Followers

Nuffnang

DARUL EHSAN TODAY

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

DARUL EHSAN TODAY


REFORMASI...REFORMASI...REFORMASI...

Posted: 29 Apr 2014 07:00 PM PDT


16 tahun ayat REFORMASI di jaja...

Dari perlis samapailah ke sarawak, REFORMASI di laungkan...

Akhirnya rakyat terpengaruh...

Rakyat selangor pun terpeganruh...

Inilah hasil 16 tahun menjaja ayat REFORMASI...

Masih nak ber REFORMASI lagi...???

Sampai Bergini Pakatan Buat Rakyat Selangor...

Posted: 29 Apr 2014 06:00 AM PDT

Inilah nasib rakyat di negeri termaju di malaysia bernama selangor...

Mereka cukup bersyukur bila hujan lebat turun, mereka menadah botol untuk mengumpul air hujan untuk kegunaan harian...

Ada khalid ibrahim dan seluruh exco kerajaan negeri fikir kesusahan rakyat...?



oyabun

0

Posted by Unknown | Posted on 11:44 PTG | Posted in

sumber :-

oyabun


MH370: Apa Kah Dakwaan Makcik Dalelah Akan Terbukti Benar?

Posted: 29 Apr 2014 05:44 AM PDT


Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.

Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.

Dalam satu laporan berita daripada7News Australiasemalam pula, menyatakan bahawa syarikatGeoResonanceyang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.

Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.

Wasabi Oyabun..

MIMPI SENJA

0

Posted by Unknown | Posted on 11:40 PTG | Posted in

sumber :-

MIMPI SENJA


Najib dan Obama serasi kata KJ - serasi tang mana?

Posted: 29 Apr 2014 11:14 PM PDT



Najib Razak sudah semestinya mahukan kedatangan Barack Obama ke negara "tigatujuhkosong" beberapa hari lepas mengharapkan sesuatu kesan besar ke atas pentadbirannya. Paling diharap ialah Obama memuji transformasi dilakukan sebaik mengambil alih pucuk pimpinan negara daripada Abdullah Ahmad Badawi.

Najib bukan sahaja mengharapkan Obama memuji Malaysia "cekap" dalam mengendalikan pencarian MH370 kosong, (yang tidak diketamui hatta bayang sampai kini) tetapi jauh dari itu.

Najib mahukan presiden Amerika itu mengatakan, wah Malaysia kini sedang mengorak langkah ke depan dan bakal menjadi pemancu ekonomi Asean. Atau pun lebih istimewa lagi kalau Obama mengatakan Malaysia menjadi negara Islam moden contoh dengan pendekatan "wasatiyyah"nya.

Ataupun apabila membawa Obama ke Cyberjaya, Obama akan memuji Malaysia sudah setanding dengan negara-negara pemacu IT lain seperti Korea, China dan India.

Dalam masa sama, Najib tentulah mengharapkan Obama akan memberi tahu dunia Malaysia negara "tigatujuhkosong" aman, mengamalkan dasar ekonomi liberal dan terbuka. Tetapi sayangnya, semua itu tidak disentuh secara terbuka oleh Obama. Apa yang Obama sebutkan dengan penuh diplomasi tetapi bernada sindiran, kalau Malaysia mahu maju hendaklah bersikap adil kepada semua masyarakatnya.

Memahami apa yang disinggung Obama itu bahawa diskriminasi, prejudis kepada kaum lain masih berlaku di Malaysia. Penekanan menerusi agama kononnya hendak menjaga kesucian agama Islam sehinggakan kalimah Allah tidak boleh dipakai, kecaman kepada kegiatan agama lain masih diteruskan. Dalam kepala bulat Obama Malaysia (Umno) masih tidak adil.

Obama langsung tidak mengulas fasal transformasi Najib, pendekatan politik demokratik, pembangunan belia dan juga slogan "wastiyyah" yang mengganti Islam Hadhari. Ertinya apa yang dilakukan Najib itu tidak pernah tercampak ke dalam pemikiran presiden Amerika Syarikat. Dan menteri beliai dan suka yang diwar-warkan bijak, masih bertaraf habuk gergaji lagi.


Pendeknya tidak ada sesuatu yang istimewa dari Obama kepada Najib Razak dan pentadbirannya. Boleh jadi juga kenapa Obama tidak membawa isterinya, kerana tidak mahu yang bergelabut dengan Rosmah Mansor. Boleh jadi juga Obama hendak memberi tahu Rosmah Mansor seorang isteri tidak perlu membuntuti belakang suami ke mana sahaja suami pergi, sesekali elok bersenam menguruskan badan di rumah.

Bagaimana pun bagi pembodek Najib melihat kedatangan Obama itu memberi signifiken tertentu kepada Najib. Misalnya Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin yang baru berpeluang merasai menaiki kereta dipandu driver setelah beliau menjadi menteri, memuji Najib dan Obama dengan mengatakan Najib serasi dengan Obama.

Serasi apa? Minuam air sama sejenis? Dari juring mana Khairy melihat keserasian mereka berdua itu tidak pula dijealaskan. Apakah keseraisan dari segi "saiz"? Anu mereka sama panjang atau pendek. Janganlah bercakap tanpa ada huraian. Kalau hendak bodek bos pun biarlah berfakta dan jangan ajak orang lain sama "cukur bulu betis". Sekurang-kurang Khiry menyebut persamaan dari segi hobby mereka kalau pun bukan mengenai falsafah motto pentadbiran.

Tahulah tahap diplomasi Obama cukup tinggi sehinggakan dia marah pun mulutnya kelihatan seperti tersenyum.

Menyebut tanpa penghuraian bentuk keserasian itu menjelaskan setinggi mana tahap bodek dan junjung bos oleh Khairy.

Untuk Khairy sendiri tidak banyak pelajaran atau pun pengalaman yang dapat dikutip sepanjang kedatangan Obama itu. Selain daripada diberi tugas menjadi dayang, (bukan gundik) atau "jong kaka" kata orang Kelantan kepada Obama, Khiry sempat mengintai yang Obama tidak suka kepada buah durian Malaysia tetapi suka kepada durian Indonesia. Itu sahaja. Khiray patut faham kenapa Obama tolak durian Malaysia setelah dia pernah makan durian di Indonesia?



Pelajaran lain nampaknya tidak dikutip oleh Khairy kerana kalau dia sudah dapat memanfaatkan "kehebatan" Obama itu sudah tentu dia akan menceritakan. Kalau setakat bagi tahu yang Obama suka makan nasi goreng dengan ayam kampung, apa gunannya. Samalah seperti saya katakan kedatangan Obama itu laksanakan kehadiran maharaja laut dengan jong dan kapal yang dikerumuni rakyat jelata kerana belum pernah melihatnya. Jadi standard Khairy dalam soal ini samalah dengan budak itam di kampung sahaja.

Saya percaya cerita kenderaan Obama (Bluefin-2) cara Obama suap nasi goreng atau berlari ke tandas akan menjadi buah mulut dan cerita-cerita dibawa Khairy ke dalam majlis pemuda Umno dan golongan belia di negara ini. Begitulah bangsa yang separuh masak akan muda t eruja kepada taukeh mereka, hatta cara mereka buang najis juga kalau dilihat akan jadi satu kebangaan.- mso

Jangan biarkan kafir tentukan Hudud

Posted: 29 Apr 2014 10:06 PM PDT

alt

KUALA LUMPUR 30 April - Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik Abd Rahman mengingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan orang bukan Islam menentukan masa depan agenda negara Islam termasuk berkaitan hudud.

