penjawat awam yang menduduki kuarters mereka hilang elaun rumah dan Cola pula diberi pada separuh kadarnya.
  9. Memberikan cuti antara 12 hingga 15 hari kepada penjawat awam untuk menunaikan umrah. "Dalam Perintah Am, setiap pekerja Islam, boleh ambil sekali cuti untuk menunaikan Haji. (Masalahnya) kalau daftar haji hari ini, mereka layak pergi pada 2075. Sebab itu Cuepacs cadangkan cuti untuk menunai umrah sebagai ganti cuti Haji. Sekiranya ada peluang penjawat awam menunai haji, kekurangan 12-15 hari itu boleh ditampung dengan cuti rehat
  10. Mengubah pengiraan ganjaran persaraan daripada 7.5% kepada 10.5%, jumlah pencen dinaikkan daripada 60% kepada 70 % atau daripada 360 bulan kepada 372 bulan. Apabila pencen nanti, penjawat awam dapat nilai pencen yang tinggi sedikit. Pencen minimum sekarang ialah RM820 yang di bawah garis kemiskinan tetapi ada kenaikan dua peratus setahun. Faedah persaraan sekarang juga kecil sangat, walaupun telah berkhidmat 40 tahun pun tak mampu nak beli sebuah rumah
  11. Membantu kumpulan penjawat awam yang gajinya di bawah RM3,000 kerana mereka kini berada dalam keadaan tertekan malah ada yang bergaji di bawah garis kemiskinan iaitu RM880.
Apa responbalas 1.5 juta kakitangan awam di Malaysia senarai senarai semakan Semakan Tuntutan Cuepacs Hari Pekerja 2014 kali ini?//(berita semasa)

PenangWasabi

0

Posted by Unknown | Posted on 9:35 PTG | Posted in

sumber :-

PenangWasabi


Koyak Al-Quran Dan Hina Islam Ketika Menonton Bola, 2 Wanita Didenda RM 7,441.95?

Posted: 02 May 2014 09:11 AM PDT


Birmingham – Dua penyokong pasukan bola sepak Middlesbrough FC, Julie Phillips, 50, dan Gemma Parkin, 18, didapati bersalah di mahkamah selepas bertindak kurang ajar dengan mengoyak helaian al-Quran dan kemudiannya membaling ke udara ketika perlawanan antara Middlesbrough FC dengan Birmingham City pada bulan Disember tahun lepas.

Mereka telah didapati bersalah atas tuduhan melakukan penghinaan serta mengancam agama pada perbicaraan sehari yang diadakan di sini, semalam.

Pada perbicaraan itu, majistret mendengar bagaimana Philips telah mengoyak al-Quran yang diambil daripada beg tangannya dan mula mengoyaknya.

Dia kemudiannya menghulurkan helaian al-Quran itu kepada penyokong-penyokong pasukan itu, sebelum mereka membaling ke udara.

Philips dan Parkin juga melaungkan anti Islam dan menjerit untuk membunuh umat Islam dengan bayonet selain berpura-pura mahu membakar al-Quran.

"Ketika kejadian terdapat 13,454 penonton dengan 655 adalah penyokong kelab Middlesbrough yang berdiri di belakang tiang gol.

"Aksi mereka mengoyak al-Quran itu disaksikan ramai orang dan ia turut dirakamkan dalam kamera CCTV, '' kata pendakwaraya.

Mereka kemudiannya di dapati bersalah oleh Mahkamah dan di denda RM 2,756.28 (£500) dan diperintahkan membayar kos mahkamah RM 4,685.67 (£850).

Penang Wasabi..