Menurutnya lagi, umat Islam perlu menentukan masa depan negara Islamnya sendiri berdasarkan inspirasi, kepercayaan dan akidah mereka, lapor laman rasmi NGO itu.

"Sikap orang kafir yang lantang menentang hudud adalah satu tindakan di luar batas hak mereka," katanya seperti dilapor laman itu.

"Mereka tidak boleh memainkan peranan negatif sama ada menentang atau menghalang cita-cita yang boleh mengangkat kedudukan Islam dan orang Islam di Malaysia," katanya lagi.


Beliau mengulas kelantangan bukan Islam menentang hukum hudud seperti yang dicadangkan oleh kerajaan PAS Kelantan.

Dalam laporan itu juga, Abdullah berkata sikap cuba menghalang cita-cita umat Islam bercanggah dengan semangat setiakawan dan semangat keharmonian sebagai satu komuniti yang majoritinya umat Islam.

Sehingga hari ini, katanya, belum ada pihak bukan Islam yang menyokong cadangan kerajaan PAS Kelantan malah mereka semua bersepakat menolak cadangan itu.

Pontianak di Kulim

Posted: 29 Apr 2014 07:33 PM PDT

  • Pontianak Jalan Sungai Ular?Lembaga putih yang dipercayai pontianak itu biasa dilihat di sini.
 1 / 2 
SUNGAI ULAR (KULIM) - Gangguan makhluk halus atau mistik wujud dalam kalangan masyarakat kita hari ini bagaimanapun ada di antara mereka beranggapan ia satu kepercayaan tahyul.

Misteri gangguan lembaga menyerupai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular ke Simpang Tiga Terap bukanlah satu perkara baru, di mana ada dalam kalangan penduduk tidak berani menggunakan jalan itu waktu tengah malam.

Penduduk tempatan mendakwa turut berjumpa lembaga bertenggek di atas paip air di tepi jalan seawal jam 11 malam.

Gangguan makhluk halus itu juga dikatakan mengakibatkan ada dalam kalangan penunggang motosikal dan kenderaan lain terbabas.

Penulis sempat menemu bual mangsa yang pernah ternampak makhluk halus berkenaan.


Dia berkata, ia mempunyai ketinggian sekitar 5 kaki 11 inci hingga 6 kaki tinggi, berambut panjang sehingga ke paras siku dan menutup muka.

Menurutnya, lembaga dipercayai pontianak itu selalunya berdiri di tepi jalan atau dilihat berjalan di tepi jalan berseorangan dalam keadaan kepala tertunduk.

Pengamal perubatan tradisional, Rosli Ahmad yang tinggal di Taman Tunku Putra berkata, pontianak ini merupakan iblis dan jin yang mampu menyerupai pelbagai bentuk dan rupa.

"Gangguan iblis dan jin ini boleh mengakibatkan seseorang itu dirasuk. Semua ini berlaku apabila mangsa berada dalam keadaan lemah. Selain itu, pontianak ini sering berada di kawasan di mana kerap berlakunya kemalangan maut," katanya.

Menurutnya, sekira iblis dan jin sudah berada di dalam badan terlalu lama, ia akan menjadi lebih selesa dan sukar untuk mereka meninggalkan jasad ditumpang.

Enjin motosikal tiba-tiba terhenti

Terkini, seorang kakitangan awam, Mohd Aziz Osman yang menunggang motosikal jenis Kawasaki RR150 dari arah Terap ke Kulim terkejut apabila enjin motosikal ditunggangnya tiba-tiba terhenti kira-kira 50 meter dari Jambatan Sungai Anak Kulim kira-kira jam  12.30 pagi.

Dalam keadaan gelap dia menolak motosikalnya ke tepi jalan. Setelah beberapa kali mencuba, akhirnya enjin motosikalnya itu berjaya dihidupkan semula.

Dia kemudiannya menghidupkan lampu motosikal bagaimanapun ternampak lembaga putih berambut panjang berada di hadapannya.

"Saya beristighfar panjang apabila ternampak lembaga putih itu berada kira-kira 10 meter di hadapan motosikal saya.

"Saya membaca beberapa surah Yasin dan meminta dia jangan mengekori saya," katanya.

Menurutnya, pengalaman tidak dilupakan apabila lembaga itu memusingkan kepalanya sehingga ke belakang tanpa memusingkan badan.

Aziz berkata,  Jalan Sungai Ular ke Terap sering melibatkan kemalangan maut dan sehingga kini, lebih 10 kemalangan maut dilaporkan berlaku di mana ia melibatkan penunggang motosikal dan pemandu kereta.

Bonceng perempuan waktu malam

Sementara itu, penduduk tempatan, Safaruddin Ahmad berkata, kewujudan lembaga putih dipercayai pontianak di sekitar Jalan Sungai Ular menghala ke Terap bukanlah satu perkara baru, kerana ramai dalam kalangan penduduk di kawasan itu sudah mengalaminya.

Dia yang mempunyai kebun di Terap pernah ternampak lembaga itu bertenggek di atas paip air yang terletak di tepi jalan.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 11.45 malam ketika dalam perjalanan balik ke rumah.

"Saya ketika itu menunggang motosikal dan tidak dapat menunggang dengan laju kerana membawa muatan durian. Jalan dari Terap ke Kulim sememangnya gelap pada waktu malam, kerana ia merupakan kawasan hutan.

"Apabila tiba di tempat kejadian saya merasakan muatan yang saya bawa semakin berat. Beberapa minit kemudian badan saya berasa sejuk dan dalam masa sama, lampu motosikal saya menyuluh lembaga perempuan berdiri di kanan jalan," katanya.

Sebelum ini, lima anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) mengejar seorang suspek yang melarikan diri dengan menunggang motosikal di jalan berkenaan.

Mereka terkejut kerana di belakang motosikal salah seorang anggota ditumpang oleh seorang perempuan.

Anggota PBT itu mengalami kerasukan bagaimanapun dipulihkan dengan bantuan penduduk tempatan sebaik sahaja sampai ke pondok rondaan.

Kejadian ini masih berlaku sehingga hari ini dan terus menjadi tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Dialog Dewasa Kritik Berasa

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

Dialog Dewasa Kritik Berasa


SUARA NIK AZIZ: ENJOY JALAN-JALAN NIKMATI KEINDAHAN KL, JANGAN JADI ORANG GILA DI JALANAN

Posted: 29 Apr 2014 08:57 PM PDT

Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyeru rakyat turut untuk bersama menjayakan Himpunan Turun 501 yang bakal diadakan 1 Mei, esok.

Bercakap kepada Harakahdaily di pejabatnya pagi ini, bekas Menteri Besar Kelantan itu berkata beliau menyokong penganjuran itu sebagi ruang untuk rakyat bersuara.

Katanya ia perkara biasa dalam sebuah negara demokrasi malah perlembagaan membenarkan rakyat menyuarakan hasrat hati mereka.

"Bagaimanapun sebagaimana yang saya nyatakan sebelum ini, biarlah ianya berjalan mengikut cara yang baik serta tidak bertentangan dengan undang-undang.

"Pada masa yang sama pihak kerajaan juga memberi ruang kepada mereka dengan tidak bertindak kasar kerana mereka datang bukan untuk membuat huru hara,"ujarnya.

Katanya, cara untuk meluahkan perasaan adalah satu caranya melalui demokrasi yang turut dilakukan oleh negara demokrasi lain. - HARAKAHDAILY 

KHAIRY PUJI OBAMA DAN NAJIB

Posted: 29 Apr 2014 08:17 PM PDT

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata beliau melihat adanya keserasian antara Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sepanjang lawatan rasmi tiga hari Obama ke negara ini minggu lepas.

Khairy yang merupakan Menteri Pengiring kepada Obama dalam lawatan itu berkata kedua-dua pemimpin itu juga dilihat begitu selesa dalam perbincangan dua hala mereka.

"Saya, sebagai Menteri Pengiring kepada Presiden AS, hadir dalam mesyuarat dua hala. Mereka juga ada perbincangan empat mata di mana selepas perbincangan itu, saya melihat keserasian di antara kedua-dua pemimpin itu cukup tinggi," katanya ketika ditanya pengalamannya itu di sini, hari ini.

Khairy berkata beliau juga sempat menyampaikan pendapatnya mengenai belia dan Islam sebelum Obama berlepas ke Filipina dari Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia, semalam.

"Antara perkara yang saya bangkitkan ialah supaya inisiatif belia berterusan. Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana banyak meluangkan masa dengan orang muda di sini termasuk di Universiti Malaya," katanya.

Ahad lepas, Obama mengadakan sesi perjumpaan terbuka dengan kira- kira 400 pemimpin muda Asia Tenggara di Universiti Malaya, Kuala Lumpur di mana beliau antara lain menekankan pentingnya mendengar suara golongan muda selain menggalakkan jalinan kerjasama antara pemimpin muda Asia Tenggara dengan golongan muda AS.

Khairy berkata beliau turut memberitahu Obama bahawa dunia Islam harus mengubah persepsi masyarakat Barat daripada hanya isu keselamatan kepada isu berkenaan dengan pendidikan, ekonomi dan pembangunan.

"Saya memberitahu beliau bahawa ucapannya di UM yang menyentuh soal perubahan persepsi Barat kepada dunia Islam daripada hanya isu keselamatan kepada isu pembangunan, ekonomi dan pendidikan adalah tepat sekali dan berharap beliau akan terus membawa mesej itu.

"Dan beliau berkata akan membawa (mesej ini) kerana melihat pentingnya untuk kita bangunkan generasi muda terutama di dunia Islam dari sudut pembangunan, pendidikan dan juga modal insan. Jadi, saya melihat pendekatan beliau adalah tepat dari sudut belia," katanya.

Menurutnya Obama yang dibesarkan di Indonesia turut memahami cabaran yang dihadapi negara-negara di rantau Asia Tenggara.

Dalam pada itu, Khairy berkongsi senario menarik apabila Obama menyuruh pegawai-pegawainya mencuba durian.

"Semasa di Seri Perdana, Perdana Menteri hidangkan durian kepada Presiden Obama. Beliau kata pernah makan durian sewaktu muda di Indonesia dan beliau 'tidak mahu lagi' (memakannya) lalu beliau memaksa semua pegawainya makan durian," katanya.

Pada majlis jamuan itu, katanya Obama turut memilih hidangan nasi goreng dengan ikan patin dan ayam kampung berbanding stik.

DIAM-DIAM PAS SUDAH KEMPEN SELURUH NEGARA LAKSANA HUDUD TANPA DAP

Posted: 29 Apr 2014 08:17 AM PDT

Sessi Brain Stroming Jawatankuasa Penerangan PAS Pusat

Dr Hatta Ramli Bentang Isu Hudud : Tidak Mengharapkan Kaum Cina Lagi

Banyak Bajet ?


MACAI KEPANASAN BILA OBAMA MASUK MASJID!

Posted: 29 Apr 2014 06:00 AM PDT


Kekadang memang susah nak faham peel macai-macai pakatan ni. Kekadang nak tergelak pun ada. Pada mereka segala yang baik adalah milik mereka yang abadi. Manakala segala kejahatan dan keburukan adalah milik kerajaan, BN dan UMNO.

Apa jua akan dilakukan mencari dan mencaci kerajaan hatta isu Obama masuk masjid pun dijadikan bahan dan modal untuk berdemonstrasi.


Salahkan Obama melawat dan menikmati keindahan Masjid Negara? Dia masih berpakaian sopan dan tahu adab-adab ketika melawat masjid. Kedatangannya dipimpin oleh Imam Masjid Negara dan para pengiring.

Berbanding dengan tindakan beberapa pemimpin dan pengikut pakatan kafir harbi, chauvinist dan musyrik yang terang-terangan mencemarkan kesucian masjid dan surau. Dahlah tak ikut adab, duduk lepak-lepak sambil dedah aurat dan beri tazkirah memfitnah memburukkan pemimpin Islam yang lain. Kemudian mereka diberi laungan takbir...ada ka patut?







Double standard sungguh...

PEMIMPIN PR DIPAKSA KUNCI MULUT PASAL HUDUD

Posted: 29 Apr 2014 03:00 AM PDT



Penasihat DAP, Lim Kit Siang menggesa agar semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR) mengunci mulut berbicara tentang hukum hudud kerana ia tidak menguntungkan pakatan pembangkang.

Sebaliknya, Ketua Parlimen DAP itu menyarankan agar perbincangan itu perlu diadakan dalam mensyuarat Majlis Pimpinan PR.

"Secara tiba-tiba, Pakatan dilihat berdepan dengan krisis terburuk sejak ia ditubuhkan selepas Pilihanraya Umum ke-12 – sesuatu yang tak pernah dicapai oleh pakar strategi UMNO walau pun mereka telah menimbulkan pelbagai provokasi sebelum ini.

"Pemimpin dan parti komponen Pakatan perlu sentiasa sedar perancangan UMNO untuk mencetuskan pergeseran dalam Pakatan Rakyat dengan memperbesar-besarkan perbezaan – yang kita telah 'setuju untuk tidak bersetuju' dan berpegang teguh dengan rangka dasar bersama Pakatan sebagai agenda bersama.

"Maka, saya menyeru moratorium (penghentian sementara) serta-merta berhubung kenyataan tentang isu ini oleh pimpinan Pakatan dan merujuknya kepada Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk keputusan," katanya, dilaporkan roketkini.

Isu hudud kembali diperkatakan selepas kerajaan PAS Kelantan merancang untuk membentangkan rang undang-undang persendirian mengenai pelaksanaannya di negeri itu di Parlimen Jun ini.

Pada 24 April lalu, Timbalan Menteri Besar Kelantan Dato' Mohd Amar Nik Abdullah menyatakan DAP dan PKR tidak berhak menghalang PAS melaksanakan hudud di negeri itu.

Keesokannya, Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook dalam satu kenyataan balas berkata, PAS boleh keluar daripada Pakatan jika berterusan ingin mengabaikan konsensus Pakatan yang telah dicapai.

Mengulas perkara itu, Kit Siang menegur Mohd Amar dan Anthony Loke dengan berkata, kedua-dua mereka tidak patut mengeluarkan kenyataan yang hanya mengeruhkan keadaan dan menguntungkan UMNO BN.

"Nik Amar dan Anthony perlu lebih menahan diri di ruang awam dan tidak menimbulkan situasi yang membolehkan UMNO BN menangguk di air keruh, menimbulkan suatu keadaan yang disebut pepatah Cina sebagai menyebabkan 'rakan-rakan berduka dan musuh bersorak'.

"Semoga semua pimpinan Pakatan, daripada DAP, PAS, dan PKR terus berpegang pada dasar bersama Pakatan bagi memikul harapan rakyat ke arah perubahan landskap politik yang amat diperlukan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang bersatu, demokratik, berdaya saing dan makmur," katanya lagi.

MALAYSIA BELUM SESUAI LAKSANA HUDUD , KATA ANWAR

Posted: 29 Apr 2014 12:18 AM PDT


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan The Malaysian Insider berkata hudud masih belum sesuai dilaksanakan di Malaysia kerana masih belum mempunyai institusi yang sesuai untuk melaksanakan hukum tersebut.

Justeru itu, kata Anwar, PAS seharusnya berbincang bersama rakan komponen mereka daripada Pakatan Rakyat (PR) sebelum membentangkan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 di Parlimen.

"Kita tidak boleh membayangkan situasi apabila kita cuba laksanakan sesuatu yang kita anggap penting kepada agama, sedangkan tiada institusi untuknya," kata Anwar ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Anwar berkata, sistem kehakiman di negara ini juga masih mempunyai kelemahan dari aspek perundangannya, sekaligus menyukarkan ‎implementasi hudud di mahkamah.

"Kita tidak boleh bicara soal hudud sedangkan sistem penghakiman kita masih tidak bebas. Saya boleh kemukakan banyak‎ contoh, termasuk Mahkamah Syariah.

"Siapa yang akan laksanakan hudud? Hakim bagaimana? Adakah mereka bebas?" katanya kepada pemberita apabila disoal tentang persediaan Malaysia untuk melaksanakan hudud.

‎Pemimpin pembangkang itu juga berkata, PAS perlu membawa isu hudud kepada perbincangan Majlis Pimpinan PR bagi menjelaskan semua isu tersebut.

"Dan tentunya dalam soal hudud ini, pendirian PAS yang konsisten menjadi kontroversi kerana mahu membawa rang undang-undang persendirian ke Parlimen.

"Sebab itu kita putuskan ia dibincangkan di Majlis Pimpinan PR," kata Anwar.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaporkan Mynewshub berkata Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan malam tadi sebulat suara menolak rancangan PAS untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Menurut Guan Eng, DAP kekal dengan pendirian bahawa hudud bercanggah dengan Perlembagaan Negara dan semangat kemerdekaan negara.

"Resolusi itu turut menegaskan rancangan melaksanakan undang-undang hudud PAS bukan polisi pakatan kerana DAP tidak pernah bersetuju dengan pelaksanaan undang-undang itu selama ini.

"Resolusi juga mengesahkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang salah apabila menyatakan pakatan dan DAP telah bersetuju melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan atau Terengganu pada tahun 2011," katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Guan Eng turut memaklumkan, pimpinan DAP akan bertemu dengan pemimpin PAS berhubung perkara itu, namun menegaskan mereka sama sekali tidak akan berbincang tentang kewajaran melaksanakan undang-undang itu.

Menurutnya, DAP akan turut memaklumkan PAS tentang risiko-risiko yang akan dihadapi parti itu sekiranya meneruskan rancangan untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan.

Risiko itu adalah risiko kehilangan sokongan kehilangan sokongan bukan Islam, risiko perpecahan pakatan pembangkang, risiko kehilangan kehilangan kerusi yang dimenangi dengan sokongan bukan Islam.

The Unspinners

0

Posted by Unknown | Posted on 11:35 PTG | Posted in

sumber :-

The Unspinners


Nik Nazmi dah besar kepala, Gani Ampat Tahil jangan tak rayu pula!

Posted: 29 Apr 2014 11:30 PM PDT


Mahkamah Rayuan membatalkan pertuduhan terhadap YB Nik Nazmi - Timbalan Speaker DUN Selangor yang didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memberikan notis 10 hari ketika menganjurkan Himpunan Blackout di Stadium Kelana Jaya pada Mei tahun lepas.

Panel 3 hakim diketuai Hakim Mohd Ariff Mohd Yusof memutuskan Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman (PAA) yang memerlukan rakyat untuk memberikan 10 hari kepada pihak berkuasa sebelum protes sebagai tidak berperlembagaan.

Mahkamah Rayuan memutuskan, polis boleh mengenakan sekatan ke atas himpunan aman tetapi tidak boleh menghukum penganjur atau orang yang berhimpun kerana tidak mematuhinya.





Akibat dari keputusan itu, hancur sistem kehakiman malaysia. Apa akan jadi pada negara jika hakim boleh ketepikan undang-undang yang dikanunkan oleh parlimen selaku badan penggubal undang-undang dan kuasa tertinggi negara ini?

Bukankah pelik ada undang-undang dan peraturan tapi polis tak boleh menguatkuasakan?

Apa erti adakan undang-undang jika ianya tak dipedulikan dan tak dipatuhi? Maka pihak penguatkuasa susah nak jalankan kerja. Tiada erti jika polis tangkap, dah mesti lepaskan dalam 24 jam.

Dahlah penyiasatan untuk sebarang kes menjadi susah kerana peguam perlu ada bersama ketika temuramah soal siasat dilakukan. BIla tolak masa siasatan hanya waktu pejabat, sekarang ni siasatan pun tak boleh dijalankan.

Tambah dengan perkembangan terbaru ini, lahi menyusahkan "law and order" untuk dijalankan di negara iini.


Di mana sikap tanggingjawab sistem kehakiman kepada keamanan dan kepentingan rakyat terbanyak? Maksud sistem kehakinan bukan saja, hakim tapi juga peguam negar ayang menggubal SOSMA yang tak lengkap.


Ada perlu usaha Ibrahim Ali disokong. 

Dari Putrajaya ke Dataran Merdeka, kini pindah ke Jalan Raja

Posted: 29 Apr 2014 07:21 PM PDT


KUALA LUMPUR: Perhimpunan membantah cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang telah dilabelkan sebagai haram oleh pihak polis, akan diadakan di Jalan Raja dan bukannya di padang Dataran Merdeka seperti yang dirancang sebelum ini.

Jurucakap jawatankuasa perhimpunan itu, S. Arutchelvan berkata ini adalah kerana padang itu ditutup untuk proses menaik taraf padang, seperti yang diberitahu oleh pihak polis sebelum ini.

"Kami telah mengadakan pertemuan dengan pihak polis pagi ini dan memberitahu mereka bahawa kami akan berkumpul di Jalan Raja kerana kita mahu berbuat demikian di sekitar Dataran Merdeka.

"Pihak polis telah bersetuju dengan langkah ini dan mereka berkata asalkan perhimpunan itu tidak dilakukan di padang Dataran Merdeka, tiada masalah," katanya kepada Astro AWANI.

Arutchelvan berkata pihak penganjur perhimpunan itu telah menolak tawaran Stadium Merdeka dan Padang Merbok oleh polis sebagai lokasi alternatif kerana Dataran Merdeka dan lokasi disekitarnya mempunyai kepentingan sejarah.

Sebelum ini,  Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad telah berkata perhimpunan itu haram kerana  penganjur perhimpunan itu telah mengemukakan notis 10 hari untuk mengadakan perhimpunan tersebut, tetapi gagal untuk mendapatkan kebenaran untuk menggunakan Dataran Merdeka.

Perhimpunan yang dirancang pada 1 Mei itu, bertujuan bagi membantah pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Pihak penganjur bercadang untuk berkumpul di KLCC kira-kira pada pukul 2 petang, sebelum menamatkan perhimpunan itu di Jalan Raja. - Astro Awani

Ada Anwar pun, perhimpunan pre-tumbang kerajaan di Pandan Indah hambar

Posted: 29 Apr 2014 05:34 PM PDT

Sebagai persediaan untuk Perhimpunan Haram Mei 1hb untuk jatuhkan kerajaan, satu perhimpunan kecil di adakan di padang MPAJ di Pandan Indah, Ampang Selangor

Namun begitu perhimpunan agak hambar ...






... 500 atau kalau nak spin lebih pun kasi canlah 700.

Khabarnya setiap kali di pekik reformasi, sambbutan dari orang ramai acuh tak acuh.

Ucapan-ucapan banyak isu recycle yang banyak termasuk isu-isu spin dan palsu.

Ramai ke Khamis ni nak tumbangkan kerajaan?

Pendedahan Chegu Bard menyebabkan Azmin terkantoi guna trick lama

Posted: 29 Apr 2014 07:41 AM PDT


Chegu Bard menghantar satu SMS yang kini tersebar mempersoalkan Jawatankuasa Pemilehan PKR (JPP) dalam melakukan

Siapa punca kekecohan pemilihan?

1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

Sekian

Che'Gu Bard
Anggota Biasa PKR

--------------------------

Sedit sebanyak momentum Azmin bakal terjejas dengan pendedahan Chegu Bard. JIka dulu ada yang tukang tutup salahlakunya, adakah lagi mereka yang sedia lakukan untuk Azmin?

Memetik Gelagat Anwar SINI:

Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin mendesak supaya Mohamed Azmin Ali dibatalkan penyertaannya dalam pertandingan merebut jawatan timbalan presiden PKR.

Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Che Gu Bard menegaskan Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) PKR perlu mengambil tindakan tegas terhadap Azmin berikutan dakwaan yang mengatakan timbalan presiden itu bersama pasukannya melakukan penipuan ketika proses pemilihan di
beberapa cabang di Sarawak.

Katanya, berdasarkan laporan yang telah dibuat oleh pasukan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, JPP perlu bertindak tegas terhadap Azmin.

"Perkara ini pernah berlaku pada pemilihan 2010 dan telah dilaporkan namun tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap Azmin.

"Kali ini, dengan bukti yang ada melibatkan pemilihan di Cabang Batang Sadong, saya berpandangan Datuk Johari Abdul dan JPP perlu mengambil tindakan tegas dengan membatalkan penyertaan Azmin," katanya kepada Astro AWANI.

————————————————————–

JPP sanggup ambil tindakan kepada Azmin? Kalau Azmin buka buku hutang-hutang Jo Abdul kepada dia secara peribadi macamana???

Calun Ketua Cabang PKR Batu Pahat ahli UMNO dan PAS?

Posted: 29 Apr 2014 04:39 AM PDT


Semangat calun Ketua Cabang Batu Pahat


Anak bekas ADUN UMNO Rengit dah cerita nak ambilalih DUN Rengit. Tapi untuk parti mana satu?



Dia pun masih ahli UMNO dan PAS


Rafizi garang di Keningau, Main kotor bila nak kalah di Kemaman

Posted: 28 Apr 2014 11:58 PM PDT


Majlis Temu Mesra Kempen Bakal-Bakal Calon PKR Pusat di Restoran Roof Top Garden, Hotel Sento Keningau telah diadakan semalam.

Namun sambutan tidak berapa menggalakan dengan hanya 85 orang ahli2 PKR Keningau dan Pensiangan yang hadhir. Ini hanya menggambarkan PKR di Sabah serupa menunggu ajal.

Majlis hanya di panaskan oleh kata-kata pembantu Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli.

Dalam pemilihan ini, Rafizi memberi sokongan penuh kepada Saifuddin Nasution sebagai Timbalan Presiden. Kononnya beliau berpengalaman luas dan sanggup berjuang di dalam parti dalam apa jua suasana.

Dalam majlis di Keningau, Rafizi secara terbuka menembak YAB Menteri Besr Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan YB Azmin Ali kerana mereka tidak bersehaluan. Dia menyalahkan Khalid dengan krisis seperti isu air dan isu bible. Azmin dikatakan mempunyai masalah tertentu.


Itu di Sabah tapi lain pula keberanian Rafizi di kemaman di mana Rafizi dikatakan akan kalah untuk jawatan Ketua Cabang Kemaman. 

Memandangkan prospek dia gelap, kem Rafizi di Kemaman telah melakukan provokasi untuk menghentikan proses pemilihan PKR Cabang Kemaman kelmarin kira-kira dua jam sebelum tempoh pengundian tamat jam 5 petang.

Menghidu kekalahan ketika proses pengundian di Pejabat PKR Kemaman di Jalan Jakar, Chukai berlangsung, mereka membuat provokasi termasuk mengoyakkan kertas undi.

Calon Timbalan Ketua Cabang Kemaman, Lee Sheng Lim, berkata kekecohan bermula pada jam 11.30 pagi lagi apabila penyokong penyandang Ketua Cabang, Rafizi Ramli melihat pencabarnya, Mohd Ramlee Hamzah mendapat sokongan kuat daripada pengundi.

Beliau berkata, bermula daripada itu, Rafizi dan penyokongnya memulakan provokasi lisan dengan mendakwa jawatankuasa pemilihan tidak melakukan tugas dengan betul, selain mengeluarkan kata-kata kesat hingga berlaku pertikaman lidah antara dua pihak.

"Rafizi kemudian naik ke tempat pengundian dan marah-marah mengatakan kami tidak pandai bekerja. Selepas itu beliau turun semula ke bawah, sebelum beberapa penyokongnya naik dan mengoyakkan kertas undi.

"Kejadian itu mengejutkan dan mencetuskan suasana panik dalam kalangan pengundi. Kami tidak mampu berbuat apa-apa selain meminta mereka bertenang. Namun keadaan menjadi semakin kecoh hingga akhirnya proses pemilihan terpaksa dihentikan jam 2.45 petang."

Pada pemilihan kelmarin, Rafizi yang juga penyandang sejak 2010 ditentang Mohd Ramlee selaku ahli biasa, manakala Sheng Lim, bekas naib ketua cabang Kemaman bertanding jawatan itu buat kali pertama.

"Kejadian ini amat memalukan kerana ia dimulakan oleh pemimpin PKR sendiri. Kalau pemimpin sendiri menunjukkan contoh tidak baik begini, bagaimana parti ini mampu menjadi parti yang baik untuk rakyat.

"Disebabkan masalah ini, pemilihan terpaksa ditangguhkan pada 10 Mei nanti. Kami amat berharap supaya Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) tidak melakukan pengundian semula bagi mereka yang sudah mengundi, sebaliknya hanya menyambung kembali proses pemilihan kepada ahli yang belum menunaikan tanggungjawab mereka," katanya.

Sumber dalaman PKR yang enggan namanya disiarkan berkata, Mohd Ramlee menjadi saingan hebat Rafizi yang dilihat sebagai calon tidak disenangi rakyat dan didakwa hanya pandai berkata-kata, tetapi tidak pernah turun padang dan cakna masalah rakyat.

Belantan

0

Posted by Unknown | Posted on 11:15 PTG | Posted in

sumber :-

Belantan


MH370 Hari ke-53: Rakaman audio pesawat dimainkan kepada keluarga China?

Posted: 29 Apr 2014 05:38 AM PDT


Pegawai Malaysia telah memainkan rakaman audio terakhir pesawat MH370 dengan menara kawalan udara kepada keluarga penumpang di China.

Ia berbunyi seperti perbualan radio biasa dengan nombor penerbangan diulang berkali-kali.

Mengikut laporan CNN, sesi pertama mendedahkan kronologi perhubungan terakhir pesawat berkenaan dengan stesen radar dan juga satelit yang berlegar di atas Lautan Hindi.

Pada 2.03 pagi 8 Mac, pusat operasi Malaysian Airlines menghantar pesanan kepada kokpit mengarahkan juruterbang untuk menghubungi menara kawalan udara Vietnam tetapi MH370 tidak menjawab.

Tiada komunikasi antara Malaysian Airlines dan MH370 selama lima jam sehingga syarikat penerbangan itu cuba menghubungi kokpit semula.

Keluarga China berkenaan diberitahu bahawa pesawat MH370 akan kehabisan bahan api setelah tujuh jam dan 31 minit dalam penerbangan.

Berdasarkan pengiraan bahan api, pesawat berkenaan akan kehabisan bahan api pada jam 8.12 pagi.

Delegasi Malaysia juga menunjukkan data satelit antara pesawat dan Inmarsat di Lautan Hindi.

Hubungan keenam dan juga terakhir dengan satelit berlaku pada jam 8.11 pagi.

Suara Politik
Belantan

MH370 Hari Ke-53: Syarikat Australia dakwa kemungkinan jumpa pesawat?

Posted: 29 Apr 2014 01:19 AM PDT


Sebuah syarikat penerokaan Australia dakwa telah temui bangkai pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Menurut laporan, Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7News Australia menyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.

Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.

"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.

Selanjutnya sila baca di sini.

Suara Politik
Belantan

Panglima Perang Cyber

0

Posted by Unknown | Posted on 11:05 PTG | Posted in

sumber :-

Panglima Perang Cyber


Billy Info: Fakta Tentang Minuman Tin Jolly Shandy Keluaran Carlsberg ( Tolong Sebarkan )

Posted: 29 Apr 2014 10:58 PM PDT

Baru-baru ni kecoh di ruangan Facebook tentang penjualan air tin Jolly Shandy yang mungkin boleh mengelirukan orang Islam di Malaysia. 

Sekarang ini ianya dijual dalam bentuk hampir sama dengan tin minuman biasa seperti F&N, Coca Cola dan lain-lain. Di 7E pun dah ada dijual sekarang. Ianya arak, bukan minuman biasa.



Fakta ringkas tentang Jolly Shandy:
  • Jolly Shandy ialah air minuman tin beralkohol rendah (arak) yang dikeluarkan oleh Syarikat Carlsberg sejak tahun 2007 lagi.
  • Menariknya, walaupun syarikat ini berpangkalan di Eropah, minuman Jolly Shandy ini dicipta khas dan dikeluarkan dikilangnya yang terletak di Shah Alam, Malaysia. 
  • Minuman ini turut di eksport ke negara-negara Asia yang lain.
  • Kandungan alkohol dalam Jolly Shandy adalah pada kadar 1% dan mempunyai beberapa perisa antaranya Lemon, Orange, Lychee, Apple dan Pineapple.
  • Ingredients: Water, sugar, beer, citric acid, flavouring, colour, carbon dioxide, ascorbic acid, vitamin C and stabilizer.
  • Minuman ini baru-baru ini dilancarkan semula dengan rasa yang dipertingkat dan dalam packaging yang baru bersaiz air tin biasa 320 ml. 







    Apa yang membimbangkan kita semua umat Islam ialah kemungkinan ia dipasarkan secara terbuka dan meluas sehinggakan ada nanti umat Islam yang terbeli minuman tersebut. Tambahan pula perkataan "Contains alcohol" hanya di tulis kecil sahaja di belakang tin tersebut.

    Mungkin pada kadar 1% alkohol, ia tidak akan memabukkan. Namun bagi kita umat Islam, adalah haram hukumnya meminum arak walaupun hanya setitik sahaja tetaplah haram. 



    http://billyinfo.blogspot.com/2013/11/fakta-tentang-minuman-tin-jolly-shandy.html?m=1


    Sent from my iPhone

    SMS Panassss @Chegubard hentam @AzminAli Krisis Pemilihan PKR - Ugut Demonstrasi Petang Ini

    Posted: 29 Apr 2014 06:40 PM PDT

    . Sms dari Chegu Bard..utk direnungi..
    Tuesday, April 29, 2014

    Siapa punca kekecohan pemilihan ?
    1. Pertama sekali ditegaskan semua tindakan saya dalam mengikuti Pemilihan PKR 2014 ini ialah saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan mana - mana organisasi lain yang saya sertai. Dengan ini tajuk berita dalam Berita Harian pada 28 April 2014 'SAMM Desak Batal Pencalonan Azmin' adalah tidak tepat kerana desakan itu dibuat oleh saya selaku anggota PKR dan tidak ada kena mengena dengan SAMM.

    2. Pemilihan kali ini mengimbau kembali Pemilihan PKR 2010 yang penuh dengan perbagai kontroversi manipulasi dan penipuan.

    antara yang setakat ini berjaya dirakam ialah
    Lihat saja pola kehadiran pengundian Sarawak Sibu 58,Konawit 54, Santubong 23, H.Rejang 42, Mukah 10, K.Samarahan 29, Lawas (tiba-tiba mengundi awal sehari) 195 dan Saratok 516 Sangat pelik.. tetapi bila terbongkar di Batang Sadong bagaimana pengawas tanda kertas sendiri baru tahu bagaimana pengundi datang tak seramai mana tetapi kertas undi bertanda banyak ... Ini mengingatkan bagaimana tahun lepas lebih seribu kertas undi muncul sejauh pendalaman Batu Sapi
    Pengawas tanpa segan silu berkempen termasuk membawa kertas 'chai' pro Azmin sehingga ke dalam tempat mengundi dan mengambil dari tangan pengundi kertas chai lain lalu ditukar ke kertas chai pro Azmin. Malah di Tangkak ketika taklimat Pengawas sukarelawan dari Cabang di Tangkak, Pegawai JPP dari Selangor yang dikenali sebagai Sdr. Lau tanpa segan silu menfitnah calon lawan Azmin Ali dan memuji Azmin Ali. Malah menegaskan semua harus berusaha memenangkan Azmin Ali. Malah punya bukti bukan pengawas biasa tetapi Koordinator (Ketua Pengawas) di peringkat Negeri turut terlibat secara agresif berkempen untuk Azmin Ali.
    Kes kekecohan sehingga mengakibatkan insiden pukul berlaku di Petrajaya juga melibatkan penyokong pro Azmin Ali. (belum ada laporan penuh)
    Penyalah gunaan pengawas JPP bukan sahaja di hari pengundian sahaja. Ia berlaku seawal pencalonan. Perbagai aduan diketepikan begitu sahaja. Antaranya ialah Pencalonan Wanita Cabang Jasin. Sah sehingga borang pencalonan ditutup dan pengumuman rasmi dibuat tidak ada nama dihantar untuk pencalonan Cabang Jasin tetapi tiba - tiba beberap hari selepas itu makluman bertulis menyatakan Cabang Jasin ada calon Ketua Wanita. (berlaku di banyak tempat lain)
    Tempat pengundian juga tidak sesuai tetapi bila bantahan dibuat semua tidak dipeduli. Contohnya di Cabang Miri, bayangkan pengundian dibuat di ruang atas yang sempit di Klinik milik salah seorang calon Ketua Cabang Pro Azmin Ali. (berlaku di banyak tempat lain)
    Ada pengawas yang tidak mahu bersengkongkol dengan penipuan. Dia bersikap tegas ...namun dia dihubungi oleh seorang calon jawatan utama parti peringkat pusat dan dimarahi. Tidak cukup dengan itu dia turut dimarahi oleh salah seorang jawatankuasa JPP
    Notis pengundian seluruh negara bermula pada Sabudan Ahad lepas tetapi secara tiba - tiba saatakhir JPP kononya memutuskan Lawas mengundi sehari sebelum (Jumaat) dan Azmin dapat jumlah undi besar ... apa muslihatnya ?
    selain dinyatakan ada puluhan lagi contoh penipuan berlaku.
    3. Menjawab fitnah tindakan saya dan ramai anggota parti dalam mendedahkan penipuan memalukan parti ia adalah tuduhan dangkal yang sahih memalukan parti ialah penipu yang menipu , bukan setakat memalukan tetapi membunuh demokrasi dalam parti dan menghancurkan parti.

    4. Persoalanya sekarang ini ialah adakah semua aduan yang mula dihantar sejak hari pertama pengundian akan membawa kesan apa bila semua rayuan atau aduan akan diproses oleh Jawatankuasa yang di Pengerusikan oleh Kamarul Bahrain, Pengerusi MPN Negeri Sembilan yang meletakkan jawatan kerana merajuk dengan Ketua Umum (menurut beliau sendiri). Watak ini jugalah yang keluar media elektronik melanjutkan 'nada' Azmin Ali mendesak Menteri Besar Selangor meletakkan jawatan. ???

    5. Taktik penipuan amat licik sekali. Kita marah dengan SPR tetapi dalam parti sendiri perkara sebegini berlaku. JPP pula mula mencari alasan iaitu memperakui kononya berlaku 'blackout' menyebabkan peti undi dilarikan dan dibuka dalam bilik yang tertutup dan hanya dibuka selepas 10 minit bilik diketuk. Kertas undi didapati bertambah dan kebanyakan yang ditambah ialah undi Azmin Ali.

    6. Menurut sumber JPP mungkin hanya akan memutuskan Azrai seorang petugas pengawas JPP akan diambil tindakan. Persoalanya Azrai bertindak atas arahan siapa dan siapa memperolehi keuntungan dengan penipuan itu ? Mengambil tindakan terhadap Azrai semata, samalah dengan menahan dan membicarakan Azilah dan Sirul kerana membunuh Altantuya tetapi mengenepikan siapa yang mengarahkan pembunuhan Altantuya itu ?

    7. Saya selaku anggota biasa PKR dengan ini mendesak satu tindakan serius segera sebelum proses pengundian diteruskan Sabtu dan Ahad ini. Jika tidak tangguhkan saja dan rombak JPP segera. Satu demonstrasi aman mendesak pembersihan dalam proses pemilihan akan dibuat atas inisiatif anggota parti yang sayangkan demokrasi dalam parti ini pada 30 April 2014, 3 petang di depan Ibu Pejabat PKR. Semua anggota parti dijemput hadir.

    8. Dalam keadaan regim sedang menzalimi rakyat. Dalam keadaan regim sedang dalam usaha akhir memenjarakan Ketua Umum ....kesal ada pihak yang sudahlah tak henti - henti sengaja membiarkan penyokongnya untuk cuba menonjolkan imej dia lebih layak menjadi Presiden, memfitnah Ketua Umum dan Keluarga dan kini sanggup meneruskan kegiatan jahat penipuan dalam Pemilihan PKR 2014. Adakah ini dendam kesumat dia kerana mengikutnya Ketua Umum tidak tunai janji untuk dia jadi Menteri Besar Selangor ?

    Sekian

    che'GuBard
    Anggota Biasa PKR


    Sumber dari rakan whatsapp


    Gambar yang tersebar berkaitan sms di atas :

    Hudud semakin hampir jadi kenyataan - mantan MB Nik Aziz Nik Mat @UMonline

    Posted: 29 Apr 2014 06:18 PM PDT


    NIK Abdul Aziz Nik Mat memperkatakan sesuatu kepada Asyraf Wajdi Dusuki di Kompleks Kota Darulnaim di Kota Bharu, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Irwan Majid

    KOTA BHARU 29 April - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membayangkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan yang diperjuangkan oleh parti itu selama ini semakin hampir menjadi kenyataan.

    Tanpa berselindung, beliau menaruh keyakinan tinggi hudud bakal dilaksanakan ekoran menerima reaksi positif daripada pelbagai pihak mengenai undang-undang Islam itu sejak akhir-akhir ini.

    "Dalam sehari dua ini, berita-berita baik sedang dirasai oleh jiwa saya.

    "Masyarakat, insya-Allah akan terima (hudud) dengan baik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki di pejabatnya di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

    Pertemuan selama sejam itu merupakan sebahagian daripada program lawatan Asyraf Wajdi untuk bertemu tokoh-tokoh terawal yang pernah memimpin Yadim, termasuk Nik Abdul Aziz yang merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah yang pertama.

    Kelmarin, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut melahirkan rasa gembira apabila menerima kunjungan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di kediamannya di Pulau Melaka, di sini.

    Mengulas mengenai cadangan Muhyiddin supaya sebuah jawatankuasa teknikal khas di peringkat kebangsaan diwujudkan bagi membincangkan hudud dengan terperinci, Nik Abdul Aziz memberitahu, beliau menyambut baik saranan itu.

    Beliau bagaimanapun menegaskan, tidak mahu terlibat dengan jawatankuasa tersebut dan menyerahkan urusan itu sepenuhnya kepada kepimpinan negeri yang baharu.

    "Saya pandang baik (cadangan), saya berasa gembira sehari dua ini memandangkan hudud sebelum ini ditentang," katanya.


    http://m.utusan.com.my/Politik/20140430/po_01/Hudud-semakin-hampir-jadi-kenyataan

    Sent from my iPhone

    Seorang wanita ditahan, menjadikan 10 anggota militan ditangkap - @Zahid_Hamidi

    Posted: 29 Apr 2014 05:56 PM PDT

    Post Pic

    KAJANG: Seorang lagi individu dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan di Kuala Lumpur pagi Selasa, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 10 orang.
     
    Semalam, sembilan ditahan Polis Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Bukit Aman. Mereka berumur antara 25 hingga 26 termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor.
     
    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata wanita yang ditahan hari ini merupakan seorang balu namun enggan mendedahkan secara terperinci lokasi serta waktu dia ditahan.
     
    "Setakat pagi tadi, kami sudah menahan 10 orang yang dipercayai ada hubung kait dengan rangkaian Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah serta menerima latihan ala ketenteraan," katanya.
     
    Beliau memberitahu sidang media selepas majlis 'Pemakaian Pangkat Time Based berasaskan kecemerlangan koperal dan sarjan penjara', pelancaran unit pengiringan bermotosikal dan jersi pasukan bola sepak Penjara FC.
     
    Ahmad Zahid berkata pihaknya juga telah merampas pakaian ala tentera, buku jihad, pisau rambo, pedang samurai dan bendera kumpulan pengganas antarabangsa daripada 10 individu berkenaan.
     
    Tambahnya, maklumat risikan juga mendapati mereka mempunyai rangkaian di luar dan dalam negara, dan telah menyertai beberapa misi jihad di negara yang sedang bergolak.
     
    "Mereka menyamai apa yang dilakukan Al-Qaeda dan Jemaah Islamiah berselindung atas nama misi kemanusiaan," katanya.
     
    Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan meneruskan misi mengesan saki baki kumpulan itu yang dipercayai lebih daripada 10 orang.
     
    Ketika ditanya mengenai cara anggota kumpulan itu direkrut, beliau berkata PDRM menyelidiki semua punca pengambilan yang dilakukan daripada individu, kumpulan atau laman sosial seperti Facebook dan tidak akan ada unsur kompromi kepada sesiapa sahaja yang terlibat.
     
    Ahmad Zahid berkata setelah siasatan selesai, beliau akan meminta Bukit Aman mendedahkan mengenai kumpulan itu, yang terdiri dari pelbagai latar belakang individu.
     
    Kesemua ditahan mengikut Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan serta disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).
     
    "Saya yakin di bawah Sosma kita akan dapat membendung gejala keganasan di negara ini yang mengamalkan kesederhanaan dalam Islam," katanya.


    http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WlbJpfZg==


    Sent from my iPhone

    Video @Youtube : Cina Mengamuk Polis @PDRMsia Tolak Duit Rasuah !!!

    Posted: 29 Apr 2014 03:21 AM PDT




    Syabas kepada anggota polis yang teguh dengan prinsip menolak rasuah ! Tidak kira Melayu Cina India yang tawar rasuah, jangan terima kerana ia tidak berbaloi dengan kesan selepasnya.

    Inilah yang ditakuti oleh rakyat yang tidak menjunjung keluhuran perlembagaan  yang mahu anggota penjawat awam menerima rasuah untuk menghalalkan urusan haram dan perbuatan mereka yang melanggar undang-undang. 


    Tahniah sekali lagi kepada polis trafik. Keteguhan integriti anda membanggakan kami sebagai rakyat Malaysia...

    @Zahid_Hamidi Bidas Pakatan Hipokrit Tolak Warta Lokasi Perhimpunan Mengikut AKTA PERHIMPUNAN AMAN 2012

    Posted: 29 Apr 2014 03:05 AM PDT




    Pemimpin-pemimpin pembangkang dalam Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya sering memperjuangkan demokrasi, kebebasan bersuara dan kebebasan berhimpun sebenarnya boleh dikatakan hipokrit dan mengamalkan 'double standard', kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

    Zahid pada Isnin mendedahkan, kerajaan negeri yang dikuasai PR menolak pelawaan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mewartakan lokasi perhimpunan di negeri masing-masing seperti yang termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

    "Melalui Akta Perhimpunan Aman (PAA) ini mengizinkan beberapa kawasan yang digazetkan untuk dijadikan tempat perhimpuna," jelas Zahid.

    Sehubungan itu beliau menyelar kerajaan negeri di bawah PR kerana sering mahu mengadakan perhimpunan, tetapi enggan mewartakan lokasi kawasan berhimpun di negeri sendiri.

    "Yang menghairankan negeri yang diperintah mereka (PR), apabila KDN meminta kawasan tertentu untuk digazetkan mereka sendiri menolak kawasan itu untuk digazetkan.

    "Ertinya mereka pilih kasih dalam perkara ini," katanya pada sidang media Bengkel Keadilan Jenayah Penyeludupan Manusia Asean kali ke-4 di Kuala Lumpur hari ini.

    Zahid berkata, contoh terdekat bagi menggambarkan keangkuhan dan sikap hipokrit kerajaan negeri PR adalah Selangor yang enggan mewartakan Stadium Shah Alam sebagai lokasi perhimpunan dalam APA 2012.

    Kata Zahid, ahli Parlimen PR sering kali dilihat gah berucap di Dewan Rakyat mengenai kebebasan bersuara serta hak berhimpun, namun apa yang dikatakan itu bercanggah dengan tindakan mmereka apabila berada di luar Parlimen.

    "Saya ambil contoh Stadium Shah Alam sepatutnya digazetkan sebagai tempat untuk berhimpun tetapi tidak dipersetujui kerajaan PR negeri Selangor.

    "Sedangkan kerajaan negeri itu yang dikuasai pembangkang beria-ia mendesak perhimpunan ini diizinkan, tetapi apabila kita meletakkan salah satu premis mereka sebagai premis perhimpunan, mereka tidak izinkan," kata Zahid.

    Terbaru, beberapa badan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin PR berkeras mahu mengadakan perhimpunan membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada 1 Mei ini di Dataran Merdeka walau ia mendapat bantahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kerana lokasi yang dipilih itu sedang menjalani kerja-kerja baik pulih dan menaik taraf.

    Ia mendorong pihak polis, yang sudah berikrar tidak akan menghalang perhimpunan berkenaan selagi ia berlangsung secara aman mencadangkan lokasi lain, antaranya Stadium Merdeka, kepada pihak penganjur, namun ditolak mentah-mentah.

    Jurucakap jawatankuasa protes GST 1 Mei, S Arutchelvan berkata, perhimpunan itu tetap akan diadakan di Dataran Merdeka meskipun ia ditutup untuk tujuan naik taraf.

    Katanya, biarpun wujud kebimbangan pihak tertentu mengenai pembinaan yang sedang berjalan, namun perhimpunan itu akan diadakan di jalan bersebelahan padang.

    "Kami fikir Dataran Merdeka adalah simbol kepada gerakan rakyat," kata Arutchelvan.

    Selain itu penganjur juga dilihat 'liat' untuk mematuhi Seksyen 9(1) APA 2012 yang mensyaratkan mereka perlu memaklumkan pihak polis secara rasmi mengenai perhimpunan yang hendak diadakan 10 hari sebelum ia berlangsung walaupun mahkamah memutuskan seksyen berkenaan tidak menyalahi Perlembagaan.

    Demonstrasi GST 1 Mei 2014 : Tanggung risiko jika tidak patuh Akta Perhimpunan Aman - @Zahid_Hamidi

    Posted: 29 Apr 2014 02:26 AM PDT




    Patuhi Akta Perhimpunan Aman Atau Berdepan Tindakan Tegas - Ahmad Zahid

    ALOR GAJAH, 26 April (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjur dan mereka yang terlibat dalam perhimpunan bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sekiranya mereka gagal mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.

    Menterinya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata penganjur dan mereka yang terlibat perlu memastikan perhimpunan tidak mengganggu ketenteraman rakyat.

    "Namun jika ada di kalangan penganjur yang tidak mematuhi sebarang syarat yang dikenakan di dalam Akta Perhimpunan Aman cara saya tidak akan pernah memberi amaran.

    "Kita beri peluang untuk mereka mengadakan perhimpunan aman tetapi jika melakukan di luar daripada syarat yang diberikan maka mereka harus menanggung risiko," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

    Terdahulu, beliau menghadiri perasmian Sekolah Menengah Imtiaz Ulul Albab di Masjid Tanah disempurnakan Yang Dipertua Negeri Tun Mohd Khalil Yaakob dan turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron.

    Ahmad Zahid mengulas rancangan pihak pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram secara besar-besaran di ibu negara awal bulan depan bagi membantah pelaksanaan GST.

    Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan pihak penganjur supaya menukar lokasi perhimpunan itu dari Dataran Merdeka ke Stadium Merdeka kerana dataran tersebut kini sedang dalam proses renovasi.

    "Jangan jadikan Akta Perhimpunan Aman untuk (membolehkan) mereka berhimpun di Dataran Merdeka, mereka boleh menggunakan Stadium Merdeka setelah mendapat kebenaran.

    "Kalau mereka tidak puas hati tentang apa-apa isu termasuk GST mereka boleh nyatakan alasan dalam perhimpunan di stadium itu secara aman," katanya.

    Mengulas mengenai kegiatan penculikan di Sabah, Ahmad Zahid berkata pasukan keselamatan negara sentiasa diletakkan dalam keadaan bersiap sedia kerana percaya kumpulan tersebut bukan sekadar merancang penculikan malah turut merancang untuk melakukan pencerobohan ke negara ini.

    "Ada terdapat maklumat kita terima ada kumpulan sasarkan pesta tertentu di Sabah untuk ganggu serta lakukan penculikan.

    "Tetapi kita tahu itu bukan sasaran mereka sebaliknya (mereka) menumpukan kawasan yang tidak diawasi pihak berkuasa," katanya.

    -- BERNAMA